31 December 2010

Blog Cina Islam berwajah baru


Blog CINA ISLAM kini berwajah baru dengan perubahan besar pada template layout di blognya. Beberapa pembaharuan telah digarap pakai sesuai imej baru yang lebih mesra pembaca. Untuk makluman, blog ini juga telah mencapai jumlah pembacanya yang ke 11 JUTA pada 29 Disember yang lalu.

Memurnikan channel Cover It Live di CINA ISLAM lebih bermisikan kepada peranan pemimpin untuk lebih dekat dan mesra maklumat dikongsikan bersama pembaca dan rakyat. Menyedari hal itu maka CIL akan bersiaran langsung LIVE selama 24 jam dan 7 hari seminggu. Informasi terkini boleh khalayak perolehi dari gadget ini mulai sekarang.

Selain itu, paparan update klip ceramah YB dan Pimpinan boleh dinikmati terus di blog ini diruang khas Koleksi Video YB.

Begitu juga muktahir isu yang diupdate setiap hari dibahagian header diatas diwujudkan sejajar dengan motto portal blog CINA ISLAM yang mendukung "portal berita terkini - tepat, muktahir dan berwibawa ". Menurut Moderator yang dihubungi sebentar tadi, CINA ISLAM sehingga artikel ini diterbitkan telah sempurna 75% dari keseluruhan kandungan dan fungsinya.

Adalah diharapkan pelawat Blog ini lebih selesa dengan persembahannya. Bacalah demi memperoleh ilmu dan praktikan pengajarannya. Semoga anda dirahmati Allah.

Jika anda ada cadangan lain boleh kemukakan pandangan dengan sebaiknya diruang komen.

YB Drs. Khalil Idham Lim

Hati yang bagaimana oh Tuhan ?

26 Muharram 1432H.
Oleh : Ustaz Salman Maskuri

Kita selalu bertanya tentang keadaan kesihatan zahir tapi kita tetapi sering mengabaikan keadaan hati nurani kita. Kita sanggup menghabiskan duit ratusan ribu untuk mengubati penyakit zahir tetapi tidak mempedulikan kesihatan hati kita sedangkan tuhan hanya menerima hati kita . Firman Allah swt:

“ Pada hari tidak bergunanya harta dan anak pinak kecuali yang berjumpa dengan tuhan dengan hati yang sejahtera.”

Hati yang sihat adalah hati yang mempunyai perasaan semasa melakukan ibadat. Orang yang memiliki hati yang sihat akan merasai kemanisan dalam ibadahnya.

Ibnul Qayyim berkata:

“Periksalah hatimu pada tiga keadaan : ketika kamu membaca al-Quran, ketika dalam majlis zikir dan ketika kamu bersendirian dengan tuhan. Sekiranya kamu dapati hati kamu kosong maka hendaklah kamu meminta pada Allah menganugerahkan hati pada mu. Sesungguhnya kamu tidak ada hati.”

Hati yang sihat adalah hati yang gementar apabila disebut nama tuhan . Hati yang terkesan dengan bacaan al-Quran. Hati yang teruja bila mendengar azan. Hati yang takut apabila disebut api neraka tuhan. Firman Allah swt:

“ Sesungguhnya orang-orang beriman hanyalah orang-orang yang yang gementar hati mereka bila disebut nama Allah, bertambah iman mereka apabila dibacakan ayat2 Allah swt dan berserah hati mereka pada tuhan.” (Ayat 2 surah al-Anfal)

Hati yang sihat adalah hati yang sentiasa mengambil ibrah (pengajaran) pada setiap kejadian tuhan. Firman Allah swt:

“ Sesungguhnya kejadian langit dan bumi serta silih ganti siang dan malam adalah tanda2 kepada orang-orang yang berakal.” (Ayat 190 surah ali Imran)

Sesungguhnya otak yang berfikir tentang kejadian tuhan dan sentiasa mengambil pengajaran adalah dari hati yang sihat. Firman Allah swt:

“ Mengapakah mereka tidak berjalan di atas muka bumi supaya mereka memiliki hati yang berakal untuk memahami atau mempunyai telinga yang mendengar untuk menerima. Sesungguhnya bukan mata yang buta tetapi hati yang ada di dada itu yang buta.” (46 : 22 surah al-Hajj)

Sebenarnya apa yang berlaku setiap hari pada diri kita dan sekeliling kita ada mempunyai banyak pengajaran. Sebanyak mana pengajaran yang boleh diambil setinggi itulah tahap kesihatan hati kita.

Contohnya:

Suatu hari hasan a-basri diberi air untuk dia berbuka puasa. Bila air itu hampir dengan mulutnya beliau menangis. Beliau berkata “ Aku teringat akan keinginan ahli neraka seperti yang disebut dalam Quran:

“ Berilah hai ahli syurga , air minum untuk kami …” (50 : al-A’raf)

Namun jawapannya:

“ Sesungguhnya Allah mengharamkan air dan rezki untuk orang kafir.” (50 : al-A’raf)

Hati yang sihat akan menyebabkan mulut yang baik. Mulut yang baik adalah mulut yang sentiasa menyebut nama tuhan dan tidak mengumpat, memaki, menyebar keaiban orang, mengeluh dan sebagainya.

Nabi saw bersabda:

“ Tidak lurus iman seseorang sehingga lurus hatinya dan tidak lurus hatinya sehinggalah lurus lidahnya.”

(Hr Hakim)

Hati yang sihat adalah hati yang khusyuk dalam ibadatnya dan hati yang sentiasa menerima kebenaran walaupun ia pahit. Firman Allah swt:

“ Bilakah masanya untuk orang2 beriman untuk khusyuk hati mereka bagi mengingati Allah dan menerima kebenaran yang Allah turunkan…” (16 : alFatir)

Hati ini sentiasa terdetik nama Allah. Sebanyak mana kamu mengingat sesuatu setinggi itulah kasihmu padanya. Sekiranya hatimu banyak menyebut nama tuhan itu tanda kasihmu padanya adalah benar2 wujud. Kalau hati lebih banyak menyebut tentang wanita, takhta, kerja, periksa, harta, kereta atau dunia maka dakwaan cintamu pada tuhan adalah bohong.

Hati yang sihat adalah hati yang banyak runsing tentang hal akhirat dan masalah umat Islam.

Kita lihat Nabi bersabda:

“ Surah Hud dan saudara2nya telah menyebabkan kepalaku beruban.”

Ini kerana surah-surah ini (Hud, an-Nazia’at dan al-Mursalat) mengandungi tentang kisah Nabi2 yang terdahulu, kisah tentang neraka dan kisah umat-umat yang derhaka.

Allah menempelak manusia yang banyak pengetahuan dunia tetapi jahil dan lalai tentang akhiratnya.

“ Mereka mengetahui tentang hal ehwal dunia tetapi lalai dengan akhirat mereka.” Ar-Rum ayat 7

Kita tahu tentang nama benda yang kecil dan mikro dalam tubuh manusia, dalam komputer, dalam kereta tetapi tidak tahu berapa lama api neraka dipanaskan, berapa kali ganda api neraka dr api dunia, apakah nama2 makanan dan minuman ahli neraka dan lain2.

Kita tahu nama2 artis , nama pemain bola dan nama selebriti tetapi kita tidak tahu apakah nama binatang yang menyeksa manusia di akhirat.

YA ALLAH HATIKU TERLALU BANYAK MEMIKIRKAN TENTANG DUNIA SEHINGGA MELUPAKAN MU

YA ALLAH HATIKU SENTIASA RUNSING KEHILANGAN DUNIA TETAPI BANYAK MANA AKHIRAT YANG HILANG DAN AKU BUAT TAK TAHU

YA ALLAH HATI YANG KERAS DAN BERPENYAKIT CINTA DUNIA INI HANYA LAYAK UNTUK DIBAKAR BERSERTA DENGAN SARUNGNYA SEKALI (JASAD) TETAPI AKU TAK DAYA MENAHAN API NERAKAMU

YA ALLAH BERSIHKANLAH HATI INI DARI PENYAKIT DAN CAMPAKKANLAH PADANYA CINTA PADAMU

SESUNGGUHYA SEMUA CINTA ADALAH SEMENTARA DAN MENYAKITKAN MELAINKAN CINTA PADAMU DAN CINTA APA YANG KAU SURUH MENYINTANYA.

YA ALLAH AKU TIDAK BERPUTUS ASA UNTUK MENDAPATKAN HATI YANG BERSIH DAN SIHAT UNTUK AKU PERSEMBAHKAN PADA MU DI SANA… BANTULAH AKU.. TOLONGLAH AKU.. JANGAN KECEWAKAN KU YA RAMAN YA RAHIM

http://akhisalman.blogspot.com/

Ambang Tahun Baru, apa yang anda mahu lihat ?

26 Muharram 1432H.

Tahun 2010 tinggal beberapa jam lagi akan meninggalkan dengan warna warni kehidupan dan kenangan pahit dan manis bagi seluruh rakyat Malaysia. Dilaporkan beberapa jalan utama di sekitar ibu kota akan ditutup hari ini, untuk memberi laluan kepada sambutan Ambang Tahun 2011 malam ini.

Ketua Trafik Kuala Lumpur ACP Rusli Nohd Noor dalam satu kenyataan berkata jalan yang terlibat ialah di sekitar Dataran Merdeka, Bukit Bintang, KLCC, Bangsar/Telawi dan KL Sentral. Katanya jalan-jalan di Dataran Merdeka akan ditutup hari ini dari pukul 5 petang hingga 6 pagi hari berikutnya, manakala jalan-jalan di Bukit Bintang ditutup mulai tengah malam ini hingga 6 pagi 1 Januari.

Beberapa laluan lain juga dijangka ditutup secara berperingkat mengikut keadaan. Demikian menurut kenyataan tersebut.

Namun persoalan yang sedang berligar di kepala rakyat Malaysia sekarang ialah bagaimanakah suasana sambutan tersebut khusunya yang melibatkan anak-anak muda belasan tahun dari bangsa melayu yang beragama islam. Demikian juga kepada bangsa lain yang non muslim namun perlu diingatkan kehidupan masih berada dalam ruang lingkup agama, budaya dan moral masing-masing. Kerajaan bertanggung jawab kepada itu semua.

Saban tahun kita memperkatakan betapa budaya liar dan jauh menyimpang dengan akhlak Islam dilakukan oleh anak-anak muda Islam setiap tahun baru menjelang.

Persoalan ini nampaknya tidak mendapat perhatian serius dari kerajaan BN walaupun ianya menjadi keperluan yang kehidupan umat Islam yang perlu diutamakan sesuai dengan Perlembagaan Negara yang menyatakan Agama Islam adalah agama rasmi negera.

Pembenterasan budaya liar dalam menyambut tahun baru nampaknya tidak menjadi perhatian pemimpin BN pada setiap tahu, malah lebih mendukacitakan merekalah yang menjadi penganjurnya.

Kerana itu tidak ada lagi satu harapan besar untuk melihat Malaysia lebih harmoni dan lebih perihatin kepada kehidupan beragama dan moral yang lebih baik dengan penguasaan Putrajaya oleh Pakatan Rakyat.

Semuga tahun baru ini adalah yang terakhir untuk kerajaan BN sekiranya benar tahun hadapan adalah tahun PRU ke 13 yang akan menyaksi Pakatan Rakyat akan berkuasa di Putrajaya.

InsyaAllah......SELAMAT TAHUN BARU 2011.

Yuran persekolahan , sampai bila akan berakhir ?

26 Muharram 1432H.
Drs. Khalil Idham Lim.

Setiap cuti persekolahan akan berakhir isu yuran persekolahan mula hangat diperkatakan.

Namun yang menjadi persolannya sekarang, adakah masalah yang sekian lama diperkatakan ini sudahpun ditangani dengan serius oleh kerajaan.

Kerana realiti yang saya perhatikan setakat ini, setiap kali masalah ini diperkatakan maka timbulah kenyataan yang tidak lebih "manis dimulut", namun jauh dari langkah penyelesaian yang serius oleh pemimpin BN.

Terbaru kenyataan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, baru-baru ini supaya pengurusan sekolah tidak mengenakan bayaran tambahan yang tinggi apabila sesi persekolahan tahun depan bermula dilihat oleh setengah pihak melegakan ramai ibu bapa buat sementara waktu, terutama mereka yang berpendapatan rendah.

Namun saya masih beranggapan hanya dalam kerangka janji dan arahan yang masih tidak menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh ibu bapa. Bila mereka ke sekolah mereka masih dibebankan dengan berbagai yuran dan bayaran tambahan.

Walaupun saya mengakui terdapat arahan supaya sebarang bayaran tambahan yang ingin dikenakan perlu berdasarkan surat pekeliling yang antaranya menyebut pihak sekolah perlu mendapat persetujuan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), selain kelulusan Jabatan Pelajaran Negeri (Pendaftar Sekolah).

Namun saya melihat semuanya merupakan langkah untuk menmbolehkan pihak PIBG menjadi alat kepada sekolah untuk mengutip sejumlah wang tertentu untuk kegiatan PIBG.

Kerana ini sepatutnya diragui adakah semua wang yang ditentukan oleh PIBG tersebut akan kembali kepada Pelajar atau mungkin boleh disalah gunakan untuk tujuan lain disekolah yang tidak memberi kemudahan langsung kepada pelajar.

Untuk ingatan bayaran yang dikenakan kepada seorang murid disekolah rendah ialah sebanyak RM 24.50 dan Menengah RM 33.50. Jumlah ini tidak termasuk bayaran tambahan yang ditentukan oleh PIBG.

Itupun dalam jumlah 6 perkara yang ditetapkan diatas, 5 perkara yang kurang wajar masih dikutip dari pelajar. Iaitu Kokurikulum, kertas ujian dalaman , MSSM dan Kegiatan pendidikan Islam.

Perkara tersebut sepatutnya boleh ditanggung oleh kerajaan yang mahu melakukan kebajikan kepada rakyat dan melaungkan slogan rakyat didahulukan.

Persoalan juga timbul dari kutipan tersebut adakah semuanya dikembalikan kepada pelajar , apalagi secara adil.

Kenyataan saya ini bukan bermakna saya menafi apa yang dilakukan oleh Kerajaaan dalam hal menyediakan kemudahan prasarana induk yang tinggi nilainya.

Kerana itulah jika kerajaan mampu mengeluarkan jumlah bajet yang besar termasuk dalam membayar gaji kepada kakitangan dan guru, kenapakah masih ada yang masih dibebankan kepada rakyat khususnya yang miskin.

Keyakinan saya ialah apabila Pakatan Rakyat mentadbir negara, dengan perbelanjaan berhemah dan pembenterasan rasuah dan salah guna kuasa, nescaya rakyat malaysia akan menikmati pendidikan secara percuma.

Apalagi seperti yang diperkata jika Petronas mengeluarkan zakat 2.5 pratus, nescaya rakyat malaysia akan mendapat kemudahan pendidikan dari Pra Sekolah hingga PHD dengan percuma.

SUK mula tugas angkat sumpah depan MB

26 Muharram 1432H.

SHAH ALAM, 31 Dis: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan, keutamaan beliau sekarang adalah untuk mengembalikan sepenuhnya kuasa mentadbir negeri kepada kuasa yang dipilih rakyat.

Abdul Khalid berkata, menjadi amalan biasa sebelum ini pelantikan Setiausaha Kerajaan (SUK) terlebih dahulu mendapat penerimaan Sultan dan Menteri Besar (MB).

Tetapi menerusi isu menghapuskan kekebalan Sultan sejak 1993 oleh Umno, kuasa melantik SUK telah 'dilupuskan' daripada Sultan dan MB.

Sejak itu, jelasnya, tiada lagi kuasa sultan dan MB untuk melantik Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang selain SUK.

Namun menurutnya, dalam pada itu masih terdapat satu kuasa menteri besar iaitu, setiap SUK yang ingin memulakan tugas mesti mengangkat sumpah di hadapan MB.

Abdul Khalid menegaskan demikian dalam majlis solat hajat dan bacaan Yaasin yang diadakan di kediaman rasmi beliau di sini, malam tadi.

Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjamaah, ucapan dari MB dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, solat hajat, bacaan Yaasin dan solat Isyak yang dipimpin oleh Ketua Penerangan KeAdilan, Dr Mohd Nor Manuty.

"Dalam menjalankan amanah rakyat mentadbir negeri ini, membina satu pasukan terbaik adalah keperluan utama untuk sama-sama merancang dan bertukar fikiran.

"Selain itu, SUK mestilah orang yang berpengalaman, dapat berucap dan difahami rakyat, menguasai Bahasa Inggeris dengan baik terutamanya dengan pelabur.

"Paling utama juga, beliau mestilah mempunyai rasa kemesraan tentang perjuangan rakyat, mampu menjana negeri terulung di negara ini, pembangunan dan perusahaan serta sebagai negeri maju," tegasnya.

Meskipun bagi beliau, isu ini merupakan perkara kecil sahaja dalam pengurusan namun bimbang jika disalahgunakan bukan untuk membangun tetapi meruntuhkan Negeri Selangor.

Sementara itu, Khalid di dalam ucapannya berkata, Sultan sewajarnya tidak dilibatkan di dalam politik jika ingin mendapat sokongan dari keseluruhan rakyat.

Beliau juga berkata, sudah menjadi amalan sesiapa pun tidak hadir sesuatu majlis walimatul-urus jika tidak mendapat undangan hadiri kenduri berkenaan.

"Datuk Khusrin perlu faham-faham sendiri, nama beliau tidak ada dalam senarai jemputan sebagai SUK," sindirnya akhiri ucapan.

Harakahdaily/-

SM Sains Miri Kekal

26 Muharram 1432H..
www.pas-miri.blogspot.com
KENYATAAN MEDIA PAS KAWASAN MIRI.

Cadangan untuk memindahkan Sekolah Menengah (SM) Sains Miri ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinjar, Lapok di Baram dibatalkan, sebaliknya sesi persekolahan akan diteruskan seperti biasa. Keputusan tidak rasmi itu diputuskan semasa mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM), Dato Abd Ghafar Mahmud dan Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri Sarawak, Datin Fatimah Abdullah hari ini.Hadir sama pengetua Serina Sauni.

Sumber memberitahu, sehubungan itu pelajar tingkatan 2 hingga 5 bagi tahun 2011 akan melapor diri pada Ahad ini.

“Mana-mana bangunan yang diisytihar tidak selamat akan diperbaiki dan dibina baharu dalam masa terdekat. Pihak sekolah akan mendapatkan kajian menyeluruh daripada Jabatan Kerja Raya (JKR),” jelas sumber itu.Tambahnya, pihak sekolah akan mendapat bangunan kilat atau kabin dan bangunan yang baru dalam masa yang sama.Sementara itu, Isnin lalu ibu bapa membantah cadangan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) untuk memindahkan SM Sains Miri di Bakam ke SMK Tinjar di Lapok, Baram, kira-kira 120 kilometer dari Miri.

Pun begitu,PAS Miri memohon pihak Kementerian bersungguh memartabatkan sistem Sekolah berasrama Penuh di Sarawak.Lihatlah sendiri senarai SBP di Malaysia dan begitu besarnya negeri Sarawak, kita cuma mempunyai 2 buah SBP berbanding dengan negeri-negeri lain yang jauh lebih kecil namun mereka mempunyai dua tiga buah malah Selangor mempuyai begitu banyak SBP.Itu pun dengan SBP yang cuma dua buah sahaja tersebut, nasib SBP Sarawak betul-betul terabai dan tidak di beri perhatian yang sewajarnya sehingga bila bangunan SBP Miri dah nak runtuh barulah mereka datang untuk memindahkan para warganya dalam keadaan yang tergesa-gesa.

Kenapa layanan ini yang harus diberikan kepada warga Sarawak? Agaknya kalau ada pilihanraya barulah nasib warga SainsSri Miri akan terbela, barulah nampak muka pak menteri dan wakil rakyat, malah berebut-rebutlah pulalah mereka nak membela nasib malang SBP Miri? Kalau begitu kami ibu bapa SBP Miri pun nak tunggu pengumuman pilihanraya umum yang akan datang…..semoga nasib SBP Miri akan lebih terbela.

SENARAI SEKOLAH BERASRAMA PENUH
BIL NEGERI NAMA SEKOLAH ALAMAT TELEFON/FAKS

1 Perlis SMS Tuanku Syed Putra Jalan Padang Behor, Behor Pulai, 01000
Kangar, Perlis Tel: 04-9760433 Faks: 04-9760199
2 Kedah SMS Sultan Abdul Halim 06009 Jitra, Kedah Tel: 04-7143209
Faks: 04-7143215
3 Kedah SMS Pokok Sena 06400 Pokok Sena, Kedah Tel: 04-7823733 Faks: 04-7825275
4 Kedah SMS Sultan Mohamad Jiwa Jalan Badlishah, 08000 Sungai Petani,
Kedah Tel: 04-4212797 Faks: 04-4214877
5 Kedah SMS Kubang Pasu Batu 19, Jalan Kodiang, 06000 Jitra, Kedah
Tel: 04-9257855 Faks: 04-9257844
6 Kedah SBPI Kubang Pasu Bukit Kayu Hitam, 06050 Bukit Kayu Hitam,
Kedah Tel: 04-9222701 Faks: 04-9222707
7 P.Pinang SMS Tun Syed Sheh Shahabudin Jalan Damai, 14000 Bukit
Mertajam, Pulau Pinang Tel: 04-5305636 Faks: 04-5380853
8 P.Pinang SMS Kepala Batas Jalan Pokok Jenerih, 13200 Kepala Batas,
Seberang Perai Utara, Pulau Pinang Tel: 04-5751592 Faks: 04-5754145
9 Perak SMS Raja Tun Azlan Shah Jalan Taman Tasik, 34009 Taiping,
Perak Tel: 05-8083020 Faks: 05-8062576
10 Perak SMS Tuanku Abdul Rahman Jalan Sultan Azlan Shah, 31400 Ipoh,
Perak Tel: 05-5457733 Faks: 05-5467000
11 Perak The Malay College Jalan Kuala Kangsar, 33000 Kuala Kangsar,
Perak Tel: 05-7761400 Faks: 05-7764500
12 Perak SMS Teluk Intan 36000 Teluk Intan, Perak Tel: 05-6411711
Faks: 05-6411155
13 Perak SBPI Gopeng Jalan Kota Bharu, 31600 Gopeng, Perak Tel:
05-3597688 Faks: 05-3591788
14 Perak SMS Bagan Datoh 36100, Bagan Datoh, Perak Tel: 05-6466331
Faks: 05-6466332
15 Perak SMS Tapah Jalan Kampung Pahang, 35000, Tapah, Perak Tel:
05-4018745 Faks: 05-4018749
16 WP Kuala Lumpur SMS Selangor Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak,
56000 Kuala Lumpur Tel: 03-91316093 Faks: 03-91300346
17 WP Kuala Lumpur SMS Seri Puteri Jalan Kolam Ayer, 51200 Kuala
Lumpur Tel: 03-40411715 Faks: 03-40449614
18 WP Kuala Lumpur SMS Alam Shah Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak,
56000 Kuala Lumpur Tel: 03-91315014 Faks: 03-91318119
19 WP Putrajaya Sekolah Sultan Alam Shah Parcel G, Presint 1, 62520
Putrajaya Tel: 03-88883763 Faks: 03-88883614
20 WP Labuan SMS Labuan Peti Surat No. 82206, 87032 WP Labuan Tel:
087-461525 Faks: 087-462835
21 Selangor Kolej Islam Sultan Alam Shah Peti surat 64, 41906 Klang,
selangor Tel: 03-33711658 Faks: 03-33721148
22 Selangor Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya Persiaran Tasik, 63000
Cyberjaya, Selangor Tel: 03-83192414 Faks: 03-83193937
23 Selangor SMAP Kajang Batu 13, Jalan Cheras, 43000 Kajang, Selangor
Tel: 03-87362324 Faks: 03-87360502
24 Selangor SMS Kuala Selangor Bandar Malawati, 45000 Kuala Selangor,
Selangor Tel: 03-32893052 Faks: 03-32896631
25 Selangor SMS Hulu selangor Hulu Yam Bharu, 44300 Batang Kali,
Selangor Tel: 03-60753838 Faks: 03-60751416
26 Selangor SBPI Rawang Bandar tasik Puteri, 48020 Rawang, Selangor
Tel: 03-60928192 Faks: 03-60917309
27 Selangor SBPI Sabak Bernam 45100 Sungai Air Tawar, Sabak Bernam,
Selangor Tel: 03-32138348 Faks: 03-32138346
28 Selangor SBPI Gombak Batu 8, Jalan Sungai Pusu, 53100 Gombak,
Selangor Tel: 03-61863050 Faks: 03-61858472
29 Negeri Sembilan Sekolah Dato’ Abdul Razak Sungai Gadut, 71450
Seremban, Negeri Sembilan Tel: 06-6770806 Faks: 6781790
30 Negeri Sembilan Kolej Tunku Khurshiah Jalan Tunku Khurshiah, 70400
Seremban, Negeri Sembilan Tel: 06-7625351 Faks: 7619906
31 Negeri Sembilan SMS Tuanku Jaafar 72000, Kuala Pilah, Negeri
Sembilan Tel: 06-4811304 Faks: 06-4817137
32 Negeri Sembilan SMAP Labu Km 11, Jalan Labu, 71900 Labu, Negeri
Sembilan Tel: 06-7912245 Faks: 06-7912198
33 Negeri Sembilan SMS Seremban Jalan Sikamat, 70400 Seremban, Negeri
Sembilan Tel: 06-7630388 Faks: 06-7622885
34 Negeri Sembilan SBPI Jempol 72200 Batu Kikir, Negeri Sembilan Tel:
06-4985978 Faks: 06-4984167
35 Negeri Sembilan SMS Rembau Pilin, 71300 Rembau, Negeri Sembilan
Tel: 06-6970037 Faks: 06-6970041
36 Melaka SMS Muzaffar Syah Ayer Keroh, 75450 Melaka Tel: 06-2320833
Faks: 06-2321780
37 Melaka SBPI Selandar Jalan Batang Melaka, 77500 Selandar, Melaka
Tel: 07-7997754 Faks: 07-7997754
38 Johor Sekolah Tun Fatimah Jalan Tun Abdul Razak, 80000, Johor
Bharu, Johor Tel: 07-2364706 Faks: 07-2376961
39 Johor SMS Johor Km 1, Jalan Batu Pahat, 86000 Kluang, Johor Tel:
07-7722458 Faks: 07-7723786
40 Johor SMS Muar Tanjung Agas, 84009 Muar, Johor Tel: 06-9523181
Faks: 06-9536693
41 Johor SMS Kota Tinggi Bandar Penawar, 81900 Kota Tinggi, Johor Tel:
07-8222475 Faks: 07-8222477
42 Johor SMS Sultan Iskandar Km 4, Jalan Jemaluang, 86800 Mersing,
Johor Tel: 07-7997754 Faks: 07-7997754
43 Pahang SMS Sultan Haji Ahmad Shah Km 12, Jalan Gambang, 25150
Kuantan, Pahang Tel: 09-5381223 Faks: 09-5384407
44 Pahang SMS Tengku Abdullah Km 6, Jalan Lipis, 27600 Raub, Pahang
Tel: 09-3551600 Faks: 09-3553511
45 Pahang Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Jalan batu Balik, 26600
Pekan, Pahang Tel: 09-4224616 Faks: 09-4225453
46 Pahang SBPI Temerloh Kerdau, 28010 Temerloh, Pahang Tel: 09-2847889
Faks: 09-2847460
47 Pahang SBPI Pekan Pulau serai, 26600 Pekan, Pahang Tel: 09-4101010
Faks: 09-4101030
48 Pahang SBPI Kuantan Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang
Tel: 09-5733994 Faks: 09-5736993
49 Terengganu SMS Sultan Mahmud 21300, Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6664214 Faks: 09-6664644
50 Terengganu SMS Dungun 23000, Dungun, Terengganu Tel: 09-8422550
Faks: 09-8485389
51 Terengganu SMS Kuala Terengganu Jalan Pasir Panjang, 21100 Kuala
Terengganu, Terengganu Tel: 09-6311402 Faks: 09-6266729
52 Terengganu SBPI Batu Rakit 21020, Kuala Terengganu, Terengganu Tel:
09-6693769 Faks: 09-6695712
53 Kelantan SMS Tengku Muhammad Faris Petra 16100, Pengkalan Chepa,
Kelantan Tel: 09-7738277 Faks: 09-7739139
54 Kelantan SMS Machang 18500, Machang, Kelantan Tel: 09-7878455 Faks:
09-7878830
55 Kelantan SMS Pasir Puteh 16800, Pasir Puteh, Kelantan Tel:
09-7860031 Faks: 09-7867315
56 Sabah SMS Sabah Beg Berkunci No.116, 88999, Kota Kinabalu, Sabah
Tel: 088-246268 Faks: 088-247540
57 Sabah SMS Lahad Datu Beg Berkunci No. 18, 91108 Lahad Datu, Sabah
Tel: 089-884905 Faks: 089-884930
58 Sarawak SMS Miri Jalan Bakam, 98000 Miri, Sarawak Tel: 085-421371
Faks: 085-411050
59 Sarawak SMS Kuching Jalan Batu Kawa Off Jalan Matang, 93050
Kuching, Sarawak Tel: 082-642544 Faks: 082-642710

Debat: Pemuda Umno jangan berdalih

26 Muharram 1432H.
Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 29 Dis: Dewan Pemuda PAS Larut mahu Pemuda Umno bahagian itu mengotakan janji dan tidak berdolak dalik berhubung penyertaan mereka dalam forum 'Islam dan Melayu' yang dijadual 1 Januari ini.

Naib Ketua Pemuda PAS kawasan itu, Akmal Kamarudin (gambar) berkata, pemuda Umno dilihat cuba bermain wayang apabila satu persatu alasan diberikan untuk mengelak dari menyertai debat itu.

"Asalnya akan dibuat di Dewan Padang Astaka, Batu Kurau yang ditetapkan sendiri oleh pemuda Umno, tapi kemudiannya dia bagitahu dewan tak dapat.

"Tak cukup dengan itu, kita dah buat hebahan, kain rentang semua, tiba-tiba semua kena cabut atas arahan dapat amaran pihak polis.

"Kita tidak tahu kenapa, sedangkan kita dapat kelulusan gantung banner dari Majlis Perbandaran Taiping," katanya yang juga Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Perak, kepada Harakahdaily.

Debat itu pada asalnya dicetuskan Pemuda Umno Larut sendiri yang mencabar Pemuda PAS Larut dan kemudiaannya dipersetujui bersama dengan tajuk 'Islam dan Melayu'. Inisiatif penganjuran debat itu kemudiannya disambut Institut Pemikir Muda Malaysia (IPMM) yang bersedia menjadi penganjur debat itu.

Akmal turut memaklumkan, beliau mendapat maklumat pemuda Umno Larut mendapat tekanan dari pemimpin tertinggi Umno agar membatalkan debat tersebut.

"Apapun alasan, kita nak pemuda Umno jangan berdolak dalik, kotakan janji anda kerana anda yang mencabar debat ini,"katanya mengharap.

Ekoran masalah tempat yang berlaku, Pemuda PAS Perak katanya telah mencari tempat alternatif baru iaitu di Dewan Majlis Daerah Selama.

Selain permit bagi mengadakan program itu telah dipohon, mereka juga telah mengadakan pertemuan dengan pihak polis bagi memberi jaminan keselamatan kepada pihak keselamatan itu.

Debat itu akan mempertemukan Ketua Pemuda PAS Larut, Nazri Din dan Ketua Pemuda Umno Larut, Mohamad Anuar Arifin.

Manakala Pengerusi Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Azmi Abdul Hamid akan menjadi perantara majlis.

Pada 26 Disember lalu, Dewan Pemuda PAS Pusat turut membuat program sama dengan tajuk Polemik Ketuanan Melayu.

Forum yang diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Kajang itu menampilkan bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP), Ahmad Sabky Yusof, Naib Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Ezaruddin Abd Rahman dan Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu & Bumiputra (MPM), Dr Hasan Mad.

Bagaimanapun hasrat untuk bersama pemuda Umno membincangkan perkara itu tidak tercapai apabila majlis tertinggi Umno didakwa tidak membenarkan mereka menyertainya.