22 August 2010

Puasa Yang Cacat

12 Ramadhan 1431H.
Oleh : md zainal mzd

“ Wahai orang-orang yang beriman, difardukan kamu berpuasa sepertimana orang-orang terdahulu dari kamu mudah-mudahan kamu bertaqwa” Firman ALLAH swt..

“ Demi waktu Asar, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.melainkan orang-orang yang beriman yang beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran” Firman ALLAH swt..

Hari ini sudah masuk hari yang kesepuluh kita mengerjakan ibadat puasa dan esok kita akan masuk ke peringkat kedua Ramadhan iaitu bahagian keampunan ALLAH swt. Renungkanlah diri kita apakah sepuluh yang pertama ini benar-benar memberi kita rahmat dan kesedaran kepada kita untuk mengabdikan diri kita kepadaNya.

Dalam ibadat berpuasa banyak pantang larang atau sempadan kelakuan kita yang perlu kita patuhi bukan sekadar tidak makan dan tidak minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa sahaja. Dengan menjaga pantang larang ini mudah-mudahan ibadat puasa kita tidak akan cacat atau sia-sia..

Di rumah kita, apakah kita menjaga mata, telinga dan anggota badan kita daripada yang tidak sepatutnya. Untuk memenuhi masa yang lapang adakah kita mengelakkan diri dari melihat skrin tv yang banyak menayangkan gambar-gambar yang tidak sepatutnya. Tv bukan tidak baik tetapi pilihlah rancangan-rancangan yang sesuai samaada untuk kita ataupun nasihatkanlah anak-anak kita jika ada bersama. Memang menjadi dasar perniagaan semua rancangan TV akan berlumba-lumba untuk menayangkan rancangan yang diminati tetapi bukan semuanya sesuai, jadi terserahlah kepada kita untuk memilihnya.

Selain dari tv, banyak juga media lain yang perlu kita kawal penggunaannya seperti alat pemain video, komputer dan tidak terkecuali telefon bimbit bergambar yang kita gunakan. Kecanggihan alat-alat komunikasi ini amat membimbangkan pembentukan akhlak umat Islam generasi masa kini dan seterusnya masa hadapan.

Apakah kita menjaga mulut kita dari mengeluarkan kata-kata atau perbualan yang sia-sia apatah lagi kalau kita mencaci,.mengumpat dan menceritakan keburukan orang lain. Lebih malang lagi apabila banyak bercakap kita boleh terlanjur untuk berkata atau melakukan sesuatu yang bertentangan dengan suruhan atau hukum yang ditetapkan ALLAH swt.

Bukan sahaja kita tidak membaca Al Quran, mentelaaah Hadith Rasulullah atau kitab-kitab agama tetapi kita pula banyak membaca bahan-bahan bacaan yang bertentangan dengan keperluan ibadat berpuasa kita.

Sepanjang masa kita berada di luar rumah untuk bekerja atau mendapatkan keperluan seharian elakkan melakukan perkara-perkara yang akan mengurangkan keberkatan puasa.. Janganlah kita bercampur-gaul dengan orang yang tidak perlu. Elakkan pergi ke tempat-tempat yang tidak sesuai yang boleh menambahkan dosa kepada mata kita. Sesama rakan, jangan bertutur kata-kata yang tidak baik atau sebagainya.

Apabila melakukan kerja, patuhi sepenuhnya masa bekerja dan buatlah secara ikhlas dengan sepenuh hati supaya rezeki yang kita dapat adalah diberkati ALLAH.

Pasar Ramadhan memudahkan kita untuk mendapatkan makanan atau keperluan tetapi hati-hatilah berbelanja jangan sampai membazir, dapatkan sekadar keperluan kita sahaja. Syaitan telah ditambat tetapi godaan nafsu akan menjadi lebih kuat untuk mempengaruhi kita. Bawa wang sekadar cukup untuk keperluan yang dicatatkan supaya dengan ini kita boleh mengawal perbelanjaan kita.

Kesalahan pada mata di Pasar Ramadhan cukup banyak kerana bukan sahaja orang Islam datang berbelanja malahan orang bukan Islam juga menjadikan pesta setahun sekali ini sebagai tempat tumpuan mereka mendapatkan makanan yang tidak ada pada masa yang lain. Pakaian sebahagian orang Islam pun banyak yang tidak sesuai apatah lagi pakaian mereka yang bukan Islam.

Oleh itu bersegeralah pulang ke rumah setelah selesai menjalankan tugas atau setelah mendapat segala keperluan. Berada lama di jalanan akan membuka ruang-ruang kepada melakukan banyak kesalahan dan perkara-perkara yang boleh mencacatkan puasa tanpa kita sedari.

Semoga catatan pendek ini dapat membantu kita semua serta keluarga memperbaiki diri dan menghayati Ramadhan dengan lebih sempurna.

Laporan polis mengenai penyalahgunaan wang Felcra Berhad

Razman (berkopiah) dan Azni selepas membuat laporan di Balai Polis Lenggong.
12 Ramadhan 1431H..
Oleh Mohd Syamil Azhar.

LENGGONG: Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Perak membuat laporan polis mengenai penyalahgunaan wang Felcra Berhad apabila syarikat kerajaan itu menganjurkan dua program sebagai menyangkal dakwaan pihak berkenaan mengatakan tidak ada penyelewengan yang berlaku.

Setiausanya, Azni Mohamed Zamri, berkata laporan dibuat bersama Ketua lajnah yang juga Yang DiPertua PAS Lenggong, Haji Razman Zakaria di Balai Polis Lenggong jam 1.08petang 19 Ogos lalu.

Katanya, laporan polis dibuat mengenai penganjuran Tilawah al-Quran Warga Felcra Peringkat Kebangsaan di Pasir Salak pada 30 dan 31 Julai lalu dan Jamuan Rakyat Warga Felcra pada 9 Ogos juga di Pasir Salak.

"Lajnah buat repot polis bagi membuktikan sebahagian daripada banyak penyelewengan yang berlaku dalam pengurusan Felcra sebagai menyangkal dakwaan pihak berkenaan mengatakan tidak ada penyelewengan.

"Selepas repot terhadap dua perkara ini dibuat kita minta siasatan dijalankan segera untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Azni berkata, PAS mempersoalkan beberapa perkara mengenai dua program itu yang menelan belanja besar:

1. Berapa banyakkah peruntukan yang digunakan untuk kedua-dua program itu?
2. Peruntukannya diperolehi dari sumber mana?
3. Bagaimana pemilihan peserta untuk program itu dibuat?
4. Peruntukan dari sumber mana dibayar kepada setiap peserta (yang hadir ke program jamuan rakyat) sebanyak RM20 itu?

Katanya, untuk program jamuan rakyat difahamkan hanya peserta-peserta tertentu saja yang dipilih untuk hadir dan mereka dibawa dari seluruh negeri dengan bas dan dihantar dengan bas sama.

KARPAL SINGH HINA ISLAM ATAU UMNO ?

12 Ramahdhan 1431H.
Oleh: WFAUZDIN NS


KARPAL Singh sekali lagi tidak bersetuju dengan pandangan Tuan Guru Nik Aziz yang menyebut bahawa hukum hudud boleh mengatasi masalah zina dan membuang bayi. Kenyataan Karpal Singh itu tidak memeranjatkan bahkan tidak memberi kesan langsung ke atas kemuliaan hukum Islam kerana Islam wajib ditegakkan oleh umat-umat Islam sendiri bukannya berpandukan kepada penganut ugama lain.

Seandainya Karpal Singh seorang Muslim, sudah tentu kenyataannya itu boleh merosakkan akidah sepertimana terdapat beberapa pemimpin Melayu berugama Islam yang sejak dari dulu tidak bersetuju hudud dilaksanakan. Karpal berhujah dengan berpandukan Perlembagaan sekarang yang diasaskan oleh Lord Reid dan tentunya hujah Karpal Singh itu ada benarnya selagi Perlembagaan tidak berubah. Justeru itu, menjadi tanggungjawab kita sebagai umat Islam samada dari PAS mahu pun Umno dan kesemuanya untuk memilih parti yang boleh menegakkan Islam di negara ini dengan mengubah Perlembagaan yang berasaskan sekular kepada Perlembagaan berasaskan Al-Quran dan Hadith.

Dalam aspek ini, parti manakah yang boleh diharap untuk berbuat demikian? Umno sudah semestinya tidak mampu melakukannya kerana sudah 50 tahun Umno berkuasa, Perlembagaan masih lagi tidak berubah bahkan tidak pernah diusulkan di dalam Parlimen untuk mengubahnya. Sekiranya Perlembagaan berubah kepada yang berasaskan Al-Quran dan Hadith, mungkin suara Karpal Singh tidak seperti sekarang. Ini adalah kerana beliau menentang hudud bukan kerana hukum hudud itu tidak praktikal tetapi adalah kerana perlaksanaannya tidak boleh dilakukan mengikut Perlembagaan yang sedia ada sekarang.

Karpal Singh hanya tidak bersetuju dengan pandangan Tuan Guru Nik Aziz dan beliau tidak boleh dianggap menghina Islam. Mereka yang menghina Islam itu adalah mereka yang berugama Islam dan mempunyai kuasa eksekutif tetapi tidak berbuat demikian. Siapakah yang sedang berkuasa penuh sekarang? Mereka ini berkuasa kerana ada yang menyokongnya dan yang menyokong puak-puak ini mempunyai saham besar di dalam menggagalkan perlaksanaan hukum Islam di negara ini.

Tidak pelik jika Umno akan menggunakan kenyataan Karpal Singh ini untuk menunjukkan betapa PAS tidak boleh berbaik dengan DAP. Apakah jika PAS berbaik dengan Umno maka ada jaminan Islam akan ditegakkan secara syumul di negara ini? Jawapannya sudah pasti tidak, kerana Islam bukanlah cita-cita Umno sejak `azali' lagi. /wfauzdin.blogspot.com
12 Ramadhan 1431H.
Oleh Mohd Syamil Azhar.

LENGGONG: Penerima rumah PPRT Felcra kesal apabila rumahnya yang mula dibina November 2009 dan siap kira-kira empat bulan lalu masih belum dapat diduduki, malah masih tidak boleh dipasang meter bekalan elektrik.

Nor Aisan Norman, 42, yang tinggal di Kampung Chain dekat sini, lebih kesal kerana rumah yang dibina itu tidak mengikut spesikasi yang ditetapkan menyebabkan berlaku beberapa kerosakan.
Katanya, antara kerosakannya ialah berlaku keretakan dinding di beberapa bahagian dan kebocoran di bahagian atap dalam tandas selain beberapa keretakan di bahagian luar.