01 July 2010

Riwayat Yao dan Shun Naik Takhta

17 Rejab 1431H.

Dalam sejarah feudal China, takhta raja biasanya diwarisi oleh anak raja. Namun, pewarisan takhta antara ketiga-tiga orang raja yang paling awal dalam legenda China, iaitu Yao, Shun dan Yu, tidak diamalkan berasaskan keturunan. Siapa yang paling bijak dan mempunyai akhlak dan sahsiah yang mulia, dialah yang dipilih sebagai raja.

Menurut ceritanya, Yao ialah raja pertama yang muncul dalam legenda China. Ketika usia baginda sudah lanjut, baginda ingin mencari seorang calon untuk mewarisi takhtanya. Maka, baginda pun memanggil ketua-ketua puak dari merata-rata tempat untuk membincangkan hal tersebut.

Selepas mengetahui cadangan yang dikemukakan oleh Raja Yao, seorang ketua yang bernama Fang Qi berkata: "Putera tuanku, Dan Zhu ialah seorang pemuda yang terbuka mindanya. Jadi, takhta tuanku wajar diwarisinya." Bagaimanapun, Raja Yao berkata dengan serius: "Anak beta itu tidak sesuai menjadi raja. Dia tidak mempunyai sahsiah yang baik, dan sering bertelingkah dengan orang lain". Seorang yang lain pula berkata: "Gong Gong yang menguruskan projek pengairan itu sangat baik". Raja Yao pula menggeleng-gelengkan kepala sambil berkata: "Gong Gong yang pandai bercakap itu ialah seorang yang bermuka-muka. Dia kelihatan jujur, tetapi mempunyai niat lain di sebalik tindakannya. Beta tidak percaya kepadanya." Perbincangan kali itu gagal mencapai hasil, dan Raja Yao terus mencari calon yang lain untuk mewarisi takhtanya.

Beberapa bulan kemudian, Raja Yao sekali lagi mengumpulkan ketua-ketua puak tersebut. Dalam perbincangan kali ini, ada beberapa orang mencadangkan seorang pemuda yang bernama Shun. Raja Yao berkata: "Beta pun pernah mendengar bahawa pemuda itu sangat baik. Bolehkah tuan menceritakan sedikit sebanyak tentang orang itu?" Salah seorang daripada mereka pun berkata: "Bapa Shun, Gu Sou, seorang yang celaru fikirannya. Selepas ibu Shun meninggal dunia, dia telah mengahwini seorang wanita yang sangat jahat. Anak yang dilahirkan oleh ibu tiri Shun itu bernama Xiang. Dia sangat sombong, tetapi sangat dimanjakan oleh bapanya. Walaupun begitu, Shun tetap sangat sayang kepada bapa, ibu tiri dan adiknya. Sebab itulah, kami menganggap dia seorang yang mempunyai peribadi yang mulia."

Dengan pencalonan itu, Raja Yao ingin menguji Shun lebih dahulu. Baginda bukan sahaja mengahwinkan dua orang puterinya, iaitu E Huang dan Nu Ying, dengan Shun, malah membina gudang bahan makanan dan memberikan banyak lembu dan kambing kepadanya. Ibu tiri dan adik lelaki Shun yang iri hati, kerap kali bersubahat dengan bapanya Gu Sou, untuk membunuh Shun.

Pada suatu hari, Gu Sou menyuruh Shun membaiki bumbung gudang bahan makanan mereka. Ketika Shun berada di atas bumbung itu, Gu Sou yang berada di bawah mencuba membakar gudang supaya Shun mati terbakar. Bagaimanapun, Shun berjaya menyelamatkan dirinya daripada kemalangan itu. Selepas mendapati dia sudah kehilangan tangga untuk turun ke bawah, dia pun menggunakan dua topi pandan yang besar yang dibawanya ketika dia naik ke atas bumbung itu. Kedua-dua topi itu bagaikan dua sayap burung, membawanya turun mendarat di bumi dengan selamat.

Gu Sou dan Xiang tidak menghentikan niat jahat mereka begitu sahaja. Pada suatu hari yang lain pula, mereka menyuruh Shun menggali perigi. Shun segera melakukannya. Setelah beberapa lama, Shun terpaksa menggali perigi itu dari dalamnya. Ketika dia terjun ke dalam perigi itu, Gu Sou dan Xiang segera melontarkan ketulan batu ke dalam perigi itu sehingga perigi itu penuh. Pada anggapan mereka, Shun yang berada di bawah perigi itu akan mati lemas.

Namun, tidak disangka mereka, Shun telah menggali satu laluan di bawah perigi itu. Dia keluar dari laluan itu, lalu kembali ke rumahnya dengan selamat lagi.

Xiang tidak tahu Shun sudah selamat terlepas daripada kemalangan itu. Dia dengan gembira balik ke rumahnya, dan berkata kepada Gu Sou: "Abangku pasti sudah mati. Kita boleh mewarisi semua hartanya." Lalu, dia terus pergi ke bilik Shun. Ketika tiba di bilik itu, dia terkejut melihat abangnya sedang duduk di tepi katil sambil bermain alat muzik. Dia berpura-pura berkata: "Abang, aku amat merinduimu".

Shun juga berpura-pura tidak tahu apa yang sudah terjadi. Dia berkata kepada adiknya: "Kebetulan abang pun nak jumpa awak. Abang ada banyak kerja yang perlu kepada bantuan awak." Selepas itu, Shun tetap sangat mesra dengan ibu tiri, bapa dan adiknya. Gu Sou dan Xiang pun tidak berani lagi untuk membunuh Shun.

Melalui beberapa ujian itu, Raja Yao menganggap Shun benar-benar seorang yang bijak dan mempunyai akhlak dan sahsiah yang mulia. Jadi, baginda mewariskan takhtanya kepada Shun.

Selepas naik takhta, Shun bekerja dengan rajin, dan hidup sederhana serta berhemat seperti orang biasa. Itulah sebabnya, nama dan maruah baginda dipandang amat tinggi dalam kalangan rakyat jelata.

Ketika usia Shun sudah lanjut, baginda memilih Yu, seorang yang berbakat tinggi dan mempunyai peribadi yang mulia juga, sebagai pewarisnya.

Dipercayai tiada perebutan kepentingan dan kuasa yang berlaku pada zaman Raja Yao, Shun dan Yu. Raja dan rakyat jelata sama-sama menikmati kehidupan yang aman dan sentosa. CRI/-

ARTIKEL PROGRAM HIMPUNAN WARGA FELCRA KEBANGSAAN

17 Rejab 1431 H
Oleh: Hj Razman

Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) telah ditubuhkan pada tahun 1966. Matlamatnya ialah untuk membangunkan sektor luar bandar dengan membantu penduduk-penduduknya menyertai aktiviti-aktiviti ekonomi negara dan seterusnya meningkatkan taraf hidup dan nilai kehidupan mereka.

Mulai 1 September 1997, semasa dikorperatkan, FELCRA Berhad telah ditukar nama kepada FELCRA BERHAD dan statusnya telah bertukar dari sebuah Badan Berkanun kepada sebuah Syarikat Milik Penuh Kerajaan.

Penukaran entiti memberi kesan langsung kepada peserta seperti :
• Peserta kurang faham kesan penukaran status dari sebuah badan berkanun kepada Syarikat Milik Penuh Kerajaan.

• Kesan hak pemilikan tanah kepada peserta.

• Perolehan hasil pertanian didapati jauh lebih rendah berbanding dengan keluasan tanah yang diusaha secara persendirian.

• Terdapat lebih kurang 30,000 hektar tanah kerajaan negeri diberi kepada FELCRA BERHAD dimana akta GSA tanah boleh diberi kepada individu atau koperasi.
Perhimpunan ini adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada peserta dan peneroka FELCRA BERHAD serta memahami hak mereka dan mengetahui kemantapan syarikat.

Kebimbangan ini timbul kerana sejarah telah membuktikan banyak syarikat kerajaan dilaporkan menuju kearah kehancuran dan telah pun hancur seperti FELDA BHD,POS MALAYSIA,PERWAJA dan BANK BUMIPUTRA.

Pengarah perhimpunan, Haji Razman Bin Haji Zakaria yang juga merupakan Pengerusi Lajnah Tanah & Pembangunan Wilayah PAS Perak menyeru kepada semua pihak memberi sepenuh sokongan untuk menjayakan himpinan ini.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi :
YUHANIS : 0172860979 / 0133039913
AZNI MOHAMED ZAMRI : 0134851510
ZAMARUL AINI ABD MALIK (Ruang Niaga) : 0105968786
ISHAK SAARI (Penginapan) :0135922401
MAT ZUKI JUSOH (Sumbangan) : 0135962425

BANTUAN KEWANGAN AMAT DIPERLUKAN SUMBANGAN BOLEH DIBUAT MELALUI CEK DIATAS NAMA :
PAS PASIR SALAK
AKAUN NO : 0803101001611 (BANK ISLAM BERHAD).

Dakwaan empayar RM3b, aduan SPRM dibuat

17 Rejab 1431 H

Tiga rakyat Sarawak hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya berhubung dakwaan rasuah dan salah guna kuasa oleh ketua menterinya Tan Sri Taib Mahmud.

Tiga pengadu itu - John Brian Anthony, Ting Cek Ming dan Kung Chin Chin menggesa suruhanjaya itu menyiasat ‘empayar’ perniagaan Taib dan keluarganya yang didakwa bernilai ‘lebih RM3 bilion’ berdasarkan apa yang dilaporkan di blog sarawakreport.org.

Aduan dibuat kepada pegawai kanan SPRM, Ranjit Singh.Ini adalah aduan kedua yang dibuat berhubung perkara yang sama. Aduan pertama dibuat kepada SPRM di Kuching, semalam oleh Ahmad Nazib Johari.

Menurut seorang daripada pengadu itu, Ting Chek Ming, proses membuat aduan berjalan lancar berbanding minggu lalu apabila beliau bersama Ahmad Nazib dan James Wong cuba mengemukakan aduan mereka.

"Kali ini, kami datang dengan salinan laporan yang ditaip dan pegawai SPRM menandatangani mengesahkan penerimaan aduan berkenaan di salinan kami bagi memastikan tiad ada perubahaan dibuat terhadap aduan itu,” katanya.

Minggu lalu, Ting, Wong dan Ahmad Nazib terpaksa menarik balik laporan mereka kerana mendakwa pihak SPRM di Shah Alam enggan memberikan salinan aduan yang ditulis dengan tangan.

Hadir bersama menemani ketiga-tiga mereka membuat aduan hari ini adalah pemimpin wanita PKR, Rozaini Mohd Rosli bagi menzahirkan sokongan Pakatan Rakyat berhubung isu berkenaan.

Ketiga-tiga pengadu berkenaan dinasihatkan bahawa mereka mungkin akan dipanggil kemudian bagi memberikan kenyataan terhadap apa yang diistilahkan oleh suruhanjaya itu sebagai ‘kes besar’.

"Kami diberi jaminan yang SPRM akan menyiasat kes itu dan dinasihatkan menulis kepada Pengarah Siasatan bagi mendapatkan perkembangannya,” kata Ting.

Sarawakreport.org mendakwa Taib dan keluarganya mempunyai empayar perniagaan antarabangsa, termasuk memiliki hotel mewah di Australia dan hartanah komersial di tapak utama di Kanada melalui cara yang disangsikan.

Blog, yang dikendalikan oleh “rakyat prihatin’ itu juga mempersoalkan pembabitan keluarga Taib dalam konglomerate terbesar negeri itu - Cahaya Mata Sarawak.

Ia juga mendakwa 85 peratus saham CMS dimiliki oleh Taib dan keluarganya serta rakan-rakan karib mereka ketika syarikat berkaitan kerajaan itu diswastakan yang menimbulkan dakwaan salah guna kuasa.

Malaysiakini/-

Timbalan Menteri enggan jawab isu JI di IPT

17 Rejab 1431 H
Oleh: Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 30 Jun: Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dr. Hou Kok Chung enggan menjawab soalan wakil PAS Pengkalan Chepa, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman mengenai dakwaan wujudnya anggota Jemaah Islamiyah (JI) di institut-institut pengajian tinggi awam dan swasta.

Abdul Halim ketika mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di Dewan rakyat hari ini meminta timbalan menteri memberikan penjelasan mengenai dakwaan ketua polis negara, Tan Sri Musa Hassan bahawa wujudnya gerakan JI, Wahabi dan Salafi di IPTA dan IPTS.

Beliau juga menyoal mengenai tindakan yang diambli terhadap mereka yang didakwa terlibat itu serta hubungan Malaysia dengan Arab Saudi yang mempunyai fahaman Wahabi dalam bidang pendidikan.

"Saya ingin tahu sejauh mana kebenaran dakwaan ketua polis negara bahawa anasir-anasir daripada JI, Wahabi dan Salafi samaada di IPTA dan IPTS?

"Kalau benar-benar ianya wujud, apakah tindakan dan sekatan untuk kemasukan pelajar samaada kebebasan beragama dan sejauh manakah akan dikaji hubungan Malaysia dengan Saudi yang bermazhab Wahabi, khususnya dalam bidang pendidikan.

"Adakah pelajar kita yang ingin melanjutkan pelajaran ke sana akan disekat dan pelajar mereka yang datang ke sini juga akan disekat?" soalnya.

Timbalan menteri bagaimanapun langsung tidak mahu menjawab soalan itu dengan alasan ia tidak ada kaitan dengan soalan asal.

"Memandangkan soalan Pengkalan Chepa tadi mengenai sudut pidato mahasiswa, jadi saya hanya akan menjawab mengenai itu sahaja," katanya.

Abdul Halim dalam soalan asalnya meminta menteri pengajian tinggi menyatakan sejauh manakah usaha kementerian untuk mengembalikan autonomi mahasiswa di kampus-kampus dengan mengadakan 'sudut-sudut pidato' tercapai.

Harakahdaily/-

Kerajaan Kedah tambah kawasan Kulim Hi-tech

17 Rejab 1431 H
Oleh: Wadisofi Jaafar

ALOR SETAR, 30 Jun: Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Taman Berteknologi Tinggi Kulim atau Kulim Hi-Tech Park (KHTP) terpaksa diperluaskan ekoran permintaan yang tinggi dari para pelabur.

Pihak berkuasa negeri (PBN) bersetuju supaya kawasan KHTP diperluaskan mengikut peruntukan Seksyen 4(3) Akta 171 meliputi kawasan seluas 1,305.08 ekar di mana kawasan sedia ada adalah seluas 3,578 ekar dan jumlah keseluruhan ialah sebanyak 4,883.08 ekar.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan, Datuk Phahrolrazi Haji Zawawi (gambar), kawasan tambahan seluas 1,305.08 ekar telah diwartakan dalam Warta Kerajaan Negeri pada 4 Mac 2010.

“Perluasan kawasan PBT KHTP dipertimbangkan berdasarkan permintaan daripada pelabur-pelabur asing dari luar negara yang semakin bertambah, kawasan tambahan terletak bersebelahan dengan kawasan PBT KHTP sedia ada serta perluasan kawasan akan meningkatkan hasil PBT KHTP dalam jangka panjang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Penyerahan Kawasan Pentadbiran Majlis Perbandaran Kulim kepada PBT KHTP di Bilik Mesyuarat Utama, Wisma Darul Aman.

Phahrolrazi memberitahu, perluasan kawasan PBT KHTP dipertimbangkan berdasarkan kepada kilang-kilang baru di kawasan tambahan boleh menikmati perkhidmatan yang disediakan oleh PBT KHTP.

“Ia juga turut menyediakan peluang-peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan di samping pembangunan dapat disusun secara terancang dan terkawal,” ujarnya.

Tambahnya, pecahan perluasan kawasan seluas 1,305.08 ekar terdiri daripada Fasa 1A dan 1B Kulim Tecnology Park Corporation (KTPC) seluas 909 ekar, kawasan pembangunan ‘Independent Power Unility oleh Nur seluas 107.17 ekar dan kawasan tanah persendirian yang dibeli oleh KTPC Sdn Bhd seluas 288.91 ekar yang mana jumlah keseluruhannya ialah sebanyak 1,305.08 ekar.

“Keluasan Daerah Kulim ialah 765.39 kilometer persegi manakala kawasan yang diserahkan kepada Hi-Tech ialah seluas 5.27 kilometer persegi di mana keluasan kawasan Majlis Perbandaran Kawasan Kulim ialah seluas 745.63 kilometer persegi,” jelasnya.

Pihak berkuasa tempatan KHTP yang ditubuhkan pada 1 April 1995 diberi kuasa oleh Kerajaan Negeri Kedah di bawah Seksyen 7 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) untuk menjalankan fungsi PBT di kawasan Perindustrian Hi-Tech Kulim.

Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Penerangan, YB. Dato’ Haji Ir. Amiruddin Hamzah; Setiausaha Kerajaan Negeri, YB. Dato’ Seraja Setia Dato’ Wira Haji Rasli Basir merangkap Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulim dan Yang Dipertua MPK, Harun Jasin.

Harakahdaily/-

Kaukus petroleum: PR jumpa Kuli hari ini

17 Rejab 1431 H
Oleh: Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 30 Jun: Pakatan Rakyat akan mengadakan satu pertemuan dengan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah hari ini bagi membincangkan isu royalti petroleum untuk kaukus parlimen yang ditubuhkan.

Pertemuan tersebut akan belangsung hari ini dalam satu majlis makan tengah hari di ibu negara.

Perkara itu disahkan Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub yang juga salah seorang yang menyertai pertemuan itu.

Salahudin memberitahu, pertemuan itu bagi membincangkan secara serius mengenai langkah-langkah seterusnya mengenai tuntutan petroleum.

"Saya akan mengadakan satu pertemuan khas mewakili ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat dengan Tengku Razaleigh Hamzah. Kami akan membincangkan langkah-langkah selanjutnya tentang isu royalti petroleum," katanya.

“Kami ada apoinment makan tengahari esok (hari ini) dan kami telah diamanahkan oleh majlis tertinggi Pakatan Rakyat untuk membincangkan secara serius esok dengan Yang Berhormat Mulia tentang kaukus petroleum yang ditubuhkan bawah Pakatan Rakyat,” katanya lagi.

PR mencadangkan ditubuhkan kaukus ini untuk membolehkan hak-hak royalti petroleum untuk setiap negeri di negara ini diberikan dengan adil.

Razaleigh dalam jawapannya berkata, beliau bersedia untuk menimbangkan cadangan ini dan akan turun memberikan sumbangan bagi menjayakan usaha ini.

Beliau sebelum ini menyokong penuh bahawa Kelantan dan Terengganu berhak mendapatkan royalti minyak berdasarkan perjanjian Petronas dengan kerajaan kedua-dua negeri itu.

Namun sehingga kini, kerajaan Pusat di bawah BN tidak menunaikan janji itu bahkan akan memberikan wang ehsan untuk kedua-dua negeri itu.

Harakahdaily/-

Pemilih: PAS sasar 50% Melayu, bukan Melayu

17 Rejab 1431 H
Oleh: Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 29 Jun: PAS mensasarkan pendaftaran 50 peratus pengundi baru sama ada Melayu atau bukan Melayu untuk mempertahan Kerajaan Kedah dan Selangor daripada dirampas Umno BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kelak.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman (gambar) berkata demikian ketika diminta mengulas laporan eksklusif Berita Harian berhubung nisbah antara orang Melayu dan bukan Melayu yang mendaftar sebagai pengundi baru sejak PRU12 lalu adalah satu Melayu dan 40 bukan Melayu (1:40).

“Pendaftaran pengundi baru oleh ejen kita setakat ini tak sampai 10 peratus sedangkan kita mahu lebih separuh daripada orang yang layak berdaftar untuk pertahan dua kerajaan yang baru (sepenggal) kita memerintah,” jelas beliau yang juga Ahli Parlimen Pengkalan Chepa pada satu wawancara eksklusif di lobi Parlimen, hari ini.

Menurut beliau, PAS perlu mendaftar lebih 250 ribu pengundi baru di peringkat Kedah kerana kebanyakan wakil rakyat PAS serta sebahagian wakil rakyat PKR bertanding di kawasan majoriti Melayu.

Begitu juga di Selangor, beliau berkata, PAS perlu 350 ribu pengundi baru untuk mempertahankan kerusi-kerusi semua wakil rakyat yang sebelum ini memenangi kawasan majoriti Melayu dan bercampur.“Kalau dapat (sasaran), kita rasa kita selamat di Kedah dan Selangor,” ujar beliau.

Berbeza dengan inisiatif DAP di Pulau Pinang, beliau berkata, parti serta kerajaan negeri banyak mengambil pengalaman daripada PAS di Kelantan untuk menghadapi Umno pada PRU akan datang.

Katanya, DAP sejak memerintah Pulau Pinang giat melakukan pendaftaran pengundi baru, khususnya di kalangan masyarakat Cina.

Disebabkan itu, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa angkat nisbah 1:40 seperti yang didedahkan oleh Kajian Biro Keahlian dan Daftar Pemilih Pemuda Umno semalam, adalah suatu gambaran yang logik berhubung demografi pengundi baru di tanah air.

Tidak cukup dengan itu, beliau berkata, DAP juga giat melakukan semakan daftar pengundi yang baru tiga bulan sekali seperti yang dilakukan PAS di Kelantan.

Sehubungan itu, beliau menjangkakan DAP dalam kondisi yang selamat untuk menghadapi PRU13 kelak.

“DAP, saya tak fikir mereka akan kalah di Pulau Pinang, tetapi PKR dan PAS mesti kerja kuat kalau mereka mahu pertahan Kedah dan Selangor, kalau mahu ke Putrajaya,” jelasnya lagi.

Melalui PAS Pusat, beliau berkata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendiri mahu seramai 120 ribu tenaga mahir disediakan melalui Institut Latihan Pilihan Raya PAS (Ilpas).

“Kalau boleh, Presiden PAS suka dan mahu Ilpas ini menyediakan satu pasukan seperti yang ditunjukkan dalam al-Quran, iaitu ‘satu bilangan yang kecil mengalahkan satu bilangan yang besar’,” ujar beliau.

Dalam perkembangan yang sama, Mohd Firdaus Jaafar, Pengerusi Jabatan Pilihan Raya (JPN) Dewan Pemuda PAS Pusat berkata, pihaknya bakal melancarkan kempen giat daftar pengundi muda bermula bulan depan.

Harakahdaily/-

Rayuan untuk bersihkan nama – Tian Chua

17 Rejab 1431 H
Oleh: Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 29 Jun: Ahli Parlimen Batu, Tian Chua memberitahu tindakannya memfailkan rayuan berhubung keputusan bersalah yang diputuskan oleh Mahkamah Majistret ekoran menghalang tugas polis dengan menggigitnya adalah bagi membersihkan imej beliau.

"Saya boleh membuktikan bahawa saya tidak melakukan apa-apa tindakan yang menyebabkan kecederaan kepada anggota polis tersebut.

"Bukti yang kita kemukakan kepada majistret tidak disemak semula oleh Mahkamah Tinggi, mahkamah cuma menerima dan tidak mempertikaikan keputusan majistret dan langsung tidak melihat kepada bukti-bukti yang diberikan," katanya ketika ditemui di luar pejabat pembangkang di parlimen hari ini.

Tian didapati bersalah kerana mengiggit seorang konstabel polis ketika ditahan di sebuah protes di bangunan parlimen, tiga tahun lalu.

Beliau bagaimanapun hari ini mengemukakan permohonannya di Mahkamah Rayuan, Putrajaya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengekalkan keputusan majistret yang menjatuhkan hukuman bersalah terhadap beliau.

"Saya berharap Mahkamah Rayuan akan menyemak semula fakta-fakta yang dikemukakan kepada majistret," katanya lagi.

Rayuan yang dibuatnya ini juga jelasnya, tiada kaitan langsung dengan pertikaian status jawatannya sebagai Ahli Parlimen Batu.

Harakahdaily/-

Kenyataan nisbah daftar pemilih bersifat perkauman

17 Rejab 1431 H
Oleh: Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 29 Jun: PAS menyifatkan kenyataan Biro Keahlian dan Daftar Pemilih Pemuda Umno yang dikeluarkan akhbar Berita Harian bahawa nisbah 1 orang Melayu dan bukan Melayu mendaftar sebagai pemilih sebagai bersifat perkauman bagi mewujudkan rasa tidak senang di antara kaum.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, kenyataan itu hanyalah agenda politik Umno untuk menakut-nakutkan orang Melayu.

"Kenyataan ini merupakan agenda politik menakut-nakutkan masyarakat Melayu seolah-olah meletakkan kaum Cina ini sebagai ancaman terhadap kelangsungan kuasa politik orang-orang Melayu," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Ujarnya, angka yang dinyatakan itu tidak tepat dan dikeluarkan kerana menyedari sokongan rakyat terhadap parti itu semakin berkurangan.

"Angka pun tidak tepat. Ini agenda politik perkauman untuk menarik orang-orang Melayu kembali menyokong mereka sebab mereka sedar semua kaum sedang menolak mereka," katanya.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) wajar disalahkan kerana gagal menjalankan kempen bagi menggerakkan daftar pemilih di kalangan semua kaum.

"Dari segi SPR harus menyalahkan diri mereka sendiri bahawa masalah kekurangan dalam daftar pemilih ini ialah lemahnya gerak kerja SPR dalam menggerakkan kempen kesedaran untuk masyarakat Malaysia membuat pendaftaran pemilih termasuk pengundi Melayu," katanya.

Baginya juga, SPR wajar dilabelkan sebagai ‘Suruhanjaya Perkauman Rakyat’, bukan lagi Suruhanjaya Pilihan Raya.

Mahfuz turut menggesa kerajaan melaksanakan pendaftaran automatik bagi remaja yang berumur 21 tahun bagi mengatasi masalah pengundi tidak berdaftar.

"Sepatutnya kerajaan termasuk Umno sudah boleh membuat pindaan sama ada kepada perlembagaan atau kepada apa-apa perundangan berkaitan pilihan raya iaitu untuk mengadakan pendaftaran automatik bagi remaja berumur 21 tahun," katanya.

Nada yang sama turut disuarakan Pemuda Sosialis DAP (Dapsy) pada sidang media yang berasingan.

Ketuanya, Anthony Loke berkata, pemuda Umno tidak wajar menyalahkan DAP kononnya mendaftarkan pemilih muda Cina sahaja sebaliknya harus lebih giat menjalankan kempen untuk mendaftarkan pengundi Melayu.

"Nisbah pengundi Melayu kepada bukan melayu ialah 1:40 selepas 2008, ini satu kenyataan palsu kerana ini tidak mungkin berlaku. Pada 2009 daftar pemilih terbanyak ialah Umno.Takkan Umno daftar pemilih bukan Melayu.

"Kalau Pemuda Umno, Khairy Jamaludin kata beliau berwibawa, sepatutnya beliau memikirkan untuk menggerakkan kempen untuk mendaftar pemilih," katanya yang juga Ahli Parlimen Rasah.

Harakahdaily/-

Dr Asri jelas kedudukan sebenar di Kota Bharu

17 Rejab 1431 H
Oleh: Wartawan Kita

KOTA BHARU, 29 Jun: Setelah ura-ura Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyertai Umno bersama kelompok ulama muda tidak menjadi kenyataan, bekas Mufti Perlis itu akan dibawa ke Kelantan bagi menjelaskan perkara sebenar yang berlaku.

Orang ramai di sini dijangka berpeluang mendengar sendiri penjelasan Dr Asri, sejauh mana dakwaan terhadapnya konon berminat menyertai Umno.

Beliau diundang pada siri wacana perdana yang akan dianjurkan kerajaan negeri pada 10Julai ini bertempat di Balai Islam, Lundang bermula jam 9 malam.

Wacana itu bertajuk ‘Bolehkah Melayu Bersatu?’ turut mengundang dua Exco Pemuda Umno Malaysia, Ustaz Afandi Yusof dan Lokman Noor Adam. Selain itu anggota parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa.

Manakala Prof Madya Dr Muhammad Agus Yusof akan bertindak sebagai moderator.

Pengarah program berkenaan, Ahmad Baihaki Atiqullah berkata, pemilihan tajuk tersebut sesuai dengan pelbagai tafsiran dibuat berkaitan kedudukan orang Melayu di negara ini sekarang.

”Ada tafsiran yang optimis, dan ada pula yang pesismistik, namun begitu negara ini telah melalui pelbagai bentuk perubahan politik, ekonomi, dan sosial yang memberi kesan kepada masyarakat Melayu,” katanya di sini.

Wacana tersebut merupakan beberapa siri forum diadakan di Kelantan sejak 2008. Wacana itu pernah mempertemukan Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa.

Bekas pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Datuk Nakhaie Ahmad juga pernah diundang ke wacana berkenaan sebelum ini.

Wacana itu dianjur dengan kerjasama Perbadanan Menteri Besar Kelantan, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan, Air Kelantan Sdn. Bhd. Selain itu Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam, Kelantan TV (KTV) dan Galeri Al-Mizan.

Sebelum ini Setiausaha Kerja Umno, Datuk Abdul Rauf Yusoh mendakwa kira-kira 100 ulama muda berkelulusan tinggi akan menyertai Umno termasuk Dr Asri.

Bagaimanapun beberapa hari selepas itu hanya 40 sahaja sahaja ulama muda dilaporkan menyertai Umno tanpa kehadiran Asri pada majlis yang dihadiri presiden parti itu, Datuk Seri Najib Razak.

Berdasar kepada jumlah itu hanya seorang sahaja iaitu Dr Fadlan Mohd Othman berkelulusan sehingga PhD.

Harakahdaily/-

1:40 pengundi baru agenda politik Umno

17 Rejab 1431 H
Oleh: Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 29 Jun: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) cuba menjayakan agenda politik Umno untuk terus berkuasa di tanah air pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kelak.

Beliau berkata demikian kerana SPR dilihat sengaja membiarkan isu nisbah antara orang Melayu dan bukan Melayu yang mendaftar sebagai pengundi baru sejak PRU12 lalu adalah satu Melayu dan 40 bukan Melayu (1:40) berpanjangan.

“Mereka sengaja tak mahu menggunakan daftar automatik. Ini lebih bersifat mahu menyelesaikan agenda politik Umno untuk terus kekal memerintah di Malaysia,” ujar beliau petang tadi selepas mesyuarat berkala Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, SPR sepatutnya boleh menangani masalah mendaftar pengundi baru di kalangan masyarakat Melayu dengan melaksanakan daftar undi secara automatik.

“Sebenarnya SPR boleh mengatasi masalah ini dengan cara yang baik, iaitu melalui daftar secara automatik,” ujar beliau.

Katanya lagi, kenyataan ‘1:40’ yang dibuat oleh Biro Keahlian dan Daftar Pemilih Pemuda Umno itu sebenarnya langsung itu memberi kesan pada sensitiviti rakyat yang nyata menolak politik perkauman Umno.

Ini kerana, beliau berkata, rakyat tidak kira Melayu ataupun masyarakat bukan Melayu sejak tsunami politik PRU12 lalu sudah mulai menerima kuasa politik Melayu yang baru, iaitu kepemimpinan Pakatan Rakyat sebagai teras pada kuasa politik negara.

Sehubungan itu, beliau berkata, PAS serta Pakatan Rakyat mampu menggantikan Umno BN dengan sokongan pengundi Melayu dan bukan Melayu, termasuk para pengundi baru kelak.

“Umno sekarang dalam bimbang, mereka takut hilang kuasa dan mereka takut pengundi baik Melayu atau tidak pergi pada kuasa yang baru, iaitu Pakatan Rakyat,” tegas beliau.

Sebelum pada itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, isu nisbah 1:40 tersebut mencerminkan kegagalan SPR dalam menguruskan urusan pilihan raya di Malaysia.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh turut menyokong cadangan Abdul Hadi supaya daftar pengundi baru dibuat secara automatik.

Beliau turut mempertikai kaedah SPR dalam menyelesaikan masalah pengundi yang bermastautin di luar negara.

“Malahan, ratusan ribu rakyat Malaysia di luar negara sekarang seakan dinafikan hak untuk mengundi disebabkan masalah sulit ini,” jelas beliau.

Beliau yang juga Ketua Umum PKR berkata, Pakatan Rakyat bercadang untuk menuntut semula SPR menerima cadangan mereka sebelum ini, iaitu daftar undi secara automatik.

“Ini yang akan kita tuntut dan sekiranya SPR jujur mahu memperkatakan tentang pilihan raya yang adil, telus dan demokratik, maka mereka perlu terima cadangan ini,” ujar beliau.

Bagi Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pula, selain mendakwa Pemuda Umno mendedahkan perangkaan yang palsu, beliau turut mencabar SPR untuk mendedahkan perangkaan yang sebenar berhubung isu nisbah 1:40 tersebut.

“Dari maklumat yang kita dapat, pendedahan Pemuda Umno itu saya fikir adalah tidak betul.

“Maka, kita nak cabar SPR untuk dedahkan angka yang sebenar, jumlah yang didaftar dan peratus penyusutan daftar pengundi baru mengikut bangsa,” ujar beliau.

Dalam perkembangan yang lain, Majlis Pakatan Rakyat mengumumkan untuk menganjurkan konvensyen bersama peringkat kebangsaan pada Oktober ini.

Tetapi, Anwar sendiri tidak memberikan tarikh spesifik berhubung konvensyen tersebut ketika disoal oleh wartawan.

Harakahdaily/-

Basmi rasuah: S'gor wajib kontrak persetujuan integriti

17 Rejab 1431 H
Oleh: Salhan K Ahmad

Syarikat yang berurusan dengan anak syarikat kerajaan negeri Selangor, akan diwajibkan menandatangani kontrak persetujuan integriti, kata Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Katanya, langkah itu akan dimulakan dengan pelanggan Kumpulan Semeste Sdn Bhd, yang dimiliki sepenuhnya oleh Perbadanan Menteri Besar.

"Ini bermakna, semua peserta tender yang bersaing untuk memenangi kontrak perlombongan pasir dengan KSSB diminta untuk menandatangani persetujuan integriti.

"(Ini) untuk memastikan ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam aktiviti perniagaan mereka," katanya dalam sidang media hari ini.

Tambahnya, perjanjian itu bagi memastikan semua pihak yang menandatanganinya tidak melakukan rasuah.

"Kerajaan negeri akan bekerja sama dengan Transparency International yang telah bersetuju untuk membimbing dan memberi nasihat kepada KSSB dalam merangka, menandatangani dan melaksanakan Integrity Pact.

Syarikat yang berurusan dengan anak syarikat kerajaan negeri Selangor, akan diwajibkan menandatangani kontrak persetujuan integriti, kata Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Katanya, langkah itu akan dimulakan dengan pelanggan Kumpulan Semesta Sdn Bhd, yang dimiliki sepenuhnya oleh Perbadanan Menteri Besar.

"Ini bermakna, semua peserta tender yang bersaing untuk memenangi kontrak perlombongan pasir dengan KSSB diminta untuk menandatangani persetujuan integriti.

"(Ini) untuk memastikan ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam aktiviti perniagaan mereka," katanya dalam sidang media hari ini.

Tambahnya, perjanjian itu bagi memastikan semua pihak yang menandatanganinya tidak melakukan rasuah.

Kerajaan negeri, kata Khalid, akan bekerja sama dengan Transparency International yang telah bersetuju untuk membimbing dan memberi nasihat kepada KSSB dalam merangka, menandatangani dan melaksanakannya.

"Kerajaan negeri akan membawa keputusan ini kepada ahli lembaga pengarah KSSB untuk dilaksanakan serta merta," tambahnya selepas mempengerusikan mesyuarat exco Selangor hari ini.

Khalid berkata, kerajaan negeri berharap perjanjian tersebut dapat diterapkan dalam projek dan jabatan kerajaan yang lain.

Tambahnya lagi, perjanjian tersebut juga akan menunjukkan komitmen kerajaan Selangor dalam menjamin ketelusan dan kebertanggungjawaban pentadbirannya.

Malaysiakini/-

DAP, PAS: Kenyataan nisbah 1:40 berbaur perkauman

17 Rejab 1431 H

DAP hari ini menafikan kajian biro keahlian dan daftar pemilih pemuda UMNO bahawa pendaftaran pengundi baru adalah dalam nisbah satu Melayu dan 40 bukan Melayu.

Sebaliknya, menurut Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke di lobi parlimen, hari ini, DAP menganggapnya satu kenyataan bebaur perkauman.

"Ini adalah kenyataan palsu dan berbaur perkauman. Ia digunakan untuk menakutkan Melayu supaya merka percaya yang mereka akan kehilangan pegangan politik,” kata Loke.

Katanya, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, kebanyakan pengundi baru adalah dari Umno dan 70 peratus daripada mereka adalah bumiputera manakala selebihnya bukan bumiputera.“Jadi mustahil terdapat lebih ramai pengundi baru bukan Melayu,” katanya.

Semalam pengerusi biro keahlian dan daftar pemuda Umno, Hishamudin Yahya yang mendedahkan nisbah itu berkata senario berkenaan seharusnya menyedarkan orang Melayu yang kuasa politik mereka boleh terhapus jika enggan terus mendaftar sebagai pengundi atau mengundi pada pilihan raya akan datang.

Ahli parlimen Rasah itu berkata beliau berpendapat pemuda Umno kini lebih terbuka dan ketuanya, Khairy Jamaluddin mempamerkan dirinya sebagai pemimpin yang progresif.

"Saya dengan ini mencabar Pemuda Umno untuk membuktikan keterbukaannya dengan menyokong pendaftaran pengundi baru secara automatik. Saya juga bersedia menandatangai memorandum kerjasama bagi membuktikan kotmitmen,” katanya.

Naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar juga tidak bersetuju dengan kenyataan berkenaan dan mendakwa ia tidak tepat serta berbaur perkauman.

"Angka pun tidak tepat. Ini agenda politik perkauman untuk menarik orang-orang Melayu kembali menyokong mereka sebab mereka sedar semua kaum sedang menolak mereka," katanya.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) wajar disalahkan kerana gagal menjalankan kempen bagi menggerakkan daftar pemilih di kalangan semua kaum.

"Dari segi SPR harus menyalahkan diri mereka sendiri bahawa masalah kekurangan dalam daftar pemilih ini ialah lemahnya gerak kerja SPR dalam menggerakkan kempen kesedaran untuk masyarakat Malaysia membuat pendaftaran pemilih termasuk pengundi Melayu," katanya.

Mahfuz turut menggesa kerajaan melaksanakan pendaftaran automatik bagi remaja yang berumur 21 tahun bagi mengatasi masalah pengundi tidak berdaftar.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad (bawah, kanan) pula berkata perkara itu terjadi kerana Umno BN yang berkuasa di negara ini telah menjadikan generasi muda Melayu, hanyut dengan budaya hedonisme yang melampau.

Katanya, orang Melayu yang dilanda dengan budaya itu memang mereka tidak akan mempedulikan soal politik dan apa sahaja gejala rasuah yang berlaku dalam negara kita.

“Umno mengharap dengan dihadang program hiburan sebegini maka mereka tidak akan mengambil peduli apa yang berlaku kepada negara ini,” katanya.

“Umno BN akan bermaharajalela untuk memfaraid harta negara kerana rakyat Melayu ini tidak mempedulikan apa yang Umno hendak lakukan seperti kapal selam yang tidak boleh menyelam, gadai harta negara seperti Blok L dan M yang berharga RM320 bilion kepada kerajaan Brunei.

“Nampaknya strategi tempang telah makan tuan sehingga orang Melayu sedikit mendaftar sebagai pengundi kerana diulit dengan program hiburan yang semakin menjadi-jadi,” ujarnya.

Malaysiakini/-

Rancangan tiga tahun S'gor

17 Rejab 1431 H
Oleh: Salhan K Ahmad

Menteri besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim merancang untuk mewujudkan rancangan tiga tahun bagi negeri itu sebagai tanda komitmennya kepada pentadbiran negeri.

Khalid berkata rancangan tersebut bersifat lebih "proaktif" berbanding siri Rancangan Malaysia oleh kerajaan persekutuan.

"Istilahnya sama - rancangan. Tapi kita lebih proaktif kali ini. Ini bermakna kita mahukan rakyat bersama dengan kita dalam membina strategi dan memahaminya.

"Sebagai menteri besar, saya secara peribadi akan memimpin rancangan tiga tahun ini yang merupakan tatacara baru bagi parti yang memerlukan saya melipatgandakan usaha di peringkat kerajaan negeri.

"Sehubungan itu, rakyat boleh menganggap bahawa rancangan ini sebagai satu lagi inisiatif yang menjadi isyarat kuat kepada komitmen kerajaan negeri untuk menambah baik perkhidmatan kepada rakyat.

"Harapannya, mereka akan menyokong proses pembangunan dan pelaksanaannya," katanya dalam satu sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco Selangor hari ini.

Katanya lagi, rancangan tersebut - yang pertama seumpamanya di Selangor - antaranya akan menyentuh aspek ekonomi, pembasmian kemiskinan, pendidikan dan pembangunan.

Tambahnya, rancangan yang akan dilancarkan dalam tempoh tiga bulan itu, akan dibentuk dengan melibatkan rundingan semua pihak, termasuk pelbagai peringkat masyarakat.

"Kerajaan negeri akan mendapatkan pandangan rakyat dari pelbagai peringkat yang tinggal di Selangor bagi mendapatkan gambaran sebenar, apakah keperluan dan keinginan yang rakyat negara ini mahukan," tambahnya.

Malaysiakini/-

Pakatan lantik penasihat undang-undang sendiri

17 Rejab 1431 H

Negeri-negeri Pakatan Rakyat akan melantik penasihat undang-undang mereka sendiri dan memberhentikan amalan sekarang yang mana jawatan berkenaan diisi oleh perwakilan daripada Pejabat Peguam Negara.

Pada sidang media oleh pemimpin Pakatan di parlimen, hari ini, ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tindakan itu perlu berikutan ‘kecuaian’ oleh penasihat undang-undang yang dilantik oleh kerajaan persekutuan.

"Kita akan mencadangkan negeri-negeri Pakatan supaya melantik sendiri peguam mereka sebagai penasihat undang-undang,” kata Anwar.

"Ini kerana pejabat peguam negara tidak berkecuali. Mereka mewakili kepentingan kerajaan Umno-BN. Ini menyebabkan banyak masalah kepada pentadbiran negeri-negeri, sebagai contoh di Kelantan seperti yang dijelaskan oleh exconya hari ini,” katanya.

Bagaimanapun Anwar tidak mengulas lanjut masalah yang dihadapi di Kelantan itu.Penasihat undang-undang di negeri-negeri Pakatan Rakyat sejak pilihan raya umum 2008 seringkali bertindak dan membuat keputusan yang bercanggah dengan kerajaan negeri. Paling ketara, ia berlaku di Perak sebelum kerajaan negeri Pakatan ditumbangkan.

Di Selangor pula, penasihat undang-undang negeri didakwa melenggahkan hasrat kerajaan negeri menjadikan dokumen konsei perjanjian air sebagai dokumen awam.

Mengulas laporan Berita Harian semalam yang memetik kenyataan Pemuda Umno bahawa nisbah kaum Melayu yang mendaftar sebagai pengundi berbanding Cina adalah 40:1, Anwar berkata, Suruhanjaya pilihan Raya (SPR) seharusnya mengeluarkan angka tepat dan tidak menimbulkan rasa takut di kalangan masyarakat.

Beliau berkata, dalam keghairahan SPR menyokong kenyataan Pemuda Umno, SPR seakan-akan lupa bahawa laporan sebegini hanya memperlihatkan kegagalan badan itu dalam menarik minat rakyat yang layak untuk mendaftar sebagai pengundi.

"Ini memperlihatkan kegagalan SPR dalam menjalankan tugas mereka dengan berkesan," kata Anwar.

Anwar sebulat suara menyokong pendirian Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengesyorkan SPR supaya melaksanakan daftar pengundi secara automatik.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang pula mencabar SPR untuk memberikan angka yang sebenar bagi membuktikan apa yang diperkatakan Umno adalah benar.

Malaysiakini/-

Mahkamah khas syariah dengar kes konflik agama

17 Rejab 1431 H
Oleh: Abdul Rahim Sabri

Jemaah Menteri telah memberi persetujuan untuk menubuhkan Mahkamah Rayuan Khas Syariah untuk mendengar dan memutuskan kes-kes yang melibatkan konflik undang-undang di antara perundangan sivil dan syariah.

Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) Tan Sri Datuk Ibrahim Lembut berharap dengan adanya mahkamah tersebut, sedikit sebanyak kes-kes yang boleh menimbulkan konflik pertembungan agama, dapat diatasi secara berperingkat.

Pada masa ini, beliau yang juga ketua hakim syarie berkata, perkara itu kini dalam penelitian beberapa pihak terutama, Jabatan Peguam Negara.

Menurutnya, Jemaah Menteri telah memberi persetujuan terhadap cadangan jabatan itu pada 23 Oktober tahun lalu.

Ibrahim berkata panel hakim Mahkamah Rayuan Khas Syariah itu akan turut dianggotai oleh seorang Hakim Mahkamah Sivil.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas dalam muzakarah pakar bertajuk "Selepas 60 tahun kes Natrah: Di Mana Kita?" dari perspektif undang-undang di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di ibunegara.

Ibrahim berkata usaha tersebut adalah untuk "mempertingkatkan pelaksanaan undang-undang syariah di Malaysia".

"Saya bagi pihak JKSM amat mengharapkan sokongan semua pihak dalam usaha mempertingkatkan sistem kehakiman syariah di negara ini terutama dalam mengatasi permasalahan kaum wanita di Mahkamah Syariah umpamanya dalam kes tuntutan nafkah.

"Alhamdulillah kita telah ada Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) di semua Mahkamah Syariah Negeri," katanya.

Dalam pembentangan itu juga, Ibrahim turut mengingatkan supaya "jangan hendak adanya di kalangan kita sendiri yang secara diam-diam mencari jalan untuk menenggelamkan institusi kehakiman syariah".

"Mahkamah Syariah pada saya umpama sebuah masjid, sebagai lambang keagungan dan kemurnian agama Islam, dan sudah semestinya kita sama-sama memeliharanya atas tanggungjawab bersama," katanya.

Malaysiakini/-

Tanda hati yg hidup

17 Rejab 1431 H
http:akhisalman.blogspot.com

Disini dinyatakan tanda2 hati yg hidup dan tidak mati
Pertama: Lapangnya dada menerima ajaran Islam.

Firman Allah:
Maksudnya: Orang yg Allah lapangkan dada mereka adalah org yg mendapat cahaya dr tuhannya.(22: Zumar)

Nabi bersabda: "Apabila cahaya masuk ke dalam hati seseorang maka dadanya akan lapang dan terbuka" Para sahabat bertanya: "Ya Rasulullah; Adakah ada tanda2 yg menunjukkan demikian?" Nabi s.a.w menjawab:

الإنابة إلى دار الخلود والتجافي عن دار الغرور والإستعداد للموت قبل نزوله

Maksudnya: Org yg beramal utk kembali ke Akhirat yg kekal, Jauh dirinya dgn dunia yg memperdaya dan bersedia untk mati sebelum ianya tiba."(Hr Hakim)

Lapang dada ialah mudah dia nak mematuhi dan menerima ajaran Islam dan tidak berasa sempit dada dgn perkara dunia.

kedua: Gementar hati ketika berzikir mengigati Allah.

Firman Allah:

"Sesungguhnya sifat khusus org2 yg beriman apabila disebut nama Allah akan gementar hati2 mereka..."(2: Al-Anfal)

Ketiga: Hati yg khusuk mengingati tuhan.

Firman Allah:

"Sesungguhnya mereka bersegera melakukan kebaikan, berdoa kepada kami dgn penuh mengharap dan takut dan mereka khusuk mengingati kami"(90:Al-Anbiya)

Khusuyk adalah 1. Hadirkan hati dlm Ibadah. 2. Memahami makna yg di lafazkan. 3. Mengagongkan sang pencipta dgn adanya sifat takut dan harap.

keempat: Mudah terkesan dgn Nasihat.

Seperti mana cerita Ali Zainal Abidin bila beliau melihat hamba perempuanya tertuang air panas ke kepala anaknya sehingga mati. Baru sahaja beliau nak marah; hambanya membaca Ayat "Dan org2 yg menahan marahnya" Maka beliau kata: Aku tahan marahku. Hambnya menyambung ayat tadi "Dan org2 yg memaafkan kesalahan manusia lain" Beliau berkata: Aku Maafkan kamu. Hambanya menghabiskan ayat tadi "dan Allah mengasihi org2 yg melakukan kebaikan."(134: Ali Imran) Beliau berkata: Engkau dibebaskan.

Kelima: Merasai kemanisan Iman.

Nabi s.a.w bersabda: "Seseorang itu akan merasai kemanisan Iman bila dia reda Allah sebagai tuhannya, Islam sebagai agamanya dan Muahmmad sebagi Nabi dan Rasul. (Hr Muslim)

Imam Ibnu hajar mengumpamakan org yg mempunyai hati yg baik sperti org yg sihat yg mana dia merasai kemanisan madu. Adapun org yg mempunyai hati yg sakit seumpama pesakit yg merasai madu itu pahit.

keenam: Sentiasa merasai dekat dgn Tuhan.

Tandanya ialah org yg suka beribadah dan bermunajat dgn tuhannya. Seperti mana Nabi Isa a.s berkata kepada hawariyyin " Banyakkan bercakap dgn tuhan dan sedikitkan bercakap dgn manusia" Mereka bertanya "Bagaimana banyak bercakap dgn tuhan?" Nabi Isa mnejawab "Hendaklah kamu sentiasa bersendirian mengingatinya, bersendirian beribadat kpdnya dan bersendirian bermunajat dgnnya."(Hr Abu Naim dlm kitab Hilyah)

ketujuh: Sentiasa kembali kepada Allah.

Firman Allah:"Maka hendaklah kamu lari menuju kepada Allah...(50: az-Zariat)
Firman Allah:"Dan org2 yg apabila mereka melakukan kejahatan atau menzalimi diri mereka sendiri; mereka terus mengingati Allah dan meminta ampun kpd Allah..."(135: Ali Imran)

Dlm keadaan senang dan susah hendaklah kita kembali kepada Allah. Nabi bersabda:
"Amat dikagumi keadaan org beriman. Mereka sentiasa dlm kebaikan. Sekiranya mereka mendapat kebaikan mereka akan bersyukur; itu adalah kebaikan baginya dan bila mendapat kesusahan mereka akan bersabar; itu juga kebaikan bgnya."(hadis sahih.

Abu Hanifah

17 Rejab 1431 H
http:akhisalman.blogspot.com

Dilahirkan Abu Hanifah pd tahun 80 hijrah (699)m di (Kufah) pd pemerintahan khalifah Abdul Malik bin Marwan. Sebab di gelar dgn Abu Hanifah kerana dikatakan beliau mempunyai anakperempuan bernama hanifah.Beliau telah menunaikan haji 55 kali.

Beliau telah mendengar ilmu dr 4000 guru. Beliau adalah dikalangan tabien kerana telah berjumpa dgn Anas bin Malik, Abdullah bin Abi Aufa, Sahl bin saad dll.Beliau telah bersahabat dgn Fudail bin Iyad, Malik bin Anas, Daud at-Toie dll.

Diantara anak muridnya yg terkenal adalah Abu Yusuf, Muhammad bin Hassan dll.Beliau adalh seorang penentang kezaliman yg hebat sehingga mana beliau meninggal dunia syahid di dlm penjara Mansur pd tahun 150 hijrah ketika berumur 70 thn.

Beliau seorang berani bersemuka puak2 khawarij. Pada suatu hari sekumpulan khawarij dtng berjumpa dgnnya sambil menghunus pedang mereka -mereka berpendapat org yg melakukan dosa besar adalah kafir manakala Abu Hanifah dan ahli sunnah yg lain mengatakan org yg melakukan dosa besar adalah sekadar fasik- Puak khawarij ini berkata "Berhampiran pintu ada dua jenazah; seorang peminum arak dan seorang lagi penzina, jadi ape pendapat mu?"

Beliau tidak gentar dgn pedang2 yg terhunus dan tidaklari dari kebenaran. Bahkan beliau bertanya:Abu hanifah : Dimana kamu akan kuburkannya? Adakah di kubur Yahudi?
Khawarij menjawab: Tidak.
Abu hanifah: Adakah di kubur nasrani.
Khawwrij menjawab: Ya.
Abu Hanifah: Adakah di kubur org Islam?
Khawarij: Ya.
Abu hanifah: Sesungguhnya Nabi Ibrahim berkata: "Hai tuhanku sesungguhnya berhala2 itu menyesatkan banyak manusia. siapa Yang mengikuti maka dia termasuk kedlm golonganku. dan siapa yg engkar sesungguhnya engkau maha pengampun lagi maha mengasihani.(36; Ibrahim)

Nabi Isa telah berkata: "Sekiranya engkau mengazab mereka maka sesungguhnya mereka hamba2mu dan sekiranya engkau ampuni mereka maka sesungguhnya engkau maha perkasa lagi maha bijaksana."(112: al-Maidah) Org2 yg disebut dlm al-Quran adalah org yg membuat maksiat. jika Allah hendak Allah boleh azab mereka dan kalau Allah hendak Allah boleh memaafkan mereka."

Puak2 khawarij tak terkata ape2 dan mereka terus bla..Oleh kerana keberaniannya beliau dipenjara kemudian beliau dikeluarkan dan ditegah dr fatwa. Malahan dilarang keluar rumah dan dan bersembang dgn manusia sehinggalah beliau wafat pd syawal 150hijrah(767m).

Diantara kehebatan beliau ialah solat subuh dgn wuduk isya. Ini kerana beliau sembahyang sepanjang malam.
Penyair berkata:
"Tirulah kehidupan org2 yg baik sekalipun tidak dapat sama dgn mereka"
"Sesungguhnya meniru org2 yg baik adalah satu kejayaaan".

Tabarruk (ambil berkat) dari Rasulullah dan orang saleh

17 Rejab 1431 H
http:akhisalman.blogspot.com

Ambil berkat dari ulama dan orang soleh adalah suatu trend yang ada pada orang-orang agama di Malaysia. Contohnya cium tangan, minum air bekas orang soleh, solat ditempat orang soleh , berkhidmat kepadanya dan lain-lain. Sebahgian ustaz-ustaz ada yang menegahnya dan mengatakan ianya taasub. Disini saya membawa apa yang berlaku di zaman Nabi dan ulasan ulama muktbar terhadap perkara ini.

AMBIL BERKAT DARI TUBUH

Usaid bin Khudair menceritakan:

Ketika mana seorang lelaki dari kalangan ansar sedang bercerita sesuatu kepada orang ramai. Dalam cerita itu ada lawak jenaka yang menyebabkan orang yang mendengarnya ketawa. Lalu Nabi saw mencucuk pinggangnya dengan kayu (melawak). Lelaki itu berkata:

“ Aku nak qisas (balas balik)”

Nabi saw menjawab:

“ Balas la balik.”

Lelaki itu berkata:

“Aku tidak pakai baju sedangkan engkau pakai baju.”

Lalu baginda mengangkat bajunya dan lelaki itu memeluk Nabi saw serta mencium pinggangnya dan berkata:

إنما أردت هذا يا رسول الله

“ Sebenarnya inilah tujuan aku hendak qisas.”

Hadis riwayat Abu Daud (5225) dan Hakim. Sahih menurut imam Zahabi.

AMBIL BERKAT DARI AIR LIUR

Abu Musa al-Asyari berkata:

ولد لي غلام فأتيت النبي صلى الله عليه وسلم فسماه إبراهيم وحنكه بتمرة

“ Aku mendapat anak , lalu aku berjumpa dengan Nabi saw, baginda namakannya sebagai ibrahim dan mentahnik dengan sebiji buah kurma.”

Hadis sahih riwayat Bukhari (5150) dan Muslim (2145).

Seperti diketahui tahnik adalah sialim mengunyah tamar sebelum dia memberikannya kepada sibayi dan disitu ada sedikit air liurnya. Adapun memuntah air liur dan orang lain memakannya adalah perkara yang haram kerana ia adalah najis.

AMBIL BERKAT DARI AIR WUDUK NABI

Abu Juhaifah ra berkata:

رأيت بلالا أخذ وضوء رسول الله صلى الله عليه وسلم ورأيت الناس يبتدرون ذاك الوضوء فمن أصاب منه شيئا تمسح به ومن لم يصب منه شيئا أخذ من بلل يد صاحبه

“ Aku melihat Bilal mengambil air wuduk Rasulullah saw dan aku melihat orang ramai berebut untuk mendapatkan air wuduk tersebut. Sesiapa yang mendapat sebahagian air wuduk itu akan menyapu dibadannya dan sesiapa yang tidak dapat dia akan mengambil dari basahan tangan sahabatnya yang dapat air wuduk Rasulullah saw.”

Hadis sahih Bukhari dan Muslim (503)

AMBIL BERKAT DARI MINUMAN BAGINDA

Sahl bin Sa’d as-Sa’idi berkata:

Rasulullah saw diberi minuman , lalu baginda meminumnya . Disebelah kanan Nabi ada seorang budak dan disebelah kirinya terdapat orang-orang tua. Baginda berkata kepada budak tadi:

أتأذن لي أن أعطى هولاء

“ Adakah engkau benarkan aku untuk memberikan air ini kepada orang-orang tua ini.”
Budak itu pun berkata:

لا والله لا أوثر بنصيبي منك أحدا

“ Tidak demi Allah. Aku tidak akan mendahulukan orang lain terhadap apa yang aku dapat dari mu .”
Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim (2030)

Budak disini adalah Abdullah ibnu Abbas ra. Minuman bukan sekadar minuman biasa tetapi ia mengandungi keberkatan Rasulullah saw. Para sahabat tidak akan sama sekali tamak kalau ia hanyalah minuman biasa. Dalam kaedah fekah disebut:

الإيثار في القربى مكروه

"Mengutamakan orang lain dalam perkara ibadah adalah makruh.”

AMBIL BERKAT DARI PAKAIAN BAGINDA

Asma bintu Abu Bakr berkata:

هذه جبة رسول الله صلى الله عليه وسلم ... كانت عند عائشة حتى قبضت فلما قبضت قبضتها وكان النبي صلى الله عليه وسلم يلبسها فنحن نغسلها للمرضى يستشفى بها

“ Ini adalah jubah Rasulullah saw … Asalnya berada di tangan Aisyah sehinggalah beliau meninggal dunia. Apabila beliau meninggal , aku mengambilnya. Semasa hayat Nabi, baginda memakainya. Sekarang, kami membasuhnya dan diberikan airnya kepada pesakit sebagai ikhtiar untuk berubat.”
Hadis sahih riwayat Muslim.

Imam Nawawi berkata:

“ Hadis ini adalah dalil kepada sunatnya ambil berkat dari kesan-kesan orang soleh dan pakaian mereka.”

AMBIL BERKAT DARI TEMPAT YANG NABI SOLAT

Mahmud bin Rabie al-Ansari berkata:

“ Sesungguhnya ‘Utban bin Malik ra adalah dikalangan sahabat Nabi saw. Beliau adalah dari golongan ansar dan pernah menyertai perang badar. Suatu hari beliau datang berjumpa dengan Rasulullah saw dan berkata:

“ Ya Rasulullah sesunggunhya mataku sudah lemah dan aku solat mengimamkan kaumku. Apabila hujan turun akan menyebabkan air di lembah melimpah sehingga menghalang aku untuk ke Masjid kaum ku. Ya Rasulullah aku suka kalau engkau solat dirumah ku dan aku jadikan tempat solat mu sebagai tempat solatku.”

Rasulullah saw pun berkata:

سأفعل إن شاء الله

“ Aku akan buat insyaAllah.”

Hadis sahih Bukhari dan Muslim (263)

Imam Nawawi berkata:

"Hadis utban (diatas) ada banyak mengangdungi pengajaran. Antaranya disyariatkan mengambil berkat daripada orang-orang soleh, solat di tempat yang mereka solat dan mengambil keberkatan daripada mereka."

Imam Ibnu Hajar al-asqalani berkata:

Hadis ini menunjukkan disyariatkan mengambil berkat dengan tempat2 yang mana Nabi saw solat disitu atau yang dipijak oleh baginda. Hadis ini juga menunjukkan sekiranya mana-mana orang soleh dijemput untuk diambil berkat daripadanya hendaklah dia pergi memenuhi permintaan itu selagi tidak menimbulkan fitnah.

KESIMPULAN

Daripada hadis-hadis Nabi dan pendapat ulama ini menunjukkan mengambil berkat dari ulama yang soleh seperti mencium tangan, disapu di kepala, minum bekas air , solat ditempat orang soleh adalah dibenarkan sekiranya tidak iktikad bahawa orang soleh itu boleh memberi apa-apa kuasa. Walaubagaimana pun ada ulama yang tidak bersependapat dengan perkara ini. Kita sebagai muslim yang berpegang pendapat yang membenarkan tabarruk hendaklah menghormati pendapat ulama Saudi yang melarang perkara ini dan mengatakan ia hanya khusus untuk Nabi. Mereka juga hendaklah menghormati pendpat kita. Saya nasihatkan masing2 menghormati pendapat masing dan tidak berbalah dalam perkara ini. Kita juga diajar untuk tidak taasub dengan mana-mana ulama, masing2 ada kelebihan dan kekurangan. Imam Malik berkata:

كل كلام يؤخذ ويترك إلا صاحب هذا المقام

“ Setiap ucapan/pendapat boleh diambil dan ditolak melainkan ucapan/pendapat tuan punya Kubur ini (Nabi).

Maksudnya kalam Nabi sahaja yang maksum. Namun kalam atau perbuatan Nabi juga hendaklah dipegang menurut pentafsiran para ulama muktbar bukan mengikut pemahaman orang awam.

Perception: Save One Malaysia From Vultures UBN

17 Rejab 1431 H
Oleh: Nash Ar-Rawy

Brain drain in Malaysia is due to the uncondusive situation of the Malaysian politics. Conyism , corruption and abusive of power and law as in the coup in the State of Perak in Malaysia.

To save Malaysia from being a bankrupt country out of the scandals such as RM 1 Billion in Bakun, Felda lost of RM 2 Billion , RosmahNajib Forex gambling of Bank Negara's money RM32 Billion, Bumiputra Shares disappeared RM52 Billion , PKFZ scandals etc .

All these are the continuity of UBN scandals from BMF, Perwaja Steel( 3 times pumped in money) til PKFZ and Felda have made the government cut off public subsidy to 18 Bilion whereas for corporate interest budget allocations was RM20 Billion. Overseas scholarships has beeb cut off.

2 oil wells worth RM320Billion being donated to Brunei's oli companies of both countries cronies. What about the people of Sarawak and Malaysian as a whole. KTMB assets in Singapore given to Singapore and cronies . Malaysia now is a State for cronies at the expence of the people; cronies are getting richer and the people suffer no more subsidies.So prices of things gone up subsequently.

PAKATAN needs the support of Malaysian local n abroad to save one Malaysia from bankrupcy in the the year 2019 as told by Idris the Minister in the Prime Minister Department which may due to the subsidies allocated to the people but actually it is due to the scandals of UBN rule.
SAVE MALAYSIA THRU' PAKATAN.