27 August 2010

Alhamdulillah klik ke 10 juta pada 17 Ramadhan sebentar tadi.

17 Ramadhan 1431H,

Pencapaian klik ke 10 juta pada jam 11.09 minit sebentar tadi saya saksikan sendiri selepas balik dari berterawih bersama rakyat seperti biasa.

Saya rasa bertuah kerana pencapaian kali ini bertepatan dengan tarikh Nuzul Quran yang jatuh pada 17 Ramadhan .

Sekali lagi saya ucapkan jutaaan penghargaan dan terima kasih atas sokongan dan dokongan semua pihak sehingga blog ini mencapai tahap yang dicapai sekarang.

Tiada kuda tunggangan di sini

16 Ramadhan 1431H.
Selena Tay

Penulis selalu sahaja mendengar BN berkata kepada orang Melayu bahawa PAS ialah kuda tunggangan DAP dan kepada orang Cina pula BN akan berkata bahawa DAP ialah kuda tunggangan PAS.

Ungkapan sebegini ialah taktik BN untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat dengan tujuan melaga-lagakan PAS dan DAP dan juga untuk mengurangkan sokongan kepada kedua-dua parti itu. Taktik ini amat merbahaya sebab ada ramai pengundi Melayu dan Cina yang akan termakan umpan tersebut.

BN telah berkata bahawa PAS menggunakan DAP dengan tujuan mendapat sokongan kaum Cina supaya boleh mendapat undi yang cukup untuk menerajui pucuk pimpinan di Putrajaya dengan tujuan untuk melaksanakan Hukum Hudud dan oleh itu adalah merbahaya untuk kaum Cina menyokong PAS.

Sementara itu, kepada pengundi Melayu pula, BN berkata bahawa DAP memperkudakan PAS dan BN berharap bahawa ungkapan ini akan membuat orang Melayu marah terhadap PAS seolah-olah PAS sebagai sebuah parti Islam dan Melayu telah hilang kuasa Melayu dan telah tunduk kepada kaum Cina.

Penulis ingin mengingatkan semua rakyat Malaysia bahawa didalam Pakatan Rakyat, tiada terdapat kuda tunggangan sebab dalam Dasar Pakatan Rakyat yang telah ditandatangani oleh Anwar Ibrahim, Ustaz Hadi Awang dan Lim Kit Siang, semua parti dalam Pakatan Rakyat adalah sama pangkat dan sama taraf serta kedudukannya.

PAS, DAP dan PKR akan akur kepada prinsip-prinsip yang adil dan saksama dalam manifesto Dasar Pakatan Rakyat ini sebab Dasar Pakatan Rakyat ini bertujuan mempertahankan dan mengukuhkan prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan dan dasar ini juga menjamin hak semua rakyat Malaysia, tidak kira bangsa dan agama, seperti yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Tidak seperti didalam BN dimana Umno ialah tuan besar dan MCA, MIC dan Gerakan selalu sahaja mesti akur kepada kehendak tuan besar Umno. Setiap kali apabila MCA atau Gerakan mengeluarkan sesuatu kenyataan yang tidak sedap didengar oleh Umno, Umno akan menegur mereka dan dengan serta-mertanya mereka pun akan menarik-balik kenyataaan tersebut. MIC pula tidak berani bersuara dari dulu, kini dan akan begitu selama-lamanya.

Penulis berpendapat di dalam BN saja yang terdapat kuda tunggangan dimana MCA, Gerakan dan MIC telah diperkudakan oleh Umno untuk mendapat sokongan bangsa bukan-Melayu. Umno perlukan MCA, Gerakan dan MIC untuk 'sweet talk' kaum Cina dan kaum India dengan tujuan untuk meraih sokongan kaum Cina dan kaum India bagi Umno/BN. Itu sahaja. Dan jawapan MCA, Gerakan dan MIC ialah, 'yes sir, yes sir, thank you sir.'

Rakyat Malaysia mesti berfikir dengan matang dan jangan terpedaya oleh ungkapan-ungkapan BN yang penuh dengan muslihat itu. Kerjasama diantara 3 parti dalam Pakatan Rakyat itu adalah amat erat dan bagus sekali dimana semua ahli-ahli parti diberi peluang bersuara dan mengemukakan pendapat, tidak seperti dalam BN dimana Umno mentadbir dengan kuku besi dan MCA, Gerakan dan MIC terpaksa berkata 'ya' sepanjang masa.

Penulis ingin menekankan sekali lagi disini bahawa tiada terdapat kuda tunggangan dalam Pakatan Rakyat sebab Pakatan Rakyat mengamalkan prinsip-prinsip demokrasi yang kukuh, adil dan saksama dan bertujuan menegakkan keadilan untuk semua rakyat Malaysia. Maklumlah, nama Pakatan ialah Pakatan Rakyat dimana keadilan dan kemakmuran untuk rakyat adalah diperjuangkan bersama dan ialah tumpuan utama Pakatan.

...Penulis adalah ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat

resipi biskut

16 Ramadhan 1431 H
Oleh: newsfowarder

Biskut Dahlia
erniey@myresipi.com


Bahan-bahan
1 paun tepung jagung
1/2 paun tepung ubi
1 biji telur (Diasingkan)
1 camca teh baking powder
1/2 camca teh esen vanila
1/2 paun mentega
Pewarna ikut citarasa masing2.
sedikit susu cair

Cara-cara
Pukul puteh telur sampai kembang
tepung jagung, tepung ubi & baking powder di ayak & di masukan ke dlm adunan.
Masukan mentega.
Masukan kuning telur & pewarna.
uli sehingga menjadi doh & masukan susu cair untuk melembut kan doh sedikit2.
bakar selama 20 minit atau sehingga masak. (160 darjah)

Biskut Kismis Sayang Disayang

erniey@myresipi.com

Bahan-bahan
700 g gula kastor
225 g mentega
225 g telur
700 g tepung kek
4 g serbuk kulit kayu manis
475 g kismis
5 g garam
3 g serbuk penaik

Cara-cara
pukul mentega bersama gula da garam sehingga kembang. masukan telur & pukul lagi.
masukan tepung kek, serbuk kulit kayu manis & serbuk penaik ke dalam adunan dan kacau sehingga sebati
akhir sekali masukan kismis ke dalam aduan & gaul rata.
ambil kertas minyak & balut aduan td sedikit2 & masuk ke dalam peti sejuk lebih kurang 30min.
bakar suhu 170 darjah sehingga masak.
NOTA : kalau nk senang bungkus kecil2. bila bakar jarakkan sikit dr satu sama lain coz biskut ni kembang sedikit.

London Almond Chocolate Cookies

erniey@myresipi.com

Bahan-bahan
9 oz butter
3 oz gula
50 g badam kisar
2 biji kuning telur
1 biji putih telur
450 g tepung gandum
2 oz minyak jagung
badam biji secukupnya
badam cincang sebagai HIASAN
chocolate masak secukupnya
mangkuk secukupnya

Cara-cara
Adun butter, guka dan telur sampai rata.
masukan badam kisar dan tepung sedikit-sedikit sampai lembut.
Badam biji di goreng sampai masak @ bakar dlm oven.
adun bulat2 & isi badam biji di tengah.
Bakar (160 darjah) selama 15-20min & sejukkan.
masak chocolate & minyak jagung secara double boiling
Masukan biskut yg telah di bakar ke dlm coklat & masukan ke dlm mangkuk
taburkan badam cincang di atas.
biarkan sekejap & simpan dlm bekas kedap udara.

biskut aiskrim

rohaya1710@myresipi.com

Bahan-bahan ( 140 keping )
260gm mentega
120gm gula ising
1/8 sk pewarna kuning telur
320gm tepung gandum
40gm tepung jagung
40gm tepung kentang
20gm tepung kastard
1/2 sk serbuk penaik
50gm gajus - panggang dan kisar
hiasan - coklat masakan dan manik urai

Cara-cara
pukul mentega, gula ising dan pewarna kuning telur hingga kembang
masukkan tepung gandum, tepung jagung, tepung kentang, tepung kastard dan serbuk penaik, gaul sebati hingga menjadi doh
rehatkan doh selama 15 minit, canai dan terap dgn acuan aiskrim dan bakar
sejukkan biskut, celupkan kedlm coklat masakan yg telah dicairkan dan hiaskan dgn manik urai.

♥Aiskrim Kurma™

kak fida@myresipi.com

Bahan-bahan ( 4 orang )
2 cawan susu segar
50 g buah kurma tanpa biji (lebihkan jika suka)
2 cawan coffee-mate
2 sb gula halus (lebihkan jika suka manis)

Cara-cara
Kisar susu segar bersama kurma.Campurkan coffee-mate bersama campuran susu dan gula ke dalam mixer dan putar hingga sebati.
Tuang adunan ke dalam mangkuk dan simpan di dalam freezer hingga adunan beku.
Keluarkan adunan aiskrim semula dan putar lagi hingga sebati.Tuangkan adunan aiskrim ke dalam mangkuk dan tutup dan simpan semula di dalam freezer untuk dibekukan sebelum boleh disaji

Biskut Samperit Pandan / Pandan Green Lace Cookies

citarasawan@myresipi.com

Bahan-bahan ( 100 biji )
Bahan A
200gm mentega
100gm gula ising
1 biji kuning telur
1/4 tsp pes pandan/pandan emulco
1/2 tsp pewarna hijau epal

Bahan B
250gm tepung gandum
50gm tepung jagung
30gm tepung kastard
Hiasan : Coklat masakan putih dan manik hundred thousand.

Cara-cara
Pukul bahan A hingga berkrim. Masukkan bahan B yang telah di ayak dan gaul hingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan selama 1 jam.
Guna nozzle tart gulung dan tekan ke atas loyang yang telah di griskan. Potong mengikut saiz di kehendaki.

Panaskan oven dan bakar pada suhu 140C selama 30 minit atau hingga kekuningan.
Biarkan biskut sejuk baru di hias dengan coklat masakan putih yang di cairkan secara double boiler, masukkan ke dalam kon kertas, gunting sedikit muncungnya dan pipe di tengah biskut dan tabur dengan manik berwarna.
Biskut ini agak nipis, jika mau lebih tebal tindihkan selapis lagi.

Chocolate Cupcake

AzimahLiyana@myresipi.com

Bahan-bahan ( Dalam 16 cupcake )
BAHAN A
50g serbuk koko
240ml air panas

BAHAN B
175g tepung
2 sudu teh baking powder
½ sudu teh garam

BAHAN C
113g butter (unsalted)
200g gula
2 biji telur
2 sudu teh vanilla essence

FROSTING
120g coklat masakan (unsweetened)
150g butter (unsalted)
160g gula aising
1½ sudu teh vanilla essence

Cara-cara
Dalam mangkuk kecil, masukkan Bahan A dan kacau sehingga rata. Biarkan sejuk.
Dalam mangkuk lain, masukkan Bahan B dan kacau.
Menggunakan electric mixer, masukkan butter dan gula. Putar sehingga kembang dan berkrim.

Masukkan telur, satu per satu dan putar lagi sampai jadi bater yang licin. Masukkan pula vanilla essence.
Tambah Bahan B (tepung) ke dalam Bahan C (butter) dan putar. Kemudian masukkan Bahan A (koko) dan kacau.

Isikan cawan kertas dengan bater sehingga 2/3 penuh. Bakar dalam oven 190 Celcius selama 16-20 minit.
Untuk frosting, cairkan coklat masakan guna kaedah double boiling. Biarkan sejuk.
Dalam electric mixer, putar butter dan gula sehingga kembang dan berkrim. Masukkan vanilla essence.

Masukkan coklat masakan yang dicairkan tadi dan putar sampai frosting jadi licin dan berkilat.
Sapukan frosting ke atas cupcake yang dah dibakar guna piping bag (spatula pun boleh) dan wallah! Boleh dimakan. (:

Baked Donut

AzimahLiyana@myresipi.com

Donut yang dibakar dalam oven, bukan digoreng. Yis pun tak guna! Tapi masih rasa sedap macam biasa. So, sesaper yang tengah nak cepat tu, boleh lah buat donut ni. Topping boleh buat ikut suka, saya buat topping Hershey's Milk Chocolate then tabur sprinkles. Yummy! :D

Bahan-bahan ( Dalam 10-15 biji, ikut saiz )
½ cawan gula kastor
2 sudu teh vanilla essence
½ cawan susu
50g butter (dicairkan)
2 cawan tepung (diayak)
2 sudu teh baking powder
1½ cawan gula aising
1 biji telur
Sprinkles warna-warni

Cara-cara
Pecahkan telur ke dalam sebuah mangkuk.
Masukkan gula kastor, vanilla essence dan butter. Kacau rata sehingga berkrim.
Masukkan susu dan kacau lagi.
Tambah baking powder kemudian kacau.
Masukkan tepung dan kacau lagi. Bila kacau part ni, guna whisk aje. Tapi bila dah start nak jadi doh, guna spoon.

Tutup mangkuk yang ada doh tadi dengan cling film dan masukkan ke dalam peti sejuk selama lebih kurang 30 minit supaya jadi keras sikit.
Lepas dikeluarkan, tabur sedikit tepung ke atas pencanai (juga tangan supaya tak melekat) dan canai sehingga doh jadi bola yang bulat dan kemas.

Canai atau tolak doh dengan tangan sampai jadi setebal 1 - 2 cm. Kemudian, potong doh guna acuan donut atau kalau tak ada, guna je benda lain. Contoh: Bulatan besar guna cawan, yang kecik guna penutup botol, etc.
Susun di loyang dan bakar sehingga masak.

Untuk topping, masukkan gula aising dan sedikit vanilla essence ke dalam mangkuk. Tambah sedikit air panas. Jangan sampai cair atau pekat sangat. Kalau terlalu cair, tambah lagi gula aising. Kalau pekat sangat, tambah lagi air. Kemudian kacau sehingga jadi aising. Celup donut yang dah dibakar dalam aising dan tabur sprinkles.
Kalau nak chocolate topping, cairkan chocolate guna kaedah double boiling, kemudian tambah 2 - 3 sudu air panas/susu. Celupkan donut yang dah dibakar dan tabur sprinkles ke atasnya! :)

Biskut Jejari Kelapa / Coco Fingers

citarasawan@myresipi.com

Bahan-bahan ( 100 biji )
Bahan-bahan
230gm mentega
200gm tepung ubi
100gm tepung jagung
100gm tepung gandum
80gm gula ising
1 biji kuning telur
1/2 tsp esen vanila
50gm kelapa kering - di kisar halus
3-4 Tbsp santan KARA
Hiasan : Coklat masakan hitam dan putih - dicairkan

Cara-cara
Pukul mentega, gula dan esen vanila, masukkan telur dan pukul hingga kembang.
Masukkan tepung jagung, tepung ubi, tepung gandum dan kelapa kering di ikuti dengan santan, gaul hingga sebati dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
Gunakan nozzle bergerigi dan paip di atas dulang yang di leser dengan majerin/shortening.

Boleh juga di terap dengan acuan yang di sukai.
Panaskan oven, bakar pada suhu 140C selama 25 - 30 minit.
Sejukkan dan paip coklat hitam dan putih untuk hiasan.

Jika adunan menjadi keras, tambahkan sedikit mentega dan uli semula.

Biskut ini mesti di terap dengan segera kerana dohnya mudah mengeras selepas sejam atau lebih. Terap lebih tebal kerana teksturnya agak lembut.

resipi biskut

Strawberry Fingers

Bahan-bahan ( 100 biji )
Bahan A
250gm mentega
10gm shortening
150gm gula kaster
1 tsp strawberry emulco
1/4 tsp pewarna pink/merah
50gm serbuk badam/serbuk gajus - di sangai

Bahan B
300gm tepung red rose
40gm tepung kentang
50gm susu tepung
50gm tepung jagung

Hiasan : Coklat masakan Strawberry pink atau (coklat masakan putih + pewarna pink + strawberry emulco) dan breadcrumb putih/kelapa kering
Cara-cara
Pukul bahan A hingga berkrim. Masukkan bahan B dan uli hingga menjadi doh.
Canai dan terap dengan acuan di sukai.
Bakar pada suhu 140C selama 30 minit.
Sejukkan biskut dan celup dengan coklat masakan yang di cairkan secara double boiler dan golekkan biskut ke dalam breadcrumb.

Snow White Cookies

Bahan-bahan ( 100 biji )
Bahan A
150gm mentega
30gm shortening
100gm gula kaster
1 biji kuning telur
1/2 sudu teh emplek

Bahan B
200gm tepung red rose
60gm tepung jagung
30gm nestum (dikisar halus)
3 sudu besar susu tepung
Hiasan : Coklat masakan putih dan manik warna hundred thousand

Cara-cara
Satukan bahan A dan pukul hingga sebati. Masukkan bahan B dan uli sebati sehingga menjadi doh.
Canai dan terap dengan acuan bulat berlubang. Bakar pada suhu 150c selama 20 minit. Sejukkan.
Celup biskut dgn coklat putih yang dicairkan secara double boiler. Taburkan manik warna warni.
Biar coklat beku baru di simpan di dalam bekas.

Suji Almond Cookies

Gandingan tepung suji dan almond

Bahan-bahan ( 100 biji )
150gm mentega
30gm minyak sapi
80gm gula kaster
1/2 tsp esen vanilla
50gm serbuk badam
60gm tepung suji
220gm tepung gandum
1/4 tsp serbuk penaik
Hiasan : Kuning telur dan badam nibs

Cara-cara
Sebatikan mentega, minyak sapi, gula dan esen vanilla hingga berkrim.
Kemudian masukkan pula tepung suji, tepung gandum, serbuk penaik dan serbuk badam.
Uli lembut adunan dan terap dengan acuan bulat atau di sukai.
Sapukan kuning telur dan taburkan dengan badam nib.
Panaskan ketuhar. Bakar pada suhu 140c selama 30 minit atau sampai kekuningan.

Shortbread Chocolate Chip Cookies

Chocolate chips boleh ganti dengan chocolate lain, contohnya choc yg rupa dia macam batu, M&M dll.

Bahan-bahan ( 30-36 biji )
1 cawan tepung gandum
½ sudu kecil baking powder
⅛ sudu kecil garam
½ cawan mentega tanpa garam
¼ cawan gula halus
1 sudu besar gula melaka
¼ cawan semisweet chocolate chips (lebihkan jika suka)
½ sudu kecil chocolate essence (optional)

Cara-cara
Panaskan oven pada suhu 150C.
Dalam mangkuk besar, krim mentaga bersama gula. Lepas itu masukkan chocolate essence dan gaulkan sehingga sebati.
Ayak tepung bersama baking powder dan garam. Masukkan tepung yang telah diayak tadi ke dalam campuran mentaga. Gaulkan sehingga sebati. Masukkan chocolate chips dan gaulkan lagi.

Lapis baking tray dengan baking paper. Letak 1 sudu kecil adunan ke atas baking tray, leperkan sedikit degan jari. Ulang sampai habis.
Bakar selama 10 minit. Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas.
1 cawan = 250ml

Cookie Madu

Honey Cookie

Bahan-bahan ( 50 keping )
120g tepung gandum
2 sudu kecil serbuk koko
70g gula perang
1 sudu kecl madu
70g butter- suhu bilik

Cara-cara
Pukul butter sehingga jadi bentuk krim
Kemudian masukkan gula. Pukul sehingga kembang
Lepas tu masukkan madu. Kacau rata.

Masukkan pula tepung yang telah diayak dengan serbuk koko. Kacau sehingga sebati.
Alaskan dulang dengan oven peper. Ambik sedikit adunan tadi lebih kurang besar ibu jari dan uli jadi bentuk bulat. Buat sampai habis.
Aturkan di atas dulang. Jauhkan sikit jaraknya. Ambik plastik wrap, letak di atas cookies. Tekan dengan bahagian bawah gelas supaya jadi nipis.
Bakar dalam oven selama 10-12 minit pada suhu 170 degree

Biskut anpanman

boleh juga buat apa saja bentuk yg disukai

Bahan-bahan ( lebih kurang 100 biji )
170g tepung gandum
20g tepung kastad
20g tepung jagung( cornstarch)
20g almond powder
130g butter
60g gula aising
telur untuk sapu

Cara-cara
Pukul butter dan gula aising sampai jadi bentuk krim
Campur semua bahan-bahan kering. Kacau dengan pemukul telur biar dia bergaul sebati supaya senang nak ayak. Kemudian ayak.
Masukkan bahan ayak ni ke dalam butter cream tadi. Uli biar jadi doh.
Canaikan di atas papan canai setebal lebih kurang 1/2 cm. Teraplah dgn apa-apa acuan yg disukai.

Sapukan permukaan cookie dgn telur.
Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 15~20 minit atau sehingga perang.

Tart coklat

biskut tart yang pernah my mummy buat masa zaman sekolah dulu... memang kesukaan kanak-kanak

Bahan-bahan ( dalam 100 keping )
250 gm (1 buku) butter
1 cawan gula halus
2 biji telor
1 sudu teh esen vanila
Tepung gandum secukup adunan
125gm cokolat masak
25gm shortening
25gm butter/margerin
2 sudu makan susu segar
Cara-cara

Pukul butter dan gula sehingga sebati
Masukkan vanilla essence serta telur dan kacau hingga sebati

Masukkan tepung sedikit-sedikit sehingga ia menjadi doh (sehingga adunan tak lekat di mangkok)

Canai adunan agak2 ketebalannya.

Terap menggunakan cetak kuih tart.
Bakar dengan gas mark 4 selama lebih kurang 20 minit atau hingga kekuningan.

Sementara tart sejuk, masukkan semua bahan dalam mangkok.

Masukkan ke dalam microwave selama 1 atau 2 mins.

Keluarkan dari microwave dan kacau hingga sebati.
Ambil sedikit cokolat yang telah cair dan letakkan ke atas tart yang telah sejuk.

Boleh dihiaskan dengan manik jika suka.

acuan ni ada 2 pattern bergigi atas bawah so boleh pilih nak guna yang mana...

Chocolate Clusters

bahan-bahan ( lebih kurang 18 biji )
110g Coklat (Along guna cooking coklat)
3 tbs Peanut butter (yg smooth)
2 cwn Cornflake
1/2 cwn Raisin

Cara-cara
Masukkan coklat & peanut butter ke dlm mangkuk kaca tahan microwave. Masak power High selama 1 1/2 minit. Di kacau setiap 30 saat.
Gaulkan dgn cornflake & raisin. Gaul sehingga kesemua nya di liputi serata nya dgn coklat.
Scoop dgn cookie scoop (Along guna scoop icecream yg paling kecil) & susun di atas dulang plastic atau atas silicon paper.
Masukkan ke dlm fridge sehingga beku (lebih kurang 15 minit).
Sedia utk di makan. Kalau ada lebih tu simpan dlm bekas kedap udara & simpan dlm fridge.
Selamat mencuba. Senang sgt nak buat ni & rasa nya sungguh rangup & chocolatie....!

♥Kuih Makmur™

Bahan-bahan ( lebih kurang 80 kpg )
Bahan2 Doh:
1 1/2 kilo tepung gandum
250 g mentega - lembut (saya guna Golden Churn)
1 sb minyak sapi
1 sk garam halus
Bahan2 inti :-
600 g kacang tanah
250 g mentega - lembut
400 g gula serbuk
sedikit garam
*secukup gula kastor atau gula serbuk utk tabur

Cara-cara
**Cara2 membuat doh :-
Pukul mentega dan minyak sapi hingga 1/2 kembang dan masukkan tepung sedikit2 dan uli hingga boleh dibentukkan.Bubuh sedikit pewarna hijau jika ingin kuihnye kelihatan seperti daun.

Ambil sedikit adunan,leperkan dan isikan dgn inti yg tlh disediakan. Sepit diatasnya seperti bentuk daun kemudian atur dlm dulang pembakar dan bakar dgn suhu 150C selama 25-30 min. Setelah masak,tabur rata dgn *gula.

Cara2 membuat inti,haruslah disediakan lebih awal :-
Kacang tanah dibakar dlm oven.Dibuang kulitnya dan dikisar halus.Kemudian dicampurkan dgn mentega dan gula dan digaul sebati.
Ambil sedikit inti dibulat2kan seperti guli2 kecil dan disimpan didlm petisejuk.Tujuannye supaya inti tidak berderai ketika diisi ke dlm adunan doh.

♥Tart Keju Nenas™

kak fida@myresipi.com

Bahan-bahan ( 80-100 kpg Ikut kecil atau besar acuan tart. )
Bahan2 doh tart:-
450 g mentega - lembut
3 biji kuning telur
1 biji putih telur
100 g gula halus (saya guna gula icing)
100 g keju (KRAFT) - diparut dan dilecek
1 kg tepung gandum - ayak

Bahan2 inti :-
2 biji nenas - diparut
450 g gula pasir
1 biji pelaga,2 kuntum bunga cengkih - (jika suka)
2 sb mentega/majerin

Cara-cara
Sediakan inti dahulu,masak nenas bersama airnya sekali hingga kering sedikit dan masukkan gula,pelaga dan cengkih dan masak lagi sehingga pekat dan berkilat.Masukkan mentega/majerin dan kacau sebati. Matikan api dan sejukkan.
Utk dohnya, mentega,gula,keju,kuning telur,putih telur dan 1 sk vanilla digaul hingga rata.

Masukkan tepung sedikit2 dan uli dgn tangan hingga adunan menjadi doh yg boleh dikepal.
Kemudian canai dan terap seperti tart biasa dan isi intinya. Hias tart ikut kreativiti masing2 dgn menggunakan lebihan doh yg ada.
Bakar hingga masak pd suhu 160C selama 20 min. atau mengikut kepanasan oven masing2.

Mahkamah Persekutuan arah Felda bayar RM11 juta kepada peneroka

16 Ramadhan 1431 H

PUTRAJAYA, 26 Ogos: Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan keputusan mahkamah sebelum ini yang mengarahkan Felda membayar pampasan lebih RM11 juta kepada 354 peneroka sebuah rancangan Felda di Kelantan.

Keputusan ini dipercayai akan membuka ruang kepada lebih tindakan saman terhadap Felda dalam isu manipulasi pengredan kelapa sawit oleh Felda terhadap penerokanya.

Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sherif, yang mengetuai panel tiga hakim, menolak permohonan Felda berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan sebelum ini yang mengetepikan permohonan Felda membuat rayuan terhadap perintah Mahkamah Tinggi Kota Bharu supaya agensi itu membayar RM7.8 juta ganti rugi dan faedah kepada peneroka-peneroka itu.

Panel hakim selain Alauddin adalah Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Hashim Yusoff dan Datuk Seri Md Raus Sharif, mendapati mahkamah itu tidak dapat membenarkan permohonan itu kerana ia tidak mempunyai bidang kuasa menyemak semula keputusan awalnya.

Mahkamah juga memerintahkan Felda membayar kos perundangan sebanyak RM20,000.

Mahkamah Tinggi Kota Bharu memerintahkan Felda membayar RM7.8 juta bersama faedah kepada peneroka-peneroka itu setelah peguam agensi itu gagal hadir di mahkamah semasa saman itu didengar.

Selepas mendengar keterangan saksi-saksi mereka, mahkamah membuat keputusan memihak kepada peneroka.

(Gambar: Para peneroka Felda bersama peguam mereka di perkarangan Mahkamah Persekutuan hari ini...gambar Malaysiakini)

Jumlah itu kemudiannya meningkat kepada RM11 juta bersama faedah terkumpul. Setiap peneroka dianggarkan akan menerima RM30,000 sebagai ganti rugi.

Mereka menyaman Felda bagi menuntut antara RM20,000 dan RM30,000 setiap seorang sebagai ganti rugi am kerana mendakwa agensi itu telah memberikan nilai yang rendah terhadap mutu buah kelapa sawit yang mereka hasilkan antara 1996 dan 2002 sehingga menyebabkan kerugian kepada mereka.

Mereka menamakan Felda, pengurus Felda Kemahang 3 Ibrahim Ismail (yang telah meninggal dunia) dan Felda Palm Industries Sdn Bhd, sebagai defendan. Seramai 100 peneroka hadir di mahkamah hari ini.

Mereka diwakili sepasukan peguam diketuai Wan Rohimi Wan Daud manakala Felda diwakili peguam Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin.

Tahniah dari PAS

Sementara itu, PAS merakamkan ucapan tahniah kepada 354 peneroka Felda Kemahang 1 yang berjuang bagi menegakkan hak dan keadilan lebih sepuluh tahun.

Kesabaran menanti keputusan mahkamah membuahkan hasil bilamana mahkamah memutuskan Felda membayar sebanyak RM11 juta sebagai gantirugi kerana menipu gred kelapa sawit mereka.

Demikian kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.

"Dengan keputusan hari ini bermakna apa yang didakwa oleh persatuan ANAK adalah tepat dan ia akan membuka mata pihak berkenaan agar membayar kepada seluruh peneroka gred perahan yang sebenar," kata beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

PAS, kata Tuan Ibrahim, menyelar kenyataan dari Pengerusi Felda Datuk Dr Yusuf Nor baru-baru ini bahawa parti pembangkang memasuki Felda untuk memecahbelahkan peneroka felda.

"Kami hanya inginkan keadilan kepada peneroka Felda yang telah banyak menyumbang kepada pembangunan negara. Tidak timbul soal memecahbelah felda; kerana sebahagian penyokong dan ahli PR adalah peneroka dan generasi kedua Felda," kata beliau.

Katanya lagi, mereka menuntut keadilan agare diberi ke atas mereka, dan kerajaan seharusnya tidak mengula-gulakan mereka dengan memberi duit raya sedangkan di waktu yang sama merampas hak gred perahan sawit jauh lebih besar dari apa yang diberi sebagai saguhati tersebut.

"Bagi PAS Felda mesti berterus terang dalam segala urusan dengan peneroka, bukan hanya mengenakan pelbagai potongan dalam keadaan peneroka dipaksa menerima harga dan kos yang ditentukan oleh felda.

"Kos seperti baja, meracun, jalan ladang, loding dan sebagainya sehingga hutang peneroka Felda mencecah angka yang tidak munasabah; namun oleh kerana mereka terikat dengan perjanjian yang tidak adil menyebabkan hasil mereka terus dipotong oleh Felda," katanya.

Cepatkan geran peneroka

Sehubungan itu, PAS juga, katanya, mengesa pihak Felda menyegerakan geran hak milik kepada semua peneroka yang telah selesai melunaskan bayaran kembali, bahkan ada di antara peneroka telah melunaskan hutang lebih dari 5 tahun, namun masih belum mendapat geran hak milik lagi.

"Semoga kejayaan hari ini membuktikan bahawa PAS dan PR benar-benar berjuang demi membela nasib peneroka Felda yang telah ditindas bertahun-tahun lama oleh sistem yang tidak adil kepada mereka," katanya.

Harakahdaily/-

10 pembohongan besar media berkenaan Israel

16 Ramadhan 1431 H
http:haluanpalestin.haluan.org.my

Seorang jurnalis dan pengarang yang berasal dari Belgium, Michel Collon, mengecam media Eropah kerana sikap mereka yang telah berabad-abad berbohong kepada masyarakat awam semata-mata untuk memberi sokongan kepada negara haram Israel.

Melalui buku beliau yang bertajuk Israel, let’s talk about it, Collon telah menyenaraikan “10 pembohongan besar” yang telah disebarkan oleh media Barat bagi “menjustifikasi kewujudan dan tindakan-tindakan kejam rejim Zionis Israel”.

Berikut adalah pembohongan-pembohongan yang dimaksudkan:

1. Pembohongan pertama adalah bahawa negara haram Israel tertubuh sebagai reaksi kepada pembunuhan beramai-ramai kaum Yahudi ketika peperangan dunia kedua. Dakwaan ini sangat tidak betul, kerana penubuhan Israel pada hakikatnya adalah sebuah perancangan tirani yang kejam dan otokratik, yang telah dipersetujui oleh Kongres Zionis yang pertama di Basel, Switzerland pada tahun 1897.

Dari sinilah puak-puak nasionalis Yahudi memutuskan untuk menakluk dan menzalimi Palestin.

2. Justifikasi kedua bagi mereka mendirikan negara haram Israel adalah bahawa kaum Yahudi kembali ke bumi nenek moyang mereka, dari mana mereka telah dihalau pada tahun 70 A.D. Ini hanyalah satu cerita dongeng! Collon telah berbincang dengan beberapa orang tokoh sejarah Israel, termasuklah Shlomo Sand, dan mereka semua percaya bahawa tidak pernah berlaku pemindahan beramai-ramai kaum Yahudi. Jadi “kembali ke bumi asal” adalah suatu yang tidak benar.

Mereka yang menetap di Palestin pada zaman lampau tidak pernah meninggalkan bumi itu.

Malahan keturunan Yahudi yang berasal dari Palestin adalah mereka yang sekarang ini tinggal di Palestin. Mereka yang mendakwa untuk kembali ke bumi Palestin adalah sebenarnya berasal daripada Barat, Eropah Timur dan Afrika Utara.

Shlomo Sand menegaskan bahawa tidak pernah wujud sebuah negara Yahudi. Malahan, puak-puak Yahudi tidak pernah mempunyai persamaan dalam sejarah, bahasa mahupun budaya. Satu-satunya perkara yang mempunyai persamaan antara mereka adalah agama, dan agama tidak membentuk sebuah negara.

3. Pembohongan ketiga adalah bahawa ketika pendatang-pendatang Yahudi memasuki dan menduduki Palestin, bumi tersebut merupakan sebuah negara yang “kosong’ dan tidak diduduki. Sesungguhnya terdapat dokumen-dokumen dan bukti-bukti yang mengesahkan terdapat transaksi mengekspot barangan pertanian daripada Palestin ke negara-negara luar, termasuk Perancis, dalam abad ke sembilan belas.

4. Keempat, ada pihak yang mendakwa bahawa rakyat Palestin meninggalkan negara mereka secara sukarela. Ini adalah satu lagi pembohongan besar yang dipercayai ramai, termasuklah Collon sendiri, sehinggalah tokoh-tokoh sejarah Israel seperti Benny Morris dan Ilan Pappe menyatakan bahawa warga Palestin telah dihalau dan dihapuskan dari tanahair mereka melalui kekerasan, jenayah dan kekejaman.

5. Dikatakan bahawa negara Zionis Israel yang wujud hari ini adalah satu-satunya negara yang mengamalkan demokrasi di Timur Tengah, jadi negara itu harus dilindungi kerana ianya adalah sebuah negara yang menegakkan undang-undang.

Tetapi menurut Collon, bukan sahaja Israel sebuah negara yang tidak menegakkan undang-undang, malahan Israel juga adalah satu-satunya negara yang tidak mempunyai undang-undang yang dapat menjelaskan di mana wilayah dan sempadan negaranya.

Semua negara di dunia ini mempunyai undang-undang atau konstitusi yang memberi denifisi jelas berkenaan wilayah dan sempadan negara mereka, tetapi perkara ini tidak pernah wujud bagi negara Israel.

Israel hanyalah sebuah projek penaklukan yang berkembang tanpa mengenal sempadan, dan undang-undang yang ada bagi negara tersebut benar-benar berbentuk perkauman. Menurut undang-undang mereka, Israel adalah sebuah negara untuk Yahudi dan penduduk Israel yang bukan daripada keturunan Yahudi tidak diiktiraf sebagai manusia. Adakah undang-undang seperti ini membentuk sebuah demokrasi?

6. Amerika dikatakan cuba menegakkan demokrasi di Timur Tengah dengan membantu dan mempertahankan negara Israel. Kita semua maklum bahawa bantuan kewangan tahunan Amerika kepada Israel mencecah sehingga USD 3 bilion.

Dana ini sebenarnya digunakan untuk menghancurkan negara-negara yang berjiran dengan Israel.

Amerika tidak pernah menegakkan demokrasi di Timur Tengah, mereka mungkin hanya membantu mengukuhkan pemerintah yang sedia ada dan penguasaan kekayaan minyak di wilayah tersebut.

7. Mereka mendakwa Amerika membantu usaha mencapai persetujuan dalam perjanjian antara Israel dan Palestin. Ini juga suatu yang tidak benar dan pembohongan. Mantan Ketua Polisi Luar Kesatuan Eropah, Javier Solana pernah menyebut bahawa Israel adalah negara yang ke-21 dalam Kesatuan Eropah.

Industri pertahanan Eropah bekerjasama dengan industri pertahanan Israel dan malahan membantu mereka dari segi kewangan. Tetapi apabila rakyat Palestin memilih pemerintah kerajaan mereka, negara-negara Eropah tidak mahu mengiktirafnya dan membenarkan Israel menyerang dahsyat bumi Gaza.

8. Apabila seseorang bercakap tentang perkara-perkara seperti ini dan juga sejarah pergolakan Israel dan Palestin, apabila seseorang mendedahkan kepentingan Amerika terhadap isu ini, dia akan didakwa sebagai anti-semit untuk memberi tekanan supaya beliau menutup mulut.

Tetapi kita harus menyebut bahawa bilamana kita mengkritik Israel, itu bukanlah suatu bentuk perkauman atau anti-semitism. Kita mengkritik sebuah kerajaan yang tidak mengiktiraf persamaan antara pemganut-penganut Yahudi, Kristian dan Islam, dan seterusnya menghapuskan keharmonian di kalangan penganut-penganut agama yang berbeza.

9. Media massa juga mendakwa bahawa rakyat Palestin melakukan jenayah dan keganasan. Kita percaya bahawa penaklukan secara kejam yang dilakukan oleh tentera Israel adalah sebenarnya satu jenayah dan keganasan, begitu juga dengan polisi mereka merampas tanah dan rumah-rumah milik rakyat Palestin adalah satu keganasan yang nyata. Rakyat Palestin hanyalah mempertahankan hak dan bumi milik mereka daripada jenayah dan keganasan Israel.

10. Ramai yang mengatakan bahawa tidak ada langsung harapan untuk menyelesaikan konflik ini, dan tidak akan ada penyelesaikan terhadap kebencian yang terbentuk akibat aksi-aksi ganas Israel dan sekutunya.

Percayalah di sana ada satu penyelesaian. Salah satu perkaya yang dapat menghentikan konflik ini adalah dengan memberi tekanan terhadap Israel, Amerika, Eropah dan sekutu-sekutu mereka yang lain. Media massa perlu diberi tekanan supaya memberitakan apa yang benar dan menghentikan pembohongan.

Gunakan internet dan apa sahaja media yang ada bagi menyebarkan perkara yang sebenarnya berkenaan Palestin dan apa yang berlaku di sana.

Harakahdaily/-

Kakitangan awam S'gor pula dapat RM500

16 Ramadhan 1431 H

Kakitangan kerajaan negeri Selangor akan menerima bayaran bantuan khas sebanyak RM500sebagai persediaan untuk menyambut Aidilfitri bulan depan.

Dalam satu kenyataan media, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata bayaran bantuan khas itu akan dibayar sebelum 1 Syawal kepada semua kakitangan kerajaan negeri kecuali kakitangan Gred Jawatan Utama Sektor Awam (Jusa) ke atas.

Sehubungan dengan pengumuman itu, 9,089 kakitangan awam akan mendapat manfaat. Ia membabitkan kos pembayaran sebanyak RM4.5 juta.

Selain itu, Khalid juga mengumumkan peruntukkan bayaran khas sebanyak RM250 kepada 5,297 guru kelas agama dan Fadhu Ain (Kafa) yang akan melibatkan dana RM1.3 juta.

“Menteri Besar berharap bantuan Hari Raya ini dapat meringankan beban kakitangan awam untuk membuat persiapan menyambut Aidilfitri terutama mereka yang mempunyai ahli keluarga yang ramai.

“Menteri Besar juga menasihatkan kakitangan awam dan guru Kafa supaya bersederhana dalam segala hal dan berbelanja secara berhemah mengikut kemampuan serta keperluan,” petik kenyataan itu.

Sebelum kerajaan Pakatan di Pulau Pinang mengumumkan pemberian wang raya sebanyak RM400 kepada kakitangan kerajaan negeri sempena Hari Raya Aidifitri.

Semalam, kerajaan pusat pula mengumumkan pemberian wang raya RM500 kepada kakitangan awam gred 1 hingga 54.

Malaysiakini/-

Waris rayu bebas tahanan ISA sebelum raya

16 Ramadhan 1431 H
Oleh: Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 25 Ogos: Harapan Mohammad Fadhlullah Abdul Razak, 28, tahanan terbaru ISA untuk beraya bersama keluarga bulan depan mungkin malap.

Menurut Hasnol Hadi Abdul Razak, 25, pihak polis dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) masih belum memberitahu tentang status tahanan abangnya itu sejak ditahan 36 hari lalu.

Bagaimana pun, katanya, Polis memanggil waris Fadhlullah ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman esok.

"Setakat ini, tidak ada apa-apa lagi tetapi esok, polis panggil kami ke Bukit Aman.

"Saya kerja, kedua-dua ibu bapa saya mungkin pergi melawat abang esok," ujarnya tengah hari tadi pada Harakahdaily.

Beliau turut menyuarakan rasa yakin bahawa pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri akan membebaskan abangnya itu sebelum raya ekoran tiada dakwaan yang jelas ke atas abangnya itu.

Difahamkan, Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA membolehkan seseorang tahanan tanpa bicara ditahan maksimum selama 60 hari untuk membantu siasatan.

Turut difahamkan, berdasarkan Seksyen 8, ISA, tahanan tanpa bicara itu memberi kuasa kepada seorang Menteri Dalam Negeri untuk mengizinkan seseorang itu ditahan atau sebaliknya.

Lanjutan itu, katanya lagi, pihak pembelaan yang dilantik telah mengfail permohonan habeas corpus atau 'hak untuk bersuara di mahkamah' beberapa hari lalu.

20 Julai lalu, Fadhlullah ditahan di Sungai Buloh oleh seorang pegawai polis berpakaian seragam serta 14 pemuda berpakaian biasa yang dipercayai dari Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman.

Menurut laporan Harakahdaily, Hasnol ditahan kononnya demi memerangi keganasan Jamaah Islamiah (JI) dalam negara.

Namun, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri beberapa hari kemudian pada satu kenyataan media di ibu negara mengaku di depan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) bahawa Kuala Lumpur komited bersama Washington dalam memerangi keganasan global.

Harakahdaily/-

40 ulama ketuai Munajat Royalti Kelantan

16 Ramadhan 1431 H
Oleh: Rizal Tahir

KOTA BHARU, 25 Ogos: Seramai 40 ulama akan mengetuai Munajat Royalti Kelantan bagi memohon tuntutan hak royalti minyak kerajaan negeri itu dikembalikan kerajaan Pusat.

Program secara berkala yang dijangka bermula Disember ini adalah dianjur sekretariat khas royalti yang di bawah Gerakan Bertindak Kebalikan Royalti Minyak (Gegar).

Ketua NGO itu, Md Zulaimi Kazin, dalam sidang medianya memberitahu sebahagian besar anggota mereka disertai oleh para ulamak dari beberapa buah pondok, terutama dari Madrasah Diniah Bakriah, Pondok Pasir Tumbuh.

Menurutnya, seketeriat yang dipengerusikan Tuan Guru Hussin Ibrahim, dari Pondok Lubuk Tapah Pasir Mas itu, diadakan bertujuan untuk menyampaikan mesej rakyat menuntut royalti itu melalui golongan ulamak.

Ujarnya, 40 ulama yang akan menyertai misi ini dipilih berdasarkan jasa dan khidmat yang dicurahkan bagi pembangunan ilmu agama di negeri Kelantan.

“ Pemilihan ulama tersebut di buat dari kalangan ulama dipondok-pondok, ulama kawasan dari Dewan Ulama PAS dan ulama di kalangan ahli akademik,” ujarnya lagi.

Tambahnya, para ulama berkenaan juga akan mendoakan kelancaran proses tuntutan di mahkamah sekiranya tuntutan itu dibawa ke peringkat tersebut.

“Paling penting misi ini akan menyampaikan mesej yang jelas kepada kerajaan Pusat dan Petronas bahawa rakyat Kelantan turut bangkit menuntut hak mereka.

40 ulama tersebut juga katanya akan mendoakan dan bermunajat secara individu selama 40 hari berturut-turut di Kelantan dan kemuncak munajat akan dilakukan selama 40 waktu di Baitullah di Makah.

Sehubungan itu, semua warga negara yang perihatin terutama rakyat Kelantan diseru menyalurkan sumbangan untuk menjayakan program tersebut.

Kutipan sumbangan akan bermula 1 Syawal bersamaan 10 September sehingga 30 November ini.

Harakahdaily/-

Royalti: Sah, Kelantan saman Petronas

16 Ramadhan 1431 H
Oleh: Salmah Mat Husain

KOTA BHARU, 25 Ogos: Mesyuarat exco kerajaan negeri Kelantan hari ini memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Petronas ekoran kegagalannya membayar royalti negeri itu seperti termaktub dalam perjanjian.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa berkata, kerajaan negeri akan mengemukakan fail writ saman terhadap Petronas pada 30 Ogos ini.

“Writ saman ini dibuat selepas ianya mendapat keputusan pada mesyuarat exco tadi,” ujarnya.

Katanya, saman berkenaan akan dibuat di Mahkamah Tinggi Jalan Duta, Bahagian Perdagangan kira-kira pukul 9.30 pagi.

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Timbalannya, Datuk Ahmad Yaacob, juga dijangka akan hadir.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat exco, di Kota Darulnaim, di sini sebentar tadi.

Pada masa yang sama, Husam turut menyeru rakyat Kelantan serta warga prihatin terhadap tuntutan itu hadir pada hari tersebut.

Ketika ditanya, beliau memberitahu mesyuarat sebentar tadi hanya membincangkan perkataan-perkataan yang perlu disebut dalam saman terbabit.

Bagaimanapun, jumlah tuntutan tidak dibincangkan dan menyerahkan kepada mahkamah.

“Kita tak bincang pasal jumlah tututan kita, itu terpulang pada mahkamah lah nanti,” ujarnya.

Sementara itu, turut dimaklumkan satu majlis solat hajat dan sidang media akan diadakan di Masjid Wilayah Pesekutuan, Jalan Duta selepas urusan memfailkan saman tersebut selesai.

Harakahdaily/-

Beri peluang Islam tangani penyakit masyarakat

16 Ramadhan 1431 H
Oleh: Mat Zain Mat Isa

Bagaikan bermusim, kes-kes pembuangan bayi kembali menjadi sajian harian di dada media. Pelbagai pihak yang prihatin tentang penyakit sosial yang semakin kronik itu seolah buntu dan mati akal memikirkan kaedah menanganinya.

Penubuhan pusat bayi terbuang bagaikan tidak memberikan apa-apa kesan mengurangkan gejala itu. Sebaliknya, semakin kerap rayuan mendayu-dayu para artis kita diulangsiar lewat media elektronik, semakin menjadi-jadi pula kes penemuan bayi terbuang.

Keputusan Kabinet minggu lalu agar kes pembuangan bayi disiasat sebagai kes bunuh atau percubaan membunuh juga tidak cukup menggerunkan pelakunya. Buktinya, di luar sana saban hari ada bayi dibuang. Ada dicampak ke dalam longkang atau tong sampah, disumbat dalam pembetung atau mangkuk tandas.

Ada dijumpai terapung di sungai, dibungkus dalam beg plastik dan disangkut di pagar, ditinggal di atas rumput, dihurung semut dan diratah nyamuk. Malah ada yang ditemui sisa sahaja dipercayai telah dibaham anjing.

Mengikut fakta terkini dilaporkan media, sepanjang lima tahun ini 472 kes pembuangan bayi direkodkan. Sebahagian besar bayi ditemui itu sudah mati. Anggaplah jumlah yang tidak ditemui jauh lebih besar. Ada yang mungkin sudah ditanam, dibakar atau hancur dimamah faktor alam.

Tahun ini saja, setakat minggu lalu sudah tercatat 65 kes pembuangan bayi. Ia peningkatan ketara berbanding 79 kes sepanjang setahun lalu. Kita masih ada lebih empat bulan berbaki. Tidak mustahil jumlah tahun ini mampu mencecah 100 kes.

Terbukti setakat ini apa jua kaedah penyelesaian dicuba gagal membendung peningkatan gejala ini. Sebagai penganut Islam, mengapa tidak kita akui bahawa unsur yang ‘hilang’ (the missing elemen) dalam merangka kaedah penyelesaian kes buang bayi ini ialah ajaran Islam itu sendiri.

Masalah utama kita dengan pelaksanan Islam ialah apabila penganut agama ini sendiri cuak dan ragu dengan keupayaan Islam menyelesaikan masalah masyarakat. Keraguan itu mungkin timbul ekoran kelemahan dan kesilapan manusia yang sebelum ini melaksana atau mencuba formula Islam, tetapi gagal.

Ia juga mungkin satu strategi terancang musuh Islam membentengi masyarakat daripada menaruh keyakinan terhadap kaedah penyelesaian dianjurkan agama suci ini.

Negara kita tidak kurang pakar dalam pelbagai bidang, termasuk pakar sosiologi, psikologi dan segala macam ilmu berkaitan kecenderungan manusia. Kita juga ada ilmuan Islam yang mampu menggarap lautan sumber hukum dan merumuskan pendekatan Islam ke atas setiap permasalahan. Kepakaran mereka boleh digabung-jalin bagi mencari formula terbaik.

Setakat ini langkah-langkah dikemukakan pelbagai pihak lebih ke arah merawat atau membasmi gejala membuang bayi, bukannya mencegah puncanya. Sedangkan masalah sebenar ialah punca yang membawa kepada kewujudan anak yang tidak diingini itu.

Secara rasional kita boleh bersetuju bahawa 100 peratus bayi yang menjadi mangsa pembuangan ialah yang dilahirkan tanpa nikah. Maka secara logiknya pembuangan bayi boleh dibanteras dengan mencegah kehamilan luar nikah.

Bagi umat Islam, langkah utama pencegahan itu ialah dengan kembali kepada kehidupan beragama. Islam bukan sahaja mengharamkan perbuatan zina (seks luar nikah), malah melarang umatnya menghampiri zina. Ini menunjukkan bahawa sebarang perkara yang boleh menjurus kepada menghampiri zina mestilah dijauhi atau ditiadakan.

Di antara perbuatan menghampiri zina ialah pergaulan bebas. Di antara medan paling subur untuk pergaulan bebas dan seks luar nikah ialah konsert dan pusat hiburan.

Selagi ada hiburan tanpa batasan, akan ada pergaulan bebas yang selalunya diiringi penyalahgunaan dadah dan berakhir dengan seks bebas. Gejala itu bakal menyumbang kepada meningkatnya kes kelahiran anak luar nikah.

Jika diteliti fakta anak luar nikah didedahkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) awal tahun ini, jumlah 17,303 untuk setahun lalu bersamaan kira-kira 48 kes sehari. Itu bermakna kes kelahiran anak luar nikah di negara kita sepanjang tahun lalu secara purata berlaku setiap 30 minit.

Akuilah bahawa membendung perkara ini memerlukan komitmen semua pihak, terutama pihak berkuasa. Ia tidak mampu dibuat menerusi gigi dan lidah sahaja, tetapi memerlukan tindakan tangan yang menggenggam kuasa.

Hanya dengan kuasa pemerintahan dapat diperbetulkan kepincangan masyarakat. Antaranya, meminda undang-undang yang menganggap melakukan hubungan seks haram dengan kerelaan kedua-dua pihak bukanlah suatu jenayah.

Sudah lebih 50 tahun rakyat memberi peluang kepada Umno mengurus negara. Gejala sosial dan masalah merosakkan akidah umat Islam nampaknya bukan sahaja tidak dapat diatasi, malah semakin meruncing.

Fahaman memisahkan agama dengan politik dianuti parti itu menyebabkan pemimpin negara tidak berfikir sebagai orang beragama. Sebaliknya mereka menjadi penganjur acara hiburan dan pergaulan bebas. Mereka juga mempertahankan undang-undang yang tidak kondusif terhadap pencegahan maksiat dan hubungan terlarang.

Rakyat sepatutnya berhenti dari terus berharap Umno tampil dengan kaedah penyelesaian yang hakiki. Sudah sampai masanya rakyat memberi peluang kepada pihak lain pula, terutama pihak yang ikhlas mengemukakan Islam sebagai kaedah penyelesaian permasalahan masyarakat

Harakahdaily/-

Isu perkauman tidak timbul jika tiada Umno

16 Ramadhan 1431 H

KUALA LUMPUR, 25 Ogos: Pusat Pembangunan Kebudayaan (LLG) mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menghapuskan ideologi perkauman yang didoktrinkan ke dalam masyarakat.
Mereka berpandangan, isu perkauman yang timbul kini berpunca daripada doktrin perkauman yang diterapkan oleh Umno sejak dari dahulu lagi.

Presidennya, Dr. Toh Kin Woon berkata, semua isu perkauman yang meretakkan hubungan antara kaum tidak akan berlaku jika Umno tidak memulakannya.

"Politik perkauman yang melaksanakan dasar pecah dan perintah, pemuda Umno menghunus keris dan mengugut akan membakar Dewan Perhimpunan Cina KL dan Selangor, kenyataan diskriminasi perkauman secara terbuka oleh Ahmad Ismail dan Nasir Safar, unsur-unsur perkauman yang didoktrinasikan oleh Biro Tata Negara.

"Tanpa semua tindakan ini, kita tidak akan dijangkiti virus perkauman," kata Kin Woon dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan pengetua sebuah sekolah di Johor yang mengeluarkan kenyataan 'pelajar Cina boleh pulang ke Cina' dan menyamakan gelang tangan yang dipakai pelajar India dengan rantai anjing.

Tambahnya, sekiranya kerajaaan terus berdiam diri dalam isu tersebut, keyakinan rakyat terhaddap slogan "1Malaysia' yang diwarwarkan Najib akan hilang.

"Lebih memeranjatkan ialah sehingga kini Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri berdiam diri dalam isu-isu tersebut, ini mengakibatkan rakyat hilang keyakinan terhadap slogan inklusif umpamanya “Satu Malaysia”dan “Rakyat Didahulukan”yang diketengahkan Perdana Menteri," kata beliau lagi.

Beliau turut menyatakan kekesalan di atas sikap berdiam diri kerajaan Umno BN terhadap beberapa kenyataan berbau perkauman antaranya mengenai cadangan Majlis Perundingan NGO Melayu (MPP) dan Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa) yang mahu kerajaan menahan Presiden MCA, Chua Soi Lek di bawah ISA kerana menyokong cadangan kuota 30% bumiputera dimansuhkan.

"MPP menyaran kerajaan memansuhkan sekolah ibunda; Utusan Malaysia cuba mengapi-apikan isu pemansuhan kuota bumiputera dan perlembagaan baru, sebuah surau Seremban disimbah cat merah tapi pimpinan tertinggi kerajaan tidak mengkritik perkembangan kurang sihat ini.," katanya.

Harakahdaily/-

Politik Melayu: Mahathir sengaja buat tidak faham

16 Ramadhan 1431 H

KUALA LUMPUR, 26 Ogos: PAS berpandangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sengaja membuat tidak faham dengan senario politik di negara ini.“Berkali-kali PAS tegaskan kepada rakyat, kalau Umno kalah yang menangnya ialah PAS,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Sehubungan itu, katanya PAS kesal dengan kenyataan Dr Mahathir yang mengugut Melayu supaya bersatu atau hilang kuasa politik kepada bukan Melayu jika terus berpecah.Jelasnya, Umno akan berhadapan dengan PAS di kawasan kerusi Melayu, yang tukarnya parti sahaja yang membawa dasar yang lebih jauh baik daripada Umno.

Baginya, sememangnya Mahathir jenis manusia yang buat-buat tidak faham.

Menurutnya, Mahathir masih menganggap bahawa Melayu wajib bersatu di bawah payung Umno sahaja, seolah-olah selain daripada Umno, Melayu tidak boleh bersatu.

“Inilah khurafat Umno yang terpahat dalam pemikiran pemimpin Umno seperti Dr Mahathir dan inilah juga kefahaman yang diterap kepada pegawai kerajaan melalui kursus-kursus Biro Tata Negara,” ujarnya.

Dulu, katanya pemimpin Umno sering mendakwa bahawa selain daripada Umno memerintah tidak akan maju.

Beliau menambah, hujah itu sudah lapuk di mana rakyat boleh menilai kemampuan pemimpin Pakatan Rakyat memerintah di negeri mereka, walaupun usia muda tetapi membuat pembaharuaan yang begitu pantas.

Rakyat, katanya telah melihat dari segi ketelusan dan merakyatkan kekayaan negeri untuk dinikmati oleh semua lapisan rakyat.

Menurutnya lagi, selama 22 tahun negara di bawah Dr Mahathir banyak dasar-dasar yang dilakukan merugikan orang Melayu, antaranya ialah berapa banyak tanah rezab Melayu bertukar dan tidak berganti, melaksanakan dasar pengajaran Metematik dan Sains dalam bahasa Inggeris walaupun merugikan orang Melayu di pedalaman.

“Beliau sendiri pernah mencadangkan supaya orang Melayu kena buang budaya subsidi, mencadangkan dasar meritokrasi, menarik royalti minyak di Terengganu, mewujudkan pegawai persekutuan di negeri Kelantan dan Terengganu, menarik bantuan perkapita sekolah agama rakyat.

“Banyak sangat kalau kita hendak tulis pengkhianatan beliau kepada Melayu semasa beliau berkuasa,” katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau mempesoalkan kenapa sekarang Mahathir begitu lantang seolah-olah mengugut orang Melayu mesti bersatu dengan Umno untuk meneruskan lagi penindasan kepada rakyat dan membiarkan rakyat menderita dan memudahkan suku sakatnya mengaut kekayaan negara.

“Apakah beliau takut dan wujudnya mimpi ngeri, kalau Pakatan Rakyat menang beliau sendiri tidak selamat?” tanya beliau.

Harakahdaily/-

Kesal Mahathir ugut Melayu

16 Ramadhan 1431 H
http:idrisahmad.wordpress.com

PAS kesal dengan kenyataan Tun Dr Mahathir mengugut melayu supaya bersatu atau hilang kuasa politik kepada bukan melayu jika terus berpecah.PAS berpandangan Dr Mahathir sengaja buat tidak faham senario politik di negara ini. Berkali-kali PAS tegaskan kepada rakyat kalau umno kalah yang menangnya ialah PAS.

Umno akan berhadapan dengan PAS di kawasan kerusi Melayu, yang tukarnya parti sahaja yang membawa dasar yang lebih jauh baik daripada umno. Memang beliau ini jenis manusia yang buat-buat tidak faham.

Tun Masih menganggap bahawa Melayu wajib bersatu bawah payung umno sahaja. Seolah-olah selain daripada umno, melayu tidak boleh bersatu. Inilah khurafat umno yang terpahat dalam pemikiran pemimpin umno seperti Dr Mahathir dan inilah juga kefahaman yang diterap kepada pegawai kerajaan melalui kursus-kursus Biro Tatanegara.

Dulu pemimpin umno sering mendakwa bahawa selain daripada umno memerintah tidak akan maju. Hujah ini sudah lapok, rakyat boleh menilai kemampuan pemimpin Pakatan memerintah di negeri mereka, walaupun usia muda tetapi membuat pembaharuaan yang begitu pantas.

Rakyat telah lihat dari segi ketelusan dan merakyatkan kekayaan negeri untuk dinikmati oleh semua lapisan rakyat.

Selama 22 tahun negara di bawah Dr Mahathir banyak dasar-dasar yang dilakukan merugikan orang melayu antaranya, berapa banyak tanah rezab melayu bertukar dan tidak berganti, melaksanakan dasar pengajaran Metematik dan Sains dalam bahasa Inggeris walaupun merugikan orang melayu di pendalaman.

Beliau sendiri pernah mencadangkan supaya orang melayu kena buang budaya subsidi, mencadangkan dasar meretokrasi, menarik royalti minyak di Terengganu, mewujudkan Pegawai Persekutuan di negeri Kelantan dan Terengganu, menarik bantuan perkapita sekolah agama rakyat.

Banyak sangat kalau kita hendak tulis pengkhianatan beliau kepada melayu semasa beliau berkuasa. Sekarang kenapa beliau begitu lantang seolah-olah mengugut orang melayu mesti bersatu dengan umno untuk meneruskan lagi penindasan kepada rakyat dan membiarkan rakyat menderita dan memudahkan suku sakat beliau mengaut kekayaan negara.

Apakah beliau takut dan wujudnya mimpi ngeri, kalau Pakatan Rakyat menang beliau sendiri tidak selamat.

Harakahdaily/-

Kabinet setuju Lenggong dijadikan tapak warisan dunia

16 Ramadhan 1431 H

Kabinet hari ini meluluskan rancangan kementerian penerangan komunikasi dan kebudayaan supaya kawasan Lembah Lenggong di Perak dijadikan tapak warisan dunia selepas Georgetown dan Melaka.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim, berkata Malaysia akan mengemukakan laporan dan cadangan kepada Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (Unesco) untuk mengiktiraf kawasan berkenaan sebagai tapak warisan.

"Kabinet telah meluluskan rancangan kementerian ini untuk menjadikan Lembah Lenggong sebahagian tapak warisan dunia bagi dikaji oleh Unesco dan diiktiraf sebagai tapak sejarah dan tapak yang penting dari segi warisan Malaysia sendiri.

"Sekiranya Unesco bersetuju, kita akan beroleh satu tapak lagi di mana zaman paleolitik, neolitik dan gangsa dapat disatukan sejarahnya dan juga artifaknya di Malaysia," katanya di Kuala Lumpur, hari ini.

Rais berkata, penemuan rangka manusia purba “Perak Man” di kawasan Lembah Lenggong adalah antara faktor yang akan menarik perhatian Unesco untuk menjadikan kawasan itu sebagai tapak warisan dan lokasi pelancongan dunia.

"Kita akan mendapat satu tambahan daya tarikan kepada Malaysia selain menunjukkan tamadun di Malaysia sudah berkembang dan kemanusiaannya diterima sebagai fakta sejarah.

"Yang ini baru dicadangkan kepada Unesco...yang di Melaka dan Pulau Pinang sudah diterima. Jadi ini aspeknya sama tahap dengan Lembah Bujang, Kedah, tetapi di Kedah, isiannya berbeza, yang itu mengandungi artifak-artifak tamadun, tetapi di Lembah Lenggong, kita dapati artifak rangka manusia itu sendiri yang usianya sekitar 10,000 hingga 11,000 tahun yang lampau.

"Bukan itu saja, di Lenggong kita dapati beberapa tapak yang mungkin dapat menonjolkan tamadun lama dan sebab itu kita memohon kepada Unesco untuk mengiktiraf kawasan ini sebagai kawasan warisan dunia, yang boleh dijadikan sebagai aspek penceritaan sejarah dan aspek penceritaan warisan," katanya.

Ditanya berapa tempoh masa untuk Unesco memberikan jawapan terhadap cadangan Malaysia itu, Rais berkata, keputusan berkemungkinan selepas satu tahun.

"Tetapi gerak kerja itu dilangsungkan sekarang sampailah dalam tempoh 10 hingga 11 bulan dan laporan itu akan diteliti oleh pakar-pakar dunia yang berpusat di Paris.

"Mereka akan buat keputusan sama ada persembahan kita menurut fakta sejarah atau keunikan aspek sejarah dan peninggalan arkeologi dapat dirumus sebagai tanda-tanda tamadun yang harus dikekalkan dan harus dipulihara," katanya.

Malaysiakini/-

Kafe tawar khidmat seks diserbu, 10 pelacur ditahan

16 Ramadhan 1431 H

Dengan berselindung di sebalik lesen perniagaan restoran, tetapi satu sindiket pelacuran ligat menjalankan kegiatan urut seks dan servis pelacur di sebuah bangunan berdekatan Taman Bukit Mayang, di Petaling Jaya sejak tiga bulan lalu.

Difahamkan pemilik restoran terbabit memperoleh lesen bagi menjalankan perniagaan makan dan minum di tingkat dua bangunan itu, tetapi telah menyalahgunakan lesen itu dengan menawarkan khidmat pelacuran kepada pelanggan di tingkat tiga bangunan berkenaan yang turut dilengkapi dengan asrama untuk pelacur terbabit.

Dalam serbuan yang dilakukan pada 9.30 malam tadi yang diketuai Pegawai Operasi, Asisten Komisioner Lim Chee Wah dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, seramai 10 orang pelacur warga asing ditahan.

Mereka yang berumur antara 20 hingga 38 tahun membabitkan lima orang warga Indonesia, empat orang warga Vietnam dan seorang warga China.

Turut ditahan dua lelaki tempatan berumur 20 dan 40 tahun yang bertindak sebagai penjaga restoran berkenaan.

Katanya ketika diserbu, terdapat lima orang pelanggan di dalam premis berkenaan, bagaimanapun mereka dibebaskan selepas keterangan mereka diambil.

"Sebelum ini, serbuan yang sama telah dilakukan pada Mac lalu di restoran berkenaan namun kegiatan pelacuran masih lagi berlaku dan kita sedang memburu pemilik restoran bagi membantu siasatan," katanya.

Beliau berkata semua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 373 Kanun Keseksaan kerana terbabit dengan kegiatan pelacuran.

Malaysiakini/-

Video terbaru inkues Teoh 'hilang' dari web AG?

16 Ramadhan 1431 H
Oleh: Regina Lee

“Mengapa rakaman terdahulu inkues Teoh Beng Hock dimuat-naikkan di lamanweb Pejabat Peguam Negara, tetapi yang terbaru sengaja ditinggalkan?“Adakah kerana ia berkaitan dengan persembahan yang kurang memuaskan ketua pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abdul Razak Musa (kiri) dalam inkues itu?”

Ia antara persoalan yang dilemparkan oleh ahli parlimen Segambut, Lim Lip Eng dari DAP, hari ini yang mendakwa kegagalan pihak pendakwaan memuat-naikkan laporan inkues terbaru itu membuktikan bahawa suruhanjaya berkenaan tidak berkecuali.

“Pejabat AG memuat-naik video perbicaraan di lamanweb mereka sejak hari pertama inkues. Tetapi mengapa memilih tidak menyiarkan yang terbaru?

“Ini cuma menunjukkan mereka adalah berat sebelah, walaupun dalam kes ini mereka sepatutnya berkecuali,” kata Lim dalam sidang medianya hari ini.

Katanya, beliau telah berhubungan dengan pejabat peguam negara berhubung perkara itu tetapi alasan yang diberikan adalah lucu.

“Saya telefon mereka semalam dan bertanyakan mengapa video itu tidak dimuat-naik. Pada mulanya mereka berkata ada ‘isu teknikal’. Tetapi selepas saya tanya berkali-kali, mereka kata tidak dapat mencari video itu,” katanya.

“Perbicaraan pada 18 Ogos adalah ...yang paling lucu dan penuh dengan kejutan. Adakah mereka secara sengaja cuba menyembunyikannya?”

Lim (kanan) juga mencabar pejabat peguam negara untuk memuat-naikkan video berkenaan dalam tempoh 24 jam.

“Jika tidak, mereka sepatutnya mengeluarkan semua video yang lain itu,” kata Lim.

Pada inkues terbaru pada 18 Ogos lalu, ahli patologi forensik Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand mempertahankan pendapatnya bahawa Teoh kemungkinan besar tidak membunuh diri tetapi sebaliknya diasak oleh Abdul Razak yang sejak awal mempersoalkan kelayakan Pornthip sebagai saksi.

Abdul Razak berpendapat keterangan Pornthip adalah berdasarkan imaginasinya. Pornthip menafikan perkara itu dan berkata kesimpulannya adalah berdasarkan pemerhatian dan kerjanya.

Abdul Razak berkata berdasarkan kelayakan Pornthip, ahli patologi Thailand itu tidak layak bergelar pakar di Malaysia kerana universiti tempat beliau belajar, tidak diiktiraf di negara ini. Pornthip (kiri) menjawab bahawa universiti tempat beliau belajar adalah satu daripada lima yang terbaik di Asia - mereka yang berada di mahkamah memberikan tepukan.

Cekik diri sendiri

Razak kemudiannya mencadangkan kepada Pornthip bahawa Teoh mencekik dirinya sendirinya. Katanya, ini kerana empat daripada doktor telah mendapati bahawa tiada bukti menunjukkan Teoh dicekik.

Gobind bangkit dan mengarahkan Razak menunjukkan bagaimana seseorang mencekik diri sendiri. Razak menyahut cabaran itu dan cuba mencekik diri sendiri sambil digelakkan daripada mereka di mahkamah itu.

"Saya cadangkan bahawa anda datang ke mari untuk serang SPRM,” katanya.

Beliau memberi beberapa kesilapan yang didakwa dilakukan oleh Pornthip tetapi dinafikan oleh pakar patologi Thailand itu. Menurut Pornthip, laporan yang dikemukakannya disokong dengan bukti saintifik.

Razak: Awak kata 80 peratus pembunuhan.

Pornthip: Saya telah terangkan. Awak mesti terima...

Razak: Apabila awak beri keterangan 80 peratus adalah kes pembunuhan, ia dilaporkan di semua media negara ini.

Pornthip berulang-kali menggesa Razak supaya membaca laporannya, tetapi ketua pendakwa SPRM itu berkata: “Saya habiskan masa tiga hari membacanya.”

Orang ramai yang mengikuti perbicaraan kemudian mula berbisik yang menunjukkan rasa tidak puas hati mereka dengan cara soalan Razak.

Razak kemudiannya bertanya sama ada objek tumpul yang dirujuk oleh Porthip pada awal inkues pagi ini merujuk kepada kerusi atau benda lain.

Pornthip: Saya ingin tanya sama ada awak seorang peguam?

Razak: Mungkin, saya lebih muda daripada awak tetapi saya telah berkhidmat sebagai peguam untuk 24 tahun.

Ini disambut dengan cemuhan 'wah' daripada mereka yang hadir.
Pengalaman terjun bangunan

Razak kemudian mengajukan soalan kepada Pornthip, bagaimana Teoh boleh mati pada tingkat 14 (lokasi pejabat SPRM Selangor yang terletak di Plaza Masalam, Shah Alam) tetapi masih bernyawa apabila sampai di bawah.

Soalan Razak semakin bercelaru dan menyebabakan koroner terketawa kecil. Azmil kemudian menjelaskan kepada Razak apa yang Pornthip maksudkan ialah Teoh berkemungkinan sedar semasa jatuh dan belum mati.

Razak: Dari Tingkat 14, 99 kaki dari atas tanah - dia tidak sedarkan diri, jadi badannya semestinya lebih berat.

Pornthip: Tiada perbezaan. Secara saintifik, bagaimana boleh berlaku kehilangan berat berdasarkan tahap kesedaran?

Razak juga bertanya kepada Pornthip sama ada dia mempunyai pengalaman terjun dari bangunan. Ini kerana ahli patologi itu dalam keterangannya berkata mayat yang dijumpai itu didapati lebih jauh daripada bangunan berkenaan berbanding kes lazim membunuh diri dengan melompat.
Satu lawan empat

Malik bangkit dan berkata Razak cuba 'memasukkan perkatan' dalam mulut Pornthip. “Cara dia mengajukan soalan seolah-olah mahu kami sendiri terjun!”

Razak kemudiannya mengulangi soalan kepada Pornthip bahawa pendapatnya adalah berlainan dengan empat orang doktor yang hadir pada bedah siasat kedua.

Razak: Satu lawan empat...

Pornthip: Awak perlu hormat hakim (koroner) yang akan membuat keputusan.

Razak: Kita bekerja berdasarkan majoriti.

Malaysiakini/-

Jual tanah kepada anak, S'wak rugi lebih RM300 juta

16 Ramadhan 1431 H
Oleh: Aidila Razak

Sebuah syarikat yang dimiliki oleh anak-anak Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berjaya memperolehi tiga bidang tanah di Kuching pada harga yang tersangat rendah. Tindakan itu menyebabkan kerajaan negeri itu kehilangan potensi pendapatan RM300 juta.

Ahli parlimen Bandar Kuching Chong Chieng Jen yang membuat pendedahan itu berkata kerajaan negeri telah memperuntukkan seluas 269 ekar di bandaraya itu kepada Monarda Sdn Bhd pada harga yang jauh lebih rendah daripada harga pasaran iaitu pada kadar purata RM291,000 bagi setiap ekar.

"Harga pasaran adalah dalam lingkungan RM1.5 juta dan RM2 juta bagi setiap ekar. Jika dijual secara tender, kerajaan negeri akan memperolehi pendapatan antara RM400 hingga RM500 juta,” katanya kepada Malaysiakini, hari ini.

Sebaliknya, Monarda, yang mempunyai modal berbayar RM100 hanya perlu bayar RM78.28 juta untuk tiga bidang tanah itu,” katanya.

"Kami tuntut kerajaan negeri beri penjelasan penuh dan bertanggung-jawab kepada rakyat Sarawak,” kata Chong yang juga adalah setiausaha DAP Sarawak.

Modal berbayar RM100

Tiga bidang tanah itu terletak bersebelahan lapangan terbang antarabangsa Kuching berhampiran Stutong. Terdapat pangkalan tentera udara di lokasi yang sama.

Monarda diterajui oleh ank sulung Taib - Abu Bekir, yang memegang 52 saham dan seorang yang dikenali sebagai Choong Sun Nam, yang memiliki 12 saham.

Pemegang saham lain termasuk, anak perempuan Taib - Jamilah dan Hanifah Hajar, serta menantunya Anisa Hamidah Abdullah, yang masing-masing juga memegang 12 saham.

Chong, yang mengesan kaitan keluarga Taib itu melalui semakan pendaftaran tanah dan syarikat berkata pengasingan tanah itu adalah yang terbesar pernah dilakukan.

"Tanah ini sekarang adalah kosong dan Monarda tidak menjalankan sebarang urusniaga sejak ia ditubuhkan,” katanya.

Awal tahun ini, tiga aduan dibuat kepada Suruhanjaya Anti Pencegahan Rasuah Malaysia yang mendakwa Taib dan keluarganya menggunakan kedudukan mereka bagi menguasai empayar hartanah bernilai RM3 bilion.

Dua dokumen didedahkan di laman sesawang Sarawak Report yang mendakwa Taib menggunakan proksi bagi mengawal kepentingan sebuah syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Sakti International Corporation, yang ketika itu bernilai US$80 juta (RM250 juta).

Malaysiakini/-

When PAS/PAKATAN Dominates Putrajaya

16 Ramadhan 1431 H
Oleh: Nash Ar-Rawy

When PAS/PAKATAN takes over Putrajaya and dethrone Umno/BN it’s a victory of democracy against UBN autocracy , unjustice and racism in this country by the Grace of God. Likewise, when Golkar was toppled in Indonesia , dictatorship ends and democracy prevails. Ex –President was brought to justice , freedom of a peaceful assembly or people’s demonstrations , autonomy to Acheh ( no more killings of innocent civilians by ABRI) and restoring the rule of law in the country .

This is why Mahathir fears so much if PAKATAN takes over the parliament by infiltrating the people’s mind that Malay will lose its political power just to abstain PAS from replacing Umno with a better future , policy and agenda not only for the ummah but for all Malaysians as a whole together with Pakatan Rakyat as being the rights of all Malaysians as legal citizens of this beautiful nation.

All these while Mahathir/Umno : Malay bluffs Malay, Samy/MIC : Indian bluffs Indian and Liong Sik/MCA: Chinese bluffs Chinese . Anaconda Krishnan, Mukhriz , Vincent Tan getting richer and the borgoursie poor Malaysians suffer and getting poorer.

Mahathir/Umno withdrawn Bumiputra’s scholarships and Bahasa Malaysia in Mathematics and science which eliminates rural outskits poor bumiputras and non bumis as well which is an illict act because these are the core of our Federal Constitution which is upheld by all the leaders in Pakatan Rakyat and has been violated by UBN.

UBN has humiliated the royalties in its campaigns which resulted in withrawing the royalties immunity and created a special court to judge the royalties. Thus , Umno bluffs the Malays and violated our Constitution, Malays, royalties and Islam ( Hudud) and self-protected and shielded itself with the primitive and draconian law called ISA and OSA to save Umno not Malaysia as feared by UBN, Mahathir and Najib in particular as their scandals are obvious. Such as the Memali incident, and Altantunya!!!!!. Murderous!

MIC with its Maika Holdings and MCA with its tycoon PKRZ . Liong Sik bluffed cabinet twice with his PKRZ vultures ofcourse Umno simply ‘overlooked’ with its interest as well. The are bunch of robbers , stealing the people’s money for greed and lust in a broad day-light robbery!.

The rights of the Kelantanese has been denied leaving them in poverty. Royalty of the people accumulated to RM2Billions and precisely it’s not RM20Million another bluff of Umno to the Malays in Kelantan . Yet TGNA truthworthy government manages to bring developments and fantastic progress of helping the people in its adovocating state policies to the people regardless of race , political ideology and religion.

When Pakatan becomes the Federal Government; ruling party , definitely Umno will be the Chief Opposition leaders as in Penang, Selangor, Kedah and Kelantan. Fake government in government such as Jabatan Pembangunan Persekutuan ( JPP) will be abolished for good. Royalty due to the people of Kelantan and Trengganu will be given to the rakyat. Bahasa Malaysia will takes it dignity in all schools and Universities. As the Koreans, Japanese, Russians, French, Dutch, Germans, Indonesian do to uphold their National Language as an identity of the nation.

RTM will be the rakyat media . Leaders of all parties will be granted an equal air time and freedom of speech such as an open discourse of the understanding of the Hudud Law( only meant to the muslims ; non – muslims opt for Civil Law) as an option to the people till it’s fully understood and supported by the people as this is the stand of Islam; no compulsion of the Hudud Law.

The government won’t have to spend RM Millions for unnecessary police bases during by elections . A peaceful assembly by the rakyat as granted by our constitition need not require water canons , FRU’s and what not to fear the people . We are not living in the Umno/BN ‘s primitive and Stone Age era.

ISA will be abolished as we’ve got all the necessary laws, too many infact to curb anti nationals and subversive groups. Such as Sedition Act , Police Act ;whereby one has the right to engage a lawyer .Offender must be proven guilty in an open court and not through a punshiment( ISA) without trial which is against the principles of Islam and humanity.

IGP, Chief Justice, Attorney General, Accountant General, SPRM, I.C. Department and Petronas will be taken under the parliament and the DYMM Yang Di Pertuan Agong ‘s jurisdiction.

All parliamentarians are parliamentarians for all Malaysians of all races because their status as the ‘party representatives automatically dropped the minute they sworn in as “ Wakil Rakyat” no more as “Wakil Parti) let it be from Pakatan or UBN. 13thGE is only to select which party to dominate Putrajaya , that’s all but in practice all are “Wakil Rakyat Malaysia”

not “Wakil PAS, Umno, DAP, PKR or MCA, MIC for that matter. Thus, there will be no more politikings because we work for the people and the nation as our allowances all are paid by the people’s money not from our party.

Remember, the House is known as “DEWAN RAKYAT” not as ‘Dewan Pakatan” or “ Dewan Barisan” . Let as be matured as westministers are as in England not portraying a childish and foolish attitude in the parliament .

The truth is the truth and falsehood is falsehood and it does not matter from where it derives from . In the parliament , in actuality , there is NO PAKATAN and NO BARISAN . It’s only “RAKYAT!!!! . That’s it .

So work hard and assure that the 13th GN belongs to the masses , to the people , from the people, by the people and for the people through a new people’s government. Vote for Pakatan Rakyat !.

When democracy persists in Pakatan rule , by His Grace, the Islamic System will be fully explained without Umno’s expoitations anymore because RTM will be the rakyat media no more of Umno! Issues like Hudud and Madinah Constitutions could be debated freely live on RTM ,

academically with the discpline of knowledge and freedom of speech for every body on anything of the nation and the people ‘s interests.
“ God Is The Greatest! Peace Be Upon You.

APABILA KUASA HILANG, OTAK MENTERI JADI MERENG?

16 Ramadhan 1431 H
Oleh: WFAUZDIN NS

JIKA anda mahu melihat seorang menteri yang bercakap guna `lutut', anda boleh baca temubual bersama menteri. Di dalam temubual tersebut, pemimpin Umno dari Selangor jelas menunjukkan kebodohan di tahap `gila babi' sekurang-kurangnya di dalam dua perkara yang dapat saya kesan dari temubual tersebut.

Pertama, apabila menteri tidak cedik itu bercakap mengapa Hudud tidak dilaksanakan di Kelantan sedangkan Enakmen hukum tersebut telah pun di luluskan di DUN Kelantan. Kerajaan Pusat tiada kuasa menghalang jika Kerajaan PAS Kelantan ingin laksanakan hukum hudud di Kelantan, katanya. JIKA anda mahu melihat seorang menteri yang bercakap guna `lutut', anda boleh baca temubual bersama menteri itu di sini.

Di dalam temubual tersebut, pemimpin Umno dari Selangor jelas menunjukkan kebodohan di tahap `gila babi' sekurang-kurangnya di dalam dua perkara yang dapat saya kesan dari temubual tersebut.

Pertama, apabila menteri tidak cedik itu bercakap mengapa Hudud tidak dilaksanakan di Kelantan sedangkan Enakmen hukum tersebut telah pun di luluskan di DUN Kelantan. Kerajaan Pusat tiada kuasa menghalang jika Kerajaan PAS Kelantan ingin laksanakan hukum hudud di Kelantan, katanya.

Anda lihat sendiri betapa bahalolnya menteri ini. Mungkin ketika Kerajaan PAS Kelantan menerima surat amaran dari Kerajaan Pusat di bawah Mahathir agar Kelantan tidak laksanakan hukum hudud, di waktu itu menteri ini masih di dalam perut bonda beliau lagi agaknya. Sebab itu beliau tidak tahu apa cerita di Kelantan waktu itu.

Kedua, menteri ini menyebut mengapa Islam tidak ditegakkan sepenuhnya di Selangor, bahkan banyak tempat perhudian dan kilang arak masih ada di Selangor. Kata menteri dungu ini lagi, PAS pernah menyebut kilang arak terbesar di Selangor ini akan ditutup sebelum ayam berkokok jika PAS memerintah.

Sekali lagi kebodohan terlampau dari menteri ini terserlah. Mengapa menteri ini tidak menyebut siapakah yang berkuasa mengeluarkan lesen kilang arak terbesar di Shah Alam itu? Kerajaan Negeri atau Kerajaan Pusat?

Siapakah yang memerintah Pusat sekarang? PAS atau Umno? Semenjak bila kilang arak ditubuhkan, semenjak bila kesemua rumah urut dan kedai arak serta pusat hiburan di Selangor itu wujud? Di zaman MB bawah Umno atau di bawah PR ? Bahkan, usaha Kerajaan Negeri di bawah PR sekarang yang sentiasa berusaha menentukan kesemua gejala tidak sihat di Selangor dapat dikurangkan wajar dipuji.

Tiada lagi kedai `7 E' di merata-rata tempat menjual arak seperti di zaman Umno memerintah Selangor. Semuanya dikawal dengan baik sekarang. Keberanian MB Selangor menjemput SPRM berada `sebelah' KKSB bagi mengawal pengurusan dari sebarang unsur rasuah tidak mampu dilakukan oleh MB dari Umno dahulu.

Akhir sekali, menteri ini perasan kununnya Selangor gementar bila diserang dari berbagai penjuru oleh `3 pencacai' iaitu Noh, Anak Toyo dan raja sesumpah. Sebenarnya apa yang mereka serang? Penjuru mana mereka serang? Apabila anak Toyo serang sebelah kiri, terkena batang hidung Noh Omar.

Apabila Ezam pula serang, kedua-dua batang idung Noh dan anak Toyo terkena. Begitu juga bila Noh Omar yang serang penjuru kanan, batang hidung anak Toyo juga yang kena. Penutupnya, raja sesumpah akan bersumpah. Begitulah hakikat yang berlaku sepanjang kempen mereka `Selamatkan Selangor'

Anda lihat sendiri betapa bahalolnya menteri ini. Mungkin ketika Kerajaan PAS Kelantan menerima surat amaran dari Kerajaan Pusat di bawah Mahathir agar Kelantan tidak laksanakan hukum hudud, di waktu itu menteri ini masih di dalam perut bonda beliau lagi agaknya. Sebab itu beliau tidak tahu apa cerita di Kelantan waktu itu.

Kedua, menteri ini menyebut mengapa Islam tidak ditegakkan sepenuhnya di Selangor, bahkan banyak tempat perhudian dan kilang arak masih ada di Selangor. Kata menteri dungu ini lagi, PAS pernah menyebut kilang arak terbesar di Selangor ini akan ditutup sebelum ayam berkokok jika PAS memerintah.

Sekali lagi kebodohan terlampau dari menteri ini terserlah. Mengapa menteri ini tidak menyebut siapakah yang berkuasa mengeluarkan lesen kilang arak terbesar di Shah Alam itu? Kerajaan Negeri atau Kerajaan Pusat?

Siapakah yang memerintah Pusat sekarang? PAS atau Umno? Semenjak bila kilang arak ditubuhkan, semenjak bila kesemua rumah urut dan kedai arak serta pusat hiburan di Selangor itu wujud? Di zaman MB bawah Umno atau di bawah PR ? Bahkan, usaha Kerajaan Negeri di bawah PR sekarang yang sentiasa berusaha menentukan kesemua gejala tidak sihat di Selangor dapat dikurangkan wajar dipuji.

Tiada lagi kedai `7 E' di merata-rata tempat menjual arak seperti di zaman Umno memerintah Selangor. Semuanya dikawal dengan baik sekarang. Keberanian MB Selangor menjemput SPRM berada `sebelah' KKSB bagi mengawal pengurusan dari sebarang unsur rasuah tidak mampu dilakukan oleh MB dari Umno dahulu.

Akhir sekali, menteri ini perasan kununnya Selangor gementar bila diserang dari berbagai penjuru oleh `3 pencacai' iaitu Noh, Anak Toyo dan raja sesumpah. Sebenarnya apa yang mereka serang? Penjuru mana mereka serang? Apabila anak Toyo serang sebelah kiri, terkena batang hidung Noh Omar.

Apabila Ezam pula serang, kedua-dua batang idung Noh dan anak Toyo terkena. Begitu juga bila Noh Omar yang serang penjuru kanan, batang hidung anak Toyo juga yang kena. Penutupnya, raja sesumpah akan bersumpah. Begitulah hakikat yang berlaku sepanjang kempen mereka `Selamatkan Selangor'.

Wan Huo Zi Fen

16 Ramadhan 1431 H

Bermain dengan Api Kelak Terbakar Diri

Asal Usul:

Pada zaman Chunqiu atau Musim Bunga dan Gugur (tahun 770- 476 Sebelum Masihi), putera negeri Wei, Zhou Yu telah membunuh abangnya, iaitu Maharaja Weihuangong, dan merampas kuasa pemerintahan negeri tersebut.

Zhou Yu ialah seorang pemerintah yang sangat zalim sehingga sanggup menindas rakyatnya dengan sewenang-wenangnya. Di samping itu, baginda juga tidak pernah menghentikan percubaannya untuk menjalinkan hubungan bersekutu dengan negeri Song, negeri Chen dan negeri Cai untuk menyerang negeri-negeri yang lain.

Baginda benar-benar mahu menggunakan peperangan untuk mengalihkan perhatian rakyat jelata, agar mengurangkan rasa tidak puas hati mereka terhadap pemerintahannya.

Setelah mendapat tahu Zhou Yu telah merampas kuasa negeri Wei, dan berniat untuk menaklukkan negeri-negeri yang lain, maharaja negeri Lu bertanya kepada seorang pegawai kanannya dengan serius,

"Pada pandangan kamu, dapatkah niat jahat Zhou Yu itu tercapai?"

Pegawai itu menjawab,

"Zhou Yu asyik berperang sahaja. Ini telah membawa banyak kesengsaraan kepada rakyatnya. Baginda pasti akan kehilangan sokongan daripada mereka. Malahan, fikiran baginda sentiasa berubah. Jadi, baginda mustahil mempunyai sahabat rapat yang sanggup membantunya. Tambahan pula, perang itu seperti api. Sesiapa sahaja yang tidak habis-habis berperang tanpa batas, akhirnya dia pasti akan terbakar juga."

Seperti yang dijangka, dalam masa tidak sampai setahun, rakyat negeri Wei telah berjaya menggulingkan Zhou Yu, dan membunuhnya dengan bantuan negeri Chen.

Catatan Keterangan:

Peribahasa "Wan Huo Zi Fen" atau "Bermain dengan Api Kelak Terbakar Diri" ini membawa erti yang sama dengan peribahasa "Bermain dengan Pisau Kelak Terluka Tangan", iaitu siapa sahaja yang melakukan perbuatan jahat, pasti akan merugikan dirinya sendiri akhirnya.

Gadis Rusia Dengan Pengelihatan X-Ray!!!

16 Ramadhan 1431 H
Oleh: KALIMAJARO I

MOSKOW - Penampilannya biasa saja. Namun, Natasha Demkina menyimpan kemampuan yang membuat banyak orang takjub. Remaja Rusia kelahiran 1987 itu dijuluki gadis dengan mata sinar-X‘ (X-ray girl).

Mata Natasha memang istimewa. Tanpa bantuan alat apapun alias dengan mata telanjang, dia mampu melihat organ dalam tubuh manusia. Jadi, sorot matanya seperti alat rontgen yang mampu melihat jerohan tubuh manusia.

“Saya punya dua jenis penglihatan yang dapat diubah tanpa sebab. Kalau ingin melihat kondisi kesehatan seseorang, saya tinggal memikirkannya,” kata gadis kelahiran kota Saransk, Rusia itu.

“Saya bisa melihat keseluruhan struktur tubuh manusia. Letak organ-organ tubuhnya serta kondisinya,” jelas Natasha. “Saya tak dapat menjelaskan mengapa saya punya kemampuan seperti ini, dan dapat mengenali penyakit.

Ini bawaan lahir. Yang jelas, organ tubuh yang tidak berfungsi baik menimbulkan radiasi tertentu.”

Sayangnya mata bak alat rontgen itu hanya mampu berfungsi pada siang hari. Pada malam hari, kemampuan rontgen-nya hilang, dan dia melihat seperti orang-orang lain.

Menurut sejumlah media, diagnosa terhadap suatu penyakit mata Natasha seringkali bahkan lebih tepat dibandingkan yang dibuat dokter. Meskipun dokter-dokter itu menggunakan peralatan medis terbaru.

Keistimewaan bawaan itu ketahuan saat Natasha berusia 10 tahun. Mulanya dia mengatakan pada orangtuanya bahwa dia tiba-tiba boleh melihat organ dalam tubuh teman-teman dan kerabatnya.

Karena masih kecil, kala itu Natasha tidak mengenal istilah medis atau nama-nama organ dalam tubuh sehingga ginjal disebutnya kacang dan usus besar disebutnya selang.

Tatyana, ibunya, ketakutan lalu memeriksakannya ke dokter. Tapi, bocah itu justru ‘memeriksa’ organ dalam si dokter. Dia menggambarkan struktur tubuh si dokter. “Waktu itu dokter tidak tidak berkata apa-apa,” kenang sang ibu.

Dalam usia kanak-kanak itu, Natasha juga mampu mengesan bakteri atau virus yang berada dalam berbagai organisme. Namun matanya tidak boleh dipaksa bekerja dalam waktu lama karena setelah itu dia boleh sakit kepala berkepanjangan.

Ibunya berusaha menyembunyikan keistimewaan Natasha. Namun kabar daya luarbiasa Natasha menyebar dari mulut ke mulut. Makin banyak yang mengetahui kemampuan dia setelah sebuah stesen television meliput Natasha. Sejak itu rumahnya menjadi rujukan orang-orang sakit.

Pada Januari 2004, sebuah media Inggris mengundangnya ke London. Di ibukota Inggris itu Natasha yang didampingi ibunya unjuk kemampuan.

Briony Warden, reporter tabloid The Sun, sempat menjadi pasien Natasha. Warden baru saja mengalami kecelakaan mobil. Natasha dengan tepat menggambarkan luka dalam dan bagian tubuh Warden yang retak.

Briony Warden menggambarkan bagaimana keadaan Natasha saat melihat isi tubuhnya. “Biji matanya membesar. Dia seperti sedang kesurupan,” kenang Warden.

Gambaran Natasha tentang Warden boleh dibilang 90 persen tepat. Misalnya dia menyebut ada benda asing pada rahangnya. Wartawan itu kemudian menyatakan bahwa pada rahangnya dipasang titanium untuk menyokong tulang-tulangnya yang retak akibat kecelakaan.

“Yang paling mengagumkan adalah saat dia menemukan kerusakan pada kaki kiri saya,” ujar Warden. “Sebenarnya tulang kering saya patah. Ternyata dia menemukan dua retakan terpisah dan bilang saya punya kesulitan menekuk lutut.”

Menurut Warden yang saat diterawang mengenakan baju tebal, Demkina bisa melihat bekas plat-plat serta sekrup untuk menyambung tulangnya yang patah. “Padahal baru beberapa jam sebelumnya pengangkatan itu dilakukan.”

Sampai usianya mencapai 21 tahun saat ini, Natasha tetap membantu banyak orang untuk mengesan penyakit di organ dalam mereka. Ia bercita-cita jadi dokter.Kini dia mahasiswa di Moskow, Rusia. Kemampuannya mendapat pengakuan dari Yoshio Machi, profesor medis di Universitas Tokyo, Jepun.

Falsafah BABI Vs Falsafah LEBAH

16 Ramadhan 1431 H
Oleh: nina mazrina

Falsafah babi

Kita jangan jadi macam babi! Sebab babi apabila pergi ke sesebuah taman, walaupun di sana ada bunga mekar nan indah, buah-buahan yang enak-enak dan makanan yang baik-baik, tapi babi akan sentiasa tetap mencari najis dan kotoran.

Pengajaran : Jangan kita jadi macam babi, yang sentiasa asyik mencari kekotoran dan najis saja. Justeru, kita janganlah suka mencari keburukan dan bercakap tentang keburukan saudara-saudara kita saja.

Sebaliknya, fahami dan praktikkan falsafah ini.

Falsafah lebah

Kita kena jadi macam lebah! Sebab lebah apabila mencari manisan dia akan pergi ke setiap bunga, samaada bunga itu wangi atau busuk, tapi dia tetap akan mengambil manisan daripada bunga tersebut. Dan akhirnya manisan dapat dikumpul di dalam sarangnya, dan terjadilah apa yang dinamakan MADU (ubat bagi segala penyakit) yang memberikan manfaat kepada makhluk lain.

Pengajaran : Jadilah kita seperti lebah. Kita harus mencari kebaikan setiap saudara kita supaya kebaikan akan terkumpul dalam diri kita.

Saya dapati kita sekarang ni suka sangat SUUZZON (sangka buruk) dengan orang lain.

Sepatutnya kita semua ni kena ikut falsafah atau resmi lebah. Sentiasa mencari manisan hatta pada bunga yang busuk. Mencari manisan bukan untuk dirinya sahaja, tetapi memberi manfaat juga kepada makhluk-makhluk yang lain.

Saya sarankan agar kita semua menilai kembali semua tingkah laku, percakapan dan perangai kita dengan lebih rasional. Kalau ada kawan-kawan atau orang yang kita tidak suka pun, jangalah kita hanya pandang keburukan dan kelemahan mereka saja.

Jangan sekali-kali memaki hamun atau merendah-rendahkan orang lain.

Cubalah lihat yang positif berbanding yang negatifnya. Kita semua adalah manusia biasa.

Ada banyak kelemahan dan dosa. Yang penting, kita kena manfaatkan yang positif, buangkan yang buruk, walaupun orang tu adalah musuh kita.

Semoga saya dan sahabat-sahabat semua dapat ambil iktibar dan amal 2 falsafah yang saya kongsikan ini, insyaAllah.

Sahur

16 Ramadhan 1431 H
Oleh: Jarjani Usman

“Sahur adalah makan yang penuh berkah, jangan kalian sekali kali meninggalkannya walaupun di antara kalian cuma meneguk seteguk air, sesungguhnya Allah dan para Malaikat-Nya bersalawat kepada orang orang yang sedang bersahur” (HR. An Nasai dan Ahmad).

BANGUN sahur, bagi sebahagian orang, terasa sangat berat. Mata terasa amat kantuk dan tubuh terasa begitu lemas, apalagi bila terlambat tidur. Namun, kalau difahami manfaatnya dan benar-benar diniatkan untuk semata-mata mencari keridhaan Allah, bangun untuk makan sahur sebagai persiapan berpuasa akan terasa ringan, apalagi banyak manfaatnya.

Lagipula, makan sahur bukan hanya penting bagi keberlangsungan kesehatan tubuh, sebagaimana dikatakan para ahli kesehatan, tetapi juga mengandung berkah atau kebaikan yang tetap. Yang juga penting adalah Allah dan para malaikat bersalawat. Doa malaikat tentunya penting sekali.

Apalagi doa sebahagian orang bisa terhalang karena kesalahan sendiri, seperti gemar makan makanan haram, tergesa-gesa dan tidak serius dalam berdoa.

Doa dari para malaikat tentunya sangat penting bagi kebaikan kita manusia. Sebagaimana diketahui, malaikat adalah makhluk yang paling suci dari segala dosa dan paling taat terhadap segala perintah Allah.

Tidak membantah sedikitpun bila diperintah, sehingga doa mereka akan mudah dikabulkan Allah. Karena itu, beruntunglah bagi siapa saja di antara manusia yang berhasil memperoleh doa dari para malaikat, seperti dalam bulan suci Ramadhan.

Belanja

16 Ramadhan 1431 H
Oleh: Jarjani Usman

“Ingatlah, bahwa di dalam tubuh itu ada sebongkah daging jika ia baik maka baik pula seluruh tubuh itu, jika dia rusak maka rusaklah seluruh tubuh, ingatlah, dia itu adalah hati” (HR. Bukhari dan Muslim)

Tiga wilayah utama sering menjadi perhatian penting di tubuh manusia, yaitu otak, hati, dan perut.

Menurut para ulama, ketiga hal tersebut perlu mendapat perhatian serius, kalau seseorang ingin berhasil dalam hidup ini.

Perlu pendidikan untuk otak agar pandai berpikir; perlu siraman rohani untuk hati agar pandai menimbang; dan pengendalian yang baik untuk perut agar nafsu tidak merajalela. Namun anehnya, kebanyakan manusia lebih banyak memberi perhatian kepada perut dan otak, dan jarang ke hati.

Manusia pontang-panting bekerja siang dan malam, yang hasilnya dibelanjakan untuk memenuhi kebutuhan perut, seperti untuk makan dan kebutuhan-kebutuhan nafsu lainnya.

Cukup banyak juga uang dibelanjakan untuk memenuhi kebutuhan otak, seperti untuk menempuh pendidikan dan pelatihan bertahun-tahun. Namun khusus untuk kebutuhan hati sendiri, tidak banyak yang peduli.

Akibat ketimpangan pembelanjaan ini, menurut para ulama, hati sebahagian manusia menjadi tidak cerdas, meskipun cerdas pikirannya.

Akibatnya, hati menjadi tempat bersemayamnya penyakit seperti tamak, rakus, dan sejenisnya.

Dalam keadaan sakit, hati menjadi gagal memberi pertimbangan yang baik terhadap dampak buruknya terhadap orang lain ketika seseorang yang meskipun sudah meraih pendidikan tinggi dengan gelar yang tak sedikit, begitu bernafsu melakukan perbuatan tercela.

Karena itu, tak sepatutnya kita mengabaikan belanja untuk hati. Lebih-lebih hati, menurut Rasulullah, adalah pusat yang memberi pengaruh besar terhadap seluruh perilaku otak dan perut.

DOSA-DOSA YANG DIANGGAP BIASA : MINUM ARAK MESKI HANYA SETETES

16 Ramadhan 1431 H
Oleh: Syaikh Muhammad bin Shalih al-Munajjid

Allah berfirman, “Sesungguhnya (meminum) arak, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syetan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.” (Al- Ma’idah: 90)

Perintah untuk menjauhi adalah salah satu dalil paling kuat tentang haramnya sesuatu. Di samping itu, pengharaman arak sebagaimana disebutkan ayat di atas disejajarkan dengan pengharaman berhala-berhala, yakni tuhan orang-orang kafir dan patung-patung mereka.

Karena itu tak ada lagi alasan bagi orang yang mengatakan, ayat Al Quran tidak mengatakan meminum arak itu haram, tetapi hanya mengatakan, jauhilah!!

Dalam sunnahnya, Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam mengabarkan tentang ancaman bagi peminum arak, sebagaimana yang diriwayatkan Jabir dalam sebuah hadits marfu’,

إِنَّ عَلَى اللهِ عَزَّ وَجَلَّ عَهْدًا لِمَنْ يَشْرَبُ الْمُسْكِرَ أَنْ يَسْقِيَهُ مِنْ طِيْنَةِ الْخَبَالِ، قَالُوْا: يَا رَسُوْلَ اللهِ وَمَا طِيْنَةُ الْخَبَالِ؟، قَالَ: عَرَقُ أَهْلِ النَّارِ أَوْ عُصَارَةُ أَهْلِ النَّارِ.

“Sesungguhnya Allah Ta’ala memiliki janji untuk orang yang meminum minuman keras, akan memberinya minum dari thinatul khabal” “Mereka bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah thinatul khabal itu?”Beliau menjawab, “Cairan kotor (yang keluar dari tubuh) penghuni neraka.”( HR. Muslim, 3/1587.)

Dalam hadits marfu’ Ibnu Abbas meriwayatkan,

مَنْ مَاتَ مُدْمِنُ خَمْرٍ لَقِيَ اللهَ وَهُوَ كَعَابِدِ وَثَنٍ.

“Barangsiapa meninggal sebagai peminum arak, ia akan bertemu dengan Allah dalam keadaan seperti penyembah berhala.”( HR. Ath-Thabrani, 12/45; Shahihul Jami’, 6525.)

Saat ini, jenis minuman keras dan arak sangat beragam. Nama-namanya juga sangat banyak, baik dengan nama lokal maupun asing. Di antaranya: Bir, wiski, alkohol, vodka, sampanye, arak dan sebagainya.

Di zaman ini pula, telah muncul golongan manusia sebagaimana disebutkan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dalam sabdanya,

لَيَشْرَبَنَّ نَاسٌ مِنْ أُمَّتِي الْخَمْرَ يُسَمُّوْنَهَا بِغَيْرِ اسْمِهَا.

“Sungguh akan ada golongan dari umatku yang meminum arak, (tetapi) mereka menamakannya dengan nama yang lain.”( HR. Imam Ahmad, 5/342, Shahihul Jami’, 5453.)

Mereka tidak menamakannya arak, tetapi menamakannya dengan minuman rohani, untuk menipu dan memperdaya orang. “Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya menipu dirinya sendiri, sedang mereka tidak sadar.” (Al-Baqarah: 9).

Syariat Islam telah memberikan definisi agung tentang khamar (minuman keras), sehingga membuat jelas masalah dan memotong tipu daya, fitnah dan permainan orang-orang yang tidak takut kepada Allah. Definisi itu adalah sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam,

كُلُّ مُسْكِرٍ خَمْرٌ وَكُلُّ مُسْكِرٍ حَرَامٌ.

“Setiap yang memabukkan adalah khamar dan setiap yang memabukkan adalah haram.”( Hadits riwayat Muslim, 3/1587.)

Jadi, setiap yang merusak akal dan memabukkan hukumnya adalah haram, sedikit atau banyak.( Hadits yang mengatakan, “Semua yang banyak jika memabukkan, maka sedikitpun diharamkan,” telah diriwayatkan oleh Abu Dawud dengan nomor 3681, tertera dalam Shahih beliau dengan no. 3128.)

Juga meskipun namanya berbeda-beda, sebab pada hakikatnya minumannya tetap satu dan hukumnya telah diketahui oleh kalangan umum.

Yang terakhir dan ini merupakan wejangan dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam kepada para peminum khamar, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,

مَنْ شَرِبَ الْخَمْرَ وَسَكَرَ لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلاَةُ أَرْبَعِيْنَ صَبَاحًا، وَإِنْ مَاتَ دَخَلَ النَّارَ، فَإِنْ تَابَ تَابَ اللهُ عَلَيْهِ، وَإِنْ عَادَ فَشَرِبَ فَسَكَرَ، لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلاَةُ أَرْبَعِيْنَ صَبَاحًا، فَإِنْ مَاتَ دَخَلَ النَّارَ، فَإِنْ تَابَ تَابَ اللهُ عَلَيْهِ، وَإِنْ عَادَ فَشَرِبَ فَسَكَرَ، لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلاَةُ أَرْبَعِيْنَ صَبَاحًا، فَإِنْ مَاتَ دَخَلَ النَّارَ، فَإِنْ تَابَ تَابَ اللهُ عَلَيْهِ، وَإِنْ عَادَ كَانَ حَقًّا عَلَى اللهِ أَنْ يَسْقِيَهُ مِنْ رَدْغَةِ الْخَبَالِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، قَالُوْا: يَا رَسُوْلَ اللهِ وَمَا رَدْغَةُ الْخَبَالِ؟، قَالَ: عُصَارَةُ أَهْلِ النَّارِ.

“Barangsiapa minum khamar dan mabuk, maka shalatnya tidak diterima selama empat puluh pagi dan jika ia meninggal maka ia masuk Neraka, (tetapi) manakala ia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya.

Dan jika kembali lagi minum dan mabuk, maka shalatnya tidak diterima selama empat puluh pagi, jika meninggal maka ia masuk Neraka, (tetapi) manakala ia bertaubat, Allah menerima taubatnya.

Dan jika kembali lagi minum dan mabuk, maka shalatnya tidak diterima selama empat puluh pagi, jika meninggal maka ia masuk neraka, (tetapi) manakala ia berbuat, Allah menerima taubatnya.

Dan jika (masih) kembali lagi (minum khamar), maka adalah hak Allah memberinya minum dari radghatul khabal pada hari Kiamat.” Mereka bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah radghatul khabal itu?” Beliau menjawab, “Cairan kotor (yang keluar dari tubuh) penghuni Neraka.”( HR.Ibnu Majah, 3377; Shahihul Jami’, 6313.)

Jika gambaran keadaan peminum minuman keras adalah sebagaimana kita ketahui di muka, maka bagaimana pula dengan gambaran keadaan orang-orang yang melakukan sesuatu yang lebih keras dan lebih berbahaya dari itu, yakni sebagai pecandu narkotika dan sebagainya?