24 January 2011

Malas hadir sidang jangan sertai pilihan raya

19 Safar 1432H.

KUANTAN, 24 Jan: “Kalau tak sanggup hadir sidang Dun, jangan bertanding.” Itulah intipati mesej yang disampaikan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) kepada para wakil rakyat yang gagal menghadirkan diri ke sidang Dun sehingga terpaksa mengakibatkan pilihanraya kecil berlaku.

Sambil menyelar wakil rakyat sedemikian sebagai tidak bertanggungjawab dan tidak bermoral, Tuan Ibrahim berkata tindak-tanduk mereka turut menyebabkan duit rakyat dihabiskan dalam kegiatan rasuah yang berleluasa apabila pilihanraya kecil diadakan.

“Lain kali kalau tak sanggup menjalankan tugas asasi, jangan bertanding. Menyusahkan rakyat,” kata Tuan Ibrahim sebagai respon kepada karenah Adun Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah yang akan mengemukakan permohonan di Mahkamah Tinggi hari ini bagi mencabar keputusan Speaker Dun Selangor, Datuk Teng Chang Kim.

Terdahulunya, Teng mengisytiharkan bahawa kerusi Dun Pelabuhan Klang kosong apabila Badrul didapati gagal menghadiri sebarang sidang Dun untuk tempoh enam bulan bermula daripada 5 Julai 2010 tanpa alasan munasabah.

Namun begitu, Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar tidak bersetuju dengan Teng bahawa kuasa untuk mengisytiharkan sesebuah kerusi tersebut kosong berada di tangan Speaker dengan alasan bahawa Perlembagaan Persekutuan memberi mandat kepada badan pengendali pilihan raya itu untuk menentukan kekosongan sesebuah kerusi.

Sementara itu, Tuan Ibrahim turut menyelar tindak-tanduk wakil-wakil rakyat yang tetiba muncul kembali untuk mempertahankan kerusi Dunnya selepas diisytihar kosong.

“Mereka tidak sepatutnya bising setelah dapat notis kekosongan kerusi, baru sibuk nak ke mahkamah, nak saman, nak batal pengisytiharan. Ini kerja tak bermaruah bagi seorang pemimpin,” bidas Tuan Ibrahim.

Menurut Tuan Ibrahim, perkara yang sama turut berlaku di Dun Kota Seputih, Kedah di mana nasib Ketua Bahagian Jerlun Umno, Abu Hassan Sarip sebagai Adun masih tidak diketahui kerana mahkamah rayuan masih berdolak-dalih untuk meneruskan kes tersebut.

Tuan Ibrahim berkata kedua-dua kes merugikan para pengundi yang mengangkat kedua-dua pemimpin itu menjadi Adun, yang terbukti gagal menghadiri sidang DUN yang hanya diadakan “tiga ke empat kali setahun”.

Bolehkah Badrul sertai sidang DUN S'gor esok?

19 Safar 1432H.

Persidangan khas DUN Selangor esok bukan sahaja menarik perhatian ramai untuk melihat sama ada pindaan Undang-Undang Tubuh Negeri itu diluluskan, tetapi juga kedudukan ADUN Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah.

Bagi pengamal undang-undang Datuk Mohd Hafarizam Harun katanya walaupun Speaker DUN Selangor Datuk Teng Chang Khim mempunyai kuasa mengosongkan kerusi itu, ia hanya boleh disahkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Sama ada kerusi itu kosong atau tidak, ia akan hanya ditentukan oleh SPR. Jadi tindakan menghalang Badrul Hisham menghadiri sidang DUN adalah tidak wajar.

Ini dilihat seperti mahu mengurangkan jumlah yang hadir pada sidang itu (esok) yang akan melakukan pindaan pada perlembagan negeri. Notis itu (melarang hadir) jelas Speaker ada agenda tersembunyi," katanya kepada Bernama di Kuala Lumpur hari ini.

Mohd Hafarizam berkata demikian bagi mengulas kenyataan Teng pada Jumaat lepas bahawa Badrul Hisham tidak lagi layak menghadiri persidangan DUN esok kerana beliau bukan lagi seorang ADUN.

Rabu lepas, Teng mengisytiharkan kerusi DUN Pelabuhan Klang sebagai kosong berkuatkuasa 16 Jan lalu berikutan kegagalan penyandangnya Badrul Hisham, ADUN Bebas menghadiri persidangan DUN selama enam bulan tanpa alasan munasabah.

Teng menghantar notis pemberitahuan tentang kekosongan kerusi DUN Pelabuhan Klang kepada SPR pada Jumaat lepas.

Mohd Hafarizam berkata isu kekosongan kerusi DUN Pelabuhan Klang itu sepatutnya dibahaskan dalam dewan, dengan Badrul Hisham dibenarkan hadir untuk memberi penjelasan.

“Apa yang diputuskan Speaker itu sebenarnya tidak muktamad. Memang Speaker mempunyai kuasa penuh dalam dewan, tetapi mengenai pilihan raya atau kekosongan kerusi, ia menjadi kuasa SPR,” katanya.

Kembalikan perlembagaan kepada yang asal

19 Safar 1432H.
Oleh : Ismail Hashim.

SHAH ALAM, 24 Jan: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan, pindaan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor pada hari ini adalah tanda komitmen Pakatan Rakyat untuk mentadbir Negeri Selangor sebagai negeri berdaulat.

Abdul Khalid berkata, PR mentadbir negeri menurut aspirasi dan amalan yang diberikan rakyat bertunjangkan konsep keihsanan dan kepedulian rakyat.

Menurutnya, rakyat Selangor tidak meminta lebih, mereka hanya mahu hak mereka sebagai rakyat negeri yang menyumbangkan 30 peratus kekayaan Negara Malaysia.

Tegasnya, kerana itu, beliau perlu menghuraikan kronologi yang menyebabkan Mesyuarat Dewan di bawah peraturan 10(3) diadakan.

Abdul Khalid berkata, peristiwa ini akan menjadi lakaran sejarah untuk rujukan penggubal undang-undang pada masa hadapan dan bagi kajian ilmiah pelajar dan pengamal undang-undang agar tiada lagi pengamal undang-undang yang buta sejarah.

"Saya perlu mengguna masa agak panjang bagi menghuraikan kronologi ini," tegasnya yang merujuk kepada 29 muka surat kandungan buku ucapannya dalam Mesyuarat Dewan Negeri Selangor Menurut Peraturan 10(3) Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor, pagi ini.

Menurutnya, selaku Menteri Besar, beliau berasa bertanggungjawab untuk memperbetulkan amalan sumbang yang selama ini dilakukan pentadbiran Umno sejak Perlembagaan 1993.

Katanya, pindaan tersebut ternyata mengakibatkan peranan Negeri dan Sultan bercelaru dan kabur, justeru hari ini, dewan hendak meletakkan duduk perkara dengan sejelas-jelasnya.

Pentadbiran sebelum ini gagal dan tidak mampu membetulkannya kerana walaupun mereka mentadbir negeri namun pemikiran mereka terpasung dan hati mereka berkiblatkan Putrajaya, jelasnya.

Dalam perkataan lain, tambahnya, Umno tidak mempunyai kekuatan diri untuk bangun mempertahankan hak rakyat negeri ini hatta hak Kebawah Sultan Selangor.

"Berbeza daripada kerajaan terdahulu, kini kita Kerajaan Pakatan Rakyat hendak melakukan pindaan dan perubahan agar generasi mendatang tidak lagi berada dalam kekaburan hatta kecalaruan.

"Selaku penggubal undang-undang yang bertanggungjawab dan mempunyai kekuatan ilmu, iman dan jati diri, kita hendak melakukan yang terbaik, akhirnya, tidak ada lagi individu mahupun puak yang berani melanggar kuasa aNegeri mahupun Sultan," tegas beliau lagi.

Di awal ucapan, Tan Sri Khalid menjunjung kasih atas perkenan Tuanku Sultan akan mesyuarat kali ini dan mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Dewan Negeri (Adun) yang hadir dengan penuh rasional dan bertanggungjawab terhadap rakyat di kawasan mereka.

Beliau melahirkan rasa bangga kerana isu ini dapat mencantumkan pemikiran semua mereka terbabit terhadap perkara utama negeri, perihal mendesak dan mempunyai kepentingan awam meskipun berbeza dari segi perjuangan dan ideologi politik.

Dalam tempoh hampir tiga tahun, jelasnya, Pakatan Rakyat memegang teraju pentadbiran Negeri Selangor, terdapat beberapa kendala yang perlu dilalui dengan berhemah.

"Semuanya itu adalah asam garam yang memang perlu dilalui oleh mana-mana pemimpin politik yang dinamik. Demikianlah bagi saya, Selangor selaku negeri tunjang negara, perlu bersedia menghadapi suasana di luar jangka perjalanan biasa.

"Kita perlu bersedia melakukan perubahan sebesar manapun, seandainya perubahan itu mampu membawa kebaikan kepada rakyat negeri ini. Peristiwa pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri mempunyai hikmah tersendiri. Kita tidak menganggapnya kemelut besar, bukan juga krisis Perlembagaan.

"Natijahnya, ia memberi peluang kepada kita untuk memperbetul perkara salah yang menjadi amalan selama ini. Prinsip 'Biasakan yang betul dan betulkan amalan biasa' adalah prinsip murni yang dapat dijadikan amalan harian selepas ini," tegasnya.

Di akhir ucapan, Tan Sri Khalid menegaskan pengajaran dari isu ini berkata, jika pelantikan SUK, Pegawai Undang-undang dan Pegawai Kewangan Negeri tidak dilakukan secara telus, ia boleh diputarbelitkan oleh banyak pihak.

Menyedari hakikatnya, jelasnya, Pakatan Rakyat tidak akan meneruskan amalan yang nyata bercanggah dengan amalan PR yakni bertindak secara telus, kompeten dan penuh pertanggungjawaban dalam apa-apa hal dan modus operandi pentadbiran negeri.

Berikut adalah ucapan penuh Khalid yang diedarkan oleh oleh Sekretariat Akhbar pejabat MB:

RINGASAN UCAPAN DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

Pengenalan

Mesyuarat di bawah Peraturan 10(3) Peraturan-peraturan Tetap Undang-undang Tubuh Negeri Selangor hari ini diadakan untuk membuat pembentangan bagi mengemukakan pindaan kepada Undang-undang Tubuh Negeri Selangor 1959, khususnya Perkara 52(1).

Ini kerana, tindakan Persekutuan atas tiket Ketua Setiausaha Negara melantik Pegawai Eksekutif Ex-officio dengan membelakangkan Menteri Besar yang dipilih rakyat dan berselindung pula di sebalik istana yang ditaati rakyat adalah amalan salah, menghina kebijaksanaan rakyat dan kedaulatan negeri.

Pindaan yang dicadangkan hari ini sebagai perubahan supaya generasi akan datang tidak lagi dalam kekaburan dan tiada lagi individu atau puak tertentu yang berani melanggar kuasa negeri atau Sultan.

Pakatan Rakyat komited untuk menjunjung Perlembagaan baik Perlembagaan Persekutuan mahupun Perlembagaan Negeri yakni Undang-undang Tubuh Negeri Selangor. Prinsip-prinsip Rukun Negara dijadikan landasan dalam pentadbiran hari ini.

Atas prinsip yang sama Pakatan Rakyat komited untuk mempertahankan kedudukan dan peranan Raja-Raja Melayu sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan.

Latar belakang krisis Perlembagaan

Krisis Perlembagaan 1983 berlaku akibat daripada tindakan para pemimpin negara ketika itu, melakukan beberapa tindakan di luar adab dan peruntukan Perlembagaan itu sendiri, dalam lain perkataan membelakangi Raja-Raja.

Di sinilah bermulanya penghakisan secara terancang terhadap kuasa Raja-Raja di negara ini.

Perkara 38(4) Perlembagaan Persekutuan berbunyi - “tiada apa-apa undang- undang yang menyentuh secara langsung keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran raja-raja boleh diluluskan dengan ketiadaan persetujuan Majlis Raja-Raja”.

Pemimpin utama ketika itu telah melakukan beberapa tindakan secara rahsia dengan membawa pindaan itu ke Kabinet dan kemudiannya ke Parlimen tanpa terlebih dahulu mendapat perkenan Majlis Raja-Raja.

Antara pindaan yang berjaya dilakukan ialah Perkara 66(5).

Peruntukan asal berbunyi

“Rang undang-undang akan dikuatkuasakan apabila yang DiPertuan Agung menandatangani”.

Manakala peruntukan pindaan ialah;

“Rang undang-undang akan dikuatkuasakan sebagai Undang-undang apabila ditandatangani oleh Yang DiPertuan Agung. Jika di atas apa-apa sebab Rang Undang-undang itu tidak ditandatangani di dalam tempoh 15 hari selepas Rang Undang-undang itu disembahkan kepada Yang DiPertuan Agung, baginda dianggap telah menandatangani Rang Undang-undang tersebut dan Rang Undang-undang itu, berkuatkuasa sebagai Undang-undang”.

Perkara 10(1), dimana kalau Perdana Menteri mendapati darurat patut diisytiharkan di mana-mana juga di Negara ini maka Perdana Menteri boleh menasihatkan Yang DiPertuan Agung dan Yang DiPertuan Agung mesti menerima nasihat tersebut.

Perkara 66(4) dan (4A) Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan – ialah:

Sebuah Rang Undang-undang akan menjadi undang-undang secara automatik selepas 30 hari meskipun baginda tidak memberi perkenan.
Kedudukan Raja-Raja di negeri-negeri juga sama sebagaimana yang tertera di bawah seksyen 11(2A) dan (2C).

Pindaan-pindaan ini menimbulkan banyak persoalan politik dan undang-undang. Ini termasuklah pelanggaran syarat yang dikenakan oleh Perkara 38(4) Perlembagaan Persekutuan di mana ia dengan jelas menyatakan bahawa “Tiada undang-undang yang secara langsung menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja”.

Perkara 38(4) itulah yang menjadi batu penghalang kepada hasrat mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1983 dan 1993 dan mungkin kerana itulah beliau tidak peduli dan tidak membawa pindaan 1994 itu kepada Raja-Raja.

Meskipun pindaan 1994 belum dibawa ke mahkamah ada kalangan sarjana undang-undang yang berpendapat bahawa pindaan yang dibuat pada 1994 itu tidak sah kerana melanggar Perlembagaan; khususnya Perkara 38(4) Perlembagaan Persekutuan.

Pindaan yang amat drastik itu sudah dilakukan secara rahsia dan membelakangi Majlis Raja-Raja. Namun, apabila rahsia terbongkar ia ditentang oleh Raja-Raja. UMNO pada ketika itu membuat road show ke seluruh negara mengutuk Raja-Raja.

UMNO sememangnya sentiasa berdolak-dalik dan tidak konsisten dan acap kali berselindung di sebalik istana apabila berlaku kesempitan politik.

Peranan Raja, Kerajaan dan Perkhidmatan Awam dalam pentadbiran negeri Kedudukan dan peranan Raja-Raja cukup jelas. Mereka adalah Raja Berperlembagaan yang mana Yang di-Pertuan Agong – di peringkat Persekutuan – adalah ketua negara manakala Raja-Raja pula adalah ketua negeri.

Perdana Menteri dan Menteri Besar pula adalah ketua kerajaan yang dilantik dari kalangan ahli-ahli Dewan. Meskipun mereka dilantik oleh ketua negeri mereka bertanggungjawab kepada Dewan.

Di bawah kerangka tersebut Menteri Besar dan kabinetnya –yakni Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) – mesti bertanggungjawab ke atas segala keputusan dan dasar yang dibuat dan dilaksanakan.

Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja tidak dipertanggungjawabkan namun bertindak menurut nasihat. Konsep itu sebenarnya adalah untuk melindungi Istana dari terperangkap dalam kontroversi dan politik.

Raja-Raja diberi banyak keistimewaan; termasuk peruntukan di bawah Senarai Di Raja (Civil List) yang tidak boleh dikurangkan. Mereka juga mempunyai peranan besar sebagai ketua agama negeri masing-masing. Kuasa pemerintahan atau eksekutif diletakkan secara formal di tangan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja.

Pakatan Rakyat ingin mengembalikan peruntukan yang asal kerana kami yakin bahawa peruntukan itu memberi ruang konsultasi kepada semua pihak; dari istana, suruhanjaya perkhidmatan dan kerajaan negeri untuk memainkan peranan masing-masing secara telus dan terbuka.

Pindaan yang dibuat oleh Umno pada 1993 – iaitu Perkara 52(1) Undang-undang Tubuh Negeri Selangor - begitu ganjil sekali. Ini kerana ia tidak menyebut pihak berkuasa yang diberi kuasa melantik: sepatutnya ada kuasa tertentu yang diletakkan; contohnya sama ada Sultan atau Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Jika dibandingkan dengan Perkara 144 Perlembagaan, khususnya Fasal 3, 4 dan 5 yang ada sekarang yang kesemua mempunyai format yang sama dengan peruntukan yang lama dalam Undang- undang Tubuh Negeri Selangor.

Pindaan 1993 itu tidak sah kerana ia tidak diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja sebagaimana yang dikehendakki oleh Perkara 38(4) Perlembagaan Persekutuan.

Kerajaan negeri juga berpendapat bahawa pindaan Perlembagaan Persekutuan pada 1993 bertujuan menangani isu imuniti Raja-Raja, maka kuasa pelantikan SUK tidak harus disentuh.

Tidak ada rekod menunjukkan bahawa Raja-Raja setuju dengan pindaan berkenaan kerana yang menjadi pertikaian ketika itu ialah imuniti. Kelihatannya Umno mengambil kesempatan untuk mencuri kuasa Sultan dalam keadaan yang panas dan membingungkan ketika itu.

Kerajaan negeri berpendapat bahawa peruntukan asal Undand-undang Tubuh Negeri perlu dikembalikan kerana Pakatan Rakyat komited dengan peranan Raja-Raja sebagai salah satu agen semak dan imbang – checks and balances – dalam Perlembagaan.

Konsep Raja Berperlembagaan bermaksud raja yang kuasa terbatas dan dipandu oleh peruntukan dan semangat Perlembagaan. Umno berpendapat sebaliknya; bagi mereka Raja Berperlembagaan ialah raja yang boleh dicucuk hidung dan diseret ke sana ke mari mengikut kehendak mereka sebagaimana yang mereka lakukan sejak awal 1980an hinggalah sekarang.

Pindaan yang dicadangkan ini adalah tanda komitmen Pakatan Rakyat untuk mentadbir negeri berdaulat ini menurut aspirasi dan amanah yang diberikan rakyat atas konsep ketuanan rakyat.

Sidang DUN S'gor ditangguh ke petang

19 Safar 1432H.

ADUN dan para wartawan tiba awal hari ini untuk menghadiri sidang DUN Selangor yang akan membahas cadangan pindaan Undang-undang Tubuh Negeri untuk mengembalikan kuasa melantik tiga pegawai tinggi kerajaan kepada sultan dan negeri.

Dua trak anggota polis kelihatan berada di pintu masuk DUN manakala satu trak lagi berada berhampiran Wisma MBSA, ekoran kemungkinan berlakunya protes pagi ini.

Kedua-dua pintu masuk dan keluar DUN dibuka separuh, dengan ruang yang mencukupi untuk dilalui sebuah kereta.

Sidang DUN dijadual bermula jam 10 pagi di mana kerajaan negeri Pakatan Rakyat bercadang meminda Undang-undang Tubuh Negeri tersebut.

BN sebagai pembangkang negeri bagaimanapun menuduh kerajaan merancang untuk menambah kuasa menteri besar dalam menentukan pelantikan pegawai tinggi kerajaan negeri.

Cadangan pindaan itu dibuat ekoran tindakan kerajaan pusat melantik bekas pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan (SUK) negeri yang baru.

Kerajaan Selangor membantah keras pelantikan tersebut dan menuduh Putrajaya mengetepikan kuasa negeri, apabila melantik Khusrin tanpa berbincang dengan menter besar.

Sultan Selangor bagaimanapun memperkenankan pelantikan Khusrin yang mengangkat sumpah pasa 5 Januari lalu.

LAPORAN LANGSUNG

9.30 pagi: ADUN Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah tiba di bangunan SUK, diiringi dua pembantu.

Beliau disambut oleh silauan lampu kamera jurufoto, menyebabkannya agak terkejut.

"Wah, banyak peminat ni!" katanya berseloroh.

Beliau enggan menjawab sebarang soalan walaupun ditanya bertubi-tubi oleh pemberita, sama ada akan mencabar keputusan speaker Teng Chang Khim yang mengisytiharkan kerusinya kosong.

9.32 pagi: Kira-kira 200 berkumpul di Dataran Shah Alam bawa pengawasan ketat polis. Sebahagian peserta memakai ikat kepala bertulis GAPS (Gagasan Anti Penyelewengan Selangor). Empat unit pasukan polis berkawal di depan pintu SUK.

9.40 pagi: Didesak pemberita, Badrul Hisham Abdullah memberitahu akan memfailkan saman bagi mencabar keputusan itu tengah hari ini selepas menghadiri sidang DUN.

Bagaimanapun, masih belum jelas sama ada beliau dibenarkan memasuki dewan ekoran kerusinya telah diisytihar kosong.

10 pagi: Dewan mula bersidang. Badrul Hisham Abdullah - yang kerusinya diisytihar kosong oleh speaker - duduk di bilik yang dikhaskan kepada petugas media, tingkat atas di dalam dewan.

Setiausaha dewan membacakan ucapan diraja bagi pihak Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Dalam ucapannya, Sultan bertitah supaya ADUN membahaskan cadangan pindaan itu dengan sebaiknya tanpa beranggapan perkenan yang diberikan baginda sebagai menyokong mana-mana pihak dalam dewan.

Baginda juga memberitahu ADUN supaya tidak menariknya sama dalam politik. Istana sentiasa tidak mencampuri urusan politik, titahnya lagi.

10.24 pagi: Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membacakan ucapannya.

Berdasarkan perkara 10(3) peraturan dewan, kerajaan Selangor membentangkan pindaan terhadap Undang-undang Tubuh Selangor 1959 terhadap perkara 52(1), kata menteri besar.

Pindaan itu dicadangkan supaya generasi akan datang tidak lagi tertanya-tanya dan tiada pihak yang berani melanggar kuasa kerajaan negeri dan Sultan, kata Khalid.

Pakatan Rakyat memberikan komitmen menjunjung perlembagaan negara dan undang-undang tubuh negeri serta Rujun Negara, yang menjadi asas kepada kerajaan Selangor hari ini, tambahnya.

Pakatan juga, tambah Abdul Khalid, berhasrat menegakkan kedudukan dan peranan Raja-raja Melayu yang dinyatakan dalam perlembagaan persekutuan.

10.35 pagi: Selepas duduk di bilik khas media kira-kira 30 minit, Badrul meninggalkan bilik itu dan bercadang mengadakan sidang media di luar.

10.50 pagi: Dalam sidang media selepas itu, Badrul Hisham mengaku beliau masih merupakan wakil rakyat yang sah dan akan terus berkhidmat kepada rakyat.

Bagaimanapun, ditanya lagi sama ada beliau mahu memfailkan tuntutan di mahkamah, beliau hanya menjawab "mungkin".

Beliau juga memberitahu, setelah menunjukkan surat jemputan bertarik 11 Januari daripada speaker, pihak keselamatan masih tidak membenarkannya masuk ke dalam dewan.

11.20 pagi: Abdul Khalid selesai berucap. Ketua pembangkang negeri yang baru dilantik Datuk Mohamad Satim Diman (BN-Seri Serdang) berucap mempersoalkan tindakan Teng memanggil sidang DUN tanpa notis 14 hari.

Speaker menegur kembali Mohamad Satim supaya mengingat peraturan tetap dewan sebelum membangkitkan sebarang perkara atau beliau akan diminta keluar untuk mengingatinya.

Penyokong Pakatan ketawa besar.

11.25 pagi: Mohamad Satim ketika membahaskan pindaan itu mendakwa kerajaan negeri 'syok sendiri'.

Katanya, Umno Selangor tidak akan sesekali menyokong cadangan itu kerana bertentangan dengan perlembagaan negara dan bermotifkan politik.

Menurutnhya lagi, kerajaan BN terdahulu tidak pernah membelakangi Sultan, berbeza dengan menteri besar baru yang didakwa tidak dapat menerima pelantikan Mohd Khusrin Munawi sebagai SUK yang telah mendapat pekenan Sultan.

11.26 pagi: Peserta perhimpunan di Dataran Shah Alam kini bertambah sehingga 500 orang.

11.41 pagi: Mohamad Satim mengulangi dakwaan bahawa wakil Pakatan biadan dan derhaka terhadap Sultan dalam banyak tindakannya, antaranya dalam isu penggunaan kalimah Allah dan tulisan dalam blog Shuhaimie Shafiei (PKR-Sri Muda) yang didakwa menghina Sultan.

12.10 tengah hari: Pengerusi Kelab penyokong kerajaan negeri Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa) membalas Umno yang derhaka kerana enggan menyokong cadangan pindaan undang-undang itu.

Katanya, walaupun Umno boleh menukar fakta menggunakan media arus perdana, mereka tidak boleh mengubah sejarah.

Azmin juga berkata Umno sudah lama menikmati kekebalan bawah pentadbiran 'Mamak Bendahara' dan pihak eksekutif, yang mengundang bantahan ADUN Taman Templer Subahan Kamal.

Subahan berkata Azmin berniat jahat dengan menggunakan perkataan 'mamak'.

Sementara bangun Shamsudin Lias (Umno-Sungai Burong) menyokong Subahan, mendakwa Azmin menggunakan perkataan itu dengan cuba merujuk kepada Subahan.

Azmin pantas membidas kefahaman "cetek" pembangkang negeri berhubung penggunaan prosa Melayu klasi di mana gelaran 'mamak bendahara' dirujuk kepada pembantu utama Sultan.

1 tengah hari: Sidang dewan ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang ini.

1.10 tengah hari: Sekumpulan 20 pemuda Pakatan Rakyat berhimpun di depan bangunan DUN bagi menunjukkan sokongan terhadap cadangan pindaan itu.

Mereke membawa kain rentang dan menjerit perkataan "Daulat Tuanku!" dan "Hidup Rakyat!" sebelum beredar sepuluh minit kemudian.

BLOGGER YANG HIDUP HANYA MENGEMBANGKAN FITNAH, MATI LEBIH BAIK BUATNYA

19 Safar 1432H.
Oleh : WFAUZDIN NS.

BETAPA ruginya aku tak datang semasa perjumpaan Bloggers PR dengan MB Kelantan Tuan Guru Nik Aziz baru-baru ini. Bayangkan, seperti yang dilaporkan oleh KL Today yang mendedahkan satu blog pro-BN iaitu Papagomo mendakwa di dalam pertemuan itu setiap blogger yang hadir diberikan wang tunai sebanyak RM500, sebuah komputer riba laptop, kemudahan percuma talian broadband dan sebuah telefon mudah alih jenama Blackberry.

Tetapi, itu cuma kisah dari beberapa kisah fitnah dari Blogger paling bodoh yang tidak tahu bagaimana lagi untuk berhujah bagi mengampu Umno. Blogger ini fikir bahawa semua Blogger sama sepertinya yang hidup hanya memikirkan perut. Sebab itu jika dilihat pada perut Blogger ini dipenuhi dengan najis dan bangkai.

Bukan sedikit Blogger pro Umno seperti beliau yang hidup dengan memakan bangkai. Jenis ini kita percaya tidak pernah mendapat didikan agama sejak kecil dan beliau lahir pun mungkin semata-mata untuk membantu Iblis dan Syaitan untuk menyesatkan orang lain.

Jauhilah kita dari mendapat zuriat atau keturunan seperti Blogger ini. Di masa kecil tidak mahu mampus, apabila besar menyusahkan dan menyesatkan orang lain. Apa beza kerja beliau dengan Syaitan?

Aku setuju kita pakat-pakat adakan Solat Hajat untuk memberi kesedaran kepada Blogger celaka ini. Seandainya hidup beliau akan menghasilkan banyak lagi fitnah, mati tentulah lebih baik untuknya agar dosanya tidak bertambah.

`PELAKON LUCAH' YANG CELAKA HINA ISLAM ?

19 Safar 1432H.
Oleh : WFAUZDIN NS.

BENARKAH `pelakon lucah' ini menghina hukum Islam sewaktu berkempen di Tenang? Kata Chua Soi Lek sepertimana yang telah dilaporkan oleh Malaysiakini, " Normala will not come here to a Chinese temple, she doesn't even shake hands with the people.

I have received complaints about this. She is like Anwar Ibrahim's wife. She wears gloves when she shakes hands. If you can accept this kind of Islamic value, go ahead and vote for PAS,"

Terjemahan lebih kurang begini “ Normala (calon PAS) tidak akan datang ke kuil ini, dia tidak akan berjabat tangan dengan orang ramai. Saya telah menerima aduan tentang perkara ini, Dia seperti isteri Anwar Ibrahim..

Dia memakai sarung tangan jika hendak berjabat tangan, jika anda semua boleh menerima nilai-nilai Islam sebegini, teruskan dan undilah PAS.” Sepenuhnya sila baca di SINI.

Begitu sekali pandangan seorang Presiden MCA terhadap hukum Islam? Mana suara yang selalu terpekik terlolong menyalak bagai anjing yang kununnya hebat sangat membela Islam? Mana PERKASA? PEWARIS? PEKIDA ? Pemuda Umno? Di mana suara Jamil Khir? Harussani ? Bisu semuakah? Atau, kerana `pelakon lucah' itu pemimpin Komponen Bn?

Kerusi Dun Tenang kamu kata kamu boleh menang dengan mudah. Muhyiddin kata mahu tambah majoriti berlipat kali ganda sehingga mencapai 5000 majoriti. Tetapi, mengapa setara ini kamu benarkan pemimpin kurang ajar ini berkempen?

Saya tidak tahu lah jika pengundi-pengundi Islam di Tenang khususnya masih lagi memberi undi kepada puak-puak ini. Nampak sangat mereka gilakan habuan dunia sehingga sanggup bersekongkol dengan pemimpin seperti ini.

Kalau benarlah seperti yang dilaporkan oleh berita tersebut, pemimpin ini patut diludah mukanya

Rosmah terus ganggu pentadbiran negara.

19 Safar 1432H.
Oleh : Hafizi Pauzi.

PARIT BUNTAR, 24 Jan :
Pejabat Wanita Pertama Malaysia (FLOM) di Putrajaya adalah satu pembaharuan yang julungkali ada dalam sejarah pentadbiran Negara dan perkara ini boleh disifatkan sebagai tindakan tiada adab dan biadab dalam isu pentadbiran negara,” kata Ketua Penerangan PAS Perak ,Drs. Khalil Idham Lim ketika ditemui di sini.

Dalam sesi temuramah itu, YB Khalil memberi respon dengan menjelaskan bahawa pejabat rasmi Rosmah yang kapasitinya adalah sebesar satu bahagian atau divisyen.

Tambahnya, bahagian FLOM ini adalah rasmi dan ia sebaris dengan divisyen lain termasuklah Pejabat Setiausaha Politik, Pejabat Penasihat Perdana Menteri, Pejabat Ekonomi Perdana Menteri dan Pejabat Pengurusan Sri Perdana.

“Dia isteri PM, jadi dia tidak perlu bekerja untuk sara keluarga, malah PM sudah ada menterinya yang lengkap dengan jabatan bagi mengurus tadbir kerajaan, rosmah tidak diperlukan, dia tidak lebih dari mendampingi PM dalam majlis rasmi seperti amalan isteri PM sebelum ini . Dan jangan gila nak jadi menteri dan lakukan sesuatu yang tidak masuk akal,” kata YB Khalil Idham Lim.

Dalam pada itu, YB Khalil mempersoalkan tindakan Rosmah menghadiri dan menyampaikan ucaptama bertajuk 'Kompetensi Guru Dalam Membentuk Generasi Akan Datang' pada Persidangan Antarabangsa Pertama anjuran Kementerian Pendidikan Arab Saudi minggu lepas.

“Menteri-menteri yang dilantik dalam kabinet Najib seolah-olah sudah hilang peranan, siapakah Menteri Pelajaran ? Mengapakah semudah itu dan tanpa ada rasa bersalah dia melakukan kerja-kerja menteri berulang kali? Soal beliau.

Beliau juga menyifatkan, Malaysia sudah mempunyai kerajaan yang layak diberi jolokan sebagai kerajaan suami isteri,

“suatu yang amat memalukan jika perkara ini sampai ke pengetahuan rakan-rakan dari negara luar, Malaysia dilihat bercelaru apabila isteri PM melakukan kerja-kerja menteri kabinet." ujarnya.

Ahli umno khususnya, wajar berfikir kembali mengenai taat setia mereka terhadap BN, sanggupkah anda melihat negara luar terus mentertawakan Malaysia tercinta disebabkan pemimpin BN berkelakuan pelik dan aneh" soalnya.

'Kerana itu beliau berpandangan bahawa kerja Rosmah hanya boleh dihentikan dengan mengalahkan BN dengan memberilah peluang kepada PR memulihkan imej Negara pada PRU13 nanti,” ujarnya.

Katanya lagi bila Najib terus berkuasa selagi itu Rosmah akan menganggu pentadbiran negara.

GAMBAR SEKITAR CERAMAH PESURUHJAYA PAS PERAK BERSAMA PIMPINAN PR DI UPU LABIS TENGAH ( UPU JAGAAN JENTERA PERAK )

19 Safar 1432H.
Oleh : Mohd Hafez Sabri







Kelantan taja 30 pelajar Palestin

19 Safar 1432H [MOD]..

KOTA BHARU, 24 Jan: Kerajaan Kelantan telah menaja 30 orang rakyat Palestin dalam program pendidikan sebagai usaha membantu masyarakat tersebut mendapatkan ilmu bermanfaat untuk membangunkan semula negara mereka.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dauko Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata ianya selaras dengan kehendak rakyat Palestin sendiri yang perlukan ilmu terutama bidang kedoktoran dan ekonomi agar lahir lebih ramai golongan berilmu di negara terbabit.

Beliau berkata demikian ketika memberitahu media selepas meraikan lima orang rombongan dari Kementerian Luar, kerajaan Hamas, Palestin yang diketuai Hani Abu Ubaidah yang juga ketua jurucakap kerajaan berkenaan, semalam.

Hadir sama, Pengarah Kementerian Luarnya, Dr Mahmood Abu Zakaria.

Menurut Tuan Guru, hanya ilmu pengetahuan yang tinggi dapat membantu sesebuah negara.

“Jadi kerajaan Kelantan bersedia menaja pelajar Palestin di negeri ini dengan harapan mereka memperolehi ilmu Islam dan membawa pulang ke negaranya,” ujarnya lagi.

Pada masa yang sama beliau menyeru golongan dermawan membantu rakyat negara itu untuk mendapatkan peluang pendidikan di negara ini.

Menurutnya, tanggungjawab itu perlu dipikul bersama demi untuk kepentingan Islam.

Terdahulu, Dr Mahmood berkata antara tujuan lawatannya ke Kelantan untuk berkongsi pengalaman pentadbiran yang telah diterajui PAS sejak 20 tahun lalu.

Menurutnya, sebagai sebuah negara baru yang baru ditadbir oleh gerakan Islam, pembaharuan dan pengalaman perlu ditimba dari sebuah kerajaan yang telah mencapai kejayaan.

“Kerana itu kami berhasrat untuk menghantar seberapa ramai pelajar kami ke negara ini termasuk Kelantan, mudahan dengan ilmu yang baik dapat dimanaafkan di negara kami,” ujarnya.

Pada masa yang sama, rombongan terbabit yang turut menemui pemimpin kerajaan Persekutuan dan pemimpin pembangkang turut kagum dengan kemajuan pesat yang dicapai oleh kerajaan negeri.

Kehadiran rombongan berkenaan turut mendapat liputan dua buah stesyen tv swasta negara ini.(HarakahDaily)

Apa sudah jadi badrul ?

19 Safar 1432H [MOD]..
Sidang DUN khas bagi meminda undang-undang tubuh Selangor yang dinantikan banyak pihak akhirnya akan berlangsung sebentar tadi dengan kemunculan ADUN Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah.

Beliau bagaimanapun tidak dibenarkan masuk dan hanya menontonnya daripada bilik yang dikhaskan kepada media. [MKini]

Sidang DUN S'gor hari ini jadi tumpuan

19 Safar 1432H [MOD]..

ADUN dan para wartawan tiba awal hari ini untuk menghadiri sidang DUN Selangor yang akan membahas cadangan pindaan Undang-undang Tubuh Negeri untuk mengembalikan kuasa melantik tiga pegawai tinggi kerajaan kepada sultan dan negeri.

Dua trak anggota polis kelihatan berada di pintu masuk DUN manakala satu trak lagi berada berhampiran Wisma MBSA, ekoran kemungkinan berlakunya protes pagi ini.

Kedua-dua pintu masuk dan keluar DUN dibuka separuh, dengan ruang yang mencukupi untuk dilalui sebuah kereta.

Sidang DUN dijadual bermula jam 10 pagi di mana kerajaan negeri Pakatan Rakyat bercadang meminda Undang-undang Tubuh Negeri tersebut.

BN sebagai pembangkang negeri bagaimanapun menuduh kerajaan merancang untuk menambah kuasa menteri besar dalam menentukan pelantikan pegawai tinggi kerajaan negeri.

Cadangan pindaan itu dibuat ekoran tindakan kerajaan pusat melantik bekas pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan (SUK) negeri yang baru.

Kerajaan Selangor membantah keras pelantikan tersebut dan menuduh Putrajaya mengetepikan kuasa negeri, apabila melantik Khusrin tanpa berbincang dengan menter besar.

Sultan Selangor bagaimanapun memperkenankan pelantikan Khusrin yang mengangkat sumpah pasa 5 Januari lalu.

LAPORAN LANGSUNG


9.30 pagi: ADUN Pelabuhan Klang tiba di bangunan SUK, diiringi dua pembantu.

Beliau disambut oleh silauan lampu kamera jurufoto, menyebabkannya agak terkejut.

"Wah, banyak peminat ni," katanya berseloroh.

Beliau enggan menjawab sebarang soalan walaupun ditanya bertubi-tubi oleh pemberita sama ada akan mencabar keputusan speaker Teng Chang Khim yang mengisytiharkan kerusinya kosong.

9.32 pagi: Kira-kira 200 berkumpul di Dataran Shah Alam bawa pengawasan ketat polis. Sebahagian peserta memakai ikat kepala bertulis GAPS (Gagasan Anti Penyelewengan Selangor). Empat unit pasukan polis berkawal di depan pintu SUK.

9.40 pagi: Didesak pemberita, ADUN Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah memberitahu akan memfailkan saman bagi mencabar keputusan itu tengah hari ini selepas menghadiri sidang DUN.

Bagaimanapun, masih belum jelas sama ada beliau dibenarkan memasuki dewan ekoran kerusinya telah diisytihar kosong.

10 pagi: Dewan mula bersidang. ADUN Pelabuhan Kelang Badrul Hisham Abdullah - yang kerusinya diisytihar kosong oleh speaker - duduk di bilik yang dikhaskan kepada petugas media, tingkat atas di dalam dewan.

Setiausaha dewan membacakan ucapan diraja bagi pihak Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Dalam ucapannya, Sultan bertitah supaya ADUN membahaskan cadangan pindaan itu dengan sebaiknya tanpa beranggapan pekenan yang diberikan baginda sebagai menyokong mana-mana pihak dalam dewan.

Baginda juga memberitahu ADUN supaya tidak menariknya sama dalam politik. Istana sentiasa tidak mencampuri urusan politik, titahnya lagi.(Mkini)

[Baca berita lanjut]..