07 August 2010

YB Hamidah cabul undang-undang

25 Syaaban 1431 H

Dppk Batu Gajah merasa sangat kecewa dengan sikap Exco Kanan Kerajaan Haram Barisan Nasional Negeri Perak iaitu YB Dato Hamidah kerana telah menggunakan kuasa yang beliau ada dengan membelakangkan undang-undang negara dengan tidak membuat permohonan permit secara rasmi kepada pihak Polis Daerah Batu Gajah untuk kononnya ingin mengadakan jamuan doa selamat dan tahlil tetapi telah bertukar menjadi ceramah haram dengan menggunakan pembesar suara bagi mengganggu program ceramah Pas dan Pakatan Rakyat yang telah diadakan bersebelah dalam jarak 20 meter dari tempat khemah beliau mengadakan kenduri tahlil tersebut.

Sikap dan kelakuan YB Hamidah dalam isu ini benar-benar tidak menunjukkan beliau adalah saorang yang professional dan berwibawa sebagai wakil rakyat kerana secara jelas telah membelakangkan undang-undang dengan tidak membuat permohonan terlebih dahulu bagi mendapatkan permit dari pihak Polis Batu Gajah untuk berceramah atau mengadakan perjumpaan dan secara sengaja menggunakan pembesar suara walaupun telah dilarang dan diberi amaran oleh pihak pegawai polis dari Balai Polis Batu Gajah pada malam tersebut.

Dppk Batu Gajah melihat YB Hamidah dengan berniat jahat cuba menganggu perjalanan program ceramah Pas dan Pakatan Rakyat pada malam itu yang telah dihadiri oleh Ir Radzi Zainon, YB Chan Ling Kah dan YB Dr Hatta Ramli dengan menguatkan pembesar suara ketika bacaan tahlil dibaca dengan tujuan untuk menenggelamkan suara penceramah dari Pakatan Rakyat.

Sikap kebudak-budakan dan tidak professional YB Hamidah telah membuatkan rata-rata masyarakat yang hadir pada malam tersebut secara tidak langsung mengenal tingkah laku dan perangai buruk Adun Sungai Rapat dan mereka secara terbuka menyelar dan kecewa dengan sikapnya.

Ironinya selepas ditegur secara keras oleh YB Dr Hatta (gambar)dengan meminta pihak Polis mengambil tindakan sebelum sesuatu perkara buruk berlaku barulah pembesar suara tersebut dimatikan pada jam 11.10malam.

Pihak Pas Kawasan Batu Gajah ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Polis Batu Gajah kerana secara professional telah berjaya menjaga keamanan dan kelancaran majlis pada malam itu walaupun terdapat beberapa gangguan sehingga keakhir program yang tamat pada jam 12.00 tengah malam.

Dppk Batu Gajah melihat pihak UMNO BN negeri Perak kini terasa bahang kehilangan sokongan dan mandat dari rakyat seluruh negeri Perak sehingga terpaksa melakukan pencabulan walau ianya menyalahi undang-undang negeri dan negara.

Kerajaan UMNO BN Negeri Perak secara bacul tidak menggambarkan sebuah kerajaan yang dinamik, berwawasan dan mampu menjaga kebajikan rakyat dan sedang secara mereka tidak sedar dalam proses menemui zaman kehancuran dan kemusnahan

Dppk Batu Gajah melihat walau kerajaan UMNO BN mempunyai pelbagai kaedah untuk menyampaikan maklumat melalui saluran telivisyen dan radio kerajaan dan swasta serta akhbar-akhbar arus perdana yang dikeluarkan pada setiap hari tetapi masih lagi gagal menyakinkan seluruh rakyat khususnya penduduk negeri Perak yang mereka adalah sebuah kerajaan yang sah dan mampu untuk membawa kemakmuran dan kesejahteraan kepada seluruh rakyat.

Adalah malang kepada seluruh rakyat negeri Perak sekiranya kerajaan Umno BN yang ada sekarang masih lagi diberi peluang untuk memerintah negeri Perak dimasa akan datang. Jesteru Dppk Batu Gajah menyeru seluruh rakyat negeri Perak untuk bangkit bagi mengubah nasib mereka dengan menolak dan tidak memberikan walau satu undi pun kepada UMNO BN pada pilihanraya yang ke 13 nanti. Takbir.

Strategi siasah syariah

25 Syaaban 1431 H
Oleh: Subky Latif

SAYA mahu membentulkan kesilapan kecil Tan Sri Abdullah Ahmad Kok Lanas dalam rencana tetapnya di sebuah harian.

Tulisnya, Dato Onn menang dalam satu pihan raya kecil Parlimen di Terengganu. Dan itulah kemenangan pertamanya dan kemenangan terakhirnya.

Sebenarnya yang dimenanginya itu bukan pilihan raya kecil tetapi pilihan raya umum 1959. Dia mengalahkan calon Perikatan, Ungku Mohsin Abdul Kadir dalam perlawanan satu sama satu.

Dato Onn pernah menyertai pilihan raya Parlimen tiga kali. Yang pertama dalam pilihan raya pertama tahun 1955 di negerinya iaitu di Johor . Walau pun dia pemimpin Melayu yang terkemuka bukan saja di negerinya tetapi di seluruh Tanah Melayu, tetapi dia kalah di sarangnya sendiri. Tidak seorang pun calon Parti Negara yang dipimpinnya menang.

Kemudian adalah satu pilihan raya kecil jika tidak silap di Batu Pahat. Jika saya silap DKL (Dolah Kok Lanas) pula boleh betulkan saya. Batu Pahat adalah kubunya satu masa kerana dia pernah jadi Pegawai Daerah di situ. Dia juga kalah di situ.

Dalam Pilihan Raya Umum 1957, pilihan raya Parliman dan Negeri tidak serentak. Pilihan raya Parlimen diadakan setelah pilihan raya di negeri-negeri selesai.

Dalam pilihan raya negeri Terengganu, Parti Negara menang empat kerusi. Perikatan kalah dan PAS yang membentuk kerajaan. Parti Negara tidak menang di mana-mana melainkan di Terengganu saja.

Maka PAS memberi laluan kepada Dato Onn untuk bertanding dalam satu kawasan. Jika PAS tidak memberi laluan kepadanya, belum tentu Dato Onn boleh menang dalam pertandingan tiga penjuru. PAS pun belum tentu menang kalau bertanding melawan Dato Onn dan Ungku Mohsin.

Pemimpin PAS ketika itu ialah Dr. Burhanuddin Al-Hilmy. Dr. Burhanuddin adalah seteru politik Dato Onn yang memimpin UMNO. Dr. Burhanuddin memimpin parti Melayu yang pertama ditubuhkan iaitu Partai Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Sambutannya adalah positif.

Kemudian Dato Onn menubuhkan UMNO bersaing dengan PKMM yang dipimpin Dr Burhanuddin. Apabila Darurat diisytibarkan tahun 1948, Inggeris mengharamkan PKMM tetapi UMNO tidak. Malah Dato Onn dan setengah penyokong UMNO dilantik menjadi menteri dalam kerajaan Persekutuan Tanah Melayu yang dijajah Inggeris.

Dato Onn sebagai menteri dalam negeri bertanggungjawab bagi pihak British mengenakan tahanan kepada pemimpin dan penyokong PKMM.

Tetapi dalam Pilihan Raya Umum 1959 itu Dr. Burhanuddin memberi laluan kepada seteru politiknya itu untuk bertanding di Terengganu dan Dato Onn menang. Tetapi beliau meninggal sebelum penggalnya berakhir.

Orang kuatnya Gharib Raof bertanding sebagai calon Parti Negara dalam pilihan raya kecil di kawasannya dan kalah.

Matilah Parti Negara selepas mati Dato Onn. Anak cucu Dato Onn tidak menyambung pimpinan partinya tetapi mereka meneruskan perjuangan UMNO yang tidak pernah disenangi oleh Dato Onn.

Mengapa Dr. Burhanuddin bersetuju memberi laluan kepada Dato Onn sedang Terengganu adalah negeri yang sudah diperintah oleh PAS?

Itulah siasah syariyah. Sebagai parti politik, PAS boleh bekerjasama dengan mana-mana lawan UMNO, supaya musuh yang lebih besar itu dapat dikurangkan pengaruhnya. Dengan memberi laluan kepada Dato Onn, Dato Onn dijamin menang dan sekalian penyokong Dato Onn di tempat lain memberi sokongannya kepada calon PAS.

Jika bertanding tiga penjuru dengan Dato Onn, PAS mungkin menang dan mungkin tidak menang. Dengan memberi laluan kepada Dato Onn, jelas Perikatan tidak menang.

Walau pun Parti Negara dan Dato Onn sudah menjadi seteru yang kecil, tetapi dengan keadaan yang ada, Dato Onn dan Parti Negara sudah tidak boleh pergi lebih jauh.

Poliltik kerjasama yang PAS tunjukkan itu adalah satu kematangan sementara ia membina kekuatannya bagi melebarkan pengaruh partinya.

Kaedah siasah syariyah yang sedemikian juga dibuat semasa PAS memberi laluan kepada Datuk Ibrahim Ali, seorang yang dipecat UMNO untuk bertanding menggunakan lambang PAS di Pasir Mas dalam pilihan raya umum ke 12.

Walaupun Datuk Ibrahim menjadi MP bebas dan kadang-kadang menyusahkan PAS, tetapi PAS ketika itu hanya ada majoriti satu kerusi di DUN Kelantan dan dalam Pihhan Raya Kecil di DUN Pasir Pekan dalam Parlimen Pasir Mas, PAS telah kalah.

Strategi memberi kerusi kepada Ibrahim Ali satu dari ikhtiar bagi mengekalkan pengaruh PAS. PAS dapat memenangi pilihan raya umum lalu dengan majoriti yang besar.

Ada pun Ibrahim Ali seorang itu biarkanlah. Ada dia pun tidak menguatkan sangat PAS dan tiada pun tidak pula melemahkan PAS.

Harakahdaily/-

Sidang Dun serlah Zambry tidak matang

25 Syaaban 1431 H

IPOH, 5 Ogos: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak terkejut dengan sikap tidak matang Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) 3 Ogos lalu.

Naib ketuanya, Salman Saleh berkata, Zambry bersikap tidak profesional dan tiada wibawa dengan tingkah laku seperti masih menjadi pembangkang dahulu.

Katanya, dengan mengganggu perbahasan Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin dengan mengatakan ‘saya anak jantan’ seperti mana dinyatakan di dalam penyata rasmi Dun Perak jelas bahawa Zambry terbawa-bawa sikap dan kelakuan sebenarnya.

“Tidak sepertimana contoh yang telah ditunjukkan oleh Datuk Seri Nizar yang berhemah semasa membahaskan Rang Undang-Undang Usul Perbekalan Tambahan tempoh hari,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, peruntukan masa yang terlalu singkat bagi membincangkan satu perkara yang besar langsung tidak membuktikan bahawa Zambry benar-benar berani dan 'anak jantan'.

Tambahnya, pentas sidang Dun adalah tempat terbaik untuk berbahas secara ilmiah dan semua Adun Barisan Nasional (BN) boleh mengemukakan persoalan dan menjawab sebarang pertuduhan jika ianya tidak benar.

“Tetapi apa yang dapat di lihat, semua Adun BN sedikit pun tidak membantu Zambry yang menyebabkannya terpaksa bertahan bersendirian,” katanya.

Katanya, ucapan Zambry yang mengatakan ‘saya anak jantan’ langsung tidak menggambarkan hakikat sebenar pentadbiran yang beliau menjadi nakhodanya.

Beliau menambah, Zambry hanya boleh berdepan dengan media arus perdana yang menyokongnya semata-mata tanpa berani berdepan dengan semua pihak termasuk rakyat negeri ini sendiri.

Harakahdaily/-

Selepas Abdullah, Najib pula sasaran Mahathir

25 Syaaban 1431 H

KUALA LUMPUR, 5 Ogos: Bukan sahaja tidak bersetuju dengan dasar Islam Hadhari Tun Abdullah Ahmad Badawi, Tun Dr Mahathir Mohamad juga tidak senang dengan dasar 1 Malaysia yang dibawa Datuk Seri Najib Razak.

"Saya pun masih confused tentang 1 Malaysia," kata Tun Dr Mahathir dalam satu pertemuannya dengan Siasah di pejabat beliau yang terletak di Manara Berkembar Petronas baru-baru ini.

Demikian lapor akhbar politik Siasah dalam keluaran terbarunya yang akan berada di pasaran mulai Jumaat esok. Siasah menjadikan berita ini di muka depannya.

Dalam wawancara itu juga, Mahathir berkata, dia juga tidak bersetuju dengan Islam Hadhari yang dibawa oleh Abdullah.Bagi beliau, Islam ini satu sahaja iaitu yang dibawa oleh Nabi Muhamad s.a.w.

Dalam wawancara itu, Mahathir juga memberikan pandangannya tentang cadangan perpaduan antara Umno dan PAS.

Harakahdaily/-

Saman ekor, kerajaan tolak rezeki

25 Syaaban 1431 H
http:gemasuara.blogspot.com

Tindakan menyenarai-hitamkan pengguna kenderaan daripada memperbaharui cukai jalan akibat saman ekor, seolah-olah menolak rezeki.

Saya difahamkan oleh peguam, insurans masih boleh diperbaharui walaupun tanpa cukai jalan, kata beliau yang juga pengerusi Kempen anti-Saman Ekor (KASE).

Kenapa kerajaan jadi agensi penolak rezeki sedangkan pihak swasta mendapat wang daripada rakyat.

Saya mahukan penjelasan daripada Kong kenapakah agensi bawahnya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bekerjasama dengan polis dengan menyenarai-hitamkan pihak-pihak tertentu daripada memperbaharui cukai jalan.

Prosedur pemberian saman ekor sendiri boleh dipertikaikan kerana "tiada sebarang saman dikeluarkan" sebaliknya hanya notis pemberitahuan daripada pihak polis bagi mendapatkan maklumat.

Sudahlah polis buat salah (dengan saman ekor). Dia suruh pula JPJ buat salah (dengan senarai-hitamkan).

Saya bercadang mengadakan pertemuan dengan pihak polis, JPJ, kementerian dalam negeri, termasuk memgadukan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berhubung perkara itu.

Kalau semua ini tak berjaya, kita fikir tindakan undang-undang. Kami boleh gembleng 1.7 juga (penerima saman ekor) dengan bantuan guaman.Tetapi takkanlah kerajaan sebodoh itu hendak menghabiskan masa mengendalikannya.

Harakahdaily/-

Sarawak terpinggir dari arus pembangunan material, spiritual

25 Syaaban 1431 H
http:episodeperjuangan.blogspot.com

1. Lawatan saya ke Bumi Kenyalang dalam misi memperkasa gerakan Pemuda PAS dan Pemuda Pakatan Rakyat di sana sungguh bermakna dan benar - benar menyentuh sanubari seorang pejuang .

2. Semangat anak - anak muda yang ingin melihat perubahan besar berlaku di negeri Sarawak cukup meyakinkan bahawa Sarawak adalah bumi yang subur buat perjuangan Islam yang kita dokong ini .

3. Sarawak sebagai sebuah negeri yang mempunyai banyak hasil bumi seperti minyak , gas , balak dan lainnya adalah sebuah negeri yang berpotensi besar untuk menjadi negeri yang paling maju di Malaysia dan rakyatnya pula adalah rakyat yang paling selesa dan bahagia . Bertolak dari kemajuan dan keselesaan itu pula , Sarawak sewajarnya mampu membekalkan ilmu dan pendidikan yang baik malah bertaraf dunia kepada seluruh rakyatnya .

4. Namun malang sejuta kali malang apabila rakyat Sarawak disenaraikan antara rakyat yang paling miskin dalam negara kita . Inilah musibah besar yang terpaksa dihadapi oleh rakyat negara ini ekoran penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dana negara yang sangat ketara . Lihat sahaja negeri Terengganu yang turut mendapat jolokan sebagai Kuwait Malaysia seketika dulu lantaran minyak yang melimpah dikurniakan Allah swt , tetapi dukanya Rakyat Terengganu juga antara rakyat termiskin dalam negara ini .

5. Sarawak yang hanya mempunyai 2.4 juta penduduk berbanding pendapatan kerajaan negeri Sarawak yang sedemikian banyak , selayaknya sejak 47 tahun negeri ini merdeka tiada lagi rakyat yang hidup miskin dan berada di bawah paras kemiskinan yang bisa meluluh sanubari insaniah .

6. Lebih malang 37% ummat Islam [ 888.000 orang ] Sarawak tidak mendapat pendidikan agama yang sewajarnya sebagai seorang muslim terutama kepada muslim yang berada di kawasan pendalaman . Mereka terus terhimpit atau terperangkap dalam kemiskinan dan kejahilan yang parah . Jurang perbedaan tahap upaya ekonomi keluarga juga sangat ketara antara golongan kaya dan miskin . Pemandangan di Sarawak jelas dapat dilihat secara mata kasar bagaimana jurang perbedaan kaya miskin itu selebar jarak "langit dan bumi" .

7. Saya tidak nafi berlakunya perkembangan dakwah dan peningkatan ummat Islam di Sarawak tetapi perlu diingatkan bahawa Islam tidak sekadar mengislamkan insan kemudian meninggalkan mereka kekal dalam keadaan jahil dan terus leka dibawa arus maksiat serta mungkar tanpa ada usaha yang gigih dan berkesan untuk membimbing atau mendidik mereka agar menjadi insan yang soleh dan bertaqwa .

8. Sarawak telah memiliki institusi Islam yang baik seperti surau [ 845 buah ] dan masjid [ 352 buah ] . Malah Sarawak juga turut mempunyai Ngos Islam seperti Harakah Islamiah [HIKMAH] , PERKIM , PERKIS , JIM , ABIM , AMAL , PERKEPIS , SEMISA dan 74 buah Lembaga Amanah Khairat di seluruh negeri Sarawak . Segala potensi ini sewajarnya tidak hanya diberi peruntukkan material berupa dana dan bangunan semata - mata tetapi juga peruntukkan kuasa dan bidang tugas yang lebih luas dan besar agar mereka benar - benar berfungsi tanpa kekangan yang membantutkan usaha murni mereka .

9. Peningkatan 78 buah perkampungan baru Islam si seluruh negeri Sarawak juga mestilah diberi perhatian serius oleh pihak kerajaan negeri agar kebajikan dan pendidikan mereka dijamin sebaik mungkin . Bukan sahaja kaum dan bangsa yang menganut ajaran Islam tetapi jua kepada seluruh rakyat negeri Sarawak selayaknya diberikan tumpuan oleh kerajaan agar taraf hidup mereka ditingkatkan sekaligus memberi harapan dan sinar baru buat masa depan mereka.

10. Setakat ini , apa yang berlaku di Sarawak ialah pengaruh dan penguasaan ekonomi negeri hanya dibolot oleh golongan pemimpin dan kroni parti pemerintah . Segala projek dari serendah nilai seperti projek angkut sampah hinggalah kepada projek mewah setinggi nilai dikaut dan dikuasai oleh individu dan golongan [ elit ] tertentu sahaja.

Harakahdaily/-

Slogan: Walhasil balik asal

25 Syaaban 1431 H
http:aspanaliasnet.blogspot.

Salah satu dari asas Rukun Negara ialah kesetiaan kepada Negara. Rukun Negara ini memang sudah lama tidak dijadikan fokus oleh yang memerintah, kerana sibuk dengan slogan-slogan yang tidak memberikan apa-apa faedah kepada rakyat.

Kalaulah negara ada pemimpin yang baru yang menggantikan DS Najib ramai yang sudah tidak mengharapkan apa-apa, cuma kalau boleh tidak payahlah memperkenalkan apa-apa slogan kerana terlalu banyak slogan yang satu pun tidak membawa kebaikkan yang diharapkan dengan slogan-slogan tersebut.

Bersih, Cekap dan Amanah yang diperkenalkan oleh seorang PM yang terdahulu misalnya tidak membantu dan tidak adapun Bersihnya, Cekapnya tiada dan jauh sekali untuk melihat sifat amanah terutamanya dikalangan yang berkuasa. Dizaman slogan inilah rasuah dan salah guna kuasa bermula dengan rakusnya dan efeknya kita hadapi sehingga kehari ini.

Slogan pandang ketimur tidak sampai kemana dan kempen ‘buy British last’ pun mati begitu sahaja. Kalau nampakpun hanyalah slogan dan pencapaian tahun 2020 sahaja yang masih boleh dianggap releven. Sogan ini dianjurkan oleh Dr Mahathir Mohammad dan rakyat sedang menanti kejayaan slogan itu. Hanya tinggal 10 sahaja lagi untuk menjadikan slogan itu sebagai kenyataan.

Apabila Abdullah mengambil alih maka timbul lagi beberapa slogan yang mengashikkan rakyat menyokongnya tanpa hala tuju dan akhirnya slogan itu menjadi sejarah. ‘Bekerja dengan saya, jangan berkerja untuk saya’ merupakan slogan Pak Lah pada hari pertama beliau mengambil alih kerajaan dari Dr Mahathir.

Akhirnya tidak ada apa-apa kerja yang dilakukan beliau dan beliau dilabel sebagai ‘drowsy PM’; tidak boleh kepalanya tersandar kepada apa-apa sekali pun beliau tertidur.

Islam Hadhari merupakan slogan yang menjadi ejekkan oleh semua rakyat tidak kira dari bangsa apa sekali pun dan slogan itu sekarang sudah tidak ada lagi sesiapa yang menyebutnya.

Sekarang pula slogan 1Malaysia yang sehingga hari ini belum diterima rakyat kerana tidak mereka tidak faham dan tidak ada sebaris pun definasi yang diberikan kepada slogan ini.

Lagu 1Malaysia berkumandang dicorong-corong radio dan TV setiap hari. Walaupun lagu itu sedap didengar tetapi masih tidak faham lagi maksud slogan itu. Tun Mahathir sendiri belum faham lagi apa itu 1Malaysia. Jika Tun Mahathir pun belum faham bagaimana saya yang dikatakan ‘bodoh’ itu nak faham?

Yang saya boleh lakukan ialah meluruskan jari telunjuk saya dan menjeritkan 1Malaysia!!! Sekuat hati saya. Bila anak saudara saya bertanya apa itu 1Malaysia saya bermasalah untuk menjawabnya.

Saya berharap Khairy Jamaluddin boleh memberikan jawapan kerana beliau orang pandai. Saya menunggu bila Pergerakkan Pemuda memberikan kelas bimbingan kepada orang-orang seperti saya untuk memahami slogan 1Malaysia itru.

Khairy orangnya pandai dan tentu mudah untuk beliau nak berhadapan dengan rakyat untuk memberikan penjelasan tentang slogan yang tidak kunyung diterima oleh masyarakat yang ramai ini.

Isu slogan ini patut diselengarakan oleh Pemuda untuk memberikan penerangan jelas terhadap isu besar ini. Kita tidak boleh terus-terusan melaungkan dan menyanyikan lagu 1Malaysia tetapi tidak difahami oleh sesiapa.

Kalau Zainurin Md Dom menyanyikan lagu’Alah mak, kawinkan aku’ itu jelas maksudnya, iaitu ia minta dinikahkahkan, tetapi menyanyikan lagu 1Malaysia ini susah hendak difahami.

Sekarang ini banyak wang telah dibelanjakan untuk memperkenalkan slogan ini dan itu merupakan pembaziran kerana masih belum difahami. Kalau slogan boleh memberikan impak negatif saya cadangkan supaya dilupakan sahaja slogan yang agak mengelirukan ini.

Tetapi jika maksudnya ialah sama untuk semua maka ianya berlaga secara ‘head on’ dengan perjuangan UMNO kerana UMNO ada perjuangan spesifik yang lain, iaitu untuk memperjuangkan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputra yang lain.

Kita tidak boleh setakat memberitahu rakyat ianya tidak melanggar perlembagaan negara. Kalau perjuangan 1Malaysia samarata untuk semua maka perjuamgam yamg ‘equitable’ seperti yang disentuh oleh semangat DEB itu sudah hilang dan menghilangkan hak keistimewaan orang Melayu itu adalah bertententangan dengan perlembagaan negara.

Kita perlu insaf yang 1Malaysia ini dipersepsikan oleh orang bukan Melayu sebagai gimik politik seperti yang kita dengar dimana-mana. Orang bukan Melayu sedikit pun tidak dapat dijinakkan untuk mrnyokong BN dengan slogan ini.

Pendeknya slogan ini lebih menambahkan beban kepada rakyat dari mendapat apa-apa kebaikkan darinya. Perlu kita akui bahawa rakyat sudah terlalu ‘kenyang’ dengan slogan-slogan sehinggakan mereka sudah tidak berselera untuk dihidangkan dengan apa-apa slogan lagi.

Rupa-rupanya slogan hanyalah untuk pemimpin-pemimpin yang serba lemah dan mengharapkan slogan-slogan itu dapat menutupi kelemahan masing-masing.

Slogan tidak membawa apa-apa kepada negara. Walhasil balik asal. That’s it.

Harakahdaily/-

Hasil cukai kereta import dijangka lebih RM3 bilion

25 Syaaban 1431 H

Cukai bagi kereta diimport yang termasuk duti eksais dan cukai jualan dijangka melebihi RM3 bilion tahun ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein, berkata dalam setengah tahun pertama cukai dikenakan bagi kereta diimport berjumlah RM1.7 bilion berbanding RM2.5 bilion yang dikutip pada tempoh sama tahun lalu.

"Sumbangan daripada industri ini biasanya besar, antara RM3 bilion dan RM5 bilion setahun," katanya semasa majlis permeterian memorandum persefahaman antara Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Sementara itu, Presiden PEKEMA, Datuk Zainuddin Abd Rahman, berkata ahli tertentu tidak lagi menghubungi persatuan itu untuk mengesahkan dokumen mereka sebelum cukai dikenakan.

Katanya, ini susulan warta harga yang dikuatkuasakan pada 1 Jun, 2010, di mana faktor diskaun kuantiti telah diambil kira apabila menentukan nilai kereta diimport.

"Sebelum warta harga dikuatkuasakan, cukai bagi kereta diimport dikira berdasarkan kepada harga doket yang dikeluarkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

"Pada masa itu, ahli PEKEMA, menerusi MOU dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia menikmati diskaun kuantiti 25 peratus yang membantu mereka meskipun duti ketat yang dikenakan ke atas kereta diimport," katanya.

Malaysiakini/-

Sidang DUN Pulau Pinang ditunda ke November

25 Syaaban 1431 H

Mesyuarat kedua bagi penggal ketiga sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang yang dijadualkan Ogos ini telah ditunda kepada November depan.

Speaker DUN, Datuk Abdul Halim Hussain, berkata berikutan penundaan itu, mesyuarat DUN bagi tahun ini cuma diadakan sebanyak dua kali.

Katanya, penundaan mesyuarat itu bagaimanapun tidak mendatangkan sebarang masalah kerana dalam peraturan dan Undang-undang Tubuh Kerajaan negeri, mesyuarat DUN hendaklah diadakan sekurang-kurangnya dua kali dalam tempoh setahun.

"Mesyuarat DUN hendaklah diadakan sekurang-kurangnya dua kali setahun dan kerajaan negeri memutuskan untuk mengadakan mesyuarat sebanyak dua kali sahaja pada tahun ini walaupun pernah mengadakannya sebanyak tiga kali sebelum ini," katanya.

Beliau berkata, penundaan itu juga bertujuan membolehkan kerajaan negeri terus membentangkan Bajet Pulau Pinang 2011 dalam sidang berkenaan.

Abdul Halim berkata, sidang DUN itu akan berlangsung selama enam hari iaitu bermula pada 1 November dan dua hari kemudian iaitu dari 3 November ditangguhkan selama seminggu untuk perayaan Deepavali dan Aidiladha sebelum disambung semula dari 9 hingga 12 November.

"Penangguhan antara 3 hingga 8 November itu adalah sempena musim perayaan Hari Raya Aidil Adha dan juga Deepavali," katanya.

Mengenai perkembangan kes ketua pembangkang Datuk Azhar Ibrahim yang kini dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN, Abdul Halim berkata Azhar akan dipanggil untuk memberi keterangannya pada 17 Ogos ini.

Katanya, selepas mengambil keterangan Azhar, jawatankuasa berkenaan akan menyediakan satu laporan untuk dibentangkan pada sidang DUN November depan untuk tindakan susulan.

Beliau berkata, Azhar masih boleh menghadiri sidang DUN pada November depan dan sebarang keputusan mengenai tindakan terhadapnya hanya akan ditentukan kemudian selepas laporan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN dibentangkan.

Azhar didakwa melanggar peraturan berikutan mengeluarkan kata-kata berbau hasutan ketika berlaku pertikaman lidah dengan Ketua Menteri, Lim Guan Eng, pada sidang DUN lalu.

Malaysiakini/-

Ubat kuat lelaki memudaratkan

25 Syaaban 1431 H

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, menasihatkan orang ramai supaya tidak menggunakan ubat-ubatan tidak berdaftar khasnya ubat kuat lelaki kerana ia mengandungi bahan racun.

Beliau berkata, kebanyakan ubat kuat lelaki yang semakin berleluasa dijual di pasaran bercampur dengan bahan-bahan racun seperti sildenafil, tadalafil dan verddanafil yang juga bahan aktif perangsang seks lelaki.

"Sildenafil, tadalafil dan verdanafil adalah ubat yang digunakan untuk rawatan erectile dysfunction yang hanya boleh diberikan kepada pesakit oleh doktor atau ahli farmasi berlesen dengan preskripsi dari seorang doktor.

Bercakap kepada pemberita selepas melawat Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan di sini, hari ini, beliau berkata kesan sampingan ubat itu adalah sangat merbahaya kepada pesakit jika diambil tanpa pengawasan doktor.

"Adalah tidak berbaloi kepada mereka yang mengambil ubat kuat lelaki kerana ia mempunyai banyak kesan sampingan dan akan merosakkan badan," katanya.

Antara kemudaratan ubat itu ialah serangan jantung, strok, pendarahan otak, peningkatan tekanan darah, kehilangan pendengaran dan kehilangan penglihatan yang kadangkalanya adalah kekal.

Beliau berkata, produk mengandungi bahan-bahan aktif perangsang seks lelaki itu juga semakin dipelbagaikan dan mudah didapati dalam bentuk minuman seperti kopi dan teh o ais limau.

"Saya rasa sudah tiba masanya untuk kita menghentikan semua perkara mengarut dan penyalahgunaan (ubat) ini di negara ini. Saya memandang serius perkara ini. Jangan suka membeli produk-produk sedemikian.

"Kementerian Kesihatan akan perangi habis-habisan ubat-ubatan, makanan dan minuman kesihatan dan kosmetik yang tidak berdaftar," katanya.

Malaysiakini/-

PROTES tak akan pohon permit

25 Syaaban 1431 H
Oleh: Salhan K Ahmad

Penganjur kempen Bantah: Selamatkan Rakyat yang akan bermula 9 Ogos ini berharap pihak polis tidak mengganggu program ceramah pertamanya di Kampung Kerinchi, Pantai Dalam.

Penyelaras Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (PROTES) Dr Hatta Ramli (kiri) berkata, program ceramah itu akan dijalankan di sebuah tapak pasar malam di kawasan tersebut.

Tambahnya, penganjur juga tidak perlu memohon permit bagi menjalankan program berkenaan.

"Kita menganggap tidak perlu mohon permit sebab sememangnya ada aktiviti orang ramai yang berhimpun di situ," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau yang juga bendahari PAS berkata, parti itu dijangka menurunkan naib presidennya Salahuddin Ayub sebagai penceramah.

"Buat masa ini kita masih tunggu nama daripada PKR dan DAP serta anggota PROTES yang lain," katanya.

Selain parti politik, PROTES juga dianggotai kesatuan sekerja dan NGO termasuk Suara Rakyat Malaysua (Suaram), dan Jemaah Islah Malaysia dan Kumpulan Budayawan Bertindak.

Tambahnya, persatuan pelajar seperti Solidariti Mahasiswa Malaysia, Kumpulan Mahasiswa Independent, Budayawan Bertindak and Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia juga akan menyertai program berkenaan.

1,000 dijangka sertai.Jelasnya, kedudukan Kampung Kerinchi yang dekat dengan institusi pendidikan seperti Universiti Malaya menjadikan kawasan itu menjadi tumpuan aktiviti para pelajar.

Kampung Kerinchi juga dipilih bagi lokasi pertama Bantah: Selamatkan Rakyat memandangkan kawasan itu banyak didiami oleh golongan berpendapatan rendah.

"Kita anggarkan tidak ramai, sekitar 1,000 orang sahaja. Kita harap penduduk yang tinggal di (perumahan) Projek Perumahan Rakyat di sekitar kawasan itu akan sertai program kita," katanya lagi.

Selain ceramah, risalah mengenai kenaikan harga barang juga akan diedarkan kepada masyarakat yang hadir di program tersebut, katanya.

Ceramah berkenaan merupakan pembuka gelanggang bagi kempen protes kenaikan harga barangan, yang dilancarkan pada 28 Julai lalu.

Program anjuran itu menggariskan lima tuntutan kepada kerajaan sebagai bantahan ke atas kenaikan harga bahan api dan gula pada pertengahan Julai lalu.

Sekiranya tuntutan itu tidak dipenuhi, PROTES mengancam untuk menganjurkan satu perhimpunan besar-besaran sebagai bantahan.

"Pada 14 Oktober kita akan serahkan memorandum kepada perdana menteri di Parlimen sekiranya harga barang masih tidak diturunkan," kata Dr Hatta lagi.

PROTES juga meneruskan rancangan asal untuk menjalankan program jelajah ke seluruh negara dengan menaiki bas bagi mengedarkan risalah kepada rakyat, tambahnya.

Malaysiakini/-

Gaji: 34 peratus pekerja di bawah garis kemiskinan

25 Syaaban 1431 H

Kajian Kementerian Sumber Manusia mengenai gaji pekerja dalam negara mendapati bahawa hampir 34 peratus daripada kira-kira 1.3 juta pekerja memperolehi pendapatan bulanan bawah RM700.

Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S Subramaniam berkata kajian Perolehan Pekerjaan Nasional 2009 memberi penekanan terhadap soal pentingnya tahap gaji ini dinaikkan, terutama selepas kementerian itu mendapati bahawa sukar untuk menyerahkan soal gaji pekerja kepada kuasa pasaran semata-mata.

Beliau turut merujuk kepada kajian Bank Dunia yang mendapati bahawa pergerakan gaji di Malaysia hanya mencatatkan pertumbuhan 2.6 peratus setiap tahun sejak 10 tahun lalu berbanding dengan peningkatan kos hidup dalam tempoh itu.

"Kerajaan pada dasarnya bersetuju supaya gaji ini perlu dinaikkan," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

Garis kemiskinan dalam negara ketika ini ditetapkan pada tahap pendapatan bawah RM720sebulan.

Subramaniam berkata kebanjiran pekerja asing adalah antara beberapa sebab kenapa gaji pekerja tidak meningkat dengan ketara sejak 10 tahun lalu.

"Kerja-kerja yang memerlukan kemahiran tinggi pasti menuntut gaji yang tinggi, namun dalam banyak keadaan para majikan tidak membayar gaji berdasarkan kemahiran, sebaliknya bergantung kepada pekerja asing yang tidak berkemahiran," katanya.

Semalam, Subramaniam selepas menutup satu bengkel mengenai gaji minimum berkata beliau akan membentang cadangan Kementerian Sumber Manusia berhubung gaji minimum nasional kepada kabinet hujung Oktober ini.

Pelbagai pandangan berkaitan gaji minimum dibangkitkan dalam bengkel itu, dengan ada sesetengahnya merasakan bahawa perlaksanaannya akan memberi kesan terhadap daya saing, perkembangan gaji di samping tidak dapat merapatkan jurang perbezaan antara yang kaya dan miskin dalam negara, manakala di pihak lain pula merasakan bahawa langkah itu akan meningkatkan produktiviti di samping memberi keadilan buat pekerja.

Dr Subramaniam berkata sekiranya kerajaan bersetuju terhadap cadangan gaji minimum itu, satu peruntukan rang undang-undang yang baru akan diperkenalkan bagi meliputi semua aspek liputan, pihak berkuasa, badan penasihat, perlaksanaan, dan lain-lain lagi.

"Satu Majlis Nasional berhubung gaji minimum juga akan dibentuk bagi memastikan pelaksanaan gaji minimum yang lancar," katanya.

Kementerian Sumber Manusia dijangka menyiapkan laporannya berhubung gaji minimum nasional itu dalam masa empat bulan sebelum ia dapat dibentangkan ke kabinet.

Dr Subramaniam berkata pihak kementerian masih belum memutuskan sekiranya perlu diwujudkan mekanisma gaji minimum nasional, wilayah atau sektor.

"Ia terpulang kepada kabinet untuk memberikan kami hala tujunya," katanya dan menambah bahawa soal mengenai kadar gaji minimum juga perlu dikaji.

Satu pungutan suara yang dilaksanakan oleh kementerian itu bagi mendapatkan maklum balas orang ramai berhubung gaji minimum menunjukkan bahawa daripada 434 responden, 76 peratus bersetuju supaya kerajaan melaksanakan gaji minimum buat semua sektor.

Malaysiakini/-

Lim: Malaysia negara miskin tegar?

25 Syaaban 1431 H
Oleh: Hazlan Zakaria

Ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng melahirkan rasa malunya apabila ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur juga dicatatkan sebagai kawasan yang yang dihimpit kemiskinan tegar.

Ini katanya, berdasarkan jawapan bertulis yang diterimanya daripada kedua-dua Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berhubung soalannya mengenai kawasan-kawasan di bandar yang dikenalpasti sebagai kawasan miskin tegar.

Lim berkata soalanya dikemukakannya pada April lalu sebelum sidang Dewan Rakyat yang terakhir tetapi hanya menerima jawapannya melalui pos minggu lalu.

“Bagaimana KL yang diletakkan sebagai tempat utama bagi mengadakan sidang dan mesyuarat di dunia juga mempunyai kawasan miskin tegar?” soal ahli parlimen DAP itu di pusat khidmatnya di Segambut hari ini.

Semalam, akhbar harian Inggeris, the Star melaporkan Persatuan Kongres dan Konvensyen Antarabangsa meletakkan Malaysia di tangga ke-22 di kalangan bandaraya yang diplih sebagai tempat bermesyuarat pilihan dunia. Ia juga menduduki salah satu tempat teratas di kalangan negara-negara Asia Pasifik.

Lim juga melahirkan kebimbangannya kerana jawapan yang diberikan tidak memberikan perincian berhubung kriteria yang digunakan bagi melabelkan sesuatu kawasan itu sebagai miskin tegar kerana terdapat perbezaan ketara dalam jawapan kedua-dua kementerian.

“Jawapan yang diberikan menimbulkan lebih banyak soalan,” kata Lim.Beliau kemudian mengedarkan jawapan bertulis berkenaan kepada pemberita untuk menunjukkan perbezaan data yang dibekalkan itu.

Menurut jawapan Raja Nong Chik terdapat 135 bandar yang dikenalpasti sebagai kawasan miskin tegar manakala jawapan Perdana Menteri pula menyebut ada 92 daerah seumpama itu.

Kedua-dua jawapan itu gagal memberikan jumlah orang yang dilabelkan miskin tegar dan mengapa kawasan mereka digolongkan dalam keadaan daif.

Jawapan perdana menteri, kata Lim menyenaraikan kawasan miskin tegar di kebanyakan kawasan yang padat kependudukannya di semua 13 negeri dan dua wilayah persekutuan di Kuala Lumpur dan Labuan.

“Berdasarkan jawapannya itu, tidak salah saya katakan Malaysia adalah negara miskin tegar,” kata Lim.

Jika ini benar, kata Lim, Malaysia tidak ada bezanya dengan negara dunia ketiga dan kerajaan perlu berusaha keras menyelesaikan perkara berkenaan.

Malaysiakini/-

Kuasa mata, kesan dan rawatannya dalam Islam

25 Syaaban 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

Kuasa mata dengki

Pandangan yang disulami dengan perasaan dengki boleh membawa kesan yang memudaratkan kepada perkara yang dilihat. Ini adalah pendapat kebanyakan para ulama.

Firman Allah swt:“Dan sesungguhnya orang-orang kafir hampir menumbangkan dan memusnahkan mu dengan kuasa mata mereka ketika mana mereka mendengar bacaan Quran mu. Mereka juga berkata : Sesungguhnya Muhammad adalah orang gila.” (51 : al-Qalam)

Ibnu Kathir berkata:

“Ayat ini adalah sebagai dalil kepada kuasa dan kesan mata adalah benar dengan izin Allah.”

Nabi saw bersabda:

العين حق
Maksudnya: “Kuasa mata adalah benar.” ( Hr Bukhari dan Muslim )

Berlindung dengan Allah dari kuasa mata

Nabi saw bersabda:

استعيذوا بالله من العين فإن العين حق

Maksudnya: “Hendaklah kamu berlindung dengan Allah dari kuasa mata, sesungguhnya kuasa mata adalah benar.” (Hr Ibnu Majah – sahih)

Oleh itu, seorang muslim hendaklah sentiasa membaca pendinding sperti al-Fatihah,ayat 1-5 al-Baqarah, ayat kursi dan 2 ayat selepasnya, 2 ayat akhir surah Baqarah dan 3 qul pada pagi dan petang.

Kuasa mata memberi kesan dengan ketetapan Allah

Nabi saw bersabda:

العين حق ولو شيء سابق القدر سبقته العين

Maksudnya: “Kuasa mata adalah benar, kalaulah ada yang mendahului ketetapan Allah, nescaya kuasa mata yang mendahuluinya.” (Hr Muslim –sahih)

Imam Nawawi berkata:

Sesungguhnya semua perkara adalah dengan ketetapan Allah. Tidak akan berlaku apa pun melainkan mengikut apa yang telah ditetapkan Allah dan Allah telah terdahulu mengetahuinya. Tidak akan berlaku kebaikan dan keburukan termasuklah kemudaratan kuasa mata melainkan dengan ketetapan Allah. Hadis ini menunjukkan benarnya kuasa mata dan ianya boleh memberi kemudaratan yang kuat.” (Syarah sahih Muslim)

Akibat dari kuasa mata

Nabi saw bersabda:

إن العين لتولع بالرجل بإذن الله حتى يصععد حالقا فيتردى منه

Maksudnya: “Sesungguhnya kuasa mata yang mengenai seseorang lelaki itu menyebabkan dia pergi ke tempat yang tinggi kemudian mencampakkan diri ke bawah dari tempat tersebut.” (Hr Ahmad – sahih)

Nabi saw bersabda:

العين تدخل الرجل القبر وتدخل الجمل القدر

Maksudnya: “Kuasa mata boleh menyebabkan seseorang itu mati dan masuk kubur dan boleh menyebabkan unta hampir mati, disembelih dan dimasak di dalam periuk.”

(Hr Abu Nuaim – hasan)

Cara kuasa mata memberi sebab kemudaratan kepada manusia

Imam Ibnul Qayyim berkata:

“Kuasa mata memberi kesan dengan cara perhubungan, perjumpaan, melihat, mengutuskan roh kepada orang yang hendak diberi kesan buruk, bacaan jampi dan pukau.”

Imam Ibnul Hajar berkata:

“Hakikat kuasa mata adalah pandangan kepada yang dianggap elok bercampur dengan perasaan dengki dari tabiat yang keji yang menyebabkan kemudaratan kepada yang dipandang.”

Merawat kesan buruk dari kuasa mata

1. Dengan memandikan pesakit

Nabi saw bersabda:

وإذا استغسل أحدكم فليغسل

Maksudnya: “Apabila salah seorang kamu diminta utk memandikan saudaranya yang terkena kuasa mata hendaklah dia memandikannya.” (Hr Muslim)

Aisyah ra berkata:

“Orang yang matanya menyebabkan mudarat orang lain disuruh berwuduk dan orang yang terkena penyakit sebab kuasa mata dimandikan dengan air wuduk tadi.” (Hr Abu Daud – sahih)

2. Dengan Membaca jampi yang syar’ie

Anas ra berkata:

“Rasulullah saw membenarkan bacaan jampi untuk penyakit yang dari kesan kuasa mata.” (Hr Muslim)

Bacaan jampi dengan ayat Quran (3 Qul) dan doa2 Nabi saw (Hr Muslim)

بِسْمِ اللهِ يُبْرِيْكَ مِنْ كُلِّ دَاءٍ يَشْفِيْكَ وَمِنْ شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ وَمِنْ كُلِّ شَرِّ ذِيْ عَيْنٍ

Contoh kes:

kes pertama seorang budak yang petah bercakap dan pandai berceramah menjadi bisu. Para doktor tidak mampu mengubatinya. Akhirnya sembuh setelah 7 hari minum air yang dibacakan jampi dari ayat Quran dan hadis.

Kes ke-dua Rumah yang dilatangi seorang permpuan tua yang miskin. Setelah dia balik, rumah tadi dipenuhi ulat. Setelah direnjis dgn air yang telah dijampi dgn ayat Quran dan hadis maka rumah tadi menjadi seperti biasa.Kedua-dua kes ini adalah disebabkan kuasa mata.

Pengertian Fitnah menurut al-Quran dan Sunnah

25 Syaaban 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

MAKNA FITNAH DARI SEGI BAHASA DAN ISTILAH

Kalimah Fitnah الفتنة dalam bahasa arab bermaksud: Ujian dan cubaan.Imam Ibnu Hajar berkata : Asal kepada makna fitnah adalah الإختبار (ujian) dan الإمتحان )ujian)

Ibnu Manzur berkata: Al-Azhari dan lainnya berkata:“Asal makna fitnah adalah الإبتلاء (cubaan), الإمتحان (Ujian) dan الإختبار (ujian).”.”

Adapun dari segi istilah ulama adalah seperti yang didefinasikan oleh Jurjani:“Perkara yang dilakukan untuk mengetahui kebaikan atau keburukan sesuatu.”

FITNAH DALAM QURAN

Makna fitnah dalam Quran adala berbeza. Ianya seumpa berikut:

1. Fitnah bermaksud Syirik.

Firman Allah :

والفتنة أشد من القتل
“Syirik lebih dahsyat dosanya daripada membunuh.” (191 : al-Baqarah)

وقاتلوهم حتى لا تكون فتنة

“Dan perangilah mereka supaya tidak berlakunya syirik.” (193 : al-Baqarah)

والفتنة اكبر من القتل

“dan Syirik lebih besar dosanya dari membunuh.” (217 : al-Baqarah)

2. Fitnah dengan makna ujian dan cobaan.

Firman Allah:

وفتناك فتونا

“Dan kami uji kamu (Nabi Musa) dengan pelbagai ujian yang besar.” (40 : Toha)

ولقد فتنا الذين من قبلهم

“Dan sesungguhnya kami telah menguji ummat yang terdahulu.” (3 : al-Ankabut)

3. Fitnah bermaksud seksa

Firman Allah:

إن الذين فتنوا المؤمنين والمؤمنات
“Sesungguhnya orang-orang yang menyeksa orang-orang beriman lelaki dan perempuan … “

Begitu juga makna fitnah pada ayat 10 surah al-Ankabut, ayat 14 surah az-Zariat dan ayat 110 surah an-Nahl.

4. Fitnah bermaksud dosa.

Firman Allah:

ومنهم من يقول ائذن لي ولا تفتني ألا في الفتنة سقطوا

“Dan sebahagian mereka ada yang berkata “izinkanlah aku untuk tidak berperang dan janganlah menyebabkan aku berbuat dosa. Ketahuilah mereka telah terjebak dalam dosa (dengan tidak mahu pergi berperang).” (49 : at-Taubah)

5. Fitnah bermaksud kekufuran.

Firman Allah:

لقد ابنغوا الفتنة
“Sesungguhnya mereka inginkan kekufuran.” (48 : at-Taubah)

Begitu juga fitnah dalam ayat 7 surah Ali imran.

6. Fitnah bermaksud pembunuhan dan kebinasaan.

Firman Allah:

إن خفتم أن يفتنكم الذين كفروا
“Sekiranya kamu takut orang-orang kafir membunuh kamu.” (101 : an-Nisa)

Begitu juga fitnah pada ayat 83 surah Yunus.

7. Fitnah bermaksud berpaling dari jalan yang benar.

Firman Allah:

واحذرهم أن يفتنوك
“Dan berwaspadalah dari mereka yang hendak memesongkan kamu dari jalan kebenaran.” ( 49 : Maidah)

Begitu juga dalam ayat 73 surah al-Isra.

8. Fitnah bermaksud sesat.

Firman Allah :

ومن يرد الله فتنته
“Dan sesiapa yang Allah hendak menyesatkannya.” (41 : al-Maidah)

Begitu juga fitnah dalam ayat 162 surah as-Soffat.

9. Fitnah bermaksud alasan.

Firman Allah :

ثم لم تكن فتنتهم إلا أن قالوا والله ربنا ما كنا مشركين
“kemudian tidaklah ada alasan mereka melainkan mereka berkata “Demi Allah wahai tuhan kami, kami bukannya orang-orang musyrikin.” (23 : al-An’am)

Sebahgian tafsir menyatakan fitnah disini bermaksud jawapan.

10. Fitnah bermaksud gila

فستبصر ويبصرون بأيكم المفتون
“Maka kamu akan lihat hai Muhammad dan mereka akan lihat siapakah yang gila.” (6 : al-Qalam)

FITNAH DALAM HADIS

1. Fitnah bermaksud perselisihan dan peperangan

Nabi saw bersabda:

ستكون فتن القاعد فيها خير من القائم
“Akan berlaku perselisihan dan peperangan, orang yang melihatnya lebih baik dari orang yang menyebabkannya ia berlaku.” (Hr Bukhari dan Muslim)

2. Fitnah bermaksud ujian dan cubaan

Nabi saw bersabda:

فاتقوا الدنيا واتقوا النساء فإن أول فتنة بني إسرائيل كانت في النساء
“Maka hendaklah kamu berwaspada terhadap dunia dan waspada terhadap wanita, sesungguhnya fitnah yang mula2 menimpa bani Israel adalah wanita.” (Hr Muslim)

3. Fitnah bermaksud melalaikan dan melekakan.

Hadis Nabi saw:

وإن كان ليسمع بكاء الصبي فيخفف مخافة ان تفتن أمه
“Sekiranya baginda mendengar tangisan bayi, baginda akan meringankan solatnya kerana bimbang ibunya akan terleka dengan tangisan ibunya.” (Hr Bukhari)

4. Fitnah bermaksud penyeksaan dan pembunuhan

Nabi saw bersabda:

كان الرجل يفتن في دينه إما قتلوه وإما يعذبونه
“Dahulu seorang lelaki di seksa kerana mempertahankan agamanya, samada orang-orang kafir membunuhnya atau menyeksanya.” (Hr Bukhari)

5. Fitnah bermaksud berlaku kemungkaran dan kemaksiatan.

Nabi saw bersabda:

إذا أتاكم من ترضون خلقه ودينه فزوجوه إلا تكن فتنة في الأرض وفساد عريض
“Apabila datang seorang lelaki yang baik agama dan akhlaknya melamar anak mu maka hendaklah kamu kahwininya dengan anak mu. Kalau tidak, akan berlaku kemungkaran dan kerosakan yang besar di muka bumi.” (Hr Ibnu Majah)

6. Fitnah bermaksud memaksa untuk kembali kufur.

Nabi bersyair ketika menggali parit di peperangan khandak:

إن الأعداء قد بغوا علينا إذا أرادوا فتنة أبينا
“Sesungguhnya musuh-musuh telah menganiaya kami. sekiranya mereka hendak memaksa kami kembali kufur, kami enggan. (Hr Bukhari dan Muslim)

7. Fitnah bermaksud menjauhkan dari agama

Nabi saw bersabda kepada Muaz ra:

يا معاذ أفتان أنت؟
“Wahai Muaz adakah engkau hendak menyebabkan manusia lari dari ajaran agamanya?” (Hr Bukhari dan Muslim)

Kesimpulan: Fitnah mempunyai pelbagai makna dan maksud di dalam Quran dan hadis Rasulullah saw. Orang melayu selalu menggunakan fitnah untuk makna tuduhan, sehinggakan mentafsirkan kalimah fitnah ayat berikut dengan tuduhan palsu, sedangkan maknanya adalah syirik:

والفتنة أشد من القتل
“Syirik lebih dahsyat dosanya daripada membunuh.” (191 : al-Baqarah)

Banyak di kalangan orang melayu termasuk ustaz2 yang mentafsirkan fitnah kepada tuduhan yang tidak benar. Sedangkan tidak ada fitnah yang bermaksud tuduhan dalam Quran, hadis dan bahasa arab. Ini satu pentafsiran mengikut hawa nafsu. Nabi saw bersabda:

من قال في القرأن برأيه أو بما لم يعلم فليتبوأ مقعده من النار
“Sesiapa yang berkata tentang quran dengan akal fikirannya atau apa yang dia tidak tahu ilmu tentangnya maka hendaklah menempati tempatnya di neraka.” (Hr Tirmizi)

Firman Allah swt:

أو تقولوا على الله ما لا تعلمون
“… Allah mengharamkan kamu bercakap tentang Allah apa yang kamu tidak tahu.” (33 : al-Araf)

Berhati2lah ketika kita mentafsirkan al-Quran kerana ia adalah kalamullah. Kita tidak boleh mentafsirkan sendiri dan kita hendaklah hanya mengambil dari para pentafsir yang muktabar.

Riya' menurut Quran, Sunnah dan Ulama

25 Syaaban 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

Riya’: Melakukan amal Islam supaya dilihat manusia.Tasmi’e (sum’ah): Melakukan amal Islam berseorangan kemudian cerita amalannya kepada orang lain.

Kedua-duanya membatalakan pahala amalan manusia walaupun sah amalan tersebut. Ulama mazhab maliki berpendapat terbatal amalan tersebut. (syeikh Bajuri)

Ancaman kepada orang yang riya' dan sum'ah

Firman Allah swt:

Maksudnya: “Maka celaka lah bagi orang yang sembahyang. Iaitu orang yang melalaikan solat sehingga keluar waktu solat dan orang yang sembahyang dgn untuk menunjuk2 kepada orang lain.” (1-3 al-Ma’un)

Firman Allah swt:

Maksudnya: “Sesungguhnya orang2 munafikin cuba untuk memperdaya Allah swt dan Allah membalas terhadap tipu daya mereka, mereka malas untuk menunaikan solat, mereka solat kerana untuk menunjukkan kepada orang lain dan hanya sedikit sahaja mengingati Allah. (142 : an-Nisa)

يكشف ربنا عن ساقه فيسجد له كل مؤمن ومؤمنة ويبقى من كان يسجد في الدنيا رئاء وسمعة فيذهب ليسجد فيعود ظهره طبقا واحدا
Maksudnya: “Allah akan menyulitkan mahkluk pada hari kiamat. Semua orang beriman lelaki dan perempuan sujud kepadanya. Orang yang tinggal hanya yang sujud di dunia dgn riya dan sum’ah. Mereka cuba untuk sujud tetapi belakang mereka kembali menjadi tegak dan tidak mampu sujud.” (Hr Bukhari 4919 dan Muslim 454 – sahih)

من سمع سمع الله به ومن يراء يراء الله به
Maksudnya: “Sesiapa yang sum’ah dan riya’ dalam amalannya Allah akan membongkar perbuatan tersebut kepada manusia pada hari kiamat.” (Hr Bukhari 6499 dan Muslim 7477)

Daripada Abu Hurairah ra berkata: Nabi saw bersabda:

“Sesungguhnya manusia yang mula-mula dibicarakan pada hari kiamat adalah seorang lelaki yang syahid . Dia didatangkan dan Allah mengingatkan kembali nikmat dan kelebihan yg telah Allah berikan. Dia mengakuinya.

Allah bertanya “Apa yang engkau beramal kerna Allah terhadap nikmat2 ini?” Lelaki itu menjawab “ Aku telah berperang kerana mu sehingga aku syahid.” Allah menjawab “Engkau bohong kerana engkau berjuang kerana supaya dikatakan engkau berani, sesungguhnya manusia telah memuji keberanianmu.

” Kemudian dikeluarkan perintah hukuman, dia diheret dengan diseret mukanya sehingga dicampak ke dalam api neraka.

Didatangkan pula seorang lelaki yang di dunia telah belajar ilmu, mengajarnya dan membaca al-Quran. Allah telah mengingatkan kembali nikmat dan kelebihanya yg Allah berikan.

Dia mengakui nikmat tersebut. Allah bertanya “Apa yang engkau beramal kerna Allah terhadap nikmat2 ini?” Dia menjawab “aku telah belajar, mengajarnya dan membaca al-Quran kerana mu .”

Allah menjawab “Kamu berbohong kerana kamu belajar supaya dikatakan kamu orang yg berilmu dan kamu membaca supaya dikatakan kamu sebagai Qari , sesungguhnya kamu telah dipanggil sebagai orang berilmu dan qari.

Kemudian dikeluarkan perintah hukuman, lalu diheret diatas mukanya sehingga dicampak ke dalam api neraka.

Didatangkan pula seorang lelaki yang Allah telah luaskan rezkinya dan memberikannya pelbagai jenis harta. Allah telah memperingatkan kembali nikmat dan kelebihanNya kepadanya. Dia telah mengakuinya.

Allah bertanya “Apa yang engkau telah buat terhadap nikmat2 tersebut demi kerana Allah?” Dia menjawab “Aku telah membelanjakan harta untuk setiap jalan kebaikan kerana mu.

” Allah menjawab “Engkau bohong kerana engkau buat sedemikian adalah kerana untuk dikatakan sebagai pemurah, sesungguhnya engkau telah dikatakan pemurah.” Kemudian diputuskan hukuman, lalu diheret atas mukanya sehingga dicampak ke dalam api neraka.”

Hadis sahih riwayat Muslim, Nasaie, Tirmizi dan Ibnu Hibban.

Tanda-tanda orang riya

Fudail bin ‘Iyad berkata:

“Meninggalkan amalan kerana manusia adalah riya’, melakukan amalan kerana manusia adalah syirik dan ikhlas ialah Allah menyelamatkan kamu dari keduanya.”

Jenis riya’

Pertama: Riya Jali

Orang yang melakukan amalan tersebut dihadapan manusia. Ketika bersendirian tidak buat.

Kedua : Riya’ khafi

Orang yang melakukan amalan yang sama samada dihadapan manusia atau bersendirian. Namun dia rasa gembira bila orang mengetahu amalannya. (Syekih Bajuri)

Fenomena riya dan Sum’ah dalam kehidupan seharian

1. Solat sunat di depan orang. Dekat rumah tidak buat.
2. Pakai elok utk buat ibadat depan orang. Dekat rumah ala kadar.
3. Tidak makan banyak depan orang. Ketika sorang-sorang makan banyak.
4. Berasa seronok bila dipuji amalannya.
5. Menceritakan amalannya kepada manusia.
6. Semangat buat amalan bila dipuji dan lemah ketika dikeji.
7. Menggelokkan bacaan didepan orang. Masa sorang-sorang baca laju kemain.
8. Akhlak yang bagus dan manis depan orang. Masa dekat rumah terok.
9. Tulis kat blog,status ym atau mana2 yang menunjukkan dia ikhlas, beramal, berjuang dan amal2 Islam yang lain.
10. Berpasatuan atau berparti kerna nak pujian dan jawatan. Bila tak dapat mulala merajuk atau lemah semangat.

Menderma darah menurut perpsektif Islam

25 Syaaban 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

Pemindahan darah (blood transfusion) adalah perkara yang baru dan muncul pada kurun yang ke 20. Semenjak ianya muncul , para fuqaha mengharuskan sekalipun nas-nas syara’ menyatakan najisnya darah yang mengalir dan haram penggunaannya melainkan dalam keadaan darurat.

Haram menggunakan darah dengan cara makan dan minum melainkan dalam keadaan darurat. Haram juga menjual menjual darah atau menggunakan darah dalam apa jua bentuk melainkan dalam keadaan darurat.

Diantara ayat-ayat dan hadis-hadis yang menggalakkan menolong adalah seperti berikut:

Firman Allah swt:

“Dan sesiapa yang menyebabkan manusia hidup maka seumpama menghidupkan manusia keseluruhannya.” (32: Al-Maidah)

Firman Allah swt:

“Dan hendaklah kamu saling tolong menolong dalam kebaikan dan ketakwaan.” (2: al-Maidah)

Nabi saw bersabda:

من نفس عن مؤمن كربة نفس الله عنه كربة من كرب يوم القيامة والله في عون العبد ما كان العبد في عون أخيه

“Sesiapa yang melepaskan satu kesulitan orang beriman, Allah akan melepaskan satu kesulitan dari sejumlah kesulitannya pada hari kiamat. Allah menolong hambanya selagi mana hambanya menolong saudaranya.” (Hr Tirmizi)

Nabi saw bersabda:

من استطاع أن ينفع أخاه فليفعل
“Sesiapa yang mampu untuk memberi manfaat kepada saudarnya hendaklah dia melakukannya.” (Sahih Muslim)

Pemindahan darah adalah salah satu bentuk bantuan yang amat diperlukan dan salah satu cara untuk menolong orang yang susah dan menyembuh pesakit. Darah tersebut tidak dikira darah yang mengalir yang dihukum najis kerana ia dijaga dan dikembalikan ke dalam tubuh badan manusia serta mengalir di urat seperti mengalirnya darah-darah yang biasa.

Bagaimana pula dengan darah kafir?

Syeikh Ismatullah Inayatullah telah berkata:

“Tidak ada beza diantara darah kafir dan darah orang islam pada asal pensyariatan untuk menggunakannya dan pengharusan memindahkannya ketika perlu. Sesungguhnya seperti mana diharuskan berkahwin dengan ahli kitab dan membentuk anak2 hasil dari perkahwinan itu dengan percampuran darah, maka pengharusan pemindahan darah diantara muslim dan kafir lebih patut diharuskan. Darah yang dipindahkan hanya bantuan bukanlah membentuk tubuh yang asal.”

Syarat-syarat pemindahan darah dari segi syara’ adalah seperti berikut:

1. Bagi penderma: Baligh, berakal dan tidak dipaksa. Begitu juga tidak mendapat apa-apa kemudaratan dengan sebab menderma darah.

2. Bagi penerima: Hendaklah pesakit itu memerlukan darah di peringkat darurat atau hajiat (memerlukan). Tidak ada benda lain yang mampu mengganti tempatnya. Hendaklah dengan izin penerima melainkan pada keadaan darurat yang tidak memerlukan keizinan penerima. Dalam keadaan darurat juga tidak perlu diambil kira bangkangan dari penjaga budak kecil atau orang gila yang mana pihak perubatan telah menyatakan wajib dilakukan pemindahan darah demi untuk menyelamatkan nyawanya.

3. Pemindahan darah adalah bersifat tabarru’ (sedekah atau hadiah) tanpa melibatkan pertukaran harta kerana haram menjualnya. Diharuskan menggalakkannya dengan diberi pingat.Fatwa Akademi Fekah bagi Ikatan Dunia Islam telah menyatakan:

"Adapun majlis ini berpendapat haran hukumnya mengambil bayaran dari pemindahan darah atau dengan erti jual beli darah . Ini adalah kerana darah adalah perkara yang diharamkan untuk dimakan yang dinaskan dalam Quran bersama bangakai dan babi. Perkara yang haram dimakan , haram jual beli dan mengambil bayaran. Telah datang hadis yg sahih:

إن الله تعالى إذا حرم شيئا حرم ثمنه
Maksudnya: "Sesungguhnya Allah swt apabila mengharamkan sesuatu, akan mengharamkan harga bayarannya."

Para ulama kontemperori telah bersepakat pada pengharusan pemindahan darah sehinggalah ulama yang mengharamkan pemindahan anggota juga mengharuskan pemindahan darah. Syeyd Abul A’la al-Maududi ulama yang mengharamkan pemindahan anggota telah berkata:

“Harus disisiku memindahkan darah kepada pesakit untuk menyelamatkan nyawanya. Tidak ada sebab untuk mengharamkannya dan menegahnya.”

Buka guna Internet Explorer

Buat sementara waktu saya menyarankan kepada pengunjung blog ini menggunakan Internet Explorer untuk mengelakkan masalah semasa menekan "read more".

Setakat ini saya dapat mengesan masalah yang timbul sekiranya menggunakan Mozilla Firefox sahaja.