30 June 2010

BETAPA FIRAUN BESAR KULIM INI MENCINTAI UMNO

17 Rejab 1431 H
Oleh: WFAUZDIN NS

SEKALI lagi TV3 suku malam tadi menampilkan MP dari Kulim Bandar Baru sebagai pengulas undangan tentang peristiwa politik PKR di Selangor. Maka, tanpa berlengah lagi `firaun besar' Kulim ini pun bercakap gaya seorang lawyer tapi ternampak seperti `loyar buruk' saja. Dia bercerita agak panjang juga sampai dua kali disiarkan wajah `firaun besar' ini dan mengulas benda yang sama.

Semakin lama dia mengulas, semakin nampak seorang `loyar buruk' yang seperti bukan seorang politikus tetapi seperti tikus. Memang beliau ni bersifat seperti tikus, berani menggigit apa saja jika tiada sesiapa di sekelilingnya. Apabila diajak berdebat oleh YB Khalid MP Shah Alam, terzahirlah sifat penikusnya. Di depan TV3 suku, beliau menunjukkan jantannya sehingga terjongket kopiah firaun besarnya itu.

MP Kulim Bandar Baru yang dipecat oleh PKR itu berkata depan TV 3 suku bahawa perlantikan YB Azmin sebagai pemimpin utama PKR di Selangor memberi gambaran MB Khalid tidak lagi diperlukan. Apa ertinya menjadi MB Selangor jika kuasa politik sudah tiada, tambah beliau.

Jadi, MB Khalid mesti berundur katanya lagi. Maksudnya, YB Azmin tentunya lebih berkuasa dari MB Selangor dan ini menunjukkan DS Anwar mahu YB Azmin menjadi MB Selangor. Dan, Khalid mestilah sedar isyarat ini. Begitulah andaian si`loyar buruk' yang pernah ditolak oleh PAS itu.

Nampaknya komen dari firaun besar Kulim tersebut bercanggah pula dengan mantan MB Selangor iaitu anak Toyo. Anak Toyo berkata pula, walaupun YB Azmin dilantik mengetuai PKR di Selangor namun yang masih mempunyai kuasa adalah Khalid selaku MB Selangor. Jadi, Khalid masih boleh menentukan projek atau tender kepada kroni-kroninya, kata anak Toyo doktor gigi yang kaya raya itu. Beliau sangka, MB Khalid sama sepertinya yang memelihara kroni seperti memelihara babi apabila menjadi MB Selangor.

Nampaknya komen firaun besar dari Kulim dengan komen doktor gigi yang kaya itu sama sekali bercanggah, walaupun niat masing-masing sama untuk menjahanamkan PR di Selangor.Kita jangan pelik kenapa firaun besar dari Kulim tidak mahu pula ulas perihal yang sama di Terengganu. Di Terengganu, MB nya adalah Said. Tetapi, siapa yang menerajui Umno di Terengganu? Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu adalah Hishamuddin, orang dari Johor.

Jika ikut kata-kata bodoh dari firaun besar, tentulah MB Terengganu Said kena berundur kerana apa guna jadi MB jika kuasa politik di Terengganu dipegang oleh orang lain, bahkan orang itu luar dari Terengganu? Mengapa firaun besar berketayap putih itu tidak mahu ulas?

Jawapannya mudah, ia adalah kerana di Terengganu Umno yang berkuasa, jadi buat apa firaun besar mahu ganggu. Bukankah Umno itu pujaan hatiku?

PEMUDA UMNO PERAK TIDAK BERWIBAWA

17 Rejab 1431 H
http:pemudapasperak.com

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) merasakan amat lucu dengan kenyataan yang dibuat oleh Maslin Sham Razman sebagai Ketua Pergerakan Pemuda Umno Negeri Perak dengan menuduh Pakatan Rakyat (PR) Negeri Perak bertanggungjawab atas segala kekecohan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak serta menuduh Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin sanggup berbuat apa saja untuk menjadi Menteri Besar sehigga menjadi budak suruhan Ngeh, Nga dan DAP tanpa sebarang bukti.

Kenyataan ini langsung tidak menunjukkan kematangannya sebagai pimpinan muda malah terlalu takut berdepan dengan mana-mana pihak untuk berhujah serta mengemukakan bukti jika mereka merasakan bahawa mereka berada di tempat yang benar.

Maslin yang hanya berani menggunakan ruangan media semata-mata tidak langsung membuktikan beliau seorang yang berani berdepan dengan musuh politiknya sama sekali. Malah kenyataan-kenyataan nya di dalam akhbar media bercetak, media elektronik dan juga media massa yang hanya menunjukkan keberanian kepimpinannya dan bukan secara berdepan.

Ini ditambah dengan ketidakmampuannya menjadi ketua yang boleh di lihat beberapa Persidangan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian.Seperti di Bahagian Bagan Datoh tempohari yang dirasmikan oleh Khairy Jamaludin yang mana beliau tidak hadir bersama. Berlaku juga di Bahagian Taiping pada 26 Jun baru-baru ini yang hanya
dirasmikan oleh orang luar dari Umno iaitu Presiden Majlis Belia Malaysia.

Perkara di atas terbukti bahawa kepimpinan Maslinbersama Ketuanya iaitu Khairy tidak berwibawa. Dengan ini, DPPNPk sekali lagi mencabar Maslin untuk berdebat secara terbuka dalam apa isu terutama isu berkaitan kekecohan sidang DUN dan isu boneka yang diutarakan Maslin.

Oleh yang demikian, rakyat akan dapat membuat penilaian denganadil antara kebenaran dan kebatilan. Kebatilan akan menyebelahi mereka yang hanya berani bercakap dari jauh tanpa bukti tetapi tidak berani berdepan untuk berhujah dengan mengemukakan bukti.

Ketidak matangan dan ketidak mempuan Pemuda Umno Perak ini bukti bahawa Umno Perak sudah tidak mampu membela rakyat seluruh bangsa yang ada.

JUDI BOLA MANSUH, KHIDMAT APCO JUGA PERLU DIMANSUH : PAS PERAK

16 Rejab 1431 H
Oleh: mohd hafez sabri

IPOH 29 JUN, Pesuruhjaya PAS Perak hari ini menegaskan sekali lagi
bahawa, Negara pada hari ini panas membincangkan isu sebuah perunding
komunikasi yang dikaitkan dengan syarikat yang dimiliki oleh rejim
zoinis Israel.

Malaysia dikatakan telah menandatangani perjanjian dengan syariakt APCO worldwide sebagai perunding komunikasi bagi membersihkan imej Negara diperingkat antarabangsa.Dalam satu sudut pandang, ianya nampak positif iaitu untuk menarik pelabur asing masuk kedalam Negara kita.

Namun pada hakikatnya, kita tidak bersetuju dengan syaikat perunding berkenaan disebabkan secara jelasnya ia dimiliki oleh golongan yahudi yang sememangnya menjadi
musuh ummat Islam, jelas beliau.

Pada mulanya, pendedahan yang dibuat oleh Ketua Pembangkang, Dato’Seri Anuar Ibrahim menimbulkan polemik yang tersendiri dikalangan rakyat.

Namun selepas beberapa hari daripada itu, maka pengakuan oleh Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hisyamuddin sendiri mengesahkan bahawa jumlah yang dibayar kepada syarikat perunding berkenaan ialah
sebanyak RM76.5 juta.

Kami diperingkat PAS merasa sungguh kecewa dengan berita tersebut kerana ia melibatkan maruah negara dan agama Islam.

Mana tidaknya,kita mengisytihar Negara ini sebagai Negara Islam, namun sebaliknya
kita berkompromi dan menggunakan khidmat musuh Islam yang nyata telah menyembelih adik-beradik Islam kita yang berada di Palestin, tegas beliau

Beliau menjelaskan lagi bahawa, perkara ini secara tuntasnya akan menimbulkan kemarahan masyarakat khususnya ummat Islam kerana kita pada awal lagi tidak mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara, namun apa yang berlaku sebaliknya kita bersetuju dan menggunakan syarikat yang datangnya daripada Israel sendiri.

Mana prinsip dan maruah kita?
Buktinya jelas bahawa syarkat ini adalah antara penyumbang kepada kewangan Israel : ” Its CEO in Israel, Gad Ben-Ari, was a personal adviser of the late PM Yishak RabinAlso, the relationship between Israel and APCO is more than merely having an office in Tel Aviv. APCO’s activities in the Zionist state go beyond the civilian sectors”

Jumlah bayaran RM76.82juta juga menjadi persoalannya. Perbelanjaan
yang banyak ini tidak dinyatakan dan dimaklumkan kepada rakyat khususnya dan hanya dimaklumkan selepas ditanya didalam dewan rakyat selepas isu ini timbul.

Rakyat membayar cukai bukan kepada kerajaan bukan untuk dibelanjakan kepada sebuah syarikat zionis, tetapi rakyat mengharapkan ianya(hasil cukai) digunakan untuk manfaat rakyat yang lain. Namun akhirnya duit itu menjadi pembiaya utama kepada Israel yang semakin bengis dan rakus membunuh ummat Islam di Palestin.

Semetara itu dalam sidang yang lain Setiusaha Badan Perhubungan PAS Perak, Ustaz Misbahul Munir menyatakan dengan jumlah hampir RM77 juta itu, kerajaan mampu memberikan biasiswa kepada lebih 4000 mahasiswa sekiranya duit itu dibelanjakan untuk membina modal insan yang boleh mencorakkan imej Negara dengan lebih baik berbanding syarikat perunding.

Mana keutamaan kita untuk membangunkan modal insan yang boleh berbakti kepada Negara atau hanya membersihkan imej untuk kepentingan politik dalam masa yang singkat sahaja? Soal beliau

Ternyata dengan timbulnya isu ini, PAS tidak akan berdiam diri sehinggalah kerajaan membatalkan perjanjian dengan syarikat berkenaan demi menjaga maruah dan nama kita kerana ia jelas melanggar prinsip dan teras dalam perhubungan kita dengan pihak luar.

Persoalan yang saya timbulkan ialah, kenapa perlu melantik sebuah syarikat perunding komunikasi sedangkan kita telah berbelanja besar untuk membayar duta-duta kita keseluruh negara yang mempunyai hubungan dengan kita?

Apa fungsi duta kita? Bukan sekadar itu, kita pula melantik syarikat yang datangnya dari negara yang lansung tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia. Tegas beliau lagi

Malaysiakini/-

Shaziman: Parlimen tidak akan dipindahkan

16 Rejab 1431 H
Oleh: Hazlan Zakaria

Menteri Kerja Raya Shaziman Abu Mansor hari ini mengumumkan di Dewan Rakyat bahawa kerajaan tidak berniat untuk memindahkan Parlimen ke bangunan baru di Putrajaya.

Sebaliknya, kata beliau, kerajaan akan menaik taraf bangunan sekarang, dan dalam tempoh berkenaan, Parlimen akan bersidang di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

"Kerajaan mahupun kabinet tidak pernah mengatakan bahawa kita akan memindahkan Parlimen ke Putrajaya. Kita tidak pernah menyatakannya," kata beliau menjawab soalan tambahan Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) dalam ucapan penggulungan kementeriannya.

Jawapan Shaziman itu jelas bercanggah dengan jawatan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz pada 9 Jun lalu, yang menyatakan kabinet telah memutuskan untuk membina bangunan baru Parlimen dengan kos RM800 juta.

Kenyataan Mohd Nazri itu telah mencetuskan bantahan orang ramai ekoran nilai sentimental bangunan sedia ada dan juga kerana menggunakan wang pembayar cukai ketika kerajaan sedang cuba meyakinkan mereka supaya menerima pemotongan subsidi.

Shaziman berkata setakat ini, Jabatan Pekerjaan Umum (JKR) telah mencadangkan kepada kabinet supaya kerja pembaikan dijalankan ke atas bangunan sekarang dengan kos RM100 juta.

Katanya, JKR hanya memberitahu kabinet bahawa bangunan Parlimen, 'yang hampir seusia beliau dan mungkin sedikit lebih muda daripada Pokok Sena Mahfuz Omar', perlu diperbaharui, kerana ada beberapa kecacatan struktur.

Menurutnya, kerja menaik taraf yang dicadangkan itu akan memanjangkan usia bangunan Parlimen itu.

"Sama seperti kita, ketika menunjukkan wajah keriput, kita pergi dan melakukan facial (rawatan muka)," kata Shaziman.

Menurutnya, pemindahan sementara Parlimen adalah perlu kerana kerja menaik taraf yang membabitkan penggunaan jentera berat, serta bunyi bising.

Malaysiakini/-

NGO lapor pada SPRM isu FELDA

16 Rejab 1431 H
Oleh: Abdul Rahim Sabri

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Julai dan menyerahkan "dokumen lengkap" dakwaan 'salah guna kuasa' dalam Lembaga Tanah Persekutuan (FELDA).

"Kita minta SPRM buat siasatan. (Kerajaan) jangan cuba memperbodoh-bodohkan rakyat," kata Mazlan Aliman (kiri sekali) dalam sidang media di ibupejabat PAS di ibu negara pagi ini.

Tarikh aduan itu dibuat akan dimaklukam kemudian kepada pihak media, tambah Mazlan lagi.Turut hadir dalam anggota majlis pimpinan pusat PKR Datuk Dr Tan Kee Kwong yang juga bekas timbalan menteri pembangunan usahawan dan koperasi.

Mazlan berkata, dokumen tersebut sebagai dokumen sokongan mengandungi jumlah pendapatan FELDA dan aktiviti yang dijalankan oleh 43 anak syarikatnya.

Mazlan yang juga ahli jawatankuasa pusat PAS berkata, tindakan itu susulan tiga laporan polis pada 23 Jun, 25 Jun dan hari ini - masing-masing di Temerloh, Kota Tinggi dan Segamat - berhubung dakwaan kepincangan dan salah urus agensi kerajaan itu.

Sebelum ini, ahli parlimen Klang Charles Santiago turut membuat laporan kepada SPRM atas dakwaan yang sama - kemerosotan rizab kewangan tunai FELDA yang menjunam RM2.73 bilion dalam tempoh lima tahun - seperti dijelaskan Ahmad di Parlimen.

Bercakap dalam sidang media itu juga, Mazlan berkata, beliau telah melihat aduan yang dikemukakan oleh Charles itu dan mendakwa dokumen yang akan diserahkannya "lebih terperinci".

"Ia satu laporan yang lebih terperinci (berbanding laporan Charles)," katanya sambil menunjukkan buku laporan rasmi FELDA.

Sementara Dr Tan pula berkata sebelum Perdana Menteri Najib Razak menerajui FELDA pada 2005 semuanya "baik, OK dan berimej sederhana"."Sebaliknya selepas beliau ambil alih, semuanya habis," katanya.

Malaysiakini/-

K'jaan nafi jual tanah KTMB di S'pura

16 Rejab 1431 H

Dakwaan kononnya kerajaan Malaysia menjual tanah kereta api di Tanjung Pagar di Singapura kepada republik itu adalah tidak benar, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Luar Datuk Richard Riot berkata tanah KTM Berhad di Singapura itu dipajak oleh Kerajaan Negeri Selat kepada Negeri-Negeri Melayu Bersekutu untuk tujuan perkhidmatan rel pada 25 Okt 1918.

"Tanah Singapore Railway yang dipajak adalah seluas 434.26 ekar (173.7 hektar). Daripada jumlah tersebut, 352.52 ekar (141 hektar) dipegang oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan bagi tempoh 999 tahun manakala 81.74 ekar (32.7 hektar) adalah bagi tempoh pajakan selama-lamanya.

"Sekiranya tidak lagi digunakan untuk tujuan perkhidmatan rel, tanah itu akan dikembalikan kepada Kerajaan Negeri Selat (Singapura) tanpa sebarang pampasan. Jadi dakwaan kerajaan jual tanah KTM di Tanjung Pagar itu tak benar kerana ia bukan hak kita," katanya menjawab soalan tambahan Salahuddin Ayub (Pas-Kubang Kerian) yang ingin tahu bagaimana Malaysia boleh kehilangan tanah tersebut walaupun negara mempunyai pelbagai pendekatan dalam menyelesaikan isu-isu tertunggak dengan negara-negara ASEAN.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka mengadakan lawatan kerja ke Singapura dalam tempoh tiga bulan lagi untuk muktamadkan keputusan pertukaran tanah itu.

Sebelum ini, isu mengenai tanah itu telah dibincangkan ketika Najib melawat Singapura dari 22 hingga 24 Mei lepas dan semasa Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong datang ke Malaysia bulan lepas.

Malaysiakini/-

Tian Chua: peluru berpandu Scorpene 20% lebih mahal

16 Rejab 1431 H

Tian Chua (PKR-Batu) hari ini mengemukakan usul tergempar untuk membincangkan pembelian senjata yang dipercayai terlalu mahal untuk dua kapal selam Scorpene Malaysia.

Ini ekoran pendedahan kerajaan baru-baru ini bahawa perolehan peluru berpandu 40 Exocet SM-39 laut ke udara dan 30 torpedo Black Shark yang berjumlah 219 juta euro.

Menurut usul Chua, Kementerian Pertahanan telah membayar 20 peratus lebih daripada harga pasaran, selepas membandingkan perolehan yang serupa oleh negara-negara lain.

"Menurut rekod perolehan Pakistan, kos SM-39 ialah 3.07 juta euro setiap satu, manakala Portugis membeli Black Sharks pada harga 2 juta setiap satu," kata Chua.

Berdasarkan angka-angka tersebut, maka jumlah kosnya ialah 182.8 juga euro - berbeza 20 peratus (36 juta euro) daripada apa yang telah dibayar oleh Malaysia.

Tian juga memetik sebuah laporan oleh badan pemikir berpengaruh - Foreign Policy in Focus (FPIF), yang menyebut dalam laporan tahun 2005 bahawa banyak pembuat senjata pada umumnya digunakan rakyat Malaysia yang ada berhubung baik, sebagai pelobi mereka untuk mendapatkan kontrak.

"Komisyen dibayar kepada wakil-wakil berkenaan, dianggarkan berkisar antara 10 hingga 20 peratus," kata Tian dalam usulnya yang memetik laporan FPIF.

Dalam usulnya itu, Tian menggesa Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan kepada Dewan Rakyat sama ada orang tengah atau ahli politik terlibat dalam pembelian torpedo dan peluru berpandu itu.

Malaysiakini/-

Buli di MTD: 1 disingkir, 4 digantung

16 Rejab 1431 H

Seorang pelajar tingkatan lima Maktab Tentera Diraja (MTD) yang disyaki terlibat mengakibatkan kematian Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri, 16, dipercayai dibuli dan didera di maktab itu Rabu lepas, disingkir serta-merta daripada pengajiannya.Empat lagi rakannya digantung pengajian sehingga siasatan kes selesai.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata keputusan dibuat untuk menyingkirkan pelajar itu serta-merta selepas siasatan mendapati pelajar tersebut membuli dengan niat sejak awal tahun ini.

"Pihak maktab membuat keputusan untuk menyingkir pelajar tersebut serta-merta. Kes saman sivil juga akan dikenakan. Dia akan berdepan tindakan daripada tentera, kami (kementerian) dan polis," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan sijil kepada petugas Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA 2010) di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata kementerian memandang serius kes buli di sekolah dan tindakan perlu diambil bagi membendung gejala itu serta mengelak perkara sama daripada berulang.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Seri Abu Bakar Abdullah yang juga Pengerusi MTD, berkata kementerian menyerahkan siasatan hal berkenaan kepada polis.

Katanya sebelum ini maktab itu pernah mengambil tindakan terhadap pelajar yang melanggar peraturan MTD seperti terlibat dalam kes buli, dengan mengasingkan pelajar itu atau terus menyingkirkannya dari maktab.

Beliau berkata kawalan ketat akan dilakukan termasuk warden dikerah bertugas pada waktu malam bagi mengelak insiden sama berlaku.

"Kejadian ini membuatkan kita berhati-hati dan memandang serius dengan gejala buli di sekolah," katanya.

Mohammad Naim meninggal dunia Rabu lepas di Pusat Perubatan Angkatan Tentera di Kem Sungai Besi selepas tidak sedarkan diri dipercayai dibuli.

Pada 25 Jun lalu, polis menahan kelima-lima pelajar tingkatan lima kolej itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bagi kesalahan membunuh, yang membawa hukuman mati mandatori.

Malaysiakini/-

Batal judi sukan: BERJAYA lepaskan Ascot

16 Rejab 1431 H

Berjaya Corporation Bhd (B-Corp) telah menggugurkan cadangannya untuk mengambilalih 70 peratus kepentingan dalam Ascot Sports Sdn Bhd.

Ini adalah susulan daripada keputusan kerajaan untuk tidak mengeluarkan semula lesen pertaruhan sukan kepada Ascot Sports walaupun sebelumnya telahpun memberikan persetujuannya bagi pengeluaran semula lesen berkenaan.

Dengan demikian, cadangan terbitan hak berdasarkan kepada RM1.00 nilai nominal lapan peratus saham pinjaman tanpa cagaran boleh tukar tak boleh tebus (ICULS) untuk setiap lapan saham B-Corp yang dipegang, juga akan digugurkan, kata syarikat dalam satu kenyataan hari ini.

Meskipun dengan keputusan kerajaan itu, pihak lembaga pengarah B-Corp akan meneruskan usahanya untuk mengembangkan aktiviti portfolio perniagaan teras syarikat.

"Sektor pertaruhan akan kekal menjadi antara fokus utamanya untuk potensi perolehan tinggi dan kami akan meneruskan usaha-usaha penerokaan seumpamanya di dalam dan luar negara," katanya.

Malaysiakini/-

Royalti: Kelantan hargai kesediaan Ku Li

16 Rejab 1431 H
Oleh: Salmah Mat Husain

KOTA BHARU, 28 Jun: Kerajaan Kelantan merakam penghargaan tinggi kepada bekas pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah kerana bersedia menjadi saksi kes tuntutan royalti petroleum sekiranya kes itu dibawa ke mahkamah.

Malah ia mengulangi komitmen yang pernah dibuat anggota Parlimen Gua Musang itu sebelum ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa berkata, kesediaan Tengku Razaleigh sewajarnya dipuji memandangkan beliau berpegang kepada kebenaran.

“Kami mengucap berbanyak terima kasih kepada Tengku Razaleigh kerana bersedia menjadi saksi pada kes yang cukup penting ini.

“Kesediaan itu dapat membantu rakyat Kelantan bagi mendapatkan haknya sebagaimana termaktub dalam Akta Kemajuan Petroleum 1974,” katanya di sini.

Tengku Razaleigh yang juga veteran Umno dalam kenyataannya semalam menyebut bersedia menjadi saksi kes tuntutan royalti minyak memandangkan beliau bertanggungjawab menyediakan Akta Kemajuan Petroleum.

Menurutnya, tawaran itu dibuat memandangkan beliau mengetahui banyak perkara kerana pernah dilantik sebagai Pengerusi Petronas.

Pada Januari lalu Tengku Razaleigh menyertai perhimpunan raksasa rakyat Kelantan di Stadium Sultan Mohammad Ke-IV bagi menuntut royalti petroleum sebanyak 5 peratus daripada kerajaan pusat.

Pada majlis itu bekas pengerusi Petronas terbabit menjelaskan hak-hak Kelantan ke atas royalti biar pun minyak ditemui di kawasan daratan (onshore) atau lautan (offshore).

Penjelasan itu jelas bercanggah sama sekali dengan kenyataan pemimpin Umno yang menyebut Kelantan tiada hak memandangkan minyak ditemui di luar tiga batu nautika.

Harakahdaily/-

Kerajaan cuba sembunyi isu JI

16 Rejab 1431 H
Oleh: Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 28 Jun: Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub (gambar) mendakwa kerajaan cuba menyembunyikan sesuatu di sebalik isu Jemaah Islamiah (JI) yang ditimbulkan baru-baru ini apabila meminta pihak polis merahsiakan segala maklumat mengenai isu itu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Speaker Dewan Rakyat menolak di dalam kamar usulnya mengenai JI yang dihantar minggu lalu atas alasan ianya telah dijawab oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) minggu lalu.

Katanya, kedua-dua kementerian itu tidak menjawab isu sebenar mengenai dakwaan wujudnya anggota JI di negara ini."Saya merasakan jawapan itu tidak langsung menjawab isu pokok yang sebenarnya yang mana kenyataan terkini menteri dalam negeri iaitu meminta polis merahsiakan maklumat mengenai JI ini.

Apa yang nak dirahsiakan? Kalau dia merahsiakan ini apa muslihatnya?" katanya yang juga Naib Presiden PAS.Beliau ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini juga berkata, tindakan kerajaan menyembunyikan isu itu dan mendakwa beberapa tokoh ulama di negara ini terlibat dengan JI semakin menimbulkan tanda tanya di kalangan rakyat.

Dakwaan itu juga, katanya akan menjejaskan iklim pelaburan negara dan mendatangkan ancaman kepada keselamatan negara.

"Kerajaan perlu mendedahkan kepada rakyat dan masyarakat antarabangsa apakah benar negara ini menghadapi ancaman JI. Dalam taklimat sebelum ini Ketua Polis Negara mengaitkan fahaman Wahabi, Salafi, dengan JI dengan keganasan yang tidak ada asas langsung.

“Kemudian mengaitkan pula beberapa tokoh ulama seperti Dr Asri dan Ahli Parlimen Marang. Ini akan terus menjadikan isu ini sebagai polemik yang sangat berbahaya kepada keselamatan negara dan juga kepada iklim pelaburan dalam negara kita," katanya.

Justeru, beliau sangat kecewa dengan penolakan usul itu kerana berpandangan Parlimen merupakan tempat terbaik untuk membincangkan isu itu.

"Sebab itu saya minta usul ini dibahaskan supaya ia dapat dijelaskan dalam tempat yang paling berautoriti dan sekaligus dapat menjawab persoalan yang menjadi keraguan dan kebimbangan rakyat sama ada Malaysia atau peringkat antarabangsa dan iklim pelaburan antarabangsa sangat bergantung kepada kestabilan politik negara kita. Oleh itu, mesti diperjelaskan,” ujarnya.

Beliau juga mencabar kerajaan membawa isu itu ke mahkamah jika benar dakwaan mereka itu."Kalau ada bukti mengenai JI ini bawalah ke mahkamah untuk diambil tindakan. PAS tidak akan sesekali berkompromi dengan keganasan termasuk saya sendiri," katanya.

Harakahdaily/-

Daftar online selesai semua masalah

16 Rejab 1431 H
http:mutaligat.blogspot.com

Berita Harian hari ini memuatkan berita bahawa nisbah kaum yang mendaftar sebagai pemilih baru 1:40 antara Melayu dan Bukan Melayu memang sesuatu yang tidak memelikkan.

Ini kerana pemuda dan pemudi Melayu memang tidak mengambil pusing tentang kepentingan mendaftar sebagai Pemilih. Mereka leka dengan hiburan dan keseronokan yang ditaja digalakkan oleh kerajaan BN sendiri.

Selain itu ramai remaja dan pemuda melayu yang menjadi mat dan minah rempit juga ramai yang mendiami Pusar Serenti dan terjebak dengan dadah.

Ini berbeza dengan pemuda-pemudi bukan Melayu yang sedar betapa pentingnya mendaftar sebagai pemilih. Mereka tahu dan sedar impak dan kesannya mendaftar sebagai pemilih sebab itu mereka segera mendaftar sebagai pemilih apabila umur mereka mencapai 21 tahun.

Bagi blog ini hanya satu sahaja cara untuk mengatasi masalah ini iaitu SPR diberi kuasa untuk mendaftar pemilih secara automatik di mana pangkalan data mengenai semua rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun boleh diperolehi terus dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Masalahnya sekarang kita berasa hairan dan pelik mengapa kerajaan tidak mahu memberikan kuasa kepada SPR dan JPN untuk menjalankan pendaftaran secara automatik seperti yang telah lama dituntut oleh BERSIH dan Pakatan Rakyat

Harakahdaily/-

Wanita Islam perlu menuntut ilmu Agama

16 Rejab 1431 H
akhisalman.blogspot.com

Kewajipan menuntut ilmu agama adalah kewajipan semua muslim dan muslimah yg telah balig dan berakal (mukallaf). INi jelas dr hadis: Maksudnya: Menuntut ilmu agama adalah kefarduan kepada org Islam lelaki dan perempuan."(Hr Ibnu Adi dan Baihaqi) Mengajar agama wanita dan anak2 adalah satu kewajipan org2 yg Islam yg berilmu.

Ini jelas dr suruhan Nabi s.a.w: "Baliklah kamu ke pangkuan anak isteri kamu. Ajarlah mereka cara beribadat dan solatlah bersama mereka" (Hr Bukhari dan Muslim)

Malahan Nabi s.a.w memenuhi permintaan wanita untuk mengadakn pengajian yg khusus bg mereka. Ini jelas dr hadis riwayat Abi Saiid al-Khudri yg berikut: "suatu hari seorang wanita datang berjumpa baginda s.a.w lalu berkata "Org2 lelaki mendapat hadis drpadaMu.

Oleh kerana demikian kami nak minta supaya diperuntukkan hari untuk kamu mengajar kami drpd Ilmu yg telah Allah ajar pdmu." Nabi s.a.w menjawab "Berhimpunlah kamu semua pd hari sekian2 dan ditempat sekian2." Maka para wanita berhimpun pd hari dan tempat yg telah ditetapkan lalu Nabi s.a.w datang mengajar mereka."(Hr Bukhari dan Muslim) Drpada hadis ini kita dapat ambil:-

1. Kesungguhan dan rasa cemburu dalam menuntut Ilmu.
2. Membuat pengajian khusus untk wanita.
3 Kepentingan dan kewajipan menuntut ilmu agama bg Wanita.

Wanita hendaklah bersungguh2 mnuntut ilmu serta tidak segan silu atau malas untuk bertanya tentang perihal agama mereka kepada org yg alim. Hadis dibawah menunjukkan kepada yg demikian:- "Suatu ketika Ummu Sulaim datang berjumpa Nabi s.a.w lalu berkata "Sesungguhnya Allah tidak malu untuk menyatakan kebenaran . Adakah wanita wajib mandi jika dia bermimpi ?" Nabi s.a.w kate "Ya, jika dia melihat ada air mani."(Hr Bukhari)

Menuntut ilmu hendaklah dgn perlulah pergi ke majlis ilmu dan tidak cukup sekadar membaca atau melayari internet. Nabi s.a.w bersabda: "Sesungguhnya ilmu itu hanya diperolehi dgn belajar" Ulama berkata "Sesungguhnya ilmu itu hanya diambil dr mulut2 para ulama (maksudnya kena pergi sendiri majlis ilmu).

Nabi s.a.w pun pergi sendiri menuntut ilmu dgn gurunya Jibril di gua hira. Jadi mengapakah anda malas untuk pergi majlis Ilmu?? Majlis ilmu adalah taman syurga seperti yg disebut dlm hadis Sohih. Ilmu yg wajib dituntut setiap manusia adalah Ilmu Fekah, tauhid dan tasauf.

Sial dalam Islam

16 Rejab 1431 H
akhisalman.blogspot.com

Islam menegah kepercayaan kpd perkara2 yg membawa sial.

Sial adalah perkara2 yg dianggap membawa malang dlm kehidupan manusia. Perkara ini adalah perkara yg telah diamalkan sejak zamna dahulu lagi. Firman Allah:
Tafsirnya: Sesungguhnya apabila kerabat firaun mendapat kesenangan mereka berkata "Ini adalah kerana memang layak untuk mendapatnya" dan sekiranya mereka ditimpa kesusahan maka mereka akan mengatakan ini adalah sial daripada Musa.

Ketahuilah sesungguhnya ini adalah takdir yg telah ditetapkan oleh Allah; tetapi mereka tidak mengetahui.(131-Al-A'raf)Jenis2 dan contoh2 perkara2 yg dianggap sial oleh masyrakat dahulu dan kini.

1. Burung hantu.

Sebahagian masyrakat percaya bahwa bila burung hantu hinggap di umah maka akan berlakunya musibah.
Nabi bersabda: ولا هامةMaksudnya: "Tidak boleh mempercayai burung hantu membawa sial.(HR Bukhari dan Muslim)

2. Bulan safar.

org arab mempercayai bahawa bulan safar adalah bulan sial yg membawa malang. Islam melarang kepercayaan ini. Nabi bersabda:ولا صفر

Maksudnya: Tidak benar kepercayaan bulan safar adalah bulan yg membawa sial.(Hr Bukhari dan Muslim)

3. Banyak kepercayaan kepada benda2 sial ni dlm bangsa melayu kita seperti biawak lalu membawa musibah dan lain-lain.

Kepercayaan ini adalah dilarang sama sekali. Nabi s.a.w bersabda:
"Kepercayaan terhadap perkara yg membawa sial adalah syirik"(Hr Abu Daud dll)

Jadi tanggugjawab kita untuk membasmi perkara2 ini.

Makan dan minum berdiri

16 Rejab 1431 H
akhisalman.blogspot.com

Makan dan minum berdiri adalah makruh menurut pendapat kebanyakan ulama. Ini berdasarkan hadis2 berikut:-

Abu said al-khudri berkata:
"Sesungguhnya Nabi s.a.w menegah daripada minum berdiri."(Hr Muslim)

Nabi s.a.w bersabda:
"Janganlah seseorang kamu minum berdiri; sesiapa yg terlupa maka hendaklah dia muntahkan kembali"(Hr Muslim)

Daripada anas dan qatadah r.a daripada Nabi s.a.w: "sesungguhnya baginda menegah daripada minum berdiri." Para sahabat r.a bertanya "Bagaimana dgn makan?" Nabi s.a.w bersabda "Itu lebih jahat dan lebih keji"(Hr Muslim)

Sebab ape ianya dilarang??? Berikut adalah pandangan dari pakar perubatan:-

Dr Abdul Razzak al-Kailani berkata:

"Sesungguhnya makan dan minum duduk lebih baik dr segi kesihatan, lebih selamat, lebih puas; dimana makanan dan minuman lalu di dinding perut dgn tenang.

Adapun minum berdiri menyebab cecair akan jatuh ke dasar perut dgn keras dan akan melanggar lapisan perut. Kalau perkara ini selalu berlaku dan lama masa berlalu akan menyebabkan perut akan longgar dan jatuh sehingga menyebabkan susah nak hadam. Begitu juga dgn makanan.

Adapun pandangan drpd dr Ibrahim ar-Rawi adalah sprti berikut:

Apabila seseorang itu berdiri dia dlm keadaan ototnya menjadi tegang (strain) . Pada masa yg sama sistem imbangan pada sistem saraf pusat (central nervous system) dalam keadaan terlampau aktif mengawal semua otot , utk melakukan proses pengimbangan dan berdiri tegak.

Ia adalah proses gabungan diantara sistem saraf dan sistem otot dlm satu masa yg menyebabkan manusia tidak mampu mendapat kerehatan anggota. Kerehatan otot adalah syarat yg terpenting ketika makan dan minum dan wujud ketika mana duduk. Apabila duduk maka sisitem saraf dan sistem otot dlm keadaan tenang dan sensation (rasa) akan menjadi aktif serta sistem penghadaman akan bertambahnya kemampuan (ability) untuk menerima makanan dan minuman dan akan menyerap (assimilation) makanan dgn cara yg betul.

Namun demikian diharuskan berdiri ditempat yg tak sesuai duduk sprti tempat yg terlampau sesak. Ini adalah kerana Nabi s.a.w pernah minum berdiri sprti berikt:

Ibnu Umar berkata: "Kami makan berjalan dan minum berdiri di zaman Rasulullah"(Hr Tirmizi)

Ibnu Abbas berkata: "Sesungguhnya Nabi minum zam zam dlm keadaan berdiri."(Hr Bukhari dan Muslim)

Kenyataan Akbar oleh DAPSY Malaysia- Elaun Guru Kafa

16 Rejab 1431 H
yinghalee@gmail.com

(Pandan 16 June) Pemuda Socialist DAP (DAPSY) hari ini mengisukan satu kenyataan akhbar untuk mengalu-alukan kemungkinan kerajaan pusat akan menambah elaun guru KAFA di sekolah agama.

Jenice Lee sebagai ADN Teratai merangkap Timbalan Ketua DAPSY Malaysia mengatakan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat di Negeri Selangor yang berprihatin telah pun menaikkan elaun guru KAFA sejak tahun 2009. Sebelum itu, elaun guru KAFA hanya menerima jumlah elaun sebanyak RM741.

Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor menaikkan elaun mereka sampai RM1000 supaya meringankan beban mereka.Pihak DAPSY didapati bahawa, kerajaan pusat baru sedar bahawa elaun guru KAFA terlalu rendah, tetapi berita bagus masih tidak dapat diumumkan kerana kerajaan pusat baru sahaja mengkaji isu ini.

Kita ingin mencadang bahawa kerajaan pusat boleh membuat satu kunjungan ke Shah Alam pusat pentadbiran Negeri Selangor untuk mempercepatkan proses kajian tersebut.
Sudah berapa tahun, pendapatan guru KAFA dibawah tahap kemiskinan tetapi tidak diketahui oleh pemimpin Negara sampai Pakatan Rakayat menjadi kerajaan, pimpinan Barisan Nasional baru sedar isu ini. Ini menunjukkan persaingan boleh membawa kemajuan.

Masalah tanah di Kampung Bali

16 Rejab 1431 H
duntronoh@gmail.com

Kenyataan Media Yb V.Sivakumar pada 28/06/2010

Para penternak ikan kui di Kampung Bali yang terkenal dengan kualiti ikan yang yang terbaik dan di ekspot ke luar negara. Dengan kepakaran yang diturunkan dari generasi ke generasi, hasil ternakan ikan kui ini mendapat pujian dari pelbagai pihak dari segi kecantikan serta warna yang sempurna.

Namun kini mereka dalam satu dilema yang sangat merunsingkan. Kebarangkalian para penternak-penternak ikan kui ini untuk kehilangan tempat untuk menjalankan aktiviti mereka sangat tinggi. Ini adalah kerana mereka dikejutkan dengan adanya papan tanda di kawasan itu yang mengatakan ini adalah tanah persendirian dan penceroboh akan didakwa.

Mereka yang menjalankan kegiatan membela ikan kui ini sejak tahun 1977 di atas tanah milik kerajaan negeri. Permohonan untuk mendapatkan tanah ini telah banyak kali dibuat secara lengkap.Menurut Yb V.Sivakumar perkara ini ada dibincangkan dan dipersetujui di dalam mesyuarat kerajaan negeri pada tahun 2008 semasa Kerajaan Pakatan Rakyat memerintah.

Namun apabila Kerajaan Barisan Nasional mengambil alih, perkara ini telah terus diketepikan. Keadaan bertambah buruk apabila tanah ini kini diberikan kepada orang lain baru-baru ini.

Yb V.Sivakumar berkata kerajaan negeri harus memberi perhatian dengan memberi galakan dan insentif kepada para penternak ikan kui ini kerana ia boleh meletakkan Negeri Perak di atas peta sebagai negeri pengekspot ikan kui yang berkualiti tinggi. Ia juga membawa tukaran wang asing ke dalam negara yakni menambahkan pendapatan negeri.

Apa yang berlaku sekarang adalah sangat menyedihkan kerana hasil usaha serta titik peluh para penternak ikan ini tidak langsung diendahkan oleh kerajaan negeri.Kerajaan yang prihatin seharusnya membantu para penternak ini tetapi nampaknya tidak begitu.Jikalau betul kerajaan ini mendahulukan rakyat dan bukannya kroni, maka kolam-kolam itu harus diberikan kepada para penternak secara in-situ.

Kerajaan negeri harus memberikan segala bantuan kepada para penternak ini agar tahap produktiviti dapat ditingkatkan. Proses permohonan tanah ini harus dipercepatkan dan geran diserahkan kepada para perternak ikan kui yang terbabit agar mereka akan berusaha sendiri untuk memajukan industri ikan kui ini di negeri Perak.