28 July 2010

Kes Kebajikan Puan Rasammah


Kenyataan Media YB V.Sivakumar pada 27/7/2010

Pusat khidmat Masyarakat Dun Tronoh telah menererima satu aduan yang menyayat hati dari seorang warga emas yang berusia 70 tahun yang tinggal berseorangan di No 11, Rumah Keretapi,Jalan MTD, Belakang Kg Pasir, 31000 Batu Gajah. Perak. Beliau mempunyai 7 orang anak;6 orang perempuan serta seorang lelaki.

Namun salah seorang daripada anak perempuannya telah meninggal dunia dan anak lelakinya telah menghilangkan diri dan statusnya tidak dapat dipastikan. Kelima-lima anak perempuan telah berkahwin dan berada jauh darinya. Beliau juga mempunyai pelbagai masalah kesihatan.

Menurut Puan Rasammah, beliau telah mendaftarkan dirinya di Pejabat Kebajikan Masyarakat Kinta pada 20/11/2007(No Siri Permohonan 977/20/11/07) tetapi beliau telah dirujuk ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Batu Gajah. Beliau pernah menghadiri perjumpaan yang dianjurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Batu Gajah di Dewan Orang Ramai Ara Payung yang juga dihadiri oleh Yb Dato’ Hamidah,ADUN Sungai Rapat.

Puan Rasammah telah mengisi borang maklumat dan diserah kepada pegawai yang hadir. Pada 31/5/2010 beliau telah ke Pejabat Rukun Tetangga Batu Gajah untuk menghadiri satu lagi perjumpaan yang dianjurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Batu Gajah. Sekali lagi beliau diminta mengisi borang maklumat dirinya dan diserahkan kepda pegawai yang hadir.

Beliau kemudian diminta hadir ke pejabat Jabatan Kebajikan di Batu Gajah sebulan kemudian. Pada 30/6/2010 Puan Rasammah telah pergi ke pejabat Jabatan Kebajikan seperti diminta. Beliau telah menunggu sejak pukul 9 pagi hingga pukul 1.30 tengahari. Apabila Puan Rasammah meminta kepada pegawai bertugas kenapa beliau tidak dipanggil, pegawai tersebut berkata fail Puan Rasammah tidak wujud.

YB V.Sivakumar bersama-sama bekas Ahli Majlis Daerah Pakatan Rakyat Encik S.Vijakumar serta Encik Chan Chin Fa telah melawat Puan Rasammah di rumahnya. YB V.Sivakumar berkata selepas berbicara dengan warga emas:

"Ini membuktikan semua kerja-kerja yang dilakukan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Batu Gajah ini adalah sia-sia dan tidak efisyen. Apakah kredibiliti Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam menangani serta menyelesaikan masalah warga miskin. Sedangkan ini adalah satu kes yang nyata memerlukan perhatian yang serius." "Tambahan pula pada 13/4/2010 rumah warga emas ini telah musnah 70%.

Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat telah pergi ke rumahnya dan melihat dengan sendiri kerosakan pada rumah tersebut. Namun setakat ini tidak ada bantuan sesenpun dihulurkan kepada warga emas ini.Malah sejak Puan Rasammah mendaftarkan dirinya dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat pada 20/11/2007 beliau tidak pernah menerima apa-apa bantuan pun dari mereka. lebih mengharukan ialah rumahnya boleh runtuh pada bila-bila masa dan ia pasti akan mengakibatkan kecelakaan." tambah YB V.Sivakumar lagi

YB V.Sivakumar juga meminta pihak berkenaan mengambil satu tindakan yang bertanggungjawab kerana warga emas ini terpaksa berulang alik ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat dan layanan yang diterimanya tidak begitu baik. Adakah Jabatan ini hanya akan mengambil tindakan jika kes ini dirujuk oleh satu badan NGO atau parti politik. Tidak wajar jika jabatan ini boleh mengambil tindakan demi kebaikan orang ramai terutamanya warga emas serta warga miskin?

Sekian

Thiruthani Kannavelo
Setiausaha Media

Kes kereta kena curi telah diselesaikan pihak polis kelmarin

15 syaaban 1431H.

Berikutan dengan tersebarnya pesanan ringkas (SMS) berkaitan dengan kes kecurian kereta di Kuala Kangsar seperti berikut :-

"Kpd Jemaah semua tlg pjg kan sms ni. Fm Mej Dzul. Tolong saya orang telah melarikan kereta Honda Accord dan anak perempuan saya 2 orang didalam kereta tersebut. AHA 8968 WARNA HITAM MOHON HEBAHKAN 'TOLONG SAYA' Kejadian berlaku di Kuala Kangsar bru 30 minit......"

Saya mengesahkan bahawa kejadian itu benar tetapi telah diselesaikan oleh pihak Polis apabila penjenayah yang terlibat telahpun ditangkap kelmarin di Rantau Panjang, Kelantan seperti yang disahkan oleh seorang pegawai dari IPD Kuala Kangsar yang saya hubungi tengahhari tadi.

Meneurut maklumat itu juga kejadian yang berlaku di Kuala Kangsar itu akibat dari kecuaian pemilik kereka itu yang meninggalkan 2 anaknya di dalam kereta dalam keadaan injin yang dihidupkan dan tidak berkunci.

Semuga kejadian ini menjadi pengajaran kepada semua pihak agar tidak berulang lagi.

Selain itu tujuan saya menyiarkan posting ini adalah untuk mengelakakan sms mengenai perkara yang telah selesai itu terus menerus dikirim .

DHPP Perak dilancar 31 Julai

15 Syaaban 1431H.
Johari Jaafar

IPOH, 27 Julai: PAS Negeri Perak akan melancarkan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) negeri pada 31 Julai ini di Hotel Hilcity bermula jam 3.00 petang.

Demikian dinyatakan oleh Setiausaha PAS Perak, Misbahul Munir Masduki dalam satu pertemuan di Pejabat PAS Perak pagi ini.

Program tersebut, katanya akan dirasmikan ole Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

"Adalah dijangkan 500 ahi Dewan Himpunan Penyokong PAS dari seluruh Perak akan hadir pada hari itu," ujarnya.

Sempena pelancaran itu juga akan diumumkan senarai Ahli Jawatankuasa DHPP Negeri Perak oleh Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Abu Bakar Hussein.

"Mesyuarat agung pertama DHPP Perak akan diadakan pada tahun hadapan, ahli-ahli akan memilih sendiri jawatankuasanya," jelasnya.

Beliau yakin dengan pelancaran DHPP itu, PAS negeri akan bertambah kuat dan akan berusaha keras bagi menawan kembali negeri ini setelah dirampas oleh Umno BN selepas Pakatan Rakyat membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Umum ke-12 lalu.

Guru siswazah dibenarkan berpolitik semula

15 Syaaban 1431H.

Bermula 1 Ogos ini, pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 akan dibenarkan melibatkan diri dalam politik, demikian diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Menurut Mohd Sidek, langkah itu berlandaskan hakikat bahawa guru suatu masa dahulu memain peranan penting dalam memimpin masyarakat dalam senario politik negara.

"Masanya sudah tiba mereka dibenar aktif semula dalam politik," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagi tujuan itu, beliau berkata pindaan Peraturan 21 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Tindakan sedang diambil untuk mewartakawan pindaan peraturan tersebut, tambahnya.

Sebelum ini, Peraturan 21(2) peraturan tersebut menetapkan hanya pegawai dalam Kumpulan Sokongan boleh bertanding atau memegang jawatan atau dilantik ke dalam apa-apa jawatan dalam suatu parti politik dengan syarat terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau Ketua Setiausaha kementerian berkenaan.

Di bawah peraturan baru ini, pegawai pendidikan, selain pengetua atau guru besar di institusi pendidikan dan pegawai yang memegang apa-apa jawatan pentadbiran dalam mana-mana agensi kerajaan, perlu mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran terlebih dahulu.

"Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran tidak boleh mewakilkan kuasanya untuk memberikan kelulusan bertulis itu kepada mana-mana orang lain dan apa-apa keputusan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran adalah muktamad," kata Mohd Sidek.

Beliau berkata syarat-syarat ketat akan dikenakan agar tugas dan fokus utama golongan itu iaitu mendidik tidak terjejas dengan penglibatan mereka dalam politik.

Katanya mereka yang dibenarkan terlibat dalam politik kelak hendaklah mematuhi sepenuhnya Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, termasuk batasan tugas mereka sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan dengan aktiviti dalam politik.

- Bernama

Catatan : Sepatutnya kebenaran ini sudah lama dibenarkan kerana ternyata tumpuan kepada politik diluar sekolah tidak menganggu tugas seorang guru di sekolah. Tambahan pula sememangnya warga pendidik sudah lama dipolitikkan, misalnya untuk meramaikan sesuatu program anjuran BN sehingga guru dan muris-murid diangkut dengan bas .

Cuma yang dibimbangkan yang berpolitik menyokong BN dan UMNO tidak akan diganggu, dan yang menyokong Pakatan Rakyat akan diganggu. Inilah sikap double standard yang berlaku sebelum ini yang saya rasa akan berterusan walaupun sudah ada kebenaran berpolitik.

Istisna (minta buat sesuatu benda)

15 Syaaban 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

Definasi:-
Dari segi bahasa: Minta buat sesuatu benda.

Dari segi istilah feqah: Minta buat dari tukang buat untuk membuat sesuatu benda yang ditentukan dengan cara yang ditentukan.contohnya membuat barang keperluan rumah, pakaian, kenderaan, senjata dan lain2.

Perbezaan akad ini dgn akad salam (tempahan).

1. Akad ini tidak mewajibkan mendahulukan bayaran harga barang yang dipesan. Adapun tempahan (salam) hukumnya wajib serah semua bayaran semasa menempah.

2. Akad ini tidak wajib disebut tempoh pembuatan dan masa penyerahan.

Perbezaannya dgn upah adalah akad istisna ini pembuatnya menyediakan bahan daripada wangnya.

Ulama2 mazhab Hanafi berpendapat bahwa akad ini adalah menjual barang yang dibuat bukannya menjual kerja2 pembuat.

Pensyariatannya

Ulama2 mazhab Hanafi mengharuskan urus niaga ini kerana 'uruf dan keperluan pada urus niaga ini.
Ulama2 lain mengharuskan ini sekiranya mengikut syarat2 salam (tempahan) termasuklah perlu serah bayaran keseluruhan semasa dalam majlis akad.

Pendapat ini disokong dengan Perbuatan Nabi s.a.w yang memesan cincin.

Syarat2 istisna':-

1. Hendaklah disebut jenis, kadar dan sifat barang yg ditempah.

2. Benda yang dibuat hendaklah perkara yang biasa ditempah dan dipesan oleh manusia.

3. Tidak disebut masa serahan.

Tetapi abi Yusuf dan Muhammad (kedua2nya anak murid imam Abu Hanifah) tidak mensyaratkan syarat ke3 ini. Pendapat ini lebih praktikal.

Hukum akad Istisna'

Apabila berlangsungnya akad ini maka penempah berhak mendapat barang dari pembuat dan pembuat berhak mendapatkan wang bayaran. keduanya adalah dalam tanggungan (hutang).

Akad ini tidak lazim (boleh batalkan) melainkan setelah penempah melihat barang (seperti yg dipesan) dan pembuat melihat wang bayaran. kalau dilihat maka akad menjadi lazim (tidak boleh dibatalkan).

kesimpulan: Akad ini dibenarkan dalam mazhab Hanafi kerna untuk memudahkan manusia kerna kebiasaannya kita memesan barang tanpa diserahkan bayaran.

Puasa yang makruh

15 Syaaban 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

1. Puasa selama2nya.

Maksudnya: puasa setiap hari berturut2 sepanjang masa melainkan hari yang diharamkan puasa.

Dalil2 mengenai puasa ini

Nabi s.a.w bersabda:
"Tidak ada pahala orang yang berpuasa selama2nya." (Bukhari dan Muslim)

Umar bertanya "Bagaimana dengan orang yang berpuasa selama2nya?" Nabi s.a.w menjawab : "Dia tidak mendapat pahala puasa dan tidak dapat makan (kerna dia puasa)." (Hr Muslim)

Hadis2 ini menunjukkan kepada larangan berpuasa.

Perbuatan para sahabat dan tabiien

Sebahagian sahabat dan tabiien berpuasa penuh sepanjang tahun. Diantaranya adalah a'isyah, Abu Tolhah al-Ansari, Ibnu Umar, Abu Umamah dan isterinya dan beberapa orang dikalangan tabiien sehingga ada yg puasa selama 40 tahun.

Hukumnya:

a. Jumhur (kebanyakan) ulama mengatakan sunat sekiranya tidak mudarat kepada org yg berpuasa dan tidak berpuasa pd hari yg diharamkan. Mereka berkata : Hadis2 yg melarang sekiranya ia memberi mudarat atau puasa pasa hari yg diharamkan.

b. Ibnu Hazm dikalangan ulama mazhab az-Zohiri mengharamkan puasa ini berdasarkan hadis2 larangan.

c. Dr Yusuf Qardawi berpendapat ia makruh.

2. Berpuasa penuh hanya dibulan rejab.

Berpuasa dibulan Muharram (zul qa'dah, zul Hijjah, Muharram dan Rejab) adalah sunat secara umumnya seperti yg disebut dalam hadis sahih Muslim. Ini termasuklah bulan rejab. Namun Nabi s.a.w tidak pernah berpuasa penuh melainkan bulan Ramadan.

Namun Mazhab Hambali berpendapat makruh sekiranya berpuasa penuh dibulan rejab sahaja.

3. Berpuasa hanya pada hari jumaat.

Makruh berpuasa hanya pada hari jumaat melainkan jika dia biasa selang2, puasa sehari dan tak puasa sehari (puasa Nabi Daud a.s), lalu bertepatan hari berpuasa pd hari jumaat atau dia biasa puasa awal , tengah dan hujong bulan . kebetulan terkena pada hari jumaat.

Nabi s.a.w bersabda:
"Janganlah kamu berpuasa pada hari Jumaat melainkan dia berpuasa sehari sebelum atau selepasnya." (Bukhari dan Muslim)

Nabi s.a.w bersabda:
"Janganlah kamu khususkan hari jumaat dgn puasa melainkan puasa yang dia berpuasa sebelum itu." (Hr Tirmizi)

Hikmahnya: Hari jumaat adalah dari perayaan orang islam dan tidak mau umat Islam hanya menumpukan ibadah pada hari tertentu sahaja.

4. Puasa hanya hari sabtu sahaja.

Makruh berpuasa pada hari sabtu sahaja tanpa digandingkan dengan hari sebelum atau selepasnya.

Nabi s.a.w bersabda:
"Jangalah kamu berpuasa pada hari sabtu melainkan puasa yang wajib." (Hr Muslim)

Ini kerana hari sabtu adalah hari kebesaran bagi Yahudi. Jadi kita dilarang mengkhususkan hari sabtu dgn puasa.

Islam menggalakkan penganutnya berkerja dan mengharamkan meminta-minta tanpa sebab syarie

15 Syaaban 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

Firman Allah s.w.t:

"Dialah yang menjadikan bumi dipermudahkan untuk kamu.
Berjalanlah di celah2 muka bumi dan makanlah dari rezki" (15: al-Mulk)

Ini suruhan tuhan supaya kita mencari rezki di muka buminya.Islam melarang daripada meminta2 bagi orang yang kaya atau sihat. Nabi s.a.w bersabda:"Tidak halal sedekah bagi orang yang kaya dan orang yang sempurna kekuatannya." (Hr Tirmizi)

Nabi s.a.w bersabda:
"Orang yang meminta2 tanpa keperluan adalah seumpama orang yang mengutip bara api" (Hr Baihaqi dan Ibnu khuzaimah)

Nabi s.a.w bersabda lagi:
"Seseorang yang sentiasa meminta2 sehingga dia berjumpa tuhan dalam keadaan tidak ada seketul daging pun di mukanya."
(Hr Bukhari dan Muslim)

Kemulian pada berkerja dan kehinaan pada meminta2.

Nabi s.a.w bersabda:
"Seseorang yang mengambil tali, membawa kayu api di belakangnya dan menjualnya yang menyebabkan Allah memelihara air mukanya lebih baik dari meminta2 manusia. Samaada mereka memberinya atau tidak." (Hr Bukhari dan Muslim)

Kelebihan berkerja sebagai petani

"Setiap orang Islam yang bercucuk tanam, lalu burung memakan tanamannya atau manusia itu maka ia dianggap sedekah."
(Hr Bukhari dan Muslim)

Nabi s.a.w bersabda:
"Sesiapa yang menanam pokok, sabar memeliharanya dan menjaganya sehinggalah berbuah, maka setiap musibah ygmenimpa buah tersebut adalah dianggap sedekah disisi Allah." (Hr Ahmad)

kelebihan Perniagaan

"Peniaga yang amanah dan bercakap benar bersama dgn para Nabi, siddiqin dan syuhada pada hari kiamat" (Hr Hakim dan at-Tirmizi)

Dilarang menjual benda yang diharamkan untuk dimakan, minum atau digunakan seperti babi, arak, dadah, patung dan lain2.

Begitu juga jika perniagan yang ada ribanya. Nabi s.a.w bersabda:
"Satu dirham yang dimakan oleh seorang lelaki dalam keadaan dia mengetahui lebih dahsyat dari 36 perbuatan berzina."
(Hr Ahmad)

Berkerja makan gaji

Berkerja makan gaji dgn kerajaan atau syarikat swasta adalah satu amanah. Ia adalah tidak digalakkan melainkanorang yang benar2 boleh menggalas amanah tersebut. Nabi s.a.w bersabda:
"Celaka bagi orang2 yang memegang amanah." (Hr Ibnu Hibban)

lebih2 lagi yang berkait dengan amanah dgn kerajaan kerana ia melibatkan amanah rakyat sekaliannya.

Abu Zar berkata: "Ya Rasulullah kenapa engkau tidak melantikku untuk menjawat jawatan kerajaan?" Rasulullah s.a.w bersabda:
"Hai Abu Zar sesungguhnya engkau ni lemah. Sesungguhnya jawatan itu adalah amanah, sesunguhnya ia membawa kepada penghinaan dan penyesalan pada hari kiamat melainkan orang yang memegangnya dgn melaksanakan haknya dan menunaikan kewajipannya."
(Hr Muslim)

Membela Binatang ternakan

Ia adalah perkerjaan para Nabi termasuklah Nabi s.a.w. Nabi s.a.w bersabda:
"Setiap Nabi yg diutuskan Allah akan mengembala kambing." Para sahabat bertanya: "Adakah engkau juga Ya Rasulullah?"
Baginda menjawab:

"Ya, aku mengembala kambing2 penduduk mekkah di celah2 gunung Mekkah."(Hr Bukhari)berkerjalah untuk menyara diri dan keluarga kerana Allah. Utamakan amal akhirat anda kerna itulah yg alan kekal ganjarannya. Dunia akan musnah dan akhirat kekal selamanya.

Nabi s.a.w bersabda:
"Manusia sentiasa berkata "Hartaku oh hartaku" Sedangkan harta hanya apa yg dia makan maka ia akan musnah, apa yang dia pakai maka akan hancur dan apa yang dia sedekahkan atau digunakan utuk amal akhirat maka itulah yang kekal."
(Hr MUslim)

Felda: Anak sudah bertemu Tengku Razaleigh

15 Syaaban 1431 H
Oleh: Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 26 Julai: Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), minggu lalu telahpun mengadakan pertemuan dengan pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah.

Pertemuan itu sebagai usaha berterusan mereka mengangkat isu salahurus Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) sehingga mahu kepada penubuhan kaukus khas membawa isu Felda ke Parlimen.

Pengerusi Anak, Mazlan Aliman (gambar) berkata, pertemuan hampir sejam di kediaman Ahli Parlimen Guang Musang di ibu negara itu antara lain memperlihatkan respons positif Tengku Razaleigh untuk bersama memperjuangkan dan mengangkat isu tersebut.

"Respons sangat positif. Dia (Tengku Razaleigh) bersetuju bahawa, Felda sudah tersasar dari matlamat asal dan bersedia menyuarakan isu tersebut ke Parlimen," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Menurutnya, Tengku Razaleigh juga mahu melihat Felda dipacu mengikut hasrat asal penubuhannya dengan memberikan hak sepatutnya kepada peneroka.

Ianya termasuk isu hak milik, pemberian pendapatan dan beberapa perjanjian antara agensi kerajaan itu dengan peneroka yang dilihat selama ini seperti menekan warga peneroka.

Selain itu, Tengku Razaleigh juga membangkitkan isu pelaburan yang dibuat Felda tanpa pengetahuan peneroka yang sepatutnya tidak berlaku sedemikian.

Veteran Umno itu juga didakwa bersetuju bahawa Akta Penempatan Kawasan Berkelompok (GSA) 1960 perlu dipinda dalam usaha memberi hak tanah kepada peneroka.

Dalam pertemuan itu juga menurut Mazlan, Tengku Razaleigh turut melahirkan kebimbangan terhadap nasib peneroka jika kerajaan tidak dapat menangani isu tersebut dengan baik.

"Menurutnya, jika kerajaan tidak dapat tangani isu ini dengan baik, ia bukan sahaja memberi kesan kepada orang Melayu di Felda, malah masyarakat Felda itu sendiri," katanya yang juga AJK PAS Pusat.

Menurut Mazlan, pertemuan peringkat kedua dengan Ahli Parlimen Gua Musang itu akan dibuat selepas Hari Raya Aidilfitri nanti untuk membincangkan perkara-perkara yang perlu diberi keutamaan dalam mengenengahkan isu Felda tersebut.

Anak sebelum ini mengumumkan mahu berbincang dengan Tengku Razaleigh ke arah pembentukan kaukus khas di Parlimen berhubung isu Felda.

Mazlan juga sebelum ini telah membuat laporan ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan berlaku penyelewengan dalam urus tadbir Felda sehingga menyebabkan kemerosotan rizab tunai agensi kerajaan itu.

Harakahdaily/-

Kelantan lebih awal sekat pornografi

15 Syaaban 1431 H
Oleh: Rizal Tahir

KOTA BHARU, 26 Julai: Menyedari golongan remaja bebas menggunakan laman pornografi, kerajaan Kelantan telah mendahului negeri-negeri lain termasuk kerajaan Pusat dalam menapis bahan berkenaan di internet.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi Negeri, Dr Mohamed Fadzli Hassan, memberitahu kerajaan Kelantan telah mengadakan kerjasama dengan Jaring bagi mewujudkan ‘internet thoyyibah’.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung kerajaan Pusat akan mewujudkan perisai baru bagi menapis laman pornografi di internet.

Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan akan menjadikan pandangan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamed bagi menapis bahan pornografi di internet sebagai perisai baru.

Mengulas kenyataan menterinya, Datuk Seri Dr Rais Yatim, Fadzli seterusnya berkata, menyedari laman tidak sihat itu akan mempengaruhi masyarakat khususnya remaja, kerajaan negeri telah memperkenalkan ‘internet thoyyibah’ untuk tujuan itu.

“Sebanyak 20 syarikat yang terdiri anak-anak syarikat kerajaan negeri telah bekerjasama bagi menjayakan hasrat ini.

“Sehingga kini telah ada masyarakat kita yang menggunakan kaedah ini termasuk di sektor awam,” ujarnya.

Jelasnya, laman tidak sihat itu bukan sahaja haram di sisi Islam, sebaliknya akan memberi kesan yang buruk kepada masyarakat terutama berlakunya jenayah seksual.

Harakahdaily/-

Nisa' P Pinang perkenal Small Kidness

15 Syaaban 1431 H
Oleh: Mohd Sabri Said

PULAU PINANG, 26 Julai: Menjelang Ramadhan, Nisa' Pulau Pinang memperkenalkan program Nisa' Small Kindness bermaksud sumbangan ikhlas dari Nisa' bagi membantu golongan miskin yang memerlukan menjelang persiapan Hari Raya Aidil Fitri.

Ketua Nisa' Pulau Pinang, Farhiyah Shafie ketika ditemui menegaskan, program terkini yang akan beroperasi bermulanya Ramadhan berkisar tema 'hulurkan tangan ringankan beban sekampit beras'.

"Pada masa terdekat ini Nisa' Pulau Pinang akan memperkenalkan program Nisa' Small Kindness' di mana Nisa' akan turun ke kampung-kampung menjejaki golongan miskin untuk disalurkan bantuan menjelang Aidil Fitri akan datang, " jelasnya.

Apa pun pihaknya memohon bantuan PAS, Pemuda dan Dewan Muslimat Kawasan di Pulau Pinang memainkan peranan untuk mengesan di mana golongan tersebut berada.

Katanya, Nisa' Pulau Pinang sedang giat mencari penyumbang bagi merealisasikan program berkenaan dan pihak berkenaan boleh menghubungi Farhiyah di talian 013-4315749 atau Mazlina 019-4576043.

Bagi menangani gejala sosial di luar, lazimnya Nisa' akan bekerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) seperti Landas dan Unggas.

"Mudah-mudahan apa yang kita lakukan memberi kesan dan mengurangkan gejala yang semakin meningkat di Malaysia," terangnya.

Harakahdaily/-

Mahu berbaik, tapi masih berbalah!

15 Syaaban 1431 H
Oleh: Wan Nik Wan Yussof

Mana mungkin boleh berbaik PAS dengan Umno, kerana banyak perkara yang Umno/kerajaan BN buat terhadap PAS/kerajaan PAS dan orang PAS yang bercanggah dengan hasrat berbaik-baik, antaranya mendiskriminasikan kerajaaan negeri Pakatan Rakyat.

Sehingga sampai satu peringkat, menggunakan pelbagai agensi di bawah kerajaan pusat untuk mengenakan tekanan dan menyekat beberapa kemudahan serta menggagalkan rancangan kerajaan negeri. Pengalaman sebegini cukup dirasai dan secara berterusan dialami oleh PAS di Kelantan sepanjang 20 tahun mentadbir negeri.

Kes diskriminasi

Di antara kes-kes diskriminasi tersebut ialah:

Melarang sekolah di bawah kerajaan pusat daripada menyertai sebarang kejohanan dan pertandingan anjuran kerjaaan negeri. Perkembangan terbaru antaranya tidak membenarkan sekolah-sekolah menengah menyertai peseta wau antarabangsa anjuran Bahagian Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Kelantan yang dipengerusikan oleh Datuk Takiyuddin Hasaan yang diadakan di Pantai Irama Bachok pada pertengahan Julai 2010.

Membatalkan kebenaran pihak Sekolah Menengah Chung Hwa Kota Bharu kepada kerjaaan negeri Kelantan untuk menggunakan gelanggang bola keranjang semasa pengajuran Kejohanan Bola Tampar peringkat negeri di bawah kelolaan ahli exco Abdul Fattah Mahmood.

Menubuh Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) yang disifatkan sebagai kerajaan dalam kerajaan didapati telah merampas hak kerajaan negeri Kelantan dari segi menerima agihan wang pembangunan yang dipertuntukkan di bawah Rancangan Malaysia (RMK) sejak daripada RMK6 sampailah sekarang memasuki RMK10.

Lanjutan penubuhan JPP di Kelantan, terbaru pula (pada bulan Mei lalu) ialah satu lagi agensi di bawah telunjuk pemimpin Umno telah ditubuhkan semula, iaitu Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP). Langkah tersebut merupakan kelangsungan daripada pewujudan jawatan Penyelia Pembangunan Mukim (PPM) bagi mengantikan Penghulu Mukim selepas Umno kalah di Kelantan tahun 1990.

JKKP adalah sebenarnya agen Umno yang berselindung di balik tabir JPP yang berperanan untuk menjadi mata telinga dan pengawas serta sekaligus sebagai agensi kerajaan pusat yang erat dengan pemimpin dan cawangan Umno peringkat akar umbi. Secara tersirat ia adalah wadah bagi pemimpin Umno untuk demand sesuatu demi survival cawangan Umno yang rata-rata hampir ranap di Kelantan.

Menyalurkan pelbagai projek pembangunan kepada rakyat, tetapi diagihkan mengikut selera politik Umno. Sehingga ramai kalangan rakyat yang bukan menyokong Barisan Nasional telah dinafikan hak menerima agihan tersebut. Misalnya, baja padi subsidi telah dicap dengan lambang dacing kemudian diagih-agihkan kepada ahli Persatuan Peladang yang merupakan penyokong Umno.

Semasa bancian, semua ahli persatuan dinamakan sebagai penerima, tetapi apabila pihak PPM menyaring nama-nama penerima dan mereka yang bukan penyokong Umno dinafikan. Ia berbeza dengan pendekatan kerajaan negeri Kelantan yang menyediakan baja padi berharga RM3 yang diagihkan kepada semua petani asalkan membayar pada harga ditetapkan.

Melengah-lengahkan penyaluran geran kewangan tahunan yang sepatutnya dibayar dua kali setahun, tetapi dilewatkan pembayaran dan dibayar secara sekaligus pada penghujung tahun. Amalan ini berlaku sampai sekarang, terutama dari segi penyaluran geran tahunan kepada majlis-majlis daerah atau pihak berkuasa tempatan (PBT).

Cara melengah-lengahkan pembayaran itu juga berlaku ke atas pemberian geran wajib yang kepada Kumpulan Wang Rezab Negeri seperti mana termaktub di dalam Perkara 109 dan Perkara 110, Perlembagaan Persekutuan: geran perkapita penduduk, geran penyelenggaraan jalan negeri dan geran pembangunan.

Mempolitikkan bantuan pelajar miskin apabila Kementerian Pendidikan melalui sekolah-sekolahnya dipaksa oleh kepimpinan Umno supaya melaksanakan agihan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) kepada pelajar yang terpilih mengikut senarai Umno. Di samping itu, borang permohonannya pula hendaklah disahkan oleh PPM. Sekiranya ada pelajar yang ibu bapa mereka bukan penyokong Umno, maka ibu bapa tersebut dikehendaki bersumpah di hadapan PPM untuk menyokong Umno di dalam pilihan raya.

Sementara perkembangan terbaru pula, satu lagi bantuan pelajaran untuk pelajar sekolah rendah dan menengah atas nama ‘wang ehsan’ turut disalurkan. Cara penyalurannya juga sama dengan KWAPM. Apa yang jelas setiap majlis penyampaiannya bantuan itu akan dimulakan dengan kempen politik Umno oleh ketua bahagian atau mana-mana menteri yang kebetulan hadir. Sudah tentu, kempen itu dipenuhi dengan sindiran dan fitnah terhadap pemimpin dan penyokong PAS serta kerajaan negeri pimpinan.

Paling besar sikap berbalah Umno terhadap umat Islam dan seluruh rakyat Kelantan ialah tidak membayar wang royalti petroleum kepada kerajaan negeri. Semenjak perjanjian dibuat antara Petronas dengan Kerajaan Negeri Kelantan tahun 1975, wang royalti tidak pernah berbayar. Ia adalah di bawah kerajaan pusat yang dikawal oleh Umno. Justeru Presiden Umno selaku Perdana Menteri telah mengumumkan secara rasmi (kenyataan yang dianggap salah) di parlimen pada 4 November 2009 bahawa Kelantan tiada hak menerima wang royalti itu.

Pihak kerajaan negeri Kelantan pula telah mengutus surat secara rasmi mohon wang royalti itu dibayar. Sehingga kini surat itu tidak dijawab. Malah beberapa pemimpin Umno Kelantan menafikan langsung hak rakyat Kelantan ke atas hasil petroleum di perut bumi perairan Kelantan. Apa yang jelas telaga minyak sudah dikeluarkan hasil, jutaan ringgit sudah dikaut, wang royalti tidak dibayar, tiba-tiba kerajaan pusat akan bayar wang ehsan sebanyak RM40 juta.

Sikap menganaktiri Kelantan adalah cara Umno berkeluarga dengan rakyat Kelantan. Saban hari mereka berjanji untuk membantu rakyat dan setiap kali pilihan raya pula mereka ulangi janji-janji yang tertunggak, malah janji baru terluah sampai berbuih mulut. Hasilnya tidak kurang tujuh projek besar tergendala kerana salah urus dan tertangguh kerana mainan politik adu-domba sesama pemimpin Umno.

Antara projek-projek itu ialah belum buat apa-apa lagi lebuh raya Gua Musang-Kuala Krai, siap separuh jalan jalan Simpang Pulai-Gua Musang dan Gua Musang-Kuala Berang, Universiti Malaysia Kelantan belum muncul janji di Bachok dan Jeli tetapi yang beroperasi dalam terbatuk-batuk di Pengkalan Chepa, pelebaran lapangan terbang Sultan Ismail Petra, pembinaan jambatan Sultan Yahya Petra, 20 buah sekolah seluruh Kelantan dan pembinaan Projek Terminal Makanan Negara (TEMAM) di Tunjong.

Siaran televisyen dan akhbar perdana milik kerajaan Umno-Barisan Nasional sering kali membuat liputan berita yang berat sebelah, berbau fitnah dan provaktif. Di samping sengaja melakonkan sesuatu peristiwa (seperti isu bekalan air, kedaifan hidup rakyat dan kemudahan asas rakyat yang terabai) yang kononnya rakyat tidak dipedulikan dan segala kemudahan rakyat tidak dilayan dengan baik.

Paling mendukacitakan lagi, pihak berkuasa Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan pernah melarang guru-guru daripada memakai kopiah semasa bertugas. Ia dikatakan berpunca daripada desakan pemimpin Umno yang kononnya tidak mahu melihat guru berkopiah di sekolah-sekolah kerana ia menyamai dengan budaya berkopiah kalangan pemimpin PAS. Rentetan larangan itu, seterusnya semua sekolah agama-Arab telah disekat bantuan pelajaran, dan mengenakan syarat mesti mendaftar di bawah Kementerian Pendidikan barulah bantuan disalurkan.

Masih segar dalam ingatan, lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib ke Kelantan telah tidak mahu bertemu dengan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz. Ia terbukti apabila pihak Red Carpet yang mengurus Kelantan Fiesta telah menolak kehadiran Menteri Besar di dalam majlis perasmiannya yang menyaksikan kegagalan majlis tersebut. Tindakan itu dilihat sebagai manifestasi sikap berbalah bukannya mahu berbaik-baik.

Sementara yang terbaru, kehadiran lawatan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin ke jajahan Jeli dan Tanah Merah yang kononnya mahu berjumpa dengan Menteri Besar Kelantan sebagai respon kepada kesediaan Tuan Guru Nik Abdul Aziz berjumpa beliau sehari sebelum lawatan berlangsung. Namun, respon itu dilihat berlaku secara spontan adalah suatu keadaan terdesak kerana tidak hubungan rasmi antara pejabat Timbalan Perdana Menteri dengan Menteri Besar. Katanya ia sekadar diuruskan melalui pihak ketiga yang memang tidak sesuai dan di luar nilai berbaik-baik.
Bercanggah dengan sunah Nabi

Sehubungan itu, kesemua sikap ingin berbaik dari pihak Umno itu adalah tersirat keadaan di mana pada masa sama terjemla sikap berbalah dengan PAS. Maka ia merupakan sandiwara pemimpin Umno yang kononnya cintakan perpaduan. Sekaligus ia adalah bercanggah dengan teori perpaduan sejagat yang mengkehendaki persefahaman dan penyatuan sikap serta tujuan sebagai teras ke arah termeterai perpaduan sejati.

Sebagaimana sunah nabi Muhammad taktkala berhijrah dari Mekah ke Madinah, lalu dianjurkan perpaduan umah antara golongan Mekah dengan golongan Madinah. Bukti perpaduan adalah menerima Nabi Muhammad selaku pemimpin dan termeterai Piagam Madinah yang menyatukan kesemuanya di atas landasan Islam. Maka, sikap diskriminasi pemimpin Umno ke atas PAS dan Pakatan Rakyat masa kini adalah bercanggah dengan sunah Nabi Muhammad SAW.

Paling lekeh untuk dilihat sebagai praktik kepada teori perpaduan ialah realiti kerjasama kerajaan campuran PAS-Perikatan tahun 1971-1974 di Kelantan. Perpaduan itu terjadi atas dorongan dan nilai political will antara pemimpin PAS dan Umno yang mahu mengukuhkan ikatan umat Islam ketika berdepan dengan kesan rusuhan kaum13 Mei 1969.

Maka, teori dan praktik perpaduan itu tidak terbayang di dalam suasana ajakan perpaduan PAS-Umno pada hari ini. Tiada asas komitmen pemimpin Umno untuk meninggalkan dasar sekular dan pragmatis ke arah menerima dasar Islam. Sedangkan kesediaan menerima Islam telah diungkap sejak sekian lama olerh PAS kerana PAS memperjuankan Islam. Justeru teori perpaduan sahaja yang wujud tetapi praktik perpaduan sebenarnya tidak timbul di dalam parti Umno.

Persoalan untuk umat Islam

Renungi dan fahami beberapa persoalan untuk umat Islam. Apakah mungkin bagi Umno, ia berteori kemudian mempraktikkan teori perpaduan itu dengan cara keikhlasan sejati? Bagaimanakah pula rupanya perpaduan yang berkonsepkan keikhlasan sejati? Secara mudah mungkin boleh diterima idea seorang blogger (kalam perantau), yang mencadangkan langkah rasional ke arah berbaik-baik antara PAS dengan Umno ialah dengan memulakan kerjasama antara kerajaan negeri dengan kerajaan pusat.

Kerjasama kerajaan itu boleh berlaku kalangan top level dalam kerajaan dan tidak semestinya melibatkan PerdanaMenteri dengan Menteri Besar ataukah padan sekadar Datuk Seri Utama Dr. Rais dengan ahli exco kerajaan negeri, Dr. Mohamed Fadli. Pendekatan perpaduan kerajaan-kerajaan itu sudah tentu akan dapat meredakan banyak permasalahan berbangkit selama ini. Sanggupkah pemimpin Umno?

Apa pun, perpaduan sejati hanya boleh dicapai setelah penghayatan dan daya istiqamah tertinggi kalangan pemimpin, iaitu berpaksikan prinsip perpaduan Islam yang telah dibuktikan oleh Nabi Muhammad SAW. Saya yakin, pemimpin Umno belum bersedia untuk mengikut sunah Nabi Muhammad SAW!

Harakahdaily/-

Upacara pasang lilin anti-ISA 1 Ogos

15 Syaaban 1431 H
Oleh: Vasugi Supramanian

Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) akan mengadakan upacara memasang lilin secara serentak di seluruh negara untuk mendesak kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang genap 50 tahun usianya pada 1 Ogos ini.

Sebagai usaha untuk meningkatkan kesedaran rakyat, upacara memasang lilin itu akan diadakan di semua ibu negeri pada tarikh tersebut.

"Tidak akan ada sebarang tindakan agresif di pihak GMI tahun ini kerana kami sedang cuba meningkatkan lagi kesedaran di kalangan masyarakat.

"Perhimpunan mendesak pemansuhan ISA yang diadakan pada 1 Ogos tahun lalu telah menghasilkan impak yang besar," kata pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh.

Bercakap dalam satu sidang media di ibunegara hari ini, beliau berkata, pihaknya mahu impak kali ini lebih besar lagi dan berpanjang selama lebih dari satu tahun.

Menurutnya, kira-kira 100,000 risalah mengandungi maklummat mengenai akta tersebut, akan diedarkan di seluruh negara pada pada hari yang sama.

Syed Ibrahim berkata, pihaknya juga akan menemui Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bagi mendapat kebenaran untuk memasang papan tanda dan mengenai ISA.

Malaysiakini/-

Malaysiakini, Zunar saman KDN

15 Syaaban 1431 H

Malaysiakini dan kartunis Zulkiflee Anwar Ulhaque (Zunar) memfailkan dua saman berasingan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mencabar keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan dua buku kartun politik.

Tindakan pengharaman buku 1Funny Malaysia dan Perak Darul Kartun - kedua-duanya karya Zunar - didakwa tidak sah dan bertentangan dengan hak kebebasan bersuara yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

Pengharaman buku tersebut juga didakwa melanggar undang-undang sejagat dan tidak dilakukan dengan adil kerana Zunar ataupun Malaysiakini tidak diberi alasan terhadap tindakan tersebut.

Kedua-dua pihak menuntut mahkamah mengeluarkan arahan untuk membatalkan pengharaman ke atas kedua-dua buku itu dan bayaran kos kerugian dan kerosakan kerana tidak dapat menjual buku-buku tersebut.

Zunar (kiri) berkata, pengharaman itu merupakan cubaan untuk menekan ekspresi politik dan membataskan pertukaran idea dan pendapat di kalangan rakyat Malaysia.

"Pada pandangan kami pengharaman seperti ini tidak perlu dalam sebuah negara demokrasi seperti ini," katanya dalam sidang media selepas memfailkan saman itu di kompleks mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta.

Ketua pegawai eksekutif (CEO) Malaysiakini Premesh Chandran (bawah) pula berkata, pengharaman itu atas alasan "boleh mengancam ketenteraman awam" merupakan tidak adil sedangkan tiada penjelasan yang jelas diberikan oleh kerajaan.

Kementerian itu juga didakwa tidak memberikan peluang kepada Zunar dan Malaysiakini untuk memberikan respons.

"Selepas buku-buku itu dirampas, Malaysiakini menulis bagi berdialog dengan kementerian tetapi mereka tidak menjawabnya," katanya.

Buku terbitan Malaysiakini, 1Funny Malaysia dan Perak Datul Kartun - diterbitkan syarikat Zunar, Sepakat Efektif Sdn Bhd - dilarang daripada dipamerkan bermula 24 Jun lalu.

Zunar berkata sebelum diharamkan sebanyak 20,000 naskhah Perak Darul Kartun dijual manakala 1Funny Malaysia yang baru memasuki cetakan kedua hanya sempat beredar sebanyak 5,000 naskhah.

Zunar dan Malaysiakini diwakili peguam Edmund Bon, Amer Hamzah Arshad, Edward Saw, K Shanmuga dan Aston Paiva.

Malaysiakini/-

RM15 juta untuk 'perang' info Selangor

15 Syaaban 1431 H
Oleh: Kuek Ser Kuang Keng

Untuk melawan propaganda BN dan laporan media arus perdana yang didakwa memihak, kerajaan Selangor memutuskan untuk memperuntukkan RM15 juta untuk mempertingkat keberkesanan penyampaian maklumatnya.

"Jika kita mengambil populasi 5.2 juta rakyat Selangor, jumlah ini bersamaan RM3 untuk setiap seorang," kata Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim pagi ini dalam ucapan pembukaan dialog belanjawan 2010.

Katanya tindakan itu diambil bagi memberikan lebih maklumat supaya rakyat dapat membuat keputusan lebih bijaksana.

Dana itu akan digunakan untuk menyebarkan maklumat melalui portal TVSelangor, Selangor Kini (termasuk versi cetak).

"Kita juga akan menerokai potensi bagi mewujudkan Radio Selangor bagi melebarkan penyebaran maklumat," katanya.

Khalid berkata beliau telah beruding berkata tersebut dengan perbendaharaan negeri yang bersetuju menyalurkan peruntukan itu berdasarkan kepentingannya.

Kira-kira 300 pegawai keraaan dan wakil dariapada syarikat berkaitan kerajaan negeri dan kumpulan NGO hadir diolog bersama ADUN dan ahli parlimen itu.

Khalid juga berkata laporan berhubung kerajaan negeri setakat ini tidak seimbang.

Malaysiakini/-

Kenyataan berbelit, Ahmad Maslan sudah pening dan demam panas !

15 Syaaban 1431H.
Drs. Khalil Idham Lim

Saya sangat terkejut dengan kenyataan Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan yang berkata Usaha Umno untuk menjalinkan perpaduan bersama PAS tidak akan dihentikan meskipun mendapat tentangan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurutnya lagi Umno yakin masih terdapat kumpulan tertentu dalam PAS yang menyokong usaha berkenaan. Satu kenyataan yang saya anggap menjaga tepi kain orang dan tidak berasas dalam keadaan masalah dalaman UMNO yang kronik , dia nampanya gatal mulut pula nak kacau rumah orang.

Ahmad Maslan yang penakut untuk berdebat dengan Mazlan Aliman dalam Isu Felda itu juga tanpa asas yang kukuh dan dengan andaian "kepala otak" dia semata-mata berkata "Nik Abdul Aziz boleh cakap apa saja tapi dalam PAS itu ada juga kumpulan-kumpulan tertentu. Sebagaimana orang maklum, PAS ini bukannya semua berkisar pada Nik Abdul Aziz saja," katanya seperti disiarkan Bernama kelmarin.

Sungguh macam orang pening kepala bila dia juga berkata PAS tidak bergantung kepada kepimpinan Nik Abdul Aziz semata-mata kerana masih ada pemimpin lain termasuk presiden, timbalan presiden dan jawatankuasa tertinggi parti. Macamlah dia sangat tahu bagaimana perjalanan parti PAS dan orang PAS boleh di perbodohkan olehnya.

Nasihat saya untuk Ahmad Maslan, perbetulkan UMNO dahulu sebelum bercakap mengenai PAS apa lagi angan-angan untuk berpadu dengan PAS.Ditegaskan sekali lagi selagi dasar UMNO adalah perjuangan sempit assobiyah Melayu selagi itulah tidak ada titik temu antara PAS dan UMNO.

PAS yang memperjuangkan Islam jelas dengan prinsipnya sejak ditubuhkan sehingga sekarang.

UMNO kalau hendak dikatakan berjuang untuk Islam dialah yang telah menghancurkan Islam dinegara ini. Pemimipin UMNO dalam senarai panjang telah berulang kali menghina Islam. Kemana Sekolah Agama Rakyat ?, Kemana tulisan jawi ? kalau bukan kerana jasa UMNO.

Demikianlah jika ingin bercakap UMNO memperjuangkan Melayu, lihatlah Melayu yang merempat dinegaranya sendiri. Melayu yang berjaya adalah pemimpin UMNO yang terus menerus menghisap darah rakyat bersama kerabat dan kroninya.

Demikianlah Ahmad Maslan yang sudah habis modal dan termasuk dalam spesisi "demam panas" bila terus meracau tentang perpaduan sedangkan perkara tersebut sudah ditolak.