28 January 2011

Urgent Call kepada bloggers Pakatan Rakyat untuk PRK Tenang

Assalamualaikum wb.
Sekretariat Bloggers PR@Tenang menyeru agar dapat semua bloggers yang bernaung dibawah panji-panji perjuangan untuk rakyat agar dapat menghubungi nama-nama dibawah :
1. Blogger SM NOR : 013-9869183
2. Blogger albanjari : 012-4026129
Misi
Tindakan segera bagi mengumpulkan semua bloggers di 1 tempat khas untuk membuat serangan akhir kepada BN yang semakin sengit di DUN Tenang sekarang.
Lokasi perjumpaan :
Di Restoran Lempeng Purba, Pekan Labis
(Bersebelahan Pusat Media PAS PRK DUN Tenang)
Kita jumpa disana.

Kesihatan suami: Normala seru tanya doktor

23 Safar 1432H.
Harakahdaily

LABIS, 28 Jan: Calon PAS bagi PRK Tenang, Normala Sudirman mahu semua pihak merujuk kepada doktor yang mengeluarkan cuti sakit kepada suaminya, sebelum membuat sebarang spekulasi.

Menurutnya, jawapan dari doktor berkenaan adalah lebih wajar kerana hanya doktor tersebut sahaja mengetahui kenapa suaminya Maarof Abdul Mutalib wajar diberi cuti.

"Saya rasa lebih baik media bertemu doktor yang mengeluarkan surat, kerana doktor lebih profesional terhadap surat yang dikeluarkan kepada pesakitnya," katanya pada sidang media PAS di Tenang hari ini.

Beliau membuat gesaan demikian sebagai menjawab laporan akhbar pro Umno, Utusan Malaysia hari ini yang memaparkan tajuk 'Suami Normala sakit kritikal?'.

Laporan itu mempersoalkan status kesihatan Maarof kerana mengambil cuti sakit sehingga 21 hari sepanjang bulan ini.

Selain akhbar, beberapa blog turut mempersoalkan status Maarof kerana bercuti cuti sakit yang panjang.

Malah sijil sakit itu juga disiarkan di sebuah blog berkenaan dan laporannya membayangkan Maarof sedang berdepan masalah kesihatan yang serius.

Laporan tersebut juga menjadikan persoalan sekitar status kesihatan suaminya itu menjadi fokus utama soalan wartawan, apatah lagi Maarof tiada bersama Normala pada kempen pagi tadi.

Bagaimanapun menurut Normala, suaminya terpaksa menyelesaikan satu tugas lain dan tidak dapat menemaninya pada kempen hari ini.

Tambah Normala, gambaran yang diberikan media berhubung status kesihatan suaminya juga adalah tidak tepat.

"Media lebih baik tanya doktor," ulangnya lagi setelah diaju bertubi-tubi wartawan.

"Setahu saya, suami saya jarang ambil cuti, seorang yang sangat berkomitmen. Sabtu Ahad pun sanggup hantar pelajar main hoki," katanya.

Laman direktori 'Wanita Pertama' JPM dikeluarkan

23 Safar 1432H.

Laman direktori sesawang Pejabat Perdana Menteri yang memuatkan bahagian F.L.O.M. yang misteri serta mendatangkan pelbagai perdebatan telah dikeluarkan.

Bahagian berkenaan telah sejak sekian lama menjadi bahan gurauan di blog dan juga forum online yang semuanya bersependapat abjad itu membawa pengertian "First lady of Malaysia" atau “Wanita pertama Malaysia”.

Menurut beberapa blogger senarai dalam direktori itu menunjukkan ia adalah sebahagaian daripada divisyen di Jabatan Perdana Menteri yang ditubuhkan khas bagi memberi perkhidmatan kepada Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Najib Abdul Razak.

Antara lain, beberapa blogger telah memuat-naikkan video perbualan telefon diposting klip video dari telefon kepada seseorang yang bernama Nurul Rosemiemmy Khasimi @ Mohamed, yang disenaraikan oleh F.L.O.M. sebagai penolong pegawai dengan tugas-tugas khas.

Tiada jawapan diberikan

Dalam satu video, seorang pemanggil gagal untuk bercakap dengan Nurul Rosemiemmy dengan orang di hujung talian itu mengatakan beliau telah keluar mengiringi "Datin Rosmah".

Satu lagi video menunjukkan seorang pemanggil mencari seseorang yang dipercayai Nurul Rosemiemmy, dan ditanya apa itu singkatan bagi F.L.O.M. tetapi tiada jawapan yang diberikan.

Kewujudan bahagian F.L.O.M. dikesan beberapa bulan yang lalu oleh beberapa blogger tetapi ia hanya menjadi perhatian ketara berikutan lawatan 15 hari oleh Rosmah ke Muscat, Oman; Riyadh, Arab Saudi dan Dhaka, Bangladesh.

Semasa lawatan itu Rosmah berjumpa dengan Timbalan Perdana Menteri Oman, Sayyid Fahad Mahmood al-Said, Menteri Pendidikan Arab Saudi, Putera Mohamad Faisal Abdullah Al-Saud dan Perdana Menteri, Bangladesh Sheikh Hasina.

Menipu rakyat

Selesai lawatan itu, media arus perdana melaporkan kunjungan Rosmah berjaya meningkatkan hubungan dua hala, dan pelaburan Malaysia.

Dalam perkembangan berkaitan, ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok berkata kewujudan bahagian F.L.O.M. adalah bukti bahawa Najib telah berbohong di Dewan Rakyat.

Menurut Kok, dalam jawapan perdana menteri kepada ahli parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong, Najib berkata Rosmah tidak diperuntukan elaun perjalanan ataupun mempunyai kakitangan sepenuh masa.

Menurutnya, mengikut undang-undang, isteri perdana menteri hanya dibenarkan menuntut perbelanjaan perjalanan sekiranya beliau menemaninya bagi lawatan rasmi.

Kok berkata kewujudan F.L.O.M. Yang disenaraikan dalam lamn direktori Jabatan Perdana Menteri membuktikan Najib sebenarnya berbohong.

"Hakikat direktori di laman web itu yang tiba-tiba hilang beberapa hari lalu selepas dikritik oleh orang awam membuatkan kewujudan bahagian ini semakin mencurigakan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kok berkata dengan pendedahan itu, Najib harus memberi penjelasan dan mengakui bahawa dia telah memesongkan Dewan Rakyat dan rakyat Malaysia.

Dan 'Wanita Pertama' Rosmah perlu menjelaskan kepada rakyat mengapa beliau berdiam diri dan membiarkan Najib untuk berbohong, menjadikan dirinya bersubahat.

Malaysiakini/-

Arahan polis dan SPR mahu selamatkan BN

Hazayani Zakaria
Harakahdaily/-

KUALA LUMPUR, 28 Jan: Arahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kepada parti politik khususnya Pakatan Rakyat sewaktu berkempen di Dun Tenang lebih bersifat "menyelamatkan BN".

Ketua Penerangan PAS Perak, Drs. Khalil Idham Lim berkata, tindakan pihak polis menghalang pengguna kenderaan mengibarkan bendera parti pada kenderaan mereka seolah-olah dipengaruhi oleh pihak tertentu.

Namun katanya, pada masa yang sama SPR membenarkan baju mempunyai logo 1Malaysia dipakai di tempat mengundi.

"Polis mengeluarkan arahan supaya semua kenderaan berhenti mengibar bendera parti pada kenderaan yang disifatkan seperti berkempen tanpa permit.

"Saya berasa hairan dan ajaib kerana dalam masa yang sama SPR mengesahkan sekali lagi lagi bahawa lambang 1Malaysia pada baju dibenarkan dipakai di tempat mengundi.

"Nampaknya kedua agensi ini saling mengeluarkan arahan yang menampakkan satu langkah untuk menyelamatkan BN," katanya yang juga Pengerusi Sekretariat Pakatan Rakyat Perak.

Khalil turut mempersoal arahan pihak polis itu kerana pengguna jalan raya berhak meletakkan apa-apa bendera pada kenderaan kerana mereka membayar cukai jalan.

"Saya persoalkan kenapa kenderaan persendirian tidak dibenarkan meletakkan bendera di keretanya sedangkan mereka sudah membayar cukai jalan dan sebagainya," katanya.

Tambahnya, polis hanya mengeluarkan arahan demikian pada musim pilihan raya umum dan pilihan raya kecil sahaja namun membiarkan keadaan itu berlaku pada musim perayaan yang lain seperti sambutan hari kemerdekaan dan sebagainya.

"Apakah yang salah dan menganggu kententeraman awam kalau kenderaan pasang bendera dan apa lagi ianya bermusim masa pru dan prk sahaja," katanya.

Semalam, Ketua Polis Daerah Segamat, Superitendan Abdul Majid Mohd Ali mengeluarkan arahan kepada parti-parti politik agar mendapatkan permit terlebih dahulu untuk berkempen dan menyifatkan perbuatan mengibarkan bendera sebagai salah kerana tidak mempunyai permit.

BN Semakin Gentar : Rancang Gubal Undang-Undang Baru Sekat Media Internet.

23 Safar 1432H.

LABIS, 28 Jan : Blogger PAS konsisten menjalankan penerangan melalui media baru masakini seperti jaringan sosial, twitter, facebook dan blog dan amat berkesan serta berpotensi menyentuh hati rakyat dengan maklumat terkini mengenai pelbagai isu .Demikian menurut Ketua Penerangan Pas Perak, YB Khalil Idham Lim,

Tambahnya, menurut laporan media, di Malaysia, internet kini menjadi media pilihan 61% pengguna, menewaskan media TV, radio dan surat khabar dan fakta ini dipetik dari akhbar BBC dan ia adalah hasil kajian yang telah dilakukan.

“BN gentar dengan perkembangan ini, memandangkan maklumat mudah sampai kepada rakyat, kerana itu sepatutnya media cetak dan eletronik jangan terlalu ghairah mengeluarkan fitnah terhadap PR kerana mereka harus sedar ada media baru yang mampu menjelaskan perkara yang sebenarnya,” katanya.

Menurutnya yang juga ADUN Titi Serong, sebagai contoh BN dengan angkuhnya menyebarkan fitnah terhadap calon PAS, Normala Sudirman di Tenang dengan mengatakan Calon Pas ada mengunkapkan “kenapa jual arak?” di Tenang kepada pekedai bukan Islam .

“Sepatutnya Ahli Parlimen Labis yang mengeluarkan kenyataan itu membuktikan kenyataannya setelah didesak namun kenyataannya sering berubah demi menyelamatkan diri” katanya.

“BN juga pasti susah hati dengan perkembangan terbaru Malaysia sebagai hab multimedia serantau sehingga cuba mengusulkan undang-undang pengawalan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (PPPA) yang melibatkan kepada media baru di internet” katanya lagi.

Dalam pada itu, Khalil menjelaskan Google telah membuka satu pejabat di Malaysia pada tahun ini setelah Google membuka pejabat cawangannya di Korea dan Singapura dan bilangan pengguna Internet di Malaysia hari ini dicatatkan 17 juta.

“Satu perkembangan baik, syabas diucapkan kepada rakyat Malaysia, dan perkembangan positif ini perlu dimanfaatkan untuk memperoleh serta menyebar informasi terkini tentang apa yang berlaku di Negara,” katanya ketika menutup sesi temu ramah.

Nik Aziz kuliah Dhuha di Tenang

23 Safar 1432H.
Oleh : Gambar Wan Zahari.



LABIS, 28 Jan: Orang ramai khasnya para petugas PAS dan Pakatan Rakyat memenuhi Dataran Wayang Pacak, Labis pagi ini untuk mendengar Kuliah Dhuha yang diberikan oleh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz.

Biasanya di pagi Jumaat ini, Nik Aziz memberikan kuliah di Dataran Ilmu di perkarangan Bangunan PAS Kelantan, dekat Kota Bharu.

Namun hari ini sempena dengan kempen pilihan raya kecil Tenang, Nik Aziz memberikan kuliahnya di sini.

Nik Aziz sudah tiga hari berada di Tenang selepas tiba sejak dua hari lepas.

Malam ini beliau dijangka akan bersama Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng dijangka memberikan ucapan di Ceramah Perdana di depan Dataran Wayang Pacak ini.

Ini adalah ceramah umum terakhir menjelang hari pengundian pilihan raya kecil ini Ahad ini.

Harakahdaily/-

Laporan CNN lambang ketakutan Najib - Anwar

23 Safar 1432H.

KUALA LUMPUR, 28 Jan: Laporan Cable News Network (CNN) yang bertajuk “Saudis discover new funding channels for Taliban, al Qaeda” memperlihatkan ketakutan Datuk Seri Najib Razak untuk berhadapan Pakatan Rakyat pada Pilihanraya Umum yang akan datang.

Demikian kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) dalam satu kenyataannya hari ini.

Menurut Anwar, laporan CNN yang baru sahaja beredar beberapa jam lalu menyebut antara lainnya, Presiden Umno itu menyatakan rasa tidak puas hatinya kepada Kerajaan Arab Saudi kerana terdapat dua Putera Arab Saudi yang menyokong dan membiayai beliau untuk Pilihanraya Umum yang akan datang.

Katanya, laporan ini menyerlahkan ketakutan serta rekayasa Najib untuk menyekat kemaraan Pakatan Rakyat yang setiap hari berusaha membina dokongan rakyat terhadap usaha mereka demi menyelamatkan Malaysia dari segala kepincangan yang disebabkan oleh kelemahan mentadbir pimpinan negara serta ketirisan akibat dari rasuah yang semakin membarah.

Kehadiran Buku Jingga (gambar kanan), sebuah dokumen yang mengandungi hasrat serta saranan Pakatan Rakyat demi menyelamatkan Malaysia dari terus parah akibat kerakusan dan ketidakcekapan pimpinan Umno-BN, memunculkan rasa takut Najib, tegas Anwar.

Katanya, Najib sedar dokumen tersebut mendobrak ilusi upaya pemulihan yang didendangkan Umno-BN kepada rakyat.

Presiden Umno itu pastinya tahu rakyat tidak akan menerima bulat-bulat pengumuman demi pengumuman yang digarap semata-mata memenuhi maksud iklan, dakwa beliau.

"Ketakutan ini malah membuat beliau enggan berdebat secara terbuka berkenaan kedudukan ekonomi negara dengan saya. Malah, Perdana Menteri tidak segan silu menyerang saya secara peribadi sedangkan hasrat debat terbuka itu semata-mata mahu menyampaikan maklumat yang tepat kepada rakyat Malaysia.

"Saya tidaklah terkejut sekiranya Perdana Menteri sanggup ke luar negara, bukan demi menarik pelaburan tapi semata-mata untuk menyekat dan mentohmah saya.

"Mereka sebenarnya sudah mula merasai angin Perubahan yang bakal melanda. Mereka sedar rakyat Malaysia sudah mulai mual dengan segala macam kebobrokan. Kepimpinan Umno-BN sebenarnya fobia dengan kemaraan rakyat," kata Anwar lagi.

Harakahdaily/-

AYUH PERANTAU, KEMBALI KE KAMPUNG DAN KITA RAIKAN KEMENANGAN ISLAM

23 Safar 1432H.
Oleh : WFAUZDIN NS.

AYUH..Jom kita tabalkan Puan Normala Sudirman sebagai Wakil Rakyat yang baru di kawasan Dun Tenang pada 30 Januari ini. Jangkaan bahawa PAS boleh membuat kejutan pada pilihanraya boleh diterima akal kerana calon Umno kini terpaksa bertahan dan berselindung hanya di sebalik media dan jentera Kerajaan.

Calon PAS berpeluang merampas kerusi DUN Tenang jika sekurang-kurangnya 75 peratus pemilih berdaftar keluar mengundi dalam pilihan raya kecil Ahad ini, kata ketua penerangan PAS Johor, Mazlan Aliman. Bagi mencapai hasrat tersebut, adalah amat penting semua pengundi di luar kawasan pulang untuk mengundi.

Kepada mereka semua, pulanglah ke kampung untuk membuktikan kepada Umno bahawa parti ini tidak boleh menungkat langit di bumi Johor. Buktikan rakyat Johor tidak selama-lamanya boleh dibeli maruah mereka setelah dikatakan tanah-tanah di Johor juga boleh dibeli oleh pihak luar.

Agama Islam yang begitu disanjung di bumi Johor tidak lagi bolehg dipermainkan atau dipersendakan oleh pemimpin yang terbukti rendah moralnya itu. Jika kaum Cina sendiri malu untuk menerima pemimpin ini, adakah kaum Melayu berugama Islam boleh berpeluk tubuh dengan sikap biadab beliau?

Umno di Johor perlu diajar bahawa ugama Islam mesti dihormati kalau pun Umno sendiri tidak mahu mendaulatkannya. Jika Umno tidak mampu mempertahankan ugama suci ini, serahkan kepada PAS untuk memeliharanya.

Ayuh lah, abang, adik dan kakak untuk kembali ke kampung halaman bersama Cikgu Normala. PAS teramat sukar untuk memenangi pilihanraya ini seandainya saudara-saudari tidak bersama di sini. Lakukan lah pengorbanan besar kali ini. Selamat kembali.

Gambar jasad firaun zaman nabi MUSA

23 Safar 1432H
Oleh : ZAMRI.

Inilah Firaun yang pernah diceritakan pada zaman Nabi musa a.s.
Dengan kuasa Allah Yang Maha Hebat dan dengan perintah Allah kepada Nabi Musa a.s agar mengangkat tongkatnya dan hentakkan dibumi untuk membelah lautan.

Dimana setelah NAbi musa dikejar oleh Firaun dan askarnya menemuai jalan kebuntuan untuk melarikan diri. Dan ketika Nabi Musa dan pengikutnya melalui laut Merah yang terbelah dari izin dan kuasa Allah yang tiada tandingannya hingga baginda sampai diseberang tanpa didatangi masalah.

Tapi dalam perjalanan firaun dan askarnya merentasi lautan yang terbelah itu, mereka merasa kagum dan gementar melihat seakan-akan ada kuasa yang membantu Nabi Musa. Akhirnya Firaun berkata............

"Jika benar inilah kuasa tuhannya Musa! aku sanggup untuk
menyembahnya dan bertaubat kepada tuhannya." .......tapi kenyataan Firaun telah pun didengar oleh Allah s.w.t.

Maka Allah pun berkata dengan keras kepada Firaun yang dilaknat-Nya.
"Baru sekarang kau ingin bertaubat! baru sekarang kau sedar akan
kuasa-Ku! Sedangkan kau mengaku diri kau adalah Tuhan! terimalah
pembalasan dariku! akan Aku timbulkan jasad kau agar menjadi
teladan dan iktibar kepada semua manusia di dunia ini".

Begitulah cerita sejarahnya Firaun yang patut kita bersama mengambil iktibarnya. Sejarah mereka yang terdahulu amatlah bermakna buat kita sekarang ini. Agar kita tidak menjadi angkuh seperti Firaun dan melampui batas yang keterlaluan.

Begitu juga dengan syirik/memperduakan Allah. Maka Allah tidak akan mengampuni dan menerima taubatnya. Hati-hatilah dalam kehidupan kita, syaitan sentiasa berusaha merosakkan rancangan yang baik malahan memberi kita ilham atau menerbitkan rasa kesombongan seperti Firaun. Semoga Allah melindungi kita semua ke jalan yang benar. AMeeeeeen! Alhamdulillah! Wasalam!

Tulisan Arab di gambar itu bermaksud "Ambillah Iktibar wahai para pemandang (gambar)".

MB setuju jumpa Khusrin berhubung isu SUK

23 Safar 1432H.
Oleh : Jimadie Shah Othman.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan mengadakan perjumpaan dengan Datuk Mohd Khusrin Munawi pada 7 Februari ini bagi membincangkan sekitar isu berkaitan perlantikan setiausaha kerajaan negeri Selangor itu.

Khalid bagaimanapun enggan menjelaskan butiran perjumpaan itu termasuk sama ada ia turut membincangkan upacara mengangkat sumpah rahsia yang perlu dijalankan Khusrin sebelum boleh memulakan tugas rasminya.

"Ada bincang (soal Khusrin). Saya akan jumpa beliau selepas Tahun Baru Cina, pada 7 Februari depan," katanya yang enggan mendedahkan maklumat lain berhubung pertemuan itu.

Didesak beberapa kali oleh pemberita, Khalid tetap enggan mengesahkan sama ada pertemuan itu akan membincangkan soal angkat sumpah Khusrin sebagai SUK.

Sambil ketawa, Khalid berkata: "Tak nak jawab."

Diminta mengulas laporan sebuah harian berbahasa Cina semalam yang mendakwa bahawa Khusrin akan diberikan enam bulan tempoh 'percubaan' terlebih dahulu, Khalid tetap enggan mengulasnya.

Bukan isu besar

"Tak payahlah kita cerita, itu bukan isu besar," katanya yang memakai batik merah dalam sidang media 'bertemakan' Tahun Baru Cina itu.

Namun katanya, apapun tindakan, kerajaan Selangor akan tetap berusaha meminda undang-undang tubuh negeri bagi memberi kuasa kepada sultan dan menteri besar melantik tiga pegawai tingginya.

Sehubungan itu, Khalid berkata, bermula pada jamuan Tahun Baru Cina negeri pada 12 Februari ini, pihaknya akan memulakan usaha itu.

"Kita akan kempen untuk dapatkan majoriti dua pertiga (dalam DUN). Kita akan kempen supaya kuasa federalisme memberi keadilan di negeri-negeri," katanya.

Bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Shah Alam petang ini, Khalid berkata langkah itu adalah reformasi yang cuba dibawa bagi "mengembalikan kuasa kepada rakyat".

Beliau juga yakin usaha itu akan mendapat sokongan rakyat, terutamanya golongan berpendidikan dan generasi muda.

"Saya rasa, ya (membantu). Sebelum ini sering ada hujah bahawa Umno menjuarai isu Melayu dan sultan, tetapi yang sebenarnya tidak begitu," katanya ketika ditanya sama ada usaha itu akan membantu Pakatan Rakyat mengekalkan penguasaan di negeri itu.

Khalid berkata, beliau yakin dalam pilihan raya umum akan datang, Pakatan akan menguasai majoriti dua pertiga di DUN memandang kini mereka sudah mempunyai 35 kerusi.

Lima kerusi lagi

"Kita hanya perlu lima kerusi sahaja lagi," Kata Khalid yang juga ADUN Ijok.

Ditanya tentang pendapat peguam terkenal Datuk Salehuddin Saidin yang berpendapat undang-undang membenarkan Khusrin 'meminta' menteri besar menjalan angkat sumpahnya, Khalid terus bersikap sinis.

"Kita dah cuba macam-macam (dalam isu ini), termasuk adakan sidang dewan. Saya rasa Umno juga patut cuba sesuatu (berdasarkan pandangan Salehuddin)," katanya.

Sementara itu, mengulas penubuhan suruhanjaya diraja untuk kes Teoh Beng Hock, Khalid berharap ia dapat menghasilkan keputusan yang dihormati.

"Harap tidak jadi macam kes 'correct, correct, corect'...," katanya.

Malaysiakini/-

Penerbangan Nanning-KL Dipulihkan

23 Safar 1432H.

Penerbangan antara Kunming, Nanning dengan Singapura dan penerbangan antara Kunming, Nanning dengan Kuala Lumpur masing-masing dipulihkan pada 26 dan 27 Januari ini. Penerbangan berkala ini berjalan pada setiap Rabu, Sabtu dan setiap Khamis, Ahad. Demikian dinyatakan oleh Kumpulan Lapangan Terbang Guangxi.
Pada masa ini, penerbangan langsung dari Guangxi ke negara ASEAN sperti Guilin-KL, Guilin-Singapura, Naning-Vientiane, Nanning-Yangon, Nanning-Bangkok dan Nanning-Phnom Penh.

Cri/-

Wayang Kulit Yang Paling Awal

23 Safar 1432H.

Menurut cerita yang dicatat dalam buku sejarah China, kira-kira 2,000 tahun yang lalu, Puan Li, gundik yang paling dicintai oleh Maharaja Wu Dinasti Han meninggal dunia kerena penyakit. Maharaja Wu merasa sangat sedih hingga tidak mahu menguruskan pentadbiran.

Seorang pegawai kanan, Li Shaoweng merasa bimbang terhadap keadaan tersebut. Pada suatu hari, ketika berjalan, beliau melihat bebeapa kanak-kanak sedang memainkan boneka, bayangan boneka di bumi nampaknya seperti orang yang benar.

Li Shaowen segera mengarah tukang melukis gambar Puan Li, dan membuat patung yang diperbuat daripada kain menurut gambar itu, mengikat batang kayu pada kaki dan tangan patung itu. Selepas itu, beliau mempersilakan baginda duduk di belakang tirai sutera.

Setelah lilin dinyalakan, bayangan Puan Li mulai bergerak pada tirai tersebut, seperti orang yang benar. Ini sangat menggembirakan Maharajan Wu. Perkara ini dianggap merupakan catatan terawal tentang wayang kulit di China.

Cri/-

BN digesa henti ugut pengundi Melayu

23 Safar 1432H.
Oleh : Aziz Muda.

KUALA LUMPUR, 27 Jan: Umno dan BN diakui sedang menekan para pengundi di Dun Tenang dengan menggunakan taktir kotor dengan membuat pelbagai ugutan kepada para pengundi di kawasan itu agar tidak menyokong PAS.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh para pengundi di kawasan itu ketika ditemui petugas-petugas PAS dalam kempen pilihanraya kecil Dun Tenang yang akan berlangsung 30 Januari ini.

Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP), Siti Zailah Mohd Yusof menjelaskan, kebanyakan para pengundi yang menjadi mangsa ugutan itu terdiri daripada pengundi-pengundi Melayu terutama yang tinggal di kawasan Felda.

Menurut beliau, berdasarkan maklumat yang diterima oleh beliau daripada petugas-petugas PAS di Tenang, para pengundi terbabit sememangnya cenderung untuk menyokong PAS, tetapi mereka takut berbuat demikian disebabkan ugutan-ugutan daripada para pemimpin Umno atau BN yang dikenakan dalam pelbagai bentuk.

"Antaranya, ada yang diugut akan ditarik balik pencen, anak-anak mereka yang bekerja akan ditukar kerja ke tempat lain yang berjauhan dari kawasan itu, bantuan kebajikan akan ditarik balik dan sebagainya," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Politik ugutan itu dimainkan oleh Umno atau BN disebabkan mereka sendiri menyedari kedudukan para pengundi di Dun Tenang sekarang yang lebih memihak kepada PAS.

"Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh pihak kita, saya berani mengatakan kemenangan sebenarnya sudah berada di pihak PAS jika mereka mengadakan pertandingan di padang yang rata.

"Sokongan orang-orang Cina dan India kepada PAS atau Pakatan Rakyat di kawasan itu sekarang sememangnya memberangsangkan, manakala sokongan daripada orang-orang Melayu pula semakin meningkat.

"Tetapi disebabkan mereka menggunakan taktik kotor terutama politik ugutan, pengundi-pengundi Melayu di kawasan itu menjadi takut untuk menampakkan sokongan mereka kepada PAS, termasuk takut untuk menaikkan bendera PAS dan menampakkan reaksi cenderung kepada PAS," katanya yang juga ahli parlimen Rantau Panjang.

Sungguhpun begitu, beliau yakin, pengundi-pengundi Melayu akan sedar tentang kepentingan mereka memberikan undi kepada PAS pada hari mengundi nanti, sekiranya mereka terus didekati oleh para petugas PAS dan diberikan penjelasan yang secukupnya tentang kelebihan perjuangan PAS berbanding Umno BN.

Dari tinjauan yang dilakukan oleh para petugas PAS juga, katanya, para pengundi Melayu di kawasan itu juga ternyata tidak berpuas hati dengan kepimpinan Umno di Johor termasuk di kawasan itu kerana masih amat banyak isu-isu rakyat yang gagal diselesaikan, walaupun Umno BN telah memerintah negeri itu sejak lebih 50 tahun lalu.

Selain politik ugutan, Siti Zailah turut kesal dengan para pemimpin Umno BN yang masih terus menerus memainkan politik wang dalam pilihanraya Dun Tenang, walaupun ia sudah diketahui umum salah dari segi undang-undang.

Harakahdaily/-

Pengurus Felda akui perjanjian serah ladang oleh peneroka longgar

23 Safar 1432H.
Oleh : Khairil Abdul Rahim.

TEMERLOH, 27 Jan: Perjanjian penyerahan ladang di antara peneroka dengan Felda untuk diuruskan oleh Felda Plantations sangat longgar kerana tandatangan kedua pihak tanpa saksi, tidak dimati setem dan tiada tarikh tamat.

Peguam Ahmad Nizam Hamid berkata, ini diakui sendiri oleh seorang pengurus rancangan Felda dalam perbicaraan di Mahkamah Magistret Temerloh hari ini.

Pengurus Felda Gua Musang, Sazali Abdul Hamid dalam pengakuannya sebagai saksi kepada kes Roslan Mohd Nor dari Felda Bukit Mendi, juga mengakui tidak ada terma pemilikan Felda ke atas tanah peneroka dalam perjanjian tersebut.

Ahmad Nizam adalah peguam bela kepada Roslan.

“Kes hari ini ialah anak guam saya Roslan Mohd Nor yang ditangkap oleh Pengurus Felda Technoplant dan anggota Rela kerana dituduh mencuri 35 tandan buah kelapa sawit di atas tanah lot bapanya (yang sudah meninggal) sendiri Mohd Nor@Abu Bakar Sulaiman pada 2009.

“Beliau dituduh di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjarakan selama dua tahun atau didenda,” katanya.

Turut dipanggil menjadi saksi hari ini ialah Ketua Balai Polis Mengkuang Sarjan Mejar Ahmad, Pengurus Felda Technoplant Bukit Mendi Saleh Samigun dan anggota sukarelawan rakyat (Rela) Hanapi Dolah juga dari Bukit Mendi.

Sazali ialah bekas Pengurus Felda Bukit Mendi yang menandatangan bagi pihak Felda bersama pemilik tanah Mohd Nor@Abu Bakar Sulaiman pada tahun 2005.

Sazali juga mengakui, borang yang ditandatangan beliau bersama Mohd Nor adalah bermaksud tuan milik tanah berkenaan menyerahkan ladang kepada Felda adalah untuk tujuan pemulihan tanah dan bukan diserahkan hak miliknya kepada badan tersebut.

Selain daripada itu, Sazali akur keingkaran salah satu pihak (Felda atau peneroka) mematuhi perjanjian 22 perkara itu boleh membatalkan perjanjian.

Sementara itu, menurut Roslan, pada 25 Mei 2009 ketika beliau bersama buruh memasukkan beberapa tandan buah sawit ke dalam sebuah lori pikap di ladang milik ayahnya, beliau telah ditangkap.

“Saya telah tunjukkan surat amaran daripada Pejabat Tanah Bera bahawa cukai tanah ladang itu telah tertunggak sebanyak RM3,000 tidak dibayar oleh Felda. Sedangkan bicara kuasa tidak boleh dijalankan sebab banyak cukai tertunggak.

“Malangnya penjelasan saya tidak diterima malah saya bersama pemandu lori dibawa ke balai polis, digari dan dihantar ke lokap Triang,” katanya.

Menurut Roslan, ladang ayahnya pada tahun 2000 telah diserahkan kepada Felda untuk urusan tanam semula. Namun begitu pada 2005 oleh kerana tiada penyata dan kira-kira hasil yang diberikan oleh Felda, beliau telah minta ayahnya ambil balik untuk diusahakan sendiri.

Bagaimanapun, tambah Roslan, dua bulan sebelum meninggal (4 Julai 2005), ayahnya telah menyerahkan semula pengurusan ladang kepada Felda.

Apabila beliau bersama keluarga mahu mengambil semula pengurusan ladang daripada Felda Technoplant pada 3 September 2007 kerana tidak puas hati dengan hasil yang diterima, beliau telah diarahkan untuk membayar sebanyak RM34,719.90.

Harakahdaily/-

Majlis MB Kelantan dan Cikgu Mala bersama Blogger

Jadual Aktiviti Tuan Guru Dato' Nik Abd Aziz Nik Mat di DUN Tenang 28/1/2011
28 Januari 2011 (Jumaat)

9.00 pagi- Kuliah Pagi Jumaat di Dataran Cikgu Mala

12,00 tengahari- Majlis ramah mesra dan jamuan bersama media dan blogger di Dataran Cikgu Mala, Taman Labis Indah

Solat Jumaat di Masjid Bandar Labis

5.00 petang- Majlis ramah mesra di FELDA Chempelak

8.00 malam- Jamuan bersama Masyarakat Cina di Restoran G & D

10.30 malam- Ceramah di Dataran PAS

Semua wartawan dan pegawai media dijemput hadir untuk membuat liputan. Terima kasih

BN bimbang media baru dedah maklumat

23 Safar 1432H.
Oleh : Hazayani Zakaria.

KUALA LUMPUR, 27 Jan: Cadangan pindaan memperluas skop Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (PPPA) kepada internet hanyalah persiapan awal BN untuk menghadapi pilihan raya umum ke 13, kata Ketua Penerangan PAS Perak, Drs. Khalil Idham Lim.

Beliau yang juga seorang penulis blog politik berkata, cadangan itu sangat tidak masuk akal dan langkah yang mundur ke belakang.

"Apapun alasan yang diberikan oleh Kementerian Dalam Negeri untuk meminda Akta Mesin Cetak, saya lihat ianya tidak lebih dari persiapan awal BN menghadapi PRU ke 13," kata beliau.

Khalil yang juga Pengerusi Sekretariat Pakatan Rakyat Perak juga berkata, cadangan kerajaan itu kerana pemimpin BN mula bimbang dengan keberanian pengamal media baru mendedahkan maklumat sebenar kepada pengguna internet.

"Jika dikira dari segi bahan pemberitaan dan segala fakta yang disiarkan oleh blogger Pakatan Rakyat, saya lihat ianya merupakan sesuatu yang bertanggungjawab.

"Kita keluarkan sesuatu yang sebenarnya dan inilah yang membimbangkan pemimpin BN," katanya yang juga Adun Titi Serong.

Tambah Khalil lagi, Malaysia yang mengaku sebagai negara demokrasi seharusnya bersikap terbuka dalam perkara ini dan mencontohi negara lain yang mengamalkan kebebasan bersuara.

"Malaysia sepatutnya malu kepada negara lain yang lebih bersifat terbuka demokrasinya.

"Hak rakyat untuk bersuara di media internet yang hendak dikawal membuktikan demokrasi di Malaysia hampir terkubur," katanya.

Tambahan pula ujarnya, rakyat sudah bosan dengan cara pemberitaan media cetak pro BN yang lebih bersifat mengampu daripada menyatakan kebenaran.

"Media cetak yang pro BN juga berada di tahap lama dan telah lama tidak diminati bahan beritanya yang lebih kepada "ampu sana ampu sini"," katanya.

Beliau juga berpandangan, cadangan itu kerana BN sudah tidak mampu membayar penulis blog pro BN yang meminta bayaran tinggi untuk menaikkan nama mereka.

"Saranan itu juga bagi saya menggambarkan BN sudah letih melayan karenah blogger pro BN yang terpaksa dibayar dengan harga yang tinggi.

"Apa lagi melihat kepada laman sesawang pro BN banyak yang saya anggap "sampah" dan pengfitnah yang sengaja diada-adakan," katanya.

Sehubungan itu, Khalil menyeru rakyat agar tidak teragak-agak menolak BN pada pilihan raya umum akan datang bagi menghalang mereka daripada terus melakukan tindakan yang tidak munasabah.

"Oleh itu saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia supaya tidak menunggu lama bagi menghentikan pelbagai tindakan yang sudah tidak masuk akal ini," katanya.

Kelmarin, KDN mengumumkan untuk memperluas penguatkuasaan undang-undang ini merangkumi ruang maya termasuk laman web, blog, facebook dan twitter.

Harakahdaily/-