19 December 2010

Konvensyen tamat, Konvensyen Ekonomi Mac 2011.

13 Muharram 1432h.

Konvensyen yang bersejarah dan dianggap berjaya mengukuhkan Pakatan Rakyat pada hari ini berakhir dengan semua pimpinan Pakatan Rakyat dan perwakilan bersurai dan kembali ketempat masing-masing membawa misi dan tugas penting bagi melaksana apa yang telah dipersetujui dan ditetapkan dalam Konvensyen kali ini.

Saya mendoakan semuanya selamat sampai ke destinasi dengan selamat.

Anwar kekal Ketua Pembangkang

13 Muharram 1432H.
Harakahdaily

KEPALA BATAS, 19 Dis: Pakatan Rakyat membuat keputusan melantik terus Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang walaupun beliau digantung selama enam bulan sebagai anggota Parlimen.

Keputusan itu dicapai oleh mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat yang diadakan di bilik VIP Dewan Millenium, serentak dengan perjalanan konvensyen itu.

Keputusan itu diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika berucap membuat ucapan penggulungan di konvensyen Pakatan Rakyat hari ini.

Menurut Abdul Hadi, mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat dalam mesyuarat mereka sekejap tadi telah membuat keputusan mengekalkan Anwar sebagai Ketua Pembangkang.

"Kita tetap mahukan berketuakan beliau," kata Abdul Hadi yang diiringi tepukan gemuruh para perwakilan dan pemimpin Pakatan yang menyertai konvensyen itu.

Anwar bersama dengan Azmin Ali (Gombak), Karpal Singh (Bukit Gelugor) dan R Sivarasa (Subang) telah digantung dari Dewan Rakyat selama enam bulan dalam satu sidang yang sangat kontroversi.

Ia berpunca dari pendedahan Anwar bahawa dasar 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Najib Razak, adalah dibuat oleh APCO Worlwide yang juga memcipta 1 Israel.

Ia tidak disenangi oleh Umno kerana APCO dikaitkan dengan agen-agen Yahudi yang berada di dalam syarikat itu.

Peguam Karpal Singh yang turut digantung dalam ucapan penggulungannya memberitahu, beliau akan memfailkan satu tindakan mencabar tindakan ini ke mahkamah tinggi.

Menurutnya, isu di sini adalah mangsa yang digantung tidak didengari pembelaan mereka sebelum diambil tindakan.

"Ini adalah isu mangsa tidak didengari sebelum dijatuhkan hukuman ke atas mereka," kata Karpal dalam ucapannya.

Ini adalah amalan undang-undang Islam dari Pakistan yang diambil oleh orang puteh (Barat), kata Karpal.

Dalam ucapannya juga Karpal berkata beliau akan mempertahankan Islam sebagai agama rasmi di negara ini dan para penganut agama lain bebas untuk mengamalkan agama maisng-masing.

"Saya akan mempertahankan hal ini dan harap PAS juga jaga kami punya muka," kata Karpal Singh.

Beliau juga berkata, akan berbincang dengan pimpinan PAS terutama Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Abdul Hadi mengenai hal ini untuk tidak memberikan peluang kepada BN untuk mengeksploit isu ini.

Anwar : PAS wakili Pakatan Rakyat di Tenang.

13 Muharram 1432H.

Penasihat Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima dengan baik teguran dari PAS dan DAP mengenai kelemahan dalam menentukan Calon. Serentak dengan itu dia memohon maaf atas kelemahan dan menegaskan apa yang boleh dilakukan parti ialah perlu adanya tarbiyah dan menyingkirkan anasir yang boleh merosakkan parti dan perpaduan.

Penegasan itu diucapkan dalam ucapan penggulungan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat yang diadakan di Kepala Batas, Pulau Pinang.

Anwar juga mencabar kenyataan bekas PM Singapura dan bekas PM Malaysia yang disiarkan dalam WikiLeaks dengan tanpil ke Mahkamah.

Anwar juga mendedahkan WikiLeaks yang mendedahkan Najib mesti menang kalau tidak dia akan didakwa dalam kes Altantuya Syaribuu.

Sedangkan media hanya hebahkan BN mendedahkan mengenai kesnya sedangkan kes ini tidak dihebah dan beliau menyeru seluruh jentera Pakatan Rakyat mendedahkan apa yang disebut oleh WikiLeaks mengenai Najib termasuk yang mengaitkannya dengan kes Altantuya.

Anwar juga mendedahkan dokumen dan menjelaskan Isu mengenai penglibatan Kerajaan malaysia dengan Apco Worldwide.

"Apa lagi bukti yang dikehendaki lagi" soal Anwar.

"Saya harap penjelasan saya memadai" tegasnya.

Menurut Anwar semuanya menunjukkan keangkuhan kuasa terhadap Ahli Parlimen dan rakyat.

"Saya bangga dan terima kasih dengan adik-adik barisan kedua Pimpinan pakatan Rakyat termasuk menyiapkan dokumen pakatan Rakyat yang dianggap penting dan kerangka dasar yang diluluskan."jelasnya.

Sambil itu dia mencadangkan dokumen itu dicetak ratusan ribu dan disebarkan kepada rakyat lebih awal.

Anwar juga menyifatkan Konvensyen pada hari ini satu kejayaan besar bagi Pakatan Rakyat.

Anwar juga mengumumkan keputusan calon PAS mewakili Pakatan Rakyat, dengan mendapat pengakuan semua Parti untuk memenangkan calon Pakatan Rakyat.

"Pakatan Rakyat juga akan mengadakan Kongres Ekonomi pakatan Rakyat pada awal Mac 2011" katanya.

DAP akan pertahan Islam dalam Perlembagaan

13 Muharram 1432H.

KEPAQLA BATAS : Pengerusi DAP, YB. Karpal Singh menegaskan bahawa Pakatan adalah pakatan yang kuat.PAS adalah parti yang berdisplin di mana tidak ada yang undur, DAP ada, PKR pun ada . Penegasan itu diucapkan dalam ucapan penggulungan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat yang diadakan di Kepala Batas, Pulau Pinang.

Beliau juga menegaskan Perlembagaan memutuskan Islam adalah agama resmi dan DAP akan mempertahankan itu sehabis-habisnya.

Menurutnya juga yang paling berrhak mempertahankannya ialah PAS.
Beliau juga menegaskan tidak ada sebab BN mengexploitasi isu ini. Kalau nak Isukan ia adalah hak "Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Hadi" katanya.

Mungkin merujuk kepada muzakarah yang hanya boleh menyelesaikan polimik tentang negara Islam yang dipermainkan oleh UMNO.

"Kami akan menang besar. sesiapa yang salah guna kuasa, siapa yg bagi perlindungan kepada pimimpin BN selepas itu akan dituduh dalam mahkamah, dan kami tidak akan lepaskan mereka. Ini adalah merupakan amaran kepada Rosmah." katanya lagi sambil menerima tepukuan gemuruh dari semua yang hadir.

Ucapan karpal Singh pada hari ini nampaknya menyelesaikan polimik negara islam yang sering dipermainkan oleh pemimpin UMNO dan BN sebelum dari ini.

Kenyataan terbaru ini juga dilihat sebagai ucapan yang memperkuatkan dan mengukuhkan Pakatan Rakyat.

UMNO khianat kepada Raja Melayu.

13 Muharram 1431H.

KEPALA BATAS : Sesi penggulungan oleh pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat dari ketiga-tiga parti PAS, DAP dan PKR dalam Konvensyen Pakatan Rakyat hari ini dihangatkan dengan ucapan awal dari pengerusi majlis yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim.

Beliu menegaskan penghianat dan pihak yang derhaka kepada Raja-Raja Melayu adalah pemimpin UMNO. Beliau mengimbau kejadian yang berlaku di Ketereh Kelantan apabila Datuk Anuar Musa yang menabalkan seorang kerabat Raja dari Kelantan yang tinggal di Kuala Lumpur sebagai Sulatan Kelantan.

Sesi petang bersama rakan media.

Sesi petang diteruskan dengan saya berada terus di meja media bersama rakan media yang lain pada Konvensyen Pakatan Rakyat Kebangsaan kali ke 2.

Rafizi : Isu perkauman adalah talian hayat UMNO.

13 Muharram 1432H.

KEPALA BATAS : Pembahas yang mewakili PKR , Rafizi Ramli menegaskan orang melayu pandai, hanya orang Melayu UMNO yang menganggp orang Melayu bodoh.Ucapan tersebut disampaikan beliau dalam Konvensyen PR disini hari ini.

Beliau juga menyarankan usaha menjawab serangan UMNO dengan perjelaskan kesepakatan yang dipersetujui dalam Pakatan Rakyat sebagai senjata utama..

Dr Asri akan umum parti pilihannya apabila PRU-13

13 Muharram 1432H.

KEPALA BATAS, 19 Dis — Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin akan membuat keputusan parti politik yang beliau hendak sokong apabila pilihan raya umum ke-13 dipanggil, yang disebut-sebut akan diadakan awal tahun depan.

“Pilihan raya umum pun belum dipanggil, dan apabila pilihan raya umum diadakan, saya akan menyatakan parti yang saya akan sokong nanti,” kata beliau kepada The Malaysian Insider ketika ditemui di sisi Konvensyen Pakatan Rakyat Kedua di sini hari ini.

Mohd Asri menghadiri majlis perasmian Konvensyen Pakatan Rakyat yang diadakan Dewan Millenium di sini dan dilihat menghabiskan masa sehingga tengah hari tadi mengikuti perjalanan konvensyen.

Ketika ditanya sama ada keputusan itu bermakna akan menyertai mana-mana parti kelak, Mohd Asri berkata, “tengok dulu. Saya sedang melihat..”

“Perkara itu saya masih memikirkan, saya sedang melihat perkembangan politik, iklim dan cuaca politik negara ini,” kata pensyarah Universiti Sains Malaysia ini dengan senyuman.

Ini kali pertama beliau menghadiri konvensyen Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun Mohd Asri bukan asing dalam majlis-majlis anjuran Umno dan PAS. Beliau pernah menghadiri muktamar agung tahunan PAS yang diadakan di Kota Baru Jun lalu. Akhir Jun lalu, Mohd Asri menegaskan, beliau tidak menyertai mana-mana parti politik buat masa sekarang dan “tidak bercadang untuk memilih jalan itu” walaupun disebut-sebut akan memasuki Umno.

“Ingin saya tegaskan kepada rakyat Malaysia bahawa saya sehingga kini tidak menyertai mana-mana parti politik,” kata beliau ketika itu. Ulama yang dilihat sebagai aliran pemikiran ‘progresif’ ini menjadi tumpuan aktif Umno dan PAS sejak lebih setahun lalu.

Beliau telah memberi bayangan sedang memikirkan perkara tersebut sejak akhir tahun lalu. Bagaimanapun pada pertemuan hari ini, Mohd Asri memberitahu The Malaysian Insider, beliau masih berharap Kelantan akan kekal ditadbir oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada pilihan raya umum ke-13.

“Kelantan mesti ditadbir oleh Datuk Nik Aziz, PAS sebab beliau sudah membuktikan pentadbiran Kelantan sebagai pentadbiran contoh, yang harus diamalkan oleh mana-mana parti yang memerintah negara ini,” katanya.

Nik Aziz genap 20 tahun memimpin Kelantan, yang jatuh ke tangan PAS pada pilihan raya umum 1999. “Malah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sendiri sudah membersihkan beliau daripada dakwaan rasuah... beliau telah memberikan kita satu kerajaan contoh,” kata Mohd Asri sambil menambah, Nik Aziz selaku Menteri Besar Kelantan telah menunjukkan sikap bersopan santun.

Mengenai kehadiran pada konvensyen Pakatan Rakyat hari ini, Mohd Asri berkata, beliau memutuskan untuk melihat perkembangan perikatan tiga parti itu dari dekat. “Urus setia konvensyen menjemput saya datang, jadi menerima jemputan untuk melihat dengan dekat, memahami secara langsung selepas hampir tiga tahun (Pakatan) bergerak,” katanya.

Sehubungan itu kata Mohd Asri, beliau melihat beberapa idea yang dibangkitkan dalam Buku Jingga, antaranya isu rasuah dan ketirisan memang sesuatu yang baik. Buku Jingga adalag agenda Pakatan yang menggariskan perincian dasar dan langkah yang berlandaskan Dasar Bersama untuk merealisasikan cita-cita Pakatan Rakyat membina sebuah negara yang makmur dan adil.

Intipati Buku Jingga dibentangkan oleh Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa, Ketua Pemuda DAP Anthony Loke dan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail.

“Ada banyak idea menarik yang dibangkitkan, macam yang dikatakan oleh YB Anthony Loke, tetapi persoalannya adakah Pakatan Rakyat boleh melaksanakannya.

“Oleh itu, Pakatan Rakyat perlu menyakinkan bahawa ia boleh melaksanakan apa yang disebutkan, contoh isu ketirisan dan rasuah... perkara ini semua orang cakap dan sudah tahu, tetapi apakah Pakatan Rakyat boleh meyakinkan orang ramai dengan melaksanakannya. Ini persoalan yang perlu dijawab oleh Pakatan Rakyat.

“Orang ramai akan tertarik dengan parti yang boleh meyakinkan mereka dengan program pelaksanaan,” kata beliau lagi.- minsider

Nasaruddin : Ambil kira dosa dan pahala dalam tingkat tadbir urus

13 Muharram 1432H.

KEPALA BATAS : Wakil dari PAS, Ust. Nasuruddin Hassan yang juga Ketua pemuda PAS Pusat, berkata Konvenseyen sesekali di rasakan hari keluarga PR dan sesekali kita rasakan macam Parlimen.

Beliau juga memberi beberapa pra-syarat untuk mendapatkan kemenangan dengan pertama mempunyai spritual yang matap, kedua kerajaan yang adil dalam agihan ekonomi dan ketiga kerajaan yang politik dan sosial yang senang diterima oleh rakyat. Ini dililiki oleh pakatan Rakyat.

"Setakat ini PR menggungguli kepimpinan yang berintigriti dan bebas dari rasuah." Katanya.

Selain itu beliau berharap supaya pastikan maklumat sampai keseluruh masyarakat dalam negara untuk menunjukan kepada mereka kita layak.

"Bangkitlah bersama PR untuk mendukung PR untuk menyelamatkan negara yang dirosakkan oleh BN." Serunya.

Beliau juga mencadangkan dikembalikan kuasa otonomi kepada universiti dengan menghapuskan AUKU.

"Dicadangkan PR meningkatakan keupayaan tadbir urus dengan mengambil unsur dosa dan pahala." Katanya

Terbaik 2008: PAS diterima semua pihak

13 Muharram 1432H.
Harakahdaily

KEPALA BATAS, 19 Dis: Antara kejayaan paling besar pilihan raya umum 2008 adalah apabila PAS telah diterima dengan baik oleh semua kaum di Perak, kata perwakilan DAP, Dr Jayabalan dalam konvensyen ke-2 Pakatan Rakyat hari ini.

Perkara ini berlaku kerana slogan PAS untuk semua dan Malaysia untuk semua telah berjaya berjalan dengan baik.

Beliau berucap sebagai pembahas dalam konvensyen ini.

Sementara itu, wakil dari PKR, Chah Li Kang pula berkata, masa untuk bercakap sudah berakhir kerana sekarang adalah masa untuk bekerja bagi memenangkan Pakatan.

Ini kerana, kata beliau, dasar yang dikemukakan oleh Pakatan jauh lebih baik dari BN. Oleh itu, apa yang perlu dibuat adalah mempastikan dasar ini boleh dilaksanakan dengan bekerja kuat ke arah memenangkan Pakatan.

Beliau mencadangkan, dalam pelaksanaan dasar ini, sebuah Parlimen Pemuda yang bertujuan untuk membincangkan isu-isu di kalangan pemuda di negara ini.

Beliau yakin, pendekatan ini akan membolehkan semua pihak rasa terbela kerana pemuda sangat penting bagi melaksanaan dasar yang baik itu.

Beliau memetik kata-kata bekas Presiden Indonesia, Sukarno yang berkata, "Berikan aku 10 pemuda, nescaya aku akan goncang dunia."

Beliau menolak projek yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak iaitu NKRA.

"NKRA sebenarnya bukan National Key Result Area tetapi Najib Kasi, Rosmah Ambil," kata Chah Li Kang

Universiti Felda perlu jadi agenda Pakatan

13 Muharram 1432H.
Mohd Sabri Said

KEPALA BATAS, 19 Dis: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman berkata, penubuhan Univesiti Felda hendaklah menjadi agenda utama setelah Pakatan Rakyat (PR) diberikan mandat memerintah.

Katanya, Felda yang ditubuhkan oleh kerajaan sepatutnya mempunyai sebuah univesiti sepertimana Petronas, TNB dan seumpamanya.

Lagipun, katanya tidak mustahil Felda yang mempunyai wang yang banyak menubuhkan sebuah univesiti yang mampu meningkatkan pendidikan keluarga peneroka Felda.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar pula berkata rakyat menjadi miskin demokrasi kerana sikap Umno dan BN yang sering mempermainkan sistem berkenaan.

Justeru, ujarnya bagi melincinkan pentadiran, satu usaha penting harus dicari bagi menambah perancangan yang lebih efisyen.

Program turun padang wajar didahulukan oleh semua jentera akar umbi supaya rakyat tahu kelebihan pemerintahan PR.

“Nampak gayanya BN terpaksa meniru 132 tindakan PR sepertimana memperkenalkan gaji minima, cuti 60 hari dan sebagainya untuk tangani kebencian rakyat pada mereka,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai.

Tambahnya, memandangkan BN asyik menabur janji kosong, maka PR harus mengambil kesempatan memperjelaskan kepada umum tentang penyelewengan yang mereka lakukan.

“BN sebenarnya takut hilang kuasa, maka mereka cuba buat apa saja termasuk tindakan yang boleh mencetuskan ketegangan,” ujarnya.

Namun pada hakikatnya, kata beliau BN hanya bergantung pada media, wang dan jentera kerajaan.

Zailah : PR cadangkan adakan akta elak wanita diexploitasi.

13 Muharram 1432H.


KEPALA BATAS : Wakil dari PAS, YB. Siti Zailah yang juga Ahli Parlimen Rantau panjang mencadangkan elaun khas kepada para wanita yang berjaya membentuk anak-anak yang baik semasa menyampaikan ucapan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat sisini hari ini.

Beliau juga mencadangkan supaya diperbanyakkan kempen anti zina dan kempen galakan solat seperti yang berjaya dilakukan di Kelantan.

Selain itu Pakatan Rakyat dicadang untuk mewajibkan pendidikan Islam bukan satu pilihan tidak seperti sekarang .

Kenaikan pangkat seseorang pegawai Islam diperiksa dulu solatnya.

Pembelaan kepada kaum wanita juga dengan cadangan supaya wanita diberi peluang dalam semua bidang.

Zailah juga menuntut 30 pratus wanita dalam semua bidang dan telah dilaksanakan di kelantan termasuk perlantikan penghulu dikalangan wanita.

Beliau mencadangkan penindas kepada wanita dan anak diberi hukuman keras.

Satu cadangan bantuan kepada ibu tunggal untuk menjaga kebajikan ibu tunggal dan wanita terpinggir juga disebut oleh Siti Zailah dalam ucapannya.

"Persaudaran dalam pakatan mestilah dengan perasaan saling mengasihi dengan kefahaman tahaluf siyasi yang tinggi sebab kita mempunyai latarbelang yang berbeza." Katanya.

Akhirnya dia berharap "kalau kita mahu kejayaan kita mestilah menggunakan semua kekuatan dan pengalaman" Katanya.

Pakatan janjikan pendidikan percuma disemua peringkat.

13 Muharram 1432H.

Pembahas dari PAS, Ust. Khairuddin Aman Razak menegaskan kerajaan PR mesti menekankan pembinaan rumah rakyat miskin bukan berasaskan kepada keuntungan dengan menyediakan badan khusus untuk menyelesaikan masalah perumahan rakyat.

Kerajaan juga dicadangkan mengambil inisiatif menetapkan pendapatan minima dengan memberi subsidi kepada rakyat untuk mengekang kenaikan harga barang.
Pakatan Rakyat juga di tegakan mesti memberi pendidikan percuma disemua perinkat dari rendah hingga ke Pusat Pengajian Tinggi. Dengan dicadangkan tanpa mengambil keuntungan satu sen pun dalam bidang pendidikan.

Akhirnya beliau membuat penegasan bahawa Islam bahawa sesuatu yang bermanfaat itu akan kekal selamanya dibumi Allah Taala, merujuk kepada perjuangan Pakatan Rakyat.

Nik Aziz : Harapan Konvensyen PR ke-2, Islam sebagai asas

13 Muharram 1432H.

Bersempena dengan Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-2 pada 19 di Kepala Batas, Pulau Pinang ini, semua pimpinan dan perwakilan hendaklah mengambil pedoman dari falsafah kesepakatan menurut Islam, iaitu mengutamakan peri pentingnya menjaga hubungan sesama anggota di dalam Pakatan Rakyat.

Ia juga bersesuaian dengan keutamaan ajaran Islam sebagai agama perpaduan, maka Konvensyen Pakatan Rakyat perlu meletakkan keagamaan sebagai asas dalam menguruskan kesepakatan politik.

Pimpinan dan perwakilan parti-parti Pakatan Rakyat––PAS, KEADILan dan DAP––yang menghadiri konvensyen itu nanti perlulah mengambil pedoman daripada maksud al-Quran yang sewajarnya dijadikan rujukan dan penghubung di dalam penyelesaian permasalahan ummah. Justeru ajaran Islam dan asas-asas keagamaan dapat dijadikan rujukan utama dalam menguruskan kesepakatan hubungan antara parti-parti Pakatan Rakyat.
Bagi PAS, amat meyakini bahawa Allah telah menciptakan manusia dalam sifat yang berbeza-beza. Misalnya, sepuluh manusia yang diciptakan Allah, didapati sepuluh kepala (pemikiran) yang bebeza. Bagaimanapun, perbezaan itu tidak akan memberi masalah sekiranya ia berpandukan ajaran Islam dan menjadikan al-Quran sebagai panduan, kerana Islam itu untuk semua kaum. Firman Allah SWT (surah Ali-Imran ayat 103):

Bermaksud: “...dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara...”

Sewajarnya juga kita mengambil pengajaran dari sabda Nabi Muhammad SAW:

Maksudnya: “Janganlah saling benci membenci, saling iri hati dan saling membuat keracunan. Jadilah hamba-hamba Allah yang saling bersaudara, dan tidak boleh seorang Muslim menghindari saudaranya lebih dari tiga hari.”

Demikian lagi, firman Allah SWT (surah al-Maidah ayat 48):

Maksudnya: “Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan agama (yang wajib diikuti oleh masing-masing) dan kalau Allah menghendaki nescaya Dia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam agama yang satu), tetapi Dia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Dia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya”

Oleh itu, atas nama kesepakatan politik yang berpandukan hubungan antara parti di dalam Pakatan Rakyat yang mengutamakan asas-asas keagamaan hendaklah bersetuju dan bekerjasama di dalam setiap perkara yang memberi manfaat bersama untuk ummah di Malaysia hari ini. Sehubungan itu, saya yakin manusia akan selamat sepanjang hidup mereka di dunia dan sejahtera di akhirat kelak sekiranya mengikut kehendak Islam yang syumul.

Selamat berkonvensyen, semoga berjalanlah ia dengan keberkatan Allah SWT.

TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT,
Al-Mursyidul Am PAS.
Kota Baharu, Kelantan.

Nurul Izzah : Kebenaran ada kepada pakatan Rakyat.

13 Muharram 1431H.

KEPALA BATAS : Ucapan pembahas yang mewakili Pakatan Rakyat iaitu YB. Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR mendapat tepukan gemuruh dari peserta konvensyen pada hari ini dengan penegasanya bahawa BN ada kuasa dan kekayaan namun apa yang tidak ada pada BN ialah "Kebenaran" dan ianya adalah milik Pakatan Rakyat.

Konvensyen Pakatan bermula dengan amaran pada Umno

13 Muharram 1431h.

Konvensyen Pakatan Rakyat bermula pagi ini dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memberi amaran kepada Umno daripada 'merampas' Perlembagaan Persekutuan untuk terus memecahbelahkan rakyat Malaysia.

Katanya, Umno sering memetik Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan
mengenai kedudukan istimewa orang Melayu sebagai justifikasi kepada pendekatan rasis mereka.

Namun, tegasnya, Umno selalu gagal untuk menyebutkan Perkara 153 juga menyatakan bahawa kepentingan yang sah masyarakat lain, juga mesti dilindungi.

Lim, yang juga setiausaha agung DAP berkata, adalah menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera mana-mana Negeri Borneo dan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara tersebut.

Antara pemimpin Pakatan yang hadir di konvensyen itu ialah ketua
umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; pengerusi kebangsaan DAP, Karpal Singh dan presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Turut hadir ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim; Menteri Besar Kedah, Datuk Azizan Abdul Razak dan wakil mursyidul am PAS, yang juga menteri besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Kira-kira 1,800 orang menghadiri konvensyen sehari itu, yang dijangka berakhir jam jam 6 petang.

Malam tadi, Anwar bersama-sama dengan para pemimpin Pakatan, mengadakan ceramah di Balik Pulau, sebagai pemanas kepada konvensyen hari ini.

Malaysiakini/-

Pembentangan Kertas Kerja Utama konvensyen.

13 Muharram 1431H.

KEPALA BATAS : Pembentang Kertas kerja yang diwakili oleh wakil-wakil parti mendapat perhatian tepukan gemuruh dengan berbagai tawaran setelah Pakatan Rakyat berada di Putera Jaya.

Pembentangan pertama dimulai oleh wakil PAS, YB. Ust. Nasaruddin Mat Isa dengan tawaran menarik Pakatan Rakyat dengan mengembalikan 20 pratus royalti kepada negeri-negeri.

Wakil dari DAP YB. Antony Loke mewakili Pakatan Rakyat membentangkan beberapa cadangan dan tawaran sekerti berikut.















Sementara itu pembentang terakhir dari PKR, YB. Saifuddin Nasution pula menghangatkan suasana dengan pendedahan penyalahgunaan kuasa oleh BN terhadap Pasukan Polis, SPRM dan Institusi Parlimen.

Gambar sekitar Konvensyen PR Kali Ke 2.








Konvensyen ke-2 persiap hadapi pilihan raya

13 Muharram 1431H.

KEPALA BATAS, 19 Dis: Selepas tepat setahun berlalu, Pakatan Rakyat mengadakan Konvensyen Ke-2 hari ini di Dewan Millenium, Kepala Batas.

Setahun lalu iaitu pada 19 Disember juga, Pakatan Rakyat mengadakan konvensyen pertamanya di Dewan MBSA, Shah Alam.

Kali ini mereka dijangka mengadakan konvensyen terakhir menjelang pilihan raya umum ke 13 dan juga pilihan raya kecil ke 14 untuk sessi ini iaitu untuk Dun Tenang, Labis, Johor.

Konvensyen yang disertai oleh 1800 perwakilan ini dijangka akan mempersiapkan semua pemimpin dan penyokong Pakatan untuk menghadapi kedua-dua pilihan raya penting itu kerana ia akan mencorakkan masa depan politik negara.

Majlis pagi ini akan bermula di luar dewan dengan persembahan kebudayaan tiga kaum utama di Malaysia iaitu silat, tarian naga dan silamban.

Ia akan diikuti nyanyian lagu Negaraku dan seterusnya ucapan dari tiga pemimpin utama parti Pakatan Rakyat iaitu PAS, PKR dan DAP.

Datuk Seri Dr Wan Azizah, Presiden PKR akan memberikan ucapan pertama diikuti oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan seterusnya Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Selepas itu, majlis berehat sementara mereka melawat pameran kejayaan dari negeri-negeri Pakatan Rakyat iaitu Kelantan, Pulau Pinang, Selangor dan Kedah di samping Perak (setahun setengah di bawah Pakatan) dan Terengganu (1999 - 2004).

Majlis kemudiannya diteruskan dengan perbentangan kertas kerja utama konvensyen dari tiga pemimpin Pakatan dan akan dibahaskan oleh 12 orang perwakilan.

Pada sebelah petangnya, ucapan penggulungan akan dibuat oleh pemimpin utama parti masing-masing iaitu Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat, Pengerusi DAP Karpal Singh dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka kemudiannya akan menantangani dokumen bersama yang diluluskan dalam konvensyen ini.

Harakahdaily/-

Terjemah hasrat Pakatan untuk perintah negara

13 Muharram 1431H.
Mohd Sabri Said

KEPALA BATAS, 19 Dis: Presiden PAS,Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berharap semua pegawai kerajaan memahami inspirasi Pakatan Rakyat (PR) untuk memerintah Malaysia.

Justeru, katanya PR mesti peka untuk menterjemah tindakan kepada semua pegawai serta rakyat supaya mereka terus mengerti hasrat PR bahawa mereka tetap bekerja di bawah PR apabila perubahan berlaku.

“Biarkan rakyat menghukum BN kerana sikap ego dan zalim terus mewarnai negara ini dengan kenaikan barangan seharian dan petroleum,” ujarnya ketika berucap pada Konvensyen PR kedua di Dewan Millenium, di sini, pagi ini.

Tegasnya, perlu diingat kemaraan PR bukan hanya menafikan kekebalan BN tetapi perlulah memperhebatkan gerak kerja penerangan yang lebih teliti.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menambah, PR juga diingatkan memperlebarkan peranan secara menyeluruh dan jangan membiarkan prpgram 'syok sendiri' bermaharajalela sehingga merugikan diri sendiri.

"Jangan jadi untung secupak, rugi segantang sebaliknya bergerak dengan sempurna kerana rakyat tetap memerhati kita," katanya.

Harakahdaily/-

Tinggalkan tafsiran sempit perkauman Umno

13 Muharram 1432H.
Mohamad Zainal Abidin Hussin

KEPALA BATAS, 19 Dis: PAS mengajak rakyat Malaysia meninggalkan tafsiran sempit perkauman Umno/Barisan Nasional dan menobatkan prinsip keadilan sejagat demi menyelamatkan masa depan negara.

Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berucap di majlis pembukaan konvensyen kedua Pakatan Rakyat pagi ini mahu rakyat menolak corak pemerintahan yang telah terbukti mencipta rekod buruk melahirkan pemimpin yang tidak amanah, dan berkuasa melalui rasuah serta penipuan di negara ini.

Islam, kata beliau mengiktiraf kewujudan pelbagai kaum, dan perpaduan itu mestilah berteraskan rasa saling hormat menghormati dan kenal mengenal di atas sifat kemanusiaan serta dilayan dengan adil, walaupun berbeza agama dan kaum.

Beliau turut menyelar permainan busuk media yang memutar belit pendirian PAS dan Pakatan Rakyat berhungan Islam dan Bahasa Melayu.

"Sengaja ditimbulkan tohmahan jahat dari pihak musuh politik kita bahawa kononnya Pakatan Rakyat adalah golongan yang tidak memahami perlembagaan dan akan menjual rakyat dengan harga yang murah (dalam isu Melayu dan Islam).

"Hakikatnya kita (Pakatan) telah bersetuju untuk terus melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153, mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi raja berperlembagaan, memartabatkan pengunaan Bahasa Melayu selari dengan Perkara 152 Perlembagaan dan memperluaskan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, dan dalam masa yang sama melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum," jelas beliau.

Berucap di hadapan lebih lebih dua ribu perwakilan dan pemerhati di dewan Milineum itu beliau mengingatkan para pemimpin dan anggota Pakatan Rakyat supaya sentiasa waspada dengan permainan pihak lawan yang sentiasa cuba menimbulkan keadaan tidak selesa dan perpecahan.

"Semua pihak perlu lebih memahami betapa pentingnya bagi setiap parti untuk menguruskan sensitiviti masyarakat – tanpa perlu untuk kita menongkah kepercayaan agama dan budaya setiap kaum di negara ini agar jangan pula kita untung secupak tetapi rugi segantang," kata beliau.

Harakahdaily/-

Guang Eng , Konvensyen ke 3 PR di Putera Jaya.

KEPALA BATAS ; Ucapan yang dikira sebagai bernas dan penuh dengan hujah dan fakta serta bersemangat dari Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berucap selaku tuan rumah Konvensyen.

Ucapan beliau tadi diakhiri dengan harapan Konvensyen untuk kali ke 3 akan diadakan di Putera Jaya. Ucapannya itu mendapat tepukan gemuruh dari semua yang hadir.

Konvensyen Pakatan Rakyat ke 2, sambutan luar biasa.

KEPALA BATAS : Konvensyen Pakatan Rakyat peringkat kebangsaan kali ke 2 berlangsungkan dengan mendapat sambutan luar biasa dari perwakilan dari seluruh negara dan parti-parti PAS, DAP dan PKR. Lebih dari 2000 orang perwakilan dan lebih dari 1000 orang pemerhati datang dari seluruh pelusuk negara untuk mengikuti Konvensen penuh bermakna itu.

Konvensyen kali ini dilihat penting kearah memperkasakan lagi Pakatan Rakyat dalam keadaan serangan bertubiu-tubi dsari musuh ketat BN