16 June 2011

Radiasi dikesan dalam ikan paus

14 Rejab 1432H. [MOD] -

TOKYO - Pemburu ikan paus Jepun menemui sisa radioaktif di dalam dua ikan paus yang ditangkap baru-baru ini di Lautan Pasifik, menurut agensi perikanan tempatan, semalam.

Dua ikan paus yang ditangkap di perairan Hokkaido menunjukkan bacaan radiasi antara 31 becquerel dan 24.3 becquerel sesium setiap kilogram.

Namun, nelayan tidak dapat mengesahkan sama ada bacaan itu lebih tinggi daripada biasa kerana tiada data mengenai tahap radiasi sebelum kebocoran radioaktif di loji nuklear Fukushima Daiichi, Mac lalu.

Paras radiasi itu masih berada di bawah tahap selamat untuk makanan laut, iaitu di bawah 500 becquerel sesium setiap kilogram.

Fukushima Daiichi dilanda gempa kuat dan tsunami pada 11 Mac lalu sehingga merosakkan reaktor nuklear loji itu, menyebabkan air dicemari sisa radioaktif memasuki Lautan Pasifik.

Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan Jepun akan membekalkan alat pengukur radiasi kepada lebih 34,000 kanak-kanak berumur antara 4 dan 15 tahun di bandar Fukushima, 64 kilometer dari loji itu.

Bandar itu terletak diluar zon pengecualian 30 kilometer yang diwujudkan pihak berkuasa namun ibu bapa menuntut kerajaan mengambil langkah berjaga-jaga kerana bimbang pendedahan anak mereka kepada radiasi.

sinarharian/-

1 comment:

serenity9260 said...

huhu,sian org jepun.kalo kat msia da smpai lynas tuh,abes la,jumpe tenggiling radiasi lak

Ni best bro!!!
Cool Aje : Laser Star Wars Berjaya DIcipta Untuk Welding,S3 Spyder III Arctic
Sejuta Trafik Ke Blog Anda!