26 February 2011

Salahkah Pas ubah nada perjuangannya?

22 Rabiulawal 1432H. [MOD] -
Ahmad Baei Jaafar

Sewaktu isu PAS mahu utamakan orang Melayu dimainkan media arus perdana, ramai yang bertanya kepada saya tentang pendirian Pas itu. Saya tidak berminat untuk mengulas isu itu kerana tidak tahu isu sebenar. Pada fikiran saya, sesuatu isu yang dimainkan oleh media perdana mengenai parti pembangkang, belum boleh dibuat pegangan. Mungkin ada udang di sebalik batu.

Hal ini berdasarkan pengalaman lampau. Yalah, kalau perkara itu betul dan menguntungkan parti pembangkang, buat apa disiarkan secara meluas. Mereka tentu sudah tahu, isu yang akan dimainkan itu boleh membawa kepada kemerosotan keyakinan orang Melayu kepada Pas. Tetapi mereka mungkin lupa, orang Melayu zaman sekarang bukan seperti orang Melayu zaman penjajah dahulu.

Walaupun saya tidak mahu mengulas secara rasmi, tetapi di dalam hati terdetik juga beberapa persoalan; salahkah pas menukar nada?; benarkah pas menukar nada?; betulkah tukar nada kerana kemerosotan pengundi Melayu?

Dalam mencari jawapan itu, Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan, Ahmad Fadhli, seperti yang disiarkan dalam Melaysiakini, menyebut petikan teks asal ucapan Nik Aziz yang antara lain menyebut: “Bagi PAS, Melayu perlu diutamakan dalam agenda dakwah pada hari ini kerana mereka merupakan bangsa yang terdahulu menerima Islam di Tanah Melayu ini".

Katanya lagi, akhbar Mingguan Malaysia sengaja membuat isu dengan membuang dan menambah perkataan dalam ayat di atas. Akhbar itu menyebut: "Bagi Pas, orang Melayu perlu diutamakan dalam perjuangan kerana ia adalah kaum terdahulu." Dibuangkan agenda dakwah dan digantikan dengan perjuangan.

Ucapan Nik Aziz Nik Mat tersebut adalah ketika merasmikan Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa: Jaminan Pas di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) baru-baru ini.

Dengan petikan ini, tidak salah lagi media perdana itu tersilap strategi dalam membuat laporan. Malah laporannya tidak menggugat keyakinan orang Pas terhadap partinya. Sebaliknya, orang Melayu yang di atas pagar pula hilang keyakinan kepada media perdana itu.

Walau bagaimanapun dalam mencari jawapan di atas, saya baru temuinya dan jawapan pada soalan tersebut adalah:

Secara ringkasnya saya berani tegaskan, memang tidak salah sesuatu parti itu menukar nada. Malah memang wajar kena tugar nada sesuai dengan perubahan zaman. Tidak mungkin sewaktu kanak-kanak nadanya sama dengan waktu dewasa dan tua. Dalam perjuangan mesti ada strategi yang perlu diubah.

Tetapi kalau nada itu dimaksudkan sebagai dasar, saya dapati tidak ada yang berubah lagi. Adapun “Mengutamakan Melayu” bukan dasar baru. Mungkin dalam perlembagaan tidak disebut Melayu, tetapi meletakkan perjuangan Islam tentulah merujuk kepada Melayu kerana waktu itu orang Islam adalah orang Melayu. Orang Cina dan India Islam masih belum ramai.

Akhirnya, pertukaran nada itu langsung tiada kaitan dengan kemerosotan undian orang Melayu kerana sokongan orang Melayu masih sama. Orang yang mahu perjuangan Melayu tetap berpihak kepada Umno, dan orang Melayu yang mahu perjaungan Islam tetap berada di pihak PAS. Yang berubah hanya orang yang di atas pagar.

Jadi, orang Melayu di atas pagar ini perlu diberi perhatian oleh pejuang-pejuang parti. Berikan perhatian serius kepada mereka dengan menjelaskan kepada mereka, mana lebih baik Melayu atau Islam. Alangkah baiknya kalau mereka menjadi orang Melayu Islam yang benar-benar takut kepada Allah.

Ulasan Cina Islam :

Satu pandangan yang baik dari Ust. Baei. Apapun saya kira UMNO cuba mengambil peluang untuk menunjukkan dialah jaguh sebenarnya kepada orang Melayu, namun realitinya dialah pengkhinat sebenar kepada agama Islam dan bangsa Melayu.

Mudah-mudahkan sikap hipokrit UMNO akan menjadikan dia terus terpinggir dalam arus politik tanah air.

PAS lawan BN di Kerdau.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Kerdau, Datuk Tariff Abdul Rahman mengangkat tangan calon Barisan Nasional, Syed Ibrahim Syed Ahmad dan calon PAS, Hassanuddin Salim selepas mengesahkan dua calon tersebut bertanding di PRK DUN Kerdau. Bersama mereka (dari kiri) ialah Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai. - Foto THE STAR



Update Foto : Satu lawan satu BN-PAS di Merlimau, dan Kerdau

22 Rabiulawal 1432H. [MOD] -
SPR telah mengumumkan pertandingan satu lawan satu bagi kawasan pilihan raya ini di antara calon PAS Hassanudin Salon dan calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad. Satu bantahan telah dikemukakan tetapi ditolak SPR.

Laporan Malaysiakini dipetik, bahawa sekumpulan enam individu yang mewakili 106 persatuan Cina tempatan dilihat berada di luar pusat penamaan calon. Kumpulan itu menunggu untuk menyerahkan satu rayuan kepada calon PAS dan BN.

Penyokong dari kedua-dua kem BN dan PAS di kawasan Merlimau dan Kerdau mula bersurai. Tempoh kempen selama lapan hari untuk kedua-dua pilihan raya kecil ini secara rasminya bermula. Tarikh pengundian bagi kedua-duanya ditetapkan pada Ahad, 6 Mac.

Lagi himpunan foto dari krew Cina Islam di Temerloh. Terima kasih kepada bos CIL di Kerdau, Ustaz MRK albanjari eksklusif untuk pembaca blog.
para penyokong yang berada dibahagian belakang...

unit amal pahang mendahului perarakan...

bacaan doa oleh ust nik zawawi nik salleh.....

tuan guru presiden mengetuai perarakan calon...

ketibaan tuan guru presiden....

unit amal sedia .....

keadaan masih lenggang sekitar jam 7.45 pagi...

ust mrk albanjari (bos CIL@ Cina Islam di Kerdau) sempat menikmati sarapan sebelum menjalankan tugas. Segak bersama vest rasmi CIL. Mantap !

kesempatan terbaik ust mrk albanjari bertemu dengan dua orang gurunya...ust nafiri dan ust abu kassim.....

munajat pejuang.....

walaupun sedikit....namun muslimat tetap mengambil bahagian dlm munajat pejuang...

ni aku le....tengah pasang bendera kat belakang hilux.....hampa ingat pukul berapa ni?....lebih kurang pukul 3 pagi daaaaa.....!

TERKINI - CIL@N.28 : Benarkah BN mengaku kalah di Kerdau ?

22 Rabiulawal 1432H. [MOD] -
Laporan dari krew Cina Islam dari DUN Kerdau. YB Lim Kit Siang juga turut hadir....

munajat....dan solat subuh berjemaah di dataran parking Plaza Temerloh seawal 5.30 pagi

dataran utk para penyokong pas masih kosong sekitar jam 7.30 pagi...

ketua cawangan pas taman equine bersama ust Khalil Abdul Hadi

ketibaan ustzah noridah salleh. ketua muslimat pas pusat

sekitar jam 7.45 pagi
lebih kurang tepat lapan pagi.....

ketibaan calon PRK N28 Kerdau. hj hassanuddin salim bersama isteri....

YB Tuan Guru Presiden mengetuai perarakan calon

apa yang pasti kebanjiran penyokong pas dan pakatan rakyat melebihi jumlah penyokong BN...

antara yang turut hadir ialah Tuan Guru Hj Mohamad baki Othman mantan pesuruhjaya pas pahang....


boleh dibilang berapa jumlah penyokong BN yang hadir dgn dibayar sejumlah wang.....

sejurus saya sampai dihadapan markaz induk pas di darul hikmah...projek mee segera sedang giat dijalankan berhadapan markas induk pas. Disediakan oleh CIS@ mrk albanjari

N.27 : MERLIMAU - Terkini 10.30 pagi (Foto)

22 Rabiulawal 1432H. [MOD] -
Kedua-dua telah keluar dari dewan dan sedang menunggu borang diteliti oleh Pegawai Pengurusan Pilihanraya serta sedia untuk bantahan.

10am Kerdau: Pegawai pengurus pilihan raya Tariff Abdul Rahman mengumumkan tempoh penamaan tamat dan tempoh bantahan bermula.

Hanya dua orang calon, masing-masing daripada PAS dan BN yang mengemukakan borang pencalonan mereka bagi pilihan raya kecil kawasan ini.

Menunggu santai perkembangan seterusnya bersama Mat Sabu.



foto kredit : stone

N.27 : MERLIMAU - Terkini 10 pagi (Foto)

22 Rabiulawal 1432H. [MOD] -
Foto Terkini dari Merlimau