02 December 2010

Isu bomoh : ADUN Titi Serong dihadapkan Jawatankuasa Hak & Kebebasan Dewan.

Hafizi Pauzi

IPOH : ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim dihadapkan kepada jawatankuasa hak dan & Kebebasan Dewan setelah dia enggan untuk mendedahkan siapakah ADUN yang terlibat membawa bomoh ke dalam dewan negeri sebelum sidang DUN & Mei 2009.

Insiden tersebut berlarutan semasa beliau menyampaikan ucapan perbahasan bajet 2011 dalam sidang DUN pada hari ini.

Drs. Khalil bertegas untuk tidak mendedahkan nama ADUN yang terbabit sehingga seorang wakil kerajaan dari Kamunting bangun mengusulkan dengan peruntukan Perintah-Perintah Tetap Dewan supaya dia dahadapkan kepada Jawatankuaa Hak dan kebebsan Dewan.

Sebelum ini ADUN Titi Serong yang pernah mendedahkan perkara yang sama kepada media pernah dipanggil oleh Polis untuk memberi keterangan selepas Dr. Zambry membuat laporan polis akibat dari kenyataannya dewan dimasuki bomoh.

UCAPAN PERBAHASAN ADUN TITI SERONG 2 DIS 2010.

# teks ini tidak dibaca sepenuhnya akibat gangguan semasa perbahasan.

Bismillahi Rahmani Rahim

Yang Berhomat Dato’ Speaker

1.Saya bangun untuk membahas ucapan Bajet 2011 yang telah di bentang di dewan yang mulia ini.

Yang Berhormat Dato ‘ Speaker

1.Terlebih dulu saya juga turut membantah tindakan speaker yang terpaksa disayangi mengundang pihak luar untuk menjaga keselamatan DUN Perak stiap kali sidang DUN Perak termasuk pada hari ini. sejak rampasan kuasa pada 6 Feb 2009. Sidang yang berlaku sejak dari tarikh itu sehinggalah pada hari ini kelihatan tidak lepas dari pengunjung luar yang tidak sepatutnya berada di sekitar dewan.

Bukankah dewan yang mulia ini sudah berlalu sebanyak 11 penggal dibawah pemerintahan BN dan selama sekitar 11 bulan dibawah Pakatan Rakyat di mana sidang berlangsung dengan aman dan tenteram .

Tindakan membawa unsur luar untuk mengawal dewan ini adalah tidak lebih dari menjaga barang yg dicuri diambil balik.

Namun saya berterima kasih kerana jumlah polis nampaknya berkurang setiap hari dan berharap tidak ada lagi pasukan polis yang berada di sekitar dewan ini. Pada sidang akan datang. Biarlah mereka berada diluar dengan tugas yang lebih penting untuk menjaga keselamatan Negara.

2.Mungkin hasrat rakyat untuk melihat suasana itu pada sidang kali ini terhasil bukan hanya melihat kami diberi peluang untuk berbahas dan selain itu saya masih berkeyakinan bahawa mereka mahu lihat dewan yang mulia ini kembali aman dan tenteram dan tidak ada unsur luar yang tidak sepatutnya dipanggil datang bagi meramaikan sidang.

3.Rakyat Perak juga berhasrat untuk menjadi pemerhati dalam sidang namun sehingga pada hari ini hak rakyat untuk datang mengikuti sidang telah dinafikan, dan keadaan ini telah berlaku sejak BN merampas kuasa pada 6 Feb 2009. Paling mendukacitakan seolah-olah sekitar dewan yang mulia ini menjadi semacan “Zon Perang” setiap kali sidang berlangsung.

4.Perlu saya ingatkan kembali semasa PR berkuasa di Perak kita telah melakukan siaran langsung sepanjang sidang melalui internet, bagi memberi peluang kepada rakyat mengikuti sidang secara lebih dekat.

Rakyat dibenarkan untuk hadir bagi menjadi pemerhati selagi kad pelawat masih ada, ianya dibenarkan oleh petugas bahagian dewan, dan saya tegaskan tindakan PR pada masa itu adalah meneruskan kerja baik yang ditinggalkan oleh BN dalam soal pengendalian Sidang DUN dengan dibantu oleh Setiausaha Dewan dan para pegawai dibangunan ini seluruhnya yang berpengalaman. Tanpa pengalaman mereka kami tidak mampu mengadakan sidang dengan baik.

Oleh itu kepada dato speaker diharapkan dapat memastikan dalam sidang akan datang supaya mengembalikan kesucian dewan ini dikembalikan dengan segera.

5. Pada permulaan Ucapan bajet 2011 YAB MB telah membaca sepotong ayat suci Al Quran. , saya memuji usaha murni dengan menyelitkan petikan ayat dari kitab suci al Quran Surah An Nur ayat 55, tindakan ini mengambarkan Penasihat Agama yang bertaraf Exco melakukan kerjanya termasuk Pihak Kerajaan juga mempunyai seorang Mufti yang sangat berpengalaman.

Di hujung ayat tersebut dibacakan maksudnya:

"Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik"

6.Namun reality yang kita ketahui bahawa perkerjaan mempersekutukan atau syirik kepada Allah yang disebutkan dalam ayat tersebut telah berlaku didewan yang mulia ini apabila ianya dijampi oleh bomoh sebelum sidang 7 Mei 2009. Tindakan yang tidak bertanggung jawab ini menmeperlihatkan bahawa ini watak sebenar pemimpin UMNO yang pandai memutar belit dan berselindung dengan ayat suci al Quran pada satu masa, namun pada satu masa yang lain dialah yang terlibat dengan pekerjaan syirik tersebut.

7. Buktinya Upacara meletakkan ancak iaitu menaikkan tiang seri rumah di Kampung Guar, Manong, Kuala Kangsar seperti yang hangat diperkatakan kelmarin tidak saya haajati untuk dikupas lagi dalam ucapan ini namun saya

Buat sementara waktu mengambil pandangan Mufti Perak bagi mewakili kerajaan di mana , Tan Sri Harussani Zakaria yang berkata, YAB MB tidak mempunyai niat melakukan perkara itu, malah tidak mengetahui majlis berkenaan yang diatur penduduk boleh membawa kepada unsur syirik maka YAB MB tidak melakukan syirik dan khurafat.

8. Namun begitu perlu ditegaskan bahawa perkerjaan yang dilakukan itu tetap merupakan pekerjaan Syirik dan khurafat dan sekurang-kurangnya dipertikaikan . Oleh itu jawapan tersebut saya lihat Cuma telah menyelamatkan YAB MB Perak. Tetapi saya ingin bertanyakan kepada pihak kerajaan apakah status mereka yang lain yang sama-sama penduduk kampung tersebut yang jumlahnya ramai, apakah mereka tidak terlibat dengan perkara syirik. Kalau YAB tidak ada niat siapakah antara mereka yang berniat.

Saya juga ingin bertanya adakah benar dewan ini dimasuki oleh bomoh dan adun manakah yang membawa masuk bomoh tersebut ke dewan ini. Tindakan membawa bomoh masuk ke dalam dewan ini sesunggunya merupakan tidakan yang tidak bertanggung jawab dan mencemarkan dewan ini.

Gambaran yang lain ialah membuktikan bahawa ini sikap sebenar pemimpin UMNO yang pada satu masa berselindung dengan agama dan pada satu masa percaya kepada dukun dan bomoh.

Termasuklah isu kafir mengkafir seperti yg disebutkan oleh Lintang, saya berminat untuk mengulasnya kerana tidak diberi laluan tadi.seingat saya tidak pernah selama saya berada dalam PAS bahawa kalau berkawan dgn orang Islam adalah kafir. Apa yg diajar oleh Islam dan pimpinan PAS adalah tidak lebih dari batas-batas iman dan kufur dan inilah yang diputar belitkan oleh pemimpin UMNO.

Semua tahu bahawa Nabi Muhammad SAW juga berkawan dengan orang bukan Islam dengan banyak kisah yang tercatat dalam lipatan sejarah Islam siapakah yang memomokkan kononnya salah berkawan dengan orang bukan Islam.

Yang kita faham, boleh berkawan dengan orang bukan Islam namun batas_batas iman kufur mestilah dijaga. Termasuklah kalau sesorang itu memeluk agama Islam status antara anak dengan ibunya dan ayahnya masih kekal namun yang berbeza adalah agama.

Bilakah seperti yg dikatakan oleh Lintang bahawa PAS mengajar berkawan dengan orang bukan Islam jadi kafir. Ini adalah fitnah yang perlu diperjelaskan sekian lama.

Persoalan yang kami sering katakan ialah UMNO telah menggadai prinsip semasa dia berkawan dengan dengan parti bukan Islam. Demikianlah yang dilakukan oleh pas dalam kes gabungan dalam pakatan rakyat bersama dap. PAS tidak gadai prinsip.

9. Saya juga ingin berbahas mengenai beberapa angka dalam bajet 2011 dan mengigatkan kepada Kerajaan Bn di Perak bahawa jangan terlalu berbagga dengan kenyataan di perkara 136 ucapan Bajet 2011 dengan katanya pihak kerajaan mempunyai rizab yang tinggi iaitu sebanyak 753.5 juta, yang kononnya dianggarkan dapat menampung perbelanjaan negeri perak selama setahun

Namun perlu saya tegaskan apakah nilai rizab sebanyak 753.6 juta ringgit dan mengambil kira jumlah hutang kerajaan negeri sebanyak 933 juta ringgit yang ternyata jumlahnya lebih banyak. Artinya bila hutang di tolak atau dibayar dengan nilai wang rizab tersebut berarti kerajaan tidak punya apa-apa simpanan malah benarlah kita berada dalam keadan muflis.

Iaitu 933 juta ringgit hutang ditolak dengan nilai rizab sebanyak 753.6 juta artinya ada kekurang sebanyak 180 juta ringgit.

10. Bukankah itu menggambarkan kepincangan pengurusan wang kerajaan dan dewan cuba dikelirukan dengan momokan kita punya rizab yg banyak namun dari masa ke semasa hutang terus bertambah seperti jawapan lisan kepada Pantai Remis.

11. Saya menyokong segala langkah untuk membasmi kemiskinan seperti yang disebutkan dalan bajet 2011 dalam program pembasmian kemiskinan seperti pada halaman point 59 hingga point 68.

12. Penekanan saya ialah dalam masalah Program Perumahan Rakyat pada point 66 yang menyebut Kerajaan Negeri telah merancang untuk membangun dua projek ProgramPerumahan Rakyat (PPR) dalam RMK 10 termasuk salah satunya dalam DUN Titi Serong iaitu di Parit Haji Wahab dengan kos sebanyak 10 juta ringgit

Namun apa yang saya bimbangkan ialah sisitem pengagihan yang ditetapkan adakah untuk membeli atau menyewa. Sekiranya dalam kes PPR yang akan dibina di Parit Hj Wahab tidak dikawal dengan baik akan berlakulah penyelewengan kepada 100 rumah teres yg dicadangkan tersebut..

13. Tidak mustahil akan berlaku orang yang layak dengan prasyarat yang ditetapkan ditolak permohonannya dan orang yang diluar prasyarat diluluskan permohonan, maka terus ketinggalan orang yang layak dengan rumah lama yg using dan daif apabila haknya dinafikan.

14. Kejadian inilah yang berlaku dalam satu projek Program Perumahan Rakyat Tok Jabit Parit Buntar bila pemohon yang layak dinafikan dan sebaliknya mereka yang dianggap berpandapatan tetap dan sudah banyak wang berjaya menduduki, paling malang dia melibatkan kroni pihak tertentu.

15. Berhubung dengan peruntukan sebanyak sepuluh juta ringgit untuk projek-projek baik pulih masjid dan surau dengan keutamaan penyaluran peruntukan akan diberikan kepada mesjid dan surau dalam keadaan daif.

Dengan itu saya memohon supaya kerajaan negeri mengambil perhatian kepada beberapa mesjid dan surau yang memerlukan bantuan dalam DUN titi Serong. Iaitu :-

1) Mesjid Pusat Bandar Parit buntar yang masih dalam pembinaan dan masih memerlukan dana dari pelbagai pihak khususnya kerajaan negeri perak.

2) Surau Taman Desa Mekar yang memerlukan bantuan dana segera untuk menyiapkan pembinaan dalam keadaan amat daif. Dima pendudk sudah mulaa menggunakannya dalam keadaan infrukstruktur yang serba daif.

3) Bantuan kewangan untuk membina sebuah surau baru di Taman Desa Aman jalan Terusan, di mana surau syed ali yang digunakan oleh para jemaah taman tersebut ternyata sudah tidak mampu menampung jemaah yang melimpah.

Sekian terima kasih..

Ucapan Bajet Dewan Negeri Perak 2011 oleh ADUN Kawasan Pantai Remis

Saya bangun untuk membahaskan usul enakmen perbekalan untuk bajet tahun 2011.

Mukadimah

Tuan Yang Dipertua yang terpaksa saya kasihi, terima kasih kerana mengizinkan saya bangun untuk membahas enakmen perbekalan untuk bajet tahun 2011. Walaupun nama bergelar Tuan Yang Dipertua tetapi bahkan kata pepatah melayu ‘jejak dapat dihilangkan, belang bagaimana hendak dihilangkan.” Bagaimanapun, saya akur TYP mempunyai misaim yang machor.

Terlebih dahulu, saya ingin mengambil kesempatan ini merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua kakitangan awam yang komited untuk berkhirmat kepada rakyat dan berjasa kepada masyarakat demi keamanan, kesejahteraan, dan kemakmuran Negeri Perak Darul Ridzuan yang tercinta ini.

Saya juga mengucapkan selamat bersara kepada pegawai kewangan Negeri, Dato Jamaluddin Al Amini yang akan bersara mulai bulan Ogos, tahun depan dan dengan jelas ini merupakan bajet terakhir yang disediakan oleh beliau. Dulu Dato Shamsul Bahrain, kini giliran Dato pula. Saya mendoakan Dato pegawai kewangan negeri akan menikmati hidup bahagia bersama keluarga selepas bersara, semoga Allah memberkati beliau seisi keluarga.

Walaupun YAB Pangkor berbangga dengan amalan pertama kali mengadakan sesi consultation dengan NGO, tetapi Ahli Dewan tidak pernah ditanya pendapat apabila menyediakan bajet tersebut. Ini adalah tidak munasabah kerana Ahli Dewan yang meluluskan dewan, ahli Dewan sendiri tidak tahu projek-projek kerajaan dalam kawasan DUN sendiri. Oleh itu, ia bukan komuniti Bajet sebagaimana yang diwar-warkan.

1. TYP, Atas asas dan hujahan oleh wakil kerajaan semasa pembentangan bajet, Negeri Perak telah memperolehi pulangan dan pendapatan luar biasa sejumlah RM117 juta, tetapi anehnya kerajaan negeri bukan sahaja tidak mampu menyediakan satu bajet seimbang, malahan deficit negeri telah meningkat RM6.20 juta dari RM23.9 melonjak ke RM29.12 juta. Bagaimanapun, jika benar pendapatan kerajaan negeri bertambah secara mendadak seperti mana yang diwar-warkan, maka saya dengan sukacita mencadangkan supaya 1 bulan bonus harus diberikan kepada semua 8,000 kakitangan kerajaan Negeri sebagai pengiktirafan dan kenangan kepada jasa mereka. Kakitangan LAP menerima bonus 3.6 bulan, maka atas asas kesaksamaan, kakitangan kerajaan negeri juga perlu diberikan penghargaan yang sewajarnya. Jikalau kerajaan UMNO-BN tidak mampu melakukan, bah kata pepatah Melayu, “hari tidak selamanya panas, untung rugi silih berganti,” Pakatan Rakyat sedia melakukannya insya Allah kita kembali memerintah negeri kita yang tercinta ini kelak nanti.

TYP, setiap kali BN tukar Menteri Besar, slogan dahulu akan ditinggalkan. Dulu YB Pengkalan Hulu melaung-laung dengan slogan Setinggan Sifar menjelang 2015, semalam kandungan bajet pula menyatakan Perak masih mempunyai 8,376 isi rumah setinggan, satu tamparan heat kepada slogan tersebut. Kemudian datang slogan “Perak Maju 2015”, tetapi selepas rampasan kuasa, datang pula slogan “Perak Aman Jaya”, natijahnya ialah dimana acuan, dimana kuihnya, intipatinya macam kempen Inflasi Sifar, semuanya tinggal janji manis sahaja.

Hutang Negeri naik 500% dalam tempoh 10 tahun

2. TYP, dari pembentangan bajet pada tanggal 30 Novemer minggu ini, ia memberikan gambaran kepada seisi dewan seperti pepatah Melayu, cakap berdegar-degar, tahi tersangkut digelegar, walaupun YAB Pangkor bergial-gial mengatakan beliau mencurahkan segala tenaga untuk meletakkan semula urus tadbir dan hala tuju negeri ini atas landasan yang betul dan kukuh. Bagaimanapun, semalam YB Psngkor memberitahu kita semua ; Ledakan Hutang kerajaan negeri semakin hari semakin menggunung, 1999 -- Hutang kerajaan Negeri adalah RM182 juta tetapi tahun 2010 -- hutang negeri kini mencecah paras RM903 juta. satu peningkatan lebih kurang 500%! Fakta didepan mata yang tidak dapat dinafikan adalah, kini hutang negeri Perak telah melebihi segala simpanan kerajaan negeri dalam kumpulan wang bersatu kerajaan. Dengan kata lain, SEKIRANYA kita perlu menjelaskan hutang segera, negeri Perak akan muflis. Jika tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah. . tepuk dada, Tanya imam, jika bersalah, sila bertaubat.

3. TYP, saya ingin bangkitkan beberapa perkara penting berkenaan dengan pembangunan ekonomi dan pemeliharaan alam sekitar dalam Negeri kita. Dua hari yang lepas, Kerajaan Persekutuan telah mengumumkan dimana TNB akan melabur RM4 billion untk membina empangan hidro elektrik di Ulu Jerai di Perak dan Ulu Terengganu di Negeri Terengganu. Pengumuman ini datang dengan secara mendadak dan sebagai Ahli Dewan, saya memohon penjelasan kerajaan menerangkan kepada seisi Dewan berapa ekar tanah atau hutan simpan khazanah Negara kita akan terpaksa dibersihkan demi memberi laluan kepada projek penjanaan kuasa elektrik ini. Selain itu, apakah impak atau kesan sampingan akan terjadi kepada alam sekitar kawasan yang terlibat. Begitu juga dengan ura-ura perlaburan Syarikat Vale dari Brazil, satu syarikat perlombongan besar yang dikatakan berwar-war akan melabur di kawasan Manjung. Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, kerajaan negeri tidak boleh melarikan diri dari tanggungjawab untuk memberikan penerangan menyeluruh terhadap sebarang kesan sampingan yang akan menyusuli projek RM8 billion seperti mana yang dilaporkan. Saya mencadangkan satu seminar penerangan dan laporan EIA dipamerkan di ruang pejabat MPM atau Pejabat Tanah Manjung demi menghilangkan kebimbangan rakyat tempatan tentang kemungkinan kesan buruk yang bakal menimpa warga masyarakat tempatan khususnys Manjung adalah Bandar perlancongan dan destinasi rekreasi.

Banjir yang sering terjadi

4. TYP, saya juga ingin membawa perhatian Dewan ini kepada masalah banjir yang kerap melanda negeri Perak ini. Sepanjang tiga penggal saya dalam dewan ini, setiap kali perbahasan, topik banjir tetap menjadi focus dan perhatian ahli-ahli Dewan yang mulia. Barangkali setiap kali penggulungan, wakil kerajaan juga akan memberitahun jawapn piawai bahawa kerajaan akan mengambil tindakan wajar untuk mengatasi masalah ini. Akan tetapi, saban tahun kita mendengar, saban tahun negeri kita dilanda banjir. Adalah disyorkan pihak kerajaan perlu melakar satu master plan secara menyeluruh atau kempen banjir sifar untuk mencegah masalah banjir dari berulang kembali nescaya mimpi ngeri yang menghantui mangsa-mangsa banjir. Wakil kerajaan telah mengumumkan kerajaan akan memperuntukkan RM300 juta untuk menangani masalah ini tetapi kali ini jumlah yang diperuntukkan kepada JPS jauh tidak mencukupi. Dimana masalahnya, punca akar umbi banjir perlu dikenal pasti supaya kita tidak buang masa berulangkali membincangkan perkara yang sama.Jika menebang menuju pangkal, Jika melenting menuju tangkai, kita berbuat kerja mesti kena dengan tujuan dan maksudnya.

Dalam perkara ini, saya ingin membawa perhatian kerajaan kepada dua kawasan yang sering dilanda banjir dan perlu diberi pearhatian serius. Pertama, kawasan padang tepi pasar awam Ayer Tawar yang sering dilanda banjir kilat. Masalah tersebut telah berlarutan tidak kurang dari 10 tahun dan saya menaruh harapan yang tinggi ini kali terakhir saya perlu bangkitkan hal yang sama. Kedua, kawasan Taman Setia dan sekitar kamunting, Taiping. Semenjak perlaksanaan projek keretapi berkembar, kawasan tersebut di atas sering dilanda banjir dan banjir teruk telah melanda kawasan tersebut baru-baru ini. Saya mengeyorkan satu jawatankuasa khas ditubuhkan supaya menyiasat punca masalah banjir ini samada dia disebabkan oleh kerja kontraktor projek tersebut, MMC-Gamuda ataupun tidak. Kerajaan Negeri Perak dengan slogan Rakyat didahulukan seharusnya mencontohi kerajaan Pulau pinang meminta letter of undertaking dari kontraktor berkenaan dimana menetapkan syarat utama memberi jaminan perlaksanaan projek pembinaan tidak akan mengakibatkan banjir dan kontraktor perlu menyatakan kesudian membayar ganti rugi nescaya banjir terbukti hasil daripada kerja mereka. Kegagalan kerajaan negeri membuat demikian sebaliknya membayar sedikit sedekah kepada mangsa selepas banjir bukan sahaja tidak dapat menyelesaikan masalah malahan ia menambah beban kepada dana awam. Pendekatan baru perlu diambil demi merawati masalah tersebut dari segi akar umbinya.

5. TYP, saya disini juga ingin mengutarakan bahawa semenjak kemerdekaan, Pekan Panchor yang terletak dekat Pantai Remis telah berada diluar bidang kuasa mana-mana kerajaan tempatan. Akibatnya lebih 200 buah keluarga penduduk di Pekan Panchor tidak dapat menikmati perkhidmatan asas yang ditawarkan kepada penduduk-penduduk lain dalam kawasan Manjung. Di kampong nelayan tersebut, sebahagian tanahnya dibawah bidangkuasa pejabat Tanah Manjung dan bakinya dibawah bidangkuasa Pejabat Tanah Daerah Larut dan Matang. Adalah amat dukacita dimaklumkan akibat terpinggir dari pembangunan arus perdana lebih dari setengah abab, keadaan kesihatan kampung tersebut bukan sahaja menyedihkan, malahan Kampung tersebut pernah ditimpa mala petaka wabak penyakit chikukunya yang berasal dari Kenya, Afrika. Selain itu, atas kesuntukan peruntukan, bangunan SJK Yen Min di Panchor juga mengalami masalah hakisan tanah yang serius sehingga menyebabkan bilik darjah sekolah mulai tenggelam dengan kadar yang membimbangkan. Tambahan lagi, bangunan Dewan Sekolah nama Tun Dr Lim Keng Yak yang menelan belanja RM350 ribu kini telah retak dan dikhuatiri akan runtuh pada bila-bila masa. Demi mengelakkan mala petaka dari berlaku, saya mengeyorkan kerajaan negeri dan kementerian Pelajaran Negeri mengambil tindakan dengan kadar segera menambahbaik sekolah berkenaan dan sesi dialog antara MPM, Pejabat Kesihatan dengan penduduk perlu diadakan dengan secepat mungkin supaya Pekan Panchor terselamat dari keadaaan khusyuk dan menyayat hati tersebut.

6. TYP yang dipaksa, saya ingin mengutarakan bahawa ‘kesihatan adalah teras kesejahteraan hidup rakyat.” Saya bersyukur kerana Pantai Remis kini telah dibekalkan dengan sebuah klinik moden yang menelan belanja lebih dari RM10 juta. Klinik tersebut telah dirasmikan oleh DYTM Seri Paduka Baginda Raja Muda Perak pda tahun ini. Akan tetapi saya amat bimbang ia indah khabar dari rupa. Semasa lawatan saya ke Klinik tersebut, jelas terperanjat dimana walaupun bangunan tersergam indah, tetapi Klinik 10 juta tidak ada kemudahan X ray. Selain itu, seluruh kawasan Pantai Remis pun tidak ada kemudahan Dialysis Centre. Saya ingin memohon kepada Jabatan Kesihatan Negeri dan ingin memberitahu semua semasa pertemuan saya dengan Menteri Kesihatan di bilik air Dewan Rayat, YB Menteri telah berjanji akan membantu dalam hal ini. Maka saya pohon kerjasama Pengarah Kesihatan Negeri menguruskan segala yang perlu supaya kemudahan X-ray dan Pusat Dialysis dapat diadakan dalam tempoh paling singkat demi keperluan pesakit buah pinggang yang kini terpaksa menerima rawatan ke Seri Manjung .

7. Selain itu, saya ingin membawa isu janji kerajaan untuk memperuntukkan RM1.2 juta untuk membina sekolah 4 tingkat bagi SJK(T) Tamil, Ayer Tawar tetapi masih tidak kesampaian. Bah kata pepatah melayu, lembu berpegang kepada tali, tetapi manusia berpegang kepada janjinya. Dalam tangan saya ada surat dari bekas Menteri Pelajaran bertarikh 5/1/2008 yang meluluskan 1.2 juta untuk projek pembinaan 24 bilik darjah untuk sekolah tersebut. Akan tetapi, janji tetap belum dikota, inilah gambaran wajah sebenar UMNO-BN.

Projek RM22 juta terbengkalai

8. TYP, tadi YAB Pangkor Negeri Perak mengatakan beliau mencurahkan segala tenaga untuk meletakkan semula urus tadbir dan hala tuju negeri ini atas landasan yang betul dan kukuh. Bagaimanapun, saya ingin membawa perhatina Dewan ini untuk menyatakan dalam Negeri Perak terdapat sekurang-kurang 8 projek awam yang menelan belanja puluhan juta ringgit tetapi didapati terbenglakai, reput, menjadi semak-samun dan tidak sesuai digunakan untuk manfaat orang awam.

Yang memeranjatkan adalah antara projek jutaan ringgit yang terbengkalai, sekurang-kurang 5 buah projek menelan belanja RM5 juta terletak dalam kawasan Menteri Besar sendiri di dalam DUN Pangkor. Ini terbukti kepimpinan BN gagal menunjukkan teladan yang baik dan contoh buruk tersebut patut ditegur oleh rakyat jelata yang membayar cukai.

Antara nama-nama projek tersebut yang perlu penjelasan Menteri Besar kepada rakyat demi tanggungjawab yang diamanahkan adalah :-

Nama Projek Jumlah Kos terlibat/RM
1.Resort Tepi Buki, Teluk Batik 2,430,000.00
2.Dewan Serba guna Padang Bandaran Kuala Kangsar 10,000,000.00
3.Pangkor Height Villa 790,000.00
4.Dewan serba guna Teluk Gong, Pangkor 260,000.00
5.Restoran Terapung Teluk Gong, Pangkor 1,900,000.00
6. Restoran Terapung Teluk Dalam, Pangkor 1,560,000.00
7. Korporat Villa Jenis B 380,000.00
8. Bangunan Perbadanan Taman Negeri Perak 4,900,000.00
------------------------
Jumlah Kos RM22.22 juta

Untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini, antara projek yang tersenarai di atas, ada pula projek yang dimulakan sejak tahun 1991, satu tempoh lebih kurang 2 dekad yang dulu. Saya ingin tahu apakan langkah konkrit kerajaan untuk menyelamatkan projek-projek sakit ini. Adakah ia berlaku kerana projek-projek ini dianugerahkan kepada kroni-kroni UMNO tanpa open tender? Kegagalan kerajaan menyelamatkan projek jutaan ringgit ini terbukti slogan rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan telah diganti dengan slogan baru “Kroni didahulukan, projek diutamakan.”

9. Walaupun kementerian kewangan telah mewujudkan e-portal my procurement, tetapi projek berbillion-billion ringgit masih tidak dijalankan dengan sistem open tender. Umpamanya projek Istana Negara yang dulunya dianggarkan bernilai RM400 juta, tetapi kini projek belum siap, nilai projek sudah meningkat hingga RM811 juta. Yang paling memeranjatkan adalah projek itu diberi dengan rundingan terus atas alasan ia lebih murah, tetapi akhirnya terbongkar segala adalah seperti kata orang Melayu, “jarum harus kelindan sutera,” Bukan ini sahaja, ia juga terbukti dibawah konsep Sapu Malaysia, bukan satu Malaysia, projek ini dikurniakan kepada satu syarikat Maya Maju(M)Sdn Bhd yang didapati tidak mempunyai lesen kontraktor kelas “A”. dan tidak mendaftar dengan CIDB. Kontrak dianugerahkan pada tahun 2007 tetapi syarikat hanya mendaftar pada tahun 2008. Selain itu, Projek Institusi Kanser Negara dianugerahkan kepada Kiara Teratai Sdn Bhd pada tahun 2007 dengan nilai projek RM340 juta tetapi nilai projek telah melambung menjadi RM700 juta dalam tempoh 2 tahun, iaitu pada 2009. Yang lebih memeranjatkan syarikat tersebut mempunyai paid up capital 1 juta tetapi menanggung kerugian RM1.5 juta. Bayangkan syarikat demikian boleh memperolehi projek jutaan ringgit.

TYP, adalah satu perkara yang mengejutkan bahawa tidak ada orang kena dakwa walaupun Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu bernilai RM292 juta runtuh dalam tempoh 10 bulan.

Walaupun Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu yang menelan belanja RM292 juta runtuh dalam tempoh 10 bulan setelah pembukaan rasmi, tidak ada sesiapapun didakwa atas kejadian yang menjejaskan imej Negara.

Mengikut jawapan dari Menteri Kerja Raya, Dato Seri Shaziman, kontraktor utama projek berkenaan, iaitu Konsortium Bina Struktur-Emarcon-Genggam Mercu JV telah diarahkan oleh kerajaan Negeri Terengganu untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan sisa keruntuhan bumbung di Stadium itu kerana projek itu masih dalam tempoh warranti semasa kejadian runtuhan berlaku. Walaubagaimanapun, kontraktor konsortium itu enggan melaksanakan kerja-kerja pembersihan sisa-sisa runtuhan dan pembaikan walaupun beberapa surat peringatan telah dikeluarkan kepada pihak Kontraktor. Oleh itu, kerajaan terpaksa menawarkan tender baru pada 22 Mac 2010 untuk membersihkan sisa runtuhan Stadium yang menganjurkan SUKMA 2009 tersebut. Tender tersebut telah ditutup pada 19 April 2010.

Menurut Menteri berkenaan, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) telah menggantung lesen pendaftaran kontraktor utama projek tersebut dan mengenakan tindakan senarai hitam kepada Ahli Ahli Lembaga Pengarah dan pengarah sahamnya dari mengambil bahagian dalam mana-mana tender kerajaan mulai 4 September 2009.

Berbanding dengan Singapura, tindakan kerajaan jelas gagal mencegah kejadian sedemikian dari berlaku pada masa depan kerana pihak yang mengakibatkan keruntuhan stadium dan kerugian harta kerajaan tidak perlu menghadapi tindakan Mahkamah.
Beliau berkata, kerajaan tidak pernah mengambil iktihbar dari siri kejadian projek-projek kerajaan yang menjejaskan imej Negara.

Di depan mata kita, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang bumbungnya bocor, bangunan parlimen yang menghadapi kebocoran 13 kali dalam 5 tahun, Hospital Pandan, Johor Bharu yang dijangkiti fungi, Masjid Besut Terengganu yang runtuh, Bangunan Perbadanan Taman Negeri Perak yang runtuh hancur berkecai, Jejantas Kepong yang retak dan begitu banyak contoh kesemuanya mencerminkan tanda-tanda kejatuhan kerajaan Barisan Nasional!

Kesimpulan

Saya berharap BN jangan menyingung perasaan kerana mendengar kata-kata saya tadi. Kerana “Jika ada padi berhampalah, jika ada hati berasalah.” Sepandai-pandai tupai melompat,akhirnya jatuh ke atas lantai juga. Penyamun boleh merompak, pencuri boleh mencuri, tetapi akhirnya mereka yang condong cenderong kepada kezaliman, nescaya mereka akan disambal oleh api neraka. “ Wa la tarkanu illalazi na zolamu fatamas sakumun nar.” Surah Hud-Ayat 113.

Saya mendoakan Demokrasi akan hidup semula di negeri Perak yang tercinta, hanya kerajaan dari rakyat, untuk rakyat, bagi rakyat adalah satu-satu kerajaan yang sah, kerajaan yang bermaruah. Kerajaan yang bergantung kepada pengkhianat rakyat akhirnya akan menerima balasan atas pengkhianatan mereka.

Sekian, saya membantah bajet deficit Barisan Nasional 2011 ini.

Nga Kor Ming
2-12-2010

BN tidak sensitif masalah dan isu umat islam

Oleh : Hafizi Pauzi
IPOH, 2 Dis :-Masalah di kalangan umat Islam di Malaysia adalah suatu isu yang telah berlaku sejak sekian lama, situasi ini telah menjadi semakin kritikal apabila semakin lama BN memerintah Negara.

Di dalam sidang DUN hari ini, MB Perak ditanya tentang perangkaan muslim yang telah akhil baligh yang tidak solat, persolan ini memerlukan jawapan yang berbentuk nombor statistik, namun persoalan ini gagal dijawab sebagai mana diminta, sebaliknya kenyataan serta cakap-cakap yang panjang lebar serta tidak menjejak bumi yang nyata. “Kerajan negeri perlu menyalurkan kewangan tersebut ke aspek pembangunan jiwa yang cintakan solat, bukannya pembangunan masjid”, kata Ketua Sekretariat Pakatan rakyat Perak, Drs. Khalil Idham Lim.

Menurutnya lagi, mereka (BN) perlu tegas dalam mencari jalan penyelesaian, mereka adalah pejuang agama dan bangsa, bagaimana keadaaan umat Islam di Malaysia sekrang ini akan bertambah baik jika tiada suatu mekanisme yang tetap dijadikan tempat untuk berpaut.

MB perak nampaknya hanya suka bersoal dan mengharap kerajaan Pakatan Rakyat negeri-negeri yang masih dikuasai Pakatan Rakyat dalam soal agama, adakah sudah tiada ahli agama dalam BN untuk dijadikan tempat mengadu hal ini?, BN yang telah lama mentadbir Negara nampaknya masih terkial-kial dalam hal penting yang menjadi induk bagi segala amalan umat Islam.

Di dalam PAS sendiri, memang wujud unit yang memikirkan hal ibadah yang terpenting serta yang sewaktu dengannya, aset ini dimanfaatkan oleh seluruh parti komponen di dalam Pakatan Rakyat itu sendiri, contohnya, pimpinan PKR dan juga DAP yang bukan Islam telah arif dan memahami ayat Al-Quran dalam mengeluarkan hujah.

Tambahnya, beliau (MB) cuba membezakan pada perkataan bancian dan kajian, yang mana satukah kita perlu abil kira, konsep digunakan dalam hal menyelidik adalah satu benda yang sama jika kita lihat gerak kerja kedua perkataan ini, tiada perbezaan sebagaimana yang cuba dibawa oleh MB Perak.

“Morfologi kedua perkatan itu mempunyai maksud konsep yang sama, ini cuma perbezaan dari sudut bagaimana ia dibina, katanya.

Kajian yang dilakukan oleh Dato Dr. Fadhilah Kamsah di satu tempat di Ipoh menunjukkan kepada umum bahawa statistik peratus muslim yang telah akhil baligh solat lima waktu lengkap hanyalah 15 peratus, persoalannya kemanakah pergi 85 peartus lagi dlaam soal kewajipan ini.

“Umno tidak sensitif akan isu ini, tiada siapa yang boleh diharapkan dalam umno untuk membela hak Allah ini”, tegasnya.

Jika kita mengharapkan Umno mahu mendengar usul serta cadangan sebagai alternatif bagi mengatasi permalsalahan ini, kita boleh katakan ianya hanyalah angan-angan yang tidak boleh direalisasikan.

Setiap usul yang bersifat gerak kerja, memerlukan kos yang boleh dikatakan perlu berbelanja besar, kerana isunya besar, bagi memastikan rakyat mendapat mutu usul serta cadangan yang bermutu serta mendapat hasil yang terbaik, tenaga mahir yang pakar amat perlu, supaya kerja dan hasil tidak menjadi sia-sia.

Isu dalaman umno yang mengabaikan soal agama Islam sebagai cara hidup pun belum pernah selesai-selesai walau setelah separuh abad berkuasa, inikan pula cuba menjadi juara sebagai pembela agama Islam, jangan harap, harapan cuma tinggal harapan yang sia-sia serta buang masa,” ujarnya.

PEMIMPIN UMNO INI MAHU CABAR PAS ?

25 Zulhijjah 1431H
Oleh : WFAUZDIN NS

MAKA terserlah lagi kejahilan pemimpin Umno berkaitan agama, apabila Ketua Umno Bahagian Kota Raja iaitu Ir Kamaruzzaman Johari bangkit mengulas isu ketuanan Melayu. Apabila ramai pemimpin Umno mengulas isu tersebut, beliau pun ingin mengulas tetapi ingin nampak hebat maka dikaitkan isu ketuanan Melayu dengan Islam. Cabaran beliau kepada PAS untuk

mendapat reaksi PAS di dalam isu ini ternyata mempamirkan kejahilannya.Hajatnya mungkin untuk melaga-lagakan PAS dengan PKR, kerana Presiden PKR yang mula menyentuh isu ini semasa Kongres PKR baru-baru ini. Sebenarnya Ketua Umno tersebut tidak faham langsung apa yang diperkatakan oleh DS Wan Azizah, bertambah lagi beliau tidak faham apa yang terkandung di dalam Perlembagaan dan teramat jahilnya beliau tentang dasar perjuangan PAS.

Apa kena mengena ketuanan Melayu dengan dasar PAS? PAS bukan dasarnya Kebangsaan, PAS dasarnya Islam dan Islam itu lebih menyeluruh melangkaui kaum. Itu beliau kena faham dahulu sebelum ingin mencabar PAS.

Lebih menyesatkan lagi, beliau menyebut, “Sekiranya Pas ikhlas mempunyai agenda mahu memperjuangkan agama Islam di negara ini, mereka harus terlebih dahulu ada tanggungjawab dan peranan membela nasib orang Melayu yang beragama Islam bukannya terlibat sama dengan idealisme PKR menghumban Ketuanan Melayu,” katanya (Sinar). Maksudnya, Melayu adalah penentu kepada Islam? Ertikata, Islam kena bergantung dengan kaum Melayu? Mati Melayu, maka hancurlah Islam?

Di mana pemimpin Umno ini belajar saya tidak tahu. Selama 50 tahun lebih Umno berjuang untuk Melayu kununnya, tetapi di mana kedudukan Islam sekarang? Cuma sekadar diletakkan di dalam Perlembagaan bahawa Islam adalah agama rasmi, itu sahajakah perjuangan Umno? Teramat sesat lagi menyesatkan orang yang mendakwa bahawa jika ingin lihat Islam kuat dan berdaulat, kena kuatkan kaum Melayu dahulu. Ini memberi erti Islam itu berada di bawah telapak kaki kaum Melayu, dan pandangan ini satu pandangan yang teramat jahil lagi sesat.

Jika beginilah kefahaman beliau terhadap Islam, lebih baik beliau tidak perlu bercakap lagi. Kita bimbang, percakapannya nanti akan merosakkan akidahnya sendiri dan menyesatkan golongan yang jahil. Orang seperti inilah yang ahli-ahli Umno mahu angkat sebagai pemimpin mereka.

Oleh yang demikian, tidak perlu PAS menjawab cabaran dari pemimpin Umno ini kerana cabaran beliau itu sendiri sudah cukup menyesatkan. Sebab itu jangan hairan mengapa PAS tidak mahu bersama Umno.

Kutip Gelaran !

25 Zulhijjah 1431H
Oleh : WFAUZDIN NS

SIANG tadi aku ternampak Zahrain katak keluar di muka TV, sebelahnya Zul Kulim firaun besar. Belum beliau bercakap lagi, aku dah tau apa `taik' yang bakal keluar dari mulutnya. Terbukti benar kata aku. Zahrain katak `menasihati' raja-raja agar menarik balik gelaran yang dikurniakan kepada DS Anwar Ibrahim.

Alasannya adalah semata-mata `ketololan'nya mengulas isu ketuanan Melayu yang kununnya DS Anwar ini mengkhianat orang-orang Melayu dan raja-raja Melayu.

Siapa si katak bacul ini untuk mendesak raja-raja Melayu menarik balik gelaran terhadap DS Anwar? Kerusi yang dia duduk itu pun sepatutnya boleh menebalkan mukanya yang sudah sememangnya tebal itu. Termasuklah si Zul Kulim firaun besar yang duduk di sebelahnya ketika diwawancara oleh media.

Betapa bahalolnya Zahrain apabila menyebut sekiranya raja-raja tidak mahu menarik balik gelaran terhadap DS Anwar, maka DS Anwar hendaklah memulangkan semula gelaran itu. Tidak tahu adab punya MP, dia ingat DS Anwar ini mahu bersifat kurang ajar sepertinya.

Jika jiran kita atau sesiapa sahaja yang menghulurkan buah tangan atau makanan kepada kita, kita hendaklah menerimanya dengan ikhlas dan berterima kasih. Jika kita terima, kemudiannya kita pulangkan semula itu kurang ajar, tidak beradab dan sombong namanya.

Yang peliknya, orang lain pula sibuk-sibuk suruh jiran kita minta balik pemberian yang dia beri pada kita atau sibuk-sibuk suruh kita pulangkan kembali pemberian jiran kita itu. Kalau tidak gila, bodoh namanya orang itu. Mungkin itulah yang diajar oleh mak bapak Zahrain kepadanya tentang adab.

Semua orang tahu, sudah beberapa kali DS Anwar sebut sekiranya beliau diminta memulangkan kesemua anugerah atau pingat yang beliau miliki sekarang, beliau akan suruh isterinya DS Wan Azizah siapkan dulang dan kumpulkan kesemua pingat tersebut dan diletakkan di depan pintu pagar.

Jika Zahrain teringin, datanglah kutip nanti. Selama ini Zahrain sangka kesemua gelaran yang ada pada DS Anwar itu diminta oleh DS Anwar? Beliau ingat DS Anwar sepertinya yang kuat mengampu dan membodek untuk hidup?

Rakyat menyokong perjuangan DS Anwar bukan kerana gelaran yang ada padanya. Jika diambil kesemuanya pun, tiada sedikit pun kesan ke atas sokongan rakyat terhadap beliau. Terbukti, ketika DS Anwar di dalam Abim kemudian memasuki Umno dengan tanpa gelaran ketika itu, pengaruh DS Anwar sudah cukup kuat.

Gelaran tidak boleh membantu apa-apa kepada perjuangan membela nasib rakyat, dan gelaran itu juga tidak akan dibawa ke dalam kubur.

Zahrain katak, sama juga seperti Zul Kulim firaun besar tidak habis-habis busuk hati dan dengki kepada DS Anwar. Inilah di antara contoh orang Melayu yang DS Anwar kata tidak boleh diangkat menjadi `tuan' di dalam negara ini.

Ketuanan Melayu seperti Zahrain katak, Zul Kulim firaun besar, Ezam sesumpah dan beberapa orang yang busuk hati itu lah yang sebenarnya perosak bangsa Melayu dan menjadikan Melayu dilihat tidak bermaruah.

Mereka tiada hujah, lalu keluarlah segala `najis' di dalam perut yang mereka simpan selama ini untuk diluahkan melalui mulut yang Allah anugerahkan kepada mereka. Mereka sepatutnya yang tebal muka menenggek di atas kerusi yang pengundi-pengundinya dahulu tidak redha beliau di situ.

Jika mereka benar-benar ada maruah, kosongkan kerusi itu segera. Jawapannya, kirim salam mereka berani berbuat demikian kerana mereka semua adalah dayus dan bacul.

Sidang DUN Perak - Polis hanya buang masa


IPOH, 2 Dis: Drs Khalil Idham Lim menyifatkan tindakan pihak berkenaan yang mengerahkan polis untuk mengawal persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak sebagai membuang masa.

Justeru, kata Adun Titi Serong itu, anggota polis yang mengawal persidangan Dun hari ini semakin berkurangan.Bagaimanapun, ujarnya anggota yang mengawal di pintu masuk dewan sekitar 10 orang.
“Saya katakan pada mereka supaya balik ke pejabat,” tulis Khalil di dalam blognya.

Tegasnya, adalah membuang masa sahaja polis dikerah ke persidangan dewan sejak BN merampas kuasa.

Beliau yang juga Ketua Penerangan PAS negeri menambah, kali ini terbukti sejak persidangan Dun hari pertama pada 30 November lalu sehingga hari ketiga pada hari ini menunjukkan bahawa anggota polis tidak diperlukan. (Harakahdaily)

PRU13 - Hadi yakin tawan Terengganu

KUALA LUMPUR, 2 Dis — PAS kini menumpukan usaha untuk merampas semula Terengganu yang kini diterajui kerajaan pimpinan Umno-Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-13.

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat sebelum ini meramalkan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan awal tahun depan, namun pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menolak spekulasi tersebut.

Umno telah pun menangguhkan pemilihan parti yang sepatutnya diadakan tahun depan.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) berkata, parti Islam itu yakin akan merampas semula Terengganu daripada BN kerana kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Ahmad Said selaku Menteri Besar sekarang tidak membawa apa-apa perubahan yang signifikan sejak BN menguasai semula negeri itu pada 2004.

“Kita yakin untuk merampas semula Terengganu... Umno menang di negeri itu dengan penipuan... apa pembangunan yang dibuat di sana? Hanya stadium runtuh sahaja,” kata Hadi dalam temubual dengan The Malaysian Insider.

Ahli Parlimen Marang ini yakin PAS boleh merampas semula kerajaan negeri BN dengan “majoriti kecil” sambil mengatakan majoriti dua pertiga “tidak diperlukan” untuk mendapatkan mandat memerintah Terengganu.

“Dalam pilihan raya lepas, kita menang lapan kerusi walaupun BN menang tapi mereka tidak menang dengan majoriti besar. Bagaimanapun majoriti dua pertiga tidak penting, majoriti kecil sahaja sudah cukup,” tambah Hadi lagi.

Bekas menteri besar Terengganu ini mendakwa kebanyakan undang-udang yang telah diwartakan PAS sebelum 2004 masih kekal “utuh” di bawah pentadbiran kerajaan negeri BN sambil menambah, PAS lebih banyak membawa pembangunan ke negeri itu daripada “Umno atau BN lakukan.”

“Di bawah pentadbiran PAS lebih 60,000 permohonan tanah telah diluluskan di Terengganu, Umno hanya berminat untuk menang dan masih banyak undang-undang yang diperkenalkan AS masih lagi kekal hingga hari ini,” kata Hadi.

Hadi berkata jentera pegawai-pegawai PAS termasuk dirinya telah melawat ke kawasan-kawasan undi di Terengganu sejak tahun lepas dan sambutan yang diterima amat menggalakkan.

“Kita bermula tahun lepas lagi dan bersambung tahun ini untuk melihat kemajuan dari segi jentera-jentera pilihan raya di setiap kawasan. Memang ada kekuatan dan ada juga kelemahan yang perlu diperbaiki. Tapi kita bersedia di peringkat pentadbiran pilihan raya yang dipengerusikan Datuk Abdul Halim Abdul Rahman sebagai pengarah pilihan raya PAS pusat.

“Saya juga akan balik ke Terengganu setiap minggu untuk melawat setiap Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Kita juga mengadakan seminar-seminar kepada petugas pilihan raya, yang ini dalam peringkat negeri-negeri. Itu persediaan awal yang kita buat,” katanya.

PAS merampas Terengganu pada 1999 yang selama ini di bawah pentadbiran BN. Kerajaan pimpinan PAS itu tidak bertahan apabila tewas semula kepada BN pada 2004.

Selain Terengganu, Hadi juga berkata PAS turut akan memenangi lebih banyak kerusi di Johor yang menjadi kubu kuat Umno.

“Ini boleh dilakukan sekiranya orang-orang Melayu berubah dari segi pemikiran mereka untuk jadikan PAS sebagai alternatif kepada Umno dan ini boleh berlaku.

“Kita boleh menang dan tidak mustahil ia boleh berlaku, undi Melayu boleh berubah dan di Johor yang kuat Umno hari ini pun kita sudah ada dua kerusi.

“Secara jelas dan terang sehingga hari ini sudah tentu kita akan mempertahankan Kelantan, Kedah, sudah tentu Terengganu kita akan ambil balik manakala negeri-negeri lain adalah kerusi campuran yang akan kita bincangkan manakala Sabah dan Sarawak akan kita bincang dalam Pakatan Rakyat,” kata beliau.

Ketika ditanya sama ada usaha kerajaan perpaduan antara Umno-PAS boleh diteruskan, Hadi bagaimanapun berkata “buku sudah tertutup rapat dan tidak boleh dibuka lagi.”

“Buku sudah tutup dan tidak boleh dibuka, zaman sudah berlalu dan rakan Pakatan Rakyat setuju nak ubah semua sekali.

“PAS adalah parti yang berpengalaman, PAS saingan utama Umno. Umno tak mahu kerana tidak mahu buat perubahan, PAS tidak bersedia untuk menyertai kerajaan yang tidak mahu buat perubahan,” katanya sambil berkata pernah mengajak Umno untuk bekerjama ketika zaman pemerintahan bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Hadi berkata ketika itu beliau mahu semua parti termasuk PKR, Umno, DAP dan parti lain untuk bergabung tetapi ditolak Umno yang ketika itu hanya mahukan PAS.

“Saya masa Tun Abdullah pernah mengajak perpaduan semua bukan PAS dengan Umno sahaja tapi PAS, Umno, PKR, DAP dan semua sekali, itu ajakan saya.

“Tapi umno hanya mahu PAS dengan Umno sahaja, ini tidak boleh kerana kita tidak mahu perubahan dan tugas reformasi yang mesti melibatkan semua parti politik.

“Sekarang Tun Abdullah dah tak ada, sekarang orang lain pula dan sikap kita jelas nak buat satu perubahan dan tidak boleh menyertai kerajaan yang laksana kita memikul biawak hidup yang penuh dengan masalah,” katanya.(Malaysian Insider)

UCAPAN PERBAHASAN ADUN TEJA.

Terima kasih Datuk Yang Dipertua.

Salam sejahtera dan selamat pagi diucapkan kepada kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat dan juga ketua-ketua jabatan kerajaan. Teja ingin turut serta mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-Undang Belanjawan Negeri Perak tahun 2011.

Sebelum saya bermula, saya ingin maklumkan kepada dewan yang mulia ini bahawa rakyat Hutan Melintang sangat marah kerana wakil rakyat mereka dianiaya dua hari yang lepas. Tindakan ini mungkin akan menjejaskan peluang kemenangan Datuk Yang Dipertua yang berhasrat untuk bertanding di kawasan Hutan Melintang.

Pembasmian Miskin Tegar

Datuk Yang Dipertua,

YAB Menteri Besar menyatakan dalam ucapan bajetnya bahawa pembasmian kemiskinan merupakan agenda utama kerajaan. Ini adalah satu agenda yang baik. Namun, saya ingin merakamkan perasaan kesal saya kerana saya tidak nampak keikhlasan dan kesungguhan kerajaan negeri dalam menjayakan agenda ini.

Pertama, tahap garis miskin tegar yang digunapakai oleh kerajaan kini, iaitu RM420 sebulan untuk pendapatan isi rumah adalah amat tidak munasabah. Dalam kehidupan realiti, RM420 sebulan sukar untuk menyara hidup seseorang, apatah lagi seisi keluarga? Garis kemiskinan tegar yang teramat rendah ini hanya akan menyenangkan kerajaan negeri, tetapi tidak membawa apa-apa makna kepada warga miskin tegar. Sebab walaupun pendapatan isi rumah melebihi RM420 sebulan, keadaan mereka masih lagi daif.

Kedua, bantuan yang diberikan oleh kerajaan negeri yang bertujuan untuk mengurangkan kesukaran hidup golongan miskin tegar terlalu sedikit. Sebagai contohnya, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM4 juta bagi bantuan makanan yang diberikan setiap bulan untuk 4 ribu keluarga miskin tegar. Setiap keluarga hanya dapat sekitar RM2.80 sehari. Jika sesebuah keluarga mempunyai 4 orang anggota, maka seorang hanya mendapat RM0.70 sehari sahaja. Apakah makna RM0.70 ini? Justeru, saya menyeru kerajaan negeri menambah bajet untuk program-program membasmi miskin, supaya program-program ini lebih efektif.

Tanah

Selain daripada menambah peruntukan, sekiranya kerajaan negeri serius dalam membasmi kemiskinan, mereka juga harus bersikap telus dan adil dalam pengagihan kekayaan negeri, terutamanya tanah dan rumah.

Difahamkan bahawa kerajaan negeri berharap dapat menyifarkan setinggan menjelang hujung tahun 2012. Namun, memandangkan cara pengurusan dan pengendalian kerajaan sekarang, saya tidak yakin objektif ini akan dapat dicapai.

Dalam tempoh kurang daripada dua tahun negeri di bawah pentadbiran UMNO Barisan Nasional, kami dapati banyak penyelewengan dan salahguna kuasa di dalam isu pengagihan tanah kerajaan. Selalunya, tanah tidak diberikan kepada orang-orang miskin yang tidak mempunyai rumah atau orang-orang yang sudah lama mengusahakan tanah tersebut, tetapi kerajaan negeri memberikan tanah kepada OKU. OKU ini bukan Orang Kurang Upaya, tetapi Orang Kuat UMNO!

Perkara sebegini terlalu kerap berlaku dan kami yakin bahawa semua ini bukannya isolated case, dengan izin, tetapi salahguna kuasa secara sistemik.

Sebagai contoh, di DUN Hutan Melintang (walaupun rakan saya YB Hutan Melintang telah dianiaya, tetapi nasib pengundi Hutan Melintang tetap kami perjuangkan) DUN Hutan Melintang ada satu Rancangan Kampung Tersusun Simpang Ampat seluas kira-kira 7000 meter persegi. RPT ini pada asalnya telah diwartakan kepada golongan miskin yang memerlukan tanah sebagai tapak rumah. Namun, apabila senarai diumumkan, orang-orang yang mendapat lot rumah adalah orang-orang kuat UMNO. Mereka ini merupakan pemegang jawatan di peringkat bahagian atau cawangan UMNO, termasuk Setiausaha Bahagian Bagan Datoh dan dua orang ketua cawangan.

Di DUN Teja, terdapat lebih kurang 20 orang petani dan penternak ikan hiasan sedang mengusahakan sebidang tanah seluas 50 ekar yang terletak di Kampung Sungai Itek, Gopeng. Ramai di kalangan mereka telah mengusahakan tanah tersebut lebih daripada 30 tahun. Cubaan demi cubaan untuk memohon tanah tersebut telah gagal. Akhirnya, kerajaan negeri UMNO Barisan Nasional meluluskan tanah tersebut kepada sebuah syarikat, Safura House of Diamond Sdn Bhd. Dan secara kebetulannya, pemilik syarikat ini adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gopeng, yang juga merupakan seorang ahli majlis MBI. Apakah ini rakyat diutamakan?

Selain itu, dalam satu projek kampung tersusun, yang juga terletak di Kampung Sungai Itek, Gopeng, 127 lot rumah telah disediakan untuk permohonan warga miskin di sekitar kawasan Gopeng. Namun, apabila senarai pemohon yang berjaya mendapat lot rumah dipamerkan, kami dapati bahawa 10 lot rumah telah dirizabkan di bawah “Kuota Ketua Bahagian UMNO Gopeng”!

Selain daripada Ketua Bahagian, Bendahari Bahagian Gopeng, 7 orang AJK Bahagian Gopeng dan seorang AJK Pemuda Bahagian Gopeng telah diberi lot rumah RPT tersebut. Bukan setakat itu, rakan perniagaan (business partner) Ketua UMNO Bahagian Gopeng juga mendapat satu lot di bawah kuotanya.

Saya ingin membacakan serangkap pantun yang memberi gambaran yang jelas tentang apa yang berlaku di negeri kita:

Orang kampung turun ke dusun,
Singgah sejenak di pinggir kota;
Kerajaan bina kampung tersusun,
UMNO sapu di depan mata!

Datuk Yang Dipertua,

Inilah apa yang berlaku di negeri kesayangan kita. Perumahan atau tanah yang sepatutnya disediakan untuk warga miskin telah dirampas oleh pemimpin-pemimpin yang rakus. Pemimpin UMNO kaya-raya, rakyat di bawah papa kedana.

Untuk makluman dewan yang mulia ini, apa yang menyedihkan saya adalah kebanyakan orang miskin di kawasan tersebut adalah orang Melayu, dan pemimpin rakus yang tipu dan merampas hak orang Melayu miskin ini adalah mereka dari UMNO, yang kononnya membela nasib orang Melayu. Ini adalah satu bukti yang kukuh bahawa UMNO bukan juara rakyat, tetapi juara rampas tanah rakyat!

Saya telah menjalankan tanggungjawab saya sebagai warganegara dengan melaporkan kes-kes penyelewengan ini kepada SPRM. Namun, surat yang dibalas oleh pihak SPRM berbunyi seperti ini “Siasatan telah selesai dijalankan. Timbalan Pendakwa Raya membuat keputusan mengenakan tindakan tatatertib ke atas seorang pegawai yang bertugas di Pejabat Daerah dan Tanah Kampar. Tiada pendakwaan ke atas mana-mana pihak” Orang UMNO menyeleweng, kakitangan kerajaan pula dikambinghitamkan. Dengan pendedahan ini, saya harap semua pegawai-pegawai kerajaan di dalam dewan ini dapat melihat bagaimana cara UMNO Barisan Nasional menghina kakitangan kerajaan.

Viatak Enterprise

Datuk Yang Dipertua,

Selain daripada lot tanah perumahan, sikap kerajaan negeri yang tidak adil dalam pengendalian tanah pertanian juga membawa natijah yang buruk kepada suasana pelaburan di negeri kita.

Sebuah syarikat bernama Viatak Enterprise Sdn Bhd telah menerokai tanah bekas lombong seluas 30 ekar di kawasan Kota Baru, Gopeng. Syarikat ini mengusahakan ternakan ribuan itik dan ikan, serta sebuah ladang kelapa sawit. Ia merupakan pengeluar makanan itik yang kedua besar di negeri Perak dan ia memiliki sebuah kilang pemprosesan itik yang bernilai RM2.8 juta. Viatak Enterprise telah membuat permohonan tanah beberapa kali tetapi ditolak.

Pada Jun 2009, kerajaan negeri telah meluluskan tanah tersebut kepada sebuah syarikat yang lain, iaitu Gopeng Berhad. Selepas Gopeng Berhad mendapat tanah tersebut, Gopeng Berhad menawarkan Viatak Enterprise untuk menyewa tanah tersebut daripada mereka. Apakah rasionalnya kerajaan memberikan tanah tersebut kepada Gopeng Berhad tetapi bukan Viatak Enterprise, sedangkan kedua-dua pihak membuat permohonan dan kegunaan tanah adalah sama.

Kini, setelah tawaran Gopeng Berhad tidak diterima oleh Viatak Enterprise, mereka telah membuat laporan polis dan akan menjalankan pengusiran paksaan. Sekiranya pengusiran paksaan ini berjaya, Viatak terpaksa tutup kilang pemprosesannya dan 80 pekerja akan kehilangan kerja. Adakah ini polisi Satu Malaysia? Justeru itu, saya menggesa kerajaan negeri membatalkan kelulusan kepada Gopeng Berhad dan memberikan hak milik tanah tersebut kepada Viatak Enterprise Sdn Bhd.

Sekiranya pihak kerajaan tidak mengubah polisi tanah yang tidak adil seperti ini, rakyat negeri Perak akan terus dianiaya dan pelabur tidak akan melabur di negeri kita.

Kecekapan Pentadbiran

Datuk Yang Dipertua,

Ucapan YAB Pangkor menyentuh tentang peningkatan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan awam, saya ingin mengambil kesempatan untuk membincangkan isu ini juga.
YAB Pangkor menyebut bahawa “perkhidmatan awam perlu beralih daripada birokrasi yang menyukarkan kepada birokrasi yang memudah cara yang menyenangkan rakyat…” Namun, dalam realiti, tahap kecekapan pentadbiran pihak kerajaan masih di tahap yang sangat rendah.

Sebagai contohnya,

Masalah lembu dan kerbau berkeliaran menjadi salah satu punca kepada banyak kemalangan maut. Baru-baru ini, satu kes kemalangan maut disebabkan oleh kerbau telah berlaku di Teluk Intan. Masalah ini telah lama menghantui kita di seluruh negeri Perak. Kita tidak boleh hanya menyalahkan penternak lembu dan kerbau kerana mereka tidak diberi tanah untuk membina kandang.

Sebagai wakil rakyat yang bersikap professional, saya telah mengambil inisiatif untuk cuba menyelesaikan masalah ini bersama-sama dengan pihak kerajaan. Pada 24hb Mei 2010, pejabat saya telah menghantar surat kepada pihak Majlis Daerah Kampar agar dapat mengadakan dialog antara penternak lembu dan pihak majlis. Namun, saya menerima surat balasan daripada pihak majlis mengatakan bahawa “Mesyuarat Penuh Bil. 5/2010 bertarikh 27 mei 2010 telah memutuskan bahawa tidak ada keperluan untuk mengadakan dialog tersebut”

Tanpa berputus-asa, saya telah mengemukakan soalan bertulis tentang isu lembu dan kerbau ini pada sidang sesi 3hb Ogos. Jawapan yang diberikan kepada saya berbunyi “JAWAPAN AKAN DIKEMUKAKAN KEMUDIAN”. Tetapi sampai hari ini, jawapan ini belum sampai ke tangan saya. Selepas itu, pejabat saya menghantar sepucuk surat lagi kepada exco yang bertanggungjawab atas PBT, YB Chenderiang, pada 11hb Ogos. Beberapa minggu kemudian, saya menerima surat daripada pihak exco yang berbunyi “…saya mencadangkan tuan mengadakan mesyuarat/perbincangan dengan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan seperti Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak, Pentadbir Tanah Kampar, Yang Dipertua Majlis Daerah Kampar, Polis, Ketua-ketua kampong dll untuk menyelesaikan masalah ini.”

Inikah cara kerajaan negeri yang dikatakan sedia bekerjasama dengan pihak pembangkang? Inikah kerajaan negeri yang dikatakan prihatin kepada rakyat? Saya berharap YAB Pangkor boleh memberikan jawapan yang menyakinkan dalam ucapan penggulungan.

Datuk Yang Dipertua,

Apa yang saya nyatakan tadi adalah pengalaman saya sendiri, selaku wakil rakyat yang mempunyai sedikit akses dalam agensi kerajaan. Bagaimana pula dengan rakyat biasa yang langsung tidak ada akses kepada agensi kerajaan?
Persoalan-persoalan dalam bajet:

1) Cukai Tanah Semasa 2011 dianggar akan meningkat dari RM186,700,000 (seratus lapan puluh enam juta tujuh ratus ribu ringgit) kepada RM227,634,789 (dua ratus dua puluh tujuh juta enam ratus tiga puluh empat ribu). Adakah peningkatan sebanyak 22% ini mengambarkan bahawa kerajaan negeri akan menaikkan kadar cukai tanah di Perak?

2) Royalti ke atas air 2011 dianggar akan meningkat 100% dari RM15 juta ke RM30 juta. Apa yang menjadikan kerajaan negeri sehingga yakin sangat boleh dapat peningkatan sebanyak 100%? Adakah ini bermakna kerajaan negeri akan meningkatkan tarif air?

Sekian, terima kasih.

Sidang DUN Perak - Hari ke-3

Sidang DUN Perak hari ini dimulakan dalam suasana aman dan makmur. Jam 10 pagi semua Adun sudah berada didalam dewan. Foto sebahagian Sidang pada pagi ini.


Berlaku perang mulut antara Setiawan dan Pangkor atas isu melengahkan jawapan yang diminta dibahaskan.

Batalkan projek ikan arowana di Bkt. Merah

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta kerajaan negeri Perak membatalkan projek ternakan ikan Arowana dekat Bukit Merah dalam daerah Kerian.


Kawasan sawah padi yang ditukarguna untuk ternakan Arowana ini perlu dibaikpulih dengan kadar segera.

Langkah itu wajar disegerakan kerana projek berkenaan bukan saja menjejaskan matlamat utama bekalan air Tasik Bukit Merah iaitu untuk penanaman padi dan kegunaan harian penduduk di daerah tersebut, malah perusahaan ini juga tidak mengikut peraturan serta undang-undang yang telah ditetapkan serta boleh mencemarkan alam sekitar.

Projek yang bermula sejak tahun 2000 itu, dalam skala kecil dengan tidak sampai 10 pengusaha, kini sedang diusahakan oleh 70 pengusaha yang melibatkan 143 hektar tanah sawah (355 ekar) dengan pembinaan sebanyak 3,808 buah kolam. CAP kesal walaupun projek ini di peringkat awal pelaksanaannya dibantah oleh pesawah kerana menyebabkan kekurangan air untuk tanaman padi, namun tidak ada perhatian serius dan tindakan yang diambil oleh pihak berkenaan.

Lebih mendukacitakan lagi CAP mendapati projek yang boleh menjejaskan alam sekitar dan kehidupan penduduk tempatan ini dilakukan tanpa mengikut peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan.

Walaupun projek tersebut telah bermula sejak 10 tahun yang lalu namun masih ada lot-lot tanah sawah yang terlibat belum ditukar statusnya untuk industri akuakultur.

Pejabat Tanah Daerah Kerian hanya menghantar notis pelanggaran syarat tanah kepada para pengusaha terbabit tetapi tidak ada penguatkuasaan undang-undang yang dibuat bagi menutup kolam-kolam yang dibina.

Kawasan penanaman padi yang produktif di bawah Projek Kerian-Sungai Manik ini tidak sepatutnya ditukar guna untuk tujuan lain. Kami amat kesal kerana pihak berkuasa tidak mengambil tindakan walaupun syarat penggunaan tanah telah dilanggar.

Kenapa tiada penyelarasan dan tanggungjawab bersama di antara agensi untuk memastikan sumber makanan kita adalah terjamin?

Projek ini juga tidak dirujuk kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi memastikan sama ada kajian kesan kepada alam sekitar (EIA) perlu dilakukan atau tidak.

CAP percaya dan merasa bimbang pembuangan sisa kolam ke dalam sistem saliran pertanian di daerah ini akan mencetuskan masalah alam sekitar serta pencemaran air yang serius pada masa akan datang.

Dalam tinjauan yang dibuat CAP difahamkan oleh petani-petani yang terlibat, kegiatan menyedut atau mengepam air dari saliran pertanian melalui Terusan Selinsing dan Terusan Bagan Serai di daerah ini terus dilakukan oleh pengusaha-pengusaha ternakan ikan Arowana di kawasan itu.

CAP dimaklumkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kerian, akibat kegiatan mencuri air di sini yang berlaku secara berleluasa mereka gagal membenterasnya dengan berkesan.

Para pesawah terbabit mengadu kepada CAP bahawa berikutan masalah kekurangan bekalan yang berlaku pokok padi terencat pembesarannya, buah padi kurang berisi, serangan makhluk perosak dan ancaman rumput menjadi semakin serius dan hasil pendapatan mereka merosot secara mendadak.

Kajian JPS sehingga dari 15 Ogos hingga 26 Oktober 2010 menunjukkan takungan air di Tasik Bukit Merah menurun sebanyak 0.2 kaki sehari.

CAP berpendapat jika projek ini diteruskan masalah bekalan air sawah di kawasan ini akan menjadi lebih meruncing lagi pada masa akan datang terutama sekali pada musim kemarau jika paras air di tasik berkenaan berada pada tahap yang kritikal.

Air Tasik Bukit Merah bukan saja digunakan oleh lebih 10,000 pesawah daerah Kerian dan Seberang Perai Selatan Pulau Pinang yang melibatkan kawasan sawah seluas lebih 24,000 hektar, tetapi juga menjadi kegunaan harian 200,000 penduduk yang tinggal di Semanggol, Selinsing,Bagan Serai, Beriah,Parit Buntar,Tanjong Piandang dan Kuala Kurau.

CAP kesal dan hairan bagaimana Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan kerajaan negeri Perak, termasuk jabatan serta agensi berkaitan boleh membenarkan dan membiarkan perusahaan ternakan ikan Arowana ini beroperasi dengan sewenang-wenangnya.

Agensi seperti Pejabat Tanah, Jabatan Pertanian, JPS dan JAS perlu mengambil tindakan tegas berdasarkan peraturan dan undang-undang sedia ada.

CAP menegaskan, jika projek ini diteruskan tanah pertanian (sawah) akan terancam dan berkurangan, para petani di daerah ini akan terjejas kehidupan dan sumber pendapatan mereka, alam sekitar akan tercemar dan pengeluaran beras serta bekalan makanan termasuk ekonomi negara akan tergugat pada masa akan datang.

Apakah ikan hiasan ini lebih penting dari kehidupan petani dan makanan untuk rakyat pada masa akan datang?

Justeru itu CAP menggesa projek ternakan ikan Arowana di daerah Kerian dihentikan segera dan kawasan sawah padi dibaikpulih.

Penulis adalah presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)

Perkukuh parti sebelum berangan ke Putrajaya !

Oleh Tn. Ibrahim Tn. Man.
Seluruh parti komponan PR diharap memberi tumpuan segera bagi memperkukuhkan seluruh jentera parti bagi menghadapi PRU ke 13. Jentera parti adalah mekanisma penting dalam menghadapi segala penyelewengan BN dari setiap sudut. Kepincangan dan kelemahan jentera akan membuka ruang kepada BN menembusi kubu-kubu yang dibina bagi menggagalkan cita-cita ke Putrajaya. Lantaran itu seluruh kepimpinan parti di semua peringkat perlu memperkemaskan asas jentera, untuk digerakkan pada bila-bila masa. Senario yang ada memungkinkan PRU akan diisytihar lebih awal dari yang dijangka, memandangkan beberapa petunjuk yang ada.

Media kini cuba melaga-lagakan PR dengan membawa isu yang tidak perlu dibincangkan seperti siapa menerajui kepimpinan negara, ‘line up’ kabinet dan soal kekuasaan parti yang akan menerajui negara. Semua persoalan ini hanyalah perangkap bagi menimbulkan suasana tidak senang antara parti-parti komponan PR. Sedangkan realiti sejauh mana kita boleh memenangi PRU akan menentukan apa yang akan berlaku seterusnya. Ibarat rakan kongsi untuk menternak kambing, sibuk bertengkar bagaimana untuk membahagikan keuntungan; sedangkan kambing seekor pun belum ada. Secara peribadi saya ingin malahirkan kebimbangan berhubung persiapan kita yang nyata belum optima, bahkan di sesetengah kawasan ianya masih tidak menampakkan persiapan ke arah itu. Masalah daftar pemilih, kedudukan kewangan, persiapan jentera dan petugas masih berada pada tahap santai.

Sebenarnya kita tidak punyai masa yang panjang bagi membuat persiapan ini. Kalau kita menyatakan PRU ke 13 penting bagi membuat perubahan menerajui Puterajaya, maka segala isu dalaman parti mesti diselesaikan awal. Kekuatan parti di semua peringkat mesti menjadi agenda utama.

Seluruh ahli parti bukan sahaja perlu menunggu arahan kerja, tetapi mesti pro aktif dalam merancang kerja bagi memenangi PRU. Setiap ahli parti mesti memikirkan apakah yang boleh disumbangkan bagi menjana kemenangan ini. Benar di sana ada ahli yang perlu diberi arahan kerja, namun kalau di peringkat kepimpinan masih sibuk membincang isu-isu dalaman sehingga menjejeskan gerak kerja parti, maka sebenarnya kita telah masuk perangkap musuh tanpa disedari.

Pengundi akan sedia memberi undi seandainya mereka yakin dengan kekuatan dan keutuhan parti yang akan menerajui negara. Lantaran itu, bukan sahaja segala fitnah jahat BN perlu disanggah, bahkan keyakinan rakyat perlu dibina. Oleh itu pencapaian yang telah dicapai oleh negeri PR selama 3 tahun ini adalah eset penting bagi membina keyakinan tersebut. Cuma isu utama sejauh mana pencapaian itu diketahui dan dirasai oleh rakyat. Berhadapan dengan rakyat yang tidak bermaklumat yang ditemui dalam tinjauan menuntut satu mekanisma diwujudkan agar sasaran pengundi utama di kawasan luar bandar dan kawasan Felda khusunya dapat ditembusi.

Sidang DUN Perak - Nizar tegur rosmah !

Ketua Pembangkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin menggesa isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor supaya berpakaian secara Islam untuk mencerminkan pendirian Umno sebagai sebagai sebuah parti Islam.

Beliau membuat gesaan itu dalam ucapannya di sidang bajet 2011 DUN di Ipoh hari ini. Nizar berkata beliau mempunyai rasa hormat yang tinggi terhadap Najib sebagai perdana menteri dan isterinya Rosmah sebagai wanita pertama negara.

Bagaimanapun, katanya, dakwaan Umno untuk menegakkan prinsip Islam menjadi kosong sekiranya Rosmah tidak berpakaian yang sesuai dengan ajaran agama.

Beliau menggesa mufti Perak dan Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir supaya meyakinkan Rosmah (kiri) untuk berbuat demikian. Nizar nampaknya mencadangkan Rosmah hendaklah memakai tudung bagi mencerminkan pandangan Islam.

Menurutnya, ramai ahli Umno di negeri itu kemudiannya datang menemuinya dan menyokong nasihatnya kepada Rosmah.

Dalam ucapannya selama satu jam itu, Nizar yang menyentuh beberapa isu agama dan ekonomi, mencetuskan perang mulut dan memaksa wakil rakyat BN bangun mempertahankan Umno.

Beberapa isu sensitif menyentuh tentang bangsa dan agama serta perpaduan Pakatan, dibangkitkan.(Malaysiakini)

Sidang DUN Perak - Media kerajaan kelirukan rakyat

Sidang DUN Perak dipenuhi media pro-UMNO.Justeru itu kita melihat gambar-gambar yang diambil oleh media pro-UMNO ini seolah-olah wakil rakyat kita bersikap kurang ajar atau biadap.

Mereka tidak mengambil dari sudut kronologi kejadian atau perbahasan.Lihat sahaja gambar YB Kesavan,Hutan Melintang dilihat seolah -olah hilang pertimbangan.

Menurut YB Khalil Idham Lim , wakil rakyat UMNO diolah oleh media begitu baik . Menurut YB Khalil Idham Lim , wakil rakyat UMNO diolah oleh media begitu baik .

Sementara itu pihak polis pada hari pertama dianggarkan 200 orang ,kelmarin sekitar 50 orang dan hari ini mungkin semakin berkurangan.

Pada hari pertama sidang SB yang berlongok di hadapan Wisma DAP dianggarkan melebihi 10 orang. Untuk hari ini 2 Disember YB Khalil Lim Titi Serong akan berucap.Beliau dikatakan akan menyentuh isu bomoh.

Pakatan rakyat telah memilih DS Nizar,Dato' Ngeh dan Chang Ming Kai untuk berbahas pada sesi pengulungan nanti. (sisibukit)