17 July 2010

ISU PASIR - JAWAPAN MUHYIDDIN JAWAPAN `BUSUK HATI'

5 Syaaban 1431H.
Oleh: WFAUZDIN NS

ISU kecurian pasir di Selangor nampaknya melekakan kita sehingga tidak kita sedari Najib mengumumkan `bonus' sempena menyambut Ramadhan dan Syawal berupa kenaikan harga petrol, diesel, gula dan gas. Saya sudah ulas isu kenaikan harga barang ini di dalam tulisan saya sebelum ini. Mudah saya katakan, kita kena bersyukur kerana mempunyai PM yang bijak mengurus ekonomi dan rakyat semakin senang sekarang.

Kali ini saya ingin ulas sedikit isu pasir di Selangor. Setelah isu ini diperdebatkan oleh banyak pihak termasuk dari rakan-rakan di dalam PR sendiri, maka Kerajaan Negeri Selangor pantas bertindak. Di antaranya Kerajaan Negeri menawarkan habuan kepada sesiapa yang dapat memberi maklumat tentang kecurian pasir ini. Di samping itu, aspek kawalan dan pengawasan diperketatkan. Usaha terakhir Kerajaan Negeri Selangor adalah memohon kerjasama dengan Kerajaan Pusat bagi membenteras pencuri-pencuri pasir berkenaan. Surat rasmi telahpun dimajukan ke pihak berkuasa di Kerajaan Pusat sehingga ke peringkat TPM.

Ini merupakan satu bukti betapa Kerajaan Negeri Selangor begitu komited untuk membenteras kegiatan tidak bertanggungjawab ini. Paling menyedihkan, apa komen TPM Muhyiddin Yasin tentang permohonan Kerajaan Negeri Selangor tersebut? Beliau menjawab seperti bukan seorang TPM, bahkan jawapannya seperti bersikap dendam dan busuk hati. Katanya, itu bidangkuasa Kerajaan Negeri Selangor dan mengapa pula Kerajaan Pusat mahu ambil alih? Kita mahu tanya pemimpin No. 2 Umno ini, bila pula Tan Sri Khalid minta Kerajaan Pusat ambil alih? Beliau cuma mohon kerjasama, tidak bolehkah untuk bekerjasama demi kebaikan rakyat?

Jika Muhyiddin selama ini menganggap isu pasir adalah bidangkuasa Kerajaan Negeri dan Pusat tidak mahu campur, mengapa Najib dan juga Muhyiddin melalak bercerita pasal pasir di Selangor? Serahkan sahaja kepada Selangor. Tujuan Kerajaan Negeri memohon kerjasama dari Kerajaan Pusat adalah untuk membenteras jenayah curi pasir. Masakan untuk membenteras jenayah pun Kerajaan Pusat mahu lepas tangan? Mengapa begitu sombong TPM kita ini? Inikah rupanya pemimpin yang memekik hari-hari mahu bekerjasama dengan PAS demi perpaduan Melayu kununnya?

Kita semua tahu, semua sekolah adalah di bawah Kementerian Muhyiddin. Baru-baru ini Ketua Polis Kuala Lumpur pernah menyebut ada 10 buah sekolah di KL sahaja mempunyai rekod jenayah dan pihak Polis akan mengawasi dan memantaunya. Tidakkah ini bermakna pihak Polis telah memberikan kerjasama kepada Kementerian di bawah Muhyiddin? Adakah ini bermakna pihak Polis mencampuri hal ehwal Kementerian beliau? Mengapa Muhyiddin tidak mahu Pusat bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Selangor bagi mengatasi masalah jenayah curi pasir ini? Mengapa perlu ada dendam dan hasad sedemikian rupa?

Jika semua rakyat di negara ini atau semua MB/KM di semua negeri di Malaysia ini mempunyai perangai `busuk' seperti Muhyiddin ini, negara ini akan musnah dan hancur. Seandainya kita melihat satu kejadian jenayah, tetapi kita berdiam diri hanya kerana kita menganggap itu tugas pihak keselamatan bukan tugas kita, apa akan jadi pada masyarakat di negara ini? Inilah yang berlaku di Selangor. Muhyiddin tanpa rasa bertanggungjawab sebagai TPM mudah menyebut, itu bidang kuasa Kerajaan Negeri, maka biarkan mereka selesaikan sendiri.

Sedangkan, beliau sendiri mengakui belum lagi melihat surat permohonan dari Kerajaan Negeri Selangor itu. Beliau belum tahu apakah bentuk bantuan yang ingin diminta oleh Kerajaan Negeri Selangor, awal-awal lagi beliau sudah menolak. Ya, niat beliau mungkin tidak mahu isu tersebut selesai kerana mudah baginya untuk menyerang Kerajaan Negeri Selangor di bawah PR tu.

Mudah-mudahan pemimpin seperti ini tidak kekal lama di negara kita. Sikap beliau itu jangan kita contohi terutamanya oleh budak-budak sekolah walaupun Muhyiddin selaku Menteri mereka. Inilah yang dikatakan `ego, sombong dan takbur' ./wfauzdin.blogspot.com

Menangislah..

4 Syaaban 1431H.
Oleh : Akhisalman

GAMBARAN DAN KELEBIHAN MENANGIS

((إذا تتلى عليهم آيات الرحمن خروا سجدا وبكيا)) (مريم: 58)

Maksudnya: Apabila dibacakan ayat-ayat Tuhan yg maha pemurah maka mereka akan sujud dan menangis.

(سبعة يظلهم الله في ظله، يوم لاظل إلا ظله: -منها- ورجل ذكر الله خاليا ففاضت عيناه.)

Maksudnya:

Tujuh golongan yang mana Allah naungi mereka di bawah naungannya: -diantaranya- dan seorang lelaki yang mengingati Allah bersendirian lalu mengalir air matanya.
(HR Bukhari dan Muslim)

(لا يلج النار رجل بكى من خشية الله، حتى يعود البن في الضرع)

Maksudnya:
Tidak masuk neraka lelaki yang menangis kerana takut kepada Allah sehinggalah susu masuk ke dalam putingnya kembali (menunjukkan kepada takkan masuk ke neraka lelaki tersebut)(HR Tirmizi)

(طوبى لمن ملك لسانه، ووسعه بيته، وبكى على خطيئته)

Maksudnya:
Beruntunglah seiapa yg dapat menjaga lidahnya dr dosa dan kesalahan, rumahnya selesa bgnya dan menangis terhadap kesalahnya.
(HR Thabrani)

NABI MENANGIS

(عن عبد الله بن الشخير قال: (رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم يصلي بنا، وفي صدره أزيز كأزيز المرجل من البكاء

Maksudnya:
Abdullah bin syikhir berkata: "Aku melihat Rasulullah s.a.w bersembahyang menjadi imam kami dan dadanya ada mempunyai bunyi esakan kerana menangis seperti bunyi periuk yang menggelegak."
(HR Abu Daud dan Tirmizi)

SAHABAT MENANGIS

وعن أنس قال: (خطب رسول الله صلى الله عليه وسلم خطبة ما سمعت مثلها قط، قال: لو تعلمون ما أعلم لضحكتم قليلا ولبكيتم كثيرا. قال: فغطى أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم وجوههم لهم خنين )

Maksudnya:

Anas r.a berkata: "Rasulullah s.a.w berkhutbah yang tidak pernah ku dengar selama ini." Baginda berkata: "Kalaulah kamu mengetahui apa yang aku tahu nescaya kamu akan sedikit ketawa dan banyak menangis." Beliau berkata: "Lalu sahabat2 Rasulullah s.a.w menutup wajah mereka dlm keadaan mereka teresak-esak menangis.
(HR Bukhari dan Muslim)

UMAR MENANGIS

Abdullah bin Syaddad berkata: Aku mendengar esakan dari tangisan Umar r.a (sedang menjadi imam) ketika aku berada di belakang sof. Beliau menangis ketika membaca ayat:

((إنما أشكو بثي وحزني إلى الله)) (يوسف: 86)

Maksudnya: Aku hanya mengadu kesusahanku dan kesedihanku kepada Allah.
(HR Bukhari)

UTHMAN MENANGIS

Hanie seorang hamba Uthman telah berkata: Suatu hari Uthman berdiri di tepi kubur sambil menangis sehinggalah basah janggutnya. Lalu ada yang bertanya:"Engkau ingat syurga dan neraka tapi kau tidak menangis, kenapa engkau menangis bila melihat kubur? Beliau menjawab: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:

(إن القبر أول منازل الأخرة، فإن نجا منه فما بعده أيسر منه. وإن لم ينج منه فما بعده أشد منه)

Maksudnya:

Sesungguhnya kubur adalah tempat persinggahan pertama dalam menuju ke akhirat. Jika seseorang itu selamat ketika berada di dalam kubur maka selepas itu akan menjadi lebih mudah. Jika dia tidak selamat maka selepas itu akan menjadi lebih sukar.

TANGISAN PARA ULAMA

Suatu hari Fudail bin Iyad membaca Quran surah Muhammad dan menangis. Beliau mengulang-ulang ayat ini:

((ونبلوا أخباركم )) (محمد: 31)

Maksudnya: Dan kami akan singkap dan dedah segala perlakuan mereka.

Beliau berkata: "ENGKAU DEDAH SEGALA CERITA KAMI dan terus mengulang2 dan berkata: "KALAU ENGKAU DEDAH SEGLA PERLAKUAN KAMI…MAKA MALULAH KAMI DAN ENGKAU SINGKAP SEGALA RAHSIA2 KAMI… KALAU KAU DEDAH CERITA KAMI BINASALAH KAMI DAN KENA AZABLAH KAMI…..

Dan beliau terus menangis..

GESAAN NABI SUPAYA KITA MENANGIS

(ياأيها الناس ابكوا فإن لم تبكوا فتباكوا، فإن أهل النار يبكون في النار حتى تسيل دموعهم في خدودهم، كأنها جداول حتى تنقطع الدموع، فيسيل –يعني الدم- فيقرح العيون)

Maksudnya: Hai manusia! Menangislah kamu.. Jika kamu tak boleh menangis buat2lah menangis (sehingga bleh menangis), maka sesungguhnya ahli neraka menangis sehinggalah mengalir air mata di pipi mereka seolah ada anak2 sungai sampailah habisnya air mata. Maka mengalirlah darah sehingga mata menjadi luka. (Hadis Hasan)

Bagaimana dgn Anda? bila nak menangis terhadap dosa2 yg banyak.. adakah anda menunggu sampai sanak saudara menangisi kematian anda.. atau malaikat membantai anda di kubur.. atau melihat neraka pd hari kiamat.. atau...

Rujukan: Al-Buka min Khasya tiLLAh oleh Husain 'Uaisyah dan Al-Riqqah wal Buka oleh Ibnu Quddamah al-Maqdisi.

Hukum mendengar dan menjawab azan.

4 Syaaban 1431H.
Oleh : Akhisalman

Ada dua pendapat: 1. Wajib dengar dan jawab azan. 2. Sunat dengar dan jawab azan.

Dalil pendapat pertama(mazhab hanafi dan sebhagian mazhab maliki):

a.Hadis sohih riwayat Bukhari n Muslim:

Apabila mendengar azan hendaklah kamu jawab seperti yg diucapkan oleh muazzin.

pengambilan dalil: Hadis ini menunjukkan suruhan jawab azan dan ia satu suruhan yg wajib.

b. Hadis mauquf dr Ibnu masud:

Adalah satu kesalahan apbila tak menjawab azan.

Dalil pendapat kedua(kebanyakan ulama termasuk mazhab Syafi'ie):

a. Hadis sohih riwayt Muslim:
Bila Nabi dengar muazzin mengucapkan takbir dlm azan baginda berkata: A'lal Fitrah.
pengambilan dalil: Nabi tak menjawab azan sperti biasa. Ini menunjukkan suruhan Nabi menjwb azan dlm hadis yg lepas adalah sunat.

b. Hadis sohih riwayat Imam Malik.
Apabila Umar r.a naik keatas mimbar dan dikuti dngn azan. Kami duduk bersembang. Apabila habis azan dan Umar naik berkhutbah, kami pun diam.

Pengambilan dalil: mereka bersembang dihadapan saidina umar ketika azan. ini menunjukkan tak wajib diam dan jawab azan.

Kesimpulan: Kedua2 pendapat boleh diterima. Pendapat kedua (sunat dengar dan jawab azan) lebih kuat kerana dua sebab 1. suruhan pd Dalil pertama pendapat pertama adalah sunat kerana hadis riwayat muslim. 2. Dalil kedua pendpat 1 adlh hadis doif.

oleh yg demikian sunat berhenti membaca atau mengajar dan seumpamanya untuk mendengar dan menjawab azan. tetapi yg menyedihkan bila pengajar berenti hormat azan, yg lain mula bersembang. .Moga kita same2 menghormati azan..