01 August 2010

Langkah terbaru SPR disokong, saya cadangkan juga daftar secara automatik dan online.

20 Syaaban 1431H
Drs. Khalil Idham Lim.

Bulan lalu, SPR mengumumkan 4.3 juta pengundi yang layak mengundi belum berdaftar dengan SPR sejak Pilihan Raya Umum 2008 sehingga Mac lalu.

Kerana itu saya menyokong Pelbagai usaha dilakukan bagi menarik pengundi baru terutama generasi muda dan terbaru Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berjanji membayar RM1 bagi setiap pemilih baru yang berjaya didaftarkan. Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata pihaknya akan membayar penolong pendaftar daripada parti politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pemimpin masyarakat yang dilantik agensi itu bagi memperhebatkan kempennya.

Sebelum ini wakil SPR yang dilantik dari ahli parti politik tetapi ternyata tidak tidak mencukupi.Saya menyokong langkah untuk menambah kategori pelantikan penolong pendaftar . Langkah SPR membuka peluang kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pemimpin masyarakat yang akan dilantik agensi itu bagi memperhebatkan kempennya diharapkan dapat meningkatkan lagi jumlah pengundi baru yang didaftar.

Sebenarnya jika kerajaan benar-benar serius untuk memastikan pengundi baru didaftarkan saya kira cadangan supaya mereka yang cukup umur 21 tahun secara automatik menjadi pemilih adalah langkah yang paling baik. Dalam hal ini pejabat pendaftaran negara yang mempunyai rekod sijil kelahiran dan mengeluarkan kad pengenalan adalan agensi yang mampu membantu SPR untuk mendaftar pemilih secara automatik dalam tempoh yang saya kira sangat singkat.

Persoalannya kenapakah pihak kerajaan menolak cadangan ini. Sedangkan cadangan ini bukanlah benda yang baru malah telah diamalkan dibanyak buah negara sejak sekian lama.

Selain itu membuak pendaftaran secara online adalah juga langkah yang paling baik untuk menggalakkan pengundi muda mendaftar. Mereka biasanya adalah pengunjung cyber cafe dan setiap hari mungkin melayari internet.

Kesimpulannya pelbagai langkah SPR untuk menambah bilangan mereka yang mendaftar sebagai pemilih sangatlah disokong, namun janganlah SPR terbelenggu dengan arahan pihak tertentu sehingga mengenepikan cara yang lebih efesian untuk mendaftar pengundi baru.

Polis serbu ceramah PKR di Rengit


20 Syaaban 1431H.
Harakahdaily

BATU PAHAT, 1 Ogos: Sekurang-kurangnya 50 anggota unit simpanan persekutuan (FRU) dan puluhan lagi anggota polis menyerbu pentas Ceramah Pakatan Rakyat di Rengit di sini.

Serbuan dibuat sebelum Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual berceramah dipentas itu malam tadi .

Polis bertindak mengosongkan pentas, merampa pembesar suara dan menghalau penyokong dari tapak ceramah.

Akibat sebuan itu sehingga jam 12.30 pagi tadi difahamkan sekurang-kurangnya sembilan ditangkap terdiri dari tujuh lelaki dan dua wanita.

Kesemua yang ditahan kini dibawa ke balai polis Rengit.

Polis juga didakwa bertindak mengoyakkan backdrop penganjur yang digantung di pentas utama.

Turut ada ketika serbuan adalah Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali dan Ketua Penerangan PKR, Latheefa Koya dan Pengerusi Perhubungan Negeri johor, Datuk Chua Jui Meng.

Sehingga berita ini ditulis, Lathefaa yang juga peguam masih berada di balai polis menguruskan mereka yang ditahan.

Penyokong juga difahamkan mula memenuhi perkarangan balai polis, dan tidak mahu berganjak walaupun diarah bersurai oleh pihak polis.

Selangor Juara.

Selangor berjaya mempertahankan kejuaraan Liga Super buat kali kedua berturut-turut apabila menewaskan Terengganu 2-0 di Stadium Shah Alam. 31 Julai 2010.

KHIR TOYO CUBA LEPASKAN DIRI DARI CABARAN DAP

20 Syaaban 1431H.
Oleh: WFAUZDIN NS

KHIR Toyo telah dicabar oleh DAP Selangor agar membuktikan senarai pencuri-pencuri pasir di Selangor yang kununnya mendapat perlindungan samseng. Sudah semestinya mantan MB Selangor yang kini hidup mewah itu gagal menyahut cabaran dari DAP kerana beliau sememangnya berbohong selama ini. Beliau masih percaya bahawa rakyat Selangor majoritinya masih bodoh seperti dahulu iaitu ketika beliau menjadi MB Selangor.

Akibat tidak mahu digelar bacul dan dayus, maka Khir Toyo terpaksa melakukan perkara bodoh iaitu dengan mencabar DAP agar menutup semua pusat judi, pusat hiburan dan rumah urut tanpa lesen di Selangor sebelum beliau mahu memohon maaf terhadap DAP. Apabila beliau berkata bersedia untuk memohon maaf kepada DAP, ini bererti dakwaannya berkaitan samseng curi pasir itu ternyata tidak benar. Cuma, peliknya Khir Toyo ini mengaitkan pula dengan perkara lain yang tiada kaitan dengan dakwaannya itu.

Isunya samseng curi pasir, bukannya pusat judi, hiburan atau rumah urut tanpa lesen. Jika beliau ingin juga memperjuangkan perkara itu, sepatutnya Khir Toyo membuat cabaran lain khusus berkaitan hal tersebut. Selaku mantan MB Selangor, Khir Toyo sepatutnya tahu apa yang perlu beliau lakukan jika benar dakwaannya ada rumah urut, pusat perjudian dan hiburan tanpa lesen masih wujud di Selangor. Tidak bolehkah beliau bekerjasama membenteras perkara ini bersama dengan Kerajaan PR Selangor? Mengapa nampak pencuri, dibiarkan sahaja agar mudah untuk menuduh Polis tidak melaksanakan tugas?

Begitu juga dalam isu Samseng curi pasir yang beliau dakwa itu. Jika cukup bukti dan maklumat, tidak tahukah beliau untuk bertindak? Patut pun di zaman beliau mentadbir Selangor perkara ini tidak mampu beliau tangani kerana beliau tidak tahu untuk bertindak. Memang wajar Khir Toyo dan kerajaannya dahulu ditolak oleh rakyat Selangor kerana terlalu lemah.

Khir Toyo sebenarnya tertekan kerana sentiasa diserang dari dalam Umno dan juga di luar Umno. Beliau terpaksa menonjolkan diri secara begini agar rakyat melihat beliau seperti cerdik dan pintar. Malangnya, semakin banyak Khir Toyo bercakap semakin jelas kebodohan doktor gigi ini./wfauzdin.blogspot.com

LEBIH 20 BUAH BAS AKAN DITAZKIRAH OLEH NIK AZIZ ?

20 Syaaban 1431H.
Oleh: Mandor

MAKA diberitakan bahawa berpuluh-puluh bas akan dibawa untuk menemui Tuan Guru Nik Aziz. Tujuannya apa? Tidak lain adalah untuk memujuk Tuan Guru agar PAS menerima penyatuan Melayu. Melayu mana? Melayu Umno yang pasti. Maksudnya, Umno sahaja yang ada mempunyai keahlian orang Melayu.

Datanglah berpuluh-pulus bas atau keretapi sekali pun, ia suatu yang amat baik sekali. Mungkin perjumpaan itu nanti, Tuan Guru boleh beri sedikit tazkirah kepada rombongan yang gila kepada penyatuan Umno-PAS itu. InsyaAllah, kalau hati mereka belum ditutup rapat untuk menerima kebenaran, kesemua rombongan yang menemui Tuan Guru akan mendapat hidayah. Mereka akan kembali dan bersatu atas dasar Islam. Sudah tentunya mereka akan bersatu di bawah PAS, bukannya Umno yang sekular itu.

Sebab itu, kita patut alu-alukan rombongan tersebut dan kita minta dibenarkan lebih dari 20 buah bas yang akan menemui Tuan Guru Nik Aziz. Di sana nanti, Tuan Guru boleh beri penjelasan apakah bentuk penyatuan yang wajib di sisi Islam. Mungkin berbeza dengan apa yang diperkatakan oleh Mufti Harussani.

Dicatat oleh WFAUZDIN NS .

UMNO, POLIS & FELCRA CUBA GAGALKAN HIMPUNAN WARGA FELCRA

20 Syaaban 1431H.
http://misabah.blogspot.com/

Berbagai usaha telah dibuat oleh UMNO bagi menggagalkan perhimpunan warga felcra pagi ini. Polis dan felcra digunakan oleh mereka. Jumaat semalam seluruh masjid di sekitar Kampung Gajah dan Seberang Perak mengumumkan orang ramai terutamanya warga felcra dilarang sama sekali menghadiri perhimpunan, mereka diugut akan ditangkap dan diambil tindakan oleh pihak felcra.

Tajuddin (Ahli Parlimen Pasir Salak) pula menganjurkan majlis Tilawah Al Quran peringkat felcra kebangsaan yang lokasinya kira-kira 500 meter dari tapak perhimpunan warga felcra.

UMNO BN mula ketakutan dengan perhimpunan yang dijangka akan dihadiri ribuan warga felcra dari seluruh negara. Ketakutan UMNO BN memang ada wajarnya, kerana perhimpunan sehari suntuk itu akan dipenuhi dengan pembentangan kertas kerja dan forum bagi mendedahkan penyelewengan felcra dalam mengurus felcra itu sendiri.

Ancaman, ugutan dan cubaan menakutkan warga felcra untuk menghadiri perhimpunan tidak sedikitpun melemahkan semangat penganjur dan juga peserta. Mereka tetap bersemangat untuk menghadirinya . Sementara itu, polis & FRU sudah mula memenuhi Seberang Perak, beberapa sekatan jalan raya sudah kelihatan di beberapa buah jalan menuju ke lokasi program.

FRU kawal jalan masuk ke Himpunan Warga Felcra


19 Syaaban 1431H.
Harakahdaily

PASIR SALAK, 31 Julai: Anggota pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan anggota polis berpakaian biasa mulai mengawal jalan masuk ke tapak Himpunan Warga Felcra Peringkat Kebangsaan di Changkat Lada, sejak kira-kira jam 8.30 malam ini.

Tiga trak FRU dengan 15 anggota di samping sekitar 20 anggota polis berpakaian biasa berada di kawasan berkenaan yang menyulitkan penduduk setempat dan pengunjung ke tapak himpunan itu.

Pada malam ini, beberapa pemimpin PAS, antaranya AJK PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Mazlan Aliman dijangka akan menyampaikan ceramah di situ.

Sementara itu Mazlan ketika ditemui berkata, penempatan anggota polis dan FRU tersebut sebagai usaha menakut-nakutkan orang ramai ke program tersebut.

"Saya tak nampak program kita ini mengganggu, kita buat jauh dari kediaman orang dan atas tanah persendirian.

"Pada saya ini kesan ketakutan Umno BN," katanya.

Bagaimanapun beliau masih menaruh harapan kepada pihak keselamatan untuk tidak mengganggu ceramah malam ini.

Sultan Pahang kekal Presiden FAM 2010-2014

19 Syaaban 1431H.

KUALA LUMPUR: Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah kekal Presiden FAM 2010-2014, manakala Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Tan Sri Annuar Musa berjaya memenangi jawatan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada pemilihan Kongres Tahunan ke-47 yang diadakan sebentar hari ini.

Manakala jawatan Naib Presiden menjadi milik Datuk Subahan Kamal, Datuk Hamidin Mohd. Amin, Datuk Afandi Hamzah dan Datuk Seri Abdullah Hishan Mohd. Hashim

Karpal Cadang Perogol Kanak-kanak Dihukum Mati

19 Syaaban 1431H.

KUALA LUMPUR: Pengerusi DAP kebangsaan Karpal Singh hari ini meminta kerajaan meminda Seksyen 376 Kanun Keseksaan agar perogol kanak-kanak boleh dikenakan hukuman mati.

Karpal berkata walaupun sebelum ini beliau memperjuangkan agar hukumn mati dimansuhkan, tetapi memandangkan saban hari, semakin banyak kanak-kanak menjadi mangsa penjenayah, termasuk perogol, maka sudah tiba masanya kerajaan bertindak menjaga kepentingan awam dengan melaksanakan tindakan lebih tegas dan berkesan

"Ini boleh memberi mesej jelas kepada mereka yang bercita-cita untuk melakukan kesalahan bahawa undang-undang tidak akan lagi bertolak ansur dengan perbuatan merogol kanak-kanak yang tidak bersalah," katanya dalam kenyataan di sini Sabtu.

Karpal berkata kes terbaru bahawa seorang kanak-kanak berusia 10 tahun didakwa telah dirogol oleh pemandu bas sekolah yang dinaikinya, menuntut perhatian khusus tentang perlunya hukuman sedia ada bagi perbuatan itu, dikaji semula.

Kata beliau mengikut Seksyen 376 (2) (e), Kanun Keseksaan, hukuman bagi kesalahan merogol kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah ialah penjara tidak melebihi 30 tahun dan sebatan.

Beliau berkata memang tidak dapat dinafikan bahawa kesalahan tertuduh perlu dibuktikan melebihi keraguan munasabah, tetapi dalam kes di mana tertuduh didapati melakukan perbuatan demikian secara terang-terangn serta disokong oleh saksi berwibawa yang melihat perbuatan itu dilakukan, maka tiada masalah untuk membuktikan kes berkenaan di luar keraguan munasabah.

"Saya sedar tentang bahaya kemungkinan seseorang yang tidak bersalah, dikenakan hukuman. Pelaksanaan hukuman mati tidak boleh diubah kembali. Kesengsaraan yang dialami seseorang insan yang tidak bersalah, tetapi dikenakan hukuman mati, memang tidak dapat digambarkan," katanya.

Bagaimanapun, kata beliau, perbuatan merogol kanak-kanak yang tidak berdosa di hadapan orang lain, menuntut agar undang-undang sedia ada, dibuat pindaan. - BERNAMA

Himpunan Felcra tetap diteruskan

19 Syaaban1431.
Harakahdaily/-

PASIR SALAK, 31 Julai: Himpunan Warga Felcra Peringkat Kebangsaan di Felcra Bandar Seberang Perak tetap diadakan biarpun beberapa berita pembatalan program mula disebarkan pihak-pihak tertentu.

Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berkata, berita pembatalan yang disebarkan melalui khidmat pesanan ringkas SMS hari ini adalah tidak benar sama sekali.

"Program tetap diteruskan dan kita tak pernah membatalkannya.

"SMS yang tersebar itu adalah tidak benar dan cubaan pihak tertentu menghalang rakyat dari hadir ke program kita," katanya yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat

Menurutnya, selain SMS, berita pembatalan juga disiarkan melalui stesen radio RTM negeri hari ini.

Pihak polis juga jelasnya telah mengeluarkan arahan supaya rakyat tidak menghadiri himpunan tersebut kerana didakwa tiada permit.

Mazlan bagaimanapun bertegas program tersebut tidak menyalahi undang-undang kerana dibuat ditanah persendirian milik seorang ahli PAS di kawasan tersebut.

Penganjur juga sebelum ini telah dua kali memohon permit dari pihak polis namun ditolak.

Himpunan tersebut bermula malam ini bertempat di Felcra Bandar Seberang Perak (Changkat Lada) dianjurkan oleh Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat.

Sebelum ini penganjur himpunan tersebut telah menerima pelbagai ugutan agar membatalkan program tersebut.

Peserta Felcra pula diberi amaran agar tidak menghadiri program tersebut.

Semalam, Felcra menggunakan masjid di sekitar Pasir Salak memberi amaran kepada peneroka bahawa mereka akan ditangkap jika terlibat dengan himpunan tersebut.

Semalam juga Pengerusi Felcra, Datuk Tajuddin Abdul Rahman memberi amaran mengeluarkan kenyataan mahu menyaman penganjur jika program ini memfitnah Felcra.

Ekoran amaran terbaru itu juga, Anak menjemput Tajudin untuk bersama dalam himpunan tersebut.

PELANCARAN DEWAN HIMPUNAN PAS PERAK DI TUNDA

19 Syaaban 1431H.
http://misabah.blogspot.com/

Pelancaran DHPP peringkat Negeri Perak yang sepatutnya berlangsung petang esok 31hb Julai di Hotel Hillcity ditunda ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak. Penundaan ini diumumkan oleh Setiausaha Perhubungan PAS Perak selepas keputusan dibuat oleh Mesyuarat Jawatankuasa Harian PAS Perak petang semalam.

Penundaan ini dibuat untuk memastikan pelancaran DHPP berjalan dengan lebih baik dan lancar. Ini kerana ada beberapa masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. Berikutan itu PAS Perak memohon maaf kepada ahli-ahli Kelab Penyokong PAS seluruh Perak dan PAS Kawasan yang begitu semangat untuk menghadirinya sejak dari awal lagi.

Tarikh lain pelancaran DHPP akan diputuskan tidak lama lagi. Walau bagaimanapun kegiatan Kelab Penyokong PAS masih boleh diteruskan dengan kerjasama Lajnah Perpaduan dan PAS Negeri atau Kawasan masing-masing.

Benarkah sistem perundangan dan kehakiman negara tidak berat sebelah ?

19 Syaaban 1431H.
Drs. Khalil Idham Lim.

Muhyiddin Yassin berkata, pendakwaan terhadap bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik membuktikan sistem perundangan dan kehakiman negara tidak berat sebelah sebagaimana yang sering didakwa pihak pembangkang. Demikianlah respon awal pemimpin no 2 UMNO yang saya kira indah khabar dari rupa berbanding realiti sebenarnya yang diketahui umum oleh sebahagian besar rakyat Malaysia.

Muhyiddin sebenarnya jangan terlalu bangga dengan pendakwaan terpilih yang dilakukan demi untuk menaikkan imej kerajaan yang berada dalam keadaan yang buruk dipandangan rakyat , malah dilihat oleh pelabur sebagai negara yang tidak selamat untuk melabur sebagai pendedahan dan laporan yang dikeluarkan oleh Persidangan Mengenai Perdagangan dan Pelaburan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNCTAD) mengenai aliran masuk global pelaburan asing langsung.

UNCTAD dalam Laporan Pelaburan Asing Dunia 2010 (WIR) menyatakan yang pelaburan asing langsung Malaysia merosot 81 peratus kepada US$1.38 bilion (RM4.43 bilion) pada 2009 daripada US$7.32 bilion (RM23.47 bilion) pada 2008.

Kalau benar sistem perundangan dan kehakiman negara tidak berat sebelah seperti didakwa oleh Muhyiddin bagaimana pula dengan senarai panjang kes-kes rasuah yang masih belum ada jawapan dan pendakwaannya ?

Seperti yang disenarai panjang oleh cikgu Bard dalam blognya, disini saya petik untuk menjadi maklumat kepada kita serta bukti bahawa dakwaan kepada bekas Presiden MCA adalah dakwaan terpilih sahaja.

Berikut ialah senarai salinan laporan dan bukti berkaitan rasuah yang dimusnahkan sebagai manifestasi rasa kecewa dengan SPRM.

Najib Tun Razak

Kes Altantuya

Penglibatan Najib terdedah melalui penyiaran sms Najib yang berkomunikasi dengan seorang peguam berkenaan kes Altantuya, bagaimana rekod imegresen Altantuya hilang ?
Kenyataan bersumpah Balasubramaniam yang jelas nyata melibatkan Najib yang tidak di siasat ...

Kes pembelian senjata

Tercatat sudah dalam laporan audit negara selama 3 tahun bagaimana penyelewengan dan kelemahan urus Kementerian Kewangan menyebab negara rugi berbiliion ringgit
terlibat dalam kegiatan komisyen (ratus juta ringgit) dalam urusan pembelian senjata.

Kes melindungi setiausaha politik

Merujuk kes rasuah politik pemilihan Umno bahagian yang melibatkan Setiausaha Politik Najib dan penglibatan instrumen Kementrian Kewangan untuk memberikan ugutan kepada calon lawan.Datuk Dr. Shafie (Setiausaha Politik Datuk Seri Najib Tun Razak ketika di Kementerian Pertahanan)

Isu pembelian ahli politik

Fauzi Muda telah membuat akuan bersumpah berkenaan penggunaan wang yang banyak.
pendedahan perbelanjaan melampau Rosmah (isteri Najib) yang melampau di luar negara dan menggunakan kedudukan untuk mengelakan cukai dokumen mengenai Kerugian KOBENA RM80 juta yang dimana Najib terlibat secara tidak langsung

Rafidah Aziz

Dokumen berkenaan kes permit import kereta

Dokumen kertas siasatan BPR yang diklasifikasi sulit dengan jelas menyatakan Rafidah Aziz bersalah mengagihkan saham milikan bumiputera kepada menantunya. BPR mengatakan Rafidah bersalah dan cadang didakwa. Malangnya kertas siasatan BPR juga mencadangkan jika Rafidah meletakkan jawatan dalam parti ia boleh tidak didakwa dan malang lagi Peguam negara tidak mendakwa kerana campurtangan atasan

Rahim Thambi Chik

Dokumen kertas siasatan BPR dengan jelas memperincikan bagaimana Rahim mengumpulkan harta yang tidak masuk dek akal kerana mempergunakan kedudukanya sebagai Ketua Menteri. BPR dapati dia bersalah tetapi menyatakan boleh tidak didakwa jika letak jawatan politik.

Dr. Khir Toyo

Mengarahkan pembelian kereta Mercedes s350 bernilai RM 1juta dengan menggunakan dana anak syarikat Selangor (Kumpulan Darul Ehsan) .Membelanjakan RM40 juta hanya untuk membuat 10 buah 'banglow' bagi penempatan ahli Exco Kerajaan Negeri.

Dokumen berkaitan kejadian pencerobohan Taman Pertanian Bukit Cahaya, Seri Alam yang setelah didedahkan di media Khir Toyo sendiri mencabar BPR menyiasat namun semuanya senyap dan ditutup.

Dokumen berkaitan dakwaan kerajaan negeri yang menyatakan Kerajaan Bn sebelum ini telah menghilangkan 'keuntungan' RM30 billion. Contoh punca kehilangan ialah Canal City joint-venture project yang dianugerahkan oleh Khir Toyo melibatkan 810ha secara 'percuma kepada sebuah syarikat swasta.

A special investigative team which was set up for the purpose would probe how certain senior officers of the corporation were holding 30% shares in a subsidiary. This included a investigation of RM100,000 gift to former Mentri Besar as a bonus. In 2007, the state government only collected RM17mil revenue from sand mining instead of the RM170mil which it was supposed to get

Setelah tiga hari kejatuhan kuasa kerajaan negeri Selangor ke atas Pakatan Rakyat, Zaharah Kechik yang merupakan mantan pengerusi Badan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) memanggil mesyuarat tergempar Balkis untuk membubarkannya dan menutup akaunnya sehari kemudian. Wang kira-kira RM9.9 juta milik Balkis dilapor dipindahkan ke satu akaun lain, sebelum sampai kepada Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri (Bakti).

Percubaan membubarkan Balkis melalui Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) pada 13 Mac bagaimanapun berjaya dihalang Menteri Besar baru Selangor, Tan sri Abdul Khalid Ibrahim. Tindakan Zaharah Kechik itu dikatakan tidak sah di sisi undang-undang karena mengikut perlembagaan Balkis, badan itu dipengerusikan oleh isteri Menteri Besar kerajaan semasa, di mana pada hari mesyuarat tergempar tersebut, beliau bukan lagi isteri Menteri Besar negeri Selangor. Isu itu akan dibawa ke dalam Dewan Undangan Negeri pada mesyuarat yang akan datang.

Pembohongan tentang Konsultansi Juruaudit, Zaharah Kechik pernah berkata bahawa sebelum pemindahan dana RM9.9 juta Balkis juruauditnya pernah dirujuk. Namun, pada 28April 2008, Juruaudit Balkis, Yee Choon Kong & Co menafikan firma itu pernah dirujuk sebelum pemindahan tersebut. Malah, firma itu beberapa kali menghubungi bendahari Balkis, Suraimi Sapuan, agar beliau menyerahkan rekod-rekod kewangan seperti penyata bank, buku resit rasmi, baucer pembayaran, dokumen sokongan, resit deposit tetap, minit mesyuarat, butiran keahlian dan senarai langganan untuk membolehkannya mengaudit kewangan tahunan Balkis bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2007.

Walau bagaimanapun, panggilan telefon kepada bendahari Balkis tidak dijawab dan juruaudit turut mengesahkan bahawa penyata kewangan Balkis masih kekal tanpa audit dan ia juga tidak pernah mengeluarkan Laporan Audit yang sah berhubung urusan kewangan Balkis bagi tahun berakhir 31 Disember 2007 kepada anggota-anggotanya.

meluluskan projek pembina jalan merentasi bendang termahal, di Sekinchan, sejauh 20.5km, bernilai RM92.5 juta kepada kontraktor yang hampir disenaraihitamkan, Meram Holdings.

Menurut taksiran JKR, kos jalan itu tidak boleh melebihi RM50 juta. Subkontraktor yang menjalan semua projek berkenaan, Cabaran Wangsa, di miliki Pua Kim An, 27 tahun, tuan rumah yang pernah disewa oleh Khir, manakala seorang lagi pengarah syarikat, Ahmad Tarmizi Tajjeury adalah kroni Khir yang juga mendapat 100 ekar tanah yang memberi keuntungan minimum RM20 juta.

Meluluskan tanah 400 ekar di Shah Alam, pada 20 Disember 2000 kepada empat syarikat berbeza (Layar Kekal/ Tirai Gemilang, Samasys, Usahasewa Sdn Bhd), tetapi seorang nama pengarahnya (Samsuri Rahmat) hadir dalam semua syarikat tersebut, iaitu seolah-olah Khir meluluskan tanah berpontensi tinggi itu kepada seorang sahaja.
Nilai tanah di kawasan berkenaan boleh mencapai RM1 juta untuk satu ekar. Samsuri boleh untung minimum RM300 juta dari tanah tersebut.

Meluluskan tanah kepada kroninya secara berulang kali dalam tempoh masa singkat. Daripada hanya dua mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang diambil secara rawak, iaitu pada 20 Nov. 2000 dan 4 Julai 2001, sekurang-kurangnya empat nama bertindan yang mendapat 100 ekar setiap orang, Ahmad Tarmizi Tajjeury, A.Rahman Mokhtar, Suzilawani Mustaphin dan Ali Nordin. Semua mereka ada hubungan, sama ada dengan Khir ataupun Setpol, Dr Karim Mansor. Sebahagian tanah ini telah dijual, dan pemiliknya boleh mengaut keuntungan RM200,000 seekar tanpa mengeluarkan modal walaupun satu sen.

Meluluskan tanah seluas 50 ekar setiap seorang kepada empat pemohon yang hanya baru berusia 20 tahun (Ahmad Azmir, Noor Ashikin, Mardhiah, Azril Yusri).Salah seorang darinya adalah anak pegawai Daerah Kuala Langat, di mana lokasi tanah itu dikesan. Difahamkan sebahagian anak-anak muda ini tidak tahu pun yang mereka mendapat tanah berkenaan kerana mereka hanya penama bagi pihak yang rapat dengan Khir. Mereka ini hanya menjadi pengarah syarikat, tidak pun sampai 40 hari sebelum Exco meluluskan permohonan mereka. Beberapa syarikat terbabit dikenal pasti mempunyai pemegang syer yang sama, yang terdiri dari dua wanita yang ketika permohonan diluluskan baru berumur 24 tahun.

Bagaimana Khir, pada bulan Mac 2001, hanya selepas 5 bulan menjadi MB, boleh membayar semua baki pinjaman rumahnya sebanyak RM150,000 secara tunai kepada BBMB Kajang. Kalaupun beliau tidak membelanjakan langsung elaun MBnya, beliau tidak mampu membayar semua pinjamannya itu.Rumah itu juga diubahsuai dengan kos yang besar, ini belum lagi dikira kos membina rumahnya sekarang di Simpang Lima, Tanjung karang, yang menelan belanja lebih RM300,000.

Menggunakan kuasa dan pengaruhnya sebagai Pengerusi PKNS untuk mendapatkan sebidang tapak banglo di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi dengan diskaun hebat, 50%. Khir berbohong di Dun Selangor pada 31 Oktober 2001 apabila mendakwa beliau tidak membeli tanah itu, kononnya kerana tidak mampu dan dia juga menafikan pernah menerima dua tawaran dari PKNS dengan harga yang berbeza-beza. Salinan pembayarannya telah diperolehi.

Khir memberi sumbangan peribadinya, berbentuk telur ayam, ayam dan peralatan sekolah kepada pengundi di kawasannya, di Sungai Panjang pada 25 Disember 2000. Nilainya hampir RM200 ribu. Apabila dipersoalkan dari mana sumber kewangannya, beliau, melalui akhbar Malay Mail pada 15 Januari 2001 mendakwa sumbangan ayam diperolehi dari Lintang Bistari Sdn Bhd sebuah syarikat bumiputera yang menurut Khir adalah syarikat ternakan ayam terbesar di Sungai Panjang. tinjauan menunjukkan bukan ayam atau reban tidak ada di kawasan berkenaan, malahan bulu dan tahi ayam pun tiada.

Pada 17-18 April 2001, meluluskan kawasan kayu balak Kompartment 78 Hutan Simpan Hulu Langat kepada Fungsi Mewah Sdn. Bhd, seluas lebih 1200 ekar. Fungsi Mewah dimiliki oleh Pua Kim Seng, adik Pua Kim An, yang mana rumahnya bersebelahan rumah sewa Khir di Sekinchan dahulu. Pua Kim An juga dikesan mendapat tanah 100 ekar di Shah Alam. Keluarga Pua ini menyumbangkan dana kewangan yang besar kepada Khir semasa kempen pilihan raya 1999 dahulu.

Projek membekal dan memasang paip air besi keluli MS1200mm, dari Semenyih ke Banting sejauh 37.3 km, bernilai RM82,385,182.. Projek ini terlalu mahal dari taksiran awal, yang tidak boleh melebihi RM40 juta. Dan jika sumber air diambil dari Pekan Dengkil kemungkinan jaraknya dapat dipendekkan menjadi hanya 20 km dan ini lebih menguntungkan. Ahli keluarga terdekat Khir didakwa mendapat imbuhan berpuluh juta daripada kontraktor LBH Engineering.

Meluluskan konsesi membekalkan peralatan paip air untuk jabatan Bekalan Air Selangor kepada syarikat milik Naib Ketua Umno Tanjong Karang, JAKS Sdn Bhd. Harga paip JAKS 50% lebih tinggi daripada harga kilang. Bayangkan, untuk 1 meter paip, harga JAKS adalah RM900 sedangkan harga kilang hanya RM600. Selangor mahu tukar 5,000 km paip,jadi berapa untung JAKS?

Meluluskan kawasan balak di Kompatmen 78, Hutan Simpan Hulu Langat, seluas lebih 1,200 ekar kepada Fungsi Mewah, milik Pua Kim Seng, iaitu abang kepada Pua Kim Seng, bekas tuan rumah yang pernah disewa Khir di Sekinchan. Keluarga Pua ini juga mendapat kontrak membina jalan termahal (RM4.6 juta untuk 1km)merentasi sawah padi daripada Meram Holdings, kontraktor yang hampir disenarai-hitamkan.

Khir membayar RM10,000 sebulan bagi tapak banglonya, di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi, yang dibelinya daripada PKNS dengan harga diskaun 50 peratus. Sumber pendapatannya dipertikai kerana sebelum ini beliau membayar tunai RM150,000 untuk selesaikan pinjaman rumahnya di Kajang, selepas lima bulan menjadi MB.
Beliau mengarahkan Pengarah JKR Selangor, melalui nota pensil (agar dapat dipadam jika timbul kontroversi kelak), agar menyerahkan projek yang membawa keuntungan lumayan kepada kontraktor kroni. Antara projek terbabit ialah pembinaan jalan di Sabak Bernam, masjid di Puchong Perdana, kem wataniah dan kuaters kakitangan SUK di Shah Alam.

Khir mempunyai hubungan rapat dengan kontraktor yang memohon projek kerajaan negeri, misalnya beliau bersama keluarga pernah bermalam di sebuah resort mewah di Janda Baik milik kroninya. Majulia Sdn. Bhd. Ini bercanggah dengan surat akujanji yang ditandatanganinya di depan Sultan Selangor.

Menswastakan kutipan tunggakan pembayaran ansuran bulanan rumah awam kos rendah seluruh Selangor kepada syarikat kroni, Noble Nexus Sdn Bhd melalui perjanjian konsesi pada 27 September 2001. Untung lumayan dapat dipungut secara mudah kerana tugas Nobel Nexus hanya menghantar notis saman dan 30% kutipan menjadi miliknya.

Meluluskan pembelian kenderaan rasmi kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Menteri Besar (dirinya sendiri) melalui mesyuarat Exco ke 25/2001 pada 26 September 2001, tanpa melalui prosedur yang lazim digunakan. Usia kereta rasmi MB belum sampai lima tahun (didaftarkan pada Jun 1997), dan tempoh Khir menjadi MB baru setahun iaitu tidak sampai lima tahun seperti sepatutnya. Beliau juga tidak merujuk kes ini kepada Perbendaharaan dan Ibu pejabat JKR di Kuala Lumpur. Meskipun menyentuh kepentingannya, di mana kereta rasminya Merc S320L, no. plat BGF7337 ditawar untuk dijual kepadanya, Khir masih mempengerusikan mesyuarat dan tidak mengisytihar kepentingannya.

Khir mengarahkan agar semua minit dan kertas mesyuarat exco dikutip semula selepas mesyuarat tamat, manakala segala bahan-bahan penting mesyuarat Exco yang dipengerusikannya sejak Ogos 2000 tidak dibenarkan disimpan oleh Exco lain. Selalunya kertas-kertas penting itu diedarkan kepada anggota Exco sehari sebelum mesyuarat, iaitu pada Selasa, tetapi selepas isu rasuahnya terbongkar, ia hanya diserahkan selepas setiap Exco duduk di kerusi masing-masing. Maknanya, “Exco Selangor masuk mesyuarat berlenggang, keluar pun berlenggang.”

Meluluskan hampir 11 ekar tanah di Bandar Baru Bangi, yang diwartakan sebagai kawasan rekreasi, kepada syarikat kroni, Bestarama Sdn Bhd. Masyarakat setempat membuat bantahan kerana setakat ini banyak kawasan hijau dibangunkan demi mengejar keuntungan lumayan. Bestarama boleh untung segera lebih RM14 juta. Menariknya, pemegang syer Bestarama juga pemegang syer Noble Nexus. Kedua-dua wanita itu hanya penama bagi suku-sakat Khir.

Menggunakan ratusan ribu ringgit wang kerajaan negeri untuk membeli iklan dua muka penuh berwarna dalam Utusan Malaysia, sekurang-kurangnya pada 1 Feb, 16 Mac 2002, bagi menjawab serangan Lutfi Othman yang mendakwa Khir mengagihkan tanah (yang luas dan mahal), pelbagai projek besar, balak, buat kroni dan suku-sakatnya.

Mengeksploit mesyuarat Majlis Tindakan ekonomi Selangor (MTES), untuk meluluskan segala tanah & projek kepada sesiapa yang disukainya tanpa kehadiran Exco lain. Mesyuarat Exco esoknya (pada setiap Rabu) hanya mengesahkan saja. MTES, menurut bekas penasihat undang-undang negeri, adalah tidak sah dari segi legal kerana ia merampas kuasa mesyuarat Exco.

Abdullah Badawi

laporan salah guna kedudukan untuk kepentingan politik oleh Bekas Exco Pemuda Umno, Dato' Mazlan Harun

dokumen berkaitan skandal Yayasan Bumiptera Pulau Pinang - RM500 juta

penglibatan anaknya melalui Scomi yang meraih kontrak kerajaan dan membuat hubungan

perniagaan di luar negara menggunakan pengaruh kerajaan

dokumen 'antarabangsa' penglibatan keluarga Abdullah Badawi dalam Oil For Food
Skandal ECM Libra

Dr. Mahathir Mohamad

skandal VK Linggam

skandal perwaja yang mati ditanam bersama Eric Chia

dokumen berkaitan skandal bail out

selepas George W Bush dipilih sebagai Presiden Amerika Syarikat pada tahun 2000, Dr Mahathir didakwa terlibat membayar sekurang-kurangnya 5.3 juta ringgit kepada Heritage Faundation bagi melobi sokongan kerajaan Amerika kepada pentadbirannya.

Perkara tersebut didedahkan kali pertama di muka depan akhbar harian berpengaruh Amerika, Washington Post, 17 April lalu.

Khalil Yaakop

dokumen berkaitan korupsi berkaitan tanah dan balak. Kegiatan rasuah Khalil terlalu jelas sehinggakan untuk menyelamatkan Khalil, dia dilantik menjadi Yang Di Pertuan Negeri Melaka.

Tiga laporan rasuah telah dibuat. Nilai rasuah dianggarkan berbilion ringgit. Dan bekas Menteri Besar Pahang, Tun Khalil Yaakob dikatakan terbabit. Tetapi yang menjadi persoalannya, ketiga-tiga laporan tersebut tidak sampai ke pengetahuan Badan Pencegah Rasuah (BPR)

Muhammad Muhamad Taib

dokumen mengaitkan beliau telah membayar denda mutaah sebanyak RM16 juta apabila bercerai dengan adik beradik tiri DYMM Sultan Selangor kini. Persoalanya mana Muhammad Taib dapat mengumpulkan harta sebanyak itu ?

Pada 11 April 1998, beliau terpaksa meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor setelah Mahkamah Majistret Brisbae memutuskan beliau bersalah membawa keluar wang tunai sebanyak RM 2.4 juta ke Australia. Bagaimana beliau mengumpul wang itu?
Perbicaraan di Mahkamah Persekutuan Brisbane pada 19 Ogos 1997 kerana gagal memaklumkan membawa wang lebih A$5,000 . Beliau dan isterinya menginap beberapa minggu di Brisbane dan berhasrat membina rumah mewah di Gold Coast , barat Queensland di atas tanah seluas 4,500 hektar. Selepas itu beliau terbang ke New Zealand. Tanah di Sovereign Island itu didaftarkan atas nama isterinya Asbi Rohani Binti Asnan yang dibeli setahun sebelum itu dengan harga $3 juta.

Dokumen menunjukkan tanah seluas 573 meter persegi di Pakurunga 18 Jun 1996; Tanah 1713 meter persegi di Otahuhu dibeli pada 27 November 1996 pada harga $550,000; dan 4keping tanah di Mataitai seluas 144 hektardibeli pada 29 November 29 1996 dan 11 Mac 1997. Tanah di Pakurunga dibayar oleh Hasan BM Taib di Singapura, iaitu adik kepada Tan Sri Muhammad bin Muhammad Taib dengan harga $520,000 pada 1990.

Kontroversi timbul kerana biasanya jual beli tanah tidak melibatkan wang tunai , sebaliknya cek atau kad kredit sahaja sahaja. Apakah benar wang itu milik adiknya sungguhpun adiknya benar-benar kaya. Anehnya dia selaku Menteri Besar Selangor telah ditugaskan sebagai pegawai keselamatan kewangan. Kes ini terlepas begitu sahaja kerana tidak ada rekod bank atau individu untuk dirujuk kebenarannya. Jadi membawa wang tunai ini telah dirancang dengan teliti olehnya.

Dokumen berkenaan harta melampau bukan perolehan beliau dari gaji dan elaun sebagai Menteri Besar. Dari kes beliau PP vs Tan Sri Muhammad Muhd Taid (Criminal Trial 45-28-98) yang diadili oleh Hakim Abdul Wahab Patail [abang kepada Abdul Ghani Patail-Peguam Negara sekarang]menyebut : “BAHAWA NILAIAN HARTA YANG DIISTIHAR OLEH MUHAMMAD MUHD TAIB ADALAH RM 30,831,306.15”. Ini adalah harta yang dimaklumkan dalam kenyataan bersumpah beliau. Harta pegangan beliau melebihi 74,500,000.00 juta ringgit tidak termasuk tanah dan pegangan saham beliau. Tidak syak lagi kekayaan beliau bukan datang dari harta turun menurun keluarga tetapi lebih dari harta turun dari perlakuan rasuah dan pengunaan kedudukkan beliau. Permainan beliau di Selangor amat ketara sekali sehinggakan orang kanan beliau ketika itu DATUK AINI TAIB tersungkur bersama-sama beliau.

Ir. Mohd. Zin Mohamad (Menteri Kerja Raya)

Satu laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) terhadap beliau pada 2001 kerana didapati menjalankan pemindahan wang secara haram (money laundering) di antara kedua-dua negara; Malaysia dan Bangladesh.

Syarikat Silkway Cargo yang dipengerusikan oleh Mohamed Zin telah pun diambil tindakan undang-undang oleh kerajaan Bangladesh pada tahun 2007.

Pengarah Urusan Silkway Cargo (agen kepada Syarikat Penerbangan Malaysia, MAS), SK Farid Ahmed (Manik) juga telah mengaku memberi rasuah kepada dan memindahkan wang secara haram kepada Mohamed Zin sebanyak lebih daripada 50 crore dari Bank Negara Bangladesh.

Menurut pengakuan yang dibuat oleh Pengarah Urusan Silkway Cargo itu, melalui laporan akhbar Prothom Alo (31 Julai 2007), Bhorer Kagoj (12 November 2007), Daily Star (30 November 2007), Daily Ittefaque (3 Ogos 2007) beliau sememangnya telah menjalankan pemindahan wang secara haram kepada Mohd Zin melalui sama ada setiausaha Mohd Zin, Hasnita binti Ahmad Bastaman (di Maybank, Cawangan Shah Alam melalui akaun nombor 512101058235) mahupun adiknya Mustafa Zain di Maybank, EON Bank dan Public Bank Berhad bagi mengelak sebarang bukti.

Wang juga dipercayai diseludup oleh Manik ke negara ini melalui beg pakaian setiap beliau melawat negara ini. Pemindahan wang tersebut dijalankan dari 21 September 2000sehingga 2 Ogos 2007.

Manik juga mengaku bahawa beliau telah membiayai semua perbelanjaan kedua-dua anak Perdana Menteri Bangladesh; Tareque dan Arafat Rahman (Coco) untuk menghadiri majlis perkahwinan anak Zin di Malaysia.

Manik kini sudah pun dibebaskan pada 10 Disember lalu dengan dikenakan denda sebanyak 50 crore Taka (RM25 juta). Manik juga didapati kes yang masih tertangguh dengan aset yang tidak diisytiharkan berjumlah 150 juta crore Taka (RM 75 juta).
Wang tersebut dipercayai dipunyai oleh Tariq Zia dan Arafat Rahman (Coco). Kedua-dua mereka merupakan anak kepada bekas Perdana Menteri Bangladesh, Khaleeda Zia.

Zin memiliki 49% saham Sikway Cargo dan bahagian tersebut telah dipindahkan ke akaun Zin secara haram.

Sebagai Pengerusi Silkway Cargo, Mohd Zin yang memegang 49 peratus saham syarikat sepatutnya berkongsi liabiliti yang ditanggung itu. (rujuk Deed of Agreement of Joint Venture Company yang ditandatangani pada 18 September 2000).

Sungguhpun memegang jawatan Timbalan Menteri sebelum ini, Zin berterusan menjalankan urusniaga melalui sebuah syarikat asing yang mana perbuatan ini bertentangan dengan sumpah yang dibuat apabila dilantik sebagai Timbalan Menteri.

Sehingga kini, Zin sudah pun menerima wang secara haram melebihi RM10 juta daripada Silkway Cargo.

Pemindahan wang haram itu bercanggah dengan peraturan Bangladeshi Bank dan Bank Negara Malaysia. Kaedah yang digunapakai oleh Zin dikenali sebagai ”hundi” kadang-kadang dibawa melalui beg pakaian melalui KLIA.

Zin juga dipercayai tidak pernah mengisytiharkan pendapatan yang beliau perolehi dari sumber asing kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Jenayah ini telah dilaporkan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Pengarah BPR, Datuk Seri Zulkipli Mat Noor tetapi tidak ada sebarang tindakan diambil terhadap Zin.

Mohd Zin juga diketahui bersubahat dengan Badul, seorang yang amat dikehendaki oleh pihak berkuasa Bangladesh iaitu Directorate General Forces Intelligence (DGFI). Mohd Zin dipercayai memberi perlindungan kepada Badul yang kini berada di Malaysia.

Bersama-sama Badul, Mohd Zin mengendalikan perniagaan pembekalan buruh-buruh Bangladesh ke negara ini yang melibatkan seramai 5000 pekerja yang kini menjadi masalah menyediakan pekerjaan untuk mereka. Mohd Zin dibayar RM20 juta bagi meluluskan pembawaan itu melalui kerajaan Malaysia di atas pengaruh beliau.

Sehingga 23 Ogos 2006, KeADILan mendapaat maklumat bahawa Zin dan/atau isteri-isterinya memiliki harta seperti berikut:

a. Sebuah banglo beralamat di No 1, Jalan 8/8 Shah Alam.
b. Sebuah banglo beralamat di No 19 Jalan Tepian 8/2 Shah Alam.
c. Sebuah banglo yang terletak di belakang pejabat IPS Shah Alam.
d. Sebuah rumah teres dua tingkat beralamat di No 29, Jalan USJ 22/2 UEP Subang Jaya.
e. Sebuah kereta Mercedes S Class bernombor plat BEQ 19
f. Sebuah kereta Toyota Harrier
g. Sebuah kereta BMW 318i
h. Sebuah kereta Hond CRV
i. Sebuah Volvo S 70
j. Sebuah Porche
k. Sebuah Mercedes E-Class
l. Sebuah motosikal Harley Davidson berkuasa tinggi

Dato Mohd Zin bin Mohamed juga sudah membuat pengakuan kepada media bahawa apa yang beliau lakukan selama ini ialah bayaran untuk kerja ’melobi’

Skandal SPRM / BPR

dokumen berkenaan Bekas Pengarah BPR yang terlibat korupsi yang didedahkan oleh bekas pegawai BPR

Ghani Patail, Peguam Negara dan Musa Hassan, Ketua Polis Negara

dokumen berkaitan pemalsuan bukti dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim
ini setakat carian yang terdapat dalam simpanan. Terlalu banyak lagi dokumen rasuah dan salah guna kuasa yang pernah diserahkan kepada BPR, SPRM mahupun Polis.

Dokumen – dokumen ini melibatkan laporan selaku individu, pemimpin parti dan juga mewakili pertubuhan seperti GERAK, SAMM..

Umno perlu direhatkan

19 Syaaban 1431.
Harakahdaily.

KEPALA BATAS, 31 Julai: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Husam Musa (gambar) menyeru rakyat merehatkan Umno dan Barisan Nasional (BN) daripada bergelumang dengan politik tanahair kerana banyak kesalahan telah dilakukan sehingga ekonomi, keselamatan, kehakiman dan politik negara tidak lagi stabil.

Umpamanya, kata beliau, apabila pemain bola sepak mendapat kad merah kerana melakukan kesalahan yang berulang, dia terpaksa dikeluarkan atau direhatkan untuk beberapa kali perlawanan

Begitu juga, ujarnya dengan Umno dan BN perlu dihukum sebab terlalu banyak melakukan penyelewengan, pembohongan dan campur tangan tangan sehingga menyulitkan sesuatu keputusan diadili dengan adil.

"Umno dan BN kena direhatkan. Rakyat perlu buat begitu jika tidak mahu melihat negara menuju kehancuran," tegasnya ketika berceramah di Dewan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Kepala Batas malam tadi.

Ekoran itu, kata Exco Kerajaan Kelantan itu banyak pelabur tidak menanam modal di Malaysia sebaliknya mencari lokasi lain yang lebih selamat.

Tambahnya, apabila terjadi begitu, ekonomi negara merudum teruk ditambah lagi dengan wang negara diboroskan dengan projek mega yang tidak memberi manfaat kepada rakyat.

"Habislah jika keadaan negara macam ni. Jadi, lebih baik rehatkan Umno dan kuncunya pada pilihan raya umum depan. Bila parti sempit dan perkauman tidak ada, maka senanglah nakhoda melayari bahtera memajukan negara," ujar beliau.

Kepimpinan negara, katanya apabila harga gula dinaikkan terus mengeluarkan kenyataan santai kononnya untuk mendidik rakyat supaya tidak terkena penyakit kencing manis manakala membanding harga dengan negara jiran apabila menaikkan harga petroleum.

Menurutnya, itulah alasan Kerajaan BN sejak dulu sampai sekarang, tidak pun menunjukkan rasa serik atau kesal apabila menindas rakyat malahan rasa bangga bila rakyat tidak menunjukkan protes.

"Mereka sudah menjahanamkan negara, kenapa rakyat masih biarkan mereka memerintah termasuk cadangan terbaru membeli 274 kereta perisai yang harganya sebuah RM31 juta pada hal seluruh dunia tahu harga kereta perisai termahal dari Amerika Syarikat hanya bernilai RM9 juta sebuah," katanya.

FDI: Ku Li dakwa menteri tak cakap benar

19 Syaaban 1431H.
Malaysiakini/-


Bekas menteri kewangan Tengku Razaleigh Hamzah mengecam Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapa Mohamed kerana tidak memberitahu perkara yang sebenar berhubung sebab utama tentang kejatuhan pelaburan langsung asing (FDI) sebanyak 81 peratus pada 2009.

"Beliau tidak bercakap benar, berpusing-pusing beri alasan remeh," katanya kepada Malaysiakini di Sidang Kemuncak Pemimpin Pelajar hari ini.

Razaleigh mengulas alasan menteri itu bahawa Malaysia hanya berjaya menarik FDI sangat sedikit berbanding ekonomi negara jiran kerana ia melibatkan skala pembangunan pada tahap berbeza, justeru tidak boleh menarik pelaburan infrastuktur.

Mustafa dilaporkan berkata ini kerana Malaysia tidak berminat menarik pelaburan dalam sektor pulangan rendah seperti yang melanda ekonomi kawasan lain.

Razaleigh yang juga ahli parlimen Guan Musang mengetepikan perkiraan bahawa pelabur tempatan lari ke luar negara kerana pasaran Malaysia sudah tepu.

"Masalah sebenarnya ialah keyakinan (pelabur). Jika begitu, kenapa syarikat seperti YTL buat stesen janakuasa di Singapura? Awak boleh tanya mereka.

"Kita perlukan duit untuk bangunkan negara ini. FDI bukan hanya bawa duit tapi latihan dan kemahiran pembangunan," katanya.

MASIH JUGA GILAKAN PERPADUAN DENGAN PAS, GUNA NGO PULA

19 Syaaban 1431H.
Oleh: WFAUZDIN NS

BEBERAPA NGO yang telah lama dikenal pasti pro kerajaan telah mengeluarkan pandangan mereka berkaitan isu perpaduan Umno - PAS. Meskipun PAS kini telah bosan dengan mainan pemimpin Umno dan media pencacai mereka tentang perpaduan Umno-PAS, namun kerana rendahnya martabat mereka yang mengampu Umno ini, mereka masih berselera besar untuk memperkatakan isu perpaduan Umno-PAS. Mungkin satu rayuan atau mohon simpati PAS agaknya.

Di antara beberapa NGO yang tampil membantu Umno untuk merealisasikan tipu muslihat politik Umno yang tenat itu adalah dari Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan). Setiausaha Gagasan menyebut, PAS dan Umno sama sahaja dari segi anutan cuma berbeza dari segi ideologi. Maksudnya anutan Umno itu Islam, dan PAS juga Islam. Siapa yang nafikan? Memang benar majoriti ahli Umno itu Islam. Ideologinya apa? Sekular, bukan? Dan, PAS adalah Parti Islam dan ideologinya juga adalah Islam. Adakah ini bermakna Sekular dan Islam itu sama? Itukah yang difahami oleh Setiausaha Gagasan itu?

Mengapa susah sangat mahu bandingkan dasar PAS dengan dasar Umno? Butakah mata mereka melihat siapakah yang bersungguh-sungguh mahu melaksanakan dasar Islam dan siapakah yang bersungguh-sungguh menolak dasar tersebut? Umno bukan sahaja tidak mahu melaksanakan hukum Islam seperti Hudud dan Qisas, bahkan bercita-cita pun tidak pernah. Berbeza dengan PAS, yang telah pun membentangkan Perundangan Jenayah Hudud dan Qisas di Dun Negeri Terengganu sewaktu PAS memerintah Terengganu dan juga di Kelantan. Malangnya, siapakah yang menentang dan menghalang perlaksanaan hukum tersebut kununnya melanggar Perlembagaan? Yang pasti, bukan PKR atau DAP yang menghalangnya.

Siapa yang pernah memberhentikan bantuan kepada SAR? DAP atau PKR kah? Usahkan Hukum Hudud, Hukum Qazaf pun mahu dihalangnya. Di dalam kes Liwat II DS Anwar, siapa yang bersungguh-sungguh menghalang kes Qazaf dari dibicarakan di Mahkamah Syariah? Bukankah Menteri dari Umno yang bersungguh-sungguh menghalangnya? Bukan Karpal Singh atau Lim Kit Siang, walaupun dikatakan DAP kununnya menentang penubuhan Negara Islam. Apa yang membuatkan kita merasa pelik, mereka boleh menyamakan taraf penolakan DAP terhadap Perundangan Islam dengan mereka menolak Perundangan Islam. Mereka seolah-olah menyamakan akidah mereka dengan akidah DAP.

Takdir dan kuasa Allah tiada siapa yang boleh menjangkakannya. Di dalam keadaan DAP dikatakan menentang hasrat PAS untuk menubuhkan Negara Islam, tetapi bermula Pilihanraya Umum ke 12 dan beberapa Pilihanraya Kecil selepas itu, undi penyokong DAP dan sokongan pemimpin DAP terhadap PAS semakin padu. Semakin PAS kuat untuk menjayakan cita-cita Negara Islam, Umno semakin kuat menekan PAS. Lojiknya, memang wajar PAS berkawan dengan DAP dari berkawan dengan Umno.

Saya sdikit bersetuju dengan pandangan Naib Presiden Majlis Belia Malaysia yang menyeru pertemuan Umno-Pas mestilah berpaksikan Islam dan Melayu. Apabila mahu berpaksikan Islam, tentulah Al-Quran dan Hadith dijadikan rujukannya. Al-Quran mengajar bersatu padu bukan sahaja di kalangan orang-orang Islam, bahkan perpaduan aamat penting dicapai bersama masyarakat yang bukan Islam. Maka, perpaduan itu mestilah dibincangkan bersama bukan hanya di antara Umno dan PAS sahaja. Sanggupkah Umno untuk mengadakan perbincangan secara terbuka melibatkan semua parti yang mewakili pelbagai kaum dan agama di negara ini? Jika Umno mahu bertemu dengan PAS sahaja, ini bermakna pertemuan itu tidak berpaksi kepada agama Islam. Ia hanya pertemuan untuk Melayu semata-mata.

Jika pertemuan sekadar mahu membincangkan soal orang-orang Melayu sahaja, maka wajarlah PAS melupakan Umno yang sudah ketinggalan di dalam arus politik sekarang. Sudah terlalu banyak dosa Umno terhadap Melayu apatah lagi terhadap Islam sepanjang lebih 50 tahun Umno menjadi tunggak pemerintahan negara. Rundingan dengan Umno wajib bersyarat kerana bukan baru kita mengenali Umno./wfauzdin.blogspot.com.

WAHAI YB ZUL, JIKA DAP MAHU DIHARAMKAN, HARAMKAN UMNO DAHULU

19 Syaaban 1431H.
Oleh: WFAUZDIN NS

TERNYATA YB Zul Kulim yang dikenali sebagai `firaun besar' telah kehabisan modal untuk berdepan dengan PR. Segala hujahnya selama ini sejurus dipecat dari PKR gagal menarik sesiapa pun untuk menjauhi PR khususnya PKR. Apatah lagi YB Zul pernah mengaku beliau ini `kaki kelentong' sudah lama, cuma beliau menjadi `jujur dan baik' sebaik sahaja intim dengan Najib.

Setelah kehabisan modal, pengakhirnya `firaun besar' ini mahu kerajaan mengharamkan DAP, sekutu PKR dan PAS. Apa hujah bangang loyar buruk ini? Adakah kerana seorang pemimpin DAP yang mengeluarkan pandangannya, maka DAP itu wajib diharamkan? Ke mana otak YB Zul ini diletakkan sehingga sebodoh ini pandangannya? Beliau yang sepatutnya digelar YB `haram' kerana menjadi Wakil Rakyat yang dipilih oleh penyokong parti yang telah memecatnya. Tidak sedar diri kah YB Zul ini?

Di mana maruah beliau yang menjadi MP yang tidak diredhai oleh majoriti pengundi-pengundi di kawasannya boleh mengeluarkan pendapat untuk mengharamkan parti yang sah, sedangkan `firaun besar' ini langsung tidak berparti? Apa masalah dengan pandangan dari pemimpin DAP itu berkaitan diskaun Bumiputera dalam pemilikan hartanah di Selangor? Sudah ada keputusankah dari Kerajaan Selangor? Dan, jika cadangan itu diterima, apa masalahnya kepada Bumiputera? Tidak dapat diskaun itu dianggap melanggar Perlembagaan? Kenapa tidak bising bila Kerajaan kurangkan Subsidi kepada rakyat dengan menaikkan harga petrol, diesel, gula dan gas? Di mana hak Bumiputera dan rakyat di dalam hal ini? YB Zul tidak mampu ulas kah?

Kita bukan menyokong sepenuhnya pandangan pemimpin DAP itu, tetapi kita juga tidak boleh menutup mulut sesiapa jua untuk memberikan pendapat. Akhirnya, serahkan kepada pimpinan Kerajaan Selangor untuk buat keputusan. Tentunya PAS dan PKR akan meneliti cadangan tersebut sebaik mungkin. Apa perlunya DAP mahu diharamkan? Jika itu dibenarkan, Umno lebih layak diharamkan untuk kali kedua kerana Umno pernah menghina Institusi Raja-Raja, menghina agama dan banyak lagi. Mengapa YB Zul takut untuk menyebut haramkan Umno? Bukan YB Zul tidak tahu semua yang telah Umno lakukan. Mulut YB Zul terkunci sudah.

YB Zul jelas kehabisan idea. Beliau seorang MP yang semakin celaru di dalam setiap pandangannya. Beliau semakin syok sendiri dan terlupa betapa pengundi-pengundi di kawasannya tidak sabar untuk menurunkannya dari kerusi warisan PKR di situ. /wfauzdin.blogspot.com

Jualan 'hadir' bagi pihak 'badi'

19 Syaaban 1431H.
Oleh : Akhisalman.

Definasi

'Hadir': Orang yg tinggal di bandar atau kampung.
'Badi': Orang arab yg tinggal di padang pasir.

Maksud orang 'hadir' menjual barang bagi pihak 'badi' adalah: Seorang yang datang dari padang pasir atau tempat yg lain ke sebuah penempatan membawa barang untuk dijual. Datang seorang dari penduduk tempat tersebut berjumpa dgn pembawa barang2 tersebut seraya berkata "Tinggalkan barang ini bersamaku supaya aku dapat jualnya bg pihakmu dengan sedikit demi sedikit "

Hukum Terdapat tiga pendapat ulama disini seperti berikut:

1. Jual beli ini adalah diharamkan tetapi sah jual belinya (tidak perlu dipulangkan kembali). Ini adalah pendapat jumhur ulama diantaranya mazhab Syafie.

2. Jual beli ini haram dan terbatal kerna jual beli ini tidak sah. Ini pendapat ulama2 mazhab Maliki dan pendapat utama dalam mazhab Hambali.

3. Jual beli ini adalah sah dan diharuskan. Pengharaman adalah pada permulaan Islam kerana kesimpatan yang melanda mereka.

Pendapat yg kuat

Pendapat pertama yang mengharamkan jualan ini tetapi sah.

Syarat2 pengharaman.

1. Hendaklah barang2 yg dibawa oleh penjual tadi adalah barang2 yang amat diperlukan oleh semua manusia.

2. Tujuan penjual itu hendak menjual barang2 itu segera bukannya secara berperingkat.

3. Orang tengah itu hendaklah menjualnya secara berperingkat dgn harga lebih mahal dari dijual sekaligus pada hari tersebut.

4. Penjual tidak mengetahui harga barangan yg sebenar. Ini kerana kalau dia tahu pastilah orang tengah tidak menaikkan harga.

Dalil tegahan

و لا يبع حا ضر لباد

Maksudnya: "Dan janganlah orang 'hadir' menjual barang bagi pihak 'badi'.(Hr BUkhari)

Rujukan: Feqhul Muamalat al-Maliah al-Muasorah oleh Dr Alaauddin az-Za'tari

Hukum berkait dengan Mayat kafir

19 Syaaban 1431H.
Oleh : Akhisalman

Solat kepada mayat orang kafir

Ulama bersepakat bahawa haram solat kepada mayat orang kafir. Dalilnya adalah:

Firman Alla s.w.t:

Maksudnya: "Dan janganlah kamu solat jenazah kepada mayat orang munafik selama2nya dan jangan mengadiri upacara pengkebumiannya serta mengiringi jenazahnya bermula dari hari ini. Ini kerana mereka telah kufur kepada Allah dan Rasulnya dan mati dalam kefasikan." (84: at-Taubah).

Solat kepada mayat yang dijumpai di negara Islam atau negara Kafir Harbi

Apabila dijumpai mayat di negara Islam atau negara kafir dan terdapat tanda2 mayat itu adalah orang2 Islam seperti berkhatan dan sifat2 yg biasanya ada pada muslim maka mayat ini disolatkan jenazah kepadanya. Ini adalah hukum yg disepakati oleh Ulama (Ijmak).

Sekiranya tidak ada tanda2 yg menunjukkan mayat itu adalah muslim maka para Fuqaha telah berselisih pendapat pada hukum menyembahyangkannya seperti berikut:

Pendapat pertama: Disembayangkan sekiranya berada di negara Islam dan tidak disembayangkan sekiranya di Negara bukan Islam. Ini pendapat pendapat yg sahih dlm mazhab Hanafi dan satu riwayat dalam mazhab Hambali.

Pendapat kedua: Tidak disembayangkan jika ditemui di negara Islam dan disembahyangkan jika ditemui di negara kafir. Ini pendapat yg lemah dalam mazhab Hanafi.

Pendapat ketiga: Disembahyangkan mayat tersebut tidak kira ditemui dimana pun. Ini pendapat mazhab Maliki.

Pendapat Rajih (kuat):

Pendapat rajih adalah pendapat yg berpendapat bahawa boleh solat jenazah terhadap mayat yang tidak diketahui adakah dia Muslim atau kafir kerana untuk berhati2. Hendaklah dikhususkan niat solat kepada orang Islam.

Hukum Mengiringi dan menanggung jenazah orang kafir

Ada Dua pendapat:

Pendapat pertama: Harus orang Islam menanggung jenazah orang kafir dan mengiringinya sekiranya mayat tersebut adalah saudaranya dan tidak ada orang musyrikin yang menanggung dan mengiringinya. Ini pendapat Ulama mazhab Hanafi, mazhab Syafie dan Ibnu Hazm.

Pendapat kedua: Diharamkan orang Islam mengikuti dan menanggung jenazah kafir. Ini adalah pendapat mazhab Maliki dan Hambali.

Dalil2 setiap pendapat

Dalil pendapat pertama yg mengharuskan adalah seperti berikut:

1. Firman Allah:

Maksudnya: "Dan sekiranya kedua ibu bapa kamu berusha sungguh2 untuk membawa kamu kepada menyengutui Allah maka janganlah kamu taat kepadanya untuk syirik dan hendaklah mendampingi mereka dengan cara yg baik di dunia walaupun mereka berdua itu kafir." (15: Luqman)

Dalam ayat ini menunjukkan bahawa seorang anak tidak ditegah untuk berbuat baik kepada ibu bapanya yang kafir malahan disuruh untuk mendampinginya dgn cara yg baik. Diantara cara membuat baik adalah menanggung jenazahnya.

2. Al-Harith bin Abi Rabi'ah berkata: "Ibuku yg beragama kristian telah meninggal dunia, lalu aku berjumpa dgn saidina Umar r.a dan aku sebut perkara tersebut. Maka saidina Umar berkata "Kamu hendaklah mengiringi jenazahnya dgn menunggangi kenderaan. Berjalanlah di hadapan jenazahnya." (Hr Ibnu Abi Syaibah)

Dalil pendapat kedua:

Menanggung dan mengiringi jenazah orang kafir adalah perkara yang memuliakan dan mengagongkan orang kafir.

Pendapat kuat

Dr Muhammad Khalid Mansur berkata: "Harus menanggung dan mengiringi jenazah orang kafir yg mempunyai pertalian persaudaraan berdasarkan nas Ayat al-Quran.

Rujukan: Abhas Mua'asarah oleh DR Muhammad Khalid.

Dr Ahmad Yunus dapat gantirugi RM55,000

19 Syaaban 1431H.
Harakahdaily

KLANG, 30 Julai: Mahkamah Sesyen Klang hari ini merekodkan persetujuan Datuk Fatah Iskandar, akhbar Berita Harian dan kumpulan NSTP Press membayar gantirugi RM55,000 tanpa pengakuan liabiliti kepada Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus ekoran berita yang disiarkan akhbar itu tahun 2004 lalu.

Persetujuan itu direkodkan oleh pihak yang terlibat iaitu Dr Ahmad Yunus (gambar) sebagai plaintif melalui peguamnya Mohamed Hanipa Maidin dan para defendan.

Defendan adalah Datuk Fatah yang membuat kenyataan itu dengan diwakili oleh firma Datuk Salahuddin Saidin serta Berita Harian yang menyiarkan berita itu dan Datuk Kalimullah Hassan yang mewakili NSTP Press.

Selepas pilihan raya umum 2004 lalu, akhbar Berita Harian menyiarkan satu berita yang bertajuk "Tikam dari belakang - calon PAS".

Ekoran itu, Dr Ahmad Yunus yang kini timbalan Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Modal Insan Selangor memfailkan saman kepada pihak-pihak berkenaan menuntut gantirugi itu.

Pada 29 Julai 2004, Dr Ahmad Yunus Khairi telah memfailkan saman ke atas Datuk Abdul Fatah Haji Iskandar, Kalimullah Hassan dan The News Straits Times Press ( Malaysia ) Berhad di atas berita yang disiarkan oleh akhbar Berita Harian pada 20 Mac 2004 bertajuk “ Fatah ‘ditikam dari belakang’ calon PAS” di mana antara lain berita tersebut menyatakan:

“Ahmad Yunus rapat dengan saya, dia ikut hampir setiap ceramah dan majlis yang saya hadiri. ..Sebelum penamaan calon, saya ada terdengar nama dia akan dicalonkan. Saya tanya dia berkali-kali sama ada dia hendak bertanding, tapi dia nafikan akan melawan saya.’.. Abdul fatah menyifatkan tindakan Dr. Ahmad Yunus sebagai “menikamnya dari belakang” kerana persahabatan mereka begitu rapat. Saya yakin pengundi tahu memilih yang mana calon yang boleh membawa pembangunan dan yang mana calon yang hanya berjuang berdasarkan emosi.” Katanya. .. Abdul Fatah menyifatkan perkembangan Pas menampilkan Dr Ahmad Yunus menjadi calon sebagai parti yang terdesak kerana mereka tidak mempunyai calon yang cukup.”

Di dalam samannya Dr Yunus yang ketika itu adalah calon PAS bagi Dun Sijangkang mendakwa kata-kata tersebut adalah satu fitnah yang amat jahat ke atas beliau kerana dalam maknanya yang asal dan biasa kata-kata tersebut antara lain bermaksud bahawa beliau adalah seorang yang tidak boleh dipercayai, seorang penipu dan tidak mempunyai integriti.

Kata-kata fitnah tersebut dakwa Dr Yunus juga bermaksud bahawa beliau adalah calon tangkap muat dan beliau adalah calon yang berjuang berdasarkan emosi.

Kata-kata yang didakwa fitnah itu disiarkan sehari sebelum pilihan raya umum 2004 yang mengakibatkan Dr Yunus tidak berupaya menjawab tuduhan tersebut di akhbar.

Saman Dr Yunus telah ditetapkan untuk bicara hari ini di Mahkamah Sesyen Klang dan mahkamah telah merekodkan penghakiman persetujuan di mana defendan-defendan telah bersetuju dengan tanpa pengakuan liabiliti membayar gantirugi sebanyak RM 55,000-00 kepada Dr Yunus.

Dr Yunus diwakili oleh Mohamed Hanipa Maidin manakala Dato Abdul Fatah Iskandar diwakili oleh firma Tetuan Salehuddin Saidin dan akhbar Berita Harian diwakili oleh peguam Josephen dari Tetuan Sharizat & Lee .

Sivakumar , Sidang DUN Perak cacat dan tidak berfungi sejak rampasan kuasa.

19 Syaaban 1431H.

IPOH, 29 July:- Sejak rampasan kuasa di Perak di dapati dewan tidak berfungsi dan cacat. Jika ianya terus berlaku akan merugikan rakyat. Kita mahu persidangan pada 3 ogos adalah sidang yang mengikut peraturan dan perintah-perintah tetap. Demikian antara Kenyataan Speaker DUN Pakatan Rakyat Perak, V. Sivakumar dalam sidang media di Pejabat Pakatan Rakyat di sini.

"Bukan sidang yang memenuhi syarat sahaja." Tegas Sivakumar.

Menurut Sivakumar sidang yang singkat bukan satu amalan yang baik, kerana dewan merupakan forum untuk membincang masalah rakyat. Jika wakil rakyat tidak diberi peluang untuk membawa masalah rakyat, apa guna sidang dewan ? soal Sivakumar.

Hadir sama dalam sidang media itu ialah Nga Kor Ming/Pantai Remis, Hj. Mohd. Zainuddin/Lubok Merbau, Leong mei Ming/Jalong, Tai Sing Eng/Kuala Sepetang, Drs. Khalil idham Lim/Titi Serong, Hj. Hussin Din/Selingsing, Sum Chiok Ling/ Bercam dan Wong kar Woh/ Canning.

Beliau juga mengulangi akan berkerjasama dan berharap pihak kerajaan memberi peluang kepada semua ADUN untuk berbahas.

Sivakumar juga menyenarai beberapa tuntutan seperti berikut :-

1. Untuk perjalanan persidangan 3 Ogos hendaklah dilanjutkan sekurang-kurangnya 4 hari. Apalagi melibatkan satu enekmen untuk meluluskan perbekalan tambahan sebanyak RM 80 juta.

2. Jawapan soalan lisan hendaklah dijawab dalam masa 1 jam setengah, jangan cari helah untuk tidak menjawab soalan yang dikemukkan. Pada sidang lepas mereka mencari helah untuk menolak soalan dari ADUN Pakatan Rakyat.

3. Semua pihak hendaklah menghormati perintah-perintah tetap, seperti sidang yang lepas bila ada ADUN yang bangun meminta lalun dengan Peraturan Tetap tetapi tidak diendahkan.

4. Kita mohon semua rakan media ditempatkan dalam dewan untuk mendapat gambaran yang sebenar, bukannya diletakan dalam "akuirium". Mempersoalkan kenapa pada waktu sekarang tidak dibenarkan pemerhati masuk dan tidak ada siaran langsung seperti yang pernah dibuat semasa PR berkuasa.

5. Membantah surat yang dikirim oleh Ganesan yang melarang ADUN mengambil dan merakam peristiwa dalam dewan. Malah disenaraikan perkara yang tidak boleh dibawa masuk. Seperti perakam video, komputer, kamera, sepanduk, poster, bahan bercetak, dan arahan supaya telefon ditutup.

6. Kita tidak mahu campurtangan dari pihak keselamatan dan dilihat sebagai gangguan.

7. Berharap tidak ada double standrad seperti pintuk masuk berbeza, jam masuk dewan berbeza dan kawalan ketat untuk ADUN PR sedangkan ADUN BN di permudahkan.