23 July 2010

Adakah PAS dilihat jahat jika menolak

10 Syaaban 1431H.
Oleh : http://edyesdotcom.blogspot.com

Apa kata Ketua Dewan Pemuda PAS;

"Maka, apalah salahnya jika kini UMNO pula mengambil giliran dan langkah serupa seperti dulunya PAS pernah menyertai Perikatan demi penyatuan melayu Islam di era Tun Abdul Razak [ Lagi pun pemimpin UMNO kini yang beria - ia benar mahukan penyatuan ] .

"Kini di era YAB Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak pulalah menghulur tangan, sanggup dan sedia bersama PAS menyertai Pakatan Rakyat memperjuangkan Islam dan bangsa melayu Islam agar kita dapat membina sebuah negara yang aman, makmur, sejahtera, adil, telus, saksama tanpa sebarang pertelagahan atau persengketaan yang merugikan ummat Islam dan bangsa Melayu itu sendiri.

Apa kata 3 Naib Presiden PAS;

Mahfuz Omar Berkata;

“Inilah agenda Umno pada setiap kali sesak nafas mereka akan meminta 'oksigen' dari PAS,”. Umno secara jelas melalui pemimpin utamanya yang menguasai Kerajaan Malaysia telah melantik syarikat perunding APCO Worldwide yang merupakan proksi kepada gerakan zionis antarabangsa yang menjaga kepentingan politik Israel dan Amerika sebagai penasihat Kerajaan Umno Barisan Nasional (BN). “Perbuatan ini satu pengkhianatan kepada perjuangan umat Islam dan rakyat Palestin,”

Salahuddin Ayub Berkata;

Jika benar Umno mahukan perpaduan, Umno perlu menyertai Pakatan Rakyat bersama PAS, PKR dan DAP.

Tuan Ibrahim Tuan Man Berkata;

PAS menyatakan dengan tegas kita perlu bersatu di atas landasan yang digariskan oleh Allah; “Bertolong bantulah kamu dalam perkara kebaikan dan taqwa, dan jangan bertolong bantu dalam perkara dosa dan permusuhan”. Lantaran itu PAS lebih rela Melayu berpecah dalam mentaati perintah Allah daripada berpadu dalam mendurhakai Allah!

PAS tidak akan merelai perpaduan bagi mendokong tindakan yang bertentangan dengan Islam yang ditaja oleh UMNO. Mereka sanggup menghalalkan perjudian di atas nama kebajikan dan sukan walhal dengan jelas Islam menyatakan judi itu haram!

Apa kata Timbalan Presiden PAS;

PAS masih lagi berpegang dengan ketetapan yang telah dibuat dalam muktamat-muktamar yang lalu. PAS akan terus memfokuskan kepada gerak kerja mendepani pilihan raya umum k-13 untuk membentuk kerajaan persekutuan yang baru.

Saya juga menyeru kepada seluruh pimpinan dan ahli agar dapat melipatgandakan usaha untuk memantapkan organisasi, terutama di peringkat cawangan dan kawasan serta menambah keahlian baru PAS semaksima mungkin.

Apa kata Presiden PAS ;

(Maaf, ikhlasnya saya katakan, tiada lagi komen dari TG Presiden setakat ini, dan ia bukanlah satu kesalahan kerana timb. presiden dan naib-naib presidennya telah memberi komen serta penegasan. Namun saya percaya pendirian TG Presiden adalah senada)

Apa kata Mursyidul Am PAS;

PERGI JAHANAM DENGAN UMNO !!!

Oleh demikian, saya memohon kepada semua pucuk pimpinan UMNO supaya berfikir dengan akal yang dikurniakan oleh Allah, bahawasanya, pinangan UMNO terhadap PAS adalah ditolak tanpa syarat dan tanpa bicara, kerana tindak-tanduk dan kebejatan melampau UMNO itu sendiri telah menjadi faktor betapa PAS dan UMNO tidak mungkin bersatu buat ketika ini.

Sepertimana yang dilafazkan oleh Puteri Gunung Ledang terhadap Sultan Melaka berkenaan terjemahan-terjemahan yang berupa permintaan itu, adalah sebenarnya satu penolakkan.

Kepada rakan-rakan seperjuangan dan mereka yang di ambang perubahan, sedarlah bahawa permainan propaganda UMNO ini sebenarnya satu perangkap yang menang-menang bagi UMNO. Ini kerana apabila PAS menolak kerjasama politik demi perpaduan melayu dan Islam, maka PAS akan dilihat jahat kerana membelakangkan perpaduan yang dituntut. Akhirnya tiba satu perenggan yang membunuh segala prasangka, hadir dari Tuan Ibrahim Tuan Man yang berbunyi - PAS lebih rela Melayu berpecah dalam mentaati perintah Allah daripada berpadu dalam mendurhakai Allah!

Persoalan di sini ialah, adakah PAS akan dilihat jahat kerana menolak pelawaan UMNO? Adakah PAS akan dipandang serong sekiranya tidak menerima tawaran perpaduan melayu dan Islam ini ?

Sedarlah saudara dan saudari sekalian. PAS bukan berdepan dengan tawaran perpaduan sesama Islam, PAS juga bukan berdepan dengan tawaran perpaduan walau sesama melayu sekalipun. PAS sebenarnya berdepan sebuah tawaran perpaduan dari sebuah gerombolan pengkhianat bangsa!

PAS berhadapan dengan tawaran perpaduan dengan gerombolan yang tidak bertanggungjawab terhadap peristiwa Memali, mengamalkan Akta zalim ISA, merancang kudeta rampasan kuasa di Perak, menafikan hak royalti Terengganu dan Kelantan ketika PAS berhak ke atasnya, dan yang paling menyedihkan, PAS berhadapan tawaran perpaduan oleh pihak yang mengfitnah PAS sebagai parti ajaran sesat.

Oleh demikian, di atas kelaku gerombolan terdesak seperti di atas, wajarkah PAS dipandang serong sekiranya menolak tawaran perpaduan? Saya yakin, sesiapa sahaja tidak akan dipandang serong sekiranya menolak untuk berpakat serta bersubahat dengan perompak. Inikan pula menolak lamaran penggadai maruah agama dan bangsa. Seperti itu jugalah Puteri Gunung Ledang menolak lamaran seorang sultan yang zalim.

Perlu diingat, penyatuan PAS dan UMNO merupakan jalan terakhir bagi menyelamatkan sebuah empayar yang berdiri di atas keringat rakyat. UMNO tidak akan membiarkan harta yang disiap-sediakan untuk tujuh keturunan mereka dirampas oleh kuasa rakyat setelah berdepan kekalahan pertama kerajaan pusat pada PRU yang semakin hampir. Walaubagaimanapun, kita harus bersyukur kerana kesepakatan kepimpinan PAS hari ini telah melemahkan peluang talian hayat terakhir UMNO.

Hari ini, minggu ini, telah dibuktikan bahawa UMNO itu benar-benar semakin lemah dari pelbagai aspek. Pertelingkahan antara mereka ada di mana-mana, Mesyuarat cawangan dan bahagian lemau tidak bermaya, yang bertumbuk juga ada. Malah, isu pasir yang mereka tembak ke arah Kerajaan Selangor juga telah menyebabkan pergaduhan sesama mereka, serta menerbitkan 'overkill' yang memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat.

Dikesempatan ini, saya menyeru kepada semua kepimpinan Pakatan Rakyat agar bertindak bijak, sepertimana yang berlaku hari ini, minggu ini.

Salam Perjuangan, Salam Reformasi, Salam Revolusi 308
Saya akhiri dengan sebuah slogan yang telah dimodifikasi ;
1Perjuangan - Islam didahulukan, Kebajikan diutamakan !

KERJASAMA PAS-UMNO: PAS TIDAK AKAN MASUK PERANGKAP YANG DISEDIAKAN UMNO

10 Syaaban 1431 H
Oleh: Mohd Hafez Sabri

IPOH, 21 Julai – Ahli PAS diingatkan agar tidak mudah terpengaruh dengan mainan isu yang dimainkan UMNO dan Barisan Nasional. Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Hussain di sini hari ini menegaskan, isu kerjasama di antara UMNO dan PAS merupakan isu yang sudah kerap kali dimainkan oleh UMNO untuk memecahbelahkan kesatuan dalaman PAS.

Mengulas lanjut mengenai hal ini, beliau berkata, kerjasama PAS-UMNO sukar untuk dijayakan memandangkan keikhlasan UMNO sendiri sudah boleh dipertikaikan. “Orang yang tidak ikhlas akan kata orang lain yang tidak ikhlas,” “ Bagi saya ini agenda terancang yang disusun pemimpin umno untuk memecahbelahkan kesatuan ahli PAS dan muafakat kerjasama Pakatan Rakyat “ Tegas Ustaz Abu Bakar yang mengulas mengenai kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempersoalkan mengenai keikhlasan PAS untuk bekerjasama dengan UMNO.

Mengulas lanjut, beliau mengatakan, UMNO cuba untuk memerangkap PAS dengan memberi gambaran yang belbagai berkenaan isu ini melalui media umno dengan tujuan untuk memecahkan kekuatan dalaman ahli PAS dan Muafakat kerjasama PAS bersama Pakatan Rakyat..

Menambah mengenai hal ini, Pesuruhjaya PAS Perak itu mengatakan, situasi ini berlaku disebabkan oleh keadaan UMNO yang lemah dan tidak yakin dapat mengekalkan kuasa mereka menjelang Pilihanraya Umum ke-13.

Mengulas mengenai hal ini, beliau mengatakan, kekuatan UMNO untuk memerintah bergantung kepada kekuatan Barisan Nasional. Akan tetapi, kita dapat melihat bagaimana rapuhnya perpaduan di kalangan parti komponen dalam Barisan Nasional sehingga kerap kali menimbulkan pergeseran sesama mereka.

Umno juga dilihat cemburu dan Dengki dengan kekuatan Pakatan Rakyat yang dilihat jauh lebih menyerlah berbanding mereka, mereka cuba untuk melemahkan kekuatan yang ada pada Pakatan Rakyat yang dilihat kerapkali menjuarai isu-isu berkaitan rakyat dan menampakkan kelemahan kerajaan pimpinan Barisan Nasional. Tambahan pula, undi masyarakat bukan melayu yang dilihat semakin hilang dengan ketara amat membimbangkan mereka.

Selain itu juga, beliau mengatakan, di antara lain, sebab utama timbulnya isu ini adalah untuk menutup isu-isu besar yang meranapkan negara di sudut ekonomi, reputasi dan juga keselamatan negara.”Kita perlu melihat isu yang melibatkan lebih ramai pihak dan berskala lebih besar berbanding dengan isu survival UMNO dan bagaimana mereka hendak mengekalkan kuasa.

Menurut beliau lagi, UMNO tidak berani berbincang mengenai hal yang lebih besar kerana perkara-perkara ini jelas menunjukkan mereka gagal mentadbir negara apabila diberi kuasa.

Melihat kelemahan UMNO dan BN dalam mentadbir negara kini. “Kita memandang serius mengenai kenaikan harga barang, pengurangan bajet dalam sektor kerajaan dan swasta, isu rasuah dan judi yang semakin berleluasa, isu Felda, dan juga isu APCO yang telah dibawa masuk kerajaan ke dalam negara yang secara jelas dan terang menyokong Yahudi dan menjejaskan keselamatan negara”, jelas beliau

Bagi saya kebimbangan terhadap isu-isu besar yang wujud disebabkan oleh kegagalan pengurusan Datuk Seri Najib Tun Razak yang membawa gagasan 1 Malaysia. “Ternyata 1 Malaysia telah gagal”, kata beliau ketika mengakhiri sesi pertemuan tersebut.

CUKUPLAH WAHAI HARUSSANI, BETULKAN PERAK DULU

10 Syaaban 1431 H
Oleh: WFAUZDIN NS

MUFTI Perak Harussani mengakui beliau tidak berbohong apabila mendakwa terdapat pemimpin PAS berjawatan `tinggi' menemuinya. Tujuan berjumpanya adalah untuk meminta Mufti Perak tersebut menjalankan usaha menyatukan parti sekular Umno dengan Parti Islam iaitu PAS. Pengakuan Mufti Perak tersebut adalah berlanjutan daripada kenyataan dua Naib Presiden PAS yang mendakwa Mufti berkenaan berbohong.

Setakat mana `tinggi'nya pemimpin PAS yang dikatakan berjumpa dengan Mufti Perak itu tidak kita ketahui, tetapi yang pentingnya Mufti Perak sedar bahawa perjumpaan itu bukan secara rasmi atas arahan PAS Pusat. Ini bermakna, tiada niat atau usaha PAS untuk bersatu dengan Umno atas tujuan kununnya perpaduan Melayu dan Islam.

Mufti Perak hairan mengapa usahanya untuk menyatukan PAS dan Umno dikritik hebat ramai pihak, seolah-olah hanya beliau dan Umno sahaja yang inginkan perpaduan. Hairannya Mufti Perak tersebut sama seperti kita hairan mengapa Mufti Perak menjadi bisu serta merta dengan apa yang terjadi di dalam rampasan kuasa di Perak negerinya sendiri.

Sama juga kita hairan dengan sikap Mufti Perak yang menutup mata dan mulut dengan segala kepincangan dan kerja maksiat yang dilakukan oleh kerajaan memerintah. Lebih menghairankan kita, Mufti Perak sering ke luar negara bertemu pelajar dan di sana seorang Mufti boleh bertukar menjadi seorang pemimpin politik Umno. Maka, lebih banyak kita hairan daripada yang beliau hairan.

Sebagai seorang Mufti, sepatutnya beliau menasihatkan Umno agar menerima Islan sebagai dasar perjuangannya dan baru boleh bercakap tentang penyatuan dengan PAS. Mana mungkin tangan yang masih berlumuran dengan kekotoran mahu menghulur berjabat salam? Apakah Mufti Perak ini terpedaya dengan dakyah Umno yang percaya `Kuat Melayu, maka kuatlah Islam'?

Parti PAS bukan sahaja parti yang ditunjangi oleh pemimpin Melayu, bahkan parti tersebut turut mahu mendaulatkan Islam. Terlalu jauh beza dengan Umno. Umno bukan sahaja menolak Islam sebagai dasar, bahkan masih berterusan sehingga kini melakukan banyak perkara yang berlawanan dengan hukum Islam. Masakan Mufti Perak tidak tahu? Jika tahu, apa ertinya penyatuan dengan golongan seperti ini?

Situasi yang berlaku di Perak sudah cukup menggambarkan bahawa Mufti Perak ini tiada kewibawaan langsung untuk bercakap soal Melayu jauh sekali untuk bercakap tentang penyatuan Islam. Oleh yang demikian, abaikan sahaja apa yang perkatakan kerana setiap kali beliau bercakap kita akan terhidu `bau Umno' dimulutnya.

JAMIL KHIR MAHU KEPADA AL-QURAN ?

10 Syaaban 1431 H
Oleh: WFAUZDIN NS

JAMIL KHIR seorang Senator yang setaraf dengan raja sesumpah Ezam mula membuka mulut yang bunyinya sama seirama dengan Mufti Perak.

Lagu dan irama perpaduan Islam dikumandangkan seolah-olah waktu ini kita sesama Melayu dan Islam sudah `berperang saudara'.

Benarkah begitu? Ianya tidak benar, apa yang berlaku sekarang adalah Umno mahukan undi bukannya perpaduan apatah lagi Islam.

Kenyataan Jamil Khir itu adalah kenyataan seorang Senator yang berada di dalam sebuah parti sekular yang bersemangatkan kebangsaan.

Di mana-mana kampung, bangsa Melayu tidak berpecah, samada di negeri yang diperintah Bn mahupun di negeri yang diperintah oleh PR.

Masyarakat di kampung bersatu padu termasuk di kalangan bangsa Cina atau India. Mereka tahu untuk membezakan fahaman politik yang tidak membolehkan mereka berpecah belah.

Jika ada sekalipun perpecahan, mungkin di satu-satu tempat yang mekibatkan kelompok kecil yang taksub.

Umno mahukan perpaduan adalah kerana Umno merasakan perpaduan bersama PAS itu penting untuk mengukuhkan parti sekular yang mereka dakap itu.

Jamil Khir menyebut bahawa antara PAS dan Umno, mereka mempunyai Kiblat yang satu, puasa, sembahyang dan juga berbagai ibadah lain adalah serupa.

Adakah ini bermakna umat Islam yang berada di dalam PKR, DAP, Gerakan dan beberapa parti lain itu tidak sama ibadah mereka? Mengapa tidak diajak untuk perpaduan ini?

Jamil Khir juga sebut pasal kembali kepada Al-Quran demi perpaduan. Kenyataan ini amat baik sekali dan itulah yang PAS mahukan.

Tetapi, adakah Umno mahu kembali kepada Al-Quran? Di dalam masa Jamil Khir menyebut perlu kepada Al-Quran, seorang lagi telah ditahan di bawah akta ISA yang zalim dan bertentangan dengan Al-Quran itu.

Setelah banyak yang mereka rampas dari rakyat termasuk kebebasan bersuara, Jamil Khir masih mahu bercakap soal perpaduan dan Al-Quran.

Selaku Senator dan juga Menteri yang menjaga hal ehwal agama, Jamil Khir patut bersihkan semua perkara mungkar ini sebelum menyebut tentang perpaduam Umat.

Sewaktu Jamil Khir berada di dalam ATM, beliau gagal untuk `mengislamisasikan' organisasi sekecil itu, apatah lagi untuk sebuah negara.

Angkatan tentera kita masih lagi banyak mewarisi sistem penjajah samada dari segi pentadbiran mahupun latihan. Cuma barangkali di dalam ATM, Islam boleh diperlihatkan di dalam beberapa program keagamaan di dalam masa-masa tertentu.

Kita tidak nampak bagaimana anggota tentera kita mampu lahir sebagai pejuang yang bersedia untuk berjihad demi agama dan negara. Ini adalah kerana aspek kerohanian dan keagamaan tidak ditonjolkan secara menyeluruh.

Jika benar Jamil Khir ikhlas untuk melihat Melayu dan Islam bersatu, beliau harus menasihatkan pemimpin Umno untuk mengubah dasarnya kepada Islam atau pun menyertai PAS.

Hanya Islam yang boleh menyatukan Umatnya, tetapi tidak boleh menyatukan Melayu sahaja. Islam bukan untuk Melayu dan Melayu juga belum tentu Islamnya.

tidak ada penutup longkang di kaki lima Restoran Fatimah di Jalan Dewangsa. Batu Gajah

10 Syaaban 1431 H
Oleh: pusat perkhidmatan DUN Tronoh

Kebelakangan ini terdapat banyak aduan yang diterima dari penduduk tempatan berkenaan ketiadaan penutup longkang di sekitar Batu Gajah. Salah satu daripadanya adalah di kaki lima Restoran Fatimah,Jalan Dewangsa.

Ternyata keadaan di situ adalah merbahaya terutamanya kepada warga tua dan kanak-kanak yang berjalan melalui tempat tersebut pada waktu malam. Kos pembuatan penutup longkang ini adalah rendah namun ia tidak boleh diabaikan demi keselamatan.

Ahli-ahli majlis daerah Batu Gajah seharusnya lebih prihatin dalam soal keselamatan dan bukan hanya memberi tumpuan untuk mengindahkan kawasan Batu Gajah. Manakala YB V.Sivakumar sekali lagi menegaskan bahawa beliau bukannya seorang yang "anti mengindahkan kawasan".

Menurutnya ia adalah penting untuk imej Batu Gajah tetapi tidak wajib. Keselamatan orang ramai haruslah diberi keutamaan dan ia adalah perkara yang wajib di lakukan oleh pihak MDBG.

Jika sumber kewangan Majlis Daerah Batu Gajah mengizinkan maka isu mengindahkan kawasan tidak menjadi persoalan lagi. Pada masa ini Majlis Daerah Batu Gajah membelanjakan beribu-ribu ringgit wang rakyat setiap bulan atas nama projek-projek pengindahan. Ini langsung tidak membawa manfaat kepada rakyat jelata.

Siapa PM sebenarnya ni?

10 Syaaban 1431 H
Oleh: yusof muhamad

Jika tengok di gambar, tentulah org luar (bukan rakyat Malaysia) akan kata yg wanita itu PM, dan lelaki di belakang itu suami PM.Siapa Perdana Menteri ni?? Rosmah atau Najib

Cuba perhatikan gambar dalam keratan akhbar dibawah, gambar yang dirakamkan ketika Najib dan Rosmah tiba di Kota Kinabalu International Airport.

Gambar yang jelas menunjukkan siapa sebenarnya Boss atau Perdana Menteri Malaysia.Sudah tentulah Rosmah, dimana lagi didunia ini, isteri seorang Perdana Menteri berjalan mendahului Perdana Menteri sendiri dan seluruh kabinet.

Cuba bayangkan bagaimana agaknya jika isteri President US atau isteri PM England tiba disini dan berjalan dihadapan rombongan atau delegasi mereka..

Pernahkah anda melihat kejadian seperti ini iaitu isteri Perdana Menteri mendahului Perdana Menteri dalam majlis rasmi semasa pemerintahan Mahathir?

Pernahkah anda melihat Isteri Pak Lah sekarang Jeanne Abdullah berjalan mendahului beliau dalam sebarang majlis rasmi?

Tentu tidak.. inilah Rosmah isteri Najib yang jelas tidak tahu apa itu protocol dan tak tahu MALU.

Lebih baik berpecah dari derhaka kepada Allah

10 Syaaban 1431 H

TEMERLOH, 21 Julai: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, itu PAS lebih rela Melayu berpecah dalam mentaati perintah Allah daripada berpadu dalam mendurhakai Allah.

Dalam kenyataan bertulis yang dihantar kepada Harakahdaily, Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang mempersoalkan, apakah apa yang dibuat oleh Umno sekarang untuk perpaduan bangsa atau Islam.

Beliau dipercayai mengulas usaha yang dibuat oleh Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria yang cuba mengheret PAS agar bersatu dengan Umno atas landasan untuk kepentingan Melayu dan Islam.

Ia dilihat sebagai usaha untuk menyelamatkan Umno yang sedang karam dan cuba untuk menyeret PAS ke arah permasalahan itu.

"Isu perpaduan Melayu kembali bergema. Kali ini ianya melibatkan usaha golongan agama (Mufti) dan kepimpinan Umno," tulis Tuan Ibrahim dalam kenyataannya.

Pelbagai komentar dan pandangan dari pelbagai pihak diambil bagi menyokong usaha perpaduan Melayu ini; sekaligus seolah-olah sesiapa yang tidak inginkan perpaduan Melayu adalah golongan yang bertindak bertentangan dengan kehendak Islam.

Menurutnya, pelbagai ayat Quran dan hadis bergema bagi menyokong usaha ini.

“Sebagaimana biasa PAS menjadi sasaran bilamana dengan tegas menolak hasrat perpaduan dengan Umno,” katanya.

“Isu besar ialah apakah untuk perpaduan bangsa atau perpaduan Islam. Kalau perpaduan bangsa; kenapa hanya Melayu perlu berpadu, bagaimana bangsa lain dalam negara. Apakah kerajaan suka kalau bangsa lain berpecah yang juga akhirnya melemahkan negara,” kata Tuan Ibrahim, bekas pensyarah pengajian Islam UITM itu.

“PAS Menyatakan dengan tegas kita perlu bersatu di atas landasan yang digariskan oleh Allah; iaitu “Bertolong bantulah kamu dalam perkara kebaikan dan taqwa, dan jangan bertolong bantu dalam perkara dosa dan permusuhan”.

“Lantaran itu PAS lebih rela melayu berpecah dalam mentaati perentah Allah daripada berpadu dalam mendurhakai Allah,” kata beliau.

PAS, katanya, tidak akan merelai perpaduan bagi mendokong tindakan yang bertentangan dengan Islam yang ditaja oleh Umno.

“Mereka sanggup menghalalkan perjudian di atas nama kebajikan dan sukan, serta pelbagai penyelewengan. Di saat rakyat tenderita dengan tekanan hidup akibat kenaikan kos hidup, rakyat melihat Umno gagal menjaga bangsa dan agama, maka jangan kegagalan ini disalahkan PAS,” tambah beliau.

Katanya, di saat rakyat menderita dengan tekanan hidup akibat kenaikan kos hidup, rakyat melihat Umno gagal menjaga bangsa dan agama, maka jangan kegagalan ini disalahkan PAS kerana lebih 50 tahun Umno diberi kepercayaan oleh orang melayu Islam.

“Umno membelakangkan soal perpaduan; kelantan terus ditindas bahkan negeri Pakatan Rakyat terus diserang saban waktu. Tangan kiri mengholor perdamaian, tangan kanan terus menekan dan menindas bangsa sendiri.

“Kami tidak mahu memikul pengkhianatan UMNO kepada agama. 50 tahun negara ini tidak pernah merasai berjalannya hukum Allah secara menyeluruh, riba rasuah, pusat maksiat berleluasa sehingga remaja seolah-olah tiada hala tuju,” katanya.

Rakyat miskin, katanya, terus dibeban dengan kenaikan kos hidup; di waktu yang sama syarikat swasta kroni pemerintah terus menikmati subsidi luas biasa seperti IPP (Independent Power Producers).

Syarikat konsesi tol pula tidak dipotong subsidi mereka bahkan pembaziran terus berleluasa.

“Di saat negara berada dalam situasi paling buruk dalam sejarah dengan pelbagai isu besar spt penyerahan Blok L,M kepada Brunei, Tanah KTM di Singapura, Isu kemerosotan dana Felda yang mengejutkan, serta pelbagai gejala social yang berlaku menuntut rakyat membuat perubahan besar; bukan meminta PAS memikul sama kemungkaran ini,” tegas beliau

Harakahdaily/-

Saham: Lagi Umno hapus kuota Melayu

10 Syaaban 1431 H

KUALA LUMPUR, 21 Julai: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) amat kesal dengan tindakan kerajaan yang kononnya memperjuangkan nasib orang Melayu tetapi menghapuskan kuota 30peratus saham Bumiputera.

Ketuanya, Nasrudin Hassan at-Tantawi (gambar) berkata, dengan tindakan itu jelas yang Umno BN hanya beretorik sahaja dalam kata-kata mereka tetapi tindak tanduk mereka jelas ‘tidak serupa bikin’.

“Dan mengapa hanya akhbar berbahasa Cina sahaja yang mengeluarkan kenyataan ini. Mengapa tidak Utusan Malaysia, TV3 mengeluarkan artikel ini?” soalnya.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada kenyataan Menteri Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dalam satu wawancara eksklusif bersama Nanyang Siang Pau, yang disiarkan semalam.

Dalam wawancara tersebut, menteri yang menerajui Unit Perancang Ekonomi (UPE) dan Unit Kerjasama Awam dan Swasta itu menegaskan bahawa kerajaan telah membuat penyelarasan, untuk melihat kuota 30% saham Bumiputera dari perspektif makro.

Kerajaan berharap Bumiputera yang mencakupi 60% populasi Malaysia, mampu menguasai sekurang-kurangnya 30% saham dalam ekonomi secara keseluruhannya, dan bukannya tertakluk kepada setiap syarikat, tambahnya.

Sehubungan itu, tegas Nasrudin, DPPP mendesak agar kerajaan mewujudkan semula kuota untuk Bumiputera kerana ia adalah hak orang Melayu.

“Jangan kerana perkiraan politik yang dangkal, kerajaan Umno BN menggadaikan hak orang Melayu. Kalau ini dibuat oleh Pakatan Rakyat (PR), pasti Umno BN akan menuduh PR khianat orang Melayu tetapi yang ini bagaimana?” soalnya.

Katanya, setelah kenaikan harga minyak, pemansuhan bantuan biasiswa kepada pelajar Melayu, tanah rezab Melayu digadaikan, kali ini Umno BN menghapuskan pula kuota yang khas untuk orang Melayu.

Ini, katanya bererti bahawa tidak perlu ada saham Bumiputera dalam sesebuah syarikat yang mana akan membuka pintu seluas-luasnya kepada rakyat asing untuk memiliki sesebuah syarikat.

“Bukankah ini menutup ruang usahawan Melayu untuk bersaing?” tanya beliau lagi.

Sebelum ini, kata beliau sekurang-kurangnya kuota itu membolehkan usahawan Melayu mempunyai tempat dalam memastikan mereka dapat terus berdiri sama tinggi dengan syarikat luar.

Harakahdaily/-

Jangan terperangkap mainan media

10 Syaaban 1431 H

KUALA LUMPUR, 21 Julai: Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa (gambar) mengajak pemimpin dan ahli PAS di semua peringkat tidak terjerumus dalam mainan media Umno berhubung isu kerjasama Umno-PAS.

Peringatan itu dilontarkan bagi mengelakkan salah faham dan kekeliruan di kalangan rakyat berhubung kenyataan balas pemimpin yang sering diputar belit media arus perdana.

"Saya selaku Timbalan Presiden PAS ingin menegaskan bahawa semua ahli dan pimpinan PAS supaya jangan terikut-ikut dengan rentak yang dimainkan oleh media arus perdana.

"Kebelakangan ini, isu kerjasama antara PAS dan Umno kembali dipaparkan oleh media-media arus perdana sehingga mengelirukan sebahagian ahli PAS dan masyarakat Malaysia umumnya.

"Malah, pihak media telah mendapatkan beberapa pandangan daripada pemimpin-pemimpin PAS di peringkat pusat, negeri dan kawasan berhubung perkara ini," katanya dalam satu kenyataan.

PAS, katanya sangat percaya media-media pro-Umno ini akan menimbulkan persepsi baru sehingga boleh merapuhkan wehdah atau kesatuan dalaman PAS sendiri.

"PAS masih lagi berpegang dengan ketetapan yang telah dibuat dalam muktamar-muktamar yang lalu.

"PAS akan terus memfokuskan kepada gerak kerja mendepani Pilihanraya Umum Ke-13 untuk membentuk Kerajaan Persekutuan yang baru," katanya lagi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bachok menyeru kepada seluruh pimpinan dan ahli agar dapat melipatgandakan usaha untuk memantapkan organisasi terutama diperingkat cawangan dan kawasan serta menambahkan keahlian baru PAS semaksimum mungkin.

Isu kerjasama PAS-Umno terus dimainkan Umno dan juga media pro mereka dalam usaha memancing PAS dan mahu melihat PAS berpecah.

Terbaru, akhbar Utusan Malaysia hari ini sekali lagi memutarbelitkan kenyataan Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan sehingga menggambarkan beliau pro-kerjasama PAS-Umno.

Akhbar itu kononnya memetik tulisan dari blog Nasrudin namun secara jelas beberapa perkataan diubah bagi kepentingan politik Umno-BN.

Nasruddin ketika mengulas perkara itu berkata, beliau kesal dengan sikap akhbar tersebut yang cuba memesongkan maksud sebenar tulisannya dalam blog http://episodeperjuangan.blogspot.com.

"Tulisan saya diambil secara tidak beramanah dan Utusan telah menjatuhkan etika kewartawanan.

"Saya memberi peringatan kepada pihak akhbar tersebut dan minta supaya membuat permohonan maaf secara terbuka," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Sehubungan itu beliau menasihatkan orang ramai khususnya ahli dan penyokong PAS merujuk senduri tulisan asal di blog beliau dan tidak mudah menerima bulat-bulat laporan Utusan yang juga alat propaganda Umno BN.

Harakahdaily/-

Perpaduan Melayu supaya lupa isu negara

10 Syaaban 1431 H
Oleh: Idris Ahmad

PAS mengingatkan kepada semua pimpinan dan ahli PAS di semua peringkat jangan terpedaya dengan taktik media Umno untuk menenggelamkan isu negara yang bertimbun-timbun sekarang yang menggambarkan kerajaan yang ditunjangi Umno di negara ini semakin rapuh dan reput.

Ketika gelombang krisis keyakinan kepada Umno dan BN di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sedang karam, maka perpaduan Melayu dijadikan sebagai benteng untuk menutup bangkai gajah yang terlalu besar. Slogan 1Malaysia nampak tidak menjadi dengan gelagat Perkasa dan kenyataan Datuk Nasir Safar.

PAS menyedari ini adalah sebahagian daripada taktik media untuk mengalih isu yang sebenar dan melupakan isu pokok yang mencengkam rakyat. Mereka melontarkan isu ini melalui proksi mereka Tan Sri Harussani yang hendak menjadi perantara, untuk menunjukkan bahawa mufti yang mencadangkan perpaduan ini, apabila PAS menolak maka ada peluang untuk menuduh PAS sombong dan angkuh.

Perlu diingat bahawa isu perpaduan Melayu diuar-uarkan ketika rakyat didahulukan dengan kenaikan harga minyak dan kenaikan harga gula pada 16 Julai.

Pemimpin Umno hendak rakyat leka dan berbincang mengenai isu perpaduan Melayu, yang tidak pernah berbangkit langsung dalam mesyuarat tertinggi PAS.

Hajat mereka supaya rakyat tidak marah mengenai kenaikan harga minyak dan gula. Perlu dingatkan bahawa gula, tepung dan minyak akan dinaikkan secara berperingkat-peringkat ke arah untuk menghapuskan subsidi di negara ini dalam masa 3 hingga 5 tahun.

PAS hendak mengingatkan kepada rakyat, bagaimana media diarahkan supaya jangan sama sekali meletakkan tajuk berita “harga barang naik”, ketika ditaklimat pada 15 Julai 2010. Sebaliknya media perlu meletakkan “subsidi dikurangkan”, “rasionalisasi”, menstrukturkan semula supaya rakyat yang tidak faham dan ada yang faham harga barang turun.

Maka tidak hairanlah kepada kita pada hari ini media proksi Umno memainkan isu perpaduan supaya rakyat lupa isu negara yang begitu banyak dan kenaikan harga barang.

PAS hendak memaklumkan kepada semua ahli dan pimpinan PAS supaya fokuskan kerja kita untuk menggantikan Umno di negara ini. Penerangan dan dakwah kepada ahli Umno yang tidak faham perjuangaan PAS perlu dilakukan secara berterusan, usahkan dilayan segala ajakan dan pujuk rayu Umno untuk melamar PAS, kita biarkan cinta Umno tidak berbalas dan biarkan Umno “angau” seorang diri.

Petunjuk ekonomi negara semakin tertekan dengan kadar faedah pinjaman bank dinaikkan. Bank Negara Malaysia pada 8 Julai lalu menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) bagi kali ketiga tahun ini kepada 2.75 peratus.

Susulan itu, bank turut menaikkan Kadar Pinjaman Asas (BLR) dan Kadar Pembiayaan Asas (BFR) masing-masing. Maybank menaikkan BLRnya sebanyak 0.25 peratus kepada 6.30 peratus. Semuanya gara-gara pemimpin negara yang boros dan rasuah sehingga amat dirasai oleh rakyat biasa di negara ini.

Begitu banyak isu-isu negara yang menggambarkan Umno sudah tidak mampu mengemudi negara, antaranya peruntukan saham Bumiputera lesap sebanyak RM52 bilion, jenayah meningkat, anak luar nikah Melayu sahaja 17,303 orang (2009), injin kapal terbang hilang, kapal selam berharga RM1.7 bilion tidak boleh menyelam, hutang negara RM362.4 bilion, serah telaga minyak blok L dan M pada Brunei yang bernilai RM320 bilion (kalau perbelanjaan negeri Kedah RM400 juta, dapat belanja selama 700 tahun), terlepas Pulau Batu Putih kepada Singapura, Pos Malaysia rugi RM227 juta, 217 hektar tanah serah kepada Singapura, serah 50 peratus kepada Singapura untuk membangun Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI), wang Felda susut daripada RM4.08 bilion 2004 hanya tinggal RM1.35 bilion pada tahun 2009, membazir wang rakyat RM77 juta kepada APCO Israel setahun untuk menjadi penasihat komunikasi.

Isu-isu inilah yang perlu disampaikan kepada rakyat, maka jangan kita hiraukan pujukan Umno melalui proksinya, PAS sudah tegas dengan Pakatan Rakyat. PAS tidak akan mencari nahas untuk untuk mencari pasangan hidup dengan orang yang ada masalah kesihatan yang sukar hendak diubat.

Harakahdaily/-

Umno ajar perpecahan, benci antara kaum

10 Syaaban 1431 H
Oleh: Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 21 Julai: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad (gambar) berkata, Umno mengajak kepada pepecahan dengan menanamkan perasaan membenci kaum lain sehingga orang Melayu jauh daripada Islam.

"Tak ada orang yang nak pada perpaduan, semuanya nak perpaduan cuma perpaduan itu nak dibuat atas asas apa," soal beliau petang tadi ketika menghubungi Harakahdaily.

Beliau berkata, Umno belakangan ini baru menguar-uarkan semula agenda perpaduan Melayu setelah rakyat kian berminat pada politik baru PAS dan Pakatan Rakyat.

Manakala, PAS pula, katanya, mengajar orang-orang Melayu dan bukan Melayu supaya kembali bersatu-padu mengikut acuan Islam.

"Masalahnya, Umno mengajak pada pepecahan dengan ajar membenci kaum-kaum lain hingga orang Melayu jauh dari Islam yang PAS perjuangkan, PAS ajak pada Islam," ujarnya mengenai tindakan Umno menggunakan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria kononnya untuk perpaduan PAS dengan Umno.

Bagi Ahli Parlimen Kota Raja, Dr. Siti Mariah Mahmud pula, rancangan Harussani itu seumpama jenaka.

"Saya tak terlibat," ujar beliau sambil ketawa.

Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar secara peribadi turut menafikan bahawa beliau pernah terbabit dengan rancangan Harussani itu."Saya tidak pernah berjumpa mufti itu," ujarnya beliau yang juga AJK PAS Pusat.

Bagi Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar, cadangan Harussani seakan mengikut nasihat Firma Perunding Antarabangsa APCO Worldwide (IAC).

"APCO percaya yang Umno memerlukan PAS untuk PRU13 ini, tindakan Harussani mungkin ke arah itu," ujarnya sambil menafikan bahawa beliau terlibat dengan rancangan Harussani.

Harakahdaily/-

Himpunan Felcra mula terima tekanan

10 Syaaban 1431 H
Oleh: Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 21 Julai: Penganjur Himpunan Warga Felcra Peringkat Kebangsaan Kali Pertama didakwa mula menerima 'tekanan' dari pihak pengerusan Felcra supaya membatalkan himpunan tersebut.

Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman memberitahu antara tekanan yang diterima termasuk mendesak mereka membatalkan program dan memberi amaran kepada warga Felcra agar tidak menghadiri program tersebut.

"Pegawai Felcra buat ugutan kepada Felcra tempat lain agar jangan pergi," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini.

Himpunan yang dijadual 1 Ogos ini bertempat di Felcra Bandar Seberang Perak (Changkat Lada) adalah anjuran Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat.

Pengerusi Felcra, Datuk Tajuddin Abdul Rahman didakwa turut membuat panggilan telefon meminta program tersebut dibatalkan.

Penganjur bagaimanapun, menurut Mazlan tidak akan berganjak dan tetap akan meneruskan program tersebut.

"Kita tetap akan meneruskan program ini walau apa ancaman dan ugutan yang kita terima sekalipun," katanya yang juga pengerusi lajnah tersebut.

Hadir sama pada sidang media itu aktivis Felcra, Datuk Rameli Buyung dan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Felcra, Akmalluddin Mohd Noor.

Dalam pada itu, himpunan akan datang itu juga katanya akan digunakan sebagai medan meyebarkan maklumat berhubung penyelewengan Felda kepada rakyat.

"Kita akan lancar road show, kita akan cetak 200 ribu maklumat ini dan akan diedar rumah ke rumah warga Felda," katanya sambil memegang risalah empat muka surat bertajuk ‘Felda Bankrap?’.

Tindakan tersebut katanya bagi membuktikan dakwaan berhubung penyelewengan Felda yang dibuat anak sebelum ini bukan retorik dan main-main.

Minggu lalu, anak bersama beberapa wakil peneroka Felda dari Pahang, Johor, Negeri Sembilan dan Kedah serta ahli jawatankuasa Anak termasuk Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar telah membuat laporan dakwaan penyelewengan dan salah urus Felda ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pada malam hari yang sama beliau kemudian dipanggil SPRM untuk dirakam keterangan berhubung laporan tersebut di pejabat SPRM Bandar Baru Serting.

Laporan SPRM tersebut dibuat berikutan kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan bahawa kemerosotan rizab tunai Felda merosot daripada RM4.08 bilion pada tahun 2004 kepada hanya RM1.35 bilion pada 2009 diguna kononnya untuk "kebajikan" peneroka.

Ahmad sebelum ini memberitahu RM2 bilion digunakan untuk pembangunan tanam semula, termasuk sara hidup dan pendahuluan hasil, RM603 juta pinjaman pembesaran rumah peneroka, RM662 juta untuk bagunan baru Menara Felda.Bagaimanapun, Anak berpendapat banyak keraguan di sebalik penjelasan tersebut.

Menurutnya, antara dokumen tambahan yang diserahkan adalah berhubung dakwaan pecah amanah, salahguna kuasa dan penyelewengan, antaranya di Felda Sungai Buaya dan Gedangsa di Hulu Selangor dan Felda Lurah Bilut di Pahang.

Mengulas isu debat yang ditolak, Mazlan yang juga AJK PAS Pusat sekali lagi memberitahu, menerima untuk berdialog seperti dikehendaki Ahmad dengan syarat ianya diadakan secara terbuka.

"Kita tak mahu isu yang penting yang perlu diketahui umum dibuat secara tertutup."Saya memang kesal dia menolak debat, pada saya kalau mereka tidak berani bermakna mereka mahu melindungi penyelewengan Felda," katanya.

Surat jawapan menerima dialog itu telah dihantar kepada Ahmad dan mencadangkan tarikh dialog dibuat pada 9 Julai di pejabat Felda Jalan Semarak.

Harakahdaily/-

PAS ulangi pendirian tak kerjasama dengan Umno

10 Syaaban 1431 H

PAS sekali lagi menegaskan bahawa parti itu tidak berhasrat bekerjasama dengan Umno yang didakwanya menjadi sekutu Yahudi- Zionis.

Sehubungan itu, naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyeru seluruh umat Islam dan orang Melayu supaya tidak terperangkap dengan agenda politik murahan Umno yang memukul gendang perpaduan.

“Inilah agenda Umno pada setiap kali sesak nafas mereka akan meminta 'oksigen' dari PAS,” katanya dalam satu kenyataan.

Ahli parlimen Pokok Sena itu juga mengulangi pendirian PAS yang tidak akan bekerjasama dengan Umno yang didakwa menjadi sekutu zionis Yahudi.

“Umno secara jelas melalui pemimpin utamanya yang menguasai kerajaan telah melantik syarikat perunding Apco Worldwide yang merupakan proksi kepada gerakan zionis antarabangsa yang menjaga kepentingan politik Israel dan Amerika sebagai penasihat kerajaan Umno-BN.

“Perbuatan ini satu pengkhianatan kepada perjuangan umat Islam dan rakyat Palestin,” katanya.

Mahfuz juga mengucapkan terima kasih kepada mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang bijak membuat bacaan politik bahawa kuasa politik Melayu Umno akan hilang.

Katanya, kenyataan mufti itu menambahkan lagi keyakinan bahawa PAS mengambil tempat Umno dan memberi harapan baru kepada umat Islam dan bangsa Melayu.

“PAS menyeru seluruh umat Islam dan orang Melayu untuk bersama menyertai PAS bagi memikul tugas baru untuk meletakkan kembali Melayu dan Bumiputera pada landasan yang betul dan membangunkan Malaysia bersama semua kaum sebagai warganegara Malaysia yang bertanggungjawab,” katanya.

Katanya lagi, PAS akan terus memperkukuhkan hubungan dan kerjasama dalam Pakatan Rakyat bagi membina Malaysia baru dan terus melindungi Islam.

Malaysiakini/-

Tolak Harussani, ahli Umno diseru sertai PAS

10 Syaaban 1431 H

PAS menolak cadangan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria untuk menjadi perantaraan antara PAS dan Umno, kata ketua penerangannya, Idris Ahmad.

Sebaliknya, beliau menyeru ahli Umno "yang ikhlas dan sayangkan agama, bangsa dan negara" supaya keluar Umno dan menyertai PAS yang sedang membentuk pemetaan politik baru bersama-sama Pakatan Rakyat.

"Ingatlah Islam selamat, Melayu selamat, bangsa lain selamat, negara pun selamat. Kalau Melayu selamat belum tentu Islam dan negara akan selamat," tegasnya.

Dalam satu kenyataan hari ini, Idris menegaskan bahawa PAS bukan angkuh tetapi "itulah hakikat yang berlaku pada hari ini (ialah) Umno sudah tidak relevan untuk orang Melayu menjadi tempat berteduh".

"Parti yang pernah disebut oleh (mantan perdana menteri) Tun Dr Mahathir (Mohamad) sebagai parti yang busuk sampai usus. Sepatutya Tun kena nasihat supaya ahli Umno keluar beramai-ramai masuk PAS. Apakah logik PAS diseru untuk bersatu dengan Umno.
Penyakit berjangkit

"Sedangkan mereka mengalami penyakit yang berjangkit iaitu penyakit barah rasuah dalaman parti, penyakit khianat kepada amanah rakyat, tidak bertanggungjawab kepada hasil mahsul negara, penyakit hanya memikirkan kepentingan perut semata-mata, penyakit tidak peduli kepada rakyat dengan menaikkan harga barang.

"Apa perlu PAS diajak bersama dengan Umno semata-mata kerana hendak menghulurkan balang oksigen kepada Umno yang semakin kehilangan sokongan terutama Melayu terpelajar dan Melayu yang celik maklumat," tegas Idris (atas, kanan).

PAS, tegasnya, memahami tahap sokongan orang Melayu sudah berubah, maka Umno berdendang dengan irama lama, iaitu kuasa Melayu terancam.

"Apabila sudah nyawa di hujung halqum, baru Umno sedar PAS parti Melayu. Sebelumnya Umno tidak pernah memandang PAS, malah angkuh dengan kuasa untuk menindas sesama bangsa.

'Kuda tunggangan'

"PAS suka mengingatkan kepada Tan Sri Harussani sebagai seorang mufti, antara disiplin mufti kena rujuk al-Quran, hadis, ijmak dan qias dan mengetahui gambaran masalah yang berbangkit, barulah boleh keluarkan fatwa. Barulah fatwa yang dikeluarkan itu dihormati oleh orang ramai.

"Beg

itu juga dalam hal politik, sebelum beliau hendak mengeluarkan pandangan, biarlah buat kajian dahulu, apakah benar kalau PAS dan Umno tidak bersatu kuasa politik melayu terancam," tegas Idris lagi.

Sehubungan itu, katanya, PAS suka mengingatkan Harussani supaya melihat dahulu keputusan pilihanraya 2008 dan siapakah yang mengkhianat kuasa politik Melayu.

"PAS atau Umno. Macam mana kuasa Melayu boleh hilang kuasa sebab semua kerusi Melayu, PAS akan lawan Umno, kalau Umno kalah, PAS menang, PAS Melayu juga. Mana sifir kuasa Melayu terancam.

"Apakah Tan Sri hanya anggap PAS kuda tungangan DAP dan PKR ketika berkongsi kuasa dalam Pakatan Rakyat. Manakah bukti PAS rugi kepada Melayu dan Islam ketika bersama PR," soalnya.

'Tutup surau'

Sebaliknya, kata Idris, PAS boleh membuktikan banyak tindakan Umno bersama rakan-rakan BNnya, yang merugikan agama dan bangsa.

"Tan Sri lupakah yang menutup surau di Seksyen 8 Shah Alam itu dibuat oleh Umno pimpinan (Datuk Seri Dr Mohd) Khir Toyo. Lupakah Tan Sri, yang halau orang Melayu di Kg Berembang dan Kg Plentong Pasir Gudang Johor adalah di bawah Umno.

"Datuk Dr Harun Din, Datuk Ismail Kamus, al-Marhum Datuk Ishak Baharom diburu macam penjenayah kerana hendak menyampaikan ceramah agama ketika Selangor di bawah Umno. Adakah laporan Lim Guan Eng di Pulau Pinang tutup surau sejak memerintah Pulau Pinang," soalnya lagi.

Hakikat yang berlaku, tegasnya ialah, Umno yang menyerahkan kerusi majoriti Melayu kepada bukan Melayu.

"Contohnya, Parlimen Bukit Gantang, pada 2004, Dr Lo lo' PAS lawan Tan Lian Hoe (BN). Kemudian (pada) tahun 2008 Tan Lian Hoe bertanding di Grik melawan Mohd Noor Abd Rahman (PAS). Parlimen Tanjung Malim - Mohd Azman Marjohan PKR lawan Ong Ka Chuan (MCA). DUN Pasir Panjang - Datuk Seri Haji Nizar (PAS) lawan Dr S Vasan (MIC).

"Malah dalam usaha hendak menambah kerusi Melayu, maka PAS bertanding di kerusi (di mana) pengundi Melayu kurang daripada 50 peratus di Parlimen Kota Raja yang ditandingi oleh Dr Mariah (Mahmud). Ini adalah sebahagian contoh yang dikhianati oleh parti Umno yang menjadi kekasih Tan Sri Harussani," katanya.

Malaysiakini/-

Nasha: Jangan terikut-ikut rentak media perdana

10 Syaaban 1431 H

Timbalan presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa meminta pemimpin dan ahli parti itu supaya jangan terikut-ikut dengan rentak yang dimainkan oleh media arus perdana berhubung isu perpaduan PAS-Umno.

"Kebelakangan ini, isu kerjasama antara PAS dan Umno kembali dipaparkan oleh media media arus Perdana sehingga mengelirukan sebahagian ahli PAS dan masyarakat Malaysia umumnya.

"Malah, pihak media telah mendapat beberapa pandangan daripada pemimpin PAS di peringkat pusat, negeri dan kawasan berhubung perkara ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hari ini, Utusan Malaysia menyiarkan di muka depannya laporan yang memetik ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan sebagai berkata Umno dan PAS perlu mempunyai satu pelan damai atas nama Islam supaya persengketaan yang panjang antara kedua-dua parti tersebut berjaya ditamatkan.

Ketua pemuda PAS itu dipetik menulis demikian blognya di bawah tajuk 'Pelan Damai Untuk Umno dan PAS'.

Mengulas lanjut, Nasharuddin berkata: "Kita percaya media-media ini akan menimbulkan persepsi baru sehingga boleh merapuhkan wehdah atau kesatuan dalaman PAS sendiri.

Nasharuddin berkata, PAS masih lagi berpegang dengan ketetapan yang telah dibuat dalam muktamat-muktamar yang lalu.

"PAS akan terus memfokuskan kepada gerak kerja mendepani pilihan raya umum k-13 untuk membentuk kerajaan persekutuan yang baru.

"Saya juga menyeru kepada seluruh pimpinan dan ahli agar dapat melipatgandakan usaha untuk memantapkan organisasi, terutama di peringkat cawangan dan kawasan serta menambah keahlian baru PAS semaksima mungkin," katanya.

Malaysiakini/-

Suaram: Hak asasi semakin buruk di bawah Najib

10 Syaaban 1431 H
Oleh: Christine Chan

Ulangtahun pertama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerajui negara terus dicemari dengan rekod buruknya dalam menangani hak asasi manusia, menurut laporan hak asasi Suaram 2009.

Dilancarkan hari ini, laporan itu memaparkan beberapa pencabulan yang dilakukan oleh kerajaan persekutuan yang diterajui BN.

Penyelaras dan pemantau kumpulan itu, John Liu juga mendakwa salah guna kuasa oleh pegawai agensi penguatkuasaan juga semakin menjadi-jadi.

“Salah guna itu bukan sahaja oleh polis tetapi juga agensi lain seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah malaysia (SPRM) dan terbaru oleh Tentera Udara Diraja Malaysia,” katanya dalam taklimat kepada 30 diplomat, ahli persatuan sivil dan wartawan pada pelancaran laporan itu.

Lapan kematian dalam tahanan pihak berkuasa dicatatkan tahun lalu, dengan tujuh daripadanya ketika berada dalam tahanan polis. Kematian kelapan membabitkan setiausaha politik DAP, Teoh Beng Hock ketika disoal-siasat sebagai saksi oleh SPRM.

Turut membimbangkan adalah jumlah orang ramai yang ditembak mati oleh polis. Pada 2007 terdapat 13 kematian dan jumlah itu bertambah menjadi 82 pada 2008 dan terus meningkat kepada 88 pada tahun lalu.

“Tidak ada seorang pegawai polis yang dipertanggungjawabkan bagi sebarang kematian itu,” katanya.

Liu juga mendakwa kes tidak bertolak ansur dengan orang ramai yang tidak berpuas hati dengan dasar atau keputusan kerajaan semakin menjadi-jadi. Ramai orang awam ditangkap apabila mengambil bahagian dalam perhimpunan yang diadakan secara aman.

“Hampir 1,000 orang ditangkap oleh polis kerana terlibat dengan pelbagai protes yang diadakan secara aman, termasuk upacara memegang lilin, memakai pakaian hitam dan juga mengambil bahagian dengan bermogok lapar,” katanya.

Ketika krisis kerajaan negeri Perak, 167 orang ditangkap pada Mei lalu, manakala 589 orang termasuk mereka yang di bawah umur ditahan pada ralli anti-ISA Ogos lalu.

Tahanan tanpa perbicaraan masih menjadi satu isu, kata Liu.“Pada akhir tahun lalu, sembilan tahanan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) masih dikurung tanpa dibawa ke mahkamah , manakala 1,000 lagi orang masih ditahan di bawah Ordinan Darurat dan juga Akta Dadah Bahaya.”

Malaysiakini/-

Tempat-tempat yg dilarang qada hajat

10 Syaaban 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

Tempat yang dilarang qada’ hajat

1. Di laluan manusia(jalan dsbg) dan tempat berteduh

Sabda Nabi s.a.w : “ Berwaspadalah kamu dengan dua golongan yang dilaknati. Para sahabat bertanya: Siapakah wahai Rasulullah? Nabi s.a.w bersabda: Orang yang qada’ hajat dilaluan manusia atau tempat berteduh”.

Haram qada’ hajat di laluan manusia dan tempat berteduh bagi mazhab Syafie dan Maliki.

2. Dibawah pohon

Mazhab Hanafi, Syafie dan Hambali menyatakan makruh qada’ hajat dibawah pohon yang berbuah. Ulama Syafie menyatakan kerana ia mengotorkan dan menyebabkan timbul rase jijik.

3. Di dalam air

Makruh qada’ hajat didalam air bagi mazhab Hanafi dan Maliki.Mazhab hanafi lebih cenderung kepada haram jika qada’ hajat di dalam air yang tidak mengalir.

Bagi mazhab Syafie dan hambali pula makruh buang air didalam air yang tidak mengalir samada air tersebut banyak atau sedikit.

Adapun bagi air yang mengalir:

Jika mengalir sedikit maka makruh hukumnya.Jika mengalir banyak maka tidak makruh hukumnya.Sekiranya air yang banyak dan mengalir maka hukumnya tidak haram tetapi seeloknya dielakkan.

Imam nawawi mengharamkan pada kesemuanya melainkan pada air yg mengalir yg banyak.

4. Di dalam masjid

Sepakat ulama’ mengatakan haram hukumnya qada’ hajat di dalam masjid, ini adalah sebagai menghormati dan memuliakannya kerana merupakan tempat ibadat. Terdapat hadis sohih mengenai larangan Nabi dari meludah didalam masjid, oleh itu qada’ hajat di dalam masjid lebih-lebih lagi perlu ditegah. Buang air kecil di dalam masjid sekalipun di dalam bekas juga hukumnya haram menurut pendapat jumhur ulama’.

Nabi s.a.w bersabda:
"Masjid2 ini tidak sesuai utk dijadikan tempat kencing dan membuang kotoran2. Ia hanya utk berzikir, solat dan membaca al-Quran.”(Hr Bukhari dan Muslim)

5. Di tempat – tempat yang dimuliakan.

Kata ulama’ Syafie haram qada’ hajat diSofa dan Marwah.Ini kerana ia merupakan tempat yang mulia lagi pulak tempatnya sempit.

6. Di gereja

Terdapat dapat kitab Al-Mawahibul-Jalil karangan Hatob Al-Maliki yang dinukilkan dari kitab Al-Madkhal karangan Al-Haj: Hindarilah dari qada’ hajat di gereja ( tempat ibadat orang bukan Islam) ini adalah kerana supaya mereka juga tidak qada’ hajat di masjid –masjid kita. Seperti mana dilarang memaki tuhan mereka supaya mereka tidak memaki tuhan kita.(108: Al-Anam)

7. Di kubur

Makruh tahrim qada’ hajat di kubur bagi mazhab Hanafi kerana mayat juga akan terasa disakiti sebagaimana orang yang hidup. Mazhab Syafie dan hambali mengatakan haram hukumnya qada’ hajat di kubur. Mazhab Syafie mengatakan haram sekiranya kencing diatas kubur. Adapun sekiranya berdekatan dengan kubur maka tidak haram dan makruh hukumnya kecuali kubur Nabi haram hukumnya samada diatas kubur ataupun berdekatan kubur.

8. Di lubang-lubang atau seumpamanya.

Makruh qada’ hajat diatas lubang-lubang menurut sepakat para ulama’.Ini berdasarkan sebuah riwayat daripada Abdullah bin Sarjas : Bahawasanya Rasulullah melarang buang air kecil di dalam lubang.(Hr Abu Daud) Ini kerana boleh jadi terdapat di dalam lubang tersebut binatang yang akan menggigitnya.

9. Di dalam bekas

Mazhab Syafie berpendapat: tidak mengapa buang air kecil di dalam bekas kerana terdapat hadis Umaimah binti Raqiqah r.a, beliau berkata : “ Nabi s.a.w mempunyai mangkuk yang diperbuat daripada pelepah tamar yang mana Nabi buang air kecil didalamnya dan baginda meletakkannya dibawah katil.(Hr Abu Daud)

cerita org-org yg soleh

10 Syaaban 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

kisah pertama: Kelebihan sangka baik.

Syeikh Abi Said al-Kharraz r.a berkata: Aku masuk ke dlm Masjidil Haram dan aku melihat seorang faqir sedang meminta sesuatu. aku pun berkata dlm hatiku "Perbuatan seperti ini menyusahkan manusia.

" Tiba-tiba dia memandang kearahku dan membaca ayat "Dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah mengetahui apa yg ada yg berada di dalam dirimu maka hendaklah kamu berwaspada terhadapNya."(235: Al-Baqarah) Lalu aku pun beristigfar dalam hatiku.

Maka dia memanggilku dan membaca ayat "Dan Dialah tuhan yg menerima taubat daripada hamba-hambanya dan memaafkan kesalahan2" (25: as-Syura) Kemudian dia hilang begitu sahaja dr pandangan.

ulasan: Firman Allah "Hai org2 beriman hendaklah kamu jauhi kebanyakan sangkaan buruk kerana kebanyakannya adlah memberi dosa..."(12: Al-Hujarat)

Kisah kedua: Karamah seorang wanita.

Setengah org solih berkata: Suatu hari aku berjalan di sebuah pendalaman bersama sebuahgerombolan. Aku melihat seorang wanita berjalan dihadapan gerombolan. Akupun berkata dlm hatiku "Wanita yg lemah ini mendahului gerombolan supaya tidak ketingalan." Aku mengeluarkan beberapa dirham daripada poketku dan aku berkata kepadanya "Ambillah duit ini. Bila gerombolan ini singgah dimana-mana tempat, carilah aku supaya aku mencarikan tunggan untuk kamu naiki.

" Bila saja dia mendengar kata-kataku terus dia menghulurkan tangan kearah langit dan tiba-tiba ditangannya ade beberapa dirham. Dia memberinya kepadaku dan berkata "Kamu ambil duit dari jaib(poket) dan kami ambilnya dr alam gaib."

Ulasan: Firman Allah "Dan Allah memberi rezki dr sumber yg tidak disangka-sangka kepada org yg bertakwa"(3: at-Tolak)

kisah ketiga: Keinginan yg tertunai.

Seorang syeikh berkata: suatu hari aku lalu di tepi sungai furat. Tiba-tiba aku teringinkan ikan yg lembut isinya. Dgn tak semena-mena air meluahkan ikan kearahku dan seorang lelaki berlari ke arahku dan berkata "Boleh saya memanggangnya untkmu." Aku jawab "Ya" Dia memanggangnya dan aku pun memakannya.

Ulasan: "Dan sesiapa yg bertawakkal kepada Allah maka Dialah yg akan mencukupinya."(3: At-Tolak)

Kisah keempat: 1 dibalas 10.

Abu Ja'far bin al-Khottab berkata: Seorang peminta sedekah berada dipintu rumahku. Aku pun bertanya pd isteriku "Apa yg engkau ada?" Dia menjawab "4 biji telor" Aku pun terus berkata "Serahkan semuanya kepadanya" Bila sahaja peminta sedekah tadi pergi, seorang kawanku telah memberikan kepadaku bekas yg mengandungi telor.

Aku bertanya kpd isteriku "Ade berapa telor?" Isteriku menjawab "3o biji" Aku pun berkata "Aik Aku bagi empat tapi yg datang hanya 30; macamane ni?" Isteriku menjawab "Semuanya 40 tapi sepuluh pecah." Dikatakan satu dr 4 yg diberi itu pecah.

ulasan: Firman Allah: "Sesiapa yg melakukan satu kebaikan maka dia akan mendapat 10 balasan seumpamanya."(160: Al-Anam)

Kisah kelima: Simati mentalqinkan sihidup.

Syeikh Najmuddin al-Asbahani r.h telah mengiringi jenazah seorang soleh di Makkah. Bila saja siap dikebumi maka org yg mentalkin duduk mentalkinkan mayat. Tiba-tiba Syeikh Najmuddin ketawa (sedangkan dia jarang ketawa).

Maka temannya bertanya sebab beliau ketawa. Dia memarahi penanya dan menjwabnya selapas peristiwa itu "Aku ketawa hanyalah disebabkan apabila penalqin duduk utk mentalqin; aku mendengar jenazah itu berkata "Adakah kamu tidak pelik apabila org yg mati(hati yg mati) mentalqin org yang hidup (hati yg hidup).?"

Ulasan: Sabda Nabi s.a.w: "Perumpamaan org yg mengingati tuhannya dgn org yg tidak mengingati tuhannya adalah seumpama org yg hidup dan org yg mati.(hr Bukhari)

Hukum sumbangan orang kafir untuk pembinaan masjid

10 Syaaban 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

Dr Amad Syarbadi berkata:

شْتَرَطَ الْفُقَهَاءُ فِي الْوَاهِبِ أَنْ يَكُونَ مِنْ أَهْل التَّبَرُّعِ, وَذَلِكَ بِأَنْ يَكُونَ عَاقِلاً بَالِغًا رَشِيدًا، وَأَنْ يَكُونَ مَالِكًا لِلشَّيْءِ الْمَوْهُوبِ, ولم يشترطوا الإسلام لصحة التبرع.وعليه يجوز للمسلم قبول التبرعات الوافدة من الكفار والمشركين واستعمالها في بناء المساجد أو ترميمها ونحو ذلك.بشرط ألا يترتب على ذلك تدخل ما في شئون المسلمين أو عبادتهم، أو يترتب على ذلك ضرر للمسلمين.

Ulama fekah mensyaratkan orang yang memberi hendaklah layak untuk memberi iaitu orang yang berakal, baligh, boleh menguruskan harta dan memiliki barang yang hendak diberi. Mereka tidak mensyaratkan Islam sebagai syarat sah pemberian. Oleh itu harus bagi orang Islam untuk menerima pemberian dari orang kafir dan orang musyrik serta menggunakannya untuk pembinaan dan membaikpulih masjid dengan syarat tidak menyebabkan orang kafir mencampuri urusan orang Islam atau ibadah mereka ataupun menyebabkan kemudaratan kepada orang Islam.

جاء في متن تنوير الأبصار المطبوع ضمن حاشيته الدر المختار مع الرد المحتار(24/9):"وَشَرَائِطُ صِحَّتِهَا فِي الْوَاهِبِ الْعَقْلُ وَالْبُلُوغُ وَالْمِلْكُ".
{انظر: الرد المحتار(24/9)}.

Dalam kitab fekah mazhab Hanafi Matnu Tanwiril Absar telah menyebut:
“ Dan syarat-syarat sah bagi orang yang memberi adalah berakal, baligh dan

memiliki.”

وجاء في مختصر خليل (ص214):"الهبة: تمليك بلا عوض, ولثواب الآخرة صدقة, وصحت في كل مملوك ينقل ممن له تبرع بها وإن مجهولا".
Dalam kitab fekah mazhab Maliki “Mukhtasar Khalil” menyebut:

“ Pemberian ada memberi pemilikan tanpa ada bayaran. Pemberian untuk mendapat pahala di akhirat adalah sedekah. Pemberian adalah sah (menurut syariat) pada setiap barang yang dimiliki yang dipindah milik dari orang yang berkelayakan untuk memberi sekalipun dari orang yang tidak diketahui.”

وجاء في كفاية الأخيار(2/225):"ويجوز للمسلم والذمي الوصية لعمارة المسجد الأقصى وغيره من المساجد وكذا لعمارة قبور".

Dalam kitab kifayatul Akhyar kitab mazhab Syafie:

“Dan Harus bagi orang Muslim dan orang kafir zimmi untuk mewasiatkan hartanya untuk mengimarahkan masjid Aqsa dan masjid-masjid yang lain. Demikian juga hukumnya mengimarahkan kubur-kubur orang Islam.

قال النووي في المجموع(15/410):"فأما الكافر فوصيته جائزة ذميا كان أو حربيا إذا أوصى بمثل ما يوصى به المسلم".

Imam Nawawi ulama mazhab Syafie berkata dalam kitabnya “Majmuk”:

“Adapun orang kafir diharuskan dia mewasiatkan hartanya samaada kafir zimmi atau kafir harbi (yang berperang dgn orang Islam) sekiranya dia mewasiatkan seperti apa yang diwasiatkan oleh orang Islam.”

Ulasan: Seperti mana orang Islam boleh mewasiatkan hartanya untuk membangunkan masjid begitu juga dengan orang kafir.

جاء في الفروع لابن مفلح الحنبلي(11/478):"وَتَجُوزُ عِمَارَةُ كُلِّ مَسْجِدٍ وَكِسْوَتُهُ وَإِشْعَالُهُ بِمَالِ كُلِّ كَافِرٍ، وَأَنْ يَبْنِيَهُ بِيَدِهِ، ذَكَرَهُ فِي الرِّعَايَةِ وَغَيْرِهَا، وَهُوَ ظَاهِرُ كَلَامِهِمْ فِي وَقْفِهِ عَلَيْهِ وَوَصِيَّتِهِ لَهُ".

Dalam kitab al-Furu’ karangan Ibnu Muflih seorang ulama mazhab Hambali:

“ Dan harus mengimarahkan semua masjid, meletakkan tabir dan memasang api dengan harta mana-mana orang kafir. Begitu juga orang kafir boleh membina masjid dengan ushanya sendiri. Ini disebut dalam kitab ‘ar-Ri’ayah dan kitab-kitab lain. Ini juga sama dengan hukum orang kafir mewakafkan dan mewasiatkan harta untuk masjid.
Dalil-dalil pendapat kebanyakan ulama adalah seperti berikut:

Pertama: Nabi saw menerima hadiah dari orang kafir seperti yang yang disebut dalam kitab sahih Bukhari dan Muslim. Dalam kitab “Mughnil Muhtaj” karangan Syeikh Syarbini seorang Ulama mazhab Syafie:

وَقَبِلَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ هَدِيَّةَ الْمُقَوْقَسِ الْكَافِرِ وَتَسَرَّى مِنْ جُمْلَتِهَا بِمَارِيَةَ الْقِبْطِيَّةِ وَأَوْلَدَهَا".

"Nabi saw telah menerima hadiah dari Muqauqis seorang raja yang kafir. Termasuk dari hadiah tersebut adalah Mariah Qibtiyyah dan anak-anaknya.”

Sesungguhnya Imam Bukhari dalam kitab sahihnya telah meletakkan satu tajuk “bab menerima hadiah orang-orang musyrikin” dan telah membawa beberapa hadis, diantaranya:

1. ما رواه أنس بن مالك رضي الله عنه أن يهودية أتت النبي صلى الله عليه وسلم بشاة مسمومة فأكل منها، فجيء بها فقيل: ألا نقتلها؟ قال:"لا". فما زلت أعرفها في لهوات رسول الله صلى الله عليه وسلم.{رواه البخاري}.

1.kafir zimmi atau kafir harb0a mewasiatkan hartanya samaada kafir zimmi atau kafir harb0dari orang yang berkelayakan untuk meHadis riwayat Anas bin Malil ra, sesungguhnya seorang Yahudi wanita berjumpa Nabi saw membawa kambing yang diletak racun. Nabi saw pun makan. Kemudian wanita tersebut dibawa kepada Nabi saw dan baginda ditanya “ Apakah perlu kita membunuhnya?” Nabi saw menjawab “Tidak perlu.” Anas berkata “ Aku sentiasa ingat daging kambing itu berada dalam mulut Nabi saw.”

Hadis sahih riwayat Bukhari.

2. قال أنس رضي الله عنه: أهدي للنبي صلى الله عليه وسلم جبة سندس وكان ينهى عن الحرير، فعجب الناس منها، فقال:"والذي نفس محمد بيده لمناديل سعد بن معاذ في الجنة أحسن من هذا"

Anas bin Malik ra berkata: Nabi saw dihadiahkan jubah diperbuat dari kain sundus dan sebelum itu Nabi saw telah melarang lelaki dari memakai kain sutera. Lalu orang ramai kagum dengan kain tersebut. Nabi saw pun bersabda “ Dan demi tuhan yang mana diriku dalam kekuasaannya , sesungguhnya kain sapu tangan Saad bin Muaz dalam syurga lebih baik dari kain ini.”

Hadis riwayat Bukhari.

Kedua: Menerima pemberian dari orang kafir adalah satu bentuk muamalat yang baik yang mana Allah telah disebut dalam ayat berikut:

لا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ"[الممتحنة:8]

“ Allah swt tidak menegah kamu dari berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang kafir yang tidak memerangi kamu dan tidak menghalau kamu dari tanah air kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.”

Ketiga: Menerima pemberian dari orang kafir adalah dapat mengurangkan kejahatan mereka di muka bumi.

KESIMPULAN: HARUS MENERIMA SUMBANGAN DARI ORANG KAFIR UNTUK PEMBINAAN MASJID.

Deman panas UMNO makin teruk.

10 Syaaban 1431H.
Drs. Khalil Idham Lim

Kenyataan Ketua Dewan pemuda PAS Pusat, Ust. Nasrudin Hassan yang telah diputar belit oleh media pro UMNO terus mendapat ulasan yang bukan-bukan dari pemimpin UMNO. Ulasan yang disifatkan jauh dari kenyataan sebenar bila kononnya dilaporkan Ust Nasrudin dikatakan mengeluarkan kenyataan UMNO dan Pas perlu segera menamatkan persengketaan melalui satu pelan damai

Semakin pening bila ada yang berkata itu semua akan menghidupkan kembali harapan orang Melayu untuk melihat kedua-dua parti itu bersatu. Seperti dipetik dari Timbalan Pengerusi Tetap UMNO, Datuk Mohamed Aziz yang berkata, kenyataan Ketua Dewan Pemuda Pas itu boleh disifatkan sebagai isyarat positif bahawa Pas juga mahukan perdamaian sama seperti UMNO.

Inilah satu lagi bukti UMNO yang semakin teruk "demam panas"nya sehingga meracau terlalu jauh dari apa yang sebenarnya diucapkan oleh Ketua pemuda PAs Pusat itu.

Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan sebenarnya mengajak UMNO menyertai Pakatan Rakyat jika benar ingin memperjuangkan perpaduan di negara ini dan bukannya PAS bersama-sama Umno dalam Barisan Nasional.

Ia berbeza sama sekali dengan nada laporan yang dibuat Utusan di muka depan akhbar Umno itu kelmarin yang membayangkan seolah-olah Ketua Pemuida PAS itu setuju bersatu dengan Umno dalam BN.

Dalam laporan yang tidak bertanggun jawab itu , Utusan telah memetik tulisan Nasrudin itu dan melaporkannya dengan tajuk "Umno, PAS perlu pelan damai".

Putar belit dari utusan itu segera di jawab oleh Ust. Nasrudin dalam harakahdaily pada hari yang sama.

Sesungguhya putar belit dari media UMNO dan kenyataan yang dibuat oleh pimpinan UMNO mengenai Isu yang sama, termasuklah kesungguhan "Mufti UMNO", Harussani yang bercakap perkara yang sama untuk menjadi jambatan adalah bukti UMNO sudah kekeringan modal dan dalam keadaan amat tersedak.

UMNO sudah hampir karam dalam keadaan mereka sesama sendiri berbalah dan dalam keadaan kucar kacir dalam BN yang memperlihatkan rapuhnya gabungan BN untuk kekal berkuasa dimasa akan datang.

Awas, UMNO dalam kadaan lemas dan sedang mencari tempat berpaut.

Kerana itu saya kira sudah sampai masanya seperti yang dicadangkan supaya UMNO kembali insaf dengan kesilapan yang telah mereka lakukan lebih 50 tahun lepas.

Saya cadangkan supaya UMNO segera dibubar atau bergabunglah dengan Pakatan Rakyat demi untuk menjain masa depan Malaysia yang lebih gemilang. Waktu masih berlum terlabat.

Atau mereka akan ditolak oleh rakyat Malaysia dalam PRU ke 13 akan datang , dan itulah keyakinan yang ada pada diri saya.