06 October 2010

Jamuan Tang Lung Raya Pakatan Rakyat

26 Syawal 1431 H
Oleh:V.Sivakumar

2 Oktober 2010, Pakatan Rakyat Batu Gajah telah menganjurkan satu Jamuan Makan Malam Tang Lung Raya di Dewan Tokong Tham Shen, Pusing. Program berlangsung dari jam jam 7.00 pm hingga 10.30pm.

Tetamu khas pada malam itu ialah Mohamad Bin Sabu. Turut hadir sebagai penceramah undangan ialah YB Wong Kah Woh, YB Chan Ming Kai, YB Lee Boon Chye dan Ngoi Thiam Woh, bekas Ahli Parlimen Kampar.

Tuan rumah yang menganjurkan program ini ialah Ahli Dewan Negeri Tronoh YB V.Sivakumar bersama-sama dengan Pakatan Rakyat Batu Gajah. Lebih dari pada 800 orang telah hadir dalam program yang dianjurkan.

Dalam ucapan Chan Chin Fah, Pengerusi DAP Bahagian Batu Gajah, beliau mempersoalkan tentang masalah tapak bola keranjang berhampiran Pasar Awam Pusing.

Datuk Seri Zambry pernah mengeluarkan kenyataan bahawa masalah tapak bola keranjang ini telah diselesaikan oleh kerajaan.

Setakat ini tidak ada apa-apa yang nampak terselesai. Keadaan tapak bola kerajang masih seperti sedia kala.

Beliau minta Datuk Seri Zambry menjelaskan bagaimana masalah tapak boleh kerajaan ini diselesaikan oleh kerajaan negeri.

Adakah ini bermaksud, tapak itu dikembalikan kepada rakyat? Adakah kerajaan sedia membina sebuah tapak bola keranjang berbumbung di tempat itu?

Dalam ucapan V.Sivakumar, beliau menyatakan rasa kecewa dan tidak puas hati mengenai sikap Majlis Daerah Batu Gajah yang tidak prihatin dan sensitif kepada masalah rakyat.

Majlis Daerah Batu Gajah sering kali boros membelanjakan wang dalam projek-projek yang tidak mendatangkan faedah kepada orang ramai.

Masalah-masalah rakyat yang kecil dan amat memerlukan tidak diselesaikan. Malah menghabiskan wang dalam projek-projek mudah dan tidak penting seperti membina dinding 'Selamat Datang Ke Batu Gajah', meletakkan pasu-pasu bunga, menanam pokok hiasan berlampu dan macam-macam lagi.

Saya bukan anti program mengindahkan bandar, tetapi ia perlu dibuat selepas masalah-masalah asas yang dihadapi oleh rakyat diselesaikan. Rakyat tidak pernah meminta untuk menghiaskan bandar dengan perbelanjaan beribu-ribu ringit. Rakyat mahu masalah harian yang dihadapi oleh mereka diselesaikan.

Majlis Daerah Batu Gajah harus selesaikan masalah- masalah penting terlebih dahulu sebelum mengindahkan pekan Batu Gajah. Kebersihan merupakan keindahan yang sebenar. Tidak ada guna kita mempunyai lampu warna-warni disekeliling pekan tetapi longkang tersumbat di merata tempat.

Menjaga kesihatan, keselamatan, kebersihan dan keselesaan rakyat seharusnya dijadikan matlamat utama setiap kerajaan tempatan.

V.Sivakumar juga berasa hampa dan Bangunan Baru Majlis Daerah Batu Gajah yang dibina atas bukit menelan berjuta-juta ringgit. Adakah Majlis Daerah Batu Gajah memerlukan bangunan yang yang gitu besar dan berkos tinggi.

Wang yang dibelanjakan untuk membina bangunan itu boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah rakyat di sekitarnya. Ini merupakan satu lagi projek yang membazirkan wang rakyat.

Wang cukai taksiran digunakan untuk membina bangunan-bangunan yang tidak membawa faedah terus kepada rakyat.

Bangunan baru Majlis Daerah Batu Gajah telah menelan belanja berjuta-juta ringit. Bangunan itu siap dibina pada tahun 2007 dan dirasmikan pada tahun 2008.

Selepas itu, beberapa projek kecil dilaksanakan untuk memperbaiki dan menaik taraf bangunan baru tersebut. Pada tahun ini, tempat letak kereta pula telah siap dibina di belakang bangunan Majlis Daerah Batu Gajah.

Masalahnya, kenapakah tempat letak kereta yang baru ini harus dibina sekarang dan tidak sekaligus semasa membina bangunan induk dahulu?

Pada Sidang Dewan Negeri 3 Ogos, saya telah memasukkan satu soalan bertulis mengenai hal ini.

Dalam soalan itu, saya menanyakan kerajaan berapakan kos pembinaan tempat letak kereta yang baru itu? Kerajaan telah menjawab kos pembinanan tempat letak kereta yang baru adalah RM 180, 577.85.

Adakah perlu untuk Majlis Daerah Batu Gajah untuk membinaan tempat letak kereta dengan harga yang tinggi sedangkan banyak masalah-masalah kecil yang hanya melibatkan kos beberapa ribu ringgit ditangguhkan.

Saya rasa sedih apabila Majlis Daerah Batu Gajah memberi alasan bahawa tidak cukup peruntukan untuk membuat projek-projek kecil sedangkan banyak wang dibelanjakan secara boros dalam projek-projek yang besar dan tidak berfaedah kepada rakyat.

Saya juga menanyakan adakah tempat letak kereta itu untuk kegunaan orang ramai dengan bermatlamat memenuhi aspirasi Kerajaan Persekutuan 'Rakyat Didahulukan'? Kerajaan Negeri Perak pula menjawab bahawa tempat letak kereta tersebut adalah untuk kegunaan penjawat awam Majlis Daerah Batu Gajah.

Kenyataan ini sendiri membuktikan sejauh manakah kerajaan tempatan dan kerajaan negeri memberi keutamaan kepada rakyat.

Perbezaan Kad Kredit & Kad Debit!

26 Syawal 1431 H
Oleh: Nuzmin Yaapar

Kad Kredit
1. Pakai dulu bayar kemudian
2. Lambat Bayar Kena late charge dan kena interest
3. Kena bayar yuran tahunan (bukan semua bank )
4. Menggalakan kita terlebih belanja - luar kemampuan (sedap oo main swipe ajer)

Kad Debit
1. bayar dulu pakai kemudian (kan orang x suka bawak cash banyak2)
2. Lambat bayar x kena ape2 pun.. (sebab x mungkin korang akan lambat bayar)
3. X yah bayar yuran tahunan (semua bank camni oo)
4. Menggalakan kita belanja lebih? - ader balance baru boleh belanja, no hutang-hutang!

Persamaan Kad kredit & kad debit
1. Memudahkan urusan harian (terutamanya secara online)
2. x yah bawak cash bebanyak
3. dapat reward @ rebate bila pakai.

(INGATAN) Abdullah Bin Salam r.a

26 Syawal 1431 H
httpawie-doank.blogspot.com

Nama lengkapnya Abdullah bin Salam bin al-Harits al-Isroily. Biasa dipanggil Abu Yusuf. Dulunya pada masa jahiliyah namanya al-Hosin, kemudian setelah masuk Islam diganti oleh Rasulullah dengan nama Abdullah.

Menurut pendapat Ibn Sa'ad bahwa beliau dari keturunan nabi Yusuf bin Ya'qub bin Ishaq bin Ibrahim as. Dengan demikian beliau adalah keturunan dari bani Israil.

Beliau masuk Islam pada waktu Rasulullah berhijrah dan datang ke Madinah. Kononnya pada waktu Rasulullah datang ke Madinah, semua orang berlarian ingin melihatnya. Dan beliau termasuk diantara orang lari ingin melihat Rasul.

Pada waktu beliau melihatnya beliau berkata bahwa di wajah Rasulullah tampak bukan pendusta. Kata-kata yang pertama kali beliau dengar dari Rasulullah adalah; "Wahai manusia, sebarkanlah salam,beri makan (kepada yang lapar), eratkan dan sambunglah hubungan keluarga, dirikan sholat di malam hari ketika manusia semua tidur. Niscaya kalian akam masuk surga."

Sebaimana diriwayatkan Basyr bin Syaghof dari Abdullah bin Salam bahwa beliau (Abdullah) ikut dalam penaklukan Nahawan di Persia.

Dari Ibn Sirrin berkata bahwa suatu hari Abdullah bin Salam berkata; "jika perang itu datang. Saya tidak mempunyai kendaraan (kuda tunggangan) maka bawalah saya ke sana (beri tunggangan) hingga kelak nanti aku diletakkan di antara barisan."

Pada waktu Rasulullah datang ke Madinah, Abdullah bertanya kepadanya, "Wahai Rasulullah, saya akan bertanya kepada Engkau tiga tanda yang tidak ada orang tahu kecuali nabi saja." "Silahkan tanya?"kata Rasulullah.

Beliau bertanya; "Apa tanda-tanda kiamat yang pertama, apa yang dimakan penghuni surga pertama kali dan dari mana seorang anak menyerupai ayah dan ibunya? Rasulullah menjawab; "Tanda-tanda kiamat yang pertama adalah api muncul dari timur yang mengiring manusia ke barat.

Yang dimakan penghuni surga pertama kali adalah hati ikan hiu. Adapun penyerupaan anak kepada ayah atau ibu; jika air mani membuahi/datang lebih dulu dari sel telur (mani wanita) maka akan keluar anak laki-laki.

Dan jika sel telur membuahi/datang lebih dulu dari air mani maka akan lahir anak perempuan." Kemudian Abdullah berkata; "Aku bersaksi tidak ada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah utusan-Nya.

" Abdullah bertanya lagi, "Wahai Rasul, Yahudi adalah kaum yang pendusta. Sekiranya meraka tahu tentang keislamanku niscaya mereka mendustakan aku mengenai dirimu. Oleh karena itu silahkan Engkau kirim utusan kepada mereka tanya tentang aku, Abdullah bin Salam itu gimana? Kemudian Rasulullah pun mengirim utusan kepada mereka. Utusan itu bertanya tentang Abdullah.

Mereka menjawab; "Abdullah adalah orang yang paling baik, anak yang paling baik dan guru kami dan anak guru kami. Beliau juga orang yang paling tahu tentang agama kami dan anak dari orang yang paling tahu agama kami.

" Utusan itu bertanya lagi, "Bagaimana pendapat kalian jika beliau masuk Islam, apakah kalian masuk juga?" Mereka menjawab; "Semoga Allah jauhkan kami darinya." Tak lama kemudian Abdullah bin Salam keluar menuju ke hadapan mereka sambil mengucap dua syahadat." Mendengar ucapan itu mereka menjawab;

"Beliau adalah orang yang buruk dan anak yang paling buruk dari kami. Begitu juga orang yang bodoh dan anak orang bodoh dari kami." Setelah itu Abdullah berkata; "Perkara inilah yang saya takutkan dari mereka." "Wahai Rasul, bukankah saya sudah bagitahu bahwa mereka itu pendusta?" kata Abdullah.

Firman Allah dalam surah ar-Ro' ayat 43; "Dialah orang yang tahu tentang ilmu kitab (ahli kitab)" turun kepadanya. Dan juga firman Allah dalam surah al-Ahqof 10; "Dia menjadi saksi dari Bani Israel (kebenaran Islam) atas orang-orang sepertinya kemudian beriman kepada Allah. Dan kebanyakan Bani Israel menyombongkan diri (tidak beriman)."

Mengenai sifat tawadhu' dan rendah hati beliau diceritakan oleh Abdullah bin Handholah; "Suatu hari beliau ke pasar dengan membawa seikat kayu bakar. Ada seorang bertanya; "Bukankah Allah telah memberikan kecukupan padamu?

" Beliau menjawab; "Benar, tapi saya ingin membuang kesombongan dalam hati. Saya mendengar Rasulullah bersabda; "Tidak akan masuk surga orang yang di hatinya ada kesombongan meski sebesar biji sawi."

Tampak tanda-tanda kedamaian di hatinya begitu juga khusu'. Tidak heran jika Rasulullah memberi kesaksian bahwa beliau termasuk penghuni surga.

Selama berjuang membela Islam beliau ikut dalam penaklukan Bait al-Muqodas (Palestina).

Ketika terjadi perselisihan antara Ali dan Muawwiyah, beliau memilih untuk tidak ikut campur dan menjauh dari tempat perselisihan itu. Selama bergaul dengan Rasulullah, beliau telah meriwayatkan kurang lebih 25 hadits.

Mengenai wafatnya, menurut al-Imam ad-Dzahaby bahwa para ulama sepakat bahwa beliau wafat pada tahun 43 Hijriah di Madinah.

UMNO Penang kata haram, Mama Bik kata tidak.....

26 Syawal 1431 H

UMNO kata wang ehsan warga mas Pulau Pinang adalah haram,kononnya berpunca daripada hasil judi. Pak Cik dan Mak Cik di bawa sibuk memulangkan balik wang RM1oo itu.....

Kalau haram pasal apa Mama Bik, bini PM 1Malaysia,merangkap Presiden UMNO terima sumbangan daripada pusat judi 1Malaysia, Genting Sdn. Bhd.?......

Bukankah PM merangkap Presiden UMNO, Najib Tun Razak yang meluluskan lesen judi ini, itu tak haramkah?.....

termasuk judi bola, yang ditarik balik baru-baru ini..

mana para ustaz dan mufti UMNO, tolong komen mai......

Kalau UMNO cakap semua wang termasuk RM100 haram, maka, gaji dan elaun yang diterima wakil-wakil rakyat,menteri,TPM dan PM UMNO juga adalah haram.....

Alahai UMNO meroyan lagi !!!!!!!

Ini adalah jawapan Najib 1Malaysia ketika menjawab soalan ahli parlimen dari Rasah iaitu YB Loke.....

“untuk makluman Yang Berhormat, buat masa ini, hasil daripada aktiviti perjudian adalah dikategorikan sebagai hasil cukai kepada kerajaan...

bagi semua hasil daripada bayaran cukai ia akan dimasukkan ke dalam akaun Hasil Disatukan sama seperti semua hasil kerajaan yang lain dan digunakan untuk tujuan belanja mengurus dan pembangunan negara.”

Maksud Najib ialah, hasil cukai negara telah bercampur aduk dari yang halal kepada yang haram. Jadi apakah perbezaannya antara dua kerajaan ? Mungkin Azhar,Reezal Merican dan penyamun2 UMNO Penang ni dah buta perut kot?

BETAPA GENTARNYA PERKASA KEPADA AZMIN

26 Syawal 1431 H
Oleh: WFAUZDIN NS

PERKASA juga tertarik dengan pemilihan di dalam PKR. Kenyataan PERKASA yang mahukan ahli-ahli PKR menyokong Sdr Mustafa Kamil Ayub sebagai Timbalan Presiden PKR menunjukkan PERKASA sememangnya berminat di dalam politik dan bagusnya pertubuhan itu mula tertarik dengan PKR.

Ini bererti kenyataan Presiden PERKASA sebelum ini bahawa PERKASA tidak berminat di dalam politik hanyalah sekadar bunyi `Ong...Ong...Ong...' katak memanggil hujan sahaja.

Mengapa PERKASA begitu anti dengan YB Azmin? Ini semua bermula apabila YB Azmin menyelar Tun Mahathir sewaktu beliau merasmikan Mesyuarat PKR Cabang Gombak semalam. Apabila YB Azmin menyerang Tun Mahathir yang dianggap seperti

`Sammy Vellu di dalam MIC' oleh PERKASA, maka sudah tentu layak YB Azmin diserang oleh PERKASA. Persoalannya, tercederakah YB Azmin dengan serangan umpama `cubitan' dari PERKASA itu?

Siapa takut dengan pengaruh PERKASA sekarang? PERKASA hanya layak mencabar seorang individu bernama `Namewee' sahaja. Itulah standard PERKASA.

Bagi saya, hebatnya YB Azmin tentulah mendatangkan ketakutan kepada sesiapa sahaja yang memusuhi PKR dan PR. Mereka sudah tahu prinsip YB Azmin dan mereka sedar bahawa MP Gombak ini adalah pelapis kepada kehebatan DS Anwar.

Mereka percaya, apabila DS Anwar disumbatkan ke penjara kelak PKR akan berkubur dengan syarat tiada orang seperti YB Azmin menggantikannya. Apakah Sdr Mustafa Kamil tidak hebat? Beliau juga anak didik DS Anwar tetapi kehebatan YB Azmin di dalam aspek `menyerang' Umno/Bn amat ditakuti oleh mereka.

Pemimpin yang baik bukan sahaja boleh mengurus atau mentadbir parti dengan baik, tetapi mesti tahu strategi dan berani menyerang musuh pada waktu dan ketikanya. Terlalu banyak bertahan dengan serangan musuh bukan satu strategi yang bijak dan berkesan.

Apabila YB Azmin menyerang Umno sekaligus menyerang PERKASA, ini yang membuatkan mereka gerun dan gentar dengan kebolehan YB Azmin.

Kepada sesiapa yang ingin menyokong Sdr Mustafa Kamil, mereka boleh meneruskan sokongannya tetapi bukan kerana kehendak PERKASA yang jelas ada agenda politik mereka. Sokongan terhadap Sdr Mustafa Kamil juga baik kerana tidak akan merugikan parti kerana beliau juga adalah anak didik DS Anwar.

Sekiranya ingin menyokong YB Azmin pula, teruskanlah sokongan anda bukan kerana beliau dikatakan orang kuat DS Anwar, tetapi beliau telah membuktikan komitmennya terhadap perjuangan ini samada DS Anwar di luar mahu di dalam penjara.

RAJA DAN SULTAN MESTI ADIL UNTUK TERUS DIHORMATI

26 Syawal 1431 H
Oleh: WFAUZDIN NS

TERTARIK dan bersetuju apabila membaca kenyataan titah Tuanku Sultan Johor yang mahukan isu perkauman dan agama dihentikan. Baca di sini. Ketika pihak Polis masih menyiasat siapakah yang menjadi dalang memasang Banner di Johor yang terpapar gambar Tuanku Sultan bersama Pengerusi PKR Johor Chua Jui Ming, maka titah ini amat bertepatan sekali.

Isu banner yang menyebut bahawa Chua Jui Ming bakal menjadi MB Johor jika PR memerintah Johor dan dipasangkan di sekitar penempatan Melayu adalah salah satu contoh bagaimana dalang ini cuba memainkan isu sensitif yang melibatkan Perlembagaan.

Persoalan yang masih tidak terjawab adalah siapakah dalang itu? Sukar mungkin untuk pihak Polis menyiasatnya sebab itulah sehingga kini tiada lagi kita dengar siapakah yang terlibat telah ditahan atau didakwa. Saya tidak percaya pihak Polis sengaja mendiamkan kes tersebut atas apa jua sebab.

Begitu juga dengan beberapa kes yang berlaku di mana seorang Pengetua mengeluarkan perkataan yang berunsur perkauman. Kisah yang terjadi di BTN yang menyebut perkataan `Si Botol' dan `Si Sepet'.

Isu MP Cina dari PR yang memasuki ruang madrasah dan masjid dijadikan isu besar sedangkan kisah MP India dari Bn yang memasuki ruang masjid didiamkan sahaja. Bukankah ini ada unsur perkauman dan agama yang sempit? Saya percaya Tuanku menyedari perkara ini. Persoalannya, siapa yang memainkan isu ini?

Kenyataan Tun Mahathir yang menyebut Melayu akan musnah jika PR memerintah adalah satu kenyataan perkauman yang merbahaya.

Mantan pemimpin Umno ini yang mencipta sejarah menghapuskan imuniti Raja-Raja Melayu dahulu kini tidak serik untuk mencipta sejarah baru untuk menghancurkan keharmonian dan perpaduan di dalam negara ini. Justeru itu, tidak hairanlah jika Tun Mahathir menyokong kuat Perkasa yang dilihat lebih `Melayu' dari Umno.

Titah Tuanku Sultan wajib kita patuhi selagi ianya tidak bertentangan dengan perintah Allah. Raja adil Raja di sembah, Raja zalim Raja disanggah. Perkataan ini pernah dilafazkan oleh Hang Jebat ketika menentang Sultan yang zalim.

Kita tidak mahu menjadi Hang Jebat, jauh sekali untuk menjadi Pak Turut seperti Hang Tuah. Biarlah kita menjadi Bendahara dalam Hikayat Hang Tuah itu, kerana Bendahara seorang yang bijaksana.

Orang-orang Melayu khasnya amat menyayangi dan memelihara institusi raja. Raja yang adil mestilah menampakkan keadilannya dan tidak berpihak kepada mana-mana pihak. Jika seseoang raja atau Sultan menyebut di khalayak ramai secara terbuka agar rakyat memilih parti A atau B,

maka hilanglah kemuliaan raja atau Sultan itu. Segala aduan dari rakyat tidak kira datangnya dari pihak mana, Raja atau Sultan mestilah meneliti dan mengambil tindakan yang seadil-adilnya. Inilah Raja dan Sultan yang kita mahukan dan kita sentiasa mendoakan kesejahteraannya

Harakahdaily/-

Tahniah, Selangor bagi buku teks agama percuma

26 Syawal 1431 H
Oleh: Abd Aziz Abd Ghani

TAHNIAH! TAHNIAH! dan TAHNIAH Kerajaan Selangor atas pemberian buku teks ini. Sebenarnya sudah lama rakyat Selangor menantikan berita baik ini.

Insya Allah mulai tahun ini, saya akan membayar zakat saya kepada Pusat Pungutan Zakat Selangor yang selama ini saya membayarnya kepada PPZ (Wilayah Persekutuan).

Walaupun ianya tidak banyak tetapi insya Alah bayaran zakat saya dapat membantu Kerajaan Selangor menguruskan hal ini dengan jayanya.

Mungkin juga Kerajaan Selangor dapat ‘panjangkan’ kemudahan seperti ini untuk bayaran ‘yuran bulanan’ sekolah agama pula yang kini dikenakan antara RM10 hingga RM20 sebulan bagi setiap pelajar.

Insya Allah, Allah terus memberkati kerajaan Selangor. Allahu akbar...Allahu akbar...Allahu akbar…

Biarkan Umno terjun dengan labu-labunya…biarkan...biarkan…

Harakahdaily/-

Bersemuka dengan Ronnie Liu

26 Syawal 1431 H

Ronnie Liu satu nama panas sejak kebelakangan ini. Beliau dikaitkan dengan pelbagai isu dan menjadi sasaran pelbagai pihak. Sejak dua bulan lalu, beliau menutup mulut dan tidak mahu diwawancara oleh mana-mana media.

Namun Harakahdaily dan Siasah berjaya membuka pintu pejabat beliau dan memberikan wawancara ini. Ikuti wawancara dengan beliau. Sebahagian wawancara ini telah disiarkan dalam akhbar politik Siasah sebelum ini.

Apa perkembangan mutakhir Kerajaan Negeri Selangor sekarang dalam menghadapi serangan yang bertubi-tubi dari Barisan Nasional?

Saya rasa Barisan Nasional atau Umno sudah tahu, sekiranya mereka tidak kacau kita, dan kita dapat terus berkhidmat membangunkan negeri Selangor seperti hala tuju yang kita ada sekarang ini,

mereka tidak boleh menang dalam pilihan raya yang akan datang. Dahulu kita semuanya tidak ada kerajaan, tetapi apabila peluang (mandat) sudah diberi, kita sudah merakyatkan ekonomi Selangor, cara kita mentakbir bersih tanpa penyelewengan, tiada menyalahgunakan kuasa.

Ini ditambah lagi dengan wujudnya program-program kebajikan misalnya untuk skim mesra warga emas, mikrokredit sebanyak 50 juta dan kini tambah lagi RM20 juta untuk golongan miskin bandar dan sebagainya. Rakyat sekarang dapat membandingkan bagaimana pentadbiran sekarang dengan pentadbiran lama.

Begitu juga dari segi pendidikan. Walaupun kita tiada hak dari segi pendidikan tetapi kita bagi tanah dan peruntukan kepada sekolah Cina, India dan Sekolah Agama Rakyat. Sekolah Agama Rakyat kita bagi setiap tahun RM9 juta, sekolah Cina dan Tamil sebanyak RM4 juta setiap tahun. Sementara persatuan pendidikan Cina kita bagi RM2 juta setiap tahun.

Dan sebagai Pengerusi Rumah Ibadat selain Islam, sehingga ke hari ini kita telah bagi sebanyak 95 keping tanah kepada kuil, tokong dan gereja. Ini tidak termasuk lagi surau dan masjid.

Begitu juga penghasilan dari pasir. Sejak PR memerintah hasilnya telah meningkat. Dahulu di bawah BN paling tinggi penghasilan yang mereka dapat hanyalah RM4 juta tetapi sekarang kita dapat RM15 juta ke 20 juta setahun. Orang sekarang sudah dapat membuat perbandingan antara BN dan PR. Bila jadi seperti itu, mereka rasa takut dan bimbang.

Dan setiap kali kita pergi berceramah di luar Selangor, misalnya di Melaka, Johor atau Pahang, orang di sana sering meminta saya bercerita tentang Selangor. Apabila saya kata di Selangor ada pelbagai kemudahan untuk rakyat, mereka kata di negeri mereka semua itu tidak ada.

Sebab itu BN tidak mahu melihat negeri Selangor berjaya. Oleh itu mereka gunakan tektik kotor sebab mereka kurang yakin untuk berlawan dengan PR secara bersih. Ini apa yang saya perhatikan..

Dilihat kepada keadaan sekarang, DAP paling aktif mendaftarkan ahli baru. Sebenarnya apakah rahsia di sebalik pendaftaran paling ramai pengundi baru itu?

Ye, mengikut daftar yang diberikan oleh SPR kepada kita, DAP memang mendahulu parti-parti yang lain termasuk PAS dalam mendaftarkan ahli baru. Ini adalah kerana cara yang kita buat adalah konsisten. Dahulu sebelum PR dapat memerintah negeri Selangor, kita ada juga buat kerja yang sama. Jadi sekarang ini kita ada pengalaman untuk buat kerja yang sama.

Tetapi jika kita melihat kepada rekod yang ada ianya tidaklah tinggi sangat cuma ianya mendahulu parti yang lain. Pada saya parti yang lain (dalam BN)mungkin takut kerana mereka tahu generasi baru tidak memihak kepada mereka. Sedangkan kita terus buat kerana kita yakin dan tahu bahawa generasi baru ini memihak kepada kita. Tetapi kepada MCA, Gerakan atau MIC pertama mereka tidak yakin. Bila lagi ramai mereka mendaftar pengundi baru, mereka bimbang undi lebih besar akan hilang kepada PR.

Kedua, pada dua ke tiga tahun kebelakangan ini MCA dan MIC memang kucar kacir. Umno pun sampai ke hari ini, masih lagi berpuak-puak di negeri Selangor, jadi mereka kurang semangat dalam usaha untuk mendaftarkan pengundi baru. MCA cuma akhir-akhir ini sahaja kita lihat mereka baru nak mula mendaftar pengundi baru sehingga sampai ke tokong-tokong.

Di sebalik rekod-rekod baik itu, tuan adalah antara orang yang paling hebat diserang oleh Umno Selangor terutama sekali dalam isu kerajaan tempatan. Ada beberapa isu, apa isu yang paling lantang sekali mereka timbulkan?

Saya nampak isu yang mereka mainkan terhadap Ronnie Liu sejak PR mengambil alih kerajaan Selangor adalah isu SPA, rumah urut dan rumah maksiat yang mereka kata semakin banyak. Kedua tidak pandai jaga pasir, kecurian banyak berlaku. Ketiga, gerakan senyap yang mendakwa sejak di bawah PR kita tidak mementingkan hak orang melayu. Kita hanya dikata membantu dan menolong pengundi Cina dan India sahaja.

Sebenarnya mereka tiada isu lain yang hendak dikata. Kalau nak kata kita kita tidak bersih sewaktu mentadbir, tidak ada. Nak kata kita salah guna kuasa pun tidak ada. Penguat kuasa sekarang tidak macam dahulu, mereka bukan samseng yang sering melawan dengan orang ramai. Jadi mereka tak ada isu.

Berkaitan dengan spa atau rumah urut, memang ada bertambah tetapi semua itu tidak berlesen. Sejak PR memerintah, pengeluaran lesen telah dibekukan. Satu pun tidak ada. Rumuh urut, spa dan judi Magnum yang ada sekarang ini adalah kelulusan dahulu dan kita tidak berani tutup sebab nanti dikata tidak adil. Selagi mengikut undang-undang kita bagi peluang mereka memperbaharui lesen tetapi kalau nak kata yang baru, memang tidak ada.

Kalau adapun mereka yang buat ini adalah tanpa izin. Bila ianya dibuat tanpa izin, kuasa sebenarnya terletak kepada polis atau pihak berkuasa yang lain. Pihak ini yang sepatutnya mengambil tindakan, kerajaan tempatan tidak mempunyai kuasa yang banyak.
Misalnya, kalau ada tempat judi haram dibuat, orang yang keluarkan lesen slot mesin hanyalah menteri kewangan, bukannya kerajaan tempatan.

Bagaimana dengan premis?

Premis memanglah kerajaan tempatan tetapi premis yang baru memang kita tidak beri kepada sesiapapun. Jadi tempat judi haram itu, polis ada kuasa untuk tahan mereka, siasat mereka atau bawa mereka ke mahkamah. Tetapi kerajaan tempatan hanya ada kuasa terhad. Kalau ada pun kita hanya boleh sita tempat itu secara sementara.

Dalam undang-undnag kecil, sekiranya mereka membayar kompaun, kita terpaksa serahkan balik apa yang disita. Tetapi di bawah polis, polis boleh tahan sehingga di bawa ke mahkamah. Sekiranya mahkamah mengambil masa selama lima tahun, sudah pastilah komputer jadi tidak baik dan rosak.

Kuasa polis lebih besar kerana mereka juga boleh tahan siapa yang bersalah. Kerajaan tempatan tidak boleh tahan orang kecuali orang itu mengganggu tugas penjawat awam. Dan kita juga tiada hak untuk tukar undang-undang kita sendiri. Dan sekiranya mengikut undang-undang tempatan, yang kita keluarkan lesen untuk premis sahaja. Sekiranya ada orang yang berniaga tanpa lesen, kita hanya boleh kenakan kompaun sebanyak RM1,000 sahaja maksima. kalau bawa ke mahkamah dan dia mengaku bersalah, denda maksima yang terpaksa dibayar hanya RM2,000 sahaja.

Jadi kebanyakan peniaga ini tidak takut untuk buka rumah urut, spa, siber cafe atau sebagainya. Tetapi kalau pihak polis, mereka boleh buat apa sahaja. Misalnya kalau peniaga itu masih berdegil, pihak polis boleh memotong elektrik, paip, tahan dan bawa mereka ke mahkamah atau bawa mereka ke lokap.
(Gambar atas: Antara premis yang baru naik di Kota Damansara. Rumah urut berselindung di sebalik urut kaki)

Tetapi dalam hal ini, selalunya pihak polis tidak mahu buat. Pihak polis enggan bekerjasama dengan kerajaan tempatan, hanya segelintir sahaja yang mahu. Setiap kali kita mengadakan operasi, kita ada minta bantuan polis untuk bersama-sama menyertainya. Tetapi tidak semestinya mereka akan menyertai kita sebab mereka boleh memilih untuk menyertai atau tidak.

Itu hak mereka. Tetapi dalam hal lain, polis selalu kata kita (kerajaan tempatan di bawah PR) tidak mahu bekerjasama dengan pihak polis. Sedangkan setiap kali mahu mengadakan operasi kita selalu panggil mereka. Bila saya pertikaikan cara polis, mereka tidak suka saya. Mereka juga pertikaikan pemerintahan orang dahulu, semuanya boleh tetapi sekarang ini tidak boleh lagi.

Jadi bila masalah itu timbul, orang akan menyalahkan pentadbiran kita. Misalnya gangster-gangster yang menguasai rumah-rumah maksiat, marah kita sebab di bawah kita pegawai kita bersih. Tidak ada lagi pegawai yang minta duit atau buat kacau. Jadi mereka salahkan saya. Oleh itu musuh saya pelbagai, ada dari pihak polis, ada dari pihak berkuasa tempatan ada dari gangster.

Mereka nampak majlis tempatan di bawah pentadbiran saya, tidak memberi peluang kepada mereka untuk mendapat duit atau peluang. Jadi mereka yang mengatakan saya membiarkan rumah maksiat semakin bertambah dan sebagainya. Sebenarnya mereka adalah terdiri daripada mereka yang tidak dapat peluang atau membuat perkara seperti dahulu sebelum PR memerintah.

Isu yang besar sekarang, rakyat melihat seolah-olah kerajaan negeri tidak bertindak sebab kalau kita lihat rumah urut sekarang semakin bertambah. Ramai dari tanah besar China datang, orang Vietnam datang tanpa permit kerja. Apa tindakan kerajaan negeri dalam mengadapi situasi seperti ini?

Semua kuasa terletak kepada Imigresen, bukan kepada kita. Kenapa pihak Imigresen tidak mahu mengambil tindakan, kenapa mahu salahkan kita. Misalnya kita bagi lesen urut refleksologi, kalau mereka ikut undang-undang, ianya untuk kesihatan. Kalau ada yang menggunakan nama tersebut untuk melakukan maksiat, Imigresen dan polis boleh tangkap.

Pihak kita hanya boleh batalkan lesen sekiranya premis tersebut tidak mengikut seperti apa yang dinyatakan dalam undang-undang. Sekarang inipun kita telah banyak batalkan lesen melalui operasi yang dilakukan. Masalahnya, setiap kali pihak kita melakukan operasi, surat khabar arus perdana tidak mahu membuat liputan. Begitu juga dengan pihak televisyen. Cuma apabila pihak polis buat, barulah mereka buat liputan.

Sebenarnya pihak kita ada melakukan beberapa operasi. Antaranya operasi serentak di bawah kerajaan tempatan. Selain operasi serentak, setiap majlis kerajaan tempatan diberi arahan untuk membuat operasi. Operasi ini tidak berhenti sama ada oleh MPPJ, MPSA atau MPSJ.

Masalahnya surat khabar arus perdana atau televisyen tidak buat liputan sedangkan pihak kita selalu buat operasi. Hanya akhbar alternatif sahaja yang selalu menyiarkan operasi kami. Dan pihak kami juga tidak keberatan memberi semua maklumat itu sekiranya dikehendaki.

Adakah pihak berkuasa tempatan tidak boleh bertindak e atas mana-mana premis yang digunakan untuk aktiviti-aktiviti kurang sihat?

Kita boleh bertindak tetapi sejauh mana..kita hanya boleh beri kompaun sahaja. Kita tangkap tidak boleh, siasat tidak boleh. Semua tidak boleh. Sita boleh tetapi dalam tempoh tiga bulan sekiranya mereka bayar kompaun, kita terpaksa serahkan kepada mereka semula. Tetapi kuasa polis semuanya boleh dilakukan, tangkap, tahan dan bawa mereka ke mahkamah.

Jadi dalam hal ini, saya salahkan polis. Polis salahkan kerajaan tempatan dan rakyat keliru. Sebenarnya, rakyat tidak boleh keliru, rakyat harus tahu, semua itu adalah kerja polis sebab kuasanya besar.

Dia boleh buat semua tetapi tidak mahu buat. Tidak mahu buat kerana apa, korupsi kerana ada pegawai polis yang ambil wang. Bila ada pegawai polis yang ambil wang, mereka tidak mahu buat operasi.

Adakah ini menjadi punca tuan menjadi sasaran polis?

Ya, sebab saya selalu mempertahankan kerajaan negeri. Saya yang beritahu orang ramai tentang undang-undang macam itu sebab orang lain tak boleh jawab sebab bukan fotfolio mereka dan mereka pun tak tahu menjawab.

Selalunya saya yang menjawab. Bila saya memberi jawapan seperti itu, sudah tentu mereka (pihak polis) marah dan salahkan saya.

Saya jawab seperti tu sebab pihak polis memang ada kuasa. Misalnya menangkap orang yang melakukan maksiat atau pendatang tanpa izin adalah kerja polis dan Imigresen. Kita tak boleh tangkap walaupun seorang.

Mereka boleh tangkap, tahan mereka di Semenyih atau sebagainya adalah hak mereka, tetapi sekiranya mereka tidak mahu, nak buat macam mana? Sebab saya selalu mempertikaikan polis tidak buat, jadi mereka benci dan serang saya.

Mungkin itu satu perancangan?

Ya, mungkin perancangan. Pada saya orang yang buat pelbagai tuduhan kepada saya adalah orang politik dari pihak sana, gangster yang ada kaitan dengan mereka sebab susah cari makan dan juga pihak polis sebab saya nampak pihak polis masih belum bersih

Apa pandangan tuan apabila parti DAP dituduh melindungi gangster-gangster?

Itu salah satu cara tuduhan yang dibuat. Saya pernah mencabar mereka yang mengatakan DAP melindungi gangster supaya memberi senarai nama gangster yang ada kaitan dengan DAP supaya saya sendiri boleh tangkap mereka. Namun sehingga ke hari ini, tak ada senarai yang saya dapat.

Datuk Seri Khir Toyo pernah saya cabar dua tiga kali, beri nama gangster yang mencuri pasir dan yang dilindungi oleh DAP. Biar saya sendiri yang tangkap tetapi sudah enam bulan tiada senarai yang sampai ke pada saya. Beliau hanya cakap sahaja sebab tiada bukti.

Begitu juga orang kata pejabat saya digunakan oleh gangster untuk mesyuarat, saya cabar mereka beri nama dan puak apa supaya senang untuk saya tangkap, pun tidak ada juga. Sehingga ke hari ini mereka masih membuat tuduhan yang sama, tetapi bukti tidak ada.

Malahan ada orang yang membuat tuduhan saya gangster sebab saya memakai baju hitam dengan tai berwarna cerah. Masalahnya, orang lain berpakaian seperti itu tidak pula dikatakan gangster.

Sebenarnya saya berpakaian hitam setiap hari Jumaat kerana menghormati mendiang Teoh Beng Hock, sama juga dengan Lim Guan Eng. Mereka tidak bertanya mengapa saya berpakaian hitam terus membuat tuduhan saya gangster.

Mungkin mereka lihat tuan aktif dan agresif?

Mereka sudah benci dengan saya sebab dahulu, sewaktu wakil MCA di Pandamaran kalah dalam pilihan raya dengan saya, dia lihat pemimpin di Selangor, Keadilan atau DAP. Dia lihat Azmin veteran, Ronnie veteran tetapi tidak nampak pemimpin muda yang lain.

Dia kata saya yang lantang bercakap hingga membuatkan dia kalah. Dia salahkan saya tetapi tidak salahkan YB Kampung Tuanku atau lain-lain sebab mereka orang baru. Saya jadi sasaran utama.Lagipun saya mudah didekati dan mudah ditemui, tidak seperti orang lain.

Suspek utama kes Datuk Sosilawati juga dikatakan gangster dan ahli seumur hidup parti DAP?

Kita sudah semak, dia memang tidak masuk dalam parti DAP dan di bawah arahan Lim Guan Eng DAP sudah buat laporan polis isu tersebut.

Apakah DAP akan saman semula mereka yang membuat tuduhan tersebut?

Tidak dan saya percaya polis juga tidak akan buat apa-apa siatan berkaitan dengan isu tersebut kerana bagi saya saman di mahkamah tidak akan menyelesaikan isu ini kerana kita bukan mudah untuk menang.

Apakah DAP tidak bercadang untuk bertindak bagi membersihkan nama DAP di mahkamah?

Tak boleh sebab kalau polis tak mahu beritahu kedudukan sebenarnya macama mana kita nak buat saman. Lagipun kita tahu ke siapa yang buat fitnah. Kalau kita tahupun sukar untuk kita menang. Oleh itu kita kena fikir semuanya sebelum kita buat saman.

Kita berbalik semula kepada hal Pandamaran, sebenarnya apa yang berlaku?

Pandamaran, sehingga ke hari ini calon mereka (MCA) masih lagi tidak mahu mengakui kekalahan. Dia tidak sangka boleh kalah sebab keahlian MCA sahaja hampir setengah jumlah pengundi di sini.

tetapi dia kalah. Nombor dua kebetulan, orang yang kalah ini aktif. Bila aktif semua berita tertumpu kepadanya, jadi dia kata saya yang bukan-bukan namun saya tidak boleh saman dia.

Bila dia tahu saya tidak boleh saman dan tidak boleh buat apa, dia terus cakap saya yang bukan-bukan. Saya cuma boleh menjawab dengan tindakan yang saya lakukan. Di Pandamaran, DAP sangat aktif, kita selalu adakan kegiatan kebajikan seperti gotong royong dan membantu mereka yang memerlukan.. Sebab itulah semua stesyen tv dan akhbar perdana selalu datang dan membuat liputan tentang Pandamaran.

Musuh saya kata, saya tidak aktif dan tidak selalu datang ke Pandamaran sedangkan saya selalu ada di sana. Saya selalu datang dan tolong orang di sana sekurangnya empat kali seminggu. Kalau tidak percaya cuba tengok sehari jadual lawatan saya. Pasti ada Pandamaran.

Surat khabar Cina selalu buat liputan saya berkaitan Pandamaran. Selalu kata saya tidak datang melawat Pandamaran, hanya surat khabar Melayu dan Inggeris sahaja tak ada. Kalau tuduhan seperti itu dilakukan melalui surat khabar Cina, ramai orang akan ketawa.

Bagaimana pula tentang tuduhan Lee Boon Hock yang mengatakan ada 'tangan ghaib' dalam pemecatan dia dari DAP?

Lee Boon Hock sebenarnya adalah PA saya. Dia juga adalah kawan baik saya. Dia juga yang meminta saya bertanding di Pandamaran. Bila sudah menang dia terus jadi PA saya. Sebagai PA, saya mempercayai dia dan dia jugalah yang membuat kerja-kerja di pejabat saya hinggalah kepada membuat 'letter head'.

Tetapi setiap kali dia buat kerja, dia simpan satu set di pejabatnya sendiri. Kemudian di belakang saya, dia tandatangani semua borang dan surat tanpa pengetahuan saya. Bila kena tangkap dia tidak mengaku. Semua Exco Selangor percaya dengan dia dan mengadakan sidang akhbar menyebelahi dia. Pada hal semuanya kena tipu.

(Gambar: Ronnie menunjukkan jadual harian yang penuh termasuk di Pandamaran)

Sebenarnya dia memang banyak dapat kontrak. Kroni dan anaknya memang dapat kontrak tetapi dia nafikan. Bila audit dilakukan, baru mereka dapat bukti yang sah. Dia gunakan alamat rumah sendiri untuk memberi tender kepada kroni dan anaknya. Walau sudah ada bukti dia masih tidak mahu mengaku kerana semua bukti itu baginya tidak penting kerana dia tahu polis tidak akan tangkap dia. Bagi saya, dia sudah bersubahat dengan polis.

Polis sendiri telah cakap bahawa mereka tidak akan mengambil tindakan terhadap Lee Boon Hock. Salah atau tidak mereka tidak akan mengambil apa-apa tindakan terhadapnya. Sebab itu dia berani buat itu buat ini.

Bagaimana pula dengan Pengerusi DAP Cawangan Pasar Pandamaran juga Ketua Kg Baru Pandamaran, Yap Hock Siew juga dipecat dari DAP?

Ketua kampung itu juga ditipu oleh Lee Boon Hock. Dia boleh cakap Melayu sebab itu dia dilantik sebagai ketua kampung tetapi dia tidak tahu membaca dan menulis. Surat sokongan dibuat oleh Lee Boon Hock dan Lee Boon Hock yang mengatakan ada kontrak di MPK dan menyuruh dia mendatanganinya dengan menggunakan syarikat Yap Hock Siew. Dia percaya kepada Lee Boon Hock.

Apabila rahsia sudah diketahui, Lee Boon Hock kata Yap Hock Siew yang mendatangai surat tersebut, bukan dia. Sedangkan surat dibuat, dicop oleh Lee Boon Hock dan ditandatangi oleh Yap Hock Siew. Saya tiada sedikit pun terbabit.

Malangnya apabila DAP sudah mengambil tindakan ke atas Lee Boon Hock dan kes pula seakan sama, jadi lembaga disiplin terpaksa mengambil tindakan sama terhadap ketua kampung itu. Sebenarnya dia menjadi mangsa kerana tidak membaca isi kandungan surat yang Lee Boon Hock tulis..

Selepas hal ini berlaku di Pandamaran, bagaimana tuan mengendalikan Dun Pandamaran?

Selepas kes itu, saya sudah sediakan penasihat dari luar untuk memulihkan semula pejabat saya. Sebab itu saya berhentikan semua pembantu saya. Sebelum ini ramai orang menggunakan nama saya sebaik sahaja mereka keluar dari pejabat. Itu belum lagi orang di luar yang menggunakan nama saya sebagai pembantu.

Sekarang kalau sesiapa pergi ke pejabat saya di sana tiada lagi cop, 'letter head' dan tiada lagi pembantu. Sebaik sahaja mereka keluar pejabat, mereka tidak boleh lagi menggunakan nama sebagai pembantu saya. Sesiapa yang mahu buat surat, kena datang ke SUK, saya yang tanda tangan, lambat sedikit tidak menjadi masalah.

Sekarang ni Tuan yang melakukan semua?

Ya, saya lakukan semua dan semua pembantu yang saya percaya mereka hanya di pejabat sahaja. Di luar pejabat mereka juga tidak boleh menggunakan tanda nama atau pangkat. Dia juga tidak boleh memberitahu orang lain mengatakan mewakili Ronnie Liu. Disebab isu itu juga 'letter head' dan cop juga terpaksa ditukar.

Kalau dahulu 'letter head' tidak ada gambar sekarang saya masukkan gambar dan nombor siri sekali. Kalau ada lagi pihak yang mahu menipu, saya ada cara tersendiri untuk mengetahuinya. Saya juga telah berjanji kepada parti supaya perkara seperti itu tidak akan berlaku lagi.

Sebelum ini ada juga tekanan daripada parti dalam isu ini bagaimana pula dengan situasi sekarang?

Saya berpegang kepada prinsip berani kerana benar. Saya tidak menyalahgunakan kuasa, saya bersih, saya tidak ambil satu senpun setiap peruntukkan. Peruntukan saya semua bersih sebab saya tahu Selcat cuba nak ganggu saya. Pihak kerajaan sendiri ada buat audit, parti ada Jawatankuasa Disiplin yang mahu bertanya. Saya tidak bersalah, nak takut apa. Jadi saya senyum sahajalah bila orang kata.

Berkaitan dengan isu perbelanjaan terlalu cepat habis, apa situasi sebenarnya?

Sebenarnya ia bukan isu. Mengikut cara kerajaan peruntukan sebanyak RM500,000 yang di beri itu sepatutnya kena dihabiskan dalam tempoh satu tahun. Kalau ada permintaan, permohonan dan diluluskan, beri sahajalah. Tidak mungkin kita mahu tunggu sehingga akhir tahun baru nak serahkan. Kita tidak mahu melengah-lengahkan permintaan yang ada.

Misalnya kalau ada permintaan pada bulan Februari, takkanlah pada bulan Oktober baru kita beri. Kita berilah pada bulan Mac. Kita tidak ada mendapat arahan supaya jangan menghabiskan wang itu sebelum akhir tahun.

Katakan kalau wang sudah habis sebelum akhir tahun tersebut sedangkan permintaan masih ada, kita tangguh dulu untuk memberinya pada tahun hadapan. Tiada masalah, bajet sudah ada peruntukan tidak ada. Masuk tahun hadapan kita serahkan peruntukan tersebut.

Dalam hal ini orang sengaja membuat isu. Misalnya tentang 'parti durian'. Bukan saya seorang yang buat 'parti durian' cuma parti saya lebih atraktif. Parti durian saya lebih murah jika dibandingkan dengan pihak lain. Beli durian, buka dan duduk makan, kulit durian masuk semula ke dalam lori. Tiada perkakas lain yang digunakan. Tetapi bila sampai ke Selcat lain yang diceritakan.

Semua pihak nampaknya bertembung dengan tuan. Apa strategi tuan dalam mengadapi situasi ini?

Strategi saya tidak banyak. Saya cuma kena terima kenyataan itu dan kemudian diam atau low profile. Kalau ada sesiapa yang mahu membuat kenyataan terhadap saya, saya cuma kata 'no comment'.

Dahulu saya banyak 'coment' sekarang saya tidak ada 'coment'. Keadaan seperti itu sudah dua bulan saya lakukan. Kalau ada pihak akhbar mahu mengadakan wawancara bersama, jawapan 'no coment' saya berikan di mana sahaja saya pergi.

(Gambar: Ronnie menunjukkan kepala surat barunya yang berangka rujukan untuk mengelakkan ia disalahgunakan selepas ini)

Saya buat strategi seperti itu sebab serangan yang dilakukan terhadap saya akhir-akhir ini nampaknya sudah tidak masuk akal. Mereka mahu saya gagal dan letak jawatan. Bila saya letak jawatan, senang bagi semua orang kerana ada yang mahu kerusi saya, kuasa, ada yang cemburu dan kalau saya tidak ada mereka senang cari makan.

Mereka fikir, selama ini saya yang buat kacau dan mendatangkan masalah kepada mereka. Misalnya pencuri pasir, salahkan saya walaupun bukan saya yang menjaga pasir. Keadaan ini berlaku sebab bila ada orang yang bertanya tentang pasir, saya berani cakap.

Begitu juga dengan isu lain. Saya berani buat keputusan tanpa menunggu penjelasan dari Tan Seri (Menteri Besar) sekiranya ianya berkaitan dengan portfolio saya. Jadi dalam hal ini walaupun ramai kawan, musuh saya juga makin ramai. Nak buat macam mana, sudah nasib saya. Trouble is my life, kalau tidak ada 'trouble' itu bukan saya.

Saya kena terima walau seteruk manapun. Cuma saya mahu semua kawan-kawan saya dalam parti terutama ketua saya jangan salah faham terhadap saya. Kalau ada perkara yang tidak faham, bertanyalah kepada saya.

Kalau tidak percaya kepada saya, pergi ke Pandamaran siasat dan semak. Tanya di kedai-kedai kopi, tanyalah orang India di sana, bagaimana gerak kerja dan kebajikan yang Ronnie Liu lakukan. Kalau percaya saya, tanya saya adakah setiap kenyataan yang tersiar itu betul atau tidak.

Misalnya rumours (berita angin) yang mengatakan spa di Kajang yang membayar RM1 juta kepada saya. Pada awalnya gangster yang membuat dakwaan itu. Bila saya tanya siapa nama gangster tersebut, tiada.

Nama spa mana, tiada sedangkan terdapat tiga spa di Kajang. Duit yang dibayar supaya spa tersebut mendapat perlindungan daripada saya. Sebenarnya spa tidak boleh mendapat perlindungan daripada saya. Cuma pihak polis sahaja boleh beri pelindungan.

Saya juga ada dengar cerita mengatakan bahawa saya banyak menolong pihak pemaju sehingga pemaju memberi banyak rumah kedai kepada saya. Tetapi bila saya bertanya pemaju mana yang memberi rumah kedai tersebut, mereka tidak boleh memberi jawapan.

Ada juga cerita yang mengatakan bahawa di bawah Ronnie sudah buka 10,000 rumah urut. Biasanya sebuah rumah urut bayar RM10,000 kepada Ronnie, kalau 10,000 buah dalam poket saya sudah ada ratusan juta sedangkan semua itu hanyalah cerita yang tidak masuk akal.

Dalam hal ini, saya dikatakan gangster yang memberi pelindungan kepada rumah maksiat dan saya dapat wang yang banyak. Seolah-olah saya sangat berkuasa sehingga saya boleh buat apa sahaja.

Harakahdaily/-

PRU 13 : Bendera kemenangan Islam diarak dari Perlis ke Sabah

26 Syawal 1431 H
Oleh: Litmohd

Senario terkini politik tanahair kelihatan panas oleh pelbagai isu yang sengaja di gembar-gembur oleh media arus perdana yang didalangi Umno BN.

Pelbagai berita dan isu terutama isu perkauman dan agama telah dilontar oleh akhbar yang diketuai oleh Utusan Malaysia dan diikuti oleh akhbar-akhbar pengampu BN yang lain yang semuanya mempunyai agenda untuk menghancurkan Pakatan Rakyat.

Umno dan BN seolah-olah sedang mengisytiharkan perang ke atas Pakatan Rakyat dengan menggunakan senjata media iaitu suratkhabar dan tv/radio.

Ketika melintasi sebuah kedai surat khabar di bandar Kangar, seorang pelanggan memberi reaksi spontan terhadap muka depan akhbar Utusan Malaysia yang memaparkan berita utama Lim Guan Eng ganti Yang Di Pertuan Agong di dalam doa khutbah Jumaat di Pulau Pinang,

dengan berkata deras bahawa ini semua adalah perancangan Umno untuk jatuhkan Pakatan Rakyat Pulau Pinang. Katanya yang juga mendakwa dia adalah ahli Umno.

Dengan menggunakan istilah ‘ganti’ di dalam tajuk berita nama Lim Guan Eng ganti Yang Di Pertuan Agong di dalam doa khutbah Jumaat dan istilah ‘tazkirah’ di dalam tajuk berita wakil rakyat DAP

(wanita bukan Islam) memberi tazkirah di sebuah surau di Selanggor, sudah cukup untuk media talibarut Umno itu membuatkan orang Melayu Islam di seluruh Malaysia merasa geram dan marah kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

Inilah provokasi jahat Umno dengan menggunakan isu agama dan perkauman. Ternyata kini Umnolah punca wujud ketidakharmonian dan ketegangan antara agama dan kaum di dalam negara tercinta ini.

Tindakan ini dilakukan semata-mata untuk menarik kembali sokongan rakyat khususnya orang Melayu Islam kepada mereka dan rakyat akan melupakan segala kepincangan dan kebobbrokan yang dilakukan oleh Umno selama ini.

Umno memulakan api perkauman dengan harapan pembangkang akan melatah dan bertindak balas, maka tindakan lebih keras bolehlah dilaksanakan atas kepentingan Keselamatan Negara termasuk menangkap pemimpin pembangkang secara borong di bawah Akta ISA.

Modus operandinya sama dengan Operasi Lalang 1987 dimana ramai pemimpin pembangkang disumbat di kem tahanan Kemunting manakala pemimpin BN yang sebenarnya mula mencetuskan ketegangan di hantar bercuti di luar negara.

Ternyata Umno yang menerajui BN kini kelihatan cemas dan hilang punca kerana pelbagai serangan yang dilakukan di negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat setakat ini tidak berhasil malah memeritkan lagi apabila peluru yang dihamburkan kembali menjamah tuan.

Ternyata juga Umno yang menguasai kerajaan Persekutuan dengan mengcengkam seluruh jentera dan egensi kerajaan serta media massa masih masih gagal membendung gelombang tsunami Mac 2008 yang menjadi igauan ngeri mereka.

Sifat gelombang pula adalah tidak statik sebaliknya sentiasa bergerak, menghempas dan melanda apa saja halangan!

Ini kerana mengikut kajian banyak pihak remasuk ‘Merdeka Centre’ mendapati sokongan rakyat terutama dari golongan muda mendapati populariti kerajaan di bawah kepimpinan Najib adalah menjunam.

Kini, Umno tidak mempedulikan ketika mana hatta di bulan Ramadhan yang mulia dan berkah ini pun, isu sensasi yang didapati boleh memberikan keuntungan politik kepadanya dan boleh memporak-perandakan Pakatan Rakyat, isu tersebut akan dimainkan.

Sesekali pemimpin Umno lunak berkata hendaklah kita menghormati Ramadhan kerana sememangnya Umno nampak Islam di dalam bulan Ramadhan sahaja. Itupun ia sekadar ucapan dibibir.

Namun kehendak Allah s.w.t. jua dengan tercetus pelbagai isu terutama menyentuh Islam ia menyerlahkan lagi lejahilan puak-puak tertentu terutama Umno bersabit pelbagai hukum dan syariat di dalam Islam.

Doa untuk orang kafir seperti Lim Guan Eng supaya diberikan hidayah oleh Allah s.w.t dijawab oleh kebanyakan ulamak sebagai tidak bercanggah dengan Islam dan dibolehkan dengan bersandarkan hujah dari nas-nas dan sirah.

Begitu juga dengan orang kafir yang masuk ke dalam masjid atau surau, dijawab sendiri oleh rakyat yang prihatin terutama umat Islam sendiri bahawa ia dibolehkan dengan sedikit syarat seperti yang diamalkan di masjid-masjid besar terutama untuk menarik pelancong yang hendak mengenali Islam dari dekat.

Bahkan hal ini (membolehkan orang kafir mengunjungi masjid) telah diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan yang dinaungi oleh kerajaan pusat sendiri.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz memberi reaksi spontan terhadap isu-isu remeh ini dengan mengucapkan terimakasih kepada wakil rakyat DAP itu walaupun bukan Islam tetapi sudi berkunjung ke tempat beribadat orang Islam, mudah-mudahan beliau akan lebih mengenali Islam.

Reaksi Nik Aziz membuatkan pencetus kontroversi murahan ini senyap dan terduduk.

Apapun, penulis secara pribadi nampak sangat perbezaan Islam yang hendak dibawa antara Pakatan Rakyat khususnya oleh PAS dengan Umno.

Isu sedemikian rupa ini sebenarnya bukanlah baru. Kita kadang-kadang lupa bahawa Umno hanya menggunakan isu yang sama (iaitu agama dan kaum) untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat.

Jika kita lihat balik (reverse isu) yang heboh diperkatakan suatu ketika dulu apabila ada seorang pemimpin DAP membaca sepotong ayat Al-Quran, Umno mendakwa perbuatan itu sebagai menghina Islam.

Kita di pihak PAS termasuk ulamak-ulamak berpendapat ia tidak salah malah digalakkan dengan mudah- mudah dengan membaca Al-Quran itu akan membuka hatinya untuk menerima Islam.

Tetapi Umno segera mengambil kesempatan di atas insiden-insiden yang berlaku ini bagi memberitahu rakyat bahawa PAS bukan memperjuangkan Islam malah menggadai Islam demi mendapat laba politik dalam keadaan mereka sebenarnya jahil tentang ajaran Islam yang sebenar.

Umno begitu cepat untuk memprovokasi insiden-insiden yang berlaku itu hanya semata-mata kerana ia boleh memporak-perandakan Pakatan Rakyat dan rakyat khususnya orang Melayu akan kembali kepada Umno.

Jika dahulu ketika pilihanraya kecil parlimen Hulu Selangor, Umno juga menganjurkan bertahlil dan membaca Yasin untuk kemenangan calon BN R. Kamalanathan yang bukan Islam, hal itu dilupakan saja. Atau Umno saja buat-buat lupa! Peraturan Islam apa yang hendak Umno tegakkan?

Dengan keterlaluan media massa memprovokasi isu-isu melibatkan Islam, semakin terserlah perbezaan perjuangan Islam yang hendak dibawa di antara PAS dan Umno.

Daripada isu kalimah Allah, perpaduan Melayu dan Islam, isu Hudud, isu arak dan judi sehingga yang terkini isu doa untuk Lim Guan Eng di dalam khutbah Jumaat serta isu wakil rakyat DAP berucap di dalam surau,

semuanya mahu digunakan sepenuhnnya oleh Umno dengan harapan rakyat khususnya orang Melayu akan membenci PAS dan melihat Umno sebagai juara membela Islam.

Malangnya, angan-angan Umno ini menjadi kosong belaka. PAS tampil dengan penuh yakin menjawab setiap isu yang timbul walaupun kadang-kadang ia sengaja ditimbulkan dengan memberikan hujah- hujah dari nas-nas ajaran Islam yang sebenar.

Ternyata Umno amat gusar dengan kesepakatan erat pelbagai kaum dan agama di dalam Pakatan Rakyat dan ini merupakan satu ancaman kepada BN di dalam PRU ke 13 nanti.

Paling dicemburui Umno ialah persefahaman antara PAS dan DAP. Oleh itu, Umno berfikir hanya dengan menggunakan isu agama dan perkauman sahaja mereka boleh memecahkan persefahaman tersebut.

Politik baru di dalam Pakatan Rakyat telah menyaksikan bagaimana PAS telah berjaya memecah tembok perbezaan agama dan kaum. Ini terbukti dengan tertubuhnya Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang menghimpun semua penyokong PAS yang bukan Islam dan Melayu dan diberikan hak yang sama seperti ahli PAS yang lain.

Inilah satu-satunya tindakan eksklusif dan pragmatis yang diambil oleh PAS sebagai menerima secara rasional hakikat negara Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum dan unik ini.

Ini barangkali tidak diduga oleh Umno kerana Umno yang mempunyai pandangan sempit dan serong terhadap Islam pasti menganggap dasar Islam yang dibawa oleh PAS menjadi penghalang besar kepada parti itu untuk mendominasi politik Malaysia yang realitinya bersifat rencam ini.

Dengan ajaran Islam sebenar yang berpandukan Al-Quran, Hadith dan ijmak ulamak yang dibawa

oleh PAS maka PAS berjaya menyesuaikan dirinya dengan realiti semasa dan waqiaq Malaysia dengan menyertai Pakatan Rakyat.

Kini Umno memainkan sentimen perkauman Melayu, manakala MCA memainkan sentimen perkauman Cina. Justeru rakyat boleh melihat sendiri perbezaan perjuangan berasaskan bangsa dengan perjuangan berteraskan Islam yang lebih bersifat universal dan adil.

Hendak dikatakan Umno memperjuangkan Melayu pun sudah kabur, kerana yang diperjuangkan adalah kroni sahaja.

Di dalam dunia tanpa sempadan dan langit terbuka ini, rakyat telah mula cerdik dan membuka mata, dan tidak lagi terpengaruh dengan berita-berita berunsur hasutan dan provokasi apalagi yang menyelewengkan fakta sebenar. Rakyat mula jijik dengan mainan politik Umno.

Kesimpulannya dengan mengambil iktibar Ramadhan tahun ini yang merupakan bulan pengorbanan dan kejayaan untuk umat Islam, dengan melihat isu-isu bertali-arus yang sengaja dicetuskan oleh puak desperado, memberi isyarat bahawa Allah s.w.t akan memberi kemenangan kepada golongan yang memperjuangkan Islam,

keadilan dan demokrasi, sepertimana Allah s.w.t. telah memberi kemenangan kepada golongan tersebut lebih 1400 tahun dahulu di dalam ghazwah Badar yang juga tercetus di dalam bulan Ramadhan.

Tidak mustahil, bendera kemenangan Islam, keadilan dan demokrasi akan diarak dari Perlis hingga ke Sabah menjelang PRU ke 13 nanti.

Harakahdaily/-

Perkauman: Umno tiada pilihan lain

26 Syawal 1431 H
Oleh: Abd Aziz Mustafa

KUALA LUMPUR, 4 Okt: Tindakan-tindakan perkauman pegawai awam akan berterusan selagi Umno memerintah negara ini, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

Menurutnya, Umno tiada pilihan lain untuk terus kekal berkuasa selain terus meniupkan api perkauman seperti mereka lakukan sejak dahulu lagi.

"Apa lagi yang pemimpin Umno hendak cakap selain perkauman? Bila bercakap soal demokrasi, rakyat mencemuh mereka kerana mereka tidak demokratik.

"Bila bercakap soal ekonomi, penyokong-penyokong Umno sendiri mempersendakan mereka seperti yang terjadi kepada Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dicanang-canangkan oleh (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak), " katanya.

Sebab itulah, kata Mahfuz, amaran Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan kononnya kerajaan tidak akan bertolak ansur terhadap pegawai awam yang menyentuh soal sensitiviti kaum dan agama tidak lebih dari semata-mata cakap mulut atau 'lip service' sahaja.

"Kalaupun berlaku pegawai kerajaan bertindak mengapi-apikan perkauman, pemimpin Umno di dalam kerajaan akan berdolak-dalik dan tidak mahu mengambil tindakan.

"Lihat saja bagaimana (Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) berdolak-dalik dan dengan jelas enggan bertindak terhadap seorang pengetua di Kulaijaya, Johor dan seorang guru di Bukit Selambau, Kedah yang didakwa mengeluar kenyataan berbaur perkauman.

"Sedangkan, sudah berpuluh-puluh tahun kita lihat begitu ramai guru dan pegawai kerajaan yang dikenakan pelbagai tindakan tindakan semata-mata kerana menyokong PAS.

"Bila hendak mengambil tindakan ke atas guru-guru dan pegawai awam yang menyokong PAS, tidak pula timbul soal bidang kuasa antara Kementerian Pelajaran atau Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz bagaimanapun melihat perbuatan mengapi-apikan perkauman itu akan menyebabkan Umno semakin dilihat sebagai jenama yang jijik.

Harakahdaily/-

Selangor beri buku teks agama percuma

25 Syawal 1431 H

KUALA LUMPUR, 4 Okt: Para pelajar sekolah rendah agama (SRA) seluruh Negeri Selangor mulai sesi persekolahan 2011 akan menerima buku teks agama percuma di bawah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT).

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali berkata, seramai 125,250 pelajar yang melibatkan 206 SRA akan menerima kemudahan itu.

Katanya, jumlah implikasi kewangan yang terlibat adalah sebanyak RM4,261,738 yang diluluskan melalui sumber Lembaga Zakat Selangor.

“Kerajaan juga bercadang untuk melebarkan skim dan kemudahan ini ke sekolah agama menengah, kelas al-Quran dan fardu ain dan prasekolah Jais di masa depan,” ujarnya yang juga Adun Gombak Setia.

Selain itu, tambahnya, kerajaan negeri juga telah meluluskan kenaikan elaun pembersih kawasan di SRA gred B dari RM100 kepada RM500 dan SRA gred C dan prasekolah Jais dari RM100 kepada RM300.

“Sementara untuk keceriaan dan membersihkan kawasan di semua SRA gred A telah diswastakan,” katanya pada sidang media di kediamannya di Pinggiran Taman Tun Dr Ismail, dekat sini, kelmarin.

Beliau berkata, kerajaan negeri menyediakan peruntukan sebanyak RM621,600 setahun untuk tujuan menaikkan elaun SRA gred B, gred C dan prasekolah Jais.

Harakahdaily/-

Penceramah biadap, Umno Besut digesa mohon maaf

26 Syawal 1431 H
Oleh: Khairul Azlam Mohamad

BESUT, 4 Okt: PAS Kawasan Besut memberikan tempoh 24 jam kepada Umno bahagian memohon maaf secara terbuka kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang disifatkan sebagai Tok Guru ‘gilo’ (gila).

Ini kerana penceramah jemputan Umno bahagian berkenaan dalam dalam ceramahnya bertajuk ‘DAP Anti Islam’ di Padang Sekolah Kebangsaan Padang Luas, Jerteh pada 1 Oktober lalu menggelarkan Mursyidul Am PAS itu ‘gilo’ berulang kali.

Sekiranya, Umno Bahagian Besut gagal berbuat demikian sehingga jam 12 tengah hari 5 Oktober (Selasa), maka PAS kawasan tidak akan teragak-agak mendapatkan nasihat peguam bagi mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak terbabit.

Yang Dipertua PAS kawasan, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad (gambar) dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily, hari ini berkata, pihaknya telah meneliti kandungan ucapan penceramah jemputan itu, Abdullah Sa’amah yang dianggap biadap.

“Kami telah mengambil kira dan meneliti laporan kandungan ucapan yang dibuat oleh penceramah jemputan, Abdullah Sa’amah yang memaki hamun, mencerca, menghina dan menggelarkan Menteri Besar Kelantan itu dengan kalimah yang amat biadap dan penuh prejudis.

“Beliau (Abdullah) menggelarkan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Tok Guru ‘gilo’ (gila) dan diulang berkali-kali,” katanya.

Menurutnya lagi, situasi tersebut tidak mungkin berlaku sekiranya penganjur program tidak mewarnai emosi serta pemikiran penceramah ke arah suatu bentuk ketegangan kepada isu keagamaan dan perkauman.

Justeru itu, katanya PAS Kawasan Besut juga akan menghantar nota bantahan kepada pengurusan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPN) kerana membenarkan premis sekolah digunakan oleh parti politik.

Menurutnya, parti politik berkenaan secara jelas mempunyai tendensi serta kecenderungan memupuk budaya liar dan samseng di kalangan masyarakat setempat.

Harakahdaily/-