07 January 2011

Wanita parah ditetak madu

03 Safar 1432H.

JITRA: Seorang suri rumah cedera parah di bahagian kepala, muka dan tangan akibat ditetak dengan parang oleh madunya di Kampung Baru, Sungai Korok dekat sini, hari ini.

Kejadian pada kira-kira jam 10 pagi itu dipercayai berpunca dari perasaan cemburu antara kedua-dua wanita tersebut yang tinggal sebumbung sejak dua minggu lalu. Wanita berumur 54 tahun itu kini dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar dan keadaannya dilaporkan stabil manakala madunya yang berumur 27 tahun dipercayai telah melarikan diri selepas kejadian itu. Anak perempuan mangsa yang berumur 17 tahun turut cedera di kaki akibat terpijak parang yang digunakan dalam serangan itu dan kini dirawat di Hospital Jitra.

Mangsa mempunyai enam orang anak manakala madunya mempunyai seorang anak lelaki berumur lapan bulan.

Suami kedua-dua wanita itu yang berumur 54 tahun dan bekerja sebagai buruh di sebuah syarikat swasta di Jitra dan ketika ditemui pemberita di HSB enggan ditemu bual.

Difahamkan, sebelum ini, madu wanita itu tinggal di rumah sewa di Kuala Nerang dan pindah ke rumah mangsa kira-kira dua minggu lalu kerana dikatakan suami mereka tidak mampu membayar sewa.
Sementara itu, seorang daripada jiran mangsa yang dikenali sebagai Nang Yah ketika ditemui pemberita berkata, ketika kejadian dia berada di luar rumah dan tiba-tiba terdengar bunyi bising dan teriakan meminta tolong dari rumah jirannya itu yang terletak kira-kira lima meter dari rumahnya.

"Mak Cik dengar suara orang bising-bising dan minta tolong...Mak Cik jadi takut lalu meminta bantuan jiran lain untuk melihat apa yang berlaku di rumah mangsa.

"Kemudian mak cik nampak mangsa mengengsot keluar dari rumah sambil merayu minta tolong dalam keadaan lemah dan tidak bermaya. Kepalanya penuh dengan darah," katanya.

Seorang lagi jiran mangsa berkata, beliau dan beberapa jiran lain telah membantu membawa mangsa ke Hospital Jitra.

"Bila sampai di rumah mangsa, mendapati mangsa dalam keadaan tidak bermaya dan lemah...saya dan rakan segera bawa mangsa ke hospital bagi mengelak mangsa kehilangan banyak darah," kata lelaki berumur 32 tahun itu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Deputi Superintendan Ibrahim Mohd Yusof ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian ini pada 4.20 petang.

Polis sedang menyiasat kejadian itu, katanya. - Bernama/-

Singa Laut yang Pandai "Menulis Tulisan Cina"

03 Safar 1432H.



JEPUN : Seekor singa laut yang berusia lapan tahun di Taman Hiburan Sea Paradise, Yokohama, Jepun kelihatan sedang menggunakan mulutnya menulis tulisan Cina "卯" untuk menyambut Tahun Arnab menurut kalendar tradisional China.

Petronas untung besar, Rakyat menahan lapar.

02 Safar 1432H.
Oleh : MOHD AKMAL BIN KAMARUDIN.

Kenyataan Presiden dan Ketua Eksekutif Petronas, Datuk Shamsul Azhar Abbas berkenaan keuntungan bersih Syarikat minyak Malaysia iaitu PETRONAS BERJUMLAH 26.5 BILION DALAM TEMPOH ENAM BULAN BERAKHIR 31 MAC 2011 amat menggembirakan seluruh rakyat Malaysia. Keuntungan ini telah meningkat sebanyak 18.8 peratus daripada 22.3 bilion yang dicatat pada tempoh sama tahun kewangan lalu. Ia diraihnya daripada pendapatan sebanyak RM115.5 bilion, meningkat 17.6 peratus daripada RM98.2 bilion.

Dalam keadaan rakyat Malaysia gembira dengan berita keuntungan PETRONAS, tiba-tiba hari ini kerajaan mengumumkan kenaikan harga petrol (RON97) dan minyak tanah sebanyak RM0.10 sen setelah dinaikan beberapa kali sebelum ini. Dijangkakan selepas ini akan menyusul pula kenaikan harga barangan lain seperti minyak masak, barang keperluan harian, barang peralatan pembinaan, tariff elektrik dan lain-lain.

Dua situasi ini, iaitu keuntungan PETRONAS dan kenaikan harga petrol membuktikan bahawa slogan “rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan” sebagai istilah yang paling tepat untuk misi 1Malaysia, apabila keuntungan PETRONAS diumumkan maka diperdengdangkan kepada rakyat bahawa kerajaan mengutamakan pencapaian yang cemerlang. Namun apabila harga petrol dinaikkan maka disinilah rakyat diutamakan dengan mengemukakan pelbagai alasan yang tidak berasas.

Kenaikan harga petrol ini adalah cara terbaru kerajaan mengutip cukai daripada rakyat, dulu rakyat akan ke pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk membayar cukai kepada kerajaan tapi kini rakyat akan ke stesen minyak untuk membayar cukai dengan cara mengisi petrol sahaja. Allah berfirman dalam surah Al-Kahfi ayat 94-95

94. Mereka berkata: "Wahai Zulkarnain, Sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya Kami menentukan sejumlah bayaran (cukai) kepadamu (dari hasil pendapatan kami) Dengan syarat Engkau membina sebuah tembok di antara Kami Dengan mereka?"

95. Dia menjawab: "(kekuasaan dan kekayaan) Yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku Dengan tenaga (kamu beramai-ramai) Aku akan bina antara kamu Dengan mereka sebuah tembok penutup Yang kukuh.
Ayat ini menunjukkan Raja Zulkarnain tidak menerima cukai yang hendak diberikan oleh rakyat, tetapi bantuan yang dipinta diberikan tanpa balasan. Jika dilihat dari sudut rakyat yang terdesak, apa salahnya Raja Zulkarnain mengambil cukai daripada mereka? Tetapi Raja Zulkarnain bukan pemimpin umno yang sanggup mengenakan cukai dengan cara menaikkan harga minyak ketika rakyat terdesak untuk menggunakan minyak bagi urusan harian mereka.

Pemimpin Negara sepatutnya adalah individu pertama yang berkorban untuk Negara. Sultan Zahir Bebrus contohnya yang memerintah kerajaan Mamalik di Mesir, sebelum mengutip cukai daripada rakyat, Beliau melelong segala harta kekayaannya bagi menampung kos persenjataan bagi melawan tentera monggol yang kuat dan ganas. Akhirnya kerajaan yang berciri kebajikan ini pertama kali dalam sejarah tentera Monggol dapat dikalahkan.Apakah pemimpin kerajaan Barisan Nasional sanggup berbuat demikian demi kepentingan rakyat?

Saidina Umar R.A pernah mengutus surat pada gabenornya Huzaifah yang berbunyi: "hendaklah kamu mengagihkan rezeki mereka (rakyat)” Huzaifah membalas surat Saidina Umar dengan berkata: “aku telah mengagihkannya tapi ia masih banyak berbaki”. Saidina Umar membalas semula: "harta yang masih berbaki itu ialah harta rakyat yang Allah kurniakan kepada mereka, ia bukan milik umar dan bukan milik keluarga umar(kroni Umar), maka bahagikanlah harta tersebut dikalangan rakyat(subsidi)".

Inilah contoh pemimpin berjiwa rakyat, walaupun harta masih berbaki. Tetapi Saidina Umar R.A masih mengutamakan kebajikan rakyatnya, umum mengetahui bahawa PETRONAS adalah 100% milik kerajaan, dengan keuntungan sebanyak itu, adakah kerajaan tidak terfikir, alangkah bagusnya keuntungan sedemikian diagih-agihkan sesama rakyat. Salah satu caranya ialah dengan menambah subsidi kepada rakyat, iaitu menurunkan harga minyak.
Saidina Umar R.A sangat arif tentang firman Allah dalam surah Al-A’raaf ayat 96:

96. Dan (Tuhan berfirman lagi): sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) Yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. tetapi mereka mendustakan (Rasul kami), lalu Kami timpakan mereka Dengan azab seksa disebabkan apa Yang mereka telah usahakan.
Ayat ini jelas menunjukkan bahawa dengan sebab penduduk yang beriman dan bertaqwa maka Allah melimpahkan kurnianya dari hasil bumi dan langit. Justeru itu, rakyat juga berhak berkongsi pendapatan hasil bumi yang melimpah ruah dengan sebab keimanan dan ketaqwaan mereka.Jangan sesekali pemimpin Negara menafikan hak mereka dengan semata-mata untuk mengkayakan beberapa individu tertentu yang langsung tidak mempunyai ciri-ciri ketaqwaan kepada Allah.

Pada awal November tahun 2010 kerajaan menjanjikan harga RON 95 dan diesel akan kekal masing-masing pada kadar harga RM 1.85 seliter dan RM 1.75 seliter sehingga hujung tahun selepas menaikkan harga RON 97 sebanyak 5 sen pada masa itu. Walaubagaimanapun kerajaan memungkiri janji mereka apabila menaikkan harga RON 97, RON 95, Gula dan Gas pada awal Disember tahun lepas. Perkara ini terjadi semata-mata kehendak kerajaan umno mahu berniaga dan mendapat keuntungan yang besar daripada keperitan rakyat

Ibn Khaldun berkata : “Sesungguhnya perniagaan daripada pihak kerajaan kepada rakyat memudharatkan dan merosakkan pendapatan Negara”. Kata-kata beliau ini boleh dibuktikan dengan fakta dibawah ini:-

Harga minyak bagi Negara yang mengeluarkan minyak seperti Malaysia mengikut nilai RM:
Bil Negara Pengeluar Minyak Nilai RM
1. United Arab Emirates RM1.22 seliter
2. Baharin: RM0.89 seliter
3. Qatar RM0.72 seliter
4. Kuwait RM0.69 seliter
5. Libya RM0.46 seliter
6. Arab Saudi RM0.39 seliter
7. Iran RM0.36 seliter
8. Nigeria RM0.33 seliter
9. Turkemenistan RM0.26 seliter
10. Venezuela RM0.16 seliter
11. MALAYSIA RM1.90 SELITER
RM2.40 SELITER

Inilah akibatnya apabila kerajaan menjadikan hasil Negara sebagai satu perniagaan kepada rakyat. Hasil yang diperolehi bukannya untuk memudahkan kehidupan rakyat, tetapi semakin membebankan rakyat. Sepatutnya sebagai sebuah negara pengeluar minyak yang telah mendapat keuntungan. Kerajaan mestilah menurunkan harga minyak dengan menambah subsidi kepada rakyat, tetapi malang bagi kita apabila kerajaan telah bertindak mengurangkan subsidi.

Seterusnya apabila kenaikan berlaku sudah menjadi satu tradisi pihak kerajaan akan mula masuk ke kampung dan mengedar risalah bahawa kerajaan terpaksa menanggung beban subsidi yang tinggi untuk rakyat. Sabda nabi SAW: “Apabila umatku melakukan 15 perkara maka akan turun bala: (antaranya ialah)apabila harta negara berpusing di kalangan orang kaya dan pembesar, amanah dianggap satu peluang untuk rebut harta”.
Kenaikan harga minyak ini sebenarnya memberi kesan kepada semua sektor, dikhabarkan bahawa selepas ini akan menyusul pula kenaikan beberapa lagi barang-barang kerpeluan harian. Kenaikan ini sudah pasti menyusahkan golongan miskin dan berpendapatan rendah. Oleh yang demikian, kepada seluruh rakyat Malaysia yang cintakan Negara ini. Marilah kita bersatu padu tanpa mengira apa fahaman, apa jua bangsa, apa jua agama untuk bersama-sama menolak Barisan Nasional yang terbukti telah menindas dan mengaburi mata rakyat dalam Pilihanraya Umum ke 13.

Hukum Makan Dengan Tangan Kiri

02 Safar 1432H.
Oleh : Nur Ihsan.

Dari Abdullah bin ‘Umar radhiallahu anhuma bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

إِذَا أَكَلَ أَحَدُكُمْ فَلْيَأْكُلْ بِيَمِينِهِ وَإِذَا شَرِبَ فَلْيَشْرَبْ بِيَمِينِهِ فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَأْكُلُ بِشِمَالِهِ وَيَشْرَبُ بِشِمَالِهِ

“Jika seseorang di antara kalian makan, maka hendaknya dia makan dengan tangan kanannya. Jika dia minum maka hendaknya juga minum dengan tangan kanannya. Karena setan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya pula.” (HR. Muslim no. 3764)

Dari ‘Umar bin Abi Salamah radhiallahu anhu dia berkata: Dulu aku adalah anak kecil yang berada di bawah pengasuhan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Ketika makan, tanganku berpindah-pindah kesana kemari di atas piring. Maka beliau bersabda kepadaku:

يَا غُلَامُ سَمِّ اللَّهَ وَكُلْ بِيَمِينِكَ وَكُلْ مِمَّا يَلِيكَ

“Wahai nak, sebutlah nama Allah, makanlah dengan tangan kananmu, dan makanlah yang ada di dekatmu.” (HR. Al-Bukhari no. 5376 dan Muslim no. 2022)

Salamah bin Al-Akwa’ radhiallahu anhu dia berkata:

أَنَّ رَجُلًا أَكَلَ عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِشِمَالِهِ فَقَالَ كُلْ بِيَمِينِكَ قَالَ لَا أَسْتَطِيعُ قَالَ لَا اسْتَطَعْتَ مَا مَنَعَهُ إِلَّا الْكِبْرُ قَالَ فَمَا رَفَعَهَا إِلَى فِيهِ

“Ada seorang laki-laki yang makan di samping Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dengan tangan kirinya. Maka Rasulullah bersabda, “Makanlah dengan tangan kananmu!” Dia menjawab, “Aku tidak bisa.” Beliau bersabda, “Semoga kamu tidak bisa?” -padahal tidak ada yang mencegah dia makan dengan tangan kanan kecuali karena sombong-. Setelah itu tangannya tidak bisa dia angkat sampai ke mulutnya.” (HR. Muslim no. 2021)

Penjelasan ringkas:

Dalil-dalil di atas tegas menunjukkan haramnya makan dengan tangan kiri dari beberapa sisi:
1.Perintah untuk makan dengan tangan kanan, dan hukum asal perintah adalah wajib. Bahkan dalam hadits riwayat Ahmad no. 16756 disebutkan bahwa Nabi shallallahu alaihi wasallam bersabda kepada seorang wanita:

لَا تَأْكُلِي بِشِمَالِكِ وَقَدْ جَعَلَ اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى لَكِ يَمِينًا
“Janganlah kamu makan dengan tangan kirimu, padahal Allah Tabaraka wa Ta’ala telah menciptakan tangan kanan untukmu.”(Dinyatakan shahih oleh Al-Albani dalam Jilbab Al-Mar`ah Al-Muslimah no. 71)

2.Makan dengan tangan kiri menyerupai setan, dan sudah dimaklumi seorang muslim diharamkan untuk menyerupai orang kafir, apalagi setan.

3.Nabi shallallahu alaihi wasallam mendoakan kejelekan kepada orang yang makan dengan tangan kirinya. Seandainya hukumnya bukan haram, tidak mungkin beliau shallallahu alaihi wasallam mendoakan kejelekan atasnya.

Karenanya, pendapat haramnya makan dengan tangan kiri adalah pendapat yang dikuatkan oleh sejumlah ulama di antaranya: Ibnu Abdil Barr dalam At-Tamhid (11/113), Ibnu Al-Qayyim dalam Zaad Al-Ma’ad (2/405), Asy-Syaukani dalam Nail Al-Authar (8/167), Al-Hafizh Ibnu Hajar dalam Fath Al-Bari (9/522), dan beliau menukil dari bahwa Imam Asy-Syafi’i menegaskan dalam Al-Umm dan Ar-Risalah akan haramnya.

Termasuk makan dengan tangan kiri adalah meletakkan bejana di atas telapak tangan kiri atau menggenggamnya dengan tangan kiri lalu tangan kanan sekedar dilengketkan ke bejana tersebut. Ini adalah perbuatan makan/minum dengan tangan kiri, dengan bukti bahwa jika tangan kirinya dilepas dari bejana maka bejana itu akan jatuh.

Adapun makan dengan dua tangan maka selama hal itu tidak diperlukan maka hal itu tidak diperbolehkan. Jika memang diperlukan (misalnya makanannya panas dan tidak bisa dipegang dengan satu tangan) maka insya Allah tidak mengapa makan dengan dua tangan sebagaimana yang dikatakan oleh Asy-Syaikh Ibnu Al-Utsaimin rahimahullah.

Syed Danial Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja baru

02 Safar 1432H.

Datuk Syed Danial Syed Ahmad, 66, dilantik Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang baru berkuatkuasa 10 Januari ini.

Beliau menggantikan Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah (kiri), yang bersara hari ini selepas berkhidmat sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selama 22 tahun.

Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Datuk Sabtu Awab, berkata Syed Danial yang berkelulusan ijazah Sarjana Muda dari Universiti Malaya dan Sarjana dari Universiti of Wisconsin, Madison di Amerika Syarikat, pernah menyandang jawatan Datuk Paduka Maharaja Lela dan Datuk Pengelola Bijaya Diraja di Istana Negara.

"Syed Danial telah dilantik dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-222 yang berlangsung tahun lalu," katanya pada majlis tertutup meraikan Engku Ngah Ibrahim di pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja di Kuala Lumpur, hari ini.

Sabtu berkata, Syed Danial dilantik secara kontrak selama tiga tahun.

Syed Danial, yang berasal dari Pulau Pinang, telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 32 tahun sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik di beberapa kementerian seperti Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Kementerian Dalam Negeri.

Engku Ibrahim, 79, juga adalah Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang paling lama menyandang jawatan itu.

Malaysiakini/-

NUTP cadang sistem penilaian baru naik gaji

02 Safar 1432H.

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mencadangkan supaya sistem baru untuk menilai prestasi kerja penjawat awam kelak hanya membabitkan soal pergerakan gaji kakitangan dan bukannya untuk tujuan kenaikan pangkat.

Presidennya, Hashim Adnan, berkata urusan kenaikan pangkat perlu diserahkan sepenuhnya kepada ketua jabatan yang membuat penilaian berdasarkan prestasi dan pengalaman.

Menurut beliau, cara begitu akan memberi peluang kepada guru terutamanya untuk naik pangkat selepas lama berkhidmat tanpa perlu memikirkan soal perlu lulus sebarang peperiksaan awam seperti sebelum ini.

"Ada guru yang sudah lama berkhidmat tetapi masih gagal dalam peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) sebelum ini dan gagal menerima kenaikan pangkat selama bertahun-tahun," katanya di Kuala Lumpur, hari ini.

Oktober tahun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengumumkan bahawa peperiksaan PTK dimansuhkan bermula Jun tahun ini dan akan digantikan dengan penilaian lain yang lebih baik.

Hashim berkata, NUTP sudah diminta oleh kerajaan untuk turut memberikan pandangan dalam menetapkan sistem penilaian baru itu.

Malaysiakini/-

Banjir makin buruk di T'gganu 1,638 dipindahkan

02 Safar 1432H.

Keadaan banjir yang melanda Terengganu sejak dua hari lalu bertambah buruk dengan jumlah mangsa yang dipindahkan meningkat kepada 1,638 orang, berbanding 692 petang semalam.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara negeri berkata, sehingga 9 pagi ini, 935 orang daripada 283 keluarga di Hulu Terengganu dipindahkan berbanding 414 petang semalam manakala di Setiu, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 403 orang berbanding 259 petang semalam.

Daerah Kemaman yang mula dilanda banjir petang semalam, semakin teruk apabila jumlah mangsa meningkat kepada 265 orang berbanding 19 petang semalam.

Di Dungun orang orang daripada dua keluarga dari Kampung Telaga Mas, Paka, dipindah ke Bangunan Umno Kuala Paka manakala di Marang, dua orang dipindahkan ke dewan orang ramai Kampung Temala semalam.

Jurucakap itu berkata semua jalan utama yang menghubungkan Kuala Terengganu-Kelantan dan Pahang tidak terjejas dan masih boleh dilalui pagi ini.

Beliau berkata hampir semua sungai utama di Terengganu pagi ini mencatatkan paras air di tahap bahaya.

Sungai Besut di Jambatan Kruak kini setinggi 35 meter berbanding tahap bahaya 33 meter, di Kampung La setinggi 19.20 meter (bahaya 17.20 meter) dan Jambatan Jertih 8.90 meter (bahaya 7.30 meter).

Sungai Dungun di Kampung Pasir Raja 37.50 meter (bahaya 35 meter), Kuala Jengai 19.80meter (bahaya 18.30 meter), Jambatan Jerangau 12.50 meter (bahaya 10.90 meter).

Sungai Kemaman di Jambatan Tebak 21 meter (bahaya 19 meter), di Jambatan Ban Ho 19 meter (bahaya 17 meter), Jambatan Air Putih 15 meter (bahaya 13 meter).

Sungai Terengganu di Kampung Menerong 26 meter (bahaya 24.50 meter) dan di Kampung Dura 16.80 meter (bahaya 15.30 meter) dan Sungai Setiu di Kampung Besut 18.40 meter (bahaya 16.40 meter), Jambatan Chalok 10 meter (9 meter) dan Ibu Bekalan 8.10 meter (bahaya 7.30 meter).

Malaysiakini/-

Rumah Rocky dipecah masuk, kereta dilarikan

02 Safar 1432H.

Rumah Penasihat Editorial Kumpulan Malay Mail Datuk Ahirudin Attan yang juga dikenali sebagai blogger Rocky's Bru dipecah masuk dan kereta jenis Peugeot 470 miliknya dicuri awal pagi ini di Taman Damai Utama, Puchong.

Ahirudin, 49, yang juga Presiden Kelab Akhbar Kebangsaan ketika dihubungi berkata, kejadian itu berlaku sekitar 3 pagi ketika beliau, isteri dan ibu mentua, dan tiga anak serta tiga anak saudara, sedang tidur.

"Kejadian itu disedari apabila ibu mentua saya bangun kira-kira pukul 5 pagi dan melihat pintu utama rumah terbuka luas," katanya.

Ahirudin berkata bahawa sebaik menyedari perkara itu, ibu mentuanya memanggilnya dan beliau mendapati keretanya yang bernilai lebih RM100,000 dilarikan penjenayah.

Turut dibawa lari jam tangan isterinya yang diletakkan di atas meja di ruang tamu.

"Mungkin barang rumah kami tak banyak, jadi bila nampak kunci kereta mereka terus mengambilnya. Saya bertanya kepada pengawal keselamatan di kawasan perumahan ini dan mereka nampak kereta saya dibawa keluar pukul 3 lebih," katanya.

Ahirudin berkata kawasan perumahannya itu yang terletak dalam Bandar Kinrara baru tiga bulan menggunakan perkhidmatan pengawal keselamatan untuk menjaga kawasan itu.

Ketua Polis Dearah Serdang Supt Abdul Razak Elias ketika dihubungi berkata polis sedang menyiasat kes itu.

Pejabat ADUN Sri Muda disimbah cat merah

02 Safar 1432H.
Oleh : Jimadie Shah Othman.

Pejabat ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafieidi - yang dilanda kontroversi tulisan di blog yang dianggap sesetengah pihak sebagai menghina Sultan Selangor - disimbah cat merah awal pagi ini.

Menurut pembantu khasnya Azmizam Zaman Huri, cat merah memenuhi pintu depan pejabat tersebut di Kota Kemuning, dekat Kota Raja, dikesan kira-kira jam 6 pagi tadi oleh seorang kakitangan pejabat yang bermalam di situ.

"Bagaimanapun kita tidak nampak orang (yang disyaki) sekitar kawasan ini," katanya.

Azmizam (kanan) yang juga naib ketua Pemuda PKR (AMK) berkata, pihak pejabat kemudiannya membuat panggilan telefon memaklumkan kepada pihak polis.

"Kira-kira jam 8 pagi pihak polis tiba dan membuat garisan kuning di sini. Kita tunggulah hasil siasatan. Di sini pun ada CCTV (kamera litar tertutup)," kata Azmizam.

Tulisan Shuhaimi di blognya pada 30 Disember lalu - yang didakwa memberi gambaran Sultan Selangor bertindak sewenang-wenangnya ketika memperkenankan pelantikan setiausaha kerajaan (SUK) negeri - mengundang banyak reaksi negatif dan laporan polis.

Nafi along

Malah, dua NGO - Gerakan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) dan Pertubuhn Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mahu Shuhaimi dihukum gantung kerana didakwa cuba mencetuskan “peperangan ke atas Raja-raja Melayu”.

Bagaimanapun, kelmarin wakil rakyat muda itu, melalui Azmizam mendakwa isu itu telah dimanipulasikan.

Ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini, Azmizam juga berkata, pihaknya akan membuat laporan polis berhubung perkara itu petang ini, dijangka di ibu pejabat polis daerah Shah Alam.

"Dalam masa yang sama, kami juga merancang membuat laporan polis terhadap Utusan Malaysia yang didakwa memfitnah bahawa YB Shuhaimi menderhaka kepada Sultan Selangor," katanya.

Ditanya sama ada pihaknya mengesyaki tindakan itu sebagai reaksi kepada tulisan Shuhaimi di blog, Azmizam enggan membuat sebarang jangkaan.

"Ini satu ugutan terhadap YB. Tetapi sama ada ia berkaitan dengan tulisan di blog, saya tidak boleh komen apa-apa. Kita tunggu siasatan polislah," kata beliau yang juga ketua AMK Kota Raka.

Menafikan ia melibatkan along, Azmizam memberitahu, Shuhaimi tidak pernah menerima 'ugutan' sebegitu sebelum ini.

Malaysiakini/-

Tiada komen lagi, Najib juga mahu ‘tutup buku’

02 Safar 1432H.

PUTRAJAYA, 7 Jan — Datuk Seri Najib Razak mengambil langkah Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat untuk tidak mendedahkan hasil pertemuan bersama pemimpin parti itu 24 Disember lalu, yang dihadiri atas jemputan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Sebagai langkah menghormati titah Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri juga memutuskan untuk tidak berkongsi maklumat mengenai pertemuan sempena majlis santapan di Istana Terengganu di sini.

“Kami kena menghormati persefahaman pertemuan dan Yang di-Pertuan mahukan ia satu majlis peribadi,” kata Najib pada sidang media di sini hari ini.

Najib berkata beliau bersama pemimpin-pemimpin PAS menghadiri majlis makan malam demi menghormati undangan Yang di-Pertuan Agong.

“Sebab itu kami hadir. Itu sahaja. Tiada komen lagi,” kata Najib .

Dalam kenyataan terbaru semalam, Nik Aziz menyifatkan perkara tersebut telah selesai dan tidak perlu dibincangkan lagi.

“Tak ada dah, tutup ‘book’ (buku) dah,” kata beliau di Kota Baru.

Pada 4 Januari lalu, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, pertemuannya dengan Yang di-Pertuan Agong di Istana Terengganu bulan lalu tiada kaitan dengan isu politik.

Nik Aziz berkata, berkata pemergiannya itu adalah bagi menjunjung perintah Seri Paduka Baginda yang menyampaikan titahnya melalui Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika bekas Perdana Menteri itu melawatnya ketika beliau dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia di sini bulan lepas.

“Saya menghadap baginda bersama beberapa pemimpin termasuk Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, di Istana Terengganu, di Kuala Lumpur atas dasar menghormati dan menjunjung titah perintah Tuanku,” katanya.

“Adalah sangat tidak beradab dan beretika bagi saya untuk menceritakan apa-apa yang menjadi perbualan semasa menghadap,” katanya.

Nik Aziz berkata bahawa sewaktu beliau berada di hospital, beliau telah dikunjungi oleh Abdullah yang membawa titah Tuanku Mizan meminta beliau dan beberapa pemimpin menghadiri majlis santapan malam di Istana Terengganu.

Hadi pula berkata walaupun majlis itu turut dihadiri pemimpin lain termasuk Najib tetapi mereka tidak membincangkan langsung soal-soal politik.

Themalaysiainsider/-

Persiapan pilihan raya: Najib jumpa MP BN esok

02 Safar 1432H.
Oleh : Salhan K Ahmad.

Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berkata pertemuannya dengan ahli parlimen BN esok merupakan salah satu usaha untuk memenangi pilihan raya umum yang bakal diadakan.

"Ini merupakan satu proses transformasi politik yang saya telah nyatakan.

"Semuanya bertujuan ke arah pilihan raya umum sebab kita mahu dipilih semula, kita mahu berkhidmat kepada rakyat," katanya dalam satu sidang media hari ini.

Tambahnya, beliau akan bertemu dengan ahli-ahli parlimen BN itu bagi mengetahui keadaan di kawsan masing-masing.

"Saya perlu beritahu mereka, apa yang perlu dilakukan dan saya perlu tahu pendakangan mereka mengenai keadaan di kawasan mereka," katanya lagi.

Pertemuan berkenaan mengundang spekulasi sebelum ini bahawa Najib akan mengadakan pilihanraya umum bagi mendapat mandat baru.

Pertemuan esok, bermula 9.30 pagi akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Malaysiakini/-

Derhaka pada Raja : Sultan harus diberi penjelasan sebenar.

02 Safar 1432H.
Oleh : WFAUZDIN NS.

SYABAS diucapkan kepada Adun Sri Muda, YB Shuhaimi Shafie yang merendah diri serta menjunjung kasih untuk bersedia mengadap ke Bawah DYMM Sultan Selangor berkenaan isu penulisan di blognya yang dituduh oleh puak-puak sekutu Apco sebagai menderhaka kepada Sultan. Alangkah bodohnya mereka itu kerana tidak tahu membezakan mana satu penderhakaan dengan teguran atau pun pandangan.

Mungkin bagi mereka menegur mana-mana institusi Raja adalah perbuatan derhaka, manakala merampas kuasa Raja atau pun menggelar Raja atau Sultan sebagai `natang' bukan menderhaka. Biarlah mereka dengan fahaman bodoh serta dungu seperti itu. Di zaman manusia semakin celik ini bukan semua rakyat boleh diperdayakan dengan fahaman jahilliyyah mereka itu. Di dalam kepala otak sekutu Apco hanyalah untuk memperbodohkan semua orang demi kepentingan kuasa mereka.

Di dalam Islam, tegur menegur dan ingat mengingat sesama kita hatta kepada pemimpin mahu pun Raja adalah sesuatu yang dituntut. Sekiranya teguran itu tidak betul, hendaklah si penegur itu ditegur kembali dengan membawakan hujah yang benar, bukan dengan melarangnya dari menegur apatah lagi hingga ke peringkat ingin `digantung'. Itu bukan cara bertamaddun, tetapi itu adalah cara pemerintahan di rimba.

YB Shuhaimi memang wajar mengadap Ke Bawah DYMM Sultan Selangor untuk memperjelaskan apakah yang mungkin telah dikelirukan oleh media haprak sehari dua ini. Sultan juga manusia biasa yang dicipta Allah, tentunya memerlukan maklumat yang betul kerana sebagai manusia tidak semua yang difikirkan adalah betul dan tepat dan manusia juga tidak boleh mengetahui semua perkara. Justeru itu, YB Shuhaimi mesti memaklumkan perkara sebenar kepada DYMM Sultan.

Jangan kita menjadi seperti puak sekutu Apco yang hanya pandai `pukul curi' tetapi teramat takut dan kecut bila berdepan. Mereka hanya pandai berkokok di depan media kepunyaan mereka sahaja. Mereka hanya memerlukan Istana tatkala mereka tersepit, tetapi apabila mereka mendapat sebesar kuasa, jika boleh langit pun mereka mahu kuasai.

Media UMNO merapu

02 Safar 1432H.

IPOH – Pesuruhjaya Pas Negeri, Abu Bakar Hussain menyelar tindakan media baru khususnya dimiliki Barisan Nasional (BN) yang bertindak menghentam atau membuat serangan terhadap Pakatan Rakyat (PR) bagi menghakis sokongan orang Melayu terhadap PR.

Menurutnya, tindak-tanduk media golongan itu memperlihatkan bahawa tiada pegangan syariat bagi pengendali media serta blog milik mereka.

“Banyak isu yang diperkatakan dan diutarakan hanya rekaan semata-mata bukan berlandaskan kepada bukti serta fakta jelas.

“Mereka sanggup memanipulasikan fakta serta gambar bagi menampakkan kepada rakyat kononnya PR begitu teruk moral walhal itu semua hanya rekaan mereka yang mempunyai agenda politik,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai strategi media baharu milik BN menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Abu Bakar berkata, sikap keterlaluan mereka ini cukup ketara, tambahan lagi desas-desus PRU ke-13 semakin hampir.

Katanya, UMNO sanggup menggunakan media mereka untuk menghentam kami walaupun jelas ia langsung tidak relevan.

“Inilah perbezaan kami dengan mereka, kami tidak akan membuat sebarang kenyataan tanpa sebarang bukti yang jelas serta sahih.

“Bukan budaya kami untuk menabur fitnah atau menyebarkan kenyataan tidak berasaskan kepada fakta,” katanya.

Beliau berkata, budaya ini bukan sahaja berlaku di Perak bahkan seluruh Malaysia dan ia merupakan satu fenomena kurang sihat kepada rakyat.

Menurutnya, dalam isu mengeluarkan kenyataan balas, jika perlu PR lebih gemar menjelaskan isu berbangkit.

“Kami tidak mahu rakyat terus tertipu dengan permainan mereka serta dalam masa sama kami berpegang kuat kepada syariat bukannya main hentam semberono,” katanya.

Sinar Harian/-

Perompak toreh perut

02 Safar 1432H.

KEPALA BATAS - “Selepas berasa sakit ditoreh menggunakan kapak kecil di bahagian perut, saya nekad untuk menjerit kerana takut perkara lebih teruk berlaku.

“Akhirnya tindakan menjerit itu membuatkan mereka ketakutan sebelum melarikan diri.”

Begitulah tindakan yang dibuat, R Maliga, 48, dari Kampung Air Melintas Kecil di sini, hingga berjaya menggagalkan rompakan yang berlaku dalam rumahnya pada jam 12.15tengah hari semalam.

Tindakan beraninya itu juga membuatkan dua perompak terbabit gagal meloloskan diri sebelum keduanya teruk dibelasah selepas penduduk kampung.

Ibu kepada enam anak itu berkata, ketika kejadian hanya dia seorang di rumah dan sedang membasuh bilik air selepas selesai memasak.

“Saya terkejut apabila dua lelaki muncul di hadapan pintu bilik air sebelum salah seorang daripada mereka mengacukan kapak kecil ke bahagian muka saya, manakala rakannya yang datang dari arah belakang memaut leher dan cuba menyumbatkan kain ke mulut saya.

“Ketika cuba meronta akibat sesak nafas, suspek yang memegang kapak itu menoreh perut dan bimbang akan lebih teruk dicederakan saya menjerit sekuat hati,” katanya.

Menurutnya, jeritan itu didengar jirannya, Azlan Din, 43, yang ketika itu sedang bersiap untuk ke pekan Tasek Gelugor yang kemudiannya turut sama menjerit selepas melihat dua lelaki terbabit keluar dari rumahnya dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, jeritan Azlan itu menyebabkan dua perompak itu yang pada awalnya cuba melarikan diri ke arah jalan besar berpatah balik dan melarikan diri ke hutan di belakang rumahnya.

Azlan yang disertai penduduk kampung seramai lima orang yang menyedari kejadian itu kemudiannya mengejar dua suspek terbabit sejauh 200 meter sebelum berjaya memberkas mereka sejurus selepas itu.

Kedua suspek itu kemudian teruk dibelasah penduduk kampung sebelum diserahkan kepada pihak polis yang tiba ke tempat kejadian selepas dimaklumkan kejadian itu.

Suami mangsa, S Balakrisnan, 52, berkata, dia bergegas pulang dari tempat kerja di pekan Tasek Gelugor selepas dimaklumkan kejadian itu dan berharap isterinya selamat.

“Mujur dia menjerit, jika tidak mungkin berlaku perkara yang tidak diingini.

“Mungkin pintu rumah tidak berkunci menyebabkan dua perompak terbabit mudah memasuki rumah,” katanya yang kemudian membuat laporan di Balai Polis Tasek Gelugor selepas itu.

Sinar Harian/-

Kes curi getah meningkat

02 Safar 1432H.

KERDAU – Lebih 5,000 penduduk dengan bantuan anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) di 10 kampung dekat Kerdau terpaksa bergilir-gilir menjaga ladang untuk mengelakkan hasil getah dicuri penjenayah.

Harga pasaran getah SMR 20 yang kini mencecah paras RM15.06 sekilogram merupakan kadar tertinggi kenaikan harga komoditi itu yang dicapai dalam sejarah negara. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdam dipetik dalam satu kenyataannya kelmarin

Mereka terpaksa menubuhkan pasukan rondaan dan membina pondok bermalam di ladang getah gara-gara kegiatan mencuri getah semakin berleluasa sejak kebelakangan ini.

Ketua Kampung Kelibang, Kerdau, Abdul Hamid Jainal, 62, berkata, sepanjang bulan Disember tahun lepas, sebanyak 12 kejadian mencuri getah berlaku di kampung itu.

“Bagi mengelakkan kegiatan itu berleluasa, Rela dengan kerjasama penduduk dan pemilik ladang menjalankan rondaan serta berjaga pada waktu malam.

“Langkah yang diambil Rela, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan penduduk untuk melakukan rondaan serta berkawal berjaya membendung kejadian itu,” katanya.

Abdul Hamid berkata, mereka akan terus melakukan rondaan secara bersepadu untuk memastikan kejadian mencuri getah tidak berulang.

Menurutnya, sebanyak 85 peratus daripada 5,000 penduduk dari 10 kampung itu bekerja sebagai penoreh getah manakala yang lain berniaga sendiri, bekerja kilang dan sebagainya.

“Penduduk di sekitar Temerloh dinasihatkan supaya sentiasa mengawal hasil ladang mereka untuk mengelakkan ia menjadi sasaran penjenayah berikutan terletak jauh dari penempatan penduduk.

“Masalah kecurian getah bukan sahaja berlaku di Kerdau dan Temerloh malah membabitkan kawasan lain memandangkan harganya semakin meningkat,” katanya.

Beliau berkata, terdapat penoreh yang mampu meraih pendapatan sehingga RM600 sehari namun mereka terpaksa berdepan pelbagai ancaman termasuk kegiatan kecurian yang berleluasa sejak akhir-akhir ini.

Sinar Harian/-

Ada unsur boikot, sabotaj dalam kepimpinan GLC

02 Safar 1432H.

ALOR SETAR - Terdapat unsur boikot dan tidak puas hati dengan polisi diperkenalkan Kerajaan Negeri dalam kalangan kepimpinan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Kedah sehingga membantutkan keputusan yang dipersetujui lembaga pengarah syarikat terbabit.

Ahli Lembaga Pengarah Permodalan Kedah Berhad (PKB), Ahmad Kassim berkata, rasa tidak puas hati itu timbul memandangkan kebanyakan pengurus GLC itu merupakan muka lama yang masih dikekalkan berdasarkan faktor perundangan dan mempunyai sentimen kepartian yang menebal.

Menurutnya, di sebalik wujud polemik boikot dan kronisme dalam kalangan pengurus beberapa GLC, Kerajaan Negeri terpaksa mengambil sikap bertolak ansur bagi menjaga hubungan jangka masa panjang dengan kakitangan syarikat terbabit di samping tidak mahu tergopoh-gapah dalam membuat sesuatu keputusan.

“Selepas Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih pentadbiran Kerajaan Negeri daripada Barisan Nasional (BN), satu perubahan dengan menukar pengerusi, ahli lembaga pengarah dan pengurus besar serta ketua pegawai eksekutif (CEO) setiap GLC milik anak negeri dibuat untuk melancarkan lagi urusan.

“Bagaimanapun, terdapat sebahagian CEO dari rejim lama yang tidak boleh digugurkan atas faktor perundangan dan mereka inilah yang sering membuat kacau dan mengingkari keputusan yang dibuat lembaga pengarah atas sebab perbezaan fahaman politik,” katanya sewaktu dihubungi Sinar Harian, semalam.

Ahmad yang juga Pengerusi PKR negeri berkata, perubahan yang dilakukan Kerajaan Negeri di peringkat lembaga sejak dua tahun lalu hanya menyentuh aspek ketelusan dalam pentadbiran GLC bagi membanteras sebarang bentuk amalan kronisme dan korupsi oleh segelintir pemimpin tertentu.

Bagaimanapun, pendekatan Kerajaan Negeri itu tidak disenangi kebanyakan pengurus syarikat GLC di negeri ini sehingga kadang-kala timbul unsur sabotaj yang berniat menjatuhkan imej Kerajaan Negeri.

“Kita menghormati pengekalan beberapa muka lama sebagai pemimpin syarikat GLC bagi mengelakkan wujudnya krisis dalaman yang merosakkan masa depan syarikat itu sendiri.

“Bagaimanapun, saya agak kecewa dengan tindakan segelintir mereka yang seolah-olah cuba mensabotaj imej Kerajaan Negeri dan sengaja tidak melaksanakan perancangan diputuskan lembaga pengarah dengan jayanya,” katanya.

Sehubungan itu, Ahmad menggesa pentadbiran Kerajaan Negeri berusaha mencari jalan untuk menyelesaikan masalah dalaman membabitkan beberapa syarikat GLC di negeri ini bagi mengelakkan lebih banyak kerugian dialami.

“Saya percaya masalah dalaman ini wujud disebabkan segelintir pengurus GLC masih tidak mengiktiraf pentadbiran Kerajaan Negeri dan memandang rendah kepada mereka.

“Justeru, satu mekanisme penyelesaian terbaik perlu dibuat bagi memastikan semua GLC di Kedah berjalan lancar dan membantu memacu pertumbuhan ekonomi negeri,” katanya.

Sinar Harian/-

PAS dan DAP tidak mungkin pecah - Subky

02 Safar 1432H.

KUALA LUMPUR, 6 Jan: Penulis veteran, Haji Subky Latif yakin hubungan PAS dan DAP tidak akan putus walaupun usaha ke arah itu sedang diusahakan oleh musuh kedua-duanya.

Katanya, hubungan baik PAS dan DAP yang diasaskan oleh bekas pemangku Setiausaha Agung DAP, Mendiang Fan Yew Teng akan kekal selama-lamanya.

Subky berkata demikian ketika memberikan ucapan di majlis memperingati mendiang Fan Yew Teng di Dewan YMCA, Brickfield malam tadi.

Majlis itu dianjurkan oleh DAP dengan penasihatnya, Lim Kit Siang menjadi tuanrumahnya. Kira-kira 250 tetamu dari pelbagai kalangan menyertai majlis malam tadi.

Turut serta isteri beliau, Dr Noeleen Hayzel dan pasangan kembar anak mereka Lilianne Fan dan Pauline Fan. Dr Noeleen adalah Penolong Setiausaha Agung dan Setiausaha Eksekutif Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-bangasa Bersatu (PBB) untuk Asia dan Pasific.

Fan Yew Teng yang juga kolumnis kolumnis Harakah, meninggal dunia pada 7 Disember lepas di Bangkok selepas menderita cancer tulang dan prostat.

Menurut Subky, jasa paling besar yang ditinggalkan oleh Fan Yew Teng adalah sebagai penghubung PAS dengan masyarakat Cina di negara ini.

"Ketika PAS takutkan Umno dan DAP takutkan MCA, Fan Yew Teng lah yang menghubungkan PAS dengan orang-orang Cina di negara ini.

"Hasilnya, PAS dan DAP kini tak mungkin dipecahkan lagi dan ia bermula dari mendiang Fan Yew Teng," kata Subky dengan disambut tepukan gemuruh para hadirin.

AJK PAS Pusat, Muhamad Anuar Tahir yang turut berucap di majlis itu sebagai bekas Setiausaha Agung Abim memberitahu, Fan Yew Teng pernah menjadi kakitangan kontrak Abim di samping guru Bahasa Inggeris untuk ahli Abim.

(Gambar: Antara yang memenuhi dewan YMCA bagi memperingati Fan Yew Teng)

Mendiang juga pernah bersama-sama dengan beliau menggerakkan kempen anti Perancis apabila kerajaan negara itu mengharamkan pemakaian scaf untuk wanita Islam.

"Niat saya untuk membeli kereta jenis Citroen pada ketika itu terpaksa saya batalkan kerana kami sedang kempen anti Perancis dan apabila saya ditempelak oleh mendiang Fan.

"Hajat untuk memakai Citroen hanya dapat saya penuhi beberapa tahun kemudian...namun selepas kematian Fan, saya telah menjual kembali kereta itu kerana teringatkan beliau," cerita Anuar Tahir penuh imosi.

Seorang lagi bekas pemimpin Abim, Dr Mohamad Nor Manuty yang kini Ketua Penerangan PKR memberitahu, semasa beliau menjadi Presiden Abim, Fan Yew Teng dikenali sebagai Ustaz Fan.

"Bayangkan, apabila ada masa lapang di pejabat Abim, Fan ini sentiasa memenuhkannya dengan membaca al Quran dan terjemahannya.

"Semasa satu simposium tentang Profesor Dr Hamka di Indonesia, Fan turut membentangkan satu kertas kerja mengenai ulamak Islam tersohor ini. Saya diberitahu, kertas beliau antara yang terbaik mengenai Hamka," cerita Dr Mohamad Nor kepada para hadirin.

Ketika ditemui selepas majlis ini, Haji Subky memberitahu Harakahdaily, Fan Yew Teng dikatakan pernah diura-urakan mahu memeluk Islam.

"Saya melihat kalau tidak memeluk Islam pun, dia antara orang bukan Islam yang sangat kenal dan rapat dengan Islam," katanya lagi.

Di samping mereka, turut berucap di majlis itu adalahLim Kit Siang, Lim Guan Eng, Karpal Singh, isterinya Dr Noeleen dan anaknya Lilianne serta adiknya Farn Seong Than di samping ramai lagi pemimpin politik dan NGO yang rapat dengan beliau.

Harakahdaily/-

Guan Eng fail saman Utusan Malaysia

02 Safar 1432H.
Oleh : Mohd Sabri Said.

GEORGETOWN, 6 Jan: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berjanji akan menyerahkan semua wang hasil kemenangan tindakan menyaman Utusan Malaysia kepada tabung Program Miskin Tegar bagi mengembalikan hak kepada rakyat yang kuat menyokongnya.

Lim terpaksa ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang kerana tidak tahan dengan berita fitnah yang saban hari disiarkan dengan matlamat menjatuhkan maruah Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.

Beliau yang datang tepat pukul 12.00 tengah hari bersama peguamnya, Jagdeep Singh Deo terus di bilik mahkamah bagi memfailkan saman terhadap akhbar berkenaan.

Lim kesal kerana Utusan Malaysia terus melancarkan serangan berbau fitnah terhadap kerajaan pimpinanya tanpa menghiraukan jawapan yang dikeluarkan bagi menjelaskan keadaan sebenar kepada umum.

Bukan itu sahaja malahan Utusan juga bertanggungjawab melaga-lagakan kepimpinan DAP, PAS dan KeAdiLan supaya wujud persengketaan dalaman yang boleh menjejaskan perpaduan yang terjalin erat dalam Pakatan Rakyat.

"Selama ini kita diam sahaja tidak bertindak apa-apa tetapi bila melihat terlalu melampau kita terpaksa mencari jalan untuk saman akhbar itu," tegasnya.

Sejak lima negeri dimenangi oleh Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ke-12 lalu, Utusan terus menyerang dengan berbagai fitnah.

Antaranya Pulau Pinang dengan fitnah kononnya Kerajaan Pakatan Rakyat menghakis perkampungan Melayu, membatalkan perarakan Maulidur Rasul, menegah peniaga Melayu berniaga di Komtar pada bulan Ramadhan, merobohkan rumah penduduk Kampung Buah Pala dan Genting serta menggunakan dana dari sumber perjudian untuk bantuan warga emas.

Harakahdaily/-

Tenang - PAS Johor ada bukti gesa guru sokong BN

2 Safar 1432H | MalaysiaKini

PAS Johor akan membuat laporan polis di Labis esok mengenai satu rakaman video seorang pegawai tinggi kerajaan negeri menggesa para guru menyokong kempen BN dalam pilihan raya kecil DUN Tenang.

Pencalonan ditetapkan pada 22 Januari dan pengundian pada 30 Januari bagi mengisi kekosongan kerusi tersebut ekoran kematian penyandangnya dari BN Datuk Sulaiman Taha pada 17 Disember lalu.

Timbalan pesuruhjaya PAS Johor, Zulkifli Ahmad memberitahu Malaysiakini hari ini bahawa rakaman video itu akan dimuat-naik di YouTube.

"Kami akan membuat laporan polis mengenai perkara itu di balai polis Labis bersama bukti untuk menyokongnya," kata beliau.


Zulkifli berkata, pihaknya melihatnya sebagai satu bukti jelas pegawai dan jentera kerajaan diguna untuk membantu BN mendapatkan sokongan melalui cara yang melanggar sikap tidak memihak kakitangan awam dalam politik.

Menurutnya lagi, jika pegawai kanan kerajaan negeri mahu mengambil bahagian dalam politik, mereka mesti meletak jawatan terlebih dahulu sebelum memasuki gelanggang politik.

Sementara itu, Zulkifli berkata, partinya juga tidak bimbang dengan pengedaran dua buku berjudul 'DAP Anti-Islam' dan 'Khawarij dan Parti PAS ', menjelang kempen pilihan raya Tenang. [MOD]

Rais jangan main tuduh : Siapa sebenarnya yang terdesak.

02 Safar 1432H.
Oleh : YB. Drs. Khalil Idham Lim

Saya suka untuk memberi sedikit ulasan dengan kenyataan terbaru Datuk Seri Dr. Rais Yatim yang mendakwa kononnya Pakatan Rakyat dalam keadaan terdesak dan 'tersudut' sehingga sanggup bertindak di luar adab serta menyalahgunakan laman web termasuk khidmat blogger upahan.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu berkata, dengan munuduh tanpa bukti yang kukuh kononnya tindak tanduk tidak beradab Pakatan Rakyat termasuk mencerca kesultanan atau mempertikai konvensyen dan perlembagaan.

Malah, kata beliau, yang ketara ketika ini dalam isu pelantikan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor.

Nampaknya Rais Yatim sudah sembuh dari demam panas cuma dengan keluar memberi kenyataan menafikan dakwaan beliau terlibat dalam kes jenayah memperkosa pada 2007 dan mengatakan semua dakwaan lain yang dilemparkan oleh penulis blog di internet dan parti pembangkang terhadapnya.

"Saya menafikan sebarang dakwaan tersebut sama ada yang berkaitan tuduhan memperkosa mana-mana individu empat tahun dahulu atau lain-lain dakwaan yang dicetuskan penulis liar blog di internet atau mana-mana entiti politik," katanya dalam kenyataan dua hari lepas.

Sehari selepas itu dia cuba menyerang Pakatan Rakyat dengan lupa bahawa masalah yang mebelit dirinya tidak akan berakhir dengan penafian.

Yang menghairankan saya adakah Rais ingat dengan menafikan dia sudah jadi bersih macam bayi yang baru dilahirkan sedangkan dia juga tidak sedikitpun nampak berani untuk menggunakan segala bala tentera yang ada kementeriannya untuk menampilkan blogger dan apa saja pihak yang didakwanya menfitnah beliau ke muka pengadilan.

Kerana itu saya mencabar Rais yang baru dapat ilham untuk menyerang kembali Pakatan Rakyat bila baru menafikan skandalnya untuk mendakwa para blogger yang dianggap sebagai upahan atau paling kurang membuat laporan polis untuk mereka disiasat dengan undang-undang yang ada bagi memastikan dakwaan Pakatan Rakyat mengupah mereka benar atau tidak.

Tetapi setahu saya Rais pun sudah tidak sanggup untuk mengupah mana-mana blogger yang pro UMNO kerana usianya dalam kabinet Najib nampaknya semakin singkat dengan isu tersebut. Malah saya meneliti banyak dari blogger UMNO yang nampak seiring dengan blogger pro Pakatan dalam Isu tersebut.

Oleh itu lebih baik Najib nasihatkan Rais duduk diam dulu sebelum banyak lagi telur busuk dilempar kepadanya. nanti busuk nya akan merebak sehingga ke Tenang .
dan tidak mustahil sampai PRU ke 13 untuk membuktikan itulah watak sebenar pimpinan BN yang pandai berlakon demi untuk kekal berkuasa.

WASSALAM

Ceramah di Tenang tidak tegang tapi polis ganggu

02 Safar 1432H.
Oleh : Hazayani Zakaria.

KUALA LUMPUR, 6 Jan: Pengarah Pilihan Raya Kecil Dun Tenang, Salahuddin Ayub kesal dengan tindakan pihak keselamatan mengganggu ceramah anjuran Pakatan Rakyat meskipun telah memberi jaminan ianya berlangsung secara aman.

Beliau berkata, kehadiran anggota polis yang ramai ke setiap ceramah Pakatan Rakyat yang sebenarnya memburukkan keadaan yang pada asalnya berlangsung dalam suasana aman.

"Saya mengharapkan suatu padang permainan yang sama rata dan saya mengharapkan pihak polis dapat memberikan kerjasama kerana kita menjanjikan ceramah dan perhimpunan yang aman yang seharusnya tidak ada masalah untuk pihak keselamatan memberikan kita permit," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Beliau yang juga Naib Presiden PAS turut berkata, pihaknya sedaya upaya memastikan tidak berlakunya kekecohan di setiap program Pakatan Rakyat jika pihak polis sedia memberikan kerjasama.

"Kita pun tidak mahu berlakunya keadaan yang tegang dan melibatkan ramai pegawai polis yang hadir dalam setiap ceramah Pakatan Rakyat.

"Jadi saya harap perkara ini tak akan berlaku lagi pada masa akan datang dan harap pihak keselamatan memberikan kita permit dan kita bersedia mematuhi segala peraturan dan arahan," katanya.

Ceramah Pakatan Rakyat yang turut dihadiri Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Tenang Isnin lalu dikawal ketat oleh pihak polis malah mereka bertindak menghalang Anwar daripada terus menyampaikan ceramah menggunakan mikrofon.

Menurut ahli Parlimen Kubang Kerian itu lagi, rakyat Tenang sebenarnya ternanti-nanti kehadiran pimpinan Pakatan Rakyat untuk turun menyampaikan maklumat isu-isu semasa.

Tambahnya, kesepakatan yang ditunjukkan pimpinan Pakatan dalam setiap program penerangan memberikan keyakinan kepada rakyat bahawa Pakatan masih kukuh.

"Rakyat Tenang sebenarnya cukup selesa apabila pimpinan Pakatan Rakyat dapat tampil menunjukkan kesepakatan dan komitmen yang tinggi dalam kita memastikan kita benar-benar dapat menawan hati pengundi Tenang.

"Ini satu peluang untuk kita membuktikan bahawa segala tohmahan dan propaganda yang dimainkan kerajaan BN dapat kita kikis daripada minda mereka.

"Sebab itu kita tetap turun walau apa pun persepsi negatif yang cuba dibina terhadap Pakatan Rakyat.

Mengulas mengenai tindakan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Johor, Markom Giran turun ke sekolah untuk merayu guru-guru membantu jentera BN menghadapi pilihan raya kecil ini, beliau berkata, tindakan itu jelas menunjukkan pelanggaran etika kempen yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Kalau BN nak jabatan-jabatan kerajaan untuk berkempen, ini bermakna mereka sendiri yang melanggar etika.

"Saya diberi faham mereka melbatkan guru-guru dan jelas mereka bercakap supaya mereka memberikan sokongan kepada Barisan Nasional. Ini pelanggaran etika yang saya rasa cukup serius dan peguam-peguam kita sedang menunggu untuk kita membuat tindakan selanjutnya," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Pilihan Raya Kecil Tenang, Mazlan Aliman memberitahu, pihaknya akan membuat laporan polis berhubung perkara itu jam 10.30 pagi esok di Balai Polis Labis.

SPR sebelum ini mengeluarkan kenyataan melarang mana-mana parti politik berkempen di Tenang sebelum penamaan calon pada 22 Januari ini.

Harakahdaily/-

Sebutan kes Khir Toyo Jun ini - Mahkamah

2 Safar 1432H | MalaysiaKini

Kes rasuah membabitkan menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo akan ditetapkan pada 6 hingga 24 Jun ini, kata hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Mohtarudin Baki.

Beliau juga membenarkan permohonan pihak pendakwaan bagi meminda kes itu ke mahkamah tinggi. Kali pertama, pertuduhan ke atas Mohd Khir dibacakan di mahkamah sesyen.

Pada 6 Disember tahun lalu, Mohd Khir dan pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Haryoni dituduh melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Shamsuddin pula didakwa mengikut seksyen yang sama dan dikenakan pertuduhan tambahan mengikut Seksyen 109 kerana membantu Mohd Khir melakukan kesalah berkenaan.

Beliau didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Mohd Khir didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi menteri besar Selangor, di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei 2007.Kedua-duanya tidak mengaku bersalah terhadap tuduhan tersebut.[MOD]

Agong diguna tarik Nik Aziz ke pertemuan kontroversi

2 Safar 1432H | MalaysiaKini

Ahli parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad mendakwa Umno telah menggunakan Yang di-Pertuan Agong untuk menarik mursyidul am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat menghadiri pertemuan kontroversi pada 25 Disember di Istana Istana Terengganu di Kuala Lumpur.

Katanya, tindakan itu sebenarnya menunjukkan bagaimana
terdesaknya Umno yang sanggup menggunakan Seri Paduka untuk menjemput pemimpin PAS menghadiri majlis makan malam itu.

Khalid membuat dakwaan itu dalam satu sidang akhbar di pusat perkhidmatnya di Shah Alam hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut hadir dalam pertemuan tersebut.

Pertemuan tersebut telah mencetuskan spekulasi mengenai wujudnya usaha untuk memulihkan semula perbincangan mengenai 'kerajaan perpaduan'.

Nik Aziz enggan mengulas mengenai pertemuan tersebut kepada pihak media, dengan menyatakan bahawa beliau perlu menghormati pertemuan tertutup itu.

Bagaimanapun, Khalid berkata, satu taklimat telah diberikan oleh mursyidul am itu mengenai perkara tersebut dalam satu mesyuarat badan penerangan PAS Kelantan.

Maklumat daripada pertemuan itu telah 'ditiris' kepada para bloger oleh beberapa pemimpin PAS.

Malah pengarah pilihan raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Haron, menulis mengenainya dalam Facebook.

Khalid berpendapat ini menunjukkan bagaimana kuatnya Pakatan sehinggakan Umno terpaksa menggunakan cara licik seperti itu untuk cuba memujuk PAS meninggalkan sekutunya.

Katanya lagi, adalah penting untuk diketahui bahawa pemimpin PAS memahami yang konsep kerajaan perpaduan dan kerjasama dengan Umno, telah ditolak oleh ahli parti itu.

Menurutnya, walaupun apa pun yang dibincangkan di majlis makan malam itu, PAS akan tetap terus bersama dengan Pakatan.

Secara berseloroh, Khalid berkata, situasi tentu begitu terdesak sekali bagi Umno sehinggakan Najib dan Muhyiddin bersetuju hadir di majlis makan malam yang sama.

Katanya, ini kerana bukan mudah bagi PM dan DPM untuk hadir bersama," tambahnya. [MOD]

Harga emas cecah RM4,650 seaun

KUALA LUMPUR 6 Jan. - Harga emas dunia bakal mencecah paras AS$1,500 (RM4,650) satu auns pada tahun ini, kata Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Poh Kong Holdings Bhd. (Poh Kong), Datuk Eddie Choon.

Katanya, peningkatan itu dijangka berlaku memandangkan trend semasa dan permintaan berterusan di pasaran.

''Pada tahun lalu, harga emas bagi satu auns adalah sekitar AS$1,400 (RM4,340) dan ia terus meningkat.

''Walaupun pada awal tahun ini, harganya mengalami sedikit penurunan, tetapi kami yakin ia bakal mencecah AS$1,500 satu auns,'' katanya.

Beliau berkata demikian selepas di minta mengulas mengenai harga pasaran semasa emas pada sidang media selepas mesyuarat agung tahunan Poh Kong di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Perhubungan Korporat, Pentadbiran & Sumber Manusia, Margaret Hon dan Akauntan, Hoh Sze Haw.

Tahun lalu, harga komoditi mengalami lonjakan positif apabila ditutup pada paras yang tinggi terutama bagi emas hingga ke minyak mentah.

Harga emas ditutup pada paras AS$1,421.40 (RM4406.34) satu auns pada hari terakhir 2010, naik kira-kira 31 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Para penganalisis menjangkakan trend peningkatan harga akan berterusan pada tahun ini kerana emas merupakan komoditi paling cemerlang dari aspek peningkatan harga pada tahun lalu.

Secara tradisinya ia dilihat sebagai pelaburan perlindungan nilai dan sering digunakan sebagai mekanisme lindung nilai terhadap deflasi.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai perkembangan perniagaan, Choon berkata, pada tahun ini Poh Kong akan menambah tiga lagi cawangan dengan pelaburan sebanyak RM9 juta.

''Tiga cawangan tersebut terletak di Semenanjung Malaysia dengan yang pertama adalah di Nilai, Negeri Sembilan dijangka dibuka pada suku pertama tahun ini.

''Dua lagi cawangan masih belum dikenal pasti. Pelaburan bagi setiap cawangan adalah sebanyak RM3 juta,'' jelasnya.

Penambahan tiga cawangan itu akan menyaksikan Poh Kong memiliki 100 buah cawangan di seluruh negara.

Tambah beliau, setakat ini fokus perkembangan perniagaan adalah tertumpu di Semenanjung Malaysia.

''Dalam masa terdekat ini, kami masih belum merancang untuk menambah cawangan di Malaysia Timur dan di luar negara.

''Tetapi kami sentiasa meninjau sebarang peluang. Sekiranya ia bertepatan dengan kehendak perniagaan Poh Kong, kami akan pertimbangkan pada masa hadapan,'' katanya.

Poh kong menguasai 15 peratus pasaran barangan kemas emas dan tahun ini merupakan ulang tahun syarikat itu yang ke 35 tahun.

Pelbagai promosi dijalankan bagi menyambut ulang tahun itu sehingga 31 Ogos ini.

(*) sumber: Utusan[MOD]

Husain bin Ali bin Abu Talib (4-61 H)

2 Safar 1432H.

Oleh: Ustadz Muhammad Umar Sewed

Beliau dilahirkan pada bulan Sya’ban tahun ke-empat Hijriyah. Diriwayatkan bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam men-tahnik (yakni mengunyahkan kurma kemudian dimasukkan ke mulut bayi dengan digosokkan ke langit-langitnya -pent.), mendoakan dan menamakannya Al-Husein. Demikianlah dikatakan oleh Ibnu Katsir dalam Al-Bidayah wan Nihayah, juz VIII, hal. 152.

Berkata Ibnul Arabi dalam kitabnya Al-Awashim minal Qawashim: “Disebutkan oleh ahli tarikh bahwa surat-surat berdatangan dari ahli kufah kepada Al-Husein (setelah meninggalnya Mu’awiyah radhiyallahu ‘anhu). Kemudian Al-Husein mengirim Muslim Ibnu Aqil, anak pamannya kepada mereka untuk membai’at mereka dan melihat bagaimana keikutsertaan mereka. Maka Ibnu Abbas radhiyal­lahu ‘anhu memberitahu beliau (Al-Husein) bahwa mereka dahulu pernah mengkhianati bapak dan saudaranya. Sedangkan Ibnu Zubair mengisya­ratkan kepadanya agar dia berangkat, maka berang­katlah Al-Husein. Sebelum sampai beliau di Kufah ternyata Muslim Ibnu Aqil telah terbunuh dan dise­rahkan kepadanya oleh orang-orang yang memanggilnya. “Cukup bagimu ini sebagai peringat­an bagi yang mau mengambil peringatan” (kelihatannya yang dimaksud adalah ucapan Ibnu Abbas kepada Al-Husein -pent.).

Tetapi beliau radhi­yallahu ‘anhu tetap melanjutkan perjalanannya de­ngan marah karena dien dalam rangka menegakkan al-haq. Bahkan beliau tidak mendengarkan nasehat orang yang paling alim pada jamannya yaitu ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhu dan menyalahi pendapat syaikh para shahabat yaitu Ibnu Umar. Beliau mengharapkan permulaan pada akhir (hidup -pent.), mengharapkan kelurusan dalam kebengkokan dan mengharapkan keelokan pemuda dalam rapuh ke­tuaan. Tidak ada yang sepertinya di sekitarnya, tidak pula memiliki pembela-pembela yang memelihara haknya atau yang bersedia mengorbankan dirinya untuk membelanya. Akhirnya kita ingin mensucikan bumi dari khamr Yazid, tetapi kita tumpahkan darah Al-Husein, maka datang kepada kita musibah yang menghilangkan kebahagiaan jaman. (lihat Al-Awashim minal Qawashim oleh Abu Bakar Ibnul ‘Arabi dengan tahqiq dan ta’liq Syaikh Muhibbuddin Al-Khatib, hal. 229-232)

Yang dimaksud oleh beliau dengan ucapannya ‘Kita ingin mensucikan bumi dari khamr Yazid, tetapi kita tumpahkan darah Al-Husein‘ adalah bahwa niat Al-Husein dengan sebagian kaum muslimin untuk mensucikan bumi dari khamr Yazid yang hal ini masih merupakan tuduhan-tuduhan dan tanpa bukti, tetapi hasilnya justru kita menodai bumi dengan darah Al-Husein yang suci. Sebagaimana dikatakan oleh Syaikh Muhibbudin Al-Khatib dalam ta’liq-nya terhadap buku Al-Awashim Minal Qawashim.

Ketika Al-Husein ditahan oleh tentara Yazid, Samardi Al-Jausyan mendorong Abdullah bin Ziyad untuk membunuhnya. Sedangkan Al-Husein meminta untuk dihadapkan kepada Yazid atau dibawa ke front untuk berjihad melawan orang-orang kafir atau kembali ke Mekah. Namun mereka tetap mem­bunuh Al-Husein dengan dhalim sehingga beliau meninggal dengan syahid radhiyallahu ‘anhu. Inna Lillahi wa Inna Ilaihi Raji’un.

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah berkata: “Al-Husein terbunuh di Karbala di dekat Eufrat dan jasadnya dikubur di tempat terbunuhnya, sedangkan kepalanya dikirim ke hadapan Ubaidillah bin Ziyad di Kufah. Demikianlah yang diriwayatkan oleh Bukhari dalam Shahihnya dan dari para imam yang lain.

Adapun tentang dibawanya kepala beliau kepada Yazid telah diriwayatkan dalam beberapa jalan yang munqathi’ (terputus) dan tidak benar sedikitpun tentangnya. Bahkan dalam riwayat-riwayat tampak sesuatu yang menunjukkan kedus­taan dan pengada-adaan riwayat tersebut. Dise­butkan padanya bahwa Yazid menusuk gigi taringnya dengan besi dan bahwasanya sebagian para shahabat yang hadir seperti Anas bin Malik, Abi Barzah dan lain-lain mengingkarinya. Hal ini adalah pengkaburan, karena sesungguhnya yang menusuk dengan besi adalah ‘Ubaidilah bin Ziyad. Demikian pula dalam kitab-kitab shahih dan musnad, bahwasanya mereka menempatkan Yazid di tempat ‘Ubaidilah bin Ziyad. Adapun ‘Ubaidillah, tidak diragukan lagi bahwa dialah yang memerin­tahkan untuk membunuhnya (Husein) dan meme­rintahkan untuk membawa kepalanya ke hadapan dirinya. Dan akhirnya Ibnu Ziyad pun dibunuh karena itu.

Dan lebih jelas lagi bahwasanya para shahabat yang tersebut tadi seperti Anas dan Abi Barzah tidak berada di Syam, melainkan berada di Iraq ketika itu. Sesungguhnya para pendusta adalah orang-orang jahil (bodoh), tidak mengerti apa-apa yang menunjukkan kedustaan mereka.” (Majmu’ Fatawa, juz IV, hal. 507-508)

Adapun yang dirajihkan oleh para ulama tentang kepala Al-Husein bin Ali radhiyallahu ‘anhuma adalah sebagaimana yang disebutkan oleh az-Zubair bin Bukar dalam kitabnya Ansab Quraisy dan beliau adalah seorang yang paling ‘alim dan paling tsiqah dalam masalah ini (tentang keturunan Quraisy). Dia menyebutkan bahwa kepala Al-Husein dibawa ke Madinah An-Nabawiyah dan dikuburkan di sana. Hal ini yang paling cocok, karena di sana ada kuburan saudaranya Al-Hasan, paman ayahnya Al-Abbas dan anak Ali dan yang seperti mereka. (Dalam sumber yang sama, juz IV, hal. 509)

Demikianlah Al-Husain bin Ali radhiyallahu ‘anhuma terbunuh pada hari Jum’at, pada hari ‘Asyura, yaitu pada bulan Muharram tahun 61 H dalam usia 54 tahun 6 bulan. Semoga Allah merahmati Al-Husein dan mengampuni seluruh dosa­dosanya serta menerimanya sebagai syahid. Dan semoga Allah membalas para pembunuhnya dan mengadzab mereka dengan adzab yang pedih. Amin.

Sikap Ahlus Sunnah Terhadap Yazid bin Mu’awiyyah

Untuk membahas masalah ini kita nukilkan saja di sini ucapan Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah secara lengkap dari Fatawa-nya sebagai berikut:

Belum terjadi sebelumnya manusia mem­bicarakan masalah Yazid bin Muawiyyah dan tidak pula membicarakannya termasuk masalah Dien. Hingga terjadilah setelah itu beberapa perkara, sehingga manusia melaknat terhadap Yazid bin Muawiyyah, bahkan bisa jadi mereka menginginkan dengan itu laknat kepada yang lainnya. Sedangkan kebanyakan Ahlus Sunnah tidak suka melaknat or­ang tertentu. Kemudian suatu kaum dari golongan yang ikut mendengar yang demikian meyakini bahwa Yazid termasuk orang-orang shalih yang besar dan Imam-imam yang mendapat petunjuk.

Maka golongan yang melampaui batas terhadap Yazid menjadi dua sisi yang berlawanan:

Sisi pertama, mereka yang mengucapkan bahwa dia kafir zindiq dan bahwasanya dia telah membunuh salah seorang anak perempuan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, membunuh shahabat-shahabat Anshar, dan anak-anak mereka pada kejadian Al-Hurrah (pembebasan Madinah) untuk menebus dendam keluarganya yang dibunuh dalam keadaan kafir seperti kakek ibunya ‘Utbah bin Rab’iah, pamannya Al-Walid dan selain keduanya. Dan mereka menyebutkan pula bahwa dia terkenal dengan peminum khamr dan menampakkan maksiat-maksiatnya.

Pada sisi lain, ada yang meyakini bahwa dia (Yazid) adalah imam yang adil, mendapatkan petunjuk dan memberi petunjuk. Dan dia dari kalangan shahabat atau pembesar shahabat serta salah seorang dari wali-wali Allah. Bahkan sebagian dari mereka meyakini bahwa dia dari kalangan para nabi. Mereka mengucapkan bahwa barangsiapa tidak berpendapat terhadap Yazid maka Allah akan menghentikan dia dalam neraka Jahannam. Mereka meriwayatkan dari Syaikh Hasan bin ‘Adi bahwa dia adalah wali yang seperti ini dan seperti itu. Barangsiapa yang berhenti (tidak mau mengatakan demikian), maka dia berhenti dalam neraka karena ucapan mereka yang demikian terhadap Yazid. Setelah zaman Syaikh Hasan bertambahlah perkara-perkara batil dalam bentuk syair atau prosa. Mereka ghuluw kepada Syaikh Hasan dan Yazid dengan perkara-perkara yang menyelisihi apa yang ada di atasnya Syaikh ‘Adi yang agung -semoga Allah mensucikan ruhnya-. Karena jalan beliau sebelumnya adalah baik, belum terdapat bid’ah-bid’ah yang seperti itu, kemudian mereka mendapatkan bencana dari pihak Rafidlah yang memusuhi mereka dan kemudian membunuh Syaikh Hasan bin ‘Adi sehingga terjadilah fitnah yang tidak disukai Allah dan Rasul-Nya.

Dua sisi ekstrim terhadap Yazid tersebut menyelishi apa yang disepakati oleh para ulama dan Ahlul Iman. Karena sesungguhnya Yazid bin Muawiyyah dilahirkan pada masa khalifah Utsman bin ‘Affan radliallahu ‘anhu dan tidak pernah bertemu Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam serta tidak pula termasuk shahabat dengan kesepakatan para ulama. Dia tidak pula terkenal dalam masalah Dien dan keshalihan. Dia termasuk kalangan pemuda-pemuda muslim bukan kafir dan bukan pula zindiq. Dia memegang kekuasaan setelah ayahnya dengan tidak disukai oleh sebagian kaum muslimin dan diridlai oleh sebagian yang lain. Dia memiliki keberanian dan kedermawanan dan tidak pernah menampakkan kemaksiatan-kemaksiatan sebagaimana dikisahkan oleh musuh-musuhnya.

Namun pada masa pemerintahannya telah terjadi perkara-perkara besar yaitu:

1. Terbunuhnya Al-Husein radhiyallahu ‘anhu se­dangkan Yazid tidak memerintahkan untuk membunuhnya dan tidak pula menampakkan kegembiraan dengan pembunuhan Husein serta tidak memukul gigi taringnya dengan besi. Dia juga tidak membawa kepala Husein ke Syam. Dia memerintahkan untuk melarang Husein dengan melepaskannya dari urusan walaupun dengan memeranginya. Tetapi para utusannya melebihi dari apa yang diperintahkannya tatkala Samardi Al-Jausyan mendorong ‘Ubaidillah bin Ziyad untuk membunuhnya. Ibnu Ziyad pun me­nyakitinya dan ketika Al-Husein radhiyallahu ‘anhu meminta agar dia dibawa menghadap Yazid, atau diajak ke front untuk berjihad (memerangi orang-orang kafir bersama tentara Yazid -pent), atau kembali ke Mekkah, mereka menolaknya dan tetap menawannya. Atas perintah Umar bin Sa’d, maka mereka membunuh beliau dan sekelompok Ahlul Bait radhiyallahu ‘anhum dengan dhalim. Terbunuhnya beliau radhiyallahu ‘anhu termasuk musibah besar, karena sesungguhnya terbunuhnya Al-Husein -dan ‘Utsman bin ‘Affan sebelumnya- adalah penyebab fitnah terbesar pada umat ini. Demikian juga pembunuh keduanya adalah makhluk yang paling jelek di sisi Allah. Ketika keluarga beliau radhiyallahu ‘anhu mendatangi Yazid bin Mua’wiyah, Yazid memuliakan mereka dan mengantarkan mereka ke Madinah.

Diriwayatkan bahwa Yazid melaknat Ibnu Ziyad atas pembunuhan Husein dan berkata: “Aku sebenarnya meridlai ketaatan penduduk Irak tanpa pembunuhan Husein.” Tetapi dia tidak menampakkan pengingkaran terhadap pembunuhnya, tidak membela serta tidak pula membalasnya, padahal itu adalah wajib bagi dia. Maka akhirnya Ahlul Haq mencelanya karena meninggalkan kewajibannya, ditambah lagi dengan perkara-perkara yang lain. Sedangkan musuh-musuh mereka menambahkan kedustaan-kedustaan atasnya.

2. Ahlil Madinah membatalkan bai’atnya kepada Yazid dan mereka mengeluarkan utusan-utusan dan penduduknya. Yazid pun mengirimkan tentara kepada mereka, memerintahkan mereka untuk taat dan jika mereka tidak mentaatinya setelah tiga hari mereka akan memasuki Madinah dengan pedang dan menghalalkan darah mereka. Setelah tiga hari, tentara Yazid memasuki Madinah an-Nabawiyah, membunuh mereka, merampas harta mereka, bahkan menodai kehormatan-kehormatan wanita yang suci, kemudian mengirimkan tentaranya ke Mekkah yang mulia dan mengepungnya. Yazid meninggal dunia pada saat pasukannya dalam keadaan mengepung Mekkah dan hal ini meru­pakan permusuhan dan kedzaliman yang dikerjakan atas perintahnya.

Oleh karena itu, keyakinan Ahlus Sunnah dan para imam-imam umat ini adalah mereka tidak melaknat dan tidak mencintainya. Shalih bin Ahmad bin Hanbal berkata: Aku katakan kepada ayahku: “Sesungguhnya suatu kaum mengatakan bahwa mereka cinta kepada Yazid.” Maka beliau rahimahullah menjawab: “Wahai anakku, apakah akan mencintai Yazid seorang yang beriman kepada Allah dan hari akhir?” Aku bertanya: “Wahai ayahku, mengapa engkau tidak melaknatnya?” Beliau menjawab: “Wahai anakku, kapan engkau melihat ayahmu melaknat seseorang?”

Diriwayatkan pula bahwa ditanyakan kepadanya: “Apakah engkau menulis hadits dari Yazid bin Mu’awiyyah?” Dia berkata: “Tidak, dan tidak ada kemulyaan, bukankah dia yang telah melakukan terhadap ahlul Madinah apa yang dia lakukan?”

Yazid menurut ulama dan Imam-imam kaum muslimin adalah raja dari raja-raja (Islam -pent). Mereka tidak mencintainya seperti mencintai orang-orang shalih dan wali-wali Allah dan tidak pula melaknatnya. Karena sesungguhnya mereka tidak suka melaknat seorang muslim secara khusus (ta yin), berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh Bukhari dalam Shahih-nya dari Umar bin Khaththab radhiyallahu ‘anhu: Bahwa seseorang yang dipanggil dengan Hammar sering minum khamr. Acap kali dia didatangkan kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dan dicambuknya. Maka berkatalah seseorang: “Semoga Allah melaknatnya. Betapa sering dia didatangkan kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam.” Maka Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Jangan engkau melaknatnya, sesungguhnya dia mencintai Allah dan Rasul-Nya. ” (HR. Bukhari)

Walaupun demikian di kalangan Ahlus Sunnah juga ada yang membolehkan laknat terhadapnya karena mereka meyakini bahwa Yazid telah melakukan kedhaliman yang menyebabkan laknat bagi pelakunya.

Kelompok yang lain berpendapat untuk mencintainya karena dia seorang muslim yang memegang pemerintahan di zaman para shahabat dan dibai’at oleh mereka. Serta mereka berkata: “Tidak benar apa yang dinukil tentangnya padahal dia memiliki kebaikan-kebaikan, atau dia melakukannya dengan ijtihad.”

Pendapat yang benar adalah apa yang dikatakan oleh para imam (Ahlus Sunnah), bahwa mereka tidak mengkhususkan kecin­taan kepadanya dan tidak pula melaknatnya. Di samping itu kalaupun dia sebagai orang yang fasiq atau dhalim, Allah masih mungkin meng­ampuni orang fasiq dan dhalim. Lebih-lebih lagi kalau dia memiliki kebaikan-kebaikan yang besar.

Diriwayatkan oleh Bukhari dalam Shahihnya dari Ummu Harran binti Malhan radhiyallahu ‘anha bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

وَأَوَّلُ جَيْشٍ مِنْ أُمَّتِى يَغْزُوْنَ مَدِيْنَةَ قَيْصَرَ مَغْفُوْرٌ لَهُمْ. (رواه البخارى)

Tentara pertama yang memerangi Konstantiniyyah akan diampuni. (HR. Bukhari)

Padahal tentara pertama yang memeranginya adalah di bawah pimpinan Yazid bin Mu’awiyyah dan pada waktu itu Abu Ayyub al-Anshari radhiyallahu ‘anhu bersamanya.

Catatan:

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah melanjutkan setelah itu dengan ucapannya: “Kadang-kadang sering tertukar antara Yazid bin Mu’ awiyah dengan pamannya Yazid bin Abu Sufyan. Padahal sesungguhnya Yazid bin Abu Sufyan adalah dari kalangan Shahabat, bahkan orang-orang pilihan di antara mereka dan dialah keluarga Harb (ayah Abu Sufyan bin Harb -pent) yang terbaik. Dan beliau adalah salah seorang pemimpin Syam yang diutus oleh Abu Bakar ash-Shiddiq radhiyallahu ‘anhu ketika pembebasan negeri Syam. Abu Bakar ash-Shiddiq pernah berjalan bersamanya ketika mengantarkan­nya, sedangkan dia berada di atas kendaraan. Maka berkatalah Yazid bin Abu Sufyan: “Wahai khalifah Rasulullah, naiklah! (ke atas kendaraan) atau aku yang akan turun.” Maka berkatalah Abu Bakar: “Aku tidak akan naik dan engkau jangan turun, se­sungguhnya aku mengharapkan hisab dengan langkah-langkahku ini di jalan Allah. Ketika beliau wafat setelah pembukaan negeri Syam di zaman pemerintahan Umar radhiyallahu ‘anhu, beliau mengangkat saudaranya yaitu Mu’awiyah untuk menggantikan kedudukannya.

Kemudian Mu’awiyah mempunyai anak yang bernama Yazid di zaman pemerintahan ‘Utsman ibnu ‘Affan dan dia tetap di Syam sampai terjadi peristiwa yang terjadi.

Yang wajib adalah untuk meringkas yang demikian dan berpaling dari membicarakan Yazid bin Mu’awiyah serta bencana yang menimpa kaum muslimin karenanya dan sesungguhnya yang demikian merupakan bid’ah yang menyelisihi ahlus sunnah wal jama’ah. Karena dengan sebab itu sebagian orang bodoh meyakini bahwa Yazid bin Mu`awiyah termasuk kalangan shahabat dan bahwasanya dia termasuk kalangan tokoh-tokoh orang shalih yang besar atau imam-imam yang adil. Hal ini adalah kesalahan yang nyata.” (Diambil dari Majmu’ Fatawa, Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah, jilid 3, hal. 409-414)


Bid’ah-bid’ah yang Berhubungan dengan Terbunuhnya Al-Husein

Kemudian muncullah bid’ah-bid’ah yang banyak yang diadakan oleh kebanyakan orang-or­ang terakhir berkenaan dengan perisiwa terbunuhnya Al-Husein, tempatnya, waktunya dan lain-lain. Mulailah mereka mengada-adakan An-Niyaahah (ratapan) pada hari terbunuhnya Al-Husein yaitu pada hari ‘Asyura (10 Muharram), penyiksaan diri, mendhalimi binatang-binatang ternak, mencaci maki para wali Allah (para shahabat) dan mengada-adakan kedustaan-kedustaan yang diatasnamakan ahlul bait serta kemungkaran-kemungkaran yang jelas dilarang dalam kitab Allah dan sunnah Rasul-Nya shallallahu ‘alaihi wa sallam serta berdasarkan kesepakatan kaum muslimin.

Al-Husein radhiyallahu ‘anhu telah dimu­liakan oleh Allah subhanahu wa ta’ala dengan mati syahid pada hari ‘Asyura dan Allah telah menghi­nakan pembunuhnya serta orang yang mendukung­nya atau ridla dengan pembunuhannya. Dan dia mempunyai teladan pada orang sebelumnya dari para syuhada, karena sesungguhnya dia dan saudaranya adalah penghulu para pemuda ahlul jannah. Keduanya telah dibesarkan pada masa kejayaan Is­lam dan tidak mendapatkan hijrah, jihad, dan kesabaran atas gangguan-gangguan di jalan Allah sebagaimana apa yang telah didapati oleh ahlul bait sebelumnya. Maka Allah mulyakan keduanya dengan syahid untuk menyempurnakan kemulyaan dan mengangkat derajat keduanya.

Pembunuhan beliau merupakan musibah besar dan Allah subhanahu wa ta’ala telah mensyari’atkan untuk mengucapkan istirja’ (Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un) ketika musibah dalam ucapannya:

وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ أُولَئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِنْ رَبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُهْتَدُونَ.

…. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orangyang sabar, (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: “Innaa lillahi wa innaa ilaihi raaji’uun”. Mereka itulah yang mendapatkan keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Rabbnya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk. (Al-Baqarah: 155-157)

Sedangkan mereka yang mengerjakan apa-apa yang dilarang oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam rangka meratapinya seperti memukul pipi, merobek baju, dan menyeru dengan seruan-seruan jahiliyah, maka balasannya sangat keras sebagaimana diriwayatkan dalam Bukhari dan Muslim dari Ibnu Mas’ud radhiyallahu ‘anhu, berkata: Bersabda Rasulullah shallallahu `alaihi wa sallam:

لَيْسَ مِنَّا مَنْ لَطَمَ الْخُدُوْدَ، وَشَقَّ الْجُيُوْبَ، وَدَعَا بِدَعْوَى الْجَاهِلِيَّةِ. (رواه البخارى ومسلم)

Bukan dari golongan kami, siapa yang memukul-mukul pipi, merobek-robek baju, dan menyeru dengan seruan-seruan jahiliyah. (HR. Bukhari dan Muslim)

Dalam hadits lain, juga dalam Bukhari dan Muslim dari Abu Musa Al-Asy’ari radhiyallahu ‘anhu, bahwa dia berkata: “Aku berlepas diri dari orang-orang yang Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berlepas diri darinya, yaitu bahwasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berlepas diri dari al-haliqah, ash-shaliqah dan asy-syaaqqah. (HR. Bukhari dan Muslim)

Dan dalam Shahih Muslim dari Abi Malik Al-Asy’ari bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

أَرْبَعٌ فِى أُمَّتِى مِنْ أَمْرِ الْجَاهِلِيَّةِ لاَ يَتْرُكُوْنَهُنَّ: الْفَخْرُ فِى اْلأَحْسَابِ وَالطَّعْنُ فِى اْلأَنْسَابِ وَاْلإِسْتِسْقَاءُ بِالنُجُوْمِ وَالنِّيَاحَةُ. (رواه مسلم)

Empat perkara yang terdapat pada umatku dari perkara perkara jahiliyah yang mereka tidak meninggalkannya: bangga dengan kedudukan, mencela nasab (keturunan), mengharapkan hujan dengan bintang-bintang dan meratapi mayit. (HR. Muslim)

Dan juga beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

وَإِنَّ النَّائِحَةَ إِذَا لَمْ تَتُبْ قَبْلَ الْمَوْتِ جَائَتْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ عَلَيْهَا سِرْبَالٌ مِنْ قَطِرَانِ، وَدَرْعٌ مِنْ لَهَبِ النَّارِ. (صحيح رواه أحمد والطبرانى والحاكم)

Sesungguhnya perempuan tukang ratap jika tidak bertaubat sebelum matinya dia akan dibangkitkan di hari kiamat sedangkan atasnya pakaian dari timah dan pakaian dada dari nyala api neraka. (HR. Ahmad, Thabrani dan Hakim)

Hadits-hadits tentang masalah ini bermacam-­macam.

Demikianlah keadaan orang yang meratapi mayit dengan memukul-mukul badannya, merobek-robek bajunya dan lain-lain. Maka bagaimana jika ditambah lagi bersama dengan itu kezaliman terhadap or­ang-orang mukmin (para shahabat), melaknat mereka, mencela mereka, serta sebaliknya membantu ahlu syiqaq orang-orang munafiq dan ahlul bid’ah dalam kerusakan dien yang mereka tuju serta kemungkaran lain yang Allah lebih mengetahuinya.

Maraji’:

Minhajus-Sunnah, Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah.
Majmu’ Fatawa, Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah.
Al-’Awashim Minal Qawashim, oleh Qadhi Abu Bakar Ibnul Arabi dengan tahqiq dan ta’liq Syaikh Muhibbudin Al-Khatib.
Al-Bidayah wan Nihayah, Ibnu Katsir.
Fathul Bari Syarh Shahih Bukhari oleh Ibnu Hajar Al-Asqalani.
Shahih Muslim dengan Syarh Nawawi.
Silsilah Al-Ahadits Ash-Shahihah oleh Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani.

Pemuda PAS Perak cadang imbuhan rumah kepada pemain negara.

2 Safar 1432H.
MOHD MUNIR ALI

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) amat bersetuju dengan langkah Kerajaan Negeri Perak yang telah meluluskan imbuhan sebanyak RM5,000 setiap seorang sebagai penghargaan kepada pemain Malaysia yang berasal daripada Perak iaitu Mohammad Safee Mohammad Sali, Mohd Sabre Mat Abu dan Mohamad Fadhli Mohd Shas atas kejayaan dan sumbangan mereka yang membawa negara menjulang Piala Suzuki AFF baru-baru ini.

Malah DPPN Pk merasakan kerajaan negeri perlu menambah bentuk imbuhan tersebut yang akan memberikan manafaat kepada Pasukan Bolasepak Negeri Perak khasnya. DPPN Pk mencadangkan imbuhan berbentuk rumah perlu diberikan kepada mereka untuk merangsang mereka pulang dan kembali tinggal di Negeri Perak yang tentunya memberi peluang kepada mereka untuk kembali memberikan sumbangan kearah kegemilangan bolasepak Perak itu sendiri.

DPPN Pk amat bangga dengan setiap kejayaan daripada mereka yang lahir di Perak dan setiap bentuk sumbangan dan penghargaan kerajaan negeri terhadap mereka walaupun sedikit akan tetapi amat bermakna buat rakyat Perak. Jesteru DPPN Pk mengambil peluang merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan tertinggi dengan anak-anak kelahiran Perak ini yang telah berjaya menyumbang kearah perkembangan terbaik dalam sejarah mutakhir bolasepak tanahair kita. Harapan DPPN Pk agar mereka boleh terus menyumbang kemahiran mereka setelah berhasrat untuk kembali ke Perak nanti.


MOHD MUNIR ALI
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak

Adakah Rais sekuat Anwar menghadapinya ?

2 Safar 1432H.
Oleh: WFAUZDIN NS

AKHIRNYA MP Jelebu yang juga Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan YB DSU Rais Yatim pun muncul di kaca TV malam tadi. Setelah sekian lama diasak oleh berbagai cerita yang berkaitan dengan kes Amah dirogol seperti yang didedahkan di dalam beberapa blog, dan juga setelah laporan Polis dibuat terhadapnya, beliau tampil untuk menafikan beliau terlibat.

Di TV3 dalam Buletin Utama, berita yang keluar sekitar seminit dua hanyalah kenyataan penafian Menteri ini yang juga boss besar stesen TV. Di dalam berita Astro Awani, gambar Menteri ini muncul di dalam sidang akhbarnya untuk menafikan beliau tidak terlibat.

Berbeza dengan tuduhan terhadap DS Anwar. Apabila ada tuduhan dibuat ke Ketua Pembangkang ini, maka TV dan akhbar berjela-jela membuat ulasan walaupun penafian dibuat oleh DS Anwar. Paling kurang setengah jam TV akan mengulas isu ke atas DS Anwar siap dengan menemu bual beberapa pemimpin yang sememangnya musuh DS Anwar. Paling laris untuk ditemubual adalah beberapa spesis katak yang melompat dari PKR, termasuk juga kaki pembohong besar YB Zul dari Kulim. Maka, setiap hari ada sahaja cerita dan `nasi tambah' yang disiarkan di kaca TV tentang DS Anwar.

Ini tidak berlaku pada Rais Yatim. Apabila beliau menafikan beliau terlibat, maka `full stop' di situ. Jauh sekali pihak media pencacai ini ingin siarkan kisah pembunuhan Altantuya seperti yang didedahkan oleh Wikileaks itu. Itulah hebatnya media di negara ini.

Di dalam kenyataan Rais Yatim, beliau menyebut tuduhan ke atasnya oleh Pembangkang dan media serta blog pro pembangkang adalah tuduhan jahat untuk menjatuhkannya. Kita ingin beritahu Rais, cerita ini bukan kita yang cipta tetapi kita mendapatkannya dari sumber di luar negara di mana Amah iaitu mangsa terlibat menetap sekarang. Cerita ini juga didedahkan oleh Wikileaks. Kita tidak mencipta isu ini melainkan ianya didedahkan oleh mangsa dan keluarga itu sendiri melalui satu pertubuhan di Indonesia.

Jika Rais Yatim merasa tertekan atau aib dengan tuduhan yang beliau hadapi, tentu sekarang beliau terfikir bagaimana DS Anwar mampu bangkit dan melawan dari situasi yang sama. Apabila terkena ke atas batang hidung sendiri, baru tahu langit tinggi atau rendah. Rais Yatim belum pun disiasat mahupun didakwa, sedangkan DS Anwar telah disiksa, dihina dan dipenjarakan malahan difitnah sekali lagi. Namun, DS Anwar mampu bangkit dan melawan tanpa bantuan dari media seperti yang diperolehi oleh Rais Yatim. Ini menunjukkan kekuatan moral yang ada pada DS Anwar tidak tergugat dengan fitnah sejahat mana sekali pun.

Adakah Rais Yatim mempunyai kekuatan seperti itu? Kita tunggu sejauh mana kerajaan ingin bertindak ke atas tuduhan terhadap Menteri ini. Kerajaan Indonesia sudah pasti bersedia untuk membantu siasatan kes ini seandainya kerajaan serius untuk menyiasat. Kita difahamkan AMK sendiri akan menghantar pemudanya ke Indonesia untuk mendapatkan maklumat lanjut atau fakta yang ada berkaitan kes ini. Adakah KDN juga akan bertindak sedemikian?/wfauzdin.blogspot.com

KSN punca jatuh imej dan moral Datuk Khusrin.

2 Safar 1432H.
Oleh: WFAUZDIN NS

SAYA percaya apa yang diperkatakan oleh MB Selangor bahawa kenyataan terbaru yang dikeluarkan oleh Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Muhamad Munir berkaitan isu perlantikan SUK Selangor adalah pandangan peribadi beliau sahaja. Sebelum ini, Setiausaha Sulit Sultan Selangor di dalam kenyataan medianya menyebut bahawa perbincangan di antara MB Selangor dengan JPA atau SPA berkaitan isu perlantikan SUK Selangor setelah SUK dilantik tidak wajar dan menjatuhkan kredibiliti calon yang telah dilantik.

Persoalannya, siapakah yang memulakan semua ini sehingga dianggap penolakan SUK Selangor Datuk Khusrin oleh Kerajaan Negeri Selangor sebagai menjatuhkan kredibiliti beliau? Hakikatnya, Datuk Khusrin telah dipilih oleh KSN untuk menjadi SUK Selangor yang baru tanpa dibawa berbincang terlebih dahulu dengan MB Selangor. KSN sepatutnya bertindak profesional dan penuh integriti serta beradab dengan Kerajaan Negeri Selangor walaupun Selangor kini ditadbir oleh PR.

Apa yang berlaku, KSN melangkau Pejabat MB Selangor dan terus menapak ke Istana Selangor bagi mempersembahkan nama calon yang dipilih. Tindakan ini lah yang kita anggap sebagai satu tindakan tidak bermoral dan tidak beretika samasekali. Usah kecoh dengan peraturan atau undang-undang bila membicarakan soal moral kerana integriti dan moral ini lebih tinggi dari undang-undang. Mungkin kaedahnya mematuhi undang-undang tetapi dari segi moral dan adab caranya menjijikkan.

KSN sebenarnya yang telah merosakkan imej dan moral Datuk Khusrin. Datuk Khusrin pula sanggup di`kambing hitam'kan walaupun beliau lebih arif tentang adab kesopanan lebih-lebih lagi beliau adalah bekas Pengarah JAIS. Lebih memalukan, Datuk Khusrin sanggup `menonggok' di atas kerusi KSU Selangor walaupun beliau tahu situasi yang berlaku.

Mengapa Setiausaha Sulit Sultan Selangor tidak menegur KSN yang membelakangkan MB Selangor di dalam perlantikan KSU ini? Umpama pasangan bergu badminton, memang jurulatih punya kuasa mencatur pasangan yang difikirkan sesuai, tetapi jurulatih yang bijak akan bertanya terlebih dahulu kepada pemain terlebih dahulu adakah beliau serasi atau boleh bermain dengan baik dengan pasangan yang ditetapkan oleh jurulatih tersebut. Kecuali, jurulatih berkenaan sememangnya berniat jahat atau ingin melakukan sabotaj terhadap pasangan bergu berkenaan.

Saya mengucapkan syabas kepada MB Selangor yang setakat ini berusaha untuk menyelamatkan Negeri Selangor dari di`perlekeh'kan atau diperbudakkan. Kita harus terus menyokong usaha beliau ini kerana jika perkara sedemikian dibiarkan berlaku, tidak mustahil akan banyak lagi camportangan yang tidak wajar akan berlaku bagi mengganggu pentadbiran Kerajaan Negeri./wfauzdin.blogspot.com