11 March 2011

Jepun Digegar Gempa Kuat, Tsunami Badai Pantai Timur

05 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

Jepun Digegar Gempa Kuat, Tsunami Badai Pantai Timur

Jepun hari ini dilanda gempa bumi berukuran 8.9 magnitud di timur laut negara itu dan menyebabkan tsunami setinggi empat meter yang menghanyutkan kereta dan meruntuhkan bangunan di sepanjang perairan dekat pusat gempa.

Terdapat laporan kecederaan akibat daripada kejadian berkenaan di Tokyo.

Di beberapa tempat sepanjang perairan Jepun, rakaman televisyen menunjukkan kerosakan teruk akibat tsunami, dengan ratusan kereta, bot dan bangunan dihanyutkan air.

Sebuah kapal besar dihanyutkan tsunami yang merempuhnya ke arah tembok penahan di bandar Kesennuma, wilayah Miyagi, kata stesen NHK.

Jumlah kerosakan sedang dinilai manakala tiada maklumat lengkap mengenai kecederaan dan kematian akibat daripada gempa bumi.

Gempa bumi itu berlaku pada jam 2.46 petang dan diikuti siri gegaran kuat termasuk 7.4 magnitud kira-kira 30 minit selepas itu.
Akibatnya, satu amaran tsunami setinggi 10 meter dikeluarkan.

NONEMenurut Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS), gegaran itu berlaku kira-kira 130 kilometer di timur Sendai, Honshu pada kedalaman 24 kilometer.

Televisyen NHK dan saksi melaporkan, gempa bumi kuat itu turut mengakibatkan kecederaan dan menyebabkan sekurang-kurangnya satu kebakaran serta tsunami setinggi empat meter.

Berikut ringkasan perkembangan itu:

Reuters melaporkan tsunami setinggi 10 meter membadai pelabuhan Sendai dengan ombak terus merosakkan kawasan pertanian dan menghanyutkan rumah, kenderaan dan apa-apa sahaja di laluannya.

NONEKeadaan itu juga dilaporkan menyebabkan kebakaran dan tanah runtuh. Pusat penapisan di Chiba berhampiran Tokyo juga dilaporkan sedang terbakar.

Setakat ini bekalan elektrik kepada empat juta penduduk di Tokyo dan kawasan sekitarnya diuputuskan.

Kebanyakan laluan di Tohoku yang menyambung ibu negara Jepun itu dengan kawasan utaroa terputus.

Perkhidmatan keretapi ke utara Jepun juga dihentikan manakala lapangan terbang antarabangsa Narita ditutup. Ribuan penumpang terkandas dan dipindahkan manakala semua penerbangan dibatalkan.

Lapan pesawat tentera sedang meronda dan memantau kesan tsunami yang memusnahkan negara paling maju di Asia itu.

Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan mengarahkan tentera melakukan apa yang terdaya bagi membantu keadaan. Beliau dijangka akan mengadakan mesyuarat jemaah menteri.

Menurut jurucakap kerajaan lebih banyak tsunami dijangkakan.

Bank pusat Jepun pula memberi jaminan akan memastikan kestabilan pasaran kewangan.

Beberapa pusat tenaga nuklear juga ditutup secara automatik.

Serentak dengan perkembangan itu, beberapa negara seperti Cina dan Taiwan juga mengeluarkan amaran tsunami kepada penduduknya supaya berpindah.

- Reuters

Bekas PM Britain Sokong Kempen Anti-Taib

06 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 11 Mac - Bekas perdana menteri Britain Gordon Brown memberi sokongan kepada adik iparnya yang memperjuangkan kepentingan rakyat Sarawak dan hutan negeri itu, yang didakwa telah dieksploitasi oleh Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Menulis dalam akhbar The Independent semalam, Brown menggambarkan penebangan hutan Sarawak sebagai "jenayah alam sekitar paling buruk pada zaman kita."

Clare Rewcastle-Brown, yang mengakui bertanggungjawab atas kelahiran Radio Free Sarawak dan blog Sarawak Report dua minggu lalu, kritikal dengan kepimpinan Taib yang menjadi ketua menteri sejak 30 tahun lalu sambil mendakwa wujudnya amalan-amalan rasuah yang berleluasa dan kegiatan politik tidak sah lapor The Malaysian Insider.

Rewcastle memulakan operasi kedua-dua saluran itu akhir tahun lalu dan mendedahkan identiti bulan lalu ketika pilihan raya negeri disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat.

"Dia sibuk membesarkan keluarganya, dan tidak memburu pendedahan besar selanjutnya. Tetapi, apabila dia menyelidik komuniti di mana dia dibesarkan, dia terkejut apabila mengetahui jenayah alam sekitar paling besar dalam era kita," kata Brown.

Katanya, adik iparnya diganggu setiap kali melawat Malaysia dan dimaklumkan bahawa dia disenaraihitamkan.

"Dia juga ada menerima ugutan bunuh," tulis Brown.

Selasa lalu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammudin Hussein berkata, siasatan terhadap Radio Free Sarawak, stesen radio yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini, telah pun bermula dengan memberi tumpuan kepada kandungan yang disiarkan kepada orang ramai.

"Ini bukanlah tentang politik, ini mengenai penyebaran pembohongan berniat jahat, isu membabitkan perpaduan dan keharmonian kaum," katanya.

Hishammuddin bagaimanapun berkata pada masa ini tiada tindakan undang-undang yang boleh diambil terhadap Radio Free Sarawak memandangkan siasatan masih berjalan.

Sayap Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) membuat laporan polis dengan mendakwa radio itu beroperasi secara tidak sah dan menyebarkan tuduhan palsu, khususnya terhadap Taib.

Akhir bulan lalu, Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang percaya stesen radio Radio Free Sarawak beroperasi dari Melaka, bukannya di London, sebagaimana disangkakan.

"Saya ada mendengar tentang kewujudannya. Saya juga difahamkan ia beroperasi di Melaka, bukan di London, seperti yang dipercayai," kata beliau.

Laporan London Evening Standard beberapa hari sebelum itu menyebut siaran Radio Free Sarawak dikendalikan oleh adik ipar Brown dan seorang warga keturunan Dayak dari London.

Akhbar tabloid itu mendedahkan, Rewcastle juga penulis Sarawak Report, yang sehingga kini merupakan blog tanpa diketahui nama pengendalinya, yang turut mengkritik kerajaan Barisan Nasional dan mencatatkan 18,000 hit setiap hari.

Menurut akhbar itu, Rewcastle dan Peter John Jaban, yang dikenali sebagai Papa Orang Utan oleh pendengar stesen tersebut, telah memutuskan untuk mendedahkan identiti mereka menjelang pilihan raya umum Sarawak, dijangka diadakan April ini.

Rewcastle, 51, berkata peranannya ialah memberikan "peluang kepada 2.5 juta penduduk Sarawak yang ditindas."

Program radio itu disiarkan dari sebuah restoran di Covent Garden, yang terletak di tengah London, ke Sarawak yang jauhnya kira-kira 10,000km.

Menurut akhbar itu, kedua-dua mereka merahsiakan identiti masing-masing kerana bimbang Taib, 74, yang dikatakan salah seorang tidak berbelas kasihan dan lelaki paling kaya di dunia - didakwa lebih kaya berbanding Sultan Brunei, akan mendapatkan mereka dengan apa jua cara sekalipun.

Salang berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mengambil tindakan terhadap dakwaan wujudnya stesen radio haram Radio Free Sarawak sekiranya terdapat laporan polis mengenainya.

Tv Selangor/-

Hamas lantik menteri luar, wanita ke kabinet baru

06 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

PALESTIN, 11 Mac: Buat kali pertama sejak mengambil alih kuasa di Gaza 2007, Hamas semalam mengumumkan Kementerian Luar diwujudkan dan melantik seorang wanita dalam kabinet baru mereka.

Perdana Menteri, Ismail Haniyeh melantik Muhammad Awad sebagai Menteri Luar yang juga turut memegang potfolio Perancangan.

Manakala Kementerian Wanita pula diamanahkan kepada Jamila Al Shanti.

Perubahan terbaru itu bagaimanapun masih mengekalkan kesemua 15 ahli kabinet sebelum ini.

Ianya merupakan kali pertama Hamas mewujudkan kementerian untuk hubungan antarabangsa dan Kementerian Wanita.

Rabu lalu, Hamas membayangkan akan menawarkan kabinet baru yang digambarkansebagai inisiatif baru perpaduan rakyat Palestin.

Penambahan kementerian baru itu juga dilihat sebagai kesediaan Hamas untuk menyampaikan pandangan tentang mereka yang lebih terbuka kepada dunia luar.

Harakahdaily/-

Tsunami Di Jepun Setelah Gegaran 8.8 Skala Ricther!!

06 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

An earthquake measuring 8.9 struck off the northeast coast of Japan on Friday, shaking buildings in the capital Tokyo, causing "many injuries", major tsunami damage and at least one fire.

The Japanese public broadcaster NHK showed cars, trucks, houses and buildings being swept away by tsunami in Onahama city in Fukushima prefecture. Black smoke was seen billowing from a building in Odaiba, a Tokyo suburb, and bullet trains to the north of the country were halted.

Television showed cars bobbing in water along side fishing boats. A 50 cm tsunami hit Japan's northern coast.

"The building shook for what seemed a long time and many people in the newsroom grabbed their helmets and some got under their desks," Reuters correspondent Linda Sieg said.

"It was probably the worst I have felt since I came to Japan more than 20 years ago."

US officials said the 8.8-magnitude quake struck about 250 miles (400km) from Tokyo at a depth of 20 miles. The stock market extended its losses after the quake was announced.

Japan's northeast Pacific coast, called Sanriku, has suffered from quakes and tsunamis in the past and a 7.2 quake struck on Wednesday. In 1933, a magnitude 8.1 quake in the area killed more than 3,000 people. Last year fishing facilities were damaged after by a tsunami caused by a strong tremor in Chile.

Earthquakes are common in Japan, one of the world's most seismically active areas. The country accounts for about 20 percent of the world's earthquakes of magnitude 6 or greater.

A tsunami warning was in effect for Russia, Marcus Island and the Northern Marianas. A tsunami watch has been issued for Guam, Taiwan, the Philippines, Indonesia and US state of Hawaii.

EDYESDOTCOM

KDN Diminta Beri Penjelasan 59 Kes Salahlaku Pegawai SPRM

06 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 11 MAC: Kementerian Dalam Negeri diminta memberi penjelasan berhubung 59laporan polis antara tahun 2005 hingga 2010 dakwaan pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM ) mengunakan kekerasan semasa menjalankan siasatan.

Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo berkata penjelasan dari KDN adalah perlu supaya tidak timbul keraguan berhubung perkara ini memandangkan dalam tempoh itu, banyak kes dilaporkan berlaku namun tiada sebarang pendakwaan dilakukan.

Bercakap pada sidang media di lobi parlimen , ujar Gobind, kenyataan yang diterima dari KDN menyatakan dari semua kes itu sebanyak 23 kes masih dalam siasatan polis dan 29 dalam tindakan Timbalan Pendakwa Raya manakala tujuh kes lagi dikategorikan sebagai kes Tiada Tindakan Susulan.

Tambahnya, kes seperti ini adalah serius dan pihak kementerian perlu memberi jawapan mengenainya.

Bahkan timbul persoalan, mengapa pegawai SPRM tidak diawasi kamera litar tertutup atau CCTV atau sistem lain bagi melindungi orang awam yang disoal siasat.

KDN jelasnya, harus mengambil tindakan tegas bagi mengatasinya serta mengurangkan kejadian seperti itu kerana ia dilaporkan sejak 2005.

Ujar beliau kes-kes itu telah menonjol sebelum kematian Teoh Beng Hock lagi dan menimbulkan desakan supaya prosedur SPRM diperketatkan.

Tv Selangor/-

Pelajar Malaysia serbu Kedutaan Mesir

06 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

SEBAHAGIAN pelajar Malaysia memenuhi pekarangan Kedutaan Mesir untuk memohon dan mengambil visa untuk pulang ke Mesir, di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR: Pejabat kedutaan Mesir di ibu negara diserbu warga tempatan yang menuntut di beberapa pusat pengajian tinggi di negara Asia Barat itu sejak Isnin lalu, bagi mendapatkan visa untuk menyambung pengajian yang dijangka bermula pertengahan bulan ini.

Ketua Unit Akademik Pelajar Malaysia di Universiti Alexandria, Mohammad Akmal Zakaria, berkata lebih 200 pelajar memohon visa sejak pengumuman Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman keputusan kerajaan membenarkan pelajar menyambung pengajian di Mesir.

“Ada yang datang seawal jam 7 pagi termasuk saya, walaupun kaunter dibuka jam 10 pagi untuk beratur mendapatkan borang pendaftaran.

“Begitu juga Selasa, Rabu dan hari ini (semalam) masih penuh dengan pelajar yang memohon visa. Malangnya, pentadbiran kedutaan hanya menyediakan satu kaunter pada jam 10 pagi sebelum membuka kaunter tambahan selepas menyedari terlalu ramai pelajar, selain tempoh berurusan hanya dua jam sebelum ditutup pada jam 12 tengah hari yang menimbulkan masalah kepada pelajar,” katanya ketika ditemui di kedutaan berkenaan di sini, semalam.

Berita Harian/-

AS: Keupayaan Siber China Membimbangkan

06 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

WASHINGTON 11 Mac - Pengarah Perisikan Kebangsaan Amerika Syarikat (AS), James Clapper menyifatkan peningkatan keupayaan China dalam perang siber dan pengumpulan risikan adalah satu 'kebimbangan menggerunkan' kepada AS.

"China telah membuat pelaburan besar dan mereka mempunyai organisasi yang menumpukan kepada bidang ini serta bertindak sangat agresif.

"Ini hanya satu daripada cara mereka mendapatkan dan mengumpulkan maklumat tentang kita untuk tujuan teknologi," katanya kepada Jawatankuasa Perkhidmatan Tentera Senat, semalam.

Beliau berkata demikian pada pendengaran tahunan berhubung ancaman keselamatan global, tetapi tidak menyatakan aktiviti siber negara Komunis itu.

Tv Selangor/-

Anwar : Serangan Mahathir Cerminkan Peribadi Fitnahnya

06 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

Kesungguhan Tun Mahathir Mohamad menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya mencerminkan keperibadian mantan Perdana Menteri itu yang sentiasa bingkas untuk mencaci dan menfitnah orang.

Justeru, kata Anwar, tidak ada keperluan lagi untuk beliau menjawab satu persatu tohmahan terbaru Mahathir dalam buku yang ditulis mengenai kisah hidupnya berjudul Seorang doktor di rumah.

"Kita bukan nak caci mencaci atau menfitnah orang, ianya tidak akan kemana. Kalau nak jawab Dr Mahathir pun tidak guna juga. Beliau sudah menjadi Perdana Menteri 22 tahun," Anwar berkata pada ceramah di Bukit Jugra Banting.

"Kita bandingkan Saidina Umar Abdul Aziz yang memerintah dua tahun setengah dengan begitu berjaya sehingga tidak ada orang miskin untuk diberi bantuan zakat. Tetapi Dr Mahathir dalam 22 tahun pemerintahanya, mana nak membantu orang miskin, yang dibantuk ialah orang-orang kaya dengan berbilion ringgit iaitu kawan-kawan dan anak beliau" tambah beliau.

Dalam buku Seorang Doktor diRumah nukilannya, Mahathir menunding jari terhadap pelbagai pihak termasuk Anwar sebagai punca masalah- masalah negara di sepanjang pemerintahannya.

Beliau mengulangi tuduhan-tuduhan bersabit peri laku moral Anwar bagi menghalalkan tindakannya memecat Anwar pada tahun 1998.

Anwar memberitahu ratusan orang di Banting bahawa Pakatan Rakyat menjadi musuh utama Umno dan Dr Mahathir kerana gagasan itu ingin membebaskan negara ini daripada rasuah dan penyelewengan kuasa yang berleluasa sekian lama.

Sebagai contoh, syarikat- syarikat kroni termasuk syarikat milik anak Mahathir, Mokzani diberikan kontrak- kontrak lumayan Petronas bernilai RM23 bilion.

"RM23 billion itu ada tiga syarikat dapat, yang pertama ialah Kencana milik Mohzani Tun Dr Mahathir iaitu salah satu daripada tiga melayu paling kaya di Malaysia. Kalau nak berniaga sampai untung berbilion ringgit menterkedarah , berniagalah, tapi jangan sampai begitu menketedarah(gelojoh). Rakyat yang susah," kata Anwar.

"Kita kata 23 billion ini untuk syarikat tempatan, syarikat tempatan itu siapa? yang ini mereka (UMNO) marak kepada kita sebab kita bongkar kerana mahu selamatkan negara,"

Anwar menggesa masyarakat Melayu supaya menilai laungan-laungan dan slogan yang dicanangkan oleh pemimpin Umno serta reliati sebenar mengenai nasib mereka di bawah pemerintahan Umno.

"Orang Umno selalu laungkan kononnya "darah Melayu kita pertahankan dan kuasa melayu ditegakkan habis-habisan, kita tidak mahu melayu jadi pengkhianat. Saya nak tanya pengkhianat apa? Mereka cuma menjaga diri dan anak mereka," kata Anwar.

Anwar berkata skandal PKFZ adalah contoh paling jelas bagaimana pemimpin Umno bersekongkol dengan pimpinan MCA untuk mengaut keuntungan berbilion ringgit.

"Mereka (Umno) cakap kalau Pakatan Rakyat memerintah, Anwar Ibrahim dan Nik Aziz akan menyerah semuanya kepada DAP. Tetapi kita tengok kes Ling Liong Sik (bekas Presiden MCA) dituduh menipu Mahathir, dan lepas itu Chang Kong Choy menipu satu lagi Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi...maknaya pemimpin Umno ini semuanya bodoh, habis kena tipu dengan MCA" kata Anwar.

Ling dan Chan adalah dua pemimpin tertinggi MCA yang dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membohong jemaah menteri yang diketuai oleh Mahathir dan Abdullah Badaw ketika itu berhubung bayaran pampasan untuk tapak PKFZ dan pinjaman tambahan bagi menjayakan projek itu.

Projek itu menyebabkan kerajaan kerugian sehingga Rm12 bilion.

Anwar berkata rakyat tidak lagi boleh menanggung beban untuk memberikan tempat kepada pemimpin-pemimpin rasuah tetapi harus mendokong pemerintahan yang amanah dan telus.

"Orang yang berjuang, bersiah dikatakan pengkhianat dan perasuah manakala perasuah dan pengkhianat pula diangkat sebagai pemerintah dam penguasa, ini kita kena jaga," tegas Anwar

Tv Selangor/-

Empat bakal guru maut dalam nahas di Lebuh Raya Timur Barat

06 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

IPOH: Empat penuntut Maktab Perguruan Sultan Mizan, Besut terbunuh apabila kereta yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta lain di Kilometer 12Lebuh Raya Timur Barat dekat Gerik semalam.

Mereka terdiri Joseph Phuah, 19, dari Sungai Bakap, Pulau Pinang, Yap Sin Wei, 20, berasal dari Seberang Perai, Pulau Pinang, Goh Shu Win, 19, dari Butterworth, Pulau Pinang dan M Iniyan, 19 dari Taiping.

Ketua Polis Trafik Perak, Supt Wan Abdullah Ishak, berkata bahawa dalam nahas yang berlaku pada jam 4.30 petang itu, Yap dan Iniyan mati di tempat kejadian manakala Phuah meninggal dunia di Hospital Gerik pada 8 malam tadi dan Goh meninggal dunia di Hospital Taiping pada jam 5 pagi tadi.

"Keempat-empat mangsa dalam perjalanan ke Pulau Pinang," katanya ketika di hubungi Bernama hari ini.

Wan Abdullah berkata, bahawa semasa kejadian kereta jenis Proton Iswara yang dipandu oleh Phuah dipercayai gagal dikawal ketika melalui selekoh dan menuruni bukit lalu terbabas ke kanan jalan dan dirempuh sebuah kereta jenis Toyota Camry dari arah bertentangan.

Katanya, anggota Bomba dan Penyelamat dikejarkan ke tempat kejadian untuk mengeluarkan keempat-empat mangsa yang tersepit dalam kereta itu.

Beliau berkata, pemandu kereta Toyota Camry cedera ringan dan dirawat di Hospital Gerik.
Bapa Goh, Goh Kong Huaw, 48, ketika ditemui di Hospital Taiping, berkata kejadian itu diketahui apabila beliau dihubungi melalui telefon oleh rakan anaknya yang menaiki sebuah kereta lain.

Goh, yang bekerja di Johor Baharu, kemudian bergegas ke Taiping untuk menuntut mayat anaknya.

Katannya, sebelum itu, anaknya menghubunginya semalam mengatakan hendak pulang kerana bercuti.

Berita Harian/-

Tsunami Landa Jepun Selepas Gempa Bumi Kuat

06 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

JEPUN 11 MAC : Satu gempa bumi kuat pada 8.9 skala richter menggegarkan Jepun dan amaran tsunami setinggi antara 4 - 6 meter dikeluarkan.

Mengikut Jabatan Meteorologi Malaysia gempa bumi kuat itu bermagnitud 7.4 skala Richter telah berlaku di berhampiran Perairan Timur Honshu, Jepun pada pukul 2.15 petang.

Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 36.0 Utara longitud 141.2 Timur. 4078 km timur laut Kudat, Sabah.

Sementara itu menurut USGS gempa kuat itu dikesan dengan kekuatan 8.9 pada skala richter.

Tv Selangor/-

Gempa Bumi Kuat 6.5 Skala Richter Gegar Laut Bali

06 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

PETALING JAYA 11 MAC : Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.5 pada skala Richter telah berlaku di Laut Bali pada 01.09 pagi tadi.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan berkata pusat gempa bumi terletak di 7.1º Selatan dan 116.8 Timur, 1033 km dari tenggara Sarikei, Sarawak.

Gempa bumi kuat itu tidak mendatangkan ancaman tsunami.

Jabatan Meteorologi Malaysia sedang memantau perkembangan ini dan akan memaklumkan sebarang maklumat terkini.

Tv Selangor/-

PAS hulur sumbangan, bantu pelajar Malaysia di Mesir

06 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 11 Mac: Seramai 200 orang pelajar Malaysia di Mesir termasuk ahli keluarga mereka yang tidak pulang ke tanah air ketika pergolakan di negara itu baru-baru ini telah menerima bantuan dari PAS.

Bantuan tersebut telah disampaikan oleh Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, sempena lawatan singkatnya ke Mesir baru-baru ini.

Menurut Syed Azman, beliau telah mengambil kesempatan melawat pelajar-pelajar Malaysia di bandar Cairo dan Iskandariah yang tidak mengikuti misi menyelamat ops piramid yang dibuat kerajaan baru-baru ini.

Katanya, bantuan tersebut berupa sedikit wang dari dana Tabung Kemiskinan Harakah (TKH) yang dihulurkan bagi meringankan beban yang ditanggung oleh pelajar-pelajar yang memerlukan bantuan.

"Sempena kunjungan itu, saya turut meluangkan sedikit masa untuk beramah mesra dengan mereka, di samping meninjau keadaan terkini mereka di sana," katanya ketika ditemui Harakahdaily di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini.

Sumbangan tersebut menurutnya, telah diterima wakil pelajar Malaysia di Mesir dan mereka merakamkan ucapan terima kasih di atas keprihatinan PAS membantu mereka.

Dalam lawatan itu, Syed Azman yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sempat bertemu dengan pimpinan Ikhwan Muslimin termasuk Mursyidul Amnya, Dr Mohamad Al Badie' untuk bertukar pandangan.

Harakahdaily/-

Mat Said kena jawab banyak isu besar

06 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

Menteri Besar dan kerajaan Terengganu perlu telus dan kauntabiliti

KUALA TERENGGANU - Menjelang Himpunan Kebangkitan Rakyat; PAS Ganti Umno kali yang kedua yang akan diadakan di Jerteh, Besut Terengganu, rakyat perlu penjelasan yang munasabah berkenaan isu-isu besar yang belum terjawab sehinggan kini

Bagaimana kedudukan tuduhan rasuah ke atas ADUN Kijal

Ketika ADUN Kijal Dato' Seri Ahmad Said disebut-sebut, akan menggantikan ADUN Jerteh, Dato' Seri Idris Jusoh, sebagai Menteri Besar Terengganu, sebuah stesyen TV telah menyiarkan berita rasuah ADUN tersebut.

TV3 menyiarkan berita tentang seorang ADUN daripada Kijal yang terlibat dengan rasuah dan penyelewengan terhadap perlaksanaan tiga projek; Mercu Tanda Kemaman, Pembinaan Dewan Seri Amar di bandar Chukai dan pembangunan Bandar Baru Kijal.

Pada 11 Oktober, 2005 dengan Rujukan (MPK/KEJ/8/2005), Majlis Perbandaran Kemaman telah mengeluarkan tender cadangan membina Mercu Tanda Kemaman yang terletak Persimpangan Pusat Perniagaan Chukai Utama, Chukai, Terengganu, berhadapan dengan Balai Bomba daerah Kemaman.

Tender tersebut telah dibida oleh sebuah syarikat; ZHA Development Sdn. Bhd.(ZHADSB) yang beralamat di K03, Lot 3195k, Tingkat Dua, Komplek Permint Harmoni, Jalan Batas Baru dengan harga RM3.99 juta

Salah seorang pemilik ZHASB adalah Ahmad Zubir Azhari, selain Din Jusoh dan Haslina Abdul Rahim.

Nama Ahmad Zubir Azhari muncul dalam semakan bersama senarai Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Kuala Nerus, memegang jawatan Bendahari

Mercu Tanda Kemaman telah disiapkan ZHASB sekitar tahun 2006, namun tidak berapa lama kemudian ia telah rosak dan tidak dapat berfungsi langsung.

Menteri Besar dan kerajaan negeri Terengganu perlu memberi penjelasan mengapa TV3 telah menyenarai pembinaan Mercu Tanda Kemaman sebagai salah satu projek yang melibatkan rasuah dan penyelewengan yang dilakukan oleh ADUN dari Kijal.

Oleh kerana ianya melibatkan wang rakyat jutaan ringgit dan tuduhan tersebut telah disiarkan secara terbuka, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu tampil dan memberi penjelasan yang sewajarnya.

Sekiranya ADUN terbabit tidak melakukan sebarang rasuah atau penyelewengan, SPRM perlu bertindak ke atas TV3 yang telah menyiarkan berita 'bohong ;lagi palsu' kerana ia melibatkan kepentingan orang ramai.

Menteri Besar dan kerajaan Terengganu juga perlu memberikan secara terperinci bagaimana binaan monumen tersebut yang hanya melibatkan batu, pasir, simen dan besi menelan kos RM3.99 juta.

Begitu juga dengan dua kes lagi yang disiarkan oleh TV3 iaitu Pembinaan Dewan Seri Amar dan Bandar Baru Kijal.

SPRM perlu membersihkan nama ADUN Kijal dan mengambil tindakan ke atas TV3 sekiranya tidak ada sebarang perlakuan rasuah dan pemyelewengan yang berlaku.

Bagaimana kedudukan tuduhan rasuah ke atas ADUN Kemasik?

Agensi berita Bernama pada 3 Ogos, 2009 telah melaporkan, seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Terengganu telah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2 Ogos.

ADUN tersebut dilaporkan ditahan berhubung dakwaan meminta wang habuan daripada sebuah syarikat, bersama-sama dua rakannya.

Beliau ditahan SPRM kira-kira pukul 9.20 pagi di sebuah hotel di Kijal dekat sini, kerana dipercayai meminta habuan antara 10 hingga 13 peratus daripada nilai satu projek landskap bernilai RM2 juta daripada syarikat berkenaan.

ADUN tersebut, yang ditahan reman keesokkannya, ketika ditahan, terdapat wang tunai sebanyak RM5,000.

Turut dikenakan perintah tahanan reman sehingga 7 Ogos itu ialah dua rakan Adun terbabit yang dipercayai terlibat dalam meminta wang sogokan itu.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen di sini Rofiah Mohamad.

Ketiga-tiga mereka kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemanan untuk siasatan lanjut.

Manakala akhbar The Malay Mail pada 3 Ogos melaporkan, Pengarah Penyiasatan SPRM, Datuk Shukri Abdull berkata kes penahanan ADUN Kemasik Rosli Othman dan rakannya Ramli Abdullah 'tidak di politikkan'.

Akhbar berbahasa Inggeris itu dengan jelas melaporkan;

"Shukri said Rosli and Ramli are expected to be produced before a magistrate’s court today in Kemaman, Terengganu, to be remanded for investigations to commence on a claim that a contractor had paid a RM20,000 bribe as inducement to secure a landscape project in Kuala Lumpur for one Cekal Sekitar Sdn Bhd.

It was learnt that Rosli was picked up at about 9.30am at a hotel in Kemaman, a quiet town south of Kuala Terengganu, with another man. Malay Mail also learnt that MACC officers had found RM5,000 on him. A source said the two were detained at the Kemaman police station and would be produced in court today.

The MACC is applying for a five-day remand order to detain them to facilitate investigations. Other than an assemblyman, Rosli, 42, an engineer by profession, also holds the deputy chairman post of the State Local Government and Housing Committee. A graduate of the University of Middlesex in London, the Bukit Kukuran Umno branch chairman beat Pas’ Mohamad Mahadi Nawi in the 2008 polls by over 2,000 votes."

Namun sehingga kini, tuduhan terhadap ADUN Kijal, Dato' Seri Ahmad Said, ADUN Kemasik Rosli Othman dan rakannya Rosli Abdullah terus menjadi tandatanya.

Sedangkan pada 22 November 2007, Pengarah BPR (kini SPRM) negeri Terengganu, Sharuddin Sapian pernah mengesahkan bahawa seorang ahli politik terkenal Terengganu adalah antara 70 orang yang telah disiasat oleh BPR sejak awal 2007.

Namun Shaharudin enggan mengulas lanjut dan hanya mengatakan, identiti serta maklumat berhubung ahli politik itu hanya boleh didedah apabila kertas siasatan mengenainya siap.

Rumah Biru Tepi Bukit

Selain perkara yang melibat rasuah serta penyelewengan, sehingga kini rakyat Terengganu perlu diberi penjelasan mengenai rumah biru tepi bukit yang kini diketahui ramai milik Menteri Besar negeri Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said,

Oleh kerana ketika rumah tersebut dibina, Ahmad masih seorang Exco kerajaan, maka bagaimanakah seorang pegawai kerajaan boleh membina sebuah rumah yang dilaporkan bernilai mencecah RM3 juta.

Apatah lagi kini, Ahmad yang sudah bergelar Menteri Besar, seharusnya menjadi contoh ikutan kepada para Adun lain.

Justeru, perincian perbelanjaan rumah tersebut mestilah dibuat secara telus dan akuntabiliti, butiran perbelanjaan dan dari manakah datangnya wang yang banyak tersebut?BO

Himpunan berita politik Pakatan Rakyat

14 maut, 135 Cedera Gempa Di China

06 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

BEIJING : Sekurang-kurangnya 14 terkorban manakala 135 lagi cedera selepas gempa bumi melanda di kawasan terpencil di barat daya China berhampiran sempadan Myanmar, hari ini.

Gempa berukuran 5.4 magnitud itu berlaku jam 12.58 tengah hari waktu tempatan dengan pusat gempa terletak di 225 kilometer di barat Dali dalam Wilayah Yunnan, lapor Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS).

Pegawai bencana wilayah berkenaan berkata, pihak berkuasa setakat ini menerima laporan angka kematian 14 orang dan 135 cedera.

Siaran televisyen awal hari ini menyebut lebih 200 orang cedera dalam kejadian itu.

"Banyak rumah runtuh akibat gegaran kyuat itu," lapor agensi berita Xinhua.

Saksi juga memberita, sebahagian sebuah pasar raya dan sebuah hotel juga ranap dan beberapa mangsa dikatakan terperangkap.

Tv Selangor/-

Kes Anwar : Rosmah Turut Jumpa Saiful, Kata polis

06 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 11 MAC : Isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor menemui pengadu Saiful Bukhari Azlan terlebih dahulu sebelum Saiful bertemu dengan Datuk Seri Najib Razak Jun 2008, pegawai penyiasat kes fitnah liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim mengaku di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Timbalan Penguasa Jude Pereira berkata beliau merakamkan kenyataan daripada Rosmah tetapi tidak mengambil keterangan daripada Najib.

Keterangan Jude memperakui pembabitan langsung Rosmah dan Najib dalam tuduhan fitnah liwat yang di kenakan terhadap Anwar yang selama ini menegaskan wujud agenda politik untuk sekali lagi mensabitkan beliau atas tuduhan liwat, menggunakan bukti reka cipta, sebagaimana yang berlaku pada tahun 1998.

Tv Selangor/-

Facebook palsu Muslimat PAS Kelantan

06 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KOTA BHARU, 11 Mac: Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan mendedahkan ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah membuka akaun facebook dengan menyamar sebagai milik dewan berkenaan.

Setiausahanya, Zainiah Abdul Halim ketika memberitahu Harakahdaily berkata, individu atau pihak tersebut telah menyamar menggunakan nama "Muslimah Pas Negeri Kelantan".

Katanya, bukan sahaja membuka facebook sebaliknya telah mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan serta tidak sejajar dengan dasar perjuangan PAS.

Sehubungan itu, menurutnya, DMPN Kelantan dengan tegas meminta pihak yang tidak beretika itu menutup akaun facebook tersebut dengan segera.

Zainiah juga turut berpendapat, facebook itu diwujudkan bertujuan untuk memburukkan imej PAS di samping memberi gambaran buruk pada masyarakat berhubung dasar perjuangan parti yang kini semakin diterima pelbagai bangsa dan rakyat di negara ini.

“Facebook rasmi Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan adalah "Dewan Muslimat Pas Kelantan",” ujarnya pada satu kenyataan.

Harakahdaily/-

412 pelatih PULAPOL kena kuarantin elak jangkitan

06 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

PEKERJA membersihkan saluran parit di luar pintu masuk PULAPOL KL berikutan penularan ‘Adenovirus’ Jumaat lalu.
Pasukan perubatan pantau penularan di pusat latihan

KUALA LUMPUR: Seramai 412 pelatih inspektor dan konstabel dikuarantin di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (PULAPOL KL) sehingga semalam bagi pemerhatian dan rawatan berikutan jangkitan Adenovirus yang mula dikesan merebak, Jumaat lalu.

Komandan PULAPOL KL, Senior Asisten Komisioner Zulkifli Mohamed, berkata kuarantin itu bagi mengawal penularan virus berkenaan susulan kematian seorang pelatih konstabel, Mohd Azizan Azirid, 25, malam Selasa lalu, selepas dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana disyaki mengalami ‘Influenza Light Illness’.

“Semua 412 pelatih itu sedang diberikan rawatan oleh Pasukan Khas Kementerian Kesihatan, membabitkan lapan doktor dan 32 petugas perubatan yang ditempatkan di sini. 1,501 pelatih lagi disahkan sihat dan tidak mengalami sebarang jangkitan tetapi masih diletakkan di bawah pemantauan.

“Mereka juga tidak dibenarkan meninggalkan pusat latihan atau menerima pelawat, termasuk anggota keluarga bagi mengelak penularan jangkitan virus itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Seramai 1,945 pelatih sedang mengikuti latihan di PULAPOL KL, masing-masing 993 pelatih inspektor dan 952 pelatih konstabel, tidak termasuk 854 pegawai dan kakitangan bertugas.

Zulkifli berkata, pihaknya membuka dua talian khas, 03-26882062 dan 03-26882009 bagi memudahkan anggota keluarga pelatih menghubungi Bilik Gerakan PULAPOL KL untuk mendapatkan perkembangan terkini keadaan pelatih.

“Sebarang perkembangan akan dimaklumkan kepada orang ramai, khususnya keluarga pelatih dari semasa ke semasa. PDRM dengan kerjasama agensi berkaitan, termasuk Kementerian Kesihatan sedang berusaha menangani pemasalahan ini.

“Kita akan menghubungi ahli keluarga pelatih sekiranya ada mana-mana pelatih disahkan atau disyaki mengalami jangkitan virus itu,” katanya.

Beliau turut memaklumkan 31 pelatih masih menerima rawatan lanjut di HKL, masing-masing empat pelatih inspektor dan 27 pelatih konstabel dan keadaan mereka dilaporkan stabil.

Mengenai operasi PULAPOL KL, Zulkifkli menjelaskan semua bentuk latihan kini dihentikan bagi mengelak risiko jangkitan virus dan hanya akan disambung semula selepas mendapat kebenaran Kementerian Kesihatan.

Sementara itu, tinjauan mendapati tiada sebarang pergerakan keluar masuk di pusat latihan berkenaan, malah seluruh kawasan dikawal rapi. Sekumpulan pelatih dilihat membersihkan kawasan persekitaran.

Hardi Effendi Yaacob
Berita Harian/-

Amaran hujan lebat peringkat jingga

06 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA TERENGGANU - Jabatan Meteorologi Malaysia semalam mengeluarkan kenyataan nasihat Hujan Lebat (Peringkat Kuning) yang dikeluarkan pada 8 Mac lalu ditingkatkan kepada Amaran Hujan Lebat (Peringkat Jingga).

Menurut kenyataan itu, hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana yang berlaku di Terengganu iaitu di daerah Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Setiu dan Besut dijangka akan berterusan sehingga 10 Mac.

Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan berkedudukan rendah dan berdekatan tebing sungai.

Amaran angin kencang dan laut bergelora (kategori pertama) juga dikeluarkan, dengan angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Terengganu dan Kelantan.

Ia dijangka berterusan sehingga Ahad ini.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Sinar Harian/-

Kilang 'pengeluar radioaktif' di Pahang , bahaya kepada rakyat tapi Umno pandang untung sahaja

06 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

Kilang 'pengeluar radioaktif' pernah mencuba di Perak


1. Penduduk sekitar daerah Kuantan dan Gebeng sekali lagi terdedah kepada ancaman sisa radioaktif yang bakal terhasil apabila sebuah Syarikat Australia Lynas Corp. akan membina Pusat Pemprosesan Tanah Jarang [ rare earth ] yang terbesar di dunia dengan nilai RM 700 juta.

2. Kilang serupa pernah cuba dibina di Bukit Merah Negeri Perak pada tahun 80an [ 82 - 87 ] yang lalu, namun mendapat bantahan hebat dari pelbagai pihak kerana ia memberi kesan buruk kepada kesihatan penduduk seperti cancer, leukemia, cacat malah ada yang meninggal dunia. Sekarang mereka membinanya pula di Pusat Industri Gebeng Kuantan Pahang yang letaknya tidak jauh dari kawasan penempatan awam yang besar di daerah Balok , Beserah dan Pelindung.

(Gambar - kilang 'pengeluar radioaktif' sedang dibina oleh syarikat Australia, Lynas di Gebeng, Pahang)

3. Malangnya Pengarah Lembaga Perlesenan Tenaga Atom Malaysia, Raja Abdul Aziz Raja Adnan mengatakan kesan radiasinya rendah dan selamat. Persoalannya, jika proses menapis tanah jarang [ rare eart ] ini tidak memberi kesan kepada kesihatan penduduk, kenapa ia dilombong di Mount Weld Australia dan tidak sahaja ia diproses di Perth Australia ? kenapa perlu pindahkan ke Gebeng Kuantan melepasi 2500 km jauh jaraknya.

4. Saya difahamkan seorang pengamal perubatan dan ahli toksilogi, Dr Jayabalan A Thambyappa, yang pernah merawat beberapa pesakit di Bukit Merah, beliau sendiri kurang yakin dengan kenyataan itu. “Perkataan 'rendah' adalah semata-mata persepsi - ia adalah karsinogen,”

5. Saya melihat projek seperti ini sangat mengundang risiko kepada tahap kesihatan masyarakat kita kerana Pusat Industri Gebeng letaknya berhampiran dengan Taman Perumahan penduduk . Sisa buang yang akan tersalur ke sungai akan memberi kesan radioaktif kepada masyarakat. Apakah seluas - luas gurun di Australia tidak mencukupi untuk membina kilang seperti ini jika ia benar - benar didakwa selamat.

6. Berikut adalah kronologi penetangan Asian Rare Earth (ARE) di Bukit Merah, Ipoh sehingga penutupannya pada 19 Januari, 1994.

1979

November: Syarikat Asian Rare Earth (ARE) dibentuk untuk mengekstrak itrium ( sejenis unsur nadir bumi) daripada monazit. Pemegang saham utamanya ialah Mitsubishi Chemical Industries Ltd (35%), Beh Minerals (35%), Lembaga Urusan dan Tabung Haji (20%) dan beberapa peniaga bumiputera (10%). Pihak ARE telah mendapatkan pandangan dari Pusat Penyelidikan Atom Tun Dr. Ismail (Puspati), Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar mengenai sisa buangan radioaktif yang dihasilkan melalui pemerosesan monazit. Adalah diputuskan, sisa buangan itu yang menjadi milik kerajaan Negeri Perak akan disimpan kerana berpotensi sebagai sumber tenaga nuklear.

1982

Jun: Penduduk Parit, Perak mendapat tahu kerajaan telah memilih kawasan seluas sembilan ekar, kira-kira 6 km dari penempatan mereka untuk dijadikan tapak penimbunan sisa radioaktif syarikat ARE.

30 Jun: Ekoran bantahan hebat daripada jawatankuasa penduduk serta lain-lain pertubuhan politik dan sosial, kerajaan membatalkan cadangan itu dan kemudian mula mencari tapak baru.

11 Julai: Kilang ARE mula beroperasi di KM 7.2, Jalan Lahat di Bukit Merah.

1983

November: Penduduk Papan (kira-kira 16 km dari Ipoh) mendapat tahu ARE sedang mengorek lubang berhampiran tempat kediaman mereka untuk dijadikan tapak buangan sisa radioaktif. Tapak itu merupakan pilihan kerajaan

1984

24 Mei: Kira-kira 6,700 penduduk Papan dan pekan-pekan yang berhampiran menandatangani satu surat bantahan dan menghantarnya kepada Perdana Menteri, Menteri Besar Perak, Menteri Kesihatan serta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar.

31 Mei: Seramai 200 penduduk Papan membantah tapak pembuangan yang dicadangkan. Mereka menyekat jalan yang menuju ke tapak itu.

5 Jun: Perdana Menteri berkata, kerajaan telah mengambil segala langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatannya dan menegaskan pembinaan tapak buangan radioaktif di Papan akan diteruskan.

18 Jun: Kira-kira 300 penduduk Papan sekali lagi mengadakan tunjuk perasaan sebagai membantah tapak buangan yang dicadangkan.

28 Jun: Menteri Sain, Teknologi dan Alam Sekitar, Datuk Amar Stephen Yong berkata, tapak buangan Papan adalah selamat kerana dibina mengikut piawaian yang ketat. Beliau mencabar pengkritik supaya membuktikan tapak itu boleh mengancam kesihatan dan alam sekitar. Sementara itu, ARE meneruskan operasinya dengan menimbun sisa torium di sebuah kawasan terbuka dan kolam berhampiran kilang itu.

1 Julai: Kira-kira 3,000 penduduk termasuk wanita dan kanak-kanak mengadakan tunjuk perasaan secara aman sebagai membantah tapak buangan tersebut.

4 Julai: Seramai 2,000 orang penduduk terus mengadakan tunjuk perasaan meskipun Ketua Polis Perak memberi arahan supaya bersurai.

18 Julai: Pembentukan Jawatankuasa Bertindak Bukit Merah, terdiri daripada penduduk Bukit Merah, Lahat, Menglembu dan Taman Badri Shah, sebagai tanda sokongan kepada penduduk Papan. Sahabat Alam Malaysia (SAM) menghantar satu memorandum kepada Perdana Menteri memaklumkan paras radiasi yang tinggi telah dikesan dikawasan kolam terbuka berhampiran kilang ARE di Bukit Merah.

Satu bacaan yang dicatat oleh pegawai-pegawai SAM sewaktu berkunjung ke situ ialah 43,800 milirem/tahun. Paras ini melebihi 88 kali paras maksimum yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Antarabangsa bagi Perlindungan Radiologi (ICRP) untuk orang ramai.

29 Ogos: Michael O ‘Riordan dari Lembaga Perlindungan Radiologi Kebangsaan British dijemput oleh kerajaan untuk memeriksa tapak buangan toksik di Papan.

19 September: Sekumpulan tiga orang dari Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengunjugi tapak buangan di Papan atas jemputan kerajaan Malaysia. Mereka mengisytiharkan tapak buangan itu tidak selamat.

5 Oktober: Dr William Cannell, seorang ahli fizik dan penganalisis kesihatan menerima jemputan penduduk Papan untuk melawat tapak buangan tersebut. Hasil pemerhatian beliau mendapati kerja-kerja kejuruteraan yang dijalankan oleh syarikat terbabit sangat buruk.

21 Oktober: Seorang pakar dari Amerika dan bekas ahli jawatankuasa Akademi Sains Kebangsaan Amerika bagi kesan-kesan Biologi Radiasi Mengion (BEIR), Dr Edward Radford, atas jemputan penduduk Papan, membuat tinjauan di tapak buangan sisa itu. Beliau dapati tapak itu tidak sesuai sementara lubang-lubang yang digali mempunyai dinding yang nipis atau sudah merekah.

7 November: Seorang pakar buangan sisa industri dari Jepun, Dr. Jun Ui, menerima jemputan penduduk Papan untuk memeriksa tapak buangan ARE. Beliau juga mendapati tapak itu tidak sesuai dijadikan kawasan penimbunan sisa berbahaya.

28 November: Kabinet membincangkan laporan-laporan yang diserahkan oleh dua badan kawalan. Laporan yang dikemukan oleh Lembaga Perlindungan Radiologi Kebangsaan British (NRPB) berkata, penduduk hanya akan selamat jika faktor-faktor tertentu diberi perhatian oleh kerajaan Perak dan syarikat ARE. Laporan kedua oleh IAEA pula berkata, lubang-lubang yang dibina tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

9 Disember: Lebih 1,500 penduduk di Papan mengadakan mogok lapar selama sehari sebagai membantah keputusan kerajaan untuk meneruskan rancangan menempatkan tapak buangan sisa di Papan. Penduduk Bukit Merah membawa masuk seorang pakar radiasi dan genetik dari Jepun, Profesor Sadao Ichikawa untuk mengukur paras radiasi di kawasan terbuka dan kolam berhampiran kilang ARE. Beliau dapati paras radiasi di situ terlalu tinggi malah paras tertinggi yang dicatatkan melebihi 800 kali paras yang dibenarkan.

12 Disember: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Musa Hitam menunjukkan minat secara peribadi terhadap perkembangan isu Papan ini. Beliau mengunjungi tapak buangan tersebut.

1985

11 Januari: Selepas mesyuarat kabinet yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Musa Hitam, kerajaan mengambil keputusan memindahkan tapak buangan sisa ke Mukim Belanja di Banjaran Kledang yang terletak kira-kira 5 km dari Papan dan 3 km dari Menglembu.

1 Februari: Lapan orang penduduk, bagi pihak diri mereka sendiri dan penduduk Bukit Merah membuat satu permohonan di Mahkamah Tinggi Ipoh menahan ARE daripada mengeluar, menyimpan atau menimbun sisa radioaktif di sekitar kampung tersebut.

Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 dikuatkuasakan. Ia memastikan pengendali bahagian pemasangan nuklear (termasuk kerajaan) bertanggungjawab terhadap ancaman nuklear. Lima ahli Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) dibentuk di bawah Akta itu, dengan perwakilan dari Puspati, Kementerian Kesihatan serta Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar.

14 Oktober: Hakim Anuar Datuk Zainal Abidin di Mahkamah Tinggi Ipoh memberikan kepada penduduk Bukit Merah perintah menahan dan menghentikan ARE daripada mengeluar dan menimbun bahan sisa radioaktif sehingga langkah-langkah keselamatan yang secukupnya diambil. Lebih daripada 1,500 penduduk Bukit Merah hadir di mahkamah untuk mendengar keputusan itu.

1986

22 September: ARE mendakwa ia telah membelanjakan lebih RM2 juta untuk meningkatkan langkah-langkah keselamatan (sepertimana yang dikehendaki oleh perintah mahkamah), diikuti oleh piawaian IAEA. Ia menjemput pakar tenaga atom dari Amerika, Dr E.E. Fowler (Bekas kakitangan IAEA) untuk mengunjungi kilang berkenaan. Menurut beliau, paras radiasi berhampiran kawasan pembuangan yang disediakan oleh ARE memenuhi piawaian ICRP dan beliau dapati kilang itu selamat untuk beroperasi.

5 Oktober: Kira-kira 3,000 penduduk Bukit Merah dan kawasan sekitarnya mengadakan tunjuk perasaan terhadap rancangan ARE untuk menimbun sisa radioaktif di tapak kekalnya di Banjaran Kledang.

28 Oktober: Profesor Sadao Ichikawa dalam kunjungan kali keduanya ke Bukit Merah mendapati paras radiasi di sekitar kilang ARE masih melebihi paras yang dibenarkan. Beliau dilarang masuk ke dalam kilang itu.

16 November: Sekumpulan penyiasat dari AELB memeriksa beberapa buah tapak buangan sisa torium yang dilonggokkan secara haram di Bukit Merah. Mereka dibantu oleh bekas kontraktor ARE, Ng Toong Foo yang pernah membuang sisa di situ. Bacaan di salah sebuah tapak ialah 0.05 – 0.10 milirem/jam (iaitu 438 - 876 milirem/tahun) melebihi paras keselamatan maksimum 0.057 milirem/jam yang ditetapkan oleh ICRP.

26 November: Perwakilan dari tujuh kawasan (Bukit Merah, Lahat, Taman Badri Shah, Menglembu, Papan, Falim dan Guntong) membentuk sebuah jawatankuasa Anti-Radioaktif Perak (PARC).

8 Disember: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Encik Kasitah Gadam berkata hasil pemeriksaan AELB di dua tapak buangan haram Bukit Merah mendapati paras radiasi di situ adalah selamat. Menurutnya, sungguhpun AELB mendapati paras radiasi di situ melebihi paras normal, ini tidak membahayakan kerana tapak-tapak itu sangat sedikit bilangannya.

1987

6 Februari: Tanpa mempedulikan perintah Mahkamah Tinggi Ipoh kepada ARE supaya menghentikan operasi, AELB Malaysia memberikan lesen kepada ARE supaya meneruskan operasinya.

10 April: PARC menjemput 14 pakar asing untuk datang ke Bukit Merah-pengasas-pengasas Institut Antarabangsa bagi Kepentingan Awam di Kanada, Dr Rosalie Bertell; Setiausaha Pusat Keselamatan Industri dan Kepentingan Alam Sekitar di India, V.T. Pathmanaban; dan Presiden Institut Kesihatan dan Tenaga di Amerika Syarikat, Kathleen Tucker merupakan antara mereka yang dilarang memasuki kawasan ARE. Dalam satu forum yang berlangsung di Bukit Merah, pakar-pakar itu membuat kesimpulan bahawa ARE mendedahkan pelbagai ancaman kesihatan yang serius.

12 April: Kira-kira 10,000 orang penduduk berarak di Bukit Merah sebagai membantah operasi yang dijalankan semula oleh ARE.

24 Mei: Kira-kira 300 orang penduduk diperintahkan bersurai oleh anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) berhampiran ARE. Lebih 20 orang, termasuk tiga wanita mengalami kecederaan dalam dua pertelingkahan pada hari itu. Seramai 60 orang ditahan oleh pihak polis.

Semua kecuali enam dibebaskan kemudian selepas disoal-siasat. Keenam-enam pemuda itu dibebaskan seminggu kemudian di mana pihak polis tidak mengenakan sebarang tuduhan. Penduduk menghalang kerja-kerja membina jalan yang menuju ke tapak buangan kekal di Banjaran Kledang yang dicadangkan.

23 Julai: Seorang doktor Kanada, Bernie Lau, diupah oleh PARC untuk meletakkan alat pengesan gas radon di luar kilang ARE. Beliau berjaya mengesan sejumlah gas radon dibebaskan daripada kilang itu.

Terdahulu dari itu, Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar Datuk Amar Stephen Yong berkata, kerajaan berpuas hati dengan laporan penilaian kesan alam sekitar bagi tapak buangan kekal yang dicadangkan itu. Penilaian itu dijalankan oleh ARE bersama beberapa orang pegawai Kementerian.

7 September: Perbicaraan saman yang dikemukakan oleh lapan orang penduduk Bukit Merah terhadap ARE bermula di hadapan Hakim Peh Swee Chin di Mahkamah Tinggi Ipoh. Sebagai mengetengahkan nasib mereka, para penyokong PARC berjalan sejauh 8 km dari Bukit Merah ke Ipoh. Polis menyuraikan tunjuk perasaan mereka berhampiran Menglembu. Sembilan orang ditahan tetapi dibebaskan setelah diikat jamin. Kira-kira 1,000 orang hadir di mahkamah sebagai menunjukkan sokongan mereka.

11 September: Para penduduk berarak dari Bukit Merah ke Mahkamah Tinggi Ipoh pada hari terakhir perbicaraan. Jumlah mereka yang hadir dianggarkan 3,000 orang.

18 Spetember: Penduduk Bukit Merah mengemukakan permohonan perbicaraan kerana menghina mahkamah terhadap ARE memandangkan ia melanggar perintah menahan operasi yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh kepada mereka pada tahun 1985.

27 Oktober: Lebih 100 orang yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Di antaranya termasuklah pengerusi PARC, Hew Yoon Tat; timbalannya, Hiew Yew Lan; (bekas) setiausaha PARC, Lee Koon Bun; ahli jawatankuasa, Phang Kooi Yau dan peguam Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang mewakili plaintif Bukit Merah, Meenakshi Raman. Merek dibebaskan selepas dua bulan.

November: ARE mula membina tapak buangan kekal sisa toksik di Banjaran Kledang.

1988

25 Januari: Perbicaraan disambung semula.

1990

13 Februari: Perbicaraan tamat selepas berlansung selama 65 hari dan berlanjutan lebih 32 bulan.

1992

11 Julai: Penduduk Bukit Merah memenangi kes saman terhadap ARE. Mahkamah mengarahkan penutupan kilang ARE dalam tempoh 14 hari. Pihak ARE pula mengumumkan ia akan membuat rayuan di Mahkamah Agung.

23 Julai: ARE mengemukan rayuan di Mahkamah Agung berhubung perintah Mahkamah Tinggi Ipoh supaya operasinya dihentikan. Pengerusi PARC Hew Yoon Tat dan salah seorang plaintif dalam saman terhadap ARE, Lau Fong Fatt menemui kakitangan atasan Mitsubishi Chemical di Jepun. Mereka diberitahu ARE mengemukan rayuan tanpa kebenaran syarikat itu.

24 Julai: Berikutan permohonan ex-parte oleh ARE, Hakim Besar Mahkamah Agung menahan (sehingga perintah selanjutnya) perintah Mahkamah Tinggi Ipoh kepada ARE supaya menghentikan operasinya.

3 Ogos: Lebih 2,000 orang dari Bukit Merah hadir di Mahkamah Agung untuk mendengar rayuan ARE terhadap perintah Mahkamah Tinggi Ipoh yang menggantung operasinya. Bagaimanapun, hakim-hakim Mahkamah Agung Menangguhkan perbicaraan kepada 5 Ogos kerana ‘tekanan oleh mereka yang berpiket di luar mahkamah.’

5 Ogos: Mahkamah Agung membenarkan permohonan ARE untuk menolak perintah Mahkamah Tinggi yang meminta ARE menghentikan operasinya berikutan rayuan syarikat berkenaan. Menurut hakim-hakim itu, penutupan tersebut akan menyulitkan kilang dan 183 pekerjanya.

1993

15 Mac: Perbicaraan rayuan yang dikemukan oleh ARE di Mahkamah Agung ditangguhkan pada 7 Jun.

7 Jun: Perbicaraan mendengar rayuan ARE sekali lagi ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

1994

19 Januari: Pengumuman syarikat ARE untuk menghentikan operasi.

Nasrudin Hj Hasan At-Tantawi
Himpunan berita politik Pakatan Rakyat

DAP bawa isu saman ekor ke mahkamah

06 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

MANJUNG – DAP Perak akan membawa isu saman ekor ke mahkamah jika gagal diselesaikan selepas tempoh lanjut berakhir semalam.

Pengerusi DAP Negeri, Datuk Ngeh Koo Ham berkata, beliau menjuruskan perkara itu kepada kesilapan saman ekor ke atas beberapa individu yang tidak pernah melakukan kesalahan sepertimana notis tawaran kompaun saman ekor.

Menurutnya, perkara itu adalah mengikut peruntukan undang-undang yang mengatakan seseorang individu tidak boleh dianggap bersalah, selain dibuktikan dalam mahkamah.

"Perlembagaan jelas mengatakan, tindakan tidak boleh diambil ke atas individu sebelum dibuktikan bersalah dalam mahkamah termasuk menahan cukai jalan mengikut peruntukan undang-undang negara ini.

"Ada banyak kes yang diadukan termasuk kepada saya sendiri apabila individu berkenaan jelas tidak melakukan kesalahan seperti dinyatakan dalam notis tawaran kompaun saman ekor," katanya kelmarin.

Koo Ham berkata, beliau mendapat aduan dua kes terbaru di mana melibatkan seorang guru apabila tarikh dan masa yang dinyatakan dalam notis berkenaan adalah waktu beliau berada di sekolah dan sedang mengajar.

Satu kes lagi, berkenaan kesilapan jenis kenderaan iaitu nombor pendaftaran kenderaan yang di saman didaftarkan ke atas kereta, bukan motosikal sepertimana dinyatakan dalam notis tawaran kompaun saman ekor.

"Kita telah menghantar surat kepada polis meminta supaya notis tawaran kompaun saman ekor yang silap dikeluarkan ini dibatalkan, tetapi polis enggan berbuat demikian.

Sehubungan itu, beliau meminta rakyat bersatu hati menentang sikap kerajaan berhubung isu saman ekor.

Sinar Harian/-

Selamat Pengantin Baru Dato' Kamaruddin

06 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

Pagi semalam menyaksikan seorang Ahli Parlimen melangsungkan majlis akad nikah di Masjid Kelana Jaya, Selangor. Majlis yang bermula jam 11.00 pagi itu hanya dihadiri sanak saudara dan rakan terdekat sahaja.

Tepat jam 11.40 pagi, pasangan pengantin tersebut secara sahnya bergelar suami isteri.

Ahli Parlimen yang dimaksudkan adalah Datuk Kamaruddin Jaafar (MP Tumpat). Beliau yang kematian isteri pada 11 November 2009 yang lalu telah memilih pasangan daripada Melaka untuk mendirikan rumahtangga kali ini.

Tahniah dan Selamat Pengantin Baru buat Datuk Kamaruddin Jaafar.

Barat mahu rampas minyak Libya

06 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

SETINGGAN dan warga Libya anti Gaddafi berada di bumbung rumah Saif al Islam di Hampstead, utara London.Muammar Gaddafi beri reaksi usaha luar kuat kuasa zon larangan terbang

TRIPOLI: Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi menuduh Barat mahu merampas minyak negara itu ketika memberi amaran rancangan mereka menguatkuasakan zon larangan penerbangan akan memakan diri kerana tenteranya terus menyerang pemberontak menyebabkan beberapa kemudahan minyak terbakar.

“Negara penjajah sedang merangka rancangan untuk memalukan rakyat Libya dengan menjadikan mereka sebagai hamba abdi dan mengawal minyak,” kata Gaddafi di televisyen kerajaan.

Beliau sekali lagi menuduh al Qaeda dalang di sebalik pemberontakan yang bermula sejak 15 Februari dan menggesa penduduk membebaskan bandar kedua Libya, Benghazi yang ditawan pemberontak.

Kerajaannya turut menawarkan AS$410,000 (RM1.24 juta) sebagai hadiah bagi menangkap Mustafa Abdel Jalil, ketua majlis pemberontak yang mengiktiraf dirinya sebagai wakil negara Afrika Utara itu di Benghazi, Sabtu lalu.

Di timur Libya, tentera kerajaan mendekati pertahanan pemberontak di Ras Lanuf dengan melancarkan bedilan ke pusat bandar berdekatan hospital dan mengebom sebelah baratnya selain meneruskan serangan udara.

Roket Katyusha dan mortar menghujani kawasan padang pasir di kedua-dua belah lebuh raya.
Pemberontak dilaporkan berundur ke timur menuju Ras Lanuf, manakala yang lain terus maju ke depan dengan hanya berbekalkan raifal Kalashnikov.

Kira-kira 10 roket ditembak daripada bangunan kerajaan ke sebuah dusun tiga kilometer barat Ras Lanuf yang menyebabkan pokok terbakar.

Sementara itu, Perancis menjadi negara pertama yang mengiktiraf pihak pembangkang Libya sebagai wakil yang sah dan akan menghantar duta ke wilayah pemberontak.

Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy mengambil inisiatif itu ketika kepimpinan Kesatuan Eropah (EU) masih teragak-agak untuk mengiktiraf pemberontak Libya.

Persidangan pemimpin EU hari ini (Jumaat) akan terus membincangkan krisis Libya.

“Perancis mengiktiraf majlis peralihan nasional sebagai wakil sah rakyat Libya,” kata wakil pembangkang, Ali al Issawi.

“Berdasarkan pengiktirafan ini, kita akan membuka misi diplomatik, yang mempunyai kedutaan sendiri di Paris dan duta Perancis akan dihantar ke Benghazi,” kata pemimpin itu.

Berita Harian/-

Libya: Mapim kesal Malaysia masih berdiam diri

06 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 11 Mac: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) kesal kerajaan Malaysia masih mendiamkan diri dan tidak mengambil inisiatif untuk membantu dan bersuara agar krisis di Libya dapat diselesaikan bagi mengelakkan pertumbuhan darah berterusan.

Setiausaha agungnya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, sepatutnya negara-negara umat Islam seperti Malaysia mengambil inisiatif untuk berperanan menggerakkan proses perundingan dan penyelesaian segera kepada krisis yang berlaku di Libya.

Sehubungan itu, katanya Mapim menggesa kerajaan Malaysia dengan segera menggerakkan penghantaran misi bantuan kemanusiaan ke Libya.

“Sebagai sebuah negara yang menganggotai OIC, Malaysia tidak boleh membisu dan tidak bertindak,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Mapim, tambahnya menggesa misi bantuan kemanusiaan hendaklah segera dihantar ke Libya memandangkan ketegangan tersebut telah mengakibatkan bekalan makanan dan ubatan terputus di beberapa kawasan di Libya seperti di Zawiyah, Ras Lanuf, Brega, Benghazi dan di sempadan Tunisia dan Mesir di mana ratusan ribu pelarian kini sangat memerlukan bantuan sementara menunggu krisis reda.

Mapim juga, jelasnya mendesak sidang Parlimen Malaysia yang berjalan sekarang segera mengusulkan supaya semua agensi antarabangsa sepetrti OIC , PBB, Liga Arab, Kesatuan Eropah, Kesatuan Afrika mengambil inisiatif supaya krisis di Libya diselesaikan dengan rundingan demi mengelakkan pertumbuhan darah terus berlaku.

“Mapim menggesa sidang Parlimen Malaysia mengambil inisiatif untuk menghantar delegasi khas bagi mendapatkan maklumat lebih dekat mengenai ketegangan yang berlaku di Libya dan mengesyorkan tindakan yang boleh diambil oleh Malaysia sendiri,” ujarnya.

Beliau turut mengumumkan bahawa suatu kutipan derma untuk menghantar bantuan kemanusiaan ke Libya sedang dilancarkan dan delegasi khas juga akan dihantar untuk menyalur bantuan tersebut sesegera mungkin.

Katanya lagi, ketegangan yang sedang berlaku, antara golongan anti Gaddafi dan tenteranya sekarang semakin runcing dan kini memuncak kepada perang saudara yang amat merbahaya.

Katanya, laporan serangan tentera Gaddafi yang menggunakan jet pejuang untuk menyerang kawasan yang dikuasai oleh golongan pemberontak telah mengakibat kan ramai yang terbunuh dan cedera terutama di kalangan rakyat awam.

Menurutnya, jika dunia membiarkan kuasa Barat terutama Amerika bertindak, keadaan di Libya akan mengulangi apa yang berlaku di Iraq.

Amerika, ujarnya tidak boleh dibiarkan mengambil kesempatan untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai polis dunia dengan cara melancarkan operasi militeri ke Libya.

Beliau menambah, serangan oleh Amerika sekali lagi akan menjadi prisiden untuk negara adikuasa itu melakukan kehendaknya secara unilateral tanpa mendengar suara masyarakat antarabangsa yang lain.

Katanya, Resolusi 1970 yang telah diluluskan oleh Majlis Keselamatan PBB hendaklah dilihat sebagai suatu alat untuk menyekat Gaddafi dari terus bertindak ganas terhadap rakyatnya sendiri.

Menurutnya, Mapim merasa amat malang apabila negara-negara Arab di Teluk serta badan antarabangsa di kalangan umat Islam iaitu OIC terus membisu dan tidak mengambil inisiatif untuk meredakan keadaan demi menyelamatkan nyawa rakyat di Libya.

Katanya lagi, ketegangan di Libya kini telah menyebabkan pihak kuasa Barat terutama Amerika dan British sudah melancarkan beberapa tindakan yang boleh meningkatkan lagi ketegangan serta menyebabkan Libya berada di ambang perang sivil yang bakal menghancurkan seluruh negara tersebut.

Harakahdaily/-

Punca virus masih misteri

06 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

Kementerian belum kenal pasti sumber penyakit

KUALA LUMPUR: Jangkitan Adenovirus yang dikesan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di sini sejak seminggu lalu hingga mengorbankan seorang pelatih konstabel manakala 31 lagi dimasukkan ke wad termasuk seorang di Unit Rawatan Rapi (ICU), masih menjadi misteri.

Sehingga semalam, Kementerian Kesihatan belum mengenal pasti punca jangkitan itu yang sebelum ini dikaitkan dengan penyakit kencing tikus atau Leptospirosis. Difahamkan, ini kes pertama membabitkan jangkitan Adenovirus membabitkan kumpulan yang ramai di negara ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata sepasukan pegawai kesihatan sudah dihantar untuk merawat 412 pelatih inspektor dan konstabel yang kini dikuarantin serta memeriksa pusat latihan itu.

“Bedah siasat mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat jangkitan Adenovirus dan bukannya akibat penyakit kencing tikus, tapi kita belum mengenal pasti punca jangkitan itu.

“Kita masih menyiasat bagaimana jangkitan itu berlaku tetapi keadaan belum mencapai tahap wabak yang boleh mengancam komuniti di sekitarnya kerana virus itu tidak berjangkit melalui udara,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Selasa lalu, pelatih konstabel, Mohd Azizan Azirid, 25, meninggal dunia beberapa hari selepas dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Berikutan kejadian itu, pusat latihan berkenaan ditutup dan semua bentuk latihan kini diberhentikan bagi mengelak risiko jangkitan virus berkenaan.

Tinjauan Berita Harian semalam mendapati pusat latihan itu dikawal rapi dan sekumpulan pelatih dilihat membersihkan kawasan sekitarnya.

Beberapa pengamal perubatan ketika dihubungi mengesahkan jangkitan virus itu jarang berlaku di negara ini.

Adenovirus dikatakan sekumpulan virus yang berasal dari kelenjar Adenoid dalam kepala berdekatan rongga hidung yang berfungsi melindungi serangan penyakit, tetapi boleh menyebabkan jangkitan pada lapisan tisu saluran pernafasan, mata, usus dan saluran kencing.

Jangkitan Adenovirus biasanya menyebabkan penyakit membabitkan sistem pernafasan, namun ia juga boleh menyebabkan cirit birit, jangkitan selaput mata, jangkitan usus dan ruam serta masalah pernafasan akut (ARD).

Pengamal perubatan, Dr S Thiru, berkata Adenovirus yang tersebar melalui rembesan atau titisan yang keluar dari saluran pernafasan, memerlukan rawatan serta penjagaan rapi.

“Virus mula agresif bila antibodi rendah dan lemah. Biasanya, ia tidak bertindak balas kepada antibiotik kecuali ada gabungan jangkitan virus dan bakteria,” kata doktor sukarelawan itu yang pernah mengikuti misi kemanusiaan di beberapa negara dunia ketiga dan membangun, termasuk Palestin dan Pakistan.

Dr Thiru berkata, antara simpton awal jangkitan Adenovirus ialah demam panas, batuk, cirit-birit dan hilang selera makan sebelum pesakit mengalami komplikasi penyakit yang lebih serius seperti masalah pernafasan teruk dan radang paru-paru.

Syed Azwan Syed Ali
Berita Harian/-

BN Tidak Boleh Tarik Nafas Lega Kemenangan PRK

06 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM 11 MAC : Barisan Nasional tidak boleh menarik nafas lega walaupun memenangi Pilihan Raya Kecil Merlimau dan Kerdau baru-baru ini.

Menurut Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Md Akin, majoriti kemenangan BN di kedua-dua tempat walaupun bertambah, langsung tidak beri kesan signifikan.

"Kalau dahulu tahun 2008, majoriti 2100, tapi kini kira-kira 3600 tapi bukan sampai 4200 sampai kita merasa gusar. Walaupun banyak duit dibelanjakan tapi tidak dapat majoriti yang beri kesan signifikan kepada petugas parti tidak kira PR atau BN," kata Shamsul dalam rancangan Fokus Berita terbitan TV Selangor yang membincangkan analisa PRK Merlimau dan Kerdau.

Pada PRK Kerdau dengan majoriti 2, 724 undi. BN yang diwakili Naib Ketua Umno Bahagian Kuala Krau berjaya memperolehi 5,060 undi sekaligus menewasakan calon PAS, Hassanuddin Salim yang mendapat 2,336 undi.

Manakala di Merlimau calon Barisan Nasional, Roslan Ahmad berjaya menewaskan calon Pas, Yuhaizad Abdullah dengan majoriti 3,643 undi.

Shamsul yang mengambil sikap optimis dengan kekalahan itu menyambut baik keputusan ini dan yakin pengundi akan menyedari hakikat sebenar menjelang Pilihan Raya Umum akan datang apabila BN tidak mampu memberi tumpuan terhadap janji-janji mereka.

"Pada saya ada hikmah PRK berlaku, kerana paling tidak PR ada peluang untuk beri kempen dan idea yang mungkin mengambil masa untuk dihadam oleh pengundi."

"Ia berbeza PRK dengan PRU kerana PRU isunya besar dan kawasan ini mungkin tak terpaut jentera BN. Saya yakin dalam PRU nanti, mesej kita semasa PRK akan beri kesan. Dan cabaran akan lebih besar kepada BN yang mereka ingin melihat adakah janji-janji Datuk Ali dapat ditunaikan," ulas Shamsul

Sementara itu Ahli Majlis Pimpinan PAS Pusat Datuk Seri Nizar Jamaluddin pula dengan sinis menganggap keghairahan UMNO berbelanja untuk memenangi PRK tersebut tidak bersesuaian dengan undi yang diberikan.

Beliau turut kesal dengan tindakan tergesa-gesa BN Melaka pimpinan Datuk Wira Ali Rustam yang mula menjalankan projek mee segera mereka sejurus pengkebumian penyandang, Allahyarham Datuk Khidir Hassan 20 Januari lalu.

"Di negeri lain projek mee segera bermula sejak penamaan calon tapi di sini (Merlimau) ia bermula selepas pengkebumian. Kalau diikutkan, PAS sepatutnya sudah hilang wang pertaruhan. Tapi kita dapat kekalkan sokongan kita. Kalau tengok dari segi imbuhan kepada pengundi. Kalau ikut dari janji yang dibuat PM dan TPM di kedua-dua tempat, PAS sepatutnya sudah hilang wang pertaruhan tapi kita dapat kekalkan undi," kata Nizar

PRK Kerdau dan Merlimau merupakan perlawanan ketiga dan keempat berturut-turut PAS dan UMNO selepas Manik Urai dan Tenang yang menyaksikan pertembungan calon UMNO dan PAS mewakili BN dan PR di kawasan bermajoriti Melayu.

UMNO menggunakan peluang ini untuk menggula-gulakan pengundi dan memainkan isu perkauman dan menyebar fitnah terhadap PAS dan Pakatan Rakyat.

Nizar yang juga menerajui Perak sebelum dirampas UMNO pada 2009 turut menyatakan berbeza dengan UMNO, kempen PAS dan Pakatan adalah jauh lebih konsisten dan berteraskan agenda bersama Pakatan Rakyat.

"Apa yang PAS tunjukkan ialah strategi kita dalam Pakatan Rakyat menyebarkan isu ketidakadilan dalam masyarakat. Kita timbul isu rasuah, penyalahgunaan kuasa, penyelewengan, dan semua ini adalah prinsip Pas yang dipersetujui semua Pakatan Rakyat. Jadi kalau PAS lawan UMNO dalam itulah isu yang dimainkan pun supaya rakyat dapat melihat hasil pentadbiran kita dalam 5 negeri," kata beliau.

Tv Selangor/-