26 June 2010

JI dan Militan : Penutup Tempayan Budu Kerajaan

HASANHUSAINI

Awal Millenium, pasca kekalahan besar parti pemerintah di dua negeri Pantai Timur selepas ditiup gelombang reformasi, desas desus militan bakal mengamuk timbul. Heboh diperkatakan di seluruh tanah air, dada-dada akhbar terpampang tajuk-tajuk dengan tulisan gemuk hitam. Sekolah Agama Rakyat menjadi mangsa tuduhan yang tidak berasas itu.

Tidak sedikit guru-guru dari SAR berpindah khemah mendaftarkan diri ke Kementerian Pelajaran Malaysia. Tidak sedikit juga jumlahnya pelajar yang sedang khusyuk dilentur dan diasuh di bawah teduhan atap zink lusuh yang menjadi atap SAR dipindahkan ke sekolah kementerian oleh ibubapa yang melatah dengan isu tersebut.

Yayasan Islam Kelantan bagaikan lumpuh seketika. Gergasi pendidikan Kelantan, Maahad Muhammadi Lelaki dan Perempuan juga merasai tempias itu. Saya yang masih berada dipondok tahfiz juga tidak terkecuali. Sanak-saudara yang 'nipis akidahnya' mendesak ibu agar memindahkan sahaja saya dari 'pondok militan' ke Sekolah Kementerian.

Tangkapan ISA dikenakan kepada beberapa individu yang tidak berdosa. Kebanyak mereka adalah pimpinan mahasiswa dan pelajar lepasan Timur Tengah. Ustaz Nik Adli Nik Abdul Aziz adalah salah seorang mangsanya.

Itu kisah awal Millenium. Kisah selepas Parti Pemerintah terdesak dengan kekalahan besar di dua negeri. Kisah selepas gelombang reformasi menggegarkan kerusi empuk memanda Perdana Menteri.

KISAH HARI INI

Awal 2009, seorang ahli MP Pakatan Rakyat mendedahkan adanya benih-benih idea dan pemikiran Israel dalam pentadbiran negara. Pembuktian dan pembongkaran bermula dengan proses pembelian Jet Sukhoi, krisis helikopter Nuri, Kapal Selam dan beberapa lawatan pimpinan negara ke Amerika Syarikat serta pertemuan Menteri Pertahanan Malaysia bersama Ehud Barak, pemimpian kerajaan haram Israel pada Jun 2009 di Perancis.

Hasil dari itu, satu gerakan besar-besaran dijalankan untuk membasuh [baca : menutup] tuduhan itu. Kursus-kursus seliaan kerajaan [parti kerajaan] pastinya akan mendoktrinkan pemahaman yang tidak menyenangkan kepada para peserta. Saya teringat sebuah kursus yang saya hadiri di sebuah negeri Pantai Barat. Fasilitator mencucuk jarum kebangsaan dan menayangkan klip-klip video 'kajian' yang membuktikan bahawa beberapa orang figur parti oposisi berkait langsung dengan Yahudi, Zionist, Israel serta Amerika.

Saya tak suka dicucuk hidung. Saya lebih suka mengkaji sendiri. Mencucuk hidung saya bermaksud mengajar saya untuk memusuhi anda!

Beberapa bulan kemudian, satu kenyataan yang mengejutkan semua pihak dibuat oleh MP PR tersebut. Malaysia telah melantik Israel melalui proksinya Apco Worldwide melalui Ethos Consulting untuk memberi tunjuk ajar serta nasihat kepada kerajaan tentang perkara-perkara tertentu. Kenyataan itu seakan terbukti benar apabila PM melancarkan slogan One Malaysia yang dikaitkan langsung dengan One Israel tidak lama sebelum itu. Selesai.

Sebulan yang lepas, 29 Mei 2010. Lebih sepuluh rakyat Malaysia ditahan oleh tentera Israel di perairan antarabangsa selepas Kapal Mavi Marmara diserang secara haram lagi zalim oleh tentera Israel. Beberapa hari kemudian, tangkapan kedua dibuat selepas Kapal Rachel Corrie ditahan dengan cara yang sama oleh tentera Israel. Kedua-dua kapal tersebut sedang dalam perjalan ke Pelabuhan Gaza bagi menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.

Serangan dan penangkapan itu mendapat kecaman hebat dari seluruh dunia. Malaysia agak malu-malu menyatakan kutukan. Amerika pula mengambil masa lebih 10 jam untuk menyatakan pendirian. Tak seperti negara-negara lain yang lebih awal menyatakan pendirian penentangan terhadap serangan tersebut. Lebih menjanggalkan, kedua-dua kapal yang diserang dan ditawan serta dirampas Israel itu dinaiki sama oleh rakyat Malaysia!

Lebih menghairankan lagi, tidak sampai sebulan selepas serangan Israel ke atas Kapa Mavi Marmara dan Rachel Corrie, Malaysia mengisytiharkan perang ke atas Jemaah Islam dan Militan di Malaysia. Tangkapan dibuat dan beberapa individu penting terlibat dengan tuduhan sembrono termasuk Dr. Asri, Dr. Juanda dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Saya berkira-kira, apakah tujuannya isu JI dan Militan ini dibongkar semula secara besar-besaran? Dua jawapan bermain di kepala. Ia samada kerana mendapat nasihat dari Israel melalui Apco mahupun Amerika disebabkan ketegasan sesetangah rakyat Malaysia dalam isu kezaliman Israel ke atas Gaza ataupun sebagai penutup isu-isu besar yang sedang berlegar di minda rakyat Malaysia hari ini. Isu Apco, kerugian Felda, kerugian telaga blok M dan L, enjin Jet, kapal selam, rampasan royalti Kelantan, kewangan defesit negara, kezaliman Polis serta judi bola dan pelbagai isu-isu lain. Justeru, jangan mudah tenggelam dengan isu JI dan Militan.

Namun, persoalan seterusnya timbul, siapa Militan...? Siapa pula JI...? Militan dalam Kamus Dewan Bahasa ialah

- Bersedia untuk berjuang.
- Bersemangat dan jati diri yang tinggi.
- Aktif dalam perjuangan.

Maka, saya juga ingin mengaku sebagai militan kerana saya bersemangat, saya sememangnya sentiasa aktif berjuang di dalam dakwah Islam dan saya mempunyai jati diri yang tinggi. Saya juga ahli Jemaah Islam kerana saya adalah muslim yang tegar dengan syahadah dan aqidah. Saya thabat dengan Islam sebagai deen dan perlembagaan hidup. Apakah saya juga akan ditangkap...?

Namun di sudut lain pula, andai skrip di awal Millenium digunapakai pada hari ini, maka sasarannya adalah golongan agama. Sekolah Agama, Pelajar Agama, Persatuan Agama, Guru Agama dan Institusi Agama dan Institusi Ulama'.

Maka, bersiap sedialah wahai golongan yang menjadikan Islam sebagai panduan hidup, anda mungkin termasuk dalam senarai JI atau Militan di Kementerian Pertahanan Malaysia.

Para pimpinan dan penggerak Pakatan Rakyat umumnya dan PAS khususnya perlu bersedia. Para pimpinan Mahasisawa dan Persatuan Mahasiswa Islam di kampus-kampus juga perlu behati-hati. NGO-NGO Islam juga harus beringat-ingat. Pelajar-pelajar Timur Tengah juga tidak akan ketinggalan. Mesir, Syria, Jordan, Saudi, Yaman dan yang sewaktu dengannya. Tidak kurang juga kepada rakan-rakan yang berorganisasi [militansi?] dengan cara Islam di negara-negara Eropah. Anda semua mungkin sasaran Israel!!

Anda akan dijadikan penutup tempayan budu yang berulat kerajaan. Menutup isu-isu besar negara dari pandangan rakyat bawahan.

HASANHUSAINI,
Darul Muttaqin, Mu'tah, Jordan.
www.hasanhusaini.com

MIMPI ANWAR MENAKUTKAN EZAM SESUMPAH

Oleh: WFAUZDIN NS

AKHBAR Sinar semalam menyiarkan kenyataan Senatak Ezam sesumpah yang mengulas tentang rombakan yang bakal dilakukan terhadap pimpinan di dalam PKR. Ezam sesumpah menyatakan rombakan itu adalah helah DS Anwar untuk mengalih perhatian rakyat dari kes liwat yang dihadapi oleh Ketua Pembangkang dan juga terhadap isu lompat parti di kalangan Wakil Rakyat dari PKR.

Nampaknya Senatak Ezam tidak mudah untuk melupakan nama DS Anwar. Apa jua kaitan dengan parti di dalam PKR mahupun di dalam PR, bagi Ezam sesumpah kesemuanya adalah helah DS Anwar. Isu injin klip video Linggam, Altantuya, kehilangan injin pesawat, kapal salam, Apco, judi bola dan berbagai lagi yang DS Anwar berjaya dedahkan kesemuanya helah DS Anwar.

Ezam tidak pernah mahu menjawab hujah bekas bosnya itu kerana kita tahu Ezam sesumpah bukan seperti Ezam yang kita kenal dulu. Ezam sesumpah kini telah dimakan sumpahnya sendiri. Dendam kesumat terhadap DS Anwar tidak akan padam selagi beliau tidak padam.

Bukan Ezam tidak tahu kredibiliti kesemua Wakil Rakyat dari PKR yang melompat itu. Dia tahu benar, kesemua mereka tidak akan menjadi katak sepertinya jika tiada apa-apa. Bukankah Ezam sesumpah pernah berkata, "mana ada orang yang masuk Umno itu ikhlas?". Sebab itu, Ezam sesumpah semenjak tidor sebantal dengan Umno, beliau sering bermimpi perkara-perkara yang menakutkannya terutamanya bayangan DS Anwar. Sewaktu beliau meninggalkan perjuangan menuntut reform, beliau menyangka pengikutnya seperti beliau yang amat lemah bila berhadapan dengan umpan keduniaan. Berapa orang yang mengikut Ezam waktu itu?

Tidak hairanlah sekarang, di mana jua Ezam sesumpah menyalak kita akan lihat kehadiran yang mendengar cerita karutnya hanyalah beberapa kerat orang sahaja. Jumlahnya jauh jika dibandingkan sewaktu beliau berjuang bersama rakyat dahulu. Ezam sesumpah menyedari betapa hinanya beliau di sisi rakyat sekarang, tetapi beliau tidak kisah kerana beliau dipandang mulia oleh Najib sehinggakan mendapat Senatak. Tetapi belum tentu beliau disukai oleh penyokong-penyokong Umno yang lain. Kita bakal melihat Ezam sesumpah akan bertarung pula sesama puak-puak mereka.

Kita berharap Ezam sesumpah akan menemui apa yang dicarinya di dalam Umno. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. /wfauzdin.blogspot.com

PM: K'jaan tidak akan keluar lesen judi sukan

Gelombang tentangan dan kemarahan rakyat terhadap Kerajaan yang berhasrat mengeluarkan lesen judi sukan akhirnya mendapat reaksi dari Kerajaan yang mengumumkan tidak akan mengeluarkan lesen judi sukan atas pertimbangan agama dan juga kesan politik, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi.

Katanya, perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno malam ini, dan keputusan tersebut disokong sebulat suara.

Menurut Najib, di peringkat awalnya, terdapat perbezaan pendapat mengenai perkara itu, tetapi selepas itu, semuanya akur dengan keputusan berkenaan.

Ditanya mengenai parti-parti komponen BN yang menyokong pemberian lesen judi sukan itu, Najib berkata:

"Saya percaya mereka terima kerana ini keputusan kerajaan. Kerajaan memikirkan sebaik-baiknya kepentingan masyarakat pada keseluruhannya."

Menjawab soalan, perdana menteri berkata, Ascot Sports Sdn Bhd telah dimaklumkan mengenai keputusan tersebut.

Perdana menteri turut ditanya sama ada kerajaan perlu membayar sebarang pampasan ekoran keputusannya untuk tidak mengeluarkan lesen berkenaan.

Menurutnya, kerajaan tidak perlu berbuat demikian kerana mengikut akta, menteri kewangan ada kuasa untuk menarik balik pada bila-bila masa.

Ditanya sama ada keputusan itu dibuat kerana kesan sosial dan pertimbangan ekonomi, perdana menteri berkata ia dibuat atas pertimbangan dari segi agama dan kesan politik.

Perdana menteri mengumumkan keputusan tersebut dalam satu sidang akhbar selepas mempengerusi mesyuarat MT di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam ini.

Najib berkata, sebenarnya lesen tersebut telahpun bermula pada tahun 1989 tetapi syarikat berkenaan mengalami kerugiaan besar pada tahun 1990.

Sejak tarikh tersebut, katanya, syarikat berkenaan beberapa kali cuba untuk memperbaharui lesen itu.

Baru-baru ini, katanya, kerajaan telah mengeluarkan kelulusan pada dasarnya kepada Ascot Sports dengan syarat-syarat tertentu yang perlu dipenuhi oleh syarikat berkenaan.

Selain itu, tegasnya lagi, kerajaan pada masa yang sama, turut mendapatkan pandangan umum sebelum lesen tersebut dikeluarkan.

"Ini kerana memandangkan masyarakat Malaysia berbilang kaum dan mempunyai pandangan mereka tersendiri dalam melihat kewajaran pemberian lesen tersebut dari sudut agama, ekonomi dan sosial," tambahnya.

Katanya, daripada tinjaun yang dilakukan, ada pihak yang menyokong dan menentangnya dan "kita ambil kira semua pandangan ini".

"Jelas pada kerajaan bahawa sebilangan besar mereka tidak bersetuju dengan pemberian lesen judi sukan kepada Ascot Sports.

"Oleh itu, kerajaan mengambil keputusan bahawa lesen berkenaan tidak akan dikeluarkan kepada syarikat tersebut," tegas perdana menteri.

Menurut beliau, keputusan tersebut disokong penuh oleh MT dalam perbahasan dan perbincangan dalam mesyuarat malam ini kerana masing-masing telah mengambil kira pandangan masyarakat.

Selain pembangkang dan NGO, pemberian lesen judi sukan tersebut turut dibantah oleh Umno Johor, Kedah, Perak dan Pemuda Umno.

Malah, Gabungan Mansuhkan Judi (GMJ) akan mengadakan perhimpunan membantah pemberian lesen tersebut pada 3 Julai ini,/Sumber asal:malaysiakini

Judi bawa kecelakaan - sami

12 Rejab 1431 H
Oleh: Hafiz Irwan

PASIR PUTEH, 24 Jun: Sami yang juga selaku ketua agama Buddha Wat Phutaksin, Semerak, dekat sini yang dikenali dengan Thannun (gambar) mengakui amalan judi tidak dibolehkan di dalam ajaran agama berkenaan.

Thannun berkata, mengikut ajaran Buddha amalan judi boleh mendatangkan kecelakaan selain hukuman serta balasan tuhan akan dikenakan terhadap mereka yang terlibat dengan amalan tersebut.

“Hukuman atau balasan sebab dan akibat judi, di dalam agama Buddha kita panggil hukum karma. Hukuman itu akan dikenakan sama ada ketika di atas dunia ini lagi mahupun di hari esok (selepas mati).

“Sebenarnya kita di dalam Buddhapun punyai kepercayaan tentang adanya syurga dan neraka. Sesiapa beramalan baik akan masuk syurga dan jahat akan masuk neraka.

“Di dalam satu kitab Buddha ada menyebut bahawa terdapat beberapa pintu kecelakaan bagi orang yang melakukan sesuatu perkara yang tidak baik, salah satunya ialah judi,” katanya semasa ditemui di wat tersebut awal pagi ini.

Menurutnya lagi, di dalam kepercayaan Buddha juga judi boleh menyebabkan taraf kehidupan seseorang itu menjadi rendah dan hina malah tidak dihormati terutamanya di kalangan pemimpin.

“Macam raja, menteri apabila dikait dengan judi taraf mereka jatuh kerana dia akan dipandang rendah, rakyat tidak hormat, inilah maksud mendatangkan kecelakaan itu,” katanya.

Harakahdaily/-

Raudhatus Sakinah bantu remaja bermasalah

12 Rejab 1431 H
Oleh: Wartawan Kita

KOTA BHARU, 24 Jun: Berita seorang pelajar meninggal dunia akibat pendarahan dan komplikasi keguguran di bilik penginapan sebuah resort di sini mengejutkan semua pihak.

Lebih malang lagi gadis itu menjadi mangsa pergaulan bebas, perbuatan zina sehingga mengandung luar nikah yang berakhir dengan kematian akibat pengguguran.

Ketua Wanita Jamaah Islah Malaysia (JIM) Kelantan, Dr Hafidzah Mustakim berkata, gejala seperti itu berlaku kerana kurangnya pendidikan dan penghayatan agama.

Selain itu lemah jatidiri, pengaruh kawan dan persekitaran serta kurang mendapat kasih sayang dalam keluarga.

”Berdasarkan pengalaman membimbing remaja di Raudhatus Sakinah, sebuah pusat bimbingan dan perlindungan remaja puteri kami mendapati empat faktor terbabit menyebabkan remaja terjerumus ke kancah gejala sosial,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Baru-baru ini media melaporkan seorang pelajar perempuan sebuah sekolah di Pasir Mas meninggal dunia akibat pendarahan dan komplikasi keguguran di bilik penginapan sebuah resort.

Sebelum itu pada bulan Julai tahun lepas seorang pelajar sebuah universiti juga dijumpai mati di bilik kediamannya dipercayai akibat komplikasi melahirkan kandungan luar nikah.

Dr Hafidzah berkata, Wanita JIM merasa sungguh kesal dan dukacita di atas kejadian yang berlaku itu.

Katanya, sampai bilakah situasi itu akan terus dibiarkan berlaku.

”Kami berharap semua pihak boleh memainkan peranan secara lebih berkesan untuk menghentikan penyakit sosial sehingga boleh menghancurkan keutuhan masyarakat dan negara.

”Apalah ertinya pembangunan fizikal dan kebendaan sesuatu negara jika tidak disertakan pembangunan insaniah merangkumi aspek emosi dan spiritual,” katanya.

Menurutnya juga Raudhatus Sakinah turut menyumbang kepada masyarakat melalui perkhidmatan pencegahan dan perawatan terhadap masalah gejala sosial.

Kata beliau dari aspek pencegahan pihaknya mengendalikan kempen Anda Bijak Jauhi Zina (ABJZ) dan Pakej Pendidikan Kesihatan Reproduksi Remaja.

Manakala dari sudut perawatan Raudhatus Sakinah membimbing remaja yang tersasar untuk kembali ke pangkal jalan.

Oleh itu katanya, remaja perempuan yang bermasalah boleh menghubungi pusat berkenaan bagi mendapatkan perkhidmatan yang disediakan di talian 013 9964077.

Harakahdaily/-

Judi bola: DAP cabar Rais namakan pertubuhan Cina

12 Rejab 1431 H
Oleh: Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 24 Jun: DAP mencabar Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim menyatakan pertubuhan Cina yang didakwa memohon kerajaan meluluskan judi bola sebelum ini.Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, dakwaan Rais itu langsung tidak berasas.

"Saya ingin tanya sama beliau, manakah dan siapakah pertubuhan Cina yang memohon kepada kerajaan pusat sebelum ini untuk menghalalkan judi bola.

"Kerana dalam pengetahuan saya tidak ada sebarang pertubuhan cina yang meminta judi bola dihalalkan. Saya nak tahu saja," katanya yang juga Ahli Parlimen Bagan pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu juga melahirkan rasa terkejut dengan kenyataan Rais dalam sebuah akhbar hari ini bahawa kerajaan perlu menghalalkan judi kepada orang bukan Islam sebagai menghormati hak mereka.

"Saya terkejut dengan kenyataan Datuk Seri Rais Yatim yang sekarang menganggap dirinya pakar hal ehwal Cina dengan menyatakan bahawa adalah perlu untuk menghalalkan judi bola kerana hanya dengan menghalalkan judi barulah kita boleh menghormati dan mengiktiraf hak-hak kaum Cina dan India," katanya.

Beliau turut menegaskan, masyarakat Cina tidak pernah meminta judi dihalalkan kononnya untuk mengiktiraf hak mereka.

"Saya ingin nyatakan di sini bahawa masyarakat Cina tidak meminta bahawa judi bola dihalalkan sebagai tanda hak-hak mereka dihormati dan diiktiraf.

“Saya ingin menekankan di sini permintaan daripada masyarakat Cina atau India atau masyarakat bukan Melayu, Iban, Kadazan adalah sama dengan semua permintaan masyarakat Malaysia iaitu berteraskan prinsip kebebasan, keadilan, kebenaran, kebajikan kepada rakyat dan ketakwaan kepada Tuhan. Itulah permintaan daripada masyarakat Cina,” ujarnya.

Katanya, Umno seolah-olah begitu berminat untuk menghalalkan judi berbanding masyarakat bukan Islam.

"Bukan seperti yang Umno cakap bahawa berkisar ke atas judi sahaja. Nampaknya Umno lebih minat dengan judi daripada orang-orang lain. Tapi jangan pula cakap itu permintaan masyarakat Cina dan hanya dengan memberikan judi bola barulah masyarakat Cina, India dan bukan Melayu dapat dihormati. Saya memang tidak bersetuju dengan pandangan sedemikian,” katanya.

Beliau juga menafikan kenyataan sesetengah pihak bahawa DAP mengharamkan sepenuhnya judi sebaliknya beliau berkata, DAP mahu judi dikurangkan.

"Saya bukan minta judi diharamkan terus tapi dikawal. Pendirian kita, yang sudah diluluskan biarkan tapi jangan tambah. Kalau boleh kita kurangkan," katanya.

Harakahdaily/-

Bijaknya Najib! Tol Singapura turun 30%, Pulau Pinang naik 34%

12 Rejab 1431 H
Oleh: Herman Samsudeen

Ibarat kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan, begitulah nasib rakyat Malaysia khususnya di Pulau Pinang selepas Najib dengan bijaknya menawarkan pengurangan tol 30% bagi jambatan kedua yang menghubungkan Johor dan Singapura sedangkan untuk Pulau Pinang caj tol dinaikkan 34%.

Saya bukan nak kata orang yang gunakan jambatan kedua Johor-Singapura sebagai Kera, tapi itu hanyalah pepatah orang-orang Melayu sebagai mengambarkan ketidakadilan yang berlaku.

Saya setuju dengan pandangan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (DAP) yang mengalu-alukan pengurangan tol dijambatan kedua Johor-Singapura itu kerana sebagai rakyat kita mahu semua tol dikurangkan dan dihapuskan terus. Kalau kerajaan nak hapuskan terus Tol berkenaan pun bagus.

Saya yakin, ramai rakyat yang tidak puas hati dengan layanan Najib kepada Singapura yang mungkin sebagai melengkapkan perjanjian Durian Malaysia-Singapura. Tiap kali ada mesyuarat khas antara Malaysia dan Singapura pasti ada Durian, sebab itu saya panggil perjanjian Durian.

Kenapa Kerajaan hanya beri tawaran kepada Singapura. Kenapa tak nak turunkan Tol Jambatan Pulau Pinang dan semua tol yang ada di negara ini khususnya di Lembah Klang.

Pendapatan rakyat yang bekerja dalam negara bukan macam pelancong Singapura yang berulang laik dari tambak Johor setiap minggu. Rakyat Malaysia begitu banyak berbelanja untuk Tol setiap hari. Mana-mana pergi kat lembah klang ini pasti ada tol.

Hapuskan tol, jagalah kebajikan rakyat bukan sibuk makan durian sahaja.

Harakahdaily/-

Nik Aziz anggap isu JI gimik politik Umno

12 Rejab 1431 H
Oleh: Aslani & Atiff Idris

KOTA BHARU, 24 Jun: Sejak isu Jemaah Islamiah (JI) didedahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan namun sehingga kini belum kedengaran ada pihak yang ditahan pihak keselamatan.

Kenyataan polis mengusir 10 anggota JI dalam operasi yang dijalankan polis sejak awal tahun ini diragui banyak pihak memandangkan ia baru digegerkan sekarang.

Maka tidak hairanlah ramai menganggap isu JI sengaja diada-adakan setelah kerajaan Barisan Nasional (BN) berdepan dengan banyak isu kronik termasuk lesen judi bola sepak dan kehadiran syarikat milik Yahudi di negara ini.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) berpendapat isu JI seperti sengaja dibuat-buat dalam kondisi politik sekarang.

“Ini kerana apabila Umno jatuh tidak ada peluang hendak naik semula. Ini kerana mereka bukan hendak jaga Islam sebaliknya mereka sendiri tolak Islam.

”Mereka tidak boleh kempen orang Melayu kena jaga Islam kerana mereka sendiri tolak Islam. Hendak jaga ekonomi, mereka yang menjadi punca ekonomi merudum,” katanya ditemui di sini, hari ini.

Baru-baru ini Ketua Polis Negara mendakwa kumpulan militan, Jemaaah Islamiah warga asing dikesan menghidupkan kembali perjuangan mereka dengan merekrutkan remaja dan pelajar di institusi pengajian tinggi.

Ekoran kenyataan itu pelbagai pihak termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap isu JI sengaja ditimbulkan sekarang kerana kerajaan BN cuba mengalih perhatian rakyat.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, beliau berkeyakinan isu JI yang digegerkan sekarang sekadar satu gimik politik pemimpin Umno setelah menyedari sokongan rakyat merosot.

”Tengok apa yang berlaku terhadap Allahyarham Nik Abdullah Arshad, Datuk Mahfuz Omar, Mohamad Sabu, Anwar Ibrahim dan ramai lagi pemimpin pembangkang yang pernah ditahan di bawah ISA tanpa ada sebarang alasan munasabah.

”Mereka ditahan di bawah ISA hanya direka-reka kesalahan bagi menghalalkan kerajaan bertindak,” ujarnya.

Sementara itu Dewan Ulamak PAS Kelantan melahirkan rasa terkejut dan dukacita apabila ada pihak cuba mengaitkan nama Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan JI.

Ketuanya, Datuk Mohamed Daud berkata, situasi yang berlaku sekarang memperlihatkan kerajaan berada dalam dilema yang amat sangat sehingga terpaksa mencipta isu baru bagi mengalih perhatian rakyat.

”Tuduhan seperti ini boleh menjejaskan kewibawaan dan keilmuan seseorang. Begitu juga tenaga akademik di IPT cuba dibabitkan dengan isu tersebut sedangkan kerajaan tiada bukti bagi mempertahankan dakwaan,” ujarnya.

Harakahdaily/-

Himpunan 100 ribu bantah judi kehendak rakyat - GMJ

12 Rejab 1431 H
Oleh: Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 24 Jun: "Perhimpunan ini kehendak semua rakyat,” kata Pengerusi Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ), Mohd Azmi Abdul Hamid selepas memohon permit untuk himpunan 100 ribu rakyat bantah judi pada 3 Julai ini.

Beliau mengetuai GMJ ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi bagi memohon permit itu. Hadir sama ialah Setiausaha GMJ, Suhaizan Kayat dan AJK GMJ, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin.

Himpunan besar-besaran 3 Julai ini menghimpunkan semua bangsa dan agama membantah tindakan kerajaan meluluskan lesen judi sukan termasuk judi bola sempena Piala Dunia 2010.

Mereka dijangka berkumpul bermula jam 2 petang di beberapa tempat termasuk di Masjid Jamek, Masjid Negara dan pusat membeli belah Sogo sebelum bercantum dan berarak ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Menurut GMJ, peserta himpunan disaran memakai pakaian sukan atau jersi bolasepak piala dunia sebagai menyatakan bantahan terhadap kelulusan lesen judi tersebut.

Mereka juga dibawa oleh Ketua Cawangan Khas Dang Wangi, DSP Izan Bakri untuk diambil keterangan kira-kira 30 minit berhubung himpunan tersebut.

Pada sidang media selepas itu Cikgu Azmi berkata, GMJ mengharapkan respons positif pihak polis berhubung permohonan yang telah dibuat.

"Kami harap ada kerjasama positif membenarkan kita mengadakan himpunan aman menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong," katanya.

Ditanya jika permohonan tersebut ditolak, beliau berkata wakil-wakil GMJ akan tetap berada di tempat-tempat yang ditetapkan pada hari tersebut.

"Perhimpunan ini kehendak semua rakyat. Wakil kami tetap akan berada di Masjid Negara, terpulang kepada orang ramai sama ada mahu menyertai atau tidak," katanya.

Harakahdaily/-

Pendedahan Eksklusif! (Bongkok Dan Silakan Masuk Ke 'Rumah' Kami)

12 Rejab 1431 H
Oleh: saran mehzalan

Saya berada di Kota Kinabalu, Sabah, sejak 11 Jun lalu. Lihat gambar , saya rakamkan pada jam 4.30 petang semalam.

Langit biru, pantai tenang, jiwa menjadi lebih tenteram. Namun isu bakal saya kongsikan bersama pembaca tampalan ini, lebih daripada itu. Perhatikan gambar jambatan di Jalan Tanjung Lipat, Teluk Likas. Menarik? Mungkin tidak, hanya jambatan.

Cuba lihat close up papan tanda ini.

Maksudnya, orang ramai dilarang mendekati kawasan ini, berbahaya. Namun sewaktu meninjau kawasan sama dari jarak jauh, saya rakamkan gambar berikut di bawah jambatan.

Kain bersidaian, semestinya milik manusia seperti kita. Lantas kami meninjau lebih dekat. Didahului jurukamera, Mohd Zamri Ajmain, 'Jai', diikuti penerbit 999, Shanun Hanif bersama jurukamera berpengalaman, mula saya kenali 14 tahun lalu, Kassim Mahmun, 'Pak Kassim'.

Apa kami lihat, memeranjatkan.

Kawasan di bawah jambatan ini berpenghuni. Pantas kami mendekati 7 sekeluarga tinggal dalam keadaan daif dan kotor, tanpa bekalan air bersih, jauh sekali elektrik. Ketua keluarga, Subanati, berbaju merah, berketurunan Bajau Laut, atau lebih dikenali dengan gelaran 'palau'u' ditemubual Shanun.

Menurutnya, mereka sekeluarga tinggal di bawah jambatan terbabit sejak 7 bulan lalu. Dia mempunyai 'biliknya' sendiri. Mujur Pak Kassim berkebolehan berbahasa palau'u, menterjemahkan perbualan kerana Subanati tidak boleh berbahasa Melayu.

Dalam keadaan busuk dan panas, dia berkongsi beberapa fakta, mengaku dia dan ahli keluarganya tidak memiliki dokumen pengenalan diri manakala hasil bekerja mencari pelbagai cengkerang antaranya tiram dan kerang di laut berhampiran tidak seberapa. Justeru, dia tidak mampu menyewa rumah seperti orang lain. Kesengsaraan hidupnya dikongsi bersama, isteri, 3 anak, ibu, menantu dan cucu.

Lihat buaian di kiri anak perempuan Subanati, Sibunga dan menantunya, Jimmy. Sambil berjalan membongkok, saya menghampiri buaian dan sekaligus hati sayu melihat 'penghuninya'. Bayi berusia 4 bulan, Musliana, tidur nyenyak, biarpun di atas, ribuan kenderaan lalu-lalang melintasi jambatan.

Beberapa minit kemudian dia terjaga kerana basah. Sejurus seluar disalin ibu, saya mendukung anak kecil ini.

Reaksinya seperti dijangka lebih awal, cuma pembaca tidak berpeluang mendengar jeritannya mengalahkan pitch tertinggi suara merdu Ning Baizura.

Manakala di pangkin kayu sebelah, anak lelaki kecil Subanati, anak perempuan remaja dan ibunya berbaring tanpa berlapik. Badan mereka panas, demam dan batuk, cuma diselimuti kain basahan lusuh.

Namun gambar saya rakamkan di bawah, berhampiran mereka mungkin membantu menjelaskan keadaan sebenar mengapa kesihatan kesemua ahli keluarga terbabit terjejas.

Tikus merayap longlai, kelihatan tidak sihat dan aktif.

"Dia orang semua tak ada dokumen, jadi bila ditanya, mana dia orang tahu umur berapa sebab tak tahu bila lahir," ujar Pak Kassim dalam loghat Sabah.

Menurutnya lagi, di Sabah, palau'u juga dikenali sebagai 'Gypsy', kaum nomad berpindah-randah mengikut keperluan. Terima kasih Pak Kassim kerana sudi menjadi perterjemah bahasa dan terpaksa membongkok sepanjang penggambaran lebih sejam, membantu kami menjayakan tugasan ini.

Saya yakin, banyak lagi keluarga palau'u hidup merempat di Sabah. Jika pihak berkuasa tidak melaksanakan tindakan wajar sekaligus mengamalkan sikap 'tunggu dan lihat', imej negara pasti tercemar kerana pada masa sama kita menafikan hak asasi mereka sebagai manusia.

Pemuda tentang kaitkan Presiden PAS pengganas

12 Rejab 1431 H
Oleh: Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 24 Jun: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) bukan sahaja menafikan, malah menentang keras cubaan mengaitkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan pengganas seperti yang diperkatakan pada waktu ini.

Ketuanya, Nasruddin Hassan (gambar) berkata, DPPP juga mencabar pihak-pihak tertentu yang telah melemparkan tuduhan atau tohmahan tersebut supaya bertanggungjawab dan tampil mengemukakan bukti kukuh kepada rakyat secara terbuka.

"Dewan Pemuda PAS Pusat bukan sahaja menafikan Tuan Guru Presiden PAS sebagai pengganas tapi juga menentang keras niat dan tindakan jahat mereka yang menyenaraikan Tuan Guru Abdul Hadi sebagai pengganas," tegasnya.

DPPP semalam, ujarnya mengadakan mesyuarat khas berhubung dakwaan terbaru itu yang dilihat wujud perancangan jahat pihak tertentu bukan sahaja untuk menjatuhkan reputasi Presiden PAS, malah melumpuhkan gerakan Islam di negara ini.

Menurut Nasruddin, jika pihak yang membuat tuduhan gagal mengemukakan bukti, mereka digesa menarik balik dakwaan tersebut dan perlu memohon maaf secara terbuka kepada Tuan Guru Abdul Hadi serta PAS amnya.

"Jika mereka gagal, mereka terpaksa berdepan pula dengan tuduhan dari rakyat bahawa merekalah pengganas sebenar yang suka mencetus pertelingkahan dan melemparkan fitnah tanpa asas," katanya lagi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pendedahan terbaru berhubung satu majlis taklimat khusus dan tertutup oleh pihak tertentu mengaitkan Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai Wahabi dan termasuk dalam senarai pengganas.

Antara yang turut disenaraikan ialah mantan Mufti dan Menteri Besar Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin dan Datuk Seri Shadidan Kasim serta Mufti Perlis, Dr Juanda.

Harakahdaily/-

ROTI CANAI TAHI AYAM HARAM DIMAKAN

12 Rejab 1431 H
Oleh: ENTAHLER TAH

Buatlah pilihan sendiri.

Nak yang bersih atau nak yang kotor. Nak yang halal atau nak yang haram.Roti telur ke , Mee goreng telur ke , Char Kuey Teow ke dan macam-macam lagi makanan yang ada telur ayam.

Cuba tengok-tengok , yang menjual makanan ni , basuh atau tidak telor ayam.Cuba beli pula telur di kedai atau pasaraya. Memang banyak tahi ayam pelbagai warna yang dah kering dan keras melekat pada kulit telur.

Kalau nak juga makan telur ayam dengan tahi-tahinya sekali, apa boleh buat dah selera rakyat Malaysia macam tu, tak pentingkan kebersihan. Yang penting SEDAAAAP.


INI GAMBAR ROTI TELUR


INI GAMBAR TELUR SEDANG DIKUTIP


INI GAMBAR PENIAGA YANG TAK BASUH TELUR AYAM


INI GAMBAR PENIAGA YANG PENTINGKAN KEBERSIHAN. TELUR AYAM CANTIK SELEPAS DI BASUH


INI GAMBAR TELUR AYAM YANG BANYAK TAHI PADA KULITNYA. MACAM-MACAM WARNA TAHI, HITAM, HIJAU PEKAT


INI GAMBAR AYAM BERAK KAPUR


INI GAMBAR ROTI TELUR TADI.

SEDAP TAK ?

MAJLIS PENERANGAN MEMBANTAH KELULUSAN JUDI SUKAN SELURUH PERAK

12 Rejab 1431 H
Oleh: safarizal saleh

Gerakan Rakyat Membantah Kelulusan Judi Bola Sepak Peringkat Negeri Perak (GMJ Perak) telah ditubuhkan dengan semua pihak yang menyokong kami bagi membantah kelulusan judi sukan oleh Kerajaan Malaysia . Kami terdiri daripada parti-parti politik dan badan bukan kerajaan yang ingin sama-sama menyatakan bantah tersebut.

Bagi kami, kelulusan tersebut lebih banyak daripada keburukan yang bakal diterima oleh seluruh rakyat. Kami juga akan mengerakkan seluruh rakyat yang menyokong usaha kami untuk bersama-sama seluruh rakyat Malaysia berhimpun di hadapan Istana Negara, Kuala Lumpur pada 3 Julai ini jam 2.00 petang.

Kami telah menyusun beberapa langkah penerangan dan juga bantahan yang akan digerakkan seluruh negeri Perak yang kami cintai ini. Antaranya ialah serahan memorandum dan juga perbincangan pada 30 Jun ini dengan Menteri Besar Perak jam 10.00 pagi dan juga Mufti Perak pada jam 11.00 pagi pada hari yang sama juga.

Bagi mana-mana parti politik dan juga badan bukan kerajaan yang menyokong usaha kami ini untuk sama-sama menyatakan bantahan kita. Bagi majlis penerangan pula, kami telah menyusun 8 majlis ceramah penerangan khusus berkaitan penjelasan isu judi sukan ini. Kami menyeru seluruh rakyat agar dapat datang beramai-ramai bagi mendapatkan penjelasan isu tersebut.

Bermula pada 15 Jun di Teluk Intan, Presiden TERAS Haji Azmi Abdul Hamid dan juga Naib Presiden PAS Haji Salahuddin Ayub telah membuka tirai ‘road show’ penerangan tersebut. Haji Jamaluddin Alias yang juga salah seorang yang berada di Gaza tempohari dahulu akan berceramah pada 20 Jun ini di Lenggong bersama ADUN Titi Serong Khalil Idham Lim Abdullah dan juga ADUN Tronoh V. Sivakumar.

Manakala pada 22 Jun pula Ketua Penerangan PAS Haji Idris Ahmad dan juga ADUN Tronoh V. Sivakumar sekali lagi akan berada di Gerik. Salah seorang lagi Naib Presiden PAS Datuk Haji Mahfuz Omar dan Timbalan Ketua Pemuda PAS Azman Shapawi Abdul Rani akan berada di Tanjung Malim pada 23 Jun ini.

Pada 24 Jun ini pula di Kampung Gajah, ADUN Simpang Pulai Chan Ming Kai dan Ahli Parlimen Jerai Mohd Firdaus Jaafar akan memberikan penerangan mereka bersama GMJ Perak. Dua oarng pimpinan AJK PAS yang juga Ahli Parlimen di Perak iaitu Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin dan Haji Mujahid Yusuf Rawa akan berada di Majid Tinggi, Bagan Serai pada 26 Jun ini.

Majlis penerangan yang terbesar pula akan diadakan yang menghadirkan Presiden PAS Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dan juga Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming di Taman Damai Simpang, Taiping pada 28 Jun ini.Ini adalah sesi penerangan yang akan menyedarkan rakyat agar Kerajaan Persekutuan perlu membatalkan kelulusan lesen judi sukan yang akan merosakkan rakyat.

Abaikan Syariat kerana salah faham tuntutan hukum

12 Rejab 1431 H
Oleh: Ahmad Baei Jaafar

Dalam Islam hanya ada lima tuntutan hukum, namun ramai yang memahaminya secara salah lalu mengabaikan tuntutan sebenar. Kesannya hukum Allah tidak terlaksana secara sempurna. Masih ada lompong di mana-mana hingga kelihatan tidak cantik. Oleh sebab pengabaian ini jugalah barangkali umat Islam tidak menjadi maju dan tidak membangun zahir dan batinnya.Jadi, pada kali ini mari kita amati lima hukum itu dan cuba menyuluh ketidaksempurnaan itu demi memartabatkan ketamadunan umat Islam pada masa hadapan.

Lima hukum itu ialah:

1. Wajib; sesuatu amalan yang dituntut melakukannya. Sesiapa yang mengamalkannya akan diberi pahala dan sebaliknya mereka yang mengabaikannya dikira berdosa dan akan diseksa. Hakikat perintah wajib ini adalah satu paksaan daripada Allah.

2. Sunat; sesuatu amalan yang juga dituntut melakukannya. Sesiapa yang melakukannya diberi pahala, tetapi sesiapa yang mengabaikannya tidak dikira berdosa dan tidak diseksa. Hakikatnya perintah ini sebagai satu galakan dan rangsangan.

3. Haram; sesuatu amalan yang dilarang melakukannya. Sesiapa yang melakukan larangan itu akan dikira berdosa dan akan diseksa. Sesiapa yang tidak melakukan larangan itu dikira sebagai melakukan kebaikan dan beri pahala. Hakikatnya umat Islam dipaksa meninggalkan larangan itu.

4. Makruh; sesuatu amalan yang juga dilarang melakukannya. Sesiapa yang melakukan larangan itu tidak dikira berdosa dan tidak diseksa tetapi sesiapa yang meninggalkan larangan itu dikira telah melakukan kebajikan dan diberi pahala. Hakikatnya umat Islam digalakkan supaya meninggalkan amalan itu.

5. Harus; sesuatu amalan sebagai aktiviti harian manusia yang lazimnya baik dan tidak
bercanggah dengan prinsip hukum diberi kebebasan untuk melakukannya. Mereka yang melakukannya kerana meniru cara Rasulullah akan diberi pahala meniru. Jika tidak, maka amalan itu dikira amalan biasa yang tidak dinilai pahala. Hakikatnya terpulanglah kepada manusia sama ada hendak buat atau tidak.Tuntutan yang diabaikan

Melihat kepada susunan lima hukum itu, rasanya ramai yang sudah tahu, tetapi saya percaya ramai lagi yang tidak faham di sudut prinsip dan konsepnya. Kalau mereka faham masakan masih ramai umat Islam yang mengabaikannya malah mempertikaikannya. Jadi, perkara ini perlu dilihat semula.

Wajib, berapa ramai yang menyedari bahawa Allah memaksa kita untuk melakukannya. Siapa yang sedar Allah paksa kita melakukan solat, puasa, haji dan keluarkan zakat? Siapa yang sedar bahawa Allah paksa kita menutup aurat? Siapa yang sedar bahawa Allah paksa kita berlaku adil dalam mentadbir dan menghukum?

Ramai yang tahu hukum wajib, buat dapat pahala dan tinggalkan berdosa. Tetapi ramai yang tidak sedar bahawa Allah memaksanya untuk melakukan semua amalan itu. Mereka langsung tidak fikir paksaan itu apatah lagi mereka yang merujuk kepada Ayat, “Tiada paksaan dalam beragama.” Lalu dengan ayat itu mereka berhujah dengan mengatakan Islam tidak memaksa umatnya dalam urusan melaksanakan hukum agama.

Padahal ayat itu merujuk kepada urusan dakwah, mengajak umat manusia kepada Islam, mereka tidak boleh dipaksa untuk menerima Islam. Tugas pendakwah hanya mendakwahkan mereka kepada Islam, tapi urusan hendak terima atau tidak terserah kepada mereka. Jika ada jodoh, Allah yang akan beri hidayah kepada mereka.

Apa bukti paksa? Buat dapat pahala dan tidak buat dikira berdosa dan diberikan neraka, tentulah tuntutan yang keras. Tidakkah ini paksaan. Kenapa, Allah tidak layak paksa kita? Allah wajar paksa kita kerana Allah tahu manusia ini kalau tidak diberi tekanan, dia akan abaikan begitu saja. Sedarkah kita, Allah paksa untuk kebaikan manusia itu sendiri. Kalau manusia tahu kedudukan ini wajarkah manusia mengabaikan perintah wajib ini?

Dalam pejabat ada peraturan wajib masuk awal waktu, mereka wajib menggunakan kad perakam waktu. Mereka yang lewat datang akan bertanda mereka dan jika banyak kali akan diambil tindakan, tidakkah itu satu paksaan. Lalu semua pekerja mematuhinya. Kalau terlewat datang, mereka diwajibkan menjawab dengan memberi alasan yang munasabah. Kalau peraturan pejabat kita boleh patuhi mengapa peraturan Allah kita boleh abaikan? Jawabnya kerana kita tidak rasa dipaksa.

Saya percaya kalau ramai umat Islam yang menyedari hakikat ini, sudah pasti, masjid akan penuh setiap waktu, setiap orang baik lelaki mahupun wanita akan menutup aurat, dan setiap orang Islam akan mengeluarkan zakat. Kalau semua ini berlaku, tiada lagi orang yang hendak buat dosa, tiada lagi wanita yang akan dirogol dan tiada lagi orang miskin yang terbiar dalam negara ini.

Sebenarnya perintah wajib ini tidak banyak, jumlahnya boleh dibilangkan dengan jari sahaja. Jadi, carilah sendiri mana perintah wajib itu dan segera amalkan bersungguh-sungguh. Biarlah kita lakukan itu semua dengan suka hati sebelum Allah paksa kita dengan ancaman dimasukkan ke dalam neraka.

Cukup hingga setakat ini dahulu huraiannya, pada masa akan datang kita akan kupaskan pula hukum yang berbaki. Wallahuaklam.

Tandas Kelab UMNO Lebih Mahal Dari Tandas Maradona?

12 Rejab 1431 H
ibnuirfadzil.blogspot.com

JOHANNESBURG: Jurulatih Argentina, Diego Maradona akan menggunakan tandas mewah di Piala Dunia Afrika Selatan. Tandas Maradona dilengkapi sinki, mangkuk tandas, pam, kepala paip dan juga tempat lapik tandas baru yang boleh dipanaskan dan dijual dengan harga AS$450 (RM1,492) setiap sati. “Persatuan Bola Sepak Argentina meminta ubah suai dilakukan kerana tandas sedia ada tidak memenuhi citarasa Maradona,” kata sumber. - AFP

Pembaikan tandas dan mengecat pejabat UMNO menelan belanja LE 20 000 (RM 11 456), manakala tandas yang diubah suai untuk Maradona menelan belanja RM 1 492. Di dalam surat daripada JPMK pula (sila klik pada link yang disediakan), wang tersebut seperti "lesap", entah ke mana.. Sekarang bagaimana ya? Tandas dah repair ke belum? Ke mana perginya LE 20 000 tu?JOHANNESBURG: Jurulatih Argentina, Diego Maradona akan menggunakan tandas mewah di Piala Dunia Afrika Selatan.

Kesimpulannya, jelas di sini bahawa kos ubahsuai tandas Kelab UMNO Kaherah lebih mahal berbanding kos ubahsuai tandas Maradonna. Apa pandangan semua?

Isu pengganas dan Spekulasi Ulama’ sertai UMNO adalah mainan penghinaan UMNO terhadap Islam

12 Rejab 1431 H
Oleh: Nuruddin Muhammad

Pemuda PAS menyokong kenyataan Tun Mahathir bahawa tiada cubaan di peringkat UMNO untuk menarik ulama’ demi menandingi PAS kerana jelas parti tersebut adalah parti yang anti islam dan maruah ulama’ selama ini.

Di sebalik kekalitan emosi umat islam antarabangsa bersimpati dengan gerakan NGO islam membantu gaza, UMNO pula kini ingin mengambil kesempatan menampilkan imej Islamiknya melalui pelbagai spekulasi dan kenyataan berkaitan ulamak. UMNO bukan parti yang memperkasakan institusi Ulama’ sebaliknya UMNO memiliki banyak projek mengembiri dan memandulkan ulama’.

Memetik kenyataan Ketua Pemuda PAS Pusat, Bagaimana mahu menambah 100 orang lagi ulama' ? jika ulama' yang sedia ada seperti Datuk Jamil Khir , mufti - mufti seluruh negara , Datuk Mashitah , Datuk Nakhaei , Hamid Othman , Yusuf Noor dan ramai lagi tidak dilihat mampu berfungsi dan berperanan membawa UMNO keluar dari perangkap jahiliyyah moden yang bertunjangkan fahaman sekular .

Dewan Pemuda PAS Gopeng menolak keras kenyataan Tun mahathir yang menuduh para ulama’ pengasas PAS sebagai golongan oportunitis, kecewa serta hanya bertindak keluar UMNO kerana tiada habuan pangkat dan perlantikan sebagai calon. Kami menasihati Tun agar menamatkan tradisi pembohongan UMNO terhadap sejarah Malaysia.

Jika benar mereka kecewa , mereka sebenarnya kecewa kerana UMNO hanya memilih pemimpin yang pro sekular, mementingkan penerusan sistem jahiliyah British serta gila judi dan arak. Ini kekecewaan yang dituntut oleh Islam. PAS ditubuhkan rentetan daripada Penubuhan Persatuan Ulamak Se Malaya pada 1951 di mana pengerusi penajanya ustaz Hj Ahmad Fuad Hassan telah menggariskan matlamat persatuan ini untuk menyatukan
ulamak demi membaiki sistem negara yang rosak.

UMNO tidak layak berbicara isu ulama’. Lihat sahaja selepas kehilangan Dr Burhanuddin Al Helmi di muka bumi, barulah beliau diiktiraf sebagai tokoh negara, sedangkan sepanjang hayatnya belau dituduh sebagai ajen komunis dan anti agama. Dr Burhanuddin walaupun memimpin PKMM yang beraliran nasionalis melayu, tetap menekankan unsur Islam dan kedaulatan islam malah menjadi pencetus kepada penubuhan Hizbul Muslimin. UMNO hanya mengiktiraf ulama’ untuk kepentingan politik mereka sebagaimana mereka ingin meraih simpati Dr Al Qaradhawi dan menunggang Ustaz Firdaus dan Dr Mashitah sebelum ini untuk pilihanraya.

Dewan Pemuda pAS Gopeng juga menyelar sikap talam dua muka UMNO yang sanggup mengapikan kempen menentang pengganas di kampus sehingga menekan kelompok jamaah islam kampus seluruh negara. Persatuan Mahasiswa Islam seluruh negara akan dikambing hitamkan oleh UMNO. Di peringkat antarabangsa UMNO sibuk membantah tindakan Israel yang dikatakan zalim malah menolak kempen anti pengganas Amerika. Media perdana dan majalah-majalah pro UMNO di Malaysia juga menganggap kempen Islamofobia AS sebagai zalim terhadap umat islam.

Ironinya di dalam negara, mereka merestui kezaliman kempen AS dan israel malah ingin melaga-lagakan ulama’ dengan kempen pengganas. Usaha mengaitkan aliran wahabi sebagai aliran pengganas adalah suatu sikap simplistik dan dangkal.
Kebiadaban UMNO ini hanya menjauhkan kaum bukan Islam terhadp agama islam. Jelas UMNO adalah perosak nama dan masa depan agama di Malaysia.

Muhammad Nuruddin Bin Bashah
Exco Dewan Pemuda PAS Kawasan Gopeng
No 17 Lorong Permai 4
Taman Saujana Permai
Kamunting raya.

LESEN JUDI SUKAN: UMNO PERAK BERANI BANTAH!

12 Rejab 1431 H
Oleh: safarizal saleh

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) mengalu-alukan keberanian walaupun di lihat agak lewat oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang telah mempertegaskan pendiriannya berkaitan isu kelulusan lesen judi sukan ini yang sudah lama diperkatakan memberikan tamparan hebat buat Umno / Barisan Nasional (BN) sebagai parti yang sedang memerintah Kerajaan Persekutuan kini.

Tetapi DPPN Pk masih mempersoalkan pendirian Datuk Seri Zambry akan kemampuannya di dalam isu premis yang digunakan oleh syarikat-syarikat yang mengendalikan judi yang ianya jelas di bawah bidang kuasanya, namum masih tidak mengatakan pendirian yang jelas. Walaupun Datuk Seri Zambry jelas akan pendiriannya berkaitan judi sukan, tetapi perlunya bantahan di buat oleh Umno Perak di bawah kepimpinannya yang menjelaskan kehendak akar umbi yang perlu ditunjukkan.

DPPN Pk tidak mahu melihat Datuk Seri Zambry hanya bersuara di media semata-mata, tetapi perlu kepada usaha seluruh Umno dan juga kerajaan negeri memberikan 'signal' bantahan tersebut yang jelas kepada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak yang juga Menteri Kewangan. Ini yang sepatutnya dilakukan sepertimana yang akan berlangsung pada 3 Julai ini di Istana Negara, Kuala Lumpur himpunan bagi membantah kelulusan judi sukan tersebut yang di anjurkan oleh Gerakan Membantah Judi (GMJ).

Oleh yang demikian, DPPN Pk berharap Datuk Seri Dr Zambry akan menyatakan juga pendiriannya disamping bersama-bersama hadir dengan Gabungan Membantah Judi (GMJ) terhadap bantahan judi sukan ini yang akan diadakan di Kuala Lumpur nanti.

DR RAJA AHMAD AL-HISS
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Hukum kahak dlm Islam

12 Rejab 1431 H
Oleh: ust. salman maskuri

Kahak(sputum) dlm istilah ulama Islam adalah: Lebihan yg tebal yg keluar dr dada/perut atau yg turun dari otak.

Dari segi perubatan pula adalah: Matter ejected from the lungs, bronchi and trachea, through the mouth. (bahan y dikeluarkan dr jantung, bronkiol dan trakea melalui mulut)

Hukum kahak dr segi najis atau suci.

Pendapat pertama: Kebanyakan ulama menyatakan kahak adalah bersih sekiranya ia keluar dari dada, turun dari kepala atau terbit dari hujung halkum(tekak).

Ulama berbeza pendapat sekiranya kahak yg keluar daripada perut atau yg kita panggil air liur basi kepada 2 pendapat:

1. Ulama mazhab syafie dan Abu Yusuf mengatakan ianya najis.
2. Mazhab Maliki, Hambali dan pendapat yg kuat dlm mazhab hanafi mengatakan ia bersih kerana ia dicipta dr dalam tubuh seperti kahak yg turun dr dada. Ini juga kerana Rasulullah s.a.w menyapu kahak dgn hujong kainnya ketika dlm Solat(Hr Bukhari). Oleh kerana yg demikian ia tak membatalkan wuduk walaupun keluar dari perut.

Hukum meluahkan kahak dan air liur di dlm masjid.

Kebanyakan ulamak mengtakan haram membuang dan seumpamanya kahak di lantai, dinding atau di ats tikar masjid. Nabi bersabda:
"Meludah di masjid adalah satu kesalahan dan dendanya(yg menghapus dosa) adalah dgn menanamnya(membuangnya).(Hr Bukhari dan Muslim)

Mengucapkan tahniah dan "selamat" bersempena hari2 bahagia yg tertentu

12 Rejab 1431 H
Oleh: ust. salman maskuri

Mengucap tahniah dan melafazkan "selamat" pada hr tertentu adalah menjadi kebiasaan yg dilakukan oleh manusia diseluruh dunia. Cthnya "selmat hari raya, selamat hari jadi, selmat pengantin baru, selamat tahun baru dan lain2.

sesungguhnya perbuatan ini telah dilakukan Nabi s.a.w ketika datangnya bulan ramadan. Abu Hurairah telah berkata: Nabi s.a.w telah memberikan ucapan gembira sempena kedatangan bulan Ramadan.(Hr Ahmad dan Nasaie)

Seorang ulama bernama al-Qamuli di dalaam kitab al-Jawahir telah berkata:

"Aku berpandangan tidak ada seorang pun dr kalangan ulama mazhab kami yg membincangkan masalah mengucapkan tahniah sempena hari raye, kedatangan tahun2 dan juga bulan2 seperti mana yg telah dilakukan oleh sebahagian manusia. Namun al-Hafiz al-Munziri menukilkan dr al-Hafiz Abil Hasan al-Maqdisi mengatakan bahawa para ulama berbeza pendapat mengenai perkara ini. Aku berpendapat ianya diharuskan. Bukan sunnah dan bukannya bidah."

al-Hafiz telah menyatakan ianya adalah disyarakkan. Imam Baihaqi telah membuat satu tajuk "Bab: Hadis yg diriwayatkan tentang ucapan sesama manusia pada hari raya "Moga Allah menerima amalan kami dan kamu." Walaupun semua hadis adalah doif tetapi secara kesuluruhannya ia boleh dibuat hujjah dlm perkara ini.

Adapun Hadis boleh menjadi hujjah dlm mengucapkan tahniah ketika mendapat nikmat atau dihindarkan dr kemudaratan adalah hadis yg menceritakan tentang kisah penerimaan taubat ka'ab bin malik. Beliau berkata:
"Ketika mana aku masuk ke dalam masjid; aku dapati Rasulullah s.a.w bersama sahabat2nya yg lain. Talhah bin Ubaidillah segera bersalaman dgnku serta mengucapkan tahniah kpdku. Bila mana aku memberi salam kpd Rasulullah s.a.w; baginda berkata dlm keadaan bersinar wajahnya kerana gembira "Bergembiralah dgn sebaik2 hari yg kamu lalui semenjak kamu dilahirkan oleh ibumu."(Hr Bukhari dan Muslim)

Syeikh Atiah Saqor berkata:

"Tidak ada tegahan drpd memberi tahniah sempena hari2 yg tertentu. Bahkan ianya disunatkan sekiranya berniat utk menyebabkan kegembiraan dlm hati manusia. Nabi s.a.w bersabda ketika ditanya apakah amalan yg terbaik "Kamu menyebabkan seseorang beriman itu gembira" (Hr Thabrani)

Pengajaran dari Umar bin Abdul Aziz

12 Rejab 1431 H
Oleh: ust. salman maskuri

1. Satu hari Umar bin Abdul Aziz berjumpa dgn isterinya Fatimah seraya berkata "Wahai fatimah adakah engkau ade duit dirham untk aku beli anggur?" Fatimah menjawab "Tidak"Beliau bertanya lagi "Ade duit fulus(kurang nilai drpd dirham)?" Fatimah kate "Tidak" Maka Fatimah pun berkata "Engkau ni adalah ketua tertinggi org2 beriman (Amirul Mukminin) sedangkan engkau tidak mempunyai dirham atau fulus untuk membeli anggur. Beliau pun menjawab "Ini lebih ringan bagiku daripada aku bergelut dgn rantai2 neraka di Jahannam kelak."

2. Suatu hari Umar sembahyang Jumaat dgn memakai baju yg mana poket depan dan belakangnya bertampung. Seorang lelaki bertanya "Ya Amirul Mukminin, sesungguhnya Allah telah memberikan kepadamu kesenangan. Kalaulah engkau memakai pakaian yg lebih elok." Beliau pun menundukkan kepala sejenak kemudian mendongakkan kepalanya seraya berkata" Sebaik2 hidup sederhana ketika dlm kesenangan dan sebaik2 kemaafan ketika mampu(utk melepaskan kemarahan)"-afdalul qasdi 'indal jidah wa afadalul 'afwi 'indal qudrah-

3. Malik bin Dinar(seorang ulama sufi telah berkata) telah berkata "Manusia berkata sesungguhnya aku seorang yg zuhud. Sesungguhnya yg zuhud hanyalah Umar bin Abdul Aziz. Dia dibentangkan dgn kesenangan dunia tetapi beliau meninggalkannya."

4. Sesungguhnya kekayaannya ketika mula2 memegang tampuk khilafah adalah 40,ooo dinar dan ketika beliau mati hanya tinggal 2oo dinar. Kalau dia masih la.gi hidup dan terus memegang jawatan khalifah nescaya akan berkurang lagi kerana beliau sentiasa menggunakannya utk kepentingan rakyat.

5. Fatimah isterinya berkata: Mungkin ade yg lebih banyak solat dan puasanya drpd Umar. Namun aku tidak nampak ade yg lebih takut kepada Allah drpd Umar. Apabila beliau masuk ke rumahnya maka dia akan menuju ke tempat solatnya dan sentiasa menangis dan bermunajat sehinggalah beliau tertidur. Tidak lama beliau terjaga semula dan menyambung tangisan dan munajat. Kemudian tertidor... berjaga menangis... begitulah sepanjang malam.

Pemuda Umno pula bantah lesen judi sukan

12 Rejab 1431 H

Selepas Badan Perhubungan Umno Johor, Perak dan Kedah, - Pergerakan Pemuda Umno hari ini secara rasmi membantah cadangan kerajaan untuk mengeluarkan lesen judi pertaruhan sukan di negara ini.Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata pengeluaran lesen judi seumpamanya akan membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan kepada seluruh lapisan rakyat pelbagai kaum di negara ini.

"Setelah hampir beberapa minggu kita meminta pandangan daripada ahli-ahli akar umbi dan (menyaksikan) usaha yang dijalankan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dapat membanteras sedikit sebanyak gejala judi ini melalui penguatkuasaan keras dalam seminggu ini, kita rasa bahawa dalam isu lesen judi pertaruhan perlawanan bola ini, Pemuda Umno membuat pendirian bahawa kita membantah sekiranya kerajaan mahu keluarkan lesen tersebut.

"Kita berharap apa yang kita dengar dalam berita iaitu kenyataan yang dibuat oleh pihak swasta bahawa kerajaan telah bersetuju (mengeluarkan lesen) adalah tidak benar. Kita berharap kerajaan tidak mengeluarkan lesen tersebut," katanya.

Khairy berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Tawau, yang turut dihadiri Ketua Umno Bahagian Tawau, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, di Tawau hari ini.

Khairy berkata judi merupakan gejala tidak baik dalam mana-mana masyarakat termasuk dalam masyarakat bukan Islam sendiri.

"Saya tanya rakan-rakan dalam MCA dan MIC, mereka pun kata judi ini bukanlah perkara yang disokong oleh masyarakat mereka. Memang betul ada masyarakat bukan Islam berjudi tetapi ia bukanlah yang disokong masyarakat mereka. Mereka juga anggap judi bukan budaya mereka.

"Mereka pun berpendapat mengapa kita menggalakkan perkara ini (judi) dengan memberi pengesahan dengan memberi lesen. Jadi daripada sudat pandangan mana-mana budaya atau kaum di Malaysia ini, mereka tidak setuju, lebih-lebih lagi untuk orang beragama Islam," katanya.

Walaupun ada pandangan yang menyatakan bahawa lesen judi berkenaan hanya untuk masyarakat bukan Islam, namun kata Khairy pandangan masyarakat Islam dan bukan Islam yang sangat menentang judi perlu diambil kira dalam isu itu.

Selain itu, Khairy berkata alasan bahawa jika lesen judi pertaruhan bola berkenaan tidak dikeluarkan akan menyebabkan judi haram berleluasa dan tidak dapat dikawal tidak dapat diterima kerana PDRM membuktikan mereka berjaya membanteras beberapa kegiatan pertaruhan bola sejak bermulanya kejohanan bola sepak Piala Dunia.

"Apabila melihat kedua-dua hujah ini, kita dapati sudah tiba masa kita membuat pendirian secara terbuka berhubung isu ini. Jadi pada hari ini kita rasa terpanggil untuk memaklumkan kerajaan tentang pendirian Pemuda (Umno)," katanya.

Sementara itu, timbalan pengerusinya Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata,mesyuarat badan perhubungan Umno negeri itu baru-baru sebulat suara meminta kerajaan tidak meluluskan sebarang lesen judi bola sepak kepada mana-mana pihak.

Beliau meminta kerajaan menimbang semula hasrat memberi lesen judi bola sepak serta menilai kesannya terhadap masyarakat bukan hanya kepada yang beragama Islam, tetapi juga mereka yang bukan Islam.

"Walaupun ada yang cakap lesen ini hanya untuk yang bukan Islam, tetapi judi ini kesannya melibatkan masyarakat keseluruhan. Kepada orang bukan Islam, kesannya juga begitu tinggi. Bila masuk pertaruhan, tak cukup duit, ada yang pinjam Ah Long," katanya.

Malaysiakini/-

Permit polis: Perhimpunan tetap diadakan

12 Rejab 1431 H
Oleh: Abdul Rahim Sabri

Gerakan Rakyat Bantah Judi (GMJ) mengemukakan permohonan kepada ibupejabat polis daerah Dang Wangi untuk mendapatkan permit untuk berhimpun dan berarak pada 3 Julai depan untuk membantah pemberian lesen judi sukan.

Permohonan permit tersebut diserahkan oleh pengerusi GMJ Azmi Abdul Hamid pada jam 4.30 petang tadi.

Azmi yang juga presiden TERAS, turut ditemani setiausaha GMJ, Suhaizan Kaiat dan ketua Angkatan Muda Selangor (AMK) Selangor, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin.

Sejurus selepas membuat permohonan lima minit kemudian, ketiga-tiga pemimpin GMJ dipanggil untuk bertemu dgn ketua cawangan khas Dang Wangi, DSP Izan Bakri.

Bercakap dalam sidang akhbar kemudiannya, Azmi menjelaskan bahawa pertemuan dengan Izan lebih tertumpu kepada program yang akan berlangsung pada tarikh tersebut.

Katanya, beliau meminta kerjasama pihak polis untuk membenarkan orang ramai berhimpun dan bearak bagi menyampaikan memorandum bantahan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Menurut Azmi, dalam perhimpunan pada 3 Julai itu, orang ramai akan berkumpul di tiga lokasi iaitu di SOGO, Masjid Jamek dan Masjid Negara pada jam 2 petang, sebelum berarak ke Istana Negara.

Katanya, perhimpunan tersebut akan turut disertai oleh pemimpin NGO dan parti-parti politik.

Azmi berkata, polis akan memaklumkan kepada mereka mengenai keputusan permohonan permit itu.

Tambahnya, sekiranya permit tidak diluluskan, perhimpunan tersebut akan tetap diterus seperti yang dirancang.

"Kehendak rakyat dan masyarakat bersedia untuk bersama dengan perhimpunan ini. Kita sudah memutuskan akan berhimpun dan bergerak ke Istana Negara," katanya.

Malaysiakini/-

Judi sukan: Rais jadikan Cina kambing hitam

12 Rejab 1431 H

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini menuduh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim menjadikan masyarakat Cina di negara ini sebagai kambing hitam dalam agenda kerajaan meluluskan lesen judi sukan.

Pada sidang media di lobi parlimen, Lim mengulas dakwaan Rais kerajaan mesti meluluskan lesen judi itu kerana hak bukan Islam di negara ini perlu diiktiraf dan dihormati.

"Saya terkejut dengan kenyataan Datuk Seri Rais Yatim yang sekarang menganggap dirinya pakar hal ehwal Cina dengan menyatakan bahawa adalah perlu untuk menghalalkan judi bola kerana hanya dengan menghalalkan judi barulah kita boleh menghormati dan mengiktiraf hak-hak kaum Cina dan India," katanya mengulas kenyataan luarbiasa Rais itu.

Lim yang juga setiausaha agung DAP berkata, dakwaan itu langsung tidak berasas."Saya ingin tanya sama beliau, manakah dan siapakah pertubuhan Cina yang memohon kepada kerajaan pusat sebelum ini untuk menghalalkan judi bola.

"Kerana dalam pengetahuan saya tidak ada sebarang pertubuhan Cina yang meminta judi bola dihalalkan. Saya nak tahu saja," katanya yang juga ahli parlimen Bagan.

Beliau turut menegaskan, masyarakat Cina tidak pernah meminta judi dihalalkan kononnya untuk mengiktiraf hak mereka.

"Saya ingin nyatakan di sini bahawa masyarakat Cina tidak meminta bahawa judi bola dihalalkan sebagai tanda hak-hak mereka dihormati dan diiktiraf.

“Saya ingin menekankan di sini permintaan daripada masyarakat Cina atau India atau masyarakat bukan Melayu, Iban, Kadazan adalah sama dengan semua permintaan masyarakat Malaysia iaitu berteraskan prinsip kebebasan, keadilan, kebenaran, kebajikan kepada rakyat dan ketakwaan kepada Tuhan. Itulah permintaan daripada masyarakat Cina,” katanya.

Lim berkata Umno seolah-olah begitu berminat untuk menghalalkan judi berbanding masyarakat bukan Islam.

"Bukan seperti yang Umno cakap bahawa berkisar ke atas judi sahaja. Nampaknya Umno lebih minat dengan judi daripada orang-orang lain. Tapi jangan pula cakap itu permintaan masyarakat Cina dan hanya dengan memberikan judi bola barulah masyarakat Cina, India dan bukan Melayu dapat dihormati. Saya memang tidak bersetuju dengan pandangan sedemikian,” katanya.

Beliau juga menafikan kenyataan sesetengah pihak bahawa DAP mengharamkan sepenuhnya judi sebaliknya beliau berkata, DAP mahu judi dikurangkan.

"Saya bukan minta judi diharamkan terus tapi dikawal. Pendirian kita, yang sudah diluluskan biarkan tapi jangan tambah. Kalau boleh kita kurangkan," katanya.

Malaysiakini/-