04 May 2011

Petrol RON 97 naik 20 sen lagi

30 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

Bermula tengah malam ini, petrol RON 97 akan dijual pada harga baru, iaitu RM2.90 seliter.

Kenaikan itu bagaimanapun tidak melibatkan RON 95 dan bahan api lain di negara ini.

RON 95 kekal pada harga RM1.90 seliter.

Kenaikkan RON 97 ini adalah yang tertinggi dalam sejarah negara dan dipercayai berikutan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia.

petrol price hike panic 010705 shell stationBulan lalu, harga petrol RON 97 dinaikkan 20 sen kepada RM2.70 seliter.

Harga RON 97 diapungkan sejak 31 Januari lalu mengikut harga pasaran semasa dan sejak itu ia kali ketujuh harga petrol gred itu dinaikkan.

Petrol gred ini lazimnya digunakan oleh kenderaan yang memerlukan prestasi yang tinggi. Semua kenderaan berpendaftaran asing dilarang membeli RON 95 dan mereka menggunakan minyak gred RON 97.

RON 97 pada suatu ketika juga adalah minyak yang seringkali digunakan oleh rakyat sehingga minyak lebih murah RON95 diperkenalkan pada September 2009. Ketika itu RON 97 berharga RM1.80 seliter.

MUKTAMAR PEMUDA PAS PERAK KALI KE 28 BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA.

30 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

Muktamar Tahunan kali ke 28 Dewan Pemuda PAS Negeri Perak telah selesai diadakan pada 1 Mei 2011, Ahad bertempat di Dewan Tuan Guru Haji Samad Noh Markaz PAS Negeri, Air Kuning Bukit Gantang.

Majlis Perasmian berlangsung pada jam 9.30 pagi dimulai dengan nyanyian lagu tema PAS dan lagu Al Amal. Kemudian diteruskan dengan bacaan ayat suci al Quran. Ucapan Aluan telah disampaikan oleh Dr Raja Ahmad Iskandar Al Hiss, Pengarah Panitia Muktamar Tahunan DPPNK ke 28 kemudian diikuti dengan ucaptama Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, AFadhil Ustaz Zawawi Abu Hassan dengan tema

“ Pemuda Nadi Rakyat” majlis diteruskan dengan ucapan wakil perhubungan PAS Perak Al Fadhil Ustaz Abu Bakar Hussain selaku Pesuruhjaya PAS Negeri,seterusnya wakil dari dewan pemuda pas pusat, sdr Ahmad sabki yusof , seterusnya majlis dirasmikan oleh Tuan Haji Mohamad Sabu.

Muktamar Dewan Pemuda PAS Perak berlangsung dengan begitu baik dan jayanya, seluruh pemerhati perwakilan dan piminan dapat telah memberikan komitmen yang terbaik bagi menjayakan muktamar ini.

Pemilihan Jawatankuasa DPPNK yang baru juga telah berjalan dengan baik, seluruh perwakilan telah menunaikan amanah mereka untuk memilih kepimpinan pemuda PAS negeri bagi sesi 2011-2013.

Berikut adalah senarai Saf Kepimpinan Dewan Pemuda PAS Negeri Perak bagi Sesi 2011-2013.

Pengerusi Tetap : Ustaz Mohd Nuri Endut
Tim. Pengerusi Tetap : Sdr Khalilul Rahman Abd Samad

Ketua Pemuda : Ustaz Zawawi Hassan
Timbalan Ketua Pemuda : Dr Raja Ahmad Iskandar
Naib Ketua Pemuda : Ustaz Khairi Jamaluddin

Ahli Jawatankuasa
1. Ustaz Mohd Hafez Sabri
2. Ustaz Abdul Fattah
3. Ustaz Akmal Kamaruddin
4. Ustaz Nazri Din
5. Ustaz Fakhrulrazi
6. Sdr Mohd Hakim
7. Ustaz Ismi
8. Ustaz Azmin
9. Sdr Aidil Abd Aziz
10.Sdr Firdaus

Pemeriksa Kira-Kira
1. Sdr Nik Nor Azman
2. Sdr Azhar Rifa’ie

Selain itu, 4 anugerah jasamu dikenang juga telah diberikan kepada 4 orang bekas exco yang telah bersara dari pentas pemuda, mereka ialah, Ustaz Nuri Endut, Sdr Ridwan Rasyid, Sdr Aminuddin dan Sdr Nik Nor Azman.

Selain itu angerah keseluruhan bagi pemuda kawasan terbaik telah dimenangi oleh Pemuda PAS kawasan Tambun, bagi anugerah PASTI dan pengurusan Blog terbaik juga dimenangi Pemuda PAS kawasan Tambun, bagi anugerah system UKJ terbaik dimenangi pemuda PAS kawasan Kampar dan anugerah jabatan amal terbaik telah dimenangi Pemuda PAS kawasan Gerik.

Diharapkan seluruh Pemuda PAS Perak, mengekalkan momentum Tarbiyah, Dakwah dan siasah bagi berhadapan apa jua cabaran dan rintangan untuk menggapai kemenagan buat perjuangan Islam di Perak ini.

mohd hafez sabri

Amerika perlu keluar dari bumi umat Islam

30 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 4 Mei: Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Pusat (LA DPPP) mendesak Amerika Syarikat dan sekutunya supaya segera keluar dari bumi Afghanistan, Pakistan dan seluruh bumi Arab kerana alasan yang diguna pakai mereka sebelum ini ialah untuk menangkap dan menumpaskan Osama dan Al-Qaeda.

Pengerusinya, Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob berkata, Presiden Barack Obama telah memaklumkan kepada dunia, bahawa Amerika telah berjaya menumpaskan Osama dan Al-Qaeda melalui operasinya di Pakistan.

“Secara dasarnya tujuan dan misi utama Amerika di bumi Asia telah selesai. Dengan terkorbannya Osama maka misi Amerika di Asia Tengah sepatutnya tamat.

“Oleh yang demikian, tiada lagi hujah dan alasan dangkal Amerika untuk terus berada di rantau umat Islam,” katanya kepadaq Harakahdaily.

Beliau menambah, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) juga perlulah mengadakan sidang khas bagi mengarahkan dengan kadar segera pengunduran tentera-tentera Amerika dan Nato dari bumi Asia terutamanya Afghanistan.

Bagi pihak lajnah, beliau turut merakamkan ucapan takziah di atas laporan pemergian as-syahid Osama Bin Laden.

“LA DPPP berpendapat bahawa selagi mana kamu tidak dibuktikan bersalah, maka kamu tidak bersalah (you are not guilty unless you are prove guilty),” katanya.

Osama dilaporkan telah terkorban dalam serangan hendap oleh tentera Amerika Syarikat di Pakistan.

Sehingga hari ini, katanya tiada bukti jelas bahawa gambar yang disiarkan media antarabangsa adalah wajah sebenar Osama, namun rata-rata dunia seolah telah meratapi kematian beliau sebagai pejuang yang memperjuangkan keadilan bagi umat Islam.

Namun, ujarnya oleh kerana beliau tidak diadili oleh mahkamah, maka teka-teka siapakah yang menjadi dalang atas segala serangan selama ini tidak terjawab.

Tambahnya, LA DPPP secara jelas tidak bersetuju di atas serangan keganasan yang mengorbankan orang awam termasuk kanak-kanak, wanita dan harta awam, namun setakat ini tiada bukti konkrit bahawa ianya dilakukan oleh Osama.

Katanya, Osama dikenali oleh umat Islam sebagai pejuang yang menentang ketidakadilan dan imperilis barat, kecekalan beliau dalam mengkritik dasar luar Negara barat seperti Amerika dan Eropah jelas dirasai heningnya oleh masyarakat Islam antarabangsa.

“Musuh utama beliau adalah imperilis barat di ketuai Amerika, dan itulah perjuangannya sehingga ke akhir perjuangannya, jika benar beliau telah terkorban,” katanya lagi.

Harakahdaily/-

Hadi: Eskay pegang Quran namun tak ikut hukum

30 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang menegaskan tindakan ahli perniagaan Datuk Sahzryl Eskay Abdullah mengambil sumpah laknat mengenai video lucah yang ditayangkannya baru-baru ini tidak berlandaskan hukum Islam dan al-Quran, lapor TV Selangor

“Mereka telah melakukan sumpah yang salah. Sumpah pakai al-Quran, tetapi hukum di dalam al-Quran tidak dipakai.

“Mengapa bersumpah al-Quran digunakan tetapi hukum tidak dipakai? Biar dia jawab,” kata Hadi selepas mesyuarat pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.

“Kalau sumpah, mesti pakai hukum yang ada dalam itu (al-Quran). Mengikut Islam tidak cukup menggunakan kitab tetapi mesti memakai hukumnya. Ini sumpah pakai Kitab tetapi tidak digunakan hukum dalamnya,” tambah beliau.

Jelas Hadi, Shazryl hanya menggunakan al-Quran sebagai syarat supaya membolehkan beliau melafaz sumpah berkenaan namun ahli perniagaan itu tidak menmatuhi syiar Islam yang ditetapkan.

Eskay melafazkan sumpah laknat itu setelah beliau memegang al-Quaran terbalik sebelum diperbetulkan oleh seorang penceramah bebas.

Beliau mengambil sumpah laknat bahawa Anwar adalah pelaku dalam video seks yang disebarkan sejak 21 Mac.

Beberapa tokoh agama termasuk mufti Perak dan Selangor sebelum ini bersetuju isu berkenaan harus ditangani mengikut hukum qazaf yang dipersetujui oleh Anwar.

Anwar menafikan bahawa beliau ada pelaku dalam video itu dan menegaskan Eskay dan gandingan Datuk T bersekongkol dengan Umno dan polis untuk menjatuhkannya menjelang pilihan raya umum akan datang.

Pada sidang akhbar berkenaan, Anwar ditanya mengenai dakwaan bahawa sayap pemuda PKR membuat kecoh di dalam Masjid Amru al-Asr Bandar Baru Sentul untuk menghalang Eskay mengambil sumpah laknat.

Anggota Angkatan Muda Keadilan telah mendesak supaya sumpah laknat yang dibawa oleh Eskay itu diputuskan menerusi hukum qazaf.

Anwar berkata Eskay dan dua rakannya – bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari PERKASA Datuk Shuib Lazim telah mencemar Islam dan masjid dengan perbuatan yang membelakangkan syarak agama.

"Hanya angkat kitab tapi tidak menuruti hukum. Siapa yang mencemarkan masjid… (mereka) menggunakan Quran tapi tidak mengamalkan," kata beliau

Malaysiakini/-

Insurance Kenderaan lama sepatutnya turun lama dulu

30 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

Merujuk pada kenyataan akhbar dari Bank Negara yang ingin bayaran insurans yang lebih rendah untuk kenderaan lama. PAS dan pengguna kenderaan lama yang ditekan selama ini untuk pembayaran insurans yang mahal oleh syarikat insurans untuk menurunkan harga insurans untuk kenderaan lebih dari 10 tahun sangat senang dengan pengumuman Bank Negara.

Para pengguna sudah terbeban terlalu lama oleh syarikat insurans yang menghendaki kenderaan lama dengan kos yang lebih tinggi. Wakil PAS dan wakil yang lain telah melakukan tanggung jawab mereka dalam debat di parlimen yang lalu berkaitan dengan masalah kos insurans untuk kenderaan lama.

Itu juga merupakan kejayaan bagi para pengguna seperti yang diminta untuk syarikat insurans menurunkan harga yang lebih rendah daripada insurans kenderaan lama yang terlalu mahal. Untuk membuat tuntutan berjaya pengguna atau orang ramai harus bekerjasama sehingga apa yang kita inginkan di masa depan akan dipenuhi oleh pihak yang berwajib. Inilah yang kita sebut sebagai kuasa pengguna (rakyat).

Jofri Jaraiee
Pas Miri

P Pinang naikan 80% elaun kakitangan masjid

30 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

Kerajaan Pulau Pinang menyangkal dakwaan bahawa pihaknya mengabaikan pembangunan Islam dengan menaikkan elaun untuk pegawai agama di 200 masjid negeri sebanyak 80 peratus.

Timbalan Ketua Menteri 1 Datuk Mansor Othman (kanan) berkata, peningkatan itu akan memberi faedah kepada 800 bilal dan siak di negeri itu.

Peningkatan elain itu dibuat seepas mengambilkira peningkatan tanggungjawab pihak berkenaan, katanya.

Kali terakhir elaun itu dinaikkan pada tahun 2005 daripada RM100 kepada RM180 untuk bilal dan daripada RM120 kepada RM200 untuk siak.

Kali ini, kerajaan negeri pimpinan DAP itu menaikkan elaun bilal kepada RM324 manakala siak pula kini mendapat RM360 sebulan.

Menurut Mansor, kenaikan itu akan berkuatkuasa pada 1 Jun yang menjadikan perbelanjaan sebulan untuk pembayaran itu sebanyak RM273,600.

Kerajaan Pulau Pinang akan menanggung 70 peratus (RM2,298,240) kosnya manakala majlis agama akan membiayai sebanyak 30 peratus (RM984,960), tambahnya.

Malaysiakini/-

TAHNIAH KEPADA CAWANGAN DAN KAWASAN PAS DI PERAK YANG TELAH BERMESYUARAT AGUNG : PESURUHJAYA PAS PERAK

30 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

IPOH, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain mengucapkan jutaan tahniah kepada seluruh cawangan dan kawasan PAS Perak yang telah mengadakan mesyuarat agung diperingkat kawasan dan cawangan masing-masing.

Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh cawangan dan kawasan PAS di negeri Perak kerana telah berjaya melunaskan tanggungjawab berdasarkan perlembagaan PAS untuk diadakan mesyuarat agung diperingkat cawangan dan kawasan masing-masing.

Beliau juga menyatakan, tujuan utama mesyuarat agung PAS diperingkat cawangan dan kawasan bukan semata-mata untuk menunaikan amanah yang telah ditetapkan dalam perlembagaan PAS, tetapi ia lebih dari itu kerana pentingnya sesebuah Parti Islam ini untuk menyusun dan memperkemaskan pengurusan organisasinya.

Memetik ucapan beliau, “ kita sebagai individu dan kumpualan yang berjuang di atas landasan Islam perlu memahami kehendak Allah”

“Sesungguhnya Allah SWT amat mengasihi orang-orang yang berperang pada jalan-Nya dalam barisan yang teratur rapi, seolah- olah mereka seperti sebuah bangunan yang tersusun kukuh.” (As-Saff: Ayat 4)

Beliau juga turut menyatakan, sesungguhnya ruh dan tuntutan sebenar yang disyariatkan oleh Islam di dalam ayat tersebut di mana Allah SWT mewajibkan Islam ditegakkan secara berencana dan berjamaah dalam satu pengurusan yang tersusun rapi laksana sebuah bangunan kukuh.

Pesuruhjaya PAS Perak itu juga turut menyatakan bahawa, mesuarat agung cawangan dan kawasan adalah medan muhasabah yang paling baik untuk memberi teguran dan pandangan yang membina kepada parti. Pemimpin yang berada di atas pentas tidak boleh terasa hati dan emosi dengan kritikan yang bakal dikeluarkan oleh perwakilan. Mereka mesti menerima teguran dan pandangan dengan dada yang terbuka, pemimpin terkadang tidak nampak kelemahannya.

Sebagai pejuang Islam, kita perlu menerima teguran dengan dada yang lapang dan fikiran yang terbuka. Membetulkan segala kelemahan dan kekurangan jika perkara itu benar. Kita tidak mahu segala kritikan tadi tidak memberi apa-apa erti kepada rentak kepimpinan kita. Kita yakin pandangan perwakilan adalah ikhlas dan sayang kepada pimpinan dan jamaah.

Beliau juga menyatakan, perwakilan juga mesti bersedia untuk menerima teguran dan arahan daripada pemimpin. Mereka juga mesti bersedia mendapat penjelasan dan teguran yang membina. Mungkin apa yang dipandang oleh pemimpin adalah perkara yang agak terlindung kepada perwakilan dan ahli. Maka jangan pula kita tidak bersedia untuk menerima arahan yang diberi oleh pemimpin.

Memetik ucapan beliau

“ Dasar PAS ialah Islam, dengan fikrah perjuangan inilah ia memberi kesan kepada gerak kerja parti. Hanya orang yang yakin dengan perjuangan yang dibawa oleh PAS akan terus mara bersama dengan PAS. Mereka yang tidak yakin akan tergelincir dan tertinggal dalam perjuangan. Mereka yang yakin tidak akan berdolak dalik dalam perjuangan. Bagi mereka yang tidak yakin mereka akan mencari seribu alasan untuk tidak mahu bersama dengan perjuangan PAS”

“ Perbetulkan niat , rebut ganjaran Allah bagi merintis kemenangan, itulah ungkapan yang kian menjadi zikir dari kalangan ahli dan pimpinan PAS yang tidak pernah sunyi dengan pelbagai usaha dan kerja buat untuk mencapai kemenangan dan nyata kemenangan yang diidam adalah suatu yang amat mustahil jika ruhiyah kita tidak diisi dengan Keimanan yang tinggi , ini kerana disana yang amat pasti adalah segala macam kepayahan , Ibtila’ dan tribulasi sedang menanti dihadapan.Maka Tarbiyah menjadi asset penting kepada prinsip perjuangan agar kehidupan kita dapat dipandu dengan Keimanan bukan dengan kerakusan syahwat , pijar mengejar kekayaan dan kuasa duniawi semata mata”.

“ PAS akan sentiasa komitmen dan istiqamah bersama Pakatan Rakyat bagi menumbangkan kuasa Umno BN yang sudah lama bertapak di Malaysia dan Perak khususnya, perjuangan melalui landasan dimensi baru seperti Pakatan Rakyat adalah suatu perjuangan yang realiti dan pastinya mewakili komposisi kaum, stratafikasi sosial serta pluralisasi budaya yang wujud di bumi Malaysia”.

“ Saya mengingatkan mengingatkan agar seluruh cawangan dan kawasan PAS di Perak, berusaha untuk menambahkan ahli-ahli PAS di cawangan dan kawasan masing-masing, selain itu kawasan juga perlu menambahkan jumlah cawangan PAS dan ianya dipastikan aktif, daftar pengundi-pengundi baru juga perlu dipertingkatkan untuk memastikan kemengan milik kita untuk PRU 13 ini, perkukuhkan dana akaun parti bagi melancarkan gerak kerja parti”

ustazabubakar.wordpress.com

Mohd Hafez Sabri

Kumpulan Palestin Meterai Perjanjian Perpaduan

30 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

KAHERAH 4 MEI : Kumpulan Palestin memeterai perjanjian perpaduan di Kaherah bagi menamatkan pemisahan antara Tebing Barat dan Semenanjung Gaza serta mengadakan pilihan raya, perkembangan yang disifatkan Israel sebagai menggugat perdamaian.

Wakil 13 kumpulan Palestin, termasuk parti Fatah pimpinan Presiden Mahmud Abbas, serta tokoh politik bebas, menandatangani perjanjian itu selepas rundingan dengan pegawai Mesir.

"Semua kumpulan Palestin menandatangani dokumen itu pada mesyuarat dengan pegawai risikan Mesir," kata Bilal Qassem, anggota Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO). - AFP

Pasangan warga emas mati dikelar

30 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

BENTONG: Sepasang suami isteri warga emas ditemui mati dengan kesan tikaman di perut dan dada selain turut dikelar di leher, di Kampung Gementi, di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi, Muhamad Yusof@ Abdul Rashid Samah, 71, dan isterinya, Timah @ Fatimah Pachu, 68, dibunuh seorang lelaki yang dipercayai dikenali mangsa.

Pembunuhan itu dipercayai bermotifkan dendam.

Berita Harian/-

Sumpah dipermain, rumah Allah diperalat

30 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

SUNGAI PETANI, 4 Mei: "Sumpah dipermainkan, rumah Allah diperalatkan. Ayat dan kitab suci Al Quran hanya diambil sebahagian dari sebahagian untuk kepentingan individu yang boleh menyesatkan umat Islam," kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Abdul Ghani Samsudin (gambar).

Katanya, isu yang cuba dibawa oleh Datuk Eskay Shazryl Abdullah semasa melafazkan sumpah di Masjid Amru Al-As baru-baru ini termasuk dalam hukum qazaf dan bukannya mubahalah.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan pandangan dalam 'Forum Sumpah Laknat' yang telah diadakan di Masjid Al Barakah, Tikam Batu, di sini bersama-sama dengan Yang Dipertua Abim Kedah, Ustaz Hafiz Mustafa Lubis dan Presiden Teras Pengupayaan Melayu, Mohd Azmi Hamid, semalam.

Menurutnya, isu yang ditimbulkan sekarang ini tidak langsung memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh Islam sebelum ia dilaksanakan.

Antaranya, kata beliau ialah ikhlas niat kerana Allah semata-mata, berilmu serta diadakan perbahasan terlebih dahulu.

"Yang membuat tuntutan itu perlulah orang yang soleh dan bukannya ahli maksiat, mesti dilakukan selepas adanya hujah-hujah yang tepat dikemukakan serta adanya kepentingan untuk agama Islam," ujarnya lagi.

Beliau yang juga merupakan mantan Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia turut berkata, isu ini jelas memaparkan ianya mempunyai kepentingan politik yang boleh merosakkan moral masyarakat dan juga negara.

"Rujuklah kepada Al Quran sebagai pedoman. Jangan gunakan akal sebagai sandaran yang boleh menyesatkan kita di dunia dan juga akhirat.

"Pihak kerajaan harus terlibat secara langsung bagi menegakkan hukum Islam yang menjadi tuntutan, kerana keengganan untuk melaksanakan hukuman tersebut membawa kepada padah seperti mana yang berlaku sekarang ini.

Harakahdaily/-
Oleh : Muhayat Jasmin

'Ada Tak Kena Dengan Pesawat RM86 Juta Taib'

30 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 4 MEI : Seorang bekas pengurus besar syarikat penerbangan milik kerajaan negeri - Hornbill Skyways Sdn Bhd - memberitahu mahkamah bahawa pembelian pesawat jet bernilai RM86 juta untuk kegunaan menteri besar Tan Sri Abdul Taib Mahmud penuh dengan kepinccangan, rasuah dan salah guna kuasa.

Mohamed Asharat Ramzan Ali (kiri), 48, yang mendakwa beliau dipecat secara tidak sah pada 2005 selepas mendapati terdapat beberapa perkara yang tidak kena dengan syarikat tersebut.

Menurut keterangan 34 muka surat Asharat kepada Mahkamah Industri di Kuala Lumpur, syarikatnya itu telah membeli pesawat jet bisnes Cessna Citation X yang dibina oleh Cessna Aircraft Company yang berpangkalan di Amerika Syarikat sebagai "aset negeri", sebelum menyertai syarikat itu pada 15 Mac 2005.

Dakwanya, pembelian itu juga membabitkan komisyen yang dihuraikannya berjumlah "US$250,000 sebagai elaun jualan" dalam dokumen yang berkaitan.

"(Harga pembelian) kira-kira RM74 juta. Jika faedah ditambah bagi pinjaman RM45 juta dari Ambank, jumlah kos adalah kira-kira RM86 juta," kata Asharat.

Pengarah eksekutif syarikat berkenaan Aidan Wing (kanan) yang juga bekas ADUN Lambir menafikan sebarang salah laku dalam pembelian pesawat itu dan berkata elaun jualan yang diberikan itu sebenarnya diskaun pembelian.

Namun Asharat menolak hujah Wing itu.

"Dalam perjanjian jual-beli yang awal, ia menunjukkan elaun jualan US$250,000 telah diterima. Namun angka itu muncul lagi pada harga muktamad pembelian pesawat itu,” katanya kepada mahkamah ketika disoal-balas oleh peguamnya Atan Mustaffa Yussof Ahmad.

Asharat juga berkata pengurus kewangan Shirley Wee, yang terbabit secara langsung dalam pembelian itu mendesak agar pesawat dihantar lebih cepat daripada 28 Julai 2005, meskipun ia perlu melalui beberapa prosedur pentadbiran.

-M'siakini.

Konvensyen PR Hadapi PRU 13

30 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

PETALING JAYA 4 MEI: Konvensyen Ekonomi Pakatan Rakyat akan berlangsung pada pertengahan bulan Jun tahun ini menurut Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengumuman tersebut dibuat selepas mempengerusikan mesyuarat kepimpinan gagasan itu di sini semalam.

Anwar berkata konvensyen yang dijadualkan pada Mac lalu terpaksa ditangguhkan berikutan berlangsungnya Pilihan Raya Negeri Sarawak baru-baru ini.

Justeru beliau berkata Pakatan Rakyat akan membuat persediaan awal menjelang Pilihan Raya Umum yang bakal diumumkan bila-bila masa.

Menurut Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang, gabungan itu akan memperkasa penyampaian maklumat kepada rakyat mengenai Buku Jingga untuk mengangkat martabat seluruh masyarakat di negara ini.

Anwar kemudian berkata, pendekatan polisi Buku Jingga diterima baik rakyat namun Umno-BN dilihat sedaya- upaya untuk mengagalkan usaha mengetengahkan polisi itu.

"Penerangan berkesan. Rakyat menerima baik penjelasan Buku Jingga. Oleh itu jentera kerajaan dikerah untuk tidak menjawab tapi untuk menfitnah kepimpinan Pakatan Rakyat sebagai penghianat negara.

"Di Johor polis diperalat melarang ceramah," kata beliau.

Ketua Pembangkang itu turut mengulas peranan media yang semakin tertekan berikutan cengkaman yang dikenakan terhadap institusi itu oleh kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, Najib menggunakan garis panduan Apco untuk memaparkan imej neutral kerajaan namun pada masa yang sama menyekat kebebasan media.

"Kita ambil kesempatan hari kebebasan media dan kedudukan media merudum di bawah kepimpinan Najib yang menggunakan Apco untuk gembar-gemburkan sikap neutral tapi rakus dan kejam termasuk menyekat kebebasan media," jelas beliau lagi.

Tv Selangor/-

Jagdeep dakwa Zahrain punca Pulau Pinang corot

30 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

GEORGETOWN, 4 Mei: Kedudukan tercorot pasukan bola sepak Pulau Pinang dalam Liga Premier 2011 dibidas oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Datuk Keramat, Jagdeep Singh Deo dalam sidang Dewan Undangan Negeri (Dun), semalam.

Menurut beliau lagi, selepas 16 aksi permainan dalam liga tersebut, Pulau Pinang hanya mampu berada di tangga tercorot dengan kemampuan hanya mengumpul satu mata tanpa adanya kemenangan yang telah diperolehi.

"Sesuatu harus dilakukan bagi mengatasi masalah prestasi skuad bola sepak negeri ini, yang pada suatu ketika dahulu pernah digeruni dan menjadi kuasa besar dalam arena bola sepak dengan menggondoli beberapa kejuaraan utama.

"Ini juga adalah berpunca dari Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP), Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang tidak berfungsi serta berperanan untuk membawa kejuaraan dan kegemilangan persatuan bola sepak ini,” dakwanya.

Katanya, pengurusan yang tidak cekap itu harus diberi perhatian oleh kerajaan negeri, dengan mengambil tindakan tegas bagi mengatasi masalah kemerosotan prestasi pasukan bola sepak negeri ini.

Dalam 15 perlawanan yang telah disertai pasukan negeri semuanya tewas dan hanya mencatat seri bagi satu perlawanan sahaja.

Ini, katanya menunjukkan adanya ketidakcekapan dalam pengurusan yang ditadbir oleh Zahrain yang juga Ahli Parlimen Bayan Baru.

Zahrain mengisytiharkan wakil rakyat Bebas pada 12 Februari 2010.

Semasa pilihan raya umum 2008 beliau mewakili PKR mengalahkan calon Barisan Nasional, Ooi Siew Kim dengan majoriti sebanyak 11,029 undi. Beliau memperolehi 27,618 undi berbanding lawannya 16,589 undi.

Harakahdaily/-
Oleh : Fakhri Ali

Osama Tidak Bersenjata Ketika Serbuan

30 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

NEW YORK 4 MEI : Osama bin Laden dilaporkan tidak bersenjata apabila komando Amerika Syarikat menyerbu masuk ke biliknya dan menembak beliau mati di tempat persembunyiannya di Pakistan, menurut White House.

Tindakan itu sekali gus menukar pernyataan rasmi mengenai insiden berkenaan dan menimbulkan persoalan apakah Amerika memang tidak merancang menangkap Osama hidup-hidup.

Namun menurut beberapa laporan yang belum disahkan, Osama sempat melawan sebelum ditembak mati.

Pentadbiran presiden Amerika, Barrack Obama juga masih berdebat sama ada mahu menyiarkan gambar ngeri mayat Osama kerana bimbang ia akan meningkatkan lagi sentimen anti-Amerika ketika dunia perlu diyakinkan bahawa pemimpin al-Qaeda itu sudah mati.

Namun, Pengarah CIA, Leon Panetta, berkata satu gambar pastinya akan ditunjukkan.

"Saya tidak sangsi satu gambar akhirnya akan ditunjukkan kepada umum," katanya dalam temubual bersama NBC Nightly News.

Sebelum ini, Obama memberitahu rakyat Amerika bahawa pemimpin al-Qaeda sudah dibunuh dalam satu operasi tentera dan jenazah beliau disemadikan di laut.

Menurut jurucakap White House, Jay Carney, pihaknya tidak boleh mendedahkan lebih lanjut bagaimana keadaan Osama ketika dia diserang.

Di Islamabad, Reuters melaporkan pakar perisikan Pakistan menyatakan seorang daripada anak perempuan Osama menjadi saksi pembunuhan bapanya yang ditembak mati oleh pasukan tentera Amerika.

Menurut pakar perisikan yang enggan dikenali itu, anak perempuan Osama yang berusia 12 atau 13 tahun itu turut mengesahkan dalang serangan 11 September 2001 itu mati dibunuh pada awal pagi kelmarin.

Sementara itu, 10 saudara-mara Osama termasuk seorang isteri serta lapan anaknya ditahan oleh pihak berkuasa Pakistan untuk disoal siasat.

- Agensi

Strategi Umno BN buli Cina, tipu Melayu

30 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 4 Mei: Buli Cina, tipu Melayu, itulah sahaja cara Umno BN untuk terus berkuasa, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Pada masa yang sama, parti itu juga terpaksa menjangkitkan wabak takut Cina ke dalam pemikiran orang-orang Melayu sebagai salah satu strategi utamanya untuk menipu orang-orang Melayu bagi memastikan ia terus berkuasa, kata beliau.

"Setelah menggunakan bermacam-macam cara untuk memeras ugut orang-orang Cina supaya menyokongnya, termasuk ancaman tidak ada lagi menteri dari kalangan kaum Cina jika kaum itu enggan mengundi Barisan Nasional (BN), sokongan orang-orang Cina terhadap parti itu tetap semakin pupus.

"Akibatnya, Umno hanya mengharapkan undi orang-orang Melayu sahaja. Untuk menghasut orang-orang Melayu supaya menyokongnya, parti itu terpaksa menyebarkan wabak fobia Cina dan fobia DAP.

"Itu taktik Yahudi Zionis yang digunakan oleh Amerika Syarikat yang menakut-nakutkan dunia dengan fobia Islamnya.

Tidak menghairankan jika Umno khususnya (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) menggunakan taktik yang sama kerana Yahudi Zionis di dalam Apco Worldwide adalah tempat beliau dan parti yang dikepalainya memohon petunjuk," kata beliau ketika menolak hasutan perkauman Najib terhadap PAS.

Dengan memainkan sentimen perkauman, Perdana Menteri mendakwa penyertaan PAS dalam Pakatan Rakyat (PR) hanya menguntungkan DAP.

Dengan harapan untuk memudahkan partinya memenangi pilihan raya umum akan datang, Presiden Umno itu kelihatan berharap sangat agar PAS keluar dari PR.

"PAS, cukuplah dalam pakatan pembangkang, alihlah kepada yang lain, tak masuk BN pun tak apa, tetapi keluarlah dari pakatan pembangkang," katanya ketika berucap di Kuala Terenganu Sabtu lalu.

Mahfuz menyifatkan hasutan perkauman Najib itu sebagai keluhan orang putus asa dan terdesak.

"Najib dan Umno sudah berputus asa dengan undi orang-orang Cina dan hanya mengharapkan sokongan orang Umno.

"Untuk memastikan Umno menang di kawasan-kawasan yang ditandinginya, racun perkauman digunakan habis-habisan untuk menghasut PAS supaya bersendirian dan bila ada pertandingan tiga penjuru di antara Umno, PAS dan PR, Najib menyangka mudahlah Umno memenangi kerusi-kerusi yang ditandinginya.

"Tidak perlu aktivis politik, budak berhingus pun boleh membaca muslihat yang sangat tidak cerdik itu. Apa boleh buat, setakat itu sahaja kemampuan dan kebolehan Perdana Menteri untuk berfikir bagi memastikan partinya terus berkuasa," kata Mahfuz.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu mengingatkan orang-orang Melayu agar tidak membiarkan Umno yang membawa wabak perkauman terus menipu mereka kerana jika dibiarkan, negara ini boleh terjerumus ke dalam kehancuran akibat rusuhan kaum.

"Keganasan strategi buli Cina, tipu Melayu tidak boleh terus dibiarkan.

"Jika dibiarkan dan Umno terus berkuasa, rusuhan kaum mungkin tercetus dan orang-orang Melayu pula akan terus rugi dan ketinggalan kerana parti perasuah tentulah lebih mengutamakan tuan-tuannya yang terdiri dari tauke-tauke yang selama ini menjadi rakan kongsinya, bukannya orang-orang Melayu yang tidak mampu mengenyangkan perasuah," katanya.

Beliau juga mengingatkan, orang-orang Melayu juga tidak boleh membiarkan Umno terus berkuasa untuk membuli orang-orang Cina.

"Jika dibiarkan, orang-orang Melayu juga akan terpalit dengan imej jahat itu. Orang-orang Melayu tidak boleh membiarkan Umno mempalitkan mereka dengan imej pembuli yang jahat dan gila bermusuh," kata Mahfuz.

Beliau bagaimanapun tidak nampak kemungkinan Umno akan menghentikan agenda buli Cina dan tipu Melayu itu kerana hanya itulah satu-satunya cara untuk membolehkan parti itu terus berkuasa.

"Umno nampaknya begitu selesa dengan strategi buli Cina, tipu Melayu itu," kata Mahfuz.

Harakahdaily/-
Oleh : Abdul Aziz Mustafa

Kuatkuasa perlu bagi kurangkan merokok

30 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

Merokok tidak baik untuk kesihatan, mudah sahaja malangnya langkah yang diambil untuk menangani wabak merokok di Malaysia dilihat bertentangan – pada satu pihak kosnya dalam bentuk kesihatan manusia manakala satu pihak usaha kerajaan yang menjadi kesan negatif kepada penanam tembakau serta usaha untuk membasmi kekemiskinan. Hujah yang kedua itu tidak dapat diterima.

Perangkaan merokok di Malaysia amat membimbangkan; lebih 50% lelaki dewasa adalah perokok dan kira-kira 50 kanak-kanak di bawah usia 18 tahun merokok setiap hari. Dianggarkan 10,000 rakyat Malaysia mati setiap tahun akibat penyakit berkaitan merokok, menjadikannya pembunuh utama di negara ini. WHO menganggarkan tembakau membunuh bilion orang di dunia ini pada akhir abad ke 21. Kemudian terdapat kos rawatan kepada keluarga, mengurangkan produktiviti ekonomi dan meningkatkan kos penjagaan kesihatan awam.

Di Malaysia, tembakau ditanam untuk membantu petani memperolehi pendapatan dan mengurangkan kemiskinan. Bank Dunia, agensi kewangan global yang menyediakan modal bagi pengeluaran tembakau di negara membangun, telah menghentikan tindakannya yang menyedari akan kos kesihatan dan kini menyokong tanaman alternatif.

Pengulangan dakwaan bahawa penanaman tembakau mengurangkan kemiskinan hanya dibesar-besarkan, walaupun sebenarnya salah, apabila kita melihat contohnya kerajaan Malaysia sering menyelamatkan dan menawarkan subsidi kepada petani tembakau untuk mengekalkan daya maju ekonomi mereka dalam keadaan dilanda bencana alam dan lain-lain cabaran. Contohnya pada awal 2009 apabila tanaman tembakau di Pantai Timur musnah oleh banjir, menyebabkan kerajaan dan syarikat tembakau melanjutkan bantuan khas dalam bentuk subsidi kepada petani.

Seksyen 16 (1) Peraturan Kawalan Produk Tembakau 2004 dengan jelas menyatakan, “Pengeluar perlu membungkus rokok dalam kotak mengandungi tidak kurang daripada dua puluh batang”. Bagaimanapun amat malang sekali terdapat gesaan bagi menyokong ‘perjuangan penanam tembakau’ mengatasi pertimbangan kesihatan sepertimana yang dilihat melalui keputusan kabinet pada 2005 yang tidak menghentikan segera kotak rokok 14 batang sepertimana yang disarankan oleh Rangkakerja Konvensyen Kawalan Tembakau (FCTC) tetapi akan menghapuskannya dalam tempoh lima tahun.

Malaysia sepatutnya menerima WHO FCTC yang memberikan mandat terhadap beberapa jenis dasar kawalan tembakau. Bagaimanapun, kerajaan mengalami konflik dalam pelaksanaan dasar dan langkahnya memandangkan mereka membeli banyak saham dalam syarikat multinasional tembakau senaraian awam seperti British American Tobacco dan Japan Tobacco International Malaysia dan menggalakkan penanaman tembakau, dengan alasan ia diperlukan untuk membasmi kemiskinan. Pembelian saham ini oleh kerajaan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) melalui badan pelaburan yang dikawal oleh kerajaan termasuk dana pencen, perbadanan pelaburan kerajaan dan unit amanah kawalan kerajaan negeri.

Oleh sebab itu kami mengalu-alukan kenyataan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai baru-baru ini bahawa kerajaan akan mendenda mereka yang ditangkap merokok atau memiliki rokok secara haram dalam usaha untuk mengurangkan permintaan terhadap rokok itu, yang akan membawa kepada berhentinya aktiviti penyeludupan dan perdagangan haram seperti itu.

Rokok yang diseludup berharga serendah RM2 bagi setiap kotak 20 batang, manakala rokok bebas cukai pula diseludup oleh sindiket dan dijual secara haram oleh peruncit yang tidak bertanggungjawab di seluruh negara dengan harga antara RM3.50 dan RM4 bagi satu kotak berisi 20 batang rokok. Penyangak peruncit ini pula tidak hanya menjual rokok yang diseludup tetapi mencabuli peraturan kerajaan yang menetapkan harga rokok minimum (MCP) RM7.

Rakyat Malaysia dilaporkan merokok “amat mengejutkan dengan sembilan bilion batang rokok haram setiap tahun” – dengan anggaran 4 daripada 10 rokok yang dihisap di negara ini adalah yang haram, menyebabkan kerajaan kehilangan hasil daripada cukai sehingga RM2 bilion.

Langkah Yang Perlu Diambil Oleh Kerajaan

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan mengambil langkah yang serius memandangkan merokok telah mengancam individu dan kesihatan masyarakat. Langkah yang lebih konkrit mestilah dilakukan dalam dasar negara dan dilaksanakan dengan tegas untuk memerangi masalah penggunaan tembakau yang semakin berkembang.

1) Kurangkan Permintaan

- Jadikan harga rokok minimum yang lebih tinggi bagi rokok untuk memastikan perokok menghentikan tabiat mereka yang membazirkan wang itu. Harga runcit rokok berjenama premium perlu ditetapkan pada kadar yang lebih tinggi bagi kotak 20 batang, lebih tinggi berbanding harga semasa kira-kira RM10 sekotak. Harga premium rokok berjenama di United Kingdom ialah RM36.60, Ireland RM37.98, Singapura RM27.80, New Zealand RM27.20, Jepun RM10.60 dan Sri Lanka RM10.90.

- Menguatkuasakan pengharaman jualan rokok secara berasingan untuk memastikan peruncit tidak menjualnya.

- Menaikkan duti eksais ke atas produk tembakau dan meningkatkan penguatkuasaan untuk mencegah penyeludupan secara haram, barangan gelap atau rokok bebas cukai. Ini membantu untuk memastikan rokok tidak diperolehi dengan mudah oleh sebahagian besar penduduk.

- Hapuskan status bebas cukai bagi rokok dan produk tembakau yang dijual di lapangan terbang dan kedai bebas cukai.

- Hentikan penjualan rokok di atas kapal terbang Malaysia.

- Haramkan pameran rokok di kaunter bayaran setiap premis dan kedai runcit serta tempat tumpuan utama lain. Sebagai ganti, produk ini perlu dijauhkan daripada pandangan awam, contohnya di bawah kaunter bayaran, dan hanya dikeluarkan untuk dijual atas permintaan khusus pelanggan.

2) Melindungi daripada perokok pasif – melanjutkan pengharaman merokok meliputi semua tempat awam termasuk restoran, bar, taman dan kawasan rekreasi.

3) Memperkenalkan sistem pelesenan yang menghadkan bilangan dan lokasi premis yang dibenarkan untuk menjual produk tembakau. Lesen seharusnya tertakluk kepada pembaharuan setiap tahun.

4) Meningkatkan langkah menghapuskan penanaman tembakau, dan menjadikannya haram untuk menanam tembakau.

5) Meningkatkan dana kerajaan untuk pendidikan, kempen antimerokok, dan langkah untuk membantu perokok menghilangkan tabiat merokok mereka.

6) Melarang mengaitkan pendidikan, aktiviti sukan, biasiswa dengan syarikat dan produk tembakau.

7) Keazaman politik yang kuat dan melaksanakan dasar peraturan yang tegas untuk mengawal tabiat merokok di negara. Kerajaan perlu menghentikan menggunakan usaha menghapuskan kemiskinan dan perlindungan petani sebagai alasan untuk gagal mengambil tindakan tegas terhadap pengeluaran dan promosi tembakau.

8) Mengharamkan publisiti bagi produk tembakau dalam sebarang bentuk. Pemimpin kerajaan perlu menunjukkan contoh teladan dan melalui sokongan bagi mengurangkan perokok dan penyakit yang dikaitkan dengannya.

9) Hentikan sebarang bentuk tidak ketara daripada sokongan kerajaan untuk produk tembakau – pemimpin kerajaan negeri dan persekutuan mestilah menghentikan daripada memberikan sokongan kepada syarikat tembakau multinasional sebagai warga korporat yang baik, dengan itu memberikan mereka peluang untuk mengurangkan kesan terhadap dasar tembakau.

10) Sokongan media juga turut diperlukan untuk menghentikan aktiviti merokok – pihak media perlu meningkatkan liputan terhadap kesan negatif tembakau untuk meningkatkan kesedaran komuniti terhadap bahaya merokok dan menggalakkan mereka berhenti merokok.

Tembakau adalah penyebab penyakit utama yang boleh dicegah, kehilangan masa yang berharga dan kematian awal dalam kalangan rakyat Malaysia. Kami menggesa kerajaan supaya tidak lagi berada dalam konflik tetapi meletakkan kepentingan orang ramai mengatasi kepentingan industri.

Harakahdaily/-
Oleh : S. M. Mohamed Idris

Aset RM2.8b milik tiga pemimpin dibekukan

30 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

GENEVA - Kerajaan Switzerland mengenal pasti aset bernilai 830 juta Swiss frans (RM2.8 bilion) milik pemimpin Libya, Muammar Gaddafi, dan bekas Presiden Mesir dan Tunisia, Hosni Mubarak dan Zine El Abidine Ben Ali berpotensi dibekukan, kelmarin.

Menteri Luar Swit­zerland, Micheline Calmy-Rey berkata, aset bernilai 360 juta Swiss francs (RM1.2 bilion) kemungkinan milik Gaddafi atau sekutunya.

Pihak berkuasa turut mengaitkan aset bernilai 410 juta Swiss francs (RM1.4 bilion) mungkin milik Mubarak manakala 60 juta Swiss francs (RM205 juta) lagi milik Ben Ali.

Terdahulu, kesemua bank diarahkan untuk membeku aset yang mungkin dimiliki ketiga-tiga pemimpin dan penyokong utama mereka untuk mencegah dana dikeluarkan secara rahsia.
Sementara itu, Mubarak dan Ben Ali sudah pun memulakan proses pengadilan untuk menuntut semula aset mereka.

Namun, kedua-dua pemimpin negara itu gagal menyediakan sebarang bahan bukti yang diperlukan untuk mendapatkan semula aset mereka.

Sebelum ini, Switzerland menghantar kabel diplomatik ke Tunisia dan Mesir, Mac lalu, menjelaskan bahawa kedua-dua negara harus menyerahkan bukti sehingga pihak berkuasa memutuskan tindakan seterusnya.

Sinar Harian/-

Anwar dakwa BN gila talak

30 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

PETALING JAYA – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pelawaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak agar Pas meninggalkan pakatan parti pembangkang dan menyertai Barisan Nasional (BN) sebagai ‘gila talak’.

Menurutnya, BN/UMNO juga dilihat sedang terdesak bagi meraih sokongan dan undi kaum Melayu sehingga sanggup melaga- lagakan PR.

“UMNO sentiasa berusaha untuk melaga- lagakan DAP dan Pas namun nampaknya usaha mereka tidak akan berhasil Isu ini tidak berbangkit, ia adalah usaha terdesak yang dilakukan UMNO. UMNO terdesak dan kita yakin dengan kepimpinan Pas dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Ibu pejabat PKR, di sini, semalam.

Turut hadir ialah Presiden PKR, Datin Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang tidak hadir dan difahamkan sedang menerima rawatan di salah sebuah hospital di Pulau Pinang.

Anwar turut meletakkan keyakinan penuh terhadap kepimpinan Pas dan percaya parti Islam itu tidak akan meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) sebagaimana diharapkan musuh politik mereka.

Abdul Hadi pula berkata, cubaan UMNO melaga-lagakan Pas dengan DAP disebabkan melihat prestasi luar jangkaan Pas dalam meraih undi bukan Islam semasa pilihan raya negeri Sarawak lalu.

“Apa yang berlaku pada hari ini ialah DAP telah membuktikan pengundi Cina mengundi Pas walaupun Pas menentang MCA dan MIC. Ini terbukti di Sarawak di mana pengundi Cina boleh mengundi calon Melayu dan Islam walaupun menentang Cina,” katanya.

Memandangkan BN kini sedang berusaha memecahbelahkan kesepakatan PR, pemimpin-pemimpin pembangkang itu sebulat suara mengadakan pertemuan tertutup bersama dalam tempoh dua minggu bagi membincangkan strategi mengelakkan cubaan BN.

“Pertemuan ini adalah pertemuan tertutup khusus membincangkan dasar-dasar bersama mengeratkan lagi hubungan untuk mengelakkan percubaan BN yang cuba menimbulkan kesangsian di kalangan kita bersama,” katanya.

Ketika ditanya mengenai jangkaan tarikh pilihan raya umum ke 13, Anwar yakin ianya akan dilakukan dalam jangka masa terdekat.

“Kami yakin ianya akan berlaku dalam masa terdekat. Malah PR telah bersedia menghadapinya jika ia berlaku pada tahun ini,” katanya.

Ditanya mengenai mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PR ini, Anwar berkata, fokus utama adalah merangka strategi besar bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Sinar Harian/-

Hamil luar nikah, pelan ‘separuh siap’ Shahrizat

30 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 3 Mei: Peningkatan kes hamil luar nikah adalah bukti kegagalan penubuhan Sekolah Harapan, bukti ketidakcekapan badan organisasi Balkis dan terutamanya sebagai bukti perancangan dan pelan kerja ‘separuh siap’ Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil selaku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Demikian kata Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin (gambar) sebagai respons kepada kenyataan Pengetua Rumah Kebajikan Wanita dan Remaja (Kewaja), Yahya Mohamed Yusof berkenaan peningkatan kes hamil luar nikah terus berlaku saban hari adalah amat membimbangkan.

Saban tahun, katanya berjuta-juta ringgit telah dibelanjakan untuk menangani masalah sosial begini, namun tiada perubahan constructive yang dapat dilihat.

Demi mengelakkan lebih banyak pembaziran dana dan wang rakyat berlaku, dan masalah itu dapat diatasi secara tuntas, beliau memohon agar kerajaan segera meneliti semula konsep dan matlamat penubuhan Sekolah Harapan, sehingga suatu kajian penyelesaian secara menyeluruh ke atas masalah sosial ini dapat dibuat.

Ini kerana, ujarnya peningkatan kes kehamilan luar nikah yang berlaku jelas telah membuktikan bahawa dengan penubuhan hanya satu sahaja Sekolah Harapan tidak akan mampu untuk menjadi penyelesai kepada masalah sosial sedia ada yang dihadapi di seluruh negeri.

“Saya melihat, peningkatan kes kehamilan luar nikah ini secara amat serius kerana ini akan menyebabkan bilangan golongan ibu muda juga semakin bertambah,” ujarnya yang juga ahli Parlimen Ampang kepada Harakahdaily.

Menurutnya, adalah sesuatu yang amat merungsingkan kerana sehingga kini, kebajikan ibu muda sedia ada sendiri masih ditangguk enteng, apatah lagi dengan pertambahan yang hadir tentunya memberi lebih tekanan dan persaingan dalam komuniti teraniaya begini.

Baginya, bermula dari tekanan sebegini, maka tidak mustahil penglibatan aktiviti pelacuran oleh wanita muda sebegini terus meningkat dan sekaligus akan menggagalkan hasrat pemberdayaan dan pemerkasaan wanita yang diimpikan.

Katanya, kerajaan tidak seharusnya terus mengenepikan golongan ibu muda dalam pembangunan negara kerana konsep Victoria “good women” dan “bad women” yang menjadi kod amalan kerajaan adalah amat mendiskriminasi terhadap wanita dan suatu dasar yang adil buat semua wanita harus dilaksanakan segera.

Harakahdaily/-

Tiga Beradik dikhuatiri Lemas

30 Jamadilawal 1432H. [MOD] -


ANGGOTA penyelamat mencari tiga beradik yang dihanyut arus deras di kawasan perkelahan Hutan Lipur Ulu Bendul

KUALA PILAH - Tiga beradik dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika mandi-manda di kawasan perkelahan Hutan Lipur Ulu Bendul dekat sini semalam.

Mangsa yang hilang ialah Nur Syaza Alisa Syed Ahmad, 5; Nur Syaza Azira, 4, dan Nur Syaza Sakinah, 2.

Dalam kejadian pada pukul 4.30 petang, bapa kepada tiga kanak-kanak malang itu, Syed Ahmad Ibrahim, 28, dan seorang kenalan wanitanya, Alwani Abu Hassan, 20-an sempat diselamatkan oleh orang ramai yang berada di kawasan perkelahan itu.

Syed Ahmad dan Alwani dirawat di Hospital Kuala Pilah di sini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan polis meneruskan usaha mencari tiga beradik itu.

Difahamkan semasa kejadian ibu kepada tiga beradik itu, Wan Azlela Wan Abdullah, 27, yang tinggal di Taman Marinda, Senawang tiada di tempat kejadian kerana telah bercerai dengan Syed Ahmad.

Syed Ahmad didakwa telah menjemput anak-anaknya yang dijaga oleh Wan Azlela di Taman Jasmin, Senawang untuk dibawa berkelah ke air terjun itu.

Seorang saksi, Turiman Bostam, 42, berkata, semasa kejadian dia berjalan menyusur sungai di situ dalam keadaan hujan renyai-renyai sebelum terkejut melihat arus deras dari arah hulu sungai.

Pencuri Lapah Rel Kereta Api

30 Jamadilawal 1432H. [MOD] -



KUALA LUMPUR: Sekumpulan 26 lelaki yang sibuk memotong besi rel dan kayu landasan kereta api di sebuah stesen kereta api lama berhampiran Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang terkedu apabila diserbu sepasukan polis, petang Ahad lalu.

Mereka terdiri daripada tujuh warga tempatan, empat warga Bangladesh dan 15 warga India berusia 25 hingga 45 tahun itu ditahan Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, siasatan di tempat kejadian mendapati 450 meter besi rel dan kayu landasan itu dibawa keluar dan dijual manakala 170 meter lagi baru selesai dipotong.

“Hasil siasatan mendapati mereka menggunakan lori khas untuk mengangkut keluar rel besi dan kayu yang dipotong sebelum dipindahkan ke dalam lori lain dan dihantar kepada pembeli.

“Setakat ini, polis masih menyiasat dan mengesan pelanggan mereka dan lokasi barangan berkenaan dijual,” katanya dalam sidang media di sini, semalam.

Katanya, dalam serbuan itu, polis merampas sebuah jengkaut, dua lori, sebuah motosikal, empat kereta dan 10 silinder gas digunakan untuk kerja pemotongan.

Menurutnya, empat daripada tujuh lelaki tempatan itu mempunyai tiga rekod jenayah lampau membabitkan kes merusuh dengan senjata berbahaya, curi kereta dan samun berkawan.

“Kalau mengikut harga pasaran, setan besi berkenaan dianggarkan RM1,400 hingga RM1,500. Dalam kejadian itu, ia membabitkan jumlah kerugian keseluruhan mencecah jutaan ringgit.

“Siasatan mendapati lelaki itu dibayar upah RM40 sehari bagi melakukan kerja pemotongan besi rel dan kayu landasan berkenaan,” katanya.

Kumpulan Palestin Meterai Perjanjian Perpaduan

30 Jamadilawal 1432H. [MOD] -



KAHERAH: Kumpulan Palestin memeterai perjanjian perpaduan di Kaherah bagi menamatkan pemisahan antara Tebing Barat dan Semenanjung Gaza serta mengadakan pilihan raya, perkembangan yang disifatkan Israel sebagai menggugat perdamaian. 

Wakil 13 kumpulan Palestin, termasuk parti Fatah pimpinan Presiden Mahmud Abbas, serta tokoh politik bebas, menandatangani perjanjian itu selepas rundingan dengan pegawai Mesir.

"Semua kumpulan Palestin menandatangani dokumen itu pada mesyuarat dengan pegawai risikan Mesir," kata Bilal Qassem, anggota Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO). 

AFP

Kematian Osama: Shura, Mapim kecam operasi Amerika

30 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 4 Mei — Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mengutuk sekeras-kerasnya operasi Amerika Syarikat (AS) yang membawa kepada kematian Osama bin Laden, kelmarin.

Setiausaha Agung Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, pihaknya mengutuk tindakan tentera AS melepaskan jenazah ketua rangkaian pengganas Al-Qaeda ke laut kerana tindakan tersebut merupakan suatu penghinaan.

“Jenazah Osama sepatutnya dikembalikan kepada keluarga dan sahabat handainya dan diuruskan pengebumian yang selayaknya sebagai seorang Muslim,” katanya dalam satu kenyataan media.

Azmi menambah, operasi tersebut adalah gerakan asasinasi unilateral AS untuk membunuh seorang yang diburu di luar bumi Amerika dan ia satu tindakan melanggar undang-undang antarabangsa.

Azmi juga berkata, kerajaan Pakistan turut menjadi tali barut kepada AS untuk menjayakan operasi tersebut yang sama sekali tidak dapat diterima oleh umat Islam.

Pemimpin Al-Qaeda kelahiran Arab Saudi yang hidup dalam persembunyian itu dilaporkan terbunuh dalam satu operasi khas tentera AS di sebuah rumah di bandar Abbottabad, timur laut Islamabad.

Jenazahnya dilepaskan di utara Laut Arab semalam.

Dalam pada itu, Pengerusi Shura, Abdul Ghani Samsudin pula berkata, Shura dan Mapim akan menganjurkan solat ghaib untuk jenazah Osama di seluruh negara.

“Kami menyeru semua ulama, tuan guru, ustaz, aktivis Islam, pemimpin NGO Islam, para imam untuk mengadakan solat ghaib jenazah untuk beliau dan mendoakan agar rohnya dikumpulkan bersama para syuhada,” katanya dalam satu kenyataan.

Shura dan Mapim juga akan mengusulkan kepada kerajaan Malaysia agar menyatakan pendirian mengecam serangan tentera AS tanpa rasa takut.

Oleh Zulaikha Zulkifli

Jika benar Osama mati, saya doa keampunan untuknya

30 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, “Jika benarlah Osama bin Laden benar-benar telah dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat seperti yang diumumkan oleh Presiden Barrack Obama semalam, maka saya sebagai seorang Islam mendoakan rahmat dan keampunan Allah SWT untuk Osama bin Laden yang merupakan saudara saya di dalam Islam,” kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) dalam satu kenyataan.

Tambahnya, itulah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya.

Menurutnya, sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara muslim yang lain.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Jika benarlah Osama bin Laden benar-benar telah dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat seperti yang diumumkan oleh Presiden Barrack Obama semalam, maka saya sebagai seorang Islam mendoakan rahmat dan keampunan Allah SWT untuk Osama bin Laden yang merupakan saudara saya di dalam Islam.

Inilah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya. Sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara muslim yang lain.

Adapun keterlibatan Osama bin Laden dengan keganasan, saya serahkan kepada Allah SWT kerana ia masih belum terbukti melainkan melalui propaganda yang dipelopori oleh Amerika Syarikat. Jika benar beliau terlibat dengan kegananasan, sudah tentu saya tidak menyokong keganasan tersebut. Bagaimanapun keterlibatan Osama dengan keganasan masih lagi merupakan berita samar yang tidak dapat disahkan, namun keterlibatan Amerika Syarikat sendiri dalam keganasan sudah terbukti.

Ini jelas dengan serangan terhadap Afghanistan dan Iraq yang menghancurkan kedua-dua negara ini dengan tujuan mencari senjata pemusnah yang tidak dapat dijumpai sehingga ke hari ini. Apa pula tindakan Amerika Syarikat terhadap Israel yang terang-terang melakukan keganasan di bumi Palestin ? Bukan sahaja tidak bertindak, bahkan Amerikalah yang kuat menyokong Israel. Justeru, jika Osama dianggap sebagai pengganas, maka Israel lebih patut disebut sebagai ganas dan penyokongnya Amerika Syarikat juga tidak boleh lari dari digelar sebagai ganas.

Inilah yang saya tegaskan kepada Duta Besar Amerika Syarikat yang datang ke pejabat saya pada 28 April 2011 yang lepas, bahawa sepasang selipar pun tidak boleh dirampas dari tuannya yang berhak, apatah lagi sebuah negeri yang berdaulat seperti Palestin, lebih-lebih lagi tidak berhak untuk dirampas oleh Israel.

Adapun mereka yang berkata bahawa dunia lebih selamat dengan kematian Osama, saya anggap kenyataan tersebut sebagai tidak cermat dan hanya bertujuan menampakkan diri sebagai penyokong Amerika. Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?

Sekian, wassalam.

TUAN GURU DATO’ BENTARA SETIA NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,

Menteri Besar Kelantan.

Harakahdaily

Osama Bin Laden Masih Hidup

30 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

Pimpinan Taliban Pakistan mengklaim bahwa Osama Bin Laden masih hidup. Pihak Taliban menilai tuduhan tewasnya Bin Laden amat tidak berdasar.

Sebelumnya Presiden Amerika Serikat Barack Obama memastikan bahwa Bin Laden terbunuh dalam sebuah operasi militer AS di wilayah Abbottabad, Pakistan. Pemimpin jaringan teroris Al Qaeda tersebut tewas dalam sebuah baku tembak.

Seperti dilansir Bloomberg, Selasa (3/5/2011), klaim bahwa Osama Bin Laden masih hidup ini, dilontarkan oleh Pemimpinan Taliban Pakistan yang mengirimkan pernyataan mereka kepada televisi Pakistan GEO TV.

Osama Bin Laden dinyatakan tewas dalam pertempuran saat tim kecil militer AS menyerang sebuah rumah kecil di Abbotabbad. Pihak AS sendiri sudah memastikan bahwa Bin Laden memang sudah tewas setelah melakukan tes DNA.

Klaim mengenai Osama Bin Laden masih hidup ini tentunya dapat menimbulkan kebingungan. Terlepas dari sudah keluarnya hasil tes DNA yang dilakukan AS.

Seperti dikutip dari Arrahmah.com, Komandan Waliur Rahman, seorang komandan Mujahidin di Pakistan, menyatakan bahwa Syeikh Usamah bin Ladin masih hidup dan berada dalam kondisi sehat.

“Aku tidak bertemu secara langsung dengan Syeikh Usamah, namun saya dapat mengonfirmasikan dengan jelas kebenaran bahwa Syeikh Usamah bin Ladin masih hidup dan dalam keadaan baik,” ujar Waliur Rahman dalam statemen video yang diambil Arrahmah dari forum Islam Ansar, mengutip siaran berita BBC Arab.

Read more: http://jiastisipolcandradimuka.blogspot.com/2011/05/osama-bin-laden-masih-hidup.html#ixzz1LKxLfdNP

Barcelona ke final Liga Juara-Juara Eropah

PEMAIN Barcelona melambung rakan sepasukan mereka, Eric Abidal selepas menang ke atas Real Madrid pada perlawanan separuh akhir kedua Liga Juara-Juara di Stadium Nou Camp, Barcelona, awal pagi tadi. Barcelona layak ke perlawanan akhir selepas catat keputusan seri 1-1 pada perlawanan itu dengan agregat 3-1. - Foto AFP

30 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

LONDON: Barcelona menepati ramalan apabila layak ke final Liga Juara-Juara Eropah menyingkirkan Real Madrid dengan kemenangan agregat 3-1 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada saingan kedua separuh akhir di Stadium Camp Nou, sebentar tadi.

Pada pertemuan kedua itu, Barca yang mempunyai kelebihan dua gol di tempat lawan minggu lalu mendahului menerusi jaringan Pedro Rodriguez pada minit ke-54.

Real bagaimanapun bangkit menyamakan kedudukan menerusi jaringan Marcelo 10 minit kemudian.

Ini bermakna Barcelona akan bertandang ke final di Stadium Wembley, England, 28 Mei ini bagi bertemu sama ada Manchester United atau Schalke 04' yang ditentukan esok.

Minggu lalu, United menang ke atas Schalke 2-0.

Gambar palsu jenazah Osama, Pegawai AS belum beri reaksi

Gambar jenazah palsu Osama


30 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

Foto jenazah Osama bin Laden, yang dipublikasikan sebelumnya, ternyata hasil manipulasi dua foto berbeda yang dipublikasikan online dua tahun terakhir. Foto yang diklaim sebagai jenazah bin Laden itu ternyata telah beredar di internet sejak 2009 lalu.

Beberapa situs koran Inggris menggunakan foto tersebut pada halaman muka, namun dengan cepat mereka terpaksa menghapus foto itu setelah tersiar kabar bahwa foto itu hasil rekayasa. Hal yang sama juga terjadi di berbagai situs surat kabar dan kantor berita dunia.

Koran The Guardian terbitan Inggris misalnya, menyatakan bahwa foto palsu itu digunakan pertama kali pada "themedialine.org," surat kabar online di Timur Tengah, pada tanggal 29 April 2009. Pihak editor menyatakan tidak bisa memastikan apakah foto tersebut asli atau palsu.

Sejak tahun 2009, sejumlah forum konspirasi bersikeras menyatakan bahwa foto itu tidak palsu dan sesuai mengklaim bahwa pemimpin AlQaeda telah tewas. Foto utama diambil dari bin Laden pada tahun 1998 dan digunakan oleh kantor berita Reuters.

Presiden AS Barack Obama, sebelumnya (2/5) mengumumkan bahwa bin Laden tewas di tangan pasukan AS pada hari Ahad (1/5) setelah dia ditemukan di tempat persembunyiannya di Pakistan.

Sementara itu, seorang pejabat Amerika menyatakan bahwa jenazah bin Laden dilempar ke laut, seraya menyatakan bahwa "pemakaman" tergesa-gesa itu sesuai dengan hukum Islam, yang menetapkan waktu penguburan 24 jam setelah kematian. Hingga kini belum ada reaksi dari para pejabat Amerika Serikat mengenai tersebarnya foto rekayasa jenazah bin Laden itu. Republika.co.id/-

Lynas: Kerajaan digesa bersikap rasional, tegas

30 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 3 Mei: Yang Dipertua Majlis Perwakilan Mahasiswa UM, Mohd Syahid Mohd Zaini menggesa kerajaan Malaysia bersikap lebih tegas dan mengambil tindakan yang lebih rasional terhadap projek pembinaan sebuah loji nuklear di Pahang.

“Bolehkah anda bayangkan penderitaan apabila cahaya mata yang dinanti-nantikan oleh keluarga, dilahirkan terencat akal dan cacat anggota?” soalnya.

Beliau turut menyatakan kerajaan perlu memikirkan jangka masa panjang sekiranya projek itu tetap akan dilaksanakan.

“Kerajaan wajib mempertimbangkanpro dan kontra projek kontroversi itu.

“Dan tidak perlu tergesa-gesa dalam menerima pelaburan yang membawa risiko besar kepada rakyat dan alam sekitar,” tambahnya dalam satu kenyataan.

Mohd Syahid turut menyeru agar seluruh Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) dan mahasiswa seluruhnya menyokong gerakan membantah ‘Projek Lynas’.

“Saya dengar sisa radioaktif yang akan dihasilkan nanti 10 kali lebih tinggi daripada kilang nadir bumi Asia di Bukit Merah, Perak yang ditutup 20 tahun lalu.

“Jadi, sisa radioaktif yang terhasil itu akan membawa nahas alam sekitar dan kesihatan kerana tahap radioaktif yang terhasil akan memberi kesan lebih buruk.

“Mahasiswa harus bersama-sama membantah projek ini kerana ianya akan meninggalkan kesan lebih buruk untuk generasi akan datang kelak,” tegasnya lagi.

Projek memproses nadir bumi yang sedang dibina di Gebeng, Pahang oleh firma Australia, Lynas akan menghasilkan 20,000 tan sisa radioaktif setahun apabila beroperasi kelak.

Syarikat itu dipercayai telah melabur sekitar RM700 juta untuk membina loji Lynas Advanced Materials Plant (Lamp), dan dijangka projek itu akan disiapkan pada bulan September.

Harakahdaily/-

Kronologi Kejadian Asian Rare Earth di Bukit Merah Perak.

30 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
http://sisaradioaktif.blogspot.com

Berikut adalah kronologi penetangan Asian Rare Earth (ARE) di Bukit Merah, Ipoh sehingga penutupannya pada 19 Januari, 1994.

Anda rakyat prihatin. Selamatkan generasi masa depan kita. Bersuaralah dan hentikan pemprosesan ‘rare earth’ di Kuantan sebelum terlambat.

1979

November: Syarikat Asian Rare Earth (ARE) dibentuk untuk mengekstrak itrium ( sejenis unsur nadir bumi) daripada monazit. Pemegang saham utamanya ialah Mitsubishi Chemical Industries Ltd (35%), Beh Minerals (35%), Lembaga Urusan dan Tabung Haji (20%) dan beberapa peniaga bumiputera (10%). Pihak ARE telah mendapatkan pandangan dari Pusat Penyelidikan Atom Tun Dr. Ismail (Puspati), Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar mengenai sisa buangan radioaktif yang dihasilkan melalui pemerosesan monazit. Adalah diputuskan, sisa buangan itu yang menjadi milik kerajaan Negeri Perak akan disimpan kerana berpotensi sebagai sumber tenaga nuklear.

1982

Jun: Penduduk Parit, Perak mendapat tahu kerajaan telah memilih kawasan seluas sembilan ekar, kira-kira 6 km dari penempatan mereka untuk dijadikan tapak penimbunan sisa radioaktif syarikat ARE.

30 Jun: Ekoran bantahan hebat daripada jawatankuasa penduduk serta lain-lain pertubuhan politik dan sosial, kerajaan membatalkan cadangan itu dan kemudian mula mencari tapak baru.

11 Julai: Kilang ARE mula beroperasi di KM 7.2, Jalan Lahat di Bukit Merah.

1983

November: Penduduk Papan (kira-kira 16 km dari Ipoh) mendapat tahu ARE sedang mengorek lubang berhampiran tempat kediaman mereka untuk dijadikan tapak buangan sisa radioaktif. Tapak itu merupakan pilihan kerajaan

1984

24 Mei: Kira-kira 6,700 penduduk Papan dan pekan-pekan yang berhampiran menandatangani satu surat bantahan dan menghantarnya kepada Perdana Menteri, Menteri Besar Perak, Menteri Kesihatan serta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar.

31 Mei: Seramai 200 penduduk Papan membantah tapak pembuangan yang dicadangkan. Mereka menyekat jalan yang menuju ke tapak itu.

5 Jun: Perdana Menteri berkata, kerajaan telah mengambil segala langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatannya dan menegaskan pembinaan tapak buangan radioaktif di Papan akan diteruskan.

18 Jun: Kira-kira 300 penduduk Papan sekali lagi mengadakan tunjuk perasaan sebagai membantah tapak buangan yang dicadangkan.

28 Jun: Menteri Sain, Teknologi dan Alam Sekitar, Datuk Amar Stephen Yong berkata, tapak buangan Papan adalah selamat kerana dibina mengikut piawaian yang ketat. Beliau mencabar pengkritik supaya membuktikan tapak itu boleh mengancam kesihatan dan alam sekitar. Sementara itu, ARE meneruskan operasinya dengan menimbun sisa torium di sebuah kawasan terbuka dan kolam berhampiran kilang itu.

1 Julai: Kira-kira 3,000 penduduk termasuk wanita dan kanak-kanak mengadakan tunjuk perasaan secara aman sebagai membantah tapak buangan tersebut.

4 Julai: Seramai 2,000 orang penduduk terus mengadakan tunjuk perasaan meskipun Ketua Polis Perak memberi arahan supaya bersurai.

18 Julai: Pembentukan Jawatankuasa Bertindak Bukit Merah, terdiri daripada penduduk Bukit Merah, Lahat, Menglembu dan Taman Badri Shah, sebagai tanda sokongan kepada penduduk Papan. Sahabat Alam Malaysia (SAM) menghantar satu memorandum kepada Perdana Menteri memaklumkan paras radiasi yang tinggi telah dikesan dikawasan kolam terbuka berhampiran kilang ARE di Bukit Merah. Satu bacaan yang dicatat oleh pegawai-pegawai SAM sewaktu berkunjung ke situ ialah 43,800 milirem/tahun. Paras ini melebihi 88 kali paras maksimum yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Antarabangsa bagi Perlindungan Radiologi (ICRP) untuk orang ramai.

29 Ogos: Michael O ‘Riordan dari Lembaga Perlindungan Radiologi Kebangsaan British dijemput oleh kerajaan untuk memeriksa tapak buangan toksik di Papan.

19 September: Sekumpulan tiga orang dari Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengunjugi tapak buangan di Papan atas jemputan kerajaan Malaysia. Mereka mengisytiharkan tapak buangan itu tidak selamat.

5 Oktober: Dr William Cannell, seorang ahli fizik dan penganalisis kesihatan menerima jemputan penduduk Papan untuk melawat tapak buangan tersebut. Hasil pemerhatian beliau mendapati kerja-kerja kejuruteraan yang dijalankan oleh syarikat terbabit sangat buruk.

21 Oktober: Seorang pakar dari Amerika dan bekas ahli jawatankuasa Akademi Sains Kebangsaan Amerika bagi kesan-kesan Biologi Radiasi Mengion (BEIR), Dr Edward Radford, atas jemputan penduduk Papan, membuat tinjauan di tapak buangan sisa itu. Beliau dapati tapak itu tidak sesuai sementara lubang-lubang yang digali mempunyai dinding yang nipis atau sudah merekah.

7 November: Seorang pakar buangan sisa industri dari Jepun, Dr. Jun Ui, menerima jemputan penduduk Papan untuk memeriksa tapak buangan ARE. Beliau juga mendapati tapak itu tidak sesuai dijadikan kawasan penimbunan sisa berbahaya.

28 November: Kabinet membincangkan laporan-laporan yang diserahkan oleh dua badan kawalan. Laporan yang dikemukan oleh Lembaga Perlindungan Radiologi Kebangsaan British (NRPB) berkata, penduduk hanya akan selamat jika faktor-faktor tertentu diberi perhatian oleh kerajaan Perak dan syarikat ARE. Laporan kedua oleh IAEA pula berkata, lubang-lubang yang dibina tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

9 Disember: Lebih 1,500 penduduk di Papan mengadakan mogok lapar selama sehari sebagai membantah keputusan kerajaan untuk meneruskan rancangan menempatkan tapak buangan sisa di Papan. Penduduk Bukit Merah membawa masuk seorang pakar radiasi dan genetik dari Jepun, Profesor Sadao Ichikawa untuk mengukur paras radiasi di kawasan terbuka dan kolam berhampiran kilang ARE. Beliau dapati paras radiasi di situ terlalu tinggi malah paras tertinggi yang dicatatkan melebihi 800 kali paras yang dibenarkan.

12 Disember: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Musa Hitam menunjukkan minat secara peribadi terhadap perkembangan isu Papan ini. Beliau mengunjungi tapak buangan tersebut.

1985

11 Januari: Selepas mesyuarat kabinet yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Musa Hitam, kerajaan mengambil keputusan memindahkan tapak buangan sisa ke Mukim Belanja di Banjaran Kledang yang terletak kira-kira 5 km dari Papan dan 3 km dari Menglembu.

1 Februari: Lapan orang penduduk, bagi pihak diri mereka sendiri dan penduduk Bukit Merah membuat satu permohonan di Mahkamah Tinggi Ipoh menahan ARE daripada mengeluar, menyimpan atau menimbun sisa radioaktif di sekitar kampung tersebut.
Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 dikuatkuasakan. Ia memastikan pengendali bahagian pemasangan nuklear (termasuk kerajaan) bertanggungjawab terhadap ancaman nuklear. Lima ahli Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) dibentuk di bawah Akta itu, dengan perwakilan dari Puspati, Kementerian Kesihatan serta Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar.

14 Oktober: Hakim Anuar Datuk Zainal Abidin di Mahkamah Tinggi Ipoh memberikan kepada penduduk Bukit Merah perintah menahan dan menghentikan ARE daripada mengeluar dan menimbun bahan sisa radioaktif sehingga langkah-langkah keselamatan yang secukupnya diambil. Lebih daripada 1,500 penduduk Bukit Merah hadir di mahkamah untuk mendengar keputusan itu.

1986

22 September: ARE mendakwa ia telah membelanjakan lebih RM2 juta untuk meningkatkan langkah-langkah keselamatan (sepertimana yang dikehendaki oleh perintah mahkamah), diikuti oleh piawaian IAEA. Ia menjemput pakar tenaga atom dari Amerika, Dr E.E. Fowler (Bekas kakitangan IAEA) untuk mengunjungi kilang berkenaan. Menurut beliau, paras radiasi berhampiran kawasan pembuangan yang disediakan oleh ARE memenuhi piawaian ICRP dan beliau dapati kilang itu selamat untuk beroperasi.

5 Oktober: Kira-kira 3,000 penduduk Bukit Merah dan kawasan sekitarnya mengadakan tunjuk perasaan terhadap rancangan ARE untuk menimbun sisa radioaktif di tapak kekalnya di Banjaran Kledang.

28 Oktober: Profesor Sadao Ichikawa dalam kunjungan kali keduanya ke Bukit Merah mendapati paras radiasi di sekitar kilang ARE masih melebihi paras yang dibenarkan. Beliau dilarang masuk ke dalam kilang itu.

16 November: Sekumpulan penyiasat dari AELB memeriksa beberapa buah tapak buangan sisa torium yang dilonggokkan secara haram di Bukit Merah. Mereka dibantu oleh bekas kontraktor ARE, Ng Toong Foo yang pernah membuang sisa di situ. Bacaan di salah sebuah tapak ialah 0.05 – 0.10 milirem/jam (iaitu 438 - 876 milirem/tahun) melebihi paras keselamatan maksimum 0.057 milirem/jam yang ditetapkan oleh ICRP.

26 November: Perwakilan dari tujuh kawasan (Bukit Merah, Lahat, Taman Badri Shah, Menglembu, Papan, Falim dan Guntong) membentuk sebuah jawatankuasa Anti-Radioaktif Perak (PARC).

8 Disember: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Encik Kasitah Gadam berkata hasil pemeriksaan AELB di dua tapak buangan haram Bukit Merah mendapati paras radiasi di situ adalah selamat. Menurutnya, sungguhpun AELB mendapati paras radiasi di situ melebihi paras normal, ini tidak membahayakan kerana tapak-tapak itu sangat sedikit bilangannya.

1987

6 Februari: Tanpa mempedulikan perintah Mahkamah Tinggi Ipoh kepada ARE supaya menghentikan operasi, AELB Malaysia memberikan lesen kepada ARE supaya meneruskan operasinya.

10 April: PARC menjemput 14 pakar asing untuk datang ke Bukit Merah-pengasas-pengasas Institut Antarabangsa bagi Kepentingan Awam di Kanada, Dr Rosalie Bertell; Setiausaha Pusat Keselamatan Industri dan Kepentingan Alam Sekitar di India, V.T. Pathmanaban; dan Presiden Institut Kesihatan dan Tenaga di Amerika Syarikat, Kathleen Tucker merupakan antara mereka yang dilarang memasuki kawasan ARE. Dalam satu forum yang berlangsung di Bukit Merah, pakar-pakar itu membuat kesimpulan bahawa ARE mendedahkan pelbagai ancaman kesihatan yang serius.

12 April: Kira-kira 10,000 orang penduduk berarak di Bukit Merah sebagai membantah operasi yang dijalankan semula oleh ARE.

24 Mei: Kira-kira 300 orang penduduk diperintahkan bersurai oleh anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) berhampiran ARE. Lebih 20 orang, termasuk tiga wanita mengalami kecederaan dalam dua pertelingkahan pada hari itu. Seramai 60 orang ditahan oleh pihak polis. Semua kecuali enam dibebaskan kemudian selepas disoal-siasat. Keenam-enam pemuda itu dibebaskan seminggu kemudian di mana pihak polis tidak mengenakan sebarang tuduhan. Penduduk menghalang kerja-kerja membina jalan yang menuju ke tapak buangan kekal di Banjaran Kledang yang dicadangkan.

23 Julai: Seorang doktor Kanada, Bernie Lau, diupah oleh PARC untuk meletakkan alat pengesan gas radon di luar kilang ARE. Beliau berjaya mengesan sejumlah gas radon dibebaskan daripada kilang itu.
Terdahulu dari itu, Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar Datuk Amar Stephen Yong berkata, kerajaan berpuas hati dengan laporan penilaian kesan alam sekitar bagi tapak buangan kekal yang dicadangkan itu. Penilaian itu dijalankan oleh ARE bersama beberapa orang pegawai Kementerian.

7 September: Perbicaraan saman yang dikemukakan oleh lapan orang penduduk Bukit Merah terhadap ARE bermula di hadapan Hakim Peh Swee Chin di Mahkamah Tinggi Ipoh. Sebagai mengetengahkan nasib mereka, para penyokong PARC berjalan sejauh 8 km dari Bukit Merah ke Ipoh. Polis menyuraikan tunjuk perasaan mereka berhampiran Menglembu. Sembilan orang ditahan tetapi dibebaskan setelah diikat jamin. Kira-kira 1,000 orang hadir di mahkamah sebagai menunjukkan sokongan mereka.

11 September: Para penduduk berarak dari Bukit Merah ke Mahkamah Tinggi Ipoh pada hari terakhir perbicaraan. Jumlah mereka yang hadir dianggarkan 3,000 orang.

18 Spetember: Penduduk Bukit Merah mengemukakan permohonan perbicaraan kerana menghina mahkamah terhadap ARE memandangkan ia melanggar perintah menahan operasi yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh kepada mereka pada tahun 1985.

27 Oktober: Lebih 100 orang yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Di antaranya termasuklah pengerusi PARC, Hew Yoon Tat; timbalannya, Hiew Yew Lan; (bekas) setiausaha PARC, Lee Koon Bun; ahli jawatankuasa, Phang Kooi Yau dan peguam Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang mewakili plaintif Bukit Merah, Meenakshi Raman. Merek dibebaskan selepas dua bulan.

November: ARE mula membina tapak buangan kekal sisa toksik di Banjaran Kledang.

1988

25 Januari: Perbicaraan disambung semula.

1990

13 Februari: Perbicaraan tamat selepas berlansung selama 65 hari dan berlanjutan lebih 32 bulan.

1992

11 Julai: Penduduk Bukit Merah memenangi kes saman terhadap ARE. Mahkamah mengarahkan penutupan kilang ARE dalam tempoh 14 hari. Pihak ARE pula mengumumkan ia akan membuat rayuan di Mahkamah Agung.

23 Julai: ARE mengemukan rayuan di Mahkamah Agung berhubung perintah Mahkamah Tinggi Ipoh supaya operasinya dihentikan. Pengerusi PARC Hew Yoon Tat dan salah seorang plaintif dalam saman terhadap ARE, Lau Fong Fatt menemui kakitangan atasan Mitsubishi Chemical di Jepun. Mereka diberitahu ARE mengemukan rayuan tanpa kebenaran syarikat itu.

24 Julai: Berikutan permohonan ex-parte oleh ARE, Hakim Besar Mahkamah Agung menahan (sehingga perintah selanjutnya) perintah Mahkamah Tinggi Ipoh kepada ARE supaya menghentikan operasinya.

3 Ogos: Lebih 2,000 orang dari Bukit Merah hadir di Mahkamah Agung untuk mendengar rayuan ARE terhadap perintah Mahkamah Tinggi Ipoh yang menggantung operasinya. Bagaimanapun, hakim-hakim Mahkamah Agung Menangguhkan perbicaraan kepada 5 Ogos kerana ‘tekanan oleh mereka yang berpiket di luar mahkamah.’

5 Ogos: Mahkamah Agung membenarkan permohonan ARE untuk menolak perintah Mahkamah Tinggi yang meminta ARE menghentikan operasinya berikutan rayuan syarikat berkenaan. Menurut hakim-hakim itu, penutupan tersebut akan menyulitkan kilang dan 183 pekerjanya.

1993

15 Mac: Perbicaraan rayuan yang dikemukan oleh ARE di Mahkamah Agung ditangguhkan pada 7 Jun.

7 Jun: Perbicaraan mendengar rayuan ARE sekali lagi ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

1994

19 Januari: Pengumuman syarikat ARE untuk menghentikan operasi.