15 December 2010

Perang media : Najib silap percaturan, kita akan sambut dengan sebaiknya!

09 Muharam 1432H
Oleh : Hafizi Pauzi

PARIT BUNTAR, 15 Dis :-Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa Datuk Seri Najib Razak cuba mempertahankan kerajaan BN yang dipimpinnya daripada tumbang kerana bimbang didakwa di mahkamah,

Terkini berhubung dakwaan skandal pembabitan pembunuhan perempuan Mongolia, Altantuya Shaaribuu seperti yang didedahkan dalam laman WikiLeaks.

“Usaha memadamkan kes Altantuya nampaknya gagal dengan kesilapan Najib Razak mencatur media pro kerajaan, nampaknya gelombang wanita Monggolia tiba lagi dan kini ada alasan baru kes Altantuya disebut balik sebab Najib seperti “mahukan” kisah itu, kita akan sambut dengan sebaiknya,” kata Ketua Ketua Penerangan Pas Perak, Drs. Khalil Idham Lim ketika ditemui di sini.

Datuk Seri Najib Razak cuba memperbesarkan pendedahan mengenai dakwaan terhadap Anwar Ibrahim mengenai tuduhan liwat, dalam masa yang sama beliau terlupa wikileaks juga pernah mendedahkan isu masa depan Najib berikutan dihantui dengan skandal pembunuhan Altantuya tidak lama dahulu.

“Sebagai rakyat Malaysia saya tuntut Najib membersihkan dirinya sebagai PM dalam kes Altantuya,” katanya.

Dalam pada itu beliau yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak menegaskan bahawa rakyat Malaysia khususnya mestilah menolak siapa pun pemimpin yg terlibat dengan skandal seperti itu,

kerana tragedi pembunuhan sebegitu hanya dilakukan oleh manusia yang bersifat durjana dan berhati bangsat, dalam isu ini PM masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan yang boleh menghilangkan kesamaran status beliau berhubung kes pembunuhan wanita monggolia, Altantuya Shaaribuu.

Menurutnya lagi, Najib Razak goyah dengan serangan balas terbaru Anwar Ibrahim dalam soal keterlibatan beliau dalam kes pembunuhan Altantuya. Nampaknya Najib Razak tersilap langkah dan disifatkan seperti menjolok sarang tebuan, diri sendiri bakal menerima padah.

“Saya kira inilah fasa akhir untuk rakyat atau sesiapa pun dalam mempersoalkan keterlibatan Najib dalam kes pembunuhan Altantuya, tegasnya.

Pakatan bantah keras Speaker gantung 3 MPnya

09 Muharam 1432H
Oleh :Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 15 Dis: Ahli Parlimen Pakatan Rakyat membantah keras keputusan Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang bersetuju dengan keputusan majoriti untuk menggantung tiga ahli Parlimennya selama enam bulan tanpa diberi peluang membela diri.

Keputusan itu dibuat Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia pagi tadi selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz membuat usul berkenaan terhadap Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), Azmin Ali (PKR-Gombak) dan R Sivarasa (PKR-Subang).

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,keputusan itu jelas membuktikan kuasa speaker digunakan oleh Barisan Nasional (BN) untuk kepentingan mereka.

"Kita kesal dan nyatakan bantahan kita tentang persetujuan speaker membenarkan keputusan ini. Memang kita tahu salah dan angkuh Umno/BN guna kuasa mereka tetapi mengggunakan saluran speaker yang mempertahankan dengan peraturan.

"Padahal prinsip membela diri ialah kita mesti diberi tempoh seminggu untuk bagi keterangan tapi itu pun tidak berlaku," kata beliau dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga mengecam Pandikar yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen yang mengenepikan segala bukti yang dikemukakan beliau dalam isu APCO.

"Kita saksikan tadi drama di Parlimen, yang kita bangkitkan ialah soal prinsip, soal saya digantung dan tidak ada hak mempertahankan hujah saya dengan dokumen yang saya dah siapkan termasuk perjanjian Apco itu memang diketepikan," katanya.

Speaker gagal kawal Dewan

Nasharudin Mat Isa (PAS-Bachok) pula mempersoalkan kegagalan Pandikar mengawal dewan dengan baik dan enggan berehat walaupun dewan dalam keadaan tegang.

"Saya bukan nak menggambarkan speaker sekarang dengan speaker dua sesi sebelum ini tetapi Tun Zahir sebelum ini, apabila keadaan menjadi tegang, beliau akan merehatkan dewan, bagi peluang untuk beliau sendiri dan wakil yang berbahas berehat.

"Selepas itu barulah dipanggil masuk kembali untuk menyambung perbahasan sebab memang ada peruntukan untuk itu. Tapi hari ini kita lihat beliau meneruskan juga dalam keadaan tidak dapat mengawal,"kata beliau yang juga Timbalan Presiden PAS.

Katanya lagi, mereka tidak membangkitkan perkara yang dilarang untuk dibahaskan seperti melibatkan Raja-Raja atau prosedur mahkamah sebaliknya membincangkan perkara yang melibatkan ahli Parlimen.

"Kita bukan membangkitkan soal raja atau hal berkaitan prosedur dalam mahkamah atau rahsia negara tapi yang kita bawa isu yang berkaitan dengan hak kita untuk didengar dengan bahan bukti yang telah sedia ada untuk dibawa ke peringkat jawatankuasa yang dinafikan.

"Hari ini dikejutkan dengan tiga orang lagi ahli parlimen yang digantung selama enam bulan tanpa ada peluang untuk mereka pertahan diri atau bagi hujah di atas tuduhan yang diambil daripada sumber-sumber yang bukan utama.

"Ini menimbulkan persoalan dan kita kesal dengan tindakan ini. Selepas kita pertikai banyak institusi sebelum ini, sekarang Parlimen sendiri boleh dipertikaikan integritinya," katanya.

Untuk nafi kuasa dua per tiga

Sementara itu, Anthony Loke (DAP-Rasah) tidak menolak kemungkinan wujudnya agenda tersembunyi BN untuk menjejaskan kuasa Pakatan Rakyat dan menambah kuasa mereka untuk membawa sebarang pindaan undang-undang tanpa banyak bantahan.

"Saya melihat mungkin ada agenda tersembunyi di belakang tindakan ini dan ini akan beri implikasi yang besar kepada kedudukan Pakatan Rakyat dalam dewan rakyat.

"Sekarang kita ada 77 ahli Parlimen. Kalau ada empat lagi ahli parlimen Pakatan digantung maksudnya kedudukan Pakatan dalam dewan akan hilang dua per tiga. Ini sudah kurang daripada 1 per tiga. Jadi mereka sudah mendapat balik dua per tiga dalam enam bulan akan datang.

"Jadi mereka boleh membawa segala pindaan dalam sidang Mac dan Jun akan datang," katanya.

Sebelum itu,Pandikar mengarahkan Sivarasa dan Azmin keluar dewan kerana didakwa melawan keputusannya.

Sivarasa digantung daripada menghadiri persidangan sehingga esok manakala Amin sehingga 2.30 petang ini.

Sivarasa bangkit pada akhir sesi soal jawab lisan mempersoalkan tindakan speaker yang menolak usul yang dikemukakannya semalam meminta perbahasan diadakan bagi membincangkan pendedahan oleh WikiLeaks berhubung dakwaan diplomat Singapura yang mengaitkan Perdana Menteri,

Datuk Seri Najib Razah dengan kematian warga Mongolia, Altantuya Shaaribuu dan juga mengaitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan 'perangkap seks'.

Menurut Pandikar, kebimbangan yang ditimbulkan oleh Sivarasa adalah tidak berasas dan mengarahkannya untuk duduk. Namun apabila ahli parlimen itu terus berhujah dan enggan duduk, Pandikar mengarahkan 'berehat' sehingga esok.

Azmin pula diarah keluar dewan apabila beliau bangkit mempertahankan Sivarasa.

Pertikaman lidah berlaku apabila Anwar turut bangun mempertahankan mereka sehingga Pandikar bertindak membiarkan sahaja mereka terus berhujah termasuk wakil BN.

Harakahdaily/-

SPRM bersihkan Nik Aziz dan Wee Ka Siong

09 Muharam 1432H
Oleh: Hafiz Yatim

Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati Menteri Besar Kelantan Nik Aziz Nik Mat bersih daripada tuduhan rasuah terhadapnya.

Tuduhan itu membabitkan dakwaan oleh Haji Nik Aziz dibiayai oleh seorang ahli perniagaan untuk mengerjakan Haji dan pelantikan menantunya, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman sebagai ketua eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

NONEPengerusi Panel Semakan dan Operasi SPRM, Hadenan Abdul Jalil berkata Nik Aziz tidak meminta syarikat tersebut membayar kos mengerja Haji sebanyak RM65,000.

Selain itu, katanya, Nik Aziz juga tidak pergi mengerjakan haji tersebut.

Bagaimanapun, panel tujuh anggota itu mendapati ada kelemahan dalam prosedur yang harus diperbaiki.

Panel itu bertanggungjawab menyemak kes-kes rasuah atau salahguna kuasa yang telah disiasat oleh SPRM, tetapi diklasifikasikan sebagai 'tiada tindakan lanjut' diperlukan.'

Panel juga membersihkan Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Wee Ka Siong daripada tuduhan berlaku percanggahan kepentingan dengan memegang jawatan dalam sebuah firma arkitek, berkaitan dengan projek Zon Bebas Pelabuhan Klang.

Bukti baru siasatan Tajudin

Hadenan yang juga bekas ketua audit negara, turut menafikan bahawa SPRM tidak mengambil tindakan terhadap bekas pengerusi Malaysia Airlines (MAS), Tan Sri Tajudin Ramli.

Menurutnya, siasatan masih berjalan, terutama terutamanya selepas penemuan bukti baru berhubung perkara itu.

Katanya, dakwaan bahawa SPRM tidak menjalan siasatan adalah tiadak berasas kerana ada penemuan bukti baru dan SPRM sedang menelitinya.

Ditanya sama ada bukti baru itu mengenai apa yang dilaporkan di blog, Hadenan menekankan bahawa ia sedang dalam siasatan.

Ditanya sama ada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail juga sedang disiasat kerana didakwa tidak mahu mengambil tindakan terhadap Tajudin, Hadenan enggan mengulas mengenainya.

Tajudin sedang disiasat berhubung pembelian kemudahan MASkargo di Dusseldorf, Jerman, yang mengakibatkan kerugian besar kepada syarikat penerbangan negara itu.

SPRM memulakan siasatan terhadap Tajudin sejak tahun 2002, dan blog Malaysia Today yang dikendalikan oleh penulis blog Raja Petra Kamarudin, mendakwa ia tidak diteruskan atas arahan Abdul Gani.

Malaysiakini/-

Nik Aziz keluar HUSM, masih berehat di rumah

09 Muharam 1432H

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, di sini sejak Khamis lalu, telah dibenarkan pulang ke rumahnya semalam.

Setiausaha Akhbarnya, Mohd Fadzli Shaari berkata, Mursyidul Am Pas itu bagaimanapun masih memerlukan rehat di rumah.

"Tok Guru (Nik Aziz) keluar HUSM kira-kira jam 10 pagi semalam, selepas dimasukkan di Wad Eksekutif hospital itu, Khamis lepas," katanya, hari ini.

Nik Aziz, 79, dimasukkan ke hospital itu kerana menghidap sakit pinggang akibat terjatuh dari kuda lebih 70 tahun lalu.

Menurut Mohd Fadzli, Nik Abdul Aziz diminta menjalani rawatan susulan Sabtu ini oleh doktor yang merawatnya di hospital yang sama.

Malaysiakini/-

Proton, apa isu sebenarnya?

09 Muharam 1432H
Oleh : Hafizi Pauzi

PARIT BUNTAR, 15 Dis :- PROTON Holdings Bhd semalam mengingatkan pemilik kereta Proton bahawa penggunaan alat ganti tiruan boleh mendatangkan risiko serius terhadap keselamatan pemandu dan penumpang, selain merosakkan kenderaan mereka.

Ingatan berkenaan dikeluarkan berikutan pengeluar kereta nasional itu mengesan wujudnya penjualan secara berleluasa alat ganti tiruan bagi kereta PROTON.

“Proton mencadangkan supaya pemilik kereta mengguna alat ganti asli bagi mengelakkan dari berlaku kerosakan berulang, ini bermakna di Malaysia banyak alat ganti tiruan,” kata Ketua Penerangan Pas Perak ketika dihubungi di sini bagi mengulas isu berkenaan..

Beliu mempersoalkan kenapakah boleh beedar begitu banyak barang tiruan di negara kita sedangkan agensi-agensi berkenaan telah ditugaskan untuk membenteras barang tiruan.

Selain itu menurutnya rakyat terus dihimpit dengan kos sara hidup yang membebankan, dalam masa yang sama pengguna Proton perlu menggunakan alat ganti asli yang mahal, persoalannya adakah rakyat mampu dalam keadaan ekonomi yang semakin menekan rakyat, atau pun cadangan tersebut cumalah untuk menyelamatkan Proton serta vendor-vendornya.

Tambahnya lagi, dalam isu kerosakan berulang kepada Proton, di sini kita mahu persoalkan, adakah benar ia berpunca dari alat ganti tiruan? sedangkan kualiti kereta Proton masih belum berada pada tahap yang memuaskan dan ini adalah isu utama proton apabila menyentuh berkenaan isu kualiti produk.

“Saya cadangkan satu kajian secara menyeluruh mengenai kualiti kenderaan berjenama Proton berbanding dengan kenderaan yang diimport dari luar Negara,” ujarnya.

TANDA HATI KITA MATI

09 Muharam 1432H
Oleh : Naim Qlate

Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah :

~Mengaku kenal Allah swt, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya

~ Mengaku cinta kepada Rasulullah saw, tetapi mengabaikan sunnah baginda

~Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya

~Memakan nikmat-nikmat Allah swt, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya

~ Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.

~Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya

~Mengaku adanya siksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya

~Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya

~Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri

~Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil

Pengajaran daripadanya:

Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah.

Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitulah juga hati.

Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya.

Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri. Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah ( berzikir ).

Firman Allah:

ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَتَطۡمَٮِٕنُّ قُلُوبُهُم بِذِكۡرِ ٱللَّهِ‌ۗ أَلَا بِذِڪۡرِ ٱللَّهِ تَطۡمَٮِٕنُّ ٱلۡقُلُوبُ (٢٨)

(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. (Al-Rad, Ayat 28)

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
...dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Zat yang Memiliki mu."

Hati merupakan tempat yang lembut, rahmat, kasih sayang dan lain-lain. Apabila kita mengisi hati kita dengan banyak zikrullah, nescaya ia memenuhi rahmat dan kasih sayang.

Hati merupakan anggota yang menentukan segala permasalahan hidup. Jika ia dimakmurkan dengan keyakinan dan iman, sudah tentu segala anggota akan mengikut dengan penuh keimanan. Untuk kita melihat betapa kuat, kuasa dan luasnya hati dengan keimanan, Allah Taala menjelaskannya dalam Surah az-Zumar ayat 23 yang bermaksud:

ٱللَّهُ نَزَّلَ أَحۡسَنَ ٱلۡحَدِيثِ كِتَـٰبً۬ا مُّتَشَـٰبِهً۬ا مَّثَانِىَ تَقۡشَعِرُّ مِنۡهُ جُلُودُ ٱلَّذِينَ يَخۡشَوۡنَ رَبَّہُمۡ ثُمَّ تَلِينُ جُلُودُهُمۡ وَقُلُوبُهُمۡ إِلَىٰ ذِكۡرِ ٱللَّهِ‌ۚ ذَٲلِكَ هُدَى ٱللَّهِ يَہۡدِى بِهِۦ مَن يَشَآءُ‌ۚ وَمَن يُضۡلِلِ ٱللَّهُ فَمَا لَهُ ۥ مِنۡ هَادٍ (٢٣)

"Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah.

Kitab Suci itulah hidayat petunjuk Allah; Allah memberi hidayat petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayat petunjuk kepadanya."

Itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia menunjukkan siapa yang yang dikehendaki-Nya. Dan sesiapa yang disesatkan Allah, maka tidak ada seorang pun pemberi petunjuk baginya.

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
"Ketahuilah bahawa pada jasad terdapat segumpal darah, apabila elok nescaya eloklah seluruh jasad dan apabila rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah bahawa itulah hati."

Kalaulah begitu, hati merupakan tempat cahaya keyakinan dan keimanan. Sebagaimana iman boleh bertapak dalam hati, begitu juga kekerasan dan kekufuran juga boleh bertapak dalam hati. Hati yang lupa untuk berzikrullah akan menjadi keras, kenapa? Ini kerana ia beriktikad bahawa tiada di sana kecuali kehidupan dunia sahaja dan maddi(kebendaan).

Justeru, ia cuba mendapatkannya semampu mungkin dan dengan apa cara sekalipun sehingga melangkaui hak-hak dengan melakukan kezaliman, kerosakan dan mengambil hak mereka yang daif. Inilah puncanya.

SUMBANGAN BANTUAN MANGSA KEBAKARAN

09 Muharam 1432H
Oleh: megat faizul

Kejadian kebakaran telah berlaku pada 5 Disember 2010 kira-kira jam 10.30mlm di sebuah kampung air iaitu di Kampung Patau-Patau 2, Labuan. Kejadian yang melibatkan 4 buah rumah kayu hangus di dalam kejadian. Kejadian berlaku dengan cepat kerana kedudukan rumah yang agak rapat, disamping angin membuatkan api cepat merebak

Parti Islam Semalaysia (PAs kawasan Labuan ) yang diketuai bekas calon 2003 dan 2008, saudara MAtusin Abdul Rahman bersama delegasi PAS LAbuan, juga disertai wakil Parti Keadilan Rakyat serta DAP Labuan (Sekretariat pakatan Rakyat) telah mengadakan kunjungan pada 12/12/2010,.

bagi menyerahkan sedikit sumbangan berupa wang ringgit serta sedikit bekalan makanan bagi meringankan beban mangsa kebakaran tersebut. Sekretariat PR Labuan menyampaikan ucapan takziah moga-moga keluarga mangsa tabah serta sabar dengan ujian Allah, sebagai ujian kasih sayang antara Allah dan hambanya.

Bagi mereka yang ingin menghulurkan sumbangan, boleh terus berbuat demikian ke akaun peribadi keluarga mangsa kejadian. Di sini disertakanbutiran akaun penerima.

1) IBRAHIM MOHAMAD (MAYBANK 165125208283)
2) NORIZAN BT SAHARI (BANK ISLAM 15011020152094) 0178095305
3) ASMIRA YUSSOF (CIMB 15010000899208) 0168059081
4) SHAHRIDAH BT JAINIH ( BANK ISLAM 15011020152162)

SEKIAN, TERIMA KASIH.

Warga Miskin Dipinggir BN

09 Muharam 1432H
Oleh: YB V.Sivakumar

Sedih melihat warga miskin yang berulang-alik ke Jabatan Kebajikan Masyarakat kerana tidak mendapat bantuan atau sumbangan bulanan pada bulan November 2010. Orang-orang miskin ini mengharapkan wang bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat tetapi mereka telah dihampakan pada bulan November.

Mereka sudah penat berulang-alik dari rumah ke bank dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Tetapi, sampai hari ini pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perak tidak boleh memberi satu tarikh yang tetap untuk membayar sumbangan ini.

Alasan yang mudah telah diberikan kepada mereka bahawa peruntukan tidak sampai daripada kerajaan persekutuan. Adakah ini satu alasan yang munasabah? Jika betul peruntukan tidak sampai daripada kerajaan persekutuan , kenapa perkara ini boleh berlaku? Ini membuktikan kerajaan persekutuaan tidak prihatin terhadap masalah dan keperitan hidup warga miskin di negara ini.

Kerajaan harus memberi keutamaan kepada golongan miskin kerana mereka tidak mendapat bantuan daripada mana-mana pihak kecuali daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Jika bantuan ini tidak sampai pada masa yang tepat, ini bermakna kerajaan tidak serius dalam menyelesaikan masalah kemiskinan di negara ini.

Apa gunanya ada KRA untuk menteri-menteri sedangkan masalah asas golongan miskin negara ini dipinggirkan. Sikap tidak peka dan sambil lewa ini juga bertentangan dengan slogan komik Barisan Nasional iaitu ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’

Kenapa pihak kerajaan persekutuan tidak membayar wang sumbangan warga miskin pada bulan November? Penerima sumbagan diberitahu bahawa wang akan dibayar pada bulan Disember. Bagaimana golongan miskin ini akan hidup tanpa sebarang bantuan sehingga mereka menerima wang tersebut? Mereka terpaksa makan, minum, perbelanjaan anak kecil, membayar sewa rumah, dan pelbagai perbelanjaan lain termasuk perbelanjaan kecemasan.

Seramai 3 keluarga telah datang ke Pusat Khidmat DUN Tronoh untuk membuat aduan mengenai hal ini. Saya terasa amat kecewa kerana ini merupakan sikap kerajaan yang tidak bertanggungjawab dan ‘mencuci tangan’. Golongan miskin ini terlalu daif dan tidak berani menentang atau menyuarakan keperitan mereka.

Mereka tidak mahu gambar mereka dipaparkan dalam media kerana takut Kerajaan BN yang zalim ini akan memberhentikan terus sumbangan kebajikan yang mereka terima.
Adakah ini bermaksud kerajaan persekutuan tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk memberi bantuan kebajikan kepada warga miskin? Jika tidak ada wang, bagaimana pula kerajaan mempunyai wang untuk membuat projek-projek mega seperti Menara Warisan yang akan menelan RM 5 billion?

Kerajaan BN memberi keutamaan kepada projek-projek untuk membantu kroni-kroni mereka. Sedangkan ramai yang hidup dalam keadaaan papa kedana yang tidak diberi perhatian yang serius.

Jabatan kebajikan Masyarakat Negeri Perak harus mengambil langkah segera untuk membayar bantuan kewangan warga miskin yang ditinggalkan pada bulan November. Dalam pada itu, bantuan bulan Disember juga harus dibayar pada bulan ini dan bukannya pada bulan Januari 2011.

Kemalangan Bas dengan Treler : 2 parah, 12 cedera ringan

09 Muharam 1432H
Oleh: SYuN

NIBONG TEBAL: Dua orang cedera parah, manakala 12 lagi cedera ringan dalam kemalangan membabitkan sebuah bas kilang dan treler di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Kilometer (KM) 153.2, dekat sini, malam tadi.

Dalam kemalangan yang berlaku kira-kira jam 8 malam itu, kedua-dua kenderaan sedang dalam perjalanan dari arah Utara menuju ke Selatan.

Ketua Polis Daerah Seberang Prai Selatan (SPS), Superintendan Shafien Mamat, berkata kemalangan berlaku ketika treler memuatkan kontena hendak memotong bas kilang yang membawa kira-kira 30 pekerja sebuah kilang.

"Lori itu bagaimanapun hilang kawalan dan bergesel dengan bas mengakibatkannya terbabas ke parit di tepi lebuh raya, manakala bas pula terbalik di atas permukaan jalan.

"Kurang 12 orang cedera ringan termasuk pemandu dan mereka mendapat rawatan di Hospital Sungai Bakap, manakala dua penumpang bas yang cedera parah dihantar ke Hospital Seberang Jaya, Butterworth," katanya di sini, malam tadi.

Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas sepanjang 10 KM menghala ke arah Selatan lebuh raya berkenaan berikutan bas kilang itu menghalang satu lorong lebuh raya berkenaan.

Sementara itu, pemandu bas kilang berkenaan, Aizat Mohamad, 37, berkata dia sedang dalam perjalanan dari Bukit Minyak, Bukit Mertajam menuju ke Bukit Merah, Perak untuk menghantar pekerja kilang.

"Ketika hendak berhenti di hentian Sungai Bakap, tiba-tiba bas kami dilanggar oleh sebuah treler menyebabkan saya hilang kawalan seterusnya melanggar pembahagi jalan.

"Ia menyebabkan bas kami terbalik dan saya tercampak keluar daripada bas," katanya yang hanya mengalami kecederaan ringan.

Hadis Mauduk Dan Pengamalannya Dalam Masyarakat Islam.

09 Muharam 1432H
Oleh: Izana Hani

Allah telah mengutus Rasulnya yang penyudah dengan membawa petunjuk yang lurus dan kehadiran Al-Quran dan As-Sunnah Nabawiyyah menjadi keterangan dari petunjuk tersebut. Kedua-duanya juga menjadi asas kepada tertegaknya Agama Islam sebagai ad-Deen yang merupakan suatu cara hidup bertujuan memperhambakan diri kepada Allah S.W.T seperti yang digambarkan dalam Al-Quran dengan firmanNya,

وما خلقت الجن والانس الا ليعبدون

“Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk memperhambakan diri kepada-Ku.” (az-Zariat: 56).

Rasulullah s.a.w diarahkan oleh Allah untuk menyampaikan wahyu kepada umatnya dan sudah tentu baginda menjelaskan wahyu tersebut melalui ucapan (qawl), perbuatan (fi’lun) dan perakuan (takrir). Penjelasan ini dinamakan As-Sunnah atau Al-Hadis yang menjadi sumber kedua ajaran Islam selepas Al-Quran. Para ulama berpendapat Al-Quran sebagai matan dan Al-Hadis sebagai syarahnya.

Kehadiran hadis mauduk atau palsu bermula sesudah kewafatan Rasulullah s.a.w dan berlakunya pertentangan politik, kemudian ia berkembang melalui perkembangan arus politik, asabiah, fanatik mazhab dan sebagainya. Ianya dilakukan oleh orang Islam sendiri yang lemah imannya dan juga oleh orang-orang munafik dan kafir zindik dengan pelbagai dorongan dan tujuan.

Mauduk menurut bahasa atau etimologinya ia adalah nama subjek (( اسم مفعول berasal daripada perkataan (وضع الشىء) atau) حطه) yang mempunyai beberapa pengertian, antaranya menggaris, mereka, menganggur dan melekat2; atau menjatuhkannya kerana tergugur kedudukannya3.

TAKRIF HADIS MAUDUK( موضوع )

Menurut istilah atau terminologi pula, ia bermaksud berita yang dibuat-buat terhadap Rasulullah s.a.w sebagai pembohongan terhadap baginda3; atau hadis yang direka atau diada-adakan terhadap Rasulullah s.a.w4.

Sebenarnya ia bukanlah hadis tetapi dinamakan demikian sebagai suatu sindiran terhadap perekanya yang mengatakan ia hadis. Hadis mauduk adalah seburuk-buruk hadis daif, malah sebahagian ulama tidak menggolongkannya ke dalam kategori hadis daif dan tidak menggunakan lafaz hadis padanya5.

Para ulama bersepakat mengenai haram hukumnya meriwayatkan hadis sedemikian yang disandarkan kepada Rasulullah s.a.w kecuali disertakan diiringi dengan penjelasan mengenai pendustaan dan pembohongannya. Sesiapa yang mengatakan ia hadis sedangkan beliau tahu ia adalah suatu pembohongan terhadap Rasulullah s.a.w, ternyata dia telah terlibat dengan pembohongan terhadap Rasulullah s.a.w6. Rasulullah s.a.w telah memberi amaran keras terhadap golongan ini berdasar hadis,

من كذب علي متعمدا فليتبوا مقعده من النار

Maksudnya, “ Sesiapa yang sengaja berdusta kepada-ku, maka sediakanlah tempat tinggalnya di dalam neraka.” (Riwayat Muslim)7.

من حدث عني بحديث يرى انه كذب فهو احد الكاذبين

Maksudnya, “Sesiapa yang meriwayatkan daripadaku hadis yang pada sangkaannya adalah dusta, maka dia termasuk dalam kalangan pendusta.”(Riwayat Muslim)8.

Mengikut pandangan Ibn Solah, hadis mauduk adalah seburuk-buruk hadis daif, dan tidak halal diriwayatkan oleh seseorang yang mengetahui keadaannya dalam apa bentuk sekalipun kecuali dengan disertakan penjelasan dan keterangan mengenai kepalsuannya9.

FAKTOR PENDORONG LAHIRNYA HADIS MAUDUK (PALSU)

Para ulama telah mengemukakan beberapa faktor pendorong kepada lahirnya hadis-hadis palsu, antaranya ialah:-

1. Akibat perpecahan di kalangan umat

a) Politik

Perpecahan di kalangan umat Islam timbul sesudah wafatnya Rasulullah s.a.w. Ia berpunca daripada perbezaan pendapat mengenai jabatan Khilafah mengambil kira siapakah yang paling berhak menjabat jabatan yang penting tersebut.

Golongan Jumhur melantik Abu Bakr r.a sebagai khalifah, manakala pengikut-pengikut Ali r.a menegaskan yang Ali lebih layak memegang jawatan tersebut, lalu mereka mengadakan hadis yang menunjukkan keutamaan Ali r.a. manakala golongan jumhur (Ahlu Sunnah) pula membuat hadis untuk mempertahan kedudukan mereka10.

Bermula dari sinilah lahirnya golongan Syiah11 dan Khawarij12 di samping golongan Ahlu Sunah yang sedia ada. Perpecahan di kalangan umat Islam sampai ke tahap yang paling serius setelah berlakunya peristiwa pembunuhan Khalifah ‘Uthman bin ‘Affan sehingga berlakunya perang saudara di dua medan perang iaitu perang Jamal dan al-Siffin13.

b) Fanatik Mazhab14

Akibat daripada perbezaan pendapat mengenai hukum fikah telah menimbulkan fanatik mazhab yang membabi buta sehingga sanggup membuat hadis-hadis palsu. Masing-masing mengeluarkan hadis bagi mempertahankan fahaman mazhab mereka. Imam Malik pernah ditanya tentang mereka, lalu dia berkata, “Jangan kamu memperkatakan tentang mereka dan jangan kamu lihat pun mereka, kerana mereka itu adalah pendusta.”

Ia juga berpunca daripada perselisihan pendapat mengenai sifat dan nama Allah, mengenai kerasulan, kitab, kebangkitan di hari akhirat, Qada’ dan Qadar dan lain-lain. Lahir kemudian beberapa mazhab mutakallimin seperti Qadariyyah, Murji’ah, Jahmiyyah, Mu’tazilah, Musyabihat di samping Ahlu Sunah Wal Jama’ah.

c) Asabiah

Islam menentang golongan fanatik asabiah dan berjaya menyatukan umat Islam di atas keruntuhan asabiah dengan iman dan takwa. Setelah Rasulullah wafat, penyakit ini menular kembali dan mengakibatkan perpecahan bermula daripada golongan Ansar dan Muhajirin, kemudian kabilah Amawiyyah dan Hasyimiyyah serta Abbasiyyah dan melarat sehingga bangsa Arab dan Parsi. Golongan-golongan ini masing-masing membuat hadis untuk kepentingan puak mereka15.

2. Angkara Golongan Zindik16 dan Munafik

Terdapat ramai yang berpura-pura memeluk Islam kerana takut, mengikut orang ramai atau kerana sesuatu kepentingan duniawi. Golongan ini terutamanya para zindik dan munafik memusuhi Islam secara diam-diam, lalu mereka berusaha merosakkan Islam dari

dalam dengan membuat banyak hadis-hadis palsu. Golongan ini dikatakan telah membuat 14,000 hadis palsu. Abdul Karim bin Auja’ sahaja telah mengaku membuat 4,000 hadis mengenai halal dan haram. Beliau telah dibunuh oleh Muhammad bin Sulayman al-Abassiy, Amir Basrah dan sebelum dibunuh beliau menyebut, “Aku telah mencipta untuk kamu 4,000

hadis yang mana aku haramkan yang halal dan aku halalkan yang haram.” Al-Shakawiy menyebut golongan ini adalah golongan yang menzahirkan Islam tetapi menyembunyikan kekufuran atau tidak berpegang kepada ajaran agama, mereka melakukan ini untuk meringan-ringankan agama dan berselindung dengannya dari orang ramai17.

Golongan ini telah menggunakan hadis untuk memporak-perandakan Islam, memecah belah umatnya, dan memasukkan penyelewengan dalam syariatnya. Di antara mereka adalah Harith al-Kazzab, Muhammad bin Said al-Maslub, Mughirah bin Said al-Kufiy dan Abdul Karim Auja’ yang disebut di atas.

3. Kecenderungan mengajak manusia kepada kebaikan

a) Ahli-ahli Bidaah

Terdapat golongan yang sesat menyangka bahawa hadis boleh direka untuk menarik manusia kepada ibadat. Golongan zuhhad bertujuan mendorong dan merangsang umat supaya mendekatkan diri kepada Allah dan beribadat kepadanya telah mencipta hadis-hadis palsu bagi tujuan tersebut disebabkan kejahilan dan kecuaian mereka tentang Islam.

Ini termasuklah hadis-hadis mengenai kelebihan surah-surah al-Quran, ibadat seperti solat sempena hari tertentu (Asyura) dan malam pertama bulan Rejab, malam Nisfu Syaaban, malam Eidul Fitri dan siangnya dan juga hadis-hadis yang mendorong manusia melakukan kerja taat,

zuhud, berakhlak mulia serta amalan-amalan terpuji. Termasuk juga dalam golongan ini ialah hadis-hadis berkaitan doa ‘Ukkasyah, Kanzul ‘Arasy, doa nisfu syaaban, doa awal dan akhir tahun. Begitu juga banyak buku-buku aliran sufi, kisah para nabi, tafsir al-Quran, kitab Targhib dan Tarhib yang memuatkan hadis-hadis palsu. Antara Kitab-kitab tersebut ialah Qashasul Anbiya (Al-Tha’labi); Kitab-kitab karangan Hakim at-Tarmizi; Durratun Nasihin (al-Khubawi); Kitab-kitab karangan al-Waqidi; Washoya Imam Ali; Tanbihul Ghafilin dan Qurratul Uyun (Abu Layth al-Samarkandi), Kitab

Tafsir Ibn Abbas dari riwayat al-Kalbi, as-Suddi dan Muqatil; Kitab-Kitab tafsir al-Tha’labi, al-Wahidi, al- Zamakhsyari, al-Baidhawi dan al-Syaukani; dan beberapa kitab yang lain18.

b) Ahli Sufi yang keliru/sesat

Golongan sufi banyak terlibat dengan perbuatan dan pengamalan hadis-hadis palsu mengenai keutamaan surah-surah al-Quran satu persatu yang diriwayatkan oleh Ubai bin Kaab. Ibn Solah mencatatkan dalam kitabnya al-Israiliyat wal Maudhuat fi Kutub at-Tafasir tentang kajian teliti yang dibuat oleh Mu’ammal bin Ismail tentang satu hadis yang diriwayatkan oleh beberapa syeikh

dan akhirnya menemui syeikh dari sekumpulan sufi bertanyakan siapakah yang meriwayatkan hadis tersebut lalu syeikh itu menjawab, “Tiada sesiapa pun yang meriwayatkan hadis ini kepada-ku, tetapi kami telah melihat manusia telah jauh daripada al-Quran lantas kami buatlah hadis ini untuk mereka bagi memalingkan hati mereka kepada al-Quran”.19

4. Kepentingan Duniawi

a) Ulama yang melobi para Pemerintah

Ini berlaku apabila ulama ingin mengambil hati pemerintah dan mendekatkan diri dengan penguasa. Ulama seperti ini dipanggil ulama as-Su’ iaitu ulama jahat atau ulama duniawi yang menjual agama dengan dunia dengan harga yang murah. Sebagai contoh, Ghiath bin Ibrahim al-Nakhai’e al-Kufi ketika masuk menemui khalifah al-Mahdi yang ketika itu sedang bermain dengan burung merpati, beliau diarahkan oleh baginda membacakan hadis daripada Rasulullah,

lalu dia membaca daripada si fulan meriwayatkan daripada si fulan bahawa Rasulullah bersabda, “Tidak boleh dipertandingkan melainkan panah memanah (bermain senjata) dan burung merpati.” Lalu Khalifah menghadiahkannya 1,000 dirham. Kemudian Khalifah

berkata, “Aku bersaksi bahawa anda telah berbohong kepada Rasulullah.” Kemudian beliau mengarahkan supaya merpati itu disembelih dan meninggalkan hobi tersebut. Hadis yang diriwayatkan adalah benar tetapi ditambah dengan perkataan “burung merpati”20.

b) Tukang Cerita

Para penglipur lara yang mencari rezeki melalui bercerita dengan menyandarkan cerita mereka kepada Rasulullah seperti hadis, “Sesiapa yang mengucapkan kalimah لا اله الا الله, maka Allah akan menciptakan untuknya bagi setiap perkataan seekor burung yang mempunyai muncung daripada emas dan bulunya daripada permata mutiara.”

Salah seorang dari mereka dikenali sebagai Maisarah bin Abd Rabbah. Beliau ditanyakan dari manakah diambil hadis ini? Jawabnya, “Aku menciptakannya untuk menggalakkan manusia kepadanya.”21

c) Orang-orang yang mencari rezeki

Demi melariskan jualan barangan, peniaga sanggup mencipta hadis palsu menunjukkan kebaikan barang tersebut seperti yang dilakukan oleh Muhammad bin Hajjaj al-Lakhamiy mencipta hadis menunjukkan keistimewaan sejenis bubur yang kononnya diriwayatkan oleh Huzaifah dengan Rasulullah bersabda, “Jibril telah memberikan saya bubur harisah untuk menguatkan dengannya belakang saya untuk mengerjakan qiyamulail.”22

d) Kepentingan Peribadi

Muhammad bin Abd Malik al-Ansari seorang yang buta telah mencipta sebuah hadis demi kepentingan peribadinya dengan menonjolkan kelebihan memandu orang buta. Beberapa pereka hadis berbentuk ini termasuklah Sa’ad bin Tariq al-Iskaf dan Nafi’ bin al-Harith Daud al-A’ma23.

e) Mematahkan hujah lawan dan menguatkan alasan sendiri dalam debat dan diskusi

Ada di kalangan yang mendakwa berilmu, telah dengan berani sekali mencipta hadis palsu bertujuan mempertahankan penadapatnya. Ini berlaku dalam majlis-majlis ilmu dan perdebatan24.

f) Orang-orang yang mencari nama dan kemasyhuran25

Keghairahan mencari kemasyhuran sebagai perawi hadis yang banyak meriwayatkan hadis mendorong mereka membuat hadis-hadis palsu tanpa memikirkan implikasi yang akan menimpa Islam dan umatnya. Imam al-Hafiz Ibn al-Jauzi menyenaraikan tidak kurang daripada 30 orang tokoh utama golongan ini termasuklah yang disebut di awal penulisan ini.

Al-Imam an-Nasa’i menyebut 4 orang pembohong yang masyhur pembuat hadis iaitu, Ibn Abi Yahya di Madinah, al-Waqidi di Baghdad, Muqatil bin Sulaiman di Khurasan dan Muhammad bin Sa’id al-Mashhlub di Syam. Para ahli hadis mengatakan al-Juwaibari, Ibn ‘Ukkasyah dan Muhammad bin Tamim al-Faryabi masing-masing telah membuat 10,000 hadis mauduk.

Terdapat tiga cara bagaimana mereka membuat hadis palsu iaitu membuat hadis dengan lafaz sendiri seperti hadis حب الوطن من الايمان(cintakan tanah air sebahagian daripada iman); mengambil perkataan salafus soleh dan hukama’ disandarkan kepada nabi; dan perawi mengambil hadis daif sanadnya lalu dibuat sanad yang lain yang sahih supaya yang daif itu kelihatan sahih.

CIRI-CIRI HADIS MAUDUK

Hadis-hadis tersebut dapat dikenali pada sanadnya dan juga matannya. Di antara ciri-ciri26 utamanya:-

1. Pengakuan yang dibuat oleh pembuatnya seperti yang diakui oleh Ibn Auja’.

2. Perawinya terkenal pembohong sedangkan hadis yang diriwayatkannya tidak diriwayatkan oleh perawi lain yang kepercayaan.

3. Ia bertentangan dengan fakta sejarah seperti ia meriwayatkan hadis dari guru yang tidak pernah dijumpainya atau pun perawi tersebut dilahirkan setelah ‘gurunya’ meninggal dunia. Ciri-cirinya antara lain,

i) Makna hadis tidak bertepatan dengan usul Islam.
ii) Hadis tersebut tidak terdapat dalam kitab-kitab yang muktabar.
iii) Hadis yang berlawanan dengan kaedah Islam.
iv) Hadis yang bertentangan dengan dalil-dalil Al-Qur’an dan Hadis.

4. Matannya mengandungi perkataan dan ayat-ayat yang jelik dan janggal di samping maknanya yang rosak.

HADIS MAUDUK MASYHUR YANG TERSEBAR DALAM MASYARAKAT

Kedapatan hadis mauduk atau palsu yang begitu masyhur dalam masyarakat Islam umumnya dan masyarakat Malaysia khususnya yang menjadi pengamalan dan buah mulut, kadang-kadang melibatkan para guru agama, guru-guru pondok, cendekiawan Islam dan juga ulama. Sebahagian besarnya boleh disifatkan sebagai tidak disengajakan.

Di sini dikemukakan beberapa contoh hadis tersebut untuk menjadi peringatan dan renungan supaya kita berhati-hati untuk tidak menyandarkan sesuatu yang bukan datang daripada Rasulullah kepada baginda, kalau tidak kita akan menerima padahnya di akhirat.

a) Azan dan qamat

Ertinya: Barang siapa yang dilahirkan baginya seorang anak lalu ia mengazankan telinga kanannya dan qamat pada telinga kirinya, maka anak ini tidak akan terkena gangguan syaitan.

Hadis ini adalah mauduk, diriwayatkan oleh Ibn Sunni dalam kitab ‘Amalul Yaumi wa Lailah halaman 200. Juga diriwayatkan oleh Ibn Asakir dari jalan Abi Ya’ala dan Ibn Musran dan lain-lainnya. Muhammad Nashruddin al-Bani mengatakan sanad hadis ini mauduk27.

b) Menuntut Ilmu

Ertinya: Tuntutlah ilmu walau di negeri China.

Hadis ini juga terkenal dan menjadi hujah mengenai kepentingan ilmu. Hadis ini dikategorikan sebagai batil ( باطل ) dan bukan ucapan Rasulullah. Hadis ini diriwayatkan oleh Ibn ‘Adi dalam kitabnya juz kedua, halaman 207; dan oleh Ibn Nu’aim dalam kitab Akhbaru Asbahan juzuk kedua, halaman 106, juga oleh al-Khatib dalam kitab Tarikhul Baghdadi. Kesemua riwayat melalui al-Hasan bin ‘Athiyyah tetapi dalam sanadnya ada rawi yang bernama Abu ‘Atikah dan dia termasuk dalam rawi yang matruk (ditolak).

Rawi inilah yang meriwayatkan dengan ada tambahan ولو بالصين (walau di negeri China). Imam Bukhari mengatakan: Abu ‘Atikah yang tersebut dalam sanad ini adalah yang suka meriwayatkan Mungkar, manakala Iman Nawawi pula mengatakan rawi ini adalah yang tidak kepercayaan ( ليس بثقة )28

c) Tauhid

Ertinya: Barang siapa yang mengenal dirinya, maka sesungguhnya dia kenal pada Tuhannya.

Hadis ini juga masyhur dalam pengajian-pengajian ilmu tauhid. Ulama hadis meletakkan hadis ini sebagai ‘tidak ada asalnya’ ( لا اصل له ). Al-Hafiz as-Sakhawi memasukkan hadis ini dalam kitab al-Maqosidul Hasanah, halaman 198. Al-Muzaffar bin al-Sam’ani mengatakan yang hadis

ini tidak pernah dikenal sebagai hadis marfu’ tetapi ia merupakan ucapan Yahya bin Mu’az al-Razi. Ibn Taimiyyah mengatakan hadis ini mauduk (palsu).

Al’Alamah al-Fairuz menyebut perkataan ini bukan sabda Nabi tetapi masyhur di merata tempat dan sebahagian orang telah menjadikannya dalil dan hujah, dan anehnya mereka mengatakannya sebagai sabda Nabi29.

d) Asabiah

Ertinya: Cinta tanah air adalah sebahagian daripada iman.

Hadis ini banyak digunakan oleh golongan yang ingin mempertahankan fahaman asabiah. Ulama hadis meletakkan hadis ini di taraf palsu (mauduk). Imam al-Saghghani dan lain-lainnya mengatakan hadis ini hadis mauduk.

Makna hadis ini tidak benar kerana sesungguhnya cintakan tanah air setaraf dengan cintakan harta, diri sendiri, anak-anak dan sebagainya. Semua yang disebut itu adalah termasuk dalam perkara naluri atau gharizah yang tidak akan ada pujian bagi yang mencintainya, dan yang demikian itu bukan termasuk daripada bahagian iman kerana ia dipunyai oleh semua manusia sama ada Islam atau kafir30.

e) Doa

Ertinya: Doa adalah senjata orang Mukmin, tiang bagi agama dan cahaya langit dan bumi.

Hadis ini cukup popular bertujuan untuk menggembirakan orang Islam yang putus harapan dengan hanya berdoa, sedangkan kita disuruh berusaha kemudian barulah bertawakal kepada Allah. Ulama hadis menyifatkan hadis ini sebagai mauduk atau palsu. Hadis ini diriwayatkan oleh Ibn ‘Adi, Hakim dan al-Qudla’i

daripada jalan al-Hassan bin Hammad az-Zlibi daripada Muhammad bin Hasan al-Zubair al-Hamdani daripada Jaafar bin Muhammad bin Ali bin al-Husain daripada ayahnya daripada datuknya, daripada Ali r.a. Kemudian Imam Hakim mengatakan hadis ini hadis sahih tetapi Imam Muhammad Nashruddin al-Bani menolaknya berdasarkan beberapa alasan berikut:-

a. Hadis ini terdapat sanadnya ada yang putus, sebagaimana kata a-Zahabi sendiri dalam kitabnya Mizan al-I’tidal iaitu antara rawi yang bernama Ali al-Husain dengan datuknya Ali bin Abi Talib.

b. Ada rawi yang bernama Muhammad Hasan al-Hamdani. Rawi ini bukan yang dimaksudkan sebagai kepercayaan sebagaimana pendapat Imam Hakim tetapi rawi ini ialah Muhammad bin al-Hasan bin Abi Yazid al-Hamdani seorang pendusta berdasarkan alasan iaitu; Al-Zahabi sendiri telah menjelaskan hadis dengan mengutip pendapat dari Ibn Ma’in dan lain-lainnya yang mengatakan rawi tersebut adalah pendusta,

begitu juga pendapat Ibn ‘Adi; dan Hadis ini disebut dalam kitab al-Haitsami ‘al-Majma’, kemudian beliau berkata: Diriwayatkan oleh Abu Ya’la tetapi dalam sanadnya ada rawi yang bernama Muhammad bin al-Hasan bin Abi Yazid seorang rawi yang matruk (ditolak).

Ada hadis lain yang darjatnya sahih iaitu, “Doa itu adalah otaknya ibadah.” Oleh itu jika benar hadis di atas itu palsu, cukuplah kita beramal dengan hadis ini dan juga ayat-ayat Quran yang menggalakkan kita berdoa31.

f) Fadilat Ramadhan

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan tarawih pada malam-malam Ramadhan telah tersebar dengan meluas sekali. Media-media elektronik, media-media cetak serta media-media massa turut sama memainkan peranan mereka menyebarkannya melalui akhbar-akhbar, diari-diari Islam, TV,

radio, risalah-risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat terutamanya dalam bulan yang diberkati itu. Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayidina Ali r. a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut:-

Diriwayatkan oleh Sayidina Ali bahawa Rasulullah s. a. w. telah bersabda berkenaan dengan fadilat sembahyang tarawih pada bulan Ramadhan antaranya:

Ø Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan daripada Allah Taala).
Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan al-Quran.

Ø Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Makmur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.

Ø Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa a.s menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.

Ø Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih seperti yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

Ø Malam Kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

Ø Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai ke malam yang ketiga puluh.

Hadis ini tidak ditemui dalam mana-mana kitab induk hadis termasuk Sunan Sittah, bahkan kitab-kitab hadis palsu (maudhu`at) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis mauduk pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini. Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang tarawih dan kedudukannya di dalam sunnah.

Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan-amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehnya. Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s. a. w. yang dipelihara dengan begitu baik oleh ulama-ulama kita dahulu.

Rasulullah s.a.w telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas nama-ku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka ( Muttafaqun ‘alaih).

Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai ke peringkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan ke atas Nabi s.a.w sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (taghrib dan tarhib).

Mulla Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu'ah selepas membawakan lebih dari seratus riwayat hadis tentang pendustaan atas nama Nabi Muhammad s.a.w menukilkan kata-kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim.

Kata Imam Nawawi: Haram meriwayatkan sesuatu hadis palsu (mauduk`) bagi orang yang mengetahui bahawa hadis itu mauduk atau dia hanya menyangka hadis ini mauduk. Siapa yang menceritakan hadis yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya mauduk serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini.

Katanya lagi, tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad s.a.w di antara hadis tentang hukum-hukum dan hadis yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadis yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadis-hadis nasihat dan lain-lain.

Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sejelik perkara dengan ijmak ulama Islam seterusnya dia berkata: Ulama-ulama telah pun sepakat tentang haram berdusta atas nama orang-orang biasa.

Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaan atas Allah juga. Firman Allah bermaksud: Tidaklah dia mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan.
(An-Najm: 3-4).

Di dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin untuk melakukan amalan tarawih dalam bulan Ramadhan seperti mana kita sering dapati hadis ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang mana sebenarnya hadis itu pun telah di reka atas nama nabi Muhammad s.a.w seperti contoh satu hadis yang sebahagian darinya berbunyi:

Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang zuhur dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri. Jika dia meninggalkan sembahyang asar dosanya adalah seperti meruntuhkan Kaabah.

Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadhan yang terdapat dalam kitab hadis sahih contohnya hadis yang bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan malam Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu. (al-Bukhari)

Tidak cukupkah dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya firman Allah yang bermaksud: Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan ke dalam neraka sakar? Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk orang yang tidak mengerjakan sembahyang. (Al-Muddatsir)

Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadhan tidak mesti dengan adanya hadis rekaan yang seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan tarawih ini. Dan orang yang malas bersembahyang bawalah hadis yang bagaimana teruk sekalipun seksaannya namun mereka tetap tidak mahu mengerjakannya.

Di antara ciri-ciri hadis mauduk (rekaan/palsu) bagi hadis ini, daripada segi zahirnya selain meneliti sanad perawinya ialah;

1. Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad s.a.w atau orang yang berjuang bersama dengan nabi-nabi. Ia menunjukkan suatu kejanggalan.

2. Kelebihan yang terdapat di dalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan di mana ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut dalam Al-Quran dan hadis-hadis sahih.

3. Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad s. a. w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi seperti mana yang terdapat dalam hadis-hadis sahih.

4. Di dalam setengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai dengan "Ya Ali" sedangkan ulama-ulama hadis telah mengatakan bahawa hadis-hadis yang dimulai dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang sahih. Yang lainnya adalah palsu.

Banyak lagi hadis-hadis mauduk yang lain yang begitu masyhur yang kita dengari dalam nasyid-nasyid malah dalam siaran radio di negara kita seperti hadis berikut:-

"Bekerjalah kamu untuk dunia-mu seolah-olah engkau hidup untuk selama-lamanya dan beramallah untuk akhirat-mu seolah-olah engkau akan mati esok.”

Ulama dan pengkritik hadis mengkategorikan hadis ini, لا اصل له32 (tidak ada asalnya).

KESIMPULAN

Sebenarnya untuk mengenal yang mana satu hadis mauduk (palsu) bukan suatu perkara yang senang, hanya Ahli hadis yang benar-benar pakar dalam ilmu matan (lafaz) hadis serta perawi hadis. Ulama telah membukukan hadis-hadis mauduk di dalam kitab. Jadi cara mudah untuk mengetahui satu-satu hadis itu sama ada ianya benar-benar hadis ataupun bukan hadis dengan merujuk kepada kitab-kitab hadis mauduk. Antara kitab hadis mauduk ialah:-

i. Kitab Al-Maudu’uat oleh Imam Ibnu Al-Jauzi.
ii. Al-Masnu’ fi makrifatil hadis Al-maudhu oleh Imam Al-Qari.
iii. Al-Laali’ul al-Maudhu’ah fil Ahaadith al-maudhu’ah oleh As-Sayuti.
iv. Al-manaarul muniff fis sohiih wadh dhoi’iif oleh Ibn Qayyim al- Jauziyyah

Kejahilan masyarakat tentang ilmu Islam terutamanya ilmu hadis akan menyebabkan umat Islam mengamalkan hadis-hadis mauduk (palsu) yang akan memesongkan akidah dan amalan, memecahbelahkan umat Islam sehingga mudah diratah oleh musuh Islam seperti apa yang berlaku hari ini,

menambahkan lagi gejala fitnah di kalangan umat dan mengakibatkan mereka tidak dapat membezakan yang mana benar yang mana salah. Oleh sebab itulah para ulama telah berusaha untuk membasmi dan mencegah hadis mauduk melalui memberi sanad hadis dan mengkategorikan hadis-hadis. Semoga kita terlindung daripada mengatakan sesuatu yang bukan datang daripada Rasulullah s.a.w.

Du Si Hu Bei

09 Muharam 1432H

Rubah Berdukacita Atas Kematian Arnab

Asal Usul:

Pada suatu masa dahulu, seekor rubah dan seekor arnab telah menjalin hubungan rapat untuk mempertahankan diri daripada ancaman musuh bersama, iaitu pemburu. Mereka bersumpah akan sehidup semati menghadapi susah atau senang.

Pada suatu hari, si rubah dan si arnab ini bersiar-siar untuk menikmati keindahan pemandangan alam. Tanpa disedari mereka, sekumpulan pemburu sedang memerhatikan gerak geri mereka. Perlahan-lahan, pemburu itu mendekati mereka sambil menyiapkan anak panah masing-masing. Malang sekali nasib, si arnab, ia telah terbunuh. Si rubah juga nyaris mati.

Selepas pemburu tersebut meninggalkan tempat itu, si rubah pun berlari ke sisi si arnab sahabatnya itu, sambil meratap dengan sedihnya.

Kebetulan, ketika itu, lalu seorang tua di tempat itu. Dia berasa sangat hairan ketika melihat seekor rubah meratap dengan begitu sedih di sisi seekor arnab yang sudah mati. Maka, dengan rasa ingin tahu, dia bertanya kepada si rubah itu,

"Mengapa kamu begitu sedih?"

Si rubah menjawab dengan murung,

"Kami berdua ini ialah haiwan kecil yang menjadi sasaran pemburu. Kami pernah bersumpah akan sehidup semati bersama menghadapi susah atau senang. Sekarang, dia telah dibunuh oleh pemburu itu. Kematiannya hari ini bermakna kematian saya pada esok hari. Kami berdua ialah teman yang sejati. Tentulah saya sangat sedih."

Selepas mendengar kata-kata si rubah, orang tua itu mengeluh panjang, sambil berkata,

"Oh begitu! Memang wajarlah kamu berdukacita atas kematian sahabat karib kamu ini."

Catatan Keterangan:

Peribahasa "Du Si Hu Bei" yang berasal daripada cerita tentang rubah yang berdukacita atas kematian arnab yang menjadi teman rapatnya ini membawa erti, seseorang itu akan berasa sedih dan pilu atas kematian atau kemalangan yang menimpa sahabat karibnya.

CRI/-

AKIM jadi KITA, Zaid Ibrahim jadi presiden

09 Muharam 1432H
Oleh: Salhan K Ahmad

Datuk Zaid Ibrahim secara rasmi dilantik sebagai presiden baru parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) hari ini.

NONEBekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan bekas Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan itu mengambil-alih jawatan barunya daripada Zakaria Salleh pada mesyuarat agung luar biasa pagi ini.

Mesyuarat itu juga bersetuju AKIM kini ditukar namanya kepada Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA). Perubahan itu turut membabitkan perubahan logo dan perlembagaan.

Jawatan lain dan perlembagaan baru parti itu akan diumumkan dalam satu lagi mesyuarat parti itu pada 19 Januari depan, kata Zaid dalam ucapan penangguhannya.

NONEZaid juga berkata nama baru parti itu - Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) akan didaftarkan dan lambang serta matlamat parti berkenaan juga akan didedahkan pada tarikh tersebut.

Tambahnya, parti itu akan mengambil peranan sebagai parti nasional dengan keahlian berbilang kaum.

Selain beliau sebagai ketua, parti itu juga hanya akan mempunyai seorang pengerusi dan satu jawatankuasa pusat.

KITA juga hanya akan mempunyai satu cawangan di setiap negeri, kata Zaid lagi.

Dalam mesyuarat yang dihadiri seramai kira-kira 150 orang perwakilan itu, beliau turut memberi jaminan bahawa KITA akan menjadi parti yang berpengaruh dalam masa yang singkat.

Malaysiakini/-

Dua lagi MP Pakatan Rakyat digantung

09 Muharam 1432H
Oleh: Hazlan Zakaria

Ahli parlimen Pakatan Rakyat R Sivarasa (PKR-Subang) diarahkan keluar Dewan Rakyat sehingga esok kerana didakwa mengenkari arahan Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Sivarasa, yang bangkit pada akhir sesi soalan mempersoalkan tindakan speaker yang menolak usul yang dikemukakannya semalam meminta perbahasan diadakan bagi membincangkan pendedahan oleh WikiLeaks berhubung dakwaan diplomat Singapura yang mengaitkan Perdana Menteri,

Datuk Seri Najib Razah dengan kematian warga Mongolia, Altantuya Shaaribuu dan juga memalit Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan 'perangkap seks'.

parliament speaker pandikar amin pc 250608 05Menurut Pandikar, kebimbangan yang ditimbulkan oleh Sivarasa adalah tidak berasas dan mengarahkannya untuk duduk. Namun apabila ahli parlimen itu terus berhujah dan enggan duduk, Pandikar mengarahkan beliau digantung sehingga esok.

Anwar (PKR-Permatang Pauh), kemudian bangkit dan mempertahankan Sivarasa bersama Azmin Ali (PKR-Gombak). Ini menimbulkan pertikaman lidah yang hangat antara speaker dan juga ahli parlimen Pakatan Rakyat yang juga mula campur tangan.

Pandikar kemudian mengarahkan Azmin pula supaya keluar dewan sehingga jam 2.30 petang ini.

Malaysiakini/-

Kelebihan Puasa hari 'Asyura'

09 Muharam 1432H
Oleh: Azman Al Kheree

Disini dibawa beberapa hadis yang sohih mengenai kelebihan berpuasa pada 10 Muharram yang dikenali sebagai hari ‘Asyura.

Daripada Ibnu Abbas telah berkata : Apabila Rasulullah S.A.W tiba di Madinah maka baginda telah melihat orang yahudi berpuasa pada hari kesepuluh (Muharram) maka baginda bertanya yang bermaksud : Apakah ini?.

Maka jawab mereka : Ini merupakan hari yang baik yang mana pada hari inilah Allah SWT menyelamatkan bani Israel daripada musuh mereka maka nabi Musa berpuasa pada hari ini. Maka sabda baginda S.A.W : Maka aku lebih layak dengan nabi Musa daripada kamu maka baginda berpuasa pada hari ini. Dan baginda menyuruh untuk berpuasa pada hari ini.

- Telah dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim dan Abu Daud -
Daripada Abdullah bin Ma’bad az-Zamani daripada Abu Qatadah bahawa nabi s.A.W telah bersabda yang bermaksud : Berpuasa pada hari ‘Asyura (kesepuluh Muharram) sesungguhnya aku mengharapkan atas Allah SWT bahawa Dia akan menghapuskan dosa setahun yang sebelumnya.

- Diriwayatkan oleh imam Tarmizi -
Daripada Ibnu Shihab daripada Hamid bin Abdul Rahman bahawa dia telah mendengar Mu’awiyah bin Abu Sufian berucap pada hari ‘Asyura tahun haji di atas mimbar : Wahai penduduk Madinah! Dimanakah ulama’ kamu?

Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Ini adalah hari ‘Asyura dan Allah tidak mewajibkan ke atas kamu berpuasa. Aku berpuasa (pada hari ini) maka sesiapa yang mahu berpuasa berpuasalah dan sesiapa yang mahu (berbuka) maka berbukalah.

- Dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim dan Abu Daud -
Hadis ini menjelaskan kepada kita berkenaan dengan kelebihan berpuasa pada hari ‘Asyura. Ulama’ juga berpesan agar kita turut berpuasa pada hari kesembilan Muharram bagi membezakan antara puasa kita dengan yahudi yang berpuasa pada hari kesepuluh Muharram.

Yahudi berpuasa pada hari tersebut kerana pada 10 Muharamlah nabi Musa dan pengikutnya diselamatkan daripada Firaun dan tenteranya yang zalim. Hukum berpuasa pada hari ini adalah disunatkan bukannya satu kewajipan.

Siapa yang mahu berpuasa maka bolehlah berbuat demikian dan ganjaran yang besar dijanjikan kepada mereka yang berpuasa pada hari ini iaitu diampuni segala dosanya pada tahun-tahun yang lalu.

Semoga kita dapat menggunakan segala peluang yang ada untuk menambahkan amalan sebagai bekalan di akhirat nanti.

Mystery In the HOLY QURAN

09 Muharam 1432H
Oleh: ZAMRI

Very interesting findings of

Dr. Tariq Al Swaidan

might grasp your attention:

Dr.Tariq Al Swaidan discovered some verses in the

Holy Qur'an

That mention one thing is equal to another,

i..e. men are equal to women.

Although this makes sense grammatically,

The astonishing fact is that the number of times the word man appears
in the Holy Qur'an is 24 and number of times the word woman
appears is also 24,

therefore not only is this phrase correct in the grammatical sense but
also true mathematically,
I..e. 24 = 24.
Upon further analysis of various verses,

He discovered that this is consistent throughout the whole
Holy Qur'an where it says one thing is like another.

See below for astonishing result of

The words mentioned number of times in Arabic

Holy Qur'an

Dunia (one name for life) 115.
Aakhirat (one name for the life After this world) 115
Malaika (Angels) 88 .Shaytee (Satan) 88
Life 145 ...... Death 145
Benefit 50 .. Corrupt 50
People 50 ... Messengers 50
Eblees (king of devils) 11 . Seek refuge from Eblees 11
Museebah (calamity) 75 .. Thanks 75
Spending (Sadaqah)73 .. Satisfaction 73
People who are mislead 17 .. Dead people 17
Muslimeen 41 .. Jihad 41
Gold 8 .. Easy life 8

Magic 60... Fitnah (dissuasion, misleading) 60

Zakat (Taxes Muslims pay to the poor) 32 ........
Barakah (Increasing or blessings of wealth) 32
Mind 49 .. Noor 49
Tongue 25 .. Sermon 25
Desite 8 .. Fear 8
Speaking publicly 18 .. Publicising 18
Hardship 114 ..... Patience 114
Muhammed 4 .. Sharee'ah &nb sp;
Muhammed's teachings 4
Man 24 Woman 24

And amazingly enough have a look how many times
the following words appear:

Salat 5, Month 12, Day 365,
Sea 32, Land 13
Sea land = 32 + 13 = 45

Sea = 32/45*100q.= 71.11111111%

Land = 13/45*100 = 28.88888889%

Sea + land 100.00%

Modern science has only recently proven that the water covers 71..111%
of the earth, while the land covers 28..889%.

Is this a coincidence? Question is that Who taught Prophet Muhammad
(PBUH) all this and the reply automatically comes to mind that

ALMIGHTY ALLAH

taught him.

This as the Holy Qur'an also tells us this.

Please pass this on to all your friends

Aayah 87 of Suraa (Chapter) Al-Anbia Para 17:

Shahidan dakwa pengurusan banjir di Perlis gagal

09 Muharam 1432H
Oleh: Bashir Ishak

KANGAR, 14 Dis: Sidang Dewan Undangan Negeri Perlis (Dun) hari ini menyaksikan mantan Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim menyifatkan pengurusan bencana banjir di Perlis, baru-baru ini gagal.

Beliau yang juga Adun Tambun Tulang mendakwa Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu menipu ketika menjawab soalan lisan yang dikemukakannya.

Pada sesi soalan lisan pagi tadi, Md Isa menjawab serentak enam soalan yang dikemukakan oleh Shahidan dan empat orang lagi ahli dewan berkaitan banjir yang melanda Perlis baru-baru ini.

Soalan panjang yang dikemukakan Shahidan memohon jawapan dari pihak kerajaan nama pengelola di 25 pusat pemindahan banjir.

Shahidan yang bangun membuat soalan tambahan berkata, jawapan Menteri Besar ada yang benar dan ada yang bohong.

"Mengapa ada nama Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung yang tidak disebutkan namanya. Pengurusan banjir pada kali ini totally failed, banjir dah berlaku beberapa hari tapi mengapa pada 3 November baru dapat bantuan, sebelum itu siapa yang keluarkan bantuan?" soalnya.

Md Isa kemudiannya menjelaskan bahawa jawapan yang diberikannya tadi adalah berdasarkan maklumat yang diberikan kepadanya.

Ustaz Hashim Jasin (PAS-Sanglang) kemudiannya turut memberikan pandangan dengan menyatakan jawapan yang sepatutnya diberikan oleh Menteri Besar perlu juga menyebut pihak-pihak tertentu yang turut membantu mangsa banjir seperti Yayasan Pok dan Kassim (milik Shaidan) dan parti-parti politik.

Md Isa menjelaskan bahawa, semua yang memainkan peranan semasa banjir tempohari telah dirangkumi dalam jawapannya di bawah kategori 'sukarelawan'.

Selepas dewan berehat sesi pagi, Md Isa membentangkan bajet kerajaan negeri Perlis bagi tahun 2011.

Keseluruhan bajet yang dicadangkan ialah sebanyak RM262 juta yang merangkumi RM 174 juta perbelanjaan mengurus dan RM88 juta bagi perbelanjaan pembangunan.

Bajet 2011 ini meningkat berbanding tahun lalu di mana perbelanjaan mengurus dan pembangunannya masing-masing sebanyak RM143 juta dan RM55 juta.

Hasil yang dianggarkan bagi negeri Perlis pada tahun 2011 ialah sebanyak RM89 juta, meningkat sebanyak RM21.9 juta berbanding RM67 juta pada tahun ini.

Bagaimanapun, kerajaan negeri akan terus mengalami defisit sebanyak RM85 juta, meningkat sebanyak 12 peratus berbanding 76 juta pada tahun 2010.

Harakahdaily/-

Altantuya: Najib perlu perjelas laporan Wikileaks

09 Muharam 1432H
Oleh: Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR,14 Dis: Pakatan Rakyat mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberikan penjelasan mengenai laporan portal Wikileaks yang mendakwa beliau terlibat dalam skandal pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, Najib tidak boleh bersikap tidak ambil peduli berhubung dakwaan ini kerana ia melibatkan kepimpinan negara dan boleh memberikan kesan kepada sosial dan ekonomi negara.

"Pelbagai dakwaan yang dibuat ini sangat penting kerana membabitkan Perdana Menteri semasa bukan bekas Perdana Menteri. Ini akan memberikan satu kesan kepada ekonomi negara kita.

"Menteri tidak boleh bersikap tidak endah terhadap laporan Wikileaks sedangkan media dalam negara kita mengendahkan laporan wikileaks dengan memuatkan hal-hal berkaitan Datuk Seri Anwar Ibrahim tapi Perdana Menteri kata perkara yang berkaitan beliau itu tidak perlu diendahkan," kata beliau dalam sidang media di lobi Parlimen siang tadi.

Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS sebelum itu membangkitkan perkara itu dalam perbahasan di peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Luar Negeri.

Menteri, Datuk Seri Anifah Aman dalam jawapannya memberitahu beliau akan mengambil perhatian terhadap laporan itu.

Sementara itu, ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar berkata, laporan ini mengambarkan seolah-olah Singapura menganggap Perdana Menteri anti Cina apabila membuat dakwaan mengenai kemungkinan berlakunya rusuhan di Malaysia.

"Perdana Menteri diberi gambaran yang begitu berat oleh diplomat dan pemimpin Singapura sehinggakan dalam Perdana Menteri cuba untuk promosi konsep 1Malaysia dan sebagainya, kerajaan Singapura memberi gambaran bahawa akan berlaku rusuhan kaum dan orang Cina akan banjiri Singapura.

"Ini memberi implikasi bahawa Singapura menganggap Perdana Menteri anti Cina sebab akan berlaku rusuhan kaum seperti yang dilaporkan dan ini bercanggah dengan usaha Perdana Menteri untuk menunjukkan semangat perpaduan dan sebagainya. Najib mesti ambil berat atas tuduhan itu," kata beliau.

Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul bimbang laporan ini merupakan permainan Singapura untuk menguji kewibawaan Malaysia.

"Kita lihat pemikiran pegawai risikan dari singapura mereka mengatakan mereka ambil sumber ini dari sumber tertentu. Kita sedar hubungan antara Malaysia dan Singapiura ada pasang surutnya.

"Kita bimbang tindakan singapura ini bertujuan menguji kewibawaan Malaysia dan permainan mereka untuk menyekat pelabur asing ke Malaysia," katanya.

Sementara itu, ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan memulakan usaha mendapatkan sepenuhnya semua kabel-kabel berhubung Malaysia daripada sumber-sumber yang sah seperti Kedutaan Amerika Syarikat, akhbar Sydney Morning Herald, akhbar The Guardian selain Wikileaks sendiri.

Mereka juga akan membantu memulakan kempen untuk mendapatkan kesemua kabel-kabel ini untuk dinilai secara adilnya oleh rakyat Malaysia.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua yang juga pengarah strategik PKR petang tadi ke Kedutaan Singapura bagi menyerahkan memorandum dari PKR kepada kerajaan republik pulau itu.

Baru-baru ini laman web antarabangsa, Wikileaks mendedahkan mengenai maklumat risikan Singapura yang dihantar kepada Australia yang menyatakan Anwar memang melakukan kesalahan tersebut, akibat diperangkap oleh seteru politiknya, meskipun Anwar menyedari tentang perkara itu.

‘Maklumat’ itu yang disiarkan oleh akhbar Australia, Herald Sun (Sydney Morning Herald), menimbulkan kecaman pemimpin Pakatan Rakyat yang menyifatkan pendedahan itu sengaja di ada-adakan tanpa sebarang bukti kukuh.

Harakahdaily/-

Sekatan polis, namun ribuan dengar Anwar

09 Muharam 1432H

KUALA LUMPUR, 15 Dis: Walaupun penuh dengan sekatan polis, ia tidak menghalang orang ramai memenuhi kawasan lapang taman Melati dekat sini untuk mendengar sendiri penjelasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan-rakannya tentang tuduhan terbaru para pemimpin Singapura melalui WikiLeaks.

Dan di majlis itu, Anwar tidak hilang karismanya sebagai pemimpin apabila berkata, “Adakah kamu fikir saya ini bodoh untuk memasuki perangkap apabila tahu ianya perangkap? Jangan cabar saya terlalu berlebihan! Saya akan dedahkan kes pembunuhan yang telah dilakukan dan cuba ditutup rapat.”

“Wikileaks, apa bukti kamu, bawa Lee Kuan Yew ke mahkamah. Saya tidak peduli, kamu fikir saya buat atau tidak. Itu bukan urusan saya. Kamu ada rakaman video atau catatan doctor, bawa ke mahkamah,” kata Anwar disambut tepukan gemuruh para penyokongnya.

Anwar merujuk kepada dakwaan para pemimpin Singapura dan diplomat mereka dalam apa yang dinamakan sebagai pendedahan oleh WikiLeaks melalui media Australia yang antara lain mendakwa Anwar telah diperangkap oleh musuhnya dalam kes sodomi dan Anwar sendiri memasuki perangkap itu.

Walaupun cuba diterangkan oleh para pemimpin Pakatan mengenainya, namun semua media tradisional negara menutupnya. Laporan WikiLeaks juga diambil tentang dakwaan Lee Kuan Yew terhadap Anwar sahaja tetapi laporan tentang pembunuhan Altantuya Shariibuu tidak disiarkan.

Di samping Anwar, turut berceramah adalah anggota Parlimen Shah Alam Khalid Samad, anggota Parlimen Batu Tian Chua, Tan Tee Kwong, Shamsul Iskandar dan juga Teresa Kok.

Tian Chua dalam ceramah itu berkata, pihaknya sedang berusaha supaya laporan WikiLeaks ini dibincangkan di Dewan Rakyat. Satu usul telah dibentangkan bagi membincangkan hal itu.

“Kita mahu Dewan Rakyat bincangkan laporan terhadap Anwar dan juga dakwaan terhadap Najib berkaitan dengan pembunuhan terhadap Altantunya yang juga disebutkan dalam dokumen WikiLeaks ini,” kata Tian.

Siang tadi, peguam Anwar mengumumkan pihaknya akan menyaman Lee Kuan Yew dan juga Tun Dr Mahathir yang berkata beliau yakin pemimpin Singapura itu tahu Anwar melakukan sodomi itu.

Anwar mula menjelajah negara mulai semalam. Esok 16 Disember, Anwar akan berada di Dataran Muhibbah, Kampong Ismail, Ampangan, Negeri Sembilan dalam siri Ceramah Perdananya sehinggalah 19 Disember ini yang akan berakhir di Pulau Pinang.

Harakahdaily/-

Konvenyen ke 2: Cerita kejayaan, PRU 13

09 Muharam 1432H

KUALA LUMPUR, 14 Dis: 2000 perwakilan dari parti-parti komponen Pakatan Rakyat iaitu PAS, PKR dan DAP dijangka akan berhimpun di Dewan Milllenium Kepala Batas Ahad ini untuk menyertai Konvensyen Ke 2 Pakatan Rakyat.

Mereka dijangka mempersiapkan Pakatan Rakyat untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Setiap parti akan menghantar 600 perwakilan tidak termasuk para pemimpin utama parti berkenaan, tetamu dan para pemerhati.

Sepanjang konvensyen, empat perwakilan setiap parti akan membahaskan perbentangan yang akan dibuat oleh tiga jurucakap utama parti masing-masing.

"Fokus akan diberikan kepada dua perkara utama dalam konvensyen ini iaitu cerita kejayaan negeri-negeri Pakatan dan mempersiap kami semua untuk menghadapi pilihan raya umum ke 13," kata Mujahid Yusof (gambar), Pengarah konvensyen ini.

Untuk mencapai tujuan itu, klip video cerita kejayaan kerajaan negeri Pakatan akan dipersembahkan kepada semua perwakilan semasa konvensyen ini.

Kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat juga akan mempamerkan kejayaan mereka melalui booth pameran yang akan mereka sediakan di konvensyen ini.

Selain Kelantan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah turut akan membuat pameran adalah kerajaan negeri Perak ketika diperintah Pakatan dan kerajaan Terengganu dari tahun 1999 ke 2004 yang tidak diketahui masyarakat tentang kejayaan mereka.

Menurut Mujahid, konvensyen ini juga akan menghasilkan 'buku oren' iaitu buku yang menggariskan polisi Pakatan dalam bentuk perincian dari Dasar Bersama yang telah diluluskan dalam konvensyen pertama tahun lepas.

"Ia berupa pra manifesto kita dalam pilihan raya umum akan datang," kata Mujahid.

Tema konvensyen kali ini adalah "Ubah Sekarang" untuk mengajak rakyat membuat perubahan dalam pilihan raya umum akan datang.

"Video klip cerita kejayaan, booth kerajaan negeri Pakatan dan buku oren ini akan menjadi isi atau asas kenapa kita mengajak rakyat ubah sekarang," kata Mujahid.

Dalam konvensyen lepas, katanya, konvensyen telah selesaikan asas bersama iaitu penerimaan Pakatan kepada Islam agama persekutuan, kedudukan bahasa Malaysia dan juga kedudukan raja-raja Melayu.

Kali ini, kata Mujahid, pengisian akan dibuat sepenuhnya bagi mempastikan semua sektor rakyat bersedia untuk bersama-sama membuat perubahan dalam pilihan raya umum akan datang.

"Kami yakin, dengan cerita kejayaan yang telah kerajaan Pakatan buat, rakyat akan yakin kita mampu memberikan jauh lebih baik berbanding BN," katanya lagi.

Harakahdaily/-

Zaid Ibrahim presiden baru AKIM?

09 Muharam 1432H
Oleh: Salhan K Ahmad

Parti Angkatan Keadilan Islam Malaysia (AKIM) akan mengadakan satu mesyuarat agung luar biasa esok bagi menyusun semula kepemimpinannya, dijangka bagi menempatkan Datuk Zaid Ibrahim yang meninggalkan PKR awal bulan lalu ke jawatan utama dalam parti itu.

zaid ibrahim quits pkr 191110 05Presiden AKIM Zakaria Salleh berkata, Zaid juga telah menawarkan diri untuk memimpin parti itu namun parti itu masih belum memutuskan jawatan untuk Zaid walaupun timbul cadangan supaya Zaid (kanan) dilantik sebagai presiden.

Tambahnya, beliau akan menyerahkan kepada anggota parti itu sama ada ingin memilih Zaid sebagai presiden baru Akim dalam mesyuarat parti itu esok.

"Di kalangan ahli-ahli pun ada yang menyebut demikian dan kalau Datuk Zaid betul-betul mahu memimpin, ia dialu-alukan.

“Kalau Datuk Zaid bersetuju dan ahli setuju, saya sebagai presiden Akim tidak ada (halangan) demi kepentingan parti.

"Bila ahli bersuara saya memang akan beri laluan kepada Datuk Zaid sebab yang lebih mampu untuk memimpin AKIM adalah Datuk Zaid,” katanya lagi.

Belum tetapkan jawatan

"Kita sudah bincang di kalangan kepemimpinan tertinggi dan sekiranya ahli-ahli setuju sebulat suara, perlantikan akan dijalankan esok. Tapi jawatan apa belum tentu lagi.

"Cuma kita tidak mahu ada pemilihan baru lagi," kata Zakaria ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

akim banner 230808Dilaporkan, AKIM baru saja disahkan statusnya sebagai parti politik oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan apabila jawatankuasa parti itu berjaya menyelesaikan isu dalaman parti berkenaan dengan kerjasama jabatan itu.

Zakaria juga berkata, beliau dipilih sebagai presiden baru parti itu bagi menggantikan Hanafi Mamat dalam mesyuarat agung tahunan parti itu pada 26 Disember 2009.

“Ahli dahulu ada seramai kira-kira 300 orang. Dalam mesyuarat esok kita jangka antara 300 hingga 500 orang akan hadir,” kata Zakaria lagi.

Mesyuarat agung luar biasa itu akan dijalankan di Tropicana Golf and Country Resort, sebuah kawasan eksklusif yang turut menempatkan kediaman Zaid.

Mengulas lanjut, Zakaria berkata penyusunan semula kepemimpinan parti itu bagi membolehkan AKIM mengambil peranan lebih aktif dalam kegiatan politik.

“Mesyuarat ini dibuat atas desakan ahli kerana selama ini kita tidak ada penonjolan dalam politik kecuali semasa pilihan raya.

"Selama ini parti ini tidak banyak kesan, tidak banyak orang hendak beri perhatian kerana dilihat sebagai sebuah parti serpihan PAS. Kita tidak mampu membuat teguran dan jadi macam anjing menyalak bukit saja,” katanya lagi.

Malaysiakini/-

Laporan minoriti dihantar bagi pertahankan Anwar

09 Muharam 1432H
Oleh: Hazlan Zakaria

Dua ahli parlimen pembangkang yang menganggotai Jawatankuasa Hak dan Kebebasan - Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor)) dan R Sivarasa (PKR-Subang) akan mengeluarkan “laporan minoriti” mengenai siasatan jawatankuasa itu terhadap tindakan ketua pembangkang itu mengaitkan gagasan 1Malaysia dengan firma perhubungan awam Apco Worldwide.

NONE"YB Karpal Singh dan diri saya telah tidak hadir diri kami daripada prosiding jawatankuasa itu pada 3 Disember lalu. Tetapi kami akan menyerahkan laporan sendiri berhubung apa yang berlaku dalam jawatankuasa itu,” kata Sivarasa pada sidang akhbar di lobi parlimen hari ini.

Laporan 27 mukasurat itu, kata Sivarasa, adalah laporan menyeluruh dengan fokus terjurus kepada dua perkara.

Pertama, beliau dan Karpal tidak bersetuju dengan cara jawatankuasa itu menjalankan siasatan dan menyifatkannya sebagai pencabulan serius keadilan kerana Anwar tidak dibenarkan membela dirinya.

Kedua, laporan itu melihat kepada merit kes berkenaan dan kesimpulan mereka ialah Anwar tidak bersalah memperdayakan Dewan Rakyat berdasarkan hujah yang dimuatkan dalam laporan mereka itu.

Sivarasa bagaimanapun enggan mendedahkan kandungan laporannya sehingga speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia membuat keputusannya.

azlan"Saya telah hantar laporan ke pejabat speaker dan berharap laporan kami juga akan dibentangkan sebagai sebahagian daripada prosiding jawatankuasa, jadi ahli Dewan akan mempunyai kedua-dua laporan,” kata ahli parlimen Subang itu.

Jelasnya lagi, laporan berkenaan telah diserahkan kepada pegawai khas kerana Pandikar tidak berada di kamarnya.

"Bagi kami, ini adalah laporan kami. Ahli Dewan Rakyat mesti diberi peluang mendengar daripada kedua-dua pihak. Di Parlimen negara lain, intu adalah norma tetapi ini agak janggal bagi parlimen Malaysia. Tetapi kita sedang melalui masa yang berbeza,” hujahnya.

Malaysiakini/-

Anwar akan saman akhbar, Dr Mahathir

09 Muharam 1432H
Oleh: Hafiz Yatim

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi arahan kepada peguamnya bagi mengemukakan saman ke atas beberapa akhbar dan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berikutan dakwaan salah lapor berhubung pendedahan WikiLeaks.

anwar ibrahim sodomy allegation saiful bukhari azlan first day in court 070808 sankara nairSankara Nair berkata beliau telah menerima arahan itu yang berkuatkuasa hari ini daripada ahli parlimen Permatang Pauh berkenaan.

“Saya tidak boleh dedahkan butirannya kerana kami masih membincangkannya. Namun saya sahkan bahawa saman ke atas Mahathir akan dikemukakan.

“Ini dijangka menarik dan sedikit ironi untuk melihat sama ada Mahathir akan mendapatkan bantuan daripada 'seterunya', Lee Kuan Yew bagi membina pembelaannya,” katanya kepada Malaysiakini.

Mahathir dan Lee, mantan perdana menteri Singapura seringkali tidak bersependapat dalam banyak perkara dan hubungan kedua-dua negarawan itu dikatakan sentiasa goyah.

Menurut akhbar Australia, The Sun-Herald, kabel Jabatan Negara Amerika yang bocor mendedahkan bahawa pegawai kanan kerajaan mengesahkan bahawa tuduhan liwat ke atas Anwar adalah akibat 'diperangkap' oleh musuhnya.

lee kuan yew state visit to malaysia 110609 02Ia juga mendedahkan pegawai perisikan Singapura dan menteri kanan Lee Kuan Yew (kiri, bertali leher biru) telah memberitahu pejabat Agensi Perisikan Australia bagi Penilaian Nasional (ONA), bahawa "ketua pembangkang Anwar 'memang melakukan dakwaan perilaku yang sedang dihadapinya'."

Semalam, Mahathir pada sidang akhbarnya melahirkan rasa ragu-ragunya bahawa bekas timbalannya itu adalah sasaran 'perangkap seks oleh musuhnya'.

"Tidak, saya tak fikir ada sebarang perangkap," kata Dr Mahathir.

Malaysiakini/-

Pegawai Polis Terbunuh Dalam Nahas Helikopter Di Malim Nawar

Pemangku Ketua Polis Perak Datuk Zakaria Yusof meninjau keadaan bangkai pesawat helikopter Robinson 44 empat tempat duduk yang terhempas dan terbakar di kawasan lombong, Malim Nawar di Kampar, Selasa. Juruterbang, Inspektor Mohd Shukri Othman, 31, yang bertugas di bahagian latihan, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman yang sedang menjalani latihan memandu solo terbunuh. - Foto BERNAMA
KAMPAR: Seorang pegawai polis terbunuh apabila helikopter jenis Robinson 44 (R-44) yang dipandunya ketika dalam latihan terhempas dan terbakar di kawasan lombong, Malim Nawar di sini, Selasa.

Kejadian berlaku pada pukul 3 petang tadi ketika mangsa Inspektor Mohd Shukri Othman, 31 yang bertugas di Bahagian Latihan, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sedang menjalani latihan memandu solo dari sebuah pusat latihan penerbangan swasta di Ipoh.

Ketua Polis Daerah Kampar, Supritendan Abdul Aziz Salleh berkata Insp Mohd Shukriyang mengendalikan helikopter R-44, dengan empat tempat duduk itu, dipercayaihilang kawalan ketika berada di ruang udara lalu terhempas dan terbakar.

Mangsa yang berasal dari Kepala Batas, Pulau Pinang mengalami kecederaandengan kesan kebakaran di bahagian badan dan meninggal dunia di tempat kejadian,katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Aziz berkata mayat mangsa di hantar ke Hospital Kampar untuk bedah siasat.

Shukri yang telah beristeri dan mempunyai seorang anak dikatakan menjalanilatihan memandu helikopter sejak pertengahan tahun ini.

Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat dikejarkan ke tempat kejadian untukmembantu memadamkan kebakaran. - BERNAMA