12 December 2010

Kejayaan kedua Red Warriors sangat bermakna- Nik Aziz

KOTA BHARU, 12 Dis: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengucapkan tahniah kepada skuad bola sepak Kelantan yang berjaya merebut Piala Emas Raja-raja kali ke-14, malam tadi.

Menurutnya, kemenangan itu amat bermakna bagi rakyat Kelantan selepas Kelantan berjaya menjuarai Piala Malaysia baru-baru ini.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily ketika ditemui di Hospital Universiti Sains Kubang Kerian (HUSM), dekat sini.

Tuan Guru yang kini sedang berehat di hospital berkenaan sejak dua hari lalu begitu ceria ketika diminta mengulas kemenangan skuad bola sepak Kelantan itu.

“Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada semua para pemain dan mereka yang terlibat termasuk anggota exco kerajaan negeri Abdul Fatah,”ujarnya.

Malam tadi, Kelantan berjaya menewaskan Kedah pada perlawanan akhir Piala Emas Raja-Raja 2010 Edisi ke- 70 setelah mengalahkan Kedah menerusi penentuan sepakan penalti 4-3 di Stadium Sultan Muhammad
Ke-1V, di sini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan Ngo negeri, Abdul Fatah Mahmood, berkata kerajaan negeri akan meraikan skuad berkenaan pada satu majlis khas nanti.

“Kita juga akan memberikan saguhati kepada pemain, bagaimanapun setakat ini ianya masih dalam perbincangan,”ujarnya ketika ditemui di HUSM sewaktu mengunjungi Tuan Guru.

WikiLeaks - Anwar masuk perangkap seks ?


Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berdepan dengan gelora besar selepas satu kabel Jabatan Negara Amerika yang bocor, muncul hari ini, mendakwa bahawa pegawai perisikan Singapura dan Australia percaya beliau memang terlibat dengan perilaku dalam tuduhan yang sedang dihadapinya.

Kabel itu adalah salah satu daripada 250,000 kabel diplomatik di antara Jabatan Negara Amerika dengan kedutaannya di seluruh dunia yang telah didedahkan Wikileaks di Internet.

Menurut akhbar Australia, The Sun-Herald, kabel tersebut mendedahkan bahawa pegawai perisikan Singapura dan menteri kanan Lee Kuan Yew telah memberitahu pejabat Agensi Perisikan Australia bagi Penilaian Nasional (ONA), bahawa "ketua pembangkang Anwar 'memang melakukan dakwaan perilaku yang sedang dihadapinya'. " Dokumen tersebut menyatakan bahawa mereka memberitahu ONA bahawa mereka membuat penilaian ini berdasarkan ''technical intelligence", yang menurut The Sun-Herald berkemungkinan berkaitan dengan komunikasi yang dipintas.

ONA juga mencatatkan sebagai berkata bahawa musuh-musuh politik Anwar merekayasa keadaan dari mana dakwaan liwat muncul.

"'ONA menilai, dan rakan sejawatan mereka di Singapura setuju, bahawa 'itu adalah rekayasa dan beliau mungkin menyedarinya, tetapi masuk juga ke dalamnya'," lapor The Sun-Herald yang memetik kabel tersebut.

Anwar, 63, sedang dibicarakan atas tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 24, di sebuah kondominium di Bukit Damansara pada 26 Jun 2008.

Anwar telah menafikan tuduhan itu dan menyifatkannya sebagai usaha kedua kerajaan BN untuk menjejaskan karier politiknya. Beliau telah dipenjarakan pada 1999 atas tuduhan yang sama.(MalaysiaKini)

Jangan bangkit isu negara islam !

GOMBAK 12 Dis — Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali hari ini meminta semua pihak supaya tidak lagi membangkitkan isu negara Islam yang selama ini menjadi pegangan parti Islam itu sekiranya menguasai pentadbiran kerajaan pusat.

“Benda ini negara Islam sudah tidak ada isu tak usah nak bangkitkan lagi isu ini “Tak usah nak bangkitkan lagi ” kata beliau kepada The Malaysian Insider ketika ditemui selepas mesyuarat jawatankuasa kerja pusat bulanan PAS di Markas PAS Taman Melewar di sini. Minggu lepas Mustafa mengarahkan kesemua pemimpin PAS tidak menyentuh isu-isu semasa dipercayai berkaitan dengan dasar negara Islam dan jawatan timbalan perdana menteri dipegang bukan Melayu sehingga parti itu mengambil satu pendirian hari ini.

Mesyuarat jawatankuasa itu diadakan sehari selepas pertemuan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat semalam dan minggu depan mereka akan bertemu di Pulau Pinang sempena konvensyen kedua Ketika ditanya mengenai hasil mesyuarat bulanan PAS kali ini Mustafa berkata ia adalah untuk membincangkan mengenai Konvensyen Pakatan Rakyat yang akan diadakan minggu depan di Pulau Pinang.

Beliau juga berkata ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat tidak akan membentangkan kertas kerja masing-masing sebaliknya hanya akan membentangkan kertas kerja Pakatan Rakyat.

“Kita hanya ada satu kertas kerja bersama iaitu kertas Pakatan Rakyat yang diluluskan bersama “Kita tidak ada kertas sendiri ini adalah kertas Pakatan Rakyat Bukan kertas PKR PAS dan DAP “Hanya kertas ini sahaja yang akan dibentangkan dan dibahaskan ketika konvensyen minggu depan ” katanya. Semalam Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat akan mengelak isu-isu sensitif antaranya dasar negara Islam yang hendak dibawa PAS sebaliknya hanya akan memfokus isu-isu kepentingan bersama Ketua Umum Pakatan Rakyat itu mengetepikan cakap-cakap mengenai pendirian terbaru PAS yang mahu meneruskan usaha menubuhkan negara Islam jika mengambil alih Putrajaya dengan berkata konvensyen itu bukan tempat untuk membawa isu berkenaan.

Pakatan Rakyat yang dibentuk April 2008 merupakan perikatan dianggotai PAS PKR dan DAP Mereka memenangi lima negeri pada pilihan raya umum Mac 2008 dan 82 kerusi Parlimen tetapi beberapa wakil rakyatnya telah keluar parti sejak itu Pakatan Rakyat mengadakan konvensyen sulung di Shah Alam Disember lalu dan menerima Dasar Bersama. (Malaysian Insider)

Umno tidak layak bincang kepimpinan Islam


Wan Nik Wan Yussof
Merujuk kenyataan dua ketua bahagian Umno, iaitu Ketua Umno Bahagian Kota Bharu, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh (Sinar Harian-edisi online, 11 Disember 2010) dan Ketua Umno Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman (Sinar Harian-edisi Kelantan, 11 Disember 2010), maka saya menganggap kedua-dua mereka itu tidak layak bercakap mengenai kepimpinan Islam. Ini kerana parti Umno itu sendiri tidak pernah berniat untuk memartabatkan Islam sebagai teras kepimpinan negara.

Kunci kepada kenyataan dua ketua bahagian itu adalah respons kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh al-Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengenai perlantikan timbalan perdana menteri Malaysia seharusnya dari kalangan seorang muslim yang soleh. Bagi saya, kenyataan Tuan Guru ini adalah suatu prinsip jelas dalam kepimpinan Islam, maka apabila ia dipadukan kepada individu yang bernama Lim Kit Siang yang kebetulan Penasihat parti DAP, maka ia sudah kelihatan suatu polemik yang menimbulkan penolakan total pihak Umno. Jelas terserlah kebebalan Umno di dalam menghayati maksud tersirat Tuan Guru sebagai tokoh uyang tegas memperjuangkan asas dakwah di dalam bentuk olahan politik Islam.
Apabila meneliti respons Fatmi itu, ia jelas tidak bersetuju lalu menyifatkan kenyataan Tuan Guru sebagai kenyataan politik. Demikian pula Zawawi yang baru setahun jagung memegang ketua bahagian telah meletakkan taraf kenyataan Tuan Guru sebagai kebudak-budakan.

Justeru Fatmi mahupun Zawawi boleh dianggap mewakili pemikiran pemimpin Umno yang begitu alahan (alergic) tatkala membincangkan soal kepimpinan politik, bila mana isu kepimpinan dipadukan dengan nilai-nilai kempimpinan Islam. Ia semacam cuba mengelakkan daripada menerima hakikat teras kekuatan Malaysia hari ini adalah Islam biukannya kaum. Oleh itu, ramai pemimpin Umno dan penyokong mereka menganggap kenyataan Tuan Guru sebagai aancaman kepada poerjuangan Umno dan Barisan Nasional itu sendiri.

Sehubungan itu, kenyataan dilapor media tersebut boleh fahami sebagai respons yang jelas membayangkan sikap hipokrit pemimpin Umno terhadap Islam. Maka kenyataan Fatmi dan Zawawi sebenarnya boleh dijadikan disifatkan sebagai kebudak-budakan bukannya kenyataan Tuan Guru yang kebudak-budakan.

Ini kerana kenyataan itu, awal-awal lagi didapaati bercanggahan dengan prinsip kebebasan dan hak-hak beragama individu warganegara Malaysia. Di samping itu, kenyataan tersebut dilihat sebagai tidak menggambarkan sifat orang Melayu yang beragama Islam yang cuba mempermainkan usaha dakwah dalam konteks seruan Islam.

Sementelah pula, ia adalah bercanggah dengan ajaran Islam sendiri yang telah menetapkan ukuran akil baligh di dalam menentukan dosa dan pahala, sedangkan Lim Kit Siang sebagai orang yang akil baligh, peguam dan politicians berpengalaman, amat pasti ia amat matang dengan pendiriannya tentang agama. Justeru kenyataan itu yang turut memperlekehkan kewibawaan Lim Kit Siang sekaligus menggambarkan sikap pemimpin Umno yang tidak menghormati kepimpinan pihak lawan yang jelas bercanggah dengan sunnah Raslullah SAW. Malah ia suatu kedangkalan dalam memahami nilai diplomasi politik dalam negara ini.

Sebagaimana Nabi Muhammad SAW sendiri sebagai Perdana Menteri pertama di dunia ini yang memartabatkan Islam di dalam pemerintahan tidak pernah pun menyebut fasal ‘bangsa-bangsa’ jauh sama sekali menerima pakai prinsip kebangsaan di dalam menguruskan politik dan pentadbiran Negara. Sedangkan kewujudan bangsa itu sedia ada lebih awal lagi. Hakikat ini, Umno sudah jauh tersasar. Justeru itu, agak pelik dan ajaib sekiranya pemimpin Umno itu bercakap soal ‘masuk Islam’ dan menilai keikhlasan seseorang itu untuk masuk Islam, sedang amalan parti dia sendiri bercanggah dengan nilai-nilai Islam.

Masakan tidak, disebabkan pemimpin Umno-lah seorang ulama seperti Ustaz Ibrahim Mahmood dan pengikutnya dibunuh di dalam Peristiwa Memali tahun 1985. Malah pernah berlaku, alim-ulama termasuk dari Kelantan turut ditahan di bawah oleh akta zalim ISA. Tidak padan dengan itu, pernah arwah Tuan Guru Haji Mustapha dari Pasir Tumboh telah diseret ke mahkamah dan dijatuhkan hikuman atas dakwaan kononnya mengkafir sesama Islam. Sedang semua tuan guru atau ustaz tersebut berhujah bersandarkan kitab suci al-Quran dan hadis Nabi SAW.

Lebih teruk lagi, dalam era kekuasaan Umno jugalah berlakunya sekatan bantuan kepada sekolah agama Islam di seluruh negara akibat terpengaruh dengan Amerika yang mentohmahkan sekolah-sekolah agama sebagai pusat aktiviti pengganas. Melarang guru dan ustaz di sekolah-sekoilah memakai kopiah, kerana kopiah identiti Islam. Paling malang lagi, Umno era Abdullah Ahmad Badawi turut memperkenalkan Islam Hadhari sebagai pendekatan yang salah kerana ia didapati seiringan dengan pemikiran orientalis yang bertujuan mengelirukan ajaran Islam sebenar.

Jawapannya, terlalu banyak percanggahan amalan pemimpin Umno sepanjang mereka berkuasa di negara ini yang dilakukan adalah tidak menyokong usaha memartabatkan Islam itu sendiri.

Oleh sebab itu, sejak negara merdeka sehingga ke hari ini, Umno sebagai parti yang memperjuangkan Melayu, didapati tidak berani menawarkan kepada pemimpin MCA atau pun MIC untuk duduk ke jawatan Timbalan Perdana Menteri. Atau sekurang-kurang bersifat demokratik untuk membuka jawatan timbalan menteri besar atau ketua menteri kepada MCA atau MIC. Sebaliknya, amalan kebangsaan Umno itu diragui kerana pernah menyerahkan Singapura kepada Lee Kuan Yew, Pulau Pinang kepada Gerakan meskipun pada satu ketika kerusi Umno majoriti di dewan negeri Pulau Pinang. Begitu juga dalam konteks Sabah, era Dr. Mahathir pernah mencaturkan jawatan Ketua Menteri kepada sistem giliran membolehkan pemimpin bukan Melayu mendudukinya.

Justeru itu, dalam negara yang mencatatkan hak-hak atas prinsip demokrasi apa salahnya membincangkan jawatan TPM itu kepada bukan Melayu. Paling tidak salah, sekiranya bakal penjawat TPM itu seorang beragama Islam. Ini kerana Islam adalah agama Persekutuan dan penganut Islam adalah mewakili majoriti rakyat yang kebetulan merentasi kaum––tidak hanya orang Melayu malah ada Cina, India, Sabahan, Sarawakian dan kaum-kaum lain adalah beragama Islam. Maka, nilai Islam itu sudah merentasi nilai-nilai perkauman yang dipuja oleh Umno, MCA dan MIC. Logik inilah menjadi hujah bagi Tuan Guru Nik Abdul Aziz melontarkan idea jawatan TPM itu hendaklah berteraskan prinsip perlembagaan dan hendaknya juga selari dengan Islam, iaitu seorang yang soleh. Di sini diperturunkan kenyataan sebenar Tuan Guru seperti di dalam blognya:

Apa yang penting ialah dasar, jika dasar Islam. Sesiapapun boleh menjadi pemimpin. Di Kelantan saya pernah mengeluarkan kenyataan berkali-kali bahawa Menteri Besar Kelantan boleh terdiri daripada seorang yang berbangsa Cina dengan syarat merupakan seorang muslim yang soleh. Penasihat DAP, Lim Kit Siang atau sesiapapun boleh menjadi Timbalan Perdana Menteri bahkan Perdana Menteri sekalipun tidak mempunyai apa-apa halangan, syaratnya merupakan seorang muslim yang soleh. Ini prinsip Islam yang perlu dipatuhi dalam membentuk kepimpinan negara dan ummah. Seorang muslim yang soleh sekalipun bukan Melayu jauh lebih bermanfaat untuk negara ini dari seorang Melayu yang korup!

Rumusannya, kita umat Islam mahu pun rakan-rakan dari agama selain Islam, janganlah mudah percaya dengan ‘ajakan Islam’ yang terhambur dari mulut pemimpin Umno. Kerana mulut mereka hakikat memiliki bau yang busuk terhadap Islam itu sendiri. Lantaran itu, komen Ketua Umno Pasir Puteh dan Bahagian Kota Bharu tersebut adalah olahan politik yang menyerlahkan kelemasan bernafas dek kebimbangan hilangnya kuasa dalam pilihan raya umum akan datang.(Harakahdaily)

Perlembagaan, Teras Konvensyen PR ke-2

PETALING JAYA, 12 Dis: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, Konvensyen ke-2 Pakatan Rakyat di Pulau Pinang minggu depan tetap meletakkan Perlembagaan sebagai landasan perbincangan.

Bercakap kepada media selepas mesyuarat majlis presiden Pakatan Rakyat di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya semalam, Tuan Guru Abdul Hadi menjelaskan, konvensyen kali ini juga adalah penerusan kepada resolusi yang dicapai pada konvensyen pertama PR di Shah Alam tahun lalu.

"Kita telah meletakkan satu asas kukuh melalui kenyataan bersama dalam konvensyen pertama di Shah Alam yang berteraskan pada prinsip penting dalam perlembagaan yang berjaya melahirkan negara bermasyarakat majmuk," katanya. Katanya, ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat sepakat untuk menentang tindakan-tindakan Umno yang membelakangkan perlembagaan dan mengangkat agenda bersama gagasan pembangkang itu.

“Apa yang perlu kita atasi ialah kegagalan BN dalam merealisasikan aspek yang diasaskan perlembagaan," katanya lagi.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media sama turut memberitahu konvensyen Pakatan Rakyat yang dijadualkan Ahad depan hanya akan membincangkan isu-isu yang dipersetujui ketiga-tiga parti komponen.

"Kita telah bincangkan pada mesyuarat tadi. Hadi ada bersama, Mustafa Ali juga ada dan mereka jelaskan bahawa isu yang akan difokus adalah isu bersama,” kata Anwar.

“Kenapa perlu dibawa isu yang kita tidak ada kesefahaman bersama? Keputusan kita bergantung kepada konsensus.

Konvensyen Pakatan Rakyat 19 Disember ini dilihat medan memperkukuh solidariti ketiga-tiga parti komponen PAS-PKR-DAP untuk berdepan BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

Ianya antara lain turut melihat fitnah yang dilemparkan Umno terhadap Pakatan Rakyat termasuk isu isu ketuanan Melayu yang diputar belit media parti pemerintah itu.

"Kita ulangi keputusan dan muafakat kita bersama untuk mempertahankan agenda bersama pakatan rakyat dan mempastikan semua serangan dan fitnah Umno yang membangkitkan isu kaum dan cuba menghakis keyakinan masyarakat Melayu tidak memberi kesan kerana kita beri penegasan bahawa agenda kita berasas prinsip perlembagaan negara yang telah kita sepakati," kata ketua pembangkang itu lagi.

Menurut Anwar lagi, Umno semakin liar dalam menutup suara pembangkang dan ruang-ruang demokrasi yang sedia ada dalam usaha terdesak untuk memenangi pilihanraya umum akan datang.

Lim pula berkata asakan Umno berpaksikan fitnah terhadap Pakatan Rakyat diperhebatkan sebelum pilihanraya umum.

"Baru-baru ini kita lihat kempen yang amat agresif BN yang menabur fitnah dusta (terhadap) parti-parti komponen Pakatan Rakyat yang menunjukkan mereka (BN) takut dan khuatir mengenai pengaruh Pakatan Rakyat," katanya.(Harakahdaily)

Majlis Seminar Pakatan Rakyat Perak



Para pimpinan dari ketiga-tiga parti menyeru parti dalam komponen Pakatan Rakyat memantapkan dan memperkukuhkan Pakatan Rakyat. Para pimpinan perlulah bersatu suara dan menyelesaikan masalah dengan sebaiknya.

Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar menyeru parti komponen lain iaitu DAP dan PKR memilih calon yang terbaik untuk PRU yang akan datang. Pas mengharapkan kejadian lompat parti tidak terjadi lagi dalam Pakata Rakyat. Insyaallah, calon PAS tidak akan berpaling tadah kerana berpegang pada amanah. Naib Presiden PRK yang baru, YB Nurul Izzah telah bersama-sama pimpinan lain hadir ke Seminar PR Perak di Hotel Hillcity, Perak. Turut hadir ialah AJK Pas Pusat YB Dr Mujahid Yusof Rawa dan Ahli Parlimen Jelutong YB Jeff Ooi. Ketiga- tiga pemimpin tersebut telah menyampaikan hujah hujah dan menerangkan isu-isu terkini.





Pelbagai isu telah diperjelaskan oleh wakil daripada parti masing-masing. Antaranya isu di sidang Dun Perak yang baru bersidang baru-baru ini, isu Zambry khurafat dan banyak lagi. Dato Seri Nizar Jamaluddin telah merasmikan seminar tersebut. Foto-foto diawal majlis, foto ehsan bloh Batu Gajah Mari.


Lagi foto berkaitan di Majlis Seminar Pakatan Rakyat yang diadakan di Hillcity Hotel, Ipoh kelmarin.









Dato' Seri Ir Nizar merasmikan Seminar PR