18 July 2010

Hapus cukai 5 tahun jika Pakatan jadi kerajaan

6 Syaaban 1431H.
Harakahdaily.

KUALA KRAI, 17 Julai: Pakatan Rakyat sedia mencari jalan untuk memansuhkan cukai selama lima tahun sekiranya rakyat sedia memberi mandat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kelak.

Demikian tawaran AJK PAS Pusat yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan, Datuk Husam Musa (gambar) semalam pada suatu majlis Pakatan Rakyat negeri di sini.

"Kalau Pakatan Rakyat dapat ambil alih (kerajaan) Pusat lepas PRU13, cukai pendapatan akan dimansuhkan sepenggal atau sekurang-kurangnya kakitangan kerajaan tak perlu bayar sepenggal," ujar beliau.

Menurut beliau, kepemimpinan Pakatan Rakyat mempunyai formula tersendiri untuk urus tadbir kewangan negara secara adil, dinamik dan tidak membebankan rakyat.

Disebabkan itu, beliau menganggap langkah pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri menaikkan harga barangan asasi rakyat sebagai tindakan yang tidak bijak serta tidak menguntungkan rakyat.

Katanya lagi, kerajaan sepatutnya mengutamakan keperluan rakyat dengan menangguhkan beberapa projek mega yang nyata menguntungkan pihak tertentu semata-mata.

Tidak cukup dengan itu, beliau turut menganggap pentadbiran Najib bertindak menipu rakyat kerana tidak terlebih dahulu membawa cadangan menaikkan harga minyak RON95, diesel, gula dan petroleum gas cecair (LPG) ke Dewan Rakyat baru-baru ini.

Tambahnya, indakan Najib yang juga Menteri Kewangan I mengumumkan kenaikan harga beberapa barangan tersebut sejurus selesai sidang Dewan Rakyat seolah-olah tidak mengiktiraf kedudukan Dewan Rakyat dalam sistem demokrasi negara.

Impak dari kenaikan harga beberapa komoditi tersebut, katanya lagi, meninggalkan kesan berantai seperti inflasi yang nyata cukup menghimpit kehidupan kaum nelayan, petani, peniaga hatta pengguna sendiri.

Turut hadir mengisi pentas bantahan adalah Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman (Adun Mengkebang), Bendahari PAS Pusat, Dr. Mohd Hatta Ramli (Ahli Parlimen Kuala Krai) serta Tony Phua (Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara).

Ulasan Cina Islam : Saya fikir kenyataan diatas bukan lah rethorik dan omong kosong kerana ianya tidak mustahil untuk dilaksanakan sekiranya macdat rakyat telah berada ditangan Pakatan Rakyat.

Bayangkan tahi hutang peninggalan UBN di kelantan telah dapat dilunasi secara lancar dan baik di Kelantan, merupakan satu realiti yang saya kira menyakin Dato' Husam mengeluarkan pandangan diatas..

Hukum Alcohol..

6 Syaaban 1431H.
Oleh : Akhisalman.

Terdapat banyak pertanyaan tentang penggunaan minyak wangi beralkohol. Disini saya membawa sedikit berkenaan dengan perbincangan hukum alkohol..

Ulama berselisih pendapat berkenaan dengan hakikat alkohol ini diantara ianya bahan beracun atau bahan memabukkan..

Jika ianya bahan beracun maka jelas sepakat para ulama kata ia adalah benda yg bersih tidak najis dan boleh dibawa dalam solat..

Adapun sekiranya ia adalah bahan yang memabukkan maka ade 2 pendapat yang kuat dalam masalah ini. Tetapi mereka bersepakat berkata alkohol yangg memabukkan haram diminum. adapun yang 2 pendapat ini adalah adakah ia najis ataupun bersih..2 pendapat itu seperti berikut:

Pendapat pertama: Mereka mengatakan arak dan juga cecair yang memabukkan adalah najis. Ini adalah pendapat utama dlm Mazhb Maliki, Hanafi, Syafie dan Hambali.
Dalil: Mereka menggunakan ayat dibawah:

إنما الخمر والميسر والأنصاب والأزلام رجس

Ayat ini jelas menunjukkan kapad arak adalah najis berdasarkn kalimah رجس yg bermaksud najis.

Pendapat kedua: Arak dan seumpamnya tidak najis. Ini pendapat Imam Rabie tok guru Imam Malik, Imam Laith bin Saad, Muzani murid imam utama Syafie, Imam Syaukani, Sun'ani, sidiq hasan khan dlm kitab (Raudah alBahiyah) dan Syeikh Rashid Redo.

Dalil:

1.Perkataan رجس dalam Quran adalah najis dr segi makanawi sahaja seperti najisnya orang kafir.

2. Asal bagi sesuatu adalah suci. Tidak ada Nas yang sahih yang menyatakan ianya najis.

3. Para sahabat telah menuang arak di jalan di Madinah sebaik sahaja datang ayat yang menyatakan ianya haram diminum.

Kesimpulan: Syeikh Atiah Saqor (gambar) mantan Mufti Mesir dlm Fatwanya telah memilih pendapat yang kedua.

Kalauu kita lebih warak kita guna pendapat yang pertama. Tak perlulah kita taksub mana-mana pendapat. Kedua-duanya adalah ijtihad para ulama yang muktabar.


Sains dan Al-Quran

6 Syaaban 1431H.
Oleh : Akhisalman

Di ruang ini, saya akan menulis tentang satu ketetapan alam yang telah disebut dalam al-Quran. Ia telah diperakui oleh para saintis masa kini.. diantara mukjizat sains al-Quran adalah seperti berikut:

1. Langit dan bumi asalnya bergabung.

Firman Allah s.w.t:

Maksudnya: "Dan apakah orang-orang kafir tidakk mengetahui bahawa lngit dan bumi keduanya dahulunya bersatu, kemudian kami pisahkan antara keduanya, dan kami jadikan segala sesuatu yang hidup berasal dari air, mengapa mereka tidak beriman?" (Anbiya: 30)

Ini menunjukkan langit dan bumi adalah bersatu, kemudian Allah memisahkan keduanya.

Pengakuan dari Ahli sains:

Ahli kaji bintang telah menyatakan permulaan alam ini pd 13.7 juta yg lepas. Ini berdasarkan laporan oleh pusat angkasa lepas Amerika Syarikat (NASA) yang menyatakan telah berlaku peristiwa BIG BANG(berpisahnya langit dan bumi).

Dr Roger (seorang pakar astronomi dari Amerika) berkata:

Semua petunjuk dan bukti menunjukkan kepada bahwa bumi dan langit asalnya adalah satu jisim, kemudian ianya berpisah.

2. percakapan di langit

Firman Allah s.w.t:

Maksudnya: Dia (Muhammad) berkata: "Tuhanku mengetahui semua perkataan di langit dan di bumi; dan dia Maha mendengar lagi maha mengetahui" (Anbiya: 4)

Ayat ini menunjukkan pada adanya percakapan di langit seperti adanya percakapan di bumi.

Untuk menunjukkan benarnya perkara ini saya bawakan satu kisah:

seorang angkasawan ketika dia ke bulan dia mendegar perkataan yg dia tidak dia faham. Bila dia turun ke bumi dia mendengar suara yang sama.. lalu dia bertanya tentang kalam itu.. rupanya suara itu adalah Azan solat..dengan serta merta terus dia masuk Islam..

3. Tanah bergoncang bila turunnya hujan.

Firman Allah s.w.t:

Dan engkau lihat bumi itu diam tidak bergerak, maka apabila turunnya air hujan ia akan bergerak, berkembang dan menumbuhkan bermacam-macam tumbuhan yang indah. (Haj: 5)

Ini menunjukkan kepada tanah itu bergerak apabila hujan turun.

Dalam persidangan yang pertama di Islamabad, seorang ahli botani Dr Qutb amir faragli telah meyatakan:

(antaranya) Apabila hujan turun mengenai tanah, berlakulah cas elekterik pada zarah-zarah tanah. Cas elekterik ini mengakibatkan keadaan pergeseran diantara zarah2 tanah. Maka zarah-zarah tanah ini bergegar dan bergerak..

Rujukan dari kitab Mausuah Zahabiah fi I'jazil Quran al-Karim Wa Sunnah Nabawiyah.

Musibah terhadap seseorang boleh mendidik

6 Syaaban 1431H.
Ahmad Baei Jaafar

Setiap orang tidak ada jaminan untuk selamat daripada ujian Allah. Ujian itu didatangkan Allah mengikut tahap iman seseorang. Orang awam tentu ujian terhadapnya lebih ringan daripada ujian terhadap ulama. Oleh sebab itu ujian Allah tidak sama antara seseorang dengan seorang yang lain.

Jenis-Jenis Musibah dan Tujuan Allah datangkan kepada seseroang adalah:



























Jenis


Bila boleh berlaku


Tujuan


Firman Allah


Bala’


Apabila orang yang jahat melakukan kejahatan.


Dihina di dunia sebelum dihina di akhirat.



Allah berfirman yang bermaksud: “Dan sesungguhnya Kami telah menghukum (firaun dan) kaumnya dengan (mendatangkan) musim kemarau yang panjang dan kekurangan buah-buahan, supaya mereka mengambil pelajaran.” (Surah al-Araf 7: 130)


Ibtila’


Apabila orang yang baik melakukan kebaikan.


Sebagai ujian dan meningkatkan darjatnya sebagai orang Mukmin.



Allah berfirman yang bermaksud: “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: ‘Kami telah beriman’, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang yang dusta.” (Surah al-Ankabut 29: 2-3)


Kafarah


Apabila orang yang baik melakukan kejahatan.


Supaya mereka kembali kepada Allah iaitu bertaubat.



Allah berfirman yang bermaksud: “Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.” (Surah al-Anbiya’ 21: 35)



Umat Islam yang didatangkan musibah kadang-kadang putus asa dan tidak sanggup hidup menderita. Padahal kalau dia bersabar dan membuat perubahan, mereka dijamin syurga. Namun realiti umat Islam kini tidak begitu, mereka lebih sanggup mati awal sebelum diuji. Sedangkan Allah menegaskan seseorang yang diuji itu adalah untuk meningkatkan iman mereka.



Beruntunglah mereka yang melihat positif kepada ujian atau musibah yang menimpa terhadap dirinya kerana dengan ini dia berpeluang membuat perubahan pada dirinya baik dalaman mahupun luaran.

--
Dicatat Oleh Ahmad Baei Jaafar ke Fikrah Islamiah di 7/18/2010 12:06:00 AM.





AYOH PAKATAN RAKYAT, HALANG NAJIB DARI TERUS MENZALIMI RAKYAT

6 Syaaban 1431H.
Oleh: WFAUZDIN NS

AKHIRNYA, rakyat tiada pilihan lain lagi. Mereka kini mengharapkan Pakatan Rakyat (PR) untuk membela nasib mereka setelah ramai di antara mereka tertipu kununnya Umno akan berubah di bawah Najib. Kezaliman pemimpin negara sewaktu di era Tun Mahathir, diwarisi pula oleh Pak Lah yang menggunakan Islam Hadharinya untuk menipu rakyat, kini terus diwarisi pula oleh Najib dengan `Rakyat Didahulukan'. Kesemua mereka itu telah berjaya menipu rakyat dengan slogan yang manis umpama gula.

Di zaman Pak Lah, kenaikan harga Petrol dan Diesel menyebabkan beliau `jatuh tersungkur' dari kerusi PM, bahkan kehilangan 5 buah negeri di dalam Pilihanraya Umum ke 12. Pewarisnya Najib tampil dengan pengakuan kununnya Umno akan berubah dan `Rakyat Didahulukan'. Saya tidak mahu ulas tentang `Pencapaian Diutamakan' kerana mana ada pencapaian di zaman Najib?

Kenaikan harga petrol, diesel, gula dan gas serentak diumumkan di tengah malam benar-benar menyakitkan hati rakyat. Paling menyakitkan lagi apabila Najib memberi alasan bahawa kenaikan itu adalah untuk kebaikan rakyat. Kununnya apa jua yang Najib lakukan semuanya untuk kebaikan rakyat termasuk kerjasama dengan Apco. Mungkin juga lesen judi sukan yang ingin beliau luluskan nanti adalah juga untuk kebaikan rakyat.

Malang sungguh, sedih sungguh apabila ada lagi orang-orang Melayu terutamanya yang hidup susah merempat yang menyokong Umno. Berapa banyak lagi yang mereka ingin lihat kerajaan ditunjangi oleh Umno ini menghisap darah mereka baru mereka mahu sedar? Kenaikan harga petrol, diesel, gula dan gas yang diumumkan oleh Najib itu itu masih tidak boleh menjadikan otak mereka cerdik untuk berfikir. Mereka mudah terpedaya dengan cerita bahawa di negara lain harga keperluan tersebut jauh lebih tinggi. Samalah juga apabila seorang ayah amat berpuas hati apabila anaknya belajar di sekolah rendah dengan mendapat kedudukan No. 20 di dalam kelas, kerana baginya anaknya lebih baik dari anak orang lain yang mendapat kedudukan No. 30.

Bayangkan jika harga petrol/diesel sudah naik, apakah harga barang tidak mendapat sebarang kesan? Jika harga gula juga naik begitu banyak, adakah harga makanan lain tidak mendapat kesannya? Ini pun mereka tidak boleh fikir lagi? Harga pasaran minyak di dunia naik atau turun kita bukan bertambah senang tetapi semakin susah. Kita merasakan seolah-olah negara kita sama seperti Thailand yang langsung tiada sumber minyak.

Pakatan Rakyat nampaknya tidak lagi boleh berdiam diri dengan kezaliman ini. Nasib rakyat mestilah dibela walau dengan apa cara sekali pun. Rancanglah sesuatu agar Najib sedar dari keegoannya dan rakyat akan tahu wajah Umno yang dikatakan telah berubah itu. /wfauzdin.blogspot.com

Penyelarasan Subsidi : Satu Pandangan

6 Syaaban 1431H.
HASANHUSAINI,

Tanggal 4 jun 2008, Perdana Menteri malaysia mengumumkan kenaikan harga minyak yang memecahkan rekod kenaikan harga bahan bakar itu, petrol 78 sen dan RM 1 bagi diesel. Mungkin itulah tanda terima kasih beliau kepada penyokong setia kerajaan dan mungkin juga sebagai ancaman kerana mempercayai janji Pakatan Rakyat. Walaupun alasan yang diberi ialah kerana kenaikan harga bahan mentah itu di pasaran antarabangsa.

Sehubungan dengan itu, ramailah yang bangkit menentang, berpiket dan menganjurkan tunjuk perasaan. Tidak kurang juga yang bersedia dengan pelan perancangan hidup baru, mungkin merancang untuk kembali menunggang motosikal, berbasikal atau bersunnah dengan menunggang kuda. Yang malang ialah mereka yang bersetuju malah membela keputusan kerajaan menaikkan harga emas cecair itu.

Julai 2010. Harga barang naik lagi dengan alasan penyelarasan subsidi. Pelik benar. Andai penjimatan yang menjadi agenda utama, maka bukanlah pakcik dan makcik dikampung yang perlu diajak berjimat. Bahkan para pembesar nun disinggahsana yang wajib turun merasai bagaimana lazatnya nasi putih beras usang bersama ulam pucuk ubi kayu.

Saya menulis pada hari ini bukan untuk membahaskan dari sudut akademik atau politik jauh sekali dalam bidang ekonomi. Bahkan berpandukan pengalaman cetek ketika berkunjung di negara sejawatan dengan Malaysia sebagai pengeluar minyak, Saudi. Harga minyak di Saudi jauh berbeza dengan harga di Malaysia. Rs 10 mampu memulangkan lebih 20 liter petrol. Tak perlu beralasan bahawa kita membeli minyak dari luar. Yang penting negara kita adalah negara pengeluar minyak.

Bukan sekadar itu, negara kita juga terkenal dengan negara pengeluar minyak sawit terbesar dunia. Di mana keuntungan semua itu? Di mana keuntungan sawit? Di mana keuntungan getah? Di mana keuntungan minyak mentah?

Maka untuk menutup kemarahan rakyat, PM pun mengarahkan media adar tidak menggunakan istilah harga barang naik. Kalimah itu digantikan dengan penyelarasan subsidi. Ustaz dan ustazah pula diarahkan menyelinap masuk dalam masyarakat samada dalam media elektronik, media cetak, malah terjun dalam dunia realiti ke kampung dan desa untuk menyampaikan ceramah dan forum supaya berjimat cermat.

Maka berbondon-bondonlah ustaz dan ustazah Hadhari tampil dengan upah yang tinggi, berkereta besar pergi berceramah ke kampung kepada pakcik dan makcik yang sudah puluhan tahun mengira biji beras, berjimat cermat untuk menjaga anak-anak yang bakal meneruskan hidup. Sedangkan panel penceramah, penganjur, ahli vip yang hadir serta penganjur masih dalam dunia membazir.

Ketahuilah bahawa Allah tidak pernah sekali-kali mempersaudarakan manusia yang zalim dengan syaitan, keculai kepada si pembazir, maka Allah berfirman, “ Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara bagi syaitan-syaitan”.

Suka untuk saya tegaskan pada hari ini, golongan yang patut ditegur ialah para pembesar negara yang secara zalimnya meletakkan beban kepada rakyat sedangkan mereka masih bersenang-lenang dengan pangkat dan harta yang bertimbun bahkan masih menerima elaun dan dividen serta keistimewaan yang keterlaluan.

Kenyataan seorang 'orang besar kerajaan' pada Jun 2008, "Tidak relevan memotong elaun menteri, bukan sampai bilion pun". Ya, memang rakyat tahu, elaun menteri tak sampai billion, sebab itulah rakyat nak ia dipotong. Mana kesanggupan pemimpin untuk bersama rakyat kalu masih menikmati elaun ?

Pada hari ini, 17 Julai 2010, seorang Menteri juga beralasan dengan cara yang tidak cerdik mengatakan bahawa tidak patut untuk negara membelanjakan 1 Bilion demi memberi subsudi kepada barangan yang boleh membawa penyakit.

Dalam usaha menjaga ekonomi negara, kerajaan lebih rela meletakkan beban yang berat ini ke atas rakyat bawahan yang cukup lemah. Sedangkan, dalam masa yang sama, sebuah istana benilai hampir satu billion ringgit sedang dibina. Walhal istana lama masih 100 kali lebih mewah dari rumah paling cantik di desa sana.

Saya amat tertarik dengan kisah Imam Nawawi yang dibuang negeri setelah beliau enggan untuk memberi fatwa untuk mengharuskan Raja Zahir mengambil harta rakyat untuk mencukupkan kelangkapan perang demi mempertahankan negara. Sekali imbas, patut bagi si raja untuk mengambil harta rakyatnya pada waktu itu. Tapi, kecerdikan Imam Nawawi tidak seperti ustaz dan ustazah Hadhari yang mudah ditipu oleh ketamakan pemerintah. Beliau berhujjah bahawa beliau akan membenarkan si raja mengambil harta rakyat jika gedung kekayaan istana dikosongkan, gundik-gundik dibebaskan dan segala kemewahan ditinggalkan namun kelengkapan perang masih belum mencukupi. Maka raja naik marah lantas membuang Imam Nawawi ke luar negeri.

Begitu juga dengan kisah seorang sahabat yang dihantar untuk menjadi gabenor di salah sebuah wilayah islam. Maka apabila tiba musim pembahagian zakat, nama si gabenor tadi berada di tangga teratas senarai penerima zakat lantaran kemiskinan beliau kerana senantiasa meninggalkan kesenangan dan keperluan diri serta keluarga semata-mata untuk membantu rakyat jelata. Samalah juga tentang apa yang berlaku pada Khalifah Umar Khattab yang terlebih dahulu mengorbankan kesenangan diri sebelum meminta rakyat berjimat cermat apabila tiba musim kemarau, Musim Ramadh, selama hampir 9 bulan. Sepanjang temoh itu, Saidina Umar tidak memakan keju, meminum susu bahkan memakan daging. Rasulullah sendiri yang sememangnya menjadi contoh tauladan kepada umat islam hidup dalam keadaan sederhana.

Itulah gaya sebenar seorang pemimpin. Terlebih dahulu mengorbankan kesenangan sendiri, bukan hanya dengan mudah meletakkan beban kepada rakyat. Sedangkan diri sendiri masih sempat untuk bermain golf, menunggang kuda, bercuti ke luar negara dengan dibiaya duit Rakyat! Bagaimana patut pemimpin negara berpesta dengan berhabis jutaan ringgit sedangkan rakyat miskin yang tidak mempunyai pendapatan tetap dan tanpa apa-apa skim yang menaungi sedang mengikat perut membilang biji beras ekoran kenaikan harga gula dan kenaikan mendadak harga minyak.

Tertarik saya untuk mengikuti jejak langkah Imam Nawawi menegur Pembesar Negara supaya terlebih dahulu berjimat sebelum melepaskan beban itu kepada rakyat. Tinggalkan dahulu istana besar, kecilkan dahulu poket tebal menteri-menteri, hilangkan dahulu skim eksekutif dan eklusif yang melindungi para menteri, jual dahulu saham-saham individu yang bernilai jutaan ringgit. Hilangkan dahulu sifat pentingkan diri para pembesar dengan mengosongkan garaj kereta mewah dan eksotik pembesar negara. Patutkah seorang pemimpin masih bermewah mengurniakan pangkat bermewah-mewah berpesta saat rakyat mereka menderita.

Bayangkan Dato Seri Najib berucap supaya rakyat berjimat, sedangkan dia sejurus kemudian menyantap di meja mewah berasama orang-orang besar kerajaan? Dari mana duit untuk membayar makanan itu? Bukankah ianya hasil dari penjimatan pakcik dan makcik yang hanya makan nasi berulamkan pucuk ubi kayu? Bukankah lagi patut Dato Seri Najib meniru gaya seorang MB yang hanya makan nasi goreng dalam polisterin?

Wahai rakyat Malaysia, sedarlah bahawa anda semua sedang diperbodohkan oleh pemimpin yang kamu junjung. Anda di desa telah puluhan tahun berjimat-cermat, sedangkan mereka masih sempat bermewah. Patutkah anda memilih mereka untuk kesekiankalinya?

HASANHUSAINI,
Darul Muttaqin, Mu'tah, Jordan.
www.hasanhusaini.com

PAS seru naikkan kain rentang protes kenaikan

5 Syaaban 1431H.
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 16 Julai: PAS menyeru semua jentera penerangannya menaikkan kain rentang di pelusuk kampung sebagai tanda protes kenaikan harga barangan mengejut tengah malam tadi.

Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad berkata, tindakan itu juga bagi menyedarkan rakyat betapa 'prihatinya' pemimpin Umno kepada rakyat.

" Slogan “Terima kasih kepada kerajaan BN yang menaikkan harga minyak dan gula, “Bahagianya Rakyat Tanpamu BN” hendaklah dinaikkan untuk menanamkan kesedaran sivik dan politik di negara ini," katanya dalam satu kenyataan.

Selain itu beliau turut menyeru kerajaan Umno BN agar menyerahkan kuasa secara terhormat kepada Pakatan Rakyat untuk mentadbir negara dengan lebih baik.

Pakatan Rakayat di beberapa negeri yang dikuasai katanya, telah menunjukkan kebolehan menjaga rakyat dengan lebih baik berbanding kerajaan Umno.

"Contohnya Kedah yang terpaksa memikul bebanan hutang dan pembaziran di zaman Umno 52 tahun hampir RM3 bilion, masih mampu urus tadbir dengan baik, begitu juga dengan Kelantan yang berjaya mentadbir selama 20 tahun.

"Ketika Kerajaan BN yang hampir lumpuh dari segi kewangan untuk mentadbir negara, tiba-tiba kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor mencari berbagai idea untuk mengagihkan kekayaan negeri kepada rakyat seperti percuma, tusyen percuma, skim Kifalah, Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS), manaka BN pula merancang bagaimana hendak naik tarif air, tol, eletrik," katanya lagi.

Semalam, kerajaan mengumumkan kenaikan harga petrol sebanyak 5 sen menjadikan harga petrol Ron 95 RM1.85 sen dan gula sebanyak 25 sen menjadi RM 1.90 sen.

Menurut Idris lagi, Pas merasa pelik dengan pengumuman dibuat Najib, sedangkan beliau dengan rasa bangga sebelum ini menyatakan pertumbuhan ekonomi sebanyak 10.1 peratus dalam suku pertama 2010, pencapain terbaik dalam dekad ini.

"Sepatutnya sebagai kerajaan, ia perlu memikirkan bagaimana hendak menyenangkan rakyat di bawah jagaan mereka, sebaliknya kerajaan hari ini membebankan rakyat.

"Nampaknya kerajaan BN kontang idea untuk membaiki taraf hidup rakyat, yang mereka fikir naik harga barang dan sama ekor," katanya.

Tambahnya perkara ini dapat dielak jika kerajaan pada hari ini mengatasi masalah rasuah dan kroni.

Editor diarah elakkan perkataan 'barang naik'

5 Syaaban 1431H.

Dalam usaha mengelakkan kecaman rakyat terhadap pengumuman kenaikan 5-dalam-1 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam, semua media yang dikawal kerajaan diingatkan supaya tidak menggunakan perkatan 'barang naik' dalam laporan mereka.

Ketika taklimat di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, petang semalam, pengarang berkali-kali diingatkan agar perkataan "barang naik" itu perlu dielakkan.

Sebaliknya, mereka diberitahu supaya menggunakan “pelarasan harga” atau “rasionalisasi subsidi”.

Taklimat berkenaan dikendalikan oleh penasihat media perdana menteri dan editor berkenaan memberitahu Malaysiakini ia dijalankan dalam suasana yang mesra.

"Mereka secara hormat memohon kita supaya bekerjasama tetapi permintaan seperti itu sukar jika tidak dilayan,” kata seorang daripada editor itu.

Media juga digalakkan oleh penasihat berkenaan supaya menjelaskan “rasional pengurangan subsidi" dalam laporan berita mereka dan juga menekankan bahawa harga gula dan bahanapi di Malaysia masih yang terendah di rantau ini.

Jangan buat tinjauan rambang

Mereka juga diingatkan supaya tidak membuat tinjauan rambang di kalangan rakyat berhubung kenaikkan harga itu dan beberapa media 'diminta' mendapatkan pandangan daripada NGO dan persatuan pengguna yang mesra dengan kerajaan.

Yang menarik, penasihat media perdana menteri juga mengarahkan akhbar supaya tidak menganggap pengurangan subsidi itu sebagai “penjimatan kerajaan” dalam laporan mereka.

"Menurut pegawai berkenaan, perkataan seumpama itu akan menimbulkan tanda tanya di kalangan rakyat - ke mana penjimatan dibelanjakan. Tumpuan adalah memberikan penekanan kepada pengurangan perbelanjaan dan bukannya penjimatan,” kata sumber itu.

Pada 2005, pentadbiran Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mendakwa pengurangan subsidi untuk air, tenaga dan bahanapi membantu kerajaan berjimat RM4.6 bilion.

Abdullah berjanji “penjimatan” akan dibelanjakan bagi memperbaiki pengangkutan awam tetapi pengkritik mendakwa tiada bukti wang berkenaan dibelanjakan untuk tujuan tersebut.

Puji 'keberanian' Najib

Seorang penasihat media itu juga mencadangkan supaya akhbar juga memuji 'keberanian' Najib dalam mengurangkan subsidi.

Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, kenaikkan harga barangan kali ini dirancang dengan teliti agar rakyat tidak berang apabila harga bahanapi, gula dan gas dinaikkan serentak.

Alasan yang diberikan juga dirancang dengan teliti - menurut Najib tindakan itu perlu bagi menangani defisit kerajaan, membanteras penyeludupan dan menggalakan rakyat hidup sihat dengan mengurangkan pengambilan gula.

Katanya, wang berkenaan akan dibelanjakan bagi memastikan rakyat mendapat perkhidmatan kesihatan dan pendidikan yang lebih baik.

Walaupun pengarang diberi taklimat pada jam 4 petang, mereka diarahkan supaya mematuhi embargo, termasuk edisi online - sehingga kerajaan mengeluarkan kenyataan rasmi pada jam 8 malam.

Tinjauan mendapati akhbar-akhbar dan juga stesyen televisyen semuanya mematuhi arahan kerajaan itu.

Media patuhi arahan

Semua stesen televisyen umpamanya tidak memaparkan berita itu sebagai berita pertama mereka.

Akhbar-akhbar arus perdana juga patuh pada garis panduan berkenaan dan tidak memperbesarkan isu berkenaan.

Berita Harian memilih “harga baru” manakala Utusan Malaysia pula dengan tajuknya “subsidi diselaras”

Sinar Harian yang baru-baru ini dirasmikan oleh Najib pula memilih menyiarkan laporan itu hanya di muka surat 4 akhbar itu.

Akhbar Cina yang lazimnya dilihat lebih berkecuali juga patuh dengan arahan itu.

Hanya satu sahaja yang menggunakan perkataan “harga naik' di muka depan manakala lima akhbar Cina yang berpangkalan di Semenanjung melaporkan kenaikkan itu sebagai “harga baru”.

Harian NST juga tidak menyiarkan berita itu di halaman utamanya tetapi memilih tajuk kecil “antara yang terendah di rantau ini”.

Harian milik MCA, The Star memaparkan tajuk “Gov't bold move will have minimal impact on people, says PM”.

Harian Tamil Makkal Osai dan Tamil Nesan (yang dimiliki MIC) langsung tidak menyiarkan berita kenaikkan harga itu.