24 July 2010

Belajar Sunnah : Rasulullah saw mengajar kita tentang JANTUNG

11 Syaaban 1431 H
Oleh : salman azmi

Dari Abi Hurairah Abdir Rahman bin Skhar ra.hu, dia telah berkata : Rasulullah saw bersabda : Sesungguhnya Allah taala tidak melihat kepada jisim-jisim kalian, dan tidak kepada rupa-rupa kalian, tetapi Dia melihat kepada jantung-jantung (qulub) kalian. (HR Muslim)

1.Allah swt hanya menilai dalaman para hamba-Nya, bukan luaran mereka.

2.Allah swt itu Maha Kaya, Dia tidak tertarik kepada jisim dan rupa ciptaan-Nya walau ia sangat cantik menurut manusia yang lain.

3.Allah swt itu Maha Melihat, Dia mampu melihat segala yang diciptakan-Nya termasuk isi jantung hamba-hamba-Nya.

4.Qalb bukan seratus peratus bermaksud hati, tapi jantung.

5.Sunnah menyampaikan hadis ini sepertimana Rasulullah saw menyampaikan kepada para sahabat.

6.Sunnah menggunakan kun-yah, iaitu gelaran abu (bapa) atau ummu (ibu). Seperti mana Rasulullah saw memberi kun-yah pada Abdur Rahman bin Skhar sebagai Abu Hurairah (Bapa anak kucing - kerana dia sukakan bintang itu). Baginda sendiri dipanggil Abu al-Qasim (Bapa al-Qasim – nama anaknya)

7.Abu Hurairah r.a tidak kekal dengan agama kufurnya seperti bapanya yang tidak memeluk Islam. Oleh kerana itu dia didoakan ‘radiyallahu anhu’.

8.Sunnah mendengar, mengambil pelajaran dan menyampaikan hadis Rasulullah saw seperti apa dilakukan oleh Abu Hurairah r.a ini.

SAMAN EKOR: KERAJAAN ZALIM KEPADA RAKYAT

11 Syaaban 1431 H
Oleh : safarizal saleh

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) amat kecewa dengan sikap kerajaan yang di tunjangi oleh Umno / Barisan Nasional (BN) kerana menutup telinga berkaitan saman ekor yang jelas zalim terhadap rakyat terutama di dalam usaha kerajaan yang telah menguatkuasakan ‘penyelarasan subsidi’.

Tindakan tidak bertimbang rasa ini amat menyecewakan rakyat yang kini di tambah dengan beban ‘penyelarasan subsidi’ yang tidak langsung perihatin terhadap permasalahan rakyat. DPPN Pk berharap kerajaan memberikan perhatian yang serius berkaitan saman ekor ini kerana ianya jelas tidak berperinsipkan Undang-Undang yang adil.

DPPN Pk mempersoalkan saman ekor ini kerana pihak kerajaan sengaja mengkambing hitamkan rakyat demi mendapat pendapatan daripadanya yang tinggi setelah kerajaan menutup semua ruang untuk rakyat berharap ehsan. Umno / BN jelas telah menutup ruang untuk rakyat bagi merayu ehsan bagi meringankan bebanan yang sekarang ini tentunya telah meningkat.

DPPN Pk menyeru seluruh rakyat yang belum mendaftar sebagai pemilih, hendaklah mendaftar segera dengan wakil SPR. Dengan demikian, rakyat dapat terjemahkan kemarahan kepada Umno / BN yang mengatakan ‘rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan’ dengan mengundi Pakatan Rakyat (PR) yang telah terbukti mengutamakan kepentingan rakyat.

Melayu Tonggak Bukan Umno

11 Syaaban 1431 H
Oleh : Nash Ar Rawy

Melayu adalah teras politik Malaysia bukannya Umno . Ini adalah kerana Melayu terpecah kepada dua kumpulan yang terbesar iatu . PAS dan Umno .Mana-mana parti ini , siapa menang pilihanraya adalah menjadi teras atau tonggak politik Malaysia.

Contohnya, di Kelantan dan Kedah tonggak yang menguasai politik negeri tersebut adalah PAS bukannya Umno . Bahkan kuasa politik Kelantan di tangan PAS selama lebih 20 tahun . Ini membuktikan bahawa Melayu lebih selamat tanpa Umno apabila Islam yang memerintah memberikan keutuhan , kesejahteraan dan keadilan untuk ummah dan semua kaum dengan sistem keadilan Islam .

Apabila PAS menjadi tonggak politik Malaysia menggantikan Umno dan Pakatan menggantikan Barisan Nasional selepas PRU 13 nanti, insyaAllah . Orang Melayu tiada perlu bimbang kerana parti pemerintah yang baru adalah PAS/PAKATAN dan Umno/BN akan menjadi Ketua Pembangkang di parlimen seperti yang berlaku kepada Umno di DUN Kelantan, Kedah , Pulau Pinang dan Selangor . Ummah lebih maju , terbela dan selamat daripada kerakusan Umno atau SAUK(selagi ada Umno Kacau).

Bukan hanya Umno sahaja yang boleh memerintah . PAS juga berwibawa dan berkemanpuan serta bersedia untuk memerintah ‘Kelantan yang lebih besar” yakni , menguasai dan menjadi tonggak Kerajaan Persekutuan , Parlimen dan Putrajaya bersama rakannya Keadilan , DAP dan SNAP dalam PAKATAN RAKYAT , insyaAllah ! PAS optimis kali ini.

PAS tiada akan menyelamatkan parti perkauman kebangsaan Melayu Umno itu ; semata-mata kerana hendak menanggung ‘ Biawak Hidup “ yang sarat dengan kezaliman ke atas rakyat, kemungkaran ekonomi, skandal, rasuah, salahguna-kuasa , salah-tadbir , perkauman dan kronisme.

Umno adalah teras kepada kemungkaran yang menguasai negara dan ummah selama ini yang terhimpit dengan permainan politik perkauman dan masih lagi tiada mahu akur bahawa politik perkauman dan penyatuan yang berasaskan kaum dan bangsa sudah di tolak oleh rakyat Malaysia . Buktinya, rakyat Malaysia daripada perlbagai kaum telah menolak calun Umno , MCA dan MIC di dalam PRU 12 .

Namun, UBN masih lagi dengan sentimen perkaumannya seperti kata Nasir Safar orang kuat satu Malaysia PM sendiri dengan retorik beliau Cina dan India adalah pendatang wahal mereka adalah warganegara Malaysia bukannya pendatang asing . Lebih kotor lagi menyatakan Cina itu ‘pelacur’ dan India’pengemis”.

Oleh kerana sentimen perkauman cetusan Umno ini sudah tiada laku , maka lagu perkauman tersebut cuba dimainkan pula oleh Perkasa ambilalih tempat Umno untuk meraih undi Melayu pada PRU13 itu nanti.

Ditokok pula dengan Perkasa MCA dan mungkin selepas ini Perkasa MIC . MIC dan MCA yang sekarang ini berkeceramuk di tolak oleh kaum India dan Cina; yang bakal karam dengan Umno dalam bahtera perkauman UBN itu sendiri pada PRU13 nanti, insyaAllah.

Hanya PAS/Pakatan yang boleh menyelamatkan ummah dan semua kaum di negara ini ; bukan sahaja orang Melayu kerna dasar PAS adalah Islam ; iaitu, “ Rahmatan lil ‘alamiin “ ( Rahmat kepada sekalian alam ) tanpa mengira ras, agama dan ideologi politik . “ Islam Just For All “

PAS sekali-kali tiada akan mengkhianati bangsa Melayu dan rakyat semua kaum kerna hak keistimewaan orang Melayu, raja-raja, Bahasa Melayu , Islam sebagai agama persekutuan dan hak kaum lain dan kebebasan berugama sudah pun sediada dan termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan .

Semua Presiden Parti dalam Pakatan ; iaitu TGHH, Lim Kit Siang dan DS Anuar Ibrahim telah menegaskan berkali-kali akan menjunjung dan mempertahankan Perlembagaan Malaysia.

Sebaliknya Umnolah pengkhianat agama , bangsa dan negara kerana menghapuskan Penggunaan Bahasa Melayu bagi mata pelajaran Matamatik dan Sains , biasiswa kepada Bumiputra dan penolakan Akta Hudud yang dibentangkan TGHH sebanyak tiga kali di dalam Parlimen .

Bahkan parlimen tiada tahu menahu tentang pengkhianatan Umno kepada negara sewaktu dua telaga minyak yang bernilai RM320 Billion diserahkan kepada Brunei demi untuk kepentingan kroni kedua-dua negara . Tanjung Pagar hilang begitu sahaja kepada Singapura sedangkan itu hak Malaysia ( KTMB ) yang bernilai tinggi dan merupakan warisan negara.

Oleh itu Umno janganlah menjadi tiada siuman bermain dengan isu ‘perpaduan Melayu ‘ dan gunapakai ‘Setan Bisu Judi’ alias Mufti Perak pula kerna orang sekarang sudah tolak dan terima perpaduan Islam yang menyatukan semua kaum di Malaysia ini; di atas teras keadilan Islam untuk semua yang diyakini rakyat berbilang kaum .

Bahkan PAS bisa menjadi teras politik negara kerna terbukti sekitar 20,000 bukan Islam sudah mempunyai dewan mereka sendiri di dalam PAS . Iaitu, DEWAN HIMPUNAN PENYOKONG PAS . Ini bererti PAS sudah mendahului politik Malaysia dengan menampilkan pendekatan sistem Islam yang adil untuk semua .

Umno masih lagi sempit dengan minda perkauman dan ketinggalan jauh kebelakang ditinggalkan PAS . PAS tiada bisa berkerjasama dengan UMNO, MIC dan MCA yang bernausakan perkauman dan menerima dan istiqamah dengan pakatan politik ( tahaluf siasi) dengan Keadilan, DAP dan SNAP/PAKATAN yang tiada berteraskan perkauman .

Ketika Umno jadi 'tunggangan' Gerakan?

11 Syaaban 1431 H
Oleh: Ahmad Tajdid

"JIKA pemimpin Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) dan PAS berterusan membiarkan mereka menjadi tunggangan DAP, jangan terkejut sekiranya Pulau Pinang muncul sebagai Singapura kedua satu hari nanti," kata Ketua Penerangan Umno negeri, Dato' Musa Sheikh Fadzir.

Ini bukanlah pertama kali ungkapan-ungkapan berbentuk hasutan dan berbau perkauman itu dilafazkan para pemimpin Umno Pulau Pinang sejak negeri itu terlepas dari tangan BN.

Sejak Mac 2008, muncul pelbagai 'gerakan Melayu' dari pelbagai NGO yang beriya-iya mahu memperjuangkan nasib Melayu Pulau Pinang. Ironinya gerakan-gerakan ini muncul setelah BN kecundang di tangan Pakatan Rakyat dan Umno yang menjuarai kepentingan Melayu hanya menjadi pembangkang di Dewan Undangan Negeri. seolah-olah orang Melayu di negeri itu 'tidak apa-apa' ketika diperintah BN dan hanya merasa tertindas dan terpinggir di bawah teraju Pakatan Rakyat khususnya DAP.

Apa yang cuba ditonjolkan pemimpin Umno adalah masyarakat Melayu Pulau Pinang kini 'menderita dan merempat' kerana diperintah oleh seorang Ketua Menteri dari DAP yang dilabel "anti-Melayu" dan "anti-Islam".

Dan bagi mereka, KeADILan dan PAS tidak sewajarnya bersekongkol dengan DAP untuk menindas Melayu Pulau Pinang yang kini bagaikan berada di hujung tanduk.

Sentimen dan tuduhan liar yang dilemparkan pemimpin Umno negeri terhadap Lim Guan Eng sebenarnya tidak langsung disandarkan kepada fakta dan angka. Ia sekadar strategi untuk membuai sentimen Melayu dan mengingatkan mereka terhadap nostalgia silam bahawa Melayu pernah bertapak di pulau mutiara itu.

Mungkin mudah bagi para pemimpin Umno melemparkan pelbagai tuduhan berunsur hasutan kerana mereka seolah-olah punya imuniti dan kebal dari pelbagai akta drakonian yang hanya dikuatkuasakan ke atas pemimpin politik bukan kerabat BN.

Bagaimanapun jika pemimpin Umno negeri itu masih mempunyai sedikit rasa malu dan sekelumit maruah diri, mereka wajar menilai prestasi dan "jasa-jasa" mereka sejak lebih 50 tahun menjadi "kuda tunggangan" MCA dan Gerakan ketika bersama-sama mentadbir Pulau Pinang.

Isu terpinggirnya Melayu dari pulau mutiara itu bukan berkisar sejak dua tiga tahun pemerintahan Pakatan Rakyat. Ia bermula sejak puluhan tahun lalu apabila satu demi satu perkampungan Melayu di pulau tersebut 'dihanyutkan' oleh arus pembangunan.

Lebih mendukacitakan apabila proses penghijrahan masyarakat Melayu dari bahagian pulau ke tanah besar Semenanjung (Seberang Prai dan selatan Kedah) turut didalangi oleh pemimpin-pemimpin politik Melayu yang mendapat 'faedah' daripada projek yang dibangunkan.

Bagi mengelakkan isu ini dari terus diputarbelitkan para pemimpin Umno, kerajaan Pakatan Rakyat negeri perlu mendedahkan fakta tentang jumlah sebenar kampung Melayu (termasuk kampung setinggan) yang 'hilang' daripada peta Pulau Pinang akibat projek pembangunan ketika Umno dan BN mentadbir negeri itu.

Pastinya fakta dan angka itu turut melibatkan perkampungan Melayu Jelutong yang kini diancam projek pembangunan hasil keputusan yang dibuat ketika Umno dan BN memerintah Pulau Pinang.

Lebih memualkan, kini para pemimpin Umno negeri dilapor keluar masuk kampung menyebarkan pembohongan kononnya pemimpin PAS dan KeADILan berpakat dengan kerajaan DAP untuk melenyapkan perkampungan Melayu!

Seperti dakyah Musa yang dilaporkan Utusan Online: "Pemimpin PKR dan PAS di negeri ini sebenarnya kalau hendak bantu selesai apa jua masalah membabitkan orang Melayu, mereka sebenarnya boleh.

"Tapi disebabkan sudah menjadi tunggangan DAP, jadi mereka takut nak bersuara. Kalau kita tengok di Pulau Pinang ini apa yang mereka dah buat untuk bantu orang Melayu, bila gerai atau rumah Melayu 'dicuit' mereka buat apa, takkan dah hujung baru nak sedar, masa tu dah tak boleh nak buat apa dah."

Begitulah mudahnya pemimpin Umno melemparkan tuduhan sedangkan segala permasalahan dan kemelut Melayu Pulau Pinang hari ini adalah hasil daripada sikap tidak endah, tidak acuh, tidak ambil peduli dan tidak bertanggung jawab mereka ketika lebih 50 tahun berkongsi kuasa mentadbir negeri itu.

Tambah Musa lagi: "Ketua Menteri, Lim Guan Eng orang Melaka, jelas dia pun bukan tahu jaga kepentingan orang Melayu, tidak sama semasa Tan Sri Dr Koh Tsu Koon mentadbir negeri ini, apa pun yang diminta tidak kira kaum apa, beliau pasti ambil perhatian."

Ketika terlanjur memuji Tsu Koon, mungkin Musa terlupa bahawa Presiden Gerakan itu pernah dikecam dan dikoyak gambarnya oleh pemimpin Umno negeri khususnya bahagian Jelutong kerana didakwa mengetepikan kepentingan Melayu.

Musa juga terlupa bahawa Umno negeri itu kini diterajui oleh anak Bagan Datoh, Perak yang tiada kena mengena langsung dengan Melayu Pulau Pinang.

Satu lagi yang pemimpin Umno negeri perlu sedari, Guan Eng kini disifatkan sebagai 'pro-Islam' oleh seorang pemimpin Gerakan negeri, parti kerabat BN di Pulau Pinang.

Tapi apakan daya sudah menjadi resam Umno, telunjuk lurus kelingking berkait. Memang benar ungkapan Tun Mahathir Mohamad, "Melayu mudah lupa!"

Harakahdaily/-

Benarkah Melayu hilang kuasa dalam PRU 13

11 Syaaban 1431 H
kalamperantau.wordpress.com

Sekarang ini kerjasama Umno dan PAS menjadi topik yang menghangatkan suasana politik Malaysia menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 yang tidak berapa lama lagi. Banyak pihak menyarankan, PAS dan Umno berdialog dalam suasana penuh ikhlas dengan hati terbuka demi memastikan Melayu tidak hilang kuasa pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Saya tidak pasti atas logik apa, jika Umno kalah, kuasa politik orang Melayu akan hilang? Banyak pihak terpedaya dengan teori-teori ahli akademik tertentu yang menjadi pengulas-pengulas politik tanahair dan tidak pernah terjun kelapangan politik secara langsung.

Bila kerusi yang dimiliki oleh Umno, beralih kepada PAS, kuasa orang Melayu tetap kekal kalaupun tidak lebih baik. Manakah bukti Pas rugi kepada Melayu dan Islam ketika bersama PR? Malah dalam usaha hendakkan kerusi Melayu bertambah, calon PAS, Dr Siti Mariah Mahmud bertanding di kerusi pengundi Melayu kurang daripada 50 peratus di Parlimen Kota Raja.

Hakikat yang berlaku, Umno yang telah menyerahkan kerusi majoriti Melayu kepada bukan Melayu. Apa yang menjadi masalah sekarang ini, banyak kerusi majoriti Melayu yang diserahkan oleh Umno kepada komponen BN yang lain seperti MCA, MIC dan Gerakan.

Contohnya Parlimen Bukit Gantang 2004, Dr Lo’ Lo’ (PAS) lawan Tan Lian Hoe (BN) kemudian tahun 2008, Tan Lian Hoe bertanding di Grik melawan Mohd Noor Abd Rahman (PAS), Parlimen Tanjung Malim Mohd Azman Marjohan (PKR) lawan Ong Ka Chuan (MCA), Dun Pasir Panjang Datuk Seri Haji Nizar (PAS) lawan Dr S Vasan (MIC).

Berlakukah kerjasama politik Umno-PAS?

Saya cukup tertarik dengan usaha tidak pernah putus asa dan jemu, Tan Sri Harusani Zakaria, Mufti Kerajaan Negeri Perak yang begitu bersungguh-sungguh berusaha untuk mempertemukan dan berusaha menggabungkan kerjasama politik Umno dan PAS sekali lagi kerana bimbang orang Melayu akan hilang kuasa pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) jika Umno dan PAS terus berdegil untuk tidak bersatu.

Sebagaimana semua sedia maklum, sejak tamatnya pilihanraya umum ke-12 April 2009 ekoran keputusan rakyat Perak menolak kerajaan Umno/BN beliau berusaha mengekalkan kerajaan Umno/BN di Perak. Usaha beliau tidak berjaya kerana PAS mesti menunaikan janji politik dengan sekutu mereka (PKR dan DAP) bagi membentuk kerajaan baru Pakatan Rakyat Perak yang akhirnya, Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin dilantik sebagai Menteri Besar.

Tetapi kerajaan Pakatan Rakyat Perak tidak dapat bertahan, belum pun berusia setahun pun ianya berjaya ditumbangkan dengan mudah oleh Umno dan Barisan Nasional, disebabkan kurang pengalaman politik dalam menerajui kerajaan yang dibentuk dengan majoriti tipis sebanyak 3 kerusi sahaja. Dengan menggunakan strategi Adun lompat parti bila mana 2 Adun PKR (Jamaluddin Mohd Radzi – Behrang dan Osman Jailu – Changkat Jering) dan 1 Adun DAP (Hee Yit Foong – Jelapang).

Sejak Umno merampas balik kerajaan Perak secara tidak demokratik melalui persidangan Dun atau pilihan raya, Mufti Perak Tan Sri Harusani tidak dilihat berusaha untuk mendekatkan PAS dengan Umno untuk sekian lama. Cuma bila pemimpin-pemimpin utama Umno menyuarakan hasrat bekerjasama dengan PAS baru-baru ini, Tan Sri Harussani menawarkan diri untuk menjadi “orang tengah”.

Sejarah cubaan kearah kerjasama antara dua parti ini sudah lama wujud. Ianya bermula selepas Umno dan Perikatan kalah teruk dalam pilihanraya umum 1969 dan kemudian berlakunya Tragedi 13 Mei 1969. Kesan daripada tragedi 13 Mei tersebut akhirnya PAS bersetuju menerima pelawaan Umno membentuk kerajaan campuran PAS-Perikatan (Umno-MCA-MIC) sebelum membentuk kerjasama yang kuat sehingga tertubuhnya satu kerjasama politik yang baru di bawah pembentukan Barisan Nasional (BN) pada tahun 1973.

Disebabkan untuk mengelakkan pertembungan politik yang keterlaluan, Tun Abdul Razak, Perdana Menteri dan Presiden Umno ketika itu menghulurkan “salam persahabatan” kepada PAS. Mengikut cerita Tan Sri Abdullah Ahmad, dalam kolumnya disebuah akhbar harian berbahasa Melayu, beliau menjadi utusan atau “perantara” Tun Razak terhadap Datuk Asri yang ketika itu adalah Menteri Besar Kelantan dan Yang Dipertua PAS Pusat.

Namun, langit juga tidak selalunya cerah, mendung hadir secara tiba-tiba, hujan pun turun bersertakan guruh dan kilat sabung menyabung, akhir PAS di tendang keluar oleh Umno-BN pada tahun 1978 bila Umno beralih tangan kepada Tun Hussein Onn. Sebagaimana bapanya, Datuk Hishammuddin yang sekarang ini menjadi Naib Presiden Umno tidak menunjukkan minat yang bersungguh menjayakan kerjasama politik Umno-PAS ini.

Begitu juga dengan apa yang cuba dilakukan oleh anak Tun Abdul Razak, Datuk Seri Najib yang menjadi Perdana Menteri sekarang ini tidak mengikut strategi yang dilakukan oleh bapanya sebelum ini. Tak perlu bagi beliau menyebut, Umno bukan lemah untuk bersatu dengan PAS kerana menampakkan keegoan Umno dalam menyatupadukan orang Melayu dan Islam sekarang ini.

Sekiranya ada kesungguhan di kalangan pimpinan tertinggi Umno untuk berkesama dengan PAS demi kepentingan Melayu/Islam, mereka boleh mulakan kerjasama ini di peringkat kerajaan dengan kerajaan (G to G) dahulu sebagaimana yang dilakukan oleh Tun Abdul Razak dahulu.

Sama ada akan berlaku kerjasama politik atau tidak, biarlah keadaan dan masa yang akan tentukan. Sejarah semasa bergabung dengan Umno dahulu masih segar dalam lipatan ingatan dan agak sukar untuk dilunturkan. Selain itu, kenyataan Mursyidul Am PAS bahawa Umno menolak Islam juga menjadi punca parti itu menolak usaha untuk bekerjasama bergabung. Jika dilihat kepada kenyataan tersebut, ia seolah-olah mempamerkan fahaman berbeza kedua-dua parti politik mengenai Islam.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kenyataan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mempelawa orang tengah dalam menjayakan kerjasama Umno-PAS sebagai sia-sia. Dalam keadaan sekarang, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Perdana Menteri perlu mengambil inisiatif bertemu dengan Menteri Besar Kelantan dan Menteri Besar Kedah bagi mengadakan kerjasama di peringkat kerajaan.

Harakahdaily/-

Bubar Perkasa dan Umno, bukan PAS

11 Syaaban 1431 H
Oleh: Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 23 Julai: "Biar Perkasa dan Umno yang bubar dahulu, bukan suruh PAS," kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad mengulas cadangan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali.

Ibrahim semalam mencadangkan agar Umno dan PAS dibubarkan dan ditubuhkan sebuah parti baru yang menggabungkan ciri Islam dan nasionalisme Melayu sekiranya kedua-dua parti enggan duduk semeja dan mengadakan perbincangan bagi menyatu padukan orang Melayu dan Islam di negara ini.

Namun menurut Idris, Perkasa memberikan cadangan demikian kerana mereka sendiri menyedari bahawa Umno sudah tidak relevan lagi dan memerlukan perubahan agar dapat diterima rakyat.

"Mereka beri cadangan ini sebab pada mereka sendiri pun, mereka sudah nampak Umno itu tidak betul dan Umno sudah dianggap tidak relevan sebab itu mereka cadangkan supaya Umno dibubarkan," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Ujarnya, meskipun Perkasa mengangap pertubuhan itu sebagai bebas daripada pengaruh mana-mana parti politik, namun idea dan tindak tanduknya menyamai Umno.

"Perkasa ini memang Umno pun. Walaupun Perkasa ini dilihat nak rebranding balik semangat nasionalis mereka, tapi acuan yang sama (dengan Umno).

Tegasnya juga, Perkasa sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan atas dasar semangat perkauman tidak seharusnya memberikan cadangan demikian, sebaliknya harus 'mencermin' diri mereka dahulu.

"Perkasa memang tidak layak nak bagi cadangan begini. Dia itu siapa nak cadangkan kita (PAS) parti besar ini nak bubar.

"Awak (Perkasa) itu bukan parti pun. Hanya hidup atas sentimen sahaja. Tidak ada asas pun," katanya.

Semalam, Ibrahim Ali mencadangkan ditubuhkan sebuah jawatankuasa yang bebas daripada pengaruh politik untuk menjadi perantara rundingan antara Umno dan PAS.

Beliau mencadangkan jawatankuasa itu dinamakan Jawatankuasa Pemandu Ke arah Pembentukan Perpaduan Melayu Islam dan perlu dianggotai 15 orang terdiri daripada tokoh agama seperti mufti, cendekiawan dan bekas pegawai tinggi kanan kerajaan.

Harakahdaily/-

Umno bakal hilang 6 kerusi di Selangor

11 Syaaban 1431 H
Oleh: Zulkifli Sulong

SHAH ALAM, 23 Julai: Umno Selangor kini berada dalam kebimbangan ekoran maklumat yang mengatakan sudah hampir pasti BN akan hilang enam kerusi Dun jika pilihan raya umum diadakan dalam suasana sekarang.

Enam Dun yang dikatakan termasuk dalam senarai itu adalah Seri Serdang di bawah Parlimen Puchong yang mana calon PAS hanya kalah 45 undi kepada calon Umno dalam pilihan raya umum lalu.

Dun lain adalah Sabak (majoriti 117), Taman Templer (613), Sungai Air Tawar (123), Paya Jaras (642) dan Morib (286).

Dalam pilihan raya lalu, PAS bertanding 24 kerusi Dun dan hanya menang lapan kerusi sahaja. Jika berjaya mendapat enam kerusi ini bermakna kerusi PAS akan menjadi 14.

Dalam pilihanraya lalu, PKR mendapat 15 manakala DAP 13. BN pula mendapat 20 kerusi.

Menurut sumber yang rapat dengan Umno Selangor, kehilangan enam kerusi kepada PAS ini tidak boleh ditolak lagi ekoran perkembangan yang sangat baik dalam PAS di Selangor kini.

Ini kerana, ketika PAS berkembang dengan pesat di Selangor, pelbagai jenis masalah berlaku kepada Umno Selangor yang dipimpin sendiri oleh Presidennya, Datuk Seri Najib Razak.

Oleh kerana sibuk di peringkat pusat, timbalan beliau, Datuk Seri Noh Omar yang mengambilalih pentadbiran Umno negeri. Namun begitu, media melapor beliau mempunyai masalah besar dengan bekas MB Selangor, Datuk Seri Mohamad Khir Toyo dan masing-masing berlumba mencari publisiti dalam isu pasir.

Di samping itu, Setiausaha Umno Negeri, Mohd Satim Diman dan Ketua Pemuda, Suhaimi Mohd Ghazali juga dikatakan bermasalah dan berura-ura mahu meletakkan jawatan. Bekas MB Selangor, Tan Sri Muhamad Haji Mohd Taib juga bermasalah.

Sumber juga berkata, punca perkembangan pesat dalam PAS di Selangor adalah ekoran pendemokrasian masjid dan surau yang dilakukan oleh kerajaan negeri Selangor tahun lalu.

Melalui tindakan ini, semua masjid dan surau di Selangor melantik pimpinan baru jawatankuasa masing-masing melalui pengundian secara terbuka.

Ekoran tu, lebih 90 peratus masjid dan surau di Selangor dikuasai oleh pemimpin tempatan PAS atau pihak yang disokong oleh mereka.

Ekoran itu, pengaruh PAS dikembangkan dengan pesat melaui program kuliah agama yang diadakan saban waktu di surau dan masjid ini.

Kerana tidak cukup waktu malam, kuliah Dhuha pagi Ahad pula dilakukan mengambil pengalaman kuliah Jumaat di Rusila, Terengganu dan Dataran Ilmu di Kota Bharu.

Namun begitu, bekas Yang Dipertua PAS kawasan Subang, Haji Shukor Harun bimbang dengan sikap sesetengah pemimpin PAS sekarang yang tidak berapa fokus untuk mencapai kemenangan.

"Saya bimbang kalau-kalau isu kerjasama dengan Umno ini benar-benar berlaku dan melibatkan kepimpinan tertinggi PAS negeri. Ia akan menyukarkan PAS," katanya.

Ramai pihak melihat apa yang berlaku adalah permainan politik Umno untuk memerangkap PAS dalam situasi tersepit antara dua kepentingan.

"Jika PAS menolak kerjasama dengan Umno bererti PAS menolak perpaduan. Jika PAS menerima bermakna menikam rakan-rakan dan penyokongnya dalam Pakatan Rakyat," kata seorang penulis.

Seorang bekas profesor sains politik di Universiti Malaya ketika ditemui baru-baru ini pula memberitahu, sokongan masyarakat Cina terhadap Pakatan Rakyat kini meningkat hampir setiap hari.

"Faktor ini sangat besar mempengaruhi politik di Selangor kerana mereka ramai dan menjadi penentu di negeri ini," kata beliau.

Puncanya adalah kerana mereka melihat perkongsian kuasa dalam Pakatan lebih adil kerana semua parti setaraf manakala dalam BN pula Umno terlalu berkuasa dan yang lain hanya dipermainkan Umno sahaja.

Harakahdaily/-

PAS Miri tembusi kubu BN

11 Syaaban 1431 H
pas-miri.blogspot.com

Disaat lawatan PM Najib ke Miri ;kehadiran Tuan Haji Muhammad Sabu dalam rangka kerja program penerangan bersama rakyat di Miri mendapat sambutan diluar jangkaan. Sebaik tiba di Miri pada petang Isnin;Tuan Haji Muhammad Sabu telah mengadakan Liqa ‘ Fikri bersama penggerak PAS Kawasan Miri.

Mesej yang jelas difahami oleh semua pendokong PAS adalah menggiatkan usaha dakwah,siasah dan tarbiyyah dalam memastikan perkembangan menegakkan keadilan dan kebajikan untuk semua rakyat berteraskan ajaran Islam.

Lebih 70 petugas PAS Miri hadir dalam program itu.Tuan Haji Md Sabu juga berkongsi pengalaman sewaktu menerima ancaman dan ugutan serta tahanan ISA ;dan menyuntik semangat untuk tidak takut pada musuh atau ujian;dengan mendekatkan diri pada ALLAH dengan memperbanyakkan Qiamullail dan bertahajud.

Di peringkat Jemaah;beliau mengingatkan tentang peri pentingnya ukhwah sesama ahli serta sokongan keluarga bagi meastikan perjuangan yang istiqamah dalam menghadapi tribulasi perjuangan ini sambil menceritakan pengalamansemasa dibawah tahanan ISA;beliau menerima sokongan semangat dari isteri dan seluruh rakan seperjuangan Islam.

Pada sebelah pagi Selasa ; Tuan Haji dibawa melawat sekitar Miri sebelum bergerak ke Pasar Emart bagi merasmikan kedai Emas Muslim pertama di Miri;Kedai Emas Nik Pa.

Beliau mengingatkan akan peripenting memperkukuhkan model ekonomi Islam bagi menggantikan sistem ekonomi kapitalis yang jelas gagal seperti yang telah berlaku kini dengan krisis demi krisis ekonomi yang berlaku.

Pada tengahari;beliau bersama pimpinan komponen Pakatan Rakyat Miri,Dr Micheal Teo(PKR),Mdm Eunice Lim(DAP) dan Mdm Magdeline(SNAP) dalam satu majlis makan tengahari. Kehadiran beliau turut mendapat liputan akhbar tempatan seperti See Hua Daily,Sinchew Miri,Utusan Borneo dan Borneo Post.

Pada malam pula satu ceramah perdana diadakan di Pujut Adong;satu daripada kubu kuat BN di Miri. Sungguh menakjubkan sambutan lebih 500 penduduk setempat menyebabkan lalulintas agak sesak.

Walaupun hujan turun dengan lebat ,penduduk tidak berganjak bagi mendengar penjelasan dari pimpinan Pakatan Rakyat. Wakil SNAP;Mdm Magdeline dengan tegas mengingatkan saingan PR DUN kali ini adalah yang paling sengit dalam sejarah DUN Sarawak.

Dengan kerjasama kuat 4 komponen PR ;beliau yakin rakyat akan melakukan perubahan besar khasnya di kerusi Bandar pada PR DUN akan datang. Tuan Haji Jofri;TDP Kawasan Miri;mengucapkan terimakasih kepada semua penduduk tempatan yang semakin berani dalam membawa mesej keadilan Islam yang semakin diterima semua masyarakat.

Tuan Haji Muhammad Sabu dalam ucapan lebih satu jam diselang seli dengan jenaka berfakta ;menegaskan biarpun PAS di Sarawak masih baru;namun peningkatan sambutan rakyat telah menggerakkan gerakkerja parti itu disatu tahap yang memberansangkan.

Beliau yakin sentimen pengundi di Semananjung khasnya pengundi Cina bandar akan berpihak pada Pakatan Rakyat kali ini di Sarawak. Melihat situasi ini beliau menaruh keyakinan PR akan merampas minima 1 kerusi DUN Miri dalam PR DUN akan datang.

Pada program malam tadi satu lagi Cawangan PAS Miri;Cawangan Pujut Adong ditubuhkan ,ini yang keenam dalam jangkawaktu 1 tahun ini. Pujut Adong Miri yang dahulunya kubu PBB/BN kini ditembusi PAS. Tidur Taib Mahmud dan Najib kini sudah tidak lena lagi.

ULAMAK MUDA SUDAH BERSUARA TENTANG PERPADUAN

11 Syaaban 1431 H
Oleh: WFAUZDIN NS

MASIH lagi isu Umno - PAS. Kali ini `Ulamak Muda' yang baru `berakad' dengan parti sekular Umno pula bersuara. Maka, diulang baca ayat-ayat Al-Quran yang menyeru kepada perpaduan. Di selangseli pula rujukan kepada Perlembagaan yang menyebut `Melayu itu Islam'.

Oleh kerana Melayu itu Islam (benarkah semua Melayu Islam?) maka perpaduan Umno dan PAS wajib dilakukan. Itu intipati hujah `Ulamak Muda' Umno. Seterusnya baca di sini.

Adakah Ulamak Muda itu percaya bahawa Islam akan menjadi kuat dan berjaya di daulatkan di negara ini hanya kerana Umno dan PAS bersatu? Atau, tidak percayakah beliau bahawa selama ini Umno lah yang banyak menentang arus kebangkitan Islam, bukan DAP dan bukan PKR mahu pun MCA dan MIC?

Jika beliau mengkaji sejarah Umno, beliau akan tahu adakah Umno yang dikatakan Melayu Islam itu berjuang untuk mendaulatkan Islam atau tidak.

Benar seperti kata Ulamak Muda itu. Umno mungkin telah melakukan kesilapan, dan PAS harus memaafkannya demi untuk perpaduan Melayu Islam. Masalahnya dosa Umno bukan terhadap PAS tetapi terhadap Islam itu sendiri.

Dan, adakah benar Umno kini insaf terhadap dosa-dosa mereka? Adakah dasar sekular Umno sudah menjadi dasar Islam iaitu Al-Quran, Hadith, Ijmak Ulamak dan Qias? Adakah Umno sudah tidak membenarkan akta zalim Akta ISA itu?

Banyak lagi kemungkaran Umno yang tidak sepatutnya dilakukan oleh parti yang mengaku parti berjuang untuk Melayu Islam ini masih berjalan, malahan ada yang ditambah kemungkaran itu. Tidakkah Ulamak Muda nampak atau mata mereka telah dibutakan?

Kesilapan lama memang boleh diampun samada dosa terhadap Allah mahu pun terhadap PAS, tetapi apa ertinya jika dosa tersebut masih dilakukan berterusan malahan masih berhajat untuk meneruskan dengan kemungkaran yang lain.

Umno masih tidak menyuci tangan-tangan mereka sebelum berjabat salam dengan PAS. Ini membuktikan bahawa Umno tidak ikhlas bersatu dengan PAS demi Islam mahu pun Melayu. Ini semua tipu helah politik Umno belaka, bahkan Ulamak Muda tersebut juga secara terang-terangan tertipu dengan muslihat Umno itu.

Saya nasihatkan Ulamak Muda ini, serulah Umno terlebih dahulu untuk menerima Islam sebelum menasihatkan PAS berjabat tangan dengan Umno.

Tugas utama Ulamak Muda ini adalah baiki Umno dari dalam terlebih dahulu seperti menyucikan najis dari dalam tong najis.Selepas itu, mereka akan tahu dan kenal siapa itu Umno.

Semarak Piala Dunia

11 Syaaban 1431 H

PARIT BUNTAR - Pertandingan bola sepak tujuh sebelah tertutup Kuala Bagan Tiang anjuran bersama Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Titi Serong diadakan di padang Kuala Bagan Tiang.

Penyelaras pertandingan, Sharin Mat Daud berkata, sebanyak 10 pasukan menyertai pertandingan yang diadakan secara liga itu.

“Walaupun pertandingan ini diadakan secara tertutup kepada pasukan dari Kuala Bagan Tiang, namun ada juga beberapa pasukan luar dijemput menyertainya.

“Tujuh pasukan melibatkan belia Kuala Bagan Tiang yang menjadi tuan rumah untuk pertandingan ini,” katanya.

Shahrin berkata, pertandingan itu diadili pengadil berpengalaman.

“Semangat Piala Dunia menyemarakkan lagi kemeriahan pertandingan ini termasuk semua pemain mempamerkan kemahiran masing-masing.

“Keseluruhannya pertandingan ini berjalan lancar dan semua pasukan menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi,” katanya.

Menurutnya, pasukan Jalan Sungai Kota menjuarai pertandingan itu mengalahkan Parit Haji Awi dengan jaringan dua gol tanpa balas dalam perlawanan akhir.

“Dua pasukan dari Kuala Bagan Tiang masing-masing mendapat tempat ketiga dan keempat.

“Walaupun tewas di separuh akhir, pasukan dari Kuala Bagan Tiang patut dipuji kerana mempamerkan semangat melawan yang jitu,” katanya.

Majlis penyampaian hadiah dilakukan Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusuf Rawa; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong Drs Khalil Idham Lim Abdullah dan Yang Dipertua Pas Parit Buntar, Harun Hashim.

Sinar Harian/-

Utusan - Memalukan Umno

11 Syaaban 1431 H
http:aspanaliasnet.blogspot.com

Utusan membuatkan UMNO nampak sebagai parti 'desperate'. Dalam usaha Utusan untuk melihat UMNO dan PAS duduk semeja bagi merundingkan kerjasama kedua-dua parti ini melambangkan yang UMNO dalam kedudukkan ‘desperate’ untuk menghadapi pilihanraya umum ke 13 yang akan datang.

Dalam isu ini saya bersama Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO yang menganggap Utusan membawa isu UMNO-PAS ini sebagai satu tindakkan pihak yang tertekan. Utusan merupakan akhbar yang memainkan peranan penting untuk memudharatkan PAS selama ini tetapi sekarang akhbar itu memainkan peranan yang sebaliknya pula.

Didalam PAS isu perundingan ini tidak langsung menjadi isu kerana sesungguhnya isu kerjasama PAS-UMNO tidak ada dalam kamus mereka. Hanya UMNO sebagaimana yang digambarkan oleh Utusan itu sebagai pihak yang dikatakan perbidalan, hidung tak mancung pipi tersorong sorong.

“Kalau PAS boleh mendapat sokongan dengan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat kenapa pula hendak bekerjasama dengan UMNO yang sedang terhuyung hayang ini?” tanya seorang jawatankuasa PAS diPetaling Jaya kepada saya.

Jika itu gambaran yang diberikan oleh Utusan maka pengalamannya sejak 5 atau 6 dekad dulu untuk melakukan perang saikoloji terhadap pambangkang dan menaikkan imej parti dimata rakyat,akbar itu sudah tidak lagi mampu untuk menyorokkan perasaan ‘desperate’ sebenar yang dihadapi oleh UMNO itu.

Dalam artikel yang lalu dan juga tulisan tulisan saya yang sebelumnya, saya sentiasa mengatakan yang UMNO hanya akan mampu untuk menjadi parti yang dihormati jika imej pemimpinnya tidak dipersoalkan oleh orang ramai.

Selagi pemimpin UMNO masih menjadi persoalan dan disyakki terlibat dengan rasuah misalnya kerja untuk membersihkan imej itu bukan satu tugas yang senang, apatah lagi pemimpin sekarang tidak mahu berundur walaupun dipandang serong oleh masyarakat berbilang kaum yang mengundi dalam pilihanraya negara.

UMNO mesti faham zaman untuk mendapat sokongan dengan memberikan ucapan yang enak-enak dan menghayalkan sudah berlalu. Zaman untuk mengungkit yang kerajaan BNlah yang menyediakan kemudahan awam seperti api dan air sudah tidak laku lagi.

Untuk menjadikan isu biasiswa yang diberikan kepada anak-anak muda yang belajar diuniversiti sudah tidak dipakai lagi dizaman ini.

Isu untuk terus memberikan sokongan kepada UMNO bagi kesenambungan pimpinan yang membangunkan negara sudah tidak menyengat lagi.

Isu yang kita harus selesaikan ialah isu samada pimpinan kita mampu untuk mentadbir dengan jujur atau pun tidak. Rakyat mengmbil tahu isu bagaimana kerajaan yang sepatutnya bekerja keras untuk membeli peralatan tentera dengan harga yang munasabah dan bukannya untuk menaikkan harga untuk untuk melakukan rasuah melalui pembayaran kamsen kepada kroni pemimpin yang meluluskannya.

Rakyat ingin tahu kenapa seorang isteri kepada pemimpin yang mempunyai pengaruh yang terlalu besar dalam negara, sehinngkan apa sahaja siisteri ini inginkan akan mendapat kelulusan.

Rakyat ingin tahu kenapa kerajaan memotong subsidi yang telah sekian lama diberikan kepada mereka. Kenapa tidak kurangkan kegiatan rasuah dan salahguna kuasa yang membebebankan perbelanjaan kerajaan tidak dihapuskan dulu.

Rakyat tahu jika rasuah dan salahguna kuasa dapat dikurangkan kerajaan akan dapat menyelamatkan wang rakyat lebih dari RM750 juta dan didapati melalui proses mengurangkan tindakkan rasuah dikalangan kakitangan kerajaan dan pemimpin-pemimpin politik.

Utusan sudah tidak diyakini lagi oleh rakyat dan jika Utusan ingin menjadikan media cetak itu sebagai ‘spin Doctor’ untuk UMNO ia hanya akan memberikan impak negative kepada parti itu.

Saya sendiri sudah tidak melangan Utusan sejak 20 tahun dahulu kerana jiwa dan persepsi saya terhadap akhbar ini sangat rendah. Saya tidak yakin lagi dengan apa-apa yang ditulisnya.

UMNO tidak mempunyai jalan lain selain dari membawa pembaharuan yang besar kepada parti itu.

Bersemuka dengan PAS tidak mampu membina imej UMNO yang sudah tercalar itu, malahan ia akan memungkinkan PAS berhadapan dengan risiko tentangan dari ahli-ahlinya sendiri.

Harakahdaily/-

Peguam Tharmendran tuntut jaminan keselamatan bertulis Menteri

11 Syaaban 1431 H

KUALA LUMPUR, 22 Julai: Peguam kepada bekas sarjan TUDM, N Tharmendran pagi ini menyerahkan nota tuntutan kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi agar memberi jaminan keselamatan kepada anak guamnya.

Ianya ekoran Tharmendran yang dituduh terlibat mencuri dua enjin jet daripada Pangkalan Tentera Udara Subang pada Disember 2007 kini didakwa berdepan ancaman ditahan dan diseksa pihak tentera udara.

"Alasan kami datang kesini untuk menyampaikan nota tuntutan kepada Menteri, berhubung kes bekas sarjan Tahrmendran salah seorang yang dituduh terlibat dengan kehilangan enjit jet dipaksa untuk kembali ke tahanan di penjara Sungai Buloh kerana pihak TUDM cuba menahan beliau.

"Kami datang ke sini untuk mendapat jaminan menteri, supaya Tharmendran tidak diambil," kata N Surendran, peguam mewakili Tharmendran.

Selain Surendran hadir sama sewaktu serahan tuntutan tersebut adalah bapa Tharmendran,N Nagarajah, Ahli-ahli Parlimen Zuraidah Kamaruddin, M Manoharan, S Manikavasagam serta seorang lagi peguam, Latheefa Koya.

Serahan dibuat kepada Penasihat Ketenteraan kepada menteri berkenaan, Brig-Jen Md Dzhahir Abdul Rashid di Kementerian Pertahanan jam 11 pagi tadi.

Antara tuntutan terkandung dalam nota tersebut termasuklah mahu menteri pertahanan mengeluarkan jaminan bertulis terhadap keselamatan Tharmendran daripada ditahan atau campurtangan tentera udara atau agennya.

Mereka juga mahu menteri mengambil tindakan terhadap mereka yang didakwa terlibat "menyeksa" Tharmendran sewaktu ditahan sebelum ini.

Isnin lalu, Tharmendran membatalkan ikatjamin terhadap dirinya selepas Mahkamah Sesyen Petaling Jaya menolak permohonannya untuk mendapatkan perintah perlindungan.

Beliau memilih untuk kembali ke penjara Sungai Buloh kerana bimbang rakan-rakannya dari TUDM akan menahannya.

Harakahdaily/-

Kelantan tiada masalah lantik hakim syarie wanita

11 Syaaban 1431 H
Oleh: Muhammad Yusri Amin

KOTA BHARU, 22 Julai: Kelantan tiada masalah melantik Hakim Syarie wanita sekiranya jawatan itu diperluaskan ke peringkat negeri, kata anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Katanya, biar pun calon dan pemohonnya belum ada, namun ruang bagi mengisi calon yang layak dianggap tidak menjadi masalah.

“Kalau ada orang yang benar-benar layak, kita boleh berbincang dahulu. Bagaimana pun sekarang pelantikan hakim syarie wanita baru dilaksanakan di peringkat persekutuan.

“Ini masih di peringkat permulaan. Manakala di peringkat negeri, masih belum lagi dilaksanakan,” katanya ketika ditemui sempena Persidangan Ketua-Ketua Jabatan Agama Islam/Majlis Agama Islam Malaysia di Kota Darulnaim baru-baru ini.

Baru-baru ini kerajaan Persekutuan mengumumkan pelantikan dua hakim syarie wanita bertujuan mempertingkatkan keadilan dalam kes berkaitan kekeluargaan dan hak wanita.

Penolong Pengarah Kanan Bahagian Latihan, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Suraya Ramli dan Penolong Pengarah Bahagian Latihan JKSM, Rafidah Abdul Razak dilantik Hakim Syarie wanita di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Kuala Lumpur pertengahan Mei lepas.

Ekoran itu anggota Exco kerajaan negeri, Wan Ubaidah Omar mencadangkan hakim syarie wanita turut dilantik di Kelantan bagi mengendalikan kes berkaitan golongan hawa.

Mohd Amar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah berkata, Kelantan tidak menghadapi masalah sekiranya jawatan hakim syarie wanita diperluas ke peringkat negeri.

Dalam perkembangan lain katanya, kerajaan negeri pada dasarnya menerima pelantikan ‘pegawai penghubung’ yang akan ditempatkan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri bagi menyelaraskan pelaksanaan program berkaitan hal ehwal Islam.

“Kerajaan negeri telah bersetuju pada dasarnya mengenai cadangan pelantikan pegawai tersebut,” katanya.

Sebelum itu, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, buat masa ini tidak semua negeri bersetuju menerima cadangan penempatan pegawai penghubung.

Bagaimanapun katanya, Kelantan adalah antara negeri terawal menerimanya jawatan berkenaan selain Terengganu, Perlis dan Melaka.

Beliau berkata, pegawai penghubung dianggap perlu memandangkan banyak aktiviti hal ehwal Islam dilaksanakan dengan kerjasama kerajaan pusat di peringkat negeri.

“Jadi untuk melancarkan lagi urusan itu pegawai penghubung perlu ada dan ditempatkan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri,” katanya.

Harakahdaily/-

Perpaduan bangsa hanya sedap di mulut

11 Syaaban 1431 H
Oleh: Abdul Aziz Mustafa

KUALA LUMPUR, 22 Julai: Perpaduan sebenar di kalangan umat Islam adalah berdasarkan ketaqwaan kepada Allah dan bukan berasaskan bangsa, kata Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohamad Sabu.

"Ia sama dengan mencari pemimpin. Sebagai orang biasa, kita mencari pemimpin yang bertaqwa kepada Allah.

"Begitu juga dengan perpaduan. Kita mahu perpaduan berasaskan ketaqwaan kepada Allah kerana perpaduan berasaskan bangsa lebih banyak melakukan pengkhianatan dari kebaikan," tegas beliau.

Lebih dari itu, katanya lagi, perpaduan berasaskan bangsa "hanya sedap diucapkan di mulut sahaja".

Sama seperti orang-orang Arab, beliau tidak nampak orang-orang Melayu boleh disatukan atas nama bangsa.

"Bangsa Arab tidak pernah bersatu menentang Israel dan tidak pernah bersatu untuk kepentingan rakyat Palestin yang dijajah.

"Kalau perpaduan boleh diwujudkan atas nama bangsa, sudah lama Arab bersatu melawan Israel dan membebaskan bumi Palestin yang ditakluki," katanya.

Malah, katanya, kerajaan-kerajaan Arablah yang berkomplot menentang usaha-usaha yang dilakukan Mufti Baitulmuqaddis, Muhammad Amin al-Husayni yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menentang Zionisme dan penubuhan negara orang-orang Yahudi di bumi Palestin.

"Kerajaan-kerajaan Arab jugalah yang enggan mengiktiraf kemenangan besar Hamas dalam pilihan raya Palestin 2006 dan kini kerajaan-kerajaan Arab jugalah yang bersekongkol melakukan sekatan bantuan kemanusiaan ke atas Gaza," katanya.

Palestin, Baitulmaqdis dan Masjid Al-Aqsa, tegas Mohamad lagi, tidak akan dibebaskan oleh perpaduan Arab.

"Palestin, Baitulmaqdis dan Masjid Al-Aqsa akan dibebaskan oleh orang-orang yang bertaqwa serta badan-badan bukan kerajaan (NGO) bukan Islam yang berkaitan dari Eropah," katanya.

Harakahdaily/-

Lojing bakal diisytihar Jajahan Kecil Lojing

11 Syaaban 1431 H
Oleh: M Faqih

KOTA BHARU, 22 Julai: Pembangunan di kawasan hulu Kelantan maju setapak lagi apabila tanah tinggi Lojing bakal diisytiharkan sebagai Jajahan Kecil Lojing tidak lama lagi.

Biar pun belum diisytiharkan sebagai jajahan penuh namun Lojing akan menjadi jajahan ke-11 di Kelantan selepas ini.

Pengisytiharan Jajahan Kecil Lojing Kelantan Darulnaim djangka disempurnakan Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra pada 31 Julai ini.

Majlis bersejarah itu akan diadakan di Kampung Penangau bersempadan dengan Pahang.Dijangka hadir di majlis berkenaan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, anggota-anggota Exco, pegawai kanan kerajaan negeri serta persekutuan.

Pada majlis tersebut Pemangku Raja akan menyerahkan titah perasmian pengisytiharan Jajahan Kecil Lojing Kelantan Darulnaim kepada Menteri Besar.

Selain itu baginda dijangka meletak batu asas membina Masjid Keputeraan dan melawat pameran agensi kerajaan berkaitan pembangunan tanah tinggi Lojing.

Tapak perasmian bersejarah itu akan diadakan di hadapan pejabat Biodiversiti Jabatan Perhutanan di Lojing.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub berkata, Lojing dinaik taraf menjadi jajahan kecil bagi memudahkan kerajaan negeri memantau dari dekat pembangunan kawasan berkenaan.

“Sebelum ini urusan pentadbiran dikendalikan di Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang.

“Dengan pengisytiharan sebagai jajahan kecil sebuah pejabat pentadbiran yang lebih selesa akan diwujud dan ditempatkan pegawai lebih kanan dengan dibantu beberapa pegawai lain,” katanya di sini.

Selain itu pejabat-pejabat lain milik kerajaan juga akan dibina di tapak yang disediakan.

Menurut beliau fokus pembangunan di Lojing iaitu aktiviti pertanian dan pelancongan berkonsep tanah tinggi.

Katanya, penempatan lebih ramai pegawai dan kakitangan dengan dibantu jabatan lain diharap dapat memantau pembangunan di Lojing dengan lebih berkesan.

Harakahdaily/-

Kuasa politik baru perlu ganti Umno

11 Syaaban 1431 H
Oleh: Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 22 Julai: "Kekecewaan orang Melayu terhadap Umno sudahpun diketahui umum, sebab itu perlu ada politik baru di kalangan Melayu yang tidak rela membiarkan kepimpinan ini terus merosakkan bangsa dan negara."

Demikian maklum balas Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar) petang tadi, mengulas rancangan 'Perpaduan Melayu' yang dipopularkan oleh beberapa pemimpin Umno belakangan ini.

Menurut beliau, budaya berpolitik yang diamalkan oleh Umno telahpun tergelincir dari landasan kebudayaan Melayu yang sebenar.

Katanya, perbincangan itu sudah tergelincir dari landasan yang sebenar kerana lebih untuk mempertahankan kepimpinan pemimpin dan parti politik tertentu walaupun mereka diketahui umum mengamalkan rasuah, pecah amanah, tidak menghayati keharmonian kaum dan tutup ruang demokrasi.

Sedangkan, katanya, kekuatan orang-orang Melayu yang sebenar adalah kembali berpegang teguh pada ajaran Islam.

"Kalau nak bincang tentang perpaduan Melayu, mengapa tidak pergi pada kekuatan sebenarnya, iaitu Islam," ujar beliau.

"Kekuatan Islam yang membentuk budaya orang-orang Melayu yang tinggi, tidak suka pada politik murahan dan pinggiran, amanah dan sangat menjaga maruah bangsa dari terjebak dengan politik yang tidak sihat."

Baginya, orang-orang Melayu seharusnya dididik dengan budaya berfikir yang lebih dinamik supaya tidak terperngaruh dengan anasir-anasir tidak sihat ciptaan pihak tertentu yang berkuasa.

Melihat pada kemusnahan budaya Melayu dalam Umno, beliau berkata, orang Melayu tidak perlu menunggu perpaduan Melayu melalui parti perkauman itu demi melakukan perpaduan mahupun perubahan dalam masyarakat.

Sebaliknya, perubahan paradigma dan budaya orang Melayu seharusnya diperkasakan melalui badan bukan kerajaan (NGO) berwajib serta dalam parti-parti alternatif yang popular di kalangan Melayu.

"Perubahan ini tidak perlu Umno, perpaduan atau perubahan ini sebenarnya perlu (kuasa politik) yang lain, perlu dibuat berperingkat di semua peringkat," tegasnya.

Beliau turut menolak formula popular di kalangan pemimpin Umno kononnya orang-orang Melayu seharusnya mendahulukan perpaduan Melayu melalui Umno walaupun segelintir kepemimpinan parti perkauman tersebut dilihat tidak berbudaya Melayu yang sebenar.

"Bukan Umno sahaja yang Melayu," tegasnya.

Harakahdaily/-

Umat Islam di Amerika kagumi Nik Aziz

11 Syaaban 1431 H
Oleh: Mohd Nor Yahya

KOTA BHARU, 22 Julai: Biar pun ada pemimpin Umno cuba memperlekehkan taraf ulama yang ada pada Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sebaliknya masyarakat Islam di Amerika Syarikat begitu mengkaguminya.

Perkara itu didedah imam besar masjid di Baltimore, Amerika Syarikat, Dr Mohamad Bashar Arafat ketika mengunjungi Menteri Besar Kelantan di Kota Darulnaim semalam.

Beliau yang juga Presiden Civilizations Exchange & Cooperation Foundation Amerika Syarikat berkata, ramai di kalangan penduduk Islam di negara kuasa besar terbabit mengenali nama Mursyidul Am PAS itu.

Katanya, biar pun sudah lama mendengar orang sebut namanya hanya baru semalam dapat bersua muka dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

”InsyaAllah saya akan berusaha memperkenalkan Kelantan di Amerika Syarikat terutamanya kepada umat Islam yang ingin mendalami ilmu agama Islam.

”Di sini suasana pembelajaran agama begitu menarik sekali. Sesuailah Kelantan dipanggil Serambi Mekah, seharusnya menjadi tumpuan dari pelusuk dunia menuntut ilmu agama di sini," ujar beliau.

Beliau berulang kali melahirkan rasa terharu kerana dapat berjumpa dengan tokoh agama yang begitu dikaguminya.

Dr Mohammad Bashar juga memberitahu yayasan yang diterajuinya akan berusaha membantu Kelantan dalam bidang pendidikan terutamanya berkaitan penguasaan bahasa Inggeris.

Menurutnya program itu boleh diadakan dengan menganjurkan pertukaran pelajar dengan kerjasama kedutaan Amerika di Kuala Lumpur.

"InsyaAllah saya akan usahakan perkara ini agar umat Islam di Kelantan dapat menguasai bahasa Inggeris dengan lebih baik,” katanya.

Kunjungan beliau turut disertai Kaunselor Perhubungan Awan Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, Scott M.Rauland dan Pegawai Perhubungan Awan, Riazurrahman Sadayan.

Harakahdaily/-

Kelantan jalin kerjasama erat dengan Acheh

11 Syaaban 1431 H
Oleh: Rizal Tahir

ACHEH (Indonesia), 22 Julai: Kerajaan Kelantan mengadakan kerjasama dua hala khususnya dalam bidang ekonomi dengan pemerintah wilayah autonomi Islam Acheh.

Rombongan kerajaan negeri yang tiba di sini petang semalam diketuai anggota Exco, Datuk Husam Musa. Turut serta Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan, Ir Mustafa Salleh.

Husam yang Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan berkata, kunjungan ke wilayah berkenaan bertujuan menjalinkan kerjasama lebih rapat terutamanya dalam bidang ekonomi.

Pagi tadi Husam bersama rombongan mengunjungi wakil Gabenor Wilayah Acheh, Muhammad Nazar.

“Pada pertemuan ini kerajaan Kelantan menjemput Gabenor Wilayah Acheh, Irwandi Yusof menghadiri majlis pelancaran matawang syariah Dinar Dirham Kelantan pada Ogos depan di Kota Bharu.

“Kerajaan Kelantan akan melancarkan Dinar Dirham selepas Emas Dinar Kelantan sudah berada di pasaran sejak 2006,” katanya ketika ditemui selepas pertemuan tersebut di pejabat Gabenor.

Pada majlis itu Husam turut menyampaikan taklimat berhubung pengoperasian Dinar Dirham serta perkembangan lain berkaitan pembangunan ekonomi Kelantan.

Sebelum itu Muhammad Nazar mengalu-alukan kedatangan delegasi dari kerajaan Kelantan kerana sudi mengunjungi mereka.

Selepas pertemuan tersebut Husam diserbu lebih 20 wartawan dari pelbagai agensi berita tempatan bagi mendapat gambaran perkembangan ekonomi, politik dan kerajaan Kelantan.

Rombongan tersebut disertai 11 delegasi itu dijangka berada di Acheh selama tiga hari. Turut serta engarah Urusan PMBK Sawit, Ramli Abu Bakar dan pegawai kanan anak-anak syarikat kerajaan negeri.

Harakahdaily/-

Perhimpunan Pekerja 2010 & Wacana Pekerja Pulau Pinang Ke 5


Kerana 'setitik nila', hakim larang telefon bimbit

11 Syaaban 1431 H

Hakim pilihan raya yang mendengar petisyen pilihan raya Datuk Zaid Ibrahim telah melarang penggunaan segala bentuk telefon bimbit pada perbicaraan pagi ini.

Sehubungan itu, Hakim Datuk Azahar Mohamed mengarahkan polis supaya merampas semua telefon yang digunakan.

Tindakan beliau itu secara tidak langsung menghalang wartawan daripada memberikan laporan terkini berhubung apa yang berlaku dalam perbicaraan yang masuk hari ketiga.

Keputusan itu diambil berikutan tindakan beberapa wartawan dan juga peguam yang tidak bertanggungjawab membiarkan telefon mereka berdering ketika perbicaraan dijalankan, semalam.

Malah, seorang wartawan wanita tanpa rasa bersalah terus menjawab telefonnya tanpa menghiraukan hakim.

Petisyen Zaid adalah supaya mahkamah membatalkan keputusan pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor, di mana beliau kalah kepada calon BN P Kamalanathan.

Dakwanya terdapat gejala rasuah semasa semasa kempen itu dan kerajaan persekutuan juga menyalah-gunakan peruntukan dana negara bagi memancing undi.

Hari ini, mahkamah dijadualkan mendengar bantahan awal daripada Suruhanjaya Pilihan Raya, yang antara dinamakan responden dalam petisyen Zahid.Berikutan itu, peguam Zahid akan menjawap hujah SPR.

Malaysiakini/-

RON95 tetap tak dijual kepada kenderaan asing

11 Syaaban 1431 H

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata larangan penjualan petrol RON 95 kepada kenderaan dengan pendaftaran asing tetap dilaksana pada 1 Ogos ini.

Beliau berkata, langkah itu bagi memastikan subsidi hanya dinikmati rakyat negara ini.

"Alasan bahawa mereka memerlukan masa tidak timbul kerana pengharaman penjualan itu tidak membabitkan sebarang perubahan pada stesen minyak dan memerlukan penggunaan duit.

"Bukan saya tidak mahu layan permintaan mereka tetapi harap mereka faham hasrat kerajaan untuk memberikan subsidi itu hanya pada rakyat Malaysia," katanya kepada pemberita, di Putrajaya hari ini.

Beliau diminta mengulas permintaan Persatuan Penjual Petrol agar kerajaan melanjutkan tempoh pelaksanaan larangan itu selama sebulan bagi membolehkan pengusaha stesen minyak dan pemilik kenderaan asing menyesuaikan diri dengan peraturan itu.

Ketika mengumumkan penyelarasan subsidi ke atas bahan api dan gula minggu lalu, kerajaan turut menyatakan bermula 1 Ogos ini kenderaan dengan pendaftaran asing hanya dibenar membeli petrol RON 97 yang tidak lagi diberi subsidi.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata tempoh yang diberi oleh kerajaan itu adalah memadai untuk pengusaha stesen minyak melaksanakan peraturan berkenaan kerana ia membabitkan perubahan besar.

Sementara itu, mengulas kenaikan harga gula, beliau berkata kenaikan sebanyak 25 sen bagi setiap kilogram itu tidak bertujuan membebankan rakyat di negara ini.

Sebaliknya, beliau berkata langkah itu bagi menggalakkan gaya hidup sihat pada kalangan rakyat yang pada masa ini menggunakan pemanis itu pada kadar yang tinggi.

"Sebab itu kerajaan cuma naikkan 25 sen sebab kami faham rakyat masih gunakan gula. Tapi apa yang perlu diubah ialah kurangkan pengambilan gula dalam makananan," katanya yang sebelum itu menemui persatuan pengguna, di Putrajaya.

Beliau berkata, langkah kerajaan itu turut disokong persatuan pengguna yang bimbang dengan amalan hidup rakyat negara ini.

"Malah ada juga yang menganggap kenaikan ini terlalu rendah dan sepatutnya dinaikkan lebih tinggi lagi. Ada pula yang memberikan cadangan supaya subsidi gula dihapuskan," katanya.

Malaysiakini/-

Jawapan Bala diserahkan kepada SPRM

11 Syaaban 1431 H
Oleh: Joseph Sipalan

Jawapan penyiasat persendirian P Balasubramaniam berhubung senarai soalan yang dikemukakan kepadanya telah diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini dalam bentuk pengakuan bersumpah.

Ia diserahkan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya, petang ini melalui peguamnya, Americk Singh Sidhu yang juga akan merujuk kepada suruhajaya berkenaan sama ada maklumat yang terkandung sebagai pengakuan bersumpah itu boleh didedahkan kepada umum.

Ini kerana senarai soalan yang dikemukakan kepada Balasubramaniam di London, dua minggu lalu telah ditandakan sebagai 'rahsia'.

"Seperti yang diketahui, semua jawapan telah diperakukan di London oleh pesuruhjaya sumpah, tetapi kita tunggu dulu,” katanya sambil menunjukkan beberapa dokumen yang tebal.

Soalan berkenaan dihantar untuk Balasubramaniam melalui perkhidmatan kurier selepas SPRM menarik balik janji mereka untuk menghantar pegawainya ke London untuk mencatatkan kenyataan penyiasat persendirian itu.

SPRM sedang menyiasat dakwaan bahawa beberapa tokoh memaksannya menarik balik pengakuan bersumpah yang dibuatnya berhubung pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Antara mereka yang didakwa itu termasuk adik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak – Nazim dan ahli perniagaan Deepak Jaikishan.

Selepas kejadian itu, Balasubramaniam melarikan diri ke luar negara tetapi mengeluarkan lebih banyak kenyataan yang mengejutkan terhadap Najib, isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan juga menuduh bekas pegawai khas perdana menteri, Datuk Nasir Safar berada di lokasi kejadian apabila Altantuya diberkas oleh polis.

Meskipun SPRM telah membatalkan wawancara yang dijadualkan itu, Balasubramaniam dan peguamnya tetap menunggu di tempat yang di jadualkan iaitu di Leinster Gardens, Holiday Villa, kota London.

Peguamnya yang hadir termasuk Americk dan Manjit Singh Dhillon dan mereka ditemani oleh ahli majlis tertinggi PKR, Datuk Zaid Ibrahim dan bloger Raja Petra Kamarudin.

Malaysiakini/-

Komisyen RM11 juta: Usahawan M'sia disoal-siasat

11 Syaaban 1431 H

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan telah menyoal-siasat seorang usahawan negara ini berhubung komisyen RM11.3 juta yang diterimanya daripada dua firma Australia sebagai usahanya membantu mereka memenangi kontrak bagi mencetak dan membekalkan wang negara.

Menurut akhbar, The Age di Melbourne, pihak berkuasa Australia telah memohon bantuan SPRM bagi siasatan membabitkan bayaran komisyen RM134 juta (A$47.5 juta) yang dibayar oleh firma mencetak wang Securency and Note Printing Australia - kedua-duanya anak syarikat Bank Negara Australia - Reserve Bank of Australia (RBA) - sepanjang tempoh enam tahun.

"Sumber risikan daripada soal-siasat telah dihantar kepada pasukan polis persekutuan Australia bagi menentukan sama ada eksekutif dua anak syarikat RBA itu untuk melanggar undang-undang anti-rasuah,” kata laporan itu.

"Orang tengah (Malaysia) dibayar wang bagi membantu firma RBA mendapatkan kontrak mencetak dan membekalkan wang daripada Bank Negara Malaysia...”.

Mengikut undang-undang Australia, adalah satu kesalahan bagi syarikat ataupun individu membayar pegawai asing bagi mendaptkan kelebihan dalam perniagaan. Kesalahan itu membawa hukuman penjara maksimun 10 tahun dan boleh dikenakan denda yang berat.

Usahawan Malaysia yang tidak dinamakan itu didakwa mempunyai hubungan rapat dengan Umno dan dipercayai akrab dengan pegawai kanan kerajaan yang menerima sogokan komisyen yang dibayar oleh firma RBA.

Menurut The Age juga, usahawan itu juga pernah bertindak sebagai broker bagi kilang membuat senjata kerajaan Pakistan.

Malaysiakini/-

'Mengapa k'jaan rahsia kos kontrak pertahanan?'

11 Syaaban 1431 H
Oleh: Hazlan Zakaria

Seorang senator dari Pakatan Rakyat mempersoalkan sikap kerajaan yang merahsiakan butiran kontrak pertahanan negara.

Senator Tunku Abdul Aziz Ibrahim dari DAP berkata, jawapan yang tidak lengkap dan penolakan terus soalan pembangkang di Parlimen, menunjukkan kerajaan tidak telus dan menyalahgunakan label "rahsia rasmi" untuk menyembunyikan kebenaran.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di lobi Dewan Negara hari ini, beliau berkata, kerajaan sering memberi alasan bahawa kontrak pertahanan diklasifikasikan sebagai "rahsia".

"Kami tidak mahu tahu rahsia tentera. Apa yang kita ingin tahu hanyalah prosedur pemberian kontrak pertahanan.

"Lebih penting, ini melibatkan wang kerajaan, wang rakyat. Kita perlu tahu bagaimana ia dibelanjakan," kata Tunku Abdul Aziz.

Beliau merujuk kepada, antara lain, jawapan bertulis Kementerian Pertahanan kepada senator Syed Husin Ali dari PKR hari ini kepada soalannya semalam yang meminta kementerian berkenaan menyatakan nama syarikat yang diberi kontrak pertahanan dan nilai kontrak yang diberikan kepada setiap syarikat.

Dalam jawapan bertulis itu, kementerian berkenaan menamakan 29 syarikat yang diberikan kontrak pertahanan - 15 tempatan dan 14 syarikat asing - tetapi tidak menyatakan nilai kontrak yang diberikan.

Syed Husin, yang turut hadir di sidang akhbar tersebut berkat: "Saya menggesa kementerian itu menyatakan jumlah sebenarnya. Dan jika tidak boleh, maka ia perlu menjelaskan mengapa."

Syarikat yang disenaraikan sebagai kontraktor pertahanan untuk pasukan angkatan tentera termasuklah Naval Shipyard Sdn Bhd, Aviation Holding Company Sukhoi, Sarawak Shipyard Sdn Bhd and Geliga Slipway Sdn Bhd.

Malaysiakini/-

MP kemukakan gambar 'anak-anak' istana

11 Syaaban 1431 H
Oleh: Aidila Razak

Ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng hari ini mengemukakan bukti bagi memperkukuhkan dakwaannya bahawa kanak-kanak memang tinggal di tapak pembinaan istana baru. Sebelum ini, Suruhanjaya Hak Asasai Manusia (Suhakam) yang menyiasat tapak berkenaan gagal menjumpai sebarang kanak-kanak di tapak berkenaan.

Sambil menunjukkan gambar ketika lawatannya di tapak berkenaan pada 21 dan 24 Jun, Lim berkata dia terlihat dua bayi dan seorang kanak-kanak dalam sekitar usia dua tahun yang tinggal bersama ibu bapa berbangsa Indonesia yang bekerja di tapak itu.

"Menurut beberapa pekerja, terdapat lebih kurang 10 bayi yang berusia beberapa bulan tinggal di situ juga,” katanya pada sidang media pagi ini.

"Sekarang perkara ini sudah diketahui umum, saya berharap Suhakam akan segera menghubungi saya bagi membantu siasatan,” kata Lim.

Gambar-gambar berkenaan sekaligus mengketepikan dakwaan Suhakam sebelum ini bahawa tiada kanak-kanak yang dijumpai pada lawatan mereka pada 15 Julai lalu.

Lawatan berkenaan dijalankan bagi menyiasat bahawa pekerja di tapak baru istana itu tidak dibayar gaji mereka oleh sub-kontraktor.

Pesuruhjaya Muhammad Sha'ani Abdullah, selepas lawatan pada Selasa lalu berkata Suhakam tidak melihat sebarang kanak-kanak di tapak berkenaan.

Malaysiakini/-

PM 'tabur' RM50k untuk dapat liputan akhbar Amerika

11 Syaaban 1431 H
Oleh: Steven Gan

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membayar sebuah firma perunding politik yang berpangkalan di Washington RM50,000 (US$15,000) untuk membantunya memastikan rencana pendapat pengarang yang ditulisnya, diterbitkan di akhbar-akhbar utama di Amerika Syarikat.

Dan sekiranya hasil tulisannya itu disiarkan, maka perdana menteri akan mengeluarkan bayaran tambahan RM50,000 sebagai habuan untuk ‘yuran kejayaan’ kepada perunding berkenaan.

Perkara ini didedahkan menerusi dokumen yang difailkan di bawah Akta Pendaftaran Agen Asing oleh firma Quinn Gillespie & Associates (QGA), sebuah badan perunding perhubungan awam dan pelobi yang terkemuka di Washington DC.

Menurut dokumen yang diperolehi oleh Malaysiakini, QGA diberi tugas oleh sebuah lagi firma perunding, Kumpulan The Laurus, bagi cuba menyakinkan akhbar utama di Amerika bagi menyiarkan artikel Najib.

Kumpulan The Laurus, sebuah firma perhubungan awam yang diragui dengan laman webnya yang masih dalam pembinaan - juga diberikan tanggungjawab mengendalikan perkhidmatan perhubungan awam ketika lawatan seminggu Najib ke Washington DC dan New York dari 10 hingga 16 April tahun ini.

Najib, yang diiringi oleh isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor berjumpa dengan Presiden Amerika, Barack Obama pada 12 April lalu di Washington.

Pasangan itu kemudiannya berlepas ke New York bagi upacara penyampaian Anugerah Keamanan dan Harmoni Antarabangsa 2010 kepada Rosmah. Majlis gilang gemilang dan jamuan gala itu turut dihadiri oleh bintang-bintang Hollywood.

'Yuran tak dikembalikan'

Pada surat perjanjian bertarikh 14 April antara dua firma perunding itu – QGA dan Laurus – dinyatakan QGA 'akan membekalkan perkhidmatan perhubungan awam dan media bagi pihak kerajaan Malaysia berhubung penyiaran rencana pendapat pengarang yang dihasilkan oleh perdana menteri Malaysia’.

Menurut perjanjian itu lagi, Laurus akan membayar QGA 'yuran US$15,000 yang tidak boleh dikembalikan sepanjang tempoh bermula 14 April, 2010 dan berakhir pada 20 April 2010'.

'Sekiranya QGA berjaya menempatkan rencana itu di penerbitan media utama, Laurus akan membayar QGA yuran kejayaan US$15,000. Yuran itu mesti dijelaskan dalam tempoh 30 hari selepas artikel berkenaan disiarkan’.

Perjanjian itu bagaimanapun tidak menyebut akhbar-akhbar utama yang mana tulisan pendapat Najib itu sepatutnya disiarkan.

Semakan dengan beberapa akhbar utama Amerika - Washington Post, New York Times dan Wall Street Journal – menunjukkan tiada rencana pendapat seumpama itu disiarkan.

Namun, Washington Times – sebuah akhbar yang dibiayai oleh pemimpin Gereja Unification, Sun Myung Moon – ada menerbitkan lampiran mengenai Malaysia, sehari sebelum Najib melawat ibu negara Amerika itu.

Yang menarik, pejabat kedua-dua Laurus dan QGA terletak di tingkat yang sama di sebuah bangunan di Connecticut Avenue. Washington, DC.

Kumpulan The Laurus juga dipercayai terbabit dengan iklan dua halaman kontroversial di New York Times yang mengucapkan tahniah kepada Rosmah kerana menerima anugerah keamanan tersebut.

Malaysiakini/-

Sataer

11 Syaaban 1431 H

Seawal abad ke-14 hingga abad ke-15, alat muzik Sataer ini sudah wujud dalam masyarakat etnik Uygur. Dalam bahasa Parsi, "Sa" bermaksud "tiga", manakala "Taer" pula bermaksud "tali".

Gabungan kedua-dua perkataan ini membawa erti, "alat muzik yang bertali tiga". Asalnya, alat muzik ini benar-benar mempunyai 3 utas tali sahaja. Melalui evolusi, jumlah talinya sudah bertambah menjadi lebih 10 utas.

Bentuk Sataer ini mirip bailor yang diperbuat daripada labu dan dipasang pemegang yang panjang. Panjangnya 130-140 sentimeter.

Badannya diperbuat daripada kayu mulberi, manakala kotak resonansnya diperbuat daripada kayu yang dikorek isinya, dan ditutup dengan kepingan kayu mulberi.

Alat muzik ini boleh dimainkan untuk persembahan solo atauberkumpulan, atau sebagai alat muzik iringan. Bunyi yang dihasilkannya lantang dan jelas, dan penuh dengan ciri-ciri etnik Uygur.

Ia sudah menjadi sebahagian daripada hidup masyarakat etnik ini dan tidak boleh tiada dalam sebarang acara atau kegiatan dalam hidup mereka.

CRI/-

Pao Zhuan Yin Yu

11 Syaaban 1431 H

Lempar Bata Dapat Jed

Asal Usul:
Pada zaman Dinasti Tang, iaitu antara tahun 618 hingga tahun 907 Masihi, di negeri China, ada seorang penyair tersohor yang bernama Zhao Gu. Puisi yang dihasilkannya selalu mendapat sambutan dan pujian orang ramai.

Pada ketika itu, ada seorang lelaki bernama Chang Jian yang juga sangat berminat untuk mencipta puisi. Bagaimanapun, dia merasakan bahawa puisi yang dihasilkannya masih kurang menarik jika dibandingkan dengan puisi yang dihasilkan oleh Zhao Gu itu.

Pada suatua hari, Chang Jian mendapat tahu bahawa Zhao Gu akan melawat ke Suzhou. Fikirnya dalam hati, "Inilah peluang yang baik untuk belajar dengannya. Tapi, bagaimana caranya untuk meminta dia mencipta serangkap puisi untukku?" Tiba-tiba, dia terfikir pula, "Jika Zhao Gu melawat ke Suzhou, pastilah dia akan mengunjungi Kuil Lingyan. Aku boleh menulis dua baris puisi pada dinding kuil itu dulu. Jika Zhao Gu nampak puisi yang belum lengkap itu, dia pasti mahu melengkapkannya."

Maka, Chang Jian segera berangkat, menuju ke Kuil Lingyan di Suzhou itu. Setelah tiba di sana, dia terus menulis dua baris puisi pada dingin kuil itu. Tidak lama kemudian, Zhao Gu yang melawat ke kuil itu ternampak dua baris puisi yang belum lengkap itu.

Seperti yang disangka, ini telah menarik minatnya untuk melengkapkan puisi itu, kerana puisi klasik China biasanya mengandungi empat baris. Dua baris yang ditambahnya memang jauh lebih baik daripada yang dicipta oleh Chang Jian itu.

Setelah menbaca dua baris puisi yang dihasilkan oleh Zhao Gu itu, Chang Jian berkata dengan penuh rasa kagum dan hormat,

"Jika puisi saya diibaratkan sebagai seketul batu bata, maka puisi yang dihasilkan oleh Zhao Gu itu boleh diibaratkan sebagai seketul jed. Aku telah melemparkan seketul batu bata terlebih dahulu. Yang aku peroleh akhirnya ialah seketul jed yang jauh lebih bernilai."

Catatan Keterangan:

Peribahasa "Pao Zhuan Yin Yu" ini bermakna, melemparkan seketul batu bata untuk mendapatkan seketul jed yang lebih bernilai daripada orang lain. Peribahasa yang menunjukkan sifat rendah hati ini, selalu digunakan oleh orang China untuk menyindir perbuatan orang yang "memancing" pandangan yang lebih bijak atau lebih matang daripada para pembaca atau pendengar, dengan menyatakan pandangannya yang dianggap kurang matang dan mentah.

CRI/-

Pemuda yg mengawal nafsunya

11 Syaaban 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

Nabi s.a.w berbda dr Abi Hurairah: "Tujuh golongan yg Allah Naungi pd hari tiada naungan melainkan Naungan Allah: (diantranya) dan lelaki yg diajak membuat maksiat oleh wanita yg cantik serta berkedudukan tetapi lelaki itu menjawab "Sesungguhnya aku takut kpd Allah tuhan semesta alam.(Bukhari dan Muslim)

Nabi s.a.w menceritakan tiga orang yg masuk ke dalam gua dan mereka terperangkap di dalamnya setelah pintunya tertutup dgn batu besar. salah seorang bertawassul dgn amalannya seperti berikut: "Ya Allah sesungguhnya aku mempunyai sepupu perempuan yg amat ku cintai. Aku meminta untuk menggaulinya tetapi dia enggan .

Suatu hari dia dlm kesusahan dan meminta kepadaku seratus dinar. Aku pun mencari wang sebanyak yg diminta dan memberinya dgn syarat dia menyerah tubuhnya. Dia pun menyerahkan tubuhnya dlm keadaan terpaksa.

Ketika aku berada dicelah kedua pehanya; dia pun berkata "Hai Abdullah hendaklah kamu bertakwa kpd Allah dan janganlah dicabut dara melainkan dgn pernikahan.

" Lantas aku terus bangkit meninggalkannya bersama wang seratus dinar. Sekiranya engkau tahu aku melakukannya itu kerana Mu ya Allah maka bukalah pintu gua ini." Maka Allah membukanya sebahagian.(Hr Bukhari dan Muslim)

Nabi s.a.w bersabda: "Tuhanmu kagum dgn pemuda yg tidak mengikut keinginan hawa nafsunya." (Hr Ahmad) Pada zaman dulu di kufah, Iraq ada seorang pemuda yg cantik dan sgt kuat beribadat dan melawan hawa nafsu. Pada suatu hari dia tutun bersama kaumnya dan terpandang seorang wanita yg sgt lawa; lalu terpikat dan sgt cinta kpd wanita itu.

Wanita itu juga terpikat dgn pemuda tadi. Pemuda itu terus meminangnya tetapi ditolak kerana dia sudah bertunang dgn sepupunya. Apabila cinta mereka berdua telah membuak-buak sehingga menyiksa batin mereka; wanita itu terus menghantar surat yg tertulis "Sesungguhnya aku telah mengetahui begitu mendalamnya cintamu padaku dan sesungguhnya aku juga teramat mencintaimu.

Jika kamu setuju aku akan menziarahimu ataupun aku akan memudahkan kamu supaya kamu datang berjumpa dgnmu." Lalu si lelaki itu menjawab "Aku tidak memilih salah satu dr 2 pilihan ini. (ayat Quran)aku takut azab pd hari kiamat yg agung sekiranya aku membuat maksiat kpd tuhanku."(15: Al-Anam) aku takut api neraka yg tidak akan terpadam dan tidak hilang kepanasannya.

" Apabila wanita itu mendengar kata2 lelaki tadi terus dia menjawab "Aku merasakan dia memilih demikian kerana dia takut kepada Allah. sepatutnya semua hamba perlu ada sifat takut kepada Allah kerana semua hamba adalah sama." Kemudian wanita itu terus meninggalkan dunia dan beribadat sungguh2.

Walaupun begitu cinta pemuda itu makin memuncak sehingga akhirnya mati kerana cintanya. Pemuda itu menziarahi kubur wanita itu sambil berdoa dan menangis sehinggalah dia tertidur.

Dlm tidurnya dia bermimpi menjumpai wanita itu dlm keadaan yg amat baik sekali. Perempuan itu bertanya "Bagaimana dgn keadaanmu dan apa yg kamu buat setelah kematianku." dan wanita itu mendedangkan satu rangkap syair:

"Sebaik2 cinta wahai permintaanku adalah cinta kpdmu ; cintamu membawa kepada kebaikan dan ihsan" Lelaki itu bertanya "Apa yg engkau dapat sekarang?" Wanita itu menjawab:

"Mendapat nikmat dan kehidupan yg tidak akan hilang di dalam syurga yg kekal dan kerajaan yg tidak akan musnah"

Lelaki itu berkata "Ingatlah aku disana kerana aku tidak melupakanmu." wanita itu menjawab "Demi Allah aku tidak pernah melupakanmu dan aku telah meminta kpd Allah supaya kita dapat disatukan. Hendaklah kamu bersungguh2 utk mendapatku.

" Lelaki itu bertanya "Bila aku boleh berjumpa dgn mu?" Wanita itu menjawab "Engkau bertemu dgn ku tidak lama lagi." Setelah tujuh hari pemuda itu pun meninggal dunia. Semoga Allah merahmatinya.

Marilah kita bersama2 meninggalkan hubungan cinta melainkan setelah kita berkahwin. Jauhkanlah maksiat dan wujudkan hubungan Allah dgn inteam.

soal jawab agama

11 Syaaban 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

1. Apakah hukum berurusan dengan syarikat tempatan yg berurus niaga dengan musuh Islam yahudi yg menceroboh bumi Palestin?

Kami berpendapat wajib memboikot syarikat-syarikat ini kerana apabila mereka berurus niaga dgn Musuh-musuh Islam maka mereka menolong musuh-musuh Islam, memberi mereka kuasa utk menjajah negara-negara Islam dan membantu mereka utk terus kekal dan berkembang.

Kalaulah ummat Islam takut kemerosotan ekonomi disebabkan memboikot mereka maka Ingatlah ketika mana Allah menegah org-org musyrikin drpd menghampiri Masjidil Haram dan meminta org2 Islam menegah mereka. Para peniaga dan manusia lain takut berkurangan bekalan dan merosotnya perniagaan disebabkan tegahan ini. Maka Allah s.w.t berfirman:

"Sekiranya kamu takut papa kerana tegahan ini maka Allah akan memberikan kamu kekayaan dr kelebihanNy...(28: at-Taubah)Umat Islam hendaklah tahu bahawa boikot ini adalah menolak keburukan drpd org-org Islam.

2. Apakah hukum menziarahi org-org kristian dlm perayaan mereka dan memakan manisan yg mereka buat?

Sesungguhnya menziarahi ahli kitab adalah disyariatkan secara umumnya. Sesungguhnya Nabi telah menziarahi Yahudi yg sedang sakit dan menawarkan Islam kepada; maka dia masuk Islam.

Menziarahi org-org kristian adalah hukumnya mengikut niat, tujuan dan matlamat. Kalau dgn tujuan utk melakukan amar makruf dan nahi munkar maka ianya adalah Sunnah Nabi.

Sekiranya menziarahi dgn tujuan utk mengagungkan perayaan ini maka ini adalah dilarang sekiranya perayaan ini ada unsur-unsur syirik dan perkara yg menyalahi syariat.

Adapun menziarahi perayaan kerana kemanusian ataupun atas dasar membuat baik kpd jiran atau rakan maka ianya diharuskan. Adapun hukum makan manisan merka maka dibenarkan selagi mana bukan perkara-perkara yg diharamkan seperti arak.

3. Sebuah insitusi keewangan menawarkan hadiah kpd yang menyimpan wang dgn mereka. Insitusi ini tidak ada riba. Apakah hukum menyimpan wang di tempat ini kerana menghendaki hadiah?

Wang yg disimpan dalam tempat ini dianggap hutang dlm tanggungan insitusi itu kerana ia akan menggunakan duit yg disimpan. Org yg menyimpan adalah pemiutang. Apabila pemiutang menyimpan duit utk mendapat manfaat iaitu hadiah; maka hukumnya adalah haram kerana setiap hutang yg menarik manfaat yg telah diketahui dan disyaratkan adalah haram (riba).

4. Apakah hukum Islam pada berkerja di Bank Riba?

Sesungguhnya berkerja di dalam bank riba adalah haram. Ini berdasarkan hadis riwayat Imam Muslim drpd Jabir berkata:
"Rasulullah melaknat org yg memakan riba, org yg memberi makan riba, penulis akad akad riba dan dua saksinya. Mereka semua adalah sama berdosa."

Oleh kerana yg demikian bg muslim yg berkerja di bank riba wajib meninggalkan kerjanya segera dan mencari kerja yg lain yg halal. Janganlah menjadi seperti yg mana Nabi sebut dlm hadisnya:

"Akan sampai masa yg mana seseorang tidak peduli harta yg diambil ; samada halal atau haram."(Hr Darimi)

5. Seseorang berhutang 2ratus dolar yg menyamai 120 dinar (jordan). Selepas itu apabila hendak dibayar hutang nilai hutang menyamai 150 dinar. Apakah yg perlu sipenghutang bayar?Yg perlu dibayar adalah 200 dolar tanpa melihat nilainya pada mata wang yg lain.

Dilema memilih jodoh

11 Syaaban 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

Memilih Jodoh adalah dituntut oleh Islam. Nabi s.a.w bersabda: "Hendaklah kamu memilih tempat hendak salurkan air mani kamu(isteri)."(Ibnu Majah dan Baihaqi-sahih)

Ciri utama yg perlu ada pada pasangan adalah yg elok akhlak dan agamanya seperti Nabi s.a.w sebut

"Maka beruntunglah org yg memilih wanita yg beragama."(Bukhari dan Muslim) "Apabila datang seorang lelaki yg elok agama dan akhlaknya melamar anakmu maka hendaklah kamu kahwini anak perempuan mu dgn dia. Jika kamu tidak kahwininya maka akan menyebabkan kerosakan dan fitnah yg besar akan berlaku."(Hr Tirmizi-hasan sahih)

Ciri-ciri isteri yg solehah adalah sepertimana Nabi sebut: "Aku hendak memberitahu kepadamu sesuatu yg perlu dimiliki oleh seorang lelaki ialah wanita yg solehah.

Apabila suaminya pandang dia akan rase gembira, bila suaminya suruh dia akan patuh dan bila suaminya keluar dia akan jaga harta dan maruah suaminya."(Hr Abu Daud) Seeloknya hendaklah seorang lelaki itu memilih anak dara. Jabir brkata: "Aku berkahwin dgn seorang wanita; lalu aku berjumpa dgn Nabi s.a.w. Nabi s.a.w bertanya "Adakah engkau sudah berkahwin?" Aku menjawab "Ya" Nabi bertanya "Dara atau janda?" Aku menjawab "Janda" Nabi s.aw bersabda "Kenapa kamu tidak memilih anak dara yg mana kamu berseronok dgn dia dan dia berseronok dgnmu."(Hr Muslim)

Lelaki juga hendaklah memilih wanita yg penyayang dan banyak melahirkan anak. Nabi s.a.w bersabda: "Hendaklah kamu berkahwin dgn wanita yg boleh melahirkan banyak anak dan wanita yg penyayang. Maka sesungguhnya aku berbangga dgn banyaknya ummatku"(Hr Abu Daud)

Disunatkan lelaki yg hendak mengahwini seseorang wanita itu melihat muka dan dua tapak tangan. Seorang lelaki memberitahu Nabi s.a.w bahawa dia nak kahwin. Rasulullah bertanya "Adakah engkau sudah melihatnya?" Lelaki itu menjawab "Belum" Lalu Nabi s.a.w bersabda "Pergilah engkau melihatnya."(Hr Muslim)

Imam Nawawi berkata: Sesungguhnya diharuskan melihat ke muka dan tapak tangan sahaja kerana keduanya bukan aurat dan juga kerana muka menunjukkan kecantikan atau sebaliknya; manakala tapak tangan menunjukkan kepada kesuburan tubuh atau sebaliknya.

Ulama mazhab Syafie berkata: sekiranya tidak mampu melihatnya maka disunatkan supaya menghantar seorang wanita yg dipercayai untk melihat wanita yg hendak dikahwini dan memberitahunya. Perkara ini seeloknya sebelum pertunangan.

seloknya menghantar seseorang utk merisik pasangan sperti mana Nabi s.a.w menghantar Ummu Sulaiman utk merisik seorang wanita. (Hr Ahmad dan Hakim-sahih) Seeloknya minta tolong dan berbincang dgn org Alim dan soleh mengenai nak memilih jodoh seperti mana Nabi s.a.w telah meminang wanita Ansar bg pihak JUlaibib.(Hr Ahmad-sahih)

Nabi s.a.w telah memberitahu kepada Fatimah binti qis apabila dia dipinang oleh Muawiyah, Abul Jaham dan Usamah bin Zaid "Adapun Muawiyah adalah lelaki yg faqir takde duit, Abu Jaham pula seorang yg banyak memukul wanita dan Usamah la yg perlu engkau pilih." Fatimah berkata "Aku berkahwin dgn Usamah dan aku amat bergembira bersamanya."(Hr Ahmad)

Cubalah pilih yg terbaik mengikut ape yg Islam telah gariskan. Bincanglah dgn baik dgn org-org yg dipercayai, guru, org alim dan Ibu Bapa. Bnykkan Istikhoroh dan solat hajat. Mudah-mudahan mendapat pasangan yg terbaik.

Golongan yg selamat dr azab kubur

11 Syaaban 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

1. Bersuci daripada hadas(wuduk).

Nabi s.a.w bersabda:

“Pada malam ini aku melihat satu keajaiban; aku melihat seorang lelaki dari kalangan umatku yg diseksa di dalam kuburnya. Maka datang amalan wuduknya dan menyelamatkannya dari azab kubur.” (Hr Tobrani)

2. Syahid fi sabilillah.

Nabi s.a.w bersabda:

“Orang yg mati syahid di sisi Allah mendapat enam perkara
1. Diampunkan dosa2nya ketika mula2 terpancut darahnya. serta melihat kedudukannya di syurga.
2. Selamat daripada azab kubur.
3. Selamat dari huru hara hari kiamat.
4. Dipakaikan dikepalanya dgn mahkota ketenangan.. Batu yaqut yg ada pdnya lebih baik drpd dunia dan seisinya.
5. Dikahwinkan dgn 72 bidadari.
6. Diizinkan utk mensyafaatkan 70 saudara maranya.”(Hr Tirmizi)

Nabi s.a.w bersabda:

“Sesiapa yg berjuang fi sabilillah dan sabar sehinggalah dibunuh atau menang maka dia tidak akan diazab dlm kuburnya selama2nya.”(Hr Hakim)

3. Ribat fi Sabilillah.

Ribat adalah menjaga tempat2 yg dilalui musuh utk masuk ke Negara Islam.

Nabi s.a.w bersabda:

“Ribat sehari semalam lebih baik drpd puasa dan qiamullail selama sebulan. Sekiranya seorang yg sedang ribat itu mati maka pahala amalannya akan berterusan, sentiasa diberi rezki dikuburnya dan selamat dari azab kubur.”(Hr Muslim)

4. Membaca surah al-Mulk

Ibnu Abbas menceritakan:

“Seorang Sahabt Nabi membina khemah diatas kubur tanpa dia menyedari ia adalah kubur. Tiba2 dia melihat seorang manusia di dalam kubur membaca surah al-Mulk sehingga habis. Maka sahbat tadi berjumpa Nabi s.a.w dan menceritakannya. Nabi s.a.w bersabda

“Surah al-Mulk adalah penegah dan penyelamat yg menyelamatkan org yg membaca serta menjaganya dr azab kubur.”(Hr Tirmizi)

5. Mati disebabkan sakit perut.

Nabi s.a.w bersabda:

"Siapa yg mati disebabkan penyakit dlm perutnya maka tidak diazab dlm kubur."(Hr Tirmizi, Ibnu Majah dan Ahmad-sahih)

6. Mati malam jumaat.

Nabi s.a.w bersabda:

"Tidak ada org Islam yg mati malam jumaat atau hari jumaat melainkan Allah akan memeliharanya dr azab kubur."(Hr Tirmizi-Doif)"Ya Allah akhirilah kehidupan kami dengan husnul khotimah".

khusyuk dlm solat

11 Syaaban 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

Khusyuk adalah perkara yg penting dlm solat kerna itulah tujuan utama pensyariatan solat. Firman Allah s.w.t :

"Dan hendaklah kamu dirikan solat supaya dapat mengingatiku."(14: Toha)

Ia juga adalah ciri-ciri pertama bagi org2 yg berjaya. Firman Allah:

"Sesungguhnya telah berjayalah org2 beriman. iaitu org2 yg khusuk dlm solatnya."(1-2: Mukminun)

Balasan khusyuk adalah syurga. Nabi s.a.w bersabda:

"Tidak ada seorang muslim yg mengambil wuduk dgn sempurna, kemudian dia menunaikan solat dua rakaat dlm keadaan hadir hatinya dan sempurna pergerakan anggotanya melainkan wajib baginya syurga."(Hr Muslim)

Kadar pahala adalah mengikut kadar khsyuk dlm solat. Sabda Nabi s.a.w:"Sesungguhnya ditulis pahala solat seorang hamba itu adalah mengikut kadar hadir hatinya dlm solat."(Hr Abu Daud)

Elemen2 penting dlm khusuk ialah seperti berikut:

1. Khusyuk anggota zahir.

Sesungguhnya Nabi s.a.w melihat seorang lelaki yg bermain-main dgn janggutnya dlm solatnya. Lalu Nabi s.a.w bersabda:

"Kalaulah khusyuk hatinya nescaya khusyuk anggota2 zahirnya."(Hr Tirmizi dlm Nawadir Usul-doif)

Seorang yg solat hendaklah memastikan anggotanya tenang dan tidak bergerak melainkan perkara yg disyariatkan utk bergerak.

Matanya hendaklah tumpu kepada tempat sujudnya dan tidak memerhatikan ke tempat-tempat yg lain.

2. Hadirnya hati.

Caranya hendaklah mengosongkan hatinya daripada selain dr menumpukan perbuaatan dan perkataan yg dia sedang buat dan ucapkan. Dia hendaklah merasakan kepentingan solat lebih dr segalanya. Ingatlah bahawa hati adalah tempat pandangan tuhan. Nabi s.a.w bersabda:

"Sesungguhnya Allah tidak memberi pahala berdasarkan melihat pd tubuh badan dan rupa bentuk kamu tetapi menilai dr hati kamu."(Hr Muslim)

3. Memahami maksud apa diucapkan.

Ini adalah menunjukkan seorang yg solat itu benar2 bermunajat dgn tuhannya. Mentadabur serta memerhatikan adalah perkara yg dituntut dlm ibadah bacaan sebagaimana Allah telah mencela manusia yg tidak memerhatikan makna al-Quran. Firman Allah:

"Mengapakah mereka tidak memerhatikan isi kandung al-Quran. Adakah kerana hati2 mereka terdapat kunci."(24: Muhammad)

Sepatutnya seorang itu memahami segala perkataan yg diucapkan dan memerhatikan maknanya dlm solat.

4. Takzim (mengagongkan tuhan)

Seorang yg solat itu hendaklah dia merasakan keagongan tuhan dihadapan tuhannya dan mersakan betapa kerdil dirinya. Firman Allah s.w.t:

"Wahai manusia kamu adalah org-org yg faqir disisi Allah. dan Allah sahaja tuhan yg maha kaya lagi maha terpuji."(15: Fatir)

Kalau dia mengingati selain dr Allah dlm solatnya maka sebenarnya hatinya tidak benar-benar mengagongkan tuhannya.

5. Haibah (rase geron dan takut pada tuhan)

Perasaan ini perlu disemai dlm solat kerna selayaknya hamba itu takut kepada tuhannya setelah melakukan pelbagai kemaksiatan. Dia perlu ingat dgn azab yg Allah sediakan kpd hambanya yg tidak taat. Sekalipun dia telah buat ketaatan hendaklah dia takut amalannya tidak diterima. Firman Allah s.w.t:

"Dan org2 yg menghulurkan sedekah dan melakukan amalan soleh dalam keadaan hati mereka takut serta gementar tidak diterima amalan mereka."(al-Mukminun: 60)

Selayaknya org yg solat itu berasa takut dan gementar apabila mengucapkan takbiratul ihram kerana disebut nama tuhan yg maha besar. Firman Allah:"...apabila disebut nama Allah, terus gementar hati org2 yg beriman...(Al-Anfal-2)

6. Perasaan mengharap (rajak)

Rajak adalah satu perasaan mengharap reda, rahmat serta ganjaran drpd tuhan. Perasaan ini perlu ada bagi mukmin yg bermunajat kpd tuhannya -terutamanya dlm solat- dan digabung dgn perasaan takut. Firman Allah:"...Dan mereka berdoa dgn perasaan mengharap dan takut...(90: al-Anbiya)

Firman Allah:

"Rengganglah tubuh-tubuh org-org yg beriman dgn al-Quran daripada tempat-tempat tidur mereka kerana melakukan tahajjud dalam keadaan berdoa dengan tuhan dgn penuh rasa takut kpd azabnya dan mengharap rahmatnya..."(16: as-Sajjadah)

7. rasa malu.

Rasa malu kpd tuhan dlm solat kerana merasakan kekurangan dlm ibadah dan malu disebabkan maksiat yg dilakukan. Rasa tersangat malu dlm solat kerana terlampau banyak nikmat yg diterima tetapi dibalas dgn sedikit ketaatan yg serba kekurangan dan banyak kemaksiatan serta kelalaian.

Najis-najis yang dimaafkan (Mazhab Syafie)

11 Syaaban 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

1. Percikan air kencing yg tidak dilihat oleh pandangan yg sederhana, samada yg mengenai tubuh, baju atau tempat. (Muktamad)

2. Air liur basi(yg keluar dr perut) bg org sentiasa keluar.(Mughnil Muhtaj)

3. Air yg terkena najis ikan selagi mana air tersebut tidak berubah.(Mughnil Muhtaj)

4. Darah yg berbaki pada tulang dan daging. Saidatina 'Aisyah r.a berkata:

"Kami memasak pd periuk batu di zaman Rasulullah sehingga nampak kekuningan pada masakan kerana darah. Kami makan masakan itu dan baginda tidak menegahnya." (Mughnil Muhtaj)

5. Bangkai ulat pada buah dan cuka. Boleh makan buah tersebut dgn ulat itu. (Mughnil Muhtaj)

6. Najis yg digunakan sebagai ubat sekiranya tidak ada ubat yg bersih menempati tempatnya. (Mughnil Muhtaj)

7. Bangkai binatang yg tidak mengalir darah kalau dipotong anggotanya ketika hidup seperti lebah, kala jengking, cicak, lalat, kutu dan sebagainya. Bangkai ini tidak menajiskan cecair sahaja.Kalau dibawa bangkai ini ke solat tidak sah solat tersebut. Dalil ia tidak menajiskan cecair adalah sabda Nabi s.a.w:

"Apabila lalat jatuh pada minuman sesorang hendaklah dia menenggelamkan kesmuanya kemudian hendaklah dia mengangkatnya. Ini kerana salah satu dari kepaknya adalah penyakit."(Hr Bukhari) -Mughnil Muhtaj-

Adapun darah dari binatang2 ini adalah dimaafkan pada baju dan badan. -Majmuk-

8. Taik burung ditempat2 yg banyak burung. -Muktamad-

9. Tanah2 di jalan yg terkena pakakaian manusia sekalipun tanah yg diyakini ia bernajis. Ini kerana susah nak dielakkan. -Muktamad-

10. Mulut budak kecil yg terkena muntah ketika menyusu puting ibunya. -Muktamad-

11. Bulu2 yg terpisah dari haiwan yg tidak halal dimakan (melainkan anjing dan babi) adalah najis. Kalau ia sedikit sperti 2 - 3 helai bulu kucing maka dimaafkan. Dimaafkan bulu2 tersebut walaupun banyak bagi org yg menunggang binatang tersebut. (I'anatut Tolibin)

12. Darah yg keluar disebabkan buasir bg org yg mengalami penyakit buasir. (I'anatut Tolibin.)

13. Darah yg keluar dari binatang kecil yg tidak ada darah yg mengalir seperti nyamuk, kutu dan sebagainya. (I'Anatut Tolibin)

14. Darah bisul, jerawat dan luka sekalipun banyak. Begitu juga dengan nanah dan airnya. Dimaafkan sekalipun banyak dan mengenai pakaian dgn syarat:
1. Bukan dgn sebab perbuatan sendiri.
2. Tidak melebihi bahagian yg kena.

Kalau dgn sebab perbuatan sendiri maka dimaafkan jika sedikit sahaja. Begitu juga jika melampaui bahagian anggota yg lain. Begitu juga dimaafkan darah org lain jika sedikit. (I'anatut Tolibin)

14. Sedikit darah haid, darah hidung dan juga sedikit darah yg keluar dari semua anggota yg terbuka melainkan dr tempat yg keluar najis (sperti tahi berdarah). -I'Anatut Tolibin-

15. Darah berbekam walaupun banyak selagi masih ditempat yg dibekam. -I'anatut Tolibin-

16. Darah gusi selagimana tak ditelan dalam solat. -I'anatut Tolibin-

17- Najis yg ada pada ikan kecil. -I'anatut tolibin-

18- Najis yg ada pada mulut budak kecil dan orang gila. -I' antut tolibin-

19- Najis yg dibawa oleh kaki lalat -I'anatut tolibin-

20- Najis yg ada di anggota terbuka (sprti mulut, hidung dll) binatang abila terkena air. -I 'anatut Tolibin-

21- Najis tikus yg terkena air jika banyak tikus najis2 tikus yg terkena pada air2. -I'anatut Tolibin-

Tambahan:
Makan air liur org lain adalah tidak dibenarkan melainakan Air liur pasangan(ketika suami menyedut lidah isteri atau sebaliknya) dan air liur orang yg soleh(ambik berkat) yg sudah tidak rasa jijik.(Umdatul Mufti wal Mustafti).