17 January 2011

Mintak maaf tidak cukup, BN dan UMNO mestilah disungkurkan

14 Safar 1432H.

Hari ini, 17 Januari 2011 ada hari yang dihiasi dengan permohonan maaf dari pihak tertentu atas ketelanjuran mereka sehingga menimbulkan sedikit kecelaruan dalam masyarakat dan negara Malaysia yang kita sayangi.

Namun begitu perlulah diingat bahawa permohonan maaf itu hanya boleh menyelesaikan perkara tersebut buat sementara waktu sekiranya BN masih lagi memegang tampuk pemerintahan negara. Oleh itu untuk memastikan permohonan maaf dibawah ada jaminan untuk tidak berulang lagi, BN dan UMNO mestilah disungkurkan dalam PRK Tenang dan PRU ke 13 tidak berapa lama lagi..

Mohon maaf (1).

Peguam yang mengadu mengenai bunyi azan di Masjid Al-Ikhalasiah di Kampung Kerinci, Kuala Lumpur, hari ini memohon maaf kerana mencetuskan kontroversi tersebut.

Ng Kiam Nam, seorang ahli MCA, berkata dia keliru mengenai ceramah dan laungan azan dalam aduannya kepada Jabatan Perdana Menteri mengenai bunyi pembesar suara dari masjid tersebut.

Surat aduannya itu telah mencetuskan bantahan oleh beberapa NGO Islam yang diketuai oleh Majlis Ayahanda Wilayah Persekutuan Jumaat lalu.

Mereka mendakwa tindakan Ng itu telah menghina Islam.

Ng membuat permohonan maaf itu dalam sidang akhbar yang diadakan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal.

Sidang akhbar itu diadakan di pejabat Umno bahagian Lembah Pantai, yang diketuai oleh Raja Nong Chik.

Sebelum itu, Raja Nong Chik mengadakan pertemuan dengan Ng dan wakil-wakil kumpulan yang terlibat dalam protes tersebut.

Raja Nong Chik mendesak masyarakat menerima permohonan maaf itu, sambil menekankan ia berpunca daripada salah faham.

Mohon maaf (2)

Seorang pengetua wanita yang dikatakan telah membuat ucapan yang menghina masyarakat India di Malaysia, telah memohon maaf kepada para pelajarnya.

Menurut pengadu, AP Raja Retinam, yang juga ketua penerangan Persekutuan Pertubuhan India Malaysia, pengetua tersebut memohon maaf pada jam 12.30 hari ini.

"Beliau membuat permohonan maaf kepada pelajar India hari ini, jadi
perkara itu ditutup," katanya.

Pengetua Zaini Mohd Zin dari SMK Taman Tasik Ampang di Selangor, dilaporkan telah menyebut perkataan 'paria' dalam ucapannya.

Beliau bagaimanapun kemudiannya memberitahu media bahawa ucapannya diambil dari luar kontak kerana beliau menyebut perkataan itu ketika merujuk pada novel 'Interlok' yang menarik banyak kontroversi.

"Beliau (kata) telah menggunakan buku itu sebagai rujukan. Inilah yang kami tidak mahu dan inilah sebabnya kami mahu buku itu diharamkan," kata Raja Retinam.

Presiden NUJ mahu jadi 'saudagar' nasi lemak

14 Safar 1432H.

Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hata Wahari kini berkira-kira membuka gerai nasi lemak dekat rumahnya di Puchong dan kaunter aduan di depan pejabat Utusan Malaysia di Cheras, Kuala Lumpur.

Ini ekoran penggantungan kerja terhadapnya masih tidak pasti tempohnya dan sama ada bergaji atau tidak.

"Saya tidak pasti, saya kena tunggu dan lihat hingga hujung bulan ini untuk lihat sama ada mereka masukkan gaji saya atau tidak. Jika tidak saya kena pergi ke Jabatan Buruh.

"Oleh kerana saya tiada apa hendak dibuat dan tidak bergaji, saya berkira-kira membuka gerai nasi lemak," kata wartawan kanan akhbar milik Umno itu sambil ketawa.

Dilarang menjejakkan kaki di pejabat Utusan, Hata juga merancang mahu memasang khemah kecil di depan pintu masuk harian berbahasa Melayu itu.

"Saya akan letak khenah kecil di sini dan duduk dengan laptop saya. Saya akan bukan kaunter aduan untuk wartawan.

"Saya juga boleh adakan mesyuarat dengan NUJ cawangan Utusan di sini," kata Hata kepada Malaysiakini sebelum siasatan dalaman terhadapnya bermula pagi tadi.

Hata menambah, NUJ Utusan juga merancang mengadakan pameran memperingati ulang tahun ke-50 Mogok Utusan pada tahun 1961 untuk menentang pengambilalihan Utusan oleh Umno.

"Kami akan langsungkannya atas jelan depan Utusan, sebab di jalan inilah demonstrasi berlaku.

"Utusan pernah di barisan depan mengamalkan kewartawanan yang adil dan berimbang, hinggalah pengambilalihan. Kami mahu lihat semula 50 tahun dulu sejak para wartawan disenyapkan.

Nasib Hata kini dijangka bakal mengikuti jejaj langkah teman sepertjuangannya Amran Ahmad sebagai bekas presiden NUJ Utusan yang dipecat selepas didapati bersalah dalam siasatan dalaman akhbar itu.

Malaysiakini/-

Malapetaka jika Utusan pecat Hata bahaya besar

14 Safar 1432H.
Shaharul Shafie

16 Jan 2011 : Esok adalah merupakan permulaan kepada hari penentu kepada Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Hata Wahari yang sebelum ini telah digantung tugasnya di Utusan Melayu (M) Bhd di atas dakwaan “mencemarkan” imej syarikat.

Rata-rata melihat omong-omong perbicaraan dalaman yang dibuat oleh pengurusan Utusan ini hanyalah sebagai satu cara langkah biasa yang perlu dipatuhi sebelum memecat beliau secara selamat dan “profesional” dari syarikat berkenaan.

Langkah mengadakan siasatan secara “rasmi” ini hanyalah bagi menyelamatkan Utusan daripada tersilap prosedur sehingga memberikan Hata dengan sebab yang memudahkannya untuk membawanya ke mahkamah kemudian hari di bawah perlindungan akta berkaitan dengan “penyingkiran konstruktif” atau constructive dismissal.

Kemungkinan Hata dipecat adalah tinggi

Amalan “perbicaraan” kosmetik ini sememangnya dijalankan di kebanyakan syarikat bagi menutup peluang atau menyukarkan sesiapa sahaja yang dipercayai menjadi “masalah dalam selimut” mana-mana majikan yang bukan sahaja diamalkan oleh korporat tetapi juga perkhidmatan awam.

Jika ada peluang yang lain yang lebih selamat, majikan yang mempunyai banyak cawangan operasinya, cara membuatkan kakitangannya “berhenti dengan rela” ialah dengan memindahkan mereka dari satu tempat ke tempat yang lain dalam satu sela masa yang singkat agar kakitangan berkenaan berputus asa dan berhenti atas kerelaan sendiri.

Namun begitu, taktik sebegini tidak mampu lagi digunapakai oleh Utusan kerana kedudukan Hata sendiri sebagai orang yang berpengaruh dalam dunia kewartawanan di negara ini. Ini adalah kerana apa sahaja yang didedahkan olehnya akan terus mendapat perhatian terus media yang berlawanan ataupun media alternatif untuk melaporkannya. Kedudukan istimewa Hata pastinya menggugat kelangsungan Utusan di dalam pelaporannya. Namun begitu, sejauh manakah Hata selama ini hanya memburukkan Utusan? Kita akan bincangkan nanti.

Tindakan memecat Hata dijangkakan memberikan kesan buruk kepada imej kebebasan akhbar di negara ini yang sesungguhnya kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mempunyai kepentingan majoriti di dalam Utusan Malaysia.

Di saat negara berkira-kira bilakah pilihanraya umum ke 13, tindakan kembali ke belakang sekali lagi dibuat oleh BN pastinya memberi padah lebih besar jika benar PRU diadakan pada tahun ini.

Demokrasi Malaysia terus-menerus tercalar

Selain itu juga, pihak negara luar ataupun pelabur asing yang masih berkira-kira untuk menambah atau masuk melabur ke dalam negara ini pastinya melihat situasi ini sebagai satu masalah dalaman “demokrasi” di Malaysia yang masih belum subur.

Semasa kebebasan media dinilai oleh sebuah organisasi luar yang dikenali sebagai Freedom House pada tahun lepas, Malaysia masih ketinggalan dengan berada di tangga ke 147 daripada 196 negara yang dinilai.

Negara-negara jiran kita yang dilihat sebagai masih membangun dan kurang membangun nampaknya berada pada kedudukan yang jauh lebih baik dari kita. Antaranya ialah Filipina (kedudukan 97), Indonesia (107), Thailand (124) dan Kemboja (134). Hanya kita berada pada paras lebih baik dari Singapura yang berada di tangga 152.

Singapura adalah satu situasi yang berbeza kerana sejarah lokaliti dan saiznya yang lebih kecil di mana urusan demokrasi adalah terkawal. Malah, Singapura secara sejarahnya juga sudah pun menjadi negara maju disebabkan usaha melobi negaranya menjadi negara entreport perdagangan dan pakej ekonomi yang lebih bebas seperti negara-negara di hemisfera barat. Malah, Singapura sendiri sudah menjadi satu keperluan lokasi sejak zaman-berzaman lagi disebabkan lokasinya yang strategik di tengah-tengah kerancakan ekonomi di Asia Tenggara.

Malaysia yang mempunyai banyak pesaing ekonominya di rantau ini tidak boleh mendabik dada menjadi seperti Singapura di dalam mengawal media dan boleh menjadi negara maju dalam acuannya sendiri sepertimana Singapura suatu hari nanti. Kita yang mempunyai lebih ramai penduduk dan memerlukan banyak industri bagi menjana hasil isi rumah dan ekonomi negara maka isu kebebasan media antara bentuk KPI yang diperhatikan oleh negara-negara barat yang kaya untuk melabur (FDI).

Kebebasan media adalah KPI kemasukan FDI

Meskipun kini Malaysia berbangga kerana menjadi destinasi pelaburan dari Timur Tengah tetapi negara-negara ini yang kebanyakannya negara pengeluar petroleum akan kepupusan hasil sumber bumi itu tidak lama lagi.

Ini pastinya lebih buruk apabila pusat ekonomi di Timur Tengah di Dubai kini mengalami masalah ekonomi dan gelembung hartanah yang bakal memberi kesan semula pelaburan dari negara Emeriah Arab Bersatu itu yang kini berada di luar kembali semula ke rantau itu bila-bila masa.

Bukan itu sahaja,pelaburan dari Timur Tengah sebenarnya bukan sahaja tertumpu di Malaysia tetapi sudah semakin banyak wang mereka memasuki negara-negara seperti Indonesia dan Thailand yang menyediakan pakej perlindungan pelaburan dan pulangan yang lebih baik dari kita. Malah, mereka juga memasuki China sepertimana gelombang pelaburan yang turut dikejar oleh negara-negara Barat seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Jerman.

Pelaburan asing FDI yang masuk ke dalam negara ini telah menjunam sehingga 81 peratus pada tahun 2009. Kini di Asia Tenggara, Malaysia hanya mampu menguasai 3.75 peratus pelaburan FDI yang termasuk dari negara-negara Timur Tengah yang kaya dari sejumlah besar FDI bernilai AS$40 bilion pada tahun lepas. Perkembangan ini adalah sesuatu yang mengejutka. Negara-negara jiran pula seperti Thailand menguasai 23 peratus dan Indonesia pula dengan 28 peratus menggungguli carta penarik FDI di rantau ini.

Oleh itu, negara masih memerlukan kaedah yang lebih terbuka dengan keadaan sosial termasuklah kebebasan akhbar yang dapat menarik perhatian pelaburan asing, Kita tidak boleh menafikan hakikat ini lagi apabila semakin ramai mahasiswa kita sudah menamatkan pengajian mereka hasil daripada dasar kerajaan Malaysia di dalam meluluskan terlalu banyak universiti dan kolej universiti swasta dan awam yang akhirnya graduan-graduan universiti hari ini berjumlah lebih daripada peluang pekerjaan yang ditawarkan.

Bukan itu sahaja, kegagalan kerajaan juga didalam mengawal pengambilan pekerja dari negara-negara Arab dan Asia Selatan seperti India dan Pakistan di dalam sektor ekonomi teknologi maklumat, perdagangan dan kejuruteraan lebih memburukkan kadar pengangguran di dalam negara ini.

Jika ini terus berlaku, nescaya Wawasan 2020 terpaksa ditunda ke 10 tahun akan datang sepertimana yang kini diakui oleh beberapa pakar ekonomi tempatan dan asing kebelakangan ini sebagai satu impian yang masih “menjauh”.

NUJ perlu dihormati sebagai badan media profesional

Tindakan Hata yang bercakap sebagai Presiden NUJ sewajarnya dihormati kerana NUJ adalah badan yang bebas sepertimana Cuepacs yang diiktiraf sebagai kesatuan sekerja bagi kakitangan awam dan MTUC bagi kakitangan-kakitangan swasta. Cuepacs tidak dilihat “tertutup” mulut mereka pun apabila bercakap tentang hak mereka seperti kenaikan gaji, bonus, kritikan kepada dasar kerajaan sendiri dan sebagainya.

Walaupun NUJ tidak berbentuk kesatuan sekerja, pertubuhan ini wajar diiktiraf sebagai satu think-thank atau penasihat yang dialu-alukan oleh kerajaan sekiranya kerajaan serius di dalam memperbaiki mempertingkatkan kebebasan bersuara dan imej demokrasi negara di persada antarabangsa.

Kemusnahan kebebasan akhbar atau media ini dilihat merosak apabila negara ditadbir oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, maka amat moleknya bagi kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak melihat kepada impak positif ke atas imej BN hari ini jika ruang kebebasan media ini terus diperbaiki setiap masa. Namun perkara ini seperti tidak mungkin kerana baru-baru ini pula Najib mengumumkan kepada keperluan undang-undang bagi mengawal blog dan maklumat di Internet.

Walaupun Hata dilihat mengeluarkan pandangan yang didakwa keras sebagai Presiden NUJ, namun tindakan kenyataan itu tidak boleh kita kaitkan dengan Utusan semata-mata. Ini kerana apa yang dinyatakan oleh Hata sebenarnya turut melibatkan media-media arus perdana yang lain yang condong BN.

Sepertimana pepatah Melayu yang menyebut, “Sesiapa yang makan cili, dia yang merasa pedasnya” mungkin inilah yang membuatkan majikannya itu terasa apabila selama ini media itulah yang dilihat oleh orang ramai sebagai yang paling mendokong apa sahaja dasar kerajaan walaupun melibatkan sesuatu isu yang buruk bak pepatah Melayu “menegakkan benang yang basah”.

Mesej keras Hata bukan untuk Utusan sahaja

Yang menghairankan kenapa pengurusan akhbar Utusan yang terlalu terasa “panas” dan kurang senang dengan serangan media-media alternatif menyebabkan mereka mengambil tindakan ke atas Hata semata-mata melepaskan kemarahan kepadanya adalah tidak masuk akal sama sekali.

Sekali lagi, Utusan dengan degilnya dan lebih bongkak dengan merasakan tindakan mereka berada di landasan betul selama ini kini menghangatkan semula sentimen kebencian rakyat secara langsungnya kepada kerajaan pusat terutamanya di kalangan pengundi di atas pagar.

Apa yang Hata buat sebaik sahaja dipilih menjadi presiden NUJ pada bulan September lalu, beliau telah merayu kepada semua media perdana dan tidak termasuk Utusan Malaysia sahaja tetapi kepada akhbar-akhbar kerajaan seperti Berita Harian, The Star, stesen televisyen RTM, TV3, Bernama dan New Straits Times supaya menjadi lebih bertanggungjawab sebagai penyebar maklumat yang berkesan dan bukan menjadi alat propaganda kerajaan mahupun parti politik semata-mata.

Saranan Hata itu dilihat sebagai menegur media-media arus perdana itu supaya jangan mengulangi kesilapan berpuluh-puluh tahun lalu yang mana penyokong BN seharusnya menafsirkannya sebagai antara punca yang menyebabkan kerajaan BN semakin ditolak rakyat yang nampak jelas dengan tsunami politik 2008.

Sewajarnya ingatan ini menjadi pedoman kepada BN supaya jangan membuat silap yang sama berulang kali lagi jika mahu terus berkuasa di dalam suasana politik dan keperluan sosial yang sudah berubah pada hari ini. Walaubagaimanapun, tindakan Utusan amatlah dikesali. Penulis yakin kemampuan Utusan bertahan kini secara ekonominya pada hari ini adalah dengan bantuan kerajaan BN pada hari ini walaupun kedengaran suara-suara kakitangannya yang tidak berpuas hati dengan pakej gaji, kenaikan gaji, bonus dan manfaat yang diterima ekoran prestasi syarikat yang semakin buruk.

Jika dilihat pada tahap penjualan surat akhbarnya yang menjunam dengan teruknya saban tahun sejak dua tahun lalu dan keyakinan pelabur di Bursa Malaysia untuk mengumpul saham Utusan yang sangat kurang telah menyebabkan sahamnya kini menjadi saham media yang termurah dan kurang didagangkan di dalam Bursa Malaysia dengan harganya terkini 90 sen (harga mutakhir pada 14 Januari).

Mungkin sudah sampai masanya kerajaan-kerajaan PR di negeri-negeri yang kaya seperti Selangor dan Pulau Pinang ataupun ahli-ahli korporat yang pro-PR untuk mula mengumpul saham Utusan yang murah ini bagi membentuk blok minoriti dalam Utusan bagi meneutralkan sedikit-sebanyak pemberitaan Utusan yang terlalu sangat “menyakitkan” pemikiran rakyat yang sudah matang yang selalu dipermain-mainkan oleh bahan-bahan provokasi mereka.

* Shaharul Shafie adalah seorang perunding Sumber Manusia Strategik, Teknologi Sains Maklumat dan program pembangunan organisasi.

Kami Perihatin : Bantuan D Perlukan, Kasihani Adik Ini !

14 Safar 1432H
Email : newsfowarder.


Assalamualaikum..

dapat dari sini, sekadar berkongsi penderitaan adik Muhamad Hairuman Bin Miskan yang terkena renjatan elektrik. semoga Allah menyenangkan segala urusan adik yang malang ni n d harap korang sudi la hulurkan bantuan tuk membantu adik ni. berikut adelah sms yang telah d hantar oleh kakak mangsa kepada aku tentang ape yang terjadi pada adik dier. aku try tanya apa yang terjadi, nak kan kepastian sama ada betul atao tak kisah yang menimpa adik dier ni. wallahualam. gambar n list of conversation aku dgn akak tu ade kat bawah neh. huhu.



aku;

“salam. ni no tepon puan maryuni ke?”

puan maryuni;

“salam. boleh tanya, sape ye kat sana?”

aku;

“sy …… sy ad terbaca kisah adik akak yg melecur teruk tu. leh sy tao, bila benda tu berlaku n bape jumpah yg d perlukan tuk surgey. sy nk tolong sebarkan tuk bantuan.”

puan maryuni;

“adik kena renjatan sub station tnb bervoltan tinggi pd 26.11.10, kiranya dah sbln lebih. surgey nursing care byk diperlukan dlm keadaan kritikal skrg ni, lebih kurang 14ribu sbln. kalau dah stabil nanti mungkin kuranglah sikit. skrg kritikal lg. doc mendesak nak potong kedua2 tgnnya sampai bwh lengan, akak tarik masa ikhtiar dulu, adik akak muda lg baru nak masuk 22thn, takkan nak kudung tgn.”

aku;

“yela kak. kta ikhtiar ap yg patut. moga Allah dapat meringankan beban akak. leh bg no acc bank akak? sy nk post pasal kisah adik akak d blog n fesbuk sy. “

puan maryuni;

“t.kasih ats keprihatinan saudara. smoga Allah memberkan rahmat pd kita semua. no akaun akak maybank. Maryuni bt Miskon 1620 3063 2448.”

aku;

“insyaallah. kak, confirm ke no acc yang akak bg ni coz ad insan yang mao menderma mengatakan yg no acc akak xdpt nk transfer. cba akak check blk.”

puan maryuni;

“betul. tu no akaun akak. mbb 1620 3063 2448. mgkin masalah teknikal kt maybank2u kot.”

aku;

okla kalo camtu. kak, boleh sy tao. cmne adik akak kna renjatan kat sub station TNB? bukan ke tu kawasan larangan?”

puan maryuni;

“nanti saudara tuluslah minta yg baca tulisan saudara agar dpt doakan adik saya, manalah tau berkat doa orang ramai, ada keajaiban agar dua2 tgn adik saya tak jd dipotong. dan cepat sembuh seluruh bdnnya spt sediakala.”

aku;

insyaallah kak. tapi boleh akak bagitau cite yang sebenar? sebab melalui apa yg sy bca kat internet, adik akak kna renjatan dari high powered cable yg tiba2 jatuh menghempap adik akak. tapi akak ckp adik akak kna renjatan kat sub station tnb.”

puan maryuni;

“kabel tnb tu merentangi kwsn kebun sawit dan kwsn kg. kabel tu dah berpuluh tahun tp tnb tak balut pun dgn penebat. adik akak tlg kwnnya bersihkan kebut sawit pakcik kwnnya. kabel tu melendut kt celah2 pokok pisang dan sawit, pg tu cuaca basah, sbb mlm sblm kjadian tu hujan. tiba2 adik sy kena renjatan. baju hangus terbakar.”

aku;

“oo. yeke? insyaallah sy cuba bantu mana yg terdaya. bantuan yg akak perlukan berjumlah 14ribu je ke? atao lebih dr tu?”

puan maryuni;

“14ribu utk sbln utk nursing care, utk dressing dia setiap hari, bermula dr suppliment, sampailah pampers dia. berlarutan sampai dia melepasi keadaan kritikal. mgkin setahun dia terlantar.”

aku;

oh. ok. boley mntak no tepon doc yg merawat dier tak?”

puan maryuni;

“3000kw kabel tu. kes org lain yg kena meninggal, tp alhamdulillah adik akak slmt sbb dia tak kait wayar tu sebaliknya galah s/steel tu tercecah pelepah sawit yg ddk ats wayar. tak kena direct.”

aku;

“oo. ok. nanti sy cba bantu mana yg terdaya k. akak bersabarla dgn dugaan yg Allah berikan ni.”

puan maryuni;

“nanti akak tanyakan. yg merawat ramai. hsptl kerajaan, mana nak bg no peribadi.”

aku;

“smoga Allah meringankan beban yg akak tanggung n ad pihak yg sudi meringankan penderitaan akak. insyaallah.”

puan maryuni;

“insyaallah. segala ehsan dan sokongan akan memberi kehidupan dan harapan baru kpd hairuman sekeluarga. kiranya dpt sdra beri alamat email utk kami kirimkan maklumat.”

aku;

akak leh kirimkan sgala maklumat ke email sy. n kalo leh, bg gambar adik akak yg latest.”

puan maryuni;

“ok. dah ada masa lapang aka antarkan. tq”

aku;

“ok sma2. kita saudara seislam. sy bantu mana yg terdaya.”

puan maryuni;

“alhamdulillah.”

lastest sms yang aku ata kat akak tu tadi kul 12.40,

aku;

“kak. blet sy tao. npe akak xreport je kt TNB n wat report polis? kes serius ni.”

puan maryuni;

“report polis da buat pd 26.11.10, hari kejadian. polis pun ada tgk lokasi kejadian. tnb pun begitu, tp takde respon lg.”

tu je la yang aku borak dengan akak tu. akak kepada mangsa renjatan kabel elektrik tnb. meh tengok lagi gambar-gambar adik hairuman neh.




korang leh menderma seikhlas hati ke;

no acc maybank puan maryuni bt miskon,

1620 3063 2448

no acc cimb puan maryuni bt miskon,

1257 0000 2035 29

no tepon puan maryuni,

018- 3807867

alamat puan maryuni,

Alamat: No 28, Jalan Desa Mawar 2/11,
Seksyen 2. Taman Desa Mawar,
45500 Tanjong Karang, Selangor.

semoga Allah membantu meringankan penderitaan adik hairuman. tolong sebar n dermala seikhlas hati. kalo RM14,000 sebulan d perlukan tuk merawat adik hairuman ni, anggaran dalam RM170,000 d perlukan dalam setahun untuk memastikan adik hairuman pulih seperti sedia kala. tu tak termasuk perbelanjaan tuk kegunaan harian. tu cuma anggaran treatment cost adik hairuman. kemungkinan memerlukan lebih dari jumlah tu.

N.08 Tenang : Perang itu mesti ada strategi

14 Safar 1432H.
http://albanjarionline.blogspot.com

Kepentingan Strategi dalam peperangan (kaedah/cara/struktur organisasi/modul kumpulan)

Selain dari faktor kekuatan aqidah dan ruhaniah yg merupakan tunjang asas dan utama dalam peperangan menegakkan Islam, Nabi, para sahabat dan juga para pahlawan Islam yg lain tidak melupakan ilmu dan strategi peperangan. Kaedah peperangan ketika zaman Nabi, para sahabat dan pahlawan Islam sebelum kemunculan Turki Uthmaniyyah adalah berasaskan pertempuran secara 'mendada' atau 'hand-to-hand combat'.

Berbanding peperangan masa kini yg lebih kepada penterjemahan ilmu melalui peralatan moden yg canggih dan 'pertempuran jarak jauh', zaman dahulu menggunakan ilmu dan akal ketika di medan tempur. Utk itu, di sini aku senaraikan beberapa kaedah strategi peperangan yg menjadi kegemaran para sahabat (tidak semua) dan juga para pahlawan Islam yg lain.

Khalid al-Walid Salah seorg sahabat Nabi yg digelar 'Saifullah al-Maslul'. Beliau mahir dalam pertempuran yg melibatkan tentera berkuda (kavalri). Pasukannya juga dilatih utk menjadik tentera berkuda berkelengkapan ringkas (light cavalry). Kelengkapan ringkas ini dapat dilihat apabila ia hanya menggunakan peralatan asas peperangan iaitu, kuda, perisai manusia, dan pedang. Dgn tentera berkuda jenis inilah,

Khalid berjaya menewaskan tentera Rome Byzantine dlm Peperangan Yarmuk. Kaedah 'serang-lari-serang' menyebabkan tentera Rome Byzantine yg mempunyai tentera berkuda berkelengkapan berat (heavy cavalry - perisai kuda, perisai manusia, baju besi, pedang) menghadapi masalah utk bertempur dgn tentera Islam pimpinan Khalid yg terkenal dgn kepantasannya (agility).

Sa'ad ibn Abi Waqqas Dilantik menjadi panglima perang ketika Peperangan Qadisiyyah menentang Parsi Sassanid. Berbanding dengan kegemaran Khalid yg gemar menggunakan kuda dan kepantasan sebagai asas dlm strateginya, Sa'ad yg merupakan pemanah terbaik di kalangan para sahabat Nabi pula lebih gemar menggunakan tentera pejalan kaki (infantry) di samping tentera berkuda sebagai tentera sokongan.

Sesuai dgn kegemarannya, Sa'ad telah menerapkan kemahiran memanah di dalam tenteranya utk menewaskan tentera Parsi yg ketika itu menggunakan tentera bergajah. Serangan panah yg banyak dari jarak jauh mampu membuatkan struktur serangan tentera bergajah Parsi kucar-kacir dan menyebabkan pasukan ini tewas dan maut. Dgn langkah yg bijak, ini dapat menjimatkan jumlah tentera pejalan kaki daripada bertempur secara berdepan dgn tentera Parsi.

Salahuddin Yusuf ibn Najmuddin Ayub (Salahuddin al-Ayubi)Panglima perang berketurunan Kurdis ini gemar utk menguasai oasis ataupun takungan air si suatu tempat sebelum peperangan. Ketika ini, Salahuddin menghantar ramai perisik utk mengenalpasti tempat oasis dan juga bentuk muka bumi sesuatu tempat sebelum peperangan.

Utk itu, Salahuddin menjadikan kekuatan bahagian risikan adalah merupakan tunjuang utama dalam strategi peperangan dgn pihak musuh. Dgn penyelarasan yg tepat, Salahuddin telah melumpuhkan sumber bekalan asas pihak musuh (logistic) bagi melemahkan moral dan kekuatan pihak musuh seterusnya dapat menewaskan tentera Salib dlm Peperangan Hittin Saifuddin Muzaffar al-Qutuz Sebelum ini, tentera Islam terkenal dgn kepantasannya telah ditewaskan dgn kepantasan serangan tentera berkuda Mongol pimpinan Hulagu dgn dibantu oleh Kitbuqa dlm Peperangan Bukhara, Peperangan Samarkhand, dan juga Kejatuhan Baghdad.

Utk itu, Saifuddin al-Qutuz mengubah strategi dgn menyerang balas tentera Mongol di Ain Jalut. Dlm Peperangan Ain Jalut, Saifuddin menggunakan tentera berkuda berkelengkapan berat (heavy infantry) utk menyerap serangan pantas tentera Mongol. Kaedah pertempuran tentera Islam ketika ini adalah dgn 'serangan sambil bertahan'. Serangan mengejut juga digunakan utk menewaskan tentera Mongol pimpinan Kitbuqa ketika itu dgn memerangkap dan mengepung tentera Mongol di lembah Ain Jalut

Perang hanya dengan megah pada "riak takbur berkata-kata di warung dan kedai kopi tak memberi makna, yang penting penglibatan diri dan gerak kerja, dengan usaha (tangan) itu lebih baik dari duduk berdiam diri, manis gula di bibir hanya seketika, manis "perjuangan" sampai bila-bila.

Diangkat dari fesbuk Pemuda Pewaris Malaysia.[By: Lordof Silkroad]

Pengguna Facebook Sasaran Mudah Penjenayah ?

13 Safar 1432H.
Oleh P. ARUNA

PETALING JAYA: Para pengguna Facebook menjadi sasaran mudah bagi para penjenayah yang mempunyai akses mudah kepada maklumat peribadi mereka menerusi laman sosial itu.

Penjenayah dilaporkan memperoleh maklumat seperti alamat, nombor telefon malah gambar pengguna untuk melakukan jenayah dari penyeludupan dadah hinggalah peras ugut dan gangguan seksual.

Pakar mengkritik rakyat Malaysia kerana terlalu naif apabila menerima permohonan 'rakan' daripada orang tidak dikenali.

Tahun lalu, kira-kira 400 kes membabitkan Facebook telah dilaporkan kepada sebuah kumpulan keselamatan siber.

Trend itu semakin membimbangkan berikutan kaji selidik antarabangsa tahun lalu yang mendedahkan bahawa rakyat Malaysia mempunyai bilangan rakan tertinggi menerusi laman web jaringan sosial seperti Facebook dengan purata 233 rakan bagi seorang pengguna - dan meluangkan sehingga sembilan jam setiap kali log masuk.

Penjenayah mengambil kesempatan atas maklumat peribadi yang didedahkan secara rela oleh sebahagian pengguna Facebook dan bebas menggunakannya dalam pemalsuan identiti, peras ugut atau 'mencuri' wang daripada pengguna.

Pengguna jaringan sosial ghairah yang mendedahkan maklumat peribadi dan menerima permohonan 'rakan' daripada orang asing telah menjadikan laman web itu sasaran popular bagi penjenayah siber.

Ramai pengguna, terutama golongan mentah mengalami kejutan budaya apabila mereka tiba-tiba menjadi 'popular' dan menerima banyak permohonan rakan, menurut pakar kaji jenayah dan Presiden Association Of Certified Fraud Examiners (CFE), Datuk Akhbar Satar.

"Mereka rasa mahu mendedahkan lebih banyak maklumat mengenai diri masing-masing tanpa menyedari kesan buruk akibat perbuatan itu," katanya sambil menambah ramai pengguna berani meletakkan mesej seksi atau gambar bogel pada laman web itu dan akhirnya diperas ugut oleh orang tidak dikenali.

Akhbar berkata, amalan memaparkan maklumat peribadi seperti tarikh lahir, alamat dan nombor telefon pada laman web itu terbukti menjadi sumber menguntungkan bagi pemalsu identiti.

"Segi tiga jenayah melibatkan elemen keinginan, sasaran dan peluang. Apabila ada keinginan untuk melakukan jenayah, penjenayah tersebut mengenal pasti sasaran dan peluang. Di sinilah fungsi Facebook memainkan peranan," katanya.

Menurut Socialbakers.com, laman web khusus untuk statistik global Facebook, pada masa ini terdapat 9,874,860 pengguna Facebook di Malaysia sahaja, iaitu 37.75 peratus daripada keseluruhan populasinya.

Golongan muda berusia antara 18 dan 25 tahun membentuk majoriti pengguna tempatan dengan 38 peratus sementara kumpulan paling muda berusia antara 13 dan 15 tahun membentuk 7 peratus lagi pengguna.

Nisbah jantina rakyat Malaysia di Facebook adalah hampir setara dengan 53 peratus merupakan pengguna wanita.

Sementara penggodam yang beroperasi di laman jaringan sosial mudah mencipta profil palsu dan menghantar permohonan menjadi rakan kepada mangsa dalam kumpulan sasarannya.

Ramai pengguna telah menjadi mangsa penipuan identiti, gangguan, peras ugut dan kehilangan wang menerusi pelbagai penipuan beroperasi menerusi laman web tersebut.

juga terdapat laporan mengenai sindiket kumpulan samseng dan dadah di negara ini dengan melantik ahlinya menerusi Facebook dan laman jaringan sosial lain.

Tugas penjenayah dipermudahkan lagi apabila nama dan gambar profil pengguna terpapar kepada umum menerusi penyelarasan keselamatan tersedia di Facebook.

"Tidak seperti jenayah yang dilakukan di dunia fizikal, jenayah siber tidak memerlukan modal," kata Akhbar, menambah bahawa jenayah seumpama itu juga lebih sukar untuk dikesan.

Berita Asal : Mstar/-

Saya sokong Bas OKU dan Bas Wanita.

Sebanyak 92 peratus responden kaji selidik pelanggan menyokong pelaksanaan konsep Perkhidmatan Rapid Bas Wanita yang di lancarkan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di sini, Isnin. - AZHAR MAHFOF/The Star

13 Safar 1432H.

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan bas RapidKL khusus untuk penumpang wanita dilancarkan secara rasmi pada Isnin yang akan menyusuri 15 laluan terpilih.

Ia meliputi lapan laluan baru di mana tujuh laluan telah diperkenalkan dalam tempoh percubaan bulan lepas.

Bas itu yang tertera perkataan Bas Wanita akan beroperasi sepenuhnya mulai Selasa dengan dua perkhidmatan disediakan bagi setiap laluan di waktu pagi dan petang.

Lapan laluan tambahan ialah bagi yang bernombor U6 dari Taman Jasa Utama ke Medan Pasar, U31 (Pandan Indah ke Maybank Puduraya), U46 (Damai Perdana ke BukitBintang), U66 (Taman Medan ke Pasar Seni), U68 (Taman Sentosa ke Pasar Seni), U82 (Bandar Utama ke KL Sentral), U224 (Taman Dato' Senu ke Pasar Seni) dan U623 (Stesen LRT Kelana Jaya ke Subang Parade, melalui Sunway Pyramid).

Laluan terdahulu ialah U1 (Hab Pinggiran Batu Caves ke Medan pasar, U8 (Hab Damansara Damai ke Medan Pasar), U22 (Hab Sri Nilam ke Jalan Hang Lekiu), U40 (Hab Terminal Kajang ke Pasar Seni), U60 (Hab Puchong Utama ke Hab Pasar Seni), U80 (Hab UiTM Shah Alam ke Pasar Seni) dan U81(Hab Subang Suria ke Hab Pasar Seni).

Bagi perjalanan di sebelah pagi untuk penumpang wanita ke tempat kerja, ia akan berlepas pada pukul 6.45 pagi dan 7.30 pagi manakala di sebelah petang untuk penumpang pulang selepas bekerja, ia akan berlepas pada pukul 6 petang dan 6.45 petang.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, bas seumpama itu merupakan pilihan terbaik untuk golongan wanita ketika menggunakan pengangkutan awam.

"Ini adalah penambahbaikan kerana bas untuk wanita ini akan memberi ruang kepada lebih ramai wanita yang mungkin rasa kurang selesa menggunakan bas terutama di waktu puncak.

"Tapi mereka ada pilihan untuk naik bas yang mana, wanita saja atau campur dengan yang lain (lelaki dan wanita)," katanya kepada pemberita selepas melancarkan bas itu di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.

Pengarah Kumpulan Bas Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana), Datuk Mohamed Hazlan Mohamed Hussain berkata, peluasan perkhidmatan Bas Wanita dilakukan setelah mendapat sokongan sebanyak 92 peratus daripada 1,400 responden yang disoal selidik semasa tempoh percubaan perkhidmatan.

Prasarana akan turut melancarkan bas dan van khas untuk golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) tidak lama lagi. - BERNAMA

Penderitaan Penduduk Tudan Fasa 2

12 Safar 1432H.
Oleh : PAS Kawasan Miri.

Akibat alpa dan sikap acuh tidak acuh pihak berkuasa tempatan, Kampung Tudan Fasa 2 dilanda banjir kilat semalam. Aduan rakyat mengenai sistem perparitan yang tidak sempurna tidak diberi perhatian oleh pihak berwajib sebaiknya mengakibatkan banjir kilat yang menenggelamkan sebahagian besar rumah di kampung tersebut.

Kampung yang mempunyai lebih kurang 200 orang penduduk ini, telah dilanda banjir beberapa kali sebelum ini, namun, tiada sebarang tindakan susulan yang dibuat bagi membaiki sistem perparitan di sini. Aduan yang sebelum ini dibuat kepada ketua kampung, kelihatan tidak mendapat perhatian pihak berwajib.

Menurut salah seorang mangsa, yang tidak mahu dikenali, banjir ini menyebabkan aktiviti harian tidak dapat dijalankan seperti biasa. Lebih membimbangkan menurut beliau, banjir menyukarkan pergerakan penduduk keluar daripada kampung. “Jika ada kecemasan, seperti orang yang memerlukan rawatan segera, pasti berlaku kesukaran untuk membawa mereka ke hospital”

Setakat ini, tiada sebarang usaha perpindahan dimulakan untuk memindahkan mangsa ke tempat yang lebih selamat. Yang Dipertua PAS Kawasan Miri, Hj Jofri Jaraiee, meluahkan kebimbangan dan kekesalan pihak PAS terhadap kelembapan pihak berkuasa menguruskan masalah banjir ini. PAS menggesa pihak berwajib menyegerakan usaha membantu mangsa bagi mengelakkan kemalangan jiwa disebabkan banjir ini.

Begitu juga dengan keselamatan anak-anak kecil yang pergi ke sekolah juga perlu diberi perhatian oleh pihak berwajib. Kita juga tidak mahu sebarang tragedy berlaku di kampong tersebut terutama sekali kanak-kanak yang suka bermain-main dalam kawasan banjir.

Hj Jofri, yang melawat kawasan banjir semalam, menggesa pihak berkuasa tempatan menyegerakan usaha untuk menaik taraf sistem perparitan di kawasan ini.
“Jangan hanya menumpukan projek kemajuan kosmetik semata-mata, hinggakan meninggalkan kemudahan asas penduduk tempatan. Projek perparitan ini sepatutnya sudah lama diperbaiki dan disegerakan kerana ianya melibatkan kepentingan rakyat ”. kata beliau dengan nada kesal.


Jalan perhubungan ke rumah ini ditengelami oleh air banjir menyukarkan penduduk keluar rumah.

Forum Janji 100 Hari PR

12 Safar 1432H.
Oleh : Suhaizan Kayat.

Usaha pindah suami kerana gagal 'kawal isteri'

12 Safar 1432H.
Oleh : Kuek Ser Kuang Keng

Kementerian Pelajaran Johor cuba menukar suami kepada calon PAS di Tenang Normala Sudirman daripada kawasan itu ke Johor Bahru atas alasan beliau tidak dapat "mengawal isterinya".

Arahan tiba-tiba itu, yang mengarahkan Makrof Abd Mutalib dipindahkan dalam 24 jam bagaimanapun ditarik semula selepas beberapa bantahan.

"Guru besar beritahu, ia kerana saya gagal kawan isteri, merujuk kepada penyertaan politiknya dalam PAS," kata Makrof yang telah mengajar di Tenang sejak 13 tahun.

Ditemui ketika PAS mengumumkan calon malam tadi, Makrof memberitahu Malaysiakini bahawa beliau menerima notis pertukaran beberapa hari lagi apabila spekulasi isterinya akan bertanding pada 30 Januari ini bertiup kencang.

Menurut Makrof, notis pertukaran itu tidak menyatakan sebarang sebab.

"Kami bantah keputusan itu. Normala sudah letak jawatan (sebagai guru).

"(Kami beritahunya) mereka tidak patut baut macam ini, jika mereka tidak menarik balik, kami akan panjangkan perkara ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau adakan sidang media.

"Mereka kemudian tarik balik," jelas Makrof.

Normala, bekas guru dekat Segamat, meletakkan jawatan baru-baru ini untuk berkhidmat sepenuh masa dengan parti.

Menurut Makrof, notis pertukaran itu merupakan satu bentuk diskriminasi terhadap guru yang anggota keluarganya menyokong pembangkang.

Normala tinjau pasar tani


12 Safar 1432H MOD..

LABIS, 17 Jan : Calon PAS untuk PRK Dun Tenang, Normala Sudirman tidak menunggu lama untuk bergerak menemui rakyat terbanyak di dalam kawasan itu dengan langkah pertama menuju ke Pasar Tani Pekan Labis, pagi tadi.

Sebelum itu, beliau yang lebih mesra dengan panggilan Cikgu Mala telah menemui rakyat di kedai-kedai kopi, seterusnya ke Pasar Tani Pekan Labis, Pasar Awam Pekan Labis dan menemui masyarakat Cina di sekitar kedai-kedai di pekan berkenaan.

Rombongan Cikgu Mala ini bergerak bersama Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh dan pimpinan Wanita Pakatan Rakyat antaranya Ketua Wanita DAP, Chong Eng.

Pengumuman beliau sebagai calon telah dibuat oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu majlis meriah di Dataran Wayang Pacak, dekat sini malam tadi.

Lawatan begini sudah menjadi kebiasaan kepada Cikgu Mala kerana sebelum Adun BN meninggal pun, beliau sudah berbuat demikian sementelahan dipertanggungjawabkan sebagai Penyelia Pusat Aduan Rakyat Dun Tenang.

Kesanggupan beliau terbukti apabila sanggup meletakkan jawatan sebagai guru bergaji tetap untuk memikul tugas ini dan menyewa dua lot premis untuk tujuan memberikan kebajikan kepada rakyat sebelum daripada kematian berkaitan.

Ustaz Nuridah berkata, beliau terperanjat dengan persiapan Cikgu Mala berusaha keras bagi menghadapi PRU13 namun PRK yang datang terlebih dahulu dan berharap pengundi Tenang dapat menilai tawaran dan kesanggupan Cikgu Mala.

"Inilah perancangan dan ketetapan Allah SWT untuk rakyat di Labis ini dan mereka wajar mengambil kesempatan menghantar suara Cikgu Mala sebagai calon PAS mewakili PR ke Dun Johor," tegasnya.

Cikgu Normala adalah Exco Dewan Muslimat PAS Pusat sebagai Pengerusi Pendidikan dewan itu, Naib Ketua Muslimat PAS Johor dan Ketua Muslimat PAS Kawasan Labis, telah berkahwin dan mempunyai tiga cahayatamata. (HarakahDaily)

Nik Aziz cadang pertemuan tokoh pelbagai agama

12 Safar 1432H MOD..
KOTA BHARU, 17 Jan: PAS mencadangkan satu pertemuan antara tokoh-tokoh pelbagai agama di negara ini bagi membuat rumusan mengenai judi, arak, zina dan juga pergaulan bebas.

Ini bagi memberikan gambaran kepada masyarakat Malaysia bahawa bukan hanya Islam yang mengharamkan ketiga-ketiga perkara tersebut, kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Cadangan ini dibuat beliau ekoran perbezaan pendapat tentang kedudukan pekerja Islam bekerja di premis-premis arak di Selangor.

"Saya mengikuti dengan dekat isu larangan terhadap orang Islam untuk bekerja di premis-premis arak di Selangor seperti yang dilaporkan oleh media massa baru-baru ini.

"Di dalam hal ini secara asasnya saya berpendapat bahawa orang-orang Islam sewajarnya tidak dibenarkan untuk bekerja di premis-premis sedemikian yang jelas menyediakan makanan / minuman diharamkan oleh Allah SWT," kata Nik Aziz yang juga menteri besar Kelantan.

Exco Selangor

Sebelum ini, Exco Kerajaan Tempatan Selangor, Ronnie Liu membantah keputusan melarang umat Islam bekerja di premis-premis menjual alkohol sebagaimana yang diputuskan oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

Ekoran itu, beliau mengarahkan agar MPSJ menarik balik larangan tersebut yang dikuatkuasakan baru-baru ini.

Pada 14 Januari lalu, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan Selangor bercadang menubuhkan sebuah tabung khas untuk membantu pekerja beragama Islam yang meninggalkan pekerjaan di premis dan pusat hiburan menjual minuman keras.

Jelas Khalid, empat ahli exco negeri iaitu Hasan, Yaakob Sapari, Dr Halimah Ali dan Rodziah Ismail — diminta menubuhkan sebuah sekretariat yang akan mengadakan perjumpaan dengan Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi membincangkan penubuhan tabung berkenaan.

Beliau berkata kerajaan negeri sedar kebanyakan orang Islam yang bekerja di tempat sedemikian membuat keputusan atas sebab ekonomi.

Katanya, kerajaan negeri menghormati pelaksanaan Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang melarang umat Islam bekerja di premis berkenaan.

“Pada masa sama, sebagai kerajaan prihatin dan adil, kita perlu memberi tempoh yang cukup kepada semua pihak termasuk pemilik premis dan pekerja yang terlibat,” katanya.

Khalid dijangka akan mengadakan pertemuan dengan semua Datuk Bandar dan Yang Dipertua pihak berkuasa tempatan hari ini bagi mendapat pandangan mereka bagi memastikan penguatkuasaan enakmen itu dilaksanakan dengan baik dan berkesan.(HarakahDaily)

Momokan BN "Barang Naik" tepat : Menteri kerja main-main

12 Safar 1432H MOD..
Tidak lama dahulu, Menteri Perdangangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob mengalakkan orang ramai menanam kangkung dan sayur-sayuran untuk membendung kenaikan harga sayur-sayuran di pasaran.

Galakan itu mendapat ejekan dari orang ramai, walaupun surat khabar arus perdana tidak memberikan fokus khas mengenainya, kerana inilah satu kenyataan yang paling dangkal terpancut dari mulut seorang yang bergelar menteri.

Galakan bercucuk tanam sebenarnya tidak dibuat ketika harga sayur-sayuran naik mendadak. Ia sewajarnya dibuat setiap masa kerana bercucuk tanam itu baik untuk penjimatan dan kesihatan.

Malangnya, di Malaysia isu kenaikan harga ini disambut secara main-main oleh pihak yang berkuasa. Jika harga ayam naik, mereka akan menggalakkan rakyat menternak ayam. Jika harga telur naik, pihak yang berkuasa akan menyeru rakyat supaya kurangkan makan telur. Usaha dari pihak berkuasa untuk membendung kenaikan harga, langsung tidak nampak.

Apabila pembangkang samakan makna BN yang bermakna Barisan Nasional dengan barang naik (BN), mereka marah-marah. Hakikatnya, mereka berada di sana untuk menjaga kepentingan taikun-taikun besar, mereka yang mempunyai AP (permit impot) barang-barang keperluan untuk menaikkan harga barang-barang tanpa ada kuasa menyekatnya.

Jadi, apabila rakyat tidak mengundi BN, kerana takut dengan undi itu harga barang-barang akan terus naik, ia adalah satu tindakan munasabah dan wajar. Kepentingan anak-anak untuk bersekolah, dengan kos kehidupan yang meningkat setiap masa menyebabkan rakyat tidak perlu lagi menunggu manifesto BN dalam pilihan raya.

Harga beras sudah naik mendadak. Harga gula, selepas beberapa kali bekalannya berkurangan, juga naik. Biasanya bila harga gula naik, segala-galanya naik termasuk kuih-muih, teh tarik dan segala makanan yang dikaitkan dengan penggunaan gula.

Terkini, Ismail Sabri mengatakan kerajaan tidak boleh berbuat apa-apa dengan kenaikan harga barang-barang termasuk bawang merah. Kononnya bawang merah ini datangnya dari India. Disebabkan India dilanda banjir, maka harga bawang merah secara otomatik naik.

Sebenarnya, bawang merah juga ada yang didatangkan dari Indonesia, Thailand dan China. Namun, bila bawang merah dari India jadi mahal, maka serta-merta bekalan bawang merah dari negara-negara lain, turut berkurangan.

Apakah, sebagai menteri yang bertanggungjawab dan sebagai kerajaan yang mengamalkan slogan 1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan, kenapa tidak ada unjuran kepada keperluan kepenggunaan barang-barang keperluan seperti ini?

Apa tugas mereka di kementerian, membiarkan sahaja apa yang nak naik, apa yang nak berkurangan dan apa yang hendak disorokkan? Misalannya kekurangan harga minyak masak sekarang, bukankah ini sungguh menjelikkan? Apakah kementerian boleh melihat kesusahan rakyat yang memerlukan minyak masak paket itu?

Memang pak menteri tidak memerlukannya kerana pak menteri mempunyai cukup duit untuk membeli minyak kacang dan minyak sayur-sayuran yang lebih mahal, tetapi bagi rakyat marhein, kekurangan bekalan di pasaran ini sebenarnya menyusahkan kehidupan.

Bayangkan betapa sukarnya mereka yang menjalankan perniagaan membuat kuih-muih, mereka yang berniaga makanan bermasak dan mereka yang menjual goreng pisang. Kesukaran ini kerana mereka bernaung di bawah kerajaan yang tidak prihatin dengan kesusahan rakyat bawahan.

Usah dibincangkan soal harga ikan yang terlalu mahal di pasaran sekarang. Nasib baiklah, tanpa ikan, anak-anak boleh makan ayam. Tetapi harga ayam juga bukan murah walaupun bekalannya bukan diimpot.

Ketika menteri mengalakkan rakyat menanam sayur, dia sebenarnya mahu melepaskan rasa tanggungjawabnya untuk membela rakyat yang terperangkap dengan kenaikan harga sayur-sayuran itu.

Nasib baik, apabila harga ikan naik, pak menteri mencadangkan semua rakyat yang ingin makan ikan, pergi ke laut menjaring ikan atau ke sungai, untuk memancing sendiri.
Pelik sunggu situasi sekarang ini. Semua pihak kelihatan tidak mampu berbuat apa-apa. Serba-serba serbi mahal tetapi kualiti tidak langsung boleh dibanggakan.

Ambil contoh kenaikan harga alat ganti kereta. Bila ada kemalangan jalan raya yang melibat kenderaan berat dan kereta, maka timbullah cerita kenderaan tersebut, termasuk bas menggunakan alat ganti tiruan.

Kenapa mereka menggunakan alat ganti tiruan? Tentulah kerana alat ganti tiruan itu lebih murah dari alat ganti asli. Tetapi, yang dikatakan murah itu, bukanlah murah dalam erti kata sebenarnya, tetapi harganya lebih rendah dari harga alat ganti asli. Akibatnya, banyak nyawa melayang.

Di Malaysia, cukup banyak barangan tiruan. Atau dalam bahasa yang lebih mudah, barang palsu. Disebabkan menterinya tidak bertanggungjawab, maka negara ini menjadi tempat lambakan barang-barang tiruan atau palsu.

Sebut sahaja jenama jam tangan, baju dan seluar selain alat ganti kereta, semuanya ada yang tiruan. Malahan, dipercayai apa yang dijual di uptown di merata tempat di Kuala Lumpur, termasuk di Jalan Petaling, tidak ada satu pun barangan asli. Tetapi, apakah ada KPDNKK peduli semua ini.
Atau, mereka tidak tahu semua ini?

Hari ini, heboh cerita kononnya pusat-pusat perubatan swasta mengenakan cas yang tinggi kepada pesakit. Tetapi, apa yang kerajaan dan Kementerian Kesihatan boleh lakukan?

Kerajaan yang ada hari ini adalah kerajaan yang menyokong kenaikan harga barang-barang. Jika mereka tidak menyokong kenaikan harga barang-barang keperluan ini, tentulah mereka akan menghalangnya kerana kuasa ada di tangan mereka.

Akhirnya, mereka berjumpa rakyat dengan cerita-cerita basi; "kalau nak bandingkan dengan harga di negara jiran, harga di negara kita lagi murah". Inilah ayat mereka setiap kali mereka turun ke bawah.

Padahal, mereka sepatutnya mengatakan bahawa "kami memang tidak pernah mahu menghalang kenaikan harga barang kerana di sinilah berlakunya banyak rasuah" yang menguntungkan mereka sendiri.

Ketika penoreh getah menerima khabar gembira dengan kenaikan harga getah di pasaran, tetapi dalam masa yang sama, mereka terpaksa membayar harga tinggi untuk membeli beras, minyak masak, gula dan barang-barang keperluan lain termasuk kasut sekolah anak, baju sekolah dan beg yang tidak pernah turun seperti mencurah-curahnya hujan turun ke bumi! (SanggahTokSago)

Tuan Ibrahim ingatkan blogger jauhi tulisan fitnah

12 Safar 1432H MOD..
TEMERLOH, 19 Jan : Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan blogger-blogger yang menyokong perjuangan Pakatan Rakyat (PR) supaya menjauhkan daripada penulisan berbentuk fitnah atau menyerang peribadi seseorang kerana tidak menguntungkan parti.

Katanya, ini disebabkan pejuangan PR ialah menentang dasar BN bukannya peribadi justeru adalah lebih baik pengamal media baru secara lebih beretika memfokuskan tulisan mereka kepada penerangan dasar-dasar perjuangan dan tawaran-tawaran jika PR diberi peluang memerintah.

Berucap merasmikan Himpunan Dunia Media Baru Peringkat Kebangsaan anjuran Dewan pemuda PAS Pusat (DPPP) di Hotel Green Park kelmarin, beliau berkata penulisan yang menyerang peribadi boleh menjerumus ke arah fitnah.

“Kita kena ingat bahawa kita menentang dasar bukannya peribadi. Jadi adalah lebih baik dalam tulisan masing-msing kita fokuskan kepada dasar dan tawaran PR daripada lebih menumpukan serangan kepada individu. Umpamanya kita perluaskan lagi tawaran ‘100 hari’ Pakatan supaya lebih menyeluruh perbincangan rakyat.

“Sedangkan serangan peribadi kepada individu tertentu tanpa usul periksa kebenarannya boleh menjerumuskan kepada fitnah, tuduhan qazaf dan kekeliruan sehingga berpanjangan walaupun akhirnya cuba diperbetulkan,” tegasnya.

Beliau mengambil contoh pertemuan Mursyidul Am PAS dengan Yang Di Pertuan Agung dan Perdana Menteri di Istana Negara baru-baru ini. Seorang blogger telah menulis seorang pemimpin PAS yang lain turut bersama walhal pemimpin berkenaan tidak pergi.

“Inilah yang saya katakan supaya berhati-hati dalam menyampai dan memanjangkan maklumat supaya berita yang tersebar tidak menjadi fitnah berpanjangan.

“Jangan hanya mahu menjadi kita orang pertama tahu, kita lupa bahawa tulisan yang baik akan mendapat ganjaran pahala dan begitulah sebaliknya,” jelasnya.

Tuan Ibrahim berkata demikian di hadapan kira-kira 100 orang blogger yang datang dari seluruh Pahang dan ibu negara. Dua kertas kerja dibentangkan dalam program sehari itu iaitu oleh Pengarah Akademi tarbiyyah Pemuda PAS Pusat Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan blogger terkenal di Pahang Shukri Ramli.

Di akhir program, Ketua DPPP Nasruddin Hassan telah melancarkan Task Force Media Baru DPPP.

Sementara itu Pengerusi Kelab Blogger PAS Pusat Zaidi Abdul Mutalib dalam ucapan aluannya menggesa blogger, pengguna laman sosial facebook dan twitter penyokong PAS mengambil kesempatan menyebarkan misi, visi, serta dasar perjuangan parti melalui media baru itu.

Beliau yang juga Exco pemuda PAS Pusat berkata, ini merupakan ruang dan peluang terbaik disebabkan pengguna siber yang tinggi di negara ini.

“Pengguna Facebook di Malaysia antara yang tertinggi di dunia iaitu lebih 7 juta orang. Pengguna jalur lebar pula mencecah 1.8 juta. Pengguna internet seluruh negara mencecah 22 peratus. Lima negeri melebihi peratusan pengguna internet nasional iaitu Kuala Lumpur 54%, Pulau Pinang 36%, Selangor 38% dan Labuan 25%. Sementara Pahang 16%.”

Tambahnya, ruang dan medan yang ada boleh digunakan juga bagi menjawap pelbagai tohmahan pihak berkuasa yang selama ini menguasai media tradisional arus perdana.

Beberapa tokoh veteran Umno akan sertai PKR – Fauzi

12 Safar 1432H MOD..

TEMERLOH, 17 Jan: Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman mengesahkan beberapa orang veteran Umno negeri ini akan menyertai parti tersebut dalam masa terdekat.

Katanya, mereka ialah dua orang bekas Exco negeri ini, dua orang bekas ahli parlimen, beberapa orang bekas Adun dan seorang bekas tokoh penting di Ibu Pejabat Umno, Kuala Lumpur.

“Saya mahu umumkan dua orang bekas Exco, dua orang bekas ahli parlimen, beberapa orang bekas Adun dan seorang yang berstatus pernah menjadi orang penting di Ibu Pejabat Umno datuk akan menyertai PKR.

“Perbincangan dengan mereka sedang berjalan rancak dan kita jangkakan penyertaan rasmi akan diumumkan semasa lawatan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Pahang bulan depan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya wartawan sejurus selesai mesyuarat jawatankuasa MPN yang pertama sesi 2011 – 2013 di Rumah Rehat Temerloh sebentar tadi. Fauzi baru dilantik semula sebagai Pengerusi MPN bagi penggal kedua oleh PKR Pusat.

Sebelum ini, beberapa blog telah menyiarkan cerita beberapa veteran Umno dari negeri Pahang akan mengisytiharkan menyertai PKR kerana kecewa dengan perkembangan dalam Umno pada hari ini.

Bagaimanapun menurut sumber berkenaan, Umno Pahang sedang cuba memujuk tokoh-tokoh berkenaan supaya tidak meninggalkan parti itu.

Mengenai organisasi PKR Pahang, menurut Fauzi, mesyuarat telahpun melantik timbalan-timbalannya dan setiausaha perhubungan negeri.

“Mesyuarat tadi telah melantik setiausaha perhubungan iaitu Mohamad Musa bagi menggantikan Razali Alias yang telah berpindah ke Kuala Lumpur. Sementara bagi timbalan-timbalan kita telah kemukakan beberapa nama kepada Pusat dan minta Pusat yang tentukan.

“Kita juga ucapkan tahniah kepada Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail yang juga Ketua PKR Cabang berkenaan kerana diberi kepercayaan oleh Pusat untuk menjadi Pengerusi MPN Terengganu,” ujarnya.

Mengenai pilihan raya umum (PRU) ke 13 yang akan datang, Fauzi berkata mesyuarat tadi mendedahkan Pakatan Rakyat boleh mencapai kemenangan sehingga menguasai negeri ini kerana swing yang diperlukan hanya 5 peratus.

“Pakatan Pahang hanya perlukan swing sekitar 5 peratus tambahan daripada keputusan PRU 12 untuk memerintah. Jika Pakatan memperoleh lonjakan 5 peratus itu bermakna 19 kerusi dewan undangan negeri (Dun) BN yang dimenangi sekarang akan jatuh ke tangan Pakatan.

“Jadi dicampur dengan empat kerusi kerusi dimenangi pakatan sekarang dan satu kerusi bebas, Pakatan akan memiliki 24 kerusi daripada 43 kerusi Dun yang ada,” jelasnya.(HarakahDaily)

Kedekut undang 7 keburukan

12 Safar 1432H.

KEDEKUT menggambarkan sikap seseorang yang berat hati untuk membelanjakan harta milikinya sama ada bersedekah, zakat atau membantu mereka yang memerlukan.

Sikap itu bertentangan dengan tuntutan Islam. Firma Allah yang bermaksud: “Dan bertolong-tolonglah kamu dalam berbuat kebajikan dan ketakwaan dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam berbuat dosa dan perlanggaran.” (Surah al-Maidah ayat 2)

Rasulullah s.a.w bersabda: “Takutilah kamu akan bakhil, kerana bakhil itu pernah membinasakan orang dahulu daripada kamu sehingga mereka suka mengalirkan darah sesama sendiri dan menghalalkan yang diharamkan ke atas mereka.”

Tabiat kedekut berpunca daripada sikap terlalu sayangkan harta. Ia boleh menyebabkan manusia lalai daripada mengingati Allah dan mengerjakan ibadat, sebaliknya memalingkan muka hati kepada dunia semata-mata.

Firman Allah, maksudnya: “Hai orang-orang yang beriman, janganlah harta kamu dan anak-anak kamu melalaikan kamu daripada mengingati Allah. Dan sesiapa berbuat demikian, maka mereka adalah orang-orang yang rugi.” (Surah al-Munafiqun ayat 9)

Jadi, bagi menyucikan sebahagian harta, setiap orang perlu manfaatkan harta itu dengan membelanjakannya ke jalan yang boleh memberi manfaat.

Kita juga disaran berusaha memperbaiki kelemahan dan ‘meloloskan’ diri daripada kemiskinan kerana kemelaratan itu hanya akan menjauhkan diri kita daripada Tuhan.

Tangan memberi lebih baik dari tangan yang menerima. Jadi kita perlu sematkan dalam diri untuk bersedekah, Insya-Allah harta yang dikeluarkan akan diganti berlipat ganda.

Jangan hanya sebab harta benda kita bermusuh sesama sendiri.

Berdasarkan konsep rezeki yang diterangkan, Allah memberi jalan seluas-luasnya bagi setiap hamba-Nya untuk memperoleh rezeki dalam pelbagai bentuk.

Justeru, selagi berpeluang bernafas, manfaatlah harta untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain kerana rezeki yang kita miliki kadangkala ada hak kepada orang lain.

Selain itu, menunaikan hajat orang lain juga boleh meluaskan jajaran rezek

Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan boleh menggelapkan rupa, hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

Amalan bersedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki kita seluas-luasnya.

Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam, maksudnya: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu tergantung di Arasy, yang dikirim oleh Allah kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.

Saidina Abu Bakar berkata, maksudnya: Orang-orang yang terlalu bakhil mereka tidak akan terlepas salah satu dari tujuh kemungkinan iaitu:

Allah memberikan kuasa kepada seorang pemerintah yang zalim, lalu pemerintah itu akan merampas dan membinasakan hartanya setelah menjatuhkan maruah dirinya.

Allah akan menimpakan ke atasnya bencana dunia seperti berlaku kebakaran, kecurian, banjir dan tenggelam dalam tanah.

Selepas meninggal, hartanya akan diwarisi mereka yang mempergunakan di jalan maksiat dan kemungkaran.

Allah akan menimpakan suatu penyakit yang berpanjangan sehingga ia terpaksa membelanjakan semua hartanya itu bagi mengubati penyakit itu.
Dia menanamkan hartanya itu pada suatu tempat, lalu ia sendiri terlupa sehingga tidak boleh menemuinya.

Terlintas dalam fikirannya untuk mendirikan suatu bangunan di atas tanah yang rosak, akibatnya hartanya musnah.

Allah meninggikan syahwat bakhilnya sehingga ia sendiri yang akan memusnahkan

10 Hewan dengan Muka Teraneh

12 Safar 1432H.
Oleh : roslan mohd.

Punya kucing atau kelinci yang lucu? Lihat dulu hewan-hewan dengan muka aneh di bawah ini.

1. HatchetfishIkan

penghuni jurang ini tubuhnya sangat kecil (spesies terbesar yang dikenal hanya berukuran 12 cm), dan tidak berbahaya, tetapi wajahnya seperti mimpi buruk.Hatchetfish adalah bukti bahwa kita tidak perlu gigi tajam atau mata bersinar merah untuk menjadi seram. Ikan ini ditemukan di perairan tropis dan subtropis di seluruh dunia, memakan makhluk-makhluk yang lebih kecil di jurang, seperti copepoda (sejenis Crustaceae).

2. Kelelawar Hidung Tabung

Ditemukan di hutan hujan Filipina, kelelawar ini terancam memiliki salah satu wajah teraneh di antara mamalia. Telinganya yang gelap ditutupi bintik kuning, mata oranye dan tentunya hidung tabung yang membuat penampilannya mirip kartun. Kelelawar ini kebanyakan mengkonsumsi buah ara dan buah-buahan lainnya, tetapi terkadang mereka juga memakan serangga.

3. AxolotlSpesies

Spesies yang hanya ada di Danau Xochimilco, Meksisko, axolotl (artinya "monster air" dalam Nahuatl, bahasa Aztec) sebenarnya salah satu jenis salamander. Selain wajahnya yang lucu, mereka juga memiliki rambut merah unik yang merupakan insang yang menyerupai bulu. Spesies salamander ini biasanya mempertahankan kemampuan tubuhnya di seluruh hidupnya (disebut juga neotheny). Sayangnya, amfibi langka ini terancam punah karena polusi dan diburu di beberapa bagian Meksiko untuk dimakan.

4. Aye Aye

Bisa dibilang primata dengan penampilan palinganeh (manusia tidak dihitung tentunya), aye aye punya telinga besar seperti kelelawar, mata yang kuning dan mirip sekali dengan Gremlins (sebuah film horor komedi di Amerika). Hewan ini sebenarnya menjadi inspirasi bagi monster yang mirip Gremlin di serial film Primeval, di mana diceritakan keturunannya menghantui sebuah rumah kosong.Aye aye ditemukan di Madagaskar dan sangat terancam punah karena perusakan habitat dan dibunuh karena orang-orang di negara itu sangat tidak menyukai makhluk tersebut karena dianggap pembawa sial.

5. Monyet Hidung Pesek

Monyet hidung pesek sekilas memiliki hidung yang sama dengan Michael Jackson yang dioperasi. Lagi-lagi, hewan ini adalah spesies yang terancam punah. Hanya ditemukan di Cina (termasuk Tibet) dan Vietnam. Mereka tinggal di gunung di ketingggian hingga 4000m, bersama beberapa primata yang beradaptasi dengan lingkungan dingin. Mereka terancam kehilangan habitatnya.

6. Tikus Tanah Hidung Bintang

Tikus ini diberi nama hidung bintang karena bentuk daging pada hidungnya, yang ditutupi reseptor sensorik yang meningkatkan kemampuan sentuhannya, karena sebenarnya pengelihatan hewan ini sangat buruk. Tikus tanah hidung bintang ini tercatat merupakan perenang dan penyelam sekaligus penggali yang hebat. Layaknya tikus tanah lainnya, hewan ini memakan cacing tanah, belatung dan apapun yang berlendir di tanah. Ditemukan di Kanada dan Amerika Serikat bagian utara.

7. Tikus Mondok Telanjang

Tikus ini penampilannya tanpa bulu, kisut, kulit pucat pink dan memiliki mata hitam yang bercahaya. Tetapi satu hal yang sangat menarik perhatian adalah tonjolan dua giginya yang sangat besar sekali, yang sebenarnya tumbuh melalui bibir. Sehingga tikus ini tidak harus membuka mulut pada saat mengerat jalan di bawah tanah. Gigi ini begitu kuat sehingga tikus mondok telanjang terkenal bisa mengerat beton!

8. Tokek Buntut Daun

Tokek buntut daun adalah salah satu spesies yang sepertinya dibuat oleh kartunis. Hewan ini mungkin memiliki mata paling aneh di antara hewan lain, dan ketika membuka mulutnya, hewan ini tampak seperti tersenyum lebar. Meskipun terlihat seperti reptil paling bahagia (karena senyumannya), sebenarnya mahkluk ini menderita karena terancam kehilangan hutan hujan Malagasi sebagai rumahnya.

9. Potoo

Burung menakjubkan ini ditemukan di Mesiko, Amerika Tengah dan Selatan, dan terkenal karena kemampuan kamuflasenya yang luar biasa. Memiliki wajah aneh, dengan mulut tersenyum, paruh pendek dan mata kuning, seolah mereka karakter kartun. Tidak berbahaya bagi manusia tetapi sangat berbahaya bagi serangga terbang dan kelelwara karena predator ini terkenal rakus.

10. Ikan Kelelawar Hidung Merah

Meskipun tidak terlalu terkenal, ikan ini memiliki wajah yang cukup aneh. Bentuknya datar, hidungnya panjang dan runcing dan terlihat seperti terlalu banyak menggunakan lipstik. Keanehan alam ini ditemukan di Galapagos dan memiliki kerabat dekat di perairan Amerika Tengah. Hewan ini merupakan perenang yang lambat dan lebih memilih menyeret dirinya di dasar laut menggunakan sirip sebagai tangan.

Tanda-tanda sakit buah pinggang

12 Safar 1432H.

1.sakit pinggang
terasa mencucuk-cucuk.bergerak sedikit dah sakit.sakit diblah dalam,bukan tulang.datang sekali sekala ataupun berterusan.

2.bengkak badan
Bengkak air yang teruk akan menyebabkan bengkak dan sakit pada tumit kaki dalaman, kaki dan pinggang.

3.tidak selera makan
hilang selera makan tiba-tiba.bila makan muntah.biasanya akan hilang berat badan.

4.kerap kencing
simptom ini saya memang mengalaminya.sampai letih dibuatnya.bila dikencingkan hanya sedikit sahaja yang keluar.tetapi boleh mencecah 20 kali bila waktu malam.

5.cepat letih.
ini pun simptom saya.saya rasa cepat sahaja letih.saya seorang yang aktif.suka mendaki gunung dan aktiviti lasak.sepatutnya kerja-kerja di tumah tidak meletihkan.ini baru menyapu sikit dah letih.memang musykil.

6.sakit kepala.
kerap sakit kepala.rupa-rupaya tekanan darah saya tinggi.sampai mencecah 190/120.fuhhh sib baik x kena strok.dahulu saya selalu telan panadol.rupa-rupanya panadol boleh menyebabkan sakit buah pinggang kalau kerap pola pemakanan.

8.kerap demam
saya dahulu kerap demam.seminggu sampai 2,3 kali

9.badan gatal-gatal
seluruh badan gatal-gatal.menandakan badan sudah terlalu kotor dengan toksin.sampai habis bdn aku garu.jadi kudis plak.

Calon PAS : Pilihan yang tepat dan bijak.

13 Safar 1432H.
Kenyataan Media.

Berhubung dengan pengumuman PAS dan Pakatan Rakyat meletakkan calon wanita - Normala Sudirman/ Cikgu mala (Gambar) - untuk bertanding mewakili parti itu dalam pilihan raya kecil DUN Tenang pada 30 Januari ini.

Pengumuman itu dibuat oleh presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu majlis ceramah Pakatan Rakyat di Labis malam tadi.

Normala, 38 merupakan seorang guru lulusan Maktab Tuanku Bainun, Pulau Pinang sebelum meletakkan jawatan pada akhir 2010 kerana mahu menumpukan sepenuh masa kepada tugas parti.

Dengan ini saya suka untuk memberi beberapa kenyataan seperti berikut :

1. Saya menyokong penuh pencalonan tersebut dan menganggap tindakan memilih calon dari kalangan muslimah oleh PAS dan pakatan Rakyat untuk pertama kalinya dalam Pilihanraya Kecil dalam banyak siri PRK sejak 2008 adalah pilihan yang tepat dan bijak.

2. Keputusan PAS tersebut sekaligus menafikan pandangan serong yang sengaja diapi-apikan oleh musuhnya sebagai meminggirkan golongan wanita. Ianya membuktikan sikap keterbukaan PAS.

3. Pemilihan Normala saya yakin akan membantu mengikis persepsi yang sering digunakan oleh MCA dalam kempen mereka dan secara umum di kalangan bukan Islam yang melihat PAS sebagai sebuah parti Islam yang mendiskriminasikan hak kaum wanita .

Seramai 5,635 pengundi Cina di Tenang dilihat merupakan aset yang besar bagi memenangkan calon Pakatan Rakyat dalam PRK kali ini.

4. Oleh itu saya menyeru seluruh petugas PAS dan Pakatan Rakyat dari seluruh negara untuk memberikan sokongan dalam segala bentuk termasuklah sumbangan dana bagi memastikan
kemenangan calon pilihan terbaik ini.

5. Pada pandangan saya pemimlihan Cikgu Mala sebagai calon PRK Tenang akan menarik minat banyak pihak dikalangan penyokong dan pimpinan pakatan Rakyat dari seluruh negara untuk hadir membantu jentera PRK Tenang.

6. Jentera pilihanraya diharapkan dapat memanfaatkan seluruh tenaga yang turun dari seluruh negara dari ahli biasa sehinggalah kepada pimpinan bagi memastikan kehadiran mereka ke DUN Tenang tidak disia-siakan.

Dari jauh mereka datang saya yakini bukan untuk menjadi penonton biasa tetapi untuk membantu jentera PRK Tenang, oleh itu jangan kecewakan mereka seperti yang pernah berlaku dalam beberapa PRK pada tahun lepas.

7. Semuga pemilihan calon yang terbaik dari PAS dan Pakatan Rakyat ini dapat menambahkan lagi satu kerusi Pakatan Rakyat dalam DUN Johor. Selain itu diharapkan kemenangan di Tenang adalah titik tolak kepada perubahan landskap politik Johor dan Malaysia sebelum kita berdepan dengan PRU ke 13. Ianya menjadi medah dan ujian kepada kekuatan Pakatan Rakyat dalam mengolah Isu-isu besar yang sedang diperkatakan sekarang.

Kenyataan media,17 Jan 2011.

DRS. KHALIL IDHAM LIM
ADUN Titi Serong.

Normala Sudirman calon PAS di Tenang


13 Safar 1432H.
Hazayani Zakaria

LABIS, 16 Jan: Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Johor, Normala Sudirman (gambar) diumumkan sebagai calon PAS mewakili Pakatan Rakyat untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, 30 Januari ini.

Pengumuman itu dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di majlis pengisytiharan calon di Dataran Wayang Pacak, dekat sini, malam ini.

Normala, 38 merupakan seorang guru lulusan Maktab Tuanku Bainun, Pulau Pinang sebelum meletakkan jawatan pada akhir 2010 kerana mahu menumpukan sepenuh masa kepada tugas parti.

Beliau yang dilahirkan di Kampung Serom 3, Muar Johor ini merupakan anak sulung daripada lima orang adik beradik.

Bapanya, Sudirman Suratman merupakan bekas ketua peserta Felcra dan juga pengerusi koperasi Felcra Sekijang manakala ibunya Mukmini Yahya juga merupakan peneroka Felcra.

Beliau yang mesra di kalangan penduduk setempat dengan panggilan Cikgu Mala, mendirikan rumah tangga dengan Makrof Abd Mutalib dan mempunyai tiga orang anak.

Normala mula bergiat aktif dalam PAS selepas tamat pengajian di maktab pada tahun 1997.

Pada tahun 2000 beliau dilantik sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS Labis.

Selain Ketua Muslimat Johor, beliau juga merupakan Exco Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat.

Kini beliau menumpukan kepada usaha membantu masyarakat Labis setelah dipertanggungjawabkan sebagai penyelia pusat aduan rakyat Dun Tenang.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamad, Ketua Muslimat PAS Pusat, Nuridah Salleh, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin, Ketua Wanita DAP, Chong Eng dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat yang lain.

Harakahdaily/-