27 July 2010

Salur segera bantuan kemanusiaan Rohingya di Kutulapong

14 Syaaban 1431 H
Oleh: Nuruddin Muhammad

Keadaan umat islam Rohingya yang berada di Kutupalong Bangladesh kini amat menyedihkan apabila khemah-khemah dan pondok-pondok tempat mereka berlondung kini musnah dilanda banjir dan ribut teruk. Citizen International dan SHURA kini mengambil inisiatif untuk mengumpul dana untuk membantu 11000 keluarga di sana.

Kini mereka memerlukan bantuan sebanayak RM100 untuk kegunaan sebuah keluarga dan mampu menanggung kos kebajikan dan kehidupan selama 3 bulan.Banjir dan ribut yang melanda berlaku selama beberapa jam sebanyak 24.2 sentimeter (9.5 inci) dan melanda di banyak tempat di bangladesh.

Kawasa yang paling buruk dilanda ribut ini adalah di Teknaf yang meletakkan kem-kem pelarian Kutupalong.

Bangladesh mengiktiraf seramai 28,000 Rohingya sebagai pelarian yang berdaftar dan mereka ini menerima bantuan secara rasmi di kem-kem UN di Kutupalong. Bilangan ini hanyalah pecahan daripada jumlah besar300,000 orang pelarian yang tidak diiktiraf berdasarkan anggaran kerajaan Bangladesh.

Di Bangladesh ketika ini ada persamaan dengan kes di Gaza iaitu segala bahan bantuan disekat masuk. Kaum Rohingya merupakan populasi muslim terbesar, sekitar 3.5 juta orang di Myanmar yang kebanyakannya tinggal di Rakhine, salah sebuah negeri di Myanmar yang berkongsi sempadan dengan Bangladesh.

Mereka menjadi pelarian di Bangladesh, Pakistan, Thailand, Malaysia dan negara lain sejak lebih 50 tahun dahulu akibat penindasan dan penganiayaan pemerintahan Burma dan penganut Buddha ke atas mereka.

Di Kutupalong, 185 batu (296 kilometer) selatan Dhaka, kini direkodkan Rohingya tinggal di pondok-pondok buruk, di mana mereka mengalami kekurangan gizi, anak-anak hanya berkaki ayam serta membuang najis di merata-rata tempat.

Manakala di Kem pelarian Kutupalong UN pula ia dilengkapi dengan kemudahan perubatan, pusat pembelajaran komputer, gelanggang bola tampar dan janakuasa elektrik.

Namun, nasib malang yang menimpa lebih 200,000 Rohingya yang hingga kini tidak diberi status pelarian oleh Bangladesh dan hidup di bawah ancaman. Mereka seringkali akan ditangkap atau dihantar kembali ke Myanmar. Sebahagian bekerja sebagai buruh harian atau penarik beca di Cox's Bazar.

Bangladesh hanya bersedia untuk bekerjasama dengan PBB untuk memberikan akses dan perlindungan terhadap 28.000 pelarian Rohingya di kedua-dua kem rasmi.

Namun pemimpin Bangladesh menolak untuk membincangkan tentang baki yang terpaksa tinggal di Bangladesh secara haram.

Bangladesh adalah antara negara yang tidak menandatangani Konvensyen Pelarian 1951 dan Protokolnya pada 1967. Hal ini sama dengan kerajaan Malaysia. Namun keadaan Rohingya di Malaysia jauh lebih selesa berbanding dengan keadaan mereka di Bangladesh.

Pelarian Rohingya tidak inginkan kemewahan seumpama di Malaysia. Mereka hanya inginkan tempat untuk tinggal sementara, bercucuk tanam dan membesarkan anak mereka jauh dari kekejaman Junta Komunis Burma. Malangnya, bukan sekadar mereka diusir dari Bangladesh, malah terdapat banyak kes rogol, pencabulan, pukul dan bunuh yang dilakukan oleh penguatkuasa Bangladesh yang mengambil kesempatan terhadap umat Islam seaqidah dengan mereka!

Pada awal Mac 2007 kerajaan Bangladesh pernah menghancurkan sebahagian besar tempat perlindungan pelarian yang disebut "Tal" yang menempatkan lebih dari 6,000 pelarian Rohingya di Teknaf, selatan Cox's Bazaar, berhampiran sempadan dengan Burma. Tidak ada tempat penampungan alternatif yang disediakan bagi insan-insan yang malang ini. Kini dilaporkan sebahagian besar mereka hanya tidur seperti kucing kurap di bawah cuaca panas mahpun hujan tanpa bumbung untuk perlindungan asasi!

Salahlaku yang dilakukan oleh badan-badan penguatkuasaan undang-undang Bangladesh dilaporkan tersebar luas di dalam dan sekitar kem pelarian Rohingya, termasuk laporan penderaan seksual terhadap perempuan.

Pihak berkuasa Bangladesh kini juga menolak untuk membenarkan pembinaan bangunan kekal yang akan dibina di kem-kem kerana ingin mendorong para pelarian untuk kembali ke Myanmar.

Citizen International melalui Koordinator kempen kemanusiaan Rohingya iaitu Cikgu Azmi hamid kini giat mengumpul dana untuk menyediakan khemah dan bantuan asasi kepada 11000 keluarga di sana dan dijangka mampu disalurkan sebelum Ramadhan tahun ini.

Perlu ditegaskan bahawa United Nation hanya memberi tumpuan kepada Rohingya yang berdaftar sahaja, bukan kepada kesemua pelarian yang ditakrifkan oleh Konvensyen Pelarian 1951.

Kepada mereka yang berminat untuk menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan ini boleh berbuat demikian melalui akaun Teras iaitu BIMB 02020010021351. Atau hubungi 019 4744856 (Cikgu Azmi Hamid).

SELANGOR - GENDANG DIPALU, AYUH PR SELANGOR !!

14 Syaaban 1431 H
Oleh: WFAUZDIN NS

GENDANG telah dipalu oleh Umno Selangor. `Peperangan' antara Umno sekutu Apco dengan PR Selangor bakal bermula. Umno telah mula memasuki gelanggang dengan menampilkan raja sesumpah Senatak Ezam beserta Noh Omar. Khir Toyo tidak perlu ditampilkan kerana ini mungkin akan `memalukan' beliau nanti.

Soalnya, adakah PR Selangor akan melihat sahaja `Badut-Badut' upahan Najib ini? Umno kini tidak lagi percaya kepada media pencacai mereka untuk mempengaruhi rakyat Selangor.

Semenjak 2008 lagi, media tersebut telah dicop sebagai `lidah syaitan' oleh majoriti rakyat Selangor. Isu kandang babi sehingga kepada isu kepala babi, isu azan di masjid, isu YB Elizebeth Wong, isu air dan banyak lagi isu yang dipanaskan oleh media pencacai cuma menjadi tontonan penglipur lara sahaja. Terkini, isu pasir dan sekali lagi isu ini memakan tuan.

Justeru itu, Umno Selangor terpaksa bergerak sendiri memasuki seluruh ceruk kampung untuk mencari-cari jika ada lagi rakyat yang bodoh-bodoh untuk dipermainkan. Sehubungan itu, PR Selangor seharusnya memantau perkembangan ini kerana kita simpati jika ada walau seorang jua pun rakyat Selangor yang tertipu dengan gerombolan raja sesumpah.

Perancangan dan strategi harus dilakukan segera. Ini merupakan tugas terbesar mungkin buat Ketua Penerangan Selangor iaitu Us Badrul Amin. Kita penuh yakin, beliau mampu menggerakkan jentera kerajaan bagi menangkis serangan dari Umno Selangor itu. Kita hadapi mereka dengan hujah dan fakta, meskipun mereka hanya menggunakan modal air liur basi mereka beserta sumpah-sumpahnya.

Kalau Pakatan Rakyat Burung Kakak Tua, UMNO-BN Burung Kakak Tua Bangka

14 Syaaban 1431 H
Oleh: Annuar Kamaruddin

Memetik berita sumber Bernama yang disiarkan Malaysiakini; “Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyifatkan Pakatan Rakyat, terutamanya di Selangor, hanya pandai berkata-kata seperti burung kakak tua, manakala kerajaan negeri

itu hanya pandai membuat janji tanpa memikirkan adakah janji-janji itu mampu ditunaikan atau sebaliknya.” Inilah kerja sebenar TPM Malaysia ni. Kedudukan sebagai Nombor Dua Kerajaan. Tapi buat kerja UMNO.

Masa control negeri-negeri, yang kaya kroni, anak, isteri dan bini. Rakyat makan hati. Itu sebab rakyat naik benci. Akhirnya UMNO ditolak ke tepi. Apa UMNO tak faham ke demokrasi. Sebab itu la bila kalah di Selangor, ada Ex YB takut kena jawab banyak kes itu ini, langsung mati.

Baru-baru ni SPR kata, sikit sangat orang muda daftar jadi pengundi. Bermakna yang tolak UMNO-BN masa PRU Duabelas dulu, orang yang sama yang undi BN dulu. Kalau kerajaan BN Federal dok cari pasal dengan Kerajaan Negeri, bermakna nak bermusuh dengan rakyat. Kalau bermusuh dengan rakyat dan kerajaan negeri, bermakna PRU Tiga Belas nanti akan hilang lebih banyak kerusi dan undi.

“Beliau yang juga Timbalan Presiden Umno berkata pelbagai isu membelenggu kerajaan Selangor di bawah kepimpinan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, seperti isu pasir dan kegagalan mengurus ekonomi, dan ia membuktikan bahawa mereka hanya pandai berkata-kata. Ini satu keadaan yang begitu teruk.

Mereka tidak mampu mengurus ekonomi negeri walaupun mereka katakan kerajaan mereka cekap, membela rakyat dan boleh membuat apa saja untuk menentukan rakyat hidup dengan selesa.”

Ini lagi satu bukti jelas salah guna kedudukan. Melawat kawasan guna kedudukan dalam kerajaan. Tapi buat kerja parti. Isu pasir dah terbukti UMNO pandai urus, bukan untuk negeri tapi untuk sendiri.

Fakta-fakta hasil kerajaan Selangor hari ini daripada pasir dah membuktikan Kerajaan PR lebih bijak dari Kerajaan BN. Apa maksud kegagalan mengurus ekonomi. Kalau gagal bermakna defisit. Adakah kerajaan Selangor sekarang dah habis duit sebab gagal.

Memang menjadi hasrat PR hendak menjadikan rakyat hidup selesa. Tapi UMNO juga yang sekat. Kerajaan Selangor ada sungai, tasik, dan kolam. Nak beri air percuma dan murah. Tapi UMNO ada SPAN. Itu sebab dia boleh serap air di Selangor.

"Tetapi sebenarnya mereka hanya bercakap, cakap mereka tidak serupa bikin, cakap pihak pembangkang tak serupa bikin. Mereka pandai berkata-kata seperti burung kakak tua...dia boleh menyanyi tapi dia tidak tahu apa yang dia buat," katanya ketika berucap merasmikan Program Juara Rakyat peringkat Parlimen Wangsa Maju di Pasar Besar Gombak, Batu 5, Jalan Gombak di Kuala Lumpur, hari ini.

Hadir sama ialah Pengerusi BN Wangsa Maju Datuk Mohd Shafie Abdullah dan Setiausaha Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan Datuk Syed Ali Al-Habshe. Muhyiddin yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan berkata kegagalan itu memberi kesan besar kepada negara, khususnya Selangor di mana keyakinan pelabur mulai menyusut dan mula beralih arah ke tempat lain.”

Mana lebih besar BN ke UMNO. UMNO lah besar. Buat Program Juara Rakyat. Guna kedudukan kerajaan. Yang turun Pengerusi UMNO. SU UMNO. Mana pergi Pengerusi BN. Dah tak ada ke. Kalau pelabur kurang yakin dan beralih ke tempat lain, di mana. Kalau pergi ke Johor ke, NS ke, Pahang ke, Perak atau Terengganu atau Perlis, dalam Malaysia juga. Tapi kalau ke negara lain, jangan salahkan Pakatan Rakyat pulak. Sebab yang control dan jaga MITI tu orang UMNO. UMNOlah yang gagal urus kalau pelabur cabut lari.

UMNO dan BN tak payah buat program juara rakyat. Rakyat dah puas dah. Dah macam-macam slogan. Tradisi membela rakyat konon. UMNO dah lama jadi juara rakyat. Juara bermaksud ketua. Tapi Juara yang rakyat takut. Apa UMNO tak boleh pikir ke sebab apa rakyat tak mau dah juara-juara ni.

UMNO kata PR ni burung kakak tua, tapi UMNO sebenarnya burung kakak tua yang dah Bangka . Dah nyanyuk. Pandai janji tapi lupa janji. Dia yang janji, tiba-tiba dia kata orang lain janji. Dia tak tunai janji, dia kata orang tak tunai janji.

Sudah-sudahlah. Duduk di Kementerian Pelajaran satu apa pun tak buat. Semua buka buku lama. Lepas tu kata benda baru. Bagi kerja bertimbun-timbun pada guru, lepas tu kata nak buat kajian beban guru. Dia bagi beban, lepas tu nak kaji beban.

Guru-guru pun bila nak sedar dok kena tipu aje. UMNO nak jadi juara rakyat, tapi bermusuh dengan pakatan rakyat. Bila murid Tanya, guru bingung nak jawab.

PR PERAK BUAT DULU SEBELUM BN BUAT

14 Syaaban 1431 H
Oleh: MisbahulMunir

UMNO BN mendakwa kononnya kerajaan PR 11 bulan memerintah Perak tidak buat apa-apa untuk rakyat. Kononnya PR kerjanya saban hari saban malam ceramah memburuk-burukkan UMNO. Ini memberi gambaran seolah-olah MB, EXCO dan seluruh adun-adunnya bersama pegawai-pegawai kerajaan tidak buat apa-apa untuk kebajikan rakyat.

Kita akui sepanjang 11 bulan memerintah, pimpinan PR terpaksa menemui rakyat samada dalam program rasmi kerajaan atau ceramah politik yang dianjurkan oleh parti. PR buat begitu kerana inilah caranya menjelaskan kepada rakyat polisi dan dasar-dasar yang diperkenalkan oleh PR dalam menerajui negeri Perak, selain menjawab tohmahan UMNO BN.

Kalau peluang tersebut kita boleh perolehi melalui radio, tv dan akhbar media perdana, tidak perlu PR keluar saban hari dan malam menyampaikan maklumat kepada rakyat.

Ini adalah satu pembohongan besar UMNO BN kepada rakyat. Bukan itu sahaja, malahan mereka sentiasa mendakwa negeri Perak diperintah oleh Cina DAP, Hj Nizar dan PAS boneka serta kuda tunggangan Cina. PAS gadai tanah orang Melayu kepada orang Cina. Tohmahan ini sedikit sebanyak meresap juga kepada orang Melayu.

Sebuah Ngo Melayu menghantar memorundum kepada Sultan Perak konon nak selamatkan tanah-tanah orang Melayu. Itulah persepsi buruk yang cuba digambarkan oleh UMNO BN melalui media.

Sebenarnya program-program kebajikan yang UMNO BN buat sekarang untuk rakyat di Perak itulah dulunya dibuat oleh PR. Dalam akhbar Sinar Harian semalam dan hari ini Kerajaan Negeri telah mengumumkan pemberian 1000 hektar tanah kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan 2000 hektar tanah kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR).

BN juga turut memberi bantuan dermasiswa kepada pelajar-pelajar Perak yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPT dan sebagainya. Berita-berita tersebut memberi gambaran seolah-olah PR dulu tidak buat apa-apa pun pada rakyat.

Pada hal UMNO BN meniru dan meneruskan apa yang PR buat dulu. Kita tidak pula mempertikaikan apa yang mereka buat.

Cuma dulu apabila PR mengumumkan pemberiaan tanah 1000 hektar tanah kepada sekolah Cina dan memberi peruntukan kewangan 60 ribu setahun kepada SJKC ini, seluruh pemimpin UMNO menjaja merata Perak kononnya Hj Nizar ikut telunjuk Cina dan DAP untuk bantu sekolah Cina manakala SAR kononnya diabaikan. Inilah fitnah jahat UMNO BN.

Pada hal PR juga memberi 1000 hektar tanah kepada SAR dan mengembalikan semula bantuan perkapita kepada SAR.

Ada juga yang bertanya, BN bagi pada SAR lagi banyak 2000 hektar. Baguslah kalau begitu, persoalannya PR yang memulakan dulu, tapi UMNO menapikan apa yang kita buat untuk rakyat. Media mereka tidak pernah menyiarkannya.

Pada saya 1000 hektar pun sudah cukup baik berbanding dulu UMNO BN 50 tahun perintah Perak tak pernah bagi tanah kepada SAR. Lagipun SAR dapat semula bantuan perkapitan yang ditarik oleh UMNO sejak tahun 2002. 1000 hektar tanah yang UMNO BN tambah itu sama nilainya dengan jumlah bantuan perkapita setahun kepada SAR.

Yang hairannya bila UMNO BN umum bantu kaum Cina, umum peruntukkan kepada semua MCA bahagian, bagi bantuan kewangan kepada gereja, kuil dan tookong dan sebagainya, tidak ada pula pemimpin UMNO dan Ngo Melayu yang membantah.

Kita tidak pula menyuruh bantah pemberian seumpama itu, baguslah, itu hak rakyat. Persoalannya janganlah double standart, PR bantu Cina dan kaum lain, dituduhnya khianat, jual dan gadai kepentingan Melayu, boneka, kuda tunggangan dan bermacam-macam lagi momokan.

Saya nak sebut semula apa yang kerajaan PR telah buat dan laksana sepanjang 11 bulan memerintah Perak yang didakwa oleh UMNO BN tidak buat apa-apa untuk rakyat.

Antaranya mengembalikan semula bantuan perkapitan kepada SAR, memberi 1000 hektar tanah kepada SAR dan SJKC, memberi bantuan dermasiswa RM 1000 kepada pelajar-pelajar IPT, memberi air percuma 20 meterpadu kepada rakyat miskin, menaikan peruntukan musibah di setiap daerah dari 30 ribu kepada 50 ribu, menaikan bantuan kebajikan dari serendah-rendah RM 50 kepada RM 200 dan semaksima RM 400, memberi suratan hak milik kepada penduduk Melayu di kampung tersusun dan juga penduduk Cina di Kampung-kampung Baru, memberi elaun bulanan kepada Ketua Kampung RM 400 sebulan dan RM 200 sebulan kepada SU JKKK, menubuhkan Tabung Kebajikan Rakyat untuk membantu anak-anak yatim, warga tua, miskin tegar, ibu tunggal.

Menubuhkan Tabung Kebajikan Khas bagi membantu pesakit-pesakit kronik. Menubuhkan Tabung Pinjaman Kecil bagi membantu peniaga-peniaga yang mahu berniaga secara kecil-kecilan tanpa sebarang faedah dikenakan.

Semua itu diluluksan dalam bajet 2009 yang dibentangkan dalam sidang DUN bajet 2009. Banyak lagi sebenarnya yang dibuat oleh PR sepanjang 11 bulan memerintah Perak yang kebanyakannya ditiru dan diteruskan oleh UMNO BN. Tetapi UMNO BN membutakan mata rakyat dengan maklumat ini, sebaliknya menyebarkan fitnah dan tohmahan kepada rakyat.

30 pengkhianatan Umno

14 Syaaban 1431 H
Oleh: Teratai

Kini nada perpaduan Melayu dipalu sekali lagi. Apa salahnya, Islam juga yang untung, kata mereka. Buat sebahagian generasi muda yang mungkin tidak mengingati, mari kita ikuti sejarah pengkhianatan Umno terhadap bangsa Melayu :

1. Siapakah yang menukar wang Royalti kepada wang Ehsan pada tahun 2000 apabila PAS berjaya merampas negeri dari tangan BN dalam PRU 1999?

2. Siapakah yang menghalang kerajaan kedua2 negeri bermajoriti 95%Melayu menikmati hasil royalti Petronas, sedang negeri2 seperti Sabah dan Sarawak tidak dikenakan tindakan sama?

3. Siapakah yang menghalau peneroka bandar Melayu di Kg Berembang, Kg Plentong, Kg Chubadak, Kg Malaysia Tambahan?

4. Siapakah yang menghalau Melayu Pulau Pinang dengan helah pembangunan hingga mereka merempat ke Seberang Jaya dan Kedah Selatan?

5. Siapakah yang menggadai Tanah Rezab Melayu hampir 50% dari 3 juta hektar pada 1948 kepada 1.6 juta hektar pada 1997?

6. Siapakah yang membunuh orang Melayu kerana perbezaan fahaman politik di Kg Memali, Lubuk Merbau dan Hutan Aji?

7. Siapakah yang membolot saham AP untuk menantu dan kroni, sedang ia adalah hak setiap rakyat dibawah dasar DEB?

8. Siapa yang melingkupkan dasar DEB hingga milikan ekuiti Melayu tersekat kepada 18% pada 2000.

9. Siapakah pula yang memansuhkan DEB, dan diganti dengan dasar Liberisasi dan Model Ekonomi Baru yang mesra kapitalis dan anti subsidi?

10. Siapa yang menyelewengkan dana untuk orang2 Melayu yang miskin dalam program PPRT?

11. Siapa yang mengkhianat wasiat Raja2 Melayu menjelang kemerdekaan supaya tidak diserah bukit, gunung dan pulau kepada bukan Melayu?

12. Siapa yang mencipta krisis perlembagaan 1982 yang menyebabkan kuasa Yang DiPertuan Agung terhakis dan hanya sekadar menjadi rubber stamp Parlimen?

13. Siapa pula yang melucutkan kekebalan raja2 Melayu pada awal 1990-an?

14. Siapa yang menggelarkan rajanya 'MENATANG' bila namanya ditolak sebagai Menteri Besar Terengganu selepas PRU12 yang lalu?

15. Siapakah yang mengubah sempasan kawasan undi majoroti Melayu bila Melayu sendiri menolak Umno dalam PRU 1999?

16. Siapa yang melanggar peruntukan Perlembagaan mengenai hak2 istimewa Melayu untuk mendapat biasiswa?

17. Siapa yang menukar biasiswa kepada pinjaman dengan kadar 4%?

18. Siapa yang mencemar bahasa Melayu dengan istilah-istilah "infotainment", "boulevard", "presint", "bajet" dan lain2?

19.Siapa yang menukar bahasa pengantar dari bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris dalam pembelajaran Sains dan Matematik pada ketika jurang pendapatan bandar-luar bandar semakin melebar?

20. Siapa yang mencadangkan syarat wajib lulus Bahasa Inggeris untuk SPM dan bahasa pengantar Inggeris di universiti2?

21. Siapa yang jual air kepada negara jiran dengan harga 3 sen 1000 liter, dan jual balik kepada rakyatnya sendiri dengan harga 80 sen 1000 liter?

22. Siapa yang serah blok minyak kepada negara Brunei tanpa persetujuan DUN, Parlimen atau YDPA?

23. Siapa yang cuai menjaga tanahair sendiri hingga Pulau Batu Putih dan Singapura terlepas ke negara orang?

24. Siapa yang menghapuskan tulisan jawi dari diajar di sekolah2?

25. Siapa yang kata Sekolah Agama Rakyat (SAR) tempat melahir militan dan ekstrimist?

26. Atas alasan itu, siapa yang menghentikan geran perkapita kepada SAR hingga menyebabkan sebahagian institusi pendidikan agama hidup segan, mati tak mahu?

27. Siapa yang mencadangkan pelan pembangunan Kg Baru Kuala Lumpur hingga membuka milikan kepada 40% bukan Melayu?

28. Siapa yang kekang akta2 maklumat, Auku dan pandangan2 kedua orang Melayu supaya orang Melayu senang diperbodohkan?

29. Siapa yang naikkan harga petrol,diesel dan barangan asas kepada ketika Melayu adalah golongan majoriti yang miskin di negara ini?

30. Siapakah pula yang memperbodohkan dirinya konon mengaku Melayu sedang nama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) dibuang dan diguna bahasa penjajah UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION (UMNO)?

Senarai pengkhianatan Umno terhadap orang2 Melayu memang panjang. Ia tidak habis untuk ditulis dalam sehari. Apa yang penting, ia sudah terakam dalam sejarah. Khalayak yang memalu gendang perkauman ini patut malu pada diri sendiri, pada saat mereka di puncak kuasa tidak pernah pula terdengar retorik Islam dan Melayunya. Kini menyedari kuasa semakin jauh dari genggaman, tidak perlu lah lagi umat Melayu yang selama ini diperbodoh dan diperkuda semahunya, memberi bantuan talian hayat dan oksigen.

Kalaulah Umno hidup ribuan tahun yang lalu, mungkin epik Yunani Homer, Illiad and Oddysey atau pun Hikayat 1001 Malam tidak akan mendapat tempat di sisi penglipur lara, penulis buku, pemikir sastera-sejarah, pemikir sosiologi mahu pun pembuat filem. Demikian banyaknya yang dikisah dalam hikayat dari Parsi itu, mengikut lagenda, sesiapa yang membaca seluruh koleksi cerita ini akan menjadi gila.

Alahai, kalau membaca hikayat sepanjang ini menjadi gila, siapa pula yang mampu mengingati ratusan pengkhianatan Umno terhadap Melayu. Besar kemungkinan anda akan jadi 'mereng'.

Harakahdaily/-

Pelaburan merudum: Najib patut berundur

14 Syaaban 1431 H
Oleh: Abdul Aziz Mustafa

KUALA LUMPUR, 26 Julai: Kejatuhan pelaburan langsung asing (FDI) sebanyak 81 peratus ke negara ini menghilangkan kelayakan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Merudumnya pelaburan asing itu menunjukkan betapa buruknya tahap pencapaian Indeks Prestasi Utama (KPI) dan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Najib sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, katanya.

"Dalam sebuah negara Perdana Menteri adalah Ketua Pegawai Eksekutuf (CEO) yang bertanggungjawab untuk membawa pulangan yang lumayan pada negara dari sejumlah wang yang telah dibelanjakan.

"Kejatuhan kedatangan pelabur asing sebanyak 81% telah menghilangkan kelayakkan Najib sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

"Najib seharus berundur secara terhormat demi untuk menyelamatkan satu Malaysia "rakyat didahulukan pencapaian diutamakan," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

KPI dan NKRA diperkenalkan oleh pentadbiran Najib untuk mengukur adalah pencapaian dalam pengurusan.

"Dalam sektor korporat perkembangan begini adalah gambaran gagalnya seorang CEO. CEO seperti ini akan dipecat kerana tidak produktif dan gagal membawa pulangan keuntungan kepada syarikat. Kejatuhan 81% kemasukan pelabur asing adalah satu pencapaian buruk dan memalukan.

"Bersediakah Najib untuk berundur?

"Tentu tidak dan Najib akan kata business as usual. Inilah budaya 'tidak apa' Umno yang merosakkan negara," kata Mahfuz.

Beliau melihat kejatuhan pelaburan asing yang begitu teruk itu adalah akibat dari gejala rasuah dan kepincangan sistem perundangan negara sehingga persepsi pelabur antarabangsa terhadap Malaysia begitu buruk sekali.

Menurut beliau, bagi pelabur asing, mereka akan melabur di tempat lain selain Malaysia apabila di Malaysia mereka berhadapan dengan rentetan birokrasi yang kronik dan juga terpaksa membayar tukang-tukang lobi yang mewakili ahli-ahli kabinet dan isteri serta keluarga mereka.

"Fenomena ini membawa kepada rasuah berleluasa. Di Malaysia Umno mengamalkan konsep who you know, not what you know. Kalau hendak kelulusan menteri, perlu bekerjasama dengan balaci-balacinya." kata beliau.

Menurut beliau lagi, pelabur-pelabur asing juga tidak berminat kepada Malaysia apabila melihat kepincangan sistem perundangan dan keadilan negara.

"Kes Lingamgate, kes rampasan kuasa Umno Barisan Nasional (BN) di Perak, kes sodomi kedua dan lain-lain memberi gambaran law of rule bukan rule of law," katanya.

Begitu juga dengan kepincangan pengurusan di Sime Darby, Felda, Maybank dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang lain, kata beliau, kesemuanya memberi tanggapan buruk kepada pelabur-pelabur asing."Mereka melihat di Malaysia tidak ada budaya accountability dan responsibility.

"Sime Darby rugi berbillion, ahli lembaga pengarah masih ada, tidak ada sesiapa yang dikenakan tindakan undang-undang atau diberhentikan.

"Maybank buat pelaburan bodoh di Indonesia dengan membeli Bank Internasional Indonesia, CEOnya dilantik jadi menteri kabinet, sekarang jadi Pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC). Felda susut rizab tunai berbillion ringgit, Najib terus jadi Perdana Menteri yang menguruskan Felda dan (Datuk) Ahmad Maslan terus jadi Timbalan Menteri.

"Mana dia accountability dan responsibility? Pelabur tidak akan melabur di negara yg tidak ada budaya accountability dan responsibility," tegas beliau.

Laporan Pelaburan Dunia 2010 yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menunjukkan jumlah FDI ke Malaysia terus mencatatkan penurunan mendadak pada tahun lalu.

Jumlah itu berkurangan RM19.04 bilion berbanding RM23.47 bilion yang diterima pada tahun 2008 (Perangkaan diambil kira berdasarkan nilai US$1 = RM3.20650).

Perangkaan tahun lalu yang hanya bernilai RM4.43 bilion juga tidak mencerminkan separuh daripada apa yang lazimnya diterima oleh Malaysia pada 1995 hingga 2005.

Prestasi Malaysia juga dianggap memalukan jika dibandingkan dengan ekonomi Thailand dan Indonesia yang tidak mengecut dengan teruk di sebalik menerima tempiasan krisis kewangan dunia itu.

Thailand kehilangan RM14.24 bilion manakala Indonesia pula hanya berkurangan RM8.32 billion dalam FDI mereka, tahun lalu.

Kejatuhan mendadak itu yang dikatakan paling buruk dalam 15 tahun menyaksikan jumlah terkumpul FDI yang mengalir keluar melebihi jumlah pelaburan yang diterima sebanyak RM3.21 bilion.

Harakahdaily/-

Manfaat meminum air putih

14 Syaaban 1431 H
Oleh: jelajahunik.blogspot.com

1. Menetralisir racun dalam tubuh
2. Membakar lemak
3. Membersihkan racun dalam ginjal

Minum air dan tetap sehat dan aktif. Untuk siapa saja yang suka Minum air ais(air dingin).

Hal ini sangat masuk akal, orang Chinese dan Jepang minum teh panas setelah makan, bukan air ais. Mungkin ini saatnya bagi kita untuk mengadopsi kebiasaan tersebut.

Mungkin sangat nikmat minum air ais setelah makan, namun air ais akan membekukan lemak yang baru saja kita konsumsi. Dengan membekunya lemak akan memperlambat pencernaan.

Ketika lemak yang membeku ini bereaksi dengan asam, lemak akan dipecah dan diserap intestine lebih cepat dibanding makanan pada. Dengan cepat akan berubah menjadi lemak dan dapat menimbulkan kanker. Sangat disarankan untuk menkonsumsi sop panas atau air hangat setelah makan.



Arti dibalik warna urine disaat buang air kecil!

14 Syaaban 1431 H
Oleh: jelajahunik.blogspot.com

Air kencing memang bisa berubah-ubah gan, perubahan air kencing dipengaruhi oleh beberapa faktor, faktor yang terpenting adalah kadar air dalam tubauh kita.

Warna kencing bening memang warna normal air kencing jika warna berubah menjadi kuning muda atau bahkan menjadi kuning tua itu artinya bahwa tubuh kita sudah mulai kurang cairan, mungkin asupan yang kurang atau aktivitas yang banyak karena cairan tubuh kita paling banyak dikeluarkan melalui kencing, dan keringat.

Untuk mencegah supaya kencing tidak kuning adalah dengan meminum air putih minimal 8 gelas sehari,ukuran itu disesuaikan dengan aktivitas kita sehari-hari.

Jika memang aktivitas kita extra maka kebutuhan cairan kita juga extra sehingga kita harus meminum air lebih dari biasanya. Perubahan warna air kencing itu bisa dijadikan paramater bahwa tubuh kita perlu asupan air. Demikian penjelasan dari saya, semoga dapat membantu.

Intinya

Quote:
warna urine itu ada yang bening tidak berwarna, sedikit menguning, kekuningan, kuning, kuning pekat..

yg bening sekali = juragan harus minum air lebih dari cukup
sedikit menguning = juragan sudah meminum air putih cukup
kuning sekali = jarang minum air putih (dehidrasi)

Penjelasan lewat foto

Semoga berguna baik juragan-juragan semua yang belum mengerti mengenai arti dibalik warna urine kita saat kita sedang buang air kecil.

Makanan Sihat Yang Kurang Popular

14 Syaaban 1431 H
Oleh: KALIMAJARO

Berikut lima jenis makanan yang tergolong tidak populer namun mengandung segudang manfaat yang baik untuk kesehatan:

1. Buah Plum Kering

Buah ini merupakan salah satu buah yang paling tidak populer untuk dikonsumsi, terutama ketika memakai nama prunes. Tetapi plum kering sesungguhnya mengandung potassium dua kali lebih banyak dibandingkan pisang dan memiliki kandungan antioksidan 38% lebih banyak dibandingkan blueberry.

Buah ini juga memiliki nilai plus karena mengandung serat yang larut dan tidak larut, termasuk pectin yaitu sejenis serat larut yang bisa menurunkan kolestrol. Bagi mereka yang ingin berdiet, buah plum bisa dimakan sebagai camilan atau ditambahkan dalam bekal makan siang anak.

2. Bit

Bit mengandung serat, zat besi, vitamin C, serta mengandung betacyanin yaitu zat kuat yang bisa melawan kanker usus. Masih kurang yakin? Bit juga mengandung antioksidan yang telah dibuktikan bisa menurunkan total kolestrol dan meningkatkan HDL atau kolestrol baik dalam tubuh.

3. Labu

Seporsi hidangan labu memiliki sekitar 3 gram serat ditambah dengan beta karoten yaitu antioksidan yang membantu untuk meningkatkan fungsi imun dan mengurangi resiko terkena kanker dan penyakit jantung. Karena labu bersifat musiman tetapi tersedia labu kalengan yang juga sama sehatnya dan tersedia sepanjang tahun. Labu bisa ditambahkan pada berbagai jenis masakan dan dibuat kue.

4. Terong

Terong yang mudah didapatkan ini banyak mengandung serat dan juga vitamin B1, B3, dan B6. Selain itu terong juga mengandung asam chlorogenic yaitu salah satu sayuran yang bebas dari hama serangga yang biasanya terdapat di sayuran, dan nasunin yaitu antioksidan yang telah dibuktikan dapat melindungi dan mencegah kerusakan sel-sel otak akibat penggunaan telepon genggam yang bisa memicu tumbuhnya sel kanker.

5. Kacang-kacangan

Kacang adalah makanan yang memiliki reputasi tak populer lainnya. Tetapi riset telah membuktikan bahwa kacang memiliki banyak manfaat bagi kesehatan. Kacang bisa mencegah kanker dan penyakit jantung hingga tekanan gula darah. Plus kacang kacangan juga kaya akan antioksidan, protein, dan fiber. Kacang kering adalah yang termurah, tetapi kacang kalengan juga berguna bagi mereka yang ingin praktis

Nah, mulai sekarang jangan abaikan lagi makanan-makanan tersebut. Sebab makanan yang sepele ternyata bisa memberikan manfaat yang lebih bagi kesehatan kita.

Hukum bomoh membomoh

14 Syaaban 1431 H
Oleh: akhisalman

Sesungguhnya Nabi s.a.w datang kepada masyarakat yang mempercayai pawang-pawang dan tok nujum yang mendakwa mengetahui perkara yang gaib.

Mereka berkata mampu mengetahui perkara gaib yang akan datang atau yang lepas dgn cara mereka berhubung dgn jin dan sebagainya. Rasulullah s.a.w memerangi perbuatan bomoh-bomoh seumpama ini dgn membacakan ayat:

"Katakanlah hai Muhammad ; tidak ada yang mengetahui perkara yang gaib samada di langit dan bumi melainkan Allah." (65:an-Naml)

Allah telah menceritakan bahwa jin sendiri tidak tahu dgn kematian Nabi Sulaiman sehinggalah anai-anai memakan tongkat Nabi sulaiman a.s. dan Allah berfirman:

"Kalaulah mereka (jin-jin Nabi Sulaiman) mengetahui perkara yang gaib nescaya mereka tidak berada dalam azab yang menghina (berkerja susah payah berkerja walupun Nabi sulaiman sudah wafat)." (14:Saba)

Dr Yusuf Qardawi berkata:"Sesiapa yang mendakwa mengetahui perkara yang gaib maka dia telah berbohong kepada Allah, kepada kebenaran dan kepada manusia."

Sesungguhnya telah tiba segerombolan manusia bertemu dgn Nabi s.a.w.Mereka menyangka baginda mengetahui perkara yang gaib, lalu mereka menyembunyikan sesuatu di tangan mereka.

Mereka bertanya "Beritahu kamu apa yang ada dalam tangankami?" Nabi s.a.w menjawab dengan jelas:

"Aku bukannya tok nujum atau pawang yang mengetahui benda yang gaib.Sesungguhnya pawang atau tok nujum (yang mendakwa tahu perkara gaib) berada dalam neraka."(Hr Tirmizi)

Percaya dgn cakap-cakap bomoh, pawang dan tok nujum yang mendakwa mengetahui perkara yang gaib adalah kekufuran.

Nabi s.a.w bersabda:
"Sesiapa yang berjumpa dengan tok nujum dan bertanya sesuatu yang gaib,lalu percaya dgn kata-kata mereka maka tidak diterima solatnya selama 40 hari"(Hr Muslim)

Nabi s.a.w bersabda:
"Sesiapa yang berjumpa dgn bomoh atau tok nujum, lalu bertanya pada bomoh tentang sesuatu dan lelaki itu mempercayai apa yang bomoh beritau tentang perkara-perkara ghaib maka dia telah kufur dgn ajaran Nabi Muhammad s.a.w." (Hr Bazzar-Jaid)

Nabi s.a.w pun tidak mengetahui perkara-perkara yang gaib. Firman Allah s.w.t:
"Katakanlah hai Muhammad ; aku tidak mengatakan mempunyai khazanah-khazanah tuhan, aku tidak mengetahui perkara yang gaib..." (50: al-Anam)

Namun tersangat hairan pada masa sekarang ni bomoh-bomoh yang mendakwa perkara-perkara yang gaib seumpama:

1. Mengetahui benda atau orang yang hilang.
2. menilik masa depan seseorang.
3. Mengetahui penyakit tanpa perantara syptom2 tertentu dan alat2 moden.

Kebanyakan masyarakat mempercayai kata2 bomoh2 ini. Ini sangat bahaya terhadap akidah mereka. Masyarakat perlu berhati dengan kewujudan
bomoh-bomoh ini.

Adapun bomoh yang tidak mendakwa mengetahui perkara gaib dan merawat hanya dgn quran dan sunnah maka ia dibenarkan. Insya Allah saya akan tulis berkenaan dgn jampi dlm Islam.

sunat-azan azan

14 Syaaban 1431 H
Oleh: akhisalman

1. Berdiri ketika azan
Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w:
"Hai Bilal, berdirilah dan kumandangkan azan."(Hr Bukhari dan Muslim)

2. Menghadap kiblat
Ini kerana kiblat adalah sebaik2 arah.

3. Suci dari hadas kecil dan besar
Makruh azan semasa berhadas kecil. Semasa berhadas besar lebih makruh.

Nabi s.a.w bersabda:
"Aku tidak suka menyebut nama Allah dalam keadaan tidak suci"(Hr Bukhari)

4. Orang yang baligh.

5. Orang yang baik
Makruh orang fasiq melaungkan azan.

6. Suara yang sedap
Nabi s.a.w bersabda kepada Abdullah bin Zaid r.a yang mimpi azan dalam tidurnya:
"Pergi jumpa Bilal dan ajar dia cara2 azan yang kau dapat dari mimpimu. Sesungguhnya suaranya lebih sedap dan nyaring dari suara engkau."(Hr Abu Daud)

7. Orang yang melihat.

8. Memalingkan wajah dan leher.
Sunat memalingkan leher dan muka kekanan ketika mengucapkan "Hayya alas solah" dan kekiri ketika mengucapkan "Hayya alal falah" Ini yang dilakukan oleh Bilal dalam hadis sahih riwayat imam Bukhari.

9. Tartil
Maksudnya ucapkan kalimah azan dengan tenang dan jelas. Umar r.a berkata kepada Abu az-Zubair muazzin masjid Baitil Maqdis:
"Apabila kamu azan hendaklah kamu lafazkan dengan tenang dan jelas."(Hr Baihaqi)

10. Tarjie'
Disunatkan tarjie ketika azan. Maksud tarjie adalah muazzin melafazkan dua kalimah syahadah dengan suara perlahan sebelum melafazkannya dengan kuat dan nyaring. Ini ada disebut dalam Abi Mahzurah yang diriwayatkan oleh Imam Muslim.

11. Taswib
Iaitu tambahan lafaz "as-Solatu kahirum minan naum" pada azan subuh. Disunatkan pada azan yang pertama dan kedua. Ini berdasarkan hadis yang Nabi s.a.w sabdakan kepada Abi Mahzurah (Hr Abu Daud).

12. Dua Muazzin
Disunatkan mempunyai dua muazzin pada satu masjid.
Ini kerana Nabi s.a.w mempunyai dua tukang azan. Nabi s.a.w bersabda:

"Sesungguhnya Bilal mengumandangkan azan pada waktu malam (sebelum subuh). Maka hendaklah kamu makan dan minum (bersahur) sehinggalah Ibnu Maktum mengumandangkan azan (subuh)."(Hr Bukhari dan Muslim)

Dibenarkan untuk lebih dari dua mengikut keperluan seperti mana Uthman bin Affan mempunyai empat muazzin di zamannya.

13. Diam dan menjawab azan
Disunatkan bagi orang yang mendengar azan untuk diam dan menghayati setiap kalimah azan. Kemudian hendaklah dia menngucapkan apa yang diucapkan oleh muaazzin melainkan pada haia'latain (hayya alas solah dan hayya alal falah) maka disunatkan untuk mengucapkan hauqalah (la haula wala quwwata illa billah). Nabi s.a.w bersabda:

"Apabila kamu mendengar azan hendaklah kamu mengucapkan apa yang diucapkan oleh muazzin."(Hr Muslim)

-Apabila dia berada dalam solat, tandas atau jimak hendaklah dia jawab azan selepas selesai.

-apabila dia sedang baca quran, berzikir atau pengajian ilmu hendaklah dia berhenti untuk mendengar dan menjawab. Lepas azan dia sambung rutinnya.

14. Selawat dan doa untuk Nabi s.a.w
Disunatkan kepada muazzin, pendengar azan, orang yang melaungkan iqamah untuk berselawat kepada Nabi s.a.w, meminta kepada Allah supaya diberikan pangkat wasilah kepada Nabi s.a.w dan berdoa kepadanya. Nabi s.a.w bersabda:

"Apabila kamu mendengar azan hendaklah kamu mengucapkan seperti muazzin ucapkan. Kemudian hendaklah kamu berselawat kepadaku. Sesungguhnya sesiapa yang berselawat kepadaku sekali maka Allah akan berselawat kepadanya sepuluh kali. Kemudian hendaklah dia meminta supaya Allah memberikan wasilah kepadaku.

Sesungguhnya ia adalah satu kedudukan dalam syurga. Ia hanya diperolehi seorang sahaja dari kalangan hamba2 Allah. Aku berharap akulah orangnya. Sesiapa yang meminta wasilah untuk ku maka dia boleh mendapat syafaat dariku."(Hr Muslim)

Nabi s.a.w bersabda:

"Sesiapa yang berkata setelah mendengar azan:

Allahumma rabba hazihid da'watit tammah was solatil qaimah ati saiyidina Muhammadanil wasilati wal fadilah wab'athhu maqamam mahmudanil lazi wa'adtah

(terjemahannya) Ya Allah tuhan kepada seruan yang sempurna ini dan sembahyang yang didirikan, berikan darjat wasilah kepada Nabi Muhammad s.a.w dan kelebihan. Bangkitkanlah ia dengan maqam yang terpuji seperti yang engkau janjikan.

Maka dia boleh mendapat syafaatku."(Hr Bukhari)

15. Doa untuk diri sendiri
Disunatkan berdoa selepas azan kerana ketika itu adalah watu yang mustajab. Nabi s.a.w bersabda:

"Sesungguhnya doa tidak ditolak diantara azan dan iqamah. Hendaklah kamu berdoa."(Hr Abu Daud dan Tirmizi)

16. Memasukkan jari ke dalam telinga

Disunatkan meletakkan dua jari ke dalam lubang telinga. Nabi s.a.w bersabda kepada Bilal r.a:

"Apabila engkau azan maka hendaklah engkau masukkan dua jarimu kedalam telingamu. Sesungguhnya ia akan mengangkat suaramu."(Hr Baihaqi)

Hukum hakam masjid

14 Syaaban 1431 H
Oleh: akhisalman

Masjid adalah tempat terbaik
أحب البلاد الى الله تعالى مساچدها وأبغض البلاد الى الله أسواقها

Maksudnya: Tempat yang disukai oleh Allah ialah masjid dan tempat yang dibenci oleh Allah adalah pasar2. (Hr Muslim)

Masjid yang terbaik

Maksudnya: “Solat di masjid Haram seratus ribu kali ganda pahala solat, solat di masjidku seribu kali ganda pahala solat dan solat di masjid Aqsa lima ratus kali ganda pahala. (Hr Baihaqi)

Ganjaran membina masjid

من بنى مسجدا يبتغى به وجه الله بنى الله له مثله في الجنة
Maksudnya: “Sesiapa yang membina masjid mengharapkan keredaan Allah semata2 maka Allah akan membina seumpannya untuk dirinya di syurga.” (Hr Bukhari dan Muslim)

Maksudnya: “Sesiapa yang membina masjid walau sebesar sarang burung, Allah akan bina rumah untuknya di syurga.” (Hr Ahmad – sahih)

Disunatkan membaca doa untuk ke masjid seperti yg dilakukan oleh Rasulullah s.a.w:

Maksudnya: “Ya Allah jadikan cahaya di hatiku, cahaya di pandanganku, cahaya di pendengaranku, cahaya di kanan ku, cahaya di belakangku, cahaya di sarafku, cahaya di dagingku, cahaya di darahku, cahaya di rambutku dan cahaya di kulitku.” (Hr Bukhari dan Muslim)
Pahala ke Masjid

من غدا الى المسجد أو راح أعد الله له الجنة نزلا كلما غدا أو راح
Maksudnya: “ Sesiapa yang ke masjid pada waktu pagi atau petang, Allah akan menyediakannya hidangan di syurga setiap kali dia pergi waktu pagi atau petang.” (Hr Bukhari dan Muslim)

Maksudnya: “Apabila kamu melihat seorang lelaki sentiasa ke masjid maka saksikanlah dgn keimanannya.” (Hr Ahmad dll)
Tahiyyatul Masjid

Disunatkan dua rakaat solat tahiyyatul masjid apabila masuk ke masjid sebelum duduk. Nabi s.a.w bersabda:

Maksudnya: “Apabila seseorang masuk ke masjid hendaklah dia sembahyang dua rakaat sebelum dia duduk.” (Hr Bukhari dan Muslim)

Terhasil sunat tahiyatul masjid dengan apa2 jenis solat yang dilakukan sebelum duduk. Tahiyyatul masjid haram adalah dgn tawaf seperti yg dibuat oleh rasul s.a.w.
Orang berjunub, berhaid dan bernifas

Mereka semua dilarang masuk ke masjid melainkan jika hanya lalu tanpa berhenti di dalam masjid. Firman Allah:

Maksudnya: “Dan orang2 yang berjunub tidak boleh masuk ke masjid melainkan dgn keadaan lalu sahaja sehingga mereka mandi wajib.” (An-nisa: 4/43)

Nabi s.a.w bersabda:

“Maka sesungguhnya aku mengharamkan masjid kepada orang yang berhaid dan berjunub.” (Hr Abu Daud – sahih)

Tidur di masjid

Harus dan tidak makruh tidur di masjid menurut ulama2 mazhab Syafie kerana ia dilakukan oleh Ibnu Umar dalam hadis sahih riwayat imam Bukhari dan Muslim.
Orang kafir masuk masjid

Imam Abu hanifah dan ulama mazhab syafie mengharuskan kepada orang kafir masuk ke masjid. Ini kerana Thamamah bin athal diikat di masjid dan Orang kristian Najran masuk ke masjid Nabawi. Mazhab Syafie meletakkan 2 syarat:

1. Mendapat keizinan oleh pimpinan Islam.
2. Bukannnya masjid haram Makkah.

Mazhab Maliki melarang sama sekali kemasukan orang kafir melainkan orang2 yang berkerja.
Dilarang mengotorkan masjid

Nabi s.a.w bersabda:

البصاق في المسجد خطيئة وكفارتها دفنها

Maksudnya: “Meludah di masjid adalah satu kesalahan, pengahapus dosanya adalah dgn menanamnya.” (Hr Bukhari dan Muslim)

Nabi s.a.w bersabda:

“Sesungguhnya masjid2 ini tidak boleh dikencingkan dan dicampakkan kotoran2 . Sesungguhnya ia hanya untuk berzikir dan membaca al-quran.” (Hr Muslim)
Bersembang2 perkara yg harus di masjid

Tidak ada tegahan untuk bersembang2 perkara2 dunia yang diharuskan di masjid berdasarkan hadis berikut:

Maksudnya: “Rasulullah s.a.w tidak bangun dari tempat sembahyang sehinggalah terbitnya matahari. Apabila matahari terbit baginda pun bangun. Ketika itu para sahabat bersembang2 sehinggalah perkara jahiliah. Mereka tersenyum dan ketawa.” (Hr Muslim)

Adapun hadis yg mengatakan terhapusnya pahala apabila bersembang dunia adalah hadis palsu.

Menghias masjid

Makruh menghias masjid kerana boleh melalaikan orang2 yang sembahyang. Nabi s.a.w bersabda:

Maksudnya: “Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah manusia berbangga2 dgn mencantikkan masjid.” (Hr Abu Daud)

Ibnu Abbas r.a. berkata:

“Kamu akan menghias2 masjid seperti mana orang2 yahudi dan nasrani menghiasnya.” (Hr Abu Daud)

Membersihkan masjid

Disunatkan membersihkan masjid dan menjaganya daripada dikotori. Nabi s.a.w bersabda:

Maksudnya: “Dan Nabi s.a.w menyuruh supaya dibersihkan dan diwangikan.”

Memasukkan kanak2, orang gila dan binatang

Kebanyakan ulama mengatakan makruh memasukkan kesemua itu ke dalam masjid kerana menyebabkan kotornya masjid. Budak yang makruh dimasukkan ke masjid adalah yang tidak mumayyiz lagi.

Program2 di masjid

Disunatkan mewujudkan program ilmu di masjid seperti mana yang disebut dalam hadis2 yang banyak. Boleh juga persembahan syair2 dan nyanyian yang baik seperti mana Hasan bin Thabit telah mendendangkan syairnya di Masjid (Hr Bukhari dan Muslim).

Sahkan Imam dan makmum sebegini?

14 Syaaban 1431 H
Oleh: akhisalman

1. Imam budak kecil yang mumayiz

Apabila budak kecil itu sudah pandai berfikir dan dia cukup syarat sah solat maka sah solatnya. Sah dia menjadi imam kepada lelaki dan perempuan yang baligh. Harus juga dia menjadi imam solat jumaat sekiranya makmumnya cukup 40 orang tidak termasuk dia.

Ini berdasarkan hadis dari sahabat Nabi s.a.w Amru bin Salamah r.a. Beliau berkata:"Aku menjadi imam di zaman Rasulullah s.a.w ketika aku masih berumur tujuh tahun." (Hr Bukhari dan Muslim)

Ini kerana beliau paling elok bacaannya dikalangan kaumnya. Nabi s.a.w bersabda:

يؤم القوم أقرؤهم لكتاب الله
Maksudnya: "Imam kepada satu kaum adalah orang yang paling baik bacaan al-Qurannya." (Hr Muslim)

2.Imam yang solat duduk, solat baring atau solat dgn isyarat Harus bagi orang yang solat berdiri untuk bermakmumkan orang yang sembahyang duduk. Ini berdasarkan hadis rasulullah s.a.w:

"Sesungguhnya Nabi s.a.w sembahyang duduk ketika baginda sakit yang membawa kepada kewafatannya. Abu Bakar dan sahabat lainya menjadi makmum dalam keadaan berdiri dibelakangnya." (Hr Bukhari dan Muslim)

Seperti mana diharuskan imam yang duduk ini, diharuskan juga imam yang baring dan memberi isyarat.

3. Imam yang bertayammum, Imam yang menyapu atas khuf (kasut menutup buku lali) dan imam yang mempunyai keuzuran.

Harus ketiga jenis diatas untuk menjadi imam. Harus orang yang bertayammum menjadi imam kepada yang tak bertayammum atau bertayammum selagi solat imam tidak perlu diulang. Ini kerana sebahagian orang yg bertayammum perlu mengulang balik solatnya seperti yang bertayammum kerana ketiadaan air di tempat yang biasa ada air.

Maksud imam yang mempunyai keuzuran seperti perempuan yang istihadah, kencing tak berhenti dan lain2. Dia boleh jadi imam kepada orang yang tidak mempunyai uzur tersebut.

4. Imam yang solat sunat dan solat qada

Imam yg solat sunat boleh diikuti oleh makmum yang solat wajib dan sebaliknya. Imam yang solat qada boleh diikuti makmum yang solat tunai (dalam waktu) dan sebaliknya. Imam yang solat fardu zuhur boleh diikuti makmum yang solat subuh dan sebaliknya.

Tidak sah berlainan solat imam dan makmum yang berlainan caranya seperti solat jenazah(tidak ada sujud dan ruku') dan solat gerhana (ada dua ruku' dan qiam dalam satu rakaat) berimamkan solat biasa dan sebaliknya.

Dalilnya adalah: Jabir bin Abdullah r.a telah meriwayatkan hadis:

"Sesungguhnya Muaz r.a. solat Isya bersama Rasulullah s.a.w. Kemudian dia pulang menemui kaumnya dan mengimami solat isya mereka." (Hr Bukhari dan Muslim).Solat isya pertama Muaz adalah yang fardu dan yang kedua adalah sunat.

Seorang lelaki datang ke masjid untuk solat.Sesampai dia ke masjid Nabi dan para sahabat r.a telah selesai sembahyang fardu. Maka Rasulullah s.a.w bersabda:

" Siapa yang hendak sedekah kepada orang ini (dengan solat berjemaah dgnnya)?" Maka bangun seorang lelaki solat berjemaah dengannya." (Hr Abu Daud)

Orang yang lambat datang adlah solat fardu dan yang menyahut seruan Nabi s.a.w itu solat sunat.

5. Orang yang jamak dan qasar berimamkan orang yang tidak jamak dan qasar

Orang yang solat jamak sahaja tanpa qasar boleh menjadi imam kepada orang yang tidak jamak dan sebaliknya. Manakala orang yang qasar tidak boleh menjadi makmum kepada imam yang tak qasar walaupun sebentar (sekadar tahiyat akhir). Adapun sebaliknya dibenarkan.

Dalilnya adalah seperti berikut:

Ibnu Abbas r.a ditanya "Kenapa orang musafir sembahyang dua rakaat (qasar) ketika solat sendiri dan solat sempurna (4 rakaat) ketika jadi makmum dgn orang yg solat sempurna." Ibnu Abbas menjawab: "Itulah Sunnah" (Hr Ahmad-sahih)

6. Imam Yang fasik

Sah berimamkan orang yang fasik tetapi makruh. Dalam hadis menyebut: "Sembahyanglah kamu dibelakang orang baik atau yang fasik." (Hr Baihaqi)

7. Imam yang dibenci

Makruh berimamkan orang dibenci oleh kebanyakan makmumnya. Dalilnya sabda Nabi s.aw:

"Tiga golongan yang solatnya tidak diangkat oleh Allah dari kepala mereka:(salah satunya) seorang lelaki yang menjadi imam kepada satu kaum sedangkan mereka benci kepada imam itu." (Hr Ibnu Majah - hasan).Semua ini adalah dalam mazhab Syafie.

Apa jadi dengan perlembagaan kita ?

14 Syaaban 1431H.
Oleh - Dr.Abdul Aziz Bari

Dalam satu forum membincangkan masa depan negara dari perspektif undang-undang di Kemaman 11 Julai lalu saya mengatakan bahawa rakyat perlu tampil ke depan memperbetulkan proses perundangan yang sudah menyimpang dari jalan yang sebenar. Kita sudah sampai ke tahap kritikal: sistem pentadbiran dan perundangan kita di manipulasi begitu rupa sehingga orang awam yang tidak tahu undang-undang pun dapat menghidu sesuatu yang tak kena.

Masalah kita sekarang bukan masalah undang-undang; sebaliknya ia adalah masalah pelaksanaan. Saya sering menyebut analogi kereta: orang lain pun bawa kereta yang sama tapi mereka tidak menghadapi masalah yang kita hadapi.

Dalam soal sistem – khususnya sistem perlembagaan Wesminster atau demokrasi berparlimen – kita lihat bagaimana negara yang lain, khususnya prototaip sistem itu United Kingdom tidak mengalami masalah seperti kita. Begitu juga dengan Australia, New Zealand atau India. Jangan sebut Singapura kerana dalam konteks demokrasi negara itu lebih teruk dari Malaysia.

Sebagai contoh istana di Britain tidak mengada-ngada. Ratu Elizabeth II adalah model yang baik untuk diikuti oleh raja-raja kita. Begitu juga dengan mahkamah dan kakitangan awam mereka. Oleh kerana istana tidak mengada-ngada dan tidak boleh diperalatkan maka politik di sana dimainkan mengikut buku dan mereka tidak menyeret mahkamah.

Terfikirkah kita kerajaan yang memerintah – sebagaimana yang ditunjukkan Perdana Menteri Gordon Brown April lalu – membenarkan kakitangan awam memberi taklimat kepada parti lawan yang hendak membentuk kerajaan?

Cuba kita bandingkan apa berlaku di Britain itu dengan gelagat kerajaan diketuai Barisan Nasional yang meronta-ronta untuk menyelamatkan diri tatkala mendengar gendang dipalu Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 16 September 2009. Kita lihat gelagat polis, baik di Parlimen mahupun di Perak. Kita juga lihat gelagat pegawai persekutuan seperti Nik Ali Mat Yunus di Pulau Pinang yang minggu lalu memaki Ketua Menteri Lim Guan Eng sebagai ‘biadab’. Adakah pegawai-pegawai PTD berani berbuat demikian kepada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib? Kita tahu, banyak kali pegawai kerajaan dipersalahkan; terbaru dalam isu lesen judi bola sepak, tetapi pegawai-pegawai ini sanggup pula diperkuda sedangkan Lim Guan Eng hanya mahu Nik Ali menjalankan tugas dengan betul.

Apa peranan rakyat dalam membetulkan undang-undang, khususnya perlembagaan? Mereka perlu peka terhadap kejadian-kejadian seperti itu dan tidak mengundi parti-parti terlibat. Apa yang parti-parti itu lakukan adalah kesalahan besar; sesuatu tidak boleh dimaafkan. Tindak-tanduk mereka umpama memegang bola dalam permainan bola sepak. Ertinya pemain itu mesti diberikan kad merah!

Antara petanda menunjukkan bahawa sistem kita tidak kena ialah sikap mahkamah. Apabila terlalu banyak keputusan yang salah dan mengingkari perlembagaan dan keputusan itu sering menyebelah kerajaan, itu satu isyarat jelas bahawa hakim-hakim tidak bebas dan takut. Terpaku kita lihat keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes Tian Chua, ia kes jenayah. Jadi ia perlu diputuskan mengikut fakta dan undang-undang berkaitan. Ertinya apakah benar Ahli Parlimen Batu itu menggigit anggota polis sebagaimana didakwa. Hakim tidak perlu sibuk memikir apakah hukuman yang dikenakan membatalkan kerusi berkenaan atau tidak.

Apabila Hakim Datuk Ghazali Cha lebih mementingkan isu itu, mahu tidak mahu mahkamah dianggap bermain politik. Ini sukar dielak dalam keadaan mahkamah sudah banyak kali membelakangkan perlembagaan; khususnya sebagaimana yang kita lihat dalam kes di Perak: antaranya apabila Mahkamah Persekutuan – melalui mendiang Hakim Datuk Augustine Paul – mengatakan Speaker tidak ada kuasa pemutus.

Kes Tian Chua bukan yang pertama. Tahun lalu kita lihat bagaimana pilihan raya kerusi Parlimen Pensiangan di Sabah tidak dibatalkan oleh mahkamah. Begitu juga dengan kes-kes petisyen pilihan raya yang memihak kepada Pakatan Rakyat.

Rakyat sudah cerdik. Walaupun tidak semua faham undang-undang mereka boleh membaca apa yang tersirat. Mereka tahu sejak 2008 Barisan tidak selesa dengan pilihan raya. Jadi apabila SPR membuat bermacam helah untuk tidak mengadakan pilihan raya, rakyat tahu apa sebenarnya SPR buat. Begitu juga dengan mahkamah.

Sistem yang betul dan adil ialah apabila keputusan dibuat tanpa memikirkan nasib kerajaan memerintah. Inilah yang berlaku di negara-negara disebutkan tadi. Bagi mereka kerajaan datang dan pergi. Kerajaan boleh digantikan, lebih penting keadilan dilaksanakan.

Tetapi proses sedemikian hanya boleh berjalan sekiranya istana, mahkamah dan perkhidmatan awam sedar serta komited dengan peranan mereka. Ini semua penting dalam memastikan proses demokrasi berjalan lancar. Ini jelas tidak wujud di Malaysia dan rakyat perlu berbuat sesuatu untuk memperbetulkannya.

Mahu berpadu tapi Umno sendiri berpecah

14 Syaaban 1431 H

KUALA LUMPUR, 25 Julai: Bagaimana mungkin Umno mengemudi perpaduan Melayu sedangkan perpaduan itu tidak wujud dalam tubuh badannya sendiri, kata Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama Parti Keadilan Rakyat, Dr Muhd Nur Manuty.

Katanya, Umno kini adalah bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.Umno, ujarnya umpama sebuah bangunan yang kelihatan besar dan hebat, sedangkan segala tiang, rasuk dan gelegarnya telahpun hancur luluh dimakan bubuk dan anai-anai yang bakal runtuh bila-bila masa sahaja.

“Dengan pelbagai perkembangan mutakhir yang berlaku, kita meramalkan satu krisis baru yang amat menggemparkan akan berlaku di dalam kepimpinan Umno tidak berapa lama lagi, percayalah,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau menambah, perjuangan para pemimpin Umno bukanlah untuk menegakkan agama dan keadilan kepada rakyat kerana asas perjuangan mereka adalah kecintaan kepada dunia dan ketakutan kepada mati.

Maka, katanya amalan rasuah, kronisme, penipuan, khianat, memfitnah sesama sendiri dan jatuh menjatuhkan merupakan suatu kemestian demi merebut dan mengekalkan kuasa.

Menurutnya, dana dan sumber negara di mana jua akan diperah dan khianati semahunya, maka judi sukan yang jelas haram menjadi halal demi memperkayakan mereka yang sudah kaya dan menjadikan rakyat yang miskin semakin papa kedana.

Hakikatnya, kata beliau lagi perpaduan sejati apa jua kelompok tidak akan wujud apabila tiadanya nilai-nilai teras yang merealitikan perpaduan itu iaitu keikhlasan, kejujuran dan keadilan serta saling menjaga rukun dan adab dalam muamalah dan perhubungan.

Inilah yang dapat kita fahami dari firman Allah yang bermaksud: “Dan berpegang teguhlah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah dan jangan bercerai-berai…” (Ali-Imran: 103)

“Isu perpaduan Melayu dan survival Islam di Malaysia ini tidak akan dapat diselesaikan jika kita masih melihatnya melalui teropong Umno dan para kuncunya,” ujarnya.

Ia, ujarnya perlu dikaji dari perspektif baru dalam fenomena baru realiti politik berasaskan demokrasi di Malaysia.

Tegasnya, jika Umno benar-benar ikhlas, hentikan segala kezaliman, penindasan dan kemungkaran yang diamalkan selama in dan suburkanlah iklim demokratik di Malaysia berasaskan perlembagaan negara yang ada.

Di samping itu, katanya wujudkan ruang persaingan yang terbuka dan sihat dan berasaskan syariat yang ditetapkan Islam.

“Ini akan menjadikan kita lebih kreatif dalam usaha menyampaikan khidmat yang terbaik untuk seluruh rakyat tanpa mengira kaum dan agama berasaskan kebenaran dan keadilan.

“Dengan ini Islam yang murni akan lebih terserlah. Barisan kepimpinan Islam yang bertaqwa, bijaksana dan adil akan dapat dilahirkan,” katanya.

Justeru, menurutnya, masyarakat bukan Islam akan lebih memahami Islam dan melihatnya secara objektif dan tepat di mana perkara itu sedang menjadi kenyataan.

Menurutnya lagi, masyarakat bukan Islam tidak lagi menjadi fobia kepada Islam apabila bersedia mengundi parti Islam di dalam pilihanraya, selepas sekian lama Umno telah menjadikan segala berunsur Islam sebagai momokan kepada mereka.

“Perkembangan inilah yang amat menggerunkan Umno sekarang ini, lantas menjadikan slogan perpaduan Melayu sebagai gendang perang terakhir sebelum terus tumbang ditelan gelombang rakyat yang menuntut keadilan,” katanya.

Harakahdaily/-

Nisfu Syaaban dan fatwa tentangnya

14 Syaaban 1431H.
http://almizan.wordpress.com/

Sebagaimana telah kita ketahui apabila tibanya malam 15 Sya’aban, ramai yang akan ke masjid untuk solat jemaah dan membaca yasin sebanyak 3 kali. Tetapi tahukah kita dari mana amalan itu berasal? Sedangkan kita tahu, bahawa sesuatu ibadah khusus yang dilakukan jika tiada amalan atau dalil dari nabi Muhammad S.a.w maka dikira bid’ah.

Persoalannya mengapa perlu dilakukan sebanyak 3 kali dan dikhususkan pada malam tersebut? Sedangkan bacaan Yasin boleh dilakukan pada bila-bila masa dan tidak terhad kepada berapa kali.

Seperti yang selalu saya lihat, bacaan Yasin yang dibuat sebanyak 3 kali itu dilakukan dengan pantas dan terkejar-kejar. Mungkin ianya sesuai dengan orang yang sudah mahir membaca Qasar, tetapi bagaimana dengan mereka yang tidak mahir dengan bacaan Qasar lebih-lebih lagi bagi yang tidak mahir membaca AlQuran bertajwid. Tidakkah itu sudah menjadi tunggang-langgang dan tidak berlaku dalam keadaan yang tenang. Apakah bagus membaca AlQuran dalam keadaan tergesa-gesa dan salah tajwidnya? Apakah hikmah di sebalik tergesa-gesa dan tidak faham apa yang dibaca itu?

Sebenarnya tiada hadith yang sahih yang memberitahu tentang bacaan yasin 3 kali pada malam nisfu Syaaban ini dan jika ada pun, ianya adalah hadith berkenaan kelebihan malam nisfu Syaaban yang dhaif dan juga terdapat dalam hadith maudhu’ (palsu). Walau bagaimanapun ada sebahagian ulama berpendapat hadis dhaif boleh dipegang dalam amalan sunat secara perseorangan. Tetapi tidak sekali-kali dengan hadith maudhu’. Ingat, hadith maudhu’ maknanya hadith PALSU, dan hadith PALSU hanyalah hadith yang direka-reka oleh golongan tertentu. Dengan kerana itu, adalah penting agar kita berhati-hati dalam memahami martabat sesuatu hadith itu.

Namun , dalam soal bacaan Yasin sebanyak 3 kali dalam nisfu Syaaban tetap tidak ada hadith yang sahih berkenaannya dan amalan tersebut tiada ditunjukkan contoh langsung oleh nabi dan sahabat. Maka mengapa kita sekarang ini mengadakan majlis tersebut di masjid-masjid apabila tibanya malam nisfu Syaaban sahaja? Mengapa perlu menetapkan malam itu untuk membaca Yasin 3 kali dan berduyun-duyun menuju ke masjid sedangkan malam lain tidak? Itu yang perlu diperhati bersama.

Dan saya tidak berani mengatakan amalan tersebut haram. tetapi kita perlu ingat, amalan ibadah khusus yang bukannya berasal dari nabi sudah dikira bid’ah dan dibimbangi amalan itu akan menjadi penat dan lelah semata-mata kerana tidak berasas atau menambah dosa sahaja. Tetapi menurut fatwa dari Syeikh Abdul Aziz bin Baaz, amalan itu dikira bid’ah dan penjelasannya ada saya sertakan di bawah nanti.

Maka sebaiknya adalah kita lakukan sahaja amalan membaca Yasin atau apa-apa sahaja bacaan AlQuran , tanpa perlu dikhususkan 3 kali dan seumpamanya. Dan yang penting, bacaan itu biarlah TERTIB, TENANG dan memberi keinsafan kepada kita dan bukannya semata-mata mahu mengejar pahala sehingga membaca AlQuran dengan tergopoh dan salah tajwid dan mengatakan sepatutnya melakukan bacaan Yasin 3 kali itu.

Pengertian nisfu Syaaban

Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:

Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”

Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”

Hari nisfu sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Fatwa tentang merayakan malam Nisfu Syaaban

Bacaan yasin

Umat Islam di Malaysia umumnya menyambut malam nisfu Syaaban ( 15hb Syaaban) dengan mengadakan majlis membaca surah Yasin sebanyak tiga kali selepas solat Maghrib. Di celah-celah bacaan Yasin ini diselitkan dengan bacaan doa seperti , selepas bacaan Yasin pertama dengan doa untuk diselamatkan dunia akhirat, selepas bacaan Yasin kedua doa supaya dipanjangkan umur dalam keberkatan dan selepas bacaan Yasin ketiga doa supaya dianugerahkan rezeki yang halal.

Diperhatikan bahawa amalan sambutan Nisfu Syaaban yang kaifiatnya sebegini tidak diamalkan di tempat lain di seluruh dunia. Tidak hairanlah tiada fatwa yang dikeluarkan oleh Ulama muktabar dunia masa kini tentang sahih batilnya amalan ini.

Kita beramal dan beribadat adalah untuk mendapat pahala dan kebaikan . Amalan ini hendaklah ada contohnya dari Rasulullah s.a.w. atau sahabat-sahabat atau ada petunjuk yang jelas dari al-Quran dan as-sunnah . Amalan mengkhususkan bacaan dan doa tertentu pada sesuatu masa tanpa nas yang sahih adalah amalan bidaah yang tertolak dan dikhuatiri berdosa; setidak-tidaknya ia akan membazirkan masa dan memenatkan badan.

Kita boleh membaca surah Yasin sebanyak mungkin pada bila-bila masa untuk mendapat pahala tetapi tidak dengan mengkhususkan kepada malam nisfu Syabaan dan dengan bilangan tiga kali. Kita digalakkan berdoa apa saja kepada Allah s.w.t untuk kebaikan dunia dan di akhirat tetapi tidak perlu dikhususkan di celah-celah bacaan Yasin di malam nisfu Syaaban. Dan kita boleh membaca surah Yasin dan berdoa bersendirian, di mana-mana dan bila-bila saja dan tidak perlu berkampung di masjid-masjid dengan harapan mendapat ganjaran istimewa dari Allah s.w.t.

Berikut adalah fatwa yang dikeluarkan oleh seorang ulama terkemuka di Timur Tengah untuk menjelaskan tentang amalan bidaah di malam nisfu Syaaban. Perhatikan bahawa beliau tidak menyebut amalan membaca Yasin dan doa-doa yang mengiringinya kerana amalan tersebut tidak diamalkan oleh penduduk di Timur Tengah atau di bahagian lain dunia Islam. Boleh dikatakan bahawa amalan baca Yasin dan doa ini adalah sebahagian dari sekian banyak amalan bidaah ciptaan rakyat tempatan khusus untuk amalan penduduk nusantara ini!

‘Solat Sunat’ Nisfu Syaaban

Firman Allah (mafhumnya): “Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.” [al-Maa’idah 5:3]. “Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan mana-mana bahagian dari agama mereka sebarang undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah?” [al-Syur.a 42:21]

Dalam kitab al-Sahihain diriwayatkan daripada `Aisyah (r.a) bahawa Rasulullah (s.a.w) pernah bersabda: “barangsiapa mengada-adakan perkara baru dalam urusan (agama) kita ini yang mana bukan sebahagian daripadanya, akan tertolak.”

Dalam Sahih Muslim diriwayatkan daripada Jabir r.a, Nabi (s.a.w) bersabda dalam khutbah Baginda: “Tetaplah kamu dengan Sunnahku dan Sunnah para Khulafa’ Rasyidun, serta berpegang teguhlah padanya… Berwaspadalah terhadap perkara yang baru diada-adakan, kerana setiap perkara baru adalah bid’ah dan setiap perkara bid’ah itu adalah sesat.” Terdapat banyak lagi ayat Qur’an dan hadis yang seumpamanya.

Ini jelas sekali menunjukkan bahawa Allah telah sempurnakan agama umat ini, dan mencukupkan nikmatNya ke atas mereka. Tuhan tidak mengambil nyawa RasulNya sehinggalah Baginda selesai menyampaikan perutusan dengan seterang-terangnya dan menghuraikan kepada ummah segala apa yang telah diperintahkan Allah samada amalan perbuatan mahupun percakapan. Baginda s.a.w telah menerangkan bahawa untuk ibadah yang direka selepas kewafatan Baginda, segala bacaan dan amalan yang kononnya dilakukan menurut Islam, kesemua ini akan dicampakkan kembali kepada orang yang mencipta amalan tersebut, meskipun ia berniat baik.

Para Sahabat Nabi s.a.w tahu tentang hakikat ini, begitu juga para salaf selepas mereka. Mereka mengecam bid’ah dan menegahnya, sebagaimana telah dicatatkan dalam kitab-kitab yang menyanjung Sunnah dan mengecam bid’ah, ditulis oleh bin Waddah, al-Tartushi, bin Shamah dan lain-lain.

Antara amalan bid’ah yang direka manusia ialah menyambut hari pertengahan dalam bulan Syaaban (Nisfu Syaaban), dan menganjurkan puasa pada hari tersebut. Tidak ada nas (dalil) yang boleh dipercayai tentang puasa ini. Ada beberapa hadis dhaif telah dirujuk tentang fadhilat puasa ini, tetapi ianya tidak boleh dijadikan pegangan. Hadis-hadis diriwayatkan mengenai fadhilat doa sempena nisfu Syaaban kesemuanya adalah maudhu’ (rekaan semata-mata), sebagaimana telah diperjelaskan oleh sebahagian besar alim ulama. Kita akan lihat beberapa petikan dari ulasan para alim ulama ini.

Beberapa riwayat tentang hal ini telah dinukilkan daripada sebahagian ulama salaf di Syria dan lain-lain. Menurut jumhur ulama, menyambut nisfu Syaaban adalah bid’ah, dan hadis-hadis tentang fadhilat-fadhilat berkenaan hari tersebut adalah dhaif (lemah), sebahagian besar yang lain pula adalah maudhu’ (rekaan). Antara ulama yang memperjelaskan hal ini adalah al-Haafiz bin Rejab, di dalam kitabnya Lataa’if al-Ma’aarif, dan lain-lain. Hadis-hadis dha`if berkenaan ibadah hanya boleh diterimapakai untuk amalan ibadat yang terdapat menerusi nas-nas yang Sahih. Tidak ada asas yang Sahih bagi sambutan nisfu Syaaban, oleh itu hadis-hadis dha`if tersebut tidak dapat digunapakai.

Prinsip asas yang penting ini telah disebutkan oleh Imam Abu’l-‘Abbas Sheikh al-Islam bin Taymiyah (rahimahullah). Para alim ulama (rahimahumullah) telah sepakat bahawa apabila wujud perselisihan di kalangan umat, maka wajiblah merujuk kepada Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w. Apa-apa keputusan yang diperolehi daripada salah satu atau kedua-duanya adalah syariat yang wajib ditaati, sebaliknya apa-apa yang didapati bercanggah dengan kedua-duanya mestilah ditolak. Oleh itu sebarang amalan ibadat yang tidak dinyatakan di dalam kedua-dua (Qur’an dan Sunnah) adalah bid’ah dan tidak dibenarkan melakukannya, apatah lagi mengajak orang lain melakukannya atau mengiktirafkannya.

Sebagaimana Firman Allah (mafhumnya): “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.” [al-Nisa’ 4:59]

“Dan (katakanlah wahai Muhammad kepada pengikut-pengikutmu): Apa jua perkara agama yang kamu berselisihan padanya maka hukum pemutusnya terserah kepada Allah; Hakim yang demikian kekuasaanNya ialah Allah Tuhanku; kepadaNyalah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku rujuk kembali (dalam segala keadaan).”[al-Shura 42:10]. “Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” [Aal ‘Imr.an 3:31]

“Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya.” [al-Nisa’ 4:65]

Banyak lagi ayat-ayat lain yang serupa maksudnya seperti di atas, yang menyatakan dengan jelas bahawa sebarang perselisihan wajib dirujuk kepada Qur’an dan Sunnah, seterusnya wajib mentaati keputusan yang diperolehi daripada kedua-dua Nas ini. Ini merupakan syarat iman, dan inilah yang terbaik untuk manusia di dunia dan di akhirat: “Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya” [al-Nisa’ 4:59 – mafhumnya] maksudnya ialah Hari Akhirat.

Al-Hafiz bin Rejab (R.A) menyebut di dalam kitabnya Lataa’if al-Ma’aarif tentang isu ini – setelah membincangkannya secara panjang lebar – “Malam Nisfu Syaaban asalnya diutamakan oleh golongan Tabi’in di kalangan penduduk Sham, antaranya Khalid bin Mi’dan, Makhul, Luqman bin ‘Amir dan lain-lain, di mana mereka beribadah bersungguh-sungguh pada malam tersebut. Orang awam menganggap bahawa malam tersebut adalah mulia kerana perbuatan mereka ini. Disebutkan bahawa mereka telah mendengar riwayat-riwayat Israiliyyat berkenaan kelebihan malam tersebut, sedangkan jumhur ulama di Hijaz menolak kesahihan riwayat ini, antara mereka adalah ‘Ata’ dan Ibnu Abi Malikah. ‘Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam meriwayatkan fatwa ini daripada fuqaha’ (Ulama Ahli Fiqh) di Madinah, dan inilah pandangan ulama-ulama Maliki dan lain-lain. Kata mereka: semua ini adalah bid’ah…

Imam Ahmad tidak pernah diketahui menyebut apa-apa pun tentang (adanya sambutan) Malam Nisfu Syaaban… Tentang amalan berdoa sepanjang Malam Nisfu Syaaban, tidak ada riwayat yang sahih daripada Nabi (s.a.w) ataupun daripada Para Sahabat Baginda …”

Inilah apa yang telah disebutkan oleh al-Hafiz bin Rejab (R.A). Beliau menyatakan dengan jelas bahawa tidak ada langsung riwayat sahih daripada Rasulullah s.a.w mahupun daripada Sahabat-sahabat Baginda (R.A) mengenai Malam Nisfu Shaaban (pertengahan bulan Syaaban).

Dalam keadaan di mana tidak ada bukti shar’i bahawa apa-apa perkara itu disuruh oleh Islam, tidak dibenarkan bagi Umat Islam untuk mereka-reka perkara baru dalam agama Allah, tidak kiralah ianya amalan perseorangan ataupun berkumpulan, samada dilakukan secara terbuka mahupun tertutup, berdasarkan maksud umum hadith Rasulullah s.a.w: “Barangsiapa melakukan apa sahaja amalan yang bukan sebahagian daripada urusan kita ini [Islam], amalan itu akan tertolak.” Banyak lagi dalil yang menegaskan bahawa bid’ah mesti ditegah dan memerintahkan agar menjauhinya.

Imam Abu Bakr al-Tartushi (R.A) menyebut dalam kitabnya al-Hawadith wa’l-Bida’: “Ibn Waddah meriwayatkan bahawa Zayd bin Aslam berkata: Kami tidak pernah menemui seorang pun dari kalangan ulama dan and fuqaha’ kami yang memberi perhatian lebih kepada Malam Nisfu Shaaban, tidak ada juga yang memberi perhatian kepada hadith Makhul, atau yang beranggapan bahawa malam tersebut adalah lebih istimewa daripada malam-malam lain. Pernah ada orang mengadu kepada Ibnu Abi Maleekah bahawa Ziyad an-Numairi mengatakan bahawa pahala di Malam Nisfu Shaaban adalah menyamai pahala Lailatul-Qadar. Beliau menjawab, “Sekiranya aku dengar sendiri dia berkata begitu dan ada kayu di tanganku, pasti aku akan memukulnya (dengan kayu itu). Ziyad seorang pereka cerita.”

Al-Shaukani (R.A) berkata dalam al-Fawa’id al-Majmu’ah: “Hadith yang berbunyi: ‘Wahai ‘Ali, barangsiapa bersolat seratus rakaat di Malam Nisfu Shaaban, dengan membaca pada setiap rakaat Ummul Kitab [Surah al-Fatihah] dan Qul Huwallahu Ahad sepuluh kali, Allah akan memenuhi segala keperluannya…’ Hadis ini maudhu’ (rekaan semata-mata). Susunan katanya menyebut dengan jelas ganjaran yang akan diterima oleh orang yang melakukannya, dan tidak ada orang yang waras yang boleh meragui bahawa ‘hadis’ ini adalah rekaan. Lebih-lebih lagi, perawi dalam isnad hadis ini adalah majhul (tidak dikenali). ‘Hadis’ ini juga diriwayatkan melalui sanad yang lain, yang mana kesemua adalah direka dan kesemua perawinya adalah are majhul (tidak diketahui asal-usulnya).

Di dalam kitab al-Mukhtasar, beliau menukilkan: Hadith yang menyebut tentang solat di tengah bulan Syaaban adalah hadis palsu, dan hadis Ali yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban – “ Apabila tiba malam pertengahan Syaaban, penuhilah malamnya dengan solat dan berpuasalah di siang harinya” – adalah dhaif (lemah).

Di dalam kitab al-La’aali’ beliau berkata, “Seratus rakaat di pertengahan Syaaban, membaca (Surah) al-Ikhlas sepuluh kali di setiap rakaat… (hadis ini) adalah maudhu’ (direka), dan kesemua perawi dalam tiga isnadnya adalah majhul (tidak dikenali) dan dhaif (lemah). Katanya lagi: dan dua belas rakaat, membaca al-Ikhlaas tiga puluh kali setiap rakaat, ini juga adalah maudhu’; dan empat belas (rakaat), juga adalah maudhu’.

Beberapa orang fuqaha’ telah tertipu oleh hadis palsu ini, antaranya pengarang al-Ihya’ dan lain-lain, dan juga sebahagian ulama mufassirin. Solat khusus di malam ini – di pertengahan bulan Syaaban – telah diterangkan dalam pelbagai bentuk, kesemuanya adalah palsu dan direka-reka.”

Al-Hafiz al-‘Iraqi berkata: “Hadith tentang solat di malam pertengahan Syaaban adalah maudhu’, dan disandarkan secara palsu terhadap Rasulullah s.a.w.”

Imam al-Nawawi berkata di dalam bukunya al-Majmu’: “Sembahyang yang dikenali sebagai solat al-raghaa’ib, didirikan sebanyak dua belas rakaat antara Maghrib dan ‘Isyak pada malam Jumaat pertama di bulan Rejab, dan sembahyang sunat Malam Nisfu Shaaban, sebanyak seratus rakaat – kedua-dua sembahyang ini adalah bid’ah yang tercela. Sepatutnya orang ramai tidak tertipu disebabkan ianya disebut dalam Qut al-Qulub dan Ihya’ ‘Ulum al-Din, atau oleh hadis-hadis yang disebutkan dalam kedua-dua kitab ini. Kesemuanya adalah palsu. Orang ramai juga tidak sepatutnya tertipu disebabkan kerana beberapa imam telah keliru dalam hal ini dan menulis beberapa helaian yang menyebut bahawa sembahyang ini adalah mustahabb (sunat), kerana dalam hal ini mereka tersilap.”

Sheikh al-Imam Abu Muhammad ‘Abd al-Rahman bin Isma’il al-Maqdisi telah menulis sebuah kitab yang amat berharga, yang membuktikan bahawa riwayat-riwayat tersebut adalah palsu, dan jasa beliau sangatlah besar. Alim `ulama telah membincangkan hal ini dengan panjang lebar, dan sekiranya kami ingin memetik keseluruhan perbincangan tersebut untuk dicatatkan di sini, tentu akan mengambil masa yang sangat panjang. Mudah-mudahan apa yang telah disebutkan di atas sudah memadai bagi anda yang mencari kebenaran.

Daripada ayat-ayat Qur’an, hadis-hadis dan pendapat ulama yang dipetik di atas, sudah jelas bagi kita bahawa menyambut pertengahan bulan Syaaban dengan cara bersembahyang di malamnya atau dengan mana-mana cara yang lain, atau dengan mengkhususkan puasa pada hari tersebut, adalah bid’ah yang ditolak oleh jumhur ulama. Amalan tersebut tiada asas dalam syariat Islam yang tulen; bahkan ianya hanyalah salah satu perkara yang diada-adakan dalam Islam selepas berakhirnya zaman Sahabat (radhiallahu `anhum).

Amat memadai, dalam hal ini, untuk kita fahami kalam Allah (mafhumnya):
“Pada hari ini Aku telah sempurnakan agama kamu untukmu..…”[al-Ma’idah 5:3]. dan beberapa ayat yang seumpamanya; dan kata-kata Nabi s.a.w: “Barangsiapa yang mengada-adakan perkara baru dalam urusan (agama) kita ini yang (pada hakikatnya) bukan sebahagian daripadanya, tidak akan diterima” dan beberapa hadis yang serupa.

Dalam Sahih Muslim diriwayatkan bahawa Abu Hurarah (R.A) berkata: “Rasulullah s.a.w bersabda: ‘Janganlah kamu khususkan malam Jumaat untuk bersembahyang malam dan janganlah khususkan siang hari Jumaat untuk berpuasa, melainkan jika puasa di hari itu adalah sebahagian daripada puasa-puasa yang kamu amalkan berterusan-berterusan.’”

Seandainya dibenarkan untuk mengkhususkan mana-mana malam untuk amalan ibadah yang istimewa, sudah tentu malam Jumaat adalah yang paling sesuai, kerana siang hari Jumaat adalah hari yang paling baik bermula terbit mataharinya, sebagaimana disebutkan dalam hadis Sahih yang diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w. Memandangkan Nabi Muhammad s.a.w sendiri melarang dari mengkhususkan malam tersebut untuk bertahajjud, itu menandakan bahawa adalah lebih dilarang sekiranya dikhususkan malam-malam lain untuk sebarang bentuk ibadat, kecuali di mana terdapat nas yang Sahih yang mengkhususkan malam tertentu.

Oleh kerana telah disyariatkan untuk memenuhi malam Lailatul-Qadr dan malam-malam lain di bulan Ramadhan dengan bersolat, Rasulullah s.a.w memberi perhatian kepadanya dan menyuruh umatnya bersolat malam sepanjang tempoh tersebut. Baginda sendiri melaksanakannya, sebagaimana disebut dalam al-Sahihain, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Barangsiapa bersolat qiyam di bulan Ramadan dengan penuh iman dan mengharapkan pahala, Allah akan ampunkan dosa-dosanya yang telah lalu” dan “Barangsiapa memenuhi malam Lailatul Qadr dengan bersolat (sunat) disebabkan iman dan mencari pahala, Allah ampunkan kesemua dosanya yang telah lalu.”

Akan tetapi sekiranya disyariatkan untuk mengkhususkan malam pertengahan bulan Syaaban, atau malam Jumaat pertama di bulan Rejab, atau di malam Isra’ dan Mi’raj, dengan meraikannya ataupun dengan melakukan amalan ibadat yang khusus, maka sudah tentu Rasulullah s.a.w telah mengajar umatnya melakukannya, dan Baginda sendiri melakukannya. Jika pernah berlaku sedemikian, para Sahabat Baginda (R.A) pasti akan memperturunkan amalan amalan tersebut kepada umat terkemudian; tidak mungkin mereka menyembunyikan amalan daripada umat terkemudian, kerana mereka adalah generasi yang terbaik dan yang paling amanah selepas Rasulullah, radhiallahu `anhum, dan semoga Allah merahmati kesemua sahabat Rasulullah s.a.w.

Sekarang kita telah membaca sendiri kata-kata ulama yang dipetik di atas bahawa tidak ada riwayat daripada Rasulullah s.a.w mahupun Para Sahabat (R.A) berkenaan kelebihan malam Jumaat pertama bulan Rejab, atau malam pertengahan bulan Syaaban. Maka kita tahu bahawa menyambut hari tersebut adalah satu perkara baru yang dimasukkan ke dalam Islam, dan mengkhususkan waktu-waktu ini untuk amalan ibadat tertentu adalah bid’ah yang tercela.

Samalah juga dengan sambutan malam ke dua puluh tujuh bulan Rejab, yang mana disangkakan oleh sesetengah orang sebagai malam Isra’ dan Mi’raj; tidak dibenarkan mengkhususkan hari tersebut untuk amalan tertentu, atau meraikan tarikh tersebut, berdasarkan dalil yang dipetik di atas. Ini sekiranya tarikh sebenar Isra’ and Mi’raj telah diketahui, maka bagaimana sekiranya pandangan ulama yang benar adalah tarikh sebanar Isra’ and Mi’raj tidak diketahui! Pandangan yang mengatakan ianya berlaku pada malam ke dua puluh tujuh di bulan Rejab adalah riwayat yang palsu yang tiada asas dalam hadis-hadis sahih. Baik sekiranya seseorang itu berkata: “Perkara paling baik adalah yang mengikut jalan para salaf, dan perkara paling buruk adalah perkara yang diada-adakan.”

Kita memohon agar Allah membantu kita dan seluruh umat Islam untuk berpegang teguh kepada Sunnah dan menjauhi segala yang bertentangan dengannya, kerana Dialah yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang. Semoga Allah merahmati Pesuruh dan UtusanNya, Nabi kita Muhammad s.a.w, serta kesemua ahli keluarga dan Para Sahabat baginda.

Ulasan dan terjemahan fatwa : www.darulkautsar.com
[Dipetik daripada Majmu’ Fatawa Samahat al-Sheikh ‘Abdul-‘Aziz bin Baz, 2/882]

Rujukan :

1 – http://e-malabari.net/ugama/nisfusyaaban.htm
2 – http://www.darulkautsar.com

Elok Mufti Perak nasihat Umno elak bercakaran

14 Syaaban 1431 H
Oleh: Rizal Tahir

KOTA BHARU, 25 Julai: Isu kesungguhan Umno dan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mengajak PAS menjalin perpaduan turut mendapat perhatian pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia.

Mereka mengambil kesempatan tersebut dengan mengajukan isu berkenaan kepada anggota Exco kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa ketika berada di Acheh, Khamis Khamis lalu.

Pelajar terbabit bergabung di bawah Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia Cabang Aceh (PKPMICA).

Merungkai persoalan itu, Husam meminta Mufti Perak supaya menyatukan ahli-ahli Umno dahulu sebelum menjadi orang tengah bagi menyatukan parti PAS dan parti berteras kebangsaan tersebut.

“Ahli-ahli Umno pun dok berbalah sesama sendiri. Lihat apa yang berlaku di Rantau Panjang dan Sungai Petani, macam mana PAS dan Umno nak bersatu.

“Sepatutnya Tan Sri Harussani memberi nasihat kepada ahli Umno dahulu supaya tidak bercakaran sesama mereka, barulah boleh jadi orang tengah menyatukan PAS dan Umno,” katanya ketika diaju soalan oleh seorang pelajar Malsysia pada perjumpaan tersebut.

Husam bersama delegasi dari Kelantan berada di Acheh pada 21 hingga 23 Julai lalu bagi mengadakan kerjasama lebih erat dengan pemerintah wilayah berkenaan. Mereka turut mengunjungi hormat wakil Gabenor di pejabat pemerintah.

Mufti Perak minggu lepas mengesahkan pemimpin Umno dan PAS menemuinya bagi membincangkan kerjasama kedua-dua parti berhubung perpaduan Melayu dan umat Islam.

Menurutnya beliau tidak pernah berputus asa bagi menyatupadukan orang Melayu dengan mengharap kerjasama antara Umno dan PAS.

Bagaimanapun anggota Exco kerajaan Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang mengesahkan bertemu dengan Harussani dua bulan lalu bukan membincangkan perpaduan di antara Umno dan Umno.

Menurutnya pertemuan tersebut diadakan secara terbuka sebagai mewakili kerajaan Selangor.

Husam yang juga anggota jawatankuasa PAS Pusat berkata, isu penyatuan antara PAS dan Umno dianggap membuang masa sahaja.

Katanya juga kerjasama PAS bersama DAP tidak boleh dinilai seperti kerjasama PAS dan Umno.

“Kalau nak bandingkan kerjasama PAS dan DAP, sepatutnya kena bandingkan kerjasama Umno bersama MCA dan MIC.

“Jangan samakan kerjasama PAS dan Umno, itu tak betul dan tidak adil. Kenapa Umno boleh berkerjsama dengan MCA dan MIC, tetapi apabila PAS berkerjasama dengan DAP tak boleh,” katanya.

Beliau juga berkata, pemimpin Umno sekarang cuba mempengaruhi rakyat dengan mengatakan sekiranya Umno hilang kuasa, Melayu akan merana.

“Apabila Umno hilang kuasa, PAS boleh mengisi tempat tersebut. Sebenarnya apa yang hilang ialah kuasa untuk mengagih-agihkan projek kerajaan kepada kroni-kroni Umno dan menghabiskan harta rakyat,” katanya.

Pada majlis itu Husam menyampaikan sumbangan kerajaan negeri kepada PKPMICA.
Seramai 150 pelajar Malaysia kini melanjut pengajian di Institut Agama Islam Negeri Ar-Raniry.

Kebanyakan mereka lepasan pelajar Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail (KIAS). Turut sama dalam majlis perjumpaan itu Yang DiPertua PKPMICA, Mohd Zulkarnian Aman Ghazali.

Harakahdaily/-

Pasir: Khir Toyo jangan cakap besar

14 Syaaban 1431 H
Oleh: Ismail Hashim

PUTRAJAYA, 25 Julai: Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo sewajarnya menutup mulut mengenai isu pasir kerana semakin besar beliau bercakap semakin teruk bau busuk yang dikeluarkan.

Timbalan Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan Selangor, Suhaimi Shafie berkata, sewajarnya pemimpin Umno itu bergabung tenaga dengan Kerajaan Negeri Selangor bagi sama-sama berusaha membanteras isu pasir yang telah lama berlaku di negeri itu.

Sebaliknya, tegas beliau, dengan isu pasir ini pula terdedah pergolakan yang sedang berlaku dalam Umno Selangor khususnya antara Khir dan Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar ekoran wujud dua agenda berbeza meskipun isunya adalah sama iaitu pasir.

Bagaimana hendak sembunyikan pertelingkahan sesama mereka kerana masing-masing dengan pendekatan berbeza bercakap tentang isu serupa iaitu pasir dengan seorang gemar melawat tapak lombong pasir dan seorang lagi menggunakan helikopter meninjau keadaan, sinisnya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan di dalam sidang akhbar yang diadakan di sebuah hotel di sini semalam selepas lawatan ke tapak lombong di Mukim 12, Kuala Langat yang disertai sekitar 40 wakil pelbagai media di negara ini yang dibawakan oleh syarikat milik Kerajaan Selangor bagi menguruskan pengeluaran pasir, Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB).

Suhaimi yang juga Adun Seri Muda baharu sahaja dua bulan dilantik sebagai salah seorang pengarah dalam KSSB menegaskan, beliau akan mengeluarkan semua salahlaku Khir dan rakan-rakannya secara bersiri jika pemimpin Umno Selangor itu masih lagi dengan sikapnya yang menjadikan Kerajaan Pakatan Rakyat yang mengambilalih pentadbiran kerajaan negeri sebagai kambing hitam.

"Jika Khir masih terus bersuara dan terus menolak kami sehingga ke dinding, kami akan dedahkan satu persatu salahlaku mereka yang sebenarnya kami tidak mahu berbuat demikian tetapi jika keadaan memaksa, kami akan melakukannya.

"Kenapa pula hendak jadikan Kerajaan Selangor di bawah PR ini sebagai kambing hitam di dalam usaha mereka bertembung sesama mereka, sedangkan isu berkaitan pasir ini sudah berpuluh tahun berlaku, di mana mereka selama ini?

"Isu pasir ini telah dipolitikkan. Mereka cuba mengalihkan pandangan rakyat dari kelemahan mereka selama ini kepada membesarkan isu pasir ini namun apa yang kelihatannya pergaduhan sesama mereka masih tidak dapat disembunyikan lagi," tegasnya.

Suhaimi juga mempersoalkan sikap Khir yang beria-ia sangat bercakap tentang isu pasir sedangkan perkara sama tidak dapat diselesaikan ketika beliau menjadi menteri besar sebelum tsunami politik melanda negara pada 8 Mac 2008 sedangkan PR dapat melakukannya dengan baik sepanjang dua tahun mentadbir.

Tegasnya, jika mereka masih tidak berhenti mempolitikkan isu pasir ini kononnya kerajaan negeri sekarang menyebabkan Selangor menjadi 'lubang', wartawan media akan dibawa ke Bestari Jaya, Kuala Langat yang lebih teruk untuk pendedahan kepada rakyat seluruhnya.

Harakahdaily/-

Jambatan Labuan: Muhyiddin kecewakan rakyat Sabah

14 Syaaban 1431 H
Oleh: Yang kecewa

Cadangan untuk membina jambatan dari Wilayah Persekutuan Labuan ke tanah besar Sabah di Menumbuk, barat daya Sabah telah lama diuar-uarkan baik di peringkat negeri mau pun Persekutuan. Apa yang kita tahu cadangan itu telah disuarakan sejak tahun 1997, dan kajian demi kajian telah dijalankan di mana pihak UMS cawangan WP Labuan telah diamanahkan untuk membuat kajian dengan kos RM5 juta.

Terakhir sekali semasa lawatan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik telah memaklumkan bahawa hasil kajian akan dapat diketahui selewat-lewatnya pada penghujung tahun 2009. Saya percaya yang hasil kajian telah diperolehi tetapi mungkin belum sampai ke pengetahuan Perdana Menteri.

Rakyat di Labuan dan di tanah besar Sabah khususnya mengharapkan agar keputusannya dapat diketahui menjelang pembentangan bajet rancangan Malaysia kesepuluh,tapi malangnya sedikit pun tentang perkara tersebut tidak dirumuskan sehingga hari ini.

Namun apa yang paling memeranjatkan dan mengecewakan kami adalah bila mana Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengeluarkan kenyataan dalam akhbar tempatan Daily Mail keluaran Jumaat 23 Julai 2010 yang mengatakan jangan mengharap bulan jatuh ke riba bagi projek tersebut dan menambah bahawa kos pembinaan yang dianggar menelan belanja RM2 hingga RM3 bilion adalah tidak berbaloi.

Persoalannya kini, di mana sudah perginya keperihatinan kerjaan pusat terhadap kami di Malaysia Timur yang telah menyumbang kemenangan besar kepada Barisan Nasional dalam pilihanraya umum ke 12 yang lalu? Di manakah slogan dan laungan 1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan? Adakah kerajaan pusat hanya akan mengumumkan kelulusan projek tersebut dalam kempen pilihanraya umum ke 13 akan datang bagi mengambil hati rakyat?

Jika Pulau Pinang boleh mendapatkan kelulusan bagi jambatan kedua dalam tempoh yang singkat, saya tidak nampak rasionalnya mengapa di sini diibaratkan sebagai anak tiri? Kami juga dapat merasakan yang Ahli Parlimen Labuan tidak begitu serius dalam memberi hujah mengenai keperluan rakyat di sini. Adalah lebih baik letak jawatan saja.

Perkhidmatan feri yang ada sekarang sangat sangat tidak efisyen ekoran keadaannya yang sudah terlalu tua, yang hanya layak untuk dilupuskan sebagai besi buruk. Tidak dinafikan selama lebih 10 tahun feri Wawasan Perdana beroperasi secara solo dan memonopoli di bawah Labuan Ferry Corporation (LFC). Feri ini sering kali mengalami kerosakan di mana pada suatu ketika, tahun lepas hanya boleh beroperasi dengan cara ditarik oleh bot tunda.

Alasan untuk mengganti atau menambah perkhidmatan dari syarikat lain telah lama disebarkan,namun hasilnya sama juga.Pernah pada suatu ketika ada perkhidmatan feri penumpang yang beroperasi tetapi mendapat tentangan dari pihak LFC di mana perkhidmatan tersebut terpaksa dihentikan dek kerana sikap tamak LFC yang mahu memonopoli.

Kami memikirkan secara lojiknya bahawa dengan adanya jambatan, maka pergerakan kami untuk menyeberang sama ada dari Labuan ke tanah besar dan sebaliknya akan lebih memudahkan sama ada dari segi masa dan perbelanjaan, dan lebih lebih lagi pada masa masa kecemasan di waktu malam bila mana feri bersandar di jeti.

Tidakkah Tan Sri Muhyiddin Yassin menimbangkan hali ini? Cuba dan rasakan sendiri betapa rumit dan membosankan perjalanan hampir 2 jam menaiki feri wawsan perdana yang bukan saja perlahan tetapi sering kali lewat dari jadual.

Menyentuh tentang perjalanan melalui udara, hanya orang orang yang mampu saja boleh naik kapal terbang dengan kadar tambang melebihi seratus ringgit berbanding beberapa tahun lalu hanya di bawah seratus ringgit.

Ambil satu contoh, bagaimana jika berlaku kecemasan, ada pesakit yang perlu dan harus dibawa dari Labuan dengan ambulan untuk ke hospital besar di Kota Kinabalu pada masa selepas tiada perkhidmatan feri di sebelah malam? Adakah kita kena tunggu sehingga esok? Saya rasa pesakit akan mati sebelum sempat dibawa. Maka fikir-fikirkanlah.

Kerajan jangan hanya memikirkan akan keuntungan saja di samping pembinaan jambatan, kenalah berkorban demi rakyat, barulah rakyat sejahtera. Jika kerajaan tidak mampu menanggung kos pembinaan, saya rasa ada pihak konsortium yang berminat untuk membina. Bukan tak biasa, contohnya PLUS yang telah membina jalanraya di Semenanjung. Lebuhraya di Sabah layak dipanggil jalan kampung jika dibandingkan dengan Semenanjung.

Yang paling menyulitkan adalah bila tiba musim perayaan seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina, Krismas dan musim cuti persekolahan. Amat sukar untuk pergi ke tanah besar Sabah dari Labuan dan sebaliknya, sebab kita kena buat tempahan jauh lebih awal iaitu seawal satu atau dua bulan untuk mendapatkan tempat dalam feri wawasan perdana untuk mereka yang berhasrat membawa kenderaan, sebab feri tersebut hanya mampu membawa dalam lingkungan 50 hingga 60 buah kenderaan sahaja dalam satu satu masa, lebih-lebih lagi jika banyak kenderaan besar seperti lori tangki, maka bilangan kenderaan kecil tidak dapat dimuat banyak.

Ini satu lagi ketidakpuasan yang dihadapi pengguna, walaupun perkhidmatan ditambah dari 2 ke 3 kali sehari. Tentunya banyak masa terbuang. Kadang kala ada juga yang hampa jika tiada tempat langsung.Tetapi kalau ada jambatan, orang boleh pergi dan balik pada bila-bila masa dalam 24jam. Kecuali jika ada banyak feri yang boleh membawa kenderaan dan beroperasi siang malam tanpa henti. Adalah dianggarkan lebih 300 ke 400 kenderaan menggunakan perkhidmatan feri tersebut setiap hari, dan akan meningkat di musim perayaan.

Saya percaya dengan adanya jambatan mungkin bilangan kenderaan yang berulang alik akan bertambah, lebih-lebih lagi sekarang ramai rakyat dari negara jiran Brunei Darusalam datang ke Sabah setiap hari dengan kenderaan, begitu juga dari negeri jiran Sarawak.

Luahan saya ini tidak bermaksud menghina atau mengaibkan sesiapa, tetapi lahir dari hati naluri yang amat kecewa, dan saya meluahkan ini demi generasi akan datang dan untuk semua. Nasihat saya pada yang berkenaan, berpijaklah di bumi nyata. Bandar Iskandarmu kini megah dan mengkagumkan, kami juga dahagakan pembaharuan baik dari segi infrustruktur dan kemudahan awam.

Kami bukan lagi rakyat yang sanggup jadi pak turut tetapi kami adalah penentu masa depan siapa yang harus memegang tampuk kerajaan dalam PRU akan datang.

Harakahdaily/-