12 May 2011

Serah royalti pada Kelantan macam Terengganu

09 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
Salmah Mat Husain

KOTA BHARU, 12 Mei: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, memohon kerajaan Pusat turut menyerahkan hasil royalti minyak kepada kerajaan Kelantan sebagaimana yang diberikan pada Terengganu.

Menurutnya, sekiranya kerajaan Terengganu memperolehinya, Kelantan juga berhak memandangkan hasil minyak juga turut diperolehi dari negeri ini.

“Hasil minyak, bukan hak kerajaan Pusat yang mutlak, hak kerajaan Kelantan sekiranya minyak disedut di negeri Kelantan, kalau diambil di Terengganu, royalti hak Terengganu, Johor tak ada minyak tentunya tak dapat royalti minyak,” ujarnya.

Menurutnya, hak itu bukan sahaja diperuntukkan menurut undang-undang yang dibuat manusia, sebaliknya dalam Islam sendiri telah ditentu Allah sejak awal lagi.

Jelasnya, sekiranya kerajaan BN masih tidak akan memberikan hasil royalti kepada Kelantan, sedangkan kerajaan Terengganu diperolehi, ianya sekaligus menterjemahkan sikap kerajaan yang tidak adil.

Kelantan bagaimanapun, memberitahu kerajaan negeri akan sentiasa berusaha berunding, menghubungi kerajaan Pusat dan berbagai lagi cara yang dibenarkan syarak dan undang-undang untuk mendapatkan royalti.

“Kelantan tidak akan melanggar peraturan Islam untuk mendapatkannya,” ujarnya lagi.

Beliau masih mengulangi sebagai Menteri Besar Kelantan, beliau tidak redha tindakan Kerajaan Pusat yang menafikan hak kerajaan negeri hingga akhirat.

Tuan Guru berkata demikian ketika diminta mengulas kerajaan Terengganu bakal memperolehi royalti minyak dari Kerajaan Pusat berjumlah RM938 juta secara berperingkat sehingga Jun ini.HD/-

Harga minyak Asia naik AS$100

09 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

SINGAPURA: Harga minyak di Asia naik menghampiri AS$100 setong hari ini, seterusnya dijangka mengakhiri rangsangan monetari agresif Amerika Syarikat (AS) sehingga menyebabkan kadar nilai dollar yang lemah.

Penanda aras minyak mentah bagi Jun meningkat kepada AS$1.42 kepada AS$99.63 setong, tengah hari di sini, berdasarkan tempoh dagangan elektronik di Bursa Merkantil New York.

Nilai kontrak yang dicatatkan semalam mencatatkan penurunan AS$5.67 sebelum berlegar pada kadar AS$98.21. AP

Ulasan :

Malang bagi rakyat malaysia sebagai sebuah negara pengeluar minyak antara yang terbesar dirantau ini bila rakyat ini menghadapi "kegilaan" pemimpinnya dengan menaikkan harga minyak berulangkali.

Hasil julanan Petronas mesti untung tapi harga yang rakyat terima terus melambung naik. Terutamanya minyak RON 97 yang kononnya diapungkan sudah berada pada harga RM 2.90 seliter sedangkan minyak jenis inilah satu masa dulu menjadi kegemaran dan digunakakn secara meluas oleh rakyat Malaysia.

Akibatnya secara terpaksa rakyat semacam ditipu untuk menggunakan RON 95 yang jauh tidak berkualiti dan memungkinkan timbul masalah kepada enjin kereta dalam tempoh jangka panjang.

UNESCO sahkan Kanak-kanak cemerlang jika belajar guna bahasa ibunda:

09 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

PARIS: Kanak-kanak akan cemerlang jika didedahkan dengan pelajaran menggunakan bahasa ibunda khususnya di peringkat rendah, kata Ketua Pengarah UNESCO, Irina Bokova.

Beliau berkata, terdapat bukti menunjukkan kanak-kanak di seluruh dunia seperti di Mexico dan Peru yang mendapat pendidikan peringkat rendah dalam bahasa ibunda akan cemerlang di bilik darjah.

Kajian ini sekaligus menafikan dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan dalam pembelajaran matematik dan sains dalam bahasa Inggeris (PPSMI).

Bercakap kepada wartawan Malaysia di ibu pejabat UNESCO di sini, hari ini, Bokova berkata, sebagai satu dasar, pertubuhan itu sentiasa menggalakkan pengajaran dalam bahasa ibunda khususnya di peringkat rendah dan bagi mata pelajaran yang sukar.
"Saya tahu ianya memerlukan sedikit belanja dan sukar untuk dikendalikan kerana kita perlukan buku teks dan yang lain-lain tetapi mutu pelajaran akan meningkat jika terdapat pembelajaran dalam bahasa ibunda," katanya.

Suruhanjaya Diraja Siasat Skandal Kad Pengenalan

8 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -



KUALA LUMPUR, 12 Mei: Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud (gambar) hari ini mencadangkan agar Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasatkan skandal pengeluaran kad pengenalan kepada warga asing untuk mengundi.

Beliau juga mengakui ada menerima maklumat mengenai penduduk Sabah yang dibawa ke pejabat Umno di beberapa kawasan untuk menukar alamat ke kawasan parlimen beliau.

Beliau membuat dakwaan ini ekoran kekecohan yang berlaku sekarang berikutan pelbagai bukti ditunjukkan adanya sindiket untuk mengeluarkan kad pengenalan kepada warga asing untuk digunakan dalam pilihan raya nanti.

Menurutnya, suruhanjaya bebas itu sangat perlu kerana perkara ini sudah pasti dipersoal rakyat malah ada ahli Parlimen BN dari Sabah sendiri membangkitkan mengenai perkara ini.

"Wujudkan Suruhanjaya Diraja sebab ini melibatkan kredibiliti KDN dan JPN itu sendiri. Badan kerajaan ini dipersoal rakyat bukan Pakatan Rakyat sahaja.

"Malah ahli Parlimen BN Sabah sendiri pernah membangkitkan mengenai pemberian 'kada pengenalan palsu ini' dan Timbalan Speaker (Datuk) Ronald Kiandee mencelah dengan berkata 'bukan kad pengenalan palsu'. Ini bermakna BN di Sabah juga tahu mengenai perkara ini," katanya.

Beliau juga mempersoal penahanan beberapa orang yang disyaki terlibat dengan pemalsuan kad pengenalan di bawah Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) tanpa dibicara di mahkamah.

"Sebelum ini kita ada dengar beberapa orang ditahan di bawah ISA kerana didakwa memalsukan kad pengenalan. Kenapa tak dakwa dan bicarakan mereka di mahkamah? Adakah kerana kerajaan takut lebih banyak lagi maklumat sensitif mengenai KDN dan JPN terbongkar jika mereka dibicarakan?" soalnya.

Pengundi Sabah pindah

Menurut Siti Mariah, beliau diberitahu bahawa mereka yang tinggal dalam parlimen Kota Raja memang mahu menukar alamat daripada Sabah ke Selangor dan tidak hairanlah jika mereka dibantu Umno untuk melakukan urusan itu.

Malah dimaklumkan borang sudah disediakan lengkap dengan alamat yang ditetapkan dan mereka hanya perlu mengisi nama masing-masing.

Apabila pihaknya membuat semakan ke atas senarai pengundi-pengundi dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDTP) yang dikeluarkan 28 April lalu, didapati banyak nama yang mempunyai kad pengenalan Sabah iaitu menggunakan kod 12 di tengah-tengahnya.

Bagaimanapun, apabila pihaknya mencari nama-nama tersebut di kawasan seperti yang tertera dalam RDTP, ianya tiada di kawasan tersebut.

Ini menunjukkan mereka bukan bermastautin di kawasan seperti yang tertera dalam RDTP tetapi sengaja dimasukkan ke dalam daftar pemilih.

"Penduduk Sabah di Sri Andalas dan Sri Muda (Parlimen Kota Raja) ini, kita kenal mereka dan bagi kami ini usaha pihak tertentu menambah pengundi mereka di sesuatu kawasan.

"Mereka ini sudah bekerja beberapa tahun di sini dan setiap kali mengundi mereka tak boleh balik ke Sabah, jadi tak hairan mereka dibantu pihak-pihak tertentu untuk menukar alamat dan seterusnya mengundi di sini.

"Sesetengah mereka tak tahu mereka diperguna untuk membantu pihak-pihak tertentu menambahkan pengundi mereka cuma mereka diberitahu, mereka dibantu untuk tukar alamat.

"Ada sesetengah mereka memberitahu mereka nak mengundi di sesuatu tempat tapi diarahkan mengundi di tempat lain dan mereka pun tak nak mengundi di tempat itu," kata Siti Mariah ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Semalam Pemuda PAS Selangor mempersoal kebanyakan individu yang bertukar alamat ke akwasan Parlimen dan Dun adalah penduduk Sabah yang ramai ditukarkan ke Parlimen Kota Raja.

Bantah kepada SPR

Siti Mariah berkata, pihaknya telah membuat bantahan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan menyerahkan kepada badan itu untuk membuat siasatan.

"Saya sempat semak dalam seratus lebih yang berkad pengenalan Sabah.

"Parlimen Kota Raja memang buat bantahan 3 dan 4 Mei lepas dan saya sendiri membantah 10 nama. SPR tengah siasat mungkin dalam sebulan baru selesai dan mereka kena turun padanglah," katanya yang juga ahli jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat.

Sementara itu, mengulas pendedahan PKR mengenai tindakan Umno Hulu Selangor memohon Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberikan kerakyatan kepada 2,000 warga Indonesia, beliau berkata perkara itu sudah lama berlaku namun pihak yang terlibat takut untuk membuat laporan polis.

"Saya juga mengenali seorang warga indonesia yang bekerja di sini tapi mereka tak berani tampil menjadi saksi.

"Ada agen-agen tertentu yang masuk dalam komuniti mereka dan menanyakan siapa yang nak jadi warga negara Malaysia akan diberi kad pengenalan," cerita beliau.

Media hari ini menyiarkan kenyataan Kementeria Dalam Negeri (KDN) yang menafikan laporan itu.

Umno Hulu Selangor juga menafikan mereka membuat surat kepada KDN untuk membantu mengeluarkan kad pengenalan kepada warga asing untuk menjadi pengundi kawasan mereka.

Siti Mariah mempersoal prosedur yang dilakukan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam proses pemberian kad pengenalan kepada warga asing.

"Saya tak faham KDN sendiri jawab di Parlimen memang ada unit-unit khas dalam JPN untuk memudahkan urusan pemberian kad pengenalan.

"Sekiranya pemberian kad pengenalan kepada warga asing itu berlaku ia mesti dilakukan secara rasmi yang diketahui jabatan dan gerak kerjanya telus dan bukan sembunyi-sembunyi," katanya.

Berhubung kes pemalsuan kad pengenalan ini juga, Ahli Dewan undangan Negeri (Adun) Hulu Klang, Saari Sungib yang merupakan bekas tahanan ISA menceritakan dalam bukunya 'Sengsara di Kem Kamunting' mengenai individu yang disumbat ke kem tersebut atas kesalahan itu.

Menurutnya, tahanan itu yang terlibat dalam perniagaan percetakan, langsung tidak tahu menahu mengenai kes pemalsuan kad pengenalan sebaliknya hanya menerima tempahan alatan menyediakan kad pengenalan seperti kertas dan sebagainya daripada pihak tertentu.

Bagaimanapun dia ditahan di bawah ISA tanpa berpeluang membela diri.

Pada 2001 lalu, pendatang tanpa izin (Pati) di Sabah diberikan kad pengenalan secara tidak sah yang dikenalai sebagai Skandal Projek (IC) Mahathir.

Politik Lucah: Ulama Muda diseru Tinggal Umno

8 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -



KUALA LUMPUR, 12 Mei: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa ulama muda Umno menilai semula penglibatan mereka dalam Umno ekoran amalan politik lucah dan kotor pemimpin parti itu.

Katanya, ulama muda di dalam Umno tersebut perlu sedar amalan politik yang bercanggah dengan Islam itu telah menjadi budaya dalam Umno sejak sekian lama.

Bagaimanapun katanya, beliau menyambut baik usaha untuk menegur sikap Umno itu malah mencadangkan agar mereka meninggalkan parti itu jika gagal merubahnya.

"Hakikatnya itulah budaya Umno. Harapan saya agar ulama muda Umno terus menegur budaya politik Umno yang keji dan songsang ini.

"Jika tidak mampu ubah, fikirkan semula adakah tepat berada di dalam Umno?" soalnya melalui responsnya di Facebook.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan terbaru ulama muda Umno, Fathul Bari Mat Jahya yang mengakui rakaman video seks mengaitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sepatutnya dilakukan.

Ini kerana perkara tersebut menurutnya bertentangan dengan prinsip Islam yang mengharamkan umatnya mengaibkan orang lain.

Fathul Bari berkata, hukum mengaibkan seseorang seperti itu merupakan salah satu daripada dosa besar di sisi Islam dan dan tidak sepatutnya dilakukan oleh Umno.

Beliau berkata demikian pada satu forum yang diadakan sempena ulangtahun Umno ke-65 di ibu pejabat parti itu semalam.

Umno dan akhbarnya, Utusan Malaysia sebelum ini dikecam banyak pihak termasuk oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ekoran mengaibkan Anwar dalam isu video seks yang didedahkan trio Umno iaitu bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim.

Akhbar itu tanpa memikirkan hukum hakam agama, telah melapor dan menyiarkan gambar dan berita berunsur lucah berhubung video seks tersebut.

Fitnah tersebut juga, digunakan Umno dalam siri kempen mereka pada pilihan raya negeri Sarawak April lalu.

Harussani dalam kenyataannya sebelum ini menjelaskan, adalah fitnah dan dosa besar membuka rahsia orang tanpa ada bukti yang jelas menurut Islam seperti yang dilakukan terhadap Anwar.

"Kita buka rahsia orang ini adalah haram, benda yang tidak betul tapi didedahkan adalah satu fitnah, dosa besar dan tidak bermoral.

“Rakaman video seks itu betulkah Anwar? Laporan juga belum dapat dipastikan lagi... ini adalah fitnah dan dosa besar,” katanya.

Selain mengecam tindakan mengaibkan Anwar itu, beliau juga kesal dengan tindakan Utusan yang dakwanya tidak menyiarkan pandangan penuhnya itu malah hanya mengambil sekerat sahaja.

“Saya ada bercakap dengan Utusan Malaysia tapi apa yang keluar sikit sahaja, mereka tidak keluarkan secara keseluruhan apa yang saya katakan... yang tertulis ia (video seks) hanya fitnah, itu sahaja... yang lain-lain tidak keluar,” katanya.

PAS Bersama PR, Umno Rugi Melayu Untung

8 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -



Sejak PAS bersama dengan Pakatan Rakyat, maka terdapat suara sumbang supaya PAS jangan bersama PR, barulah kami akan sokong PAS. Persoalannya ketika PAS bersendirian pun puak ini tidak menyokong PAS juga. Ini hanya golongan mencari alasan sahaja. Sebenarnya mereka ialah orang yang diperalatkan oleh Umno termasuk melalui doktrin yang dibawa melalui Biro Tatanegara. Berbagai alasan supaya PAS keluar daripada PR, barulah dapat melaksanakan agenda Islam yang lebih terancang, sehingga pipi tersorong-sorong untuk menyuruh PAS berpakat dengan umno. Sengaja saya meletakkan tajuk ini supaya menjelaskan bahawa melayu tidak rugi kalau menjauhkan diri daripada umno. Selama ini pemimpin umno, mengangap Umno sahaja boleh menjaga melayu. Sebenarnya yang rugi bila Pas bersama PR ialah Umno.

Umno rugi kerana tidak dapat memfaraid harta rakyat dengan rakus. Terutama negeri-negeri yang kaya seperti Selangor. Memerintah Selangor seperti memerintah Malaysia kerana di sini ialah lubuk emas. Pemimpin umno teringin untuk mendapat Selangor sehingga meleleh air liur apabila mengenangkan banyak projek yang selama ini diperolehi oleh suku sakat meraka sudah tidak ada lagi. Selangor ialah sebuah negeri industri, pelabuhan, lapangan terbang dan pusat pengajian tinggi. Jika PAS tidak bersama dengan PR sudah tentu pemimpin Umno menjadi koperat, melayu merempat.

Umno rugi tidak boleh mematikan majlis ilmu yang diimarahkan di seluruh masjid negeri Pakatan Rakyat. Mereka mengetahui apabila rakyat berilmu dan beragama maka tidak ada harapanlah untuk bersama dengan Umno. Apabila rakyat memahami Islam yang syumul maka rakyat akan mengetahui bahawa Islam yang dihayati oleh Umno tidak menepati dengan kehendak agama yang disampaikan oleh Rasulullah SAW.

Melayu untung bila bersama dengan Pakatan Rakyat kerana dapat mendampingi ulamak yang muttaqin yang sering menyampaikan risalah Islam di masjid dan surau. Samaada melalui ceramah, forum, kuliah, wacana ilmu. Selama ini orang Melayu dijauhi dengan ulamak yang muttaqin. Ulamak diburu seperti komunis bintang tiga. Rakyat Selangor tidak akan lupa bagaimana Dr Harun Din, almarhum Datuk Ishak Baharom bekas mufti kerajaan Selangor diburu dan hendak ditangkap semata-mata kerana hendak menyampaikan risalah agama. Sebenarnya Umno yang rugi kerana gagal menjauhkan rakyat dengan ulamak yang muttaqin. Walaupun mereka cuba mempopularkan ulamak mereka melalui media namun selera rakyat tetap tidak beralih kepada ulamak yang umno taja. Umno rugi kerana ulamak yang muttaqin ini tidak bersama dengan umno dan tidak sealiran dengan perjuangan Umno, sebaliknya ia lebih selari dengan perjuangan PAS.

Melayu untung kerana dapat menikmati limpahan nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT di negara ini kerana Pakatan memerintah negeri mereka. Selama ini rakyat tidak pernah terfikir mendapat air percuma setiap bulan. Apabila mati waris mendapat wang RM2500. Malahan rakyat yang diperintah oleh Umno begitu cemburu dengan apa yang diperolehi oleh rakyat di negeri PR. Pemimpin umno tidak pernah terfikir untuk memberi kembali kepada rakyat, yang paling menyedihkan rakyat, apa sahaja program yang dibuat oleh negeri Pakatan Rakyat maka mereka menuduh negeri tersebut akan bankrap. Umno merasa rugi kerana lebihan wang negeri di kembalikan kepada rakyat. Selama ini wang ini akan masuk ke dalam kantong mereka sendiri, dengan membiarkan rakyat hidup susah. Kesusahan rakyat akan menjadi simpanan tetap umno setiap kali pilihanraya. Melayu yang senang tidak bersama dengan Umno. Sekarang melayu senang, pemimpin umno yang susah.

Melayu untung dapat menyampai dakwah Islam secara bebas menepati dengan manhaj Rasulullah SAW tanpa sekatan. Lebih daripada itu Islam dapat dilihat oleh orang bukan Islam secara praktikal, bukan sahaja teori. Bagaimana rakan-rakan PR yang bukan Islam begitu berminat untuk mengetahui ajaran Islam, fenomena ini berbeza dengan MCA rakan karib Umno walaupun sudah bersahabat hampir 54 tahun tetapi tidak memahami Islam dan sensitiviti orang Islam. Keceluparan mulut Dr Chua Soi Lek adalah bukti gagalnya umno mendidik rakan politik mereka. Ucapan beliau yang mengguris perasaan orang Melayu seperti memperlekeh cikgu Normala Sudirman yang tidak mahu bersalam dengan lelaki yang bukan mahram. Ketika isu ini dibangkitkan maka rakan-rakan bukan Islam dalam PR tolong menjelaskan kepada orang bukan Islam. Inilah manfaat yang cukup berharga diperolehi oleh orang Melayu apabila berjaya menyampaikan Islam kepada bukan Islam. Suasana ini tentulah merugikan Umno, kerana mereka berusaha untuk memastikan supaya orang bukan Islam tidak nampak kebaikan Islam, dengan ini mudah untuk mereka mengekalkan kuasa mereka.

Melayu untung kerana mereka boleh berniaga berdasarkan merit dan kebolehan bukan berdasarkan di mana kamu menjadi ahli cawangan Umno. Trend perniagaan ini telah ditamatkan di bawah Pakatan Rakyat. Keadaan ini merugikan Umno, selama ini mereka hanya bertindak sebagai broker dengan memakan persen sahaja bukan kerana kebolehan mereka. Akhirnya projek kepentingan negara hangus dan hancur kerana diberi kepada bukan ahlinya. Buat stadium runtuh, kapal selam tidak boleh menyelam, jambatan MRR2 retak, semuanya angkara kroni Umno.

Melayu untung kerana dapat melihat orang agama mentadbir negeri dengan baik dan teratur. Selama ini Umno ajar orang Melayu, bahawa ustaz atau Tuan Guru hanya boleh membaca kitab di dalam masjid. Kemampuan Tuan Guru Nik Aziz yang memerintah Kelantan lebih 20 tahun walaupun mempunyai kekangan kewangan namun lebih berjaya daripada negeri yang diperintah oleh Umno. Begitu juga kemampuan Datuk Seri Ustaz Azizan Razak yang telah menunjukkan rekod cemerlang menguruskan Kedah walaupun terpaksa memikul bebanan hutang peninggalan BN RM2.3 bilion. Apa yang mengejutkan Kedah telah menunjukkan prestasi kewangan dengan lebihan RM19 juta untuk kewangan 2010. Malahan negeri yang diperintah oleh Umno, pengurusan kewangan mereka boleh diletakkan di dalam Wad "ICU". Jika sekiranya tanpa bantuan pusat mungkin rakyatnya akan dilelong.

Melayu untung apabila PAS bersama dengan PR, kerana taraf hidup rakyat berjaya ditingkatkan. Kebetulan rakyat miskin di negara ini majoriti rakyatnya ialah orang Melayu. Kelantan sewaktu tahun 1990, negeri ini nombor dua termiskin, sekarang berada di tangga keenam. Ini menunjukkan PAS akan berusaha untuk memastikan kualiti hidup rakyat lebih terbela. Ia berlainan daripada tindakan umno yang mengkhianat orang susah kebetulannya orang Melayu. Rakyat miskin akan menjadi simpanan tetap Umno setiap kali pilihanraya. Tidak hairanlah kepada kita bagaimana miskin memang dirancang supaya rakyat sentiasa di tahap miskin. Buktinya wang untuk Projek Perumahan Rakyat Termiskin sebanyak RM32 juta lesap. Dana untuk saham bumiputera sebanyak RM52 bilion telah lesap. Dana sebanyak ini membolehkan bumiputera memiliki ekuiti saham lebih 45 peratus.

Cermin Diri Umno Dulu Sebelum Buat Tuduhan

8 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -



GEORGETOWN, 12 Mei: Umno Selangor khususnya Exco Pemuda Umno, Datuk Sohaimi Shahdan tidak layak menuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim biadab, sebaliknya wajar cermin diri dahulu, tegas Naib Presiden PKR, Datuk Mansor Othman.

Mansor berkata demikian kerana Sohaimi sebelum ini dipercayai terbabit dalam aksi ekstrem mengarak 'kepala lembu berdarah' di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 28 Ogos dua tahun lalu.

Bahkan kata Mansor yang juga Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang lagi, Sohaimi dikatakan antara dalang yang mencetuskan demonstrasi rasis kononnya mewakili penduduk tempat ekoran cadangan kerajaan negeri Selangor memindahkan kuil Hindu ke Seksyen 23 di Shah Alam ketika itu.

"Baik dia (Suhaimi) atau Umno sendiri cermin diri sebelum tuduh dan fitnah Anwar biadap kononnya mengatakan 'pandikutti' (anak babi) kepada perdana menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) di Klang Sabtu lalu," tegasnya pada satu kenyataan media di pejabatnya, Komtar, di sini.

Penegasan Mansor itu sebagai merujuk pada tuduhan Sohaimi di akhbar Sinar Harian, hari ini.

"Saya sendiri tidak sanggup menyebut kembali perkataan yang diluahkan Anwar itu kerana ia sangat kurang ajar, apatah lagi ditujukan kepada pemimpin negara. Bagi saya, perbuatan Anwar itu sangat keterlaluan," dipetik dari Sinar Harian.

Mansor yang juga Ketua Perhubungan PKR Negeri berkata, tindakan Umno mengamalkan politik adu domba dan fitnah ke atas pemimpin Melayu seperti Anwar menyerlahkan bahawa perjuangan Umno sekarang menyimpang dari matlamat asal penubuhan, iaitu menyatupadu Melayu.

"Kalau Umno ini (memperjuangankan kepentingan Melayu), dia tak akan fitnah pemimpin Melayu (seperti Anwar) seperti yang dibuat Suhaimi ini.

"Melayu, orangnya sopan, amanah dan toleransi dengan kaum-kaum lain di tanah air. Umno, orangnya rasis, cuba perbodoh Melayu dengan pelbagai fitnah seperti arak kepala lembu di Shah Alam dua tahun lalu dan sanggup fitnah orang tertentu (Anwar) dengan buat klip video seks.

"Semua ini (aksi tidak beradab) bukan orang Cina atau India lakukan. YAB Lim Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP) sendiri pertahan peribadi Anwar waktu Umno mengfitnah pemimpin Melayu itu. Sebab itu, saya kata Umno sudah tersasar dari matlamat menjaga Melayu," ujar beliau.

TV Selangor semalam melaporkan Anwar sendiri mendakwa Umno memfitnah dirinya lagi.

Rakaman sebenar ucapan Anwar antara lain berbunyi, "Maknanya kalau kita lawan dengan parti yang terdesak, mereka menjurus ke arah perbuatan terdesak termasuk video. Azizah kata sekarang jangan makan banyak sebab nanti sama dengan dalam video. Ini betul-betul pandi kutti."

"Ada orang kata Anwar cakap kasar. Macam mana tidak kasar. Ini kerja gila. Anda tahu sejarah India, Cina, Melayu, Arab, adakah anda lawan politik begitu kotor macam Datuk Najib buat? Tidak ada."

Sehubungan itu, Mansor menasihatkan Suhaimi agar mengajar adab kewartawanan pada Utusan Malaysia terlebih dahulu supaya akhbar pro Umno itu tidak lagi memfitnah mana-mana pemimpin Melayu yang lain pula selepas ini.

Kebocoran radioaktif di Jepun berjaya ditampal

09 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

TOKYO 12 Mei - Pengendali loji nuklear Fukushima Daiichi yang rosak akibat tsunami mengatakan mereka telah memateri kawasan yang bocor dan membebaskan radioaktif ke dalam air laut.

Jurucakap Tokyo Electric Power (TEPCO) berkata, pekerja loji berjaya menghentikan kebocoran yang ditemui sebelum ini di luar reaktor No. 3 dan beberapa meter dari laut.

Loji di reaktor No. 2 dikatakan mengalami masalah kebocoran yang sama dimana pengendali loji itu berjaya mematerinya bulan lalu menggunakan cecair kaca dan bahan-bahan lain. - Reuters

Pendatang disorok dalam but kereta dicekup UPP.


09 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

Gambar: KOMANDER Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) Perlis, Deputi Superintendan Zakaria Abdul Rahman (kanan) menunjukkan cara sembilan pendatang tanpa izin warga Myanmar berasak dalam PROTON Wira ketika cuba memasuki negara ini secara haram dengan bantuan seorang tekong warga Malaysia . - Foto Eizairi Shamsudin

KANGAR: Sekumpulan pendatang warga Myanmar dikesan sanggup berhimpit dalam sebuah kereta termasuk berasak-asak dalam but bagi mengelak daripada dicekup pihak berkuasa.

Mereka yang terdiri daripada lapan lelaki dan seorang wanita berusia antara 16 dan 21 tahun itu dicekup Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kuala Perlis di dalam sebuah kereta bersama seorang tekong warga tempatan berusia 30 tahun kira-kira jam 4 pagi semalam.

Komander UPP Perlis, Deputi Superintendan, Zakaria Abdul Rahman, berkata Pati berkenaan sanggup bersesak-sesak di dalam sebuah kereta Proton Wira termasuk di dalam but belakang hampir dua jam selepas berjaya membolosi pagar sempadan.

Menurutnya, mereka yang diekori pihak UPP sebaik saja meninggalkan sempadan Padang Besar itu bertindak memecut untuk melarikan diri sebaik tiba di Jalan Raja Muda, di sini, selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa.

“Tekong yang juga pemandu kereta berkenaan memecut masuk ke dalam kawasan Hospital Tuanku Fauziah (HTF) sebelum mendapati pagar belakang hospital berkenaan ditutup menyebabkan enam warga asing berkenaan berjaya ditahan.

“Namun, lelaki itu termasuk tiga warga Myanmar lain bertindak melarikan diri dengan memanjat pagar berkenaan tetapi gagal sebelum berjaya ditahan UPP. Tekong itu turut mengalami kecederaan akibat terjatuh ke dalam longkang berdekatan,” katanya ketika ditemui, di sini.

Menurut Zakaria, lelaki berkenaan kemudian dihantar ke HTF sejurus ditahan dan terpaksa menerima 16 jahitan di kepalanya yang koyak akibat terjatuh.

Katanya, sembilan Pati berkenaan dipercayai masuk ke negara ini menggunakan ‘lubang tikus’ yang dibina di pagar sempadan Padang Besar-Thailand berdekatan sebuah tanah perkuburan Cina, dekat sini, sebelum dijemput tekong. -BH

Surat KM Pulau Pinang Kepada Hishammuddin

09 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -



YB Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Onn,
Menteri Dalam Negeri,
Kementerian Dalam Negeri Malaysia. 11 Mei 2011
Yang Berhormat Datuk Seri,

Tindakan Keras Ke atas Laporan Palsu Utusan Malaysia Tentang Konspirasi Di Antara DAP Dan Paderi-paderi Kristian Di Pulau Pinang Untuk Menubuhkan Sebuah Negara Kristian Dan Melantik Perdana Menteri Beragama Kristian.

Kerajaan negeri Pulau Pinang secara rasmi ingin meminta Yang Berhormat Menteri mengambil tindakan keras ke atas lapuran palsu yang dibuat oleh Utusan Malaysia pada muka depannya tanggal 7hb Mei tentang konspirasi di antara DAP dan paderi-paderi Kristian di Pulau Pinang untuk menubuhkan sebuah negara Kristian dan melantik Perdana Menteri beragama Kristian.

Ini diputuskan secara sebulat suara oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang (EXCO) yang bermesyuarat pada pagi ini berikutan pengakuan dua ADUN UMNO daripada Pulau Pinang Hilmi Yahya (BN-Teluk Bahang) dan Muhammad Farid Saad (BN-Pulau Betong) dalam mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada 10 hb Mei 2011 bahawa kedua-dua mereka tidak percaya konspirasi Kristian ini oleh Utusan Malaysia.

Memandangkan ada dua ADUN UMNO di Pulau Pinang yang kini tidak percayai laporan konspirasi Kristian oleh suratkhabar milikan UMNO, adalah jelas Utusan Malaysia telah laporkan suatu pembohongan dan fitnah yang amat bahaya sekali. Betapa bahaya pembohongan ini boleh dilihat dengan begitu banyak laporan polis yang dibuat oleh ramai pemimpin UMNO lain terhadap konspirasi Kristian ini.

Contohnya, demonstrasi yang mendapat ilham dari Pemuda UMNO Pulau Pinang pada 8hb Mei 2011 telahpun mengutuk YAB Ketua Menteri atas konspirasi Kristian dan membuka jalan alternatif percuma. Kerajaan negeri tidak ada masalah dengan demonstrasi terhadap YAB Ketua Menteri Pulau Pinang semasa upacara membuka jalan alternatif baru yang percuma di Jalan Bagan 29-Jalan Siram pada 8hb Mei.
Pemuda UMNO Pulau Pinang boleh mengambil pendiirian mahukan jalan bertol. Memang kerajaan negeri berpendirian berbeza bahawa suatu jalan alternatif percuma mesti disediakan sebelum mengenakan tol, yang juga mesti munasabah. Ini adalah semangat demokrasi mempunyai pandangan berbeza.

Akan tetapi, adalah salah dan bahaya untuk Pemuda UMNO Pulau Pinang mengadakan demonstrasi mengutuk dengan bahasa kesat YAB Ketua Menteri terlibat dalam konspirasi Kristian ini yang merupakan fitnah. Berdemonstrasi atas satu fitnah besar ini bukanlah demokrasi tetapi satu tindakan rakus yang mudaratkan keselamatan negara.

Paderi-paderi Kristian dan Christian Federation Malaysia, yang mewakili 90% penganut Kristian di Malaysia, menafikan konspirasi Kristian ini. Utusan Malaysia tidak menarik balik dan meminta maaf atas laporan palsu ini, sebaliknya terus memainkan isu ini. Kini, laporan palsu ini disebarkan luas dan menimbulkan keresahan di kalangan rakyat yang mengancam keharmonian kaum dan agama.

Kerajaan negeri Pulau Pinang memang mendokong kebebasan maklumat dan kebebasan akhbar sebagai suatu hak asasi manusia dan demokrasi. Akan tetapi kebebasan ini tidak bermakna memberikan kebebasan untuk membohong dan membuat fitnah. Laporan palsu ini berniat jahat, tidak lain tidak bukan serupa bermain dengan api yang boleh membakar satu Malaysia dengan sentiman perkauman dan ekstremis berdasarkan suatu pembohongan dan fitnah.

Jika ada dua ADUN Pulau Pinang UMNO yang kini tidak percayai laporan palsu ini oleh suratkhabar milikan parti mereka, Yang Berhormat Dato Seri mesti bertindak tegas dan segera ke atas tindakan tidak bertanggungjawab Utusan Malaysia ini. Selain daripada mengarahkan Utusan Malaysia menarik balik dan meminta maaf atas laporan palsu ini, tindakan tegas juga mesti diambil keatas Utusan Malaysia dan pegawainya yang terbabit.
Sekian terima kasih.


Yang benar,


LIM GUAN ENG
KETUA MENTERI

H/daily

Jin terpesona dengar bacaan al-Quran daripada Rasulullah

09 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -



Alhamdulillah, bertemu kembali di pagi Jumaat yang mulia ini. Firman Allah SWT bermaksud: “Tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia, melainkan untuk beribadah kepada-Ku.” (Surah az-Zariyaat, ayat 56)

Begitu penegasan Allah dalam al-Quran mengenai tujuan-Nya menciptakan jin dan manusia, iaitu semata-mata untuk beribadah kepada Allah Yang Maha Esa. Golongan jin dan manusia terbahagi kepada dua, iaitu Islam dan kafir.

Jin menyatakan keIslaman mereka yang diterangkan dalam al-Quran surah Jin bermaksud : “Katakanlah (wahai Muhammad): Sudah diwahyukan kepadaku, bahawa sesungguhnya satu rombongan jin sudah mendengar (al-Quran yang aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata: Sesungguhnya kami sudah mendengar al-Quran yang susunan (ayatnya) dan kandungannya sungguh menakjubkan. Kitab yang memberi panduan ke jalan yang betul, lalu kami beriman kepadanya dan kami tidak sekali-kali akan mempersekutukan sesuatu makhluk dengan Tuhan kami.” (Surah Jin, ayat 1-2)

Peristiwa ini terjadi ketika Rasulullah SAW bersama sahabat sedang melaksanakan solat Subuh. Ketika itu Baginda membaca surah ar-Rahman, ayat 1-78. Dalam surah ar-Rahman ini ada beberapa ayat yang bermaksud: “Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu dustakan?”

Ketika ayat ini dibacakan, jin yang hadir saat itu langsung menjawabnya dengan kalimah: “Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami tidak mendustakan nikmat-Mu sedikit pun. Segala pujian hanya bagi-Mu yang sudah memberikan nikmat zahir dan batin kepada kami.”

Ibnu Masud menyatakan bahawa ia turut menyaksikan malam turunnya ayat Jin ini. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Aku didatangi juru dakwah daripada kalangan jin. Lalu kami pergi bersamanya dan aku bacakan al-Quran kepada mereka.”

Peristiwa ini terjadi di sebuah masjid yang terletak di Kampung Ma'ala, tidak jauh dari perkuburan kaum Muslim di kota Makkah. Kini masjid itu dinamakan Masjid al-Jin atau Masjid al-Bai'ah atau juga Masjid al-Haras. Ia dibaik pulih kembali pada 1421 hijrah. Di sini jin berbai'ah atau menyatakan keislaman mereka kepada Rasulullah SAW untuk beriman kepada Allah SWT dan al-Quran.

Ada mengatakan, di masjid itu Nabi SAW mengislamkan jin kafir. Ada juga menceritakan, dekat Masjidil Haram ada sebatang tiang dinamakan tiang jin. Ketika Masjidil Haram sedang dibina, tidak cukup sebatang tiang, kemudian jin mendatangkan sebatang tiang dari alam mereka. Mereka yang boleh jumpa tiang ini mungkin boleh nampak alam jin. Ada yang khurafat memeluk tiang jin ini ketika orang lain wukuf di Arafah kononnya untuk menjadi tuan jin.

Masjid Jin menjadi monumen terpenting antara Rasulullah dan jin. Diterangkan, jin ketika itu bercadang menuju Tihamah. Namun, mereka mendengar bacaan al-Quran. Mereka sangat takjub mendengarnya dan kemudian berdialog dengan Rasulullah, lalu menyatakan keimanan mereka. Kemudian mereka menyampaikan hal itu kepada jin lain.

Ketika Rasulullah sedang membaca ayat al-Quran, terdapat beberapa jin. Ssebahagian riwayat menyatakan jumlahnya ada sembilan jin dan sebahagian lain menyebutkan tujuh jin yang turut mendengarkan bacaan al-Quran daripada Rasulullah. Kemudian salah satu daripada jin itu mengingatkan temannya dan berkata: “Diamlah, perhatikan bacaannya.” Setelah itu mereka kembali kepada kaum mereka untuk mengingatkan pada jalan yang benar. Salah satu daripada jin itu bernama Zauba'ah. Demikian menurut Ibnu Masud.

Dalam kitab Fathul Bari, disebutkan, jin itu berasal dai Nasibain, iaitu sebuah daerah yang terletak di perbatasan antara Iraq dan Syria, iaitu dekat Mosul.

Jin terbahagi dua iaitu jin kafir dan jin Islam (mukmin). Jin yang beriman ditempatkan di syurga, manakala jin kafir ditempatkan di neraka. Rasulullah menggambarkan jin itu terbahagi tiga golongan iaitu yang boleh terbang di udara, golongan ular dan anjing serta golongan bermukim dan hidup berpindah-pindah. (Hadis sahih riwayat Ibnu Abi Dunya, dalam Maqasid as-Syaitan)

Seperti manusia dan haiwan, jin juga makan dan minum, berkahwin, beranak serta mati.

Menurut Syeikh Abdul Mun'im, jin penghuni dunia yang hidup di tempat sepi daripada manusia dan di padang pasir. Ada jin yang hidup di pulau di tengah laut, di tempat sampah dan bersama manusia. Jin memiliki kemampuan yang tidak dimiliki manusia, seperti terbang, naik ke langit, mendengar apa yang tidak boleh didengar manusia dan mereka juga melihat apa yang tidak dapat dilihat manusia.

Sumber : Ibrahim Abdullah di BH

Ego – musuh dalam rumahtangga

09 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -


Assalamualaikum warahmatullah,

Bahagian Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati tiada persefahaman adalah punca utama perceraian di kalangan pasangan Islam dari 2003 hingga 2004. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, rumusan itu diperolehi daripada kajian Jakim yang dijalankan pada 2005. Bahagian Penyelidikan Jakim mendapati tiada persefahaman adalah punca utama perceraian di kalangan pasangan Islam dari 2003 hingga 2004.

Di pihak suami, tiada persefahaman merupakan punca utama perceraian iaitu 43.33%; tidak bertanggungjawab (32.93%); masalah akhlak dan sosial (12.03%); masalah pihak ketiga (5.54%) dan masalah ekonomi (2.62%). Bagi pihak isteri pula, punca perceraian kerana tiada persefahaman 69.44%; tidak bertanggungjawab (17.68%); masalah akhlak dan sosial (5.84%); masalah pihak ketiga (4.42%) dan masalah seksual (1.38%). Rekod menunjukkan 135,136 umat Islam berkahwin pada 2009 sementara bilangan yang bercerai pula 27,116 orang. (Utusan 9/12/2010)

Dalam kehidupan berumahtangga, kita takkan dapat lepas daripada berhadapan dengan konflik mahupun pertelingkahan. Sering kali juga keadaan menjadi makin panas bila antara mereka berdua tidak mahu mengakui kesalahan lantaran keegoan diri. Selain apa yang digariskan oleh Jakim itu, saya ingin menambah satu lagi iaitu ego. Sama ada ego seorang suami atau ego seorang isteri atau kedua-duanya sekali, hal ini bukan olok-olok untuk dipandang remeh begitu sahaja.

Maklumlah, zaman sekarang ramai orang berpendidikan tinggi. Apabila kelulusan tinggi jawatannya juga jadi tinggi. Suasana di pejabat selalu dibawa-bawa ke rumah. Apabila sama-sama berjawatan tinggi dan berkelulusan tinggi, cara bercakap pun menjadi begitu tinggi. Sepatutnya apa pun kedudukan anda di tempat kerja, di rumah anda adalah suami isteri. Cara suami isteri berbicara tidak sama seperti seorang bos berbicara kepada orang bawahannya.

Kalau sayangkan rumah tangga kurang-kurangkanlah rasa ego. Bertukarlah sewaktu berada di rumah, sebagaimana iguana menukar warnanya mengikut warna di mana ia berada. Untuk selamat banyak haiwan kecil menukar warna masing-masing; ada yang berupa daun, berupa ranting, kulit kayu dan sebagainya, lalu selamat.

Apabila pulang ke rumah, biarpun anda seorang bos paling besar letakkan kembali diri anda pada heiriki rumah tangga sebenar. Jika suami, jadilah suami bukan bos besar lagi; jika isteri, jadilah isteri penyayang bukan pengarah yang hanya tahu mengarah.

Ketahuilah, ego juga boleh meningkat disebabkan:

  • Kecurangan atau wujudnya ‘kekasih gelap’.
  • Jahil dalam agama.
  • Terlebih keperluan asas dunia, dalam kata lain banyak harta.
  • Campur tangan pihak ketiga sebagai penghasut, selalunya juga terdiri daripada ibu bapa dan kawan karib.
Malah, situasi ego ini jugalah yang menyebabkan banyak hubungan suami isteri berantakan hingga akhirnya mereka memilih perpisahan. Sekiranya ada kalangan suami isteri yang bersikap keras kepala, maka sewajarnya ia dikikis. Tiada salahnya untuk tunduk dan mengakui kesalahan diri demi keharmonian dan kelangsungan rumahtangga.

Namun begitu, ramai juga antara pasangan yang lembut hati dan takkan senang bila melalui konflik rumahtangga apatah lagi kesalahan itu terang-terangan adalah berpunca dari diri mereka. Lalu apa yang mesti dilakukan? Jangan terus keras kepala atau keras hati mengakuinya, kali ini Laman-Seri kongsikan beberapa tips di bawah :

1 – Jujur menghadapi

Jangan bertangguh atau lari dari masalah meskipun mengetahui ia berpunca dari kesilapan sendiri. Sikap tersebut hanya akan membuatkan masalah bertambah serius. Ungkapkan dengan jujur tanpa berselindung dengan pasangan. Cara ini mempamerkan anda jujur dan membantu pasangan memahami isutasi yang anda hadapi.

2 – Berani akui kesalahan

Kalau sudah silap, jangan pula takut untuk mengakuinya. Walau apa jua masalah yang anda timbulkan, jangan takut atau malu mengakui kesalahan tersebut. Sebagai contoh, sikap anda yang cuai iaitu lupa menutup pintu rumah telah menyebabkan kediaman dimasuki pencuri dan anda mengalami kerugian yang besar. Berani mengakui kekurangan dan kesalahan adalah ciri-ciri orang berjiwa besar.

3 – Memperlihatkan penyesalan

Selepas mengakui kesalahan diri, maka perkara seterusnya yang perlu anda lakukan adalah memperlihatkan penyesalan. Tapi jangan pula ia hanya sekadar lakonan bagi menyedapkan hati pasangan anda. Katakan betapa anda sangat menyesali tindakan menyakiti hati suami atau isteri. Rasa penyesalan yang mendalam dan tulus akan dapat dibaca dari sikap yang anda tampilkan.

4 – Mahu berubah

Jiwa besar untuk mengakui dan menampakkan penyesalan wajib diikuti perubahan sikap dan perilaku. Jika setelah meminta maaf anda tetap melakukan tindakan yang sama dan menyakitkan hati pasangan, permohonan maaf anda ibarat tidak akan memberi apa-apa makna.

Sekiranya kesalahan yang anda lakukan berkaitan dengan kekurangan perhatian terhadap keluarga kerana memberi lebih tumpuan pada pekerjaan, maka usahakan agar ia tidak berlaku lagi. Caranya sama ada anda mengurangkan kerja lebih masa atau pun peruntukanlah masa sepenuhnya pada pasangan dan anak-anak di hujung minggu.

5 – Menyenangkan hatinya

Selepas meminta maaf, bukan bermakna selesailah segala-galanya. Bagi menunjukkan bahawa anda benar-benar menghargai tindakan pasangan memaafkan kesalahan anda, maka lakukan perkara-perkara yang menyenangkan hatinya. Tidak salah jika anda memberikan lebih perhatian dan layanan kepada pasangan, menghadiahkan sejambak bunga atau menunjukkan kecintaan anda yang mendalam terhadap dirinya.

6 – Tidak mengulangi kesilapan yang sama

Berusahalah untuk berpegang pada janji yang telah anda lafazkan pada pasangan untuk memperbaiki diri dan tidak mengulangi kesalahan. Tekad yang sebegitu sebenarnya akan membuatkan anda lebih berhati-hati dalam melangkah.

Terutama sekali jika kesalahan yang anda lakukan itu melibatkan kecurangan. Bayangkan apa perasaan pasangan jika anda kembali bermain kayu tiga selepas beriya-iya memohon maaf. Tentunya selepas ini kata-kata anda tidak akan dipercayai lagi.

7 – Sedia menerima kritikan

Kalau sudah berada di pihak yang salah, maka bersedialah untuk menerima kritikan. Inilah lumrah kehidupan, oleh itu jangan erasa marah atau pun sakit hati. Sebaliknya anda harus berlapang dada dan berfikiran terbuka unutk menerima kritikan tersebut kerana tentunya terdapat kebenaran di situ.

Reaksi pasangan

Meskipun hati berasa kecewa malah juga sakit hati kerana kesalahan yang dilakukan pasangan, tapi berfikirlah secara matang. Jangan terus menyerang atau berdendam dengan pasangan sesudah ia mengakui kesalahannya. Carilah kekuatan dan lakukan tiga langkah berikut :-

1 – Menerima permohonan maaf

Sedangkan Nabi maafkan umatnya, apalah kita sebagai manusia. Lagi pun yang membuat kesalahan itu adalah pasangan sendiri, justeru berilah kemaafan. Katakan dengan terang bahawa anda memaafkan dirinya supaya tidak timbul pula keraguan tentang keikhlasan anda oleh pasangan.

2 – Berikan peluang

Beri peluang untuk pasangan memperbaiki diri terutama jika kesalahan itu pertama kali dilakukannya. Jangan terus memandang negatif dan tidak meyakini dirinya. Sebaliknya sebagai pasangan, anda hendaklah memberikan semangat untuk dirinya berubah jika dia bersungguh-sungguh melafazkan janji.

3 – Jangan keterlaluan

Ada suami atau isteri yang sengaja ‘mendera’ pasangan setelah kesalahan diakui dan permohonan maaf dibuat. Mereka sengaja jual mahal atau tarik tali, dalam memberi respons. Alasannya supaya pasangan dapat pengajaran atas perbuatannya.

Memang benar pasangan melakukan kesalahan, namun anda tidak seharusnya berbuat demikian hingga menyebabkan pasangan berasa jauh hati. Bimbang pasangan membuat tindakan yang kemudian anda sesali.

Buang ego, bangkitkan intim


Dari Aisyah r.a. katanya, "Pada suatu waktu ketika aku sedang haid, aku minum. Kemudian gelasku kuberikan kepada Nabi saw, baginda meletakkan bibirnya di bekas mulutku lalu baginda minum pula. Pernah ketika aku sedang haid, aku makan sepotong daging. Setelah kugigit daging itu kuberikan kepada Nabi saw lalu baginda menggigitnya pula dibekas gigitanku."(Hadis riwayat Muslim)

Jadi, apa pendapat anda sekarang? Sekarang buanglah ego, bangkitkan intim! Yang untung anda juga. Renung-renungkan, semoga bermanfaat....

Rujukan : MW

Sindiket Makanan Luput

09 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -


Keluarga jual susu, koko, minuman bijirin dikutip dari pusat pelupusan sampah

GOMBAK: Berhati-hati apabila membeli barangan makanan dan minuman berharga murah, seperti susu pekat, susu segar, serbuk koko dan minuman bijirin kerana satu sindiket dikesan mengumpul produk yang sudah luput atau tidak memenuhi piawaian, termasuk dari pusat pelupusan sampah sebelum dijual semula secara pukal.

PENGUAT Kuasa KPDNKK Selangor memeriksa susu yang tamat tempoh untuk dijual semula dalam serbuan di sebuah banglo di Kampung Sungai Salak, Batu 10 Jalan Gombak

Sindiket terbabit yang menjalankan kegiatan berkenaan sejak setahun lalu di sebuah banglo terpencil di Kampung Sungai Salak, Batu 10 Jalan Gombak di sini, dikatakan menjual produk pelbagai jenama itu di kedai runcit, pasar malam serta restoran, terutama di sekitar daerah ini.

Perbuatan sindiket itu terbongkar selepas banglo terbabit diserbu 10 pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor, kira-kira jam 10.15 malam kelmarin, hasil maklumat awam.

Dalam serbuan itu, pasukan berkenaan merampas 3,500 barangan bernilai RM30,000 termasuk pelbagai produk kegunaan harian, seperti sabun, lampin pakai buang, tuala wanita, ubat gigi dan losyen yang ada antaranya sudah luput tempoh lebih dua bulan lalu.

PENGUAT Kuasa KPDNKK Selangor memeriksa barang dipercayai dikutip dari tempat pelupusan sampah di Gombak

Ketua Penguat Kuasa KPDNKK Selangor, Othman Nawang, berkata ketika serbuan, dua wanita warga Indonesia termasuk seorang bertaraf penduduk tetap berusia 50 dan 34 tahun, sedang membersihkan botol berisi susu segar serta membuang tarikh luputnya.

“Siasatan mendapati kegiatan ini didalangi sebuah keluarga yang kita percaya mendapatkan bekalan daripada pihak lain sebelum dibersihkan, termasuk dibuang tarikh luputnya dan dijual semula sama ada menggunakan bungkusan baru atau tanpa sebarang pelekat. 

“Kita dapati mereka turut memperoleh produk makanan yang belum tamat tempoh, tetapi tidak memenuhi piawaian seperti susu dalam tin kemek, dipercayai dibekalkan pengusaha kedai runcit dan orang dalam di kilang tertentu.

OTHMAN menunjukkan aiskrim yang tidak dapat dipastikan tahap kebersihan bahannya

“Lebih mengejutkan apabila premis itu turut menghasilkan aiskrim yang tidak dapat dipastikan tahap kebersihan bahannya untuk dijual kepada orang ramai khususnya kanak-kanak,” katanya.

Beliau berkata, sindiket itu meraih keuntungan berpuluh-puluh ribu ringgit tanpa menghiraukan kesan penggunaan produk itu terhadap kesihatan orang ramai.

Othman berkata, dua wanita itu ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Akta Perihal Dagangan 1972, manakala seorang lelaki dipercayai dalang sindiket itu masih diburu.

Ahli Politik Sekutu Thaksin ditembak

09 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

BANGKOK: Ahli politik pembangkang Thailand yang rapat dengan bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra cedera ditembak dalam satu serangan yang disifatkan kerajaan sebagai bermotifkan politik pada negara itu bakal menghadapi pilihan raya.

Penggubal undang-undang pembangkang Parti Puea Thai, Pracha Prasopdee (Gambar), dimasukkan ke hospital selepas ditembak di bahagian belakang kelmarin di Samut Prakan, pinggir Bangkok.

Serangan itu berlaku selepas Thailand mengumumkan pilihan raya umum pada 3 Julai, keganasan bermotif politik pertama tercetus di Bangkok sekal 90 orang maut di ibu kota itu kerana protes anti kerajaan tahun lalu.

“Saya rasa ini berkaitan politik tetapi saya tidak tahu sama ada ia nasional atau politik tempatan,” kata Timbalan Perdana Menteri, Suthep Thaugsuban, yang bertanggungjawab atas keselamatan dalam negeri.

Suthep berkata, beliau mengarahkan ketua polis untuk meningkatkan pengawasan bagi melindungi ahli politik terutama yang bertanding di kawasan panas.

Polis berkata, Pracha yang ketika itu memandu kereta ditembak sebanyak sembilan kali oleh penyerang bersenjata menaiki motosikal, tetapi kebanyakan peluru tidak mengenainya dan kecederaannya tidak mengancam nyawa.

“Polis masih menyiasat motif. Kita tidak pasti sama ada ia berunsurkan politik,” kata pegawai penyiasat polis, Leftenan Kolonel Saneh Maneenoi.

Jurucakap parti Puea Thai, Jirayu Houngsub berkata Pracha berniat bertanding semula untuk pilihan raya akan datang.

Ahli politik itu adalah penyokong setia Thaksin dan pernah melawat pemilik empayar telekomunikasi yang juga bekas perdana menteri Thailand itu di luar negara, tempat beliau tinggal dalam buangan.

Pilihan raya itu dijangka menjadi pertarungan sengit antara Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva yang disokong kumpulan elit Demokrat dan sekutu Thaksin, yang kini tinggal di luar negara bagi mengelakkan daripada dipenjara kerana kesalahan rasuah tetapi masih dilihat kuat.

Parti Abhisit adalah parti tertua dengan sokongan di Bangkok dan selatan tetapi tidak memenangi pilihan raya umum hampir dua dekad.

Masyarakat Thai berpecah selepas demonstrasi besar-besaran pergerakan pembangkang kumpulan Baju Merah yang mencetuskan pertelingkahan antara pembangkang dan tentera di Bangkok tahun lalu.

AFP

Lelaki Tak Dapat Cuti Terjun Bangunan

8 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -


DUBAI: Seorang lelaki Asia membunuh diri dengan terjun dari tingkat ke 147, bangunan pencakar langit tertinggi dunia Burj Khalifa di Dubai kelmarin kejadian kali pertama sejak menara itu dibuka tahun lalu, menurut pemilik bangunan dan laporan media tempatan. 

Akhbar Gulf News dan 7 Days menyebut lelaki itu membunuh diri kerana tidak diberi cuti oleh majikannya.

PANDANGAN di laluan pintu masuk ke Burj Khalifa di Dubai, lokasi cubaan bunuh diri

Emar Properties, pemilik Burj Khalifa dalam satu kenyataan berkata kejadian itu membabitkan seorang lelaki dan ia dilaporkan berlaku jam 9 pagi waktu tempatan.

“Pihak berkuasa mengesahkan ia kejadian bunuh diri dan kami masih menanti laporan akhir,” kata Emaar. Beliau tidak mengulas lanjut. 

Laporan media memetik pegawai keselamatan berkata lelaki itu jatuh dari tingkat 147 pada ketinggian 828 meter dan terhempas di dek pada tingkat 108. Ia adalah kejadian bunuh diri pertama daripada menara mercu tanda yang dibuka pada pada Januari 2010.  

AP/ Agensi 

Nota Tulisan Tangan Osama ditemui

09 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -



WASHINGTON: Agensi perisikan Amerika Syarikat (AS) dilaporkan menemui jurnal milik Osama bin Laden yang mengandung catatan tulisan tangan ketua Al-Qaeda itu mengenai perancangan operasi rangkaian pengganas itu pada masa depan.

Pegawai AS memberitahu, antara bahan yang dijumpai dalam serangan ke atas kediaman Osama itu ialah satu 'buku nota' yang memuatkan catatan Osama mengenai ideanya untuk melaksanakan operasi rangkaian al-Qaeda.

Katanya, buku nota itu bukan sebuah dairi dan ia tidak mempunyai sebarang catatan peribadi atau perasaan membabitkan pemimpin Al-Qaeda itu.

"Dia hanya mencatatkan beberapa idea dalam buku nota itu. Ia tidak menyebut di mana beliau telah pergi atau apa yang sudah dibuatnya," katanya.

Ia tidak lebih daripada buku nota antara banyak lagi bahan yang ditemui dan dirampas selepas serangan di Bandar Abbottabad, Pakistan yang menyebabkan Osama maut.

Ulasan :

Nampaknya Amerika terus menerus membuat cerita palsu untuk menyakinkan dunia bahawa Osama benar-nbenar meninggal dunia.

Namun siapakan yang akan percaya dengan cerita ini ?

Barcelona Juara

09 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -



MADRID: Barcelona menjuarai liga Sepanyol untuk tiga musim berturut-turut selepas seri 1-1 dengan Levante, sekali gus meraih kejuaraan domestik ke-21 dengan baki dua perlawanan.

Barcelona hanya memerlukan satu mata untuk mengekalkan kejuaraan itu dan menjadi pasukan pertama memenanginya tiga musim berturut-turut sejak 1993 apabila "Pasukan Impian" Johan Cruyff mereka memenangi kejuaraan untuk empat musim berturut-turut.

Pemain tengah, Seydo Keita menanduk masuk pada minit ke-27 Felipe Caicedo untuk Barcelona mendahului tetapi Felipe Caicedo menyamakan kedudukan pada minit ke-40.

AFP

Keputusan La Liga Sepanyol

Almeria 0 - Villarreal 0

Real Sociedad 2 (Tamudo 24, Aranburu 89) - Real Zaragoza 1 (Gabi 53)

Levante 1 (Caicedo 40) - Barcelona 1 (Keita 27)

Hercules 2 (Sendoa 12, 41) - Real Mallorca 2 (Victor 76, Webo 80)

Espanyol 2 (Osvaldo 19, Galan 76) - Valencia 2 (Soldado 9, Mata 25)

Osasuna 3 (Sola 46, 86, Lekic 89) - Sevilla 2 (Negredo 25, 27)


Keputusan Ligue 1 Perancis

Lens 1 (Hermach 87) - Bordeaux 0

Montpellier 3 (Giroud 26, Estrada 52, Saihi 64) - Lorient 1 (Bruno Ecuele Manga 22)

Auxerre 4 (Oliech 20, A Traore 45, 50, Hengbart 79) - Lyon 0

Rennes 1 (Mangane 44) - Caen 1 (Niang 55)

Nice 3 (Ljuboja 31, 76, Clerc 55) - Arles-Avignon 2 (Cabella 39, Diawara 90+3)

Sochaux 3 (Sauget 22, Maiga 23, Boudebouz 84) - Monaco 0

Toulouse 0 - Valenciennes 0

Marseille 3 (Remy 12, J Ayew 59, Heinze 81) - Brest 0

Gempa Bumi 5.3 Kkala Richter di Sepanyol

09 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -



MADRID 12 Mei - Satu gempa bumi berukuran 5.3 pada skala Richter telah menyebabkan beberapa bangunan roboh, merosakkan gereja bersejarah dan membunuh sekurang-kurangnya enam orang.

Beberapa laporan menyatakan gempa bumi yang luar biasa itu menggegarkan kawasan Murcia dan menjejaskan kawasan perumahan serta menara gereja bersejarah di sebuah bandar pertanian.

Gempa bumi itu berlaku pada pukul 6.47 malam waktu tempatan (12.47 pagi waktu Malaysia) selepas satu gegaran kecil 4.4 pada skala Richter berlaku pada pukul 11.05 malam (waktu Malaysia) dan berlaku 1 kilometer di bawah tanah.

Reuters

3 Sindiket Curi Kereta Berkubur

09 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -


SHAH ALAM - Kelicikan tiga sindiket curi kenderaan mewah yang beroperasi di Lembah Klang tidak bertahan lama apabila seramai 23 anggota sindiket tersebut ditahan dalam beberapa serbuan sepanjang bulan lalu.

Dua daripada tiga sindiket itu mencuri kenderaan mewah semata-mata untuk diseludup ke luar negara manakala sebuah lagi sindiket memberi tumpuan meleraikan kenderaan curi untuk menjual alat ganti kenderaan kepada bengkel-bengkel.

SEBAHAGIAN kenderaan curi yang dirampas polis di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Selangor di Shah Alam

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, dalam serbuan-serbuan itu, polis telah merampas 15 kenderaan curi dan sejumlah 1,603 komponen alat ganti yang kesemuanya bernilai lebih RM30 juta dalam serbuan khas.

Berikutan penahanan itu, polis percaya dapat menyelesaikan 261 kes samun kereta.

Semua suspek direman untuk disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan.

"Siasatan mendapati ketiga-tiga sindiket itu tidak mempunyai sebarang hubungan," kata Mohd. Bakri.

Merujuk sindiket pertama, beliau berkata, polis melalui Ops Wangi Logistik menahan 12 suspek yang berumur di antara 30 dan 60 tahun dan merampas enam kenderaan mewah curi antaranya Toyota Alphard, Fortuner, Toyota Hilux, Toyota Camry, BMW dan Mercedes yang berharga RM4.5 juta.

Semua kenderaan curi oleh sindiket itu diseludup ke luar negara melalui Pelabuhan Klang.

Kereta Sport Paling Mahal Kini Milik Lamborghini

09 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -


LONDON - Kereta sport termahal di dunia kini bertukar takhta apabila kereta Lamborghini buatan Itali berjaya memintas pendahulu sebelum ini, Bugatti Veyron, lapor sebuah akhbar semalam.

Kereta Lamborghini Sesto Elemento itu dijual dengan perbezaan harga £170 ribu (RM830,389) dengan nilai £1.77 juta (RM8.7 juta).

Ia dibina pada tahun ini di Sant'Agata Bolognese, Itali.

Lamborghini Sesto Elemento

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Lamborghini, Stephan Winkelmann, model itu pertama kali dipamerkan dalam Pertunjukan Kereta Paris Oktober lalu.

Bagaimanapun, kereta Lamborghini Sesto Elemento yang memiliki kelajuan 321 kilometer sejam masih tidak dapat menandingi Bugatti Veyron 16.4 Grand Sport buatan Jerman dengan kelajuan maksimum 407 kilometer sejam.

Kereta terbaru Lamborghini itu menggunakan enjin 5.2 liter V10 dna beratnya kurang satu tan.

Hanya 20 buah nit kereta itu akan dibina.

Kereta Bugatti Veyron dikeluarkan di Molsheim, Alsace, Perancis.

Agensi

Remaja Miliki Kaki Kanan Terbalik

09 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -


FOSTORIA, Ohio - Seorang budak berusia 13 tahun, Dugan Smith memiliki kaki kanan yang terbalik, lapor beberapa buah akhbar semalam.

KINI Dugan Smith yang berusia 13 tahun selesa menggunakan kaki kanannya yang terbalik.

Dia menjalani satu pembedahan semasa berumur 10 tahun untuk menyambung kakinya dalam keadaan terbalik di sebuah hospital.

Doktor-doktor membuat keputusan untuk memotong kakinya dari atas lutut dan menyambung dalam keadaan terbalik.

Tujuan kaki itu disambung dalam keadaan terbalik adalah bagi mengelak dia kehilangan terus kakinya akibat penyakit kanser.

Walaupun dalam keadaan terbalik, Smith kini masih boleh bermain besbol.

Agensi