18 May 2011

Teori cara Beng Hock bunuh diri

14 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

DALAM sepanjang penyiasatan tentang kematian Teoh Beng Hock perkembangan yang tersiar mengaitkan dia membunuh diri.

Macam-macam teori dibuat cuba mengaitkan dia membunuh diri dengan terjun dari tingkat pejabat SPRM ke tingkat bawah yang dijumpai mati.

Oleh kerana tiada siapa yang melihat kejadian itu maka berbagai teori timbul baik tentang dia dibunuh dan dia membunuh diri.

Dalam semua penyiasatan itu saya belum terjumpa teori tentang cara dia terjun bagi membunuh diri itu.

Kalau dia dibunuh, maka tidak banyak yang hendak dibangkitkan bagaimana dia dicampakkan ke bawah dari tingkap di atas itu. Dia boleh dicampak hidup-hidup atau dia dilemparkan ke situ sesudah mati.

Tetapi dia terjun ikut tingkap itu macam mana. Saya terjumpa keterangan yang tersiar tentang teori dia melompak ke bawah.

Kalau dia melompat ikut tingkap tentulah dia memanjat tingkap di situ dan kemudian terjun dari tingkap itu ke bawah.

Bila dia memanjat tingkap tentu tangannya memegang mana-mana bahagian di tingkap itu baik di dinding sekitar bawah tingkap dan sebagainya. Biasanya kesan cap jari menjadi keterangan penting dalam banyak penyiasatan dan perbicaraan.

Mungkin ada tersiar hal ini tetapi saya mis atau tidak terbaca.

Apa pun saya percaya kalau dia membunuh diri dia mesti menjamah mana-mana bahagian tingkap itu dan kesan cap jari dan cap tangannya dapat membantu menyelesaikan parkara itu.

Tetapi jika kesan cap jari dan tangan itu tidak ada, maka bagaimana dia boleh terjun tanpa meninggal sebarang kesan cap jari dan tangan?

Adakah dia melompat dari lantai di bawah tingkap itu dan meloloskan dirinya melalui tingkap tanpa menyentuh mana-mana bahagian tepi tingkap itu?

Payah difikirkan ada orang berdiri di bawah tingkap boleh melompat ke paras tingkap dan meloloskan diri melalui tingkap.

Yang boleh dia berundur beberapa kaki dari tingkap dan kemudian berlari ke arah tingkap. Agak beberapa kaki dari dinding yang ada tingkap itu dia pun melompat melalui tingkap seperti yang selalu dilakukan oleh ahli sukan lompat tinggi.

Dengan cara itu dia boleh melompat tanpa menyentuh mana-mana bahagian tepi tingkap dan terus jatuh ke bawah.

Adakah boleh kita buat teori begitu? Dan orang dapat terimakah teori seperti itu?

Kalau dia memanjat tingkap sebelum terjun, dia misti pegang bahagian bawah tepi tingkap dan pegang bingkai tingkap baik yang di kiri atau di kanan. Dia tidak boleh berdiri di tingkap tanpa berpaut kepada bingkai tingkap. Kecuali dia berpaut kepada tepi bahagian bawah tingkap dan lonjak kuat-kuat dengan kakinya melepasi tingkap.

Apa pun kesan cap jari mesti ada di mana-mana di tepi tingkap. Kesan itu mungkin hilang atau padam disebabkan ramai orang kemudian datang berpegang pada bidang tepi tingkap untuk menjenguk bahagian lantai bawah tempat dia dijumpai mati.

Apabila ramai orang datang ke situ memegang tepi tingkap itu boleh menyebabkan kesan cap jari boleh hilang.

Tetapi pegawai-pegawai SPRM tentu peka tingkap yang dia dikira terjun dari situ tidak disentuh dan diraba kerana cap jari amat diperlukan dalam penyiasatan. Pegawai penyiasatan adalah lebih arif dalam kerja-kerja yang boleh menghilangkan kesan cap jari atau apa-apa kesan lain bagi dijadikan saksi keterangan.

Apabila kesan seperti itu hilang, maka payah hendak menguatkan satu-satu teori. Teori tanpa sokongan tidak menjadikan teori itu kukuh.

Kesan cap jari di sekitar tingkap itu amat perlu bagi menguatkan teori bunuh diri itu. Ia terpaksa bergantung kepada pendapat pakar dari isu-isu lain.

Apa pun kalau dia membunuh diri, maka cara dia terjun tingkap itu amat menarik dan semua orang mahu mengetahui bagaimana ia dilakukan. Memang ajaib bila kesan cap jari tidak disertakan kerana orang tidak terfikir manusia boleh jadi seperti burung terbang membolos tingkap yang terbuka.

Orang tidak tahu Beng Hock ada kepakaran kungfu boleh melompat jauh seperti yang disaksi dalam filem-filem Cina.

Subky Latif

Bom ditemui dalam bas menjelang lawatan Ratu Elizabeth

14 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

POLIS Ireland berkawal di sekitar Jalan O'Connell ketika Ratu Elizabeth memulakan lawatan rasmi selama empat hari. Gambar kiri atas menunjukkan Ratu Elizabeth disambut Presiden Ireland, Mary McAleese.

DUBLIN: Tentera Ireland meletupkan sebutir bom buatan sendiri yang ditemui dalam sebuah bas di luar kota Dublin, ketika Ireland melancarkan operasi keselamatan paling ketat untuk menerima kunjungan bersejarah Ratu Elizabeth ll selama empat hari mulai semalam.

Lawatan Ratu Britain itu, kali pertama dalam sejarah kerabat diraja British sejak Ireland mencapai kemerdekaan dari London pada 1921, bertujuan menunjukkan hubungan mesra di antara kedua-dua negara, menggantikan perasaan benci yang berlarutan sejak berabad lalu.

Bagaimanapun, penemuan bom dalam bas di sebuah bandar di luar Dublin dan beberapa amaran mengenai kemungkinan berlaku pengeboman di London, memberi isyarat bahawa masih ada segelintir pihak yang menentang keras pemerintahan Britain yang berterusan di Ireland Utara.

Pejabat Menteri Luar Britain menyatakan, lawatan Ratu Elizabeth tetap akan diteruskan di sebalik penemuan bom itu.

Jurucakap tentera berkata, bom terbabit ditemui di bandar Maynooth, 25 kilometer dari Dublin dan diletupkan unit pemusnah bom tentera di sebuah kawasan yang dikawal rapi. Sisa bahan peranti bom itu sudah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan.

Polis berkata, skuad bom tentera juga sedang menyiasat peranti kedua yang ditemui di sebuah stesen kereta api di Dublin.

Suasana aman di Ireland Utara selepas konflik selama beberapa dekad, membolehkan Ratu Elizabeth mengadakan lawatan rasminya selama empat hari, namun ingatan terhadap keganasan pada masa lalu tidak dapat dilupakan.

Ketibaan Ratu Elizabeth, bertepatan dengan ulang tahun ke-37 pengeboman di Dublin dan Monaghan berpunca daripada pertempuran antara penyokong parti berbeza di Ireland Utara. – Reuters

Anwar Ibrahim Muncul Di 'Yahoo Malaysia Question Time' Esok

14 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

PETALING JAYA 18 MEI : Ketua Pembangkang yang juga Penasihat Ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan rakyat Malaysia pertama dijemput sebagai panelis segmen interaktif Yahoo! Malaysia ‘Question Time, esok.

Segmen tersebut akan bermula pada hari Khamis 19 Mei 2011 pada jam 11.30 pagi.

Anwar akan meluangkan masa hampir 1 jam bersama warga siber menerusi platform “Cover It Live” di mana dapat berkomunikasi dengan Anwar secara langsung.

Editor Yahoo! Malaysia akan bertindak sebagai fasilitator.

Sila klik di sini untuk ke platform Cover It Live: http://my.news.yahoo.com/questiontime/

Tv Selangor/-

76 karakter yahudi dalam Al-Quran

14 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

AllahTaala telah menceritakan didalam alquraan tentang kemuliaan dan kehinaan bangsa Yahudi. Didalam alquraan juga allah menceritakan sebanyak 76 karakter yahudi dalam alquraan. Bagaimanakah katrakter mereka?

1. Bangsa yang pertama kali kafir kepada Nabi Muhammad SAW.(Al-Baqarah: 41).

2. Bangsa yang suka memutar balikkan kebenaran (Al-Baqarah: 42).

3. Bangsa yang diperingatkan Allah dengan keingkaran terhadap nikmat Allah (Al-Baqarah: 47-48).

4. Bangsa yang pernah diuji dalam perhambaan raja-raja mesir (Al-Baqarah: 49).

5. Bangsa yang menyembah berhala ditengah bimbingan Nabinya (Al-Baqarah: 51).

6. Bangsa yang diperintahkan untuk membunuh diri masal (Al-Baqarah: 54).

7. Bangsa yang pertama kali mengingkari sifat ghaib dan paham materialisme (Al-Baqarah: 55-56).

8. Bangsa yang suka berbuat aniaya di tengah nikmat Allah (Al-Baqarah: 57).

9. Bangsa yang paling cerewet dengan Nabinya (Al-Baqarah: 61).

10. Bangsa yang cepat melanggar janji Allah (Al-Baqarah: 65).

11. Bangsa yang paling suka mempermainkan perintah Nabi (Al-Baqarah: 67-71).

12. Bangsa yang paling keras menolak kebenaran Illahi (Al-Baqarah: 74).

13. Bangsa yang tidak boleh diharapkan beriman kepada kebenaran para Nabi (Al-Baqarah: 75).

14. Bangsa yang paling suka mengatur tipu daya di tengah masyarakat (Al-Baqarah: 76).

15. Bangsa yang suka memperjual-belikan agama Allah (Al-Baqarah: 79).

16. Bangsa yang beranggapan tidak disentuh api neraka kecuali sebentar (Al-Baqarah: 80-81).

17. Bangsa yang paling sedikit orang-orang baiknya (Al-Baqarah: 83).

18. Bangsa yang paling senang bermusuhan dengan sesamanya (Al-Baqarah: 84-85).

19. Bangsa yang paling sombong dan membanggakan etnisnya (Al-Baqarah: 91).

20. Bangsa yang paling rakus terhadap kesenangan duniawi dan takut mati (Al-Baqarah: 96).

21. Bangsa yang benci kepada malaikat Jibril dan Malaikat yang lain (Al-Baqarah: 97-98).

22. Bangsa yang paling suka mengingkari perjanjian (Al-Baqarah: 100).

23. Bangsa yang paling suka mengikuti khurafat (Al-Baqarah: 102).

24. Bangsa yang paling dengki kepada Nabi Muhammad dan umatnya (Al-Baqarah: 105)

25. Bangsa yang paling keras berupaya mengkafirkan umat Islam (Al-Baqarah: 109-110).

26. Bangsa yang sama sekali tidak mengakui agama Nasrani (Al-Baqarah: 113).

27. Bangsa yang pertama kali menyatakan Allah berputra (Al-Baqarah: 116).

28. Bangsa yang membenci kebebasan beragama (Al-Baqarah: 180).

29. Bangsa yang membenci agama ibrahim (Al-Baqarah: 130-133).

30. Bangsa yang rasialis dan apologetik (Al-Baqarah: 175).

31. Bangsa yang tidak malu bersikap sok tahu (Al-Baqarah: 139-140).

32. Bangsa yang menggangap dirinya paling pandai (Al-Baqarah: 142).

33. Bangsa yang hanya menuruti kemahuan sendiri (Al-Baqarah 145).

34. Bangsa yang paling mengenal ciri Nabi Muhammad tapi mengingkarinya (Al-Baqarah: 146).

35. Bangsa yang dikutuk Allah kerana merahsiakan kebenaran (Al-Baqarah: 159).

36. Bangsa yang paling fanatik terhadap tradisi dan leluhurnya (Al-Baqarah: 170).

37. Bangsa yang dagang dan riba sama saja (Al-Baqarah: 275).

38. Bangsa yang menjadikan agama sebagai Alat dusta (Ali Imran: 23-24).

39. Bangsa yang dilarang bagi kaum muslimin untuk bersetia kawan (Ali Imran: 28).

40.Bangsa yang pertama-tama merancang pembunuhan Nabi Isa as. (Ali Imran: 52-54).

41. Bangsa yang senang membuat siasat keragu-raguan (Ali Imran: 72-73).

42. Bangsa yang suka mengingkari amanah orang (Ali Imran: 75).

43. Bangsa yang suka mengada-ada dalam urusan agama (Ali Imran: 78).

44. Bangsa yang menjadikan agama sebagai alat untuk memperbudak bangsa lain (Ali Imran: 79-80).

45. Bangsa yang ingin membuat agama lain sebagai tandingan agama islam (Ali Imran: 83-85).

46.Bangsa yang kedlolimanya menyulitkan hatinya melihat kebenaran (Ali Imran; 86-87).

47. Bangsa yang suka menghalang orang berjalan kepada kebenaran (Ali Imran: 99).

48. Bangsa yang suka berpecah belah dan merosakkan fahaman agama (Ali Imran: 105).

49. Bangsa yang tidak suka melihat kebaikan ummat islam (Ali Imran: 118-120).

50. Bangsa yang mencela Allah sebagai si Faqir (Ali Imran: 181).

51. Bangsa yang suka membuat saiz kebenaran menurut selera sendiri (Ali Imran: 183).

52. Bangsa yang suka mencari pujian palsu (Ali Imran: 188).

53. Bangsa yang merasa dirinya paling bersih (An-Nisaa: 49).

54. Bangsa yang suka memeras orang lain apabila berkuasa (An-Nisaa: 53).

55. Bangsa yang selalu dengki gengan keberuntungan orang lain (An-Nisaa: 54).

56. Bangsa yang suka membuat kdlaliman dalam undang-undang (An-Nisaa: 60).

57. Bangsa yang berusagha mempengaruhi kearah kerosakan apabila dijadikan teman (An-Nisaa: 89).

58. Bangsa yang suka mempermainkan para Nabi (An-Nisaa: 153).

59. Bangsa yang mengaku membunuh Nabi Isa (An-Nisaa: 157).

60. Bangsa yang diharamkan Allah memakan makanan yang baik (An-Nisaa: 160).

61. Bangsa yang mengaku menjadi anak tuhan dan kekasihnya (Al-Maidah 18).

62. Bangsa yang paling pengecut (Al Maidah: 22).

63. Bangsa yang dibebani hukum berat kerana mental mereka yang bobrok (Al Maidah: 22).

64. Bangsa yang paling cepat bersikap menolak kebenaran dan menyukai kebohongan (Al Maidah: 41).

65. Bangsa yang menyuruh rakyat berkonfrontasi dengan orang-orang yang benar (Al-Maidah: 41).

66. Bangsa yang gemar melakukan usaha-usaha kotor (Al-Maidah: 42).

67. Bangsa yang lebih takut kepada sesama manusia dari pada kepada Allah (Al Maidah: 44).

68. Bangsa yang suka mengejek dan mempermainkan agama islam (Al-Maidah: 58).

69. Bangsa yang mengatakan Allah itu bakhil (Al Maidah: 64).

70. Bangsa yang gemar membangkitkan peperangan (Al Maidah: 64).

71. Bangsa yang suka mendustakan kebenaran yang tidak disukai (Al Maidah: 70).

72. Bangsa yang berani membunuh Nabi-Nabinya (Al Maidah: 71).

73. Bangsa yang dilaknat oleh Nabi-Nabinya (Al Maidah: 78).

74. Bangsa yang ulamanya tidak peduli kemungkaran di tengah masyarakatnya (Al Maidah: 79).

75. Bangsa yang mahu berkerja sama dengan musuh-musuh agama demi menghancurkan Islam (Al-Maidah: 80).

76. Bangsa yang paling keras permusuhannya dengan agama Islam (Al-Maidah: 82).

selatanonline

Harga minyak naik AS$98 setong di Asia

14 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

SINGAPURA: Harga minyak melonjak kepada AS$98 setong bagi pasaran Asia, hari ini, di tengah-tengah kelemahan dollar Amerika Syarikat (AS) serta laporan bekalan minyak mentah menunjukkan tanda bercampur-campur susulan permintaan AS.

Penanda aras minyak mentah bagi Jun mencatatkan peningkatan 96 sen kepada AS$97.87 setong pada tengah hari dagangan waktu elektronik di sini pada Bursa Merkantil New York.

Penurunan nilai dollar AS menjadikan harga minyak lebih murah untuk pelabur yang mempunyai mata wang berbeza, di mana seterusnya mempengaruhi kenaikan nilai pasaran minyak mentah. - AP

DEWAN ULAMA’ PAS PERAK BERSEDIA MEMIMPIN UMMAH : PESURUHJAYA PAS PERAK

14 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

IPOH, Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Hussain menyatakan beliau yakin bahawa Dewan Ulama’ PAS Perak bersedia memimpin ummah bagi mendekatkan diri ummah kepada Allah dan terus bersama Pakatan Rakyat membimbing rakyat untuk menumbangkan kezaliman umno di Perak dan Malaysia.

Beliau menyatakan demikian sempena majlis perasmian muktamar Dewan Ulama’ PAS Perak yang berlangsung baru-baru ini, di Pusat Tarbiyyah PAS Perak.

Menurut beliau, Kepimpinan ulama PAS sudah menjangkau suku abad, satu tempoh yang tidak pendek dan tidak terlalu panjang untuk dinilai semula pencapaiannnya, melihat sejak daripada era kepimpinan ulama, pencapaian besar perjuangan yang diletakkan atas landasan Islam bagi menuju matlamat, keagungan Islam dan memartabatkannya menjadi perjuangan yang memikat hati majoriti umat Islam di negara ini, antara hasilnya,

bermula pada 1990, PAS menang di Kelantan, dan sampai kini terus memerintah Kelantan
Selain itu beliau juga menyatakan, PAS juga pernah menang di Terengganu untuk satu penggal dan menjadi pembangkang yang kuat di Parlimen sehingga kini, pada 2008 PAS mendapat sokongan daripada bukan Islam. Kecenderungan ini mula nampak beberapa ketika sebelum pilihan raya lagi apabila kita berjaya menubuhkan Kelab Penyokong PAS kepada bukan Islam.

Keanggotaannya bertambah dengan pesat sekali. Ini bukan retorik sokongan tetapi ia berkaya diterjemahakan oleh bukan Islam dalam pilihan raya umum dan pilihan raya kecil selepas itu.

Dominasi majoriti dua pertiga BN berjaya dinafikan. Dengan izin Allah jua, hitungan politik yang dulunya kita rasa mustahil, misalnya untuk Pakatan menguasai negeri-negeri seperti Kedah, Selangor, Perak dan Pulau Pinang, kini menjadi realiti.

Memetik ucapan beliau, “ Ulama boleh bergandingan dengan sesiapa sahaja serta sentiasa bantu-membantu di antara satu sama lain.Kepimpinan ulama hanyalah satu arah tuju yang kita nampak sebagai pengemudi parti”.

“ Ulama laksana juruterbang yang mambawa kapal terbang atau nahkoda bagi sebuah kapal. Namun ia bukan kerja dia seorang tetapi beserta parajurit-parajurit yang lain, kesinambungan itu yang membuatkan sesuatu perjalanan menjadi lancar”.

“ Analogi itu ada di dalam PAS. Begitu juga seperti sejarah peperangan. Ada yang hebat berjuang dan ke depan. Nabi Muhammad mengetuai peperangan tetapi tidak pernah sekali pun membunuh. Begitu juga ada yang diperintahkan Nabi tetapi Nabi sendiri tidak pernah lakukan seperti azan dan qamat, sesuai dengan dirinya yang sentiasa jadi imam”.

“Ada ketika Nabi pernah perintah pasukan tentera Islam berkhemah tetapi ditegur oleh pakar perang bahawa kawasan itu tidak sesuai kerana jauh daripada air, dekat dengan laluan angin dan mengadap pancaran matahari.

Nabi bersetuju dan pindah tempat lain. Itu menandakan, dalam perang masing-masing ada kepakarannya. Ada yang hebat menombak, memanah dan ada yang hebat berdakwah.Begitu juga dalam PAS, masing-masing ada kelebihannya dan saling tampung-menampung”.

Justeru Pesuruhjaya PAS Perak itu menyatakan, perjuangan PAS dan UMNO sangat berbeza. UMNO pentingkan keduniaan, catur politiknya juga dunia dan modal besar serta janji mereka juga adalah dunia seperti pembangunan dan penambahan dari segi material.

Untuk berdepan dan menyaingi UMNO, PAS bukan sahaja perlukan ulama, tetapi juga tenaga dan buah fikiran berbagai pemikiran dan idea untuk memantapkan parti dan bergerak memastikan kejayaan perjuangan Islam ini, Tegas beliau.

mohd hafez sabri

Selepas Jadi Akhbar Porno, Utusan Main Api Pula

09 Jamadilakhir 1432H
Harakahdaily
PARIT BUNTAR, 12 Mei: Selepas bertukar menjadi ‘akhbar porno’ dan gagal dalam projek video lucah bersama Umno, Utusan Malaysia bermain api pula dalam soal agama dan perkauman demi untuk menarik sokongan Melayu.

"Kerana itu saya beranggapan dan beri nasihat kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa musuh utama negara sekarang bukannya dadah dan lain-lain tetapi ia adalah fitnah dari pemimpin Umno dan akhbar Utusan,” kata Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan seluruh rakyat Malaysia agar jangan mengikuti pemberitaan jijik dan kotor Utusan sebagai media Umno.

Sebelum ini, Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Mohamad Hata Wahiri berkata, agenda mingguan akhbar Utusan Malaysia ditetapkan oleh Biro Politik Umno yang dipimpin oleh Presidennya, Datuk Seri Najib Razak.

Hatta dalam wawancaranya dengan laman web, Free Malaysia Today (FMT) (gambar) berkata, Ketua Pengarang Utusan yang ada sekarang akan menerima arahan dari mesyuarat Biro Politik Umno yang bersidang setiap hari Isnin malam.

Yang hadir dalam mesyuarat itu adalah Najib, timbalannya, Tan Sri Muhyidin Yasin, naib presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishamudin Husein dan Datuk Seri Safie Apdal serta Setiausaha Agung, Datuk Tengku Adnan Mansor dan Ketua Penerangan, Datuk Ahmad Maslan.

Bagi Khalil Idham Lim (gambar bawah), apa yang berlaku kini menunjukkan Umno semakin tidak beretika dalam berpolitik dengan segala cara dihalalkan demi untuk kekal berkuasa termasuk menggunakan media.

Menurutnya, kebiadaban dan pembohongan Utusan Malaysia dalam laporannya kononnya pemimpin Kristian berkonspirasi dengan DAP untuk mengambil alih Putrajaya dan menggugurkan status Islam sebagai agama rasmi negara langsung tiada logik dan tidak berasas.

“Kerana itu rakyat perlu tolak pemimpin yang tidak bermoral dan etika ini pada PRU 13 nanti,” katanya yang juga Adun Titi Serong.

Katanya, pemimpin Umno menggunakan fitnah, seks dan perkauman melalui Utusan kerana mahu menutup isu sebenar negara iaitu rasuah, pembunuhan warga Mongolia yang dikaitkan dengan pimpinan tertinggi parti itu dan isu yang lebih besar lagi.

“Saya kira ini taktik lama yang diulang-ulang untuk mencetus rasa benci rakyat terhadap Pakatan Rakyat dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di samping menutup isu yang lebih besar itu,” katanya.
Tambahnya, ekoran itu menyebabkan rakyat sekarang rasa meluat dan benci terhadap Umno BN.

Buktinya, kata beliau dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak di mana rakyatnya telah membuktikan pada 16 April lalu betapa BN mula tidak diterima dengan peratusan undi yang merosot dan mereka malah hilang 8 kerusi.
Menurutnya yang juga Pengerusi Idham Care , peratusan undi kepada PR meningkat walaupun BN menghalang PR dari berkempen secara bebas di samping dinafikan hak menggunakan media arus perdana seperti mana yang BN lakukan semasa berkempen.
“Kalau dulu Najib kata Anwar boleh demam kalau berdebat dengannya tetapi realitinya sekarang Najib yang tidak nyenyak tidur," katanya.

Seminar Maqasid Shari'ah Ada Sambutan Bukan Islam!

14 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

Orang Ramai 'Terkejut' Susulan Seminar Maqasid Shari'ah Anjuran 'Gabungan NGO Islam' Pahang Tiba-Tiba Ada Sambutan Luar Biasa Bukan Islam!

KUANTAN, 16 Mei - Orang ramai yang hadir ke Seminar Maqasid Shari'ah Dan Masyarak Majmuk di Restoran Sekilau Seafood, Jalan Hj.Ahmad dekat sini petang semalam terkejut dengan sambutan orang bukan Islam terhadap program itu.

Program anjuran Gabungan NGO-NGO Islam Pahang itu menampilkan Dr.Muhammd Nur Manuty (Ketua Penerangan PKR), Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (Pesuruhjaya PAS Pahang & Naib Presiden PAS Pusat) dan Ustaz Nasruddin Hassan At-Tantawi (Ketua Pemuda PAS).

Kehadiran peserta dari kalangan kaum India dan Cina amatlah memeranjatkan kerana program yang bermula sekitar jam 2.15 petang itu hanya disertai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dua jam kemudian. Anehnya, peserta bukan Islam dilihat duduk mendengar penjelasan daripada penceramah undangan dengan begitu kyusuk sekali, seolah-olah mereka memahami setiap penjelasan yang dibuat.

Ini sesuatu yang amat luar biasa kerana program ini sendiri sebenarnya lebih difokuskan kepada umat Islam pada peringkat awalnya. Malah apa yang lebih menarik, mereka bukan sahaja mendengar tetapi juga mengeluarkan wang RM5 untuk membayar yuran penyertaan.

Senario ini tidak mungkin berlaku dalam program Islamik anjuran UMNO BN sebenarnya. Namun, apa yang berlaku semalam membuktikan kepada rakyat bahawa gabungan Pakatan Rakyat bukan sahaja berjaya menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di negara ini malah juga berjaya mendidik orang bukan Islam supaya lebih mengenali agama itu sendiri. Apakah perkara sebegini boleh dilakukan oleh parti perkauman seperti UMNO agaknya?. Mungkin sampai kiamat pun mereka tetap gagal !.


Bukti, sebahagian daripada kaum Cina yang kyusuk mendengar taklimat


Wakil kaum India juga kyusuk dengar penjelasan tentang hukum Islam

[Program yang menampilkan Pengerusi PKR Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman sebagai Moderator itu berakhir kira-kira jam 4.30 petang selepas Anwar selesai membentangkan hujah-hujahnya. Ternyata penerimaan kaum lain terhadap Islam semakin menampakkan hasilnya biar pun baru beberapa tahun sahaja gabungan Pakatan Rakyat ditubuhkan.

Ia jauh berbeza dengan gabungan Barisan Nasional yang begitu lama wujud tetapi masih tidak mampu memberi kesedaran tentang perundangan Islam kepada kaum lain di negara ini. Seminar itu diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada peserta memahami matlamat utama hukum syarak yang bersifat universal untuk masyarakt majmuk di negara ini.

Disamping itu juga ia memberi peluang kepada peserta menghayati bahawa perlaksanaan hukum, undang-undang bahkan kejayaan sesuatu program itu diukur dari segi pencapaian matlamat murni yang digariskan.

Malah, ia juga diadakan khas untuk memberika para peserta berupaya menjadikan maqasid shari'ah sebagai neraca dalam menilai dan mengganggap sesuatu. Secara amnya, peserta yang hadir berpuas hati dengan program tersebut].

pahangdaily online

3 pemimpin PAS dibicara hari ini dan esok

14 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 18 Mei: Tiga pemimpin PAS bersama 42 yang lain sedang dibicarakan hari ini dan esok di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dalam kes himpunan Protes kenaikan harga minyak.

Mohamad Sabu, Dr Dzulkefly Ahmad dan Dr Mohamad Hatta Ramli serta 42 yang lain dituduh menyertai himpunan membantah kenaikan harga barang pada bulan Januari 2008 di perkarangan KLCC.

Ketiga-tiga mereka dibela oleh peguambela Mohamed Hanipa Maidin.

Perbicaraan yang sudah berjalan selama tiga tahun, namun sehingga kini ia masih di peringkat pendakwaan.

Seramai 36 saksi pendakwa telah memberi keterangan di mahkamah.

Selain ketiga-tiga mereka, turut didakwa adalah Naib Presiden PKR, Tian Chua, Presiden PSM Dr Nasir Hashim, Setiausaha Agung PSM Arutchelvam, Exco Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah dan Dr Badrulamin Baharon dari PKR.

Harakahdaily/-

Kelantan akan bina stadium muat 40,000

15 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -



KOTA BHARU, 18 Mei: Kerajaan negeri Kelantan akan membina sebuah stadium yang memuatkan 40,000 orang di samping ruang masjid di merata-rata bahagiannya di Bukt Merbau, Pasir Puteh.

Perkara ini diumumkan oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Mat dalam satu kenyataan media yang dibacakan selepas Mesyuarat Exco kerajaan negeri hari ini.

"Saya ingin membuat pengumuman pada hari ini satu berita gembira buat rakyat Kelantan khususnya peminat-peminat sukan tanahair di mana Kerajaan Kelantan telah bersetuju untuk membina sebuah kompleks sukan bersekali dengan Bandar baru untuk kegunaan aktiviti sukan di negeri ini. 

"Kompleks tersebut yang antaranya akan menempatkan sebuah stadium utama dengan kapasiti 40,000 tempat duduk bertempat di atas tanah milik kerajaan di Bukit Merbau, Pasir Puteh," kata beliau.

Katanya, kerajaan berhasrat agar stadium yang akan dibina ini turut memuatkan ruang masjid di merata-rata bahagian yang akan membolehkan penonton-penonton solat berjemaah dengan mudah di dalam stadium. 

Ini bagi merealisasikan hasrat kerajaan negeri yang mahukan aktiviti sukan di negeri ini tidak berpisah dari roh Membangun Bersama Islam yang menjadi dasar pentadbiran kerajaan negeri.  

Bagaimanapun rekabentuk secara terperinci terpulang kepada arkitek yang akan diberikan tanggungjawab ini nanti, katanya.

Menurut Nik Aziz, cadangan pembangunan stadium dan kompleks sukan ini terbuka kepada mana-mana pemaju menghantarkan cadangan atas dasar BOT iaitu bina, operasi dan pindah.

"Saya berharap dengan pembinaan kompleks sukan ini nanti, aktiviti sukan di negeri ini dapat berdaya maju dengan lebih baik ke arah membentuk masyarakat yang sihat jasmani dan rohani insya-Allah," katanya.

Tauladan Perangkap Tikus

14 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

Sepasang suami dan isteri petani pulang kerumah setelah berbelanja.
Ketika mereka membuka barang belanjaan, seekor tikus memperhatikan gelagat sambil menggumam "hmmm...makanan apa lagi yang dibawa mereka dari pasar??"

Ternyata yang dibeli oleh petani hari adalah perangkap tikus.
Sang tikus naik panik bukan kepalang.

Ia bergegas lari ke sarang dan bertempik, "Ada perangkap tikus di rumah... di rumah sekarang ada perangkap tikus...."

Ia pun mengadu kepada ayam dan berteriak, "Ada perangkat tikus!"
Sang Ayam berkata, "Tuan Tikus! Aku turut bersedih tapi ia tak ada kena-mengena dengan aku."

Sang Tikus lalu pergi menemui seekor Kambing sambil berteriak seperti tadi.

Sang Kambing pun jawab selamba, "Aku pun turut bersimpati... tapi tidak ada yang boleh aku buat. Lagi pun tak tak ada kena-mengena dengan aku."

Tikus lalu menemui Lembu. Ia mendapat jawaban sama.
"Maafkan aku. Tapi perangkap tikus tidak berbahaya buat aku sama sekali. Takkanlah sebesar aku ni boleh masuk perangkap tikus."

Dengan rasa kecewa ia pun berlari ke hutan menemui Ular.

Sang ular berkata "Eleh engkau ni... Perangkap Tikus yang sekecil tak kan la nak membahayakan aku."

Akhirnya Sang Tikus kembali ke rumah dengan pasrah kerana mengetahui ia akan menghadapi bahaya seorang diri.

Suatu malam, pemilik rumah terbangun mendengar suara berdetak perangkap tikusnya berbunyi menandakan umpan dah mengena.

Ketika melihat perangkap tikusnya, ternyata seekor ular berbisa yang jadi mangsa.
Ekor ular yang terperangkap membuat ular semakin ganas dan menyerang isteri pemilik rumah.

Walaupun si Suami sempat membunuh ular berbisa tersebut, isterinya tidak sempat diselamatkan.
Si suami pun membawa isterinya ke rumah sakit.

Beberapa hari kemudian isterinya sudah boleh pulang namun masih demam.
Isterinya lalu minta dibuatkan sup cakar ayam oleh suaminya kerana percaya sup cakar ayam boleh mengurangkan demam.

Tanpa berfikir panjang si Suami pun dengan segera menyembelih ayamnya untuk dapat cakar buat sup.

Beberapa hari kemudian sakitnya tidak kunjung reda.

Seorang teman menyarankan untuk makan hati kambing.

Ia lalu menyembelih kambingnya untuk mengambil hatinya.

Masih juga isterinya tidak sembuh-sembuh dan akhirnya meninggal dunia.
Banyak sungguh orang datang melawat jenazahnya.

Kerana rasa sayang suami pada isterinya, tak sampai hati pula dia melihat orang ramai tak dijamu apa-apa.

Tanpa berfikir panjang dia pun menyembelih sapinya untuk memberi makan orang-orang yang berziarah.

Dari kejauhan, sang Tikus menatap dengan penuh kesedihan.

Beberapa hari kemudian ia melihat Perangkap Tikus tersebut sudah tidak digunakan lagi.

MORAL: SUATU HARI... KETIKA ANDA MENDENGAR SESEORANG DALAM KESUSAHAN DAN MENGIRA ITU BUKAN URUSAN ANDA DAN LANGSUNG TAK BANTU APA YANG MAMPU... FIKIRKANLAH SEKALI LAGI.

"TeMaN"

7 maut letupan gas di lombong arang batu China

14 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

BEIJING: Tujuh maut akibat letupan gas di sebuah lombong arang baru di barat daya China, lapor media tempatan hari ini.

Kejadian berlaku lewat semalam di Daerah Weixin dalam Wilayah Yunnan, lapor agensi berita Xinhua.
Ketika kejadian, 13 pelombong berjaya menyelamatkan diri.
Pengurus lombong terbabit dilaporkan kini ditahan polis untuk siasatan lanjut.

Tahun lalu, 2,433 orng maut dalam nahas di lombong arang baru di China dengan kadar kematian enam orang setipa hari. - AFP

Pegawai TLDM dituduh buat tuntutan palsu

14 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

IPOH: Seorang pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dituduh di Mahkamah Sesyen atas dua tuduhan mengemukakan tuntutan palsu dengan nilai keseluruhan RM235,607.63 ketika bertugas di atas kapal KD Mahawangsa sekitar Jun dan Ogos 2006.

Leftenan Komander Ahmad Shukry Othman, 39, mengaku tidak bersalah.
Hakim Julie Lack Abdullah membenarkan ikat jamin sebanyak RM8,000 dan kes akan disebut semula 16 Jun.

Berita Harian/-

Pesara polis maut terjatuh tingkat 16 hotel elak dicekup pegawai Jawi

14 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Seorang bekas anggota polis maut selepas terjatuh dari tingkat 16 sebuah hotel di ibu negara ketika cuba mengelak daripada dicekup sepasukan anggota Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) yang melakukan operasi cegah maksiat di hotel berkenaan awal pagi Selasa.

Ketika cuba melarikan diri melalui tingkap biliknya yang terletak di tingkat 16 hotel itu di mana dia menginap dengan pasangannya, mangsa yang berumur 49 tahun itu terjatuh di beranda tingkat lima bangunan dalam insiden kira-kira 2 pagi itu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zulkarnain Abdul Rahman yang dihubungi hari ini mengklasifikasikan kematian itu sebagai mati mengejut.

Beliau berkata mangsa mati serta-merta di tempat kejadian dipercayai akibat mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

Zulkarnain berkata pihak Jawi telah mengambil keterangan daripada pasangan mangsa yang dipercayai janda berumur lingkungan 40-an untuk membantu siasatan dan beliau enggan mendedahkan identiti pasangan terbabit. BERNAMA

Denda Lebih Berat Menanti Penunggang Motosikal Yang Degil

14 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

SEREMBAN: Penunggang motosikal yang melanggar peraturan trafik serius seperti tidak memakai topi keledar, melanggar lampu isyarat merah dan tidak berhenti di lintasan pejalan kaki akan dikenakan denda maksimum RM300.

Di bawah peraturan yang berkuat kuasa bulan lalu, tiada lagi diskaun akan ditawarkan pihak polis mahupun Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi kesalahan yang dilakukan oleh penunggang motosikal.

Sebelum ini, penunggang motosikal yang melakukan kesalahan sedemikian ditawarkan pengurangan denda antara RM70 dan RM100 bagi semua kesalahan lalu lintas.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan berkata hukuman tersebut dikenakan kerana pihak berkuasa sangat bimbang terhadap peningkatan jumlah kemalangan maut melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal.

Menurutnya, dalam tempoh tiga tahun, kira-kira 12,000 penunggang dan pembonceng motosikal maut dalam kemalangan jalan raya.

“Sebagai contoh, kita tidak akan bertolak ansur dengan penunggang dan pembonceng motosikal yang tidak memakai topi keledar kerana ramai yang maut dalam kemalangan jalan raya.

“Oleh kerana, harga sebiji topi keledar kurang daripada RM50, tiada alasan untuk mereka tidak memakainya dan meletakkan nyawa mereka dalam bahaya,” katanya kepada The Star.

Kesalahan lain yang akan dikenakan denda sebanyak RM300 adalah menggunakan telefon bimbit, memotong dari arah kiri, mengekori pemandu kereta terlalu rapat dan memandu melebihi had laju yang ditetapkan.

“Amat menyedihkan lebih 60 peratus kematian jalan raya yang melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal adalah berpunca daripada memandu melebihi had laju dan tidak memakai topi keledar. Kita perlu segera hentikan perkara ini,” katanya.

Bagaimanapun, bagi kesalahan-kesalahan lain masih ada diskaun yang ditawarkan apabila membayar denda.

“Kami akan mengurangkan denda sekiranya pesalah membuat bayaran segera bagi kesalahan yang tidak serius,”

Solah berkata penunggang motosikal yang membuat pusingan U ditempat yang tidak dibenarkan serta gagal berhenti di lintasan pejalan kaki kanak-kanak sekolah mereka akan diberikan diskaun dan hanya perlu membayar denda RM100 sekiranya mereka membayarnya dalam tempoh dua minggu.

Jumlah denda akan meningkat kepada RM250 sekiranya ia dibayar selepas tempoh dua minggu yang ditetapkan.

Bagi penunggang motosikal yang meletakkan kenderaan di sebelah pili bomba, di laluan pejalan kaji dan menghalang laluan jalan raya raya kompaun bagi kesalahan tersebut juga telah dinaikkan dari RM60 kepada RM100 sekiranya ia dibayar dalam tempoh dua minggu.

Sekiranya, mereka membuat bayaran dalam tempoh sebulan denda yang dikenakan adalah RM150 namun selepas tempoh tersebut denda yang dikenakan akan meningkat kepada RM250.

Bagi mereka yang gagal mempamerkan pelekat, ‘P’ pada nombor plat kenderaan, tidak mempunyai lesen memandu yang sah serta tidak mempamerkan nombor plat pendaftaran yang telah diubah suai denda yang akan dikenakan adalah antara RM60 hingga RM120.

Namun, diskaun sebanyak RM40 diberikan bagi denda yang dibayar dalam tempoh dua minggu dan RM70 bagi denda yang dibayar dalam tempoh sebulan daripada saman dikeluarkan.

Oleh SARBAN SINGH

Hampir 1,000 Rumah Di Kulim Dilanda Banjir Kilat

14 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

KULIM: Hampir 1,000 buah rumah di beberapa kampung dan taman perumahan sekitar bandar ini dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat dan air beberapa sungai yang melimpah petang Selasa.

Ketua Polis Daerah Kulim Supt Ghuzlan Ghazali berkata kawasan perumahan yang terlibat adalah Taman Merak, Taman Bistari Fasa I dan II, Taman Tiong (Mukim Sungai Ular) dan Taman Seri Kulim (Mukim Kulim) melibatkan kira-kira 900 buah rumah, dengan Taman Merak dan Taman Tiong yang paling teruk dinaiki air melibatkan hampir 500 rumah.

Sementara itu, kira-kira 100 buah rumah di Kampung Bukit Sarang Ayam (Mukim Sungai Seluang), Kampung Padang Limau, Bukit Puteh (Mukim Karangan), Kampung Bukit Kukus (Mukim Keladi), Paya Tok Betuk dan Kampung Teluk Sira (Mukim Sungai Ular) turut dinaiki air.

Ghuzlan berkata banjir kilat yang berlaku adalah ekoran hujan lebat mulai pukul 1 tengah hari hingga pukul 3 petang menyebabkan air Sungai Ular, Sungai Kulim dan Sungai Karangan melimpah dan beberapa aliran jalan seperti Jalan Sultanah Bahiyah ke arah Serdang dekat Taman Merak terpaksa ditutup buat sementara.

Aliran Jalan Taman Kota Kenari ke Sungai Ular juga terpaksa ditutup sejak pukul 5 petang ini akibat aliran air Sungai Kulim di jambatan Taman Tiong melimpah dan naik hampir 1.5 meter di atas jalan raya.

"Air banjir naik antara 0.8 meter hingga 1.5 meter di sekitar kawasan taman-taman perumahan, manakala dua keluarga di Kampung Bukit Kukus, Jalan Lunas terpaksa berendam dalam air setelah rumah mereka dinaiki air hampir satu meter," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Ghuzlan berkata air di semua kawasan terbabit dijangka surut tengah malam ini walaupun masih hujan di beberapa kawasan sekitar daerah Kulim.

Sementara itu, Penyelaras Kawasan Dewan Undangan Negeri Lunas S. Ananthan bersama Penyelaras Parlimen Padang Serai Chin Tung Lung melawat beberapa rumah yang mengalami banjir termasuklah di Kampung Bukit Kukus dan kawasan tebing parit monsun di Jalan Padang Serai-Kulim di Paya Besar (Kampung Siam) yang runtuh.

Kedua-dua mereka telah memaklumkan Pejabat Pembangunan Persekutan Zon Kulim/Bandar Baharu untuk mengatasi masalah banjir yang sering dialami keluarga dua buah rumah berkembar di situ.

"Perkara ini sering berlaku kerana setiap kali hujan lebat kedua-dua buah rumah ini akan digenangi air banjir, adakalanya banjir kilat berlaku sebulan empat kali," kata Zabidin Abu, 46, salah seorang penduduk rumah itu, yang tinggal bersama isteri dan sembilan anaknya di situ sejak 20 tahun lepas.

mStar/-

Menteri Minyak Libya belot

14 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

FOTO 27 Mei 2009 menunjukkan Shokri menjawab pertanyaan media sebaik tiba di Vienna untuk menghadiri sidang OPEC.
Libya nafi Shokri Ghanem berpaling tadah selepas lari ke Tunisia

TUNIS: Menteri Minyak Libya, Shokri Ghanem, sudah berpaling tadah daripada pentadbiran Muammar Gaddafi dan lari ke Tunisia, dakwaan yang disahkan oleh pemberontak tetapi dinafikan oleh Tripoli.

“Beliau berada di hotel dengan sekumpulan pegawai Libya lagi,” kata sumber di Tunisia kepada agensi berita manakala seorang lagi sumber keselamatan menyatakan Shokri, 68, dalam perjalanan ke Tunis.

Tetapi, seorang pegawai Libya di ibu negara Tripoli menegaskan, tiada tanda-tanda bahawa Shokri yang juga pengerusi Perbadanan Minyak Kebangsaan Libya (NOC) sudah belot.

“Saya tiada berita menyatakan beliau meletakkan jawatan, berpaling tadah atau seumpamanya. Sudah menjadi kerjanya untuk bergerak ke sana sini dan menghubungi syarikat minyak.

“Jadi, kami tidak mendengar apa-apa pun selain daripada beliau menjalankan tugas seperti biasa,” kata pegawai itu lagi yang dipetik agensi berita Reuters.

Menurut satu lagi laporan oleh agensi Agence France Presse (AFP), Shokri sudah melintasi masuk sempadan Tunisia menggunakan sebuah kereta dan berada di hotel pulau Djerba.
Pengurusan hotel itu memberitahu, pegawai kanan Libya berkenaan membawa anggota keluarganya tetapi tidak diketahui destinasi mereka.

Buat masa ini, Shokri belum menghubungi pegawai kerajaan Tunisia selepas melintas sempadan Ras Jedir.

Ada juga laporan memetik seorang pekerja hotel berkenaan sebagai memberitahu bahawa Shokri sudah mendaftar keluar hotel paling mewah di Djerba itu.

Anggota keselamatan di lapangan terbang Djerba berkata, Shokri tidak dikesan berada di terminal berkenaan.

Jika Shokri benar-benar belot, beliau adalah pegawai paling kanan meninggalkan kerajaan Gaddafi selepas pemberontakan meletus pertengahan Februari lalu.

Bekas Menteri Luar, Mussa Kussa berpaling tadah di Britain pada Mac lalu selepas keluar dari Libya dan masuk ke Tunisia.

April lalu, Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat membekukan aset lima pegawai kanan Gaddafi termasuk Shokri bagi memaksa orang kanan pemimpin itu belot. – AFP/Reuters

Bagai kucing larang kawan jangan makan ikan

14 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 18 Mei: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) melihat desakan Pemuda Umno Malaysia agar kerajaan tidak menaikkan harga petrol seolah-olah tindakan seekor kucing mendesak kawannya yang juga kucing untuk jangan memakan ikan.

Begitupun, Pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shaharin (gambar) menyambut baik desakan Pemuda Umno itu.

Katanya, SAMM cuba menilai dari sisi positif desakan ini, yang nampaknya serius kerana ketuanya juga melalui akaun laman sosialnya turut menyatakan "telah mengarahkan mana-mana Pemuda Umno Bahagian yang belum bermesyuarat untuk membawa usul jangan naik harga petrol ini”.

Ini, ujarnya menggambarkan seriusnya mereka dalam tindakan itu.

“SAMM meyakini usul desak tidak naik harga petrol ini akan menjadi usul utama Mesyuarat Agung Pemuda Umno Malaysia kali ini kerana arahan telah dikeluarkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Ini, tambahnya kerana cuba memahami tradisi dalam Umno yang tanpa arahan mereka akan diam walaupun kenaikan harga minyak tetapi apabila arahan itu berlaku pasti mereka akan bawa usul itu kerana arahan.

Menurutnya, memahami Pemuda Umno sebagai sebuah organisasi politik yang bertanding dalam pilihan raya mungkin saja tindakan itu ekoran untuk meraih populariti kerana mereka sedar kemarahan rakyat kepada parti penguasa yang amat tinggi ekoran siri kenaikan harga yang seolah tidak mampu dikawal rejim.

Namun, katanya itu urusan mereka, bagi SAMM selaku organisasi yang cuba menjadi organisasi massa muda sudah tentu turut bersama desakan tersebut bukan sahaja tidak menaikkan tetapi menurunkan semula harga minyak dengan penstrukturan semula subsidi negara dengan mengurangkan bantuan korporat.

“Namun dalam sisi yang lain ia seolah-olah tindakan seekor kucing mendesak kawannya yang juga kucing untuk jangan makan ikan,” ujarnya yang lebih dikenali sebagai Chegu Bard.

Beliau berkata, rakyat sudah tentu tidak lupa dengan tindakan ahli-ahli parlimen BN termasuk ahli parlimen dari pemuda Umno yang pernah mengangkat tangan dalam sesi undi belah bagi dalam parlimen Malaysia awal penggal ini yang menyokong kenaikan harga bahan bakar yang merupkakan pada ketika itu tertinggi dalam sejarah negara.

Menurutnya lagi, masalah sebenar negara ialah bukan harga pasaran dunia, selaku pengeluar minyak yang nilai kegunaan domestik masih jauh kurang dari yang dieksport maka sudah tentu kenaikan harga petroleum dunia boleh menjadi rahmat.

Masalah utamanya, kata beliau ialah pembaziran dalam pengurusan, ketirisan, rasuah, salah guna kuasa dan pengaliran wang haram yang didalangi oleh mereka yang rapat dengan rejim merupakan punca sebenar negara hilang daya saing dan daya mampan untuk menjaga kepentingan rakyat seperti mengawal harga bahan bakar.

“SAMM memandang serius perkara ini, kenaikan seolah tidak dapat dibendung. Regim begitu lemah seperti hilang kreativiti mentadbir ekonomi sehingga membiarkan rakyat lemas dalam pasaran terbuka.

“SAMM juga tidak menolak ini mungkin saja propaganda menjelang pilihan raya umum menteri akan mengumumkan di mana kononnya harga minyak akan dinaikkan tetapi oleh kerana desakan pemuda Umno, maka harga minyak kekal,” ujarnya.

Tambahnya, lebih malang lagi seperti biasa selepas pilihan raya harga naik mendadak pula.

Harakahdaily

Penghuni flat Singapura minum air mayat

15 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

 BEBERAPA anggota polis memeriksa bumbung flat di Blok 686B,Woodlands Drive 73, Sembawang selepas mayat seorang amah Indonesia ditemui dalam sebuah tangki air

SINGAPURA - Penduduk di beberapa buah flat di Woodlands tidak menyedari bahawa mereka menggunakan air termasuk untuk memasak adalah daripada sebuah tangki air yang mengandungi mayat reput seorang pembantu rumah warga Indonesia yang mati, lapor akhbar Straits Times semalam.

Mereka hanya mengetahui tangki air itu mengandungi mayat wanita tersebut selepas membuat aduan kerana air paip kelihatan berwarna kekuningan dan agak berbuih.

Empat penduduk flat itu di Blok 686B, Woodlands Drive 73, menghubungi Majlis Perbandaran Sembawang untuk membuat aduan tersebut.

Seorang jurucakap polis memberitahu agensi berita Associated French Press, seorang lelaki warga Bangladesh berusia 27 tahun telah ditangkap berhubung kematian pembantu rumah tersebut yang berusia 30 tahun.

Mayat wanita itu ditemui di dalam salah satu daripada lapan tangki air di atas bumbung flat setinggi 15 tingkat itu kelmarin selepas polis menerima panggilan daripada seorang pemberi maklumat dipercayai rakan lelaki Bangladesh tersebut.

"Kejadian ini amat menjijikkan. Semua keluarga saya memakan habis seperiuk sup kacang hijau yang dimasak pada pagi ini," kata seorang penduduk flat tersebut, Choi Ah Moi.

Seorang suri rumah berusia 33 tahun, Ally Lee pula berkata, pembantu rumahnya memasak mi sup untuk anak perempuannya dengan menggunakan air mayat tersebut. "Saya fikir saya mahu membawa anak perempuan saya berjumpa dengan doktor," katanya.

Pembantu rumah itu bekerja di sebuah flat di tingkat enam dan semasa ditemui mayatnya tersebut didapati mengalami luka di belakang badan selain memakai baju-T dan seluar bermuda.

Pengurus Besar Majlis Perbandaran Sembawang, Soon Min Sin berkata, semua air di lapan tangki itu dibuang dan dibasuh dengan menggunakan bahan pembersih kuman.

Agensi

Angkara 'Madey kutty', 'pandy kutty' dan Big Dog

14 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

SEHARI dua ini negara Malaysia semakin dipopularkan dengan pelbagai istilah baru yang berkaitan dengan keburukan orang-orang politik dan juga beberapa gelaran yang sengaja dijadikan nama pena para bloggers tertentu.

Perihal gelar menggelar orang politik dengan nama-nama tertentu bukannya baru dalam politik Malaysia. Seingat penulis, gelaran yang ketara dibuat orang-orang politik kepada lawan politiknya, ialah pada era Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.

Gelar mengelar ahli politik dengan pelbagai nama yang buruk ini sebenarnya dimulakan oleh orang-orang Umno dan bekas orang-orang Umno.

Jika kita imbau kembali apa yang berlaku pada zaman 1980-an. Antara yang terbabit memaki hamun Dr Mahathir adalah di kalangan ahli politik parti haram Umno (diharam pada tahun 1988). Jika hendak dicatatkan di sini cukup ramai. Juga termasuk dengan bekas-bekas pemimpin muda KeADILan yang sudah mendapat laba yang besar dalam Umno.

Apa gelaran yang mereka tidak sebutkan sewaktu memaki hamun Dr Mahathir? Ada yang kata 'Madey Kutty' ada yang kata 'Mamak Tongkang' dan sebagainya.

Tercatat dalam sejarah PAS pernah bersama dengan pemimpin-pemimpin Parti Melayu Semangat 46 (1989-1995), sewaktu di dalam ceramah, mereka menggunakan bahasa yang kasar lagi kesat terhadap pemimpin Umno, khususnya Dr Mahathir.

Begitu juga sewaktu era reformasi sehingga 2003, di mana ramai pemimpin muda KeADILan, yang bersama PAS di atas pentas ceramah, menggunakan bahasa yang teramat kesat, yang tidak sanggup diulang dalam ruangan ini.

Sebahagian besar 'kaki hamput' Umno ini 'sudah menjilat ludah mereka sendiri'. Mereka kini menjadi pengampu Umno nombor wahid, bagi menjilat segala dosa yang mereka lakukan terhadap Umno.

Sewaktu era Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi PM juga berlaku gelar-menggelar. Bekas PM, Dr Mahathir digelar 'beruk yang menggoncangkan pokok' oleh menantunya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Lebih teruk lagi apabila Umno Terengganu dengan sikap yang amat kurang ajar menggelar Sultan mereka sebagai 'binatang'. Ini fakta berfoto yang dirakam dalam demonstrasi penyokong Dato' Seri Idris Jusoh di hadapan Istana Terengganu di Kuala Terengganu.

Jika ditanya balik kepada semua penceramah dan pendemonstrasi yang kurang ajar ini, mengapa mereka mengeluarkan kata-kata kesat, kasar dan kurang ajar ini? Bukankah kerana amarah yang sudah tidak terbendung? Bukankah kerana tekanan hebat yang diterima?

Justeru apa yang dihairankan jika terkeluar kali ini istilah 'pandy kutty' daripada mulut Dato' Seri Anwar Ibrahim. Beliau anak-beranak dikecam, dimaki hamun dan dicerca dengan begitu menjijikkan oleh pemimpin Umno, media tali barut Umno dan macam-macam lagi.

Walaupun KeADILan menafikan Anwar menggunakan perkataan 'pandy kutty' kepada Dato' Seri Najib Razak pada satu majlis di Klang, tetapi hakikatnya ia terkeluar akibat daripada tekanan yang melampau dikenakan Umno-BN ke atas beliau.

Kata Naib Presiden KeADILan, N Surendran,"Perkataan ini (pandy kutty) bermakna babi kecil. Saya berada di majlis tersebut dan mengesahkan di sini bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahim tidak menggunakan perkataan tersebut terhadap Najib.

“Sebaliknya beliau menggunakan perkataan tersebut berkaitan dengan politik kotor dan jijik yang diamalkan oleh Barisan Nasional,” kata beliau yang juga seorang peguam.

Kata Surendran, "kami sekali lagi menuntut bahawa pemimpin BN hentikan politik kotor dan pengeluaran kenyataan palsu dengan segera."

Jadi soal gelaran anak babi ini benda kecil sahaja. Orang-orang Melayu, kadang-kadang kalau marah akan terpacul perkataan babi kepada orang yang dimarahi. Malah ada istilah dalam kamus Melayu disebut 'jahat macam setan (syaitan)'. Apa beza gelaran anak babi dengan syaitan jika diungkapkan kepada golongan yang jahat?

Penulis masih ingat sewaktu berada di sekolah menengah. Guru disiplin menangkap empat orang budak-budak nakal. Budak-budak yang nakalnya terlampau ini dibawa ke hadapan perhimpunan untuk dirotan.

Sebelum merotan budak-budak nakal ini, penulis mendengar dengan jelas celoteh guru disiplin terhadap mereka. Antara lainnya beliau mengatakan, "Kau orang ini, kalau syaitan jumpa kamu, mesti dia tabik kat kamu. Sebab kejahatan yang kamu lakukan, syaitan pun tak tergamak nak buat."

"Hahaha," gelak besar semua murid dan guru dalam perhimpunan tersebut.

Berbalik soal politik Malaysia, di sebalik gelaran-gelaran yang melampau ini, mutakhir ini tercetus pula polemik dalam negara apabila seorang blogger Zakhir Mohamed atau terkenal dengan gelaran Big Dog yang mencetuskan kontroversi isu negara Kristian baru-baru ini.

Zakhir menerusi blognya bigdogdotcom.wordpress.com mendedahkan, kononnya terdapat ikrar paderi untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi persekutuan dalam pertemuan mereka di Pulau Pinang baru-baru ini.

Posting yang dibuat oleh Big Dog disiarkan di muka hadapan akhbar Utusan Malaysia, sekali gus boleh mencetuskan ketegangan agama di antara umat Islam dengan golongan Kristian.

Oleh kerana akhbar Utusan Malaysia dijadikan pegangan akidah sebahagian besar ahli-ahli Umno dan golongan pelampau Melayu, apa sahaja yang dipaparkan, walaupun ianya berita bohong dan jijik, akan ditelan bulat-bulat mereka.

Akibat daripada akidah yang diciptakan Utusan Malaysia, maka golongan pelampau yang jahat ini, dengan api yang bersemarak di hati mereka, mula membuat pelbagai ancaman dan kecaman kepada golongan Kristian dan kaum bukan Melayu.

Selain daripada penegasan pemimpin Pakatan Rakyat, menolak agenda jahat Utusan Malaysia dan Big Dog ini, Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau, terus menyerang Zakhir dalam satu posting di laman sosial Twitter.

Khairy selaku Ketua Pemuda Umno tidak dapat menyembunyikan kemarahan beliau terhadap blogger Big Dog.

Penulis mendapat khabar, di sebalik serangan Khairy terhadap Zakhir, difahamkan, pertikaian antara kedua mereka sudah lama berlaku.

Zakhir sememangnya diketahui sering menyerang Khairy melalui tulisannya di blog dan Twitter dan tidak hairanlah jika Khairy mengambil peluang kali ini untuk memulangkan paku buah keras terhadap Zakhir.

Dalam satu posting di Twitter 12 Mei lepas, Khairy mengulas saranan pihak tertentu supaya Zakhir ditahan kerana menimbulkan dakwaan berkenaan.

Namun, secara sinis beliau berkata Zakhir tidak sepatutnya ditahan bawah ISA di pusat tahanan Kamunting kerana tindakan itu hanya akan membazirkan wang.

"Bazir je duit rakyat nak kasi anjing tu makan tiap-tiap hari kat Kamunting. Setakat sepinggan nasi mana cukup!

"Sudahlah nak cover line. Dah kantoi la Fats. Proven liar (dibuktikan penipu). Pi pig out (pergi mentekedarah) kat (restoran) The Loaf," kata Khairy dengan nada yang agak keras.

Dalam reaksi kepada laporan Utusan Malaysia, Dr Mahathir mendakwa desakan daripada ekstrimis agama meningkat kerana Kerajaan Persekutuan (Umno-Barisan Nasional) berada dalam keadaan yang lemah.

"Semasa saya menjadi PM perkara ini tidak berlaku, saya mendapat sokongan daripada semua Kristian, Hindu, Buddha, tiada apa-apa desakan," kata beliau.

Bagaimanapun Dr Mahathir enggan mengulas lanjut kerana dakwaan paderi mahukan Kristian menjadi agama rasmi Malaysia, tidak ada bukti.

Apa pun jika kita fahami kata-kata mantan PM ini, jelas pada beliau, kerajaan yang dipimpin Dato' Seri Mohd Najib Razak sekarang ini berada dalam keadaan yang lemah.

Akibat kelemahan Najib, diambil kesempatan oleh pihak-pihak tertentu untuk mencetuskan kontroversi dan polemik agama dan perkauman.

Ada andaian Umno-BN sengaja menciptakan polemik ini, untuk menarik perhatian rakyat, kononnya dengan kembali menyokong Umno-BN sahaja, polemik ini akan dapat diselesaikan.

Masalah besar yang dihadapi Umno bukannya polemik yang dicetuskan oleh pihak luar kerajaan, sama ada daripada golongan Kristian, Hindraf, DAP dan sebagainya.

Hakikat sebenar yang cuba diselindungkan adalah kepercayaan komponen BN terhadap Umno selaku ketua mereka sudah tidak ada. Komponen BN seperti MCA, Gerakan dan MIC sering berpolemik dengan Umno dalam banyak isu berkait hak kaum dan agama.

Umno tidak boleh menyelesaikan perkara ini. Apabila Umno gagal, ia cuba mencetus polemik lain di luar kerangka BN, untuk menarik sokongan rakyat pula.

Sebaliknya Umno tidak sedar bahawa cara politik mereka sudah tidak boleh diterima rakyat. Politik 'menyembunyikan pekung' sudah tidak wujud kerana rakyat sudah menghidu bau kebusukan daripada pemimpin Umno.

Justeru, untuk menghilangkan kebusukan ini, kita tiada cara lain, selain menumbangkan Umno-BN dalam PRU yang akan datang.

Mohd Rashidi Hassan | rashidi@harakah.net.my

Komen saya mengenai Pencalonan AJK PAS Pusat.

15 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

Memberi respon segera semasa saya berada di luar kawasan menguruskan soal peribadi sempena dengan cuti wesak kelmarin bila menerima berita dari beberapa sms rakan karib mengenai saya dicalonkan dan layak bertanding AJK PAS Pusat saya menggunakan Blackberry kesayangan memberikan respon sebegini :-

"subhanallah, saya yg kerdil dan daif ini termasuk salah seorang dr senarai panjang yg layak bertanding jawatan ajk pas pusat spt yg diumumkan oleh jk pemilihan parti hari ini, insyaAllah saya akn menjawab samaada akn bertanding atau tdk selepas menerima surat tawaran utk pengesahan bertanding dalam tempoh terdekat.sebelum itu saya mengambil kesempatan utk ucapkan berbanyak tkasih kpd kaw pas yg telah mencalonkan saya".

Sebenarnya kalau saya renung dan fikirkan secara jujur dan ikhlas, siapalah saya yang sangat kerdil ini untuk diamanahkan menggalas amanah kawasan-kawasan pas seluruh negara khususnya yang telah mencalonkan saya untuk bertanding AJK PAS Pusat pada Muktamar PAS tidak berapa lama lagi.

Untuk kali pertama saya telah tersenarai dalam muktamar tahun 2009 dalam keadaan setahun jagung menjadi ADUN perak pada masa itu. Pada masa itu saya menjawab menerima pencalonan dan bertanding untuk pertama kalinya. Saya gagal dalam percubaan pertama itu.

Selepas lebih 3 tahun mengalas tugas sebagai ADUN Perak dan beberapa jawatan lain seperti Ketua Penerangan PAS Perak dan Ketaua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak saya sekali lagi calonkan untuk bertanding.

Minggu lepas saya bertemu dengan seorang aktivis PAS dan kebetulan rakan karib yang mengikuti perkembangan diri saya dalam pentas politik tanah air. Secara jujur saya bertanyakan kepadanya mengenai tahap dan kenapa saya dikenali sehingga keluar dari Perak pada masa ini.

Secara jujur dia mengatakan saya berada dipentas yang lebih terbuka dan luas malah sampai kepada penuntut dan pekerja malaysia yang berada diluar negara adalah kerana berada dalam platform sebagai Blogger yang aktif.

Kerana itu saya rasa lebih bersemangat dengan paltform itu malah sekarang saya menyediakan ruang yang lebih luas dengan menubuhkan ngo Idham Care untuk memberi bakti dan khidmat masyarakat yang tidak terbatas kepada sempadan politik , negara dan bangsa.

Selain itu saya juga rasa bertuah kerana penghormatan dari kawasan yang turut mencalonkan sama Dato' Anuar Tan sehingga keadaan ini membenarkan slogan Pas For All yang selama ini kita sama-sama laungkan. Ianya ternyata bukannya retorik namun realiti yang dizahirkan oleh PAS kawasan yang mencalonkan kami.

Kehadiran saya yang kerdil ini dan Dato' Anuar Tan bersama dalam senarai 83 orang yang layak bertanding bagi saya akan membuktikan kepada musuh politik dan memberi kefahaman yang mendalam kepada seluruh ahli PAS bahawa PAS sudah melangkaui benteng penguasaan hanya untuk orang melayu sahaja.

Keujudan Dewan Himpunan penyokong PAS (DHPP) adalah pukulan maut kepada UMNO yang selama ini menakutkan orang bukan Islam kepada PAS.

Sebagaimana slogan lapuk yang dilaungkan UMNO bahawa Islam hanya untuk orang melayu sahaja, sehingga sesiapa yang memeluk Islam disahkan dalam perhimpunan agong UMNO bertukar menjadi melayu.

Kini PAS telah bergerak lebih jauh sebagai bukannya parti perkauman dan dasar Islam yang diperjuangkan membuktikan Islam adalah bersifat "rahmatan lil alamin" bukannya "rahmatan lil melayu" seperti yang diperjuangkan UMNO yang rasis itu.

Kerana itu saya sangat menghargai kawasan PAS telah mencalonkan kami untuk bertanding dan tiada kata yang paling layak saya ucapkan melainkan bersyukur kerana Allah memberi hidayah dan petunjuk untuk memberi peluang kepada kami bagi memajukan PAS yang kita sayangi. Terimakasih kepada semua.

Sesungguhnya saya sangat sayangkan PAS bukan kerana semata-mata ianya berlambangkan bulan atau kerana yang lain melainkan kerana apa yang diperjuangkan PAS adalah "Islam" dan ianya adalah mata rantai dan kesinambungan dari perjuang para Nabi dan Rasul, khususnya Rasul akhir Zaman, Nabi Muhammad s.a.w.

Sebaliknya pejuangan UMNO adalah mata rantai dari perjuangan penjajah British dan ianya semestinya wajib ditentang secara bersungguh-sungguh.

InsyaAllah saya sedang menunggu surat tawaran dari JK Pemilihan dan menjawab sama ada mahu bertanding atau tidak bertanding. Semuga Allah memberi keputusan dan petunjuk yang terbaik kepada insan ciptaan Nya yang kerdil ini.

Khalil Idham Lim @ Cina Islam

Hosni Mubarak mahu minta maaf

15 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -


KAHERAH - Bekas presiden Mesir, Hosni Mubarak dan isterinya yang kini ditahan kerana dakwaan rasuah akan memohon maaf kepada rakyat Mesir dan memulangkan aset mereka dalam percubaan terdesak untuk mendapatkan pengampunan, menurut satu laporan media.

Menurut laporan yang disiarkan akhbar tempatan Al-Shorouk semalam, Hosni dilaporkan akan menulis sepucuk surat yang akan disiarkan stesen-stesen televisyen Mesir untuk memohon maaf bagi pihak dirinya dan keluarga berhubung kesalahan yang pernah mereka lakukan terhadap rakyat Mesir.

Bekas presiden itu juga akan memohon maaf 'untuk sebarang tindakan yang berpunca daripada maklumat palsu yang diberikan kepadanya oleh para penasihatnya,' lapor Al-Shorouk yang memetik sumber pegawai-pegawai Mesir.

Hosni, 83, berada dalam tahanan di sebuah hospital di kawasan peranginan Laut Merah selepas dilaporkan mengalami serangan jantung semasa berdepan soal siasat kes rasuah.

Menurut akhbar berkenaan, Hosni turut berkata, beliau bersedia menyerahkan hartanya kepada negara.

"Surat bekas presiden itu dan hasrat untuk menyerahkan asetnya bertujuan untuk meminta pengampunan daripada Majlis Tertinggi Angkatan Bersenjata yang kini memerintah Mesir," tambah akhbar sama.

Sumber tentera memberitahu akhbar berkenaan bahawa banyak pihak, sebahagian Mesir dan sebahagian lagi Arab, sedang berunding bagi melaksanakan perkara tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, isteri Hosni, Suzanne dibebaskan semalam selepas dia menyerahkan asetnya yang berjumlah sekitar AS$4 juta (RM12.1 juta) di dalam dua buah akaun bank di Mesir kepada pentadbiran negara manakala suaminya juga berikrar untuk melakukan perkara yang serupa.

Hosni meletakkan jawatan sebagai Presiden Mesir pada 11 Februari lalu selepas penunjuk perasaan berhimpun di Dataran Tahrir, Kaherah selama 18 hari bagi menuntut pengundurannya selepas hampir 30 tahun beliau berkuasa. 

AFP

Subsidi: Alasan kerajaan untuk naik harga RON95

15 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, : PAS mengharapkan kerajaan jangan menjadi alasan untuk menindas rakyat dengan mengurangkan subsidi sehingga mengakibatkan kenaikan harga barang keperluan rakyat.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar) berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang merungut kerajaan telah mengunjurkan kadar subsidi bagi tahun ini mencecah RM20.58 bilion berbanding RM10.32 bilion tahun lalu.

Menurut Muhyiddin, RM18 bilion daripada unjuran tahun ini adalah khusus untuk sektor berkaitan minyak seperti subsidi RON95, diesel dan gas memasak LPG berbanding RM8 bilion untuk kegunaan itu pada tahun lalu.

“PAS telah menjangka ini adalah alasan untuk kerajaan menaikkan minyak RON95 yang digunakan oleh kebanyakan rakyat,” ujarnya.

Beliau berkata, kenapa kerajaan perlu mengeluh mengenai hal ini, apakah kerajaan sudah tidak mempunyai antibodi untuk memikirkan bagi kebahagiaan rakyat sedangkan kerajaan Pakatan Rakyat yang mempunyai kekangan kewangan setiap saat memikirkan bagaimana untuk menyenangkan rakyat.

Katanya, Kelantan negeri yang sering didendangkan negeri miskin walaupun hakikatnya tidak, telah mencari dana untuk merakyatkan ekonomi dengan skim kifalah untuk warga emas dengan perbelanjaan tahunan sebanyak RM7 juta, skim al-ziwaj (bantuan perkahwinan) RM1.5 juta , skim it’am (bantuan beras kepada orang miskin).

“Inilah contoh kepimpinan rakyat yang prihatin kepada rakyat dengan memikirkan bagaimana untuk beri kepada rakyat bukan memikir untuk ambil hak rakyat.

“Kenapa kerajaan hanya hendak menyalahkan subsidi sehingga kerajaan rasa terbeban dengan pemberian subsidi kepada rakyat?” soalnya.

Justeru, ujarnya PAS ingin mengingatkan kepada pemimpin BN, tugas pemimpin (menteri) ialah khadam rakyat, bukan tuan rakyat.

Katanya, khadam yang dibayar dengan imbuhan yang besar setiap bulan tidak kurang RM50,000 mestilah berbaloi untuk memikirkan bagaimana untuk menyenangkan rakyat.

Menurutnya, rakyat tidak cemburu dengan imbuhan yang diperolehi, dengan syarat mestilah dibayar dengan pembelaan kepada rakyat melalui perkhidmatan yang sepatutnya, bukan dengan menaikkan cukai dan mengurangkan subsidi.

Baginya, jika tugas sebagai pemimpin hanya untuk ambil gaji dan beku otak untuk fikir menyelesaikan masalah rakyat, maka lebih baik diberi kuasa kepada mereka yang buta huruf.

Apa tidaknya, kata beliau gaji diambil, pembaziran dan ketirisan dibiarkan, apabila kerajaan tidak ada wang maka dibeban kepada rakyat.

“Kenapa jalan pintas yang diambil untuk tarik subsidi sehingga barang keperluan rakyat naik mendadak?

“Kenapa pemimpin BN tidak memerangi rasuah dan pembaziran?” soalnya lagi

Pemimpin BN, katanya tidak pernah mengambil nasihat dan memperbaiki segala teguran yang diberi setiap tahun seperti pembaziran dan ketirisan.

Tambahnya, teguran Ketua Audit Negara seperti negara kehilangan wang sebanyak RM28 bilion kerana ketirisan, sebanyak RM888 bilion wang haram hilang daripada negara perkara ini yang perlu diselesai dahulu.

“Sebelum potong subsidi rakyat kena potong dulu projek yang tidak menguntungkan majoriti rakyat seperti Menara Merdeka 100 tingkat (RM5 bilion), upah APCO Yahudi RM77 juta setahun, subsidi untuk IPP sebanyak RM 19 bilion setahun, Permata RM111 juta setahun,” ujarnya.

Soalnya, ke mana wang cukai Petronas yang diberi sejak 2007-2010 sebanyak RM325 bilion (hitung panjang setiap tahun kerajaan dapat RM80.1 bilion).

Beliau menambah, jika RM20 bilion diambil untuk subsidi maka terdapat lagi lebihan untuk perkara lain, tidak termasuk hasil getah, sawit, mutiara, balak, silikon dan sebagainya.

Persoalannya, kata beliau kenapa pemimpin negeri Pakatan Rakyat mampu. “Jawapannya kerana ada nilai amanah dan kesungguhan untuk rakyat,” ujarnya.

Harakahdaily