29 October 2010

WIFI DI PERKAMPUNGAN GUA MUSANG, ORANG JELEBU JANGAN BERSEDIH

20 Zulkaedah 1431 H
Oleh : WFAUZDIN NS

TIDAK semena-mena atau `tanpa dirancang' maka perkampungan di Gua Musang mencipta rekod `kampung WIFI' pertama di Malaysia. `Kebetulan' projek tersebut dijalankan di Gua Musang sewaktu Pilihanraya Kecil Dun Galas akan berlangsung.

Sebelum ini `kebetulan' juga berlaku di Bagan Pinang apabila kem tentera dijanjikan dengan kemudahan WIFI, kolam renang dan Padang Futsal sewaktu PRK Dun Bagan Pinang.

Setiap kali berlakunya PRK, ada sahaja `projek kebetulan' dan kesemuanya diakui dan dipercayai oleh SPR dan SPRM sebagai `kebetulan'. Jika bukan `kebetulan', sudah tentu ianya merupakan rasuah politik dan ianya menyalahi peraturan dan undang-undang pilihanraya. Tetapi kerana `kebetulan' makan dibolehkan.

Saya tidak tahu samada di Bagan Pinang kem tentera di situ sudah menikmati kemudahan WIFI, kolam renang dan Padang Futsal atau belum. Tetapi, apa yang pasti `projek' pertama selepas Tan Sri Isa Samad menang di Dun Bagan Pinang adalah `projek' Tan Sri Isa sendiri iaitu beliau berkahwin baru setelah kematian isterinya. Saya difahamkan oleh rakan tentera di sana, satu apa pun tidak berjalan sebagaimana yang dijanjikan.

Saya anak Jelebu, MP Jelebu adalah DSU Dr Rais Yatim yang menjadi Menteri yang menjaga hal ehwal komunikasi. Di kampung saya, usahkan kemudahan WIFI, rangkaian 3G pun tiada.

Lojiknya, tentulah kawasan Jelebu terlebih dahulu mendapat kemudahan WIFI tersebut memandangkan MP Jelebu adalah Menteri Penerangan, komunikasi dan Kebudayaan.

Lagi pun, Jelebu dirasakan lebih baik pembangunannya sedikit dari Gua Musang, cuma bas sahaja yang bermasalah di Jelebu. Namun demikian orang Jelebu jangan kecewa, mungkin jika ada Wakil Rakyat di tempat kita mati nanti adalah WIFI tu tiba secara `kebetulan'.

Gua Musang terdapat ramai masyarakat Orang Asli dan di dalam PRK Dun Galas ini masyarakat Orang Asli akan diberi keistimewaan. Bayangkan orang-orang Asli ini akan menggunakan kemudahan WIFI di rumah mereka.

Saya tidak tahu samada majoriti rumah di Gua Musang sudah memiliki komputer atau tidak. Tetapi, WIFI tetap diberikan cuma bila projek ini akan bermula, Wallahu Aklam. Mungkin esok, lusa, tulat, tahun depan atau selepas `kiamat'.

ZUL KULIM BAWA CERITA BODOH

20 Zulkaedah 1431 H
Oleh : WFAUZDIN NS

SUDAH lama tidak mendengar YB Zul Kulim merepek. Akhbar Sinar semalam menyiarkan kenyataan Zul Kulim yang sinonim digelar `firaun besar' ini yang mengulas tentang Pilihanraya Kecil di Parlimen Batu Sapi, Sabah. Biasalah, tiap kali pilihanraya Zul Kulim akan muncul meraih publisiti.

Kali ini Zul Kulim menyebut bahawa sepatutnya PAS yang bertanding di situ, bukannya PKR. Alasannya, PAS sebagai pertubuhan politik yang menjadikan pilihanraya sebagai jalan dakwahnya. Mengapa PAS tidak mahu berdakwah di Sabah? Itulah soalan bodoh dari orang yang bodoh.

Apabila Zul Kulim bertanya soalan seperti itu, aku mulalah keliru samada benarkah Zul Kulim ini pernah berada di dalam PAS. Benarkah beliau di`sepak' keluar dari PAS atau beliau sendiri melompat keluar dari PAS akibat menyedari dirinya yang bodoh dan jahil agama itu tidak layak berada di dalam PAS?

Jika sedemikian jahilnya Zul Kulim, usahkan PAS, PKR atau DAP pun tidak sudi menerima beliau. Tidak tahulah kot-kot Makhal Sakti mahu terima Zul Kulim yang benak ini.

Dengar ceritanya dulu dia seorang `ustaz'. Ke hulu ke hilir berkuliah, sesekali berceramah politik. Masa itu bukan main lagi dia membela DS Anwar yang difitnah liwat kali pertama dulu. Bodek dia pada DS Anwar sehinggakan yang tiada diada-adakan kununnya beliau tahu semua kisah DS Anwar.

Maklumlah `Peguam' dalam kes DS Anwar walaupun kerjanya `tukang bawa fail' saja. Jika benar Zul Kulim ini Ustaz, mustahil dia tidak tahu apa itu `dakwah'? Ke mana otak Zul Kulim sekarang? Teruk betul semenjak keluar dari PKR, masakan otak beliau tidak lagi boleh berfungsi?

PAS sebuah parti politik yang berteraskan Islam, juga merupakan satu jemaah yang sentiasa menjalankan usaha dakwahnya samada adanya pilihanraya atau tidak. Di Sabah, walaupun rakan sekutu PAS yang bertanding, PAS tetap turun berkempen di samping menjalankan usaha dakwahnya iaitu menegakkan keadilan dan kebenaran di samping menghapuskan kebathilan.

Dakwah bukan bermakna terhenti tatkala tiada pilihanraya. Jika itu tafsiran Zul Kulim terhadap PAS, memang wajar PAS menolak beliau dari menjadi ahli kerana kejahilannya yang tidak lagi boleh diajar.

Sebenarnya Zul Kulim sudah tiada isu lagi untuk memburukkan PAS dan PR. Beliau juga sudah semakin dilupakan oleh Umno kerana beliau gagal sepenuhnya menjalankan tugas sebagai `barua' yang bermanafaat.

Serangan Zul Kulim terhadap DS Anwar `dibawa angin lalu' kerana isu DS Anwar sudah di`booking' oleh Senatak Ezam sesumpah. Lagi banyak Zul Kulim bercakap, lagi terserlah kebodohannya.

AUDIT 2009 PERAK: RESAH RAKYAT MAKIN TERASA

20 Zulkaedah 1431 H
Oleh : mohd hafez sabri

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) amat bimbang dengan laporan Ketua Jabatan Audit Negara yang baru dikeluarkan untuk tahun 2009 ini yang begitu jelas akan kepincangan pengurusan yang lemah bagi konteks Negeri Perak

yang memerlukan penjelasan kerana ianya berkait rapat dengan rakyat terutamanya kemudahankemudahan yang sebelum ini pernah menjadi janji kerajaan negeri,
namun malangnya tidak dapat disiapkan malah merugikan wang rakyat.

Kelewatan projek-projek yang dilaporkan seperti Rumah Rehat Kampar, Kompleks Kesihatan Haiwan Zoo Taiping, Pusat Rehat dan Rekreasi Changkat Jering, Bangunan Kompleks Pejabat Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK), Kompleks Pusat Penjaja
Glutton Square Teluk Intan,

Padang Seri Iskandar, Bangunan Kompleks Pejabat Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI), dan Bangunan Tiga Tingkat Rumah Rehat Kuala Kangsar memerlukan satu Jawatankuasa Khas bagi menyiasat permasalahan yang telah timbul samaada secara sengaja ianya dilewatkan atau sebaliknya.

Perkara tersebut jelas juga menunjukkan sikap tidak peka kerajaan negeri untuk memantau setiap projek yang sedang dilaksanakan. Proses meluluskan projek kadang-kadang dilihat sebagai keutamaan,tetapi bagi proses pemantauan tidak dijalankan dengan sebaik mungkin.

Malah sikap pertanggungjawaban di atas kelewatan projekprojek tersebut sudah tentu akan diletakkan kepada pihak kedua atau ketiga di dalam menyabitkan kesalahan tersebut kelak. Yang pastinya, pentadbir kerajaan negeri akan terlepas di atas kelemahan dan kecuaian bagi mengatasi masalah tersebut.

DPPN Pk mendesak kerajaan negeri membentangkan kertas putih satu laporan lengkap bagi dibentangkan di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak nanti bagi memperjelaskan isu rakyat yang saban tahun akan dilaporkan oleh Ketua Audit Negara sebagai projek yang bermasaalah.

DPPN Pk amat kesal jika kerajaan negeri tidak bertindak tegas terhadap mereka-mereka yang mencari keuntungan di atas kelemahan pengurusan dan menekan rakyat atas kelemahan yang seolah-oleh sengaja diada-adakan.

PAKATAN RAKYAT PERAK, TERUS MENGANGKAT PERJUANGAN RAKYAT- PERSURUHJAYA PAS PERAK

20 Zulkaedah 1431 H
Oleh : mohd hafez sabri

Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain menyatakan bahawa, Pakatan Rakyat adalah wadah perjuangan rakyat demi meleraikan rantai yang mencengkam rakyat sejak lebih 52 tahun lalu dibawah cengkaman umno/bn, ini kerana pakatan rakyat membawa suara rakyat dalam memastikan rakyat Malaysia dapat mengecapi kebahagiaan sebagai rakyat bebas dari segala kezaliman dan penipuan pemerintahan

Gabungan tiga parti utama dalam Pakatan Rakyat adalah perjuangan untuk membela rakyat dari diancam segala kezaliman pemerintahan umno/bn selama ini, ini kerana pakatan rakyat menjulang tinggi harapan rakyat dalam membawa Malaysia ke arah negara yang lebih aman dan cemerlang di mata dunia.

PAS, PKR dan DAP, mempunyai matlamat yang sama iaitu menumbangkan kezaliman umno/bn yang sememangnya tidak mampu lagi mentadbir negara ini dengan baik, jelas beliau.

Sepanjang tempoh Malaysia di bawah pemerintahan UMNO/Perikatan dan kemudiannya UMNO/BN, berjuta billion wang rakyat dan harta negara telah terlepas atau sengaja dilepaskan, tergadai atau digadaikan, terjual dan dijual kepada bangsa dan negara asing.

Pemimpin UMNO dan sekutunya telah jelas memperlekeh dan meremehkan segala kepercayaan dan pengharapan yang telah disandarkan oleh rakyat kepada mereka selama ini, jelas beliau.

Pesuruhjaya PAS Perak itu juga mempersoalkan beberapa isu penting bagi rakyat sebagai sandaran rakyat untuk menjamin kebahagiaan kehidupan mereka telah diabikan oleh umno/bn, beliau mengeluarkan beberapa bukti yang boleh dilihat oleh semua rakyat,

Pesuruhjaya PAS perak itu menyatakan kepimpinan umno/bn sekarang adalah kepimpinan yang rata-rata tidak berwibawa, tiada integriti, tiada moral, tiada keikhlasan. sebaliknya mereka sudah parah dan teruk teramat teruk kerana terpalit dengan rasuah, pecah amanah, salahlaku seks, moral dan berbagai lagi.

cuma yang ada pada mereka bagaimana eksploitkan makna modal insan, integriti, wibawa, moral dan keikhlasan itu benar-benar menyebelahi mereka.

beliau juga mempersoalkan isu pecah amanah: pecah amanah dalam menjaga harta dan wang rakyat para pemimpin umno/bn terlibat seperti kes permit teksi ap sdan lain-lainlagi.

beliau juga membangkitkan isu rasuah kehakiman yang mana para pemimpin umno/bn bersekongkol dan terlibat dalam kes ‘rasuah kehakiman’ dalam kes ‘pita lingam dijadikan sebagai contoh rasuah umno dalam sistem kehakiman.

isu barangan asas rakyat juga, pemimpin umno/bn tidak serius mengatasi bebanan hidup rakyat akibat kenaikan harga keperluan asas seperti petrol, gas, tepong, gula dan lain-lain yang selama ini sangat membebankan rakyat.

oleh yang demikian Pesuruhjaya PAS Perak, menyeru seluruh rakyat perak, agar bersama-sama pakatan rakyat perak bagi memastikan kemenangan berpihak kepada rakyat sekaligus menumbangkan kezaliman umno/bn yang sudah lama bertapak selama ini.

Rahsia Wudhu'

20 Zulkaedah 1431 H
Oleh : mohd fadil

"Syarat mendirikan solat ialah mengambil wudhuk .Tentu tidak sah jika kita mengerjakan solat lima waktu tetapi meninggalkan wudhu’. Pernahkah kita terfikir dengan perintah Allah SWT dengan perbuatan yang nampak remeh ini.

Kenapa tidak?? Kenapa tangan bersama dengan air menyentuh anggota-anggota tubuh. Kenapa wajah yang dibasuh? Kenapa mesti telinga?

Banyak rahsia dalam kandungan wudhu’ yang hanya Allah Maha Mengetahui namun antara rahsia wudhu’ yang dapat diungkapkan ialah:

Setiap perintah Allah SWT tentu memiliki hikmah kebaikan disebaliknya. Lima pancaindera kenapa semua tanpa terkecuali disapu oleh air wudhu’. Mata, hidung, telinga & seluruh kulit tubuh. Ini betul-betul luar biasa.

Ahli syaraf/ neurologist pun telah membuktikan dengan air wudhu’ yang menyejukkan hujung-hujung urat syaraf jari-jari tangan dan jari-jari kaki berguna untuk menenangkan fikiran.

Anda tentu pernah mendengar akupunktur kan ? Cuba cari tahu dimana saja letak titik-titik sensitif yang sering digunakan dalam ilmu akupunktur? Lalu kemudian amati rukun wudhu’. InsyaAllah kita akan menemui persamaan antara keduanya.

Pada anggota badan yang terkena semasa berwudhu’ terdapat ratusan titik akupunktur yang merupakan titik penerima ransangan terhadap sentuhan berupa basuhan, gosokan, usapan, dan tekanan/urutan ketika melakukan wudhu’.

Sentuhan tersebut akan dihantarkan ibarat signal ke sel, jaringan, organ dan sistem organ yang bersifat terapi. Ini terjadi kerana adanya sistem komunikasi iaitu sistem syaraf dan hormon bekerja untuk mengadakan homeostasis (keseimbangan).

Titik-titik akupunktur, suatu fenomena yang menarik bila dibandingkan dengan syariat wudhu yang disyari’atkan 15 abad yang lalu.

Jumlah Titik Akupunktur Pada Anggota Wudhu’(rukun dan sunat)

Muka 84
Tangan 95
Kepala 64
Telinga 125
Kaki 125
Jumlah keseluruhan = 493!

Ternyata terdapat 493 titik penerima ransangan pada anggota wudhu’!!

Subhanallah!! Bayangkan jika kita melakukan itu setiap hari paling sedikit 5 kali sehari…

Kita tidak harus memandang ringan semasa menjalani wudhu. Mengapa? Cuba ingat semasa kita membasuh tapak kaki & tangan…apakah celah-celah jari sering kita abaikan? Ternyata ada fakta menarik yang ingin saya kongsikan:

Dari ilmu ahli akupuntur, di celah-celah jari terdapat 16 titik akupunktur yang mana titik-titik tersebut apabila dirangsang yang istmewa yang dapat mengubati migrain, sakit gigi, tangan-lengan merah, bengkak, dan jari kaku.

Berkenaan telinga pula, walau pun ia adalah amalan sunat, ia mengandungi 30 titik ransangan! Maka, semasa menyapu telinga itu jangan cuma membasuh saja, tapi harus dengan urutan lembut juga. Selepas ini sebaiknya kita tidak meninggalkan amalan sunat semasa berwuduhu’ kerana setiapnya mempunyai titik penerima ransangan.

Titik akupuntur di telinga. 125 disentuh semasa mengambil wudhu’.

Subhanallah…sungguh luar biasa rahsia wudhu’…

Apa Jadi Dengan Institusi Agama Kita?

20 Zulkaedah 1431 H
Oleh : Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin

Saya melihat laporan media (Malaysiakini) bertajuk “MAIWP mahu lupus 70 penghawa dingin baik” memerlukan perhatian yang amat serius. Perjelasan Dan jawapan perlu diberikan oleh pihak berkenaan. Sejauh hal ini berlaku Dan ketepatannya?

Sejak sekian lama saya Dan beberapa orang lain menyebut tentang adanya perkara yang tidak kena dalam pengurusan harta Dan kewangan badan-badan agama di negara ini. Ya, itu telah mengundang rasa tidak puas sesetengah pihak.

Namun, Kita terpaksa nyatakan. Apa tidaknya, berbilion Wang zakat Dan selainnya diperuntukkan untuk umat Islam, tetapi keadaan yang Kita lihat terus menyayat hati, sehingga Ada keluarga yang terpaksa hidup di bawah jambatan di KL seperti yang dilaporkan media baru-baru ini (Hidup Bawah Jambatan) .

Ke mana pergi segala peruntukan ini. Kita kehairanan, Wang zakat ratusan juta, namun si miskin terus menderita. Dapatan zakat berlipat-lipat, si miskin terus merempat.

‘Hantu’ manakah yang mencuri atau menipu Wang zakat Kita, sehingga yang berhak tidak memperolehinya? Tangan-tangan siapakah gerangan? Jembalang di hutan, atau lebai berserban? Yang menggunakan nama syaitan, atau yang menggunakan nama Tuhan? Akhirnya Wang umat Islam ketirisan Dan kecurian.

Di sini, saya ingin menyebut beberapa perkara, antaranya;

1. Kita perlu memuhasabah semula fungsi zakat dalam negara ini. Sejauh manakah kejujuran, kesungguhan Dan ketelusan pengurusan zakat Dan selain zakat yang sepatutnya telah lama membangunkan umat Islam. Artikel saya pada tahun 2007 yang bertajuk: “Zakat Berbaki Atau Kita Kurang Bijak Membahagi” rasanya patut dianalisa.

2. Apa yang berlaku di Wilayah Persekutuan adalah isu didedahkan. Kita tidak tahu bagaimana keadaan pengurusan kewangan umat Islam di negeri-negeri lain. Apa yang Kita pasti laporan kemiskinan yang menyayat hati terus wujud dipelbagi negeri, sementara kemewahan PUZ juga ternyata di pelbagai negeri.

Adakah wujud kesungguhan untuk mereka membaiki keadaan umat Islam? Atau jangan sampai Ada mereka yang mengambil kesempatan atas nama asnaf ‘amilin’ (petugas zakat), sedang tugasan tidak setara mana, tapi habuan yang diambil berlebihan.

3. Kewujudan kes-kes yang seperti ini mengikis keyakinan rakyat terhadap pengurusan atau integriti institusi-institusi yang berjenama agama. Ia akan menyebabkan rakyat berfikir mereka tidak patut menyerahkan urusan agama kepada institusi-institusi ini yang sentiasa terdedah kepada pelbagai persoalan yang meragukan.

4. Merubah institusi-institusi ini agar menjelma dalam peranan yang lebih berkesan Dan baik amatlah sukar Dan bukannya mudah. Ini kait mengait antara satu sama lain. Kepentingan politik, istana, individu Dan berbagai lagi.

Merubah pemerintahan secara keseluruhan mungkin satu percubaan yang boleh dibuat dalam membaiki keadaan ini. Itupun jika pasukan kerajaan baru mempunyai pemikiran yang bersih, jujur Dan terbuka. Jika tidak, hal yang sama akan berulang.

Jam

20 Zulkaedah 1431 H
Oleh : ZAMRI

Seorang lelaki telah pergi ke kedai jam untuk membaiki jamtangannya. Setelah melihat sekali imbas, si pembaik jam bertanyakan tentang harga jam itu.

"Seribu ringgit, " jawab lelaki itu dengan bangga. "Awak telah ditipu, ini jam tiruan, bukan asli. Di mana awak beli?"

Dengan perasaan marah lelaki itu menjawab,
" Di sinilah! "

gangguan syaitan ketika sakaratul maut...

20 Zulkaedah 1431 H
Oleh : awie88

Iblis dan Syaitan akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut.

Syaitan mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan rombongan.Hadith Rasulullah s.a.w.. menerangkan:Yang bermaksud: “Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan Syaitan di waktu maut.”
Rombongan 1

Akan datang Syaitan dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat-lazat.

Maka disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan loba kepada barang-barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barangan Syaitan itu, di waktu itu nyawanya putus dari tubuh. Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah s.w.t. inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya.

Rombongan 2

Akan datang Syaitan kepada orang yang didalam sakaratul maut itu merupakan diri sebagai rupa binatang yang di takuti seperti, Harimau, Singa, Ular dan Kala yang berbisa. Maka Apabila yang sedang didalam sakaratul maut itu memandangnya saja kepada binatang itu, maka dia pun meraung dan melompat sekuat hati.

Maka seketika itu juga akan putuslah nyawa itu dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah s.w.t., matinya itu sebagai Fasik dan Munafik dan ke nerakalah tempatnya.

Rombongan 3

Akan datang Syaitan mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam sakaratul maut itu dengan merupakan dirinya kepada binatang yang menjadi minat kepada orang yang hendak mati itu, kalau orang yang hendak mati itu berminat kepada burung, maka dirupai dengan burung, dan jika dia minat dengan Kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan Kuda lumba (judi).

Jika dia minat dengan dengan ayam sabung, maka dirupakan dengan ayam sabung yang cantik. Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba-raba kepada binatang kesayangan itu dan waktu tengah meraba-raba itu dia pun mati, maka matinya itu di dalam golongan yang lalai dan lupa kepada Allah s.w.t.. Matinya itu mati Fasik dan Munafik, maka nerakalah tempatnya.

Rombongan 4

Akan datang Syaitan merupakan dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh orang yang akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu maka orang yang di dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu. Maka sewaktu itulah maut pun datang dan matilah ia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan nerakalah tempatnya

Rombongan 5

Akan datang Syaitan merupakan dirinya dengan rupa sanak-saudara yang hendak mati itu, seperi ayah ibunya dengan membawa makanan dan minuman, sedangkan orang yang di dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan dan minuman yang dibawa oleh si ayah dan si ibu yang dirupai oleh Syaitan,

berkata dengan rayu-merayu “Wahai anakku inilah sahaja makanan dan bekalan yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga.”

Maka dia pun sudi mengikut pelawaan itu dengan tanpa berfikir lagi, ketika itu waktu matinya pun sampai maka matilah dia di dalam keadaan kafir, kekal ia di dalam neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan semasa hidupnya.

Rombongan 6

Akan datanglah Syaitan merupakan dirinya sebagai ulamak-ulamak yang membawa banyak kitab-kitab, lalu berkata ia: “Wahai muridku, lamalah sudah kami menunggu akan dikau, berbagai ceruk telah kami pergi, rupanya kamu sedang sakit di sini, oleh itu kami bawakan kepada kamu doktor dan bomoh bersama dengan ubat untukmu.” Lalu diminumnya ubat, itu maka hilanglah rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu datang kembali.

Lalu datanglah pula Syaitan yang menyerupai ulamak dengan berkata: “Kali ini kami datang kepadamu untuk memberi nasihat agar kamu mati didalam keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?”

Berkata orang yang sedang dalam sakaratul maut: “Aku tidak tahu.”

Berkata ulamak Syaitan: “Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulamak yang tinggi dan hebat, baru sahaja kembali dari alam ghaib dan telah mendapat syurga yang tinggi. Cubalah kamu lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui Zat Allah s.w.t. hendaklah kamu patuh kepada kami.”

Ketika itu orang yang dalam sakaratul maut itu pun memandang ke kanan dan ke kiri, dan dilihatnya sanak-saudaranya semuanya berada di dalam kesenangan syurga, (syurga palsu yang dibentangkan oleh Syaitan bagi tujuan mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut). Kemudian orang yang sedang dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulamak palsu:

“Bagaimanakah Zat Allah?” Syaitan merasa gembira apabila jeratnya mengena .

Lalu berkata ulamak palsu: “Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu. “

Apabila tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni itu, maka orang yang dalam sakaratul maut itu pun dapat melihat satu benda yang sangat besar, seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi.

Berkata Syaitan: “Itulah dia Zat Allah yang patut kita sembah.”

Berkata orang yang dalam sakaratul maut: “Wahai guruku, bukankah ini benda yang benar-benar besar, tetapi benda ini mempunyai jihat enam, iaitu benda besar ini ada di kirinya dan kanannya, mempunyai atas dan bawahnya, mempunyai depan dan belakangnya.

Sedangkan Zat Allah tidak menyerupai makhluk, sempurna Maha Suci Dia dari sebarang sifat kekurangan. Tapi sekarang ini lain pula keadaannya dari yang di ketahui dahulu. Tapi sekarang yang patut aku sembah ialah benda yang besar ini.”

Dalam keraguan itu maka Malaikat Maut pun datang dan terus mencabut nyawanya, maka matilah orang itu di dalam keadaan dikatakan kafir dan kekal di dalam neraka dan terhapuslah segala amalan baik selama hidupnya di dunia ini.

Rombongan 7

Rombongan Syaitan yang ketujuh ini Syaitan terdiri dari 72 barisan sebab menjadi 72 barisan ialah kerana dia menepati Iktikad Muhammad s.a.w. bahawa umat Muhammad akan terbahagi kepada 73 puak (barisan). Satu puak sahaja yang benar (ahli sunnah waljamaah) 72 lagi masuk ke neraka kerana sesat.

Ketahuilah bahawa Syaitan itu akan mengacau dan mengganggu anak Adam dengan 72 macam yang setiap satu berlain di dalam waktu manusia sakaratul maut. Oleh itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang hampir meninggal dunia akan talkin Laa Ilaaha Illallah untuk menyelamatkan dirinya dari gangguan Syaitan dan Iblis yang akan berusaha bersungguh-sungguh mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut.

Bersesuaian dengan sebuah hadith yang bermaksud: “Ajarkan oleh kamu (orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu: Laa Ilaaha Illallah.”

Tip untuk mengesan Cyber Scam

20 Zulkaedah 1431 H
Oleh : Nazri

Terdapat banyak berita-berita dalam surat khabar tentang Cyber Scam atau Conman yang menipu orang melalui internet. Saya ingin berkongsi beberapa tips berdasarkan pengalaman untuk mengelak diri dari ditipu di internet...

1. Too good to be true - Harga barangan yang terlalu rendah

Kalau jumpa Iphone4 32GB yang harganya RM1200 atau Ipad yang harganya RM900 atau Nikon D90 berharga RM1000 atau lain lain gajet yang harga begitu rendah, kemungkinan besar ianya adalah satu scam. Penjual-penjual ini biasanya menggunakan email address dari free email service seperti live.com, gmail.com etc.

Cara berurusan dengan mereka adalah melalui pos dan email sahaja. Dan bayaran melalui western union. Contoh-contoh klasik ialah seperti website ini - http://www.adpost.com/my/employment/23167/

2. Western Union

Biasanya scammers atau conman dari oversea akan hanya menggunakan perkhidmatan Western Union SAHAJA. Ini adalah salah satu tanda besar yang barangan yang dijual adalah tidak wujud. Salah satu taktik mereka ialah, mereka kata pembeli boleh meletakkan nama sesiapapun (emak, adik, saudara mara) sebagai penerima Western Union dan apabila barang sudah sampai, pembeli kemudian menukarkan nama kepada nama penjual. Masalahnya, sebaik sahaja mereka dapat number rujukan Western Union, duit pembeli akan lesap

3. Deposit duit dahulu

Scam ini banyak orang terkena jika membeli barang di mudah.my atau lain lain klassified website. Kalau barangan lebih dari RM200, lebih baik jumpa dengan penjual dan berurusan COD (Cash On Delivery)

4. Buyer dari oversea

Kalau ada mengiklankan barangan dan ada pembeli dari oversea yang nak beli barang tersebut, kemungkinan besar mereka adalah conman. Antara cara-cara mereka adalah;

a) Mereka membeli barangan untuk dihantarkan kepada saudara mereka di Afrika
b) Mereka sanggup membeli dengan harga yang amat mahal

Tips berurusan jual beli di website...

Mudah.my atau lain lain Classified website - Hanya berurusan secara COD. Ianya adalah selamat dan puas hati kerana kita dapat jumpa penjual dan tengok barang sebelum membeli

Lelong.my - Lihat rating penjual ataupun pembeli. Sekiranya rating mereka adalah 0 atau negative, maknanya kita kena berjaga-jaga. Ini adalah contoh rating saya di

lelong.my - http://www.lelong.com.my/Auc/Feedback/UserRating.asp?UserID=nazron@1


Ebay.com - Lihatlah rating penjual atau pembeli. Juga, lihat tarikh mereka menjadi ahli.Jadi, berhati-hati berurusan di internet !

HAB HIBURAN DI MALAYSIA PERLU DI TEMPAT KHUSUS, NAJIB INGIN WUJUDKAN LITTLE LAS VEGAS?

20 Zulkaedah 1431 H
Oleh : Hafizi Pauzi

PARIT BUNTAR, 28 Oktober : Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebuah hab pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Menurut perancangan Program Tranformasi Ekonomi (ETP) yang dikeluarkan kelmarin, pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebagai hab hiburan malam bagi memacu industri pelancongan.

Mengulas perkara yang sama, Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) berpendapat cadangan kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab hiburan malam bagi memacu industri pelancongan patut dilaksanakan di tempat yang khusus.

Menurut ketua Wiranya Arman Azha Abu Hanifah bahawa (Dalam) soal agama, Wira Perkasa tidak kompromi dalam memartabatkan agama, bangsa dan tanah air.

“Kita mahu kepastian, apa yang diperjuangkan oleh PERKASA selama hari ini? Bukankah entiti bangsa Melayu menjadi agenda induk dalam NGO itu?” soal Drs. Khall Idham Lim, ADUN Titi Serong yang juga ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak.

Malayu sinonim dengan pengamalannya yang bercirikan Islam dan telah termaktub di dalam perlembagaan dalam Perkara 160(2), mengapa akur dengan cadangan Perdana Menteri yang secara jelas bercanggah dengan Islam?, maka disini kita akan dapati kepincangan berlaku terhadap peranan Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu.

Tugas majlis ini mencegah para palaku maksiat dari melakukan perbuatan maksiat, akan tetapi dalam masa yang sama, perintah tertingginya pula melawan arus secara “atas meja” dan bukan lagi berselindung di “bawah meja”.

NGO yang memperjuangkan Melayu ini rupanya tidak jadi “hero” dalam situasi tertentu, malah membiarkan, bahkan lebih teruk dari itu, membari pandangan serta saranan pula berkenaan isu hab hiburan sebagaimana dicadangkan di dalam ETP.

حُفَّت الجنة ُبالمكاره و النارُ بالشهوات

"Lorong ke syurga itu perlu melalui duri-duri (melawan nafsu), dan lorong ke Neraka itu dengan mengikuti hawa nafsu". (Riwayat Abu Daud & Ahmad, Albani : Sohih )

Hadis :

أن الله تعالى يقول لآدم: إن الله يأمرك أن تبعث من ذريتك بعثا إلى النار، فيقول: يا رب من كم؟ فيقول: من كل ألف تسعمائة وتسعة وتسعون, وواحد في الجنة

Ertinya : sesungguhnya Allah swt berkata kepada Adam (a.s) : Sesungguhnya Allah akan membangkitkan zuriat kamu dengan sekumpulan akan ke neraka, maka berkata Adam : Wahai tuhanku, berapa ramai jumlah mereka. Jawab Allah : dari setiap seribu orang, sermai 999 akan ke neraka dan hanya seorang ke syurga. ( Riwayat Ahmad & At-Tabrani dengan sanad yang baik : Majma’ Az-Zawaid, no 18621)

Dari hadis di atas, jelas dinyatakan nisbah penduduk syurga dengan neraka dari 1000 orang, 999 akan dihumban ke neraka dan hanya seorang sahaja yang layak ke syurga. Justeru, mengapa industri nafsu ingin dijadikan sumber pendapatan?

Drs. Khalil : PAS meletakkan calon terbaik di Galas, Rakyat akan buat pilihan terbaik.

20 Zulkaedah 1431 H
Oleh : Hafizi Pauzi

GUA MUSANG, 28 oktober :- Calon BN Abdul Aziz Yusof mula memperlihatkan personalitinya semalam apabila beliau tampil berucap di satu majlis di daerah mengundi Batu Papan bersama Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kata ADUN Titit Serong, Drs. Khalil Idham Lim semasa ditemui disini hari ini
Dalam ucapannya, beliau menyebut bahawa jika mahu menjadi pemimpin bukan bergantung kepada ijazah yang berjela-jela, tetapi yang penting adalah kemampuan dan kesanggupan berkhidmat.

Menurut Drs. Khalil pada masa sekarang, Negara kini telah memiliki rakyat yang berpendidikan, dianggarkan tidak kurang dari 20 univerisiti awam wujud di Malaysia, rakyat makin berpendidikan tinggi, justeru pemimpin juga perlu berpendidikan seperti kebanyakan rakyat.

Yang menghairankan beliau (calon BN) menyifatkan dirinya seperti tun Ghafar Baba, contoh sebegitu tidak sesuai lagi jika hendak dibandingkan dengan situasi dan keperluan sekarang.

Jelas Drs. Khalil Tambahnya lagi yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak menyatakan walau apa pun rakyat berhak memilih samada inginkan pemimpin yang berpendidikan tinggi atau hanya memilih pemimpin yang hanya berkelulusan SPM. Tetapi tindakan mempertahankan diri sendiri dengan memperlekeh ijazah yang dimiliki oleh orang lain adalah tindakan yang tidak matang.

“Diam sahaja cukuplah, dan bercakap soal apa nak dilakukan digalas, itu lebih menampakkan kematangan” Katanya.

Bila ditanya mengenai apakah kewajaran kenyataan calon BN berkata seperti itu, Drs. Khalil berkata jika nilai serta karisma diri calon tersebut sudah sedia hebat, contohnya berkebolehan besar dalam penyampaian maklumat, jaguh dalam ilmu, mempunyai kebolehan berhujjah dengan fakta dan berwawasan tinggi serta komited membela hak rakyat, kemungkinan besar, pihak lawan tidak akan mempersoalkan mengenai kelulusan calon PAS Dr. Zul.

Walaubagaimana pun, kebergantungan ilmu pada pemimpin seharusnya menjadi titik tolak yang penting dalam memimpin rakyat pasca kemajuan keilmuan yang semakin rancak sekarang ini.

Tambahnya lagi Pakatan Rakyat telah meletakkan calon terbaik yang berkelulusan Doktor perubatan, dan saya yakin pengundi di Galas akan membuat pilihan yang terbaik pada 4 November akan datang. Jelasnya lagi.

Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS Lenggong di Markaz PAS Lawin

20 Zulkaedah 1431 H
Oleh : Mohd Syamil Azhar

LENGGONG: Selepas beberapa tahun hasrat untuk melihat munculnya sayap kanan PAS kawasan, iaitu Dewan Pemuda PAS Kawasan Lenggong, akhirnya menjadi kenyataan apabila lahirnya anak bongsu pemuda PAS Perak itu.

Anak bongsu daripada 24 kawasan Dewan Pemuda PAS (DPP) seluruh Perak itu lahir dengan bergaya disaksikan Ketua DPP Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan, AJK DPP Pusat, Ustaz Kamal Shaari, Ketua DPP Perak, Ustaz Zawawi Hassan, Naib Ketuanya, Saudara Salman Salleh dan Setiausaha DPP Perak, Saudara Raja Ahmad Al Hiss.

Turut menyaksikan perkembangan menarik bertempat di Markaz PAS Lawin itu saf kepimpinan DPP Perak dan beberapa Ketua Pemuda PAS kawasan lain.

Yang DiPertua PAS Kawasan Lenggong, Haji Razman Zakaria sendiri yang bertanggungjawab sehingga terlahirnya sayap kanan parti di peringkat kawasan itu hadir sama memeriahkan suasana mesyuarat agung itu.

Mesyuarat agung itu dirasmikan oleh Ustaz Zawawi, manakala ucapan penangguhannya disampaikan oleh Ustaz Nasruddin sendiri.

Ustaz Abdul Karim Mahmud yang menerajui kepimpinan penaja dewan berkenaan sebelum ini, terpilih mengetuai DPP PAS Lenggong diikuti timbalannya, Ustaz Mohd Wazir Haji Mat Zain dan Saudara Ahmad Yeop Zubaidi sebagaqi naib.

Pada sebelah malamnya Ustaz Nasruddin menyampaikan ucapan kemuncak dalam program ceramah yang didahului ucapan Raja Ahmad dan Haji Razman sendiri di hadapan kira-kira 800 hadirin.

SELAMAT BERJUANG JENTERA PAS PERAK DI DUN GALAS N 45

20 Zulkaedah 1431 H
Oleh : mohd hafez sabri

GALAS: Pesuruhjaya PAS Perak memberi kata-kata semangat kepada seluruh jentera PAS Perak yang diamanahkan bertugas di DUN Galas ( N 45 ) agar terus berjuang dan beristiqamah dalam memastikan kemenangan calon PAS, Dr Zulkefli Mohamad bagi memenangi kerusi DUN Galas ( N 45 ) .

Beliau menyatakan bahawa kemenangan PAS di Galas ini amat penting bagi meneruskan agenda perjuangan PAS bumi Kelantan Darul Naim.

Memetik ucapan beliau, "Permatang Pauh, Permatang Pasir, Penanti, Bukit Selambau, Bukit Gantang, Manek Urai telah mencatat sejarah kemenangan dalam pilihanraya kecil (PRK) kepada PR dengan pencapaian yang begitu baik.

Manakala di Kuala Terengganu yang terletak di timur pula juga telah mengukir kemenangan apabila kita berjaya mengambil kerusi tersebut dari tangan BN.

“Kini tiba pula giliran Galas untuk memberi mesej yang lebih jelas kepada BN, bahawa rakyat pelbagai kaum di negara ini mahukan PR mentadbir Malaysia dan membuka lebaran baru untuk rakyat dalam membangunkan sebuah negara yang adil dan berkebajikan”.

Sehubungan dengan itu beliau berharap agar jentera PAS Perak sentiasa meningkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT dalam setiap ibadah dan gerak kerja yang dilakukan, ini kerana kemenangan sebenar adalah apabila adanya bantuan Allah SWT dalam perjuangan kita, dan seluruh jentera PAS Perak juga perlu bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan pilihanraya di Perak.

"Semoga momentum kemenangan PR dalam PRK yang berlaku sebelum ini, memberi gambaran awal bahawa Perak akan kembali berada dibawah kepimpinan Pakatan Rakyat", jelas beliau.

Dr Zulkefli ajak calon BN lumba lari atau tarik tali

20 Zulkaedah 1431 H
Oleh : Salhan K Ahmad

Calon PAS bagi pilihan raya kecil DUn Galas, Dr Zulkefli Mohamed tidak berkecil hati dengan ejekan kem BN mengenai fizikalnya yang agak gemuk, tetapi melihat perkara itu dengan berlapang dada.

Malah, secara berjenaka juga beliau menyatakan kesudiannya untuk bertanding dengan calon BN Abdul AzizYusof – sama ada dalam lumba lari ataupun tarik tali.

Beliau juga berkata demikian dalam semangat “perlawanan persahabatan” yang dianjurkan BN dalam pilihan raya kecil DUN Galas kali ini.

Keadaan “perlawanan persahabatan” ini dapat dilihat melalui suasana kempen yang masuk hari ketiga hari ini.

Diperhatikan, kempen di Galas berlangsung dengan sederhana dan agak tenteram.

Walaupun bendera parti sudah banyak dipasang di sekitar kawasan tumpuan pengundi, poster bagi calon yang bertanding tidak banyak yang dilihat.

Malaysiakini/-

Patologi: Peluru tembusi tengkorak Aminul

20 Zulkaedah 1431 H

Aminulrasyid Amzah, remaja yang mati beberapa bulan sebelum sempat meraikan hari jadi ke-15nya pada 26 April 2010, tidak ditembak dari jarak dekat.

Menurut ahli patologi Dr Khairul Azman Ibrahim, dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, tembakan yang dikesan itu berbentuk bulat dan bukan “berbentuk bintang dalam kes-kes yang ditembak kurang daripada jarak satu kaki”.

Katanya juga, tiada kesan terbakar - satu ciri ketara dalam luka yang ditembak dari jarak dekat.

"Saya juga dimaklumkan oleh pegawai penyiasat terdapat lubang peluru di cermin belakang kereta (dipandu Aminulrasyid)," katanya.

Khairul berkata remaja berkenaan mati “beberapa saat atau minit” selepas peluru mengenai bahagian kiri belakang tengkoraknya dan menembusi otak sebelum keluar dari tengkorak daripada bahagian kanan, berhampiran keningnya.

"Peluru tembus di bahagian depan tengkorak tetapi bukan di kulit menyebabkan bahagian sekitar lebam di bahagian kening mata kanan,” katanya.

Menurut beliau lagi peluru juga dijumpai di bawah kulit.

Beliau juga memaklumkan kepada Mahkamah Sesyen Shah Alam, luka lain seperti kesan calar adalah kemungkinan akibat pergeseran dengan objek tumpul yang mungkin disebabkan oleh perlanggaran atau hentakan dari dashboard kereta.

Katanya lagi, beliau menerima mayat remaja itu pada jam 5.55 pagi 26 April 2010 dan badannya sudahpun kaku, menunjukkan Aminulrasyid sudah mati lebih empat jam.

Aminulrasyid ditembak pada jam 1.30 pagi 26 April tahun lalu di Jalan Tarian 11/2, Shah Alam, kira-kira 50 meter dari persimpangan di rumahnya.

Koperal Jenain Subi, 48, dituduh menembak mati remaja tersebut selepas keretanya dikejar polis dan berdepan dengan hukuman 30 tahun penjara jika sabit kesalahan.

Malaysiakini/-

DAP dakwa kerajaan diskriminasi bina SJK Cina

20 Zulkaedah 1431 H
Oleh : Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 27 Okt: Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming mendakwa kerajaan mengamalkan diskriminasi dalam pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina apabila hanya menyiapkan dua daripada 19 buah yang dijanjikan.

Kor Ming yang juga Penolong Bendahari DAP Kebangsaan berkata, kerajaan juga telah mengurangkan 48 buah SJKC sedangkan sekolah berkenaan mengalami pertambahan murid.

“Saya berasa sangat kesal walaupun kerajaan dalam manifesto pilihan raya telah berjanji untuk memindah enam buah sekolah dan membina 13 buah sekolah jenis kebangsaan Cina yang baru. Setakat hari ini hanya dua buah sahaja yang siap yang 17 buah masih belum dalam operasi.

“Jumlah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina telah berkurangan sebanyak 48 buah. Bayangkan jumlah murid sekolah di sekolah jenis kebangsaan telah bertambah daripada 320 ribu menjadi 640 ribu dan antaranya 75 ribu bukan Cina, tapi Melayu dan India.

“Ini bermaksud sekolah jenis kebangsaan adalah sekolah yang diiktiraf dan menerima semua rakyat tanpa mengira kaum,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Beliau turut menggesa kerajaan memansuhkan tiga surat pekeliling dan garis panduan yang didakwa mengamalkan diskriminasi terhadap SJK (C).

Salah satu garis panduan yang dipersoalkan mengenai tindakan kerajaan hanya membenarkan tapak sekolah rezab milik kerajaan dibina sekolah kebangsaan sahaja kecuali mendapat pengecualian daripada menteri.

“Mengapa tapak sekolah rezab kerajaan, tidak boleh dibina semua sekolah tanpa mengira SJK (C) atau SJK (T) dan perkara ini tidak adil adil sama sekali?” soalnya.

Menurutnya, dua lagi garis panduan dan surat pekeliling yang ditetapkan kementerian juga tidak munasabah, antaranya terpaksa mengumpulkan sendiri dana sebanyak 80 peratus bagi SJK untuk membina bangunan baru.

“Semua lembaga pengelola sekolah SJK (C) dan SJK (T) yang ingin membina sekolah baru atas kesesakan bilik darjah perlu mengumpul sendiri dana 80 peratus baru boleh mengemukakan permohonan,” katanya.

Sehubungan itu, katanya masyarakat Cina dalam negara ini perlu menangung perbelanjaan RM 100 juta setahun sebagai sumbangan peribadi kepada sekolah jenis kebangsaan sejak negara merdeka.

Beliau juga mempertikai tindakan kementerian yang tidak membenarkan murid yang belajar di sekolah kebangsaan bertukar ke SJK.

“Saya menerima pelbagai rayuan daripada ibu bapa tetapi masih tidak dibenarkan pertukaran biarpun rayuan demi rayuan dikemukakan.

“Alasan Kementerian Pelajaran prestasi sekolah kebangsaan diukur berdasarkan berapa ramai murid bukan Melayu belajar di sekolah kebangsaan tidak masuk akal,” katanya.

Beliau dalam sesi soal jawab dalam Dewan sebelum itu meminta Menteri Pelajaran menyatakan secara terperinci satu demi satu status terkini pembinaan 19 buah Sekolah Jenis Kebangsaan SJK (C) yang diumum serta dijanjikan oleh kerajaan pada 31 Januari 2008 serta kos terlibat dalam menyiapkan sekolah-sekolah tersebut.

Harakahdaily/-

Tak percaya kerajaan, PM pun boleh menipu

20 Zulkaedah 1431 H
Oleh : Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 27 Okt: Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut mendakwa Bajet 2011 yang dibentang Perdana Menteri tidak seimbang.

Berucap membahaskan bajet di Dewan Rakyat beliau berkata, bajet tersebut hanya memfokuskan pembangunan di Lembah Klang dan mengenepikan pembangunan di negeri-negeri lain.

Beliau memberi contoh peruntukan pembangunan sebanyak RM6 bilion kepada Kuala Lumpur ekoran jangkaan peningkatan 6 juta penduduk menjelang 2015.

Sedangkan, katanya jumlah itu adalah bersamaan peruntukan pembangunan untuk 40 tahun negeri-negeri lain.

"Rakyat semua negeri bayar cukai, sepatutnya tumpuan sama diberikan.

"Saya kira kerajaan perlu mencari formula baru dalam pemberian peruntukan ini," katanya yang memberi contoh Kanada yang menggunakan formula berasaskan sumber yang terdapat di negeri.

Ketidakseimbangan ini juga jelasnya akan terus meletakkan negeri-negeri yang rakyatnya miskin, terus miskin biarpun mempunyai sumber dalam negeri.

"Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak terus terabai. Empat buah negeri ini rakyatnya paling ramai miskin, sedangkan negeri-negeri ini mempunyai sumber petroleum.

"Some thing has gone wrong some where (sesuatu yang buruk berlaku di mana-mana)," katanya.

Negara pada tahun 2009, katanya memperolehi pendapatan sebanyak 42% daripada sumber petroleum dari keempat-empat buah negeri tersebut.

Maka ujarnya, sangat wajar jika hak bayaran royalti khususnya terhadap Kelantan dan Terengganu diberikan.

"Saya masih ingat janji Perdana Menteri pada PRK Kuala Terengganu dua tahun lepas nak bagi semula bayaran royalti Terengganu, tapi sampai sekarang tak bagi.

"Sekarang berlaku krisis keyakinan, orang tak percaya kerajaan, PM pun boleh menipu," katanya.

Harakahdaily/-

Ubah Seri Perdana: RM65j besar bagi rakyat Galas

20 Zulkaedah 1431 H
Oleh : Hafiz Irwan

GUA MUSANG, 27 Okt: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan rakyat supaya berfikir dengan bijaksana terhadap tindakan kerajaan seterusnya menilai sendiri sejauh mana ketelusan kerajaan BN yang sebelum ini mengatakan membela rakyat.

Katanya, pengubahsuaian Seri Perdana, kediaman rasmi Perdana Menteri yang dianggar menelan belanja puluhan juta ringgit membuktikan pemimpin Umno Barisan Nasional (BN) tidak berhemah dalam menangani sistem pengaliran ekonomi negara.

“Kita bayangkan alangkah besar nilai RM65 juta itu jika digunakan untuk bantu rakyat. Kalau di Galas ini sudah berapa ramai rakyat akan dapat faedah dari jumlah yang sebesar itu.

“Tapi malangnya keutamaan pemimpin BN yang lebih berkepentingan sendiri hanya suka ikut citarasa masing-masing sehingga sanggup melihat rakyat jelata dibelenggu kesusahan,” katanya ketika menyampaikan ceramah umum di Kampung Kerinting, dekat sini malam tadi.

Beliau berkata, bertindak tatkala fenomena kewangan tidak menunjukkan perkembangan positif kepada negara adalah satu langkah tidak bertanggungjawab.

“Inilah dasar kerajaan yang lebih pentingkan satu pihak. Mereka seolah-olah tidak fikir tentang ekonomi rakyat.

“Sedangkan kepada rakyat mereka nasihatkan supaya berbelanja secara berhemah,” katanya.

Beliau berkata, pengubahsuaian Seri Perdana dengan peruntukan yang begitu tinggi dianggap satu pembaziran dana rakyat.

Seri Perdana dibina pada tahun 1997 dengan kos RM24 juta dan siap dua tahun kemudiannya.

Bangunan itudiubah suai buat kali pertama pada tahun 2005 yang menelan belanja hampir RM6 juta.

Harakahdaily/-

Candu hiburan agar rakyat lalai petaka rasuah

20 Zulkaedah 1431 H

KUALA LUMPUR, 27 Okt: PAS kesal terhadap cadangan kerajaan BN di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak yang mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, ini adalah petanda pemimpin negara sudah bankrap idea dan muflis akhlak sehingga sanggup memperjudikan moral rakyat di negara ini.

“Kenapa pemimpin BN sanggup untuk mencadangkan idea yang melawan arus dan berpaling ke belakang seolah-olah tidak ada jalan lain untuk menjana kewangan di negara ini?” soalnya.

Katanya, ketika semua pihak memikirkan mengenai keruntuhan akhlak seperti buang bayi, perzinaan, gadis hilang, gadis lari rumah, pembunuhan, lumba haram dan sebagainya, tiba-tiba kerajaan boleh mencadangkan program yang boleh diibaratkan seperti meletak baja di sebelah tangan kanan dan mencurah racun di sebelah kiri.

“Apakah ini sabahagian daripada cadangan APCO Yahudi yang memang hendak menawan dunia melalui penaklukan moden tanpa pertumpahan darah sebaliknya dengan membunuh benih iman dan akhlak di negara ini,” soalnya lagi.

Mereka, ujarnya mencari jalan pintas dengan mencadangkan perkara tersebut untuk meningkatkan pendapatan negara sebagai sebuah negara maju 2020.

Tambahnya, lebih mengejutkan lagi Projek Penggerak Ekonomi (EPP) juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020.

“Walaupun projek ini untuk menarik pelancong luar negara berhibur dan berbelanja, namun kesannya tetap akan dirasai oleh rakyat di negara ini.

“Sebenarnya rancangan ini untuk menjadikan rakyat lalai dengan hidangan ‘candu hiburan’ dan melupakan malapetaka rasuah yang terus mencengkam negara di tangga ke 56,” ujarnya.

Buktinya, kata beliau Indeks Persepsi Rasuah yang dijalankan oleh Transparency International (TI) tetapi mata yang dikutipnya terus merosot daripada 4.5 kepada 4.4. Markah itu membuktikan bahawa negara telah gagal mencapai sasaran Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang meletakkan sasaran mereka daripada 4.5 kepada 4.9 daripada markah maksimum -10 mata.

Laporan Ketua Audit Negara 2009, ujarnya menggambarkan kegagalan kerajaan umno BN berterusan tidak menunjukkan kebolehan mengurus sehingga banyak berlaku ketirisan di banyak kementerian.

Menurutnya, walaupun dengan berbagai slogan yang dikemukakan seperti Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Program Transformasi Ekonomi (ETP), namun hasilnya adalah sama sahaja.

Beliau berkata, semuanya akibat kejahilan dan rosaknya integriti di kalangan pemimpin negara menyebabkan pelabur luar meluat untuk datang ke negara ini.

Buktinya, kata beliau laporan yang dikeluarkan oleh Sekretariat Negara-Negara Asean, Malaysia hanya mampu meraih pelaburan bernilai USD1,381 juta sahaja pada 2009 berbanding USD7,318 juta pada 2008.

Katanya, kejatuhan nilai pelaburan itu adalah yang tertinggi berbanding negara Asean lain.

Harakahdaily/-

ETP bakal hancurkan generasi muda

20 Zulkaedah 1431 H

KUALA LUMPUR, 28 Okt: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengingatkan Perdana Menteri dan kerajaan agar mengambil kira faktor perkembangan generasi muda dalam memacu negara.

“Jangan hanya melihat kepada keuntungan semata-mata, aspek pendidikan generasi muda dikorbankan,” kata Ketua Penerangan DPPWP, Fadhil Osman.

Sehubungan itu, tegasnya DPPWP membantah sekeras-kerasnya tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan.

Tindakan itu menurut Najib adalah untuk memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Katanya, DPPWP terkejut kerana kerajaan sanggup mengenepikan sentimen rakyat khususnya umat Islam dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan ‘mempakejkan’ semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.

EPP seperti yang dilaporkan akan menubuhkan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu, ujarnya.

Beliau menambah, langkah kerajaan itu akan menyaksikan penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012.

Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014. Dikatakan menjelang tahun 2014, akan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam di zon hiburan.

“Dalam hal ini, DPPWP mempersoalkan apakah Perdana Menteri mahu rakyat Malaysia hidup dengan bercandukan hiburan, hidup dan mati di dalam kelab malam yang bakal bercambah di mana-mana.

“Apakah Perdana Menteri dan kerajaan tidak sedar bahawa pengaruh kelab malam dalam merancakkan industri maksiat yang mendorong perlakuan zina, sumbang mahram, rogol, minum arak, dadah, pelacuran, rogol dan lain-lain lagi?” soalnya.

Beliau mempersoalkan, dalam keadaan isu pembuangan bayi, remaja mengandung tanpa nikah, seks bebas masih belum selesai, adakah Perdana Menteri mahu menambah koleksi dosa terhadap rakyat Malaysia.

Kerajaan juga, katanya seakan tidak sensitif tentang isu halal dan haram dengan menggunakan hasil pendapatan dari kelab malam yang dikatakan akan meraih sebanyak RM0.7 bilion pada tahun 2020 dan menggajikan 5,614 pekerja.

Tambahnya, kerajaan seakan sudah buntu bagaimana untuk meraih pendapatan negara serta menarik pelancong ke Malaysia, justeru terpaksa merancakkan penubuhan kelab-kelab malam.

Selain itu, ujarnya DPPWP merasa skeptikel dengan langkah kerajaan yang mahu melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa.

Menurutnya, dengan beberapa syarat ketat Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) seperti penarafan kelas A berasaskan pada kedudukan 100 teratas carta billboard sejak lima tahun yang lalu, menarik 2,500 penonton bagi setiap acara; dan telah membuat pertunjukan di tiga tempat antarabangsan, ia menambah keraguan siapakah artis yang akan dibawa masuk ke Malaysia.

Jelasnya, rakyat sudah serik dengan penampilan artis simbol seks seperti Avril Lavigne, Rihanna serta Adam Lambert ikon gay yang membuat persembahan baru-baru ini.

“Ingatlah bahawa populariti artis tidak menjamin kebaikan untuk rakyat Malaysia khususnya anak-anak muda,” ujarnya lagi.

Harakahdaily/-

Wartawan antara 15 korban Gunung Merapi

20 Zulkaedah 1431 H

Seorang wartawan portal berita vivanews.com adalah antara 15 yang ditemui mati di dalam dan sekitar halaman rumah jurukunci Gunung Merapi, Mbah Maridjan di kaki gunung itu yang meletus petang semalam.

Mayat wartawan itu ditemui dalam rumah Mbah Maridjan bersama tiga yang lain manakala mayat selebihnya ditemui bergelimpangan di halaman rumah jurukunci Merapi itu di daerah Sleman apabila pasukan penyelamat sampai ke situ pukul 10 malam tadi.

Semua mereka ditemui dalam keadaan sukar dikenali kerana melecur seluruh tubuh akibat suhu tinggi awan panas debu volkanik yang turun sebagai hujan abu apabila gunung berapi teraktif di dunia itu meletus semalam.

Sebagai jurukunci gunung itu, Mbah Maridjan, ialah seorang warga emas yang kontroversial kerana enggan meninggalkan rumahnya, yang merupakan rumah terakhir sebelum ke puncak gunung berapi itu semasa letusan Merapi pada 2006 tetapi terselamat dalam bencana itu.

Bagaimanapun, nasib Mbah Maridjan belum diketahui, sama ada terselamat atau terkorban dalam insiden berkenaan.

Semalam seorang bayi turut mati akibat letusan gunung berapi itu kerana kesan lecur.

Sementara itu sekumpulan 34 pelajar Malaysia yang sedang menuntut di sebuah pesantren (institusi agama) di Magelang, 15 km dari gunung berapi itu beserta 10 yang lain telah dipindahkan oleh para pegawai Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta ke Solo tengah malam tadi.

Kesemua mereka dibawa dengan dua buah bas dan sebuah kenderaan APV termasuklah dua warganegara Singapura, 3 wanita isteri kepada pelajar dan
dua bayi perempuan.

Misi pemindahan itu diketuai oleh Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia Datuk Dr Junaidy Abu Bakar dengan dibantu pegawai-pegawai kedutaan serta Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia Indonesia.

Sementara itu Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta telah membuka Bilik Operasi 24 jam mulai malam tadi bagi menyalurkan maklumat terkini dan melayan pertanyaan rakyat Malaysia di Malaysia mengenai letusan Gunung Merapi.

Ketua Canseri Raja Reza Raja Zaib Shah berkata bilik gerakan itu memantau perkembangan terkini kejadian bencana itu.

Malaysiakini/-

Umno BN tidak yakin media arus perdana

20 Zulkaedah 1431 H
Oleh : Mohd Nor Yahya

GUA MUSANG, 27 Okt: Keresahan Umno BN untuk mendapat sokongan pengundi di Dun Galas semakin terserlah apabila mereka terpaksa mengeluarkan sendiri bahan cetak SUARA GALAS pada hari penamaan calon untuk dijadikan bahan kempen.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, sedangkan dalam masa yang sama, mereka telahpun mempunyai pelbagai saluran media cetak dan elektronik.

Ketika ditemui mengulas perkara tersebut, katanya penyebaran risalah empat muka yang diterbitkan oleh Badan Perhubungan Umno negeri itu jelas menggambarkan mereka tidak lagi menaruh keyakinan akhbar arus perdana milik mereka untuk menawan hati pengundi di Dun Galas.

Beliau berkata, perbuatan tersebut seolah-olah meniru langkah PAS yang telah mengeluarkan GALAS KITO pada edaran pertama sehari sebelum penamaan calon.

“PAS telah mengambil langkah proaktif dalam penyebaran maklumat kepada pengundi kerana kita sedar sebaran media terhadap pelbagai aktiviti kita amat terhad, kita hanya ada Harakah, dikeluarkan dua kali seminggu sahaja,” ujar beliau.

Sementara itu, Yamin Hamid, 35, dari Kampung Lembaga, Sungai Terah berkata, Umno BN yang menyebarkan risalah tersebut kerana mereka sedar akhbar arus perdana tidak mendapat sambutan di Gua Musang.

"Kalau dah orang umno-BN sendiri pun tak yakin dengan akhbar harian mereka, tak kanlah kita di Gua Musang ini pula nak percaya berita yang disebarkan oleh akhbar tersebut.

Bagi Nurul Hidayah Ahmad, 27, Batu Papan pula berkata, semasa berada di tempat pernamaan calon turut mendapat senaskah akhbar harian secara percuma.

“Nampak sangat pihak Umno BN ini terdesak untuk menyebarkan maklumat palsu mereka, sehinggakan sanggup mengedar akhbar secara percuma pada hari tersebut,” katanya lagi.

Harakahdaily/-

Kain rentang 'DAP harbi' - Pakatan berang

20 Zulkaedah 1431 H
Oleh : Lee Way Loon

Sehelai kain rentang dijumpai pagi ini tergantung di kawasan pekan Gua Musang dengan ayat berbunyi: “Kenapa PAS masih menyokong DAP (harbi)?”Harbi merujuk kepada penduduk bukan Islam dan kafir yang berperang menentang Islam.

Ia juga menghuraikan tindakan pengerusi kebangsaan DAP, Karpal Singh sebagai pemimpin yang didakwa 'hina perjuangan Islam'.

Meskipun semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin Husein memberikan amaran supaya semua pihak tidak menggunakan isu agama dan kaum dalam kempen mereka, namun PAS mendakwa lawannya telah memulakan serangan dengan isu agama.

Kain rentang ini merujuk kepada laporan akhbar yang dibuat oleh Karpal lebih 10 tahun lalu yang bertajuk "Mahu wujudkan negara Islam langkah mayat kami dulu - Karpal Singh".

Ia juga mempertikaikan mengapa PAS masih menyokong DAP yang disifatkan mereka sebagai harbi.Kain rentang itu kemudiannya diturunkan oleh pekerja pilihan raya PAS dan DAP.

Bercakap pada sidang media selepas menurunkan kain rentang itu, penasihat jentera pilihan raya Galas, PAS, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan setiausaha publisiti DAP, Tony Pua membidas tindakan itu yang dianggap rasis dan tidak demokratik.

Menurut Rahim, mesej kain rentang itu juga bertentangan dengan Islam.

“Adalah perkauman bagi menuduh seseorang itu sebagai 'harbi', kerana 'harbi' melambangkan perang terbuka dengan Islam,” katanya yang juga ahli parlimen Kota Baru. Menurutnya tindakan itu cuba membuat orang Islam marah.

"Sebagai penasihat jentera pilihan raya PAS, saya ingin jelaskan di sini: ini adal;ah PAS lawan Umno. Bukan DAP yang bertanding di Galas.

Kain rentang ini yang mengecam PAS itu juga didapati tidak mempunyai sebarang nama penerbitnya sepeerti yang disyaratkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.

Sementara itu, Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua juga mempertikaikan kain rentang itu dan mempersoalkan kempen sopan-santun yang dijanjikan oleh pengarah pilihan raya BN, Tengku Razaleigh Hamzah.

Bagi beliau, kempen yang dijalankan Umno di Galas ini tiada etika dan tiada kelas langsung.

"Umno tidak pernah berubah," kata Tony Pua.

Malaysiakini/-

Audit: K'jaan persekutuan terlebih belanja RM4.83b

20 Zulkaedah 1431 H
Oleh : Wong Teck Chi

Kerajaan persekutuan telah terlebih belanja RM4.83 bilion tahun lalu. Ini merupakan defisit kedua tertinggi selepas tersasar bajet operasi RM5.7 bilion pada tahun sebelum itu.

“Ini menunjukkan masih terdapat kelemahan dan perancangan kewangan dan pengurusan,” petik Laporan Ketua Audit Negara 2009 sambil menekankan bahawa perbelanjaan sepatutnya hanya dilakukan selepas mendapat kelulusan.

Laporan itu juga mendedahkan 11 agensi - termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Perkhidmatan Awam dan 10 kementerian telah berbelanja melebihi bajet operasi mereka sehingga sebanyak RM3.61 bilion.

Ketua Audit Negara juga mendapati 15 kementerian dan agensi terlebih berbelanja RM3.74 bilion bagi 42 projek di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan.

Senarai teratas adalah Kementerian Pertahanan yang terlebih belanja RM2.03 bilion untuk tiga projek, diikuti oleh Kementerian Pelajaran ((RM927 juta untuk empat projek) dan Jabatan Perbendaharaan (RM547 juta untuk dua projek).

Sementara itu, hutang tertunggak oleh kerajaan-kerajaan negeri kepada kerajaan persekutuan pula terkumpul sebanyak RM4.6 bilion atau 13.3 peratus melebihi jumlah RM4.08 bilion yang dicatatkan pada 2008.

Selangor adalah pemiutang terbesar (RM829.86 juta), diikuti Johor (RM809.89 juta), Kedah (RM706.68 juta), Pahang (RM565.08 juta) dan Negri Sembilan (RM504.50 juta).

Jumlah hutang tertunggak itu terus meningkat meskipun RM204.27 juta dalam pembekalan perjanjian air kepada lapan negeri telah diserap oleh kerajaan persekutuan.

Menurut laporan itu 607 (50.5 peratus) daripada 1,203 pinjaman yang disalurkan kepada kerajaan negeri adalah hutang yang diberikan antara satu hingga 13 tahun lalu.

Bagi badan berkanun, Perbadanan Aset Keretapi (RM1.02 bilion) adalah pemiutang terbesar manakala Perwaja Terengganu Sdn Bhd menduduki senarai syarikat dengan hutang terbesar (RM1.8 bilion).

Malaysiakini/-

10 PERINGATAN BUMI

20 Zulkaedah 1431 H
Oleh : nina mazrina

berkata Anas Bin Malik r.a;

Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara.

1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.

2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.

3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.

4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.

5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.

6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku.

7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.

8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.

9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.

10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku.

6 WASIAT SAIDINA UMAR AL-KHATTAB

20 Zulkaedah 1431 H
Oleh : nina mazrina

Suatu hari Umar Bin Khattab r.a. bertutur kepada sebahagian sahabatnya;Aku berwasiat kepadamu enam perkara :

Jika engkau menemukan cela pada seseorang dan engkau mahu mencacinya, maka cacilah dirimu. Kerana, celamu lebih banyak darinya.

Bila engkau hendak memusuhi seseorang, maka musuhilah dahulu perutmu. Kerana, tidak ada musuh yang lebih berbahaya terhadapmu selain perut.

Bila engkau hendak memuji seseorang, pujilah ALLAH s.w.t.! Kerana, tiada seorang manusia pun lebih banyak dalam memberi kepadamu dan lebih santun lembut kepadamu selain DIA.

Jika engkau ingin meninggalkan sesuatu, maka tinggalkanlah kesenangan dunia. Sebab, andaikata engkau meninggalkannya, bererti engkau terpuji.

Bila engkau bersiap-siap untuk sesuatu, maka bersiaplah untuk mati. Kerana, jika engkau tidak bersiap untuk mati, engkau akan menderita, rugi penuh penyesalan.

Bilamana engkau ingin menuntut sesuatu, maka tuntutlah Akhirat. Kerana, engkau tak akan memperolehnya kecuali dengan mencarinya.”