29 December 2010

Nik Aziz mahu mereka yang fitnahnya mohon maaf

23 Muharam 1432H

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu mereka yang menyebarkan berita memfitnah kononnya beliau meninggal dunia agar memohon maaf dengannya.

"Saya tidak akan ampun dan akan menanggung dosa di akhirat kelak selagi dia tidak minta maaf dengan saya," kata Mursyidul Am PAS itu kepada pemberita ketika ditemui selepas mesyuarat mengenai bekalan air di kediaman rasminya di JKR 10, di Kota Bharu hari ini.

Sebelum ini, berita mengenai kesihatan Nik Abdul Aziz, 79, heboh diperkatakan malah dikatakan telah meninggal dunia malam tadi.

Menteri besar itu minggu lalu menerima rawatan di Wad Eksekutif Hospital Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian kerana sakit pinggang.

Ketika ditanya sama ada beliau masih mampu mentadbir Kelantan, Nik Abdul Aziz berkata beliau masih mampu berbuat demikian kerana tugas mentadbir negeri bukan dengan tenaga zahir tetapi dengan otak dan mengaku otaknya masih berfungsi dengan baik.

Beliau juga menyifatkan spekulasi mengenai kesihatan seseorang pemimpin terutama pemimpin politik adalah perkara biasa.

Malaysiakini/-

Lau: K'jaan pusat tak ada kuasa penuh lantik SU S'gor

23 Muharam 1432H

Perlembagaan Selangor tidak memberikan kerajaan persekutuan kuasa penuh untuk memutuskan tentang pelantikan setiausaha kerajaan negeri, kata ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San.

Lau berpendapat bahawa Perkara 52 (1) perlembagaan negeri menyatakan jawatan itu mesti dilantik oleh 'suruhanjaya perkhidmatan yang relevan' dan tidak semestikan dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

"Jelas bahawa pelantikan setiausaha kerajaan negeri tidak semestinya dibuat oleh SPA. Pelantikan itu juga boleh dibuat oleh 'suruhanjaya perkhidmatan yang relevan' seperti Suruhanjaya Perkhidmatan Selangor.

"Frasa 'Suruhanjaya Perkhidmatan Awam' tidak disebutkan secara khusus dalam perlembagaan Selangor," kata Lau dalam satu kenyataan hari ini.

Lau mengulas laporan akhbar Sinar Harian yang menyebut bahawa istana telah memperkenan pelantikan bekas pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan negeri yang baru.

"Pada pandangan saya, keputusan iru 'confirm' kerana Tuanku telah berkenan melantik beliau," kata Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, dalam laporan muka Sinar Harian.

Malaysiakini/-

Ikhlas Melakukan Amal

23 Muharam 1432H
Oleh : nina mazrina

Seorang hakim berkata: "Seharusnya seseorang yang beramal kepada Allah belajar mengenai adab daripada pengembala kambing. Ketika ditanya, "bagaimana?" Jawabnya,

"pengembala itu jika bersolat di tengah-tengah kumpulan kambing jagaannya, sekali-kali dia tidak mengharap pujian daripada kambing-kambingnya, begitu juga dengan orang yang melakukan ibadat seharusnya tidak menghiraukan orang melihatnya ataupun tidak."

Seorang ahli hukum berkata: Untuk selamat, sesuatu amal itu bergantung kepada empat perkara iaitu:

# Ilmu pengetahuan - sebab amal tanpa ilmu lebih banyak salah daripada benarnya;

# Niat - sebab setiap amal yang dilakukan bergantung kepada niat;

# Sabar - supaya amal dapat dilakukan dengan baik dan sempurna serta tidak terburu-buru.

# Tulus ikhlas - sebab amal ibadat tidak diterima Allah kalau tidak disertai dengan ikhlas.

Isu Khusrin: BN belum belajar dari tsunami

23 Muharam 1432H
Oleh : Shaharul Shafie

Tindakan yang dibuat oleh kerajaan pusat melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara dilihat akan memberi impak kepada pemulihan persepsi rakyat kepada sejauh mana kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) itu selama ini belajar dari kesilapan sebelum hampir ditenggelami oleh tsunami politik 2008.

Di saat Umno dan BN semakin kembali kuat dengan dasar-dasar baru Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada suku ketiga tahun ini, nampaknya kerajaan kembali melakukan kesilapan lagi bagi mengambil semula hati dan keyakinan rakyat terutamanya mereka yang berada di atas pagar.

Tindakan yang dimaksudkan ini ialah tindakan perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru oleh kerajaan pusat yang tidak menitikberatkan aspek profesionalisme dan mengambil kira kesesuaian calon dengan kerajaan negeri.

Bukan itu sahaja, langkah kerajaan pusat ini dikesali kerana sampai sekarang nampaknya BN masih belum sedar bahawa punca utama mereka pernah ditolak dulu adalah kerana sikap menunjuk pandai dan kuasa yang berpaksikan politik dan bukannya kepentingan rakyat. Mungkin terghairah tidak tentu fasal dengan kemenangan di Galas dan Batu Sapi membuatkan mereka kembali membuat ’dosa’ lama.

Saya amat letih sekali kerana banyak artikel saya sebelum ini hanya mahu mengingatkan beberapa kali kepada BN bahawa Najib sendiri sebelum ini akur akan persepsi dan minda rakyat masa kini yang menyebabkan mereka hampir tersungkur dalam PRU 2008. Ini adalah kerana ketika itu, rakyat menyampah sama-sekali kerajaan BN yang mengamalkan dasar ’only we who know the best for people.

’ Najib sendiri beberapa kali bercakap pada media dan rakan-rakannya dalam BN bahawa zaman kerajaan tahu segala-galanya sudah berakhir. Namun, apa yang berlaku sekarang, keangkuhan lama yang masih belum surut terus diamalkan dan janji Najib untuk tidak akan lagi mengamalkan dasar tahu semuanya itu nampaknya meleset sekali.

Tidak dinafikan sepanjang dan selepas pemilihan pimpinan PKR pusat yang lalu, selain dari program penambahbaikan ekonomi oleh Najib, persepsi rakyat terhadap pemerintah pusat nampak semakin pulih. Namun, tahap ’kemaafan’ rakyat yang pernah mengundi Pakatan Rakyat (PR) pada PRU yang lepas nampaknya semakin lusuh apabila bermula episod pertarungan tunjuk kuasa BN di Dewan Rakyat beberapa minggu lepas mengenai dakwaan PR mengenai unsur Israel yang cuba menerapi konsep 1 Malaysia telah menyebabkan empat ahli Parlimen digantung dari Parlimen.

Bagi rakyat, yang menginginkan doktrin pembahagian kuasa dengan penuh demokrasi yang sempurna dapat dilaksanakan amat kesal dan ternyata sedih dengan penggunaan kuasa politik melebihi daripada kepentingan masyarakat.

Bukan itu sahaja, BN dilihat mengamalkan matlamat yang menghalalkan cara telah menyebabkan negara juga mengalami susutan kedudukan di kalangan negara dunia dari segi amalan demokrasi yang jelas secara langsungnya akan memberi kesan kepada nama baik negara dan kemasukan pelaburan asing yang kini semakin mengecil.

Laporan Economist Intelligence Unit (EIU) menunjukkan Malaysia turun dari tangga 68 ke 71 di dalam prestasi indeks demokrasi dua hari yang lalu di kalangan 167 buah negara.

Dari saat penggantungan ahli-ahli Parlimen itulah, rakyat yang sebelum ini nampaknya sedia memaafkan BN sudah kembali berang dan melupakan kemarahan mereka ke atas apa yang berlaku di dalam pemilihan PKR baru-baru lagi.

Mungkin penggantungan tidak demokratik itu yang tidak memberi peluang adil membela diri dan termasuklah dengan perlantikan sesuka hati KSU Selangor ini menjadi rahmat kepada PR yang sejak dua menjak ini kekurangan isu-isu panas untuk diketengahkan bagi meraih sokongan rakyat.

Namun yang amat dikesalkan ialah cakap tak serupa bikin oleh BN apabila masih meletakkan kepentingan parti melebihi daripada demokrasi yang dijunjung oleh rakyat. Malah membabitkan istana semata-mata untuk berkuasa dan kesannya rakyat mula menaruh prasangka ke atas raja-raja Melayu.

Perlantikan Datuk Mohd Khusrin Nawawi untuk menjadi SUK Selangor yang pernah menjawat jawatan Ketua Pengarah, Jabatan Agama Islam Selangor dilihat sebagai satu pertikaian yang bakal membabitkan pihak istana yakin Sultan Selangor.

Khusrin yang sebelum ini penuh kontroversi dan terkenal apabila gagal bekerjasama dengan kerajaan Selangor di dalam perkara berkaitan dengan agama Islam di negeri itu turut menggunakan Sultan Selangor sebagai pelindungnya dengan alasan hal ehwal agama adalah dibawah bidang kuasa sultan.

Khusrin boleh diibaratkan seperti ’firaun kecil’ yang pernah berlaku di Pulau Pinang apabila Pegawai Pembangunan Pulau Pinang yang sepatutnya berkhidmat dengan kerajaan negeri tetapi lebih berkiblatkan kepada kerajaan persekutuan. Jadi samalah dengan Khusrin.

Bila pejabat KSN dan istana Johor semalam memaklumkan perlantikan Khusrin mendapat perkenan Sultan Selangor, ini jelas usaha semborono kerajaan BN yang cuba membabitkan kedudukan istana. Sebenarnya perlantikan SUK tidak memerlukan perkenan Sultan sepertimana perkenan diperlukan untuk jawatan-jawatan tertinggi berkaitan dengan fungsi baginda dengan hal ehwal agama Islam negeri sahaja.

Baginda berkuasa untuk perkenan perlantikan mufti dan lembaga pengarah untuk JAIS dan agensi-agensi berkaitan dengan agama negeri seperti Majlis Agama Negeri Selangor (MAIS), Lembaga Zakat Selangor dan lain-lain lagi.

Perlantikan SUK mestilah dipersetujui hanya oleh Menteri Besar Selangor. Ini adalah kerana Menteri Besar adalah ketua pentadbiran di dalam negeri itu. Sultan Selangor hanya lambang negeri, kedudukan Melayu dan berkuasa penuh dalam aspek agama Islam sahaja.

Oleh itu, sebab kerajaan pusat mengheret baginda ini tidak nampak rasional dan apa yang boleh diandaikan ialah kerajaan pusat cuba menggunakan nama baginda sultan ini untuk dua sebab. Sebab pertama ialah untuk berlindung di belakang baginda dengan mengenengahkan baginda sebagai ’satu alat’ untuk membuatkan semua orang senyap dan terpaksa menerima Khusrin atau sebab kedua ialah BN menggunakan situasi ini untuk memburukkan imej kesultanan Selangor di kalangan rakyat jelata. Ini benar kerana sejak dahulu lagi di bawah Tun Dr Mahathir, BN selalu mencabar kedudukan raja-raja Melayu secara halus untuk tujuan politik nasionalis mereka termasuklah pengurangan kuasa raja-raja.

Tidak dinafikan keputusan akhir perlantikan SUK memang terletak di tangan kerajaan pusat. Oleh itu, kerajaan pusat BN haruslah membuat keputusan berdasarkan profesionalisma dan kebaikan rakyat.

Apa yang saya maksudkan di sini ialah pejabat KSN kena letakkan faktor keharmonian pentadbiran negeri sebagai matlamat utama. KSN yang sesungguhnya dipengaruhi oleh Perdana Menteri kena akur bahawa bagi mencapai keharmonian ini, SUK yang dilantik mestilah seseorang yang boleh bekerja dengan kerajaan negeri tidak kiralah dipimpin oleh BN ataupun PR.

KSN tidak boleh mengamalkan double standard untuk kepentingan bosnya di Putrajaya sahaja. Matlamat beliau seharusnya adalah untuk kebaikan rakyat. KSN dan kerajaan pusat kena akur pilihan rakyat Selangor yang memilih PR sebagai kerajaan negeri. Kerajaan pusat kena letakkan kepentingan sosial dan rakyat melebihi impian politik ataupun dendam kesumat politik mereka.

Jika BN mahu mengambil hati rakyat yang menolaknya dahulu sewajarnya berprofesionalismalah dalam perkara ini. Biarkan calon yang boleh bekerja dengan kerajaan PR kerana inilah meletakkan Najib bukan sebagai ahli politik tetapi seorang negarawan di mata rakyat kelak.

BN kena tahu bahawa penolakan ke atas mereka semasa Tsunami 2008 disebabkan oleh luka di hati rakyat yang mana luka yang sembuh meninggalkan parut. Parut yang ada boleh terluka semula sekiranya BN masih kekal angkuh dan lupa janjinya untuk tidak lagi bertindak sebagai ’mereka yang tahu segala-galanya’.

Bagi kerajaan PR pula, sememangnya apa yang terjadi ini menjadi satu rahmat kepada mereka bagi memainkan isu ini di kalangan rakyat supaya api kemarahan 2008 itu kembali menyala semula lebih-lebih lagi pilihanraya umum ke 13 sudah semakin dekat.

Najib dijangkakan tidak akan menghabiskan penggal Parlimen atau mandat PRU-12 sepenuhnya 5 tahun sehingga tahun 2013. Ini kerana semua ahli ekonomi sudah bersependapat bahawa keadaan ekonomi global dijangkakan menguncup semula pada suku kedua atau ketiga tahun hadapan.

Dan di kala penguncupan ekonomi ini mengambil masa hampir 2 tahun untuk pulih semula, maka Najib tiada pilihan lagi untuk membubarkan Parlimen sebelum pertengahan tahun hadapan.

Sudah menjadi kelaziman, sesuatu pilihanraya terbaik kepada parti pemerintah adalah dilakukan semasa keadaan ekonomi yang stabil dan amat buruk sekali padahnya jika dilakukan semasa ekonomi meleset. Oleh itu, Najib harus sedar api kemarahan di atas kedangkalan pentadbirannya mengasingkan elemen politik dan pentadbiran akan memberi kesan yang mungkin lebih teruk lagi jika dibandingkan semasa PRU yang lepas.

Ketirisan dalam salahguna kuasa tidak sahaja tertakluk kepada penggunaan wang. Episod kedegilan BN meletakkan SUK pro-BN adalah satu bentuk ketirisan atau penyalahgunaan kuasa melibatkan kuasa.

Sudah banyak kali BN menafikan pilihan rakyat ke atas apa yang mereka mahukan. Sebelum ini, jawatan Majlis Keselamatan Negara (MKN) di peringkat negeri yang merupakan jawatan pentadbiran awam telah dipolitikkan oleh kerajaan BN pusat.

Contohnya, Ketua Perhubungan Umno Kedah dilantik menjadi ketua MKN negeri sedangkan yang layaknya ialah kerajaan negeri yang dipilih rakyat iaitu kerajaan pimpinan PAS di Kedah. Sepatutnya jawatan-jawatan sebegitu secara automatiknya diberikan kepada siapa sahaja yang menjadi Menteri Besar atau Ketua Menteri tidak kira dari parti mana sekalipun.

Bukan itu sahaja, MKN mempunyai sumber utama bagi membantu malapetaka besar yang sudah termaktub di dalam perjanjian pusat dan negeri bahawa MKN akan mengeluarkan semua bantuan dan bukannya negeri.

Apa yang berlaku dalam banjir besar Kedah yang lalu yang sengaja dimainkan oleh media kerajaan menunjukkan kerajaan PAS Kedah lemah akhirnya menjadi senjata yang makan tuan apabila rakyat yang sudah ramai yang pintar dan berpendidikan tinggi sudah lebih awal faham situasi siapa yang sebenarnya ada ’kuasa dan wang’ dalam isu malapetaka sebegitu.

Perkara macam inilah menyakitkan hati rakyat yang sudah pandai dan geram apabila kerajaan pusat memperkecil-kecilkan mereka dengan bertindak seperti ’Profesor Serba Tau’ segalanya.

Saya yakin Khusrin akan tetap menjadi SUK Selangor dan kerajaan PR Selangor terpaksa menerimanya kerana seperti biasalah kerajaan Najib tidak akan beralah. Namun begitu, Menteri Besar dan pimpinannya di dalam negeri terkaya di Malaysia itu boleh gunakan cara lain untuk memperkecil-kecilkan peranan SUK tajaan kerajaan BN itu.

Dengan bajet yang ada mereka mampu mewujudkan satu jawatan pegawai khas kepada Menteri Besar.Apa-apa fungsi pentadbiran mengenai isu-isu dalam negeri itu seperti kerajaan tempatan, air ,sumber asli dan lain-lain lagi boleh dipengerusikan oleh pegawai khas ini menggantikan SUK ini dan segala surat-menyurat ditandatangi oleh pegawai khas ini adalah di atas nama Menteri Besar untuk sebaran perkhidmatan awam kerajaan negeri.

Dengan cara ’memboikot’ ini boleh memberi tekanan kepada Khusrin sendiri. Biarlah Khusrin pergi bermesyuarat di Putrajaya dengan KSN setiap bulan tetapi tiada kuasa di negeri dan maklumat cukup tentang pentadbiran negeri. Tidak payahlah saya huraikan bagaimana mahu memboikot SUK tajaan BN ini oleh pihak PR kerana saya tahu pimpinan PR kerajaan Selangor lebih mengetahui cara yang terbaik asalkan berlandaskan undang-undang dan peraturan tubuh pentadbiran negeri.

Walaubagaimanapun, poin yang menyebab saya kesal sangat sebagai salah seorang yang berada di atas pagar semasa PRU yang lepas ialah BN masih gagal perbaharui pendekatan politiknya dan masih menggunakan kuasa untuk mendapat apa sahaja yang diidamkan yang menyalahi norma-norma demokrasi. Amat geram sekali apabila BN masih tunjuk pandai dan memperbodoh-bodohkan rakyat serta belum serik lagi dengan tsunami melanda mereka suatu masa dahulu.

Shaharul adalah seorang perunding Sumber Manusia Strategik dan program pembangunan organisasi, Selain itu, beliau juga menulis beberapa artikel analisa perkembangan politik, sosial dan ekonomi yang diterbitkan di dalam KLToday.com. Beliau boleh dihubungi di rashidzack@yahoo.com

Logo Baru Blog Cina Islam 2011

Sejajar dengan perubahan masa, maka blog Cina Islam bakal berubah wajah. Beberapa penambahbaikan sedang dibangunkan kini oleh moderator. Penampilan blog Cina Islam diambang 2011 ini kelak juga lebih menepati hasrat dan inspirasi Yang Berkhidmat lebih dekat bersama rakyat. Moto dan Visi lebih segar. Tunggu kemunculannya ! Ia lebih berinformasi pada 1.1.2011.

Drs. Khalil Idham Lim

Berpakaian tetapi telanjang.

23 Muharam 1432H
Oleh : selatanonline

Kita berpakaian untuk melindungi tubuh, untuk nampak lebih berketerampilan, juga sebagai melaksanakan sunnah yang dianjurkan Islam. Namun tidak semua konsep berpakaian menepati syariat, malah ada ketikanya ia mendatangkan ‘bala’ pula kepada kita. Ini sama seperti pesan Rasulullah lewat hadis baginda;

Daripada Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Ada dua macam penghuni neraka yang kedua-duanya belum kelihatan olehku. Pertama, kaum yang memiliki cambuk seperti ekor sapi yang digunakan untuk memukul orang lain. Kedua, wanita yang berpakaian tetapi sama seperti telanjang (kerana pakaiannya tidak menutup aurat,

nipis dan mendedahkan bahagian yang tidak sepatutnya dilihat bukan muhrim) dan wanita yang mudah dirayu dan juga suka merayu. Wanita tersebut tidak dapat masuk syurga, bahkan tidak dapat mencium bau syurga, padahal bau syurga itu dapat dicium dari jarak yang sangat jauh.” (Sahih Muslim)

Salah satu budaya malang yang menimpa wanita Islam dewasa kini ialah budaya berpakaian tetapi telanjang. Kebanyakan wanita hari ini berpakaian mengikut fesyen walaupun ada sesetengah fesyen yang dikenakan amat bertentangan dengan syariat Islam. Ada sesetengah wanita pula menyangkakan bahawa dengan bertudung, mereka sudah menutup aurat, sedangkan apa yang mereka sarungkan di tubuh badan mereka hanyalah pakaian yang nipis melayang ataupun yang ketat dan sendat seperti nangka dibalut dan nampakkan segala-galanya. Ada juga yang menenakan tudung tetapi menampakkan lengan (short sleeve).

Diriwayatkan oleh Abu Daud dari Aisyah r.a. bahawa ketika Asma’ binti Abu Bakar r.a. bertemu dengan Rasulullah SAW, ketika itu Asma’ sedang mengenakan pakaian tipis, lalu Rasulullah SAW memalingkan muka seraya bersabda, “Wahai Asma’! Sesungguhnya, jika seorang wanita sudah sampai masa haid, maka tidak layak lagi bagi dirinya menampakkannya, kecuali ini ...” (baginda mengisyaratkan pada muka dan tangannya).

Kenapa wajib menutup aurat? Jawapannya ada dalam al-Quran, Allah SWT telah berfirman yang bermaksud, “Hai Nabi katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu dan istri-istri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha pengampun lagi Maha penyayang.” (Surah al-Ahzab [033], ayat 59)

Dalam urusan berdandan atau berhias-hiasan bagi golongan isteri juga haruslah dilakukan menepati syariat seperti mendapat izin suami terlebih dahulu. Ini ditegaskan Rasulullah SAW seperti yang diceritakan daripada Asma Abu Bakar mengenai seorang wanita yang datang bertanya kepada Rasulullah, “Saya mempunyai kemusykilan. Berdosakah kalau saya berdandan dengan harta suami yang belum diberikannya kepada saya?” Balas Rasulullah SAW, “Orang yang berdandan dengan apa yang belum diberikan suaminya, sama dengan memakai dua helai baju palsu (penuh dosa).” (Sahih Muslim)

Renung-renungkan!

Menjelang PRU 13: Pemuda PAS Perak atur persediaan

23 Muharam 1432H
Oleh : safarizal saleh

(TAIPING) - Bagi membuat persediaan awal menjelangnya Pilihan Raya Umum (PRU) ke - 13nanti, Dewan Pemuda PAS Negeri Perak telah menganjurkan Konvensyen Pemuda Prihatin bagi menyusun semua jentera Pemuda disemua peringkat.

Konvensyen yang memberikan fokus perkidmatan Pemuda PAS kepada seluruh rakyat bagi memastikan sokongan rakyat bertambah serta yakin akan pentadbiran PAS dan Pakatan Rakyat (PR) di Perak.

Beberapa pembentangan kertas kerja dan juga kajian setempat telah dibentangkan oleh jemputan-jemputan khas bagi merungkai gerak kerja bersepadu Pemuda PAS di semua peringkat. Kajian persepsi atau gambaran umum menjelang PRU 13 juga turut dibentangkan.

Konvensyen yang bertajuk Pemuda Prihatin adalah menjadi nadi bagi gerak kerja Pemuda PAS bagi menambat hati pengundi terutama yang berumur bawah 40 tahun. Ianya diharap dapat menyuntik semangat Pemuda PAS bagi mengantur gerak langkah berkesan di setiap peringkat.

Perak Care di lancar

23 Muharam 1432H
Oleh : safarizal saleh

(TAIPING) - Usaha bagi membantu masyarakat yang memerlukan dan bertemakan kebajikan, badan amal 'Perak Care' ditubuhkan baru-baru ini.

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Haji Azmi Abdul Hamid, Presiden Teras yang penuh meriah. Turut di lancarkan adalah laman web rasmi Perak Care bagi memudahkan mereka-meraka yang prihatin menyalurkan sumbangan.

Salman yang juga Pengerusi Perak Care berharap badan amal seumpama ini dapat membantu mana-mana pihak yang amat memerlukan tidak mengira sesiapa pun. Beliau juga berharap pihak-pihak yang ingin menyumbang agar dapat terus menyalurkannya dalam bentuk kewangan.

"Perak Care adalah medan yang boleh digunakan oleh semua pihak bagi menyalurkan bantuan, semua pihak boleh melayari laman web kami bagi melihat lebih dekat apa yang kami lakukan" Salman menyatakan semasa majlis pelancaran tersebut.

Haji Azmi di dalam ucapannya berharap Perak Care sebagai satu pentas bagi golongan muda bagi menabur bakti kepada masyarakat. Biar orang muda sebagai contoh atau tauladan yang baik kepada masyarakat kata Haji Azmi.

Perlantikan Isa Samad Tambah Kroni Kaut Wang Felda

23 Muharam 1432H
Oleh : newsfowarder

AKHIRNYA Mohd Isa Samad dilantik menjadi pengerusi Felda. Bekas MB Negeri Sembilan itu sudah lama berhajat dengan jawatan berkenaan. Sejak setahun lalu lagi beliau melobi untuk menjabat jawatan itu. Semasa menghadiri majlis bekas pelajar TAR Kolej yang berlangsung di sebuah hotel di Puchong, beliau ada menyebut hal berkenaan.

Tampaknya angan-angan Mat Isa itu menjadi kenyataan. Perlantikan beliau itu akan berkuat kuasa pada 1 Januari . Perlantikan itu bukan sangat atas kebolehannya mengurus Felda tetapi kerana politik.

Bagi diri Mat Isa perlantikan menggembirakannya. Manakala kepada peneroka pula perlantikan itu tidak akan membawa apa-apa perubahan. Bukan hendak merendahkan keupayaan Mat Isa, tetapi track record nya sebagai MB Negeri Sembilan sudah ketahui ramai. Selama 22 tahun beliau menjadi MB Negeri Sembilan, tahap kemajuan negeri itu boleh dilihat sejauh mana kehebatannya.

Kepada peneroka perlantikan Mat Isa itu tentu berbaur dengan kebimbangan dan cemas. Penglibatan beliau dalam kes rasuah sebelum ini akan menghantui peneroka. Felda adalah agensi kerajaan yang bergfungsi membantu rakyat yang mempunyai aset yang cukup besar.

Para peneroka pula terus dimanipulasikan oleh agensi itu di mana titik peluh mereka dicurah tidak setimpal dengan pengorbanan mereka. Sebaiknya orang yang menguruskan agensi itu lebih kaya dan mewah berbanding dengan para peneroka.

Mat Isa berjanji akan bekerja dengan baik. Biasalah janji dan ikrar itu. Semua menteri membuat janji dan bai'ah itu. Tetapi apa jadi akhirnya, janji entah ke mana yang kaya raya dan senang adalah diri sang menteri atau penjawat jawatan itu saja.

Di sini saya melihat perlantikan Isa Samad itu akan menambah kroni baru yang akan mengaut wang Felda. Kalau Yusuf Noor sebelum ini melantik kroninya memberi kontrak kepada anak buahnya, maka kini giliran Isa Samad pula.

Mereka yang baik, ampu dan hidup dengan wangi ketiak Mat Isa akan berubah bulu sebelum ini. Seperti mana mereka yang mengelilingi Yusuf Noor berubah maka begitulah nanti pengeliling Isa Samad akan berubah.

Sebenarnya jawatan sebagai pengerusi agensi kerajaan tidak patut dijadikan tempat pesara politik mencari makan. Cukuplah dengan harta yang mereka kaut semasa menjadi menteri atau menteri besar.

Lebih wajar kalau jawatan pengerusi itu diberikan kepada bekas pegawai kerajaan yang terdiri dari kalangan anak para peneroka. Biarlah anak peneroka merasai jawatan itu dan mereka memikirkan bagaimana hendak memaju dan memanfaatkan kekayaan Felda kepada kalangan mereka.

Janji Najib nak lakukan transformasi rasanya termasuk juga dalam soal-soal perlantikan agensi kerajaan seperti Felda, Felcra, Risda, Mara dan berbagai-bagai lagi.

Berhentilah atau cukuplah menjaga periuk nasi orang politik yang sememangnya sudah bumbung kalau dibandingkan dengan periuk nasi orang Felda, Felcra dan lain-lain.

Tazkirah : Penghalang Doa

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh

Tanya : Saya sering berdoa. Tapi, saya merasakan bahwa doa saya jarang terkabul. Mungkin doa saya terhalang. Bisa dijelaskan faktor-faktor penyebabnya ?

Jawab : Adalah sangat baik jika kita memperbanyak doa, sebab memperbanyak doa adalah merupakan salah satu perintah Allah sebagaimana firman-Nya :

وَقَالَ رَبّكُـمْ ادْعُونِيَ أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنّ الّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنّمَ دَاخِرِينَ

Dan Tuhanmu berfirman : "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina." [QS. Al-Mukmin : 60].

Namun jika kita merasa bahwa doa kita belum terkabulkan, maka kita tidak boleh putus asa. Kita harus ber-husnudhan pada Allah ta’ala dengan terus introspeksi terhadap diri kita sendiri. Ketika berdoa, kita harus memperhatikan adab-adab berdoa, diantaranya : ikhlash, sungguh-sungguh, khusyuk, penuh kerendahan, dan yakin bahwa doa kita pasti akan dikabulkan (sebagaimana firman Allah di atas). Awalilah doa kita dengan sanjungan kepada Allah ta’ala dan shalawat kepada Nabi-Nya shallallaahu ’alaihi wasallam. Bisa jadi doa kita terhalang karena beberapa faktor, diantaranya :

1. Makan dan minum dari yang haram, mengkonsumsi barang haram berupa makanan, minuman, pakaian, dan hasil usaha yang haram. Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّ اللهَ طَيِّبٌ لا يُقبَلَ إِلا طَيِّباً وَإِنَّ اللهَ أَمَرَ اْلمُؤْمِنِيْنَ بِمَا أَمَرَ بِهِ اْلمُرْسَلِيْنَ فَقَالَ { يَا أَيُّهَا الرُّسُلُ كُلُوْا مِنَ الطَّيِّبَاتِ وَاعْمَلُوْا صَالِحاً إِنِّي بِمَا تَعْمَلُوْنَ عَلِيْمٌ } وَقَالَ { يَا أَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوْا كُلُوْا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكمْ } ثُمَّ ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيْلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إِلَى السَّمَاء يَا رَبِّ يَا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِاْلحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ ؟

“Wahai manusia, sesungguhnya Allah ta’ala adalah Maha Baik, tidak menerima kecuali yang baik, dan sesungguhnya Allah memerintahkan kepada para Rasul.Allah ta’ala berfirman : “Hai Rasul-Rasul, makanlah dari makanan yang baik-baik, dan kerjakanlah amal yang shalih” (QS. Al-Mu’minuun : 51). Dan Allah berfirman : “Hai orang-orang yang beriman, makanlah dari rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu” (QS. Al-Baqarah : 172). Kemudian Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam menceritakan seorang laki-laki yang melakukan perjalanan jauh, rambutnya kusut dan berdebu lalu menengadahkan kedua tangannya ke langit seraya berkata,”Ya Rabb..ya Rabb…”, sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya dari yang haram, dicukupi dari yang haram, maka bagaimana mungkin dikabulkan doanya?” [Diriwayatkan oleh Muslim no. 1015].

2. Minta cepat terkabul doa yang akhirnya meninggalkan doa. Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

يُسْتَجَابُ لأَحَدِكُمْ مَا لَمْ يَعْجَلْ يَقُوْلُ دَعَوْتُ فَلَمْ يُسْتَجَبْ لِيْ

“Dikabulkan doa seseorang dari kalian selama ia tidak buru-buru,(dimana) ia berkata : ”Aku sudah berdoa namun belum dikabulkan doaku” [Diriwayatkan oleh Al-Bukhari no. 5981 dan Muslim no. 2735].

لا يَزَالُ يُسْتَجَابُ لِلْعَبْدِ مَا لَمْ يَدْعُ بِإِثْمٍ أَوْ قَطِيْعَةِ رَحِمٍ مَا لَمْ يَسْتَعْجِلْ قِيْلَ يَا رَسوْلَ اللهِ مَا اْلاِسْتِعْجَالُ قَالَ يَقُوْلُ قَدْ دَعَوْتُ وَقَدْ دَعَوْتُ فَلَم أَرَ يَسْتَجِيْبُ لِيْ فَيَسْتحْسِرَ عِنْدَ ذَلِكَ وَيَدَعُ الدُّعَاءَ

“Senantiasa doa seorang hamba akan dikabulkan selama ia tidak berdoa untuk berbuat dosa atau memutuskan silaturahim, dan selama ia tidak meminta dengan tergesa-gesa (isti’jal)”. Ada yang bertanya : “Ya Rasulullah, apa itu isti’jal?”. Jawab beliau : “Jika seseorang berkata : ‘Aku sudah berdoa, memohon kepada Allah, tetapi Dia belum mengabulkan doaku’. Lalu ia merasa putus asa dan akhirnya meninggalkan doanya tersebut” [Diriwayatkan oleh Muslim no. 2735].

3. Melakukan maksiat dan apa yang diharamkan Allah. Seorang penyair berkata : “Bagaimana mungkin kita mengharap terkabulnya doa, sedangkan kita sudah menutup jalannya dengan dosa dan maksiat”.

4. Meninggalkan kewajiban yang diwajibkan oleh Allah. Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

وَالَّذِيْ نَفْسِيْ بِيَدِهِ لَتَأْمُرُنَّ بِاْلمَعْرُوْفِ وَلْتَنْهَوُنَّ عَنِ اْلمُنْكَرِ أَوْ لَيُوْشِكَنَّ اللهُ أَنْ يَبْعَثَ عَلَيْكُمْ عِقَاباً مِنْهُ ثُمَ تَدْعُوْنَهُ فَلا يُسْتَجَابُ لَكُمْ

“Demi Dzat yang jiwaku di tangan-Nya, hendaklah kalian menyuruh yang ma’ruf dan mencegah kemungkaran atau (kalau tidak kalian lakukan) maka pasti Allah akan menurunkan siksa kepada kalian, hingga kalian berdoa kepada-Nya, tetapi tidak dikabulkan” [Diriwayatkan oleh At-Tirmidzi no. 2169, Al-Baghawi dalamSyarhus-Sunnah 14/3453, dan Ahmad no. 23360. At-Tirmidzi berkata : “Hadits ini hasan”].

5. Berdoa yang isinya mengandung perbuatan dosa atau memutuskan silaturahim.

6. Tidak bersungguh-sungguh dalam berdoa. Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallambersabda :

إِذَا دَعَوْتُمُ اللهَ فَاعْزِمُوْا فِي الدُّعَاءِ وَلا يَقُوْلَنَّ أَحَدُكُمْ إِنْ شِئْتَ فَأَعْطِنِيْ فَإِنْ اللهَ لا مُسْتَكْرِهَ لَهُ

“Apabila seseorang dari kamu berdoa dan memohon kepada Allah, janganlah ia mengucapkan : ‘Ya Allah, ampunilah dosaku jika Engkau kehendaki, sayangilah aku jika Engkau kehendaki, dan berilah rizki jika engkau kehendaki ‘. Akan tetapi, ia harus bersungguh-sungguh dalam berdoa. Sesungguhnya Allah berbuat menurut apa yang Ia kehendaki dan tidak ada yang memaksa-Nya” [Diriwayatkan oleh Al-Bukhari no. 7026].

7. Tidak khusyu’, lalai, dan terkuasai hawa nafsu. Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam bersabda :

ادْعُوْا اللهَ وَأَنْتُمْ مُوْقِنُوْنَ بِاْلإِجَابَةِ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ لا يَسْتَجِيْبُ دُعَاءً مِنْ قَلْبٍ غَافِلٍ لاهٍ

“Berdoalah kepada Allah dan kamu yakin akan dikabulkan. Ketahuilah bahwa Allah tidak akan mengabulkan doa orang yang hatinya lalai dan tidak khusyu’ “[Diriwayatkan oleh At-Tirmidzi no. 3479 dan Al-Hakim no. 1817; hasan lighairihi].

Kalaupun misalnya Allah ta’ala belum mentaqdirkan doa kita terwujud, kita harus sabar dan ridla bahwasannya Allah ta’ala mempunyai hikmah yang sangat besar. Allahta’ala sangat sayang terhadap hamba-Nya dan seorang hamba tidak tahu tentang akibat urusannya. Terkadang seseorang mengharapkan sesuatu, padahal itu jelek buat dia. Sebaliknya, seseorang membenci sesuatu, padahal itu baik buat dia.Wallaahu a’lam.
[http://abul-jauzaa.blogspot.com/2009/10/penghalang-doa.html}
Wassalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh
--
http://nurihsan99.blogspot.com/