07 October 2010

Islam Hak Semua Manusia

27 Syawal 1431 H
Oleh: Dr Azman Ibrahim

Islam bukan hak ekslusif bangsa Melayu atau mana-mana bangsa. Islam agama Allah, tuhan semua bangsa. Allah sebagai tukang buat manusia menciptakan manusia dari pelbagai bangsa dan keturunan dan Allah jugalah yang menurunkan Islam untuk menjadi pegangan manusia. Tiba-tiba mana mungkin boleh jadi Islam sesuai untuk satu bangsa tapi tak sesuai untuk satu bangsa lain, seolah-olah bangsa lain ada tuhan lain yang buat, bukan Allah.

GAMBAR-Ceria dalam perjuangan. Dari kiri YM Tengku Ahmad, Dr Azman, YB Drs Khalil Idham, Ustaz Pauzi dan Haji Hassan Karim.

Marilah kita tinggalkan perjuangan kebangsaan kerana langit, bumi, bukan bangsa melayu yang buat, bukan bangsa Arab, tapi dibuat oleh tuhan segala bangsa, Allah! Perjuangan Islam yang kita galas, bukan satu pilihan tapi suatu kewajipan bila kita hidup menumpang muka bumi tuhan.

Mana mungkin kita boleh berjalan atas muka bumi tuhan, makan dan minum dari rezeki tuhan, bernafas dengan oksigen tuhan, tiba-tiba kita tak nak buat kerja untuk tuhan, tak nak buat kerja untuk Islam.

Atas dunia pun kalau kita masuk kedai, makan, minum kemudian tak nak bayar, orang akan marah apatah lagi kita tumpang segala-galanya milik Allah, tiba-tiba kita nak semuanya secara percuma. Mana ada jalan.

Alhamdulillah, Islam bukan lagi satu fobia di dalam masyarakat kita. Malah pada malam ini kita menampilkan penceramah berbangsa Cina, YB Drs Khalil Idham Lim Abdullah, Adun Titi Serong.

Indah dan terbukanya PAS kerana boleh terima siapa saja asalkan Islam. Umnolah yang bertanggungjawab mewujudkan suasana fobia masyarakat kepada Islam demi kepentingan politik sempit mereka.

Mereka tahu, kalau masyarakat faham Islam dan mengamalkan cara hidup Islam, mereka akan kehilangan sokongan. Rakyat tak akan sokong Umno lagi. Lantas, demi survival politik, tak apa masyarakat rosak, asal mereka tak hilang sokongan.

Inilah antara intipati ucapan saya dalam program Ceramah Umum sempena Program Hari Raya PAS DUN Langkap. Hadir sama Ustaz Mohd Pauzi Muda, Yang Dipertua Pas Kawasan, YM Tengku Ahmad Tengku Husin, Pengarah DUN Langkap dan Ustaz Rozali Mohammad.

YB Drs Khalil Idham dalam ucapannya menceritakan di Negara Cina terdapat kira-kira 130 juta ummat Islam malah ada satu masjid di sebuah wilayah di Cina, kehadiran solat Jumaat mencecah sehingga 20,000 orang jamaah.

Beliau yang berasal dari Bachok, Kelantan mengucapkan kalimah syahadah ketika berusia 22 tahun mengakui ketenangan berada dalam agama Allah.

Islam mengajar kita, dengan kuasa anugarah Allah, wajib kita berlaku adil kepada semua rakyat walau apa bangsa sekalipun. Inilah yang telah dipraktikkan ketika era kerajaan Pakatan Rakyat Perak.

Bohong tuduhan Umno bahawa DAP anti Islam. Ini semua tuduhan orang buta maklumat. Kelulusan pemberian tanah kepada Pondok Pok Teh di Pengkalan Hulu, Perak disokong oleh Exco DAP sedangkan lebih 10 tahun permohonan tersebut terbengkalai dizaman kerajaan Umno.

Semua orang tahu siapa yang hentikan bantuan kepada SAR kalau bukan Umno. Semua orang tahu siapa yang sambung balik peruntukan untuk SAR kalau bukan kerajaan Pakatan Rakyat termasuk kerajaan pimpinan YAB Lim Guan Eng di Pulau Pinang yang dituduh Umno sebagai kerajaan kafir harbi.

Salahkah Lim Guan Eng kerana dia Cina sedangkan sebelum ini Ketua Menteri Pulau Pinang semua Cina. Exco DAP Perak juga yang mencadangkan qari dan qariah Perak yang menjadi johan ujian tilawah peringkat kebangsaan ditaja untuk mengerjakan haji dengan biaya kerajaan negeri. Ini cuma beberapa contoh.

Pemberian hak milik tanah kepada orang-orang Cina yang rata-ratanya miskin di Kampung Baru dan telah menetap di situ hampir 2 generasi tanpa dapat hak milik di zaman Umno,

apakah boleh dikira mengadaikan tanahair kita kepada bangsa lain sedangkan kerajaan Umno mengurniakan puluhan ribu hektar tanah kepada tauke-tauke Cina yang kaya raya. Seolah-olah bantu orang-orang Cina miskin, salah! tapi bantu tauke Cina yang kaya raya, tak apa! Ini undang-undang mana Umno guna pakai.

Lantas, apa untungnya Umno cuba mengapikan sentimen perkauman dan keagamaan. Kononnya Najib menawarkan bantuan kepada Obama bagi mengatasi masalah Islamofobia tanpa dia sedar Umnolah yang sebenarnya fobia dengan Islam.

ANAK MUDA SIFATKAN UMNO PEROSAK PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA

27 Syawal 1431 H
Oleh: mohd hafez sabri

IPOH, 4 Okt, Pengerusi Institut Pemikir Muda Malaysia, Saudara Hafez Sabri berkata, perpaduan kaum yang wujud selama ini cuba dirosakkan oleh fahaman perkauman sempit Umno terutama setelah mereka kehilangan sokongan daripada masyarakat Cina dan India selepas pilihanraya umum yang lalu.

Justeru,beliau menyatakan anak muda Malaysia menolak pemikiran sempit umno yang boleh memecahkan kesatuan perpaduan kaum yang terdapat di negara ini.

“Kami anak muda tidak akan benarkan mana-mana orang yang mengapi-apikan isu perkauman yang boleh merosakkan perpaduan kaum di negara ini. Bagi kami umno adalah punca sebenar yang merosakkan perpaduan rakyat antara melayu cina dan india yang berbilang kaum di negara ini”

“Mereka mengamalkan fahaman rasis yang merosakkan usaha menyatu padukan rakyat,” katanya ketika memberikan pandangan berkenaan gagasan anak muda terhadap masa depan Malaysia.

Menurut Hafez Sabri lagi, Umno kini sudah berada di tahap kritikal kerana mereka berada dalam keadaan yang amat tersepit apabila kehilangan sokongan masyarakat bukan Melayu terutama masyarakat Cina yang begitu konsisten kepada Pakatan Rakyat sebagaimana yang ditunjukkan dalam beberapa pilihan raya kecil, sebelum ini.

”Umno sekarang ini berada dalam keadaan yang amat tersepit akibat kehilangan sokongan masyarakat bukan Melayu terutama dari masyarakat Cina. Kita dapati sokongan orang bukan Melayu kepada Pakatan Rakyat begitu konsisten. Oleh sebab itu mereka mainkan isu perkauman,” katanya.

Mengenai masa depan untuk menguasai politik negara, Hafez Sabri anak muda begitu berkeyakinan pada pilihan raya umum akan datang rakyat akan memberikan sokongan sehingga membolehkan berlakunya perubahan politik besar-besaran.

KESHVINDER SERTAI PPP: ADUN BEBAS LAIN BAGAIMANA?

27 Syawal 1431 H
Oleh: safarizal saleh

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) memuji langkah berani yang telah di ambil oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas Malim Nawar, Keshvinder Singh untuk menyertai Parti Progresif Penduduk (PPP) yang juga suatu masa dahulu pernah menyatakan hasrat untuk menyertai Kelab Penyokong PAS telah mengubah lanskap politik di Negeri Perak.

Ini merupakan suatu perkara yang amat bermakna bagi PPP kerana telah mempunyai seorang wakil sebagai ADUN dan sudah tentu DUN Malim Nawar akan menjadi fokus utama PPP dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 13 nanti.

DPPN Pk menunggu langkah yang sama daripada tiga ADUN Bebas yang lain iaitu ADUN Bebas Behrang, ADUN Bebas Changkat Jering dan juga ADUN Bebas Jelapang. Masih terdapat dua parti yang masih tiada wakil daripada parti kompenan BN sebagai ADUN iaitu GERAKAN dan juga MIC.

DPPN Pk pasti sudah tentu pelawaan kepada ADUN-ADUN Bebas tersebut sedang dijalankan. Antaranya ialah DUN Behrang yang pernah di tandingi oleh MIC pada PRU ke-12 yang lalu, sudah tentu ingin wakilnya tetap ada di dalam DUN tersebut .

Perkara ini akan menghakis peranan ‘kuasa ketiga’ yang sangat-sangat di nantikan oleh pelabur asing di dalam melihat kekukuhan pentadbiran kerajaan negeri yang kini di kuasai oleh BN atas kekuatan ‘kuasa ketiga’.

Rakyat juga sedar akan kekalutan yang terjadi akibat ‘kuasa ketiga’ yang jelas telah menjejaskan pelaburan asing sepanjang Januari hingga Jun pada tahun ini setalah pencapaian FDI ke Negeri Perak amat merosot sekali.

NASIHAT KEPADA KU LI: ZAMBRY HINA ‘ORANG TUA’

27 Syawal 1431 H
Oleh: safarizal saleh

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) kesal dengan kenyataan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir di dalam mengulas pandangan Menteri Besar Negeri Kelantan yang juga Muryidul Am PAS Tuan Guru Datuk Haji Nik Abdul Aziz Haji Nik Mat terhadap langkah Barisan Nasional (BN) yang memberikan peranan kepada

Tan Sri Tengku Rezaleigh Hamzah sebagai dangkal dan tidak menghormati Datuk Nik Aziz sebagai ‘orang tua’ dalam budaya adat resam kita walaupun tidak menganggapnya sebagai seorang Ulamak.

Kenyataan Datuk Seri Zambry tersebut disamping secara jelas menghina dan memperlekehkan ilmu yang ada pada Datuk Nik Aziz juga bersifat prejudis terhadap hubungan baik dan saling menghormati antara kedua pemimpin Kelantan itu terutama dalam isu memperjuangan hak royalti petroleum dan gas negeri Kelantan yang dirampas Kerajaan Pusat.

Ini terbukti kerana sehingga hari ini Tengku Razaleigh masih belum memberikan kata putus persetujuan beliau menerima tugas sebagai Pengarah Pilihanraya Kecil DUN Galas bagi pihak BN.

Oleh itu DPPN Pk mendesak Datuk Seri Zambry memohon maaf di atas kenyataannya yang menghina tersebut, di samping melakukan muhasabah terhadap diri sendiri sebelum menuduh 'orang tua' yang disegani rakyat sebagai penakut.

Adakah ada tindakan yang lebih 'penakut' dalam politik berlandaskan demokrasi selain dari menggunakan 'pintu belakang' yang menidakkan kuasa pilihan rakyat demi untuk merampas kembali kuasa pemerintahan.

Jangan pula kita terkena dengan pepatah Melayu 'mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih'.

Saya tahu siapa terlibat

27 Syawal 1431 H
Oleh: ZAMRI

ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak memberi amaran akan mendedahkan lebih banyak penyelewengan Kerajaan Barisan Nasional (BN) jika pemimpin yang mentadbir negeri sebelum ini terus menerus memfitnah atau memutar belit fakta.

Menurutnya, beliau tidak akan berdiam diri jika Kerajaan Negeri yang diterajuinya kini berdepan dengan fitnah daripada mereka termasuk memutar belit fakta sebenar yang didedahkan pihaknya semata-mata mahu menutup kelemahan pentadbiran sebelum ini.

“Baru-baru ini saya dedahkan mengenai hutang penggunaan bekalan air Kerajaan BN mencecah RM1.7 bilion, namun fakta itu diputar belit pemimpin BN kononnya salah. Sebelum itu, saya juga dedahkan tunggakan saman ekor RM390,000 yang ditinggalkan mereka. Mereka berhutang, kita yang terpaksa bayar,” katanya.

Azizan berkata, penafian atau pembohongan mengenai beberapa perkara berbangkit, khususnya perjanjian air yang dilakukan pemimpin BN terdahulu sehingga menyebabkan Kerajaan Negeri terpaksa menanggung beban hutang yang banyak, sedikit sebanyak menimbulkan kemarahan apabila perkara sebenar cuba diputar belit.

“Jika benar mahukan fakta tepat, saya sedia berikan. RM1.7 bilion hanya hutang terkumpul bekalan air manakala hutang keseluruhan Kerajaan Negeri BN kepada Pusat berjumlah RM2.3 bilion serta RM800 juta pula hutang pelbagai termasuk pembangunan Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK),” katanya.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah yang juga bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mahdzir Khalid dalam kenyataan disiarkan semalam berkata, kenyataan Azizan sebelum ini bermotif politik kerana hutang peninggalan BN berjumlah RM1.7 bilion tidak tepat memandangkan ia merupakan pinjaman daripada Kerajaan Pusat kepada Kedah melaksanakan projek pembangunan.

Mahdzir juga dipetik sebagai berkata, tindakan Kerajaan Negeri menaikkan tarif air tiada kaitan dengan penstrukturan semula pengambilalihan aset air Kedah oleh Pengurusan Aset Air Berhad (Paab), sebaliknya mendakwa boleh memilih untuk tidak menaikkan tarif.

Azizan mempersoalkan siapa yang sebenarnya memutarbelitkan fakta.

“Saya dapat fakta itu daripada Pegawai Kewangan Negeri beserta laporannya. Hutang air dahulu tinggi sebab tindakan pemimpin BN sebelum ini, yang tidak mahu memilih geran yang ditawarkan Pusat tetapi mahu berhutang. Jika mereka pilih geran, mereka tidak perlu bayar semula,” katanya.

Azizan mendakwa, Kerajaan Negeri sebelum ini menolak geran terbabit kerana tidak mahu terikat pada syarat yang ditetapkan, iaitu Kementerian Kewangan akan melantik kontraktor yang terlibat, sebaliknya jika berhutang, tanggungjawab adalah di bawah Kerajaan Negeri dan boleh memilih sendiri kontraktor.

“Saya tahu siapa yang terlibat dalam pemilihan itu, siapa dapat hak bina loji dan paip termasuk pemimpin BN mana yang ada kepentingan dalam perjanjian air, cuma saya tak mahu dedahkan. Tapi jika mereka kacau lagi, mungkin saya dedahkan. Sebelum ini, mereka swastakan pengurusan air di Kedah manakala kita hanya korporatkan,” katanya.

Menurutnya, dua syarikat terbabit, Taliworks Sdn Bhd dan Air Utara Indah Sdn Bhd diberi kontrak sehingga 2020 oleh kerajaan BN terdahulu untuk merawat air walaupun pada hakikatnya perjanjian itu merugikan Kerajaan Negeri.

“Saya pelik apabila perjanjian itu merugikan dan apabila disiasat, rupa-rupanya milik kroni BN. Untuk 2009, Kerajaan Negeri terpaksa bayar RM39 juta kepada Taliworks sedangkan kutipan hanya RM14 juta, bermakna kita subsidi RM25 juta,” katanya.

Azizan berkata, pihaknya kini sedang berunding dengan Taliworks untuk mengkaji semula perjanjian sedia ada agar kedua-dua pihak mendapat manfaatnya.

“Kita juga rugi apabila 43 peratus air yang dirawat syarikat Air Utara Indah hilang sebab kerosakan paip dan sebagainya, sebab itu kita minta Paab ambil alih hingga masalah selesai. Bayaran perlu dibayar penuh walau berlaku pengurangan bekalan air,” katanya.

Perkara lain yang turut menimbulkan keraguan ialah apabila kos pembinaan loji di Padang Sanai yang mempunyai kapasiti 50 juta liter air sehari mencecah RM155 juta sedangkan anggaran sebenar kos hanya sekitar RM60 juta.

Mengenai kenaikan tarif air berkuat kuasa 1 Oktober lalu, Azizan berkata, pihaknya tiada pilihan kerana tertakluk kepada Akta Perkhidmatan Air Negara 2006, yang antara lain bersetuju supaya lima negeri iaitu Kelantan, Pulau Pinang, Kedah, Johor dan Melaka mengkorporatkan pengurusan air sebelum diperluaskan ke negeri lain.

“Oleh itu tarif air bukan sahaja naik di Pulau Pinang dan Kedah, semua negeri juga akan naik secara berperingkat,” katanya.

Edisi Pahang: Isu Pembalakan, AdnanTerselamat Dari Membayar Saman RM70 Juta

27 Syawal 1431 H
Oleh: pahangdaily

PUTRAJAYA, 5 Okt- Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan kebenaran untuk sebuah syarikat pembalakan merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi mengenepikan perintah mandamus yang memaksa Menteri Besar Pahang membayar RM70 juta termasuk faedah kepada syarikat itu.

Berikutan keputusan majoriti 2-1 oleh panel tiga hakim di sini, Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd (SGMSB) kini berdepan dengan dilema bagaimana dan kepada siapa ia harus menuntut RM70 juta daripada kerajaan negeri.

Pada 25 Mei 2007, Mahkamah Tinggi Kuantan memerintahkan kerajaan Pahang membayar RM37,127,471.60 beserta faedah lapan peratus setahun mulai 31 Dis 2000 kepada SGMSB kerana melanggar kontrak konsesi pembalakan.

Pada 9 Dis 2002, SGMSB memfailkan saman terhadap kerajaan Pahang dan Pengarah Jabatan Perhutanan negeri kerana melanggar kontrak konsesi pembalakan berhubung pengeluaran kayu balak di tanah seluas 4,000 hektar milik UMNO di Mukim Bebar, daerah Pekan.

Jumlah ganti rugi itu dikekalkan selepas Mahkamah Persekutuan menafikan permohonan kerajaan negeri untuk kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan itu.

SGMSB kemudian memperoleh perintah mandamus daripada Mahkamah Tinggi Kuantan bagi memaksa Menteri Besar, Dato' Seri Adnan Yaakob (foto), melunaskan ganti rugi itu selepas cubaan menuntut amaun penghakiman bersama faedah gagal.

Siapa Yang Harus Membayar Saman Kepada SGM

Bagaimanapun, pada 9 Okt 2009, Adnan berjaya dalam permohonan mengenepikan perintah mandamus daripada Mahkamah Rayuan, sekaligus memaksa SGMSB memfailkan permohonan kebenaran untuk merayu kepada Mahkamah Persekutuan.

Dalam mengakaskan keputusan Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan memerintahkan bahawa SGMSB silap dalam menamakan Menteri Besar sebagai responden dalam prosiding semakan penghakiman di Mahkamah Tinggi bagi menuntut amaun penghakiman daripada kerajaan negeri.

Sebaliknya, Mahkamah Rayuan berpendapat pegawai kewangan negeri harus dinamakan sebagai pihak dalam permohonan untuk mendapatkan perintah mandamus. Dalam prosiding hari ini, Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, yang mengetuai panel tiga hakim, memerintahkan SGMSB tidak melepasi syarat di bawah Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman.

Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Cheng Yuen membantah manakala seorang lagi panel hakim ialah Hakim Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin. Mahkamah juga memerinthan SGMSB membayar kos perundangan sebanyak RM10,000.

[Dengan keputusan terbaru ini, bermakna Seruan Gemilang Makmur (SGM) bakal berhadapan dengan dilema yang cukup besar.

Soalnya, kepada siapa saman berkenaan harus ditujukan selain Adnan. Biar pun mungkin boleh ditujukan kepada Pegawai Kewangan Negeri, namun ia tidaklah sekuat kepada Menteri Besar Pahang itu sendiri.

Malahan, segala urusan berkaitan dengan dokumen yang berkenaan pastinya mendapat kelulusan daripada Menteri Besar. Apakah selayaknya seorang Pegawai Kewangan meluluskan permohonan berkenaan?.

Menteri Besar sepatutnya bertanggungjawab atas segala apa yang berlaku. Adnan berjaya menyelamatkan dirinya dalam keadaan karier politik beliau di Pahang hampir ke penghujungnya.

Soalnya sekarang, bagaimanakah jika Kerajaan Negeri Pahang berjaya diambil alih oleh Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Umum akan datang?. Apakah SGM akan meneruskan tindakan saman tersebut terhadap kerajaan negeri?. Bukankah ini akan memburukkan lagi keadaan.

Makanya SGM terpaksa mencari jalan untuk merayu dan mengheret juga Adnan sebagai orang yang bertanggungjawab melunaskan saman berkenaan. Kerana dia adalah Ketua Negeri!. Jika tidak SGM perlu membatalkan sahaja hasrat tersebut dan mencari jalan penyelesaian lain].

YB AZMIN TERLALU SOPAN DENGAN MAHATHIR

27 Syawal 1431 H
Oleh: WFAUZDIN NS

MALAYSIAKINI memetik kenyataan Presiden Majlis Belia Felda, "Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) mengutuk Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali yang menyifatkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang sedang menerima rawatan di Australia kini sebagai "pemimpin yang sedang tersungkur."

Presidennya Anuar Manap berkata kenyataan menghina oleh Azmin yang bakal bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan parti itu merupakan usaha terdesaknya untuk meraih sokongan. (Malaysiakini)

Rupa-rupanya ada juga `anak jantan' tenaga muda dari Felda. Saya sebelum ini tidak pernah tahu dan tidak kenal siapa dia Anuar Manap ini. Maklumlah, sewaktu warga Felda dibelenggu dengan kesusahan dan masalah `ditipu' wang mereka,

suara ini tidak pula kedengaran. Terpaksa warga Felda ini mengadu ke mahkamah untuk mendapatkan keadilan, dan diberitakan ada beberapa kes yang menyokong tuntutan warga Felda ini di mahkamah.

Secara tiba-tiba terpacul suara Presiden Majlis Belia Felda Malaysia ini, tetapi bukan untuk memperkatakan hal ehwal Felda dan permasalahannya tetapi bercakap darihal politik parti pembangkang pula.

Selama ini warga Felda pun tahu Pembangkanglah yang bersungguh-sungguh membela nasib mereka yang sering teraniayai ini. Apa pula kaitan YB Azmin dengan Felda? Jika YB Azmin menyebut bahawa Tun Mahathir `tersungkur' atau `tertiarap',

itu adalah gelaran yang terbaik buat Tun. Apa pula kena mengena gelaran tersebut dengan pemilihan pemimpin di dalam PKR?

Jika YB Azmin tidak menyebut darihal Tun Mahathir pun, semua orang tahu bahawa Tun Mahathir adalah seorang manusia yang suka menjahanamkan bangsanya sendiri. Umno rosak pun akibat tangan Tun Mahathir.

Sejak awal lagi iaitu semasa pertandingan merebut jawatan Presiden Umno di antara Tun Mahathir dengan Ku Li, Umno teruk berpecah sehingga diharamkan. Tun Mahathir `cipta' Umno baru selepas itu dan wujud pula Parti Melayu Semangat 46. Melayu berpecah ketika Tun berkuasa.

Tidak serik dengan itu, Tun Mahathir memecahkan lagi orang-orang Melayu apabila DS Anwar dipecatnya angkara fitnah liwat. Perpecahan orang-orang Melayu kali ini lebih hebat lagi dan terbentuk pula Parti Keadilan Rakyat sehingga sekarang. Itu belum dikira bagaimana Tun menghapuskan imuniti Raja-Raja Melayu.

Dalam aspek agama, usah dikira betapa Tun amat anti kepada PAS yang mahu perundangan Islam ditegakkan. Hukum menyimpan janggut yang menjadi `Sunnah' itu pun Tun boleh hinakan, apatah lagi yang wajib.

Jadi pada saya, gelaran yang diberi oleh YB Azmin itu tersangatlah penuh dengan budi bahasa jika dibandingkan dengan kerosakan yang telah dilakukan oleh Tun. Bukan kita tidak pernah dengar ada Menteri Umno yang menggelar Tun `nyanyuk'? Mengapa Presiden Majlis Belia Malaysia ini membisu ketika itu? Perkataan `nyanyuk' dan `tersungkur', mana lebih biadap?

Oleh yang demikian, suka kita ingatkan kepada Majlis Belia Felda ini agar lebih menumpukan kepada masalah-masalah warga Felda. Mereka perlu tahu ke mana `ghaib'nya wang-wang Felda.

Mereka mesti mendalami keluhan warga-warga Felda yang semakin susah sekarang walaupun baru sahaja mendapat duit raya tiga ratus lebih itu. Jangan sibuk pasal politik jika tidak tahu bagaimana orang politik `berperang'.

Terkini : PRK Galas, Penamaan calon 26 Okt, pengundian 4 Nov

27 Syawal 1431H.

PUTRAJAYA 6 Okt. – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan tarikh bagi penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada 26 Oktober ini manakala hari pengundian pada 4 November.

Perkara itu diumumkan oleh Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar selepas mempengerusikan mesyuarat khas suruhanjaya itu di sini hari ini.

Rahsia Sujud dalam Solat

27 Syawal 1431 H
Oleh: azman ahmad

Sujud melegakan sistem pernafasan. MUNGKIN ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.

Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.

Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:

- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.

- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

- melegakan sakit hernia. (burut)

- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

- melegakan paru-paru daripada ketegangan.

- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.

- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.

- meringankan bahagian pelvis.

- memberi dorongan supaya mudah tidur.

- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.

- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatic memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.

- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.

- mengurangkan kegemukan.

- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke ! tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).

- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala danmigrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.

Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

Tujuh kalimat
Sabda Rasulullah S.A.W “Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut ”

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah tersilap perkataan yang tidak patut

4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa!

Rahsia Fadhilat Surah Al-Kausar

27 Syawal 1431 H
Oleh: PakarHowTo

Surah al-Kausar adalah surah paling pendek dalam al-Quran. Ia hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah. Ia bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Rasa airnya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan baunya lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi baginda iaitu anak lelakinya, Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita .

Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher. Insya-Allah hilang dahaga.

Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Tujuh golongan manusia yang mendapat naungan di sisi Allah SWT

27 Syawal 1431 H
Oleh: YB. Drs. Khalil Idham Lim

Dalam hadis Nabi Muhammad SAW,

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:

سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فِي ظِلِّهِ يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلُّهُ:

إِمَامٌ عَادِلٌ وَشَابٌّ نَشَأَ فِي عِبَادَةِ اللَّهِ وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ فِي خَلْوَةٍ فَفَاَضتْ عَيْنُهُ وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِي الْمَسَاجِدِ وَ رَجُلَانِ تَحَابَّا فِي اللَّهِ اِجْتَمَعَا عَلَيْهِ وَ تَفَرَّقَا عَلَيْهِ وَ رَجُلٌ دَعَتْهُ اِمْرَأَةُ ذَاتُ مَنْصِبٍ وَ جَمَالٍ إِلَى نَفْسِهَا فَقَالَ: إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ وَ رَجُلٌ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ فَأَخْفَاهَا حَتَّى لَا تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا صَنَعَتْ يَمِيْنُهُ

(رواه البخاري

Artinya:

Dari Abu Hurairah R.A. dari Nabi SAW, beliau bersabda:

"Tujuh (macam tanda orang) yang Allah menaungi mereka pada Hari Kiamat, yang pada hari itu tidak ada sesuatupun naungan (yang melindungi) kecuali naungan Allah, yaitu:

1 imam yang adil,

2 pemuda yang selalu beribadat kepada Allah laki-laki yang mengingat Allah di tempat yang sunyi lalu bercucuran air matanya,

3 laki-laki yang hatinya tersangkut di mesjid.

4 Dua orang laki-laki yang saling kasih-mengasihi karena Allah,

5 mereka berkumpul karena Allah dan berpisah karena-Nya,

6 laki-laki yang diajak berbuat serong oleh seorang wanita yang mempunyai kedudukan atau wanita cantik, ia berkata, sesungguhnya aku takut kepada Allah,

7 dan laki-laki yang memberikan suatu sedekah ia menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui yang telah diperbuat tangan kanannya".

(HR riwayat Bukhari dan Muslim)

Pengawasan

27 Syawal 1431 H
Oleh: Jarjani Usman

“Dia (Allah) tetap bersama-sama kamu di mana saja kamu berada dan Allah Maha Melihat apa saja yang kamu kerjakan” (QS al-Hadid: 4).

Peringatan dan hukuman tidak selamanya ampuh dalam mencegah manusia untuk berbuat kejahatan. Sebab, tidak selamanya peringatan dan hukuman itu menjangkau sisi-sisi tersembunyi dari niat, sikap dan perbuatan manusia. Yang paling ampuh adalah merasa selalu pengawasan Allah di manapun kita berada.

Tanda pertama pada orang yang merasa diawasi Allah ialah memiliki rasa malu kepadaNya. Hati seorang Muslim yang di hatinya ada cahaya iman yang mantap akan sangat malu kalau sudah berjanji beriman, lalu mengingkarinya.

Sudah barang tentu, tidak semua orang memiliki perasaan tersebut, tak terkecuali orang yang berilmu agama tinggi.

Buktinya, tidak sedikit juga di antara mereka yang berilmu tinggi melakukan kejahatan dalam hidupnya. Bukti ini menjadi suatu alasan bagi kita untuk memahami bahwa kalau seseorang yang berilmu agama tinggi bisa berlaku demikian, apalagi yang tidak.

Tanda kedua ialah punya rasa takut akan azab-azab Allah. Orang yang saban saat merasa diawasi Allah akan selalu tergambar dalam benaknya kepedihan atau kesengsaraan hidup di neraka, setiap ia mau melakukan kejahatan.

Dengan demikian, peringatan orang lain dan hukuman belum tentu ampuh menjadi pengingat diri kita untuk tidak melakukan kejahatan. Kata Saidina Ali, hanya diri sendiri lah yang paling ampuh menjadi pengingat.

Kasih Sayang Allah

27 Syawal 1431 H
Oleh: Jarjani Usman

“Dekatkanlah diri kalian kepada Allah dan jalanilah jalan yang lurus (kebenaran), ketahuilah bahwa tidaklah kalian selamat (dari neraka) dengan sebab amalnya” (HR. Muslim).

Mendengar sabda Rasulullah seperti di atas, para sahabat serta-merta bertanya, “Apakah engkau juga demikian wahai Rasulullah?” Beliau menjawab, “Demikian juga aku, hanya saja Allah telah melimpahkan rahmat dan karuniaNya kepadaku.”

Dari sabda Rasulullah tersebut, kita diajak untuk memandang betapa pentingnya kasih sayang Allah kepada kita. Tidak boleh merasa cukup dengan amal ibadah yang telah kita lakukan.

Tak boleh merasa bahwa kita bisa membeli surga dan menghindari neraka dengan amal. Amal ibadah seseorang begitu kecil, yang sama sekali tak untuk ditukar dengan sejengkal surge pun.

Syurga Allah yang begitu indah, yang keindahannya belum bisa diperkirakan dengan indera manusia. Surga Allah tak akan diperoleh seseorang hamba, kecuali dengan kasih sayang Allah.

Dengan demikian, tugas manusia di dunia ini adalah berupaya semaksimal mungkin melakukan ibadah dan hal- hal yang bisa mendatangkan ridha dan kasih sayang Allah. Termasuk di antaranya adalah menyayangi segala makhluk ciptaan Allah, seperti manusia, binatang, tumbuhan, alam, dan lain-lain.

Sebagaimana diterangkan oleh Rasulullah, siapa saja yang menyayangi di bumi akan disayangi yang di langit. Merawat alam atau lingkungan agar dapat dipergunakan oleh berbagai makhluk di masa sekarang dan masa yang akan datang, termasuk perbuatan yang diridhai Allah.

Menanam sebatang pohon, meskipun buahnya tak sempat kita nikmati, juga perbuatan yang mendatangkan kasih sayang Allah.

Nik Aziz ziarah keluarga Lee Kuan Yew

27 Syawal 1431 H
Oleh: Nazri Abdullah

SINGAPURA, 6 Okt: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat semalam diterima sebagai tetamu kehormat bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew.

Beliau ke negara republik itu bagi memberi penghormatan dan mengucapkan takziah kepada keluarga Kuan Yew berikutan kematian isterinya, mendiang Kwa Geok Choo.

Deligasi Tuan Guru Nik Aziz yang juga Musryidul Am PAS tersebut turut disertai Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa dan dua setiausahanya yang lain.

Ketibaan rombongan di Lapangan Terbang Changi, Singapura jam 10.20 pagi semalam, disambut Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, Dr Ahmad Faisal Muhamad.

Mereka kemudianya ditempatkan sementara di bilik rehat di VIP Complex sebelum dibawa menziarah mendiang Kwa di Sri Temasek, kediaman rasmi Lee di Istana di sini.

Kunjungan ke Istana kemudiannya disambut anak kepada mendiang Kwa, Lee Hsien Loong yang juga Perdana Menteri republik ini sekarang.

Nik Aziz dibawa menziarah mendiang Kwa sebelum diberi peluang bertemu dan berbual-bual dengan Hsien Loong yang sentiasa berada di sisi mendiang ibunya sejak lawatan dibuka kepada umum semalam.

Semalam juga adalah hari terakhir untuk rakyat negara itu memberi penghormatan sebelum jenazah mendiang dibawa ke Mandai Crematorium hari ini untuk upacara terakhir.

Kwa, 89, meninggal dunia di rumahnya pada petang Sabtu lalu.

Ketika ditemui selepas lawatan itu, Nik Aziz berkata beliau mengharapkan ahli keluarga sabar menerima ketentuan tersebut.

(Gambar kiri: Tuan Guru bersama Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura.)

"Saya hadir untuk ucap takziah kepada keluarga Kuan Yew. Jangan bersedih sangat dan saya yakin mereka sabar terima ketentuan ini," katanya ketika ditanya beberapa wartawan tempatan dan antarabangsa.

Menurutnya lagi, penganut Islam mempercayai bahawa hidup dan mati adalah kepunyaan Allah, dan dia berkuasa ke atas hamba-Nya.

"Semasa kita hidup ini kita kena isi betul-betul untuk keredhaan Allah sebab kita mati akan jumpa Dia (Allah).

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan lawatan tersebut juga adalah sebagai kunjungan balas terhadap lawatan Kuan Yew ke Kota Bharu awal tahun ini.

Nik Aziz bagaimanapun tidak dapat bertemu dengan Lee Kuan Yew sendiri semalam ekoran masalah kesihatan bekas perdana menteri Singapura itu dengan ditambah pula dengan suasana kematian isterinya.

Kuan Yew kini sedang mendapat rawatan ekoran infeksi pada paru-parunya selepas lawatan ke Eropah, baru-baru ini.

Difahamkan, pihak hospital juga tidak membenarkan Kuan Yew menerima kunjungan tetamu buat sementara waktu.

"Lee Kuan Yew datang melawat Kelantan awal tahun ini, dan ini adalah kunjungan balas saya.

"Walaupun tidak dapat bertemu, saya harap beliau berada dalam keadaan sihat," katanya.

Harakahdaily/-

Orang Asli Dun Galas sedia bantu PAS

27 Syawal 1431 H
Oleh: Mohd Nor Yahya

KOTA BHARU, 5 Okt: Masyarakat Orang Asli dari Gua Musang memberi sokongan padu kepada kepimpinan ulama di Kelantan dan sanggup bekerja keras bagi membantu kemenangan PAS dalam pilihan raya kecil N45 Dun Galas nanti.

Menurut wakil Masyarakat Orang Asli, Pandak Bin Panjang Ey, 39, kejayaan PAS di Gua Musang juga dibantu oleh kaum mereka dan untuk kali ini mereka sanggup membina satu pasukan sendiri bagi memberi penerangan kepada masyarakat Orang Asli dan Melayu di dalam Dun Galas.

“Saya berharap untuk pilihan raya kecil kali ini, PAS Kelantan memberi kebebasan kepada jentera yang dibentuk oleh kami bagi memberi penerangan tersendiri kepada orang kami dan kalau boleh kami ingin menjadi penceramah di pentas PAS di kawasan orang Melayu juga,” ujar beliau yang disambut dengan tepukan orang ramai.

Beliau berucap demikian di Majlis Ramah Mesra Pimpinan Negeri Bersama Masyarakat Orang Asli di Kediaman Rasmi JKR 10.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub mewakili Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada majlis yang turut dihadiri Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasruddin Daud dan Exco Kerajaan Negeri.

Pandak juga berharap kerajaan Kelantan lebih peka tentang permasalahan masyarakat Orang Asli terutamanya berkaitan dengan masalah pemilikan tanah.

Sementara itu, Datuk Ahmad Yakub berkata, pelbagai dasar dan pelaksanaan telah dibuat untuk meningkatkan ekonomi dan pembangunan masyarakat Orang Asli.

Beliau juga memberitahu, sehingga kini seramai 240 Orang Asli telah dimasukkan dalam senarai peserta Ladang Rakyat.

“Kita seberapa daya usaha telah membawa perubahan dalam kehidupan masyarakat Orang Asli ini dan alhamdulillah, kerjasama dari tuan-tuan amat memberangsangkan,” kata beliau.

Harakahdaily/-

Orang Asli rasa dihargai kerajaan negeri

27 Syawal 1431 H
Oleh: Rizal Tahir

KOTA BHARU, 5 Okt: Ketua Perhubungan Orang Asli Dun Galas, Pandak Panjang Ey berkata, masyarakat Orang Asli tidak rasa tersisih dan malahan rasa dihargai oleh kerajaan negeri melalui majlis rasmi kerajaan bersama mereka.

Beliau menyatakan demikian sewaktu berucap di Majlis Ramah Mesra Pimpinan Kerajaan Bersama Masyarakat Orang Asli di Kediaman Rasmi JKR 10, di sini.

Beliau juga berharap agar kerajaan negeri sentiasa mengadakan program-program seperti itu di masa yang lain.

Justeru, katanya masyarakat Orang Asli di Dun berkenaan akan memastikan calon PAS memenangi pilihan raya kecil nanti.

Pandak akan mewujudkan jentera daripada masyarakat Orang Asli sendiri.

“Di Dun Galas terdapat sebanyak enam peti undi Orang Asli dan saya akan wujudkan jentera dari masyarakat Orang Asli,” katanya.

“Jentera ini akan melakukan kerja-kerja kempen kepada masyarakat Orang Asli dan juga kepada orang masyarkat lain juga.

Ujarnya, beliau akan memberi tumpuan kepada masyarakatnya terlebih dahulu tetapi sekiranya dipanggil untuk berceramah di mana-mana kawasan berkempen, beliau bersedia.

Seramai 80 orang masyarakat Orang Asli hadir di majlis berkenaan yang terdiri dari enam unit peti undi (UPU) yang terdapat di dalam Dun Galas iaitu UPU Pos Brooke, UPU Sungai Ber, UPU Pos Hau, UPU Pos Belatin, UPU Pos Balas dan UPU Pos Bihai.

Untuk rekod, terdapat seramai 1996 orang pengundi dari masyarakat Orang Asli di dalam Dun Galas dan majoritinya dari suku kaum Temiang.

Harakahdaily/-

Perbicaraan Mohamad Sabu ditangguh 29, 30 Nov

27 Syawal 1431 H
Oleh: Ali Hashim

SEBERANG PRAI, 5 Okt: Perbicaraan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu dan sembilan yang lain setelah ditangguhkan untuk beberapa kali sebelum ini sekali lagi telah ditangguhkan selepas perbicaraan yang berjalan bermula pada jam 10.00 pagi tadi di Mahkamah Majistret Jawi, Seberang Perai Selatan.

Majistret Mohd Izham Ali yang mendengar kes perbicaraan tersebut telah menangguhkan kes tersebut pada 29 dan 30 November yang akan datang.Perbicaraan yang melibatkan ramai dari pendokong PAS itu telah tiba sejak awal pagi bersama-sama dengan Mohamad Sabu.

Namun begitu selepas perbicaraan berjalan selama hampir dua jam, ia telah ditangguhkan kepada tarikh tersebut.

Menurut kertas pertuduhan, kesemua mereka telah dituduh menghalang anggota polis berpangkat Superitenden Mohd Nasir Salleh daripada menyerahkan waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret, Jalan Duta, Kuala Lumpur terhadap Mohamad Sabu.

Kesalahan tersebut didakwa telah dilakukan di hadapan Plaza Tol Bukit Tambun, Seberang Perai Selatan, lebuhraya PLUS berhadapan susur keluar lebuhraya dari arah Kuala Lumpur ke Pulau Pinang pada jam 7.45 malam 9 Disember 2007.

Kesemua mereka juga dituduh menurut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang mana membawa humuman penjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM10 ribu atau kedua-duanya sekali sekiranya disabit akan kesalahan.

Dalam perbicaraan yang diadakan tadi, kesemua yang dituduh terdiri dari Mohamad Sabu, Fauzi Saharat, Abd Rahim Md Ariff, Zairun Azrul Zainal Abidin, Zamarul Aini Abdul Malek, Mohd Bunyamin Ishak, Md Lazim Osman, Abd Razak Ramli, Mohd Sabri Said dan Mohamed Salleh hadir.

Mohamad Hanipa Maidin bersama-sama dengan Aminuddin Zulikifli dan Yusnita Yusoff mewakili kesemua tertuduh.

Apa yang menariknya semasa sesi perbicaraan tersebut, apabila Hanipa menyoal balas saksi pendakwa dalam perbicaraan tadi telah beberapa kali memohon kepastian sama ada ada atau tidak waran tangkap diterima secara bertulis dan diserahkan kepada Mohamad Sabu semasa tangkapan hendak dilakukan.

Saksi pendakwa yang berpangkat ASP itu beberapa kali menyatakan bahawa beliau hanya menurut arahan pihak atasan secara lisan dan tidak ada waran tangkap secara bertulis yang diserahkan kepada tertuduh.

Hanipa untuk beberapa kali mengulangi soalan yang sama kepada saksi pendakwa apakah arahan boleh mengatasi undang-undang atau dari mana-mana kuasa sekalipun sedangkan tertuduh tidak dibekalkan secara hitam putih waran tangkap untuk diserahkan kepadanya.

Namun begitu saksi pendakwa tetap menyatakan beliau hanya menurut arahan pihak atasan walaupun bertindak tanpa waran tangkap yang perlu diserahkan kepada tertuduh.

Antara beberapa soalan menarik yang ditanya oleh Hanipa.

Hanipa: Tertuduh (Mohamad Sabu) tidak ditunjukkan surat waran tangkap, apakah beliau boleh ditangkap begitu sahaja.

Saksi pendakwa: Saya hanya mengikut arahan pihak atasan.

Hanipa: Apakah arahan boleh mengatasi undang-undang atau dari mana-mana pihak sekalipun.

Saksi pendakwa: Saya hanya menerima arahan.

Hanipa: Jika terima arahan apakah tangkapan ini tidak bercanggah dengan undang-undang. Kenapa tidak minta waran tangkap.

Saksi pendakwa: Saya terima arahan ketua sahaja.

Hanipa: Antara arahan ketua dan undang-undang mana yang perlu dipatuhi?

Saksi pendakwa: Undang-undang.

Harakahdaily/-

Taib akui terlalu sukar tentukan tarikh pilihan raya

27 Syawal 1431 H

Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, berkata terlalu sukar baginya menentukan tarikh pilihan raya Sarawak kerana masih banyak perkara yang perlu diselesaikan sebelum pengumuman mengenainya dibuat, lapor Berita Harian Online.

Beliau mengakui petanda untuk mengadakan pilihan raya kini semakin ketara, namun beliau belum dapat memberikan sebarang keputusan.

"Anda tahu macam mana sukarnya untuk menentukan tarikh pilihan raya? Jika anda hendak berkahwin, anda tentu tahu macam sukar untuk membuat keputusan walaupun keputusan itu hanya untuk seorang saja dan saya terpaksa membuat keputusan untuk lebih dua juta rakyat Sarawak," katanya kepada Berita Harian Online.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Swinburne, di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di Kuching, hari ini,

Seramai 292 graduan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) itu menerima sijil masing-masing pada majlis berkenaan yang turut dihadiri Naib Canselor dan Presiden Universiti Teknologi Swinburne, Profesor Ian Young.

Abdul Taib yang sebelum ini mengumumkan untuk kekal menerajui Barisan Nasional (BN) negeri bagi menghadapi pilihan raya negeri akan datang, berkata perkara utama yang bermain dalam fikiran beliau ketika ini ialah perancangan yang akan dibuat untuk manfaat rakyat Sarawak dalam tempoh lima tahun akan datang.

Beliau berkata, perkara yang dirancang dan diyakini mampu dilaksanakan itu akan dimasukkan dalam manifesto pilihan raya negeri akan datang.

"Saya tidak akan menjanjikan (dalam manifesto) sesuatu yang saya tidak mampu laksanakan. Apa yang saya mampu buat dan tidak mampu buat, bergantung kepada maklum balas rakyat, sebab itu saya harus berhati-hati dengan apa yang saya hendak katakan.

"Saya tidak mahu menjanjikan sesuatu yang tidak boleh diterima rakyat, kemudian ia dirancang tetapi gagal dilaksanakan," katanya.

Sehubungan itu, Abdul Taib, berkata beliau harus menyediakan manifesto yang mudah difahami rakyat dan untuk pilihan raya akan datang, beliau membayangkan manifesto akan menitikberatkan soal pembangunan ekonomi.

Malaysiakini/-

Istana buat laporan komplot larikan bekas Sultan

27 Syawal 1431 H

Istana Mahkota hari ini membuat satu laporan polis berhubung penerimaan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) mengatakan bekas Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra akan dibawa lari ke negara Thailand.

Laporan itu dibuat Pegawai Tentera Istana Mahkota Zahari Bakri di Balai Polis Kubang Kerian kira-kira pukul 10.50 pagi tadi.

Zahari yang hadir bersama seorang kakitangan Istana Mahkota ketika ditemui pemberita berkata beliau menerima satu sms daripada individu yang tidak dikenali pada 9.21 pagi, 21 September lepas memaklumkan ada pakatan jahat untuk membawa lari Sultan Ismail Petra melalui jalan darat ke Thailand.

Katanya sms itu berbunyi: "salam, mohon kawalan ketat dan rapi di sempadan (Kelantan-Thailand) ini kerana maklumat yang diperolehi ada pakatan jahat untuk membawa lari Sultan Ismail Petra melalui jalan darat ke Thailand,

minta dikeluarkan serta-merta arahan ini kepada semua yang bertugas di sempadan untuk bersiap sedia untuk menyekat niat jahat ini, marilah kita berdoa semoga Sultan
Ismail Petra selamat dari golongan yang zalim.

Please take nec action. Apa yang mungkin berlaku mereka ini akan menjadikan kem tentera sebagai tempat untuk berlindung. Elakkan dari perkara ini berlaku atau dituduh bersubahat."

Selain sms itu katanya beliau turut membaca satu laporan di sebuah laman blog 'The Kelantan Insider' pada 4 Oktober lalu yang bertajuk 'Posting 45: Sultan Ismail Petra akan dibawa lari ke Thailand?'

"Dalam laporan di blog itu juga menyentuh perkara yang sama iaitu mengenai perancangan pihak tertentu untuk membawa keluar secara sembunyi Sultan Ismail Petra untuk bersemayam di Thailand.

"Selain itu turut ditulis kebimbangan pihak blog berkenaan sekiranya benar kejadian itu berlaku selain menyeru pihak berkuasa menjalankan tindakan agar perkara berkenaan tidak terlaksana," katanya.

Justeru katanya beliau membuat laporan polis agar pihak berkuasa menyiasat perkara tersebut kerana ianya dikhuatiri boleh mengganggu-gugat ketenteraman awam dan menjejaskan nama baik Institusi Diraja Kelantan.

Zahari berkata penulis blog Kelantan Insider juga perlu disiasat agar dapat mengetahui dari sumber mana yang diperolehi mereka ketika menulis laporan mengenai komplot membawa lari bekas Sultan itu.

Malaysiakini/-

Mustaffa Kamil persoal politik 'busuk' PERKASA

27 Syawal 1431 H
Oleh: Jimadie Shah Othman

Naib Presiden PKR Musttaffa Kamil Ayub mempersoalkan 'sokongan' Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) terhadapnya yang dicurigai sebagai percubaan melaga-lagakan pemimpin parti itu.

"Sekiranya beliau mahu melihat saya bersengketa dengan saudara Azmin (Ali) dan saudara Zaid (Ibrahim), saya nak tegaskan bahawa seluruh pemimpin PKR matang dalam menangani politik busuk PERKASA-Umno ini," katanya.

Menurut Mustafa (kiri), PKR sebagai parti berbilang kaum tidak akan berkompromi dengan sikap 'perkauman' NGO Melayu itu.

Tolak anasir ekstrim

"Sesungguhnya PKR adalah parti untuk semua bangsa. Ayuh kita tolak anasir ekstrim PERKASA dan Umno ini," kata Mustaffa yang bertanding merebut jawatan timbalan presiden PKR.

Semalam, Ketua Wira PERKASA, Arman Azha Abu Hanifah meminta semua ahlinya yang menganggotai PKR menolak Azmin sebagai timbalan presiden PKR, sebaliknya mengalihkan sokongan mereka kepada Mustaffa.

Ini kerana, menurut Arman Azha (kanan), Azmin sebagai naib presiden parti itu sekarang didakwa tidak berpendirian dan hanya bertindak sebagai "budak kopi" kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya harap semua anggota PKR memilih Mustaffa Kamil Ayub sebagai timbalan presiden. Beliau daripada ABIM (Angkatan Beliau Islam Malaysia), (beliau) ada agenda Islam," kata Arman Azha.

Beliau juga mendakwa, sebanyak 35 peratus NGO Melayu dengan keanggotaan 300,000 orang itu turut merupakan anggota PKR.

Dalam persaingan merebut jawatan nombor dua parti itu, Mustafa merupakan salah seorang yang menawarkan diri bertanding, di samping Azmin dan Penyelaras Pakatan Datuk Zaid Ibrahim.

Bercakap dalam sidang media di Petaling Jaya hari ini, Mustaffa bagaimanapun berkata, jika sokongan yang diberikan PERKASA itu ikhlas, beliau mengucapkan terima kasih.

"Saya nak tanya, adakah ikhlas. Kalau ikhlas saya ucap terima kasih," katanya sambil menegaskan perkara itu tidak bermakna beliau menyokong NGO Melayu itu.

Katanya, walaupun menyokong membahaskan perkara berkaitan Islam dalam ruang lingkup perlembagaan, tetapi pendekatan chauvinis dan esktrim seperti PERKASA hendaklah ditolak.

Sokong bawa rebah

Ditanya tentang kepentingan sokongan itu kepadanya, Mustaffa berkata ia menarik minat ahli parti dan media.

"Tetapi saya kena pastikan supaya tak dilihat sokong membawa rebah," katanya.

Berhubung dakwaan PERKASA bahawa 35 peratus anggota NGO itu juga merupakan anggota PKR, Mustaffa berkata "tak ada angka sedemikian".

Sementara itu, mengulas kenyataan Azmin terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir yang dibidas pelbagai pihak, Mustaffa berkata seluruh ahli PKR berkongsi pandangan dengan bekas setiausaha sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.

"Apakah tidak boleh mana-mana pemimpin PKR mengkritik Tun? Kalau Tun seorang negarawan, beliau tidak akan aniaya rakyat dan fitnah bekas timbalan perdana menteri. Mengapa perlu bengis apabila Tun dikritik pada penghujung usianya?" soalnya kembali.

Sementara itu, mengulas isu pilihan raya kecil Galas, Mustaffa berkata PKR akan memberikan komitmen sepenuhnya bagi membantu calon PAS yang bertanding.

Beliau juga berharap pemilihan dalaman PKR tidak akan menjejaskan sokongan kepada rakan mereka dalam Pakatan.

Malaysiakini/-

Syarikat rokok kecewa kenaikan 16% eksais

27 Syawal 1431 H

Bukan sahaja perokok, syarikat pengeluar rokok terbesar di Malaysia turut menyatakan kekecewaan mereka terhadap kenaikan harga rokok semalam.

Menurut British American Tobacco (BAT) - pengeluar rokok Dunhill - kenaikan 3 sen sebatang atau sebanyak 16 peratus itu merupakan sesuatu yang tinggi dan mengejutkan.

Pengarah Urusan BAT Malaysia William Toh berkata, pihaknya kecewa kerana peningkatan eksais itu menyebabkan penyeludupan rokok yang sudah sedia ada akan bermaharajalela dalam pasaran.

"Lebih besar perbezaan harga antara rokok sah dan seludup, lebih besarlah minat terhadap rokok seludup," katanya sambil mendakwa telah menegaskan perkara itu banyak kali sebelum ini.

Semalam, kerajaan telah menaikkan kadar duti eksais bagi rokok sebanyak tiga sen sebatang, berkuatkuasa 1 Oktober.

Dengan kenaikan kadar duti eksais itu, amaun kenaikan cukai bagi sekotak rokok 20 batang ialah kira-kira 63 sen, iaitu 60 sen daripada duti eksais dan tiga sen daripada cukai jualan.

Dalam satu kenyataan hari ini, William juga berkata, penyeludupan rokok sekarang sudah membimbangkan apabila Malaysia berada di atas dalam senarai pada 2009.

Malaysiakini/-

Kes Sosilawati: "Mana ada hantu?" kata Khalid

27 Syawal 1431 H

"Mana ada hantu, saya pergi siang dan malam tak ada apapun, semua itu hanya untuk mensensasikan cerita aja," kata Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar.

Beliau diminta mengulas dakwaan kononnya ada anggota polis yang menyiasat kes pembunuhan jutawan kosmetik Sosilawati Lawiya diganggu makhluk halus.

Ketika ditanya pemberita di Majlis Rumah Terbuka Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di Shah Alam hari ini, Khalid lantas menafikan laporan itu.

Terdapat cakap-cakap kononnya ada anggota polis diganggu makhluk halus ketika bertugas di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting, milik suspek utama kes pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain.

Ladang itu dipercayai lokasi pembunuhan itu.

Mengulas lanjut, beliau berkata semua siasatan berkaitan kes pembunuhan termasuk membabitkan hartawan dari India Allal Kanthan Muthuraja, 34, serta beberapa kes lain termasuk laporan Sabtu lalu mengenai kehilangan seorang lagi ahli perniagaan, masih dijalankan.

Katanya, perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Malaysiakini/-

Najib: Islam bukan satu ancaman

27 Syawal 1431 H

Datuk Seri Najib Razak menyampaikan ingatan kepada masyarakat antarabangsa bahawa Islam bukan satu ancaman dan bahawa Islamophobia sering dicetuskan oleh ekstremis dalam semua agama.

Perdana Menteri berkata, masyarakat antarabangsa perlu melihat Malaysia sebagai contoh jelas bagaimana rakyat dari pelbagai agama dapat hidup bersama secara harmoni.

Bercakap pada perbincangan meja bulat media yang dihadiri pertubuhan media antarabangsa yang berpangkalan di Brussels, Najib berkata konflik yang timbul bukan di antara agama tetapi antara ekstremis dan puak sederhana bagi semua agama.

"Islam tidak sepatutnya satu masalah asalkan wujud kesederhanaan dalam semua agama," katanya.

Islam adalah antara perkara yang dibangkitkan semasa sesi itu dan Najib ditanya berhubung cara Malaysia menangani persepsi terhadap agama di kalangan masyarakat Eropah di tengah-tengah perundingan perjanjian perdagangan bebas Eropah-Malaysia, yang akan dilancarkan di sini hari ini.

Najib berkata adalah lebih baik jika masyarakat Eropah dapat menyertai dialog dengan negara-negara Islam sederhana seperti Malaysia.

Sambil menyatakan bahawa beliau tidak merestui tindakan golongan ekstremis, Najib berkata usaha bagi menyelesaikan Islamophobia ialah mencari jalan penyelesaian jangka panjang kepada isu rakyat Palestin.

Katanya nasib rakyat Palestin, yang telah dinafikan hak mereka, "menyentuh perasaan di kalangan dunia Islam."

"Setengah orang berasa jika tiada lagi harapan, apa lagi yang ada untuk menyambung hidup," katanya sambil menambah sebaik masalah rakyat Palestin diselesaikan, keganasan akan reda.

Malaysiakini/-

PAS: Rosmah minta 'sedekah' di Belgium

27 Syawal 1431 H

Hajat Rosmah Mansur melawat pusat remaja hamil di Brussel hari ini untuk mendapatkan input bagi menangai masalah pembuangan bayi adalah tidak munasabah dan menggambarkan seolah-olah kerajaan hilang punca dan kontang idea, kata PAS.

Ketua penerangannya Idris Ahmad berkata, isteri perdana menteri tidak sepatutnya merujuk kepada Centrum voor Integrale Gezinsgorg (CIG) kerana keadaan iklim dan sosial budayanya berbeza dengan negara ini.

"Tindakan yang dibuat oleh Datin Seri Rosmah untuk merujuk negara Belgium bagi mengatasi masalah anak luar nikah, seolah-olah anak yatim yang kaya dengan harta peninggalan bapanya, tetapi masih lagi meminta sedekah kepada orang ramai.

"Begitulah juga tindakan Datin Rosmah ibarat memohon sedekah dan ehsan daripada orang lain, sedangkan kita mempunyai rujukan iaitu Islam," kata Idris lagi.

Rosmah hari ini dijadual melawat CIG, sebuah pusat bersepadu bagi membantu remaja hamil di Brussels, Belgium.

Pada 1 Oktober lalu, beliau dilaporkan berkata, lawatan itu bertujuan melihat sendiri pendekatan yang diguna pakai dalam melindungi remaja yang mengandung tanpa nikah dalam usaha menangani masalah pembuangan bayi yang semakin serius.

Rosmah juga berkata, sebelum menubuhkan pusat perlindungan bagi remaja hamil di negara ini, adalah penting kerajaan mendapatkan pendekatan terbaik daripada segi saintifik dan sistematik seperti yang diaplikasikan di negara lain.

Dalam satu kenyataan hari ini, Idris juga mempersoalkan, kenapa begitu takut hendak merujuk kepada "pendekatan Islam yang lebih menyeluruh dan telah terbukti berjaya".

"Kaedah yang perlu digunakan mestilah merujuk kepada apa yang diajar oleh Rasulullah SAW iaitu pendekatan mencegah dan mendidik," katanya.

Malaysiakini/-

Selamat menempuh peperiksaan PMR


Saya mengucapkan selamat menempuh peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) kepada semua calon yang terlibat. Semuga peperiksaan yang dihadapi pada tahun ini dapat menyerlahkan hasil dari bakat sebenar yang telah diasuh sekian lama oleh para ibu bapa dan guru kepada anak didik masing-masing.

Harapan saya semuga kejayaan yang diperolehi nanti adalah perangsang yang terus memberi semangat kepada para ibu bapa dan guru untuk meneruskan agenda pendidikan yang belum berakhir.