24 June 2010

BAJET RMK:10 TIDAK MESRA ANAK MUDA : HAFEZ SABRI

10 Rejab 1431 H
oleh : mohd hafez sabri

IPOH 22 Jun, Pengarah Institut Pemikir Muda Malaysia (IPMM), Mohd Hafez Sabri pihaknya melihat bajet yang dibentangkan oleh Perdana Mentieri Malaysia tidak mesra anak muda.

Menurut beliau berdasarkan rancangan Malaysia ke-10 ini, dilihat kurang mesra terhadap anak muda dan golongan belia. Ini kerana golongan anak muda merupakan bakal komposisi terbesar yang akan menggerakkan agenda besar dalm menerajui masa depan Malaysia.. Antara perkara yang disebutkan Perdana Menteri dalam RMK-10 ialah berkaitan menjadikan Putrajaya sebagai pusat aktiviti dan program yang bermanfaat dan bersesuaian.

Sehubungan itu beliau mencadangkan kepada Kerajaan Malaysia agar memperincikan dan memberikan peranan anak muda dalam RMK-10. Kini, dianggarkan 25% penduduk Malaysia adalah daripada generasi muda dan bilangan ini semakin meningkat menjelang 2013.

Bersesuaian dengan ekonomi berasaskan inovasi dan kreativiti,generasi muda semestinya harus berperanan dalm mencorak keadilan sosial dan ekonomi beridentitikan acuan Malaysia.

Oleh itu, IPMM melalui badan penyelidikan dan strategiknya mencadang beberapa langkah yang perlu dititiberatkan oleh kerajaan, iaitu

1. Memastikan jaminan pendapatan asas dan minima
2. Menggalakkan golongan belia untuk lebih terkehadapan dalam
membahaskan polisi ekonomi secara efektif.
3. Menyediakan saluran penambahbaikan dan postmortem perjalanan
belanjawan perlu diwujudkan dalam memastikan ketelusan kewangan.

Sementara itu menurut Pengarah Hubungan Luar dan Antarabangsa IPMM, Saudara Abd. Rahman Jabir memuji tindakan kerajaan untuk meningkatkan keluaran pekerja yang berkemahiran tinggi menuju kepada rakyat berpendapatan tinggi.Beliau mencadangkan agar anak muda yang tinggal di luar bandar diberikan peluang untuk mendapat bimbingan dan pengiktirafan kemahiran mereka. Langkah ini, akan menyebabkan tenaga anak tempatan dapat digunapakai dalam sektor pembangunan kelak. Selain itu, ia secara terus dapat mengurangkan pekerja asing.

IPMM meminta agar pemerintah tidak membiarkan negara terus selesadengan tidak berbuat apa-apa untuk meningkatkan keupayaan ekonomi serantau dan umat Islam. Ia boleh disalurkan melalui perkongsian pengetahuan dan latihan kemahiran agar kesatuan ekonomi dapat diwujudkan. Tambahan pula, ia bermanfaat dalam menawarkan alternatif jaringan ekonomi yang kukuh sebagai usaha mengelakkan pergantungan kepada produk Barat.

Isu Militan : Kenapa Saya Kata Akhbar Malaysia Lebih Hebat Dari Polis Mesir

10 Rejab 1431 H
oleh : ibnuirfadzil.blogspot.com

Sebelum ini, saya telah menulis artikel yang menjelaskan bahawa akhbar Malaysia lebih hebat daripada polis Mesir. Sila klik pada link di bawah.

Isu Militan : Akhbar Malaysia Lebih Hebat Daripada Polis Mesir

Kenapa ya? Di bawah ini, beberapa sebab kenapa saya mengatakan bahawa akhbar Malaysia lebih hebat daripada polis di Mesir. Iaitu :

1. Ustaz Zulkifli ditangkap dan “tidak diberitahu sebab penangkapannya”.

2. Polis Mesir tidak akan memberitahu sebab penangkapan, sepertimana yang pernah terjadi sebelum ini.

3. Bagaimana akhbar Malaysia boleh mengetahui sebab penangkapannya kerana “disyaki” terlibat dengan militan? Adakah akhbar Malaysia menemu bual pihak polis?

4. Sepanjang bacaan saya pada akhbar-akhbar di Mesir, tidak ditemui sebarang berita tentang "kebangkitan" militan di Mesir, melainkan akhbar di Malaysia.

5. Isu militan di bumi Mesir sudah lama senyap. Sila rujuk artikel di bawah ini.

Khairi Pulas Cerita Tentang Ikhwanul Muslimin, Ini Jawapannya

Berdasarkan 4 sebab ini, saya menimbulkan persoalan, bagaimanakah akhbar Malaysia boleh mengetahui sebab penangkapan? Bagaimanakah akhbar Malaysia boleh “mengesyaki” penangkapan tersebut kerana terlibat dengan militan? Selain akhbar Malaysia, siapakah yang boleh memastikan bahawa penangkapannya disebabkan “disyaki” terlibat dengan militan?

Apa Sebenarnya Tujuan Kita Berdoa?

10 Rejab 1431 H
Oleh: agussyafii

Tujuan kita berdoa adalah mengikhlaskan apapun yang sudah menjadi kehendak atau ketetapan Allah. Apapun masalah yang kita hadapi hendaknya benar-benar menyandarkan diri kepada Allah sebagai penolong dan pelindung yang sebaik-baiknya. Apapun yang menjadi kehendakNya dan ketetapanNya itulah yang terbaik untuk kita.

'Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baiknya pelindung.' (QS. al-Anbiya : 88).

Dengan berdoa memohon kepada Allah akan membebaskan diri kita dari perasaan takut akan masalah maupun ketakutan itu sendiri. Sebagaimana Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

'Maka mereka kembali dengan nikmat dan karunia yang besar dari Allah. Mereka tidak mendapat bencana apapun. Mereka mengikuti keridhaan Allah. Dan Allah mempunyai karunia yang besar. (QS. ali- Imran : 173).

Lantas apa kuncinya sebuah doa dikabulkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala? Kuncinya terletak pada diri kita sendiri. Apakah kita termasuk orang-orang yang bertaqwa kepada Allah sehingga doa kita layak untuk dikabulkan atau tidak? Bagaimana dengan perbuatan kita sehari-hari? apakah memudahkan doa kita dikabulkan ataukah malah menjadi penghalang doa kita untuk dikabulkan?

'Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberi rizki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang berserah diri kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. (QS ath- Thalaq : 2-3).

ISU KESELAMATAN NEGARA, ANAK MUDA SARANKAN WUJUDKAN JAWATANKUASA KHAS DI PARLIMEN : IPMM

10 Rejab 1431 H
Oleh: mohd hafez sabri

IPOH,22 JUN, Institut Pemikir Muda Malaysia memandang serius tentang isu keganasan yang sedang digembar-gemburkan kerajaan ketika ini.

Menurut Pengarah IPMM,Saudara Mohd Hafez Sabri, pihaknya menegaskan bahawa isu ini perlu diambil serius oleh semua pihak kerana melibatkan soal keselamatan rakyat dan negara,siasatan terperinci mesti dilakukan bagi memastikan tiada individu yang tidak bersalah didakwa.

Menurut beliau lagi, pihaknya menolak proses penuduhan dan pendakwaan yang dibuat secara melulu iaitu tanpa penyelidikan yang sistematik apabila melibatkan penangkapan dibuat dengan menafikan elemen hak asasi yang diterima sejagat.

Walaupun semua tindakan telah diserahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan berhubung dengan penglibatan golongan pelajar namun beliau berpendirian satu jawatankuasa khas perlu diwujudkan yang dapat melibatkan ahli parlimen pembangkang ,kerajaan serta wakil KPN untuk meneliti isu secara konsisten, tegas beliau.

Walaupun tidak menafikan tindakan yang diambil oleh pihak kerajaan sebagai langkah pencegahan dalam menangani isu keganasan dan terorrisme, perincian kepada makna keganasan dan militan ini harus dimaknakan kembali dengan tidak melihat secara umum hubungkait elemen Islam secara mutlak dengan keganasan antarabangsa.

Beliau menjelaskan lagi, IPMM berpendapat bahawa takrifan pengganas yang diistilahkan oleh Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya tidak harus menjurus kepada umat Islam, dunia perlu bersikap adil terhadap umat Islam.

Beliau turut mempersoalkan secara kritis, ketiadaan tindakan kolektif dan kerjasama serantau mahupun di peringkat antarabangsa untuk menangani isu terrorisme. Sebelum ini dunia menuduh umat Islam sebagai terroris, kerana itu beliau menyarankan agar PBB dan OIC terlebih dahulu memulakan tindakan dengan membenteras kegiatan penjenayah dan terroris yang sebenar di muka dunia ini iaitu zionis israel.

Sejarah dunia menunjukkan asal usul keganasan semuanya bermula dari tindakan yahudi zionis yang menyebabkan seluruh masyarakat dunia menjadi marah dan tidak berpuas hati terhadap tindakan mereka, tegas beliau

Beliau turut meminta agar jaminan diberikan oleh kerajaan Malaysia supaya aktiviti dakwahyang sedang berjalan dengan baik di tanah air ini terus berkembang dan tidak akan disekat oleh kerajaan Malaysia.

Dalam kenyataan yang lain menurut Pengarah Penyelidikan dan Strategik IPMM, Norazali Zainudin berkata, sekiranya isu ini serius dan di tahap kritikal, satu usul mesti dibawa oleh ahli parlimen kerana ia melibatkan kepntingan umum dan keselamatan negara. Perbahasan aktif daripada anggota ahli parlimen mesti diadakan untuk mencari
penyelesaian konkrit.

Tambah beliau lagi, IPMM menggesa supaya OIC mengadakan sidang tergempar bagi membincangkan langkah berkesan untuk berhadapan dengan isu kegansan antarabangsa terutamanya berkenaan tindakan keganasan tentera negara haram israel yang masih dikenakan terhadap Umat Islam Palestin.

"IPMM juga ingin menyeru agar semua rakyat serta seluruh pencinta keamanan dari kalangan masyarakat antarabangsa agar dapat merangka strategi baru yang lebih serius dan berkesan untuk membersihkan imej umat Islam yang sengaja diberikan imej buruk oleh dunia barat kepada umat Islam selama ini," katanya.

Kini sudah tiba masanya dan sewajarnya dalam dunia yang moden, Perlu dibina pemahaman masrakat terhadap kehidupan beragama dan penyuburan aktiviti intelektual dan ketamdunan yang tinggi, aspek kemanusiaan mesti diketengahkan kembali sebagai fokus utama di kalangan masyarakat negara ini. Umat Islam mempunyai tanggungjawab besar dan risalah besar untuk mengubah corak hidup manusia.

Dunia barat khususnya akan sentiasa prejudis terhadap kebangkitan Islam di era moden, hal ini kerana mereka tahu bahawa Islam sebagai agama sejagat yang berjaya dipersejagatkan dalam dunia yang telah menjadi suatu perkampungan global, dan hubungan antarabangsa bertindak atas landasan keadilan dan kemanusian yang dibina oleh Umat Islam.

Disamping itu golongan agamawan dan cendikiawan Islam wajib menggalas tanggungjwab ini untuk memperkasakan imej umat Islam di mata dunia, jelas beliau.

Isu Militan : Akhbar Malaysia Lebih Hebat Daripada Polis Mesir

10 Rejab 1431 H
ibnuirfadzil.blogspot.com

Saya tertarik dengan berita yang disiarkan sebelum ini, tentang penangkapan Us Zulkifli, yang disiarkan oleh Harian Metro. Dikatakan bahawa beliau "disyaki" terlibat dengan militan. Sila lihat pada artikel di bawah :

Isu Militan : Putar Belit Berita Penangkapan Us Zulkifli

Namun, suka untuk saya beritahu di sini, sejak bila pula Akhbar boleh mengesyaki penangkapannya disebabkan penglibatannya dalam militan? Cuba lihat bagaimana berita ini diputar belitkan untuk menambahkan rencahnya.

Seorang rakyat Malaysia ditahan pihak berkuasa Mesir selepas disyaki terbabit dengan aktiviti militan dan pengganas di Lapangan Terbang Antarabangsa Mesir, 13 Jun lalu.

Ini perenggan pertama. Bagaimana akhbar boleh mengetahui punca penangkapannya? Akhbar menyifatkan penangkapannya disebabkan "disyaki" terlibat dengan militan. Eh,.. siapa tak tahu, perkataan "disyaki" biasanya digunakan untuk mengelakkan diri daripada disaman.

Dan berita ini hanya bertujuan memprovok keadaan sahaja. Kenapa? Kerana menggunakan "disyaki" untuk menakut-nakutkan mahasiswa di sini. Saya tidak hairan, satu hari nanti kerajaan akan mengeluarkan notis "tiada lagi mahasiswa Melayu yang belajar di Mesir".

Kenapa? Mereka memberi alasan kerana gerakan militan. Nampak tak? Saya teringat, baru-baru ini Saiful Apek ditangkap polis kerana "disyaki" terlibat dengan penyalahgunaan dadah..

Dia berkata .. "Jangan salah sangka, saya baru ditahan polis, belum masuk neraka lagi"

Sebelum ini, saya pernah menyiarkan artikel yang sangat berguna tentang provokasi ini, sila baca di bawah :

2 Mahasiswa Yaman Yang Ditangkap Tidak Terlibat Dengan Rangkaian al Qaeda

Kenyataan Rasmi Daripada Presiden Mahasiswa Yaman

Persatuan Pelajar Malaysia Yaman (PERMAYA) memandang serius terhadap kenyataan yang telah disiarkan di dalam akhbar-akhbar berkenaan dengan isu penangkapan 2 orang pelajar Malaysia di Yaman. Oleh yang demikian pihak kami ingin menegaskan bahawa :-

1. Pihak kami menafikan dengan sekeras-kerasnya penglibatan para pelajar Malaysia di Yaman dengan rangkaian Al-Qaeda atau pun mana-mana pertubuhan pengganas.

2. Secara jelasnya tujuan mereka datang ke bumi Yaman adalah untuk mempelajari bahasa arab, dan ditangkap atas dasar tiada permit untuk keluar dari Sana’a bukannya seperti khabar angin yang di gembar gemburkan oleh mana-mana pihak.

3. Mereka yang terlibat tidak berdaftar dengan pihak Persatuan Pelajar Malaysia Yaman dan pihak kami tidak mempunyai sebarang maklumat lengkap mengenai mereka.

4. Maklumat lengkap berkenaan kes ini belum sempurna, oleh yang demikian pihak kami mengharapkan agar tidak ada spekulasi rambang tanpa merujuk dahulu kepada pihak Kedutaan Malaysia di Yaman dan pihak Persatuan Pelajar Malaysia Yaman (PERMAYA).

Sekian, terima kasih.

Yang berusaha,

Megat Firdaus bin Megat Basri
Presiden
Persatuan Pelajar Malaysia Yaman
Sesi 2010 / 2011

Ya, provokasi sebelum ini mengatakan bahawa 2 orang mahasiswa Yaman ditangkap disebabkan penglibatan mereka dengan gerakan militan. Rupa-rupanya hanya provokasi dan Presiden Mahasiswa di Yaman telah menafikan kenyataan tersebut.

Berita tentang mahasiswa Yaman ini juga menggunakan perkataan "disyaki". Sila lihat pada gambar yang tertera pada artikel tersebut.

Tak hairanlah provokasi ini direbakkan ke Mesir pula. Berkemungkinan besar ia bertujuan untuk "menghapuskan mahasiswa di Bumi Mesir" setelah beberapa usaha golongan tertentu sebelum ini yang gagal. Doakan semoga generasi al Azhar Mesir terus hidup.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

Rizab Felda: Anak buat laporan polis esok

10 Rejab 1431 H
Oleh: Hashim Abdullah

TEMERLOH, 22 Jun: Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman akan membuat laporan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh berhubung isu kejatuhan rizab tunai Felda yang begitu membimbangkan.

Mazlan yang juga Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah dan Wilayah PAS Pusat dalam kenyataannya kepada Harakahdaily semalam, berkata beliau akan membuat laporan tersebut pada jam 10 pagi esok (23 Jun).

Dalam laporan yang telah disiarkan akhbar Harakah keluaran terbaru telah memaparkan bagaimana bekas Timbalan Menteri Tanah dan Koperasi, Dr Tan Kee Kwong mendedahkan kekurangan rizab tunai Felda.

Perkara itu terpaksa diakui Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan bahawa rizab tunai Felda merosot daripada RM4.08 bilion pada tahun 2004 kepada hanya RM1.35 bilion pada 2009.

Mazlan yang terkenal sebagai pejuang isu-isu pembelaan golongan peneroka Felda dan generasi keduanya sangat kesal dan turut menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat siasatan terperinci terhadap kemerosotan rizab tersebut.

Harakahdaily/-

40 anggota DHPP Perak temui Menteri Besar

10 Rejab 1431 H
Oleh: Salmah Mat Husain

KOTA BHARU, 22 Jun: Seramai 40 orang daripada Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) negeri Perak telah mengunjungi Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tengah hari tadi.

Pengerusinya, Ong Choi Ee, bersama beberapa orang anggota jawatankuasanya yang lain sempat berbual mesra dengan Tuan Guru di pejabatnya, selepas sesi sidang Dun berakhir tengah hari tadi.

Tuan Guru mengucapkan terima kasih kepada rombongan berkenaan kerana sudi mengunjunginya serta melawat beberapa tempat menarik di negeri ini.

“Amat rugi kiranya datang ke Kelantan tidak mengunjungi tempat-tempat menarik di negeri ini, apa lagi kalau baru mengunjunginya,” ujarnya.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada pengakuan Ong yang mendakwa baru pertama kali mengunjungi negeri ini.

Selepas pertemuan itu, semua peserta rombongan bergambar kenangan dengan Tuan Guru sambil menyampaikan bertukar-tukar cenderahati.

Petang ini, dijangka sesi dialog akan diadakan di antara Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri di kediaman rasmi Menteri Besar, JKR 10.

Selain itu, rombongan dijangka mengunjungi beberapa tempat menarik di negeri ini seperti rumah-rumah ibadat di Tumpat, Wakaf Che Yeh dan sekitar Kota Bharu.

Harakahdaily/-

Isu JI untuk kekalkan ISA

10 Rejab 1431 H
Oleh: Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 22 Jun: Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) mensyaki isu Jemaah Islamiah (JI) yang dibangkitkan pada waktu ini adalah usaha kerajaan Umno Barisan Nasional untuk mengekalkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ekoran perbahasan rang undang-undang pindaannya di parlimen pada Julai ini.

Pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, kekeliruan mula timbul apabila isu 10 yang ditahan di Sungai Cincin, Gombak pada 21 Januari lalu atas tuduhan pengganas antarabangsa dibangkitkan semula kini dengan tuduhan terlibat dengan JI.

Sembilan daripada yang ditahan enam bulan lalu itu, katanya telahpun dihantar pulang ke negara masing-masing tiga bulan lalu namun isu berkenaan kini dibangkitkan kembali.

"Banyak pihak termasuh GMI menimbulkan kecurigaan terhadap pendedahannya sekarang.

"Kita yakin ini adalah usaha pre-emptive kerajaan untuk menjustifikasi penggunaan dan pengekalan ISA," katanya pada sidang media GMI bersama Ahli Parlimen Pakatan Rakyat di parlimen hari ini.

Turut diserahkan kepada Ahli Parlimen Pakatan Rakayat, memorandum tuntutan agar kerajaan memansuhkan ISA bukan melakukan pindaan kosmetik semata-mata.

ISA, kata Syed Ibrahim, sudah menjadi akta pilihan dan jalan mudah kerajaan menggantikan amalan profesionalisme polis seperti risikan dan penyiasatan.

Mangsanya kini, ujarnya semakin luas bukan sahaja kepada kumpulan-kumpulan yang didakwa pengganas, aktivis politik dan aktivis hak asasi, malah turut dikenakan kepada pemalsu kad pengenalan, pengklon telefon, pemalsu wang syiling dan pelindung pendatang tanpa izin.

Sedangkan, katanya undang-undang sedia ada, khusus untuk kesalahan-kesalahan tersebut diketepikan.

"Undang-undang dalam Kanun Keseksaan sudah cukup. Seksyen 489B Penal Code berkaitan pemalsuan duit, seksyen 56 Immigration Act berkaitan pemalsuan pasport, seksyen 298A Penal Code berkaitan menyebar isu atau khabar angin melibatkan agama, seksyen 499 Penal Code melibatkan isu perkauman dan Chapter VIA of Penal Code yang berkaitan isu pengganas," katanya lagi.

Selain ISA,ujarnya Emergency Ordinance (EO, Dangerous Drugs Act (DDA) dan Restricted Residence Act (RRA) juga perlu dimansuhkan.

Katanya, Working Group on Arbitrary Detention dari PBB, dalam lawatan ke Malaysia melahirkan rasa kebimbangan terhadap penggunaan akta-akta tersebut.

"Jawatan kuasa tersebut menjelaskan bahawa kesemua akta-akta ini adalah usang dan ianya harus dimansuhkan kerana melanggar undang-undang dan hak asasi antarabangsa," katanya.

Harakahdaily/-

Faekah ganti Nik Nazmi sebagai Setpol MB Selangor

10 Rejab 1431 H

SHAH ALAM, 22 Jun: Setiausaha Politik (Setpol) kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Faekah Husin dilantik sebagai Setpol kepada Menteri Besar Selangor bagi menggantikan Nik Nazmi Nik Ahmad.

Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan perkara itu pada Majlis Makan Malam Menteri Besar Selangor Bersama Media di sebuah hotel di sini, malam ini.

Nik Nazmi bakal menjalankan tugas baru sebagai Pegawai Penerangan dan Komunikasi di Ibu pejabat PKR mulai 1 Julai ini.

Ketika berucap pada majlis itu, Khalid berharap perlantikan Nazmi akan memberi perubahan baru kepada parti itu yang bercita-cita untuk membawa reformasi di dalam negara ini.

Nazmi yang juga Adun Seri Setia mengucapkan terima kasih kepada Khalid dan semua pihak yang telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang menjalankan tugas sebagai Setpol kepada Menteri Besar Selangor.

Sementara itu, Faekah, 45, yang masih menyandang Setpol kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail pernah memegang beberapa jawatan utama dalam PKR Selangor.

Beliau yang memulakan karier sebagai peguam sejak April 1991 menjadi ahli Parti Keadilan Nasional sejak mula ditubuhkan pada 1999 yang sekaligus mengetuai wanita parti itu di Kuala Langat sehingga kini.

Pada 2000, beliau dilantik sebagai Ketua Penerangan Wanita PKR negeri dan Bendahari Wanita negeri selepas itu.

Faekah yang membuka firma sendiri bersama seorang rakan kongsi dengan nama Faekah & Choung pada 2 Mei 1994 pernah dipilih menduduki Majlis Pimpinan Wanita Keadilan Pusat pada 2001 hingga 2004.

Harakahdaily/-

Ulama masuk Umno, silakan jika mahu pikul maksiat

10 Rejab 1431 H
Oleh: Mutaligat

Siapakah Ulama’ yang tergamak masuk Umno dan bergelumang dengan dosa Umno. Isu kemasukan 100 Ulama’ ke dalam Umno ini dilihat sebagai gimik Umno untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa Umno kini mendapat sokongn golongan Ulama’.

Ini semua cerita lama dan skrip lama Cuma pelakon sahaja yang bersilih ganti. Sudah beratus malah beribu Ustaz dan Ustazah menyertai Umno namun apa yang mereka boleh buat. Umno tetap teguh membelakangkan Islam.

Sudah ramai Ulama’ yang masuk Umno tetapi persoalannya adakah Ulama-ulama’ tersebut mampu membuat perubahan dalam parti.

Ulama' Umno yang baru masuk ini kebanyakan hanya duduk di 'kaki lima' Umno jauh sekali dari dilantik ke jawatan penting. Hanya 2 atau 3 kerat sahaja yang digunapakai oleh Umno dan selepas beberapa ketika mereka ditendang begitu sahaja.

Sudah ramai Ulama’ yang menyatakan sokongan terbuka kepada Umno selama ini tetapi adakah Ulama ini berjaya menasihatkan pimpinan Umno sehingga berubah. Contoh paling mudah ialah dalam soal menutup aurat, sudahkah Ulama’ Umno menasihat pimpinan Umno agar diri sendiri dan keluarga menutup aurat dengan betul.

Sudahkan Ulama” Umno menasihatkan kerajaan pusat supaya mengarahkan syarikat GLC atau GOC membayar zakat ?

Sudahkah Ulama’ Umno menasihatkan kerajaan supaya menggunapakai Hukum Islam secara menyeluruh.?

Sudahkah Ulama’ Umno menasihatkan kerajaan pusat supaya menukar sistem ekonomi dan kewangan negara dari berasaskan riba kepada bebas dari RIBA

Sudahkah Ulama’ Umno menasihatkan kerajaan pusat supaya menggunapakai Hukum Islam dengan menghapuskan undang-undang Lord Reid

Sudahkah Ulama’ Umno menasihatkan kerajaan pusat supaya menghapuskan lesen judi, arak, rumah urut, kelab malam dan pusat-pusat maksiat,

Sudahkah Ulama’ Umno menasihatkan kerajaan pusat supaya memerintah dengan adil dan tidak mendiskriminasikan kerajaan negeri-negeri PR.

* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.

Harakahdaily/-

Memang Umno mesti berani

10 Rejab 1431 H
Oleh: Roslan SMS

Saya terpegun membaca ulasan Mohd Afifi Abd Razak, Pensyarah Sains Politik dari UUM dalam akhbar Utusan. Beliau menulis di bawah tajuk “Umno mesti berani”:

Antara ujian yang dihadapi (Umno) adalah seperti berikut:

a) krisis kepimpinan dalam parti yang menyaksikan pergeseran di peringkat kepimpinan Umno di beberapa buah negeri
b) cabaran yang bertali arus dari parti-parti pembangkang - Pakatan Rakyat
c) sikap tidak ambil peduli dalam kalangan segelintir pemimpin dan penyokong Umno terhadap keadaan parti tersebut serta lupa matlamat sebenar perjuangan Umno
(beliau gariskan lima ujian, saya ambil tiga yang relevan di atas)

Sementara itu akhbar yang sama termasuk beberapa laman web melaporkan ADUN Seri Serdang , Satim Diman yang juga Setiausaha Badan Perhubungan Umno Selangor dilaporkan terus tidak hadir mesyuarat Perhubungan Umno Negeri termasuk yang diadakan semalam. Ada khabar yang mengatakan berkemungkinan beliau akan meletakkan semua jawatan politiknya termasuk ADUN Seri Serdang.

(Untuk makluman PAS tewas pada PRU lalu di DUN tersebut dengan hanya 45 undi, undi rosak 827!)

Kalau diteliti ulasan Mohd Afifi ternyata stigma yang melanda Umno khasnya di negeri-negeri yang Umno kecundang, Selangor dan Kedah, terus menghantui mereka sehingga hari ini. Umno melalui pimpinan mereka cuba memberanikan muka berdiri di atas runtuhan kekalahan mereka, tetapi ternyata gelombang yang menjatuhkan mereka itu tidak reda-reda dan terus menghanyutkan harapan mereka.

Apabila tewas, maka krisis kepimpinan pasti tidak dapat dielakkan. Masing-masing menuding jari, masing-masing mahu melangkah mayat mereka yang kecundang itu untuk naik ke atas.

Sejak tewas contohnya di Selangor, kabinet Khir Toyo terus dikambing hitamkan. Hari ini Noh Omar selaku Timbalan Pengerusi berdiri di belakang kain Najib Tun Razak yang merupakan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri.

Umno mahu bangkit kembali, tetapi pemimpin PR yang menggantikan mereka khasnya dari PAS dan PKR, di tempat-tempat yang mereka tewas ternyata menggherhanai prestasi kepimpinan mereka selama ini.

Nama-nama baru yang muncul menggantikan tempat Umno contohnya Iskandar Abd Samad di DUN Chempaka, Dr Abd Rani di DUN Meru, Nik Nazmi di DUN Seri Setia, Haniza Mohd Talha di DUN Taman Medan, Dr Ahmad Yunus di DUN Sijangkang berjaya menawan dan menambat hati rakyat dengan gaya kepimpinan pro rakyat.

Begitu juga tokoh-tokoh besar PAS dan PKR seperti Tan Sri Khalid Ibrahim, Dato Dr Hasan Ali dan Azmin Ali meyakinkan rakyat khasnya bekas-bekas pengundi Umno bahawa, inilah tokoh-tokoh baru Melayu yang mempunyai kualiti dan kewibawaan dan memang mampu menggantikan tokoh-tokoh Umno yang pernah diberi peluang tetapi gagal memikulnya dengan amanah.

Umno kini tiada kuasa di Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan lebih 20 tahun di Kelantan. Kerana itu sebagaimana digariskan Mohd Afifi sudah menular sindrom “tidak ambil peduli”dikalangan mereka.

Ini berlaku kerana politik wang sudah menjadi darah daging di bawah kepimpinan Umno dahulu. Apa sahaja peluang, kayu pengukurnya adalah politik. “Budak-budak Umno” termasuklah kontraktor, usahawan hatta penjaja dan pengusaha kecil diperas dengan gula-gula politik wang ini.

Hari ini bila Umno sudah tiadakuasa, budak-budak ini lapar. Dan dalam kelaparan itu membuka mata mereka bahawa selama ini Umno telah mendidik mereka dengan budaya yang sangat tidak bermaruah dan senteng.

Kepimpinan PR di negeri-negeri yang PR kuasai ini membuka peluang buat semua, berniagalah dengan telus, tertib dan bersih, amalan-amalan lama terkubur dengan terkuburnya pemimpin-pemimpin lama.

Sekecil-kecil peniaga di pasar-pasar malam boleh akui hakikat ini. Dahulu mereka perlu membayar “ufti” pada Umno cawangan, sekarang mereka bayar lesen terus pada PBT, tiada lagi pihak ketiga. Kontraktor yang sememangnya berkemampuan dan terlatih dahulunya terpaksa “sub” kerja dari kontraktor milik pimpinan Umno, kini lega kerana mereka boleh bersaing secara aman.

Perubahan ini ketara dan tidak dapat dinafikan. Inilah yang membimbangkan Umno. Di negeri yang mereka tewas, rakyat yang menikmati perubahan ini pasti tidak mahu tukar dan kembali ke zaman kegelapan. Demikian juga di negeri-negeri yang Umno masih kuasai, berita dari negeri-negeri PR pasti masuk ke lubang telinga masing-masing. Jika begitu di Selangor contohnya mengapa Negeri Sembilan tidak boleh, mengapa Pahang tidak boleh?

Saya tidak tahu apakah punca Satim bertindak menyembunyikan diri. Tetapi kiranya beliau merasai gelombang perubahan ini, beliau dan ramai rakan-rakan lain yang masih di dalam Umno harusnya sedar, bahawa perjuangan memartabatkan agama, bangsa dan negara hakikatnya telah beransur-ansur bertukar tangan. Umno tidak lagi juara perjuangan ini. Ianya telah bertukar bahtera.

Sewajarnya kita semua bangkit sedar, bahawa gelombang besar rakyat yang menuntut perubahan, yang melanda pada PRU ke 12 itu akan terus berulang.

Tiada gunanya kita bertahan pada bahtera yang rapuh dan buruk, beranilah untuk melangkah ke bahtera baru yang telah pun meyakinkan rakyat.

Kalau Mohd Afifi menyeru agar “Umno mesti berani”, maka saya mahu menambah bahawa “Pemimpin dan ahli-ahli Umno mesti berani, melangkah keluar, bersama di atas bahtera baru yang lebih meyakinkan dan diterima rakyat”.

* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.

Harakahdaily/-

Kelantan perkenal pelancongan agama

10 Rejab 1431 H

Kelantan akan perkenalkan pelancongan agama, satu produk pelancongan yang berasaskan ilmu keagamaan melalui sistem tradisional pengajian Islam atau lebih dikenali sebagai 'pengajian pondok'.

Cadangan bagi Kelantan mempunyai produk pelancongan baru sebagai daya penarik kepada industri itu di negeri berkenaan dibuat oleh Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Takiyuddin Hassan berkata berikutan cadangan itu, pihaknya telah mencari tapak yang sesuai untuk tujuan itu.

"Kami bersetuju untuk membina sebuah apartment di Kandis, Bachok. Projek pelancongan agama itu akan dimajukan oleh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK)," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri di Kota Bharu hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Muhamad Mustafa (PAS-Demit) mengenai langkah kerajaan dalam menjadikan negeri itu sebagai warisan ilmiah.

Takiyuddin berkata melalui pelancongan agama, pelancong sama ada dari dalam dan luar negara akan disediakan tempat penginapan bagi mengikuti kursus agama yang ditawarkan dalam pakej pelancongan itu.

"Pakej ilmu agama akan ditawarkan kepada pelancong yang berminat mungkin dua atau tiga hari dalam mengenali program ilmu agama di Kelantan," katanya.

Menjawab soalan Zulkifli Mamat (PAS-Pulai Chondong) mengenai warisan seni ukir kayu, Takiyuddin berkata kerajaan negeri telah mewartakan seni ukir kayu Kelantan sebagai warisan kebangsaan.

"Kita juga akan bawa seni warisan ukir kayu itu di peringkat antarabangsa," katanya.

Malaysiakini/-

Pasport boleh dipohon di kaunter JPN

10 Rejab 1431 H

Kaunter di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak lama lagi akan dijadikan sebagai kaunter guna-sama bagi membolehkan orang ramai membuat permohonan pasport dengan Jabatan Imigresen.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Lee Chee Leong, berkata projek perintis kaunter itu akan dilakukan di pejabat cawangan JPN di Puchong, Kepong dan Gombak.

Katanya, langkah itu antara usaha penambahbaikan proses dan prosedur kerja agensi dan jabatan dalam kementerian yang sedang dilakukan bagi memastikan mutu perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

"Di samping itu, ia bagi mengelak berlakunya penyelewengan dan kelemahan tertentu," katanya pada majlis perhimpunan bulanan kementerian itu di Putrajaya hari ini.

Katanya, usaha sedang diambil untuk menambah sistem online bagi semua jabatan dan agensi kementerian.

"Dalam hal ini, jabatan dan agensi berkenaan perlu mengambil tindakan segera bagi memastikan sistem sedia ada ditambah baik dan dipertingkatkan," katanya.

Lee berkata, pelbagai inisiatif telah dan sedang dilaksanakan oleh kementerian untuk mengurangkan jenayah termasuk mengaktifkan semula bandar selamat yang sedang dilaksanakan di beberapa kawasan panas.

Katanya, pelancaran "Balai League Table" akan dilakukan di KLCC dalam masa terdekat.

"Inisiatif ini bertujuan menilai prestasi balai polis berdasarkan kriteria ditetapkan seperti kejayaan pengurangan kadar jenayah di bawah jagaan balai tersebut," katanya.

Malaysiakini/-

Kes polis tembak Aminul - 12 Oktober ini

10 Rejab 1431 H

Kes seorang anggota polis yang didakwa menembak mati seorang remaja, 15 tahun, Amirulrasyid Amzah pada April lalu akan dibicarakan di Mahkamah Sesyen di Shah Alam selama 12 hari bermula 12 Oktober ini.

Hakim Latifah Mohd Tahar turut menetapkan perbicaraan selama tiga hari pada bulan November yang membabitkan Koperal Jenain Subi.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Dusuki Mokhtar memaklumkan pihaknya akan memanggil 15 orang saksi untuk memberikan keterangan dan telah menyerahkan sebanyak 38 dokumen termasuk laporan bedah siasat kepada pihak pembelaan.

Pada 10 Mei lalu, Jenain, 48, mengaku tidak bersalah menyebabkan kematian Aminulrasyid di Jalan Tarian 11/2 di Seksyen 11, antara 1.10 pagi dan 2 pagi 26 April lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Jenain, berkemeja ungu, berseluar jeans biru dan bertopi, hadir di mahkamah bersama peguamnya, Salim Bashir, manakala Karpal Singh hadir sebagai peguam pemerhati bagi pihak keluarga mangsa.

Turut hadir kakak mangsa, Nor Azura dan ibu mangsa, Norsiah Mohamad dan Monalisa Mokhtar, wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PBIG) sekolah mangsa, Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9 di Shah Alam.

Sementara itu, Karpal Singh ketika ditemui pemberita di luar mahkamah berkata pihaknya akan menulis kepada pihak Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat bagi mengetahui perkembangan kes Azamuddin Omar, remaja yang berada dalam kereta yang dipandu Aminulrasyid ketika kejadian.

"Kami khuatir tiada perkembangan tentang kes saksi utama kejadian ini (Azamuddin) walaupun beliau dipanggil memberi keterangan di Bukit Aman. Saya akan tulis kepada Peguam Negara untuk mengetahui statusnya berikutan kes ini sudah lama," katanya.

Pada 20 Mei lalu, abang kepada Azamuddin, Muhamad Hafizzudin membuat laporan polis mendakwa berlaku cubaan membunuh oleh pihak polis terhadap Azamuddin kerana melepaskan tembakan ke arah kereta yang dinaiki kedua-dua remaja itu.

Kes kematian Aminulrasyid mendapat perhatian apabila ibu kepada pelajar berusia 15 tahun itu membiat sidan media meminta polis menyiasat kes kematian anaknya dengan telus bagi "mencari keadilan".

Norsiah Mohamad, 60, seorang ibu tunggal, juga mendakwa anaknya itu tidak terlibat dalam aktiviti jenayah, seperti dilaporkan media.

"Saya tau anak saya, dia bukan seperti yang disebarkan dalam akhbar. Saya tau siapa anak saya," katanya dalam sidang media di rumahnya di Shah Alam.

Kes tersebut menjadi semakin hangat apabila berlaku beberapa versi yang berlainan di kalangan media, saksi dan juga pihak polis.

Kenyataan saksi utama - Azamuddin Omar yang juga penumpang pada awal pagi kejadian 26April lalu menyebabkan versi yang didakwa oleh polis menjadi pertikaian.

Ia bertambah kusut apabila ketua polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar yang memaklumkan kepada pemberita berhubung apa yang berlaku pada kejadian itu, sebelum ini, berkata tindakan remaja berkenaan untuk bercakap kepada wartawan adalah 'tidak beretika'.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan juga beranggapan tindakan Azamuddin itu sebagai tidak wajar.

Berikut disiarkan semula beberapa versi yang dikatakan menjadi pertikaian.

ADENGAN KEJAR

Versi polis: Khalid memberitahu Utusan Malaysia bahawa dua anggotanya mengesan sebuah lereta Proton Iswara di Seksyen 14, Shah Alam dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, pemandu kereta itu tidak mengendahkan isyarat p[olis supaya berhenti tetapi sebaliknya memecut. Tindakan itu menyebabkan polis mengejar dengan bantuan dua anggota lain dengan sebuah kereta peronda yang lain.

New Straits Times melaporkan polis berjaya menahan kereta itu selepas ia melanggar beberapa lampu isyarat.

Panel yang diketuai oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Abu Seman Yusop, semalam mengesan laluan kereta itu yang didakwa mereka dikejar sepanjang 6 km dari Seksyen 7 ke Seksyen 11.

Versi saksi: Pada sidang medianya, Azamuddin mendakwa mereka dalam perjalanan ke restoran Ali Corner di Seksyen 7 di Shah Alam bagi membantu seorang rakan yang tayar motorsikalnya pancit.

"Bagaimanapun ketika dalam perjalanan kereta mereka bergesel dengan sebuah kereta lain dan menyebabkan Aminulrasyid menjadi panik. Dia bercadang untuk pulang ke Seksyen 11,” katanya.

Kata Azamuddin (kanan), beberapa lelaki bermotosikal yang dipercayai rakan pemilik kereta yang mereka gesel sedang mengejar mereka.

Dalam laporan polisnya selepas kejadian itu, saksi berkenaan berkata beberapa penunggang motosikal cuba mengejar mereka berhampiran Bulatan Kayangan di Seksyen 12.

Penunggang motorsikal itu dilapor berlanggar bahagian belakang kereta Iswara Aminulrasyid dan jatuh.

"Aminulrasyid semakin takut dan memecut tanpa menghiraukan keselamatan mereka mahupun orang ramai,” katanya dalam laporan.

ADENGAN TEMBAKAN

Polis: "Apabila tiba di tempat kejadian, polis melepaskan tembakan pada tayar bagi memaksa kereta itu berhenti. Kereta itu terbabas di tepi jalan,” kata Khalid.

Katanya lagi, hanya seorang anggota yang melepaskan tembakan dan empat tembakan dilepaskan, satu menepati kepala Aminulrasyid.

Saksi: Semalam, Azamuddin dipanggil polis untuk memberi keterangan buat kali ketiga dan diminta untuk mengesahkan sama ada tembakan terakhir dilepaskan sebelum atau selepas kereta itu berlanggar.

"Polis mengejar kami sehingga stesen petrol Caltex dan mula menembak," kata Azamuddin.

Remaja itu berkata polis melepaskan tembakan pada tayar kereta di hujung laluan antara Jalan Tarian dan Jalan Wau, yang lebih kurang 500 meter dari rumah mangsa hingga menyebabkan kenderaan tidak dapat dikawal dan terbabas.

Sebutir peluru menepati kepala remaja berusia 14 tahun itu.

Malaysiakini/-

Keluarga Altantuya dapat bantuan Mongolia

10 Rejab 1431 H
Oleh: Susan Loone

Keluarga mendiang Altantuya Shaariibuu akhirnya berharap mereka akan mendapat keadilan apabila saman sivil ke atas kerajaan Malaysia, penganalisis politik Abdul Razak Baginda, dan dua pembunuhnya akan dibicarakan di mahkamah.

Bapa Altantuya, Setev Shaariibuu memberitahu Malaysiakini bahawa beliau telah mendapat pengesahan daripada kerajaan Mongolia bahawa mereka akan membayar RM70,000 sebagai wang jaminan dan kos perundangan sebelum kes itu dibicarakan.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Mongolia yang meluluskan permohonan saya dan membuat keputusan berperi-kemanusiaan untuk membantu keluarga saya,” kata Shaariibuu dalam satu kenyataan melalui peguamnya Munkhsaruul Mijiddorj di Ulaanbaatar.

"Sekarang, saya bangga, anaknya mempunyai sebuah negara yang dipanggil Mongolia," katanya.

Pada Mac lalu, hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, bersetuju mengurangkan jumlah kos sekuriti daripada RM1.25 juta kepada RM60,000, selepas mendengar permohonan daripada peguamnya di Malaysia, Karpal Singh.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Zaleha Yusof bersetuju menetapkan jaminan sekuriti RM30,000 setiap satu bagi kerajaan Malaysia dan penganalisis politik, Abdul Razak Baginda.

Permohonan jaminan kos ialah permohonan untuk plaintif mendeposit sejumlah wang kepada mahkamah sebagai jaminan untuk meneruskan prosiding saman mereka.

Kerajaan Malaysia yang diwakili Peguam Kanan Persekutuan Habibah Haron, dan Abdul Razak yang diwakili peguam KK Wong, sebelum ini memfailkan permohonan upaya keluarga Altantuya menyediakan jaminan kos kepada mereka sebanyak RM1 juta atau apa-apa jumlah yang ditetapkan oleh mahkamah.

Dua anggota polis yang didapati bersalah dalam pembunuhan Altantuya April lalu - Azilah Hadri and Sirul Azhar - tidak meminta sebarang jaminan bon sekuriti.

Setev Shaariibuu juga perlu mencari RM10,000 bagi kos perundangannya, tetapi Karpal berkata satu tabung akan ditubuhkan.

Dalam pada itu, Shaariibuu juga melahirkan rasa penghargaannya kepada orang ramai yang bersedia menghulurkan bantuan.

"Mereka termasuk peguam Karpal Singh, wartawan, anggota pertubuhan hak asasi manusia dan juga rakyat Malaysia,” katanya.

Malaysiakini/-

Kematian Altantuya: Bekas pegawai PM tak terbabit

10 Rejab 1431 H

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini menafikan terdapat nama atau suspek Datuk Nasir Safar - bekas pegawai khas perdana menteri - dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

"Hasil daripada siasatan polis, tidak terdapat nama atau suspek yang dimaksudkan terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya,” katanya dalam jawapan bertulis kepada R Sivarasa (PKR-Subang).

Dalam pertanyaan lisannya, Sivarasa meminta Hishamuddin menyatakan adakah benar atau tidak Nasir adalah lelaki dalam kereta Proton berwarna biru yang sampai di hadapan rumah Razak Baginda pada malam 19 Oktober 2006.

Ia berikutan dakwaan seorang penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang kini melarikan diri di luar negara bahawa belia melihat Nasir di kenderaan berkenaan sebelum Altantuya dibawa oleh polis.

Menurut Balasubramaniam, pada mulanya, beliau tidak mengenali Nasir tetapi berjaya mengecamnya melalui laporan media berhubung kenyataan pegawai khas Perdana Menteri itu yang dikatakan berbaur perkauman.

Berikutan peristiwa itu, Nasir meletakkan jawatannya sebagai pegawai khas Najib.

Jawapan yang dikemukakan oleh Hishamuddin di Dewan Rakyat, hari ini, bagaimanapun tidak menjawap soalan utama - benar atau tidak Nasir adalah lelaki dalam kereta yang berada di hadapan rumah Razak.

Bercakap kepada pemberita di lobi parlimen, Sivarasa melahirkan rasa dukacitanya yang kerajaan memilih untuk tidak menjawap soalan yang dikemukakannya.

"Jawapan yang diberikan tidak menyatakan sama ada Nasir berada di kereta itu ataupun tidak tetapi sebaliknya perkara lain diceritakan,” katanya kepada Malaysiakini.

Malaysiakini/-

Mindef : Kontrak Scorpene bernilai RM 6.7 bilion

10 Rejab 1431 H
Oleh: Aidila Razak

Kerajaan membayar sejumlah 1.341 bilion euro (kira-kira RM6.7 bilion) untuk dua kapal selam Scorpene yang pembeliannya kini disiasat oleh mahkamah di Perancis kerana dipercayai mempunyai unsur rasuah.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi mendedahkan jumlah itu dalam jawapan bertulisnya kepada soalan yang dikemukakan oleh ahli parlimen Batu, Tian Chua di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya lagi, sejumlah RM600 juta dibayar untuk perkhidmatan penyelenggaran bagi tempoh enam tahun.

“Kontrak penyelenggaraan masih dibincangkan dan akan dimuktamadkan dalam masa terdekat,” kata Zahid.

Daripada jumlah itu, 114.96 juta euro dibayar kepada Perimekar Sdn Bhd, yang dimiliki oleh Abdul Razak Baginda, yang mempunyai kaitan rapat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Bayaran untuk “penyelarasan dan perkhidmatan bantuan” yang dibekalkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia, termasuk untuk latihan mewakili 10 peratus daripada harga dua kapal selam itu, iaitu sebanyak 969.15 juta euro (RM4.85 billion).

Chua dalam soalannya juga meminta menteri menteri pertahanan memberikan butiran perbelanjaan perbelanjaan kerajaan membeli dua kapal selam Scorpene dan juga butiran pembelian peluru berpandu kapal selam dari Itali dan Perancis.

Menjawab soalan kedua itu, Zahid mendedahkan kerajaan membayar 219.265 juta euro (RM1.1 bilion) for peluru berpandu berkenaan yang dijangka akan dibekalkan menjelang tahun 2013.

Malaysiakini/-