01 February 2011

Tentera sekat jalan memasuki Kaherah

27 Safar 1432H.


KAHERAH: Tentera Mesir membuat sekatan jalan raya menuju masuk bandar itu dan bandar lain menjelang protes besar-besaran bagi mendesak Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan.

Lebuhraya yang menghubungkan bandar Iskandariah dan Kaherah disekat oleh pusat pemeriksaan tentera kira-kira satu kilometer dari pinggir ibu negara berkenaan. Trak dan kereta yang membawa barangan dan menuju Kaherah kelihatan diarahkan supaya meletak kenderaan mereka di tepi jalan pada ketika tentera melarang kenderaan meneruskan perjalanan. Di laluan lain pula, kereta dan bas mini diperiksa sebelum dibenarkan memasuki Iskandariah, bandar kedua terbesar Mesir.

Sementara itu, jalan raya keluar dari bandar Mansura, bandar Suez dan Fayum, selatan Kaherah turut disekat pihak tentera. - AFT.

Pelajar Malaysia Di Mansurah Sedia Untuk Pulang

27 Safar 1432H.

PETALING JAYA: Pelajar Malaysia di Universiti Mansurah, Mesir dilaporkan berada dalam keadaan selamat dan sebahagian daripada mereka kini berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah untuk pulang ke tanah air.

Difahamkan lebih daripada 15 pelajar Kuliah Perubatan universiti itu kini sedang bergerak dari bandar Mansurah menuju ke lapangan terbang antarabangsa berkenaan secara berkumpulan.

Menurut wakil persatuan pelajar Perubatan Cawangan Mansurah (PCM), Muhammad Azrul Azizi Amir Hamdan, tindakan meninggalkan negara yang kini sedang bergolak itu adalah inisiatif kumpulan pelajar berkenaan.

"Kumpulan terbabit mengambil langkah sendiri untuk pulang dan ada sebahagian daripada mereka sudah membeli tiket pulang ke Malaysia beberapa bulan lebih awal," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Selasa.

Muhammad Azrul Azizi, pelajar tahun tiga universiti selamat pulang ke Malaysia Ahad lalu.

Beliau kini mengendalikan laman blog krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com bagi mengumpul maklumat mengenai perkembangan terkini pelajar Malaysia di Mesir serta menjejaki kumpulan pelajar yang sudah selamat sampai ke tanah air.

Bagaimanapun menurut Muhammad Azrul Azizi, beliau dimaklumkan oleh rakannya yang berada di lapangan terbang tersebut, bagi pelajar yang mempunyai tiket penerbangan Egypt Air, tiada jaminan bahawa pesawat berkenaan akan terbang ke Kuala Lumpur.

"Tiada jaminan kerana sebelum ini Egypt Air sudah beberapa kali menangguhkan penerbangan dan ada juga penerbangan yang dibatalkan," katanya.

Tambah Muhammad Azrul Azizi, terdapat juga beberapa pelajar yang kini sudah menaiki pesawat Gulf Air dan bersedia untuk terbang ke Kuala Lumpur.

Keadaan di Mesir kucar-kacir berikutan suasana politik yang tidak menentu di negara itu akibat demonstrasi jalanan mendesak Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan.

Sejak Selasa minggu lalu, beberapa demonstrasi jalanan berlaku di bandar-bandar besar Mesir termasuk di Kaherah, Dumyat, Suez, Tanta, Iskandariah dan Mansurah.

Daripada 11,319 pelajar Malaysia di negara itu, 6,135 sedang mengikuti jurusan pengajian Islam dan selebihnya dalam bidang perubatan.

mStar/-

Hadit pilihan : Lindungi yang dizalimi.

27 Safar 1432H.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: ” Janganlah salah seorang daripada kamu berpeluk tubuh dalam keadaan seseorang itu dibelasah secara zalim, kerana laknat akan turun ke atas orang yang menyaksikan ketika mereka tidak mempertahankannya.”

Riwayat at-Tabrani

Huraian

i) Perbuatan zalim adalah perbuatan yang mendatangkan kesusahan atau kemudaratan kepada orang lain atau mungkin dalam bentuk mengambil manfaat dari orang lain dengan cara yang salah ataupun melakukan sesuatu terhadap orang lain yang menimbulkan rasa sakit kerana perlakuan tersebut memberi keseronokan atau kepuasan kepada yang melakukannya. Pemerasan, pemaksaan dan penipuan demi keuntungan peribadi juga termasuk dalam perbuatan yang zalim.

ii) Perbuatan zalim lazimnya dilakukan oleh orang yang mempunyai kelebihan dan kekuatan berbanding dengan orang yang dizalimi. Ini kerana, fenomena kezaliman tidak akan berlaku sekiranya orang yang hendak dizalimi mempunyai kelebihan atau kekuatan yang sama. Kelebihan atau kekuatan ini boleh diukur dari pelbagai aspek, seperti kekuatan fizikal, kekayaan, kebijaksanaan, kuasa ataupun pengaruh.

iii) Realiti masyarakat hari ini mengamalkan gaya hidup individualistik sehingga sanggup membiarkan penganiayaan dan kezaliman berlaku di hadapan mata mereka sendiri. Sikap ‘tidak mengambil endah’ ini tidak wajar berlaku kerana selaku anggota sesebuah masyarakat setiap individu mestilah bersikap saling mengambil berat, sayang-menyayangi dan belas-kasihan di antara satu sama lain.

iv) Doa orang yang dizalimi terhadap orang yang menzaliminya sangat mudah dimakbulkan oleh Allah S.W.T. Oleh itu perbuatan zalim sebenarnya merupakan perbuatan yang sangat merugikan kepada si pelakunya. Allah S.W.T boleh memberi hukuman ke atas si pelaku tersebut ketika di dunia lagi seperti nasib yang menimpa Firaun. Malah di akhirat kelak orang-orang yang berlaku zalim akan menerima nasib yang sangat malang kerana kebaikan yang dimilikinya akan berpindah kepada orang-orang dizaliminya. Sekiranya dia tidak mempunyai kebaikan, maka keburukan orang-orang yang teraniaya akan terlempar kepadanya dan akan ditanggung olehnya.

Demo Mesir : Kepala mumia dipancung perusuh

Demo di Mesir berlanjutan . Isnin, Kelihatan 2 orang tentera membuat kawalan ketat di dalam Mezium Kebangsaan Mesir di Cairo selepas berlakunya pencerobohan oleh sekitar 50 orang penunjuk perasaan yang menyebabkan dua kepala mumia putus dan jatuh berselerak kelantai bersama tulang-tulang mumia yang lain.

Demi di Mesir, lebih 100 terbunuh.

Sebuah pusat perbelanjaan diceroboh dan dibakar di ibukota, Cairo, Ahad.

27 Safar 1432H.


Sekurang-kurang 100 orang terkorban dan kira-kira 1.000 orang cedera dalam tempoh lima hari protes anti-kerajaan di Mesir.

Sekitar tiga peserta demonstrasi dilaporkan mati pada hari Sabtu ketika polis menembak para perusuh berdekat Kementerian Dalam Negeri di Cairo. 22 orang juga mati dalam pertempuran di Beni Suef, Cairo Selatan.

Para peserta demo melanjutkan demonstrasinya di Tahrir Square di Cairo dan di wilayah ibukota lainnya, serta di Alexandria dan Suez. Puluhan ribu orang menentang perintah berkurung waktu malam untuk menuntut berakhirnya pemerintahan Mubarak selama 30 tahun.

Perompakan nampaknya menjadi masalah yang berkembang dengan cepat. Laporan-laporan dari Cairo dan Alexandria mengatakan kelompok-kelompok penjahat mencuri pejabat dan rumah. Di beberapa wilayah di Cairo, penduduk tempat telah menubuhkan pasukan pengasal sendiri dengan bersenjata tongkat dan senjata lainnya untuk melindungi rumah-rumah kediaman.

Ribuan penumpang terkandas di Lapangan terbang Cairo akibat penerbangan yang dibatalkan atau ditunda. Beberapa negara Arab menyelamatkan warga negara mereka. Pengawal Tentera telah membuat sekatan jalanraya yang masuk ke berbagai destinasi pelancongan Mesir, termasuk Muzium Mesir di Cairo dan kompleks Piramid di Giza.

Sementara itu, Presiden Hosni Mubarak telah melantik ketua intelijen Omar Suleiman sebagai Naib presiden. Ini adalah pertama kalinya presiden melantik seseorang untuk jawatan itu. Mubarak juga melantik Menteri Pengankutan Ahmed Shafiq sebagai Perdana Menteri pada hari Sabtu, dan meminta Shafiq untuk membentuk kabinet baru.

Aktivis Pembangkang Mesir, Mohamed ElBaradei manganggap usaha Mubarak, dengan ia mengatakan pelantikan pemimpin baru tidak memadai. Dalam wawancara dengan Al-Jazeera, pemenang Hadiah Novel itu mengatakan para penunjuk perasaan menginginkan perubahan rejim dan mengakhiri apa yang disebut ElBaradei sebagai dektetor

Taiwan sewa pesawat bawa pulang rakyat terkandas di Mesir

27 Safar 1432H.

TAIPEI: Taiwan menyewa sebuah pesawat untuk membawa pulang 129 warganya di Mesir yang terkandas lebih seminggu akibat tunjuk perasaan, kata Kementerian Luar negara itu hari ini.

Jurucakap kementerian itu, James Chang, berkata mereka tiba di Frankfurt selepas berlepas dari Mesir menaiki pesawat syarikat penerbangan Jordan dan dijangka tiba di Khamis ini dengan penerbangan China Airlines.
Dalam pada itu, seramai 192 pelancong Taiwan masih berada di Mesir sam aada di Kaherah atau selatan bandar Luxor.

KTMB batal khidmat tren ke selatan dan pantai timur

27 Safar 1432H.

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) hari ini membatalkan dan menjadualkan semula perkhidmatan tren bagi sektor Selatan dan Pantai Timur berikutan banjir dan tanah runtuh.

Perkhidmatan tren yang dibatalkan ialah Ekspres Sinaran Selatan (KL Sentral-Singapura), Ekspres Senandung Sutera (KL Sentral-Singapura)dan Shuttle (Kuala Lipis-Singapura).

Menurut kenyataan KTMB hari ini beberapa perkhidmatan dijadualkan semula ialah Ekspres Rakyat (Butterworth/Singapura/Butterworth), Ekspres Sinaran Selatan (Singapura/KL Sentral), Ekspres Sinaran Timuran (Singapura/Tumpat/ Singapura) dan Senandung Wau (Kl Sentral/ Tumpat).

Katanya, perkhidmatan Ekspres Rakyat kini hanya dari Kl Sentral ke Butterworth sahaja manakala Ekspres Sinaran Selatan hanya dari Singapura ke Kluang sahaja.

Bagi Ekspres Timuran pula perkhidmatan ialah dari Singapura ke Kluang, dan dari Tumpat ke Triang sahaja manakala bagi Ekspres Senandung Wau, penumpang akan menaiki bas dari Kl Sentral ke Mentakab sebelum meneruskan perjalanan dengan tren ke Tumpat.

Katanya, bagi penumpang yang terjejas akibat pembatalan itu, mereka boleh menukar tarikh perjalanan atau menuntut pemulangan tiket yang dibeli di kaunter KTMB berhampiran.

Maklumat terkini mengenai jadual perkhidmatan boleh didapati dengan menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan KTM Berhad di talian 1-300-88-5862.

BeritaHarian/-

Siapakah sebenarnya yang benci Rasulullah?

27 Safar 1432H.
Oleh : Ahmad Baei Jaafar.

Isu menyambut Maulidul Rasul bidah sudah agak berkurangan sekarang. Pihak yang mendakwa bidah mula akur dengan keputusan kerajaan dan ulama. Malah ada masjid yang suatu ketika dahulu tidak membuat majlis tersebut turut menganjurkan juga kini.

Menyambut Maulidul Rasul pada setiap kali tarikh 12 Rabiulawal hakikatnya untuk menyatakan rasa kecintaan kepada Baginda Rasul. Mungkin pada sesetengah orang, rasa cinta kepada rasul semakin berkurangan dengan berlalunya masa. Jadi, dengan sambutan ini boleh mengingatkan kembali rasa cinta itu.

Cuma persoalan sekarang, adakah orang yang tidak mahu menyambut majlis Maulidul Rasul termasuk dalam kategori orang membenci nabi? Perlu dijelaskan di sini, tidak menyambut majlis sebegini tidaklah wajar dikatakan membenci nabi dan rasul. Hal ini kerana rasa cinta boleh dilakukan dengan pelbagai cara.

Sebenarnya mereka yang membenci nabi pada hari ini boleh didapati di mana-mana. Mereka ini bukan sahaja tidak mahu mengikut sunnah Rasulullah tetapi turut memperlecehkan sunnah itu. Solat sunat bukan sahaja mereka tidak melakukannya tetapi turut mengatakan bukan-bukan kepada yang melakukan solat itu.

Pakaian menutup aurat bukan sahaja mereka tidak mahu memakainya, tetapi turut mencipta pakaian yang berlawanan dengan perintah Allah. Mereka ini secara umumnya apabila menyebut sunnah akan melihatnya sebagai negatif. Hal ini adalah kerana mereka sendiri tidak faham apakah yang dimaksudkan dengan sunnah.

Sebenarnya sunnah di sudut bahasa bukan sunat tetapi sesuatu yang menjadi istiqamah Rasulullah dalam hayatnya. Mungkin dalam ruang yang sedikit ini saya boleh contohkan beberapa sunnah yang wajar kita ikut:

Solat pada awal waktu
Puasa sunat Isnin dan Khamis
Makan berjemaah dengan keluarga atau sahabat
Bermanja dengan isteri
Membantu kerja isteri
Segera memberi nasihat sesuatu yang dilihat tidak betul
Berpakaian kemas dan sopan.

Ramai yang salah faham dalam soal sunnah ini kerana mereka hanya melihat kepada memakai serban dan jubah. Dan sunnah juga selalu dirujuk kepada amalan poligami. Padahal banyak lagi sunnah yang mudah kita lakukan setiap hari namun selalu kita abaikan.

Menyentuh soal ini, umat Islam perlulah memahami apa yang diajar oleh Rasulullah dan amalkan dengan sebaiknya kalau tidak mahu dikatakan “membenci sunnah rasul”. Selain yang disenaraikan di atas, umat Islam juga perlu sedar bahawa Rasulullah datang dengan membawa dua perkara besar bersandarkan firman Allah yang bermaksud:

“... dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarang-Nya kamu melakukannya maka patuhilah larangan-Nya. dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksa-Nya (bagi orang-orang yang melanggar perintah-Nya).” (Surah al-Hasr: 7)

Dua perkara yang dimaksudkan ialah: Apa yang dibawa oleh baginda, kita kena terima dan amalkan; dan apa yang dilarang olehnya hendaklah dipatuhi dan tinggalkan.
Oleh sebab itu apa sahaja yang disuruh oleh rasul, kita wajib patuh kerana apa yang dibuat oleh rasul itu adalah perintah Allah.

Sebaliknya apa yang rasulullah larang, wajiblah kita tinggalkan. Maknannya haram ke atas kita melakukannya.

Semua perintah dan larangan itu perlu diketahui oleh umat Islam. Untuk itu mereka perlu belajar sama ada dengan berguru atau membaca sendiri buku-buku yang telah ditulis dan dikumpulkan oleh ulama.

Percayalah kalau semua umat Islam ada ilmu yang cukup, aqidah mereka akan mantap, ibadah mereka lebih bermutu dan akhlak mereka akan lebih baik. Mereka inilah yang layak dikatakan beriman dan bertaqwa.


Demo di Mesir desak Mubarak letak jawatan.

PENUNJUK perasaan anti kerajaan berarak sambil membawa sepanduk wajah Presiden Mesir, Hosni Mubarak yang diberi gambaran berupa Adolf Hitler di Dataran Tahrir, Kaherah hari ini. Jalan raya sekitar Kaherah dibanjiri penunjuk perasaan mendesak Mubarak supaya meletak jawatan sejak seminggu lalu. - Foto AP

China tambah pesawat bawa rakyat keluar dari Mesir

27 Safar 1432H.

BEIJING: China akan menambah sekurang-kurangnya dua pesawat untuk membawa pulang kira-kira 2,000 rakyatnya di Mesir yang dilanda protes oleh penunjuk perasaan.

Dua pesawat itu dijangka berlepas hari ini selepas dua syarikat penerbangan dihantar ke Mesir kelmarin untuk membawa kira-kira 500 warga negara itu yang terkandas di Lapangan Terbang Kaherah. "Kerajaan China mengambil berat mengenai keselamatan rakyatnya yang berada di Mesir dan menyelaraskan syarikat penerbangan tertentu untuk menambah penerbangan bawa membawa rakyat pulang ke China," kata Agensi Berita Xinhua.

BeritaHarian/-

Perkhidmatan internet terakhir di Mesir terputus

27 Safar 1432H.

SEATTLE: Penyedia perkhidmatan internet utama Mesir, Noor Group terputus semalam.

Perkhidmatan internet Noor Group masih beroperasi selepas empat penyedia perkhidmatan utama lain di Mesir — Link Egypt, Vodafone/Raya, Telecom Egypt dan Etisalat Misr — terhenti pada pagi Jumaat lalu. Pada kira-kira jam 11 malam waktu tempatan semalam, perkhidmatan Noor Group tidak dapat berfungsi.

BeritaHarian/-

Gunung berapi meletup keluarkan debu dan batu

27 Safar 1432H.

TOKYO: Gunung berapi di Jepun meletup semula dengan mengeluarkan gas yang banyak, ketulan batu dan debu ke udara serta mengakibatkan tingkap hotel dan pejabat pecah sejauh lapan kilometer di kawasan Kirishima selatan Pulau Kyushu.

Pegawai berkata, mereka meluaskan zon bahaya bagi menjauhkan penduduk. Leputan awal hari ini adalah yang terbesar sejak Gunung Berapi Shinmoedake yang meletup minggu lalu. Jumlah kawasan yang terkena debu dan sisa leputan boleh dilihat sejauh beberapa kilometer.

Letupan itu turut menumbangkan pokok dan ratusan tingkap hotel dan pejabat pecah. Setakat ini tiada kecederaan serius dilaporkan.

BeritaHarian/-

Kami perihatin, hulurkan bantuan anda.


27 Safar 1432H.
Abu Adham.

MELAKA - Seorang Imam dari Masjid al-Amin, Jamaluddin Bin Jam Jam telah dimasukkan ke hospital Melaka Medical Center kerana mengalami ketumbuhan di pundi kencing. Beliau berasal dari DUN Semanggol, Perak telah mendapatkan rawatan dihospital tersebut hampir sebulan yang lalu.

Beliau bertugas di masjid selama 28 tahun sebagai seorang Imam Masjid al-Amin dan juga merupakan pengundi di DUN Semanggol dengan pendapatan RM750 sebulan dan masih mempunyai tanggungan yang besar memandangkan anak-anak beliau masih menuntut di IPT.

Penyakit yang dihidapinya adalah ketumbuhan di dalam pundi kencing yang mana memerlukan pembedahan yang segera bagi menyelamatkan nyawa beliau untuk melancarkan proses saluran air kencing serta kos untuk pembedahan.

Saluran kencing terpaksa dipotong dan disalurkan keluar menggunakan bongkah takungan najis sepanjang hayat sebagai alternatif.

Mohon dipertimbangkan untuk bantuan dan juga bantuan bagi meringan beban yang ditanggung oleh beliau untuk menyara keluarga serta anaknya yang masih belajar.

Kepada sesiapa yang ingin membantu dan memberi sumbangan bolehlah menghubungi di talian 012-5776491.

Bencana ombak besar terburuk

27 Safar 1432H.

GELIGA – Seramai 34 mangsa daripada lima keluarga di Kampung Geliga Baru terpaksa dipindahkan ke pusat peminda-han sementara selepas rumah mereka yang terletak tidak jauh dari pantai dipukul ombak besar sehingga menyebabkan rumah masing-masing dibanjiri air laut dan pasir, malam kelmarin.

Berikutan kejadian air laut pasang besar kira-kira jam 5.30 petang, mereka hanya sempat mengalihkan peralatan elektrik, perabot, barang berharga dan pakaian ke sudut rumah yang tidak terkena tempias dan terpaksa menanggung risiko kerugian sebelum berpindah ke Surau Haji Ali sekitar jam 9 malam.

Lebih menyedihkan, semua mangsa juga mungkin berdepan risiko rumah ranap ditelan ombak sekiranya keadaan ombak besar berterusan sehingga beberapa hari lagi.

Semua mangsa turut menyifatkan fenomena ombak besar kali ini adalah yang terburuk sejak beberapa tahun lalu sehingga jarak rumah masing-masing tidak sampai satu meter dari pantai berikutan berlakunya hakisan pantai yang teruk.

Mangsa yang juga ibu kepada 12 anak, Noriza Othman, 47, berkata, pukulan ombak yang deras setinggi beberapa meter dalam kejadian kali ini sehingga air laut memasuki rumahnya menerusi bumbung adalah insiden paling menakutkan walaupun minggu lalu fenomena ombak besar turut dialaminya sekeluarga.

“Kejadian ombak besar dan hakisan pantai semakin teruk sejak tahun lalu, malah setiap kali berlakunya ombak besar saya, anak dan jiran tetangga terpaksa keluar dari rumah dan duduk di bangsal untuk menunggu ombak kembali tenang dan air surut selepas 4 hingga 6 jam.

“Setiap kali kejadian ombak besar terjadi, kami semua terpaksa berjaga-jaga, namun kali ini kami terpaksa berpindah kerana dengan keadaan ombak yang lebih besar daripada biasa, dikhuatiri boleh membahayakan nyawa,” katanya.

Noriza yang bekerja sebagai kerani di Pejabat Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) Daerah berkata, walaupun agak sukar baginya yang mempunyai keluarga besar untuk berpindah tetapi memikirkan nyawa mereka 14 beranak, mereka terpaksa berpindah dengan hanya membawa dokumen penting manakala peralatan rumah lain terpaksa ditinggalkan.

Katanya, gara-gara fenomena ombak besar yang kerap berlaku tahun lalu dan belakangan ini membuatkan mereka sekeluarga terpaksa menanggung kerugian besar selepas tiga mesin jahit, peti sejuk dan perabot rumah mereka rosak ditenggelami air laut.

Noriza berkata, dalam kejadian kali ini, anaknya, Faizal, 25, yang bekerja sebagai tukang jahit juga mungkin berdepan kerugian kerana terpaksa meninggalkan mesin jahit dan tempahan pelanggannya di rumah kerana mereka hanya berpindah sehelai sepinggang.

“Melihat kepada keadaan hakisan yang semakin kritikal dan rumah kami sudah terlalu dekat dengan pantai, rasanya rumah kami akan ditelan ombak sebagaimana rumah penduduk lain sebelum ini,” katanya.

Menurutnya, ketika tinggal di kawasan itu 15 tahun lalu, jarak pantai dari rumahnya masih jauh berbeza dan tidak seperti sekarang.

“Sehubungan itu, saya sekeluarga dan jiran tetangga yang lain berharap kerajaan membantu dengan menyediakan tanah atau kawasan untuk kami berpindah sebagaimana janji kerajaan pada 1999 yang bersedia memberi tanah kepada mangsa bencana,” katanya.

“BUNYI dentuman ombak memukul dinding konkrit rumah saya cukup ngeri dan menakutkan membuatkan kami sekeluarga idak lena tidur malam setiap kali berlakunya ombak besar sejak awal bulan Disember lalu,” demikian kata nelayan, Othman Ali, 58.

Keadaan menakutkan itu terpaksa dialami Othman dan isterinya, Halimah Ishak, 58, dan empat anaknya; Mohd Firdaus, 22, Mohd Zulkhairi, 20; Norwani, 14, dan Siti Mariam, 10, kerana rumah mereka adalah paling hampir dengan pantai jika dibandingkan rumah empat lagi jiran mereka.

Malah, Othman yang kini genap lima tahun menetap di situ berkata, kejadian ombak besar bukan sahaja berlaku pada waktu malam dan awal pagi sahaja bahkan kadangkala turut berlaku pada waktu petang sehingga memaksa mereka sentiasa berjaga-jaga sepanjang masa.

“Sepanjang musim tengkujuh yang masih belum berakhir ini kami perlu sentiasa berwaspada menghadapi sebarang kemungkinan.

“Meskipun saya sekeluarga khuatir dengan keadaan rumah yang hampir ditelan ombak ini tetapi kami terpaksa tinggal di sini dan membiarkan semua peralatan elektrik serta barang berharga di rumah kerana tiada tempat untuk memindahkan barang,” katanya dengan nada sedih.

BEBANAN mangsa bencana ombak besar sedikit terubat apabila pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Geliga Baru menguruskan lokasi pemindahan selain pihak Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Chukai dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut turun padang menyalurkan bantuan segera kepada semua mangsa.

Pengerusi JKKK, Mohd Hisham Zubir berkata, mangsa terpaksa dipindahkan ke Surau Haji Ali dan bukan di Balai Raya Taman Geliga Baru disebabkan balai raya itu terlalu uzur.

“Bila kejadian bencana seperti ini berlaku kita mengalami kesusahan kerana tiada tempat untuk menempatkan mangsa disebabkan balai raya sedia ada yang terlalu daif sehingga terpaksa tempatkan mereka di surau.

“Justeru, diharap Yang Berhormat (YB) Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau pihak berkenaan dapat mempercepatkan kerja baik pulih balai raya agar kemudahan berkenaan dapat digunakan sepenuhnya selepas ini terutama berhadapan dengan saat cemas seperti ini,” katanya.

Lebih penting, katanya, Kerajaan Negeri dan ADUN diharap dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi semua mangsa bencana ombak besar berkenaan.

Sinar/-

Khalil : BN terus menyusahkan rakyat.

27 Safar 1432H.
Oleh : Hafizi Pauzi

PARIT BUNTAR, 1 Feb :- BN terus meneruskan dengan agenda yang menyusahkan rakyat Malaysia, dalam masa sama tindakan BN menggambarkan bahawa mereka tidak peduli dan tidak ambil kisah suara rakyat yang mahukan pembelaan .Demikian penegasan dari Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs.Kalil Idham Lim.

Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai kenaikan Harga Minyak Ron97 sehari selepas kemenangan calon BN di DUN Tenang.

"Tahniah kepada para pengundi BN di Tenang khususnya, mereka buka sahaja telah mendapat pemimpin baru di situ, malah mereka juga telah berjaya ditipu dengan janji manis BN bahawa merekalah pembela rakyat yang tidak tertanding, Mereka juga dapat harga minyak baru." kata YB Khalil yang juga Ketu Penerangan PAS Perak di sini.

Tambahnya, dengan kenaikan tersebut, harga petrol RON97 yang meningkat menjadi RM2.50seliter berbanding RM2.40 sebelumnya akan membebankan rakyat dan bertentangan dengan kempen yang dijalankan oleh BN di Tenang kononnya ingin membela rakyat.

Menurutnya lagi yang juga ADUN Titi Serong, kenaikan ini merupakan yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97 sambil menyifatkan ia adalah satu lagi episod duka bagi rakyat yang sememangnya berada dalam keadaan terhimpit dengan kenaikan berantai harga barang.

"BN memang bijak mengaburi mata rakyat, kenaikan harga ini juga dilakukan sehari selepas pilihan raya kecil DUN Tenang yang berlangsung Ahad baru-baru ini, bayangkan jika mereka naikkannya pada Sabtu atau Ahad, BN pasti sukar menang" ujarnya.

Khalil juga mengingatkan kepada BN khususnya supaya jangan terlalu angkuh dengan kuasa kerajaan pusat yang mereka miliki, sambil menyifatkan kebangkitan rakyat di Tunisia dan Mesir sebagai satu amaran awal terhadap BN supaya mereka jangan terlalu bermegah dengan kerajaan yang diperintah.

"Sesungguhnya rakyat mempunyai kuasa untuk menentukan kerajaan pilihan mereka setiap kali pilihanraya" jelasnya.

"Saya menjangkakan rakyat akan menolak BN dalam PRU ke 13 nanti, Gambaran di Tenang bukalah gambaran sebenar BN diterima oleh rakyat dan sebaliknya Pakatan Rakyat telah ditolak, Kerana itu BN jangan terlalu angkuh dan sombong dengan kemenangan itu" jelasnya ketika mengakhiri sesi temu ramah.

Selamat selepas 16 jam tempuh banjir

27 Safar 1432H.

KUALA LUMPUR, 1 Feb: Selepas terperangkap kira-kira 16 jam di 'pulau banjir' Pogoh dekat Segamat, dua Naib Presiden PAS, Dr Hatta Ramli dan Datuk Mahfuz Omar bersama driver mereka selamat sampai awal pagi tadi.

(Gambar atas: KENANGAN...Mahfuz bergambar kenangan dengan penduduk Kampung Bukit Limau Manis, Segamat ketika seharian terperangkap di situ.)

Mereka sampai di Kuala Lumpur kira-kira jam 3 pagi tadi selepas menempuh pelbagai rintangan dalam perjalanan itu.

Ketiga-tiga mereka bertolak dari Labis melalui Felda Chempelak kira-kira jam 1.30 pagi selepas selesai semua urusan pilihan raya kecil Tenang.

Mengikut perancangannya, mereka akan melalui jalan dari Segamat menuju Pagoh sebelum masuk ke lebuhraya.

Namun, kira-kira jam 2.00 pagi, mereka telah tersilap jalan apabila melihat satu papan tanda Pogoh yang mereka ingat Pagoh.

Rupanya jalan ke Pogoh itu akan membawa mereka Segamat semula bukannya Pagoh.

"Selepas melalui beberapa jalan berair kami sampai ke satu jalan yang penuh dengan air lagi. Tetapi apabila kami melaluinya, airnya sangat deras dan dalam.

(Gambar: Dr Hatta bergambar kenangan di Kampung Bukit Limau Manis, Segamat sambil menunggu pertolongan tiba)

"Apabila air masuk ke dalam kereta Toyota Fortuner Dr Hatta itu, saya ingat kami dah mati di bawa arus yang deras itu," cerita Mahfuz.

Namun, dengan kecekapan pemandu Dr Hatta iaitu saudara Aziz, mereka berjaya melepasinya.

Apabila sampai di jalan yang kering, Dr Hatta bercadang mahu meneruskan perjalanannya menempuh air berikutnya, namun Mahfuz tidak bersetuju kerana bimbang.

Hasilnya mereka mengambil keputusan tidur dalam kereta di Kampung Bukit Limau Manis dan terkejut ketika hari hampir siang.

Mereka kemudian tumpang sembahyang di sebuah rumah di situ.

Di kampung yang ibarat pulau inilah mereka terpaksa menunggu sehingga lewat petang menunggu pertolongan tiba.

"Saya hubungi semua pihak, polis, tentera, Majlis Keselamatan Negara dan sebagainya. Seorang jeneral tentera menghubungi saya tetapi usaha untuk menghantar sebuah bot tempur untuk mengambil kami gagal kerana arus terlalu deras.

"Kalau kami tak keluar lagi, pagi ini mereka akan hantar helikopter untuk mengambil kami," cerita Mahfuz.

Usaha pasukan Smart untuk menghantar bot mereka juga gagal kerana arus yang deras.

Namun, dengan pertolongan anggota Parlimen Sekijang, Datuk Baharum Mohamad, sebuah bot telah dihantar untuk mengambil beliau dengan melalui jalan-jalan yang kurang arus deras.

"Jam 7 malam, kami di bawa keluar dengan bot kecil kepunyaan orang kampung dan melalui perjalanan selama 30 minit merentasi apa yang dulunya sebuah kampung.

"Air banjir hampir melepasi atap rumah. Sewaktu kami berlepas, bantuan makanan belum sampai ke Kampung Bukit Limau Manis, tapi saya merasakan bekalan makanan penduduk kampung masih cukup untuk sehari dua lagi.

"Tiba di Kampung Lubuk Selimar jam 7.30 malam kemudian dibawa dengan kenderaan pacuan 4 roda melalui jalan estet getah ke Bukit Siput. Bertemu MP Sekijang di situ. Kemudian dibawa ke Labis. Tiba KL jam 3 pagi, 24 jam lewat dari jadual," cerita Dr Hatta kepada Harakahdaily.

Banjir kali ini dikatakan lebih teruk dari tahun 2006. Tidak ada amaran awal diberikan. Kerosakan hartabenda tanaman ternakan dijangka amat besar.

"Terima kasih kepada semua pihak yang membantu kami," kata Dr Hatta.

Harakahdaily/-

Banjir mulai reda di Segamat

27 Safar 1432H.
Oleh : Warta Rakyat.

SEGAMAT, 1 Feb: Keadaan banjir di Segamat semakin pulih apabila hujan mulai reda hari ini. Hingga kini hanya beberapa jalan yg masih tidak boleh dilalui.

Semalam hampir seluruh bandar Segamat digenangi air dan mendapat fokus semua pihak apabila ramai wartawan dan jurugambar memenuhi daerah ini sempena pilihan raya kecil Tenang.

Jalan keretapi rosak teruk dan tak boleh dilalui namun sehingga pagi ini keadaan semakin pulih.

Adalah dijangkakan keadaan akan pulih menjelang petang ini sekiranya hujan lebat tidak turun lagi.

Menurut sumber kerugian jutaan ringgit berlaku di Segamat kerana keseluruhan bandar ditengelami air sehingga paras lima ke 10 kaki.

Pada pagi ni para penduduk Segamat sibuk mengemaskan kesan kotoran akibat banjir yang berlaku.

Beberapa kenderaan masih tersadai dan masuk dalam longkang besar akibat arus deras serta air yang dalam.

Penduduk Segamat menyatakan banjir kali ni lebih buruk dari tahun 2006.

Harakahdaily/-

Jadikan filem media dakwah

27 Safar 1432H.
Oleh : Uda Hydra.

Saya amat tertarik dengan lontaran idea Dr. Muhaimin Sulam yang keluar dalam harakahdaily waktu ini. Memang benar filem dan drama yang hebat dan berkesan mampu menjadi media dakwah. Sayangnya di Malaysia ini belum ada filem atau drama dakwah yang hebat dan boleh memberi kesan positif kepada penonton.

Saya sebenarnya baru-baru ini telah berkesempatan menonton filem-filem dan sinetron karya Penulis terkenal dari Indonesia, Habiburrahman El Shirazy @Kang Abik melalui U TUBE. Bagi saya sinetron Ketika Cinta Bertasbih Spesial Ramadhan yang telah ditayangkan di RCTI pada bulan Ramadhan yang lalu penuh dengan mesej-mesej dakwah yang cukup memberi kesan kepada penonton yang merindui kepada kehidupan seharian yang Islami.

Lingkungan kehidupan di pasentren yang dipandu oleh Tuan Guru dan Pak Kiyai adalah amat didambakan oleh semua pecinta Islam sebagai Ad Din. Di samping mendapat hiburan dengan lirik lagu-lagu cinta yang islamik, jalan ceritanya juga amat relevan terhadap kehidupan kita hari ini.

Saya rasa Harakah wajar mempromosi filem dan sinetron KETIKA CINTA BERTASBIH ini kepada rakyat Malaysia. Pastinya setelah menonton akan terasa sejuknya hati kita apabila kita selalu berada dibawah bimbingan orang-orang alim.

Kedah Sifar Rasuah: Umno-BN Makin Terancam

27 Safar 1432H.

ALOR SETAR : Pengisytiharaan negeri Kedah sebagai pentadbiran sifar rasuah jelas menunjukkan rakyat semakin selesa dengan corak kepimpinan kerajaan Pakatan Rakyat.

Exco Kanan Kedah, Ir Amiruddin Hamzah berkata, keadaan ini juga membuatkan Umno-Barisan Nasional(BN) semakin terancam.

Menurutnya, ini satu tamparan hebat kepada Umno yang merupakan pembangkang di Kedah kerana dengan sifar rasuah yang dijelaskan oleh Menteri Besar Kedah menunjukkan bahawa kerajaan yang dipimpin kini bebas daripada sebarang bentuk rasuah.

Amiruddin berkata demikian ketika dihubungi TV Selangor bagi mengulas kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bahawa kerajaan Kedah kini boleh diisytiharkan sebagai sifar rasuah.

Amiruddin menambah, tindakan Umno-BN sebelum ini untuk membeli Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah merupakan salah satu bukti bahawa Umno sentiasa berusaha untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat.

'Memang inilah kerja Umno daripada awal lagi di mana projek membeli ADUN PR bagi mendapatkan kuasa mentadbir Kedah kembali sepertimana di Perak," katanya.

Walaupun berjaya membeli dua ADUN sebelum ini, Amiruddin tetap yakin dengan semangat serta keperibadian ADUN-ADUN yang ada sekarang dalam menjalankan amanah yang diberikan rakyat kepada mereka.

"Kita yakin ADUN-ADUN dari Pakatan Rakyat ini sentiasa bersama di atas perjuangan untuk membawa keadilan kepada rakyat dan ini bukan perjuangan peribadi, perjuangan untuk mengkayakan diri dan atas prinsip itu kita yakin bahawa sebanyak mana yang mereka tawarkan untuk membeli ADUN-ADUN ini, ia tidak akan berjaya kerana kita sentiasa ingatkan prinsip bahawa ini adalah amanat yang diberikan rakyat kepada mereka," terangnya.

Amiruddin berkata, sepanjang hampir tiga tahun Pakatan Rakyat Kedah mentadbir Kedah, Umno gagal dalam membuktikan pentadbiran kita terlibat dengan amalan rasuah.

Jelasnya lagi, sekalipun Umno sentiasa mengadu domba kerajaan Kelantan dan Kedah dan tidak pernah puas berbuat demikian tetapi mereka gelisah kerana rakyat semakin celik politik dan tidak boleh digula-gulakan lagi.

TVSelangor/-

Hidup rakyat Mesir, turun regim Mubarak

27 Safar 1432H.
Oleh : Aziz Muda dan Majdan Yahya.

KUALA LUMPUR, 31 Jan: "Hidup, hidup, rakyat Mesir!", "Turun, turun, regim Mubarak!" Begitulah antara laungan yang lantang kedengaran dari ratusan pemimpin, ahli-ahli dan penyokong Pakatan Rakyat dan NGO yang berkumpul di kedutaan Mesir, di sini, pagi ini untuk menghantar memorandum bagi mendesak regim Hosni Mubarak turun dari tampuk pemerintahannya di negara itu.

Perhimpunan aman itu diadakan sebagai menunujukkan sikap kebersamaan mereka dengan perjuangan rakyat Mesir bagi melepaskan diri dari cengkaman pemerintahan Mubarak yang penuh kezaliman sejak 30 tahun lalu.

Mereka mula berkumpul sekitar jam 10.30 pagi di kawasan letak kereta lalu berarak menuju ke pintu pagar pejabat kedutaan Mesir, tidak jauh dari situ, dengan melaungkan slogan "Down Mubarak' (Turun Mubarak) sambil membawa poster Mubarak yang mempunyai lambang regim zionis di dahinya.

(GAMBAR: Dua pemimpin Pemuda PAS memegang poster Mubarak yang dahinya bertanda lambang Israel)

Perhimpunan tersebut antara lain diwakili oleh PAS, PKR, Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan beberapa NGO termasuk JIM dan ILMAM (Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir).

Antara pemimpin PAS yang hadir termasuklah Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, AJK PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan At-Tantawi.

Pemimpin PKR dan PSM antara lain diwakili oleh Ahli Parlimen Batu merangkap Naib Presiden PKR, Tian Chua dan Setiausaha Agung PSM, S. Arutchelvan, manakala NGO pula diwakili pemimpin masing-masing.

Sementara menunggu pihak kedutaan menerima memorandum itu, beberapa orang pemimpin mengambil kesempatan berucap yang mengandungi mesej jelas kutukan mereka terhadap pemerintahan regim Mubarak yang penuh kezaliman terhadap rakyat Mesir, sehingga sekian banyak orang awam dan para pejuang Islam dibunuh.

Lebih ketara lagi, 25 Disember 2008 lalu, Mubarak turut bersekongkol dengan regim Zionis Israel dengan mengadakan mesyuarat khas, sehingga menyebabkan Israel semakin bermaharajalela dalam melakukan serangan, pembunuhan dan penindasan terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.

"Kini, rakyat Mesir ternyata sudah tidak sanggup lagi berada di bawah pemerintahan regim Mubarak. Rakyat Mesir sudah bangkit menuntut haknya. Regim Mubarak pasti akan tumbang.

"Kita di Malaysia menghidu perkembangan segar ini dengan penuh kesedaran bagi menunjukkan sikap kebersamaan kita dengan rakyat Mesir. Kita juga berharap agar apa yang berlaku terhadap Mubarak sekarang diambil pengajaran oleh semua pihak supaya tidak melakukan kezaliman kepada rakyatnya sendiri dan kepada sesama manusia," kata mereka.

Sambil diselang-seli dengan laungan takbir, kata-kata "hidup rakyat Mesir", 'hancur kezaliman", 'undur Mubarak" dan beberapa ungkapan lain, mereka bergilir-gilir berucap bagi menyatakan pendirian mereka yang tidak akan bersekongkol dengan sebarang penindasan dan kezaliman terhadap sebarang pihak di serata dunia.

Sehingga sekitar jam 12 tengah hari, pintu pagar pejabat kedutaan Mesir tetap juga tidak dibuka yang membuktikan pihak kedutaan enggan menerima memorandum itu.

Sebagai simbolik penyerahan, memorandum berkenaan kemudiannya telah dimasukkan ke dalam kotak dan diletakkan di peti surat yang terdapat di muka pintu pagar kedutaan tersebut.

Sebelum memorandum itu diserahkan kepada pihak kedutaan Mesir secara simbolik, mereka yang diwakili oleh S. Arutchelvan terlebih dahulu membacanya kepada para wartawan.

Antara isinya menegaskan tentang pendirian mereka yang menyokong sepenuhnya tuntutan rakyat Mesir agar Mubarak berundur dari takhta pemerintahannya.

Mubarak sendiri perlu faham dengan tuntutan itu kerana seluruh rakyat Mesir sudah menyatakan pendirian mereka secara jelas sejak seminggu lalu, apabila mereka telah keluar ke jalan-jalan bagi menyatakan kebencian dan suara hati mereka terhadap pemimpin tersebut, sehingga tidak akan berakhir selagi Mubarak tidak memenuhi tuntutan mereka.

Harakahdaily/-

Bapa Nurin Jazlin 'sepatutnya saman Kosmo'

27 Safar 1432H.

Mahkamah Tinggi hari ini menolak saman fitnah RM2 juta terhadap polis dan kerajaan, yang dikemukakan Jazimin Abdul Jalil, bapa kepada Nurin Jazlin kakan-kanak yang dibunuh kejam tiga tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Asmabi Mohamad mengenepikan saman Jazimin dengan kos terhadap bekas Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Negara dan kerajaan kerana membuat kenyataan yang dianggap Jazimin sebagai fitnah, yang mengatakan bahawa kehilangan Nurin Jazlin berkaitan dengan Ah Long.

Dalam samannya pada 21 Ogos 2008, Jazimin berkata kenyataan defendan yang muncul dalam artikel akhbar harian di bawah tajuk "Siasat Ah Long Larikan Nurin" mengakibatkan nama baik dan reputasinya terjejas.

Beliau mendakwa kenyataan itu bermaksud beliau (Jazimin) berhutang dengan Ah Long dan perbuatan itu membahayakan nyawa anggota keluarganya.

Nurin Jazlin, 8, diculik berdekatan dengan rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju, pada 20 Oktober 2007, dan mayatnya ditemui dalam beg sukan 27 hari kemudian.

Dalam keputusannya Asmabi berkata selepas mendengar keterangan dalam perbicaraan penuh saman itu, mahkamah berpuas hati bahawa kata-kata fitnah yang disebut dalam saman itu bukan diucapkan oleh Khalid pada satu persidangan media.

Beliau berkata Khalid membuat persidangan akhbar itu pada 20 September 2007 bagi memaklumkan orang ramai berhubung perkembangan siasatan kes Nurin Jazlin kerana beliau mempunyai tanggungjawab moral dan tugas untuk memberitahu orang ramai kerana, ia merupakan kes berprofil tinggi dan kes yang mempunyai kepentingan awam.

Asmabi berkata pemberita Kosmo yang memberi keterangan di mahkamah mengaku bahawa beliau menulis artikel itu berdasarkan kepada pemahamannya mengenai apa yang dikatakan Khalid, dan ia bukan petikan sebenar kata-kata Khalid pada persidangan akhbar itu.

Pemberita itu mengakui bahawa beliau tidak menulis teks keseluruhan mengenai apa yang dikatakan oleh Khalid, tapi hanya menulis fakta-fakta utama.

Hakim turut berkata keterangan daripada pemberita New Straits Times dan Oriental Daily menunjukkan bahawa mereka tidak mendengar kata-kata yang disiarkan oleh akhbar Kosmo, yang memetik kata-kata Khalid mengenai peminjam wang secara haram.

Asmabi berkata kedua-dua pemberita itu berkata, kata-kata mengenai peminjam wang haram itu keluar dari mulut seorang pemberita yang bertanyakan Khalid mengenainya pada persidangan akhbar itu.

"Dalam perkara ini plaintif menamakan pihak yang salah dalam samannya, dia seharusnya menyaman Kosmo dan pemberitanya. Oleh itu saman ini ditolak dengan kos," katanya.

Peguam kanan persekutuan Noorin Badaruddin yang mewakili defendan memohon RM50,000 sebagai kos yang perlu dibayar oleh plaintif kepada defendan.
Hakim bagaimanapun membenarkan permohonan peguam Jazimin, Natasha Bashir supaya kos itu dinilai kemudian nanti.

Jazimin semasa ditemui pemberita berkata beliau akan berbincang dengan peguamnya untuk menimbang kemungkinan membuat rayuan terhadap keputusan hari ini.

Malaysiakini/-

Diskaun kadar tol sempena Tahun Baru Cina

27 Safar 1432H.

KAJANG - Sebanyak 24 syarikat konsesi lebuh raya menawarkan diskaun kadar tol sempena sambutan Tahun Baru Cina Khamis ini berbanding 17 syarikat tahun lalu.

Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, pemberian diskaun tol itu adalah antara lima hingga 37.5 peratus pada Khamis dan Jumaat ini.

Shaziman berkata, bilangan syarikat bertambah kerana mereka mulai sedar mengenai tanggungjawab sosial korporat kepada pengguna selain sebagai hadiah sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Menurutnya, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) memberikan diskaun sebanyak 20 peratus untuk pengguna kad Touch N Go dan PLUSMiles jika menggunakan lebuh raya itu mulai 7.01 pagi hingga 11.59 malam pada Khamis dan Jumaat ini.

"Pemegang kad yang menggunakan PLUS mulai 12 tengah malam hingga 7 pagi hari yang sama pula akan diberikan diskaun sebanyak 30 peratus," katanya.

Sinar/-

500 pelajar M'sia mula dipindahkan di Mesir

27 Safar 1432H.

Seramai 500 pelajar Malaysia akan berpindah secara berperingkat-peringkat dari kediaman masing-masing ke Rumah Melayu Abasiah Mesir (ARMA) di Abasiah, Kaherah mulai hari ini.

Presiden Persatuan Pelajar-Pelajar Perubatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN) Muhammad Husaini Saleh berkata arahan perpindahan itu dikeluarkan oleh Kedutaan Malaysia di Mesir bagi mengelak mereka menjadi mangsa keganasan rakyat negara itu yang mengadakan demonstrasi menuntut Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan.

"Kami masih tidak mengetahui jumlah pelajar yang dapat dipindahkan ke ARMA sejak 25 Jan lepas kerana kerajaan Mesir telah menguatkuasakan perintah berkurung bermula pada hari berkenaan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Muhammad Husaini, yang juga pelajar perubatan di Universiti Kaherah, berkata perintah berkurung berkenaan dilaksanakan mulai 3 petang hingga 8 pagi esok (9 malam hingga 2 petang esok waktu Malaysia)

Menurutnya pelajar-pelajar Malaysia hanya mengetahui keadaan di luar menerusi paparan berita menerusi televisyen dan radio kerana kerajaan Mesir telah memotong talian internet bagi mengelakkan penyebaran anasir berunsur hasutan.

"Hanya talian telefon yang masih boleh digunakan," katanya.

Muhammad Husaini turut menghargai kerjasama yang diberikan oleh Kedutaan Malaysia di Mesir yang menghulurkan bantuan makanan serta pakaian kepada pelajar Malaysia yang terjejas.

Sejak Selasa lepas, beberapa demonstrasi jalanan dilaporkan berlaku di bandar-bandar besar Mesir termasuk di Kaherah, Dumyat, Suez, Tanta, Iskandariah dan Mansura yang mengakibatkan kira-kira 100 nyawa terkorban dan lebih 1,000 lagi cedera.

Malaysiakini/-

Pemuda PAS teguh bersama rakyat Mesir

27 Safar 1432H.
Oleh : Aziz Muda.

KUALA LUMPUR, 31 Jan: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) melahirkan pendiriannya akan berdiri teguh bersama rakyat Mesir yang memperjuangkan Islam, mempertahankan kedaulatan negara, memperbaiki kestabilan politik dan ekonomi serta mengembalikan kesejahteraan rakyat.

Mereka turut menolak sebarang bentuk pengaruh daripada Amerika Syarikat dan Israel dalam pembentukan polisi Mesir, di samping berharap agar pemerintahan baru di negara itu dapat membantu negara umat Islam di Palestin secara konsisten dan menjadi asas kepada kesatuan negara-negara Arab di Timur Tengah.

Ketua DPPP, Ustaz Nasrudin Hassan At-Tantawi menegaskan, DPPP mengutuk keras sebarang bentuk kekerasan dan kekasaran yang dilakukan oleh regim Hosni Mubarak terhadap peserta demonstrasi serta menuntut agar desakan mereka dilayan secara profesional dan adil.

Menurut beliau, ini termasuklah membebaskan kesemua tahanan peserta demonstrasi dan pengamal media kerana ia bercanggah dengan prinsip hak asasi manusia.

"Dewan Pemuda PAS Malaysia menyeru kepada sebarang usaha ke arah pembubaran Parlimen Mesir dan penganjuran pilihanraya umum yang telus dan bersih.

"Pihak penganjur pilihanraya mestilah bebas daripada sebarang campur tangan parti politik, di samping menjamin kebebasan media untuk melaporkan perkembangan dan hasrat rakyat kepada pengundi dan masyarakat luar," katanya.

Beliau berkata demikian menerusi memorandum khas DPPP yang diserahkan bersama memorandum yang diserahkan oleh para pemimpin PAS, Pakatan Rakyat dan beberapa NGO kepada kedutaan Mesir, di sini, hari ini.

Menerusi memorandum itu, DPPP turut melahirkan sokongan dan komitmen solidariti kebangkitan rakyat Mesir menentang regim autokratik Hosni Mubarak.

"Penentangan rakyat Mesir adalah manifestasi penolakan prinsip ketidakadilan, kezaliman dan penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh pemerintah sejak beberapa dekad yang lalu," katanya.

DPPP turut mengucapkan tahniah khususnya kepada golongan muda yang berani dan aktif menyertai agenda revolusi bagi menuntut keadilan dan pembaharuan di Mesir.

"Malah, kami mengambil kesempatan ini juga untuk mengucapkan takziah kepada keluarga-keluarga mangsa yang terkorban mahupun tercedera dalam saingan revolusi ini," tegasnya.

Pergolakan politik di Mesir kini adalah ekoran kejatuhan regim pemerintah Zein Al-Abidin di Tunisia lalu menjalar ke beberapa buah negara jiran lain termasuk Yaman, Oman, Algeria dan Jordan.

Dengan perkembangan terbaru yang berlaku di Mesir, DPPP turut menjangkakan teori domino itu akan terus berantai sehingga memberikan kesan revolusi keadilan sedunia.

"Namun melihat perkembangan pergolakan politik hari demi hari di Mesir, DPPP melihat situasi semakin kritikal apabila pihak pemerintah tidak mengambil langkah drastik untuk menyelesaikan perkara pokok dan sebenarnya.

"Sebaliknya, mereka melakukan pembantaian terhadap peserta demonstrasi seperti menembak dengan menggunakan gas, air dan pukulan terhadap mereka. Malah lebih parah lagi apabila hubungan komunikasi melalui media baru dan telefon disekat untuk memadamkan kemaraan rakyat," katanya.

Jelas, menurut beliau, sikap yang ditunjukkan itu telah mencabul hak asasi manusia dan memburukkan wajah demokrasi di Mesir.

Berdasarkan pendedahan-pendedahan media antarabangsa, pihak berkuasa Mesir telah mengambil pendekatan kekerasan untuk mengawal dan meredakan keadaan.

"Walau bagaimanapun, desakan terhadap agenda reformasi, kestabilan, demokrasi dan kebebasan tetap menjadi agenda utama dan kami menyokong usaha tersebut," tegasnya.

Beliau berharap agar hasrat DPPP yang disuarakan melalui memorandum itu dapat disampaikan kepada pihak-pihak simpatisan dan pejuang revolusi kebangkitan rakyat di Mesir.

Harakahdaily/-

Umno terpaksa galas MCA yang lumpuh

27 Safar 1432H.
Oleh : Abdul Aziz Mustafa.

KUALA LUMPUR, 1 Feb: Keputusan pilihan raya kecil Tenang menunjukkan beban Umno sebagai tukang usung MCA semakin bertambah, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar (gambar).

"MCA semakin lumpuh, seolah-olah sudah patah kaki dan tangannya. Umno kini mendapat kerja baru sebagai tukang usung MCA.

"Tak ada batu, beban digalas," katanya.

Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena itu, kalau dalam permainan bola, hanya Umno sahaja yang berhempas pulas bergerak ke serata padang.

"Umno terpaksa berlari sendirian sekeliling padang. Dialah penjaga gol, dialah pemain pertahanan, dialah pemain tengah dan dialah penyerang.

"MCA hanya jadi tukang bising suruh Umno buat itu ini dan tukang tengok di dalam padang sedangkan tukang tengok atau penonton sepatutnya berada di luar padang. Perkara tersebut dirungutkan oleh orang-orang Umno sendiri," katanya.

Malah bukan setakat itu sahaja, kata Mahfuz, MCA juga seolah-olah menjadi tukang sabotaj kempen Umno dengan perbuatan menghina Islam sehingga menimbulkan kemarahan anak kandung Umno, Perkasa.

Tidak cukup dengan itu, MCA juga seolah-olah mendorong pemimpin Umno menghina hukum Allah.

"Kerana terpengaruh dan begitu seronok dengan permainan MCA menghina hukum Allah, (Menteri Besar Johor, Datuk) Abdul Ghani Othman dengan begitu ghairah menghina hukum potong tangan sedangkan perkara itu merupakan ketetapan Allah dalam al-Quran.

"Ketika DAP sedang belajar berhenti mengecam hukum Islam walaupun tidak mahu dan tidak menyokongnya, Umno tetap meneruskan watak sebagai penghina hukum Islam.

"Kalaupun tak mahu buat atau tak sokong, Umno tak sepatutnya menjadi pak turut MCA menghina hukum Islam," katanya.

Pilihan raya kecil Tenang juga memperlihatkan kelemahan dan ketiadaan pengalaman jentera Umno Johor untuk "berperang" dengan pembangkang.

"Kalau tidak dibantu oleh jentera Umno dari luar, Umno Johor yang sudah biasa menang mudah dan mengejek-ejek penyertaan PAS dalam pilihan raya negeri itu tak ubah seperti anak ayam kehilangan ibu," katanya.

Walaupun dibantu oleh jentera Umno luar yang lebih pengalaman "berperang" dengan pembangkang, katanya, Umno tetap terpaksa berhempas pulas untuk menghadapi aura calon PAS, Normala Sudirman.

"Pelbagai fitnah yang mereka sasarkan terhadap Normala dan keluarganya membuktikan Umno merasa tergugat dengan keperibadian calon PAS itu," katanya.

Dengan apa yang dihadapi oleh Umno dalam pilihan raya kecil Tenang itu, Mahfuz menjangkakan zaman Umno menang mudah dan boleh bersenang lenang menghadapi pilihan raya di Johor akan semakin berakhir.

Harakahdaily/-

Kes harga barang dan Mesir: Demo besar-besaran Jumaat ini

27 Safar 1432H.

KUALA LUMPUR, 1 Feb: Selepas perhimpunan secara kecil-kecilan di depan kedutaan Mesir semalam, PAS bersama 71 NGO dan parti politik akan berhimpun di kedutaan Amerika pula selepas solat Jumaat, 4 Februari ini.

Ini kerana, mereka menganggap Amerika adalah sekutu rapat kepada regim Husni Mubarak yang sedang dihalau keluar oleh rakyat Mesir sekarang.

Menurut Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi dalam satu kenyataannya berkata, perhimpunan kali ini akan dibuat secara besar-besaran.

Selain Amerika, mereka juga mensasarkan kerajaan Malaysia apabila menaikkan lagi harga minyak Ron 97 sebanyak 10 sen lagi kepada RM2.30.

Menurut sumber kenaikan ini amat melampau dan mencekik pengguna di Malaysia kerana harga kosnya tidak setinggi itu.

"Harga Kos minyak Ron97 pada masa ini(semasa kenaikan minyak) adalah RM2.03 sahaja. Harga dijual oleh pengeluar minyak kepada pengusaha adalah RM2.3856. Harga Jual pula adalah pada harga RM2.50," kata satu sumber.

Ini bererti satu keuntungan yang berganda telah diambil oleh pengusaha yang dipercayai ada melibatkan keuntungan untuk pihak-pihak yang berkepentingan.

Kenaikan ini disifatkan sebagai hadiah untuk pengundi Tenang kerana telah memberikan kemenangan kepada BN dalam pilihan raya kecil Ahad baru-baru ini.

"Dewan Pemuda PAS Negeri - negeri juga diminta untuk mengerahkan semua anak - anak muda bangkit menyatakan semangat kebersamaan kita disamping kita turut akan menyatakan bantahan kenaikan harga minyak dan harga barang yang semakin menjadi - jadi dalam negara kita," kata Nasrudin dalam kenyataannya.

Tempat berhimpun ialah di dua lokasi iaitu Masjid KLCC dan Masjid Tabung Haji dan sejurus solat Jumaat, semua akan berhimpun di Masjid Tabung Haji untuk menyatakan dua bantahan itu.

Timbalan Presiden PAS dan Tuan Hj Mohd Sabu AJK PAS Pusat dan pimpinan - pimpinan pemuda PAS dijangka akan memimpin perhimpunan ini.

"Pertama, isu penangkapan, kekerasan dan pembantaian regim Mesir ke atas rakyat mesir yang menuntut perubahan di negara mereka.

"Kedua, isu kenaikan harga minyak dan barang keperluan utama rakyat dalam negara kita," katanya dalam kenyataan itu.

Antara 71 pertubuhan yang turut serta dalam perhimpunan ini adalah ILMAM, Ikram, JIM, GMI, SAMM dan lain - lain ] termasuk kompenan parti politik Pakatan Rakyat seperti AMK dan lain-lain.

Harakahdaily/-

40,000 dipindahkan, 3 maut akibat banjir


27 Safar 1432H.

Banjir yang bertambah buruk mengorbankan tiga nyawa hari ini serta turut merosakkan harta benda dan menyebabkan beribu-ribu orang dipindahkan.

Pusat-pusat pemindahan mangsa banjir dibuka hari ini di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang dan Sabah.

Dua mangsa yang terkorban melibatkan kejadian banjir di Johor manakala satu lagi kes kematian akibat banjir berlaku di Melaka.

Di Johor Bahru, Rohani Ismail, 51, meninggal dunia apabila kereta yang dipandu mangsa itu dihanyutkan air di kawasan ladang sawit Chaah di Km 145 Jalan Johor Bahru-Seremban pada kira-kira jam 7 petang semalam.

Dalam kejadian berasingan, Aw Yoke Lin, 53, dari Taman Pelangi terbunuh apabila kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya dihanyutkan air ke dalam sebuah sungai di Kampung Rahmat, Kulaijaya pada kira-kira jam 9 malam semalam.

Di Melaka, seorang pengawal keselamatan sebuah loji rawatan air di Kampung Chinchin, Jasin menjadi korban pertama banjir di negeri itu.

Ketua polis Jasin DSP Che Suza Che Hitam berkata mangsa dilaporkan terjatuh ke dalam loji itu pada jam 10 pagi ini.

Mayat mangsa ditemui pasukan penyelamat pada kira-kira jam 1.30 petang.

Sementara itu, lebih 40,000 terpaksa meninggalkan kediaman mereka manakala jalan-jalan utama ditutup apabila sungai melimpah di negeri-negeri berkenaan.

Beberapa perkhidmatan tren ke selatan dan timur Semenanjung turut dibatalkan hari ini akibat banjir dan tanah runtuh antara Bahau dan Tampin di Negeri Sembilan hingga ke Kluang, Johor.

Jabatan Meteorologi meramalkan hujan akan berterusan sehingga Selasa.

"Dewa Puisi" Li Bai (3)


27 Safar 1432H.

Sejak kecil lagi, Li Bai sudah pun mempunyai sifat yang terbuka hati dan berminat pada kegiatan perdebatan. Aktiviti agama Tao agak makmur di Kawasan Mianzhou, iaitu tempat tinggal Li Bai. Keadaan itu sudah wujud sejak akhir zaman Dinasti Han yakni sekitar tahun 200 Masehi. Pada zaman remajanya, Li Bai selalu mengunjungi kuil Tao di Gunung Daitian untuk meminta tunjuk ajar dari para penganut agama itu. Pada suatu masa ketika itu, Li Bai bersama seorang petapa yang dikenali "Dong Yanzi" bertapa di Gunung Mian untuk menumpukan segala perhatian terhadap pembelajarannya. Mereka tinggal di kawasan gunung, dan lama tidak masuk ke bandar.

Di kawasan hutan yang mereka berhuni, Li Bai dan Dong Yanzi telah memelihara banyak burung liar yang cantik, tetapi aneh-aneh. Burung-burung itu sudah biasa dengan kedua-dua orang yang memberikan makanan kepada mereka, dan pasti terbang datang mencari makanan di tempat yang tetap apabila dipanggil oleh Li Bai dan Dong Yanzi dengan panggilan yang tertentu, malah seolah-olah boleh memahami apa yang ditutur oleh manusia. Kadang-kadang, burung-burung itu masih berani bersinggah di tangan pemelihara untuk makan padi yang tersedia, iaitu sudah berjinak dengan pemelihara mereka.

Hal itu tersebar dalam lingkungan yang luas dan turut dianggap sebagai khabar aneh sehingga ramai orang terpikat termasuk gabenor yang memerintah di kawasan Mianzhou. Beliau begitu berminat, lalu memutuskan bertolak ke kawasan gunung itu untuk melihat bagaimana burung yang dipelihara Li Bai itu mencari makan.

Setelah menyaksikan proses mencari makanan yang dilakukan burung-burung tersebut, si gabenor itu menganggap Li Bai dan Dong Yanzi sudah menguasai suatu kemampuan yang luar biasa yang hanya boleh dimiliki dewa, dan mengesyorkan kedua-dua mereka mendaftar nama untuk menduduki ujian tajaan kerajaan yang bersubjek Tao.

Bagaimanapun, kedua-dua petapa Li Bai dan Dong Yanzi terus menolak cadangan yang dikemukakan oleh si gabenor itu.

Li Bai masih mempunyai seorang lagi sahabat karib, iaitu Zhao Rui, seorang ahli debat yang terkenal pada zaman itu. Pada tahun 716 Masehi yang juga dikenali sebagai tahun keempat zaman pemerintahan Raja Kaiyuan, Zhao Rui sudah menghasilkan sebuah buku yang berjudul "Chang Duan Jing" yang berjilid sepuluh. Li Bai baru masuk usia 16tahun ketika itu.

Buku "Chang Duan Jing" ciptaan Zhao Rui itu berfokus pada penyelidikan terhadap perbezaan antara enam kitab yang terkenal, memberikan analisis yang terliti terhadap situasi semasa dan menghuraikan hukum-hukum tentang pembangkitan atau kemerosotan negara. Buku yang mengutamakan perdebatan itu menimbulkan minat besar dari Li Bai. Cerita yang berlaku selanjutnya membuktikan bahawa Li Bai betul-betul terpengaruh oleh buku itu kerana selepas itu, beliau lama-kelamaan memupuk cita-citanya bagi mengembangkan kerjaya yang mulia, dan berminat menghebohkan pandangannya terhadap urusan politik.

Isteri pertama Li Bai bernama Xu, dan beliau meninggal dunia agak awal. Selepas itu, Li Bai memperisterikan Zong. Li Bai kesemuanya memiliki tiga orang cahaya mata, antaranya seorang anak lelaki dan seorang perempuan adalah kelahiran Xu. Anak lelaki yang pertama bernama Boqin, dan selalu dipanggil "Ming Yue Nu" dalam keluarganya, sementara anak perempuan Li Bai diberi nama "Pingyang". Li Bai masih mempunyai seorang anak lelaki lagi yang dilahirkan oleh isteri keduanya. Pasangan Li Bai memberikan nama "Poli" kepada anak itu. CRI/-

Peranan Besar Keretapi Laju dalam Musim Tahun Baru China



27 Safar 1432H.

Selepas pengangkutan musim Tahun Baru China dimulakan, kereta api laju beroperasi sebanyak 1,424 kali di seluruh negara China dengan menghantar lebih sejuta penumpang sehari. Jumlah penumpang kereta api laju menempati kira-kira 20% jumlah penumpang kereta api di negara ini. Demikian dinyatakan oleh Naib Menteri Landasan Kereta Api China, Wang Zhiguo di Beijing semalam.



Ketika membicarakan pembangunan landasan kereta api laju yang sedang dijalankan, Wang Zhiguo menyatakan bahawa landasan kereta api laju yang menghubungkan Beijing dan Shanghai akan siap dibina pada tahun ini. Landasan ini dan landasan kereta api yang sedia ada antara Beijing dan Shanghai akan mendatangkan kemudahan yang amat besar kepada penumpang tujuh buah provinsi dan bandar di sepanjang landasan itu. CRI/-