18 April 2011

Islam di Eropah

14 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

"Perangkaan dan kajian telah menunjukkan beberapa buah negara Kesatuan Eropah (EU) seperti Britain, Sepanyol dan Belanda akan mempunyai kadar penduduk muslim yang lebih tinggi dalam tempoh terdekat. Perangkaan tahun 2008 menunjukkan bahawa 5% daripada keseluruhan jumlah penduduk di 27 negara Eropah adalah terdiri daripada kalangan umat Islam.

Ini bukanlah suatu yang baru kerana Islam dan Eropah mempunyai citra tersendiri yang cukup lama sejak wujudnya era emas empayar Islam di Sepanyol selama lebih 700 tahun. Itupun sebelum ia ditewaskan oleh Raja Ferdinand dan Permaisuri Isabella. Akibatnya pada tahun 1609 orang Islam telah dihalau serta dibunuh di mana amalan agama Islam dilarang perlaksanaannya sehinggalah Islam kembali diterima semula oleh masyarakat moden Eropah pada hari ini.

Sejarawan dunia telah mengiktiraf sumbangan Islam kepada Barat, terutama dalam bidang intelektual, pembinaan tamadun, penemuan sains, kemajuan perubatan moden, perkembangan budaya dan falsafah, disiplin ilmu dan sebagainya. Philip K Hitti dalam bukunya "Orang Arab: Sejarah Ringkas" (The Arabs: A Short History) menukilkan seperti berikut:

"Orang Islam Sepanyol mengarang salah satu daripada bab-bab yang gemilang dalam sejarah intelek pada Zaman Pertengahan Eropah. Di antara pertengahan abad ke-8 dan permulaan abad ke-13, orang Arab merupakan pemimpin utama dalam budaya dan peradaban di seluruh dunia. Kedua-dua bidang ini merupakan perantara untuk memulih, menambah dan menyebar sains dan falsafah kuno yang telah memungkinkan pembaharuan di Eropah Barat." (h 174-175).

Peningkatan jumlah pendatang dari negara Islam di Eropah dan kadar kelahiran yang rendah di kalangan penduduk asal Eropah bermakna jumlah umat Islam di sana akan meningkat menjadi 20% menjelang tahun 2050 seperti yang dilaporkan oleh kajian mengenai Euro-Islam dalam jurnal Current History oleh William Finan. Pada ketika ini United Kingdom (UK) sahaja mempunyai lebih 1.8 juta (tahun 2009) adalah penduduk Islam, ditambah 72 juta orang Islam lagi di Turki.


Islam di Rusia

Manakala pada tahun 2008 direkodkan Russia mempunyai bilangan orang Islam paling ramai di Eropah, iaitu kira-kira 27.04 juta, Perancis (6.12 juta), diikuti oleh Jerman kira-kira 3.05 juta warga Islam, Itali (2.4 juta), UK (1.51juta - lihat peningkatan pesat 2009 kepada 1.8juta!), Belanda (890,000 orang), Sepanyol (550,000), Austria (300,000), Belgium (380,000), Sweden (280,000) dan beberapa negara Eropah lain yang terus mencatatkan peningkatan jumlah umat Islam di sana.

Kebanyakan Muslim di Eropah terdapat di bandar-bandar besar seperti 25% di Rotterdam (Netherlands), 24% di Amsterdam (Netherlands), 20% du Marseille (France), 17% di Brussels (Belgium), 16% di Bradford (UK), dan 10% di Paris, London dan Copenhagen.

Bagi Tariq Ramadan, seorang sarjana falsafah dan pengajian Islam di Switzerland dalam tulisan beliau berkenaan peningkatan jumlah umat Islam di Eropah berpendapat bahawa Islam kini telah menjadi sebahagian daripada budaya Eropah. Masyarakat Islam di Eropah bukan lagi pendatang yang kemudian kembali ke negara asal mereka, tetapi ia telah menjadi warga Eropah yang beragama Islam.

Islam yang menjadi kebimbangan

Sementara itu, menurut sarjana Barat tersohor iaitu John Esposito, pengasas Majlis Persefahaman Islam-Kristian di Washington, Amerika Syarikat pula berpandangan Islam bukan saja agama kedua terbesar secara global, tetapi juga agama kedua atau ketiga terbesar di Eropah dan Amerika. Ini akan membuka peluang dan ruang lebih besar kepada Islam untuk berkembang di seluruh dunia.

Pope Benedick XVI pun bimbang apabila 100,000 orang Jerman, kaum bangsanya sendiri turut meninggalkan agama asal mereka lalu memeluk Islam saban tahun. Malah lebih menyedihkan apabila cuma tinggal 0.04% sahaja orang Kristian yang masih sudi untuk ke gereja pada setiap hujung minggu di seluruh dunia.

selatanonline

1 comment:

Anonymous said...

bagus terima kasih