06 December 2010

Selamat Tahun Baru Hijrah 1432.


Saya seisi keluarga dan semua staf Pejabat Pusat Khidmat ADUN Titi Serong serta warga kerja Blog Cina Islam mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah 1432 kepada semua umat Islam dimana saja berada khususnya kepada pengunjung blog ini. Semuga kedatangan bulan Muharram pada tahun ini membawa satu sinar baru bagi perjuangan Islam yang kita dokong selama ini. sehungguhnya Muharram penuh dengan pengajaran dan hikmah yang tersendiri .

Perutusan Ma'al Hijrah YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

1 Muharram 14312H.
Nik Abdul Aziz bin Nik Mat

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Firman Allah SWT yang bermaksud:"Dan orang-orang yang berhijrah kerana Allah sesudah mereka dianiaya, pasti kami akan memberikan tempat yang bagus kepada mereka di dunia. dan sesungguhnya pahala di akhirat adalah lebih besar, kalau mereka mengetahui, (yaitu) orang-orang yang sabar dan Hanya kepada Tuhan saja mereka bertawakkal.." – Surah an-Nahl, ayat 41-42

Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT yang telah mengizinkan kita untuk terus hidup di bumiNya ini dan berada di ambang tahun baru 1432 H pada hari ini. Sesungguhnya nikmat kehidupan yang terus menerus dikurniakan Allah SWT kepada kita ini wajarlah digunakan untuk meningkatkan amalan dan ketaqwaan kita sebagai bekalan untuk mengadap Allah SWT suatu masa kelak.

Memperingati peristiwa hijrah bukanlah satu kegiatan yang diada-adakan tanpa asas. Sambutan ini yang dibuat untuk memperingati peristiwa hijrah yang dilalui oleh Rasulullah SAW sebenarnya telah diperintahkan oleh al-Quran sendiri. Allah SWT berulang kali di dalam al-Quran memerintahkan supaya manusia mengambil pengajaran daripada peristiwa-peristiwa yang dilalui oleh umat-umat yang terdahulu sebagai iktibar dan peringatan untuk semua. Justeru, memperingati peristiwa hijrah ertinya membelek semula lembaran sejarah untuk melihat dan mempelajari bagaimanakah pengorbanan yang telah dilalui oleh baginda Rasulullah SAW dan para sahabat demi menegakkan ketuanan Allah SWT di muka bumi ini.

Hari ini, setelah 1432 tahun ia berlalu, kisah hijrah Rasulullah SAW masih kekal segar dan terpahat kukuh dalam ingatan kita. Persoalannya, adakah cukup sekadar ia diingati dan disebut tanpa dihayati semangatnya? Tentulah tidak. Justeru, saya mengajak diri saya dan semua pihak agar sama-sama melakukan gerak kerja berhijrah untuk menjadi manusia yang lebih baik pegangan dan perilakunya selepas ini.

Lakukanlah hijrah ke arah kebaikan dalam semua aspek. Di bidang ekonomi, berhijrahlah dari ekonomi riba kepada ekonomi yang diredhai oleh Allah SWT. Di dalam bidang pendidikan, berhijrahlah dari sistem pendidikan yang hanya mengutamakan merit dan sijil semata-mata kepada sistem pendidikan yang benar-benar berteraskan wahyu dan berorientasikan pembentukan minda dan akhlak yang baik. Di dalam bidang politik, tinggalkanlah politik sekular dan berhijrah kepada politik Islam yang sebenar, politik yang turut mengambil kira soal dosa dan pahala di dalam gerak kerja. Seterusnya di dalam semua bidang di dalam kehidupan, selaraskanlah semuanya agar selari dengan tuntutan mencari keredhaan Allah SWT.

Insya-allah, kita yakin jika semangat ini dapat dihayati dengan sebaik mungkin, kita tidak akan berdepan dengan pelbagai masalah untuk mengurus tadbir kehidupan masyarakat.

Sekian.

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM – KELANTAN MENERAJUI PERUBAHAN

Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Pejabat Menteri Besar Kelantan.
Bertarikh : 28 Zulhijjah 1431H / 5 Disember 2010M

Khir Toyo Lepas Jawatan Ketua Pembangkang Selangor Serta Merta

1 Muharram 1432H

SHAH ALAM: Bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, yang dihadapkan ke mahkamah kerana dituduh berhubung kesalahan dalam pemilikan dua lot tanah dan sebuah banglo, akan melepaskanjawatannya sebagai ketua pembangkang di Dewan Undangan Negeri Selangor berkuatkuasa serta merta, demikian menurut laman web www.drkhir.com, Isnin.

Mohamad Khir, 45, anggota jawatankuasa Badan Perhubungan Umno Negeri, turut berkata beliau menyerahkan kepada pucuk pimpinan berhubung jawatannya dalam parti.

"Jika ia menjadi masalah besar kepada parti, saya rela mengundur diri. Namun sebagai wakil rakyat, saya akan terus berkhidmat walau atas platform manapun sehingga mahkamah membuat keputusan," katanya laman webnya itu pada pukul 5.18petang ini.

Mohd Khir, yang juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, berkata apa yang diharapkan ialah perbicaraan itu didapat dijalankan secepat mungkin

Serang Pakatan: Najib lancar perang pilihan raya

1 Muharram 1432H.
Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 6 Dis: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan serangan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Razak terhadap Pakatan Rakyat khususnya PKR dalam ucapan di Konvensyen BN semalam sebagai keras dan tindakan terdesak.

Anwar berkata, ucapan Najib yang juga Perdana Menteri itu jelas menggambarkan rasa cemasnya terhadap perkembangan politik semasa dan salah satu cara untuk mengalihkan kepincangan pentadbiran BN.

"Ucapan serangan Najib keras dan melambangkan sikapnya yang terdesak dengan perkembangan politik sekarang, nak alih isu kepincangan dalam pentadbiran dan rasuah dalam BN sendiri. Ini nampak lain dari 'style' Najib yang biasa.
"Maknanya ini pelancaran perang untuk menghadapi pilihan raya," kata Anwar dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Ketua Pembangkang itu juga berkata, isu 'keluarga dalam PKR' yang dibangkitkan Najib sangat tidak relevan kerana kedudukan Najib juga berlatar belakangkan hubungan keluarga.

"Beberapa isu beliau bangkitkan begitu aneh seperti isu keluarga dalam parti dan sebagainya, datangnya dari seorang yang naik atas kapasiti ayahnya Perdana Menteri, lantik sepupu sebagai Menteri Dalam Negeri dan masih membangkitkan isu peribadi," katanya merujuk kepada ayah Najib, Tun Abdul Razak dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang merupakan sepupunya.

Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh turut mempersoal dakwaan Najib bahawa Pakatan Rakyat anti nasional.

Saya nak tumpu tentang Pakatan ini, beliau memberikan gambaran seolah-olah Pakatan Rakyat mengalami perpecahan. Isu apa?Anti nasional isu apa? Kita berpegang pada perlembagaan. Adakah menentang rasuah itu anti nasional?Cara melayani tunjuk perasaan aman rakyat menuntut hak mereka itu juga anti nasional?" soalnya.

Tambahnya, jika benar Najib seorang pemimpin yang bertanggungjawab, beliau akan memberi peluang kepada Pakatan Rakyat untuk membalas hujahnya secara bersemuka.

"Kalau benar beliau pemimpin bertanggungjawab, beliau tidak harus mengeluarkan kenyataan tak bertangugjawab dan harus beri ruang kepada pembangkang untuk menjawab. Ini seorang Menteri bercakap di hadapan ahlinya, tak beri ruang untuk kita menjawab. Ini membelakangkan semangat demokrasi dan perbahasan segar," katanya.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dengan nada sinis mengucapkan terima kepada kasih kepada Najib kerana memberikan mesej jelas kepada rakyat bahawa Pakatan merupakan gabungan masa depan.

"Saya ucap tahniahlah kepada Najib kerana tak dapat sembunyikan rasa cemasnya.

"Terima kasih juga kepada beliau kerana serangan beliau itu memberikan mesej jelas kepada rakyat bahawa Pakatan merupakan gabungan masa depan bagi rakyat Malaysia," kata beliau yang juga ahli parlimen Pokok Sena.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pula meminta satu suruhanjaya siasatan diraja ditubuhkan bagi menyiasat kehilangan RM 52 bilion saham bumi untuk membuktikan keihklasan BN.

"Kalau Perdana Menteri serius menangani rasuah kita harap beliau boleh adakan suruhanjaya siasatan diraja ke atas skandal saham bumi sebanyak 52 bilion ringgit yang telah dilesapkan kerana sungguhpun RM52 bilion saham yang harus diberikan kepada golongan melayu ataupun bumiputera miskin sudah hilang, tiada sebarang tindakan diambil.

"Kenapa tak ada sebarang tindakan BN terhadap skandal ini?Jelas mereka hanya nak kekalkan kekayaan kroni mereka," katanya yang juga ahli Parlimen Bagan.

Najib dalam ucapan dasar sempena Konvensyen BN di Wisma MCA semalam menggelarkan Pakatan Rakyat sebagai pakatan nepotisme dan anti nasional.

Harakahdaily/-

Si jahil menulis

Oleh: WFAUZDIN NS

AWANG Selamat terus menulis walaupun setiap kali tulisannya dibaca, kita semakin tahu betapa jahilnya si Awang ini. Di dalam akhbar Mingguan Malaysia semalam, Awang Selamat menulis tentang kenyataan Presiden PKR yang menyebut `Anwar adalah anugerah Tuhan'.

Soalan bodoh dari Awang adalah `siapakah Tuhan' yang dimaksudkan oleh DS Wan Azizah itu? Rupa-rupanya si Awang ini masih percaya `Tuhan' itu banyak, sebab itu dia bertanya DS Wan Azizah mana satu `Tuhan' yang disebut oleh DS Wan Azizah. Jika dia percaya Tuhan itu Esa dan Satu, mana mungkin si awang teragak untuk bertanya soalan sebodoh itu.

Kemudiannya, si awang ini pun bertanya kepada Saiful Bukhari (pemuda yang pernah tidak basuh dubur selama 3 hari), adakah Anwar `anugerah Tuhan' kepadanya? Soalan Awang kepada Saiful ini biarlah Saiful yang menjawabnya. Jika Saiful telah menjawabnya, saya akan ulas kemudian. Memang releven jika akhbar pencacai di tempat Awang cari makan ini selalu rugi, kerana akhbar ini mempunyai orang sejahil Awang.

Terkini - Khir Toyo minta dibicarakan !

SHAH ALAM, 6 Dis - Bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo hari ini dituduh di Mahkamah Sesyen berhubung kesalahan membeli dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7 di sini - yang berkaitan dengan isu 'istana gaya Bali' - untuk kepentingan diri dengan menggunakan kedudukan sebagai ketua kerajaan negeri tiga tahun lalu.

Dr Khir, 45, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Azhaniz Teh Azman Teh.

Beliau merupakan pemimpin tertinggi kedua daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) dihadapkan di mahkamah sejak Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri dan Presiden Umno.

Bekas presiden MCA dan bekas menteri pengangkuatan Tun Dr Ling Liong Sik dibawa ke mahkamah berhubung isu projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) sebelum ini. Dr Khir dihadapkan ke mahkamah sehari selepas BN mengadakan konvensyennya.

Pengarah Ditamas Sdn Bhd, Samsuddin Hayroni diiringi anggota SPRM hadir di Mahkamah Sesyen berhubung kes pemilikan dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7, Shah Alam. Dr Mohamad Khir Toyo juga dihadapkan di Mahkamah Sesyen berhubung kes tersebut. — Foto Bernama
Beliau didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei 2007.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Panjang merangkap Ketua Pembangkang DUN Selangor itu didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang dibantu Ketua Unit Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah.

Khir diwakili peguam M.Athimulan dan Mohd Afifuddin Hafifi.

Beliau merupakan Menteri Besar Selangor ke-13, dan memegang jawatan itu dari Ogos 2000 hingga Februari 2008.

Tuduhan dikenakan sekitar 11.30 pagi selepas bekas menteri besar itu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) di pejabatnya di sini kira-kira pukul 9 pagi tadi.

Dr Khir dituduh di bawah Sekyen 165 Kanun Keseksaan atas kesalahan rasuah.

Di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan, seseorang boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Difahamkan, penahanan Khir Toyo berkaitan dengan dakwaan bahawa beliau menerima rasuah berhubung pembelian tanah untuk 'Istana Khir' atau 'istana gaya Bali' iaitu rumahnya yang ala Bali di Seksyen 7 di sini.

Dr Khir menjadi Menteri Besar Selangor yang ke-13 pada Ogos 2000 ketika berumur 35 tahun dan merupakan penjawat jawatan Menteri Besar yang termuda.
Di mahkamah yang sama, Shamsuddin, 52, turut mengaku tidak bersalah bersubahat dengan Mohamad Khir melakukan kesalahan itu di tempat, masa dan tarikh yang sama.

Shamsuddin, yang tidak diwakili peguam, didakwa mengikut Seksyen 109 dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Dalam prosiding hari ini, Abdul Gani memohon mahkamah menetapkan jaminan tidak kurang daripada RM1 juta bagi Mohamad Khir dan Shamsuddin.

Athimulan memohon mahkamah mengurangkan jaminan kepada RM50,000 dengan alasan kes itu adalah kes saman dan jaminan hanya bertujuan untuk memastikan kehadiran anak guamnya ke mahkamah.

“Jaminan tidak sepatutnya ditetapkan dalam jumlah yang tidak munasabah dan menghukum anak guam saya kerana beliau masih tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah,” katanya.

Gani berkata pihaknya tidak menafikan bahawa jaminan hanya untuk memastikan kehadiran Dr Khir tetapi kes itu serius dan melibatkan jumlah yang sangat tinggi serta telah menarik perhatian umum.

Beliau berkata Dr Khir adalah wakil rakyat dan menjawat jawatan tertinggi ketika kejadian, sepatutnya beliau lebih mengetahui mengenai undang-undang.

“Kedua-dua mereka telah diberi hak mereka semasa siasatan dan siasatan dijalankan dengan sangat adil,” katanya.

Hakim Azhaniz kemudian menetapkan jaminan berjumlah RM750,000 dengan seorang penjamin masing-masing bagi Dr Khir dan Shamsuddin.

Beliau turut membenarkan permohonan Gani untuk kes Mohamad Khir dan Shamsuddin dibicarakan bersama dan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Gani memberitahu pemberita bahwa sekurang-kurangnya 16 orang saksi akan dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan kelak.

Ditanya mengapa Dr Khir tidak didakwa mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Abdul Gani berkata Seksyen 165 Kanun Keseksaan diperuntukkan dalam Akta SPRM.[Malaysian Insider]

Bos MIC Negara - Samy Vellu lepaskan jawatan !

KUALA LUMPUR, 6 Dis — Datuk Seri S. Samy Vellu secara rasmi melepaskan jawatan sebagai presiden MIC yang disandangnya sejak 31 tahun lalu.

Pada sidang media yang menjadi tumpuan wartawan di ibu pejabat MIC tengah hari ini, Samy Vellu memberitahu, beliau telah menyerahkan surat meletak jawatan kepada Jawatankuasa Kerja Pusat yang mengadakan mesyuarat khas pagi ini.

“Sebaik sahaja saya meninggalkan bilik ini, saya bukan lagi presiden (MIC),” kata beliau.

Bekas Menteri Kerja Raya berusia 74 tahun itu memberitahu sidang akhbar selepas mempengerusikan buat kali terakhir mesyuarat CWC bahawa naib presiden dan Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam telah dilantik sebagai timbalan presiden.

Beliau berkata keputusan melantik Palanivel presiden kelapan parti dan Dr Subramaniam sebagai timbalannya dibuat oleh CWC.

Samy Vellu mengambil alih pucuk pimpinan parti pada 1979 selepas kematian presiden keenam Tan Sri V. Manickavasagam.

Palanivel, 61, Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, adalah bekas setiausaha akhbar Samy Vellu.[Malaysian Insider]

Khir Toyo didakwa ke mahkamah

KUALA LUMPUR, 6 Dis — Bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Khir Toyo akan dikenakan tuduhan di Shah Alam hari ini berhubung isu pembelian dua lot tanah, dipercayai untuk tujuan pembinaan rumah banglo ketika menerajui kerajaan negeri.

Beliau dijangka akan tuduh membeli dua lot tanah pada harga lebih rendah daripada nilai pasaran.

Turut akan didakwa ialah seorang ahli perniagaan yang bersubahat dengan beliau.

Kedua-dua mereka akan didakwa di Mahkamah Sesyen, Shah Alam.

Difahamkan Peguam Negara Tan Sri Gani Patail sendiri akan memfailkan tuduhan ke atas kedua-dua mereka.
Dua tahun lalu Dr Khir (gambar) didakwa oleh Pakatan Rakyat membina “istana” di Seksyen 7 Shah Alam bernilai RM23 juta.

Sebelum ini, ADUN Sekincan Ng Suee Lim mendakwa anggaran kos pembinaan rumah di kawasan seluas 50,000 kaki persegi atau 0.5 hektar itu, ialah RM20 juta, manakala tanahnya dibeli dengan harga RM3.8 juta.

Difahamkan tanah itu bernilai RM6.5 juta.

Rumah tersebut terletak di Jalan 1/7L di Seksyen 7, Shah Alam.

Pertengahan tahun lalu, Ng menunjukkan bukti bahawa Dr Khir, 45, dan isterinya Zahrah Kechik, 45, memberi secara bersama tanah tersebut dari Ditamas Sdn Bhd pada 2007.

Dokumen itu menunjukkan bahawa seorang pengarah Ditamas — yang dikenali sebagai Shamsuddin Hayroni — didakwa Ng sebagai kawan Dr Khir.

Sambil menggelarkan rumah tersebut sebagai “istana bergaya Bali”, Ng berkata, pakar industri pembinaan menganggarkan kos pembinaan dan kelengkapan rumah tersebut ialah kira-kira RM20 juta.

The Malaysian Insider difahamkan Shamsuddin juga akan dikenakan tuduhan hari ini. [Malaysian Insider]

Derita rakyat jadi bahan lawak kerajaan

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyelar kerajaan kerana terus menaikkan harga barangan keperluan seperti petrol dan gula tetapi pada masa yang sama enggan mengurangkan subsidi untuk syarikat-syarikat kroni.

Katanya, syarikat-syarikat penjana tenaga persendirian atau IPP umpamanya terus menikmati subsidi gas yang tinggi manakala rakyat dipaksa menanggung kenaikan harga petrol RON95 untuk kali kedua dalam tempoh enam bulan.

“Walaupun kerajaan sebelum ini berjanji untuk memotong subsidi yang diberikan kepada syarikat-syarikat IPP milik kroni, ia tidak di lakukan.

“Anehnya, setiap pemotongan subsidi yang dilakukan oleh kerajaan setakat ini hanya membabitkan barang keperluan asas yang menambah beban kewangan rakyat,” kata Anwar.

Selain petrol, turut dinaikan harga, hari ini adalah gula (20 sen) diesel dan petroleum gas cecair, masing-masing lima sen.

Anwar berkata amalan Umno-BN melindungi syarikat-syarikat korporat besar yang diberi lesen IPP amat merugikan rakyat.
Menurut Anwar yang juga ketua umum PKR, tren kenaikan harga petrol jelas menunjukkan bahawa kerajaan berhasrat mengurangkan subsidi setiap enam bulan, sekali gus meningkatkan harga petrol kepada RM2.10 seliter dalam tempoh setahun dari RM1.90 sekarang.

taman wahyu tnb electrical power cables tower 051206 02Beliau kesal kerana kerajaan memotong subisidi untuk rakyat dan bukannya kemudahan yang diberikan kepada syarikat IPP dan sektor-sektor lain.

“Perdana Menteri dan kerajaan pimpinannya harus menjelaskan kenapa ia amat tekun untuk menarik balik subsidi bagi petrol, gula dan LPG yang tentunya memberi tekanan kepada rakyat berpendapatan rendah, namun syarikat korporat yang kaya-raya dikecualikan dari tindakan sedemikian,” tegas Anwar.

Sebelum ini, Perdana Menteri Najib Razak berkata agensi PEMANDU yang ditubuhkan dirinya sendiri menjangka kerajaan dapat menjimatkan RM1.12 bilion ringgit tahun ini jika subsidi untuk IPP dan sektor lain dikurangkan.

Pada masa sekarang, kerajaan, menerusi Petronas menghulurkan subsidi RM19 bilion kepada IPP dan syarikat berkenaan setiap tahun.

Menurut Anwar, apa yang dikesali ialah kerajaan Umno-BN begitu ghairah menjimat RM126 juta hasil pemotongan subsidi terbaru rakyat tetapi sanggup membayar RM131 juta ringgit kepada perunding-perunding asing.

Bayaran lumayan itu dibuat untuk menubuhkan agensi PEMANDU dan sebagai kos operasi setahun agensi berkenaan.

“Apakah kewibawaan yang ada pada kerajaan untuk mengambil RM126 juta dari rakyat miskin untuk membayar perunding asing RM66 juta bagi menubuhkan sebuah unit kerajaan dan sebanyak RM65 juta lagi sebagai kos operasi,” katanya.

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim. (sumber : bujangsusah blog)

UMNO diambang sakaratul maut !

UMNO yang berada di ambang sakaratul maut terus mengamalkan demokrasi ala jakun bagi memastikan kelangsungan kuasa pemerintahan berada di pihaknya. Indeks Kebebasan Media yang dikeluarkan oleh satu badan penganalisa antarabangsa menunjukkan Malaysia berada pada ranking ke- 166 dari segi kebebasan media.

UMNO yang mencipta Perlembagaan Negara mencabulinya sendiri tanpa rasa segan dan silu kepada masyarakat antarabangsa. Keputusan mahkamah membebaskan peserta Himpunan BERSIH dalam penghakimannya menegaskan pihak polis telah melanggar Artikel 11 - Kebebasan Beragama semasa menangkap para peserta tersebut'

UMNO cuba menipu rakyat untuk memulihkan imejnya dengan mengumunkan kejayaan pertumbuhan ekonomi negara tetapi dalam masa yang sama barang keperluan asas rakyat dinaikkan harga seperti gula, gas memasak, minyak diesel dan RON95.

Banyak pembaziran dan penyelewengan wang rakyat oleh UMN/BN seperti bayaran pampasan RM400 Juta kepada kontraktor akibat kegagalan kerajaan UMNO/BN meneruskan pembinaan Jambatan Bengkok di Selat Tebrau, Johor.

Sebanyak RM28 Billion wang negara hilang setiap tahun akibat perbuatan rasuah, penyelewengan dan penyalahguaan kuasa para pemimpin UMNO/BN dan wang ini adalah wang rakyat sendiri bukannya wang dari poket seluar mereka.

UMNO mula cemas apabila hilang pengaruh dan sokongan orang Melayu kerana UMNO sebuah parti politik perkauman yang survival politiknya hanya bergantung kepada orang Melayu sahaja. Masyarakat orang Melayu di bandar dan orang Melayu di pinggir Bandar (semi urban) telah lama meluat, loya dan menyampah dengan UMNO. Hanya orang Melayu di luar bandar dan peneroka FELDA yang menjadi penyokong kuat UMNO.

UMNO menggunakan media cetak, media massa dan media elektronik untuk meracuni fikiran dua golongan orang Melayu ini dan terpaksa mengamalkan demokrasi ala jakun untuk memastikan mereka mendapat maklumat sehala sahaja iaitu dari UMNO sahaja,...

Dalam masa yang sama dua golongan ini menganggap apa sahaja yang dibaca di akhbar, di dengar di radio dan ditonton dalam tv adalah benar dan sahih, jadi menjadi tugas kita semua mengubah persepsi golongan ini jika inginkan kemenangan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) nanti.

Lihat apa yang berlaku di PRK DUN Galas di Kelantan, isu banjir di Kedah, isu wang loteri di Pulau Pinang dan isu orang bukan Islam memasuki masjid dimana pihak yang dituduh langsung tidak diberi ruang dan peluang untuk membuat penjelasan dan mempertahankan diri, inilah dia Demokrasi Jakun namanya...

Setelah selesai isu tersebut, UMNO mula mengasak dengan isu ketuanan melayu dan dimainkan isu agama seperti kebakaran gereja dan kepala babi dalam masjid supaya orang Melayu akan berasa panik dan cemas lalu mencari UMNO untuk menyelamatkan diri.

UMNO memasukkan doktrin Melayu itu UMNO dan UMNO itu Melayu dan hanya UMNO yang boleh membawa kemajuan dan pembangunan, kita hendak tegaskan di sini semua sandiwara ini adalah karut dan primitif kerana sudah 20 tahun UMNO berkubur di Kelantan tetapi negeri tersebut tetap mambangun dan maju....

Bila Dato' Tuan Guru Mursyidul Am PAS dan Dato' Seri Tuan Guru Presiden PAS turun berjumpa dengan wakil - wakil gereja barulah isu ini mula sejuk dan terpadam kerana pendekatan yang digunakan ialah pendekatan Islam bukan dengan cara perkauman seperti di zaman jahilliyyah dulu....

Masih ingatkah kita dengan Tulisan Jawi, Akhbar Jawi, Bahasa Melayu dan biasiswa kepada anak Melayu yang cerdik bertukar menjadi PTPTN, siapa yang menghapuskannya kalau bukan pemimpin UMNO yang berkuasa yang celaka ini,...

UMNO lah yang membuat persempadanan semula menjadikan suara wakil rakyat berbangsa Melayu menjadi kurang di Parlimen, mereka tidak menambah kerusi parlimen di negeri yang orang Melayu menjadi majoriti kerana bimbang dimenangi oleh pembangkang'....

Jadi kita meminta rakyat membuat perubahan dalam PRU Ke-13 yang akan diadakan dalam masa terdekat ini untuk mengelakkan kampung terus tergadai dan lenyap angkara perbuatan pemimpin UMNO sendiri.(sumber : PS blogspot )

Hebat Anak Muda - Idris Ahmad

Parti Islam Se-Malaysia PAS mengucapkan tahniah dan syabas di atas keberanian rakyat Malaysia khususnya rakyat Selangor kerana berjaya mengadakan himpunan aman di perkarangan Masjid Negara pada 5 Disember 2010. Walaupun himpunan ini berakhir dengan tembakan dan tangkapan yang dibuat oleh polis secara melulu menyebabkan ada yang tercedera.

Tahniah khusus kepada 70 peratus anak-anak muda yang berumur 30 tahun kebawah datang untuk menyatakan bantahan. Kedatangan mereka memberi isyarat kepada Umno BN, bukan jalan mudah mereka untuk menang selesa dalam PRU akan datang. Generasi muda tidak rela hak mereka diperkosakan oleh kerajaan BN. Pada mereka sudah cukup setengah abad pertama ibu bapa mereka ditipu, mereka tidak akan biarkan sejarah setengah abad kedua menimpa mereka. Mereka akan mencipta sejarah baru dan membentuk pemetaan politik baru di negara ini.
Kenapakah pihak polis tidak menggunakan akal yang waras untuk menghadapi himpunan aman ini. Jika tidak ada porovokasi daripada polis himpunan akan berjalan dengan aman, contohnya ketika himpunan BERSIH 10 November 2007 tidak ada satu pasu bunga pun yang dipecahkan walaupun kehadiran hampir 100 ribu orang. Air dan gas yang mereka gunakan adalah wang rakyat. Bukankah polis tidak tahu, kantong negara semakin kurus, kenapa perlu dibazirkan wang, sehingga polis hanya dapat bonus RM500 sahaja tahun ini. Sedangkan ini adalah perjuangan untuk polis, sama-sama dapat menikmati air percuma daripada kerajaan yang berjiwa rakyat.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Najib fikir rakyat mudah lupa ?

Tok Jib dan Tok Din seakan membaca naluri rakyat bahawa kenaikan harga barangan keperluan utama tidak akan mencetuskan kegusaran rakyat. Lima sen atau lima duit kata orang utara tidak nampak membebankan rakyat, lantaran itu mereka tergamak melemparkan batu kepada rakyat.

Tok Jib anggap dirinya bijak dan rakyat tidak menyedarinya kerana menaikkan harga bahan bakar itu lima sen sahaja tiap kali. Sebelum inipun sudah dinaikkan lima sen bagi harga petrol RON95, Diesel dan Gas petroleum cecair (LPG) mungklin tidak ramai digunakan rakyat kecuali peniaga dan tokeh.

Namun gula dinaikkan 20 sen adalah kononnya bagi mengelakkan rakyat memakan benda manis yang akhirnya akan terdedah pada kencing manis. Namun kenaikan pada kali ini adalah bukti jelas kerajaan UBN pimpinan Tok Jib mulai menzalimi rakyat marhaen.

Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus sambil melahirkan rasa terkejut dan menyifatkan sebagai 'gila' berkata, rakyat marhaen paling terkesan dengan kenaikan itu kerana mereka adalah majoriti pengguna petrol RON95.

"BN zalimi rakyat marhaen, tak peduli kesusahan rakyat," katanya.
Harga Petrol RON95 dinaikkan 5 sen menjadikan RM1.90 seliter, diesel juga 5 sen menjadikan RM1.80 seliter, begitu juga LPG juga menjadi RM1.90 sekilogram.

Harga gula pula naik 20 sen ke paras RM2.10 sekilogram.

Kerajaan terus memberi alasan sama terhadap kenaikan itu dengan mendakwa ia bagi menyelaraskan subsidi. Kelmarin, petrol RON 97 naik 15 sen kepada RM2.30 seliter.

Firdaus berkata, ketidakprihatinan BN kepada nasib rakyat bukan lagi dongeng semata-mata.

Ia terbukti, apabila rakyat terus dibebankan sedangkan Perdana Menteri semalam mengumumkan akan meneruskan cadangan membina Menara Warisan 100 tingkat yang tiada manfaat secara langsung kepada rakyat.

"Kalau betul ikhlas, batalkan sahaja niat nak buat menara 100 tingkat, guna duit tu tampung beban rakyat. Rakyat hanya diguna untuk pilihan raya sahaja," katanya.

Lebih malang, kenaikan itu berlaku diwaktu rakyat sedang terbeban dengan persiapan persekolahan sesi akan datang. Kesan kenaikkan itu juga akan memberi alasan kepada peniaga barangan menaikkan harga barang mereka dan menyebabkan pengguna sekali lagi terbeban.

"Saya hairan, kenapa menteri tak umum di parlimen, sedangkan parlimen tempat bincang masalah rakyat." (sumber - Perakite)

Kebangkitan rakyat ajar kerajaan Umno

Sebulan dua ini, Umno nampaknya begitu bersemangat menunjukkan kuasa mereka tanpa mempedulikan rakyat yang merupakan pengundi. Kenapa Umno jadi begitu berani? kerana Umno rasa dah kuat , buat apa pun rakyat terbanyak masih menyokong mereka.

Selepas menang di Galas dan Batu Sapi, setelah Samy Vellu dah tak jadi ketua MIC, apabila tidak berbunyi lagi dua team dalam MCA dan blogger pro Umno pula dikatakan sudah menguasai persada maya. Umno yakin kuasa sudah kembali, maka masanya sudah tiba Umno bermarajalela.

Walaupun tak sampai sebulan naikkan harga petrol RON 97, Umno rasa tak puas naikkan pula harga petrol RON 95, gas, diesel dan gula. Umno dan komponen lain buat konvensyen tanpa sikit pun rasa bersalah, bercakap dengan megah, mempersenda PR seolah-olah PR sudah tidak bermaya lagi.

Umno lebih berani apabila setiap tindakan Umno pastinya mendapat sokongan kumpulan-kumpulan yang diwujudkan atas nama NGO. Perkasa, GAPS, Pro-ISA dan apa sahaja NGO segera diwujudkan kononnya mewakili rakyat tetapi sebenar mewakili hasrat Umno.

Setiap hari pimpinan Umno disajikan panorama indah oleh media massa kerajaan, manakala blogger pro Umno pula mendendangkan lagu merdu di alam media baru yang sudah dikuasai.
Jika begitu apalah yang tinggal untuk menyokong PR. Sudahlah media massa utama dikuasai Umno, media baru juga dirampas blogger pro Umno. Umno, sambil tertawa besar menolak kepala rakyat yang bagi Umno akan terus menjadi Pak Anguk dan Mak Turut.

Bagi Umno, rakyat sudah tidak melawan sama seperti sebelum PRU 12. Rampaslah hak mereka, susahkan hidup mereka, rompak kekayaan anak cucu mereka pasti tidak akan melawan. Hati rakyat sudah dalam gengaman Umno, apa lagi masanya sudah tiba Umno meratah keringat rakyat. Umno sudah kembali dapat kuasa kuasai rakyat.........

Tapi Umno silap, kuasa rakyat bukan boleh dilihat di mata media massa kerajaan bukan juga di blog-blog blogger pro Umno. Umno tidak sedar bahawa merekalah yang mengajar media massa kerajaan , blogger pro Umno mengabui mata rakyat dengan cerita bohong, fitnah dan ampu.

Rakyat juga sudah tahu bahawa media massa kerajaan dan blog-blog pro Umno penuh dengan cerita bohong, fitnah dan ampu. Memang rakyat membaca , menonton, mendengar dan melayari tetapi mereka tidak mempercayai.

Apabila kerajaan Selangor merancang mengadakan himpunan rakyat Selangor memprotes kroni Umno Syabas. Umno tidak ambil hirau, tidak seperti takutnya mereka semasa himpunan BERSIH dan protes PPSMI.

Umno anggap rakyat tidak akan ramai yang turun. Cukuplah diserahkan kepada GAPS untuk memporak perandakannya, cukuplah diserahkan kepada blogger pro Umno untuk dilemahkan.

Malah , konvesyen BN diteruskan seolah-olah tiada apa-apa pun. Polis pun tidak seramai himpunan rakyat sebelum ini. Namun, semua itu hanyalah harapan kosong Umno. Rakyat bukan boleh diperbodohkan oleh media massa kerajaan dan blog-blog pro Umno.

Umno terkejut bila melihat lebih 10 ribu rakyat turun ke jalan raya. Itupun hanya rakyat Selangor, pemimpin PR tidak pun mengerakkan rakyat di seluruh negara. Bayangkan jika rakyat seluruh negara digerakkan, tentunya bergema KL dengan suara rakyat.

Umno yang mulanya selesa tidak senang duduk. Polis yang pada awalnya memberi janji bekerja sama mungkir janji. Rakyat yang berdemo menjadi mangsa, dipukul, disembur dengan air asid, ditangkap , dimaki hamun oleh polis. Tak kira wanita atau kanak-kanak, tak kira muda atau tua semuanya diserang sehingga ada yang pengsan dan patah.

Inilah caranya rakyat mengajar Umno, inilah caranya rakyat memprotes penindasan Umno, inilah caranya rakyat meluahkan rasa tida puas hati. Suara pemimpin PR masih berbisa, rakyat mesti digerakkan untuk turun ke jalan raya.

Himpunan membantah FELDA ujian rakyat seterusnya, himpunan bantah SPR kemuncaknya. Pemimpin PR perlu gerakkan semula denyut nadi rakyat, mereka mahu bersama. Ayuh , kita gegarkan Umno dengan suara keramat rakyat.(Blog Tulahan)

Demo Air - ADUN turut ditahan

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Damansara, Dr Mohd Nasir Hashim antara 48 penyokong ‘baju merah’ yang ditahan polis dalam perhimpunan di Masjid Negara, semalam.

Mereka antara hampir 5,000 penyokong yang membanjiri perkarangan masjid sejak jam 11.30 pagi, untuk menyertai perhimpunan membantah kenaikan harga air di Selangor.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Pahlawan Zulkifli Abdullah berkata, polis menahan 48 penyokong itu kerana mereka cuba berarak ke Istana Negara dan enggan mematuhi arahan bersurai.
“Kami tempatkan mereka di pusat tahanan sementara di Pasukan Gerakan Am (PGA), Cheras untuk proses dokumentasi serta siasatan lanjut mengikut Seksyen 27 Akta Polis 1967.

“Setelah selesai, kami akan lepaskan mereka selewat-lewatnya petang ini (semalam). Bagaimanapun ADUN berumur 40-an itu, kami sudah bebaskan lebih awal kerana berpuas hati dengan keterangan yang diberikan,” katanya pada sidang media, semalam. (Sinar Harian)