12 March 2011

All-England: Chong Wei hampiri kejuaraan

06 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 12 Mac - Jaguh perseorangan badminton negara Datuk Lee Chong Wei semakin hampir dalam melaksanakan misi mempertahankan kejuaraan apabila mara ke pusingan separuh akhir perseorangan lelaki Kejohanan All-England yang diadakan di Birmingham, England awal pagi ini (waktu Malaysia).

Perseorangan nombor satu dunia itu mudah menewaskan Boonsak Ponsana dari Thailand 21-15, 21-7 dalam masa 30 minit.

Menanti Chong Wei di gelanggang separuh akhir ialah pemain China, Chen Long yang menewaskan Peter Hoeg Gade dari Denmark 21-9, 22-20.

Satu lagi perlawanan separuh akhir melibatkan perseorangan nombor tiga dunia Lin Dan dari China, yang akan menentang pemain bukan pilihan Marc Wiebler dari Jerman.

55,000 penduduk Filipina pulang ke rumah selepas ancaman tsunami

06 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

MANILA: Lebih 55,000 penduduk Filipina di pesisir timur pantai Filipina pulang ke rumah masing-masing selepas ancaman tsunami susulan gempa teruk di Jepun.

Kerajaan Filipina mengarahkan penduduk yang tinggal di tepi laut meninggalkan kediaman mereka, semalam. - AFP

Gempa bumi kuat di perairan Timur Honshu, Jepun

06 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi kuat berukuran 6.5 skala Richter di perairan timur Honshu, Jepun pada jam 9.47 pagi tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa bumi adalah di 292 km dari timur laut Tokyo dan 4,243 km dari timur laut Kudat di Sabah. Gempa bumi itu membawa ancaman tsunami kepada Malaysia dan jabatan sedang memantau perkembangan berkenaan.

PAS ucap takziah kepada rakyat Jepun

06 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 12 Mac: PAS merakamkan ucapan takziah kepada rakyat Jepun ekoran gempa bumi paling kuat berukuran 8.9 skala Richter yang mengakibatkan ombak tsunami setinggi 10 meter menghentam timur laut Jepun semalam.

Difahamkan, tragedi paling buruk dalam tempoh 140 tahun itu mengorbankan sekurang-kurangnya 1,000 orang yang mati akibat lemas.

"Saya merakamkan takziah dan simpati kepada rakyat Jepun di atas musibah tsunami yang menimpa.

"Semoga mereka dapat bersabar dan menghadapinya dengan tabah," kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sehubungan itu juga beliu menyeru masyarakat seluruh duni khususnya rakyat Malaysia untuk sama-sama menghulur bantuan bagi membantu rakyat Jepun yang terlibat dalam tragedi itu.

"Harapan saya agar seluruh masyarakat dunia dapat menghulurkan bantuan dan bersama-sama rakyat Jepun menghadapi musibah ini," gesanya.

Sementara itu, pemerintah Jepun mengisytiharkan darurat di lima kawasan loji nuklernya di wilayah Fukushima selepas sistem penyejukan loji berkenaan termasuk sistem sokongan gagal berfungsi selepas gempa semalam.

Arahan berpindah juga turut dikeluarkan ekoran kebimbangan berlaku kebocoran dan peningkatan kadar radiasi ke kawasan sekitar yang dihuni puluhan ribu penduduk negara itu.

Difahamkan sekurang-kurangnya 20,000 penduduk telah pun dipindahkan dari kawasan berhampiran oleh pihak keselamatan negara itu.

Kawasan loji nuklear Fukushima disytihar darurat

06 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

TOKYO, 12 Mac: Pemerintah Jepun mengisytiharkan darurat di lima kawasan loji nuklernya di wilayah Fukushima selepas sistem penyejukan loji berkenaan termasuk sistem sokongan gagal berfungsi selepas dilanda gempa pada ukuran 8.9 skala Richter semalam.

Arahan berpindah juga turut dikeluarkan ekoran kebimbangan berlaku kebocoran dan peningkatan kadar radiasi ke kawasan sekitar yang dihuni puluhan ribu penduduk negara itu.

Difahamkan sekurang-kurangnya 20,000 penduduk telah pun dipindahkan dari kawasan berhampiran oleh pihak keselamatan negara itu.

Sementara itu satu gempa bumi kuat berukuran 6.5 pada skala Richter di perairan timur Honshu, berlaku pada pukul 9.47 pagi waktu tempatan hari ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa bumi adalah di 292 km dari timur laut Tokyo dan 4,243 km dari timur laut Kudat di Sabah.

Gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia dan jabatan sedang memantau perkembangan berkenaan.

Agensi berita Kyodo News pula melaporkan sehingga kini 398 ditemui mati manakala 805 lagi masih hilang.

Lebih 1,000 orang dikhuatiri terbunuh dengan kebanyakan kematian akibat lemas.

Sekurang-kurangnya 124 gegaran pada ukuran 5 skala Richter berlaku selepas gempa kuat 8.9 skala Richter yang mengakibatkan tsunami setinggi 10 meter semalam.

Lebih 1,000 dikhuatiri mangsa tsunami


06 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

Lebih 1,000 orang dikhuatiri terbunuh di Jepun ekoran kejadian tsunami setinggi 10 meter selepas gempa bumi sekuat 8.9 pada skala Richter, dengan kebanyakan kematian akibat lemas, lapor media tempatan.

Kira-kira 3,000 penduduk yang tinggal berdekatan loji nuklear di Wilayah Fukushima, utara Tokyo dipindahkan daripada kawasan tersebut.

Kerajaan menyatakan tiada kebocoran berlaku di loji berkenaan namun tahap radiasi semakin meningkat.

Gempa bumi paling kuat dalam tempoh 140 tahun dengan ukuran 8.9 pada skala Richter, melanda timur laut Jepun semalam, mencetuskan gelombang tsunami sehingga setinggi 10 meter.

Agensi berita Kyodo melaporkan, gegaran kuat itu menyebabkan kerosakan besar kawasan di utara Jepun, manakala gelombang tsunami memusnahkan hampir apa saja di laluannya termasuk ladang pertanian, bangunan, rumah, kapal, kenderaan dan menyebabkan kebakaran.

“Gempa menyebabkan banyak kecederaan, kebakaran dan gelombang besar memaksa beribu-ribu penduduk melarikan diri ke kawasan lebih tinggi untuk menyelamatkan diri,” lapor Kyodo.

Beberapa loji jana kuasa nuklear dan pusat penyulingan minyak ditutup manakala sebuah firma pengeluar besi utama terbakar. Kira-kira 4.4 juta rumah di bahagian utara Jepun terputus bekalan elektrik.

Kyodo melaporkan, sebuah hotel di bandaraya Sendai runtuh, menimbulkan kebimbangan ramai penghuni mungkin terperangkap.

“Keadaan sungguh teruk dan saya ketakutan. Saya tidak pernah mengalami gempa bumi sekuat ini sejak 20 tahun lalu,” kata seorang pengurus sebuah restoran di Akasaka, Hidekatsu Hata, 36.

Pengalaman beliau dikongsi koresponden Reuters di Tokyo Linda Sieg yang turut merasai gegaran kuat di pejabatnya.

“Bangunan pejabat kami bergegar kuat dan lama, menyebabkan ramai kakitangan mengambil topi keledar untuk melindungi kepala mereka, manakala yang lain bersembunyi di bawah meja,” katanya.

Stesen televisyen NHK menyiarkan imej gelombang tsunami menghanyutkan sisa bangunan, kenderaan di kawasan pantai Sendai yang mempunyai sejuta penduduk manakala kapal yang biasanya berada di pantai, dilihat terdampar di pelabuhan.

Asap hitam dilihat berkepul ke udara dari sebuah bangunan di Odaiba di pinggir Tokyo ketika perkhidmatan kereta api laju Jepun ke utara, terpaksa dihentikan.

Syarikat gergasi elektronik Jepun, Sony Corp, menghentikan operasi di enam kilangnya, ketika pesawat tentera udara dikejarkan ke pesisir pantai timur laut bagi meninjau tahap kerosakan yang berlaku.

Bank of Japan yang sedang berusaha meningkatkan ekonomi negara itu berkata pihaknya akan berusaha sedaya upaya memastikan pasaran kewangan terus stabil, ketika pasaran saham dan nilai yen jatuh.

Sementara itu, Pertubuhan Palang Merah di Geneva berkata paras air laut dilaporkan lebih tinggi di beberapa kepulauan Pasifik manakala amaran tsunami di seluruh wilayah itu kecuali Amerika dan Kanada.

- Reuters

Ramai yang jahil hakikat bertunang

06 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -
Ahmad Baei Jaafar

Bertunang hakikatnya satu perjanjian persetujuan untuk berkahwin. Apabila kedua-dua belah pihak bersetuju maka satu tanda ikatan dimaterai bersama. Sebagai tanda ikatan pihak lelaki dan perempuan akan saling menyarungkan cincin pertunangan dan ada juga yang memberikan hadiah lain.

Pada pandangan anda, apakah dengan persetujuan ini, sudah ada ikatan rasmi? Atau apakah hubungan mereka sudah semakin bebas?

Bagi memudahkan kita memahami stuasi ini, suka saya membandingkan pertunangan dengan “booking kereta” sewaktu kita bersetuju untuk membelinya di showroom kereta tersebut. Biasanya syarikat kereta itu akan meminta RM500 - RM1000 sebagai wang pendahuluan tanda jadi.

Kalau kereta yang dimaksudkan itu sudah ada di dalam showroom, mungkin proses pembeliannya hanya akan selesai dalam tempoh seminggu. Tetapi kalau belum ada, mungkin sebulan atau lebih bergantung kepada tempahan.

Walau bagaimanapun untuk membolehkah kereta itu dikeluarkan, pembeli perlu membayar 10 peratus daripada harga kereta tersebut dan bakinya akan diselesaikan oleh bank. Kemudian apabila kereta itu sudah didaftarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), barulah pembeli itu boleh membawa balik keretanya ke rumahnya.

Ya, berdasarkan proses di atas, bolehkah si pembeli yang baru memberi RM500 atau RM1000 itu, masuk dalam kereta tersebut dan membawa keluar dari showroom? Setahu saya, tidak dibenarkan. Dia hanya boleh masuk untuk duduk dan memegang stering dan mendengar injen sahaja, selebihnya tidak boleh. Tetapi kalau kereta terpakai (usecar), jurujual boleh membenarkannya untuk memandu dengan syarat jurujual itu duduk di sebelahnya.

Bayangkan kalau baru booking kereta, sudah begitu kedudukannya, apa pula hukumnya seseorang yang baru bertunang yang hanya sekadar menyarung cincin pertunangan. Jadi, pertunangan dalam Islam sepatutnya mencontohi proses di atas. Sebab itu dalam Islam tempoh pertunangan tidak digalakkan terlalu lama.

Sebenarnya dalam tempoh pertunangan itu terdapat beberapa perkara yang diharuskan. Antaranya ialah:

1. Perhubungan pasangan itu hanya boleh dilakukan di rumah perempuan dengan ditemani oleh mahramnya. Ini bermakna, kalau lelaki membawa kakaknya sebagai teman tidak memadai.

2. Jika lelaki mahu membawa keluar tunangnya, perlulah dibawa bersama ibu atau bapa perempuan itu atau sekurang-kurangnya abang atau kakak perempuan tersebut.

3. Dalam tempoh pertunangan mereka boleh saling mengenali antara satu sama lain untuk mencari keserasian.

4. Dalam keadaan apa sekalipun sentuhan baju tunang adalah dilarang apatah lagi menyentuh kulit termasuk tangan.

5. Tidak digalakkan pasangan tunang itu bermalam dan tidur di rumah pasangan masing-masing walaupun dalam bilik berasingan.

Syariat Dipertahankan Islam menyediakan peraturan syariat adalah untuk menjaga maruah diri dan keluarga tunang sebelum mereka berdua disatukan. Hakikatnya peraturan ini bukan bertujuan menyusahkan umat Islam. Malah sekatan dalam pertunangan itu boleh menjadikan mereka teruja untuk menunggu tarikh perkahwinan sebenar.

Bayangkan kalau pasangan itu sudah hidup seperti suami isteri dalam tempoh pertunangan, apakah mereka akan teruja dengan tarikh tersebut. Pada mereka, tarikh itu tidak penting lagi kerana kehidupan suami isteri sudah pun bermula. Malah jangan terkejut, ada kes seperti ini, yang lelaki bertindak memutuskan pertunangan atas alasan bakal isterinya tidak dara lagi.

Jelas di sini batasan yang dibuat ini adalah untuk keselamatan masa depan pasangan itu. Apa tidaknya, sebelum akad nikah pasangan itu masih suci, tidak ada dosa sentuhan, tidak ada dosa besar sama ada khalwat atau zina, tidak mencemarkan nama baik keluarga dan Islam. Jadi, pada waktu akad nikah mereka berdua adalah orang yang bersih di sisi Allah dan manusia.

Tetapi tahukah anda, jika sesuatu pasangan yang bertunang itu tidak mampu untuk mempertahankan syariat di atas, kehidupan mereka setelah berkahwin tidak begitu harmoni kecuali mereka benar-banar bertaubat sebelum diakadnikahkan. Allah yang maha pengampun bersedia mengampunkan dosa mereka jika mereka serius memohon keampunan kepada Allah.

Tetap tidak berganjak: MB

06 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KOTA BHARU - Kerajaan Negeri tidak berganjak dengan keputusan untuk mengekal tawaran yang dibuat sebelum ini kepada peniaga Bazar Tok Guru walaupun ditolak segelintir peniaga terbabit.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz berkata, Kerajaan Negeri membuat keputusan terbaik untuk kesemua peniaga di bazar terbabit dan kini terserah kepada mereka untuk menerima tawaran yang dibuat.

“Keputusan masalah Bazar ini tetap begitu, mereka nak terima atau tidak terpulang. Setakat ini sudah 100 orang terima termasuk yang sudah menandatangani (surat perjanjian) dan sebahagian dalam proses ke arah itu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Dataran Ilmu di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan wakil dari Bazar MPKB dan Arked Uda yang tidak bersetuju berpindah ke Bazar Tok Guru walaupun menerima tawaran dari Kerajaan Negeri.

Antara lain mereka menuntut janji Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang akan membina saiz kedai berukuran 10X 12 dan bukan 6X8 sebagaimana yang disediakan kini.

Dalam pada itu, Nik Aziz berkata, isu keretakan pada Bazar Tok Guru yang dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu tidak timbul kerana pihak kontraktor masih belum menyerahkan bangunan itu kepada Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Bangunan itu belum lagi serah kepada JKR, lain lah kalau JKR menerima (dengan bangunan retak) itu tidak betul. Kalau lihat stadium di Terengganu runtuh walaupun kontraktornya dari syarikat antarabangsa, ini kontrak orang Melayu,” katanya.

Dalam sidang media itu, Nik Aziz kecewa dengan segelintir peniaga yang mengkritik secara terbuka, Exco Kerajaan Negeri, Datuk Anuar Tan semasa majlis bersama peniaga terbabit di Tapak Arked Uda petang, kelmarin.

Sehubungan itu, beliau meminta individu terbabit secara terbuka memohon maaf kepada Anuar yang menurutnya banyak berkorban demi membantu masyarakat Kelantan.

“Kita patut kenang budi (Anuar), mana boleh kalau tak kena dengan angin kita, kita kritik, ini bukan masalah negeri, ini tidak betul. Saya nak orang itu mintak maaf depan orang ramai, buat pengumuman di surat khabar.

“Kalu nak serang sangat, serang ambo (saya), tidak mengapa, orang lain tebal tapak kaki, ambo tebal muka,” katanya.

Gambar Dataran MPKB 11 Mac 2011

06 Rabiulakhir 1432H. [MOD]. Tazkirah YAB. Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nil Mat mendapat perhatian dari ribuan pengunjung tetap dari seluruh pelusuk negara dan anak jati Kelantan pada setiap pagi Jumaat.

Pada Jumaat 11 Mac 2011 semalam, sebelum tuan Guru menyampaikan kuliah tafsir Al Qurannya, ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim terlebih dulu mengisi tazkirah slot pagi sekitar sejam.















Gambar : FB Khiruddin Tok Ngulu

Tazkirah ADUN Titi Serong di Kota Baharu.


06 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -11 Mac 2011/ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim sedang menyampaikan tazkirah di Dataran MPKB Kota Baharu, Kelantan. Beliau mencipa sejarah apabila menjadi orang Cina yang pertama menyampaikan tazkirah di tempat tersebut.

Japan tsunami NHK TV



Rabiulakhir 1432H. [MOD] -