08 July 2010

257,000 anak luar nikah membimbangkan

25 Rejab 1431 H
Oleh: Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 7 Julai: Sejumlah 257,000 kelahiran tanpa bapa yang didaftar di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) antara tahun 2000 hingga Julai 2009 wajar membimbangkan semua pihak berwajib, kata Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff.

Ini kerana, menurut beliau, sebanyak 30,978 kelahiran yang terdaftar membabitkan bayi beragama Islam.

"Bagi saya, semua pihak perlu bertanggungjawab, kerajaan perlu melaksanakan undang-undang yang lebih ketat, ibu bapa perlu ajar agama pada anak-anak," jelas beliau ketika mengulas pendedahan Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah berhubung perkara itu pada 1 Julai lalu.

Sedangkan, menurut beliau, perangkaan kelahiran tanpa bapa mengikut beberapa agama yang lain adalah 18,085 bayi beragama Hindu; 17,236 (Buddha); dan 3,395 (Kristian).

Melihat pada perangkaan rasmi JPN itu, beliau mencadangkan supaya Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mengambil langkah yang lebih dinamik sebagaimana yang diperkenalkan oleh Islam.

"Tak cukup dengan menyediakan khidmat kaunseling dan apa yang sedia ada selagi kementerian wanita tak laksanakan pendidikan Islam dan kempen-kempen yang dinamik supaya rakyat tinggalkan aktiviti penzinaan ini," tegas beliau yang juga Timbalan Ketua Muslimat PAS Pusat.

Tambahnya, sistem pendidikan yang tidak melahirkan rasa takut kepada Allah menyebabkan mereka yang terbabit tidak gentar dengan undang-undang ciptaan manusia.

"Undang-undang yang ada memang tak menakutkan penzina-penzina ini, kerajaan wajar mengkaji dan jelaskan apakah keindahan dan hikmah di sebalik undang-undang Allah kepada semua rakyat untuk mereka membuat pertimbangan," tambah beliau sambil menyeru kerjaaan melihat inisiatif yang cuba dilaksanakan oleh PAS di Kelantan dan Terengganu sebelum ini.

Dari segi yang lain, beliau turut mengkritik amalan meletakkan mahar atau 'hantaran' yang agak tinggi sehingga menyukarkan pasangan yang mahu hidup secara beragama dengan berkahwin.

Lanjutan itu, beliau mencadangkan kementerian berusaha untuk mengubah budaya itu, selain meneruskan kempen hidup secara sihat yang sedia ada.

Sementara itu, Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Kamaruddin pula menyalahkan Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kerana gagal membentangkan dasar pembangunan wanita yang lebih komprehensif untuk menangani gejala sosial seperti penzinaan ini.

"Sudah lama saya membangkitkan soal dasar wanita di Dewan Rakyat, tetapi menteri ini tidak layan," ujar beliau dalam nada yang kesal.

Akibatnya, insiden seperti gadis-gadis Penan yang dirogol oleh para peneroka balak seperti yang dibangkitkan di Dewan Rakyat sebelum ini terus berpanjangan.

Sehubungan itu, beliau menyifatkan sikap sambil lewa menteri sebagai mengkhianati rakyat serta mengajak kaum wanita memilih kepemimpinan Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kelak.

Harakahdaily/-

KD Tunku Abd Rahman di perlabuhan kerana bermasalah

25 Rejab 1431 H

PETALING JAYA, 7 Julai: Kapal selam pertama Malaysia, KD Tunku Abdul Rahman menghadapi masalah lagi dan terpaksa berlabuh di perlabuhannya di Teluk Sepanggar, lapor The Malay Mail hari ini.

Akhbar itu melaporkan, masalah yang belum dikenalpasti itu dikesan selepas kapal selam itu menjalani ujian air tropikal bulan lepas.Sejak itu, kapal selam itu kekal di perlabuhan berkenaan.

Februari lalu, sebuah media melaporkan, kapal selam itu mengalami kelemahan teknikal sehingga menyebabkan ia tidak boleh menyelam selama tiga bulan.Kapal itu hanya mula menjalani ujian air tropikal mulai 20 Februari lalu.

KD Tunku Abdul Rahman telah tauliahkan awal tahun lepas selepas menjalani ujian selama dua tahun di Perancis.Kapal selam kedua negara, KD Tun Abdul Razak telah selamat tiba 2 Julai lalu.

Malaysia membeli kedua-dua kapal selam itu dengan harga RM3.4 billion pada tahun 2002daripada pembina kapal selam milik Perancis dan Sepanyol, DCNS and Navantia.Pelbagai isu telah didakwa berlaku dalam pembelian ini sehingga Mahkamah Perancis telah membuka siasatan ekoran laporan dari Suaram Malaysia.

Joseph Breham, salah seorang peguam Perancis yang memfailkan aduan kepada mahkamah Paris mengenai rasuah pembelian kapal selam Scorpene ini berada di Kuala Lumpur April lalu untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai laporan rasuah dalam pembelian oleh kerajaan Malaysia itu.

Breham, yang bertindak bagi pihak anakguamnya, Suara rakyat Malaysia (Suaram) sebuah NGO yang memperjuangkan hak asasi manusia, dijangka akan berbincang lebih lanjut dengan Suaram dan lain-lain pihak mengenai kes ini.

Menurut akhbar Asia Sentinel, Brehman akan menyiasat pembelian yang dibuat oleh kerajaan Malaysia ini. Ia dikatakan melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri dan berlaku pada tahun 2002 iaitu ketika Najib adalah Menteri Pertahanan.

Akhbar itu melaporkan, kes ini melibatkan bayaran rasuah bernilai US$151.1 dalam bentuk komisyen kepada syarikat rakan PM, Abdul Razak Baginda.

Harakahdaily/-

Jentera Pemuda bersedia, pilihan raya makin hampir

25 Rejab 1431 H
Oleh: Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 7 Julai: Pemuda PAS Pusat menggesa seluruh jenteranya bersiap sedia berdepan pilihan raya umum yang semakin menampakkan petanda bahawa ianya sudah hampir.

Pengarah Pilihanraya dewan itu, Mohd Firdaus Jaafar (gambar) berkata, jentera pemuda PAS di semua peringkat perlu menggiatkan usaha ketika ini khususnya menarik pengundi muda mendaftar sebagai pemilih.

"Petanda plilihan raya sudah dekat, kita tengok Umno mula memfitnah PAS sebagai ajaran sesat.

"Media pula sudah jadi gila, lapor berat sebelah, burukkan Pakatan Rakyat sehingga melampau-lampau," katanya yang juga Ahli Parlimen Jerai.

Tambahnya lagi, selepas ini rakyat juga akan disajikan dengan berita ahli keluar parti dari Pakatan Rakyat yang akan dicanang dalam media-media arus perdana.

Media termasuk akhbar pembangkang pula, katanya akan berdepan tekanan bagi menghalang laporan-laporan alternatif disampaikan kepada rakyat.

Isu-isu kemiskinan khususnya di negeri Pakatan Rakyat, tambahnya juga akan diangkat bagi menggambarkan kelemahan pentadbiran PR, seperti suasana sama tidak berlaku di negeri BN lain.

"Tanda lain kita akan tengok Perdana Menteri akan beritahu ekonomi kita makin baik. Tiba-tiba ekonomi kita pulih. Itu tanda PRU memang sudah hampir," katanya lagi.

Sehubungan itu, katanya segala persiapan perlu disusun dengan teliti agar tidak berlaku pembaziran tenaga, wang dan masa dalam waktu yang dianggap memasuki awal fasa genting ini.

"Bawa anak muda daftar undi kerana dengan kuasa undi sahaja kita akan dapat merubah Malaysia ke arah yang lebih sejahtera," katanya.

Harakahdaily/-

Sepanyol mara ke perlawanan akhir Piala Dunia 2010

25 Rejab 1431H.

Pasukan Sepanyol bimbingan Vicente del Bosque, menepati ramalan apabila berjaya menempah tiket terakhir untuk bertemu dengan pasukan Belanda dalam final 11 Julai ini.

Mereka berjaya menundukkan pasukan Jerman dengan jaringan tunggal oleh pemain pertahanan Sepanyol Carlos Puyol pada separuh masa kedua.

Gol itu hadir,hadir pada minit ke-73 apabila sepakan sudut yang diambil oleh Xavi ditanduk masuk oleh Puyol.

Puyol yang berada dalam kotak panelti, melompat dan menanduk kencang bola ke arah kiri gol lawan.

Tandukan tersebut gagal diselamatkan oleh penjaga gol Jerman Manuel Neuer.

Sepanyol 1 Jerman 0.

Jelas ketiadaan pemain tengah Thomas Meuller yang digantung satu perlawanan merencatkan permainan dan gerakan pasukan Jerman.

Perlawanan awal pagi tadi hampir keseluruhan dikuasai oleh pasukan Sepanyol dengan gerakan, 'counter attack' dan percubaan yang hampir-hampir menambah gol.

Permainan Jerman pula kebanyakkannya disekat oleh pemain-pemain pertahanan Sepanyol yang diketuai oleh 'kereta kebal' mereka, Gerard Pique dan Puyol sendiri.

Pada separuh masa pertama, permainan lebih banyak dikuasai oleh Sepanyol dengan beberapa kali membuat percubaan merbahaya ke pintu gol Jerman.

Pada waktu itu, mereka menguasai 57 peratus penguasaan bola dengan membuat beberapa gerakan dan hantaran menarik ke arah pintu gol Jerman.

Sekurang-kurangnya empat percubaan merbahaya dilakukan dan nyaris-nyaris Sepanyol membocorkan gawang pada minit ke-13 melalui sepakan sudut.

Sepakan tersebut diambil oleh Xavi yang membuat hantaran pendek kepada Andres Iniesta sebelum beliau menyilangkan bola yang kemudiannya ditanduk oleh Puyol.

Beliau yang berdepan dengan penjaga gol Jerman, berjaya menanduk bola itu tetapi, malangnya ia hanya melewati palang gol.

Kemudian pada minit ke-18, pemain pertahanan Sergio Ramos mendapat umpanan dari tengah, beliau yang berada di kiri pintu gol Jerman, membuat rembatan.

Bagaimanapun, beliau yang berdepan dengan seorang pemain Jerman di dalam kotak penalti, hanya membuat sepakan yang tersasar jauh di kiri gawang.

Selepas itu, pada minit ke-29 tiba giliran Xabi Alonso pula untuk membuat rembatan dari luar kotak penalti, tetapi sepakannya lemah dan tersasar di kiri gol.

Pada minit ke-46 seorang pemain Sepanyol membuat sepakan lemah yang terus ke dakapan penjaga gol Jerman, Manuel Neuer.

Sebelum itu, Jerman juga turut membuat beberapa 'counter attack'. Sekurang-kurangnya dua kali serangan tersebut nyaris menghasilkan gol.

Percubaan pertama daripada Miroslav Klose pada minit ke-22, - beliau yang menggelecek beberapa pemain pertahanan lawan masuk dalam kotak penalti.

Tetapi tanpa bantuan rakan, bola itu terlepas dari kawalannya seterusnya dirampas oleh pertahanan lawan.

Pada minit ke-31, rembatan Piotr Trochowski yang menggantikan tempat Thomas Mueller membuat rembatan dari jarak 30 meter.

Tetapi ditepis keluar oleh penjaga gol Sepanyol, Iker Casillas yang merebahkan badan menolak bola tersebut.

Pada minit ke-45, sebelum separuh masa pertama berakhir, pemain tengah Jerman Mesut Ozil mendapat peluang dengan berdepan satu lawan satu dengan pemain pertahanan Sepanyol dalam kotak panelti.

Bagaimanapun bola tersebut dikawalkan oleh pemain pertahanan tersebut.

Pada separuh masa kedua pula, Sepanyol bermula garang dengan dua rembatan jarak jauh dari pemain Real Madrid Xabi Alonso pada minit ke-48 dan 49.

Kedua-dua percubaan terbabit tersasar di kiri dan kanan gol lawan.

Selepas itu, Sepanyol terus menggasak kubu Jerman dengan beberapa lagi peluang yang diperolehi oleh David Villa, Andres Iniesta dan Sergio Ramos masing-masing pada minit ke- 54, 57, 62 dan 67.

Gerakan menarik hasil gandingan antara Villa- Pedro-Xavi-Iniesta hampir memecah kebuntuan apabila Iniesta hampir menjaringkan gol.

Paling bergaya apabila bola hantaran lintang Iniesta pada minit ke-57, sekadar meniti di hadapan gol Jerman tanpa dicabar oleh mana-mana pemain.

Jerman juga turut mendapat terbaik pada minit ke-68 apabila pemain gantian Toni Kroos membuat sepakan hasil hantaran lintang rakannya.

Namun sepakannya itu ditepis keluar oleh Casillas. Terselamat pintu gol Sepanyol.

Keseluruhan permainan awal pagi ini dikuasai oleh pemain Sepanyol, dan permainan Jerman pula tidak seperti dua perlawanan mereka sebelum ini sewaktu menentang Argentina dan England.

Semua sudut dan segenap posisi dikuasai oleh pemain 'La Roja', dan pemain Jerman seolah-oleh mati akal untuk menjaringkan gol.

Dengan kemenangan ini, membolehkan Sepanyol melebarkan kemenangan mereka dengan Jerman dengan tiga kali kemenangan sejak 1994 berbanding Jerman hanya sekali sahaja.

Ini bererti Jerman masih lagi gagal membalas dendam kekalahan mereka pada Euro 2008 dengan jaringan yang sama.

Bagi Sepanyol, kemenangan ini adalah detik manis dan gembira kerana terus berpeluang membawa pulang Piala Dunia dengan bertemu dengan pasukan Belanda pada 11 Julai ini dalam perlawanan akhir.

Tahniah 'La Roja',

Viva Espana! Malaysiakini/-

Susahnya rakyat Malaysia, masih ada yang tidak berumah...

Inilah gambaran sebenar Malaysia yang kita cintai bila masih ada yang tidak mempunyai rumah, mungkin warga tua ini satu dari berjuta ? selepas lebih 50 tahun Bn memerintah. Kelihatan Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembangunan) Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Bakaruddin Othman, (kiri) berbual dengan warga kota tidak berumah semasa gerakan bancian khas orang tiada tempat tinggal di sekitar Kuala Lumpur di Dataran Maybank Jalan Tun Perak di Kuala Lumpur, awal pagi Selasa. Memerhatikan Pengarah Jabatan Perangkaan Wilayah Persekutuan Datin Hajar Md. Taha (kanan). Program tersebut bermula dari 12 tengah malam hingga 7 pagi Selasa./Gambar BH/-

Judi sukan dibenarkan semula?

Adakah judi sukan akan dibenarkan di negara ini? Persoalan itu timbul lagi apabila jawapan daripada perdana menteri yang juga menteri kewangan Datuk Seri Najib Razak menimbulkan pelbagai andaian.

Menjawap soalan Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena), Najib berkata kerajaan masih belum memberikan sebarang lesen bagi perkhidmatan pertaruhan yang berkaitan dengan Piala Dunia Fifa 2010.

'Kerajaan akan menawarkan lesen kepada Ascot Sports Sdn Bhd untuk perkhidmatan pertaruhan (tidak termasuk Piala dunia 2010) kerana syarikat ini telah diberikan kelulusan sebelum ini untuk menjalankan aktiviti itu,” kata Najib.

"Oleh demikian, kerajaan berpendapat jika lesen pertaruhan sukan dipertimbangkan, Ascot Sports akan mempunyai kelebihan berdasarkan pengalaman mereka.”

Syarat dan peraturan pemberian lesen itu juga dinyatakan dalam jawapan itu berserta dengan justifikasinya - bagi mengawal dan membanteras kegiatan judi haram di negara ini.

Bulan lalu, Najib mengumumkan bahawa kerajaan tidak akan membenarkan judi sukan diteruskan berikutan bantahan meluas daripada pelbagai kalangan rakyat. Ia diumumkan selepas beliau mempengerusikan mesyuarat tertinggi Umno.

Mahfuz yang keliru dengan jawapan yang diberikan kemudian menyoal “jadi, akhirnya, kerajaan akan membenarkan judi sukan untuk kejohanan atau liga lain seperti Liga Perdana Inggeris?”

“Jawapan itu bercanggah dengan apa (Najib) umumkan sebelum ini. Sekarang, beliau perlu memberikan penjelasan lanjut.”

Menurut Mahfuz keputusan itu juga meletakan status judi sukan kini tergantung kerana sepatutnya kabinet yang bertanggungjawab membuat keputusan berkenaan.

Beliau yang juga naib presiden PAS berkata Najib perlu mengaku jika beliau membuat kesilapan dan tidak mempersalahkan orang lain seperti yang dilakukan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz, baru-baru ini.

Nazri menyalahkan seorang pegawainya berhubung sumber tidak tepat mengenai rancangan memindahkan bangunan Parlimen ke Putrajaya.

“Kita tidak sepatutnya menyalahkan kepada pegawai kerajaan semata-mata kerana jawapan bertulis sepatutnya diperiksa terlebih dahulu oleh menteri berkenaan,” kata Mahfuz di lobi parlimen.

Malaysiakini/-

Penghayatan Isra dan Mikraj

24 Rejab 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

Peristiwa Isra dan mikraj masih segar di dalam diri setiap jiwa org Islam. Perjalanan luar biasa yg dilalui oleh junjungan besar s.a.w dr mekah ke masjid aqsa dan seterusnya dr Masjid Aqsa ke langit ketujuh.

Ini tercatat didalam Al-Quran:
Tafsirnya: Maha suci Allah yang telah menjalankan hambanya pd waktu malam drpd masjid Haram ke masjid Aqsa yg mana kami berkati sekelilingnya; untk kami tunjukkan drpd tanda2 kekuasaan kami. Sesungguhnya dia maha mendengar lagi maha melihat.(1: Isra).

Permulaan perjalanan ini dr masjid Haram ke masjid Aqsa adalh membuktikan kelebihan masjid Aqsa. Allah boleh menetapkan spya perjalan terus menerus ke langit; tetapi telah ditetapkan untk singgah di tempat yg mulia iaitu masjid Aqsa.

Malah kita lihat bagaimana tuhan menyatakan "Kami berkati kawasan sekitar masjid Aqsa" dlm ayat yg lepas; yg menunjukkan keberkatan bumi sekitarnya iaitu bumi palestin tercinta. Tidak cukup sekadar itu, perjalanan dr masjid haram ke masjid Aqsa atau yg dinamakan Isra telah dijadikan nama bg satu surah dlm al-Quran.

Namun seperti yg mana kita tahu yahudi telah menjajah bumi suci ini pd tahun 1967. Mereka melakukan pelbagai bentuk penghinaan kpd masjid Aqsa seperti yg kita tahu semua. Penghayatan plg utama yg perlu kita ambil adalah berusha untk membebaskan bumi suci tersebut. Cara2nya adalah seperti berikut:

1. Sentiasa berdoa dan solat hajat untk pejuang membebaskan masjid ini.

2. Memboikot barang2 yahudi dan amerika secara keseluruhan. Ini satu kewajipan utama kepada seluruh umat Islam. Jika takut susah atau papa kerna memboikot mereka ; hendaklah ingat firman Allah:
Tafsirnya: ...Dan sekiranya kamu takut papa kerana melaksanakan perintahNya maka Allah akan mengayakanmu dgn kelebihannya jika dia hendak berbuat demikian...(28: At-Taubah)

3. Memberi infak yg besar kpd hamas dan juga badan2 kebajikan yg membantu masyrakat palestin. Kita mesti ingat Firman Allah:
Tafsirnya: Segala infak mereka yg kecil atau yg besar dan juga perjalanan mereka merentasi lembah untk kemedan perang; ditulis utk mereka; spya dibalas oleh Allah akan perbuatan yg baik yg mereka lakukan.(121: At-Taubah)

4. Berdakwah supaya menyedarkan umat Islam kesemuanya terhadap 3 kewajipan utama yg lepas.

5. Umat Islam secara keseluruhannya mestilah Bersatupadu untk menentang musuh2 Islam; walaupun berlainan mazhab dan parti.

6. Kembali kepada amal Islam secara keseluruhan dlm setiap aspek smada ibadat, politik, dakwah, perundangan, ekonomi, akhlak(tasauf), perjuangan dan lain2.

7. Tasamuh atau toleransi dlm masalah khilafiyah dan cabang ilmu Islam.

Kelebihan menuntut ilmu

24 Rejab 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

Nabi bersabda:
Sesiapa yg menempuh jalan untuk menuntut ilmu maka Allah akan mempermudahkanya jalan ke syurga. Sesungguhnya para malaikat akan menghamparkan sayapnya kepada penuntut ilmu kerana reda apa yang mereka lakukan. (HR abu Daud)

Nabi bersabda:
Dunia ini dilaknat melainkan ingat kepada Allah, ketaatan, org yg alim ataupun yg belajar.(HR Tirmizi)

Nabi bersabda:
Sesiapa yg pergi mencari ilmu maka Allah akan membuka pintu syrga untuknya, dan malaikat akan menghamparkan sayapnya untuknya, dan para malaikat serta ikan2 di lautan mendoakan utknya. (HR Abu Daud)

Nabi bersabda:
Sesiapa yg menuju ke masjid semata2 utkn menuntut ilmu yg baik atau mengajarnya maka dia mendapat pahala seumpama org yg menunaikan haji yg sempurna hajinya.(HR Tabrani)
Oleh itu marilah kita sama2 mennutut ilmu. Terutamanya ilmu yg di wajibkan scara fardu ain.,Ilmu tersebut adalah seperti berikut:

1. Ilmu fekah: Segala perkara yg kita nak buat wajib kita tahu hukumnya samada yg berkait dgn ibadat(solat, bersuci puasa dll) kita, muamalat kita (jual beli, sewa, urusan bank,
dsbgainya), urusan pernikahan(bg yg nak menikah), hubungan laki perempuan, pakaian dan perhiasan, dan banyak lagi..

2. Ilmu tauhid: Secara ringkas dia kena mengetahui tentang ketuhanan, rasul, perkara2 yg gaib dll.

3. Ilmu Tasawuf: Kena tahu penyakit2 hati seumpama riya', ujub dsbgainya dan cara nak merawatinya..Ia perlu dilakukan secara berterusan dibawah pengawasan guru yg baik.

ke 3 ilmu ini perlu kita cari secara berterusan kerna ianya diperlukan selagi mana ianya bernafas...ianya lebih penting dr makanan dan minuman...Tanpa makanan kita akan teseksa sekejap dan akan mati..
tanpa ilmu menyebabkan mati hati dan ruh kita dan boleh menyebabkan suul kahtimah dan berkekalan di neraka.

Cerita Tarbiyah

24 Rejab 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

SALMAN DAN ABU DARDA
Daripada Abi Juhaifah -Wahab bin Abdullah- beliau telah berkata:
Nabi Muhammad s.a.w telah mempersaudarakan diantara Salman al-Farisi dan Abi Dardda r.a. Suatu hari Salman r.a pergi menziarahi Abi Darda dan dia melihat Ummud Darda'(Isteri abu Darda') berpakaian selekeh.

Salman r.a bertanya "Kenapa keadaan kamu begini?" Ummu darda menjawab "Saudaramu Abu Darda tidak mau dgn dunia dah". Kemudian Abu darda menyediakan makanan kepada salman r.a dan beliau berkata kepada salman r.a "Makanlah, aku berpuasa" Salman r.a menjawab "aku tak mau makan sehingga kamu makan" Mka Abu Darda pun makan.

Apabila sampai waktu malam Abu Darda r.a terus buat qiamullail tanpa tidur dahulu. Salman berkata "Tidurlah dulu" Lalu Abu darda pun tidur. Tidak lama kemudian abu Darda bangkit untk solat. Salman kate "Tidorla dulu awal lagi" Beliau pun tidur.

Bila mana sampai akhir malam, salman berkata "Bangkitlah sekarang" Maka mereka berdua pun solat tahajjud. Kemudian salman berkata:

إن لربك عليك حقا ، وإن لنفسك عليك حقا ، وإن لأهلك عليك حقا ، فأعط كل ذي حقا حقه
Maksudnya:
Sesungguhnya kamu ada Tanggungjawab kepada tuhanmu.,sesungguhnya kamu ada tanggungjawab terhadap dirimu dan sesungguhnya kamu ada tanggung jawab terhadap ahi keluargamu. Maka tunaikanlah semua tanggung jawab kepada semuanya dengan sebaiknya.
Abu Darda' r.a pun pergi mengadu kepada Nabi s.a.w. Nabi berkata "Benarlah apa yg dikatakan oleh salman." (HR Bukhari 6139)

Moral tarbiyah
1. Konsep taakhi adalah digalakkan jika dibuat atas dasar ukhuwah Islamiah.

2. Ziarah menziarahi adala perkara yg amat digalakkan dlm Islam untuk mengeratkan silaturrahim.

3. Digalakkan bertanya khabar dan keadaan teman2 kita. Ini adalah sesama jantina. Adapun berlainan jantina yg bukan mahram dlarang dgn tujuan suka2 dan tidak aman dr fitnah . salman bertanya kepada Ummu darda kerana ia berkait dgn tanggunjawab temnannya abudarda.

4. Tuan Rumah disunatkan membuat makanan kepada tetamunya dan makan bersamanya.

5. Hendaklah seorang teman sentiasa menasihati temanya dlm menyuruh kebaikan dan mencegah kemungkaran.

6. Janganlah ibadat sunat menyebabkan tidak menunaikan tanggung jawab yg wajib yg bukan ibadat.

7. Pembahagian masa amat penting bg seorang muslim. Kadang kita lihat seorang yg terlampau sibuk dgn studi kuliah sehingga meninggalkan kewajipan yg lain. dan juga yg sibuk dgn persatuan sehingga terabai ibadat dan kewajipan menuntut ilmu dan sebaliknya.Umar walaupun menjadi khalifah namun dia tetap kuat ibadahnya.

8. Hendaklah dirujuk kepada org ALim jika terdapat apa2 masalah.

9. Sebaik prgram utk mendidik manusia dgn adalah dgn pergi menziarahinya dan melakukan kebaikan bersama mereka.

Kesesatan Akidah Umno: Nationalisme Dan Melayu Islam

24 Rejab 1431 H

Akidah Umno yang dipertahankan Najib adalah termaktub di dalam ‘By Law” parti itu ,iatu: demi untuk menegakkan kebangsaan : raja-raja dan ugama Islam diperalatkan untuk mencapai tujuan tersebut.

Jenama ‘MelayuIslam” digunapalkai sebagai umpan untuk memikat-ikat pengundi Melayu dengan mencantikkan assobiyyah Melayu atau Kebangsaan Melayu( Malay Nationalism) dengan ‘make up’ Islam dan dipropagandakan politik ‘MelayuIslam” ; yang mana islam dan raja hanyalah alat kerakusan kebangsaan Melayu sahaja untuk memuaskan nafsu serakah politik ‘The end justifies the means” ; suatu bentuk kezaliman ; yang tiada mengambil kira sifir halal dan haram dosa , pahala, surga dan neraka.

Bukankah fahaman kebangsaan Melayu ( MelayuIslam) adalah akidah yang sesat lagi menyesatkan. Akidah kebangsan (Nationalisme) atau assobiyyah telah di haramkan dan dikuburkan oleh Rasulillahu 1.4000 tahun yang lalu . Mengapakah akidah yang sesat ini dikorek kembali dari pusaranya dan dihidupkan semula dan dijaja , diprojeksi dan dipropagndakan ajaran dan fahaman sekular yang sesat ini kepada pengundi-pengundi Melayu .

Bukankah dalam hadis Rasulillahu menegaskan,: Barangsaiapa yang menegakkan kebangsaan dan mati kerna kebangsaan, matinya, mati jahiliyyhah.yakni. bukan sahaja jadi bodoh ; tetapi sesat dan hadis lain nabi tiada mengaku umat. Seluruh umat Islam hendaklah membuang Umno kerna menganut akidah sesat dan menyesatkan orang Melayu yang sudah Islam berpegang kepada Islam sebagai “ad-Deen” diubah kiblat oleh Umno kepada akidah baru ;iatiu fahaman kebangsaan Melayu yang dihiasi dengan “MelayuIslam” untuk menghalalkan perjuangan assobiyyah Melayu( Kebangsaan Melayu ).

‘Indian muslims”, “Malay muslims”, “American muslims”, “Arabmuslims” ,”Chinese Muslims” adalah pengenalan rupa bangsa dan anutan agama itu sahaja. Tiada bisa dijadikan bangsa sebagai asas perjuangan kerna Islam adalah ‘ rahmatan lil ;alameen” Perjuangan bangsa bukan diajar Rasulillahu tetapi; ISLAM ISLAM bukan MelayuIslam sebagai perjuangan bahkan diharamkan sekali kerna melakukan kezaliman apabila meletakkan bangsa iatiu ; MelayuIslam bukan ISLAM ISLAM sebagai dasar atau akidah dan pegangan perjuangan.

Tidak salah orang Cina sayangkan Cina, Orang India sayangkan bangsa India hatta orang Melayu sayangkan kaumnya sendiri; keturunan Melayu . Maka apasalahya menganut akidah Umno ? seperti yang dipertahankan najib dan yang dipersoalkan TGNA ?.

Sayangkan bangsa, kaum , kumpulan ethnik dan keturunan adalah fitrah semula jadi manusia yang di jadikan Maha Penciptanya perbagaian kaum dan bangsa supaya manusia itu bisa kenal mengenal antara satu sama lain budaya dan bahasa yang berbeza. Ini kebijaksaan yang Maha Esa yang mencipa perbagai bangsa dan bahasa. Bukannya bisa mencipta satu bangsa dan satu bahasa sahaja di dunia ini.

Namun sistem dan akidah yang mahu digunapai manusia Islam oleh yang Empunya Global ialah ISLAM ISLAM bukannya politik ‘MelayuIslam”. Sayangkan bangsa tidak salah , tetapi menjadikan bangsa sebagai teras perjuangan itulah ‘derailment” atau berlakunya kesesatan akidah Umno. Firmanullahu, “ Inna solati, wanusiki, wamahyaya wawamati lil lahi robbil ‘alameen” ( Sesungguhnya, solat aku, ibadat aku, hidup ku dan mati ku adalah kerna Tuhan semesta alam ).

Hanya ISLAM ISLAM yang bisa menyelamatkan Melayu dan bangsa lain ; kerna MelayuIslam : Melayu tipu Melayu (Kroni elit Umnoputra) dan Melayu bunuh Melayu( Memali) “ ISLAM ISLAM is the world future constitution “(Piagam Madinah) ; “ISLAM FOR ALL “ against akidah baru “MelayuIslam” (Dunia Islam Ketawa)

Islam satu ‘complete set of life” tiada perlu di hiasi lagi dengan ‘make up’ atau kosmetik yang berjenama palsu bukan ‘ORI” ( ISLAM ISLAM); tetapi akidah baru seperti ‘MelayuIslam” atau yang sinonim dengannya hadhari Islam, sosialisme Islam, Nationalisme Islam, progresif Islam dan sebagainya yang merupakan antara fahaman sekular dunia, ajaran dan akidah sesat lagi mengesatkan.umat Islam di seluruh dunia.

‘Rumah Allahu” ( Ka’abah) di mekah itu , kepunyaan ArabIslam atau MelayuIslam . Tiada bangsa dan kaum di sini kerna ianya kepunyaan UMAT ISLAM seluruh dunia . Dunia ini diciptakan Yang Empunya Global untuk di warisi oleh orang-orang yang Soleh . Al –Qur’an tiada nyatakan untuk di warisi oleh :ParsiIslam , ArabIslam, TurkiIslam, Kurdish Islam atau MelayuIslam.

Tetapi , oleh orang Islam (mukmim) yang soleh dan paling bertakwa untuk menegakkan agama dan memerintah dunia dengannya .Yakni, ISLAM ISLAM bukannya dengan akidah dan perjuangan yang sesat seperti MelayuIslam atau ArabIslam. Orang Melayu jika mahu bersatu hendaklah tinggalkan perjuangan kebangsaan Melayu dan masuk Islam ; yakni, masuk perjuangan Gerakan Islam yang dipelupori PAS dan jangan tertipu dengan perangkap sesat assobiyyah yang di saluti Islam ;iaitu MelayuIslam.

Tinggalkanlah MelayuIslam dan MASUK ISLAM ISLAM secara keseluruhannya ( KAFFAH) bukannya ambil sebahagian dan tinggalkan sebahagian. Contohnya Islam Hadhari, Islam cabut lari ; Hudud disalahi ; diletakkan dikandang orang salah .

Umno cuba melarikan fokus orang Melayu yang cenderung kepada PAS/Pakatan supaya jangan mengundi PAS kerna Pas ada kerjasama politik dengan DAP. Sebaliknya sokonglah Umno yang memperjuangkan ‘MelayuIslam untuk keselamatan dan masa depan orang Melayu dan Islam.dan mengajak PAS bergabung semula dengan UBN; setelah dengan ego dan bongkaknya tendang PAS keluar magerankan Kelantan.Jangan biarkan anjing tersepit gigit lagi ; cukuplah!.

Inilah fahaman sesat nationalis dan perkauman Melayu Umno yang MENOLAK ISLAM ISLAM dan menerima kebangsaan “MelayuIslam”;satu akidah baru yang sesat lagi menyesatkan kerana Rasulilahu menolak dan ,mengharamkan ArabIslam dengan hujjah bahawa ; yang paling baik di antara kamu bukan kerna kamu orang Arab tetapi sipakah yang paling bertakwa di sisi Allahu.

Justeru itu, UBN hanya bisa hidup dengan isu perkauman yang dimainkan Umno, MCA dan MIC untuk menjadi juara kaum di dalam pilihanraya. Justeru kerna semua parti dalam UBN adalah parti perkauman yang bernaunsakan bangsa semata-mata.

Sedangkan massa sekarang sudah muak dengan retorik ‘MelayuIslam” jajaan Umno dan menolak gagasan perkauman UBN dan sudah mula memahami dan menerima konsep perjuangan yang universal yang tidak berasaskan kaum seperti PKR, DAP dan PAS . Apalagi PAS yang dasar perjuangannya dan akidahnya Islam yang mengenengahkan ‘ISLAM FOR ALL” dan JUSTICE FOR ALL” tanpa mengira kaum dan agama: siapa saja yang susah berhak mendapat pertolongan Negara Berkebajikan yang dipersetujui semuan kaum dan agama.

Justeru itu ;Pas menolak kerjasama politik “MelayuIslam: Umno dan menerima kerjasama politik PAS DAP/PAKATAN demi untuk menyelamatkan agama, bangsa dan negara daripada kerosakan , kefasadan , kerakusan kezaliman ISA yang .dipaksakan ke atas massa.

Anologinya, adalah lebih afal seorang Cina yang soleh , warak dan bertakwa menjadi MB Kelantan umpamanya berbanding dengan mendapatkan seorang PM MelayuIslam yang menyekat khazanah rakyat Kelantan yakni , Royalti.sedangkan royalti di Sabah dan Sarawak bisa dibayar.

Kelantan berjaya menjadi model NEGARA BERKEBAJIKAN SATU MALAYSIA. Dengan sistem pemerintahan Islam 19 tahun rekod tanpa koruspi dan hidup tanpa perkauman atau “MelayuIslam: tajaan Umno.Buang UBN berarti buang perkauman dan rasuah politik yang perlu dilakukan massa pada PRU 13 ini , insyaAllahu, pusingan untuk PAKATAN.

Besar ertinya hubungan Turki-Israel di mata Obama

24 Rejab 1431 H

Dunia Islam semestinya menyambut baik sikap ahli Parlimen Jerman yang telah meluluskan usul untyk menggesa Israel menamatkan sekatan terhadap rakyat Gaza. Malah sikap sepakat yang dilakukan oleh parti pihak kerajaan campuran yang terdiri daripada 3 parti beserta juga denga anggota parti pembangkang untuk bersama-sama sepakat menekan Israel perlu menjadi contoh bagi negara umat islam yang kadangkala masih teragak-agak menetukan polisi terhadap keganasan israel.

Seperti biasa usul sebegini akan ditentang juga oleh tali barut Isreal di negara itu. Majlis Pusat Yahudi di Jerman menyuarakan rasa marah terhadap kerajaan Jerman yang bersedia turut serta menekan Isreal. Jika ingin disorot semula, mungkin masih ada sikap anti Yahudi yang menebal di kalangan rakyat Jerman yang rata-ratanya serik dan faham benar dengan sikap talam dua muka rakyat yahudi di negara itu sejak sebelum Perang Dunia Kedua.

Dalam masa yang sama, Barrack Obama yang pada awal kemunculannya dianggap sebagai wira mempertemukan blok Barat-AS dengan dunia Islam serta diharapkan mengurangkan ketegangan Islamofobia, kini semakin menunjukkan sikap menyokong keganasan Israel.

Kenyataan Obama yang seolah-olah bernada ugutan kepada Erdogan bahawa desakan Turki untuk pengadilan kes Mavi Marmara dilakaukan oleh pihak antarabangsa mungkin akan memberi ‘backfire’ atau kesan buruk terhadap Turki. Alasan Obama ialah, kemungkinan pihak sukarelawan yang terbunuh dan tercedera itu sebenarnya menjadi punca serangan Komando Isreal terhadap mereka.

Alasan ini adalah alasan biasa bagi pihak penzalim yang cuba mengugut mangsa yang membuat aduan atau inginkan keadilan terhadap mereka. Ayat Obama yang bersifat ugutan ini cukup mendedahkan sikap biasa AS iaitu sekutu kuat keganasan israel di bumi palestin.

AS terdesak untuk mengugut Turki selepas Erdogan mengumumkan akan menilai semula hubungan Turki dengan Israel yang telah sekian lama terjalin sejak Revolusi Sekular 1924 dahulu. Parti AKP yang dianggotai oleh Erdogan memang sejak awal berkuasa (malahs ejak era Parti Refah) memang berniat untk menghapuskan hubungan diplomatik dan mengurangkan kuasa tentera Turki yang kuat mempertahankan sekularisme dan hubungan diplomatik dengan Isreal.

Turki yang disekularkan pada suatu ketika dahulu adalah suatu usaha besar Zionis dan Freemason untuk menghapuskan payung besar umat islam seluruh dunia. Turki yang disekularkan oleh seorang yahudi Doemiah Turki iaitu Mustafa Kamal diharapkan akan menjadi benteng kepada kebangkitan Palestin. Lantaran itu Sultna Abdul Hamid II digulingkan, serta tanah jajahan Turki seperti Palestin dan bumi Syam diagihkan kepada kaum Yahudi dan British.

AS juga ingin mengekalkan kegencatan ketenteraan Turki yang selama ini menjalinkan hubungan ketenteraan dengan Israel. Dengan pengaruh Israel, segala elemen kebangkitan ketenteraan Islam akan dapat dikawal. Hal inilah yang berlaku kepada Jepun yang mana sejak tahun 1945 lagi, ketenteraan Jepun berada di bawah payung nuklear dan WMD Amerika.

Nyata, ugutan Erdogan untuk menarik kembali jalinan diplomatikn dengan Isreal adalah uguta yang cukup berkesan kepada dunia pakatan persenjataan AS-Isreal malah ia lebih berkesan daripada sindiran Erdogan terhadap Shimon Peres di World Economic Forum 2009, Davos.

Wajib mendatang perlu dilaksanakan seiring

24 Rejab 1431 H
Oleh: Ahmad Baei Jaafar

Selain perintah wajib terdapat juga perintah wajib yang datangnya kemudian yang pada kebanyakan tempat disebut sebagai fardu kifayah. Perintah wajib ini tetap dituntut melaksanakannya terutama mereka yang berkemampuan dalam bidang tersebut. Menurut kaedah usul fiqh:

ماَ لَمْ يَتِمُّ الوَاجِبُ اِلاَّ بِهِ فَهُوَ وَاجِبٌ

Maksudnya: Sesuatu yang tidak sempurna wajib itu melainkan dengan perkara itu maka perkara itu juga dikira wajib.Untuk mudah difahami, perhatikan beberapa contoh:

Wuduk wajib untuk menunaikan solat. Wuduk hanya sah dengan air. Maka hukum mendapatkan air adalah wajib. Setelah dicari tidak juga bertemu barulah boleh bertayamum. Jadi, berusaha mendapatkan air adalah wajib yang datang kemudian.

Menutup aurat adalah wajib apatah lagi untuk melakukan solat. Solat tidak sah tanpa pakaian yang menutup aurat. Jadi, mendapatkan pakaian yang boleh menutup aurat adalah wajib.

Menunaikan zakat wajib, maka untuk membolehkan kita mengeluarkan zakat kita perlu banyak harta yang melayakkan kita mengeluarkan zakat. Jadi berusaha memiliki harta yang banyak adalah wajib.

Menunaikan haji wajib, untuk membolehkan kita di Malaysia ini menunaikan haji ialah dengan kemampuan kewangan yang cukup. Jadi, usaha mencukupkan wang adalah wajib ke atas setiap individu.

Menunaikan puasa Ramadan wajib, untuk membolehkan kita berpuasa dengan sempurna kita perlu sihat. Jadi umat Islam wajib menjaga kesihatan agar sihat sepanjang masa.

Wajib yang mendatang ini tidak pernah diambil kisah oleh umat Islam. Malah mereka tidak rasakan semua itu wajib kepada mereka. Di sinilah kesilapan kita dalam memahami Islam hingga kita mengabaikan perintah wajib.

Jika umat Islam negara ini faham tentang kewajipan ini tentu umat Islam tidak semiskin seperti sekarang. Mengapa? Di sini saya hendak buktikan kepada anda semua bahawa dengan melaksanakan perintah wajib yang mendatang ini, kita akan jadi kaya malah menguasai ekonomi.

Tahukah anda, apabila kita faham wajib mendapatkan air, umat Islam perlu menguasai sumber air. Kita boleh kuasai takungan air, kita boleh kuasai perusahaan plumbing, dan juga boleh kuasai sistem perairan. Kita di negara ini agak bernasib baik kerana air dikuasai kerajaan dan syarikat yang dikuasai oleh orang Islam. Walau bagaimanapun plumbing masih dikuasai oleh orang lain walaupun sudah ada syarikat yang dimiliki orang Islam.

Jika umat Islam faham bahawa wajib menutup aurat, terutama yang menentukan sah solat, maka umat wajib menguasai industri pakaian, tekstil malah mempunyai kilang benang dan kain sendiri. Kita wajib memiliki modal yang besar untuk projek ini dan usaha perlu penglibatan seluruh umat Islam. Tetapi oleh sebab kita tidak nampak kewajipan ini, maka untuk membolehkan kita solat pun disediakan oleh orang bukan Islam.

Seterusnya untuk membolehkan umat Islam mengeluarkan zakat, wajib masing-masing menjadi usahawan yang berjaya. Boleh jadi sebahagiannya menjadi petani yang berjaya, penternak yang berjaya, pelombong yang berjaya, dan pedagang yang berjaya. Kalau berniaga sedikit-sedikit atau kecil-kecilan tentu tidak banyak untung. Zakat tentu dalam keadaan itu belum boleh dibayarkannya lagi.

Tetapi realiti yang berlaku hari ini, umat Islam beranggapan bahawa zakat wajib dikeluarkan hanya kalau cukup nisab dan haul. Oleh sebab itu, kita tidak perlu cukupkan nisab dan haul supaya kita tidak perlu bayar zakat. Cukuplah ala kadar, cukup untuk makan minum keluarga saja. Mengapa kita lebih suka menjadi orang miskin daripada orang kaya?

Untuk menunaikan haji kita wajib mencukupkan tahap kemampuan kewangan. Untuk itu umat Islam wajib menabung secara istiqamah. Di negara kita sudah ada Tabung Haji bagi membolehkan umat Islam menabung. Kalau umat Islam tahu menabung itu wajib sudah pasti mereka akan menggunakan perkhidmatan tabung haji ini. Selain tabung haji, umat Islam juga boleh menabung melalui syarikat takaful. Kita boleh pilih mana-mana syarikat takaful yang dengannya boleh dikhususkan untuk menunaikan haji. Pada masa yang sama setiap penyimpan di takaful diberi perlindungan pula.

Menabung melalui takaful membuatkan kita berdisiplin dalam menyimpan. Maka dengan cara ini kita boleh tentukan bila kita hendak pergi menunaikan haji. Tetapi berapa ramai yang mengetahui bahawa menabung untuk ini menjadi wajib? Ramai yang tidak kisah malah dengan mudah berkata, “apa susah-susah kalau tidak mampu tidak wajib mengerjakan haji.”

Untuk membolehkan kita melakukan puasa dengan sempurna, kita wajib menjadi orang yang sihat. Hari ini ramai umat Islam yang tidak sihat, kencing manis, darah tinggi, sakit jantung, sakit buah pinggang dan juga gastrik. Semua ini kerana kita tidak sedar bahawa menjaga kesihatan itu adalah wajib.

Jika mereka sedar tentang kewajipan ini sudah pasti mereka akan menjaga makan dan minum, selalu beriadah dan sebagainya. Umat Islam mesti sihat kerana Rasulullah mengingatkan kita dengan sabdanya, “Mukmin yang kuat dan sihat lebih dikasihi Allah daripada mukmin yang lemah.”

Untuk memastikan umat Islam sihat, wajib pula dalam kalangan umat Islam mempunyai kepakaran dalam perubatan, jadi doktor dan menguasai klinik dan hospital. Bayangkan kalau umat Islam menguasai bidang ini, umat Islam adalah golongan yang paling sihat dan kaya.

Contoh yang saya senaraikan cukup membuktikan bahawa dengan melaksanakan perintah wajib termasuk wajib mendatang, umat Islam telah menguasai ekonomi yang mantap. Bayangkan kalau kita menguasai ekonomi siapa yang sanggup memperlekehkan umat Islam lagi?

Tetapi semua itu tidak berlaku kerana umat Islam tidak memahami mesej daripada perintah wajib tersebut. Siapakah lagi yang kita nak salahkan kalau kita masih tidak maju pada hari ini?

GESA BEBASKAN WARGA MALAYSIA YANG DI TAHAN OLEH KERAJAAN MESIR PADA 13 JUN 2010

24 Rejab 1431 H
Oleh: safarizal saleh

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) mendesak agar Kerajan Mesir menjelaskan kedudukan seorang rakyat Malaysia Muhamad Zulkifli Mohamad Zakaria, 41, yang ditahan oleh pihak berkuasa Mesir di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah sebelum menaiki penerbangan pulang ke tanah air pada 13 Jun 2010 yang lalu tanpa penjelasan kepada Kerajaan Malaysia sehingga kini.

DPPN Pk juga mendesak agar Zulkifli dibebaskan dengan segera yang sehingga kini sudah hampir tiga minggu di tahan tanpa sebarang pertuduhan. DPPN Pk memohon Wisma Putra, melalui Kementerian Luar Negara agar mengusahakan segera pembebasan Zulkifli yang kini tanpa berita daripada Kerajaan Mesir dan keadaan ini amat membimbangkan.

DPPN Pk juga berharap ahli keluarga Zulkifli bersabar dan memohon seluruh rakyat Malaysia mendoakan keselamatan Zulkifli yang di tahan tanpa asas yang kukuh. DPPN Pk mengharapkan juga kepada seluruh rakyat Malaysia yang ingin keluar negara terutama ke Negara Mesir agar berhati-hati dengan insiden yang telah berlaku ini.

SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

PEGAWAI PENYELARAS MASJID DAERAH: JAWATAN KHAS YANG DIWUJUDKAN DEMI KEPENTINGAN PARTI POLITIK UMNO UNTUK KUASAI MASJID

24 Rejab 1431 H
Oleh: safarizal saleh

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) amat kesal dengan tindakan Umno bagi meneruskan agenda untuk menguasai Masjid bertindak menyusun perlantikan Pegawai Penyelaras Masjid Daerah (PPMD) yang jelas telah dipolitikkan yang mana penjawat tersebut telah dianugerahkan oleh Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah yang juga Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Negeri Perak (MAIAMP) baru-baru ini.

DPPN Pk melihat demi untuk menguasai Masjid seluruh Negeri Perak, dengan terlantiknya PPMD ini akan menguatkan lagi usaha Umno bagi memastikan politik mereka menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 13 nanti. Apa yang dikesali ialah amanah untuk menjaga institusi Masjid ini dirosakkan oleh Umno setelah ianya dipolitikkan bukannya usaha menyatu-padukan Umat Islam.

Oleh yang demikian, DPPN Pk memohon perkenan Raja Dr Nazrin Shah selaku YDP MAIAMP agar menangguh semua perlantikan PPMD tersebut. DPPN Pk memohon juga agar perlantikan PPMD ini dibuat mengikut kaedah-kaedah yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). DPPN Pk berharap sepatutnya isu perlantikan ini dibuat secara telus dan beramanah demi menjaga keharmonian Umat Islam seluruhnya.

Sekiranya syarat perlantikan ini tidak dapat mengikut ketetapan yang wajib, DPPN Pk berpandangan jawatan PPMD (adalah bertaraf kontrak) tidak layak untuk diwujudkan di Pejabat Agama Daerah memadai dengan tugas tersebut diserahkan kepada Pegawai Tadbir Agama (PTA) Daerah yang telah dilantik untuk mengurus hal ehwal Islam dalam daerah seperti di negeri-negeri lain. Sekiranya ianya diwujudkan juga seolah-olah tugas PTA Daerah tidak berfungsi bahkan PPMD lebih berkuasa.

DPPN Pk juga mendesak agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Biro Pengaduan Awam (BPA) menyiasat jika perlantikan yang telah dibuat tidak mengikut prosuder yang telah ditetapkan dan juga telah berlaku penyalahgunaan kuasa di dalam melantik atau menyusun semua pelantikan PPMD tersebut.

ZAWAWI HASSAN
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Jumlah pelancong ke Pulau Pinang meningkat

24 Rejab 1431 H
Oleh: Ali Hashim

GEORGETOWN, 6 Julai: Pulau Pinang yang sememangnya merupakan sebuah destinasi menarik dan popular bagi pelancong tempatan dan luar negara telah berjaya meningkatkan kedatangan pelancong ke negeri ini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pelancongan, Kebudayaan Negeri, Law Heng Kiang, pelancong dari Timur Tengah menjadikan Pulau Pinang sebagai destinasi menarik mereka untuk dikunjungi mulai Jun hingga September.

Law juga berkata, terdapat beberapa tarikan yang menjadikan Pulau Pinang sebagai destinasi kunjungan mereka setiap tahun.

Katanya, tarikan dari pihak hotel juga menjadi salah satu peranan penting apabila mereka mempelbagaikan aktiviti dan program bagi menarik pelancong dari negara yang telah dikenal pasti mengunjungi negeri ini.

Promosi seperti 'Arabian Night' yang diperkenalkan itu menarik perhatian mereka di samping promosi lain yang membolehkan mereka mengunjungi Pulau Pinang, ujarnya.

Katanya, kerajaan negeri juga bekerjasama dengan pihak hotel membuat penajaan dari segi tarian kebudayaan dan mengatur acara khas untuk pelancong khususnya dari Timur Tengah.

Sebagai bukti, ujarnya jumlah pelancong yang mendiami hotel-hotel seperti Rasa Sayang dan Golden Sands di Batu Ferringhi meningkat kepada 15 peratus pada bulan Jun yang lalu.

"Manakala pada bulan Julai ia meningkat mendadak kepada 40 peratus. Ini adalah kerana tarikan yang dilakukan dengan mempelbagaikan budaya Timur Tengah sepertimana yang pernah dilakukan oleh hotel Shangri La dan hotel-hotel yang lain," katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Lanchang berkata, jumlah keseluruhan pelancong meningkat sebanyak 35 peratus jika dibandingkan mulai Januari hingga Mac 2009 apabila hanya 318,912 pelancong yang masuk ke Pulau Pinang.

Manakala dalam tempoh yang sama pada tahun 2010 seramai 430,355 pelancong berjaya dibawa masuk ke negeri ini,” katanya.

"Usaha gigih yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri bagi menarik lebih ramai pelancong akan diteruskan supaya ia bukan saja dapat memberi peluang meningkatkan ekonomi kepada penduduk negeri ini tetapi juga kepada pihak kerajaan," katanya lagi

Harakahdaily/-

Najib dicabar dedah kontrak dengan APCO

24 Rejab 1431 H
Oleh: Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 6 Julai: Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendedahkan kepada umum segala maklumat mengenai cadangan penyambungan kontrak di antara Malaysia dengan firma khidmat komunikasi, APCO Worldwide.

Beliau berkata, kerajaan harus mendedahkan perkara itu secara telus, bukan dibuat secra senyap-senyap seperti sebelum ini.

"Saya mencabar Datuk Seri Najib untuk secara terbuka mengemukakan maklumat berkenaan dengan cadangan penyambungan kontrak ini.

"Kita sedia maklum ikatan kerjasama yang pertama itu terdedah setelah ketua pembangkang mendedahkannya di Parlimen ini," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Beliau yang juga Setiausaha Agung PKR turut mendesak kerajaan menyatakan butiran terperinci mengenai nilai penyambungan kontrak berkenaan serta skop tugas firma berkenaan.

"Berapakah nilai kontrak untuk penyambungan kontrak ini yang akan diberikan oleh kerajaan dan apa pula bidang tugas APCO dalam meneruskan perkhidmatan mereka kepada Malaysia?" soalnya.

Selain itu, beliau mahu kerajaan menyatakan secara jelas mengenai kejayaan yang telah dicapai oleh negara ketika menggunakan khidmat APCO sehingga memerlukan ianya disambung.

"Saya juga mendesak kerajaan mengemukakan laporan berkaitan kejayaan apakah yang telah dicapai hasil guna khidmat APCO.

"Kita mendesak Perdana Menteri bersemuka secara terbuka, telus dan bertanggungjawab apakah rasional yang munasabah untuk meyakinkan rakyat Malaysia bahawa penggunaan khidmat APCO ini merupakan satu yang benar-benar bermanfaat kepada rakyat dan negara seluruhnya terutamanya terhadap keselamatan maklumat negara dan sebagainya," katanya.

Katanya juga, kerajaan seolah-olah langsung tidak menjaga sesitiviti umat Islam apabila bertindak menyambung khidmat APCO yang secara jelas ada kaitan dengan Zionis Israel.

"Apakah kerajaan langsung tidak memikirkan sensitiviti umat Islam yang bencikan Israel?" soalnya.

Kerajaan sebelum ini didakwa meluluskan penyambungan kontrak APCO setahun lagi bermula bulan lalu.

Tindakan itu sekaligus menimbulkan bantahan daripada Pakatan Rakyat yang mahu khidmat syarikat berkaitan Israel itu ditamatkan.

Harakahdaily/-

Yusof Wahad tunggu rumah PPRT dijanji Umno

24 Rejab 1431 H
Oleh: Asilah Hamizah

PENGKALAN CHEPA, 6 Julai: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Dato’ Seri Shahrizat Jalil meminta kerajaan negeri membantu keluarga Yusof Wahab, 35 yang tinggal di bawah rumah emaknya.

Sedangkan penduduk terbabit mengharap bantuan rumah di bawah program pembangunan rakyat termiskin (PPRT) seperti yang pernah dijanjikan pemimpin Umno.

Menurutnya beliau terpaksa menolak tawaran wakil Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk membina rumah dhuafat kerana Umno telah berjanji mahu memberinya rumah PPRT.

Tawaran membina rumah dhuafat diberitahu wakil peribadi Menteri Besar, Hassan Mamat ketika berkunjung ke rumahnya petang semalam. Hadir sama Penghulu Mukim Pauh Dal, Yusli Yusof.

Malah Yusof mengakui tidak pernah memberitahu sesiapa pun menggunakan ruang bawah rumah emaknya sebagai tempat tidur mereka sekeluarga.

“Saya tidak pernah memberitahu sesiapa pun. Saya dan keluarga rela tinggal di bawah. Saya sendiri hairan macam mana orang lain boleh tahu, sebab saya tak bagi tahu sesiapa pun,” katanya.

Beliau berkata, kedudukan rumahnya agak ke dalam dan terlindung daripada pandangan umum.

Menurut Yusof ketika menteri datang bersama beberapa pempimpin Umno Pengkalan Chepa beliau tidak ada di rumah.

”Saya hanya tahu mengetahui perkara itu sebaik sahaja pulang ke rumah,” katanya.

Beliau bersama isteri, Fatimah Jalin dan tiga anak menggunakan ruang bawah rumah sebagai tempat bermalam, manakala ruang memasak dibina di bahagian luar bersambung rumah emaknya.

Ruang memasak tersebut lengkap dengan meja dan kerusi makan. Terdapat juga periuk elektrik dan dapor gas untuk memasak. Halaman rumahnya nampak bersih dan terjaga.

Isnin lalu media melaporkan keluarga Yusof di Kampung Pauh Dal, Pengkalan Chepa tinggal di bawah rumah, bekas reban ayam disebabkan kemiskinan. Mereka dilawati Shahrizat dengan Ketua Umno Pengkalan Chepa, Dali Hussin.
Yusof berkata, beliau bersama keluarga rela bermalam di bawah rumah setelah adiknya pulang dan tinggal di rumah terbabit bersama emaknya.

Yusof juga memberitahu beliau tidak mampu menyewa rumah yang lebih selesa kerana pendapatannya sebagai pemandu lori ayam agak kecil.

Harakahdaily/-

Bala, Raja Petra ada ‘kunci peti rahsia' kabinet Najib?

24 Rejab 1431 H
Oleh: Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 6 Julai: Penyiasat peribadi, Balasubramaniam kemungkinan mempunyai 'anak kunci peti rahsia' kes pembunuhan gadis Mongolia, Altantuya Shaariibuu, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Ada sesuatu disembunyikan dari kita, seolah-olah Bala ini pegang ‘kunci peti rahsia’ tak kiralah kes Altantuya atau rahsia aktiviti isteri orang nombor satu negara," jelas beliau petang tadi di lobi Parlimen.

Sekiranya tidak, beliau berkata, takkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membatalkan niat menghantar tiga pegawai penyiasat (IO) ke London untuk bertemu Bala.

Dalam pada itu, beliau turut mempersoal keengganan SPRM itu kononnya atas nasihat Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patai.

"Tengah malam pun, SPRM sanggup buat rayuan di mahkamah supaya mereka boleh siasat, takkan dalam isu Bala ini, mereka ikut Peguam Negara dengan serah soalan pada peguam Bala saja," jelas beliau.

Beliau turut meminta pihak berwajib menyiasat 40 peratus pendedahan pemilik sesawang Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin (RPK) seperti yang diakui oleh Datuk Mukhriz Mahathir, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

"Kenapa tak siasat kebenaran dalam tulisan RPK ini sedangkan Mukhriz sendiri mengaku bahawa 40 peratus adalah benar," beliau menambah.

Disebabkan itu, beliau sekali lagi menyuarakan rasa hairan dengan tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan polis memburu 'Raja Blogger' terbabit semata-mata.

"Pergi siasat dulu siapa bunuh Altantuyaa, siapa jual kedaulatan negara pada Singapura dan Brunei, siapa bunuh Teoh Beng Hock kerana RPK dedah itu semua," tegas beliau.

Melihat tindakan kerajaan dalam menghadapi pendedahan RPK itu, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa 'Raja Blogger' itu mungkin mempunyai 'kunci pendua' peti rahsia yang melibatkan salah laku pemimpin tertinggi tertentu dalam kerajaan.

"Kalau tidak ada kunci peti rahsia seperti Bala pun, dia mungkin pernah lihat (peti rahsia) atau mungkin ada kunci pendua yang sangat ditakuti oleh kabinet Perdana Menteri kita," jelasnya lagi.

Tuntas dari itu, beliau menasihatkan kerajaan supaya turut menyiasat beberapa pendedahan Bala dan RPK berhubung pemimpin tertentu.

Harakahdaily/-

MCA belum bersedia hadapi pilihan raya umum

24 Rejab 1431 H

MCA, parti komponen Barisan Nasional (BN) kedua terbesar, belum bersedia untuk berdepan pilihan raya mengejut, sekurang-kurangnya bagi tempoh tiga bulan akan datang, kata Presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Beliau berkata MCA masih belum pulih sepenuhnya daripada kesan krisis dalaman yang berlarutan selama setahun setengah, sambil menambah beliau memerlukan sekurang-kurangnya enam bulan hingga setahun untuk menstabilkan semula parti.

Dalam satu temu bual, Dr Chua berkata parti itu perlu memastikan wujudnya 'perpaduan dalam keazaman', terutamanya daripada segi mencapai 'agenda politik kita bersama'.

"Dalam politik, saya telah belajar untuk menerima hakikat bahawa tiada yang mustahil (mengenai kemungkinan pilihan raya mengejut diadakan tidak lama lagi) tetapi, jika anda tanya saya, saya berpendapat itu tidak mungkin," katanya ketika diminta mengulas spekulasi bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mungkin mengadakan pilihan raya umum lebih awal.

Sebelum berdepan pilihan raya umum ke-13, yang dijangka diadakan pada 2013, Dr Chua berkata BN perlu terlebih dahulu melakukan beberapa perubahan kepada konsep perkongsian kuasa sekarang untuk disesuaikan dengan keadaan semasa.

Dr Chua, yang mengambil alih kepimpinan parti tahun ini, berkata adalah tidak tepat untuk mengatakan yang BN tidak membuat pembaharuan, namun menambah perubahan itu dilihat sebagai kecil dan lebih banyak penambahbaikan diperlukan.

Ditanya sama ada BN akan melakukan perubahan secukupnya sebelum tiba pilihan raya umum akan datang, Dr Chua berkata beliau sesungguhnya percaya bahawa Najib mempunyai iltizam politik untuk melakukan perubahan itu.

Ditanya sama ada kerajaan perlu melayan semua permintaan parti dan kaum Cina dalam usaha memenangi semula sokongan kaum berkenaan, Dr Chua menjawab "ya" dan "tidak".

Beliau berkata situasi politik di Malaysia adalah kompleks, dan menjadi naif politik untuk memikirkan bahawa pakatan pembangkang akan memenuhi semua jangkaan dan keperluan kaum Cina sekiranya mereka berkuasa.

"Sebuah kerajaan yang berkuasa perlu menyeimbangkan keperluan semua kaum. Kerajaan BN perlu dilihat bersikap adil dan demokratik. Keputusan yang dibuat perlu lebih telus dan boleh diterima rakyat," katanya.

Beliau berkata kerajaan tidak seharusnya hanya bercakap mengenai perkara yang betul sahaja tetapi mesti turut melakukan perkara yang betul, dan dengan berbuat demikian, ia akan berupaya memenangi sokongan masyarakat majmuk di negara ini.

Mengenai pemilihan parti tahun depan, beliau berkata pemilihan itu akan diadakan melainkan badan pembuat keputusan parti itu yang sangat berkuasa, memutuskan sebaliknya.

MCA lazimnya mengadakan pemilihan parti sekali dalam tiga tahun -- daripada peringkat cawangan, bahagian sehinggalah kepada kepimpinan pusat. Selepas pemilihan parti pada 2008, pemilihan seterusnya sepatutnya diadakan pada 2011 namun dibuat lebih awal, iaitu pada Mac tahun ini, ekoran krisis dalaman parti yang berlarutan.

"Ia (pemilihan parti) harus diadakan tahun depan kerana kita tidak tahu bila pilihan raya umum akan diadakan... melainkan CC (Jawatankuasa Kerja Pusat) memutuskan sebaliknya (tidak mengadakan pemilihan parti)," katanya.

Mengenai sama ada parti akan akan memperkenalkan pemilihan presiden secara langsung seperti yang dirancang oleh Umno, Dr Chua berkata kebanyakan anggota parti itu tidak bersetuju perubahan dilakukan disebabkan kesuntukan masa.

"Jika anda melakukan perubahan kepada sistem pemilihan parti, anda memerlukan sekurang-kurangnya lapan hingga 10 bulan memandangkan anda perlu mengadakan EGM (Mesyuarat Agung Luar Biasa) dan kemudiannya mengemukakan perubahan itu untuk kelulusan ROS (Pendaftar Pertubuhan).

"Ada juga yang berpendapat kami tidak sepatutnya beralih tumpuan untuk membincangkan sistem pemilihan parti yang baru, sebaliknya perlu memberi keutamaan kepada persediaan menghadapi pilihan raya umum akan datang," katanya.

Malaysiakini/-

'PAS parti ajaran sesat', Shafie Apdal biadab

24 Rejab 1431 H
Oleh: Abdul Rahim Sabri

PAS menganggap ucapan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang menuduh parti itu sebagai parti ajaran sesat adalah satu kenyataan yang biadab.

"PAS berpandangan bahawa kenyataan biadab ini untuk memburukkan perjuangan PAS di kalangan orang Islam khususnya dan orang bukan Islam yang sudah semakin dekat dengan perjuangan PAS.

"Beliau cuba menakutkan orang ramai supaya jangan sokong PAS ketika Umno mengalami masalah dalaman mereka dan kekurangan minyak pelincir untuk menggerakkan parti mereka, terutama lubuk emas Umno di Selangor dan Pulau Pinang yang kini berada di bawah Pakatan Rakyat," kata ketua penerangan PAS Idris Ahmad dalam satu kenyataan.

Idris mengulas ucapan perasmian Mohd Shafie pada mesyuarat perwakilan Umno bahagian Kulaijaya Sabtu lalu, yang menuduh PAS sebagai parti ajaran sesat kerana memperjuangkan kemenangan kerusi DUN dan Parlimen berbanding kepentingan rakyat.

Idris juga mempertikaikan kenyataan naib presiden Umno itu yang didakwanya "emosi dan mentah dalam hal ehwal agama" tetapi sanggup menuduh PAS sebagai sebuah parti ajaran sesat sedangkan mereka selama ini didokong oleh tuan guru dan alim ulama.

"Satu ketika dahulu PAS pernah dituduh lebih berbahaya daripada komunis, walaupun dalam sejarah perjuangan PAS tidak ada mereka yang menganut fahman komunis yang memimpin PAS, sebaliknya pemimpin Umno yang ditangkap kerana menjadi ejen komunis dan tahan di bawah ISA," katanya.

Sehubungan itu, beliau mencabar Mohd Shafie yang juga ahli parlimen Semporna untuk membuktikan dakwaan bahawa PAS adalah parti ajaran sesat.

"Apakah beliau sudah kehilangan arah dan celaru dalam pemikiran politik sehingga mengeluarkan kenyataan demikian rupa.

"Di dalam perlembagaan PAS, Fasal 3 “Dasar Pas ialah Islam”. Fasal 7 (1) (menyebut bahawa) adapun hukum yang tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah Kitabullah dan Sunnah Rasul serta Ijma' Ulamak dan Qias yang terang dan nyata. "Umno pula apa dasarnya dan apa pula rujukannya?," soalnya.

Idris juga turut menasihatkan Mohd Shafie supaya melihat dahulu beberapa kenyataan pemimpin Umno yang didakwa menghina hukum Allah dan janggut Nabi Muhammad SAW, sebelum hendak menuduh PAS sebagai parti ajaran sesat.

"PAS memberi amaran, sekiranya beliau tidak menarik balik , kita akan mengarahkan supaya laporan polis dibuat di seluruh negara dan bacaan Yasin dan solat Hajat diilakukan oleh satu juta ahli PAS di seluruh negara," katanya.

Malaysiakini/-

Enjin jet: Ikat jamin dikurangkan RM50,000

24 Rejab 1431 H
Oleh: Hafiz Yatim

Mahkamah Tinggi Petaling Jaya bersetuju mengurangkan ikat jamin seorang sarjan tentera udara N Tharmendran kepada RM50,000 dengan seorang penjamin.

Hakim Su Geok Yian memerintahkan Tharmendran menyerahkan pasport antarabangsanya bagi memastikan beliau selamat hadir ke mahkamah.

Tharmendran didakwa bersama Rajandran Prasad Kusy atas kehilangan dua enjin jet F-5E di pengkalan tentera udara Subang pada suatu masa pada Disember 2007.

Jika disabitkan kesalahan bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan beliau bole dipenjarakan sehingga 10 tahun.

Beliau juga menghadapi pertuduhan bawah Sekysen 109 Kanun Keseksaan kerana bersubahat dengan pegawai kanan tentera udara Mohamad Shukri Mohamad Yusop dalam kecurian enjin daripada pengkalan tentera udara Sungai Besi.

Menurut hakim, selepas mempertimbangkan penghujahan dan affidavit, beliau mendapati bahawa permohonan Tharmendran mempunyai merit.

"Beliau adalah pegawai kerajaan dengan gaji kasar RM3,500, (dan mempunyai) empat tanggungan. Dengan tanggungan itu, beliau tidak mungkin melarikan diri," katanya.

Malaysiakini/-

'Ratu Ular' berkurung dengan 100 ular di KB

24 Rejab 1431 H

Digelar 'Ratu Ular', Puteri Nur Ariyani Saiful Yazan akan menjadikan pengalamannya tinggal bersama 100 ekor ular berbisa selama sebulan pada pameran ular di Kota Baharu sebagai persediaan untuk mengadakan pertunjukan di Korea Selatan pada November depan.

Gadis berusia 24 tahun dari Taiping, Perak itu berkata sekalipun bentuk pertunjukan di Korea Selatan belum ditentukan namun beliau menjangka cabaran yang dihadapi tidak kurang hebat daripada yang bakal dilaluinya di sini.

"Saya akan berkurung bersama 100 ekor ular berbisa selama sebulan dalam bilik kaca kecil pada pameran ini," katanya kepada Bernama selepas perasmian Pameran dan Pertunjukan Ular di Muzium Negeri di Kota Baharu.Pameran itu dijadual berlangsung selama sebulan bermula hari ini.

Mengulas lanjut, Puteri Nur Ariyani berkata jemputan ke Korea Selatan itu adalah kali pertama baginya walaupun telah banyak kali mengadakan pertunjukan serupa di seluruh negara.

"Saya telah menceburi bidang ini sejak lapan tahun lepas dan kini lebih mengenali dan menghayati hidupan reptilia ini," katanya menambah pernah 'berkurung' bersama ular tedung senduk seberat lima kilogram.

Beliau juga menafikan penggunaan ilmu batin bagi menangani patukan haiwan berbisa itu sebaliknya bergantung kepada pengetahuannya mengenai reptilia terbabit.

Malaysiakini/-

'Raja Ular' bantu bomba tangkap tedung 4 meter

24 Rejab 1431 H

Seekor ular tedung selar berukuran empat meter yang melingkar di atas pokok berdekatan Sekolah Rendah Kebangsaan Convent Green Lane ditangkap oleh sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat dengan bantuan Raja Ular, Shaiful, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, Skein Cit Banchong, berkata bantuan Shaiful diperlukan kerana ular itu amat berbisa dan sukar ditangkap jika hanya menggunakan penjerut.

"Pada mulanya selepas menerima panggilan pada pukul 2.35 petang, pihak bomba bergegas ke tempat kejadian dengan beberapa anggota tetapi kami terpaksa menghubungi Raja Ular untuk membantu kerana keadaan terlalu bahaya," katanya kepada pemberita di Pulau Pinang hari ini.

Ular itu dipercayai tersesat dari hutan di belakang sekolah itu. Ianya diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara.

Guru besar sekolah itu, Mariani Yusaof berkata, pihaknya menyedari kehadiran ular itu apabila terdengar bunyi bising daripada kicauan burung.

Malaysiakini/-

Harakah: Heret juga media perdana ke KDN

24 Rejab 1431 H
Oleh: Abdul Rahim Sabri

Kementerian Dalam Negeri (KDN) diingatkan supaya tidak terlalu asyik 'mengingatkan' media alternatif tetapi digesa mengambil tindakan yang sama terhadap media arus perdana.

Ini kerana, menurut Pengarang Harakah Taufek Yahya, media berkenaan didakwa sentiasa memberikan liputan negatif terhadap Pakatan Rakyat.

"Saya menghormati fungsi dan peranan KDN. Dan pada masa yang sama kementerian juga perlu menghormati peranan Harakah sebagai akhbar pembangkang dan (pemberi) laporan secara alternatif," katanya.

Portal berita KDN hari ini melaporkan, Harakah dipanggil ke Putrajaya, 'mengekori' jejak langkah dua taboid politik Suara Keadilan dan Suara Perkasa.

Dalam pertemuan kira-kira setengah tengah hari semalam, akhbar PAS itu antaranya "diperingatkan peranan dan tanggungjawab penerbit akhbar kepada KDN".

Antaranya, ia diminta mematuhi garis panduan pemberian permit, antaranya seperti kewajipan memberikan KDN 8 naskhah akhbar mereka sebaik selesai dicetak.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Taufek berkata, dalam pertemuan itu, Harakah diminta "lebih berhati-hati' terutama ketika melaporkan "isu-isu sensitif" seperti isu lesen judi sukan, isu Lembaga Tanah Persekutuan (FELDA) dan isu Jemaah Islamiah.

Tambahnya, dalam mesyuarat tersebut, beliau membangkitkan supaya KDN tidak cuba mengaitkan Harakah dengan isu keselamatan negara.

"Sewajarnya, KDN boleh membezakan antara isu-isu yang menggugat keselamatan negera dengan isu-isu yang menggugat parti pemerintah. Itu adalah dua isu yang berbeza.

"Seperti juga media perdana yang memberi laporan negatif kepada Pakatan Rakyat, isu-isu negatif tentang kerajaan Pakatan tidak pula dianggap mengancam keselamatan negara. "Jadi ini juga perlu dilihat oleh KDN," katanya.

Menurutnya, beliau mewakili Pengarah Urusan Harakah Datuk Kamaruddin Jaafar yang tidak dapat hadir kerana mempunyai urusan lain.

Berhubung dakwaan mengenai kelewatan Harakah menghantar naskah setiap keluaran kepada pihak KDN, Taufek berkata perkara itu ditegur dalam pertemuan ringkas semalam.

"Kalau ikut (peraturan) KDN, naskah perlu dihantar sebelum Harakah diedarkan," katanya.

Taufek berkata, KDN juga menyatakan hasrat bagi mengadakan pertemuan lebih kerap dengan pihak Harakah.

Malaysiakini/-

Suhakam dilarang masuk tapak istana baru

24 Rejab 1431 H

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dilarang daripada memasuki tapak pembinaan Istana Negara baru yang sedang dalam pembinaan ketika cuba menyiasat dakwaan bahawa pekerja asing dilayan dengan teruk dan ada juga dikatakan tidak menerima gaji bagi tempoh tiga bulan.

Menurut pesuruhjaya Muhammad Sha'ani Abdullah, pasukannya yang terdiri daripada empat anggota termasuk dua pegawai Suhakam dan pesuruhjaya James Nayagam - ditahan oleh pengawal keselamatan.

Suhakam diberitahu mereka perlu mendapatkan kebenaran daripada kontraktor terbabit sebelum dibenarkan melawat pada waktu malam.

“Kami telah menghubungi kontraktor berkenaan Maya Maju Sdn Bhd dan diminta menulis surat kepada pengerusi mereka. Kami menghantar surat kepadanya pagi ini untuk memberitahu kami akan melawat lagi pada jam 9 malam ini tetapi belum mendapat jawapan,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, Suhakam mengambil keputusan melawat tapak berkenaan berikutan bidasan orang ramai mengenai nasib yang menimpa buruh pembinaan istana baru di Kuala Lumpur itu seperti yang disiarkan oleh The Star pada 27 Jun lalu.

Antara yang membimbangkan Suhakam adalah kerana terdapat dakwaan yang kanak-kanak pekerja asing itu tinggal di kawasan yang sempit, kotor dan dinafikan hak mendapat makanan.

“Meskipun tiada aduan rasmi dikemukakan, kita mempunyai mandat dan tanggungjawab bagi memastikan pencabulan hak asasi manusia tidak berlaku,” katanya.
Lewat petang tadi, Muhammad Sha'ani memaklum Malaysiakini bahawa kontraktor berkenaan telah memberitahu Suhakam tidak akan dibenarkan melawat tapak itu pada malam ini."Suhakam akan cuba melalui saluran lain,” katanya.

Malaysiakini/-