27 January 2011

'PAS berpeluang menang jika 75% keluar mengundi'

22 Safar 1432H.
Oleh : Abdul Rahim Sabri.

Calon PAS berpeluang merampas kerusi DUN Tenang jika sekurang-kurangnya 75 peratus pemilih berdaftar keluar mengundi dalam pilihan raya kecil Ahad ini, kata ketua penerangan PAS Johor, Mazlan Aliman.

Katanya, berdasarkan beberapa perkembangan baru yang diperolehinya, calon PAS serta jentera Pakatan Rakyat berjaya mendapat reaksi “positif” khususnya di kawasan perkampungan tradisi dan di masyarakat Felda yang sebelum ini sukar ditembusi.

Kampung tradisi yang terdapat di DUN Tenang adalah Kampung Redong, Air Panas dan Kampung Tenang.

“Di kampung tradisi kita mengambil pendekatan 'sentuhan peribadi'. Oleh kerana rumah di kampung tradisi tidak banyak, ia lebih mudah untuk kita terus berjumpa dengan pengundi.

“Perkampungan tradisi tidak terikat dengan badan-badan tertentu. Persepsi mereka berubah tentang PAS yang dikatakan sebagai kumpulan radikal atau ekstrem. Jadi mereka melihat kita berbeza.

“Kita berkampung di sana dan bahkan bila adanya kematian, mereka menyuruh kita memimpin tahlil,” katanya ketika ditemui Malaysiakini selepas satu sidang media.

Mazlan berkata calon PAS Normala Sudirman berjaya mendapat respons positif dari pengundi di Kampung Payah Merah – tempat tinggal calon BN, Mohd Azahar Ibrahim (atas, kanan).

Cikgu Mala disambut baik

Katanya, daripada 60 orang pengundi yang ditemuinya, mereka menyambut baik kehadiran calon PAS yang lebih dikenali dengan Cikgu Mala dan ada di antara mereka mempelawa masuk ke dalam rumah.

Mazlan yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat bagaimanapun menyuarakan kebimbangannya apabila pihaknya berhadapan dengan kekangan iaitu kesukaran pengundi Melayu dan Cina pulang ke kampung.

Ini kerana, mereka perlu berulang disebabkan tarikh pengundian 30 Januari diselangi dengan sambutan Tahun Baru Cina tiga hari selepas itu.

Sehubungan itu pihaknya kini sedang memikirkan starategi untuk merangsang pengundi Cina dan Melayu untuk pulang mengundi pada 30 Januari ini.

Ditanya mengenai strategi PAS untuk menarik lebih ramai pengundi di ketiga-tiga Felda – Felda Tenang, Felda Chempelak, dan Felda Chempelak Barat – beliau berkata PAS memasuki fasa terakhir bagi menarik kumpulan tersebut.

Katanya, fasa pertama dilalui sejak penamaan calon sehingga hari ini, pihaknya mengadakan siri ceramah dan dialog dengan membarisi tokoh Pakatan Rakyat dan peguam memberi penerangan mengenai isu semasa termasuk isu-isu Felda.

“Fasa terakhir ini kita fahamkan supaya mereka ada keberanian (untuk menuntut) apa yang mereka mahukan. Kita lontarkan isu berbangkit supaya mereka tahu apa komitmen kerajaan,” katanya.

Sehubungan itu, pihaknya kini menggiatkan kempen bertemu pengundi di kedai kopi atau gelanggang futsal dan memberi penerangan dalam ceramah kelompok mengenai isu berbangkit di Felda.

“Nampaknya pendekatan ini lebih positif supaya mereka lebih memahami (mengenai isu tesebut). Ada di antara mereka tidak tahu hak mereka sebagai warga Felda,” katanya.

Malaysiakini/-

TPM: Interlok kekal tetapi bahagian sensitif dipinda

22 Safar 1432H.

Novel Interlok kekal digunakan sebagai teks komponen sastera bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan Lima dengan pindaan dibuat kepada bahagian yang dianggap sensitif oleh masyarakat India, demikian diumumkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata satu panel bebas akan diwujudkan untuk mengkaji bentuk pindaan dan mengemukakan perakuan kepada kerajaan.

"Keputusan mengekalkan novel ini dengan membuat pindaan supaya tidak menyinggung perasaan kaum India adalah jalan penyelesaian terbaik," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Novel karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain itu menimbulkan kontroversi berikutan keputusan Kementerian Pelajaran memilih novel itu sebagai teks sastera Tingkatan Lima tahun ini kerana didakwa terdapat perkataan yang menyinggung perasaan masyarakat India di negara ini.

Muhyiddin berkata panel itu akan dianggotai pakar bahasa, ahli akademik, sasterawan dan wakil Dewan Bahasa dan Pustaka serta wakil masyarakat India.

"Saya menjangkakan pindaan ini akan dapat dibuat dalam masa yang terdekat," katanya.

Muhyiddin juga menegaskan bahawa novel Interlok hanya akan digunakan setelah pindaan disiapkan dan diedarkan ke sekolah-sekolah.

Sementara pindaan itu disiapkan, beliau berkata Kementerian Pelajaran akan mengarahkan guru-guru untuk meneruskan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia dengan menggunakan silibus yang sedia ada untuk tidak menjejaskan pembelajaran murid.

"Saya percaya kita mempunyai masa yang cukup untuk membuat pindaan secara teliti supaya tidak timbul lagi sebarang pertikaian mengenai novel Interlok selepas ini," katanya.

Malaysiakini/-

Pengundi buat laporan polis terhadap calon BN

22 Safar 1432H.

LABIS, 27 Jan: Seorang pengundi di Dun Tenang, Mohd Nasir Ahmad membuat laporan polis terhadap calon BN, Mohd Azahar Ibrahim berhubung kes melelong tanah seorang lelaki sewaktu menjawat Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat.

Mohd Nasir merupakan kawan kepada pemilik tanah yang dilelong itu, Mansor Mohamad membuat laporan berkenaan di Balai Polis Labis, di sini, pada jam 11.50 pagi tadi.

Beliau di dalam laporan itu menyatakan tanah rakannya itu yang beralamat di HS(M) 535, Lot 2091, Mukim Jabi, Segamat telah dilelong pada 1 Disember 2003 lalu.

Katanya, punca tanah rakannya itu dilelong adalah kerana tunggakan bayaran ansuran kepada CIMB Bank tetapi dia tidak dimaklumkan secara rasmi tanahnya akan dilelong.

Tambahnya, pegawai bertanggungjawab mengendalikan kes itu bagi pihak Pejabat Tanah Daerah Segamat adalah Mohd Azahar Ibrahim, iaitu Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat yang sekarang menjadi calon BN bagi pilihan raya kecil Dun Tenang.

“Beliau telah gagal menyerahkan notis pendengaran kes lelong ini kepada Encik Mansor. Ini menyebabkan Mansor tidak berpeluang menebus tanahnya kembali secara rasmi.

Menurutnya lagi, apabila saat-saat akhir Mansor mengetahui secara tidak rasmi berkenaan lelongan tanah tersebut, maka bayaran sebanyak RM10,000 telah dibuat kepada CIMB Bank bagi tujuan menebus tanahnya kembali.

Mansor juga, katanya memiliki wang tunai sebanyak RM12,000 bagi tujuan tersebut dan telah merayu kepada Mohd Azahar supaya membatalkan lelongan, malangnya rayuan itu tidak dilayan.

Beliau berkata, sebagai pegawai bertanggungjawab yang bertindak di atas kapasiti sebagai ‘majistret’, Mohd Azahar berhak membatalkan proses lelongan tersebut memandangkan Mansor telah bersedia menebusnya tetapi beliau gagal bertindak secara bijaksana.

“Saya mengesyaki terdapat perundingan sulit di antara Mohd Azahar dengan pihak-pihak terbabit. Saya bimbang rakan saya, Mansor telah menjadi mangsa salah guna kuasa seorang penjawat awam,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menggesa polis menyiasat adakah terdapat salah laku Mohd Azahar di samping untuk membersihkan nama calon BN itu.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Johor, Khairul Faizi Ahmad Kamil yang turut mengiringnya berkata, pihaknya menyokong laporan polis itu dibuat dan bersedia memberi kerjasama untuk dibawa kepada pihak yang lebih tinggi.

Harakahdaily/-

Jom berdebat atau Datuk diisytihar pengecut

22 Safar 1432H.
Oleh : Azmi Yusof dan Saidah Hairan.

LABIS, 27 Jan: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan akan diisytiharkan pengecut dan bacul jika enggan menyahut cabaran Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman untuk berdebat bagi menyelesaikan 20 perkara isu mengenai Felda.

Mazlan berkata, Anak memberi tempoh sehingga 28 Januari (esok) untuk berdebat dan Ahmad Maslan berhak untuk menentukan tempat yang sesuai berdebat tetapi dalam Dun Tenang.

"Ahmad Maslan jangan cari alasan, jom kita berdebat atau Datuk bakal diisytiharkan pengecut. Malu dan terhina warga Felda mempunyai pemimpin bertaraf menteri yang bacul," katanya pada sidang media di Markas Operasi PAS PRK Dun Tenang di sini, pagi ini.

Beliau berkata, sudah dua kali Ahmad menolak tawaran berdebat secara terbuka pada 7 Julai 2010 dan diajak berdialog secara tertutup.

Kali kedua, katanya pada 25 Januari Naib Presiden Anak, Samsul Bakri serta Setiausaha, Zabidie Abas telah menyerahkan surat debat di Pejabat Felda Wilayah Segamat.

Dalam sidang media itu beliau turut mendesak Ahmad mendedahkan faedah persaraan Tan Sri Yusof Nor selaku bekas Pengerusi Felda dan juga Pengerusi Felda yang baru, Tan Sri Isa Samad yang dikatakan mendapat bayaran RM100,000 sebulan.

"Ini wang rakyat jadi kita minta Ahmad Maslan perlu perjelaskan dan bertanggungjawab," tegasnya.

Mazlan berkata, rakyat khususnya warga Felda menuntut penjelasan terbuka terhadap 25 isu-isu berbangkit antaranya, benarkah dakwaan mengatakan pemilihan Isa Samad sebagai Pengerusi Felda yang baru atas kehendak isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Selain itu, katanya warga Felda mahu penjelasan mengapa kos tanam semula peneroka begitu tinggi hingga ada yang mencecah hampir RM100 ribu, mengapa kos tanam semula masih dikekalkan kadar faedah 6.25%, kadar yang sangat tinggi dan tidak pernah berubah dari dahulu.

"Mengapa tidak diserahkan wang tanam semula berjumlah RM17,000 caruman peneroka selama 20 tahun, mengapa pelbagai syarat dikenakan terhadap tuntutan wang tanam semula?" soalnya lagi.

Katanya, peneroka Felda juga mempersoalkan mengapa Felda Plantation tidak boleh dimansuhkan walhal ianya boleh memberi manfaat kepada 79,000 generasi kedua Felda, berapa untung sebenar Felda Plantation yang kononnya diguna untuk membayar gaji 25,000 kakitangan Kumpulan Felda dan 45,000 pekerjanya.

Tambah beliau, benarkan terdapat 43 anak syarikat Felda sedang bermasalah serta projek perumahan generasi kedua Felda Air Hitam, Kluang yang dijanjikan lebih lima tahun tidak terlaksana.

Harakahdaily/-

Semangat Hata berkobar walaupun sedang dirawat

22 Safar 1432H.

KUALA LUMPUR, 27 Jan: Walaupun berdepan dengan pelbagai ujian, Presiden Kesatuan Wartawan Malaysia (NUJ), Mohamad Hata Wahiri masih bersemangat waja untuk memperjuangkan kebebasan media.

"Saya tidak ada niat politik ketika memperjuangkan isu kebebasan di Utusan. Saya mahu selamatkan Utusan yang dari sejarah memang akhbar milik orang Melayu bukannya milik Umno," kata Hata Wahiri kepada Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

(GAMBAR: Mustafa bercakap dengan Presiden NUJ, Hata Wahiri, dikatil Hospital Pusrawi tengahari tadi)

Mustafa mengunjungi Hata yang kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Pusrawi, Jalan Tun Razak tengahari tadi.

Hata, seorang wartawan Utusan masuk ke hospital itu pagi 25 Januari lalu selepas sakit dada ketika sedang memandu dari rumah ke pejabatnya di Utusan Melayu.

Hari itu, Hata sepatutnya menghadiri Siasatan Dalam yang dibuat oleh majikannya, Utusan Melayu ke atas beliau. Kerana masalah kesihatannya itu, Siasatan Dalaman itu ditangguhkan. Ini adalah kali kedua ia ditangguh.

Beliau kini sedang digantung pekerjaan oleh Utusan ekoran pandangannya yang meminta Utusan berubah dari pendekatannya sekarang yang terlalu menjadi alat politik Umno.

Ketika ditanya oleh Mustafa, apakah beliau menerima gaji ketika digantung, Hata berkata, dia sendiri tidak tahu.

"Saya sedang tunggu gaji bulan ini. Kalau ada, maknanya gantung dengan gaji jalan," kata Hata.

Menurut Hata, ekoran pendekatan Utusan sekarang menyebabkan jualan akhbar itu terjejas teruk dan beliau sebagai pekerja bimbang Utusan tidak akan bertahan lama dan akan menjejaskan semua pekerjanya.

Menurut Hata, Utusan mula berubah dengan mendadak selepas pilihan raya umum 2008 terutama selepas pentadbiran negara diambil alih oleh Datuk Seri Najib Razak.

"Tahun 2011 ini adalah ulang tahun ke 50 sejarah mogok yang pernah dilancarkan oleh para pekerjanya 50 tahun lalu kerana membantah pengambilialihan Utusan oleh Umno," kata Hata.

Pihaknya, kata Hata, sedang merangka program khas untuk memperingati sejarah perjuangan para pekerja Utusan dahulu itu.

Harakahdaily/-

Balik kampung awal undi, rayakan raya Cina

22 Safar 1432H.
Oleh : Saidah Hairan.

LABIS, 27 Jan: Kumpulan Penyokong calon PAS, Cikgu Normala Sudirman menyatakan sokongan padu dan yakin bahawa PAS akan menawan Dun N05 Tenang melalui calonnya pada 30 Januari nanti.

Wakil kumpulan itu menyatakan, Cikgu Mala akan membawa suara wanita serta Pakatan Rakyat dalam sidang Dun Johor jika beliau diamanahkan oleh pengundi Dun Tenang untuk mengalahkan calon Umno BN.

Sehubungan itu, wakil kumpulan itu turut merayu kepada seluruh pengundi Dun Tenang yang berada di luar kawasan seperti Johor Bharu, Singapura, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Selangor balik ke Tenang untuk menjalankan tanggungjawab membuang undi.

Katanya, sudah tentu pengundi muda yang bekerja luar dari Labis melihat betapa mundurnya pekan Labis tiada pembangunan sehingga anak-anak muda terpaksa mencari pekerjaan keluar dari Labis.

“Inilah peluang keemasan untuk mengubah corak politik supaya Pakatan Rakyat dapat bertapak di negeri Johor.

"Pengundi Cina kita seru supaya balik awal untuk mengundi dan selepas itu boleh meraikan sambutan Hari Raya Cina," katanya dalam sidang media.

Kumpulan itu melancarkan kertas merah yang bertulis `Balik kampung awal undi dan rayakan raya Cina’.

Sebelum itu wakil kumpulan tersebut turut memberikan cd lagu Cina kepada Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Harakahdaily/-

12 golongan bangkit dari kubur.

22 Safar 1432H.
Oleh : ZAMRI.

Firman Allah swt dalam surah al-Naba ayat 18:- "Yaitu hari (yang pada waktu
itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok."

Adalah diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut di atas pernah ditanyakan
oleh Saidina Muaz bin Jabal, katanya, "Ya Rasulullah, apa maksudnya ayat
ini?" Maka Rasulullah SAW menangis sebelum menjawab soalan tersebut kerana
inilah yang selalu dibimbangkan oleh baginda. Lalu baginda menjawab:

"Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12 golongan.
Sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan sahaja yang
akan memasuki syurga. Adapun 11 golongan yang memasuki neraka adalah
seperti berikut:-

1. Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah kerana mereka
suka menyakiti hati jiran tetangga.

2. Mereka yang menyerupai babi. Ini adalah balasan bagi orang yang suka
melengah-lengahkan solat lima waktu.

3. Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular dan
kala. Inilah balasan bagi mereka yang enggan mengeluarkan zakat.

4. Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Inilah balasan mereka yang
berdusta.

5. Mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Ini adalah balasan mereka
yang mengaut keuntungan dalam jual beli atas penipuan.

6. Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. Ini adalah balasan
mereka yang menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat.

7. Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan darah dari
mulut. Ini balasan mereka yang tidak mahu menyaksikan kebenaran.

8. Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala dibawah dan
kakinya keatas. Ini adalah balasan mereka yang berzina serta mati sebelum
bertaubat.

9. Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api. Ini
balasan mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim.

10. Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit2 lain yang menjijikan.
Ini adalah balasan mereka yang berani melawan kedua ibu bapanya.

11. Meraka yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk, bibirnya
berjuntai hingga keperut, dari perut dan pehanya keluar kotoran. Ini adalah
balasan mereka minum minuman keras.

Dan satu golongan yang masuk ke syurga ialah:

12. Mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnama, berjalan di atas titian
Mustaqim laksana kilat. Ini balasan orang yang beramal salih dan menjauhi
maksiat serta mendirikan solat lima waktu dan mati dalam keadaan
bertaubat."

Muhasabahlah diri kita, dalam golongan mana sebenarnya kita berada. Moga
kita berada dalam golongan orang yang beramal soleh. InsyaAllah.

Hairan Dan Pelik - Senarai Fakta Pelik Untuk Dibaca

22 Safar 1432H.
Oleh : ZAMRI.

Ingatlah..."Akal menjadikan manusia mulia dan bijaksana. Nafsu menjadikan
manusia seperti haiwan. Di antara keduanya, IMAN yang akan mengimbangkannya!"

Hairan sungguh..........

1. Bila kita ke EPF untuk menyemak caruman, dengan sekelip mata saja
penyata dapat dikeluarkan melalui slip komputer, tetapi bila kita nak
mengeluarkan simpanan, kena tunggu 5 hingga 6 bulan.

2. Walaupun kerajaan sudah berkali-kali menasihatkan pengguna jalanraya
supaya berhati-hati ketika memandu, tetapi kes-kes kemalangan makin
meningkat.

3. Bila kerjaan menetapkan hadlaju lebuhraya setakat 110km sejam sahaja,
tetapi maseh membenarkan penjualan kenderaan yang mampu melepasi hadlaju
tersebut sehingga dua kali ganda.

4. Bilamana kakitangan kerajaan yang dibayar gaji dari hasil dan pendapatan
rakyat berlagak sombong bilamasa berurusan dengan orang ramai.

5. Bilamana harga roti canai dinaikkan 10 sen sekeping ketika kerajaan
menaikkan harga tepung 10sen sekilo.:badigol:

6. Bila mengenangkan harga kereta Proton lebih murah diluar negara daripada
di negara sendiri.:jiwang:

7. Bilamasa sesuatu skandal didalam Jabatan kerajaan hanya diketahui
setelah bertahun-tahun lamanya.:3some:

8. Walaupun berpuluh-puluh filem bollywood ditayangkan dengan hanya tajuk
berbeza, tapi dengan plot yang sama, rentak tarian yang seiras dan
pelakon-pelakon yang serupa, maseh ramai jugak yang berpusu-pusu untuk
menontonnya.

9. Bilamana perempuan ditinggalkan oleh lelaki, lelaki dituduh tidak setia,
tetapi bilamana perempuan meninggalkan lelaki, lelaki pulak dikatakan tidak
memenuhi citarasa.

10. Bilamana mengenangkan ada orang yang boleh berjanji pada kita untuk
hadhir pada sekian-sekian masa, dia akan menjelma sejam kemudian, setiap
kali.

11. Bilamasa kita menanyakan status berkenaan sesuatu permohonan kepada
Jabatan-Jabatan Kerajaan, jawapannya semua serupa....DALAM PROSES!

12. Bilamasa kita nak ke Sabah dan Sarawak bagi tujuan integrasi, kita
kena pakai passport, tetapi tidak bagi orang Sabah dan Sarawak pulak bila
datang ke Semenanjung.

13. Bilamasa mengenangkan adat sopan santun kita untuk tidak menghabiskan
juadah makanan yang dihidangkan oleh tuan rumah bila kita mengunjung walhal
dari segi agama mengatakan jangan membazir!

14. Bilamasa kita terlambat untuk membayar pinjaman bank, kita akan
dikenakan faedah keatas bayran tersebut, tetapi bila bank terlebih potong,
kita kena tunggu sampai 4-5 bulan walaupun untuk mendapat 5 sen
balik...tanpa faedah!.

15. Bilamasa kita terlambat untuk sampai ke lapangan terbang untuk check
-in, kita akan didenda 25% dari tambang kapalterbang, tetapi bila
penerbangan dibatalkan atau terlambat, satu benda pun kita tak dapat
melainkan penat menunggu!

16. Bila setiap kali pasukan sukan negara kita tewas dalam sesuatu
pertandingan, kita akan segera membuat "post-mortem" tanpa membuat
"post-mortem" keatas pegawai yang membuat "post-mortem" tu sendiri, sebab
dia tak pernah tahu punca kegagalan kita.

17. Kenapa pemilik teksi Bandaraya mengenakan tambang 50% selepas tengah
malam sedangkan dibandaraya selalunya bercahaya terang (macam siang) dan
kurang traffic jam pulak tu....mungkin takut kena rompak...tapi nak buat
apa caj lebih pun kalau lepas tu kena rompak?

18. Bilamasa kita makan di restoran-restoran makanan segera kita dikenakan
caj 10% cukai kerajaan dan 5% cukai perkhidmatan sedangkan cukai kerajaan
itu adalah diatas untung syarikat dan cukai perkhidmatan tak pernah ada
sebab semuanya layan sendiri?

19. Bilamana kerajaan menyarankan penggunaan ilmu IT kepada masyarakat
sedangkan kakitangan kerajaan sendiri pulak tak tahu nak menggunakan e-mail
ataupun komputer.

20. Bilamasa telah berkali-kali pegulas sukan kita telah ditegur caranya
yang penuh sentimen bila mengulas sesuatu acara sukan, tapi makin
menjadi-jadi pulak mengada-ngadanya.

21. Bilamasa agensi-agensi Kerajaan dan Jabatan berkanun menganggap
seolah-olah semua orang tahu bagaimana nak isi borang mereka yang
berkajang-kajang dan membawa dokumen yang "secukupnya" bila berurusan
dengan mereka.

22. Bilamasa rakyat yang belum mempunyai tanah tak pernah berjaya didalam
permohonannya sedangkan orang lain yang mempunyai tanah dimerata-rata
tempat dengan mudah mendapat lagi.

23. Bilamasa skuad hoki negara kita sangat berpuas hati hanya dengan
peningkatan permainan mereka walaupun tewas sedangkan pasukan lain
berkejar-kejaran dan bermati-matian untuk mendapatkan pingat.

24. Bila FAM kita berhempas pulas untuk menaikkan nama pasukan bolasepak
negara dengan menukar-nukar pemain dan jurulatih sedangkan maseh mengekal
pucuk pimpinan yang lama.

25. Bila kita kenangkan bahawa kejadian UFO hanya berlaku di Amerika
Syarikat dan negara-negara barat yang lain sahaja.

26. Bila kita melihat di kaca televisyen bahawa pengacara-pengacara muzik
semuanya beriras mat dan minah saleh dan muka-muka melayu biasa tak laku
langsung.

26. Bilamana telefon bimbit yang diusung kesana kemari, walaupun tak
dipakai akan dicaj sekurang-kurangnya RM60 sebulan.

27. Apabila kita mempunyai modem yang terpantas dan membayar caj sambungan
2.5 sen seminit untuk internet, tetapi menunggu berjam-jam hanya untuk
melihat gambar terbaru Siti Norhaliza keluar sikit demi sikit diskrin
monitor.

28. Walaupun kita tahu bahawa rancangan gusti di tv itu hanyalah lakonan
semata-mata, tapi kita masih bermaki hamun dan bersorak bagai nak rak
sedangkan kita tahu kalah atau menang, kesemua pelakon-pelakon tersebut
dapat duit banyak.

29. Bila melihat sesetengah pemandu yang tak tahu untuk menggunakan lampu
isyarat apabila hendak membelok.

30. Bilamasa sesuatu "traffic jam" terjadi semasa hujan lebat hanya kerana
pemandu memperlahankan kereta untuk melihat air yang berlalu deras didalam
longkang.

31. Bilamasa sesuatu "traffic jam" terjadi hanya kerana pemandu
memperlahankan kereta untuk melihat motorsikal penjual roti terbalik ditepi
jalan.

32. Bila kita tengok orang boleh bercinta didalam internet walau sekali pun
belum pernah berjumpa.

33. Bila mendengar pengulas sukan kita boleh bersajak dan berpuitis ketika
mengulas siaran langsung sesuatu acara sukan.

34. Bila kita menanyakan kawan kita alamat rumahnya. dia menjawab
"mamat@yahoo.com".

35. Bila mengenangkan pada suatu masa dulu pemain bolasepak liga
profesyenal boleh mendapat hingga RM10000 sebulan bermain bola macam budak
sekolah sedangkan graduan universiti yang bertungkus lumus selama lapan
belas tahun kat sekolah hingga pusat pengajian tinggi menerima gaji
permulaan hanya RM1250.00 sebulan.

36. Apabila orang ramai merungut semasa gaji kakitangan kerajaan dinaikkan
kerana takut harga barangan pun meningkat, tetapi tidak menyoal pulak
apabila harga barangan naik tetapi gaji kakitangan kerajaan maseh ditakuk
lama.

37. Apabila Jabatan Hasil Dalam Negeri memberi jaminan bahawa semua
potongan lebihan akan dikembalikan kepada pembayar cukai, tetapi bila
pembayar cukai memohon pengembalian, tiada jawapan langsung diterima dan
lebihan tersebut diakrukan kedalam tafsiran tahun berikutnya.

38. Apabila surat menyurat kepada Jabatan kerajaan hilang dalam perjalanan
ataupun mengambil masa 4 bulan untuk dijawab.

39. Bilamana budak-budak zaman sekarang sampai tak makan dan tak minum dok
"chatting" dalam internet sedangkan bila suruh baca buku, terus terlena.

40. Bilamasa melihat harga telefon bimbit sekarang lebih murah daripada
sewa taliannya.

41. Bila komputer canggih yang kita beli hari ini dah "out-of-date" selepas
sebulan dan kita pun maseh belum habis pelajari kesemuanya fungsinya.

42. Bila melihat harga baju kanak-kanak lebih mahal dari baju dewasa.

43. Bila pos laju mengambil masa seminggu untuk sampai.

44. Bilamana kenaikan pangkat didalam Jabatan Kerajaan bermakna
tanggungjawab bertambah 4 kali ganda dan gaji dinaikkan setakuk dari dulu.

45. Bilamana kita membayar RM1.20 untuk membeli surat khabar yang penuh
cerita rogol, kes khalwat, serta kisah sensasi artis-artis.

46. Bila kita membeli TV 29" tetapi hanya dapat menonton 20" sahaja bila
selebihnya dilingkungi dek iklan.

47. Bilamasa orang-orang yang menganggap dirinya intelektual serta
berpengetahuan IT meletakkan sedutan-sedutan biadab serta ayat-ayat lucah
didalam "Guestbook" sesuatu laman web.

48. Bila orang boleh bermadu kaseh serta bersumpah setia hanya dengan
berkenalan didalam "chat room".

49. Bilamasa teknologi internet sekarang membolehkan seseorang membeli
sayur segar menggunakan e-commerce sedangkan laman yang menawar khidmat
itu terletak di California, USA.

50. Bilamasa laman web yang menawarkan perkhidmatan percuma tetapi meminta
anda mengisi maklumat kad kredit anda.

51. Bilamasa kita demam dan ke klinik untuk berjumpa doktor, kita membayar
RM30 hanya untuk sepeket pil panadol sambil diberitahu doktor yang kita ni
demam.

52. Apabila kita kekedai komputer untuk mendapatkan maklumat sesuatu
komponen, jurujual menjawab "sikit jam ah...saya mau tanya tauke".

53. Bilamasa syarikat bas mengenakan tambang yang pelik seperti RM1.75
sambil menyuruh kita menyediakan duit secukupnya sebab lebihan tidak akan
dipulangkan, walaupun kita tahu kita jarang sekali menggunakan duit 5 sen.

54. Bilamana ada orang dapat menawarkan layanan seks dalam ruangan
berkenalan sesuatu laman web.

55. Bilamasa melihat eksekutif-eksekutif maseh memakai kot dan tali leher
semasa makan tengahari kat warong tepi jalan walaupun cuaca panas terik.

56. Bilamana penggemar-penggemar dan pemilik kereta bermegah dengan kereta
mereka yang berkuasa besar walaupun sedar yang had laju jalanraya disini
hanyalah 110km sejam.

57. Bilamasa kita melihat format pertandingan liga bolasepak negara ditukar
setiap musim walaupun sedar yang tahap permainan tetap menurun.

58. Bilamasa F.A.M mencari punca terjadi pergaduhan didalam sesuatu
perlawanan liga bolasepak negara sedangkan setiap pasukan diberi gelaran
nama binatang.

59. Bilamasa pemilik kenderaan terpaksa membayar cukai jalan setiap tahun
tetapi jalanraya hanya dibaiki lima tahun sekali.

60. Bilamasa artis sanggup menukarkan nama yang mak bapa berikan supaya
lebih glamour.

61. Bilamana mengenangkan manusia suka bergaduh tetapi Allah melarangnya.

62. Bila pembunuh terlepas dari hukuman dan yang tak bersalah dihukum

63. Bila pemandu tidak sanggup memberi peluang pemandu lain memotong,
tetapi sanggup berhenti untuk mengajak pemandu lain bergaduh ditepi jalan.

64. Bila seorang Pak Aji boleh memberikan komen terhadap kebesaran buah
dada seseorang perempuan..........pelik sungguh bila melihat perempuan
berjalan hanya matanya kat situ aje

65. Bilamanan berlaku banyak kemalangan jalanraya dijalan biasa semasa
musim perayaan, laluan percuma dilebuhraya tidak diberikan pada
musim-musim tersebut.

66. Bilamana setiap kali rancangan WWF disiarkan, lebih ramai orang
perempuan yang menunggu untuk menontonnya, tetapi tidak pula pada orang
lelaki yang sentiasa tertidur .

67. Bilamana pelanggan di McDonald's membeli air "diet coke" sedangkan
mereka juga membeli BigMac yang penuh lemak.

68. Apabila TV kita rosak satu atau dua hari selepas tempoh jaminannya
tamat.

69. Bilamana pelanggan diherdik dan dimarahi apabila berurusan dengan
Jabatan kerajaan kerana tidak tahu mengisi borang sedangkan Piagam
Pelanggan mereka begitu putis sekali.

70. Bilamana manusia lebih banyak suka menceritakan keburukan orang
daripada kebaikan yang ada.

71. Bilamana orang-orang muda sekarang cepat beruban.

72. Bilamana ramai orang lebih suka membaca majalah hiburan dari buku-buku
ugama.

73. Semakin ramai mampu membeli kenderaan walaupun harganya makin
meningkat.

74. Bilamana orang yang tak pandai kerja tapi pandai mengampu boss mendapat
gaji yang lebih tetapi bagi orang yang pandai kerja tapi tak pandai
mengampu boss, gaji maseh ditakuk lama.

75. Bilamana lebih ramai orang, masa kerja ponteng kehulu kehilir tapi bila
lepas waktu kerja baru sibuk nak buat overtime.

76. Bilamana ada orang yang ilmu tak seberapa, pengetahuan cuma sejengkal,
tapi maseh mampu nak berlagak sombong.

77. Bila lagu-lagu dulu yang kurang teknologi maseh sedap dan enak didengar
berbanding lagu sekarang.

78. Bilamana ramai orang yang mengaku diri mereka sibuk sedangkan satu
kerja pun tak pernah siap tepat pada masa.

79. Bilamana ramai yang memberi nasihat yang merosakkan dari nasihat yang
baik.

80. Bilamana disetiap rumah murah terdapat kereta yang harganya lebih mahal

81. Bilamana ditanya apa yang dibentang dalam belanjawan hari ini cuma bab
bonus sahaja yang hanya diingati

82. Bilamana seseorang suami mendapat sesuatu dari isteri hanya setelah
siisteri mendapat sesuatu darinya terlebih dahulu.

83. Bilamana pokok nangka sudah bleh tumbuh diatas pokok pisang -kesahihan
perlu dikaji

84. Bilamana banyak kejadian rogol atau mencabul kehormatan berlaku, masih
ada yang ke tempat kerja dengan pakaian yang seksi (banju tanpa lengan dan
skirt pendek nampak peha).tigershow:

85. Bilamana kerajaan mengagung-agungkan MSC maseh ramai rakyat buta IT,
tak mampu nak membeli komputer, masih menggunakan Dail Up Modem yang
terlalu lembab dan membiarkan bayaran langganan untuk ISDN yang terlalu
mahal.

86. Bilamana ramai orang yang maseh menghisap rokok di luar KLIA,
terutamanya kakitangan KLIA sendiri, sedangkan KLIA sendiri memaparkan
amaran 'DILARANG MEROKOK' pada setiap pintu kaca di luar KLIA. ( :-?



Dua Daerah Di Johor Dilanda Banjir

22 Safar 1432H.

JOHOR BARU: Hujan sejak semalam menyebabkan dua daerah iaitu Kluang dan Segamat dilanda banjir, menyebabkan mangsa terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan banjir, Rabu.

Setiausaha Majlis Keselamatan Negeri Johor, Mohamad Yusri Hashim berkata, sehingga lewat petang ini, 27 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan Balai Raya Kampung Lembah Bakti, Labis, selepas kawasan perumahan mereka dinaiki air sehingga paras lutut dan pinggang.

"Daripada 27 keluarga, dua keluarga adalah dari Kampung Lembah Bakti, Kampung Paya Merah Lama (15), Kampung Kangkar Chaah (enam) dan Kampung Orang Asli Selai (empat)," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Mohamad Yusri berkata, seramai 124 mangsa di kawasan Air Panas, Labis turut dipindahkan ke Sekolah Agama Air Panas apabila rumah mereka dinaiki air.

Banjir di Kampung Orang Asli Selai menyebabkan kawasan itu sehingga kini terputus hubungan manakala bah di Kampung Lembah Bakti, Kampung Paya Merah dan Kampung Kangkar Chaah dilaporkan semakin surut, katanya. Di Kluang, sebanyak 19 rumah melibatkan Kampung Muhibbah dan Kampung Chamek dekat Paloh, dinaiki air.

Bagaimanapun, tiada pusat pemindahan di daerah itu dibuka setakat ini.

"Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan. Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini," katanya.

mStar/-

Tiga Beradik Nyaris Maut Dalam Kebakaran

22 Safar 1432H.

BANDAR BAHARU: Tiga orang kanak-kanak yang ditinggalkan sendirian oleh ibu bapa mereka di rumah nyaris maut dalam kebakaran di Kampung Bagan Samak dekat sini petang Rabu.

Kanak-kanak tersebut Nurul Syamini binti Rusaini, 9, adik-adiknya Nurulsalimi, 7, dan Mohd Nor Hasyimi, 4, sempat diselamatkan oleh jiran-jiran mereka yang menyedari kebakaran itu.

Bagaimanapun rumah papan mereka hangus terbakar dalam kejadian pukul 2.30 petang tersebut.

Ketika kejadian, bapa mereka Rusaini Osman, 37, dan ibu mereka Norzita Idris, 35, sedang berada di Pekan Parit Buntar, Perak untuk mengambil dua lagi abang mereka iaitu Mohd Nor Hilmi, 13, dan Mohd Nor Syalini, 11, yang bersekolah di pekan itu yang terletak kira-kira lima kilometer dari rumah mereka.

Adik bongsu mereka Nurfahimi, 1 tahun dibawa bersama oleh ibu bapa mereka.

"Saya sebelum ini sering meninggalkan mereka untuk mengambil abang-abang mereka di sekolah tanpa berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. Tetapi hari ini berlaku kebakaran yang tidak pernah saya jangka.

"Apabila saya sampai di rumah, api telah marak hingga membakar seluruh rumah saya. Namun saya tetap bersyukur kerana anak-anak saya selamat," kata Norzita.

Ketua Pegawai Bomba dan Penyelamat Pekan Serdang, Yuhanna Faizal Othman berkata lima pasukan bomba dan penyelamat termasuk tiga pasukan sukarela yang keseluruhan melibatkan 34 anggota telah berkejar ke tempat kejadian namun tidak sempat menyelamatkan rumah itu.

Punca kebakaran belum dikenal pasti, katanya.

Kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Bandar Baharu telah menyampaikan bantuan ringan kepada keluarga berkenaan termasuk barang-barang keperluan dapur, tilam dan selimut.

Keluarga berkenaan kini menetap di rumah jiran mereka.

Pegawai JKM Daerah Bandar Baharu, Adnan Rashid berkata pihaknya akan menyampai bantuan segera sebanyak RM300 kepada mangsa.Wakil Penyelaras kawasan Parlimen Kulim/Bandar Baharu, Helmi Abdul Khan berkata pihaknya pula telah menghubungi Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) Datuk Arfan Shari untuk menimbangkan bantuan rumah kepada keluarga tersebut.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kulim/Bandar Baharu, Mustafa Kamal Shaikh Ismail pula bersetuju untuk membiayai pakaian seragam dan keperluan persekolahan anak keluarga terbabit yang turut terbakar.

mStar/-

WAWANCARA BERSAMA CALON PAS, NORMALA SUDIRMAN

22 Safar 1432H
Oleh : NURUL AIN MOHD HUSSAIN

APAKAH latar belakangnya sebagai bekas guru memberi kelebihan kepada calon PAS, Normala Sudirman, 38, pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang?

Sebelum diangkat sebagai calon, Normala tidak begitu dikenali ramai. Lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Mala, Ketua Muslimat PAS Kawasan Labis ini bagaimanapun tidak lokek bercerita mengenai perkara yang disukainya kepada mStar Online.

Ikuti temu bual dengannya yang diadakan di Markas PAS Labis baru-baru ini.

Mstar: Adakah ‘Cikgu Mala’ mempunyai blog atau akaun laman web sosial seperti Facebook?

Cikgu Mala: Saya ada laman blog dan akaun Facebook. Saya akan menghabiskan masa sekurang-kurangnya setengah jam untuk mengemaskini medium online ini. Kedua-duanya saya gunakan untuk berkomunikasi dengan masyarakat mengenai pandangan serta masalah mereka.

Mstar: Adakah anda meminati apa-apa cabang seni?

Cikgu Mala: Saya tidak pernah belajar bermain apa-apa alat muzik tetapi saya suka dengar muzik nasyid kerana melodi dan liriknya memberi ketenangan kepada saya. Kumpulan nasyid yang saya gemari ialah, In Team dan Hijjaz.

Mstar: Adakah anda suka menonton wayang?

Cikgu Mala: Saya bukan kaki tengok wayang dan saya tak ada filem yang betul-betul saya minati. Ini disebabkan tugas saya sebagai seorang ibu dan sibuk dengan aktiviti parti menyebabkan saya tidak mempunyai masa untuk menonton wayang.

Mstar: Anda suka membaca? Buku apa yang anda gemari? :

Cikgu Mala: Saya suka baca buku agama dan perjuangan nasionalisme kerana di sini saya mendapat inspirasi untuk amalan kehidupan seharian.

Mstar: Makanan kesukaan anda?

Cikgu Mala: Saya suka makan nasi goreng kampung dan ikan siakap masak stim.

Mstar: Apakah yang anda gemar lakukan pada waktu lapang?

Cikgu Mala: Saya suka membaca buku pada waktu lapang dan saya suka pergi sauna selepas melalui aktviti yang meletihkan. Namun disebabkan oleh jadual yang padat, saya hanya dapat tidur tiga jam sehari dan yang mengejutkan ini tidak langsung memenatkan saya kerana saya sentiasa teruja untuk berkhidmat kepada masyarakat.

Mstar: Sukan apa yang anda gemari?

Cikgu Mala: Saya suka bermain bola jaring dan aktif di sekolah. Saya juga suka menyaksikan pelajar saya bermain bola jaring ketika saya menjadi guru.

Mstar: Adakah anda mempunyai nama samaran atau timbangan?

Cikgu Mala: Teman rapat dan ahli keluarga memanggil saya Nor tetapi sejak saya menjadi cikgu mereka panggil saya Cikgu Mala dan gelaran itu kekal hingga hari ini.

Mstar: Bahasa yang anda kuasai?

Cikgu Mala: Selain Bahasa Malaysia. Saya boleh berbahasa Inggeris dan cakap bahasa Jawa. Selalunya saya lebih banyak bercakap dalam Bahasa Malaysia.

Mstar: Anda mempunyai binatang peliharaan?

Cikgu Mala: Saya suka haiwan dan saya ada bela kucing namanya ‘Mickey’.

Mstar: Siapakah idola anda?

Cikgu Mala: Idola saya, Nabi Muhammad SAW. Baginda sumber insipirasi kepada saya dan kegigihan, ketabahan serta kepayahan yang dihadapinya merupakan contoh kepada orang Islam.

Mstar: Pelakon yang anda sukai?

Cikgu Mala: Saya suka P. Ramlee. Dia seorang legenda dan salah seorang artis tempatan yang paling berbakat kita pernah miliki.

Mstar: Perkara yang anda sukai tentang Malaysia?

Cikgu Mala: Kepelbagaian budaya, agama serta adat resam yang kita miliki. Kepelbagaian budaya dan masyarakat menjadikan Malaysia sebuah negara yang istimewa dan unik untuk dikunjungi.

Mstar: Perkara yang anda tidak suka tentang Malaysia pula?

Cikgu Mala: Satu faktor yang saya tidak suka tentang Malaysia ialah kita masih belum mempratikkan nilai demokrasi sebenar. Banyak yang masih boleh diperbaiki lagi dan kita sudah pasti akan bergerak ke arahnya.

Biodata

Nama: Normala Sudirman,38.

Suami: Maarof Abdul Mutalib

Anak: Nur Hasanatul Fadillah 13, Muhammad Aiman Zulhakim 11 dan Muhammad Irfan Mukhlis, 8.

Ayah: Sudirman Suratman

Ibu: Mukmini Yahya

Kelulusan: Diploma Maktab Perguruan Tuanku Bainon Pulau Pinang.

Pekerjaan terakhir: Guru.

Jawatan dalam parti: Ketua Muslimat PAS Labis, Exco Pendidikan PAS pusat.

Pembabitan dalam pertubuhan kebajikan: Setiausaha Program Literasi dan Numerasi (LINUS) dan Pemulihan Kanak-Kanak Buta Huruf 3M, Penyelaras Program Pemulihan Khas dan Intervensi (PINCH), AJK Bimbingan dan Kaunseling, AJK Kantin Sekolah.

mStar/-

Bukan PAS, tapi mahkamah sahkan calon BN salah

22 Safar 1432H.
Oleh : Abd Aziz Mustafa .

LABIS, 27 Jan: Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azahar Ibrahim hakikatnya telah disahkan bersalah oleh mahkamah kerana melelong tanah secara tidak sah, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

"Melelong tanah secara tidak sah bukan sahaja tidak mengikut prosedur malah adalah satu kesalahan dan oleh sebab itulah Mahkamah Tinggi Muar memerintahkan dikembalikan tanah itu kepada pemiliknya, Mansor Mohamad bersama kos pada 2008.

"Jika tindakan melelong itu sah, mengikut prosedur dan bukan satu kesalahan, mahkamah tidak akan memerintahkan tanah itu dikembalikan," katanya.

Mahfuz menyeru rakyat Tenang menolak Mohd Azahar yang telah disahkan melakukan kesalahan oleh mahkamah dan memilih calon PAS, Normala Sudirman.

"Normala bukan sahaja bersih dari tuduhan penyalahgunaan kuasa seperti yang sedang dihadapi oleh Mohd Azahar malah calon PAS di Tenang itu pernah diiktiraf sebagai guru cemerlang oleh Kementerian Pelajaran," katanya.

Mohd Azahar kini adalah defendan pertama dalam tuntutan saman Norhana Mohd Ali yang telah terpedaya membeli tanah Mansor yang dilelong secara tidak sah itu.

"Akibat penglibatan Mohd Azahar melelong tanah dengan cara yang didapati salah oleh mahkamah itu, kerajaan dan rakyat kini menghadapi risiko menanggung kerugian kira-kira RM1.5 juta," kata Mahfuz.

Norhana menuntut gantirugi berjumlah kira-kira 1.5 juta dan Mahkamah Tinggi Muar telah pun menetapkan tarikh pendengaran kes tuntutan Norhana ke atas calon BN di Tenang itu dan tiga yang lain pada 7 Februari 2011 ini.

"Dari segi integriti, Mohd Azahar hakikatnya tidak ada integriti kerana beliau sebelum ini mendakwa apa yang dilakukannya mengikut adalah prosedur dan kes lelongan tanah itu telah selesai.

"Kalau mengikut prosedur, mengapa mahkamah mengesahkan kesalahan beliau terlibat dalam lelongan tanah secata tidak sah dan jika selesai, mengapa pula ada tuntutan berkaitan tanah itu yang akan didengari mahkamah pada 7 Februari ini?" Ahli Parlimen Pokok Sena mempersoalkan.

Kalau sebagai pentadbir tanah pun beliau telah menghadapi tuduhan menyalahgunakan kuasa dan disahkan pula oleh mahkamah melakukan kesalahan, Mahfuz mengingatkan para pengundi di Tenang tentang kemungkinan bahaya lebih buruk yang akan dihadapi oleh rakyat dan kerajaan jika Mohd Azahar mendapat kuasa lebih besar hasil kemenangannya dalam pilihan raya kecil tersebut.

"Dengan kuasa hanya sebagai pentadbir tanah sahaja Mohd Azahar bukan sahaja telah memburukkan imej kerajaan malah mengakibatkan rakyat dan kerajaan menanggung risiko kerugian kira-kira RM1.5 juta, bayangkan kalau beliau mendapat kuasa lebih besar jika beliau menang pilihan raya kecil Tenang," beliau mengingatkan.

Harakahdaily/-

TG Nik Aziz di Tenang hari ini, esok

22 Safar 1432H.

LABIS, 27 Jan: Mursyidul AM PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz akan berada di Tenang bermula hari ini bagi membantu kempen memenangkan calon PAS, Normala Sudirman pada Pilihan Raya Kecil Dun itu 30 Januari ini.

Bermula jam 11 pagi ini, Tuan Guru dijangka berada di Kampung Redong dalam program ramah mesra bersama rakyat sebelum menunaikan solat Zohor di Masjid Kampung Tenang.

Kemudian pada sebelah malamnya, beliau akan menghadiri jamuan rakyat pada jam 8 malam di bilik gerakan DAP Tenang Station.

Pada jam 10 .30 malam ini pula, beliau akan menyampaikan ceramah di Felda Chempelak Barat.

Manakala esok, beliau akan menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Cikgu Mala bermula jam 9 pagi.

Beliau kemudiannya akan bertemu media dan blogger pada satu Majlis ramah mesra dan jamuan selepas selesai kuliah kira-kira jam 12 tengahari sebelum menunaikan solat Jumaat di Masjid Bandar Labis.

Pada jam 5 petang pula beliau akan menyertai majlis ramah mesra bersama warga peneroka di Felda Chempelak.

Pada sebelah malamnya pula, beliau akan menghadiri jamuan bersama Masyarakat Cina di Restoran G & D jam 8 malam, manakala 10.30 malam beliau akan berceramah bersama Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di di Dataran PAS.

Harakahdaily/-

Kebenaran main bunga api di tangan kabinet

22 Safar 1432H.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengkaji permohonan yang dikemukakan oleh 44 persatuan Cina di Lembah Klang bagi membolehkan masyarakat Cina membakar bunga api selama 15 hari sempena Tahun Baru Cina nanti.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Lee Chee Leong berkata perkara itu akan ibincangkan di peringkat kementerian tersebut sebelum dibawa ke kabinet untuk diputuskan.

"Hanya kabinet yang boleh buat keputusan mengenainya," katanya kepada pemberita di Kuantan ini.

Persatuan-persatuan tersebut meminta agar dibenarkan pembakaran bunga api dilakukan di kawasan tumpuan ramai di seluruh negara selama 15 hari sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Penasihat kepada persatuan berkenaan Datuk Lim Choon Kin dilaporkan berkata tembakaran bunga api merupakan amalan tradisi kaum Cina dalam menyambut tahun aru mereka.

Pembakaran mercun di negara ini diharamkan pada tahun 1991 manakala bunga pi pada 1996 akibat peningkatan kadar kecederaan terutama di kalangan kanak-kanak yang bermain bunga api dan mercun.

Malaysiakini/-

PAS terus gali masa silam calon BN

22 Safar 1432H.
Oleh : Regina Lee.

Serangan PAS terhadap calon BN dalam pilihanraya kecil DUN Tenang berterusan dengan "mendedahkan" lebih banyak "kesalahan" masa lalunya ketika menjadi penolong pegawai daerah (ADO).

Semalam PAS mendakwa Mohd Azahar Ibrahim berlaku cuai sehingga mengakibatkan sebidang tanah dilelong, dan hari ini, parti itu mendedahkan pula dokumen mahkamah untuk menunjukkan calon Umno itu juga disaman oleh pembeli tanah tersebut.

PAS mendakwa tanah milik seorang ahli perniagaan, Mansor Mohamad
dilelong pada 2003. Mansor membawa kes itu ke Mahkamah Tinggi Muar yang mengembalikan tanah itu kepadanya, bersama kos pada 2008.

Dan hari ini, naib presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, Norhana Mohd Ali yang membeli tanah seluas 3.24 hektar itu pada harga RM70,000 juga telah menyaman Mohd Azahar.

Dengan menamakan Mohd Azahar sebagai defendan pertama dalam saman sivil yang difailkan pada 2009, Norhana - yang telah membersihkan tanah tersebut sejak 2003 dan mengusahakan tanaman kelapa sawit - menuntut RM1.5 juta bagi kerosakan dan kerugian total.

Menurut Salahuddin, Norhana juga menamakan pegawai tanah
daerah Segamat, pejabat tanah daerah Segamat dan kerajaan Johor sebagai defenden.

Bagaimanapun, semalam, Mohd Azahar menyangkal tuduhan itu sebagai satu 'manipulasi' dan 'provokasi', serta menegaskan bahawa kes itu telah diselesaikan di mahkamah.

Dalam satu sidang akhbar di pusat operasi PAS di bandar Labis Tengah, Salahuddin - yang juga ahli parlimen Kubang Kerian - mengecam Mohd Azhar kerana mengatakan isu itu telah selesai.

Katanya, bagaimana Mohd Azhar boleh mengatakan ia telah selesai sedangkan mahkamah menetapkan kes tersebut didengar pada 7 Februari 2011.

Ini, katanya, jelas menunjukkan bahawa calon BN itu tidak telus - bukan sahaja kepada penduduk Tenang, tetapi juga kepada Umno dan BN.

Malaysiakini/-

6,000 nyamuk GM dilepaskan di Bentong

22 Safar 1432H.

Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah melepaskan 6,000 nyamuk Aedes Aegypti jantan bebas kuman jenis OX513A yang diubah suai secara genetik (GM) di satu kawasan hutan tanpa penghuni berhampiran Bentong pada 21 Dis lalu untuk tujuan penyelidikan.

IMR berkata langkah itu yang bertujuan mengkaji penyebaran dan tempoh hayat nyamuk berkenaan di lapangan juga melibatkan nyamuk serupa daripada jenis liar dilepaskan di kawasan itu untuk tujuan perbandingan.

"Uji kaji itu selesai pada 5 Jan. Proses pengasapan dibuat pada 6 Jan untuk membasmi semua nyamuk berkenaan dan pemantauan akan diterus dibuat hingga dua bulan jika perlu," kata institut itu dalam satu kenyataan.

IMR berkata pelepasan nyamuk itu ditunda dari jadual asalnya kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.
Ia juga berkata tiada pelepasan baru dirancang sehinggalah tempoh pemantaun pasca percubaan selesai dilaksanakan mengikut garis panduan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Hasilnya dibuat analisis dan disiarkan dalam jurnal sains serta mesyuarat untuk diulas oleh pihak berkepentingan.

Uji kaji itu dijalankan selepas penilaian secara menyeluruh dibuat tentang nyamuk berkenaan di makmal IMR dan penelitian ketat dilakukan terhadap aplikasi yang digunakan.

Suruhanjaya akan siasat punca kematian Teoh

22 Safar 1432H.

Suruhanjaya Siasatan yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini akan juga menyiasat kematian pembantu politik DAP, Teoh Beng Hock dan hal keadaan yang menyelubungi dan membawa kepada kematiannya.
Ia antara dua terma khusus penubuhan suruhanjaya berkenaan.

"Untuk menyiasat sama ada atau tidak terdapat apa-apa ketidakwajaran dalam perjalanan pemeriksaan Teoh Beng Hock dalam perjalanan penyiasatan Laporan Shah Alam oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia," kata Najib dalam satu kenyataan media hari ini.

Najib juga berkata Suruhanjaya Siasatan ini dikehendaki menyelesaikan siasatannya dalam tempoh tiga bulan dari tarikh tauliah perlantikan dikeluarkan dan laporannya akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Beliau juga menamakan hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri James Foong Cheng Yuen yang akan mengetuai Suruhanjaya Siasatan itu.

Suruhanjaya itu yang ditubuhkan mengikut Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 juga akan dianggotai dua bekas hakim dan dua pakar forensik dan dibantu empat pegawai undang-undang.

Mereka adalah:-

- Bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman

- Bekas hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Selventhiranathan a/l Thiagarajah

- Pakar perunding patologi forensik, Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Pulau Pinang, Datuk Dr Bhupinder Singh

- Pakar perunding psikiatri forensik yang juga dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya, Profesor Dr Mohamed Hatta Shaharom.

Selain itu, Datuk Saripuddin Kasim, Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri, dilantik sebagai setiausaha Suruhanjaya ini.

Amarjeet Singh a/l Serjit Singh (Timbalan Ketua Bahagian Guaman I), Awang Armadajaya Awang Mahmud (Timbalan Pendakwa Raya) dan Kwan Li Sa (Timbalan Pendakwa Raya), dilantik sebagai pegawai pengendali suruhanjaya itu.

Suruhanjaya itu ditubuhkan kerana pelbagai pihak tidak berpuas hati dengan Mahkamah Koroner yang pada 5 Januari lalu membuat penghakiman terbuka berhubung inkues Teoh, yang ditemui mati pada 16 Julai 2009.

Mahkamah memutuskan punca kematian Teoh bukan kerana bunuh diri mahupun dibunuh.

Mendiang Teoh dijumpai tidak bernyawa ketika disiasat SPRM selepas terjatuh dari tingkat lima pejabat SPRM Shah Alam.

Malaysiakini/-

Kebebasan media: Surat pada PM dari katil hospital

22 Safar 1432H.
Oleh : Jimadie Shah Othman.

Doktor masih cuba mengesan punca sakit dada yang dialami Presiden Kesatuan Wartawan kebangsaan (NUJ) Hata Wahari yang menyebabkannnya gagal hadir ke siasatan dalaman terhadapnya oleh Utusan Melayu (M) Bhd.

Wartawan kanan di Utusan Malaysia itu memberitahu, setakat ini, beliau telah menjalaniujian darah, ECG dan x-ray serta masih menunggu keputusannya.

"Beberapa ujian lagi, seperti ujian jantung akan dibuat selepas ini. Mungkin dua tiga harilah lagi di sini," katanya yang kini terlantar di Pusat Rawatan Islam, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur sejak semalam.

Semalam, Hata dimasukkan ke Pusat Rawatan Islam Kuala Lumpur selepas sakit dada ketika menghadiri siasatan dalaman Utusan di Cheras, menyebabkan prosiding terhadapnya terpaksa ditangguhkan untuk kali kedua.

Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Hata juga masih tidak pasti sama ada masalahnya itu berpunca daripada penyakit kencing manis yang dihadapinya sejak tahun 2004.

"Tak tahulah kalau ada masalah lain (selain itu). Sebelum ini saya ada sesak nafas sikit-sikit," katanya.

Bagaimanapun, walaupun masih kurang sihat, semangat Hata masih berkobar-kobar untuk memperjuangkan agenda kebebasan media melalui NUJ, yang dianggap menyebabkan beliau disiasat majikannya sendiri.

"Saya sekarang ini sedang merangka surat terbuka kepada perdana menteri.

"Surat ini akan menyentuh soal kawalan media di Malaysia. Ia dijangka dihantar hari ini atau esok," katanya.

Hari ini, Hata sempat mengeluarkan kenyataan yang menyuarakan kebimbangan dengan tindakan kementerian Dalam Negeri (KDN) yang ingin meminda Akta Penerbitan dan Pencetakan 1984 (PPPA) untuk meliputi media dalam talian dan memperkenal garis panduan berkaitan kesalahan hasutan di internet.

Berhubung tarikh baru siasatan dalaman terhadapnya, Hata berkata setakat ini masih tiada perkembangan dimaklumkan kepadanya.

Malaysiakini/-

Kawal media Internet: Lebih ramai bantah

22 Safar 1432H.
Oleh : Salhan K Ahmad & Zaidatul Syreen Abdul Rashid.

Langkah terbaru Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk memperluaskan penguatkuasaan merangkumi ruang maya Internet hari ini menerima bantahan keras daripada golongan pendukung kebebasan media.

Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) menyuarakan rasa bimbang dan kesal dengan tindakan KDN yang ingin meminda Akta Penerbitan dan Pencetakan 1984 (PPPA) untuk terus mengawal kebebasan media di negara ini.

Presidennya, Hata Wahari berkata ia satu "usaha ke kebelakang" yang akan menghalang aliran maklumat kepada masyarakat dan seterusnya memundurkan Malaysia.

Beliau mengulas tindakan KDN untuk meminda akta tersebut supaya meliputi media dalam talian dan juga pengenalan satu garis panduan baru berkaitan kesalahan hasutan di ruang maya Internet.

"Sehubungan itu NUJ Malaysia meminta KDN agar menghentikan segala usaha untuk meminda PPPA bagi tujuan mengawal kandungan Internet termasuk laman berita, blog dan Facebook.

"Sebaliknya NUJ Malaysia menuntut agar KDN melakukan pindaan bagi memberikan kebebasan kepada media cetak untuk beroperasi dengan lebih bebas," kata Hata lagi dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, kerajaan juga perlu menghapuskan ketetapan kepada pengusaha media supaya memperbaharui permit akhbar setiap tahun dan memberikan kebenaran kepada mana-mana pihak untuk menerbitkan akhbar berkenaan tanpa permit KDN.

'Bantahan akan lebih meluas'

Sementara itu, seorang lagi pengamal media yang sering berdepan dengan undang-undang PPPA pula memberi peringatan kepada kerajaan bahawa beliau menjangkakan bantahan yang lebih meluas akan timbul, susulan daripada langkah penguatkuasaan baru itu.

Ketua pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman menjelaskan, peruntukan PPPA sedia ada sudahpun cukup mengekang pengusaha dan pengamal media tradisional.

Sebaliknya, penguatkuasaan ke atas laman sosial seperti Facebook akan bersifat lebih meluas kerana ia melibatkan rakyat biasa yang tidak berkepentingan politik.

Katanya, golongan yang telah mengusahakan laman web juga akan berasa marah apabila terpaksa mendapatkan permit penerbitan untuk mengendalikan laman web.

"Orang di dunia siber mudah untuk beroperasi sendiri, tiba-tiba mereka disekat, jadi saya rasa bantahan akan lebih meluas.

"Saya rasa kerajaan tidak akan dapat menduga sejauh mana bantahan ini. Saya optimis kalau kerajaan meneruskan tindakan ini, mereka akan terima bahana yang cukup teruk.
"Ini bukan lagi membabitkan sekelompok usahawan atau golongan yang ada kepentingan politik tertentu tapi membabitkan rakyat yang lebih luas," katanya lagi.
'Sikap bacul kerajaan'

Tambahnya, beliau juga akan bekerjasama dengan NGO yang mendukung kebebasan media, termasuk NUJ Malaysia untuk mendapatkan sokongan masyarakat bagi membantah tindakan kerajaan itu.

Beliau turut menyifatkan langkah kerajaan memperkenalkan peruntukan baru seperti itu sebagai "sikap bacul kerajaan" untuk berhadapan dengan realiti politik semasa.
Jelasnya, pada waktu ini laman web dan blog dikendalikan oleh golongan yang umumnya mempunyai asas penulisan.

"Tapi laman sosial seperti Facebook dan Twitter sudah jadi proses pendemokrasian yang terbuka dan merakyatkan.

"Adakah kerajaan takut kepada suara rakyat yang kebanyakannya tidak ada motif politik untuk naikkan orang-orang tertentu?," katanya lagi.

Ahmad Lutfi juga menyifatkan pengenalan undang-undang dan garis panduan baru itu sebagai "langkah tergesa-gesa" BN dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Tambahnya, beliau melihat langkah itu "sarat dengan motif politik BN untuk mengekang pengaruh dan momentum Pakatan Rakyat."

BN sepatutnya mengambil sikap yang lebih terbuka, sesuai dengan suasana dunia maya yang "cukup demokratik," katanya lagi.

"Siapa saja boleh hasilkan blog, jadi sepatutnya BN sendiri boleh menampilkan media (Internet) yang lebih berwibawa dan berpengaruh, bukan dengan menghalang (media pro-Pakatan Rakyat)," tambahnya.

Janji Dr M Sementara itu, seorang lagi pengamal media yang juga penulis blog popular Datuk Ahirudin Attan berkata, tindakan kerajaan itu bertentangan dengan janji oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk tidak menapis media dalam talian.

Tambahnya, beliau memahami langkah kerajaan untuk memperketat kawalan ke atas media berkenaan disebabkan terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakannya.

Namun, langkah memperluas definisi 'penerbitan' untuk merangkumi kandungan dalam talian itu merupakan satu tindakan yang "bercita-cita terlalu tinggi," kata penasihat Redberry Media Group itu lagi.

Sebagai seorang wartawan dan juga seorang pengarang, beliau turut menasihati ketua setiausaha KDN supaya bertindak lebih berhati-hati dalam menangani media.

Sementara itu, pengarah komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad pula memerhatikan, kerajaan sebelum ini telah berkali-kali menyatakan hasrat untuk "menyekat Internet," terutama selepas kemenangan besar Pakatan pada pilihan raya umum 2008.

Cadangan 'Green Dam'

Katanya, tindakan itu juga bertentangan dengan jaminan kerajaan untuk tidak menyekat Internet melalui Rang Jaminan MSC Malaysia.

"Contohnya pada tahun 2009, Datuk Seri Rais Yatim mengumumkan rancangan untuk sebuah sistem tapisan Internet, seperti perisian 'Green Dam' di China, tetapi membatalkanya selepas tentangan daripada rakyat.

"Pengumuman terbaru ini membuktikan bahawa pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak tidak putus asa dalam usaha mereka untuk menyekat hak asasi dan kebebasan politik di Malaysia.

"Di sebalik manipulasi dan kempen kerajaan, pengumuman terbaru ini membuktikan BN masih lagi terperangkap di dalam politik lama untuk mengawal dan menekan rakyat," kata Nik Nazmi dalam satu kenyataan hari ini.

ADUN Seri Setia itu juga berkata, kerajaan sebelum ini juga telah bertindak mengenakan tekanan ke atas pengamal media Internet.

"(Ini) termasuk penangkapan blogger, serbuan polis ke atas Malaysiakini pada tahun 2003 dan penutupan Malaysia Today," katanya lagi.

Kerajaan Kelantan ambil alih Arked Uda

22 Safar 1432H.
Oleh : Salmah Mat Husain.

KOTA BHARU, 26 Jan: Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Masyrakat, Datuk Husam Musa, berkata kerajaan Kelantan akan mengambil alih semula tanah di lot Pt 57 Seksyen 11, milik Uda.

Langkah tersebut untuk menaik tarafkan pusat perniagaan yang terletak dikawasan tersebut supaya lebih berdaya saing untuk membantu peniaga kecil di situ

Kata Husam, pengambil alihan itu ekoran kegagalan Uda membela nasib peniaga kecil yang kini menyewa di kedai tapak berkenaan sejak 27 tahun lalu sebagaimana yang sepatutnya sehingga ia menjadi masalah kepada peniaga terbabit.

Menurut Husam, bagi membela nasib peniaga kecil yang dibiarkan oleh Uda, kerajaan negeri bersedia menunaikan tanggungjawab sosialnya demi untuk peniaga berkenaan walaupun terpaksa mengorbankan peruntukan yang agak besar.

Di atas tanah milik Uda seluas 1.5 ekar itu menempatkan lebih 200 lot peniagaan untuk peniaga kecil yang dikenali sebagai Arked uda.

Arked tersebut telah dibina oleh PKINK sekitar tahun 1987 untuk memindahkan sebahagian daripada para peniaga Pasar Lambak yang telah dirobohkan berhampiran dengan Pejabat Umno Kelantan.

Bagaimanapun, peniaga kecil di kawasan itu hari ini menghadapi masalah apabila Uda yang diwujudkan kerajaan bagi membantu peniaga-peniaga Bumiputera setelah dikorporatkan dan dikenali sebagai UDA Holdings Bhd, mahu menjadikan kawasan tersebut sebagai pusat komersial.

Para peniaga kecil di situ diarahkan berpindah tanpa disediakan tapak perniagaan baru kepada mereka sehingga kerajaan negeri perlu terlibat untuk menyelesaikan masalah mereka.

Ekoran daripada itu timbul pula masalah lain apabila Bazaar Tok Guru yang baru dibina tidak mampu menampung jumlah peniaga yang ramai termasuk yang akan berpindah daripada Arked uda ke situ.

Menurut Husam, ruang niaga asal di bazaar tersebut hanya dapat menampung 300 peniaga sahaja, bagaimanapun bertambah kepada 415 lot setelah dicampur dengan peniaga Arked Uda.

Katanya, keadaan menjadi bertambah sempit apabila keluasan asal 10’ x 12 ‘, namun akhirnya menjadi 7’x8’ akibat pertambahan 100 orang peniaga.

Jelas beliau, perkara itu berlaku berikutan peniaga Arked Uda tidak mahu berada di tingkat satu dan ingin berada di tingkat bawah bersekali dengan peniaga di Pasar MPKB.

Justeru, Husam berkata usaha itu (pengambilan balik tanah) akan disegerakan agar masalah peniaga dapat diselesaikan segera.

“Pertamanya kerajaan negeri akan mengambil semula tanah tersebut seluas 1.5 ekar yang telah diserahkan oleh kerajaan negeri di bawah Barisan Nasional (BN) pada tahun 1975 supaya peniaga daripada Arked Uda boleh kembali berniaga di tempat asal.

“Keduanya, kerajaan negeri akan membaiki semula lot kedai di Bazaar Tok Guru yang menimbulkan masalah kepada peniaga bazaar di situ sebaik sahaja peniaga di Arked Uda kembali berniaga di tempat asal apabila bangunannya siap kelak,”ujarnya menjawab soalan media selepas mesyuarat exco, di sini sebentar tadi.

Kata Husam, walaupun kerajaan negeri terpaksa membelanjakan sumber kewangan yang besar untuk mengambil alih semula tanah di Arked Uda dan merombak semula ruang niaga di Bazaar Tok Guru kepada asal, namun demi kepentingan dan keselesaan peniaga, kerajaan negeri sanggup berkorban.

Husam bagaimanapun mengakui, keptusan itu belum lagi dimaklumkan kepada Uda, memandangkan ia baru diputuskan pada mesyuarat exco sebentar tadi.

Beliau seterusnya memberitahu, sekarang ini pihaknya dalam proses untuk menyerahkan lot ruang niaga kepada peniaga Bazaar Tok Guru setelah Sijil Kelulusan Kediaman diluluskan.

Sehubungan itu juga, kerajaan negeri merancang untuk mengadakan perjumpaan dengan peniaga terbabit untuk mengetahui masalah yang dihadapi.

“Kita juga akan menerangkan hasrat kita kepada mereka agar mereka lebih memahami perkara sebenar yang berlaku,”ujarnya.

Harakahdaily/-

Mengapa Buku Jingga patut dilaksanakan

22 Safar 1432H.
Oleh :KPRU

Dalam konteks kecetekan pemahaman Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan terhadap konsep federalisme apabila beliau mencabar Kerajaan Pakatan Rakyat menurunkan harga barangan, dan usaha Pakatan Rakyat untuk mengurangkan subsidi korporat dan memindahkannya kepada subsidi rakyat terbanyak,

Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) ingin mengemukakan beberapa analisis terkini setelah meneliti Buku Jingga Pakatan Rakyat yang bermatlamat untuk meningkatkan pendapatan boleh guna (disposable income) dalam kalangan rakyat khususnya dalam mengharungi suasana ekonomi domestik dan antarabangsa yang tidak menentu.

Yang berikut adalah salah satu analisa KPRU mengapa program Buku Jingga wajar dilaksanakan untuk meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat terbanyak:

BEBAN INFLASI TIDAK TERKAWAL

Banyak pihak bersetuju bahawa Malaysia berdepan dengan masalah inflasi yang semakin menghimpit kehidupan harian rakyat. Jadual Indeks Harga Pengguna (IHP) dirujuk bagi membuat keputusan belian seseorang. Berikut ialah Jadual IHP yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Malaysia baru-baru ini;[1]

Jenis Barangan

Jan – Nov 2010 / 2009 (%)

Makanan dan Minuman Bukan Alkohol

2.4

Minuman Alkohol dan Tembakau

3.7

Pakaian dan kasut

-1.4

Perumahan, Air, Elektrik, Gas dan Bahan api lain

1.1

Hiasan, Perkakasan & Penyelenggaraan isi rumah

0.7

Kesihatan

1.6

Pengangkutan

1.4

Komunikasi

-0.2

Perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan

1.7

Pendidikan

1.7

Restoran dan hotel

1.9

Pelbagai barangan dan perkhidmatan

2.8

Berdasarkan jadual di atas, KPRU merumuskan bahawa berlaku peningkatan yang ketara dalam Makanan & Minuman Bukan Alkohol (2.4%) sejak setahun lalu. Bebanan rakyat khususnya yang berpendapatan rendah dan miskin tidak terkawal dek menampung perbelanjaan makanan harian yang semakin meningkat.

Buktinya, sub kumpulan Makanan dan Minuman Bukan Alkohol mencatatkan peningkatan harga drastik seperti beras, roti dan bijirin lain (0.9%), daging (2.9%), sayur-sayuran (8.1%), gula, jem, madu, coklat dan manisan (10.2%)[2] merupakan antara makanan-makanan yang kerap dibeli oleh rakyat dan dihidang di atas meja makan rumah.

Di luar Jadual IHP, kadar kenaikan harga cukup menggerunkan dan sering diabaikan oleh kerajaan yang memerintah dalam proses pembuatan dasar. Umpamanya, harga bawang merah yang biasanya dijual pada harga RM6 sekilogram meningkat berkali-kali ganda kepada RM13 sekilogram di Sarawak.[3] Manakala, dilaporkan bahawa harga minuman teh tarik meningkat sebanyak 10 sen mulai awal tahun ini.[4]

KPRU berpendapat, kerajaan melaksanakan skim kawalan harga tanpa menyelesaikan masalah struktur ekonomi secara keseluruhannya. Timbul persoalan, apakah peruntukan Program Pengedaran Barang Perlu seperti minyak masak, gula, tepung, gas, petrol dan diesel sebanyak RM200 juta[5] sebagaimana yang disebut dalam Belanjawan Negara 2011 akan menjadi suatu lagi pembaziran wang rakyat?

Jelas, KPRU melihat kadar kenaikan harga yang berlaku di luar Jadual IHP adalah lebih pantas berbanding angka-angka purata yang dikumpulkan oleh Jabatan Statistik Malaysia dan mempersoalkan keberkesanan skim kawalan harga dalam menyelesaikan masalah.

NAIK HARGA BARANG, KEGAGALAN KERAJAAN MAKIN TERSERLAH

Kegagalan kerajaan dalam mengatasi kenaikan harga barang keperluan sentiasa terserlah setiapkali musim perayaan, lebih-lebih lagi apabila barangan dan perkhidmatan (e.g minyak masak) tersebut ‘dikawal’ harga dan bekalannya tanpa penyelesaian jangka panjang.[6] Tambahan pula, harga siling yang dikenakan tidak jauh bezanya dengan harga pasaran.

Pengamatan KPRU mendapati selari dengan penjualan Transaksi PPB Group Berhad, sebuah syarikat pemprosesan gula yang dimiliki oleh Robert Kuok kepada Felda Global Ventures Sdn Bhd dengan nilai RM1.5 bilion pada bulan Januari 2010 telah menyaksikan kerajaan menaikkan harga gula pada masa yang sama.[7]

Sementara itu, limau Mandarin yang berharga RM28 sekotak mengalami kenaikan sebanyak RM4 – RM5 semenjak setahun lalu.[8] Harga bawang kecil pula dilaporkan meningkat dua kali ganda berbanding harga asal iaitu RM4 –RM5 sekilogram kepada RM11 sekilogram.[9] Sempena perayaan Thaipusam, harga sebiji kelapa di Pulau Pinang telah naik kepada RM1.50 berbanding RM1.20.[10]

Kawalseliaan dan inflasi adalah produk kerajaan

Dalam hal ini, KPRU mempersoalkan pendekatan kerajaan dalam menangani isu berkenaan yang bersifat adhoc sahaja sambil memperuntukkan sejumlah peruntukan dan masa yang terbukti tidak berkesan. Contohnya seperti berikut dengan mengambil krisis kekurangan bekalan minyak masak bersubsidi:

Belanjawan Negara 2011 memperuntukkan RM1 bilion untuk Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS) di bawah tanggungjawab Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi.[11] Jika benar, mengapakah wang tersebut tidak digunakan untuk ‘mengawal’ harga minyak masak yang kini berdepan krisis kekurangan bekalan barangan kawalan itu di pasaran?

Menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi menangani krisis bekalan dan harga barang.[12] Jika benar, di manakah peranan dan keberkesanan Majlis Harga Barang Negara dalam isu ini? Di manakah dasar stok penimbal? Di manakah keberkesanan Akta Kawalan Bekalan 1961?

Mengakui bahawa pembungkusan minyak masak bersubsidi adalah tidak menguntungkan. Ini adalah sebab mengapa Sime Darby menghentikan operasi pembungkusan minyak masak sekaligus didakwa pencetus krisis kekurangan bekalan minyak masak.[13] Jika benar ia merugikan, mengapa minyak masak itu terus diberi subsidi?

Inilah kesan kawalan harga yang dinafikan oleh kerajaan sejak sekian lama di mana kekurangan bekalan akan tetap berlaku kerana reaksi Sime Darby terhadap dasar kawalan harga dalam jangka masa panjang (tidak menguntungkan) memaksanya untuk mengalihkan segala sumber-sumbernya kepada bentuk pengeluaran lain (menguntungkan) yang tidak dikawal oleh kerajaan.

Menyarankan Lembaga Minyak Masak Sawit Malaysia (MPOB) agar memberikan lesen pembungkus dan pembekal minyak masak kepada koperasi kononnya ini dapat menyelesaikan masalah.[14]

Ataupun, punca masalah disebabkan oleh syarikat kroni pemimpin politik sebagai pembekal minyak masak mengabaikan kuota bekalan kepada peruncit-peruncit tempatan yang ditetapkan kerajaan dan mengeksport minyak masak ke luar negara dengan harga yang lebih tinggi? Meskipun Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan bekalan ditambah 14,000 tan metrik lagi kepada 84,000 tan metrik bulan Januari[15],

pihak peruncit menyatakan bekalan kepada mereka masih tidak berubah (baca sebagai: berkurangan) kerana pihak pembekal yang mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin politik terus mengabaikan kuota tersebut atau mendakwa kerajaan telah menurunkan kuota tempatan.

Dengan mengambilkira kos yang diperuntukkan untuk mengawalselia harga dan tingkahlaku pasaran sudah cukup tinggi berbanding dengan kadar kenaikan kos inflasi yang dicatatkan selama ini. KPRU berpandangan bahawa kawalseliaan adalah sama seperti inflasi. Kedua-duanya adalah ‘produk’ yang dihasilkan oleh kerajaan tanpa disedari oleh mana-mana pihak.

Dalam contoh di atas, kerajaan yang tidak berupaya “mengawal” tindakan pihak pembekal “terpaksa” menekan pihak peruncit dalam isu kekurangan minyak. Begitu juga, dalam isu kenaikan harga, kerajaan yang tidak berupaya “membetulkan” perjanjian dengan syarikat berkepentingan tertentu seperti IPP yang membebankan rakyat “terpaksa” memotong subsidi rakyat dengan naratif “rasionalisasi subsidi” yang cuba “mislead” rakyat berhubung keseluruhan isu ekonomi negara.

Oleh yang demikian, Pakatan Rakyat dinasihati agar tidak mengulangi kegagalan dasar kerajaan Barisan Nasional di masa akan datang.

NAIK CUKAI PERKHIDMATAN, KERAJAAN TETAP BELANJA BOROS

Sewaktu pembentangan Belanjawan Negara 2011, kerajaan telah meningkatkan kadar cukai perkhidmatan dari 5% kepada 6% ke atas:

Semua perkhidmatan bercukai kecuali kad kredit dan kad caj.

Mengenakan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan penyiaran televisyen berbayar.

Menurut Jabatan Kastam Malaysia, perkhidmatan bercukai yang ditakrifkan antaranya seperti berikut;

Kumpulan hotel termasuk rumah rehat, homestay, resort, motel, perkhidmatan rumah urut, apartment yang melebihi 25 buah bilik.

Kumpulan restoran di luar hotel yang mempunyai nilai jualan setahun melebihi RM3 juta.

Kelab malam, dewan tari menari, cabaret, pusat kesihatan, dan rumah urut.

Penyedia insurans yang berdaftar, misalnya semua jenis polisi insurans kepada semua pertubuhan perniagaan, dan perkhidmatan insurans yang dibayar oleh syarikat untuk kakitangan syarikat.

Perkhidmatan telekomunikasi dalam bentuk telefon, faksimili, telefon selular, postpaid, prepaid dan talian tetap dan jalur lebar.

Kajian kes McDonalds

Seseorang yang berbelanja di restoran Pizza Hut, McDonalds, OldTown Kopitiam terpaksa membayar cukai perkhidmatan 6% berbanding 5% sebelumnya. Sekiranya begitu, restoran-restoran berkenaan juga dikatakan mempunyai nilai jualan tahunan sebanyak RM3 juta dan ke atas. Contohnya, jumlah bayaran yang dibuat di restoran McDonalds untuk sebelum dan selepas kenaikan kadar cukai perkhidmatan;

6% X RM21.60 (Nilai belian di McDonalds) = RM1.30. Jumlah bayaran kepada restoran tersebut adalah RM22.90.

5% (Cukai perkhidmatan sebelum 2011) X RM21.60 (Nilai belian di McDonalds) = RM1.10. Jumlah bayaran kepada restoran tersebut adalah RM22.70.

Berdasarkan kepada pengiraaan di atas, jelas menunjukkan berlaku kenaikan 20% dalam pembelian di restoran McDonald! Naik 1% bermakna pengguna terpaksa membayar 20 sen untuk nilai belian RM21.60 dan semakin tinggi nilai beliannya, semakin tinggilah nilai cukai perkhidmatan yang dikenakan yang akhirnya akan menjadi sebahagian statistik semasa jadual IHP.

Cukai tersembunyi

Tidak ramai rakyat yang mengetahui bahawa kesan negatifnya sekiranya cukai perkhidmatan ini dikenakan walaupun ia tertera dalam resit pembelian, namun berapa ramaikah yang menyimpan resit setiap kali pembelian dan membuat penjumlahan di akhir tahun?

Berapakah jumlah cukai perkhidmatan yang dibayar oleh setiap individu kepada kerajaan setiap tahun? Dan berapa ramaikah yang mengetahui bahawa terdapat 37,028 premis perniagaan[16] seluruh negara yang berhak mengutip cukai perkhidmatan? Inilah perkara yang cuba disembunyikan oleh kerajaan dengan harapan rakyat terus bersikap pasif.

Ekonomi bawah tanah (underground economy)

Akibat daripada kelemahan kerajaan, tanpa mempunyai maklumat dan informasi cukai perkhidmatan yang sah, rakyat terus dibebani dengan para peniaga restoran yang mengambil kesempatan yang mengenakan cukai perkhidmatan pada kadar 5% hingga 10%.

Menurut Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA), dari tahun 2008 sehingga Mac 2010, sejumlah 132 aduan pengguna telah diterima yang mendakwa telah dikenakan cukai perkhidmatan 5% - 10% tanpa kebenaran pihak berkuasa.[17] Ini sekaligus mengesahkan kewujudan aktiviti ekonomi bawah tanah (underground economy) yang berlaku kerana tiada penguatkuasaan undang-undang yang berkesan.

Hasil lumayan cukai perkhidmatan

Kenaikan mana-mana kadar cukai bukanlah suatu tindakan yang digemari rakyat apatah lagi pada kali ini, kerajaan turut memasukkan cukai perkhidmatan penyiaran televisyen berbayar dalam usaha menampung pendapatan negara. Pada Belanjawan 2010 lalu sahaja, kerajaan memperkenalkan cukai perkhidmatan kad kredit yang telah menjana pulangan hasil yang dianggarkan sebanyak RM331 juta setahun.

[18] Dan kenaikan 1% cukai perkhidmatan juga akan memberikan pulangan hasil sebanyak RM680 juta[19] tanpa mengambil kira prospek pertumbuhan ekonomi pada tahun 2010 dan 2011. Berdasarkan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2011, hasil cukai perkhidmatan adalah berjumlah RM4.1 bilion, berbanding RM3.9 bilion pada tahun 2010.[20]

Kepada 3 juta pelanggan Astro seluruh negara misalnya, yang membayar yuran dalam lingkungan RM100 sebulan atau RM1,200 setahun, mereka terpaksa membayar tambahan sebanyak RM6 atau RM72 setahun sekiranya cukai perkhidmatan 6% dilaksanakan. Malah, Ernst & Young pula menganggarkan tambahan RM148 juta lagi akan dimasukkan ke dalam tabung perolehan kerajaan berdasarkan audit kewangan tahunan Astro 2009.[21]

Lebih daripada itu, kerajaan pasti menikmati kutipan hasil cukai perkhidmatan yang lumayan dengan penyenaraian stesen penyiaran televisyen berbayar seperti Astro dan pengecualian duti import untuk barangan-barangan berjenama seperti mana yang dibentangkan oleh kerajaan dalam Belanjawan Negara 2011. Menyedari lumayannya hasil cukai perkhidmatan, adakah mustahil kerajaan akan meningkatkan kadar yang lebih tinggi di masa akan datang?

Kesimpulan

Apa yang lebih mengecewakan adalah sikap kerajaan yang boros berbelanja dan menguruskan wang rakyat dengan tidak bertanggungjawab adalah perkara yang harus ditangani terlebih dahulu sebelum bertindak menaikkan kadar cukai. Perkara ini samalah seperti menarik wang subsidi minyak berjumlah RM750 juta dan berbelanja RM900juta sebagai bonus untuk tujuan politik.[22]

KPRU sentiasa berharap dengan mengurangkan kos pengawalseliaan akibat masalah struktur ekonomi negara, dana tersebut dapat disalurkan dan dimanfaatkan secara langsung oleh rakyat terbanyak. Apabila peningkatan gaji tidak sejajar dengan peningkatan tekanan hidup,

rakyat memerlukan pendapatan boleh guna yang lebih banyak. Kenaikan harga dan inflasi merupakan salah satu masalah yang membebankan rakyat terbanyak dalam hal ini. Identifikasi masalah dan punca-punca masalah oleh KPRU dalam laporan ini menyokong pelaksanaan program Buku Jingga agar pendapatan boleh guna rakyat terbanyak dapat ditingkatkan.

Harakahdaily/-

Tolak debat: Ahmad Maslan takut berdepan peneroka

22 Safar 1432H.
Oleh : Nazri Abdullah.

KUALA LUMPUR, 26 Jan: Mazlan Aliman menyifatkan penolakan debat oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan sebagai tidak berani bertanggungjawab kepada peneroka.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) berkata, Ahmad sepatutnya berani jika yakin kerajaan dan Felda tidak membuat sesuatu yang mengainaya peneroka.

"Jika selama ini dia kata dia bantu peneroka, dia menuduh Anak dan Pakatan Rakyat pemecah belah. Habis tu kenapa dia tolak," katanya kepada Harakahdaily sambil menyelar Ahmad sebagai penakut.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas penolakan Ahmad untuk berdebat dengan beliau.

Ahmad hari ini menolak cabaran Mazlan untuk berdebat mengenai masalah yang dihadapi oleh peneroka Felda.

Sebaliknya, beliau mengemukakan cabaran kepada Mazlan untuk berdialog secara tertutup bersama beliau dan pegawai Felda dengan harapan dapat menyelesaikan 20 perkara yang dibangkitkan oleh Presiden Anak itu.

Mengulas lanjut, Mazlan yang juga Timbalan Pengarah Jentera Operasi Pilihan Raya PAS bagi PRK Tenang tetap dengan keputusan mengajak Ahmad berdebat dan memberi masa sampai esok kepada Ahmad.

"Kalau dia nak ajak dialog tertutup, tak payah la saya susah-susah cabar debat. Saya ada nombor telefon dia, sembang kedai kopi pun boleh," katanya.

Namun jelasnya, tujuan lebih besar cabaran debat terbuka tersebut adalah mahu rakyat khususnya peneroka mendengar sendiri penjelasan Ahmad, dan boleh bertanya terus tentang masalah yang dihadapi peneroka.

"Saya tunggu sampai esok, kalau dia tak terima juga, maknanya dia pengecut dan perlu letak jawatan.

"Rakyat tak perlu timbalan menteri yang takut berdepan dengan rakyat sendiri," katanya.

Anak sebelum ini menyerahkan 20 perkara itu kepada Ahmad Maslan pada November tahun lalu yang mana antara lainnya melibatkan isu peneroka yang disingkir, isu hutang dengan Felda sehingga mencecah RM80,000 dalam masa tujuh tahun, dan masalah pembahagian pusaka oleh generasi kedua Felda.

NGO tersebut kemudiannya menghantar surat tawaran kedua kepada Ahmad Maslan semalam untuk berdebat mengenai isu tersebut.

Harakahdaily/-

Azahar ada kes mahkamah, Cikgu Mala cemerlang

22 Safar 1432H.

LABIS, 27 Jan: Para pengundi dalam pilihan raya kecil (PRK) Dun Tenang perlu membuat pilihan bijak untuk memilih wakil mereka yang cemerlang dan berintegriti ke Dun Johor pada 30 Januari ini.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, ini kerana calon BN, Mohd Azahar Ibrahim mempunyai kes di mahkamah akibat kecuaiannya melelong tanah seorang lelaki semasa menjawat Penolong Pendaftar Tanah Daerah Segamat.

Ini, katanya berbeza dengan calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat, Cikgu Mala yang diiktiraf guru cemerlang oleh Kementerian Pelajaran dan pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.

Cikgu Mala pernah menerima Anugerah Guru Aktif sempena Sambutan Hari Guru Daerah Segamat.

Cikgu Mala turut menerima Anugerah Khas sempena Perbahasan Ala Parlimen pada Perayaan Hari Guru.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan seorang lagi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berhubung kenyataan Azahar bahawa kes melelong tanah berkenaan telah selesai.

Pada siang media semalam, Salahuddin mempersoalkan bagaimanakah calon Umno itu dengan mudah menyatakan isu tersebut telah selesai sedangkan disebabkan kecuaian, kelalaian dan penyalahgunaan kuasanya mengendalikan isu pelelongan hartanah Mansor Mohamad tersebut telah mengakibatkan Puan Norhana Mohd Ali iaitu pembeli yang membeli hartanah yang dilelong secara tidak sah menyaman (i) calon Umno (Azahar), (ii) Pentadbir Tanah Daerah Segamat, (iii) Pejabat Tanah Daerah Segamat dan (iv) Kerajaan Johor sebagai Defendan-Defendan bagi menuntut gantirugi berjumlah lebih kurang RM1.5 juta.

Soalnya lagi, bagaimanakah calon Umno dengan mudah menyatakan isu tersebut telah selesai sedangkan dalam tuntutan Puan Norhana Mohd Ali ke atas keempat-empat defendan tersebut, Azahar telah dijadikan sebagai defendan pertama dan kes tersebut telah pun didaftarkan di Mahkamah Tinggi Muar iaitu Guaman Sivil No: 23-14-2009.

Bagaimanakah calon Umno menyatakan kes tersebut telah selesai sedangkan Mahkamah Tinggi Muar telah pun menetapkan tarikh pendengaran kes tuntutan Puan Norhana binti Mohd Ali ke atas calon Umno dan tiga yang lain pada 7 Februari nanti.

Hakikatnya, kata Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, fakta-fakta di atas menunjukkan bahawa bukan sahaja kes kecuaian, kelalaian dan penyalahgunaan kuasa calon Umno BN sebagai Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat belum selesai, sebaliknya kes penyalahgunaan kuasa itu masih berterusan di mahkamah.

Bagi Mahfuz, saman itu membuktikan bahawa mahkamah sebelum ini memutuskan perbuatan Azahar bersalah melelong tanah berkenaan dan tindakannya itu adalah tidak sah.

Sehubungan itu, beliau menyeru para pengundi supaya mencontohi apa yang dilakukan oleh para pengundi pada PRK Permatang Pasir pada 25 Ogos 2009 lalu yang menolak calon BN kerana terlibat dengan pecah amanah dan menyokong calon PAS, Ustaz Saleh Man.

Mengulas kenyataan Azahar yang disifatkan sebagai suatu pembohongan kerana menyatakan kes melelong tanah telah selesai, AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, berbohong atau tidak, rakyat dan pengundi akan menentukan sendiri oleh keputusan mahkamah itu.

Katanya, tanah itu telah dikembalikan kepada Mansor dan sememangnya dia berhutang dengan bank kerana jika tidak berbuat demikian, tiada isu atas gadaian.

“Persoalannya ialah Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat ini telah menganiaya beliau dengan kerja yang cuai dan tidak kompeten,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor.

Beliau menambah, kini bagi menyelamatkan diri, Azhar terpaksa menipu sehingga memburukkan reputasi rakyat yang tenang, Mansor dan PAS.

Baginya, tidak pelik sekiranya calon BN itu akan terus berbohong berhubung isu melelong tanah berkenaan.

Justeru, katanya bagaimana calon BN itu yang dikatakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhtiddin Yassin untuk menyelesaikan masalah tanah rakyat di Dun Tenang jika dipilih sebagai wakil rakyat sedangkan Azahar pernah bertindak cuai dalam kes tanah semasa menjadi Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat sehingga dibawa ke mahkamah.

Harakahdaily/-

Kawal internet: Balas dendam kepada rakyat

22 Safar 1432H.

KUALA LUMPUR, 27 Jan: PAS berpendapat cadangan pindaan memperluaskan skop Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 kepada internet sebagai cubaan membalas dendam kerajaan Umno BN kepada rakyat.

Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad berkata tindakan itu dibuat ekoran rakyat telah menolak media konvensional berat sebelah Umno yang telah membawa kepada tsunami politik pada Pilihan Raya Umum 2008.

"Ini adalah tindakan membalas dendam kepada rakyat yang menolak media umno yang sarat dengan fitnah dan propaganda umno semata," katanya.

Menurutnya, laporan oleh Audit Bureau of Circulations (ABC) antara tahun 2005 hingga 2009 melaporkan penurunan pengeluaran akhbar The Star daripada 310,000 kepada 287,000, New Straits Times daripada 139,000 kepada 111,000, Utusan Malaysia daripada 213,000 kepada 169,000 dan Berita Harian daripada 204,000 kepada 155,000.

"Syarikat ini hanya boleh bertahan kerana mendapat sokongan dan tajaan Umno sahaja. Jikalau BN tidak berkuasa di negara ini, maka syarikat ini akan berkubur," tambahnya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mahu membuat pindaan terhadap Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 supaya menjadi lebih komprehensif dan tidak terhad kepada bahan cetak semata-mata.

Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Mahmood Adam berkata pihaknya telah meminta Jabatan Peguam Negara mengkaji definisi penerbitan dalam akta itu sama ada ia boleh meliputi terbitan dalam bentuk multimedia termasuk kandungan internet, Facebook dan perisian.

Pindaan tersebut katanya akan dibentangkan pada persidangan dewan rakyat Mac depan.

Ujar Idris lagi, PAS berpendapat tindakan tersebut adalah untuk memaksa rakyat supaya menerima berita yang datang daripada satu saluran sahaja.

Tindakan itu katanya suatu tindakan terkebelakang, bertentangan dengan slogan Perdana Menteri yang bercakap mengenai taransformasi dan perubahan.

"Tindakan untuk menyekat maklumat daripada sampai kepada rakyat ibarat menyekat air yang laju.

"Kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib jangan paksa rakyat untuk menerima satu maklumat sahaja. Pepatah Arab ada menyebut 'kamu boleh paksa unta pergi minum air, tetapi tidak boleh paksa minum air'," katanya.

Harakahdaily/-