03 August 2010

Terkini 8.30 am : Polis mula mengadakan kawalan disekitar bangunan DUN Perak.

Nampaknya kawalan ketat dan menjadikan kawasan sekitar DUN Perak sebagai "zon perang" berulang lagi bila kawasan DUN Perak dikawal ketat oleh pasukan keselamatan sejak awal pagi ini.

Dihadapan pintu masuk utama kelihatan polis sedang mengadakan kawalan termasuklah jalan masuk ke pejabat PAS Perak dan Wisma DAP diletakkan kon sekatan.

Langsung sidang DUN Perak hari ini.

Hari ini Sidang DUN Perak akan berlangsung bermula pada jam 9.00 pagi. saya akan cuba memberikan liputan secara langsung pada sidang hari ini dengan segala halangan yang cuba dilakukan kepada ADUN pakatan Rakyat untuk membawa alat peraka.

Terkini 10.18 am : Dewan kecoh.

Dewan sekarang dalam keadaan kecoh apabila Zambry mengingatkan kepada Ganesan bahawa ADUN Pantai Remis menggunakan kamerea. Lalu Ganesan terus mengarahkan bentara merampas kamera itu. Tindakan itu dibantah oleh ADUN Stiawan, Pasir Pinji dan Teja serta oleh pantai remis sendiri.

ADUN PR mempersoalkan tindakan ganesan melarang Pantai Remis dengan amaran pertama sekira menggunakan sekali lagi baru dirampas, namun arahan segera diarah untuk merampas kamera itu.

Dewan kembali tenang dan Zambry meneruskan memberi jawapan. kamera tidak jadi dirampas oleh bentara akibat bantahan ADUN PR tadi.

"Mengapa penyokong pro-ISA tidak ditahan?"

21 Syaaban 1431 H
Oleh: Susan Loone

Tiga aktivis dan seorang peguam yang ditahan polis di sudut pidato Pulau Pinang malam tadi kerana menyertai perhimpunan bagi membantah terhadap Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) mendakwa polis berat sebelah dalam melaksanakan tugas mereka.

Ini kerana, polis dikatakan gagal bertindak terhadap ‘kumpulan pengacau’ yang didakwa 'dinaungi' Umno yang juga berada di lokasi yang sama malam tadi.

Ahli jawatankuasa pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM), Choo Chon Kai, yang bercakap di luar balai polis Jelutong pada jam 12.30 pagi selepas dibebaskan berkata kumpulan yang mendakwa sebagai ‘penyokong pro-ISA’ itu bukan sahaja ‘biadap dan kasar’ tetapi cuba mengapi-apikan orang ramai agar terjerumus dengan keganasan.

Malangnya, Choo berkata polis bukan sahaja gagal bertindak terhadap kumpulan berkenaan tetapi menangkap beliau dan rakan-rakannya yang berhimpun secara aman.

“Inilah wajah sebenar penyokong ISA; mereka mempunyai wajah ‘fascist’yang mengambarkan keadaan mental mereka yang masih terperangkap dalam zaman penjajah,” katanya.

“Malangnya, polis juga bertindak dengan cara yang sama ketika cuba memaksa rakyat yang berhimpun secara aman bersurai,” tambahnya.

Choo juga mempersoalkan mengapa Malaysia masih mengekalkan undang-undang yang diwarisi oleh penajajah Inggeris, meskipun negara telah mencapai kemerdekaan lebih 5 tahun.

“Malah perogol dan pembunuh juga diberikan perbicaraan yang adil, tetapi mereka yang ditahan mengikut ISA, tiada perbicaraan langsung. Ini mungkin berlaku kepada mereka yang cuma menjual lencana anti-ISA; polis tidak perlu mengemukakan sebarang bukti di mahkamah,” kata Choo lagi.

Pada kejadian malam semalam, jumlaah mereka yang berhimpun dianggarkan sekitar 100 orang berbanding 180 anggota polis yang dikerahkan ke lokasi. Mereka cuma diberikan masa lima minit untuk bersurai atau menghadapi kemungkina ditangkap.

Malaysiakini/-

Polis gila: Tangkap Unit Amal bertugas

21 Syaaban 1431 H
Oleh: Ustaz Misbahul Munir

Himpunan warga felcra dicemari dengan tindakan pihak polis yang menangkap anggota Unit Amal yang bertugas mengawal lalulintas dan parking.

Program yang bermula pagi tadi dengan majlis perasmian oleh YB Dato' Seri Hj Nizar Jamaludin berjalan dengan lancar tanpa gangguan. Berbeza dengan ceramah malam tadi yang dikepung dengan pihak polis, namun ceramah berjaya dijalankan sehingga tamat.

Petang tadi, semasa peguam Wan Romini membentangkan kertas kerja kepada para peserta, beberapa anggota Unit Amal yangs sedang bertugas mengawal lalilintas dan parking telah ditangkap oleh pihak polis.

Anggota polis semakin ramai, yang ditangkap juga semakin ramai. Sehingga kini lebih kurang 30 orang telah ditangkap oleh pihak polis, dan kesemuanya ditahan di balai polis Kg. Gajah.

Majlis penutupan Himpunan Warga Felcra yang sepatutnya disempurnakan oleh Hj Mohamad Sabu terpaksa dibatalkan, begitu juga ceramah umum malam ini terpaksa juga dibatalkan walaupun orang ramai tetap menghadirinya.

Ini semua kerja jahat UMNO BN Pasir Salak yang diketuai oleh Tajuddin Abd. Rahman yang juga Pengerusi Felcra.

Mereka berbuat demikian kerana kedudukan kuasa politik yang semakin terancam apabila pendedahan demi pendedahan dibongkar oleh PR terhadap pengurusan felcra.

Harakahdaily/-

BN terdesak: Rakyat jadi mangsa

21 Syaaban 1431 H
Oleh: Mutaligat

Setiap kali BN terdesak dan merasakan kedudukan mereka tergugat, BN menggunakan apa juga cara untuk berdepan dengan rakyat.

Sejak dari dahulu, kini dan mungkin selamanya rakyat akan berdepan dengan pihak keselamatan bagi menghadapi BN.

Minggu ini kita melihat perkara ini berulang kembali. Program, ceramah dan sebagainya yang dijalankan oleh rakyat yang tertindas dan dizalimi di ganggu oleh pihak berkuasa dengan menangkap rakyat tanpa alasan yang munasabah.

Mereka hanya berhimpun untuk mendengar ceramah dan menghadiri program-program yang membela kebajikan mereka tetapi dihalang dengan rakus dan kasar oleh pihak berkuasa.

3 peristiwa berlaku sehari dua ini :-

1) Seramai 30 orang termasuk 10 anggota Unit Amal telah ditahan polis sehingga lewat petang ini (Ahad) yang dimulai kira-kira jam 4.00 petang sementara seluruh kawasan Himpunan Warga Felda Kebangsaan di Changkat Lada, di sini dikepung. Tangkapan turut dilakukan terhadap mereka yang memakai pakaian beridentitikan penganjur program. Semua yang ditangkap dibawa ke Balai Polis Kampung Gajah.

2) Seramai 29 orang ditahan, 21 lelaki dan lapan perempuan setelah polis beserta pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) bertindak menyerbu upacara menyalakan lilin anti-ISA di Padang Timur berhampiran bangunan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di Petaling Jaya. Pihak peguam sedang membuat urusan di balai polis.

3) Sekurang-kurangnya 50 anggota unit simpanan persekutuan (FRU) dan puluhan lagi anggota polis menyerbu pentas Ceramah Pakatan Rakyat di Rengit di Batu Pahat, Johor.

Serbuan dibuat sebelum Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual berceramah dipantas itu malam tadi.

Polis bertindak mengosongkan pentas, merampai pembesar suara dan menghalau penyokong dari tapak ceramah. Akibat sebuan itu sehingga jam 12.30 pagi tadi difahamkan sekurang-kurangnya sembilan ditangkap terdiri dari tujuh lelaki dan dua wanita. Kesemua yang ditahan kini dibawa ke balai polis Rengit.

Ternyata BN benar-benar tertekan dan takut kepada bayang-bayangnya sendiri sehingga tergamak menggunakan kekerasan bila berhadapan dengan rakyat. Mana perginya slogan 1Malaysia, pencapaian diutamakan rakyat didahulukan.

Sepatutnya dengan semangat 1Malaysia kerajaan akan berlebih professional bila berhadapan dengan isu-isu yang ditimbulkan oleh rakyat.

Isu-isu Felda, Felcra dan ISA seumpama ini adalah isu kezaliman dan penindasan yang diperjuangkan oleh rakyat. Apa salahnya kerajaan duduk semeja berbincang dan berdialog dengan rakyat malah mungkin juga kerajaan boleh menghantar wakil untuk berdebat dengan rakyat dalam isu-isu tersebut.

Menggunakan kekerasan dan kerakusan seperti ini tidak akan menyelesaikan masalah malah rakyat akan semakin benci dan meluat dengan kerajaan dan pimpinannya.

Harakahdaily/-

Sekat dan provokasi bukti Umno-BN makin terdesak

21 Syaaban 1431 H
Oleh: Angkasanuri

Umno semakin cemas dan lemas dengan pelbagai pendedahan skandal, rasuah dan penyelewengan yang berlaku melibatkan pemimpin mereka serta yang sewaktu dengannya.
Maka pelbagai taktik keji dan kotor dilakukan untuk menyekat segala maklumat sampai kepada rakyat.

Sekatan dan amaran kepada media milik Pakatan Rakyat seperti Harakah, Suara Keadilan dan Rocket membuktikan Umno cukup gelabah dengan apa yang dilakukan oleh tangan-tangan mereka selama berkuasa dengan menipu dan membodohkan rakyat.

Maka bagi menghalalkan tindakan yang tidak bertamadun dengan membelakangkan prinsip demokrasi dengan cuba menyekat sebarang bentuk penyampaian maklumat kepada rakyat maka pihak berkuasa dan agensi kerajaan diperalatkan .

Malah pemimpin Umno sendiri juga menjadi juara dalam melakukan provokasi terhadap ceramah anjuran Pakatan Rakyat.

Paling ketara seperti gangguan ceramah yang didalangi dan diketuai oleh Ketua Menteri Melaka yang bergelumang dengan rasuah sebelum ini.

Jika sebelum ini beliau cukup terkenal apabila berkokok seperti ayam jantan hendak kena sembelih dalam satu majlis ceramah untuk mempersendakan presiden Pas, Tuan Guru Dato Seri Hj. Abdul Hadi Awang.

Kebelakangan ini beliau membodohkan diri sendiri apabila beberapa kali menjadi penceramah bidan terjun berhampiran tempat ceramah yang diadakan oleh Pakatan Rakyat terutama di Dun Bukit Baru yang diwakilinya sekarang.

Apa yang berlaku di Rengit Batu Pahat malam tadi menjadi satu lagi bukti bahawa Umno cukup fobia dan gerun dengan kebangkitan serta sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat. Jika mereka kuat mengapa perlu ada gangguan terhadap segala bentuk aktiviti dan program pakatan Rakyat.

Bagi saya apa yang dilakukan hanya mukadimah dan memberi gambaran bahawa banyak lagi provokasi dan sekatan bakal dilakukan. Maka sekali lagi rakyat di negara ini bakal dihidangkan bahawa kononnya pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat bertindak bertentangan dengan undang-undang Umno!

Harakahdaily/-

PAS Wilayah lebar sokongan bukan Islam

21 Syaaban 1431 H
Oleh: Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 1 Ogos: Kewujudan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) merupakan satu peluang yang harus digunakan sebaik mungkin oleh PAS Wilayah Persekutuan untuk melebarkan sokongan kepada orang bukan Islam, kata Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli.

Hatta juga yakin kerterbukaan yang ditunjukkan PAS ketika ini akan turut mendapat sokongan daripada orang Islam terutamanya ahli PAS sendiri.

"Kita menerima bahawa penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS sebagai satu peluang yang baik kepada pada PAS Wilayah Persekutuan untuk melebarkan tapak sokongan kepada masyarakat bukan Islam dan saya yakin keterbukaan ini pula akan mengundang sokongan daripada umat Islam sendiri, terutamanya ahli," katanya ketika ditemui selepas membentangkan kertas kerja ‘Islam Adil Untuk Semua’ di majlis Munaqasyah Ucapan Presiden, dekat sini, hari ini.

Ahli Parlimen Kuala Krai itu turut berkata, PAS Wilayah harus menggunakan pendekatan yang bersesuaian dengan suasana majmuk di kawasan ini dengan memperbanyak program bersama dua rakan dalam Pakatan Rakyat, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

"Pendekatan PAS Wilayah Persekutuan ini harus disesuaikan dengan kemajmukan keadaan di Kuala Lumpur dan melalui program bersama rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat kita akan dapat menembusi halangan-halangan yang selama ini mungkin kita hadapi," katanya lagi.

Sementara itu, beliau juga mengingatkan parti agar memperkasa pengkaderan ahli agar dapat menjadi petugas yang mahir dan berketerampilan.

"Dari segi muhasabah dalaman saya rasa cukup elok untuk memperkemaskan proses pengkaderan ahli supaya menjadi petugas yang mahir dan berketerampilan dan komited dengan kerja-kerja parti," ujarnya.

Selain itu katanya, pengurusan organisasi parti harus diperkemaskan dari semua aspek terutamanya penyampaian maklumat kepada ahli dan rakyat keseluruhannya serta mengekalkan dasar parti sebagai sebuah gerakan Islam yang mengamalkan keterbukaan dan mesra rakyat.

"Semua bersetuju bahawa parti perlu diurus dengan lebih berkesan dari segi organisasi, kesetiausahaan dan penyampaian maklumat dan penerangannya.

"Perlu menggunakan pendekatan yang lebih profesional dalam pengurusan parti dan yang saya nampak juga kita harus mengekalkan dasar parti sebagai sebuah gerakan Islam yang terbuka, lebih mesra rakyat bukan sahaja kepada orang Islam tetapi juga kepada bukan Islam," katanya.

Terdahulu, munaqasyah itu dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Noor Mohamad.

Sebanyak enam kawasan dan keempat-empat dewan iaitu Dewan Ulama, pemuda, muslimat dan himpunan penyokong membahaskan ucapan tersebut.

Antara topik yang mendapat perhatian peserta ialah mendepani masyarakat majmuk yang dibahaskan oleh kawasan Wangsa Maju.

Turut hadir Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Lo' Lo' Ghazali yang juga ahli Parlimen Titiwangsa dan Pengerusi DHPP Wilayah Persekutuan, Vincent Lee.

Harakahdaily/-

Semua dibebaskan termasuk wartawan Harakah

21 Syaaban 1431 H

PETALING JAYA, 2 Ogos: Semua 29 orang yang ditahan kerana menyertai upacara menyalakan lilin anti-ISA di Padang Timur berhampiran bangunan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini dibebaskan dengan jaminan polis kira-kira jam 3.30 pagi tadi.

Mereka termasuk Pengerusi Gerakan Membantah ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh yang sebelum itu dibawa ke Balai Polis Petaling Jaya.

Bagi Syed Ibrahim, itulah pertama kali beliau ditahan sejak GMI mengadakan bantahan terhadap akta yang zalim itu.

Di KOTA BHARU, wartawan Harakah dan Harakahdaily, Salmah Mat Husain dan Rizal Tahir bersama seorang anak mereka berusia 15 tahun serta dua lagi ditahan polis ketika bertugas pada perhimpunan membantah ISA di Dataran Stadium Sultan Mohamad ke-IV, di sini malam tadi.

Mereka dibebaskan kira-kira jam 2.00 pagi tadi selepas dijamin oleh Adun Kelaboran, Mohamad Zaki Ibrahim dan peguam.

Mereka diminta datang ke ibu pejabat kontinjen polis di sini, tengah hari ini.Polis bertindak keras menghalang perhimpunan yang dimulakan selepas Isyak itu.

Pasukan keselamatan itu memberi amaran akan menangkap sesiapa sahaja yang pergi ke himpunan itu.Walaupun dalan keadaan hujan, ramai juga yang datang ke perhimpunan tersebut.

"Ditahan kerana menghadiri program dan ada bahan bercetak tentang ISA itulah dalam bag Kak Ma," ujar Salmah ketika dihubungi Harakahdaily pagi tadi.

Bagaimana pun, beliau sekeluarga tidak mengenali dua peribadi lain yang turut ditahan bersama-sama mereka.

Difahamkan, mereka ditahan polis ekoran mereka dianggap menyertai perhimpunan tanpa permit walaupun perhimpunan anjuran Gerakan Mansuh ISA (GMI) dengan kerjasama kerajaan negeri itu berlangsung secara aman.

Yang meragukan, katanya lagi, polis turut menahan anak mereka yang nyata berada di dalam kereta, walaupun anaknya itu tidak menyertai perhimpunan tersebut.

"Dah tahu perhimpunan itu tak ada permit, 9.15 malam memang nak turun keluar dah, tetapi dalam perjalanan nak keluar, dalam lima hingga enam orang anggota polis, antaranya berseragam dan berpangkat pegawai pergi ke kereta dan masa itu anak Kak Ma ada dalam kereta itu.

"Anak memang duduk dalam kereta pun, dia tak turun," beliau menambah.Ujarnya lagi, mereka yang terbabit kemudiannya dibebaskan sekitar jam 2 pagi hingga 2.50 pagi dengan jaminan polis.

"Kami dibebaskan dengan jaminan polis, tapi urusan dengan polis dilakukan oleh YB Mohd Zaki Ibrahim, Timbalan Speaker (Dun Kelantan) dan seorang peguam bersama empat anak buahnya," ujarnya.

Harakahdaily/-

Penternakan Kambing Tingkatkan Pendapatan Kaum Tani Hui di Ningxia

21 Syaaban 1431 H

Ma Zhongjun, penternak kambing yang terkenal di Baitugang kaunti Lingwu Wilayah Autonomi Hui Ningxia China.

Beliau merupakan seorang penternak kambing yang kerjaya kerana mempunyai lebih seribu ekor kambing.

Jumlah pendapatan tahunannya dijangka mencatat sejuta yuan RMB. Kebanyakan pedagang datang ke Baitugang untuk membeli kambing yang berkualiti tinggi.

Pedagang yang datang dari pekan Ningdong dan bandar Wuzhong hanya merupakan satu komponen dalam kalangan pengurus penternakan di kaunti Lingwu.

Terdapat ramai pedagang yang pergi ke kaunti Baitugang untuk membeli kambing yang diternak di sana disebabkan daging kambing yang berkualiti tinggi.

Menurut Ma Zhongjun, jumlah pendapatan setahun beliau mencecah sekurang-kurangnya 200ribu yuan RMB.

Ma Zhongjun berkata, dasar kerajaan pusat telah menyediakan lebih banyak kemudahan kepada para penternak.

Beliau berusaha untuk menggandakan jumlah kambing ternakannya daripada tahun lalu supaya pendapatan tahunannya meningkat kepada sejuta yuan RMB.

Kebanyakan keluarga penternak kambing di kaunti Lingwu baru-baru ini juga mengambil langkah seperti itu.

Menurut taksiran, jumlah ternakan kambing dari Baitugang mencatat 270 ribu ekor pada tahun 2008, manakala jumlah pendapatan daripadanya mencatat kira-kira 7 juta 200 ribu yuan.

Jumlah itu merupakan kira-kira 20% daripada jumlah keseluruhan pendapatan per kapita petani di seluruh kaunti itu.

Bagaimanapun, usaha menternak kambing di kaunti Lingwu sebenarnya tidak mengalami perubahan yang besar sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Menurut Ma Zhongjun, kebanyakan keluarga penternak mahu mendapatkan lebih banyak keuntungan daripada usaha menternak kambing disebabkan daging kambing dari Lingwu berkualiti tinggi dan amat terkenal.

Bagaimanapun, bekalan daging kambing dan kulit kambing tidak dapat menampung permintaan yang begitu banyak daripada pedagang.

Oleh itu, daging kambing hanya dapat dijual kepada restoran dan penjual kecil-kecilan sahaja.

Pengalaman menternak yang kurang dan cara penternakan yang kurang saintifik menyebabkan para petani tidak berani menjalankan perusahaan secara besar-besaran.

CRI/-

Polis perlu jaga keselamatan negara, bukan Umno

21 Syaaban 1431 H

KUALA LUMPUR, 2 Ogos: PAS berharap polis menjaga keselamatan negara, bukan keselamatan Umno dan bertindaklah secara profesional dengan memberikan keutamaan kepada apa yang patut dilakukan untuk kepentingan rakyat dan negara, bukan untuk kepentingan Umno BN.

Sehubungan itu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad menegaskan pihaknya membantah sikap primitif dan tidak bertamadun polis yang bertindak kasar terhadap ceramah dan himpunan aman yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat di negara ini.

Beliau merujuk kepada tangkapan dan gangguan ceramah oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim di Rengit, Batu Pahat pada 31 Julai di mana polis bertindak mengosongkan pentas, merampas pembesar suara dan menghalau penyokong dari tapak ceramah.

Sekurang-kurang-kurangnya sembilan orang ditangkap yang terdiri daripada tujuh lelaki dan dua wanita di mana polis juga didakwa bertindak mengoyakkan backdrop penganjur yang digantung di pentas utama.

Pada Himpunan Warga Felcra Kebangsaan di Changkat Lada, Pasir Salak, seramai 30 orang termasuk 10 anggota Unit Amal telah ditahan polis pada 1 Ogos manakala pada sebelah malamnya, pada himpunan menyalakan lilin anti-ISA di Padang Timur berhampiran bangunan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) seramai 29 orang ditangkap, 21 lelaki dan 8 perempuan.

Wartawan Harakah dan Harakahdaily di Kota Bharu juga turut ditahan semasa bertugas membuat liputan himpunan membantah ISA di Dataran Stadium Sultan Mohamad ke-IV malam tadi.

“PAS sungguh kecewa terhadap tindakan yang dilakukan oleh polis, ketika kadar jenayah meningkat, buang anak menjadi-jadi. Manakala pihak polis sanggup memerah otak untuk menyekat rakyat mendapat maklumat yang sebenar,” ujar Idris dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, adalah tidak adil ketika media elektronik kerajaan BN memfitnah Kerajaan Pakatan Rakyat, tetapi Pakatan Rakyat tidak dibenarkan menjelaskan cerita yang sebenar.

PAS, ujarnya yakin tindakan itu sebagai satu usaha Umno kerana parti perkauman Melayu itu sudah berada penghujung hayat, lantaran apa yang dikhabarkan oleh Umno, rakyat tidak percaya.

Menurutnya lagi, maka satu jalan sahaja yang ada kepada mereka ialah menggunakan kuasa dengan mengarahkan pihak polis mengganggu ceramah PAS dan Pakatan Rakyat.

“PAS yakin tindakan yang dibuat oleh polis bukan rakyat semakin takut, malahan semakin benci dengan Umno BN, dan yang paling kita bimbang moral dan imej polis akan tercalar di mata rakyat.

“Sekiranya Pakatan Rakyat memerintah di peringkat Pusat, kesemua mereka yang bertindak secara tidak profesional akan dihadapkan ke pengadilan,” tegasnya.

Harakahdaily/-

Penggunaan alkohol dalam makanan, ubat-ubatan dan minyak wangi

21 Syaaban 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

Penggunaan alkohol pada arak dan minuman yang memabukkan

Alkohol etil adalah kandungan utama dalam semua jenis arak dan minuman yang memabukkan. ِِAdalah jelas diharamkan air yang mengandungi alkohol ini untuk diminum sama ada sedikit atau banyak. Nabi s.a.w bersabda:

"Benda yg memabukkan jika diambil dalam jumlah yg banyak maka yg sedikit walaupun tidak memabukkan adalah diharamkan."(Hr an-Nasaie dan Ibnu Majah)pengharaman ini adalah menurut persepakatan ulama.

Penggunaan alkohol dalam minyak wangi

Alkohol adalah bersih zatnya menurut pendapat sebahgian ulama (Ahmad Syakir, Muhammad Rashid Redo, Muhammad Tohir bin Asyur dan lain2).

Oleh kerana yang demikian, dibolehkan mengeluarkan produk minyak wangi yg beralkohol dan memakainya. Ini kerana ia termasuk dalam perhiasan dan kesenangan dunia yg dibenarkan oleh Islam. Firman Allah s.w.t:

"Katakanlah wahai Muhammad; siapakah yang mengharamkan perhiasan Allah dan rezki2 yg baik2 yang mana Allah keluarkan utk hamba2nya.

Katakan wahai Muhammad; Semua itu adalah untuk orang2 beriman di dalam kehidupan dunia (dan juga untuk orang2 kafir). Kesenangan dan nikmat tersebut khusus untuk orang2 beriman pada hari kiamat." (32: al-3Araf)

Pendapat ini disokong oleh resolusi seiminar feqh perubatan yg ke8 yang diadakan oleh 'Pertubuhan Islam bagi ilmu perubatan' pada 22-24 mei 1995 di Kuwait.
Penggunaan alkohol dalam ubat-ubatan

Seperti yang diketahui umum bahawa kebanyakan ubat2 yg diminum mengandungi alkohol etil dgn kadar yg amat sedikit.

Ia bertujuan untuk memelihara ketahanan ubat atau meleburkan sebahagian pati tumbuh2an atau bahan2 kimia yang tidak tidak lebur dgn air. Ubat2an ini hanya diambil dalam jumlah yg sedikit oleh pesakit dan mengikut preskripsi doktor yang tidak membawa kepada mabuk.

Jika ada sesiapa yang hendak meminumnya dgn jumlah yang banyak untk mabuk maka dia akan mati keracunan sebelum sampai tahap mabuk.

Adapun penggunaan ubat2 seprti ini adalah dibenarkan kerana ia telah sebati (istihlak) dengan ubat2 sehingga tidak ada bau, warna dan rasa yg asal. Ia dipanggil Teori 'Istihlak' yang mana kebanyalan ulama mengatakan halal bagi perkara yang haram dan bernajis jika sudah sebati dengan lebih banyak bahan yang lain.

Jika kandungan alkohol ini tidak tidak termasuk dlm teori 'Istihlak' dgn erti kata lain masih ada bau, rasa atau warna yang asal maka pendapat Imam Abu Hanifah dan Abi Yusuf mengatakan halal minuman yang mengandungi bahan yg memabukkan diperbuat selain dari anggur dan kurma dgn tujuan utk menguatkan tubuh badan dan pengubatan serta tidak memabukkan. Alkohol etil diperbuat daripada bahan kimian, gula atau gas semulajadi.

Disebut dalam resolusi seminar feqh perubatan ke 8 yg dianjurkan Pertubuhan Islam bg Ilmu Perubatan yg diadakan di Kuwait adalah seperti berikut (sebahagiannya):

"Sesungguhnya tidak ditegah oleh syara3 untuk mengambil ubat2an sekarang yang mengandungi alkohol dgn kadar yg amat sedikit dengan bertujuan untk memelihara atau meleburkan sebahagian bahan2 yang tidak lebur dalam dgn 2 syarat:

1. Tidak digunakan alkohol sebagai ubat penenang.

2. Tidak ada alternatif ubat yang lain."

Penggunaan alkohol dalam makanan.

Bahan2 makanan yang mengandungi alkohol terbahagi kepada beberapa bahagian:

Bahagian pertama:

Jus buah2an, susu dadih, doh yg ditapaikan dan seumpa dengannya yang mengandungi alkohol dengan kadar yang amat sedikit iaitu tidak lebih dari 0.5 peratus melainkan jus anggur yang mana kadar alkoholnya boleh sampai kepada 1 peratus. Bahan-bahan makanan ini tidak termasuk dalam senarai bahan-bahan yang memabukkan.

Makanan jenis ini adalah halal kerana alkohol yg terdapat padanya sudah sebati dimana sudah tidak ada bau, warna dan rasa alkohol. Ia dikiaskan dengan tuak sebelum ia matang dan memabukkan.

Sekalipun terdapat nisbah yg sedikit daripada bahan yg memabukkan tetapi ia adalah bersih menurut persepakatan ulama.

Bahagian kedua:

Bahan-bahan makanan yg mengandungi alkohol dgn kadar yg amat sedikit. Ia bertujuan untuk meleburkan sebahagian bahan yg tidak lebur dgn air seperti pewarna, pengawet, perasa dan lain-lain.

Contohnya ialah minuman coca cola dan pepsi cola yg mengandungi bahan pewangi yg tidak lebur melainkan setelah dicampur dengan alkohol. Kandungan alkohol dalam minuman ini tidak sampai 0.3 peratus.

Minuman dan makanan jenis ini adalah halal untuk dimakan dan diminum kerana sebab yang sama dgn jenis yang pertama iaitu sudah sebati (istihlak) dengan minuman sehingga tidak ada lagi bau, warna dan rasa.

Disebut dalam resolusi seminar feqh perubatan yg ke8 di bawah pertubuhan Islam bagi ilmu2 perubatan di Kuwait pada Mei 1995 seperti berikut:

"Sesungguhnya makanan dan minuman yang terdapat alkohol dgn jumlah yang amat sedikit dalam pembuatannya dengan tujuan untuk meleburkan bahan2 yang tidak lebur melainkan dengan alkohol seperti pewarna, pengawet dan yang lain2 adalah harus dimakan dan diminum kerana dua sebab

1. Sudah berleluasa penggunaaan alkohol dalam bahan tersebut.

2. Penyejatan alkohol yg dicampur dgn bahan lain ketika proses pembuatan makanan dibuat."

Bahagian ketiga:

Makanan dan minuman yang dicampur dengan minuman alkohol yang memabukkan sperti brandy supaya mendapatkan rasa yang unik, berbeza dan digemari oleh sebahagian manusia. Diantara contohnya ialah aiskrim, manisan dan coklat yang mengandungi bahan yang memabukkan.

Makanan dan minuman jenis ini adalah diharamkan kesemuanya kerana mengandungi arak. Ini kerana ulama bersepakat mengatakan haramnya makanan dan minuman yang dicampur dengan arak apabila tidak sebati (istihlak).

Ia terdapat kesan-kesannya seperti rasa, warna atau bau. Ini telah disebut dalam resolusi feqh perubatan yang ke8 oleh pertubuhan Islam bagi ilmu-ilmu perubatan di Kuwait pada Mei 1995.

Perihal Kedekut

21 Syaaban 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

1. Seorang bakhil telah memasak seperiuk makanan. Dia telah duduk makan bersama isterinya. Dia berkata kepada isterinya "Alangkah enaknya makanan ini. jika tidak ramai yang menjamahnya kan bagus.

" Isteri dia menjawab "Mana yang ramainya, hanya aku dan engkau sahaja dekat sini.
" Suaminya menjawab "Aku suka kalau kalau aku bersama dgn periuk yg mengandungi makanan ini sahaja ada disini."

2. Seorang lelaki telah tidur di rumah orang kaya kufah (Iraq). Ketika waktu malam lelaki tersebut melihat tuan rumah telah membolak balik tubuh anak-anaknya kekanan dan kekiri.

Apabila sampai waktu subuh, tetamu tadi bertanya "Kenapa kamu berbuat demikian kepada anakmu?" Tuan rumah itu menjawab "Budak-budak ni telah makan sebelum tidur dan tidur mengiring ke kiri.

Makanan tadi akan diproses dan turun yang menyebabkan mereka bangkit pagi kelaparan. Aku pun membolak balik tubuh mereka ke kanan dan ke kiri supaya makanan tadi tidak cepat hadam dan mereka tidak merasa lapar bila bangun dari tidor."

3. Seorang lelaki berkata kepada orang menziarahinya "Adakah engkau sudah makan tengahari?" Kalau tetamunya menjawab "Ya" Dia akan berkata "Kalau engkau belum makan lagi nescaya akan ku hidangkan makanan yg sedap.

" Kalau tetamu tetamu menjawab "Belum" Dia akan berkata "Kalau engkau dah makan nescaya aku akan sediakan 5 cawan air minum." Sedangkan lelaki itu tidak mempunyai sedikit pun apa yg ingin dia hidangkan.

4. Seorang penduduk Marwa yg terkenal dgn kebakhilan selalu pergi ke Mekkah untuk menunaikan haji dan berniaga. Ketika dalam perjalanan beliau selalu singgah di rumah seorang lelaki yg tinggal di Iraq.

Lelaki Iraq tersebut sangat memuliakannya dgn melayan, menjamu dan mencukupkan belanja perjalanannya. Penduduk marwa tersebut selalu berkata kepada lelaki Iraq tersebut "Alangkah baiknya kalau aku melihat mu di tempat ku Marwa; bolehlah aku membalas segala jasamu yg telah melayan ku sejak dulu lagi setiap kali aku datang ke rumah mu. Adapun aku tidak dapat nak membalasnya disini kerana engkau tidak memerlukan apa-apa disini."

Suatu ketika lelaki Iraq tersebut telah bermusafir dlm jarak perjalanan yg amat jauh. Dia telah menempuhi pelbagai kesulitan dan kepayahan dlm perjalanan tersebut sehinggalah dia telah sampai di MArwa.

Dia pun terus menuju kepada lelaki yg selalu dibantunya. Lelaki tersebut sedang bersama-sama teman-temannya. Lelaki Iraq itu terus memeluk lelaki tersebut tetapi yg peliknya lelaki itu seolah-olah tidak mengenalinya.

Dia pun meyangka lelaki itu tidak mengenalinya kerana dia masih memakai penutup muka. Dia pun menanggal penutup mukanya tetapi lelaki tadi tidak mengendahkannya seolah-olah tidak kenal kepadanya.

Dia pun menanggalkan serbannya dgn harapan supaya dikenali tetapi lelaki itu tetap tidak kenal. Kemudian dia menanggalkan kupiahnya namun lelaki tadi tetap tidak mengendahkannya. Lelaki penduduk marwa itu terus berkata "Kalau engkau tanggalkan kulitmu sekalipun aku tidak kenal kamu."

5. Seorang lelaki telah pergi ke rumah penyair arab. Bila sampai dirumahnya, penyair tadi keluar dari rumahnya kerana takut kena jamu tetamunya pada malam tersebut. Tetamu tadi pun keluar membeli makanan yg diperlukan dan membawanya ke rumah itu. Dia menulis dua rangkap syair yg ditujukan kepada penyair itu:

Wahai orang yang keluar dari rumahnya dan lari kerana terlampau takut (kekurangan duit bila menjamu)Sesungguhnya Tetamu kamu telah datang dengan bekalan
Maka baliklah ke rumah dan jadilah tetamu kepada tetamumu

Pendirian Islam tentang Sifat Bakhil

Firman Allah s.w.t:Maksudnya: "Dan sesiapa yang menjaga dirinya dari sifat bakhil serta haloba maka itulah orang2 yang berjaya."(9: al-Hasyr)

Firman Allah s.w.t:

Tafsirnya: "Dan janganlah orang2 yang tidak menunaikan zakat dan bersifat bakhil untuk menginfaqkan sebahagian harta yang Allah telah berikan kepadanya berdasarkan kelebihan daripadaNya; adalah suatu kebaikan bagi mereka.

Bahkan ia memberi kemudaratan kepada mereka. Allah akan jadikan harta yang mereka bakhilkan sebagai ular yang membelit leher mereka pada hari kiamat..."(180: Ali Imran)

ثلاث مهلكات: شخ مطاع وهوى متبع وإعجاب المرء بنفسه
Maksudnya: Tiga sifat yang merosakkan manusia 1. kedekut beserta haloba yang dipatuhi. 2. Hawa nafsu yg dituruti. 3. Perasaan kagum dgn diri sendiri. (Hr Tobrani)

لا يدخل الجنة بخيل
Maksudnya: Orang yang bakhil tidak masuk syurga dgn golongan yg awal. (Hr Tirmizi dan Ahmad)

Berkata Ummul Banin saudara perempuan Umar bin Abdul Aziz:

"Celakalah orang yang bakhil. Kalau sifat bakhil itu baju aku tidak akan pakai baju itu dan jika sifat bakhil adalah jalan aku tidak akan lalu jalan tersebut."

CATATAN SAYA KETIKA HADIR BERTUGAS UNTUK HIMPUNAN AMAN PROTES

21 Syaaban 1431 H
Oleh: Mohd Shahraini Abu Sahid

Sabtu 26 Januari - Pada jam 1.50 petang tadi, saya memulakan perjalanan dari rumah saya di Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor dengan menaiki motorsikal untuk bertugas bersama sahabat-sahabat anggota Unit Amal Wilayah Persekutuan di KLCC dalam himpunan aman anjuran PROTES petang tadi.

Seperti himpunan yang biasa dilakukan, Unit Amal diminta untuk mengawal keselamatan pimpinan dan peserta untuk memastikan tidak ada berlakunya sebarang gangguan samada provokasi dari peserta atau pihak polis.

Ketika dalam perjalanan, saya cuba menghubungi beberapa sahabat saya menggunakan telefon bimbit yang berfungsi sebagai ‘walkie talikie’ malangnya talian saya bermasalah.

Saya meneruskan perjalanan dan tiba di KLCC pada jam 3.04 petang. Setelah meletakkan motorsikal diseberang jalan berhadapan dengan kompleks Suria KLCC, saya cuba mencari sahabat-sahabat anggota Unit Amal Wilayah Persekutuan tetapi tiada seorang pun yang kelihatan. Ketika itu, saya dapati telefon bimbit saya sudah berfungsi semula lalu saya cuba menghubungi sahabat saya.

Panggilan saya telah dibalas seorang sahabat dan saya menerima makluman rupa-rupanya kesemua sahabat anggota Unit Amal Wilayah Persekutuan telah dikejar dan diserbu lebih kurang 30 orang anggota polis pada sekitar jam 2.40 petang ketika mereka semua berkumpul di Stesen LRT Ampang.

Daripada makluman sahabat saya 6 orang anggota Unit Amal Wilayah Persekutuan yang mana 2 orang daripadanya anggota veteran Unit Amal Wilayah Persekutuan iaitu Hj Zamhuri Mohd Tahir dan pakcik Mohamad Nawi telah ditangkap dan dimasukkan kedalam trak polis.

Menurut sahabat saya lagi, anggota Unit Amal Wilayah Persekutuan yang lain termasuk Pengarah Unit Amal Wilayah Persekutuan, Sdr Saripuddin masing-masing berjaya melepaskan diri dari ditahan pihak polis dengan ada yang memasuki bangunan Kompleks Ampang Park serta beberapa bangunan yang lain.

Saya menghubungi pengarah saya dan pengarah saya memaklumkan bahawa beliau berada di tempat letak kereta di Kompleks Ampang Park selepas dikejar oleh polis.

Menurut beliau beberapa orang anggota polis berpakaian preman (Special Branch) masih mengekori beliau tetapi mereka tidak menahan beliau sebaliknya memaklumkan kepada anggota polis yang beruniform supaya mengambil tindakan.

Walaubagaimanapun beliau bejaya mengelak dari dikesan. Selepas itu saya diarahkan saya berhati-hati dan kalau boleh tukar uniform Unit Amal saya kepada baju biasa kerana menurut pengarah saya semua anggota polis diarahkan supaya mengesan dan menangkap anggota Unit Amal yang memakai uniform.

Ketika itu saya memakai uniform kemeja rasmi Unit Amal bukannya tshirt. Walaubagaimanapun saya berjalan dengan berhati-hati dengan kamera saya lalu menuju ke perkarangan kompleks Suria KLCC.

Setibanya berada di hadapan pintu masuk Suria KLCC, saya berjumpa Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Sdr Kamaruzaman Mohamad, Timbalan Ketua Muslimat PAS Pusat, Ustazah Wan Hasrina dan beberapa exco Dewan Pemuda PAS Pusat.

Lalu saya bertanya kepada Sdr Kamaruzaman dimana pimpinan PAS Pusat yang lain dan beliau tidak mengetahui kemana pimpinan PAS dan Keadilan berada cuma saya dimaklumkan bahawa Ketua Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah dan suami serta Setiausaha Dewan Muslimat PAS Pusat, Sdri Aiman Athirah dan 2 orang Srikandi telah ditahan dan dimasukkan kedalam trak polis.

Kemudian saya terus berjalan ke sebuah trak polis yang diletakkan dihadapan Suria KLCC. Saya dapati beberapa wartawan sedang mengerumuni trak tersebut sambil mengambil gambar. Saya menyusup diantara wartawan tersebut dan saya dapati beberapa peserta himpunan ditahan tetapi kelibat pimpinan PAS dan Keadilan tiada didalam trak tersebut.

Selepas itu saya berjalan lagi ke jalanraya dihadapan Suria KLCC menuju Wisma MCA dan saya dapati berlaku kekecohan ditengah jalanraya tersebut dan saya dapati Dr Osman Nasir dari Parti Sosialis Malaysia dan seorang wanita india ditahan dengan kasar oleh anggota polis.

Kemudian saya dapati Cikgu Badrul dari Keadilan juga ditahan selain diheret dengan cara yang kasar dan ganas. Saya memandang keseberang jalan dan saya dapati Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli, AJK PAS Pusat Dr Zulkifli Ahmad dan Ahli Majlis Tertinggi Keadilan, Dr Badrol Amin serta seorang sahabat saya sedang mengerumuni seorang wanita india yang pengsan akibat keganasan pihak polis.

Saya kemudiannya menghampiri mereka lalu saya maklumkan kepada pengarah saya bahawa saya sedang berada bersama mereka. Pengarah saya kemudian memberi arahan kepada saya agar memaklumkan kepada Dr Hatta, Dr Zul serta Dr Badrol Amin supaya beredar dari situ.

Kemudian ketiga-tiga pimpinan tersebut mula berjalan meninggalkan kawasan tersebut dan Dr Hatta memaklumkan beberapa wartawan untuk membuat sidang media di sebuah restoran mamak di Jalan Yap Kwan Seng berhadapan bangunan AmBank.

Saya kemudian bergegas mengambil motor lalu mengekori mereka ke restoran tersebut sambil sahabat saya mengiringi Dr Hatta dan Dr Zul. Dalam perjalanan ke restoren mamak tersebut, sepasukan polis mengekori Dr Hatta dan Dr Zul untuk menahan mereka.

Dibantu seorang peguam cina Johnson Chong, kedua-dua pimpinan tersebut telah beredar dari situ walaupun pada awalnya Dr Hatta telah dipegang oleh anggota polis yang bersiap sedia menahannya.

Dr Zul juga telah beredar dari situ dan mencari kenderaannya untuk ke restoran mamak tersebut. Saya dan sahabat saya serta peguam Johnson Chong kemudian mengiringi Dr Hatta.

Setibanya direstoran mamak tersebut, kami dapati Ketua Penerangan Keadilan, Tian Chua telah pun berada disitu dengan beberapa orang wartawan. Kami juga mendapati bebrapa orang SB juga berada disitu sambil minum air.

Saya memaklumkan pengarah saya yang kami sudah berada di restoran mamak tersebut dan bebrapa minit kemudian pengarah saya bersama 4 orang sahabat saya pun tiba disitu. Kemudian Dr Hatta dan Tian Chua memulakan sidang media.

Tidak lama kemudian, sepasukan anggota polis bersama trak polis telah datang kerestoran tersebut untuk menahan Dr Hatta dan Tian Chua.

Menurut pengarah saya Sb yang berada disitu telah memaklumkan kepada ketua mereka bahawa terdapat seramai sekitar 150 orang sedang berhimpun di restoran tersebut walhal bilangan yang ada di restoran itu tidak sampai 20 orang.

Dr Hatta dan Tian Chua cuba ditarik oleh anggota polis tetapi dihalang peguam Johnson Chong. Salah seorang pegawai tinggi polis telah menunjukkan waran yang dikeluarkan oleh mahkamah untuk menahan mereka.

Walaubagaimanapun Johnson Chong cuba menghalang pihak polis menahan mereka sambil menyoal pegawai polis tersebut berdasarkan undang-undang apa yang digunakan.

Akhirnya setelah berlaku pergelutan antara pihak polis dengan Johnson Chong, Dr Hatta dan Tian Chua telah ditahan dengan kasar selain Johnson Chong juga ditahan atas alasan mengganggu tugas pihak polis.

Kami yang berada disitu terpaksa melihat penahanan tersebut setelah menyedari pihak polis membawa waran dari mahkamah.

Selepas kesemuanya dimasukkan kedalam trak dan beredar, kami pun terus ke pejabat agong untuk solat Asar dan berbincang berkenaan insiden yang berlaku hari ini.

Sekitar jam 6.20 petang, kami bergegas menuju ke Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur (IPKKL) untuk mengetahui perkembangan mereka yang ditahan.

Setibanya disana kami dapati lebih kurang 50 orang penyokong dan pimpinan PAS dan Keadilan telah berkumpul untuk mengetahui keadaan mereka yang ditahan selain bersedia untuk menjamin.

Kami juga telah dimaklumkan bahawa Naib Presiden PAS, Hj Mohamad Sabu, Dr Zulkifli Ahmad dan Dr Badrol Amin juga telah ditangkap ketika sedang menunggu kenderaan masing-masing tiba.

Kami dan kesemua penyokong PAS dan Keadilan tidak dibenarkan masuk ke dalam perkarangan IPKKL kerana pintu pagar telah dijaga serta ditutup oleh 3anggota polis yang berkawal .

Sehingga jam 12.54 pagi tadi, pihak polis hanya membebaskan Ketua Muslimat PAS Pusat Ustazah Nuridah Salleh, Cikgu Badrul dari Keadilan, seorang remaja lelaki serta beberapa penyokong india daripada 58 orang yang ditahan.

Kesemua baki tahanan tidak dibebaskan oleh pihak polis dan mereka akan dibawa bermalam di lokap Pudu. Bagi mengelakkan kami dan penyokong-penyokong yang lain mengganggu perjalanan menghantar tahanan ke lokap Pudu, pihak polis telah menghantar 3 buah trak FRU untuk mengawal dan mengarahkan kesemua yang hadir bersurai.

LAMA SANGAT BARU TERIMA SAMAN EKOR

21 Syaaban 1431 H
Oleh: eSpAcE 9808

SAYA baru saja mendapat surat notis saman ekor dari Bukit Aman. Terkejut saya, bukan satu saman tetapi enam saman dari tahun 2003 hingga 30 Ogos 2009. Oleh itu jumlahnya pun banyak - beratus-ratus ringgit.

Maaf bukan tujuan saya hendak mengutuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) tetapi soal kelemahan pada sistem saman ekor yang dilaksanakan sekarang. Lama sangat baru dapat notis. Kalau dinilai dari segi prestasi, kecekapan, produktiviti, kualiti dan kepuasan pelanggan, berapa markah hendak diberikan.

Saya kira saman ekor yang berkesan adalah sekiranya saya melakukan kesalahan memandu melampaui had laju pada tujuh hari lalu dan kemudian saya menerima notis pada hari ini. Bukannya selepas tujuh tahun saya melakukan kesalahan, baru hari ini saya menerima notis tersebut.

Mujur juga belum ada sakit jantung. Kalau tidak, tak mustahil jandalah isteri saya dan yatimlah anak-anak saya yang sedang bersekolah sekarang sebab terkejut menerima notis saman dari PDRM.

UMNO-Pas dalam konteks perlembagaan

21 Syaaban 1431H.
Profesor Dr Abdul Aziz Bari

Saya tidak kisah sama ada Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria atau Datuk Dr Hassan Ali yang berbohong dalam soal inisiatif untuk membawa UMNO dan Pas duduk semeja atas nama Melayu dan Islam. Apa yang saya ingin sebut di sini ialah kesan isu tersebut terhadap perjalanan perlembagaan; khususnya cita-cita membentuk sebuah sistem dua parti yang kukuh dan dominan di negara ini.

Saya telah beberapa kali menekankan dalam ruangan ini betapa kita memerlukan sebuah sistem di mana dua parti - atau lebih tegas lagi dua gabungan parti-parti politik – dominan; sesuatu yang memberi peluang kepada rakyat untuk merubah kerajaan dengan mudah. Sistem dua parti ini penting kerana ketiadaan struktur inilah yang menyebabkan perlembagaan kita wujud hanya pada nama sahaja.

Seperti yang kita maklum perlembagaan hanyalah sekadar sebuah dokumen yang tidak bermakna jika kita gagal melaksanakannya. Dan pelaksanaan ini tidak akan berlaku di dalam sebuah sistem di mana kerajaan yang memerintah tidak rasa takut dihumban keluar oleh rakyat. Rasa tidak takut ini wujud apabila kerajaan berkenaan berasa ia boleh melakukan apa sahaja untuk terus berkuasa.

Minggu lalu saya telah menyentuh beberapa perkara yang menyebabkan sistem kita dimanipulasi begitu rupa; sesuatu yang menyebabkan rakyat biasa melihat institusi perlembagaan negara termasuk istana dan mahkamah tidak berupaya melaksanakan peranan dan fungsi mereka. Dan fenomena yang menyedihkan itu akan terus kekal sekiranya Barisan Nasional terus berkuasa selepas PRU ke 13 nanti. Ini kerana rakyat akan letih dan putus harap.

Masa depan Melayu dan Islam di negara ini tidak terletak pada UMNO. Ini kerana jika kita imbas kembali apa yang berlaku sejak 1957 UMNO sebenarnya telah melakukan banyak perkara yang kesannya melemahkan institusi Melayu dan Islam. Terbaru kita telah lihat bagaimana UMNO memperlekeh bahasa Melayu melalui PPSMI di bawah pentadbiran Mahathir. Malangnya dasar yang bertentangan dengan perlembagaan – khususnya Perkara 152 – dijunjung oleh mahkamah melalui gimnastik perundangan yang aneh. Dari segi ekonomi telah didedahkan betapa peruntukan saham untuk orang Melayu lesap entah ke mana. Dalam pada itu meskipun ada Raja yang sudah lupa apa yang UMNO buat parti itu sebenarnya masih berada di hadapan dalam menghina dan melumpuhkan institusi berkenaan. Jika tidak percaya semak kembali apa yang UMNO buat pada 1983, 1993 dan 1994 terhadap peruntukan perlembagaan mengenai Raja-Raja.

Kepentingan Melayu dan Islam sebenarnya telah pun dikanunkan dengan baik oleh perlembagaan. Dan saya berpendapat ia tidak semestinya dilakukan oleh kerajaan Melayu. Apa yang penting ialah tuntutan dan semangat peruntukan berkenaan dilaksanakan. Ini yang dibuat oleh pentadbiran Lim Guan Eng di Pulau Pinang. Orang UMNO berperi-peri menafikan. Tetapi mengapa mereka tidak lakukan apa yang DAP buat sekarang sewaktu UMNO menjadi sebahagian daripada pentadbiran negeri itu dari 1974-2008 yang lalu?

UMNO memujuk Pas kerana ia tahu jika parti ini setuju – atau jadi bingung – Pakatan Rakyat akan goncang dan menghadapi jalan sukar untuk ke Putrajaya. Ini sudah cukup untuk memberi talian hayat kepada UMNO. Selain itu Pas akan kehilangan banyak kerusi kerana kemenangan yang mereka capai pada PRU yang lalu adalah hasil dari sokongan bukan Melayu. Kesan negatif ini pastinya menguntungkan UMNO.

Sehingga ini hanya Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan beberapa orang seperti Datuk Mahfuz Omar, Salahudin Ayub, Khalid Samad dan Datuk Husam Musa yang tegas menolak pujuk rayu UMNO. Kelihatannya Datuk Seri Abdul Hadi Awang – meskipun telah menegaskan komitmen dengan Pakatan – masih goyah. Begitu juga dengan mereka yang dikaitkan dengan gagasan kerajaan perpaduan tahun lalu. Media milik UMNO cukup suka mengitar kenyataan longgar yang Abdul Hadi dan kumpulannya buat.

Selain sistem dua parti Pakatan ada peranan yang penting dalam memperkasa politik baru. UMNO dan Barisan Nasional lebih selesa dengan politik lama. Lihat sajalah bagaimana UMNO menolak pelawaan melantik wakilnya sebagai Pengerusi PAC dalam DUN Selangor bulan lalu. Cukup pelik dan aneh politik Barisan ini.

Pas akan dikenang sekiranya ia terus komited dengan Pakatan kerana ia akan dapat memperlihatkan relevannya Islam dalam konteks masyarakat dan politik berbilang kaum di Malaysia. Sebaliknya Pas akan terus jadi parti Melayu yang sempit dan kampungan sekiranya ia termakan pujukan UMNO yang penuh dengan muslihat itu. Dan seperti mana yang disebut tadi Pas akan tersungkur dalam pilihan raya kerana rakyat berasa ragu siapa dan apakah sebenarnya wawasan politiknya.

Ingin Memberi Maklumat ?

21 Syaaban 1431 H
Oleh: Hasnan hasim

MAKLUMAT BOLEH DIHANTAR DENGAN CARA : Datang sendiri ke mana-mana Pejabat SPRM terdekat Gunakan Laman SPRM http://www.sprm. gov.my.Maklumat melalui SMS
E-mel : info@sprm.gov. my.

Tulis surat ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Peti Surat 6000,62007 Putrajaya atau mana-mana negeri (tanpa setem) Talian bebas tol SPRM 1-800-88-6000

KEWAJIPAN MELAPORKAN PERBUATAN RASUAH

Mana-mana pegawai badan awam yang diberi, dijanjikan, atau ditawarkan, apa-apa suapan dengan melanggar mana-mana peruntukan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 hendaklah melaporkan pemberian, janji atau tawaran itu, beserta dengan nama, jika diketahui, orang yang memberikan, menjanjikan atau menawarkan suapan itu kepadanya kepada pegawai SPRM atau pegawai Polis yang paling hampir.

Seksyen 25(1) SPRM 2009

Mana-mana orang yang daripadanya suapan telah diminta atau diperoleh,atau suatu percubaan telah dibuat untuk memperoleh suapan itu, dengan melanggar mana-mana peruntukan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2008, hendaklah seawal yang mungkin selepas itu melaporkan permintaan atau perolehan, atau percubaan untuk memperoleh, suapan itu berserta dengan perihalan yang lengkap dan benar dan, jika diketahui, nama orang yang meminta, atau memperoleh, atau cuba memperoleh, suapan daripadanya itu kepada pegawai SPRM atau pegawai Polis yang paling hampir.

Seksyen 25(3) SPRM 2009

PERLINDUNGAN KEPADA PEMBERI MAKLUMAT DAN KANDUNGAN MAKLUMAT
Semua pemberi maklumat kepada pegawai suruhanjaya (SPRM) adalah dilindungi dan tidak boleh didedahkan atau diperintah untuk didedahkan di dalam mana-mana mahkamah.

Dalam hal maklumat, segala bahagian yang mengandungi identiti pemberi maklumat hendaklah dihapuskan, disembunyi atau dirahsiakan. Sek. 65(1) dan (2) SPRM 2009.

Panduan Singkat Berpuasa Ramadhan

21 Syaaban 1431 H
Oleh: Nur Ihsan

-Puasa adalah ibadah yang dilaksanakan dengan jalan meninggalkan segala yang menyebabkan batalnya puasa sejak terbit fajar hingga terbenam matahari.

-Puasa Ramadhan merupakan salah satu rukun Islam yang agung, sebagaimana sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam,

"Islam itu didirikan di atas lima perkara; Bersaksi tiada sesembahan yang hak melainkan Allah dan bersaksi bahwa Muhammad itu utusan Allah, mendirikan shalat, mengeluarkan zakat, puasa Ramadhan dan berhaji ke Baitullah." ( Muttafaq 'alaih)

Golongan Manusia dalam Berpuasa.
Puasa diwajibkan kepada setiap muslim, baligh, mampu dan bukan dalam keadaan musafir (bepergian).

Orang kafir tidak diwajibkan berpuasa dan jika ia masuk Islam tidak diwajibkan mengqadha’ (mengganti) puasa yang ditinggalkannya selama ia belum masuk Islam.

Anak kecil di bawah usia baligh tidak diwajibkan berpuasa, tetapi dianjurkan untuk dibiasakan berpuasa.

Orang gila tidak wajib berpuasa dan tidak dituntut untuk mengganti puasa dengan memberi makan, walau pun sudah baligh. Begitu pula orang yang kurang akalnya dan orang pikun.

Orang yang sudah tidak mampu untuk berpuasa disebabkan penyakit, usia lanjut, sebagai pengganti puasa ia harus memberi makan setiap hari satu orang miskin (membayar fidyah).

Bagi seseorang yang sakit dan penyakitnya masih ada kemungkinan untuk dapat disembuhkan, jika ia merasa berat untuk menjalankan puasa, maka dibolehkan baginya tidak berpuasa, tetapi harus mengqadha'nya setelah sembuh.

Wanita yang sedang hamil atau sedang menyusui jika dengan puasa ia merasa khawatir terhadap kesehatan dirinya dan anaknya, maka dibolehkan tidak berpuasa dan kemudian mengqadha'nya di hari yang lain.

Wanita yang sedang dalam keadaan haid atau dalam keadaan nifas, tidak boleh berpuasa dan harus mengqadha'nya pada hari yang lain.

Orang yang terpaksa berbuka puasa karena hendak menyelamatkan orang yang hampir tenggelam atau terbakar, maka ia mengqadha' puasa yang ditinggalkan itu pada hari yang lain.

Bagi musafir boleh memilih antara berpuasa dan tidak berpuasa. Jika memilih tidak berpuasa, maka ia harus mengqadha'nya di hari yang lain. Hal ini berlaku bagi musafir sementara, seperti berpergian untuk melaksanakan umrah, atau musafir tetap, seperti sopir truk dan bus (luar kota), maka bagi mereka boleh tidak berpuasa selama mereka tinggal di daerah (negeri) orang lain dan harus mengqadha'nya.

Beberapa Rukhsah yang Tidak Membatalkan Puasa. Jika seseorang melakukan sesuatu perbuatan yang membatalkan puasa disebabkan lupa atau tidak mengerti atau pun tidak sengaja, maka puasanya tidak batal.

Berdasarkan ayat, "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami bersalah." (QS. al-Baqarah : 286) "Dan tiada dosa atasmu terhadap apa yang kamu khilaf padanya, tetapi (yang ada dosanya) adalah yang disengaja di hatimu." (QS. al-Ahzab : 5)

Jika orang yang sedang berpuasa makan dan mimun karena ia yakin bahwa matahari telah terbenam, maka puasanya tidak batal; dan tidak batal pula puasa orang yang makan dan minum karena yakin bahwa fajar belum terbit (padahal yang sebenarnya waktu sahur telah habis, red).

Jika orang yang sedang berpuasa berkumur, lalu masuk sebagian air ke dalam tenggorokannya tanpa sengaja, maka puasanya tidak batal.

Dan tidak batal puasa seseorang yang ketika tidur bermimpi (hingga keluar mani), karena tidak ada nash yang menyatakan hal tersebut batal.

Hal-hal yang Membatalkan Puasa

Melakukan jima' (hubungan intim suami istri) pada siang hari Ramadhan bagi yang sedang berpuasa, maka wajib mengqadha' puasanya dan membayar kafarah mughallazhah (denda berat) yaitu dengan memerdekakan seorang hamba sahaya.

Jika tidak mendapatkan hamba sahaya maka wajib baginya berpuasa selama dua bulan berturut-turut. Dan jika tidak mampu, maka ia berkewajiban memberi makan enam puluh orang miskin.

Mengeluarkan air mani dengan cara onani atau masturbasi, mencium, memeluk, merangkul dan lain-lainnya.

Makan minum atau menghisap sesuatu, baik yang bermanfaat atau yang berbahaya seperti rokok.

Menyuntikkan obat yang dapat mengenyangkan dan dapat menahan rasa lapar, karena melakukan itu berarti sama dengan minum.

Sedang menyuntikkan obat yang tidak mengenyangkan, maka hal tesebut tidak membatalkan puasa, walaupun disuntikkan pada otot atau urat nadi, baik terasa di kerongkongan atau tidak.

Keluar darah haid dan nifas

Mengeluarkan darah dengan jalan hijamah (membekam) atau yang serupa. Sedang keluar darah dengan sendirinya atau karena mencabut gigi dan yang semisalnya, tidak membatalkan puasa, karena hal tersebut tidak termasuk dalam pengertian hijamah.

Muntah disengaja, tetapi jika muntah tanpa disengaja atau dibuat-buat, maka tidak batal puasanya.

Transfusi darah sebagai pengganti darah yang keluar, seperti seseorang yang sedang berpuasa terluka (kecelakaan dan sejenisnya) yang mengakibatkan keluarnya darah.

Beberapa Petunjuk Berkenaan dengan Masalah Puasa. Seorang yang dalam keadaan junub tetap harus berniat puasa, meskipun ia mandi janabah setelah terbit fajar (Shubuh).

Wanita yang suci dari haidh sebelum fajar tiba (bulan Ramadhan), maka wajib berpuasa walaupun ia mandi besar setelah terbit fajar.

Seseorang yang sedang berpuasa dibolehkan mencabut gigi, mengobati luka atau menggunakan obat tetes mata/telinga.

Diperbolehkan bagi yang sedang berpuasa untuk bersiwak, baik diwaktu pagi maupun siang hari, bahkan itu termasuk sunnah Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam.

Untuk mengurangi rasa panas dan dahaga dibolehkan menggunakan AC atau air dingin untuk membasahi kepala.

Bagi penderita sesak nafas meskipun sedang berpuasa diperbolehkan menyemprot mulut dengan sesuatu (berupa udara/gas) yang dapat melonggarkan pernafasan.

Orang yang sedang berpuasa diperbolehkan membasahi bibir dengan air bila terasa kering dan juga diperbolehkan berkumur-kumur namun dengan syarat tidak tertelan.

Disunnahkan mengakhirkan sahur, hingga menjelang Fajar dan segera berbuka setelah matahari terbenam (Maghrib).Diutamaka berbuka dengan kurma rutab (kurma yang masak), jika tidak ada rutab dengan kurma yang lain, dan jika tidak ada korma bisa berbuka denga apa saja yang halal atau berbuka dengan minum air apabila tidak menjumpai makanan.

Orang yang sedang berpuasa sangat dianjurkan untuk memperbanyak amalan sunnah, seperti shalat sunnah, membaca al- Qur'an, berdzikir dan bershadaqah.

Bagi yang sedang berpuasa tetap diharuskan menjaga dan mengamalkan kewajiban-kewajiban yang lain serta menjauhi perbuatan-perbuatan haram.Hendaknya ia menjaga shalat dengan menjalankannya tepat pada waktunya dan berjama’ah di masjid bagi kaum pria.

Hendaknya selalu menjauhkan diri dari perbuatan-perbuatan tercela yang dapat menghapus pahala puasa seperti: Berdusta, berbuat curang, menipu, riba/rentenir, berbicara yang haram dan sebagainya.

Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, "Barang siapa tidak meninggalkan perkataan sia-sia (palsu), perbuatan tak berguna dan kebodohan maka Allah tidak butuh terhadap puasanya (berupa) meninggalakan makan dan minumnya." (Muttafaq ‘alaih)
Keutamaan Puasa Ramadhan

Dengan puasa Ramadhan Allah mengampuni dosa orang yang berpuasa dan memaafkan semua kesalahannya, Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

"Barang siapa berpuasa di bulan Ramadhan karena iman dan mengharap pahala dari Allah, maka Allah mengampuni dosanya yang telah lalu". (HR. al-Bukhari dan Muslim).

Puasa Ramadhan tidak terhingga pahalanya, karena orang yang berpuasa akan mendapatkan pahala tanpa batas. Setiap muslim amalannya akan diganjar sebesar 10 hingga 700 kali lipat, kecuali puasa.

Firman Allah di dalam hadits qudsi, “Kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu untuk-Ku dan Aku sendiri yang akan mengganjarnya, ia menahan nafsu dan makan karena-Ku.” (HR. Muslim)

Puasa dapat membuka pintu syafa’at nanti pada hari Kiamat. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Sesunggunya puasa dan bacaan al-Qur’an memberi syafa’at kepada pelakunya pada hari Kiamat.

Puasa berkata, ”Ya Tuhanku aku telah menahan hasrat makan dan syahwatnya, maka berilah aku izin untuk memberikan syafa’at kepadanya.

Berkata pula al-Qur’an, ”Wahai Tuhanku, aku telah menghalanginya dari tidur untuk qiyamullail, maka berilah aku izin untuk memberikan syafa’at kepadanya. Nabi bersabda, ”Maka keduanya diberikan izin untuk memberi syafaat.” (HR. Ahmad).

Luruskan niatmu wahai pelajar.

21 Syaaban 1431 H
Oleh: Muhd Fadzil

Membetulkan niat atau meluruskan niat dalam mencari ilmu adalah kewajiban pertama yang harus dipenuhi oleh seorang murid dan guru.

Kerana mempelajari ilmu adalah salah satu bentuk ibadah, sedangkan asas utama dari setiap ibadat adalah niat. Sila rujuk Hadith pertama di dalam kitab 40 Nawawi.

Orang yang berperang di jalan Allah , orang alim, membaca al-Quran dan orang-orang yang melaksanakan lain-lain ibadat tidaklah ia dapatkan kecuali apa yang dia niatkan dari perbuatannya.

Jika dia berniatkan ibadat untuk mendapatkan keredhaan Allah, maka dia telah mendapatkannya dan jika dia berniat mendapatkan dunia, maka hilanglah segala pahala amalannya malah akan dihumban ke dalam api Neraka pada Akhirat kelak. Seakan dia telah mempermainkan Allah.

PERUMPAMAAN

Umpamanya seperti seorang yang datang kepada raja untuk mengabdikan diri tetapi tujuannya sebenarnya adalah untuk melihat-lihat gundik raja dan pelayan-pelayan, maka sememangnya dia patut dimurkai oleh raja.

Banyak lagi perumpaan yang boleh dikaitkan, tetapi cukup sekadar satu ini. Dan bagi yang bijak, dari sini sudah dapat difahami, bahawa siapa yang mencari ilmu dengan tujuan untuk mendapatkan kekayaan, kedudukan antara manusia, mendapat pengaruh rakan-rakan dan saudaranya, mendapatkan perlindungan atas diri dan hartanya dan semua yang bertujuan mendapatkan selain keredhaan Allah dan menjalankan perintahNYA serta mendekatkan diri kepadaNYA, menghidupkan syariat dan agamaNYA, maka dia adalah orang yang belajar untuk sengaja mendapatkan kemurkaan Allah.

AHLI HIKMAH

Diriwayatkan, dulu ada seorang ulama ahli hikmah yang telah menyusun sekitar 360 karangan tentang ilmu hikmah.

Kemudian Allah menurunkan wahyu kepada seorang Nabi pada zamannya,”katakanlah kepada orang tersebut bahawa engkau telah memenuhi ruang bumi dengan kemunafikan dan Aku sungguh tidak akan menerima kemunafikanmu sama sekali.

Orang tersebut dengan karangannya telah bertujuan untuk menampakkan suaranya dan memperluas kedudukannya di segala penjuru bumi’

Adalah jelas, orang yang mempelajari ilmu tanpa disertai tujuan kerana Allah, dia adalah orang yang berbuat maksiat kepada Allah.

HARI INI
Terdapat ramai golongan sedemikian rupa atau lebih teruk yang lahir di tengah-tengah masyarakat , mereka bukan sahaja sombong dengan ilmu mereka malah mereka kadangkala berlaku khianat terhadap ilmu. sedangkan mereka mengetahui akibatnya.

Contohnya seorang ulama yang menasihati kerajaan dengan cara bathil, memejamkan mata apabila berlaku kerosakan atau maksiat di tengah-tengah masyarakat, Membuat fatwa yang melihat kepada kepentingan diri dan orang tertentu.

Membuat fitnah dan berbagai macam lagi, ini semua berlaku apabila ilmu yang di pelajari sudah hilang keberkatan akibat tujuan asal menuntut ilmu sudah condong untuk mendapatkan kemewahan dan nama. Sebenarnya dunia tidaklah indah seperti yang disangkakan oleh mereka.

MAHASISWA ISLAM

Kita amat mengetahui bahawa mahasiswa/siswi Islam berada di segenak pelusuk alam, samada di Malaysia itu sendiri, Indonesia, Mesir, Jordan, Syria, Morocco, Yaman, Eropah, Amerika.

Masing-masing mempunyai niat untuk mempelajari agama tetapi adakah benar-benar bersandar kepada tujuan untuk mencari keredhaan Allah?

Sepengetahuan saya dan mungkin juga rakan-rakan ramai mahasiswa/siswi yang terlalu obses untuk mendapatkan pangkat dan nama apabila sudah pulang tamat belajar nanti.

Inilah antara niat yang akan banyak menimbulkan masalah pada suatu hari nanti.
Terdapat juga yang terlalu kagum dalam pembawaan diri masing-masing.

Takjub dengan pandangan sendiri, takjub dengan manhaj yang dipegang sampai memperlecehkan orang lain. Ini semua akibat hilang keberkatan ilmu.

Ini semua berlaku bukan pada mereka-mereka yang mempelari bidang-bidang professional atau lain-lain tetapi berlaku kepada mereka-mereka yang mempelajari Islam, dan yang pasti belajar dengan NIAT YANG SALAH.

LURUSKAN KEMBALI NIAT

Sabda Rasul,“janganlah kamu mencari ilmu untuk membanggakan diri kepada para ulama dan untuk mempertontonkannya di hadapan orang-orang awam, agar orang lain menaruh perhatian kepada dirinya.

Barangsiapa melakukannya maka nerakalah sebagai tempatnya”
Hadith ini nyata sudah cukup untuk kita memahami persoalan menuntut ilmu dengan niat yang ikhlas dan mencari keredhaan Allah sebenarnya.

Luruskan dan bersihkanlah kembali niat supaya ilmu yang didapati itu di’pakej’kan sekali dengan keberkatan.

Islam memerlukan mereka yang berjuang semata-mata kerana Allah, jika anda rasa anda berjuang dan belajar dengan niat begitu, tahniah tetapi jika pada niat itu ada terselit mencari kemewahan dan nama, maka segera bakul sampah kan niat tersebut sedalam-dalamnya supaya ia tidak keluar kembali menguasai diri.

Semoga Allah permudahkan urusan kita dan sentiasa menaungi dengan limpahan rahmatNYA.