24 March 2011

Dalang video lucah : Tan Sri, Datuk, UMNO dan Perkasa.

18 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -
Oleh: WFAUZDIN NS

KETUA Polis Negara telah membuat pengakuan bahawa kes penyebaran video lucah yang hangat diperkatakan sekarang yang kununnya melibatkan aksi seks pemimpin pembangkang akan disiasat secara telus.

Semalam seorang MP dari PKR YB Johari Abdul telah mendedahkan bahawa dalang di sebalik penyebaran dan tayangan video lucah tersebut yang mengaku sebagai 'Datuk T' adalah melibatkan bekas KM Melaka Rahim Thamby Chik. Memandangkan pendedahan telah dibuat, maka tampil lah Rahim Thamby Chik pula mengaku bahawa `Datuk T' itu adalah terdiri dari 3 sahabat iaitu beliau, Eskay Abdullah dan Shuib Lazim.

Adakah pengakuan Rahim ini akan dibuat sekiranya Johari Abdul tidak mendedahkannya? Amat melucukan apabila sebelum ini `Datuk T' memberi tempuh 7 hari kepada pemimpin pembangkang dan isterinya meletakkan jawatan di dalam politik, jika tidak rakaman video tersebut akan disebarkan. Tetapi, Allah merancang dan menentukan yang terdedah adalah ketiga-tiga orang kuat filem lucah berkenaan tidak sampai berapa hari sahaja selepas mereka `mengugut' pemimpin pembangkang berkenaan.

Pengakuan ketiga-tiga mereka sebagai dalang video lucah berkenaan adalah satu tamparan hebat kepada puak-puak yang sentiasa mahu melihat Anwar mati di dalam karier politiknya. Paling termalu adalah `firaun besar' dari Kulim yang dua tiga hari lalu menyalak mengaku beliau yakin 110 % bahawa pemimpin pembangkang yang penuh kontroversi itu memang terlibat. Kemudiannya si lidah bercabang ini berkata pula bahawa mungkin isu video lucah ini adalah cara untuk mengalihkan perhatian dari isu DNA. Ertinya, isu video lucah ini memang dirancang oleh Anwar. Lihat, betapa mahirnya lidah firaun besar berputar dan berbelit. Mula-mula berkata pemimpin pembangkang itu yang beraksi di dalam video berkenaan, kemudiannya pula mendakwa itu cara untuk mengalih perhatian dari isu DNA. Lojik atau tidak, untuk mengalih perhatian dari isu DNA, Anwar mesti melakukan perbuatan jijik tersebut kemudiannya dirakam dan diedarkan? Hanya si tolol jika pun tidak si gila sahaja yang mungkin percaya.

Apa pun, pengakuan telah dibuat dan laporan Polis juga telah dibuat. Orang pertama yang telah dipanggil untuk siasatan pihak Polis setakat ini katanya adalah beberapa wartawan dan editor akhbar. Tidak mengapa, kita pasti pihak Polis akan menahan dan menyiasat ketiga-tiga dalang utama penyebaran video lucah tersebut. Pihak Polis juga harus menahan dan mengambil tindakan ke atas pengurusan hotel di mana tayangan video lucah itu dilakukan. Masakan pengurusan hotel terkenal itu tidak mengetahui adanya aktiviti jijik yang telah berlaku apabila melihat kehadiran ramai `jemputan' ke hotel berkenaan? Mengapa hotel berkenaan membenarkan tayangan video lucah diadakan di situ?

Berkenaan siapakah si perut buncit yang beraksi di atas ranjang itu, kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat. Langkah awal, tentukan mereka yang sudah mengaku membuat kerja tidak senonoh itu ke muka pengadilan. Tidak mengapa jika Umno menafikan parti itu tidak terlibat, tetapi apakah Umno berani mengambil tindakan disiplin ke atas Rahim Thamby Chik dan Shuib kerana mereka berdua adalah ahli Umno, bahkan suatu ketika tokoh Umno iaitu sebagai Ketua Menteri Melaka dan seorang lagi Senator.

Seorang bergelar Tan Sri, seorang lagi bergelar Datuk telah mengaku melakukan perbuatan terkutuk berkenaan. Apakah mereka layak memegang gelaran itu lagi? Umno mungkin dilihat serius untuk menafikan penglibatan parti berkenaan di dalam perbuatan jijik ini sekiranya berani memecat keahlian mereka yang terlibat. Shuib pula adalah Bendahari Perkasa, dan kita mahu lihat apakah Perkasa masih sudi menerima orang tidak bermaruah seperti ini? Jika Umno dan Perkasa tidak mampu berbuat apa-apa maka usahlah hairan jika ada yang beranggapan ada benarnya dakwaan DS Anwar bahawa rakaman video seks itu adalah konspirasi pihak mereka.

Apa yang bakal berlaku di dalam sandiwara ini, kita tunggu dan lihat sejauh mana kerajaan benar-benar serius menangani perkara ini. Apakah benar bahawa di dalam negara ini halal menonton video lucah asalkan tidak dikenakan bayaran sepertimana yang disebut oleh seorang menteri yang nampaknya seperti terlampau cerdik itu?/wfauzdin.blogspot.com

Cubaan seludup syabu RM16 juta dipatah

Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman dan Selangor mematahkan cubaan menyeludup dadah jenis syabu seberat 81.4 kilogram dianggarkan bernilai RM16 juta ringgit dengan menggunakan kontena di Pelabuhan Barat, dekat sini, Isnin lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, ACP Nordin Kadir, berkata rampasan dadah terbabit adalah yang terbesar di Pelabuhan Klang pada tahun ini. Katanya, taktik terbabit juga pertama kali digunakan sindiket dadah antarabangsa selepas kegagalan menyeludup dadah menerusi pintu udara terutama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Cubaan seludup syabu melalui KLIA ditumpas.

18 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

Pengarah Kastam Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Datuk M. Govinden Mutosamy (dua, kiri) menunjukkan sebahagian dari dadah jenis syabu seberat 2.266 kilogram bernilai RM567,000 yang dirampas selepas menahan seorang wanita warga Vietnam di KLIA Isnin lepas ketika mengadakan sidang akhbar di Ibu Pejabat Kastam Narkotik, Kampung Jijan dekat Nilai pada Khamis. -fotoBENAMA



Gempa bumi landa pantai timur Honshu, Jepun

18 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi kuat dengan berukuran 6.1 magnitud dikesan berlaku berhampiran pantai timur Honshu, Jepun pada jam 4.21 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan berkata, gempa itu dicatatkan di kedudukan 4,391 kilometer dari timur laut Kudat, Sabah

P'raya Sarawak: Kerusi PAS selesai, umum esok

18 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 24 Mac: Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa (gambar) berkata pembahagian kerusi PAS bagi menghadapi pilihan raya negeri Sarawak sudah selesai.

Katanya, keputusan pembahagian kerusi itu dimuktamadkan selepas pertemuan dengan pimpinan PKR hari ini.

Bagaimanapun beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya Sarawak berkata jumlah dan kerusi Dun mana yang ditandingi belum boleh dimaklumkan dan akan diumumkan secara rasmi esok.

"Tadi kita selesai bincang dengan PKR dan bagi pihak PAS, perbincangan pembahagian kerusi kita sudah selesai," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Sehubungan itu jelasnya, arahan telah dikeluarkan kepada pimpinan PAS di kawasan yang akan ditandingi untuk meneruskan gerak kerja yang telah dimulakan sebelum ini.

"Soal calon, kita akan bincang selewat-lewatnya awal minggu depan," katanya lagi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam menetapkan pilihan raya negeri Sarawak yang ke-10 diadakan pada 16 April, manakala penamaan calon ditetapkan pada 6 April.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man seperti dilapor Harakahdaily sebelum ini membayangkan PAS akan bertanding sekurang-kurangnya tiga kerusi pada pilihan raya Sarawak kali ini.

Bagaimanapun menurutnya, beberapa kerusi masih dalam perbincangan dengan parti komponen Pakatan Rakyat yang lain dan mungkin berlaku penambahan untuk beberapa kerusi lagi.

PAS dijangka akan meletakkan calon mereka salah satunya di N24 Beting Maro, iaitu satu-satunya kerusi yang pernah ditandingi mereka pada pilihan raya lalu.

Calon PAS, Alem Din pada waktu itu hanya tewas kepada calon BN dengan majoriti 895 undi.

Harakahdaily/-

Anwar : Umno terbabit dengan video seks


18 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa pengakuan bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik sebagai bertanggungjawab di sebalik video seks yang cuba memalitkannya itu adalah bukti pembabitan Umno.

Katanya, Rahim seolah-olah cuba membalas dendam terhadap pengundurannya dari politik pada 1994.

"Ini menunjukkan konspirasi peringkat tertinggi membabitkan Umno dalam perkara ini,” kata Anwar kepada wartawan di perkarangan komplek mahkamah, Jalan Duta, kuala Lumpur, hari ini.

"Saya tidak tahu bagaimana menteri dalam negeri boleh menafikan ini... Seorang daripada ahli (parti) mereka terbabit, begitu juga dengan PERKASA,” katanya.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Anwar kerana mendakwa dirinya dan pihak polis terbabit dengan pita video seks itu.

Anwar berkata komennya itu dibuat berdasarkan hakikat mereka yang mengeluarkan video berkenaan - Rahim, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bendahari PERKASA Datuk Shuib Lazim, yang dikenali sebagai 'Datuk T' - masih bebas.

"Malah, saya diberitahu mereka kini dilindungi (oleh pihak berkuasa atau polis cawangan khas).

Kes rogol, rasuah...

"Sekarang ini orang yang terlibat termasuk Tan Sri Rahim Tamby Chik yang dulu dikaitkan dengan kes rogol di Melaka. Walaupun tidak didakwa, kertas pendakwaan telah ditandangani sendiri oleh Tan Sri Ghani Patail (ketua pendakwaraya ketika itu).

“Walaupun tidak didakwa, kes rasuahnya melibatkan puluhan juta, tetapi sekarang dia menjadi seorang tokoh moral baru, tetapi dia melakukan kesilapan kerana dia mendedahkan satu video yang direkayasa sebegitu rupa dan kemudian cubaan untuk mengaibkan orang semata-mata untuk membalas dendam,” kata Anwar.

Menurutnya, pembabitan Rahim yang diangkat menjadi pengerusi Risda dua tahun lalu oleh Datuk Seri Najib Razak hanya menzahirkan penglibatkan Umno dan perdana menteri sendiri.

"Ini bagi saya memperkuatkan hujah kita dari peringkat awal, Umno memberi tahu mereka tidak terlibat. Sekarang Umno secara langsung terlibat.

Dr Mahathir mudah lupa

“Ahli parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul malah menyebut bahawa kesediaan Rahim Tamby Chik bawa dia untuk menemui Datuk Seri Najib. Ini menunjukkan konspirasi peringkat tertinggi membabitkan Umno,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar juga menafikan beliau memainkan sebarang peranan sehingga memaksa Rahim berundur dari politik.

"Itu dendam dia (Rahim). Saya pada masa itu timbalan presiden Umno dan timbalan perdana menteri. Saya tidak ada kuasa untuk mengugurkan dia sebagai ketua menteri. Itu kuasa presiden Umno dan perdana menteri. Saya diarah untuk menyampaikan pandangan Dr Mahathir. Tentu Dr Mahathir kata dia lupa kerana dia menghidapi amnesia atau peringatan terpilih" katanya.

Rahim terpaksa berundur daripada politik berikutan dakwaan dia melakukan hubungan seks dengan gadis bawah umur pada 1994.

“Saya tidak merasa kesal atau salah kerana meminta beliau meletakkan jawatan walaupun saya tahu bidang kuasa saya tidak sehingga boleh minta mana-mana menteri atau ketua menteri untuk meletak jawatan. Ini semua orang tahu. Anda tanya Mahathir tentu dia tidak ingat,” kata Anwar.

"Saya cuma menyampaikan pembabitan Dr Mahathir (Mohamad). Saya tidak tahu jika Mahathir mempunyai amnesia terpilih," katanya.

Malaysiakini/-

Video seks: Polis ambil keterangan Rahim, Eskay

18 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

Polis sedang merakamkan kenyataan daripada bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah berhubung tayangan video seks.

Menurut wartawan yang berkumpul di ibu pejabat polis di Bukit Aman, Kuala Lumpur, kedua-dua mereka dilihat tiba pada kira-kira jam 5 petang tadi.

Kedua-dua mereka dikatakan akan memberikan sidang akhbar selepas pertemuan dengan polis.

Semalam, Rahim, Eskay dan bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim, mengakui mereka adalah 'Datuk T' yang di belakang tayangan video lucah berkenaan.

Shuib, bagaimanapun dipercayai di luar negeri dan dijadualkan diambil kenytaannya esok.

Adalah dipercayai salinan asal video berkenaan juga mungkin diserahkan kepada polis pada perjumpaan hari ini.

Sebelum ini, pegawai khas Rahim - Ghazali Zainal berkata bekas ketua pemuda Umno itu bersedia memberikan kenyataan kepada polis jika diminta berbuat demikian.

Katanya, Rahim enggan mengulas lanjut berhubung video berkenaan selepas pertemuan dengan media, petang semalam.

Ketiga-tiga individu itu yang menggelarkan kumpulan mereka sebagai 'Datuk T', telah menayangkan video lucah itu kepada beberapa wartawan tertentu di hotel Carcosa Seri Negara di Kuala Lumpur pada Isnin lalu.

Sehari kemudian, ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan polis selepas menafikan beliau adalah lelaki yang didakwa dalam video tersebut.

Mayat pengawal keselamatan dijumpa dalam kawasan sekolah

19 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM - Mayat seorang pengawal keselamatan berumur 62 tahun yang lengkap berpakaian ditemui terlentang dengan kepalanya bertutup dengan sehelai kain pelikat di dalam kawasan sebuah sekolah rendah agama di Kuala Selangor pagi ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata,

mayat mangsa, Arbain Asan ditemui di bahagian pagar belakang sekolah berkenaan oleh orang awam kira-kira 7.45 pagi.

Beliau berkata, mangsa yang berasal dari Kampung Telok Piai, Kuala Selangor, telah bertugas sebagai pengawal keselamatan di sekolah itu selama lima tahun.

"Mangsa dipercayai diserang menggunakan benda tumpul berdasarkan kepada kecederaan yang dialami di bahagian atas dan belakang kepala.

"Suspek yang menyerang mangsa juga dipercayai memecah masuk ke kawasan sekolah berikutan penemuan kesan pecah masuk di pejabat dan kantin sekolah terbabit," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini hari ini.

Mohd Adnan berkata, pihaknya masih menyiasat motif kejadian memandangkan tiada barangan peribadi mangsa yang hilang.

Katanya, polis juga masih tidak dapat memastikan sama ada terdapat barangan yang hilang dari pejabat dan kantin sekolah itu.

Mohd Adnan berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi kesalahan bunuh yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tanjong Karang dekat sini untuk dibedah siasat, katanya.

-Bernama

Wang Yang Baru Dikeluar Dari Bank Dikebas

19 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUANTAN: Seorang lelaki yang dipercayai baru mengeluarkan wang dari bank dan kemudianya singgah untuk minum di sebuah kedai kopi kerugian RM36,400 apabila wang tersebut yang disimpan di dalam kereta dikebas oleh pencuri.

Mangsa yang berumur 45 tahun sebelum itu berurusan di sebuah bank di Jalan Sultan Ismail di sini berhampiran kedai kopi tersebut.

Pegawai Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, ASP Noor Ashikin Shamsuri berkata kejadian itu berlaku kira-kira 12.50 tengah hari semalam.

"Cermin depan sebelah kiri kereta mangsa telah dipecahkan dan mangsa turut ternampak dua suspek yang menaiki motosikal melarikan diri dari situ.

"Mangsa tidak sempat berbuat apa-apa," katanya.

- BERNAMA

Wan Azizah tiada hasrat tonton video seks

19 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata beliau tidak berhasrat menonton video seks seperti yang didakwa oleh 'Datuk T' (Datuk Shazryl Eskay Abdullah).

“Terdapat dakwaan bahawa saya ingin menonton video itu.

“Saya tiada niat menontonnya kerana mengikut ajaran Islam, ia adalah haram,” kata isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sambil tersenyum.

Menurut Wan Azizah beliau tidak pernah menghantar sesiapa ataupun sebarang SMS mengatakan beliau ingin melihat video berkenaan.

“Kenapa saya harus tonton? Ia dilarang oleh Islam dan adalah haram.”

Eskay semalam pada sidang medianya berkata beliau akan memberikan video tersebut kepada Wan Azizah kerana mendakwa presiden PKR itu memohon menontonnya.

Malaysiakini/-

Perkataan 'Paria' Digugurkan, Menteri Anggap Isu Interlok Selesai

19 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

Perkataan 'paria' telah digugurkan dari novel Interlok yang digunakan di sekolah menengah sebagai bahan sastera, kata Timbalan Prerdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya, perkataan itu yang mencetuskan kemarahan dan demonstrasi daripada masyarakat India akan digugurkan dari versi yang digunakan di sekolah.

Menurut Muhyiddin, panel bebas yang ditubuhkan bagi mengkaji kesesuaian novel tersebuk, termasuk tiga perwakilan India sepakat menggantikan perkataan paria dengan "golongan yang sama".

"Dengan persetujuan yang dicapai, Kementerian (Pelajaran) menganggap isu ini selesai,” katanya semasa sesi soal jawap di parlimen hari ini.

- malaysiakini


Menteri Pengangkutan Perlu Jelaskan Kemana Perginya RM12.5 Bilion Dari PKFZ

19 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 24 MAC: Kerajaan Umno-BN melalui Menteri Pengangkutan perlu jelaskan kehilangan dana kerajaan sebanyak RM12.5 bilion yang dibazirkan dalam projek Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dalam sidang media di Parlimen semalam berkata, walaupun kerajaan kini telah mendakwa beberapa orang kenamaan berkenaan terlibat dalam penyelewengan PKFZ, tetapi masih membisu apabila ditanyakan perkara-perkara kritikal lain berkenaan projek tersebut.

"Pertama, walaupun Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang (PKA), Datuk Lee Hwa Beng telah menyarankan agar kesemua bekas ahli lembaga pengarah PKA didakwa atas kesalahan mengabaikan serta melanggar tugas rasmi tetapi Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha didapati menyekat tindakan diambil terhadap mereka," jelas beliau.

Pua berkata, tindakan Kong Cho Ha seolah-olah dilakukan secara sengaja agar kesemua bekas ahli lembaga pengarah dapat melepaskan diri dari diambil tindakan undang-undang ke atas mereka mengikut peruntukan Akta Limitasi yang memberi imuniti kepada pegawai dari badan statutori daripada diambil tindakan undang-undang akibat kejatuhan ekonomi selepas enam tahun.

Menurut Pua, tempoh enam tahun akan tamat bagi Kong pada 31 Mac, 2011 iaitu hanya seminggu lagi.

"Kegagalan untuk mendakwa bekas ahli lembaga pengarah PKA hanya akan memberikan gambaran bahawa kerajaan Umno-BN sememangnya berniat tidak mengambil tindakan terhadap mana-mana ahli lembaga pengarah syarikat berkait kerajaan (GLC) atas kecuaian mereka," tegas beliau.

Jelas Pua , laporan akhbar The Sun baru-baru ini yang menyatakan ahli lembaga pengarah PKA akan disertai oleh beberapa pemain industri seperti wakil terminal pelabuhan, agensi logistik dan perkapalan amat membimbangkan kerana pihak berkepentingan boleh mempergunakan PKA untuk kepentingan mereka sendiri seperti menaikkan tarif pelabuhan.

Tambah Pua, bagi menangani kemelut PKFZ yang semakin meruncing, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menubuhkan satu pasukan gerak kerja pada September 2009 yang terdiri daripada Setiausaha Agung Perbendaharaan Negara, Peguam Negara serta beberapa pegawai daripada Kementerian Pengangkutan serta Kementerian Kewangan bagi menyiasat tiga perkara utama iaiu, penyalahgunaan kuasa dan kedudukan, tata kekola yang baik dan keadaan kewangan projek PKFZ.

"Malangnya setelah 18 tahun, pasukan ini gagal memberikan maklumbalas yang meyakinkan. Tambahan pula, kerajaan sehingga hari ini tidak langsung memberikan apa-apa perancangan terperinci bagaimana kos RM12.5 Bilion untuk PKFZ dapat dijana semula? Sehingga hari ini, projek PKFZ amat lembap dan hanya dapat menjana RM20 juta setahun, berbanding pinjaman RM180 juta setahun yang perlu dibayar balik, tambahan pula dengan baki pinjaman sebanyak RM4.6 Bilion yang juga perlu dibayar," kata beliau lagi.

Tv Selangor/-

Kebangkitan rakyat masuki pusingan baru

19 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

Revolusi kebangkitan rakyat di Bahrain memasuki pusingan baru apabila tentera Saudi Arabia berjumlah 1,000 orang anggota yang lengkap dengan kenderaan tentera termasuk kereta perisai dan lain-lain kelengkapan ketenteraan dan peralatan perang memasuki Manama, ibu kota Bahrain Isnin lalu bersama dengan 500 orang pegawai dan tentera Emariah Arab Bersatu (UEA).

Kehadiran ketumbukan tentera seramai 1,500 orang anggota itu adalah atas jemputan Raja Bahrian sebagai sebahagian dari bantuan ketenteraan dari negara anggota Majlis Negara-Negara Teluk (GCC) untuk menyelamatkan regim Bahrain yang sedang menghadapi revolusi kebangkitan rakyat.

Rakyat mendesak dilakukan reformasi politik,ekonomi dan sosial meliputi soal kebebasan, ketelusan, menentang rasuah dan akhirnya menukar regim beraja yang memerintah Bahrain beratus-ratus tahun lamanya.

Dari satu kebangkitan masyarakat sivil rakyat secara aman menyarupai kebangkitan di Tunisia dan Mesir, kebangkitan di Bahrain bertukar menjadi ganas apabila regim diraja terus mempertahankan kelangsungan regimnya.

Kebangkitan rakyat telah berlangsung sejak berminggu-minggu lalu dan konsesi yang ditawarkan oleh regim Bahrain untuk berdailog dan melakukan reformasi telah tidak disahut oleh penganjur-penganjur demonstrasi yang mahu menukar regim yang ada.

Sebaik sahaja tentera Saudi dan UEA memasuki Bahrain, regim beraja Bahrain melakukan penggelidahan dan pembersihan terhadap para demonstran dan menyuraikan mereka yang berkumpul di Bulatan Mutiara dengan kekerasan. Ramai yang terkorban dan cedera dalam kempen kekerasan yang dilakukan.

Bahrain sebuah negara kecil bukan sahaja dari segi saiznya, tetapi juga penduduknya. Ia unik kerana raja pemerintah adalah dari kalangan sunni sementara 70 peratus penduduknya terdiri dari penduduk Syiah. Pihak Amerika Syarikat (AS) dan barat meuar-uarkan bahawa kebangkitan ini adalah kebangkitan rakyat syiah yang tidak berpuashati kerana mereka sentiasa dipinggirkan termasuk dalam penentuan dasar negara.

Bagaimana pun mereka yang berdemonstrasi terdiri dari kalangan Syiah dan Sunni. Tidak terdapat pertentangan terbuka antara kedua kalangan itu yang telah hidup saling mengerti selama ini.

Kandatipun demikian,kebangkitan di Bahrain ini berbeza sedikit dengan kebangkitan di jazerah Arab yang lain seperti di Yaman, Libya dan di wilayah-wilayah lain termasuk di Tunisia dan Mesir yang menyaksikan tumbangnya dua regim diktator Ben Ali di Tunisia dan Hosni Mubarak di Mesir.

Perbezaan nya kerana di Bahrain majoriti rakyat adalah penganut syiah walaupun dinegara-negara Arab dan Teluk yang lain penganut syiah juga ramai,tetapi Bahrain dalam konteks Saudi adalah negara penimbal bagi Saudi Arabia. Saudi tidak mahu melihat kebangkitan yang melanda jazerah Arab ini tiba di Riyadh dan kehadiran tentera Saudi adalah dalam usaha untuk membendungnya.

Di Bahrain terdapat pengkalan tentera laut AS dan di Saudi Arabia pula terdapat kem tentera AS. Kehadiran tentera AS ini adalah dalam skima lebih besar dan luas dalam percaturan dirantau Timur Tengah dan Asia Barat itu.

Negara Repablik Islam Iran selepas revolusi 1979 yang menyaksikan kejatuhan dinesti Shah Pahlavi dianggap sebagai satu ancaman kepada negara-negara serantau. Sehingga kini Iran dianggap sebagai negara musuh oleh AS dan barat.

Percaturan untuk berebut menjadi kuasa serantau antara Iran dan Saudi Arabia berterusan sejak revolusi Iran sehingga kini dan dalam konteks itulah tentera Saudi dan UEA memasuki Bahrain bagi membendung pengaruh Iran kerana majoriti rakyat Bahrain terdiri dari penganut Syiah. Jika sekiranya berlaku konflik antara Sunni dan Syiah yang memang diadu-domba oleh AS dan barat,rantau yang bergolak itu akan menyaksikan konflik yang berskala besar. Diharapkan tidak akan berlaku pertembungan sia-sia ini.

Kehadiran tentera Saudi di Bahrain telah mendapat persetujuan AS dan barat. AS mensifatkan kehadiran tentera Saudi bukanlah satu penaklukan atau penjajahan. Ia menepati kerjasama negara anggota GCC. Iran telah membantah kehadiran tentera Saudi di Bahrain yang bertujuan untuk membendung kebangkitan rakyat Bahrain. Iran menafikan penglibatan negara itu dimana-mana jua, walaupun rakyat Bahrain dan kebanyakan negara Arab lain termasuk Iraq mempunyai penduduk majoriti penganut Syiah.

Saudi dan UAE menjadi proksi AS dan barat dalam menyelamatkan regim Bahrain. AS mempunyai kepentingan yang besar dirantau itu dengan kehadiran armada keenamnya. AS tidak berupaya membiarkan kebangkitan di Bahrain berterusan,walaupun retorik AS sentiasa menyatakan rakyat dinegara-negara Arab berhak untuk berdemonstrasi secara aman; mendesak dilakukan reformasi politik dan menyokong kebangkitan pro demokrasi.

Dengan bantuan ketenteraan Saudi yang disokong oleh AS dan barat, kebangkitan rakyat di Bahrain dijangka akan dibendung dengan cara kekerasaan, tetapi rakyat yang bangkit menyatakan iltizam mereka untuk meneruskan kebangkitan. Kini kebangkitan di Bahrain telah memakan korban lebih ramai.

Bagi Saudi membendung dan sekaligus menumpaskan kebangkitan di Bahrain berkait rapat dengan menumpaskan kebangkitan yang mula mengambil tempat di timur Saudi yang juga majoriti penduduknya merupakan penganut Syiah. Setakat ini Saudi dengan kerasnya dapat membendung kebangkitan di timur negaranya,tetapi apakah ia mampu menumpaskannya sekaligus.

Pendekatan regim-regim yang dilanda kebangkitan revolusi rakyat berbeza antara satu negara dengan satu negara yang lain. Selepas kejatuhan Ben Ali dan Mubarak, regim-regim ini mengambil pendekatan untuk berdepan dan menghadapi kebangkitan dengan kekerasan dengan menggunakan tentera dan pasukan keselamatan, menyebabkan ramai rakyat yang berdemonstrasi secara aman terkorban.

Regim-regim diktator ini tidak menyerah kalah kepada tuntutan kebangkitan rakyat. Mereka tidak mahu mengikut jejak Ben Ali dan Hosni Mubarak yang dijatuhkan dengan penuh penghinaan sekali.

Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi telah mengambil pendekatan memerangi rakyatnya sendiri dan kini dikatakan mulai memenangi semula wilayah-wilayah yang dikuasai oleh revolusi kebangkitan rakyat yang menamakan diri mereka sebagai majlis nasional Libya yang telahpun diiktiraf oleh Peranchis dan Britain.

Gaddafi telah menggunakan kekuatan udaranya untuk menyerang dan membebaskan wilayah yang dikuasai oleh kebangkitan rakyat dan kini dilaporkan sedang menuju ke Banghazi yang menjadi kubu kuat kebangkitan rakyat.

Bagi menyelamatkan Benghazi Majlis Keselamatan PBB telah meluluskan larangan penerbangan di langit Libya bagi menyelamatkan rakyat Libya dari serangan udara oleh jet-jet pejuang tentera udara yang pro Ghadafi. Resolusi majlis Keselamatan itu disokong oleh sepuluh negara sementara lima negara termasuk dua negara anggota tetap China dan Russia berkecuali. Tiga lagi negara anggota tetap, iaitu AS, Britain dan Peranchis menyokong.

Resolusi larangan penerbangan ini adalah campurtangan langsung negara kuasa AS,Britain dan Peranchis terhadap konflik perang saudara di Libya. Bagi memberikan kesan kepada larangan penerbangan, keupayaan udara yang dimiliki Gaddafi mesti disasarkan bagi melumpuhkan keupayaan udara yang dimiliki tentera udara pro Gaddafi.

Dalam konteks Libya, dimensi dari satu revolusi kebangkitan rakyat bertukar wajah menjadi perang saudara dan kini menerjah kepada satu keadaan yang akan mengheret kepada arena perang yang lebih besar, semata-mata kerana keengganan dan kedegilan Ghadafi tunduk kepada tuntutan rakyat.

Di Yaman pula,keadaan yang hampir serupa sedang mengambil tempat. Regim Ali Abdullah Salleh yang enggan tunduk kepada tuntutan kebangkitan rakyat mula menggunakan kekerasan terhadap penunjuk perasaan. Regim-regim ini mahu menggagalkan kebangkitan rakyat.

Kebangkitan rakyat di Bahrain akan digagalkan dengan bantuan Saudi yang disokong oleh AS dan barat. Di Libya larangan penerbangan memberi ruang kepada AS dan sekutunya untuk campurtangan dalam konflik perang saudara di Libya,sementara di Yaman, regim Ali Abdullah Salleh mahu berdepan dengan kekerasan terhadap para demonstran yang menggerakkan kebangkitan rakyat.

Pengakhiran kebangkitan rakyat dibeberapa buah negara ini berada dalam keadaan tidak menentu. Penyelesaian nya tidak lagi antara rakyat yang bangkit dengan regim masing-masing tetapi mengheret kuasa AS barat dan proksi mereka dalam kancah dan pergolakan yang dijangka akan berpanjangan.

Sewajarnya penyelesaian dari revolusi kebangkitan rakyat ini di selesaikan oleh rakyat sendiri tanpa campurtangan asing seperti yang berlaku di Tunsia dan Mesir.

Harakahdaily/-
Oleh : Suhaimi Mokhtar .

Nanyang minta maaf, PAS tunggu The Star

19 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 24 Mac: Pejabat Presiden PAS sehingga kini masih menunggu apa reaksi akhbar milik MCA, The Star ekoran laporan palsu yang dibuat oleh akhbar berkenaan mengenai judi.

"Kita masih menunggu reaksi The Star setelah akhbar Cina Nanyang Siang Pau memohon maaf dan menarik balik laporan salahnya," kata Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Setiausaha Politik Presiden PAS.

Akhbar The Star hari ini hanya menyiarkan berita bahawa akhbar Nanyang telah menarik balik laporan yang tidak benar tersebut namun akhbar itu sendiri tidak memberikan sebarang reaksi terhadap tuntutan Pejabat Presiden PAS sebelum ini.

Ahmad Samsuri sebelum ini dalam kenyataannya mendesak akhbar The Star dan Nanyang menarik balik laporan palsunya berkaitan dengan ucapan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Besut, Terengganu.

(GAMBAR: Laporan akhbar Nanyang iaitu pembetulan dari Ahmad Samsuri dan kenyataan minta maaf di bawahnya)

Menurut The Star, Nanyang Siang Pau telah memohon maaf kepada Presiden PAS kerana tersalah petik kenyataan beliau apabila berkata Pakatan Rakyat akan menutup semua aktiviti judi jika berjaya mengambil alih Putrajaya.

Dalam permohonan maafnya, Nanyang berkata laporannya Isnin lepas tersilap kerana salah terjemahan.

"Apa yang Hadi kata pada hari itu adalah Pakatan akan mansuhkan saman ekor jika mereka mengambilalih Kerajaan Persekutuan.

"Kami memohon maaf atas kekeliruan dan kesilapan ini," kata akhbar Nanyang sebagaimana yang dilaporkan The Star hari ini.

Dr Ahmad Samsuri sebelum ini dalam kenyataannya berkata, PAS membantah terhadap berita bertajuk DAP clashes with PAS over gambling ban, again yang dimuatkan dalam portal berita Malaysiakini, 21 Mac 2011 dan The Star, 22 Mac 2011 dengan tajuk Hadi: Pakatan will ban all gambling in Islamic state.

Artikel berita yang yang dimuatkan dalam portal berita Malaysiakini dengan tajuk di atas, di perenggan enam dan tujuh adalah dirujuk, iaitu: According to reports by Chinese dailies Nanyang Siang Pau and China Press, Hadi allegedly announced during a rally in Jerteh last Saturday that PAS would implement Islamic policies should the party come to power, including a nationwide ban on gambling. He was quoted as saying that the other Pakatan parties had reached a consensus with PAS over the matter.

Manakala Portal The Star pada 22 Mac 2011 juga melaporkan berita dengan tajuknya: Hadi: Pakatan will ban all gambling in Islamic state.

“Adalah dengan ini ingin dipertegaskan bahawa Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tidak pernah menyebut sama sekali perkara yang dinyatakan sebagaimana di atas dalam ceramah beliau di Jerteh pada Sabtu lepas atau bila-bila masa di mana-mana tempat,” kata Dr Ahmad Samsuri dalam kenyataan itu.

Ujarnya, persoalan bahawa PAS bercanggahan dengan DAP dalam isu berkenaan adalah tidak berbangkit sama sekali.

Rakaman ucapan Presiden PAS itu boleh dirujuk di web www.terengganukini.net.

“Kami amat kesal dengan pemberitaan yang salah ini dan meminta kepada pihak yang melaporkannya untuk memohon maaf secara terbuka dan seterusnya menarik balik berita berkenaan dengan membuat pembetulan terhadap kesilapan yang sangat besar itu,” tegasnya.

(GAMBAR: Laporan akhbar The Star yang melaporkan Abdul Hadi berkata demikian dalam ceramahnya)

Malaysiakini dalam laporannya memetik laporan akhbar Cina Nanyang sebagai sumbernya namun akhbar The Star telah menjadikan ucapan Abdul Hadi di Jertih, Besut Terengganu sebagai sumbernya yang jelas tidak wujud.

Harakahdaily/-

KASE Desak Kerajaan Tarik Semula Tindakan Senarai Hitam Kenderaan

19 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 24 MAC : Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) menggesa kerajaan menarik balik tindakan menyenarai hitam pemilik kenderaan serta mengembalikan wang rakyat yang telah membayar saman ekor berikutan kegagalan untuk memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu.

Pengerusinya, Datuk Mahfuz Omar dalam satu sidang media di Parlimen semalam berkata, tindakan kerajaan mengambil wang mangsa saman ekor 'secara paksa' bukan sahaja menyusahkan malah rakyat turut terbeban dengan kesukaran untuk membuat bayaran tersebut.

Namun katanya, selepas itu mesyuarat kebinet pada Jumaat lalu memutuskan untuk menagguhkan senarai hitam pemilik kenderaan sehingga kerajaan boleh membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuching bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak berhak menyenarai hitam dan menghalang pemilik kenderaan memperbaharui cukai jalan.

"Keputusan kabinet pada Jumaat untuk menangguhkan senarai hitam bermaksud pemilik kenderaan boleh perbaharui cukai jalan. Jadi bagaimana dengan mereka (mangsa saman ekor) yang dah bayar?

"Kase menuntut kerajaan mengembalikan wang mereka sebab daripada awal lagi kami tegaskan kerajaan tak ada hak untuk menyenarai hitam pemilik kenderaan sebelum mahkamah membuktikan mereka bersalah," katanya.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena turut mempersoal keputusan kerajaan yang menangguh senarai hitam itu sehingga mereka boleh membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuching dalam kes ini sedangkan katanya, tempoh untuk kerajaan membuat rayuan telah tamat.

"Tempoh untuk kerajaan merayu dah tamat. Jadi tak tahu kerajaan akan salah gunakan undang-undang mana lagi untuk bolehkan mereka membuat rayuan," tegasnya.

Sementara itu, Mahfuz berkata KASE kini dalam proses mengambil tindakan mahkamah terhadap Kementerian Pengangkutan khususnya JPJ jika mereka tida menarik balik senarai hitam pemilik kenderaan.

Tindakan mahkamah ini bagi menuntut gantirugi kehilangan penggunaan kenderaan kerana dihalang JPJ tanpa alasan yang sah.

"Kase sudah bermesyuarat semalam dengan panel undang-undang dan bersetuju untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap JPJ.

"Sebagai permulaan, kami akan kumpulkan sepuluh mangsa dari setiap negeri dan akan kumpul maklumat mereka," katanya.

Sehubungan itu, KASE meminta pemilik kenderaan yang ingin berbuat demikian memberikan maklumat lengkap mereka kepada jawatankuasa.

Segala maklumat boleh disalurkan melalui email KASE di kempenantisamanekor@gmail.com atau terus di laman Facebook dengan memberikan maklumat lengkap pemilik kenderaan iaitu nama penuh,alamat, nombor plet kenderaan, tarikh tamat cukai jalan, tarikh dihalang perbaharui cukai jalan, lokasi cawang JPJ yang menghalang perbaharui cukai jalan, nombor telefon serta emel yang sah.

Tv Selangor/-

Eskay Adalah Pembohong, Kata Wan Azizah

19 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 24 MAC : Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail menyifatkan sebagai pembohongan, dakwaan Datuk Shazryl Eskay bahawa Presiden PKR itu kononnya meminta beliau untuk salinan video seks fitnah membabitkan suaminya.

"Saya tidak pernah meminta dan tidak berniat untuk melihat video itu. Ianya haram," tegas Wan Azizah kepada pemberita di Kuala Lumpur. .

“Saya tahu video itu adalah satu pembohongan, jadi kenapa harus saya tengok benda fitnah,” tambah beliau.

Wan Azizah menyifatkan tindakan Eskay, bekas Ketua Menteri Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Bendahari Perkasa Shuib Lazim menyebarkan video fitnah semata-,mata tujuan politik sebagai tidak bermoral.

Beliau menyeru mereka supaya menghentikan perbuatan itu dan bertaubat.

Semalam Eskay mendakwa kononnya beliau diminta oleh Wan Azizah untuk memberikan video itu bagi mengesahkan sama ada benar suaminya dirakam mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur di sebuah hotel.

Namun, menurut Eskay, beliau tidak mahu menyerahkan video itu atau pun memberi satu salinan kepada Wan Azizah kerana bimbang ia akan “disalahguna.”

Alasan itu bagaimanapun dangkal kerana jika pun salinan itu disalahguna, Eskay mempunyai rakaman asal untuk membuktikan segala dakwaannya itu.

Tv Selangor/-

Video seks: Skrip filem ‘Fitnah II’

19 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

Syarat wajib untuk mana-mana filem sebelum ianya dibuat memerlukan skrip atau jalan cerita yang jelas akan menarik seramai mungkin penonton ke arahnya dan seterusnya memberi keuntungan yang tinggi kepada pengeluar atau penerbitnya.

Skrip itu akan diteliti berkali-kali dan diubah-ubah mengikut citarasa penerbit sebelum pelakon-pelakon berbakat dipilih untuk menuturkan dan menggayakan dengan sepenuh hati setiap ayat dari skrip itu berlatarbelakangkan ‘special effect’ atau kesan khas yang kadangkala cukup mempersonakan dan menyakinkan penonton bahawa situasi itu seolah-olah realiti atau kenyataan dan bukan lakonan semata-mata.

Malah filem yang diolah dengan cukup baik akan lebih diterima penonton daripada filem-filem yang lemah dari aspek skrip penulisannya, pelakon dan arahannya.

Ramai di kalangan penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat beranggapan bahawa isu Video Lucah yang mengaitkan nama Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) adalah satu lagi ‘Filem’ keluaran ‘B* production’ yang sama motifnya tetapi agak berbeza dari skrip dan jalan ceritanya.

Ramai yang menanti-nanti apa pula jalan cerita seterusnya. Sejauh mana benarnya anggapan itu, ayuh sama-sama kita saksikan, sejauh mana bagusnya skrip penulisan, jalan cerita, pelakon dan arahannya jika ianya betul-betul sebuah ‘Filem’ genre politik kejam yang lebih hebat dari ‘Filem’ sebelumnya.

Yang pastinya ‘Filem’ ini tidak pernah melalui lembaga penapisan filem sebelum tayangannya kerana sudah pasti ianya tidak mematuhi undang-undang malah budaya masyarakat negara ini.

Kenyataan media oleh DSAI tempoh hari nyata memberi amaran yang cukup tegas kepada pihak tertentu bahawa DSAI dan keluarganya tidak gentar dengan keluaran ‘Filem’ terbaru ini kerana sudah 13 tahun melaluinya.

Pakatan Rakyat secara umumnya harus kreatif di dalam meneka jalan cerita seterusnya supaya persiapan seawalnya dapat dilakukan jika ianya betul-betul sebuah ‘Filem’.

Meramal jalan cerita seterusnya dan kesannya untuk membentuk strategi tindakan awal dengan beberapa pelan sokongan cukup penting dalam ‘survival’ politik DSAI.

Ayuh!!!, sama-sama kita mendoakan agar mereka yang zalim ini dan juga mereka yang menyokong kezaliman ini diadili oleh Allah S.W.T di dunia dan di akhirat kerana doa orang yang dizalimi itu tidak ada hijabnya yang menghalang.

Harakahdaily/-
Oleh : Huzir Sulaiman.

Sundal jadi modal politik murahan Umno BN

19 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

PERMATANG PAUH,: Umno dan Barisan Nasional (BN) diingatkan supaya tidak menjadikan persundalan sebagai modal politik murahan mereka, semata-mata untuk menyekat kemaraan Pakatan Rakyat (PR) khususnya menjelang pilihan raya negeri Sarawak dan pilihan raya umum (PRU) yang akan datang.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang, Amir Md Ghazali mendesak pihak polis supaya menjalankan siasatan secara telus dengan mengheret mereka yang terlibat dalam isu video seks yang didakwa oleh Datuk 'T' ke muka pengadilan.

"Jika pihak polis boleh membuat serbuan terhadap premis yang menyimpan atau menayangkan video lucah, kenapa pula dalam isu ini, Datuk 'T' diizinkan untuk menayangkan video lucah, menyimpan dan menjemput media untuk menyaksikannya.

"Apakah undang-undang dalam negara ini tidak sama kedudukannya kepada golongan yang berbeza. Jika untuk kepentingan politik BN maka ia diharuskan. Jika melibatkan PR maka ia akan dikekang sejak awal lagi," ujarnya dalam kenyataan media yang diedarkan pagi tadi.

Amir yang juga merupakan Ketua AMK Cabang Permatang Pauh, turut mendesak pihak polis supaya membuktikan keadilan yang diwar-warkan selama ini dalam melaksanakan tugas dan profesion mereka dengan membawa Datuk 'T' ke muka pengadilan kerana menyimpan dan menayangkan kepada umum video lucah yang tidak dibenarkan oleh undang-undang.

Manakala Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Mohd Salleh Man, ketika ditemui malam tadi, turut mendesak pihak berkuasa supaya mengambil tindakan drastik yang segera bagi mengelakkan imej polis tercemar.

"Buktikan kepada masyarakat bahawa polis tidak amalkan 'double standand'. Tidak kira sama ada pelakunya adalah di kalangan orang BN atau PR. Undang-undang negara mesti dihormati.

"Jika tindakan dan serbuan kerap dilakukan ke atas mereka yang memiliki video lucah, kenapa orang yang mendakw dirinya sebagai Datuk 'T' ini dibiarkan menentang undang-undang yang begitu ketara kesalahannya," katanya lagi.

Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir, turut mendesak pihak polis supaya mengambil tindakan segera setelah menerima aduan daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai video lucah tersebut.

Tambahnya lagi, rakyat sedar ini merupakan salah satu lagi konspirasi yang cuba memburukkan imej kepimpinan PR menjelang pilihan raya negeri Sarawak. Namun begitu, cara ini adalah paling jahat dan melampau.

"Sepatutnya pemimpin negara yang ada seperti BN jangan terlalu melampaui batas. Apakah pemimpin negara ini tidak pernah merasa malu kerana isu yang dibawa sejak sekian lama untuk menjatuhkan musuh politik hanyalah dengan isu persundalan sahaja," ujarnya lagi.

Harakahdaily/-
Oleh : Fakhri Ali .

SPM 2010: Maahad Muhammadi (L) lulus 100%

19 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KOTA BHARU, 24 Mac: Maahad Muhammadi Lelaki mencapai kelulusan seratus peratus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010, manakala Nik Muhammad Farhan Hakim Nik Badrul Alam diumumkan Pelajar Cemerlang SPM 2010 keseluruhan sekolah itu dan keseluruhan pelajar SPM 2010 bagi sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK).

Nik Muhammad Farhan memperolehi 11 A+ bagi kesemua mata pelajaran SPM yang diambil.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Datuk Mohd Amar Nik Abdullah ketika membuat pengumuman itu semalam, berkata daripada seramai 270 pelajar Maahad Muhammadi Lelaki yang menduduki peperiksaan SPM 2010 telah mencapai kelulusan seratus peratus.

“Daripada 270 calon yang menduduki peperiksaan SPM 2010 itu, satu orang memperolehi 12 A, sembilan orang 9 A, 14 orang 10 A, enam orang 9 A, enam orang 8 A dan 27 orang mendapat 7 A.

“Daripada jumlah pelajar tersebut, 10 orang diisytihar sebagai Pelajar Cemerlang dan Terbaik bagi Maahad Muhammadi Lelaki.

“Sementara Pelajar Cemerlang dan Terbaik bagi keseluruhan pelajar Maahad Muhammadi Lelaki dan keseluruhan pelajar negeri Kelantan sekolah di bawah YIK ialah Nik Muhammad Farhan Hakim Nik Badrul Alam, yang memperolehi 11 A+ bagi kesemua 11 mata pelajaran yang diambilnya,” katanya.

Beliau membuat mengumumkan itu pada Majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 di Maahad Muhammadi Lelaki, Jalan Pengkalan Chepa dekat sini.

Berdasarkan analisis segera persijilan terbuka Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 selepas keputusan diumumkan, dari segi pencapaian “A” seramai 40 orang pelajar telah memperolehi 11 A di seluruh sekolah di bawah YIK.

Sementara seramai 51 orang memperolehi 10A, 76 orang 9A, 91 orang 8A dan 158 orang 7A.

Menurutnya, pada 2010 dilihat peningkatan agak tinggi dalam pencapaian bagi sekolah YIK di seluruh negeri.

“Pada 2009, pencapaian keseluruhan pelajar SPM sekolah-sekolah YIK ialah 95.91 peratus.

“Sementara pada 2010, menunjukkan peningkatan iaitu peratus pencapaiannya sebanyak 96.89. Menunjukkan kenaikan geraf pencpaian berlaku pada setiap tahun bagi semua peperiksaan sekolah di bawah YIK,” katanya.

Berdasarkan laporan keputusan peperiksaan SPM 2009, sebanyak 10 buah sekolah di bawah YIK telah mencapai kelulusan seratus peratusan.

“Alhamdulillah, pada 2010, sebanyak 17 buah sekolah di bawah YIK telah mencapai keputusan seratus peratus dalam peperiksaan SPM, meningkat daripada 10 buah sekolah kepada 17 buah. Alhamdulillah, ini satu pencapaian yang membanggakan,” katanya.

Turut diumumkan Pelajar Cemerlang tempat kedua iaitu Muhammad Aslam Ismail 12 A (10 A+, 1 A dan 1 A-).

Ketiga, Hilmi Hisham Marzuki (10 A+ dan 1 A-), ke empat Nik Muhammad Aiman Nik Kamil Amirah (8 A+ dan 3 A), dan kelima Ahmad Adib Mukhtar (8 A+ dan 3 A+, 2 A, 1 A-).

Turut hadir Pengetua Maahad Muhammadi Lelaki Ustaz Azhar Salleh.

Harakahdaily/-
Oleh : Muhammad Yusri Amin .

Bila Rahim Thamby Chik Tidak Dapat Sembunyikan Dendamnya Pada Anwar

19 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KOMENTAR : Dalam tempoh 48 jam, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah mula mengeluarkan kenyataan yang bercanggah bersabit video seks lucah yang kononnya merakamkan Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur.

Sehubungan itu, dalam sidang media mereka semalam, Tan Sri Rahim Thamby Chik pula tidak dapat meyembunyikan rasa marahnya terhadp Anwar atas peletakan jawatan beliau sebagai Ketua Menteri Melaka pada tahun 1994.

Rahim yang kini menjadi Pengerusi Risda, masih mendakwa beliau tidak merogol seorang gadis berusia 15 tahun ketika itu.

Ketika menayangkan video itu kepada wartawan Isnin lalu di Hotel Carcosa, Datuk Eskay berkata beliau membawa keluar perakam video dari hotel itu dan mendapati ia mengandungi klip 21 minit Anwar mengadakan hubungan seks dengan pelacur berkenaan.

Namun pada sidang akhbarnya semalam, Datuk Eskay mendakwa beliau tidak dapat “membaca” rakaman dalam alat perakam itu sehingga seminggu lalu.

“Hanya minggu lalu, baru kami mendapat rakaman itu sebab mula-mula kita tak boleh “baca’, kemudian baru ada seorang yang berjaya menerbitkannya,’ kata beliau.

Tidak kurang aneh adalah kenyataannya semalam bahawa beliau menunjukkan video itu kepada wartawan, malah kepada Ahli Parlimen PKR Johari Abdul SEBELUM beliau menghantar rakaman itu untuk pemeriksaan forensik.

“Saya mahukan media membuat keputusan..untuk anda melihat kebenaran sebelum saya menyerahkannya untuk pemeriksaan forensik,” kata Datuk Eskay pada sidang media itu.

Ketika diminta sekali lagi untuk menjelaskan bagaimana video itu diperolehi, Datuk Eskay dan Rahim enggan memberi butiran lanjut dengan alasan ia kini menjadi siasatan polis.

Sukar untuk dipercayai bahawa walaupun Eskay memiliki video lucah terhadap musuh politik utama Umno dan kerajaan Barisan Nasional, beliau berasa curiga untuk mendapatkan perlindungan polis atau meminta bantuan dari Rahim untuk menguruskannya.

Datuk Eskay - seorang jutawan yang disifatkan sekutu rapat Tun Mahathir Mohamad – telah ditanya bagaimana Tan Sri Rahim boleh terbabit dalam video berkenaan.

Eskay berkata beliau menghubungi Tan Sri Rahim kerana mahu mendapatkan sebuah hotel yang mempunyai kawalan keselamatan yang baik kerana beliau tidak mahu “membabitkan polis”.

Malah, jutawan itu menghubungi Rahim untuk mencari hotel sedemikian kerana beliau sendiri “bukan orang KL” tetapi dari Kedah.

Kenyataan itu juga aneh kerana Eskay diketahui menghabiskan banyak masanya di Kuala Lumpur malah selesa mengenali wartawan-wartawan dari media asing.

Datuk Eskay dan Rahim semalam berulang kali menegaskan mereka tidak ada motif selain mahu menegakkan kebenaran dengan mendedahkan rakaman itu.

Di sebalik sifat “patriotiknya” itu Rahim bagaimanapun meluangkan masa yang agak panjang untuk mengimbas peletakkan jawatan beliau sebagai Ketua Menteri Melaka pada tahun 1994.

Beliau mendakwa peletakan jawatan itu didalangi oleh Anwar ketika itu “walaupun saya dibebaskan oleh mahkamah” atas tuduhan merogol gadis sekolah.

Bagaimanapun Rahim tidak menyatakan beberapa fakta “kecil” seperti bukan mahkamah yang membebaskan beliau, malah tidak ada pun perbicaraan diadakan untuk mendengar keterangan gadis itu dan anggota keluarganya.

Peguam Negara Allahyarham Mohtar Abdullah ketika itu memutuskan “tidak cukup bukti” untuk mensabitkan Rahim, justeru tuduhan itu digugurkan.

Justeru perisytiharan Rahim ketika itu bahawa mahkamah telah membersihkan namanya “dari hujung rambut hingga ke hujung kaki” amat mencurigakan, sepertilah video lucah yang cuba dibawakan oleh beliau dan Datuk Eskay.

Seperkara lagi: pada sidang media semalam, Rahim dan Eskay mendakwa, orang ketiga yang melengkapkan gandingan mendedahkan video itu adalah Bendahari Perkasa Shuib Lazim.

Namun Shuib tidak hadir pada sidang media berkenaan dan tidak ada pun penjelasan daripada Rahim mahupun Eskay .

Juga, rasanya tidak perlu mengulas cadangan Rahim supaya Suruhanjaya Diraja ditubuhkan dengan ahli-ahli panel merangkumi perwakilan daripada Perkasa serta Presiden KITA Zaid Ibrahim.

Persoalan adalah kenapa tergesa-gesa menubuhkan Suruhanjaya Diraja - adakah ia untuk memberikan juak-juak Umno satu lagi pusingan untuk mengaibkan Anwar dengan tuduhan dan fitnah?

Persoalan juga timbul kenapa Eskay yang mengaku dirinya sebagai sahabat Anwar tidak sudi menghantar satu SALINAN kepada Ketua Pembangkang itu atau Datuk Dr Wan Azizah untuk diperakui sebelum menunjukkannya kepada media?

Jika Anwar menafikan beliau orang dalam video itu, sudah tentu Eskay tidak perlu merahsiakan video itu dan terus boleh menyerahkannya kepada pihak berkuasa untuk diambil tindakan dan memberikan salinan kepada media, malah memuatkannya di Youtube.

Tetapi tidak. Beliau dan Rahim mengambil keputusan menggunakan khidmat seorang wartawan di Star yang juga ahli Puteri Umno untuk memanggil wartawan kanan bagi menghebahkan kandungan video itu.

Tindakan ini diambil walaupun, menurut Eskay, rakaman itu belum di hantar untuk ujian forensik.

Jika ujian forensik dilakukan atas kenyataan Rahim dan Eskay semalam , tentunya ia akan mendedahkan sebuah skrip yang terpaksa diolah dan dirombak oleh mereka selaku dalang fitnah video seks setelah Datuk Seri Anwar membuat laporan polis dan enggan tunduk kepada ugutan Eskay dan Rahim Thamby Chik.

Tv Selangor/-

PELANCARAN BUKU JINGGA PERINGKAT PERAK: PR SUDAH BERSEDIA

19 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

IPOH: Pakatan Rakyat ( PR ) Negeri Perak sudah bersedia untuk mneghadapi pilihanraya negeri mahupun pilihanraya umum dalam masa terdekat.

Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain berkata, segala perancangan dan strategi di atur bagi menghadapi sebarang kemungkinan dijangka berlaku.

Menurut beliau, tumpuan akan diberikan terhadap penerangan buku jingga kepada rakyat supaya rakyat faham dan jelas terhadap perjuangan yang di bawa Pakatan Rakyat.

Memetik ucapan beliau “ Pakatan Rakyat Perak akan adakan penerangan daripada rumah ke rumahsecara berkelompok khususnya kawasan pendalaman kampong, Melayu, Cina dan India”

“ Rakyat perlu faham apa sebenarnya hasrat Pakatan Rakyat dalam buku Jingga ini sehingga ia sangat ditakuti oleh UMNO dan Barisan Nasional ( BN )”

Hadir sama pada majlis itu, Dato Seri Ir Haji Muhammad Nizar Jamaluddin ( PAS ), Datuk Ngeh Koo Ham ( Pengerusi DAP Perak), Dr Lee Boon Chye ( Timb Pengerusi PKR Perak ), Dr Dzulkifly Ahmad (Wakil Pimpinan PR Pusat) dan beberapa adun dan pimpinan PR yang lain.

Menurut Pesuruhjaya PAS Perak itu lagi, selain buku jingga Pakatan Rakyat Perak akan mengeluarkan Manifesto Negeri Perak dalam masa terdekat, dan semestinya Manifesto peringkat Perak juga akan menawarkan konsep kerajaan berkebajikan terhadap Rakyat.

Beliau juga menyatakan, Pakatan Rakyat juga telah sebulat suara bertekad dalam menyusun atur program transformasi dan reformasi agar matlamat dan kebaikkan program-program yang telah dan akan dilaksanakan itu dinikmati sepenuhnya oleh rakyat tanpa membatasi etnik ,bahasa dan perbedaan budaya.

Maka Pakatan Rakyat telah berikrar dalam Dasar Bersama yang menjadi paksi kesepakatan dan dasar ini adalah iltizam kami untuk mengalih hala tuju Negara dan bangsa ke landasan yang betul.

Beliau juga menyeru agar rakyat terus meningkatkan iltizam, kesepakatan dan keyakinan bersama, untuk berganding tenaga untuk bagi memastikan perencanaan dan matlamat yang kita sasarkan seperti tercatat dalam Buku Jingga ini dapat dilaksanakan.

Semoga,pelancaran Buku Jingga ini dapat mengembalikan semula semangat perjuangan kita untuk terus turun bersama-sama, berkhidmat dan berkorban demi masa depan Malaysia.

Banjir terburuk Sungai Manik

19 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

SUNGAI MANIK - Hujan lebat yang berlarutan di kawasan ini menyebabkan 81 penduduk daripada dua kampung terpaksa dipindahkan ke kawasan selamat selepas kediaman mereka dinaiki air semenjak, semalam.

Salah seorang penduduk Kampung Kunci Air 4, Labu Kubong, Safarina Jaafar, 27, berkata, dia sekeluarga terpaksa berpindah Surau Ar-Taufiqiyah, kira-kira 9 pagi semalam selepas rumahnya dinaiki air setinggi kira-kira 0.6 meter.

Menurutnya, kejadian banjir kali ini dikatakan terburuk dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini yang menyebabkan beberapa keluarga turut berpindah ke surau berkenaan.

“Walaupun sebelum ini pernah mengalami banjir namun, tidak menyebabkan kami sekeluarga berpindah. Hujan lebat selama beberapa jam pada petang Ahad lalu menyebabkan air mulai naik namun, tidak pada paras bahaya.

“Namun begitu, hujan berterusan pada kelmarin menyebabkan saya, suami dana anak berusia tujuh tahun mengambil keputusan untuk berpindah ke tempat lebih selamat selepas kediaman kami dinaiki air kira-kira 0.6 meter pagi tadi (semalam),” katanya.

Dia berkata demikian kepada Sinar Harian ketika ditemui di Surau Ar-Taufiqiyah, Labu Kubong, di sini, semalam.

Dalam nada sama, seorang warga emas, Amit Mat Isa, 70, berkata, kejadian banjir di kawasan Tanjung Ara, Chenderong Balai adalah perkara biasa namun hujan lebat berlarutan beberapa hari menyebabkan rumahnya kini dinaiki air.

Menurutnya, dia tinggal bersama isteri dan anak perempuan yang masih lagi berpantang berada dalam keadaan berjaga-jaga kerana bimbang air banjir akan melimpah masuk ke dalam rumahnya.

“Ini adalah antara banjir terburuk yang pernah kami alami sejak tiga tahun kebelakangan ini walaupun kampung ini sering kali dilanda banjir setiap kali hujan.

“Saya dan keluarga sudah bersiap sedia untuk menghadapi banjir sekiranya berlaku dalam tempoh terdekat, namun begitu saya bimbang akan keselamatan anak saya yang masih dalam tempoh berpantang,” katanya ketika ditemui di Kampung Tanjung Ara, Chenderong Balai, di sini, semalam.

Sinar Harian/-

Johari dakwa diumpan habuan lompat parti

19 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

PETALING JAYA – Ahli Parlimen Sungai Petani dari PKR, Datuk Johari Abdul mendakwa beliau ditawarkan sejumlah wang dan jaminan keselamatan sekiranya ’lompat parti’ dan menyertai Barisan Nasional (BN).

Malah beliau Ahli Parlimen pertama ditunjukkan video aksi seks yang memaparkan lelaki mirip ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai umpan untuk menyertai BN.

Beliau berkata, individu yang terlibat ialah seorang ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik,

Johari berkata, beliau telah ditunjukkan video itu Isnin lalu dan ditawarkan untuk dibawa bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Mereka menawarkan saya jaminan kewangan dan keselamatan. Mereka jelaskan bahawa saya adalah Ahli Parlimen pertama yang menonton video ini.

"Jika saya bersetuju, mereka boleh aturkan perjumpaan saya dengan Perdana Menteri, tetapi saya tidak berkata apa-apa pada waktu itu,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Turut hadir, Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution.

Johari berkata, Abdul Rahim kemudiannya memintanya membawa lebih banyak Ahli Parlimen pembangkang untuk menonton video tersebut.

Menurutnya, beliau mengetahui Shazryl adalah ’Datuk T’ petang Isnin lalu, selepas beliau bersama bapa saudaranya yang dipanggil ‘pakcik’ dibawa ke Hotel Flamingo bertemu kedua-dua individu itu.

Katanya, di hotel tersebut, Shazryl menunjukkan rakaman video seks kepadanya, yang didakwa melibatkan pemimpin tertinggi pembangkang untuk memujuknya keluar parti serta memintanya membawa beberapa pemimpin PKR lain lagi menonton video terbabit.

Katanya, beliau menolak sekeras-kerasnya bahawa lelaki yang di dalam video itu adalah Anwar, kerana terlalu banyak kemusykilan.

"Contohnya tidak mungkin Anwar tidak menyedari pergerakan di bilik tersebut dirakam kerana alat rakaman tersebut dipasang dari empat arah," katanya.

Menurutnya, rakaman tersebut tidak memfokuskan muka dengan dekat, kecuali menampakkan orang yang seakan-akan Anwar, namun bentuk badan terutamanya perut, bahu dan punggung tidak sama dengan pemimpin pembangkang terbabit.

“Demi Allah saya katakan bahawa saya yakin lelaki dalam video itu bukanlah Anwar,” katanya.

Beliau berkata, keadaan bilik hotel dalam video tersebut seolah-olah seperti zaman British kerana unit penghawa dingin yang tidak dipusatkan selain katil yang amat ‘cikai’.

“Susah hendak melihat hotel sebegitu lagi di Malaysia, lebih-lebih lagi di Kuala Lumpur. Ia mungkin banyak di negara jiran,” katanya.

Menurutnya, beliau bersedia membawa beberapa Ahli Parlimen PKR untuk menonton video tersebut dan bertemu Rahim, bagaimanapun perjumpaan telah dibatalkan.

Sementara Saifuddin berkata, adalah jelas itulah rancangan mereka untuk menunjukkan video tersebut kepada Ahli Parlimen PKR bagi menimbul keraguan dan membuat tawaran membeli mereka.

Sinar Harian/-

15 Terbunuh Dalam Protes AntiKerajaan Di Syria

19 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

DARAA, Syria: Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh dalam protes antikerajaan di bandar Daara.

Antara mereka yang terbunuh termasuk kanak-kanak dan anggota keselamatan, lapor aktivis kemanusiaan negara itu.

Menurut aktivis dan penduduk, pihak tentera melepaskan tembakan terhadap penunjuk perasaan di luar Masjid Omari pada awal pagi Rabu dan berterusan selama satu hari.

Sebelum itu, beratus-ratus penunjuk perasaan berkumpul bagi menghalang pihak polis menyerbu protes tersebut.

mStar/-

Idham Care bantu warga miskin di Larut, Sumbangan anda diperlukan.

19 Rabiulakhir 1432H. [MOD]
Oleh : Hafizi Pauzi

LARUT, 24 Mac :- Idham Care akan terus menyusun jadual untuk menyampaikan bantuan kepada warga yang memerlukan di masa akan datang, Demikian antara penegasan yang dinyatakan oleh Pengerusi Idham Care, Drs. Khalil Idham Lim yang juga merupakan ADUN Titi Serong semasa dihubungi selepas beliau dan Isterinya turun untuk menyampaikan bantuan di DUN Selama dalam Parlimen Larut kelmarin.

Beliau juga mengharapkan Idham Care dapat terus bergerak untuk membantu pelbagai pihak yang memerlukan bantuan.

Baginya untuk menjayakan usaha tersebut tentunya sejumlah dana yang besar diperlukan dan harapannya supaya sumbangan dari individu dan badan koperat serta syarikat swasta sudi untuk menyalurkan sumbangan tersebut.

"Saya merayu kepada pelbagai pihak terdiri dari individu, badan koperat dan syarikat swasta untuk menyalurkan wang zakat dan sumbangan ikhlas bagi menjayakan program kebajikan Idham Care" jelasnya.

Sumbangan dapat disalurkan ke Akaun Maybank atas nama IDHAM CARE, No Akaun : 558417102650.

Program tersebut melibatkan 10 warga miskin yang di pilih oleh PAS Kawasan larut dengan kerjasama Majlis Tindakan DUN Selama.

Hadir sama dalam misi tersebut ialah YDP PAS Kawasan, Dr. Mohd Dahri Osman, Setiausaha PAS Kawasan Hj. Hussin dan Ketua Penerangan PAS Kawasan larut, Hj. Muhd Zaki Hassan serta pimpinan MTD DUN Selama yang lain.




Drs. Khalil menyampaikan sumbangan kepada seorang warga terlantar.

Sempat membeli sebuah bakul anyaman mengkuang

Drs. Khalil dan Isteri bergambar bersama sebuah keluarga yang hidup dalam serba kekurangan

Bergambar dengan pimpinan PAS Kawasan Larut



10,000 dibunuh tentera rejim Gaddafi

19 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR,: Lebih 10,000 orang awam telah dibunuh oleh tentera elit rejim Gaddafi yang mendapat arahan dari beliau sepanjang tercetusnya 'kebangkitan revolusi rakyat' di Libya sejak bulan lalu.

Siri kekejaman yang amat membimbangkan itu bagaimanapun lebih memperkuatkan lagi keyakinan, semangat dan kesungguhan rakyat Libya untuk menumbangkan rejim tersebut melalui 'revolusi rakyat'.

Jurucakap Gerakan Pembebasan Libya, Dr Abdulmonem Hresha menegaskan, rakyat Libya kini ternyata mahukan 'hak dan pembebasan' dari kekejaman pemerintahan rejim Muamar Ghadaffi dan seluruh rakyat negara itu yakin 'revolusi rakyat' pasti akan menghasilkan kejayaan.

Menurut beliau, antara kekejaman yang sedang dilakukan oleh rejim Gaddafi sekarang adalah pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam yang mengadakan demonstrasi di negara tersebut dan penghapusan penuh masyarakat Libya tanpa sebarang perikemanusiaan.

Katanya, siri kekejaman itu mesti dihentikan segera dan rakyat Libya kini amat memerlukan bantuan kemanusiaan dari semua lapisan masyarakat dunia termasuk dari Malaysia.

"Kami amat memerlukan bantuan perubatan dan bantuan kemanusiaan agar rakyat Libya yang tertindas ini mendapat pembelaan dan dilindungi dari usaha pembunuhan beramai-ramai rejim Gaddafi," katanya.

Pengerusi Hal Ehwal Antarabangsa PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi menjelaskan, perkara itu dinyatakan sendiri oleh Dr Hresha kepada beliau pada pertemuan beliau serta wakil PAS Representative Concil UK dan Eira (PRC) dengannya, sempena pertemuan khas bersama beberapa pimpinan gerakan Islam dunia mengenai perkembangan Libya di London, semalam.

Menurut beliau, sempena pertemuan itu, Dr Hresha turut memberitahu kepadanya sepanjang lebih 40 tahun pemerintahan kuku besi Gaddafi, rakyat Libya telah dinafikan dari apa juga bentuk kebebasan dan hak asasi.

"Malahan rejim Ghadaffi telah bertindak memenjara dan membunuh ribuan ulama dan cendekiawan, wartawan dan pemimpin masyarakat yang dianggap sebagai ancaman kepada pemerintahan beliau," kata Syed Azman dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Sempena pertemuan itu juga, Dr Syed Azman turut menegaskan sokongan PAS serta rakyat Malaysia terhadap rakyat Libya yang sedang berjuang bagi membebaskan negara mereka dari kekejaman rejim Gaddafi.

“PAS juga akan usahakan seberapa segera bagi menghantar satu pasukan misi kemanusiaan dan perubatan ke Libya. Malah pasukan yang terdiri dari doktor dan sukarelawan kemanusiaan sedang bersiap sedia untuk masuk ke Libya,” tegasnya.

Dr Hresha turut menyampaikan ucapan terimakasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang bersama-sama simpati dengan nasib yang menimpa rakyat Libya serta menyokong penuh segala usaha yang dibuat oleh rakyat Libya, bagi membebaskan negara mereka dari kekejaman diktator Gaddafi.

"Kami cuma mahu meminta hak yang sama seperti apa yang dimiliki oleh rakyat lain di bumi ini. Doakan kepada kami. Semoga Allah SWT melindungi dan merahmati kesejahteraan hidup rakyat Libya," kata Dr Hresha kepada Syed Azman menerusi perbincangan yang diadakan sempena pertemuan mereka.

Aziz Muda

Makanan Jepun beracun

19 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

TOKYO - Krisis nuklear di Jepun semakin meruncing apabila pencemaran radiasi yang melebihi tahap berbahaya ditemui dalam 11 jenis sayur-sayuran yang ditanam berhampiran loji nuklear, semalam.

Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan mengarahkan penduduk tidak memakan sayuran tercemar itu termasuk brokoli, bayam dan kobis.

Kesan radiasi melebihi tahap selamat turut ditemui dalam susu yang dihasilkan berhampiran loji nuklear Fukushima Daiichi yang rosak dalam bencana gempa dan tsunami, 11 Mac lalu.

Kan turut menghalang susu dan sayuran dari wilayah Ibaraki yang terletak berhampiran dengan Fukushima daripada dieksport ke luar negara kerana khuatir dengan tahap keselamatan makanan itu.

Sementara itu, Amerika Syarikat (AS) menjadi negara pertama yang menghentikan import susu dan daging mentah yang dihasilkan berhampiran kawasan loji nuklear Jepun.

Menurut Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA), kesemua produk makanan dan susu dari Fukushima, Ibaraki, Tochigi dan Gunma akan dihalang daripada memasuki AS.

Jepun berhadapan dengan krisis pencemaran radiasi selepas gempa sekuta 9.0 pada skala Richter memusnahkan loji nuklear negara itu, 11 Mac lalu sehingga membebaskan bahan radioaktif.

Lebih 400 jurutera, tentera, polis dan bomba berusaha mengawal keadaan di loji itu sejak minggu lalu bagi mengelak situasi bertambah buruk.

Sinar Harian/-

Khalil : Dunia sedang melihat senario politik yang tidak matang

19 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

PARIT BUNTAR, 24 Mac : Adun Titi Serong, YB Drs. Khalil Idham Lim mencabar Perdana Menteri supaya membuat laporan polis berkaitan tuduhan bunuh Altantuya terhadap beliau.

Beliau merujuk kepada keberanian tindakan Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang membuat laporan Polis sehari selepas tuduhan video seks, ia sama dengan kes Altantuya kerana keduanya melibatkan maruah dan Najib juga mestilah menbuat laporan Polis untuk menunjukkan satu usaha membersihkan dirinya..

"Kes Altantuya sudah lama berlaku namun Najib belum membersihkan dirinya dan tidak ada usaha kearah itu" jelasnya

Merujuk kepada ulasan Datuk Mustafa Mohamad yang mengesa rakyat untuk menilai tahap integriti, Drs. Khalil menganggap itu adalah pandangan yang sengaja diadakan untuk melindungi kejahatan yang dilakukan oleh pimpinan BN sekian lama.

"Macamlah rakyat sudah tidak pandai menilai tahap integriti dinegaranya sendiri"katanya.

“Mengapa beliau (Mustapa Mohamed) gesa rakyat untuk buat penilaian tahap integritinya jika belum disabitkan kesalahan,” katanya ketika ditemui di sini.

Tambahnya, Anwar Ibrahim telah mengemukakan laporan polis berhubung fitnah jahat video seks, ini membuktikan beliau berani dan mahu menafikan perkara yang memang beliau tidak lakukan dengan saluran keadilan yang ada iaitu mahkamah.

Menurutnya yang juga Ketua Penerangan Pas Perak, tindakan beliau (Anwar) membuat laporan polis tersebut adalah suatu perkara biasa jika dituduh berkaitan isu yang tidak pernah dilakukan.

“Tapi jika ada individu yang difitnah , tindakan yang mesti dilakukan ialah kemukakan laporan polis sebagaimana yang dilakukan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim.

“Dunia sedang melihat bagaimana senario politik yang tidak matang,” katanya.

“Perdana Menteri Malaysia dan pemimpin BN jelas mengamalkan toleransi terhadap budaya politik yang bersifat “undang-undang rimba”. jelasnya.

Menurutnya pemimpin sepatutnya memikirkan untuk memperkenalkan dasar-dasar yang lebih perihatin dan mesra rakyat dalam memenuhi amanah kepimpinan negara. namun yang kita lihat kerja mereka menyerang parti lawan dan pimpanannya denga rekaan cerita yang bukan-bukan.

"Paling malang segala institusi kerjaan disalahgunakan untuk melangsungkan kerja jahar mereka bagi kekal berkuas" katanya

“Tidak hairanlah mengapa isu yang memalukan Negara membiak dengan pesat sejak akhir-akhir ini,” katanya lagi.

“Rakyat menilai kerajaan sedia ada yang tidak pernah berubah untuk menyelamatkan malaysia,” tegasnya.

“Protes perlu dilakukan terhadap Umno BN, dan protes tersebut perlu diterjemahkan pada kertas undi pada pilihanraya Sarawak pada April dan PRU13 tidak lama lagi, perubahan perlu berlaku di Malaysia,” tegasnya.

Oleh : Hafizi pauzi

Tuan Ibrahim tiada hasrat tanding Timbalan Presiden

19 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

TEMERLOH, 24 Mac: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengumumkan bahawa beliau tidak berhasrat untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden pada muktamar PAS yang bakal diadakan pada Jun ini.

Bagaimanapun beliau bersedia untuk mempertahankan jawatan Naib Presiden PAS sekiranya ada pecalonan.

“Saya sudah memikirkan perkara ini semasak-masaknya dan melihat ramai pimpinan parti yang berwibawa, maka saya tidak berhasrat bertanding jawatan Timbalan Presiden.

"Saya akan mempertahankan jawatan Naib Presiden sekiranya ada pecalonan,” ujarnya dalam satu kenyataan ringkas kepada Harakahdaily hari ini.

Dengan keputusan ini, Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berharap mesyuarat agung PAS kawasan-kawasan akan mencalonkan orang lain yang lebih berwibawa untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS bagi menjadikan parti lebih berwibawa dan memantapkan keyakinan rakyat terhadap parti.

“PAS perlu bangkit sebagai parti berwibawa dalam persaingan keyakinan rakyat dan masa depan yang hebat,” ujarnya.

Harakahdaily/-

Bom disangka besi buruk

19 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

MUAR – Sorang pengawal keselamatan tidak menyangka besi buruk yang dijumpai dalam kebun di belakang rumahnya di Kampung Hj Abdullah, Sungai Abong merupakan sebutir bom mortar lama.

Bom tinggalan Perang Dunia Kedua yang dipercayai sudah berusia lebih 50 tahun dipindahkan Unit Pemusnah Bom Muar kira-kira jam 9 pagi semalam sebagai langkah keselamatan.

Yaakob Abas, 56, berkata, beliau menjumpai bom tersebut ketika sedang membersihkan kebunnya itu pada Ahad lalu.

Menurutnya, sebelum ini kebun miliknya itu agak terbiar dan dipenuhi pokok-pokok liar.

“Sedang saya membersihkan semak berhampiran pokok getah, ternampak besi buruk yang tertanam separuh dalam tanah,” katanya kepada Sinar Harian.

Yaakob berkata, ketika kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, beliau bersendirian berada dalam kebun berkenaan.

“Saya tidak pasti sama ada bom ini masih aktif atau sebaliknya. Saya yang takut bergegas pulang ke rumah demi keselamatan diri.

“Saya tidak menyangka dalam kebun ini mengandungi bom lama kerana jarak tempat penemuan bom dengan rumahnya kurang 50 meter,” katanya.

Yaakob berkata, kemungkinan di dalam kebun itu terdapat bom lama lain yang masih belum dijumpai lagi.

“Seramai tujuh anggota polis termasuk daripada Unit Pemusnah Bom Muar datang ke kebunnya dan berjaya memindahkan bom ini,” katanya.

Menurutnya, meskipun terkejut dengan situasi itu, tetapi dia tetap menganggap penemuan itu sebagai pengalaman yang berharga.

Sementara Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli berkata, penemuan sebutir objek di Kampung Hj Abdullah itu bukan bom lama seperti yang diperkatakan.

“Ia adalah bom dummy yang digunakan untuk latihan. Bagaimanapun, pihak kami akan melakukan siasatan lanjut untuk mengetahui bagaimana bom ini boleh berada di dalam kebun milik Yaakob,” katanya ketika dihubungi.

Sinar Harian/-

Saifuddin Beri Bukti Pimpinan Umno Dan Polis Bersekongkol Jatuhkan Anwar

19 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM : Fitnah video lucah untuk 'menutup mulut' Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah kesinambungan daripada pertuduhan liwat yang direka cipta untuk mengaibkan Ketua Pembangkang dan keluarganya serta memecah belahkan Pakatan Rakyat, kata Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat Saifuddin Nasution.

Dalam ceramah di Petaling Jaya malam tadi, Saifuddin memperinci konspirasi yang membabitkan polis dan pemimpin Umno untuk membunuh karier politik Anwar menerusi pertuduhan liwat yang direkayasa dan fitnah video lucah yang didalangi oleh Pengerusi Risda Rahim Thamby Chik yang pernah dituduh merogol gadis bawah umur di Melaka.

Berikut beberapa fakta yang disebut oleh Saifuddin Mengenai Kes Liwat Fitnah 11

1.Saiful jumpa pegawai polis Rodwan Mohd Yusuf di sebuah hotel sehari sebelum membuat laporan polis DNA Anwar ini bukan benda baru. Saiful pada 27 Jun 2008 jumpa pegawai polis bernama Rodwan biras YB Satim Diman, ADUN Umno di Serdang".

"Siapa Rodwan ini? Dalam Peristiwa 98, dialah yang seksa Munawar Anis dan Sukma Dermawan. Pada 27 Jun 2008 dia jumpa Saiful. Ini disahkan Jude Pereira (pegawai penyiasat kes liwat fitnah 11) Bila Karpal tanya, kenapa jumpa Rodwan? Jude kata untuk mendapat nasihat. Mendapat nasihat!!! Rodwan ini terkenal tahun 1998. Dia curi sampel darah Anwar di hospital Kuala Lumpur. Dia polis tapi mencuri"

"Sekarang kamu bawa ke Mahkamah, kamu plot beberapa graf. Ini menunjukkan kehadiran lebih dari 3 orang, Betul? Betul. Boleh jadi 10 orang? Betul? Betul. Kalau ada 10 orang DNA pada dubur Saiful, "kenapa kamu cuma berminat dengan lelaki Y?" tanya Karpal Singh kepada Dr.Siah pakar kimia. Jawab Dr.Siah, "Yang arif, polis cuma suruh saya tanda lelaki Y". Karpal Singh tanya, "Ini lelaki X, lelaki M? Itu polis tak suruh tanda, cuma lelaki Y"

2.Polis Tidak Berminat Keterangan Saksi (Hasnuddin adalah pemilik kondominium bersebelahan unit di mana Saiful mendakwa beliau kononnya diliwat)

"Dia (polis) soal siasat Hasanudin dan isterinya Kak Sham. Polis bila Saiful buat aduan, dia serbu kondominum, ambil semua contoh, gunting karpet sana sini semua. Lepas itu, pergi soal siasat suami isteri ini. Satu soalan saja polis tanya, "Sepanjang Anwar ada dalam bilik bersama tuan rumah ini, ada tak Anwar keluar sekejap dari bilik itu?" suami isteri itu kata "Tak ada, Anwar ada bersama kami".

Polis tanya lagi, "cuba ingat balik, diantara pukul 3 petang ke 5 petang, 26 Jun 2008, ada tidak Anwar keluar dari bilik ini?". Suami isteri kata, "Tak ada". Akhirnya, suami isteri itu sebut, bilik itu ada cctv, tengok lah Anwar keluar ke tak. Polis kata cctv itu tolak ke tepi dulu, kami nak tanya kamu dulu. 36 jam suami isteri ini ditanya oleh polis soalan yang sama"

"Oleh kerana suami isteri ini tak beri kenyataan seperti yang mereka hendak, maka tak dipanggil menjadi saksi, kerana kalau jadi saksi, ditanya soalan sama, mereka akan kata "Yang Arif, ya Anwar ada bersama kami". sedangkan tuduhan ke atas Anwar ialah 3.01 minit hingga 4.30 petang kamu telah meliwat saiful. masa
bila dia liwat sedangkan suami isteri dan tamu lain pun ada dengan Anwar."

Mengenai Fitnah video seks lucah didalangi anasir dalam Umno:

1. "Kejam dan zalim mereka tak habis lagi, tak puas lagi, dia reka satu lagi. Ketua-ketua pengarang media dibawa ke Carcosa seri negara, hotel mewah ditayang, tapi tak beri tahu nama. Datuk T lah, Datuk itu. suspen. Hari ini Anwar buat laporan polis. dia (datuk T) kata tak mau serah pulak video pada polis, Polis pula boleh buat relaks. Hari ini wartawan tanya pada Nazri Aziz, macamana tayangan video lucah di hotel? Nazri jawab "Kalau niat dia tayang baik tak apa". Boleh macam tu?"

2. "Rekod di tangan kita jelas. Ini membabitkan pemimpin tertinggi Umno, Itu sangat jelas. sangat jelas. "Sampai kawan-kawan yang dipertonton video itu pun
sebut, bukan saja kita. Padahal kawan-kawan yang dipertonton itu pun musuh kita dah. Ada seorang pemimpin tinggi surat khabar kumpulan NST yang pergi tengok,
dia itu memang terkenal musuh Anwar daripada 12 tahun. Lepas dia tengok (dia kata), "ya betul I musuh Anwar, tapi kalau setakat tengok itu dia kata, perut
boroi itu bukan perut Anwar"

3. "Dia nak alih Sarawak. Sarawak orang cakap pasal pilihanraya ni apa pun boleh jadi. Taib Mahmud yang rasuah, timbunan kekayaan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tak pernah siasat, Najib tak nak buang Taib. Rakyat marah, Iban, Dayak, Melayu, Melanau, semua tengah marah, sekarang tunggu nak panggkah saja nak buang. Dia reka (isu video lucah) ini supaya kita kelam kabut menyelesaikan isu ini, itu saja tujuan"

Tv Selangor/-

Libya - Tekanan berterusan dari Tentera Bersekutu

19 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -
TRIPOLI 24 Mac - Kuasa Barat yang membedil sistem pertahanan Libya akhirnya 'akan dimasukkan ke dalam tong sampah sejarah', kata Muammar Gaddafi, ketika askarnya menyekat kemaraan pemberontak, meskipun diserang dari udara selama empat malam, berturut-turut.

Serangan udara kuasa Barat telah berjaya melumpuhkan tentera udara Libya dan memaksa askar dan kereta kebal tentera Libya berundur dari pinggir kubu pemberontak di Benghazi, tetapi pemberontak yang tidak tersusun dan kekurangan senjata gagal memanfaatkan bantuan udara itu dan terus terperangkap.

Tentera pemberontak belum berupaya mengusir askar Gaddafi dari persimpangan utama bandar Ajdabiyah di timur, manakala kereta kebal tentera kerajaan terus membedil Misrata, bandar terbesar terakhir yang cuba dipertahankan oleh pemberontak.

Terdapat kemungkinan besar berlaku kebuntuan di darat, kata penganalisis.

Sekurang-kurangnya dua letupan kedengaran di Tripoli sebelum subuh hari ini, sementara deruan sebuah jet pejuang kedengaran di ruang udara disusuli tembakan bertalu-talu meriam antipesawat.

"Kita tidak akan menyerah kalah, kita akan menewaskan mereka dengan apa cara sekalipun kerana kita bersedia untuk berperang dalam jangka pendek atau jangka panjang....kita akan mencapai kemenangan akhirnya," kata Gaddafi kepada penyokong yang membentuk perisai manusia di pekarangan kediamannya di Tripoli.

Beliau menyifatkan serangan itu sebagai keganasan yang dilancarkan kumpulan fasis yang kesudahannya akan 'dimasukkan ke dalam tong sampah sejarah'.

Kerajaan Libya menafikan tenteranya melancarkan serangan, sebaliknya mendakwa mereka hanya mempertahankan diri apabila diserang, tetapi pemberontak dan penduduk berkata, kereta kebal rejim meneruskan bedilan ke atas Misrata di barat, menyebabkan 40 orang terbunuh kelmarin, di samping menyerang pekan kecil Zintan di sempadan Tunisia.

Kemaraan pemberontak di timur juga tersekat di pinggir Ajdabiyah sejak baki kereta kebal Gaddafi berkawal di sana selepas barisan kenderaan berperisai tentera beliau yang sedang mara ke Benghazi musnah dalam serangan udara tentera Perancis lewat Sabtu lalu.

Pemberontak yang berlindung di balik bukit pasir daripada tembakan meriam kereta kebal dari bandar itu tidak mempunyai senjata berat, kepimpinan, komunikasi atau pelan.

Negara-negara Barat keberatan menempatkan tentera darat yang dapat memberi panduan melancarkan serangan udara dengan lebih tepat bagi membantu pemberontak menawan Tripoli.

Sementara itu, penganalisis pertahanan berkata, kuasa Barat dijangka menanggung kos melebihi AS$1 bilion (RM3 bilion) untuk menguatkuasakan zon larangan terbang di Libya jika operasi itu berlarutan selama beberapa bulan. - Reuters

Akhirnya dia pergi jua !


19 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -
LOS ANGELES: Aktres legenda Hollywood, Elizabeth Taylor meninggal dunia di Pusat Perubatan Cedars Sinai, hari ini akibat sakit jantung. Beliau berusia 79 tahun.

Jurucakap aktres itu, Sally Morrison berkata ketika menghembuskan nafas terkhirnya, semua anak Elizabeth berada di sisinya.

Aktres itu dilaporkan sering sakit sejak beberapa tahun lalu, dimasukkan ke hospital itu enam minggu lalu kerana masalah jantung.

Elizabeth terkenal dalam lakonannya dalam filem termasuk Cleopatra, Who's Afraid of Virginia Woolf dan National Velvet. - The Guardian

PAS diminta jadi orang tengah pujuk Anwar tidak aktif berpolitik ?

19 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -
G Manimaran

KUALA LUMPUR, 24 Mac — Di sebalik pendedahan rakaman video seks kononnya melibatkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat (PR), PAS mendakwa parti itu pernah didampingi beberapa orang mendakwa mewakili Umno-BN baru-baru ini meminta mereka memujuk Datuk Seri Anwar Ibrahim agar tidak lagi aktif dalam perikatan tersebut.

The Malaysian Insider difahamkan beberapa pemimpin kaan PAS diminta agar menyampaikan mesej tersebut dan menjadi “orang tengah” bagi membolehkan misi memastikan Anwar tidak lagi aktif berpolitik menjadi kenyataan.

“Permintaan mereka mudah sahaja, mereka dakwa mereka mewakili Umno, BN dan mereka hanya tidak mahu Datuk Seri Anwar aktif dalam Pakatan Rakyat, bermakna tidak mahu dia berada dalam politik arus perdana,” kata sumber itu kepada The Malaysian Insider.

Sumber itu juga mendakwa mereka juga tidak mengesahkan sama ada mereka benar-benar dari Umno-BN.

Menurut sumber itu, permintaan tersebut dibuat kira-kira sebulan lalu dengan mendakwa “akan ada satu kejutan” dalam waktu terdekat berkaitan dengan imej Ketua Pembangkang berkenaan.

Bagaimanapun pemimpin-pemimpin PAS dikatakan tidak mahu melayan permintaan untuk menyampaikan “mesej” tersebut kepada Anwar.

Pun begitu, umum diketahui bahawa wujud pendapat berbelah bahagi mengenai peranan Anwar dalam PR sejak kebelakangan ini, cuma tidak diperkatakan secara terbuka.

Difahamkan persekitaran tersebut digunakan untuk memujuk PAS sebagai orang perantara untuk memenuhi misi terbaru ini.

“Pemimpin-pemimpin PAS telah mengambil pendirian tegas tidak akan berbuat demikian,” kata beliau yang mengakui tidak terkejut dengan perkembangan semasa - pendedahan rakaman video seks kononnya melibat pemimpin PR terbabit.

“Mereka tidak kisah jika Pakatan diketuai oleh orang lain tetapi bukan Datuk Seri Anwar, itu permintaan mereka,” kata sumber itu lagi.

Anwar sejak dibebaskan daripada penjara pada 2004 dilihat sebagai pengikat dan penghubung kepada PAS dan DAP bersama PKR mewujudkan kerjasama menjelang pilihan raya umum 2008, yang akhirnya membawa kepada pembentukan PR.

Kerjasama itu membawa kepada penafian majoriti dua pertiga BN di Parlimen dan jatuhnya empat lagi kerajaan negeri sebagai tambahan kepada Kelantan. Negeri-negeri itu ialah Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan tarikh pilihan raya negeri Sarawak manakala pilihan raya umum nasional dijangka diadakan tahun ini.

Kelmarin, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan pendedahan video lucah memaparkan aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan pelacur sebagai amalan politik kotor dan bermotif politik menjelang pilihan raya negeri Sarawak.

Isnin lalu, satu kumpulan yang diketuai seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya hanya sebagai Datuk T, mendakwa mereka memiliki klip video hitam putih yang memaparkan aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur wanita di sebuah hotel di sini yang menawarkan perkhidmatan seks.

Sehari selepas itu, Anwar membuat laporan polis berhubung rakaman video aksi seks itu dan menafikan bahawa dirinya adalah lelaki dalam video tersebut.

“Ini adalah serangan mengaibkan, melampau dan bermotif politik ke atas karakter serta reputasi saya dan keluarga saya,” kata Anwar dalam laporan polisnya.

Misteri “Datuk T” terjawab semalam apabila Datuk Shazryl Eskay Abdullah, seorang ahli perniagaan, mengaku beliaulah yang menunjukkan video itu kepada media terpilih di Hotel Carcosa Seri Negara Isnin lalu.

Pendedahan itu dibuat pada satu sidang media bersama bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik.

Shazryl juga mendedahkan bahawa “Datuk T” sebenarnya bermakna “trio” iaitu beliau sendiri, Rahim dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim, yang tidak hadir pada persidangan akhbar itu.

Dalam kenyataannya semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz menegaskan pendedahan tersebut tidak ada kaitan dengan Umno.

Katanya, tiga individu berkenaan bertindak atas kapasiti mereka sendiri dan langsung tiada kaitan dengan Umno. - MInsider