15 June 2010

Terkini 8.50 pagi:2000 orang lebih hadir untuk sembahyang jenazah ustaz Hassan Syukri

2 Rejab 1431 H

Sembahyang jenazah bekas presiden pas,ust.Hasssan Syukri yang dijangkakan pada jam 9.00 pagi ini dihadiri oleh lebih 2000 orang dari kalangan pimpinan pas semua peringkat serta rakan taulan.Sebentar tadi mursyidur am pas,tok guru Nik Aziz telah sampai ke taman melewar tempat sembahyang jenazah akan diadakan.

Kemungkinan sembahyang akan diadakan beberapa kali disebabkan ramai yg datang sedangkan tempat sembahyang yang agak sempit.Hadir sama ialah presiden pas,tuan guru Haji Abdul Hadi Awang.Sekarang ini bila-bila masa sembahyang akan diadakan dengan diimamkan oleh Presiden Pas.

Ustaz Hassan : Jenazah akan disembahyangkan esok.

Jenazah Ustaz Hassan akan disembahyangkan jam 8.30 pagi esok di Surau Taman Melewar dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Selaseh 2.

Nizar letak jawatan Presiden PAFA

2 Rajab 1431H.


IPOH: Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin mengumumkan peletakan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) berkuatkuasa hari ini.

Dalam pesanan ringkas yang saya terima beliau mengesahkan dengan katanya " ana dan rakan dah letak jawatan presiden pafa jam 1 th tadi "

Dalam satu kenyataan lain yang dikeluarkan hari ini beliau berkata, beliau mengambil keputusan itu selepas mengambil arahan dan pendirian pimpinan negeri serta rakan dalam Pakatan Rakyat. Katanya, pelantikan beliau sebagai Presiden PAFA sebelum ini atas kedudukannya sebagai Menteri Besar Perak ke-10 dan atas perkenan Sultan Perak.

Indahnya Bersabar

1 Rejab 1431 H
Oleh: agussyafii

Malam semakin larut. Di Rumah Amalia nampak anak-anak berlarian. Terdengar suara lantunan ayat suci al-Quran. Wajah mereka terlihat riang gembira. Tak lama kemudian duduk melingkar rapi. Siap mendengarkan cerita. 'Kak Agus, malam ini kita ceritanya apa?' tanya Malini. 'Malam ini cerita tentang Nabi Ayyub 'Alaihi Salam.' jawab saya. Ketika cerita dimulai, suasana menjadi senyap. Semuanya mendengarkan dengan seksama.

Di zaman dahulu kala ada seorang Nabi yang sangat kaya dan dermawan. Beliau bernama Nabi Ayyub Alaihi Salam. Ditengah kebahagiaan Nabi Ayyub bersama keluarganya, tiba-tiba dikejutkan seluruh hartanya habis terbakar, hewan ternaknya mati semua. Nabi Ayyub jatuh miskin. Ditengah kemiskinannya beliau tegar dan bersabar meskipun kehilangan hartanya. Namun penderitaan Nabi Ayyub belum berakhir, sang buah hatinya meninggal dunia satu persatu. Nabi Ayyub tetap dalam kesabaran dan ketegarannya.

Nabi Ayyub ditengah penderitaan dan kesedihan, istrinya masih dengan setia menemani beliau. Kemudian Nabi Ayyub terserang penyakit kulit yang sangat menjijikkan, semua saudara, tetangga mengucilkannya bahkan istrinya yang awalnya setia menemani sampai meninggalkan Nabi Ayyub dalam kesendirian tetapi beliau tetap bersabar menghadapi semua penderitaan dengan senantiasa bersyukur atas nikmat dan karunia Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

Dengan kasih sayang Allah Yang Maha Memuliakan hamba-hambaNya yang bersabar, Nabi Ayyub bisa sembuh dari penyakitnya, istrinya kembali hidup bersama Nabi Ayyub dan dikaruniai anak-anak yang sehat dan sholeh serta mendapatkan harta yang melimpah kembali. Tetangga dan saudara-saudaranya yang mengucilkannya menghormati dan mengasihi Nabi Ayyub bersama keluarganya.

Diakhir cerita saya menyampaikan kepada anak-anak Amalia, hikmah kisah Nabi Ayyub yang memberikan teladan dengan selalu tabah dan bersabar ketika mendapatkan ujian dari Allah mendapatkan buah yang manis dengan dimuliakan oleh Allah. Bahwa salah satu Asma Allah adalah Al- Mu'izz, artinya Maha Memuliakan. Jika Allah Subhanahu Wa Ta'ala berkehendak, Dia akan memuliakan hamba-hambaNya. Jika kita ingin dimuliakan Allah maka bersyukurlah ketika mendapatkan limpahan nikmat dan bersabar disaat mendapatkan ujian.

Katakanlah, Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan. Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau mencabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau memuliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau menghinakan orang yang Engkau kehendaki. Ditangan Engkaulah segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.' (QS. Ali Imran : 26).

Hanya 600 sertai perhimpunan Melayu Bangkit

1 Rejab 1431 H
Sazali Md Noor

KUALA TERENGGANU, 14 Jun: Hanya kira-kira 600 peserta menyertai perhimpunan Melayu Bangkit di stadium tertutup Kuala Terengganu pagi ini.

Perhimpunan yang sepatutnya diadakan 13 Mei lalu diadakan hari ini dengan tetamu khasnya adalah bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed.

Menurut pengerusi penganjur program, Razali Idris, terdapat 40 NGO yg bergabung di majlis ini.

Perhimpunan yang sepatutnya berlangsung pada 13 Mei, iaitu hari berlakunya tragedi rusuhan perkauman, ditentang oleh pelbagai pihak selepas ia didedahkan oleh PAS dalam satu sidang media di Kuala Lumpur.

Dalam sidang itu, Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub dan Setiuasaha Agung, Datuk Mustafa Ali kesal dengan perhimpunan yang bakal menaikkan semangat perkauman sempit itu.

Ekoran itu pelbagai pihak membantahnya termasuk rakan-rakan kongsi Umno dalam Barisan Nasional iaitu MCA, MIC dan Gerakan.

Ekoran itu, pihak penganjurnya telah menangguhkan perhimpunan itu ke hari ini.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir telah berucap dengan mengungkit sejarah politik dan kemerdekaan negara.

Menurut beliau, sudahlah pengundi Melayu hanya 60 peratus sahaja di negara ini, mereka pula berpecah kepada tiga kumpulan iaitu Umno, PAS dan PKR.

Beliau juga menyindir bekas timbalannya, tanpa menyebut nama Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan berkata "mata hitam yg mempunyai tabiat buruk, tidak boleh dibenarkan terus memimpin orang Melayu."

Harakahdaily/-

Anwar paling layak pemimpin utama PR - Nik Aziz

1 Rejab 1431 H

KOTA BHARU, 14 Jun: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau menyokong penuh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin nombor satu Pakatan Rakyat kerana beliaulah paling layak dan sudah teruji.

“Saya tak mahu jadi orang nombor satu, walaupun ada orang yang mencadangkan saya begitu. Dari dulu lagi saya sentiasa menyebut orang paling layak ialah Anwar sebab dialah orang yang telah lalui tahap peperiksaan (ujian) fizikal dan mental.

“Kalau orang lantik saya, saya akan beri pada dia," kata Nik Aziz kepada media selepas merasmikan Simposium Persatuan Biologi Gunaan Malaysia Ke-11, di sini hari ini.

Nik Aziz juga berkata, Anwar juga telah lulus ujian dari segi moralnya apabila menghadapi segala cabaran dengan tabah dan penuh dedikasi.

Beliau ditanya apa komen beliau terhadap cadangan seorang perwakilan dalam muktamar PAS selepas kejayaan beliau memimpin PAS dan kerajaan negeri Kelantan selama 20 tahun.

Dalam saranannya, perwakilan dari Perlis Wan Khairizal Wan Hazim berkata gaya kepimpinan Nik Abdul Aziz juga diterima semua pihak dalam komponen pakatan pembangkang itu.

Sebelum ini, Datuk Zaid Ibrahim yang kini menyertai PKR mencadangkan agar Nik Aziz dilantik sebagai Pemimpin Spiritual (Spiritual Leader) Pakatan Rakyat.

Mengulas mengenai pandangan wakil Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang menyamakan beliau dengan pemimpin ulung India Mahatma Gandhi, Nik Abdul Aziz berkata: “Tidak mengapa, saya terima daripada segi sifat orang melihat saya.”

Harakahdaily/-

APAKAH MASIH ADA SINAR PENYELESAIAN BAGI PALESTIN?

1 Rejab 1431 H
http://jemaah-islam.blogspot.com

Dahulu ada pihak yang mengharapkan kepada meja rundingan baik yang dianjur PBB, US, Jordan, Turki mahupun beberapa negara lain. Negara-negara Arab sekeliling Israel telah berjaya mewujudkan metos bahawa Israel tidak mampu mereka tewaskan melalui beberapa siri peperangan yang sengaja diciptakan untuk tewas.

Perjuangan jihad membebas Palestin telah bermula lama sejak wujudnya Brigade Izzudin Al Qassam. Hamas meneruskan perjuangan ini dan kemudian Brigade Izzudin Al Qassam menjadi sayap tentera kepada Hamas. Mereka berjihad tetapi sayang akhirnya terperangkap dalam percaturan politik demokrasi.

PBB adalah badan dunia yang menyerah Palestin kepada Israel melalui Deklarasi Belfour dan Resolusi 181 pada 1948. Jordan melalui pemerintahan Hashimiah adalah keturunan yang kemudian menyerahkan tebing barat sungai Jordan dimana terletaknya Baitul Maqdis kepada Israel pada 1967.

Jelas bagi kita yang memahami realiti merupakan tindakan politik naif lagi hina jika mengharap penyelesaian masalah Palestin ini melalui meja rundingan baik yang ditaja PBB, US, Jordan mahupun negara-negara lain.

Rundingan tersebut bukanlah untuk mengeluarkan Israel dari bumi Palestin, tetapi hanya untuk membenarkan Israel terus menguasai Palestin dan mencambahkan rasa keputusasaan. Bukan sahaja ia merupakan tindakan politik yang sangat bodoh, malah ia bertentangan dengan apa yang ditunjukkan Allah swt dan rasulnya.

Perjanjian damai itu boleh antara kaum Muslim kecuali perjanjian damai yang mengharamkan yang halal atau menghalalkan yang haram (HR Abu Dawud dan al-Tirmidzi).

Jelas perjanjian yang membenarkan Israel menduduki wilayah yang dikategorikan sebagai kharaj sulhi ini, adalah menghalalkan sesuatu yang haram. Jawapan bagi Israel adalah jihad, inilah yang disahut Brigade Izzudin Al Qassam berjihad untuk membebaskan Palestin. Pengasas Hizbut Tahrir, Syeikh Taqiyuddin An Nabhani pernah bersama dengan brigade ini. Penalaran politik yang lebih mendalam membawa beliau kepada kerangka politik Islam yang jelas hingga tertubuhnya Hizbut Tahrir. Permasalahan Palestin bukanlah sekadar Israel datang dan menjajah Palestin lalu kemudian menghalau kaum Muslimin. Jika memang sekadar begitu, sepatutnya Israel yang kecil itu mudah ditewaskan.

Faktanya adalah:

1)Kewujudan Negara Israel adalah perkara yang sangat penting untuk menghalang kebangkitan Islam setelah kejatuhan khilafah. Pada peringkat awalnya British bekerja keras untuk memastikan wujudnya negara Israel dengan sokongan politik dan ketenteraan. Selepas perang dunia kedua, US memposisikan Israel sebagai proksi paling penting- tersangat penting- untuk memastikan dunia Islam khususnya negara-negara Arab bergelut dengan permasalahan ini. British dan US memahami kekuatan dunia Islam ada pada wilayah Arab untuk kembali bangkit. Dalam hal ini Obama dengan lantang dan tegas memberikan komitmennya untuk menjaga Israel dari sebarang ancaman dengan mengatakan,

“Kesepakatan (alliance) kita sekarang adalah berteraskan kepentingan bersama dan nilai bersama. Sesiapa sahaja yang mengancam Israel, bermakna ia mengancam kami (AS). Israel senantiasa menghadapi ancaman ini secara terang-terangan. Dan saya akan membawa ke White House sebuah komitmen yang tidak berbelah bahagi (unshakeable committment) terhadap keselamatan Israel,bermula dengan memastikan keupayaan kualitatif ketenteraan Israel. Saya akan memastikan yang Israel dapat mempertahankan dirinya dari sebarang ancaman dari Gaza hingga ke Tehran. Kerjasama pertahanan antara AS dan Israel adalah satu kejayaan dan mesti diperhebatkan lagi. Sebagai presiden, saya akan melaksanakan satu Memorandum Kesefahaman (MoU) yang memperuntukkan bantuan sebanyak 30 bilion kepada Israel pada dekad hadapan ini, sebagai pelaburan kepada keselamatan Israel yang tidak akan terikat kepada mana-mana negara sekalipun.”

[sedutan ucapan-ucapan Obama di atas boleh ditonton di http://www.youtube.com/watch?v=YgpJUlzoKTg]

2)Kewujudan negara Israel diabsahkan secara perundangan oleh PBB sejak sebelum dan setelah penubuhannya. PBB adalah badan dunia yang secara de facto dan de jure menumbuhkan negara Israel, menjaga kepentingan dan memastikan ia akan terus wujud. PBB atas nama sejagat juga akan mengambil sebarang tindakan sekiranya keselamatan dan keberlangsungan Israel tergugat.

3)Negara-negara Arab akan terus tunduk kepada US agar menjaga keberlangsungan negara Israel. Pemerintah negara-negara tersebut meredam emosi umat dengan pelbagai bentuk. Untuk mengendurkan semangat jihad, negara-negara Arab pernah menghantar bantuan ubat-ubatan, makanan dan paling keji adalah bantuan berlori-lori batu krikil sebagai senjata melawan tentera Israel. Malah, sesetengah dari negara tersebut seperti Mesir dan Turki secara terangan-terangan mewujudkan hubungan politik dan ekonomi bersama Israel.

Dari 3 fakta tersebut – Israel adalah proksi yang sangat penting ba€€gi US, disokong PBB dan dijaga negara-negara Arab- kita boleh fahami bahawa mereka tidak akan membenarkan Israel dikalahkan. Bantuan ketenteraan, kewangan, politik dan ekonomi yang disalurkan oleh US adalah untuk memastikan negara Israel terus wujud di atas tanah Palestin. Israel akan terus wujud selagi mana US memerlukannya di situ dan US akan memastikannya terus wujud. Sedangkan PBB dan negara-negara Arab disekelilingnya tidak lain kecuali tunduk dan patuh kepada US.

Dengan penalaran politik yang jernih menggunakan kacamata Islam, kita sewajarnya dapat membezakan antara sogokan penyelesaian yang bersifat retorik dengan penyelesaian Islam. Betapa banyak cadangan penyelesaian tetapi rata-rata penyelesaian tersebut cuba mengelak dari menyebut perkataan jihad. Walhal satu-satunya penyelesaian syar’ie bagi masalah ini adalah dengan jalan jihad. Allah berfirman yang bermaksud:

Perangilah olehmu pada jalan Allah akan orang-orang yang memerangi kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak mengaishi orang yang melampaui batas. (Al Baqarah 190)

Dihubungkaitkan dengan reality politik bagi kes Palestin-Israel, kita memerlukan khilafah untuk melancarkan jihad menghancurkan Israel. Gerakan Islam seperti Hamas bukanlah lawan yang setanding untuk menghadapi tentera Israel yang mendapat bantuan penuh dari US dan bantuan logistic dari negara-negara Arab sekeliling. Kita sewajarnya boleh menilai penyelesaian retorik yang dicadangkan oleh ulama’ yang dikedepankan pemerintah yang mencadangkan boikot produk, bantuan kemanusiaan dan sebagainya.

Menghadapi kesengsaraan sebegini, melihat satu persatu tindakan yang diambil gagal, tetapi tetap sukar juga untuk mengakui bahawa penyelesaian bagi masalag Palestin adalah hanya melalui jihad yang dilancarkan oleh khilafah. Sekiranya konsep khilafah itu masih kabur dari pemahaman kita, sememangnya kita sewajarnya kita teraba-raba penyelesaian bagi masalah Palestin. Ummat Islam dan cendekiawannya, mengakui kewajipan khilafah dan ia pasti akan tertegak.

Di Malaysia, ramai yang mengaku turut memperjuangkan khilafah. Tetapi hakikatnya sememangnya kita masih baru berkenalan dengan perkataan struktur kenegaraan Islam seperti khilafah, khalifah, muawwin tafwidh, muawwin tanfidz, qadhi qudhat, mahkamah madzalim, waliyul kharaj, waliyus solah dan lain-lain.

Malah pemahaman tentang qadhi, amirul jihad, syura,masyura, baitul mal, majlis ummah, dan amil masih lagi tercapah dari definisi yang benar. Jika pemahaman kepada bentuk asas kenegaraan Islam ini masih belum mengkristal dalam pemahaman kita, wajar jugalah kita tidak memahami bagaimana jentera kenegaraan ini berjalan, modus operandi perlaksanaan hukum syara’, mekanisme penjagaan agama Islam dan ummat serta penyebaran Islam keseluruh pelusok dunia. Dan salah satunya, pembebasan seluruh biladul muslimin dari penjajahan kufar termasuk Palestin.

Ketidakjelasan umat tentang perkara ini, menyebabkan umat tidak mampu melihat hanya khilafahlah institusi umat Islam yang mempunyai kapasiti dan kemampuan menguruskan permasalahan ini. Lebih teruk lagi akibat betapa minimanya maklumat dan tsaqafah berkaitan khilafah, umat diberi gambaran ia adalah sesuatu yang entah berapa lama lagi ia akan tertegak, entah berapa puluh tahun atau mungkin ratusan tahun.

Minda yang tewas melihat usaha peringkat local di negara masing-masing pun masih belum menemui kejayaan dan jalannya masih berliku dan dirasakan terlalu jauh untuk sampai kepada khilafah. Maka, apa sahaja yang difikirkan paling tidak pun dapat meringankan penderitaan penduduk Palestin dianggap sebagai perjuangan membebaskan Palestin dan wajar diberi keutamaan.

Tetapi sekiranya kita teliti dengan mendalam, Israel akan terus berada di situ selagi mana US mengkehendaki ia wujud disitu. PBB akan menjaganya dan negara-negara Arab akan membentenginya. Jawapan bagi keangkuhan US dan Israel hanyalah jihad oleh khilafah Islam, tidak ada jawapan lain. Kita sangat-sangat terdesak memerlukan khilafah buat kali kedua dalam dalam sejarah Islam sebagaimana yang dikhabarkan oleh lisan junjungan kita. Ia adalah suatu kepastian dan juga sebuah kewajipan.

Hubungan kerjasama PAS dengan bukan Islam berbeza dengan Umno

1 Rejab 1431 H
Oleh: Hazayani Zakaria

PENGKALAN CHEPA, 13 Jun: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan kerjasama PAS dengan orang bukan Islam adalah berbeza dengan apa yang dilakukan oleh Umno dengan parti komponen dalam Barisan Nasional

Beliau sewaktu menyampaikan ucapan penggulungan pada muktamar PAS kali ke-56 di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik) hari ini berkata, kerjasama PAS dengan orang bukan Islam sehingga tertubuhnya Dewan Himpunan Penyokong Cina (DHPP) berkata, perkara itu adalah ajaran Islam.

"Penubuhan DHPP berdasarkan Islam dan konsep kerjasama PAS dengan bukan Islam, tidak sama dengan kerjasama Umno dengan rakan-rakan mereka.

"Kerjasama kita adalah tahaluf siyasi, tapi kerjasama Umno dengan parti lain sehingga menggadai prinsip," katanya.

Menurutnya juga, Islam mengizinkan kita membenarkan penglibatan orang bukan Islam dalam politik," katanya lagi.

Beliau berkata, penubuhan DHPP itu juga menandakan dua tongkat Umno iaitu sokongan orang Cina dan India sudah hilang, namun orang Melayu masih menyokong Umno.

"Sekarang Alhamdulillah dua tongkat yang menjadi pergantungan Umno sudah rapuh. Cuma orang Melayu masih menyokong Umno. Nak membela orang Melayu dengan ISlam, bukan denagn Islam. Rasulullah membela orang Arab dengan Islam, bukan dengan Arab," katanya.

Beliau turut melahirkan kegembiraan dengan sokongan yang ditunjukkan oleh semua perwakilan terhadap penubuhan DHPP.

Sedangkan ujarnya, suatu ketika dahulu PAS pernah dicemuh tidak dapat mentadbir negara kerana Malaysia mempunyai masyarakat majmuk.

Namun katanya, hari ini PAS berjaya membuktikan keupayaan PAS menarik sokongan bukan Islam.

"Semua perwakilan menyatakan sokongan kepada penubuhan DHPP dan dapat ulasan yang baik dari pemerhati luar termasuk media. Pada tahun 50-an dan 60-an dahulu, ramai yang kata PAS tak boleh perintah negara kerana Malaysia rakyatnya majmuk," katanya.

Harakahdaily/-

Pas tidak mahu tanggung 'biawak hidup' - presiden

1 Rejab 1431 H
Oleh: Nazri Abdullah

PENGKALAN CHEPA, 13 Jun: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata PAS menolak perpaduan dengan Umno kerana tidak mahu menanggung "biawak hidup" dan yakin tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah.

Berucap sewaktu penangguhan Muktamar Tahunan kali ke-56 di Pusat Tarbiayah Islamiah Kelantan (Putik) hari ini, beliau juga berkata, Umno juga telah rosak akibat amalan rasuah yang berleluasa diamalkan mereka.

"Kita menolak perpaduan dengan Umno. Perpaduan menanggung biawak hidup, menyanjung rasuah," katanya.

Keburukan Umno juga katanya turut diakui bekas pemimpin mereka sendiri yang melihat Umno sudah tiada masa depan.

Umno juga katanya sudah jelas ditolak rakyat semenjak PRU ke-12 lalu.

"Tak ada pasal-pasal kita nak pikul orang yang sakit sampai ke usus ini," katanya lagi.

Menjelas lanjut pada sidang media selepas itu, ustaz Hadi mengulangi penegasannya bahawa PAS menolak perpaduan dengan Umno.

Ianya antara lain kerana Umno juga mengamalkan perkauman sempit.

"Gagasan dengan BN tak boleh selesai masalah kerana mereka masih tebal dengan perkauman malah dibejati dengan rasuah," tegasnya.

Ahli PAS di segenap peringkat katanya mempunyai tugas besar untuk membebaskan bangsa Melayu dari kejahilan perkauman yang telah ditanam Umno.

Umno katanya terlalu mementingkan bangsa dari agama sehingga sanggup menjadikan bangsa sebagai akidah perjuangan mereka.

Semangat asobiyah katanya juga tidak salah, namun perlu dimanfaatkan untuk perjuangan Islam.

"Tak salah sayang bangsa sendiri, tapi jangan sampai bangsa dijadikan akidah.

"Islam dulu baru asobiyah," katanya lagi.

Mengulas muktamar pula, beliau berpuas hati dengan keseluruhan perjalanan sepanjang muktamar berlangsung.

Perwakilan katanya dilihat bersedia malah isu yang dibangkitkan juga dikupas dan dibahas dengan jelas.

Malah lebih penting katanya, muktamar PAS kali ini berlangsung dalam suasana penuh persaudaraan yang dapat disaksikan oleh kesemua yang hadir.

Harakahdaily/-

Dr M makin bercelaru : Setuju beri lesen pertaruhan sukan

2 Rajab 1431H.
Drs. Khalil idham Lim.

Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membuat kenyataan yang menampakkan kecelaruan dan kewarasan berfikirnya ditahap paling rendah bila menyifatkan bantahan Pakatan Rakyat terhadap usaha meluluskan lesen judi sukan di negara itu bukanlah disebabkan ajaran agama, tetapi demi kepentingan politik semata-masa.

Katanya "Bantahan itu politik, bukan kerana Islam. Takkan DAP dokong Islam. Ini politik pembangkang, (sengaja) hendak cari isu," katanya pada perhimpunan Melayu Bangkit di stadium tertutup Kuala Terengganu pagi tadi yang dihadiri cuma sekitar 600orang sahaja.

Perhimpunan yang sepatutnya diadakan 13 Mei lalu diadakan hari ini dengan tetamu khasnya Dr. mahadhir.

Katanya, masyakarat hendaklah mengakui sama ada suka atau tidak, aktiviti perjudian memang berlaku di negara ini.

"Orang Cina memang suka berjudi. Jika tanpa lesen, tiada cara untuk tentukan aktiviti perjudian tidak terlalu berleluasa," katanya yang bersetuju dengan tindakan kerajaan yang bercadang mahu meluluskan pemberian lesen judi baru itu.

Kenapa semacam hanya menuduh orang cina sahaja yang sukakan judi. Tidak sedarkah Mahadhir yang jadi tahi judi termasuklah orang melayu. malah ada bekas menteri zaman mahadhir jadi PM sampai berhutang jutaan ringgit kerana kalah judi.

Nampaknya Mahadhir makin mengeruhkan suasana dan mengesahkan bahawa apa yang dilakukan dan diucapkan oleh beliau pada hari ini adalah gambaran kehendak pemimpin UMNO dan apa yang akan berlaku selepas dari ini adalah gambaran sebenar bahawa UMNO tidak boleh diharapkan lagi untuk membela orang Melayu dan apa lagi membela bangsa lain di Malaysia yang kita cintai.

Bersetuju dengan lesen judi bermaksud bersetuju untuk melihat kehidupan orang Melayu lebih terusk dan musnah akibat amalan buruk yang bertentangan dengan ajaran agama Islam yang selama ini menjadi pegangan orang melayu.

Sepatutnya Mahadhir meminta nasihat terlebih dahulu dengan mufti-mufti yang ada di Malaysia berulah boleh bercakap mengenai masalah ini. Dengan pemikiran sekularnya sejak dulu lagi, Mahadhir terus mengeluarkan kenyataan yang tersangat bercelaru dan sehingga boleh ditetawakan .

Dalam suasana gelombang rakyat bukan hanya dari orang Islam malah termasuk bukan Islam, bukan hanya dari Pakatan Rakyat malah termasuk dari BN dan UMNO yang menolak judi bolasepak , Mahadhir nampaknya menongkah arus yang sangat deras dan dia kan hanyut bersama arus itu.

Selamat tinggal Mahadhir......

Nasharuddin tempelak profesor minta PAS tukar nama

1 Rejab 1431 H
Oleh: Wartawan Kita

KOTA BHARU, 13 Jun: Ustaz Nasharuddin Mat Isa mencadangkan seorang profesor institusi pengajian tinggi menukar namanya terlebih dahulu sebelum menuntut PAS menggunakan nama baru kerana membenarkan calon bukan Islam bertanding mewakili parti itu.

"Ada seorang profesor mahu PAS tukar nama kerana membenarkan orang bukan Islam menjadi calon.
Sebelum dia meminta PAS tukar nama lebih baik nama dia sendiri ditukar terlebih dahulu.

"Tafsiran yang dibuat profesor itu kononnya PAS sudah mengadai prinsip kerana telah hilang keasliannya adalah tidak benar," kata Timbalan Presiden PAS itu pada penggulungan ucapan dasar presiden petang ini.

Sedangkan kata beliau keputusan untuk membenarkan bukan Islam bertanding menggunakan lambang PAS dibuat Majlis Syura Ulama selepas memperhalusi perkara itu sejak sekian lama.

Beliau berkata, profesor terbabit menyebut PAS telah menggadaikan prinsip, sedangkan Islam sebenarnya bukan milik satu kaum sahaja.

"Kalau Islam hanya untuk satu kaum sahaja maka lebih aula Islam milik orang Arab kerana Islam diturunkan di negara berkenaan. Sebenarnya perkembangan terbaru yang berlaku dalam PAS amat membimbangkan Umno," katanya.

Sebuah akhbar hari ini melaporkan pensyarah sebuah institusi pengajian tinggi tempatan, Prof Datuk Dr Zainal Kling mencadangkan PAS menggugurkan perkataan Islam kerana membenarkan calon bukan Islam bertanding mewakili parti itu pada pilihan raya umum akan datang

Pada ucapan yang sama Nasharuddin menyahut cadangan seorang perwakilan supaya Timbalan Presiden atau Presiden PAS berdebat dengan pemimpin tertinggi Umno dalam isu kelulusan lesen judi bola sepak.

"Saya meminta persetujuan muktamar hari ini untuk berdebat dengan Timbalan Presiden Umno. Tan Sri
Muhyiddin Mohd Yassin mengenai isu kelulusan lesen judi bola.

"Tugas kita membuat penjelasan sama ada melalui debat dengan pemimpin tertinggi Umno atau cara lain. Saya cabar Timbalan Presiden Umno untuk berdebat isu judi pada bila-bila masa sahaja," katanya.

Harakahdaily/-

PAS yakin ke Putrajaya

1 Rejab 1431 H
Oleh: Hazayani Zakaria

KOTA BHARU, 13 Jun: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang optimis PAS dan Pakatan Rakyat mampu menawan Putrajaya suatu hari nanti.

Beliau sewaktu menyampaikan ucapan penangguhan pada Muktamar Tahunan PAS ke-56 di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik) hari ini berkata, tidak mustahil suatu hari nanti Pakatan Rakyat berjaya mentadbir negara melihat kepada sokongan yang biberikan oleh rakyat termasuk orang bukan Islam terhadap PR.

"Ke Putrajaya insya Allah, kita membawa kemenangan. Orang kata kita bermimpi, tapi kta bermimpi yang soleh," katanya disambut tepukan gemuruh para perwakilan.

Beliau juga berkata, sekiranya syariat Islam benar-benar diamalkan di negara ini, segala permasalahan sosial yang melanda negara dapat diselesaikan.

"Jika benar-benar kita mengamalkan syariat Allah, insya Allah segala permasalan sosial dan moral dapat diseesaikan," katanya.

Beliau berkata, PAS berada dalam bahtera yang selamat bersama rakan-rakan Pakatan yang lain.

"Yakinlah, kita sekarang ini berada dalam bahtera yang selamat. Teruslah bersama Pakatan Rakyat untuk ke Putrajaya," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memuji mutu perbahasan seluruh perwakilan yang disifatkan sebagai matang dan menepati isu.

"Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan tahniah kepada seluruh perwakilan yang menyampaikan perbahasan yang mutunya semakin meningkat," katanya.

Harakahdaily/-

Ustaz Hassan Shukri kembali ke rahmatullah

2 Rajab 1431H.
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 14 Jun: Bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Hassan Shukri (gambar) meninggal dunia di Hospital Selayang kira-kira jam 2 petang sekejap tadi.

Beliau yang dimasukkan ke hospital Selayang pagi ini baru sahaja pulang dari Kota Bharu jam 10.30 malam tadi selepas menyertai Muktamar PAS ke 56 di sana. Turut serta bersama beliau malam tadi adalah Haji Subky Latif dan Haji Abdul Rahman.

Menurut Puan Naznah Taha, isteri Haji Subky, Ustaz Hassan telah membawa kereta yang dinaiki mereka bertiga dari Kuala Krai namun berhenti di Kuala Lipis kerana mengadu sakit dada.

Sesampai mereka di rumah jam 10.30 malam tadi, Ustaz Hassan terus mengadu sakit dada tetapi hanya mengesyaki hanya akibat dari pajeri nenas yang beliau makan malam tadi.

Selepas tidak berhenti sakit, kira-kira jam 9.00 pagi tadi, Ustaz Hassan dihantar anak beliau ke Hospital Selayang. Selepas itu dibawa ke Unit Rawatan Jantung (CCU) dan meninggal dunia kira-kira jam 2.00 petang.

Jenazah beliau masih lagi di hospital kini.

Muktamar ke Putrajaya

1 Rejab 1431 H
Oleh: Musafir

Muktamar PAS tahun ini ditutup dengan penuh semangat untuk mencapai cita cita perjuangan dan menggapai kemenangan yang semakin hampir.

Muktamar yang berakhir agak lewat dari dijangkakan telah berhasil menaikkan semangat kerja dan kefahaman jitu terhadap masa depan PAS sebagai sebuah gerakan Islam dan politik.

Sessi pergulungan yang menyaksikan hampir semua pimpinan utama parti menggulung parbahasan dengan pelbagai gaya dan pendekatan. Kebanyakan pergulungan seakan tidak lepas dari membicarakan soal sayap baru PAS iaitu Himpunan Dewan Penyokon.

Tuan Guru Mursyidul Am dan TG Presiden menjadikan isu gabungan dan kerjasama dengan bukan Islam sebagai inti utama pergulungan .

Wakil keseluruhan perwakilam Ustaz Khairudni Attakiri turut menyentuh persoalan berkaitan. Beliau juga turut menegur secara tidak langsung Dr Mariah yang terlebih dahulu berucap mengharapkan agar PAS mengambil berat soal sensitiviti berkaitan daging lembu.

Ustaz Khairudin mengambil ayat yang menegur Rasulullah berkaitan mengharamkan diri baginda "bersama" hambanya hanya kerana menjaga hati isterinya sebagai sandaran. "Jangan kita mengharamkan sesuatu yang dihalalkan Allah kerana menjaga hati manusia"

Tg Presiden yang menggulung perbahasan menyentuh pelbagai persoalan terutama pandangan islam berkaitan hubungan dengan bukan Islam. Bersandarkan dalil syara' yang dikupas dengan bernas dan hujah semasa, tentunya perwakilan akan pulang dengan penuh ketenangan bagi menangani isu DHPP. Tiada lagi keraguan dan kekeliruan yang mungkin selama ini sedikit mengganggu ahli PAS .

Diakhiri dengan tiupan semangat untuk bergerak ke Putrajaya, TG Presiden menjadikan kisah Adi sewaktu berdialog dengan rasulullah sebagai analogi dan hujjah.... analogi yang cukup memberi keyakinan bahawa kemenangan adalah pasti untuk islam!

* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.

Harakahdaily/-

Cara bukan melayu berpolitik

1 Rejab 1431 H
Oleh: Muhaimin Sulam

1. Semua orang dah tahu. Aku sekadar menulis kembali. Cara bukan Melayu berpolitik sentiasa memberi faedah kepada mereka. Kalah tak rugi, menang menguntungkan. Bukan sahaja berniaga mereka menguntungkan.

2. Penerimaan bukan Islam dalam PAS adalah satu transformasi politik kepada parti Islam itu jika ia dapat berterusan. Bukan Islam telah menambah satu lagi channel politik mereka selain sedia ada mempunyai dalam tubuh parti kerajaan (MIC, MCA,Gerakan dll) dan dalam Pakatan Rakyat (DAP dan PKN). Dari segi ekonomi, beribu-ribu syarikat bukan Islam mendokong sistem ekonomi yang boleh menguntungkan sesama mereka. Dari segi pendidikan dan perjuangan bahasa ibunda, perbezaan politik dapat diselesaikan. Begitu juga dengan persoalan perkembangan agama dan budaya mereka.

3. Politik Melayu?

4. Tahu sendiri. Kalau boleh bunuh semua politik Melayu yang menentang ketuanan politik Melayu. Biar dibunuh peniaga Melayu meski berwarung di tanah rizab. Melayu pandai santau. Bijak bersihir. Pakar mengadu domba. Jangan beri subsidi atau biasiswa jika Melayu itu ingkar. Yang menang jadi arang, yang kalah jadi abu.

5. Biar Melayu berdiri sombong seorang diri.

* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.

Harakahdaily/-

Nik Aziz tegur perwakilan PAS sindir Najib, Rosmah

1 Rejab 1431 H
Oleh: Jimadie Shah Othman

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat menegur sikap perwakilan dalam muktamar parti itu yang menyindir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai isteri kepada Rosmah Mansur.

Katanya, tindakan itu boleh menyakitkan hati orang lain dan menyebabkan perasaan dendam.

"Hendak suka bolehlah, tetapi menyakitkan hati. Bila sakitkan hati apa jadi? "Hanya (mewujudkan) dendam sahaja akhirnya," katanya yang juga menteri besar Kelantan.

Semalam, ketika sesi perbahasan usul di muktamar PAS ke-56 di Pengkalan Chepa, seorang perwakilannya memperli Najib sebagai isteri kepada Rosmah.

Di kalangan penyokong pembangkang, perkara tersebut sering menjadi bahan gurauan, dipercayai ekoran penampilan Rosmah dilihat lebih 'agresif' berbanding isteri perdana menteri lain sebelumnya.

Menyampaikan ucapan penangguhannya tengah hari ini, Nik Aziz menjelaskan Islam mengajar umatnya memanggil seseorang itu dengan gelaran yang paling disukai dan amat disenanginya.

"Bila hendak sebut nama orang, kita (mesti) sebut nama yang paling disukainya, (misalnya) pakcik, ayah haji, yang amat berhormat.

"(Kesimpulannya) katalah pekataan yang amat disenangi," tambahnya.

Menurut menteri besar lagi, perkara itu selari dengan landasan hikmah dan dasar kesederhanaan dalam Islam.

Malaysiakini/-

'Jangan ambil ringan propaganda Umno'

1 Rejab 1431 H
Oleh: Hazlan Zakaria

Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hassan hari ini menggesa pemimpin parti itu supaya tidak mengambil ringan hakisan Melayu sokongan terhadap parti Islam itu dan persepsi yang ia mengabaikan akar umbi Melayu.

Bercakap sewaktu sesi penggulungan muktamar PAS ke-56 di Pengkalan Chepa Kelantan, Nasruddin (kiri) mengingatkan bahawa adalah satu kesilapan sekiranya PAS menganggap propaganda lawan politiknya - Umno - mengenai perkara itu, tidak memberi sebarang kesan.

Nasrudin berkata, sejak 2008 hingga sekarang, PAS semakin kehilangan sokongan orang Melayu, khususnya berkaitan hubungan PAS dengan DAP sehingga ada yang mendakwa parti itu menjadi boneka DAP dan telah meninggalkan perjuangannya.

Menurut Nasrudin lagi, perang psikologi Umno itu mempengaruhi tanggapan NGO Melayu terhadap PAS.

Atas alasan itu, kata Nasruddin, parti harus merapatkan dirinya dengan NGO dan masyarakat Melayu bagi membetulkan salah tanggapan tersebut.

Sehubungan itu, katanya, Pemuda PAS akan melancarkan gerakan mendaftar ahli dan pengundi baru (Gempa) untuk mendekati masyarakat dan memperluaskan sokongan terhadap parti itu.

Malaysiakini/-

Umno Johor tolak pertaruhan sukan

1 Rejab 1431 H

Umno Johor hari ini menolak sebarang pertaruhan dalam bidang sukan termasuk bola sepak, kata Pengerusi Badan Perhubungannya, Datuk Abdul Ghani Othman.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat badan perhubungan hari ini, Abdul Ghani berkata pendirian itu berdasarkan kepada reaksi diterima daripada seluruh masyarakat di negeri ini.

"Kita (Umno Johor) mendapat satu reaksi yang jelas daripada masyarakat di negeri ini untuk tidak menerima sebarang bentuk pertaruhan dalam sukan.

"Masyarakat melihat satu bentuk perjudian berlaku dan saya percaya pihak yang terlibat dalam perkara ini dapat mendengar suara rakyat tentang perkara itu," katanya.

Abdul Ghani, yang juga Menteri Besar Johor, berkata beliau akan mengemukakan penolakan pertaruhan itu kepada peringkat tertinggi dalam masa terdekat ini.

Kerajaan sebelum ini bercadang mengeluarkan lesen pertaruhan bola sepak bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein berkata jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

Sementara itu, Abdul Ghani berkata Umno akan bekerjasama dengan persatuan dan badan bukan kerajaan dalam usaha mendekati masyarakat tempatan.

"Kita juga akan meneruskan penganjuran pelbagai kursus termasuk pengukuhan jati diri di kalangan anggota parti di peringkat cawangan sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum akan datang," katanya.

Malaysiakini/-

Hadi: Kerjasama Pakatan berdasar al-Quran dan syarak

1 Rejab 1431 H
Oleh: Jimadie Shah Othman

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menjelaskan bahawa kerjasama politik yang diamalkan dalam Pakatan Rakyat - bersama PKR dan DAP - sekarang ini dibuat berdasarkan al-Quran dan diizinkan syarak.

"(Sebaliknya) kerjasama (dengan) Umno dalam menggadaikan prinsip dan akhlak. Dan ia tidak boleh dijadikan contoh dalam Islam," katanya yang juga ahli parlimen Marang.

Katanya, berdasarkan al-Quran dan muzakarah ulama yang dirakamkan dalam kitab-kitabnya, umat Islam dibenarkan melibatkan masyarakat bukan Islam dalam urusan politik.

"Amalan politik dalam Islam berbeza dengan sembahyang. Dalam sembahyang jemaah, imam (mesti) Islam, makmumnya Islam.

"Dalam politik, pemimpinya Islam, (tetapi) petugasnya boleh diambil daripada kalangan Islam dan bukan Islam," kata Abdul Hadi lagi.

Beliau menegaskan demikian dalam ucapan penggulungannnya di muktamar PAS ke-56 yang berlangsung selama tiga hari mulai Jumaat lalu, yang dihadiri kira-kira 1,500 perwakilan, dan berakhir hari ini.

Sementara itu, dalam sidang media selepas tamatnya muktamar parti itu petang ini, Abdul Hadi Hadi mengulangi pendirian bahawa PAS menolak perpaduan dengan Umno.

Ianya antara lain kerana Umno didakwa mengamalkan pendekatan perkauman sempit, lapor akhbar webnya Harakahdaily.

"Gagasan dengan BN tak boleh selesai masalah kerana mereka masih tebal dengan perkauman, malah dibejati dengan rasuah," beliau dipetik sebagai berkata.

Malaysiakini/-

Nik Aziz: Perlu bergantung pada bukan Islam

1 Rejab 1431 H
Oleh: Jimadie Shah Othman

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, bagi menjayakan perjuangan Islam, umat Islam masih perlu bergantung kepada masyarakat bukan Islam bagi menjayakannya.

Katanya, Nabi Muhammad - yang diibaratkannya sebagai "pemandu pertama" ajaran Islam -juga melakukannya pada zaman awal penyebaran agama Islam, termasuk mendapatkan perlindungan daripada bapa saudaranya Abu Talib yang tidak memeluk agama itu.


Mengaitkannya dengan politik semasa di mana PAS bergabung bersama parti bukan Islam seperti DAP, Nik Aziz berkata, tahaluf atau kerjasama politiknya dalam Pakatan Rakyat mengambil iktibar daripada sunah Rasulullah itu.

"Bagaimana hendak bawa Islam kalau timbul lagi isu tahaluf (kerjasama), dulu dengan Semangat 46, sekarang ini dengan DAP? (Hendak) marah kita kawan dengan DAP.

"Tolong beritahu pada Umno, bagaimana susah nabi (berjuang) sampai kena potong perkataan 'rasulullah' dalam perjanjian dengan Mekah. Sampai begitu Nabi buat asal Islam boleh bertahan," katanya yang juga menteri besar Kelantan.

Nik Aziz berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penangguhan mursyidul am dalam muktamar PAS ke-56 bertemakan "Islam Adil untuk Semua" di Pengkalan Chepa petang ini.

Dalam perjanjian Hudaibiah antara Nabi Muhammad dan kafir Quraish, baginda terpaksa menggugurkan perkataan "rasulullah" sebagai gandingan namanya kerana bagi menjayakan 'gencatan senjata' dengan golongan itu.

Walaupun ditentang banyak sahabatnya, tindakan itu akhirnya membawa banyak faedah kepada kerajaan Islam yang baru bertapak di Madinah ketika itu.

Malaysiakini/-

Tolak penyokong pengganas Israel di Malaysia; satu keutamaan

1 Rejab 1431 H
Oleh: Nuruddin Muhammad

Sebahagian besar negara Eropah mengecam dan mengutuk serangan ala lanun tentera laut Regim Zionis terhadap salah sebuah daripada 7 buah kapal yang sedang belayar menuju ke perairan Gaza melalui Laut Mediterranean. Konvoi kapal tersebut dalam usaha menyalurkan bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Gaza yang semakin hari kian tersepit dan tertekan dek kezaliman Zionis. Konvoi ini diketuai oleh sebuah NGO daripada Turki iaitu Insani Yardim Vakfi (IHH).

Bertambah biadap apabila Zionis tetap melancarkan serangan komandonya walaupun semua objektif dan pergerakan konvoi ini telah berpandukan kepada Resolusi 1860 (2009) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan undang-undang maritim lain yang berkaitan.

Antara lain, Resolusi 1860 menyebut dan menyeru kepada penghantaran bantuan kemanusiaan kepada Gaza termasuk makanan, minyak dan kemudahan perubatan, menggalakkan usaha-usaha membuka laluan dan mekanisma lain bagi tujuan menyampaikan bantuan kemanusiaan yang berterusan, menyeru semua negara untuk menyokong usaha-usaha di peringkat antarabangsa bagi memperbaiki keadaan kemanusiaan dan ekonomi di Gaza serta mengecam semua bentuk keganasan dan serangan terhadap masyarakat awam dan semua bentuk terorism.

Tekanan kuat juga dilakukan oleh Liga Arab termasuk desakan daripada Duta Turki di Mesir dan hasilnya, Mesir telah membuka sekatan jalan daratnya ke Palestin. Mungkin pengorbanan nyawa sukarelawan yang sanggup menggadai nyawa semata-mata untuk membawa bantuan makanan dan infrastruktur sivil itu akan menjadi kunci bantuan yang lebih besar ke Gaza. Pengorbanan mereka tidak sia-sia.

Pada pandangan saya, keganasan yang tidak bertamadun ini cukup besar impaknya untuk menggantikan titik fokus masyarakat dunia yang memandang blok Islam sebagai pengganas. Titik mula persepsi negatif terhadap Islam atau dikenali sebagai Islamofobia ini jelas berlaku bermula perencanaan kejadian WTC pada 11 September 2001dahulu. Sejak itu, negara umat Islam sendiri menjadi jurubicara Amerika dan Israel untuk mengangguk dan mengiayakan kenyataan bahawa Muslim itu pengganas.

Walaupun kematian akibat tragedi WTC adalah sejumlah ribuan nyawa manakala kematian sukarelawan penyelamat Gaza hanya beberapa nyawa, namun perlu diingat, mangsa-mangsa kapal Mavi Marmara itu terdiri daripada kalangan diplomat pelbagai negara, malah mewakili komuniti dunia. Berbanding dengan tragedi WTC, yang hanya melibatkan nyawa rakyat Amerika, manakala 2000 pekerja Yahudi pada saat itu tiada atau bercuti.

Keganasan Israel atau mungkin ada kaitannya dengan Amerika (atas alasan kerjasama teknologi perang dan ketenteraan) yang berlaku ini melibatkan banyak negara termasuk Eropah. Masyarakat dunia yang waras memandang bahawa kezaliman Israel sudah melangkaui wilayah mereka sendiri. Jika Islam dikatakan menyerang Amerika, Israel pula boleh dituduh mengganas terhadap banyak negara!

Alasan ini cukup untuk mengalihkan fokus bahawa Israel adalah pengganas malah semua yang melibatkan diri dengan Israel adalah pengganas dan jika di Malaysia wajar di ISAkan ! Bagaimana dengan APCO di Malaysia?

Soalnya siapa yang mampu mengalih fokus dunia daripada menuduh Al Qaeda dan Muslim sebagai pengganas kepada Israel pula? Siapa ingin membiayai kempen besar-besaran media, melobi di PBB dan OIC, berseminar dan berdialog serta menyediakan serangan psikologi melalui permainan video, lagu dan filem bahawa Israel adalah pengganas dekad pertama milenium ini?

Amerika mampu mengadakan kempen menghalakan laras meriam Islamofobia kepada blok Islam kerana White House, PBB dan semua pentas besar dunia adalah milik Freemanson dan Zionis. Tambahan kini ia juga telah merayap ke dalam blok Islam dalam kalangan para aristokrat dan elitis.

Ternyata daripada kenyataan En Noorazma bahawa, penggunaan peluru getah itu sebagai alasan semata-mata kerana terdapat bukti pihak Israel memang berniat membunuh pihak tertentu yang ada di atas Mavi Marmara.

“Saya ada bukti yang mereka mempunyai niat untuk membunuh. Menggunakan peluru getah hanya sebagai alasan sahaja. “Mereka mempunyai senarai nama yang mereka mahu bunuh sebelum naik ke kapal. “Kami telah menahan tiga anggota tentera dan apabila kami melakukan pemeriksaan, kami temui senarai nama berserta gambar orang-orang yang mereka mahu bunuh. “Sesetengah daripada mereka ialah tokoh Turki dan antarabangsa… tokoh-tokoh penting dunia. Kami tidak termasuk dalam senarai sebab itu kami tidak ditembak.”

Bagaimana pula halnya dengan para pendokong dan penyokong israel dan keganasannya di negara umat Islam seperti Malaysia? Lihat pula hadis Rasulullah SAW di bawah.

" Tidak akan berlaku qiamat sehinggalah ummat Islam memerangi Yahudi dan membuatkan Yahudi lari bersembunyi di sebalik batu dan kayu . Lalu berkata batu dan kayu : Wahai Muslim , ini dia Yahudi dibelakangku , datanglah lalu bunuhlah ia . Kecuali pokok Gharqad sesungguhnya ia adalah sebahagian daripada pokok Yahudi ." (hadis muttafaqun alaih)

Pokok Gharqad menyembunyi dan menyelamatkan Yahudi daripada umat Islam yang memerangi mereka . Di waktu pokok lain memberitahu mengenai persembunyian Yahudi dibelakangnya, Gharqad hanya mendiamkan diri bagai menyelamatkan Yahudi sekaligus membenarkan apa yang diperjuangkan oleh Yahudi.

Ibrah mudah untuk kita pelajari dari hadis ini adalah bagaimana wujudnya di akhir zaman para penyokong dan pelindung kaum kejam ini yang rata-ratanya terdiri daripada kaum muslim sendiri.

Zulkifli Mohd Nani selaku Pengerusi Crisis Management Team for Life Line For Gaza, Malaysia telah menbuat memorandum khas kepada kedutaan Amerika yang menegaskan;

Kami, selaku gagasan masyarakat bertamadun mewakili suarahati rakyat Malaysia pada hari ini Menyangkal kewujudan negara teroris bernama Israel. Membantah sokongan Amerika kepada Israel dalam semua bentuk (Manifesto Kedutaan AS 4 Jun 2010).

Persoalannya mengapa negara yang sememangnya tidak diiktiraf oleh Malaysia ini boleh dibenarkan kapalnya berlabuh seketika di perairan negara kita suatu ketika dahulu?

Mengapa pasukan kriket Israel diundang ke Malaysia pada 21 Mac 1997?

Mengapa syarikat perunding Imej APCO World wide dijadikan penasihat kepada kerajaan negara ini dengan perlaburan wang yang banyak disaat negara diramal bangkrap pada 2012 oleh pemimpin negara ini sendiri?

Dahulu pada Mei 1994, mengapa pula Parlimen meluluskan Akta Larangan Import (pindaan bil.7) yang menarik balik sekatan import terhadap barangan Israel jika mereka tidak diiktiraf oleh Malaysia?

Hari ini pemimpin umat Islam semakin pengecut malah ingin membelai dua laknat besar dunia iaitu AS dan Israel. Buktinya, tiada sebarang kenyataan keras Arab saudi terhadap keganasan Israel terhadap konvoi bantuan gaza, yang kononnya berjuangkan sunnah dan berketurunan Nabi.

Arab saudi yang kononnya sunnah dan berketurunan Nabi itu juga memusuhi Iran bukan sekadar dalam gelanggang aqidah, malah terheret ke lapangan politik percaturan AS. Di saat dunia memandang hina keganasan Israel 31 Mei lalu, AS ingin melobi EU dan kuasa veto PBB untuk menekan Iran atas alasan lapuk neklear Iran.

Kerajaan Arab Saudi pernah mengharamkan Imam Mohammad Al-‘Asi daripada mengerjakan haji sejak usahanya yang pertama pada 1984. Beliau hanya dapat ke Itali dan dinafikan penerbangan sambungan ke Jeddah. Pada tahun 1985, 1986, dan 1987 Kedutaan Arab Saudi di Washington enggan untuk mengeluarkan visa haji kepadanya. Imam Muhammad al-‘Asi akhirnya diberitahu melalui pegawai konsul bahawa Kedutaan Arab Saudi di Washington menerima arahan daripada Menteri Dalam Negeri Arab Saudi supaya tidak mengeluarkan sebarang visa (haji, umrah, komersial, dan kunjungan) kepada beliau. Hasil campurtangan kedutaan Saudi, polis Washington menghalang beliau daripada memasuki masjid tertentu walaupun untuk menunaikan solat!

Kerana apa? Hanya kerana Imam ini mengkritik dasar Saudi yang pro AS dan mendiamkan diri atas kezaliman Zionis!!

Perdana menteri kita yang tercinta juga mengeluar kenyataan keras terhadap Iran sejurus lawatan sambil belajar ke AS baru-baru ini dan jelas ia adalah nasihat keras Obama kepada Malaysia.

Semasa Mavi Marmara masih dalam perjalanan, telah sampai maklumat daripada saudara Mustafa Mansur (peserta sukarelawan Malaysia daripada NGO MAPIM) kepada setiausaha Agong Mapim iaitu Cikgu Azmi Hamid bahawa konvoi mereka akan diserang pada subuh itu. Lantas MAPIM menghantar surat khas kepada Perdana Menteri untuk langkah pre-emptif kerajaan melindungi rakyatnya sendiri.

Ternyata surat itu tidak berguna. Jika tidak mengapa pula Anwar Ibrahim perlu membawa salinan surat tersebut ke Parlimen mengungkit sikap kerajaan yang pasif, lembab dan seolah-olah tunduk dengan keganasan Israel? Ternyata Anwar bijak mengambil langkah terpaksa meninggalkan ‘kawan-kawannya’ di AS, walaupun dijalinkan dahulu atas dasar dialog sihat antara blok umat islam dengan barat yang digagaskannya. Hanya lewat pukul 9 malam pada hari kapal itu ditawan, baru ada kenyataan kerajaan Malaysia.

Maka berumba-lumbalah pemimpin kerajaan membalut leher mereka dengan selendang Palestin dengan harapan mendapat secebis syafaat di akhirat kelak, walaupun ternyata sikap mereka mempersendakan rakyat Gaza.

Dunia Islam kini cukup meletakkan harapan yang tinggi terhadap Turki dan Endrogan yang cukup pro aktif dalam isu keganasan Israel. Ancaman Turki untuk menyerang Israel sekiranya pengganas Zionis tida melepaskan tahanan Mavi Marmara selama 24 jam serta memutuskan seluruh diplomasi dan jalinan kententeraan dengan Israel adalah satu tindakan yang cukup dialu-alukan oleh umat Islam. Walaupun negara itu telah diacu oleh anak Yahudi Domeah, Mustafa Kamal dan Freemanson, ternyata kini ia kembali ke landasan sejarah kegemilangannya iaitu sebuah empayar yang pernah menaungi dunia Islam.

Menyorot lagi dinyatakan oleh Wikipedia, pada 10 September 1982, Mahathir bercakap panjang lebar menafikan beliau dan Setiausaha Politiknya adalah ahli dan penyokong gerakan sulit Yahudi iaitu Freemason. Ini juga merupakan ucapan dasar pertama Mahathir di Perhimpunan Agung UMNO ke-33 selaku Presiden.

Dikatakan bahawa ahli Freemason telah menjadi pekerja sukarela pilihanraya UMNO sejak 1974 lagi. Pertubuhan Freemason di Malaysia adalah didaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966. Pada tahun 1977 ia mempunyai 55 perkumpulan (lodges) dan 2,984 ahli.

Malah ketika menjawab soalan Tuan Guru Nik Abdul Aziz (PAS-Pengkalan Chepa) di parlimen pada 25 Oktober 1978, Datuk Husein Onn berkata Kerajaan hingga kini tidak bercadang untuk mengharamkan pertubuhan (Freemason) itu walaupun mengakui ianya bercanggah dengan aqidah Islam dan ramai golongan elit dan berpengaruh dari kalangan umat Islam negara ini yang menyertainya.

Ini prioriti umat Islam Malaysia untuk membuat penilaian samada menolak atau menerima kerajaan yang membelai Yahudi dalam pilihanraya yang akan datang!

Muhammad Nuruddin Bashah
Sekreteriat MUDA Teras

Apakah terdapatnya kesahihan fadilat khas berpuasa didalam bulan Rejab?

1 Rejab 1431 H
Oleh: Sal Am

Disini dinyatakan pandangan para ulama' mengenai kesahihan fadilat Rejab.

1. Sheikh Atiyah Al-Saqr:Ketua Lujnah Fatwa al-Azhar

a. Kebanyakkan fadilat Rejab terkandung didalam Hadis yg sangat Lemah dan Palsu. Bekas Ketua Lujnah Fatwa Al-Azhar mengatakan bahawa setiap fadilat sesuatu perkara itu harus dilihat dari segi nas yg sahih dan beliau melihat bahawa hadis-hadis yg didatangkan mengenai fadilat didalam bulan Rejab kebanyakkannya adalah lemah dan palsu, katanya:"Allah Subhanahu Wa Ta'ala memberi fadilat kepada beberapa bulan dan tempat, tetapi tidak thabit untuk masa (zaman) dan untuk tempat melainkan dengan dalil yg qath'i (nyata) dan tidak thabit sehingga tidak mendusta keatas Nabi Muhammad saw, dan banyak hadis-hadis timbul mengenai fadilat bulan Rejab, dimana statusnya antara Dha'if dan Mawdhu', dan tidak thabit dari pembawanya (naqal)."

Menurut Al-Saqr lagi bahawa: "Al-Hafiz Ahmad bin Ali bin Mohammad bin Hajar Asqalaani meletakkan didalam risalahnya dengan topiknya : Penjelasan yg datang didalam Fadilat Rejab, pengumpulan jumhur Hadis menyebut mengenai Fadilat-Fadilat Rejab, Puasa dan Solat didalamnya. Ia dikelaskan sebagai Lemah dan Mawdhu"

b. Fadilat Rejab berada bersama dengan Fadilat bulan-bulan haram yg lain. Fadilat Rejab secara umumnya berada didalam Fadilat bulan-bulan Haram sebagaimana Firman Allah didalam surah Taubah:36 dan terdapat juga Hadis Sahihin mengenai Hijatul Wada', didalamnya dinyatakan nama bulan bulan tersebut, iaitu : Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram, dan yg tunggal ialah Rejab. Dimasa itu orang Islam ditegah melakukan kezaliman, pep! ! ! erangan dan juga dilarang melakukan maksiat kepada Allah swt.

c. Berpuasa hari pertama atau yg lain sama sahaja fadilatnya. Berkata Al-Saqr lagi bahawa: "Amalan Saleh didalam bulan Rejab adalah sebagaimana ganjarannya didalam bulan-bulan Haram, yg didalamnya terdapat puasa, SAMA sahaja [berpuasa] hari pertama atau pun hari akhir. Berkata Ibnu Hajar : 'Sesungguhnya bagi bulan Rejab tidak terdapatnya hadis mengenai fadilat khas berpuasa, tidak terdapat yg Sahih atau Hasan'. " Beliau memetik beberapa hadis da'if dan palsu, diantaranya ialah:

i. "Sesungguhnya didalam syurga ada sebuah sungai yg dipanggil Rejab, warna airnya sangat putih dari susu, manisnya lebih manis dari madu, barangsiapa yg berpuasa sati hari dari bulan Rejab, maka Allah akan memberi ia minum dari sungai itu" - hadis ini Dha'if.

ii. "Barangsiapa berpuasa sehari didalam bulan Rejab seolah-olah dia berpuasa satu bulan, dan siapa yg berpuasa didalamnya 7 hari maka akan ditutup 7 pintu-pintu neraka, dan barangsiapa yg berpuasa 8 hari maka 8 pintu-pintu syurga akan terbuka, dan barangsiapa yg berpuasa 10 hari, maka akan digantikan dosa dengan kebaikan" - hadis ini Dha;if.

iii. Terdapat sebuah hadis yg panjang mengandungi fadilat berpuasa rejab menurut hari, dan didalamnya terkandung matan : :"Rejab bulan Allah. Sya'ban bulanku dan Ramadhan bulan umatku" -Hadis ini palsu.

d. Tidak ada solat khas didalam Rejab. Daripada Hadis yg tidak diterima (ghair maqbulah) mengenai solat : "Barangsiapa yg solat Magrib di awal malam dari bulan Rejab, kemudian diikuti oleh solat 20 rakaat selepasnya, dia membaca pada setiap rakaat Al-Fatihah dan Qulhu Allahu Ahad sekali dan dia memberi salam kepadanya 10 kali salam, Allah akan menjaga dirinya, keluarganya, hartanya dan anaknya, dan akan diselamatkan dari azab kubur, dan perjalanan di sirat bagaikan boraq, tanpa hisab dan azab." - Itu adalah hadis Mawdhu'

e. Menziarah kubur pada bulan Rejab tiada nasnya: Mengenai fadilat menziarah kubur pada bulan Rejab, Sheikh Atiyah Al-Saqr mengatakan bahawa perbuatan ini tidak ada dalilnya didalam Islam. Beliau menyarankan agar lebih elok melihat mengenai sejarah-sejarah yg berlaku dibulan Rejab dan mengambil tauladan daripadanya. "Ini adalah manusia yg prihatin, dan wanita dari kumpulan tertentu, mereka menziarahi kubur pada hari Jumaat pertama didalam bulan Rejab, tidaklah ada asalnya didalam agama, dan ganjaran yg besar daripada ziarah tersebut, dan bukanlah hari ini. Adalah lebih aula didalam bulan Rejab ini kita mengingati kembali sejarah yg berlaku kepadanya seperti penaklukan Tabuk, mngingati Salahuddin Al-Ayobi menyelamatkan Jerusalem (Al-Qudus) dari tangan tentera Salib (Rejab 583H, 1187M). Orang Arab dan Islam menyucikan Masjid Al-Aqsa dari Ketua Pasukan Pakatan. Kita mengingatkan kembali peristiwa Isra' dan Mi'raj iaitu pengajaran darinya, dimana orang Islam menganggapnya berlaku didalam bulan Rejab. Allah yg Maha Mengetahui."

2] Sheikh Dr Yusuf Al-Qardhawi

a. Fadilat Rejab sama dengan fadilat bulan-bulan haram yg lain Dr. Yusuf Al-Qardhawi mengatakan bahawa fadilat Rejab adalah sama seperti yg terdapat didalam 3 bulan-bulan Haram yg lain. Katanya [4]: "tidaklah ada kesahihan didalam bulan Rejab, melainkan ia merupakan salah satu dari bulan-bulan haram, bahawa Allah swt telah menyebut didalam kitabnya - didalamnya ada 4 bulan haram - Al-Taubah:36. Iaitu Rejab, Zulqaedah, Zulhijah dan Muharram....Itulah bulan-bulan yg mempunyai fadilat. Tidak terdapat Hadis Sahih bahawa Rejab khusus mengatakan Rejab lebih afdal, melainkan Hadis Hasan: Sesungguhnya Nabi saw banyak berpuasa didalam Sya'ban.."

b. Hadis-Hadis mengenai fadilat Rejab kebanyakkannya lemah dan palsu. Beliau juga menyatakan bahawa hadis-hadis mengenai fadilat-fadilat khas Rejab kebanyakkan merupakan Hadis Palsu atau pun yg sangat Lemah tarafnya: "Hadis ini dimaklumkan sebagai sebuah hadis yg mengandungi fadilat Rejab - "Rejab bulan Allah. Sya'ban bulanku dan Ramadhan bulan umatku"..... Hadis in mungkar dan sangat-sangat Dhaif, bahkan beberapa ulama' mengatakan hadis ini Palsu! .... yakni penipu..Maka bukanlah kepadanya nilai saintifik dan bukanlah mempunyai nilai agama. Disitu ada hadis yg mengatakan terdapat Fadilat Rejab kepada sesiapa yg bersolat begini dan ia mendapat begini, dan sesiapa yg meminta beristigfar sekali kepadanya maka ia akan mendapat ganjaran begini.... Ini semua adalah berlebih-lebihan (exaggeration), dan semuanya adalah pembohongan. Dari ini satu tanda satu penipuan didalam Hadis yg memasukkan perkara yg berlebih-lebihan...."

c. Ganjaran yg dijanjikan tidak sepadan dengan amalannya. Pada beliau ganjaran-ganjaran yg dinyatakan didalam Hadis Palsu itu adalah sesuatu yg berlebih-lebihan. Ini merupakan satu pendustaan yg amat besar. Menurut beliau ganjaran sesuatu ibadat itu mestilah setimpal dengan bentuk ibadat itu sendiri. Katanya : "Berkata ulama' : Janji untuk mendapatkan ganjaran yg besar diatas perkara yg biasa, atau ugutan kepada azab yg pedih keatas dosa kecil? Ia menunjukkan bahawa ini merupakan Hadis yg bohong."

d. Umat Islam perlu mengetahui jenis-jenis hadis yg Palsu. Dr Yusuf Qardhawi menyatakan bahawa sebagai seorang Islam kita wajib mengetahui mengenai hadis yg diberikan kepada kita. Tidak ada alasan yg boleh kita berikan kerana terdapatnya buku-buku yg banyak dipasaran mengenai taraf sesuatu hadis. Kata beliau : "Ulama' telah memberi amaran contohnya keatas Hadis Palsu dan Bohong ini, dan melarang manusia terhadapnya...sesungguhnya telah datang hadis :"Barangsiapa mereka-reka Hadis difikirkan, sesungguhnya ia menipu, maka dia adalah pembohong....."(Riwayat Muslim didalam muqadimahnya yg Sahih), tetapi mereka tidak mengetahui bahawa ia adalah Hadis Palsu, maka ia wajib mengetahui, mengetahui hadis itu dari sumbernya .... maka disana ada Kitab Hadis yg Muktamad, di sana ada kitab khas untuk mengetahui Hadis Palsu, contoh Al-Maqasid Al-Hasanah, karangan Al-Shakhaawi dsb.........."

3. Ibnu Hajar Al-Asqalani Ibnu Hajar(Ulama` hadith) mengatakan adalah menjadi satu kesalahan menetapkan sesuatu hari atau bulan itu khas untuk melakukan amalan. Kenyataan ini dapat di lihat didalam fatwa Sheikh Al-Saqr[5] mengenai fadilat Rejab dengan memetik kata-kata Ibnu Hajar: "Ibnu Hajar didalam makalahnya ada menyebut berkenaan dengan terdapat hadis-hadis yg melarang berpuasa Rejab sepenuhnya, maka beliau berkata : Larangan ini terpulanglah kepada sesiapa yg berpuasa memuliakan Jahiliyyah, sebagaimana jika dia berpuasa dengan qasad(niat) yg bukan menjadikan penekanan atau mengkhususkan mengenai hari-hari yg dia berpuasa, atau pada malan tertentu dia berqiamullail, maka beliau percaya yg dilakukan itu adalah sunnah, maka ini adalah pekerjaan yg baik atas apa yg diletakkan dan tidak mengapa baginya. Maka jika ianya di khaskan atau menjadi suatu ketetapan, maka ia adalah DITEGAH (Mahzhur), dan makna penegahan itu dialam hadis Nabi saw bersabda :"Jangan mengkhaskan hari Jumaat untuk berpuasa dan jangan [mengkhaskan] malamnya berqiamullail". - riwayat Muslim. Jika mempercayai puasanya atau puasa ini lebih baik dari puasa lainya yg didalamnya terkandung puasa nazar, Ibnu hajar lebih cederung menegahnya, dan sebagaimana yg dinaqalkan oleh Abi Bakar Al-Thorthorshi didalam bukunya "Bid'ah wa hawadith" bahawa bulan Rejab dibenci olehnya kerana 3 jenis:
1. Sesungguhnya jika orang Islam mengkhaskan puasa di setiap hari kemuliaan awam secara tahunan.

2. Menjadikan ia seperti kefarduan ramadhan, atau menjadikan ia sunat sebagai sunat yg kekal.

3. Kerana puasa ini mempunyai fadilat khas dan puasa-puasa yg lainnya kalau dengan itu apa yg dijelaskan oleh Rasulullah saw, : berkata Ibnu Dihya : "Puasa adalah amalan kebajikan"., Tidak terdapat fadilat berpuasa didalam Rejab maka perkara itu ditegah darinya. Tamat apa yg dinaqalkan oleh Ibnu Hajar."

4.Dr. Sayid Saabiq Menurut seorang tokoh Ikhwan Dr Sayid Saabiq didalam membicarakan bab puasa sunat, mengatakan bahawa : "Puasa Rejab, bukanlah ada padanya fadilat yg berlebih dari bulan-bulan lain, melainkan sesungguhnya ia dari bulan-bulan yg haram". Ini bermaksud bahawa bulan-bulan haram ini mempunyai fadilat-fadilat yg sama. Pendapat juga di sokong oleh mazhab Hanbali yg mengatakan menetapkan bulan Rejab sahaja untuk berpuasa sunat adalah makruh

5. Hadis-hadis fadilat Rejab yg palsu atau dhaif Dibawah ini disenaraikan beberapa contoh hadis-hadis palsu berkenaan dengan fadilat Rejab:

6 a. Barang siapa yg mengerjakan solat Magrib pada permulaan malam Rejab kemudian dia mengerjakan 20 rakaat dengan membaca surah Al-Fatihah dan Qul Hu Allahhu Ahad pada tiap-tiap rakaat satu kali dan dia memberi salampada solat ini dengan 10 salam, maka tahukah kamu apa ganjaranya? -Hadis ini Mawdhu' (palsu) *Diriwayatkan oleh Al-Jauzaqanniy dari Anas, kemudian beliau berkata hadis ini adalah Palsu.

b. Barang siapa yg melakukan solat pada malam Nisfi Rejab 14 rakaat dengan membaca Alhamdu 1 kali pada rakaat, Qul Hu Allahhu Ahad 20 kali, Qul A'uuzu Birabbil Falaq 3 kali, Qul A'uuzu Birabbin Nas 3 kali kemudian apabila dia selesai bersolat hendaklah ia berselawat keatas ku 10 kali kemudian dia bertasbih, bertahmid dan bertahlil 30 kali, maka Allah akan mengutuskan kepadanya 1000 malaikat. -Hadis ini Mawdhu' (palsu) *Dalam ! ! ! sanadnya terdapat beberapi Rawi yang majhul.

c. Barang siapa yg berpuasa sehari pada bulan Rejab (ganjarannya) sama dengan puasa sebulan. -Hadis sangat Dhaif. *Diriwayatkan oleh Al-Khathiib dari Abi Dzar. *Dalam sanadnya ada rawi yg bernama: Al-Furaat bin As-Saaib, dia adalah seorang rawi yg Matruk. *Ibnu Hajar Al-Asqalaaniy telah menjelaskan bahawa para ahli hadis telah sepakat, bahawa hadis ini diriwayatkan dari jalan Al-Furaat bin As-Saaib, sedangkan rawi ini adalah seorang yg Dhaif.

d. Barang siapa yg berpuasa 3 hari pada bulan Rejab, dituliskan baginya ganjaran puasa satu bulan dan barang siapa yg berpuasa 7 hari pada bulan Rejab maka Allah tutupkan daripadanya 7 pintu-pintu api neraka. Dan barangsiapa yg berpuasa 8 hari pada bulan Rejab maka Allah membuka baginya 8 buah pintu dari pintu-pintu syurga, dan barang siapa yg berputus asa separuh dari bulan Rejab maka dia akan di hisab dengan hisab yg mudah. -Hadis ini Mawdhu' (palsu) *Tidak disahkan hadis ini kerana rawi yg bernama Abaan merupakan rawi yg Matruk. *Selain dari itu ada rawi yg bernama Amar bin Al-Azhar yg sangat suka memalsukan hadis.

e. Barang siapa yg berpuasa satu hari pada bulan Rejab dan bangun pada malam harinya mengerjakan solat malam maka Allah akan membangkitkan dia pada hari Kiamat dalam keadaan aman, dan dia berjalan di atas sirat dalam keadaan Tahlil dan Takbir. -Hadis ini Mawdhu' (palsu) *Dalam sanadnya ada rawi yg bernama Ismaail, dia adalah seorang rawi yg suka berdusta.

f. Barang siapa yg menghidupkan satu malam dari bulan Rejab mengerjakan solat malam dan berpuasa padanya satu hari, maka Allah memberi makan kepadanya dari buah-buahan Syurga. -Hadis ini Mawdhu' (palsu) *Dalam Kitab Al-Laaly dijelaskan bahawa hadis ini diriwayatkan oleh Hussain bin Ali. Kemudian diterangkan bahawa hadis ini Mawdhu'. Bagaimana beramal didalam bulan ini?

a. Shiekh Mahmud Al-Sya'rawi

7. didalam menjawab satu pertanyaan mengenai apakan bulan dari bulan-bulan 'am yg afdal manusia berpuasa selepas bulan Ramadan, beliau memetik hadis berikut diriwayatkan oleh Musnad Ahmad : "Seorang lelaki telah bertanya Rasulullah saw, katanya : Bulan mana kamu perintahkanku berpuasa selepas Ramadan? Maka Rasulullah saw berkata : Jika aku berpuasa selepas Ramadan, maka berpuasalah dibulan Haram, maka sesungguhnya didalamnya dari Taubat Allah swt keatas satu kaum, dan terdapat taubat didalamnya untuk satu kaum yg lain" Jelas disini menunjukkan bulan-bulan haram ini disunatkan berpuasa dan juga terdapatnya keampunan Allah swt didalam bulan-bulan ini.

b. Bekas Mufti besar Arab Saudi, Shiekh Abdul Aziz Bin Baaz apabila ditanya berpuasa pada bulan-bulan haram, Beliau menjawab

8. "Bulan Muharam dari segi syara' dibolehkan berpuasa dengannya dan begitu juga Sya'ban, disana terdapatnya 10 Zulhijjah, bukanlah ada dalil disan keatasnya, akan tetapi berpuasa dengannya TANPA ber'itiqad yg khusus (khas) atau pribadi, maka tidaklah menjadi masalah." Bagi bulan Allah Al-Haram tersebut, Rasulullah saw pernah bersabda : ((Seafdal-adfal berpuasa selepas ramadan ialah dibulan Allah Al-Haram)).

Maka adalah baik bagi berpuasa, atau berpuasalah pada 9, 10 dan 11, itulah yg baik, begitu juga dengan Sya'ban dimana Nabi saw berpuasa dengannya"

c. Seorang Ulama' Islam dari negara Syria yg terkenal pada masa kini, Dr Wahbah Zuhaily mengatakan bahawa, kebanyakkan iman empat mazhab (Syafiie, Hanbali, Maliki dan Hanafi) bersetuju mengenai terdapatnya amalan berpuasa sunat didalam bulan-bulan haram ini, cuma ia berbeza pendapat mengenai cara implementasinya.

kata Dr Wahbah Zuhaily[10] : "Keutamaan berpuasa pada bulan-bulan ini terdapat disisi Mazhab Maliki dan Syafiie, dan mazhab Hanbali berpuas hati dengan keputusan sendirinya memberi keutamaan berpuasa dibulan Haram, pada mereka itulah puasa yg afdal selepas Ramadan, telah bersabda Rasulullah saw : ((Seafdal solat ialah pertengahan malam, dan seafdal puasa selepas bulan Ramadan ialah di bulan Allah Al-Haram)).

Seafdal puasa dibulan haram ialah Hari Al-Asyura', sebagaimana diantaranya. Dan berkata mazhab Hanafiah : Sunat berpuasa didalam bulan-bulan Haram, iaitu berpuasa 3 hari dari semuanya iaitu :- Hari Khamis, Jumaat dan Sabtu."

d. Shiekh Abdul Rahman Al-Jaziry didalam buku Kitab Fikh Empat Mazhab[11] juga memetik persetujuan 4 mazhab ini mengenai puasa dibulan-bulan haram,! ! ! kata nya: "Mengenai sunat berpuasa dibulan Rejab dan Sya'ban, Imam-imam ini telah bersetuju dengannya, cuma terdapat khilaf dengan hanbali......... Hanbali : Menetapkan puasa Rejab (secara tunggal) adalah makruh, melainkan jika ia berbuka (tidak berpuasa) secara selang-seli, maka tidaklah Makruh."

e. Panelist fatwa IslamOnline, Shiekh Dr Yusuf Al-Qaradhawi, ketika diminta memberi fatwa mengenai apakah berpuasa didalam bulan Rejab itu sunat atau bid'ah, beliau telah menjawab

9. "Berpuasa didalam bulan adalah maqbul dan mustahab, keatas semua perkara. Tetapi bukanlah datang dari Rasulullah saw bahawa beliau berpuasa satu bulan penuh, melainkan bulan Ramadhan. Beliau banyak berpuasa didalam bulan Sya'ban, tetapi tidak berpuasa sepenuhnya, dan itulah sunnah nabawiyyah ... Beliau berpuasa dan berbuka disetiap bulan, seperti riwayat mengatakan : ((Beliau berpuasa sehingga kami mengatakan beliau tidak berbuka, Beliau berbuka sehingga kami mengatakan beliau tidak berpuasa)) (Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud).

Maka beberapa golongan manusia berpuasa seluruh bulan Rejab, sebagaimana yg kita lihat sebelum ini, Aku telah lihat beberapa orang berpuasa bulan Rejab, Sya'ban, Ramadhan dan 6 hari didalam bulan Syawal, dan menamakannya "Al-Ayam Al-Baidh", selepas berbuka, mereka a kan menjadi perayaan pada hari yg ke 8 dari Syawal....Hasil dari puasa ini ialah 3 bulan dan 6 hari saling berhubungan, mereka hanya akan berbuka apabila tiba Hari A'id. INI TIDAK DATANG DARI NABI SAW, atau pun dari para sahabat atau pun dari Al-Salaf Al-Saleh.. maka mereka berpuasa sehari dan berbuka sehari. Tidak ada berterusan didalam puasa. Semua kebaikan adalah menurut Salaf dan keburukan adalah dari rekaan para Khalaf. Barangsiapa yg ingin ber'iitiba' dan inginkan ganjaran, maka ia harus mengikur Nabi saw dimana tidak berpuasa sepenuhnya didalam Rejab, dan tidak berpuasa sepenuhnya didalam Sya'ban.

Dan ini adalah yg lebih utama. Wa Billahi Tawfiq." Beliau tegas mengatakan bahawasanya disunatkan berpuasa pada bulan-bulan haram, tetapi tidak lah sepenuh bulan Rejab dan Sya'ban, kerana ini tidak dilakukan oleh Rasulullah saw, atau sahabat-sahabatnya ataupun para ulama' Salaf. Puasa-Puasa sunat yg lain Syeikh Muhammad Mutawali Al-Sya'rawi didalam fatwanya

[10] menjawab persoalan mengenai puasa-puasa sunat, beliau telah menyenaraikan 8 jenis puasa yg beliau sifat sebagai :"Puasa yg orang Islam lakukan bagi mendekatkan diri kepada Allah" Puasa-puasa sunat (suka rela! ! ! ): "

1. Hari Arafah (9 Zulhijjah kepada mereka yg tidak menunaikan Haji.

2. Hari Asyura', disitu ada hari 9 atau mana-mana hari 9 atau 10 Muharam.

3. 6 hari didalam bulan Syawal.

4. Hari-hari Putih didalam bulan-bulan Arab (islam) iaitu :- hari13,14 dan 15.

5. Berpuasa pada hari Isnin dan Khamis didalam setiap minggu.

6. Berpuasa didalam bulan-bulan haram iaitu :- Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.

7. Berpuasa mana-mana dari 9 hari dari bulan Zulhijjah, dari 1 hingga 9 Zulhijjah.

8. Berpuasa penuh didalam Sya'ban atau dengan banyaknya. " Para Fuqaha' berpendapat jika seseorang itu ingin melakukan puasa sunat, tetapi dia mas! ! ! ih mempunyai baki puasa wajib, hendaklah ia mengqada'kannya. Bahkan jika ia mempunyai kifarat dan nazar, maka hendaklah dia melakukannya puasa itu dahulu.

[11] Kesimpulan : 1. Hadis-Hadis Bulan-Bulan Rejab kebanyakkannya adalah Mawdhu' (Palsu). Pendustaan terhadap Rasulullah saw. (Al-Saqr, Al Qardhawi)

2. Kita dilarang memilih-milih hari atau malam yg tertentu sahaja untuk melakukan ibadat khusus.(Hadis Nabi saw)

3. Tidak ada fadilat KHAS yg ditujukan pada bulan Rejab, yg ada cuma fadilat umum kepada ke empat-empat bulan haram.(Al-Saqr, Al-Qardhawi)

4. Tidak ada solat dan zikir khas untuk bulan Rejab (Al-Saqr, Al-Qaradhawi).

5. Bulan Rejab seperti bulan-bulan Haram yg lain disunatkan melakukan Puasa sunat dan banyakkan bertaubat. ( Imam Al-Sya'rawi)

6. Keadah berpuasa di dalam bulan-bulan haram ialah: - hari yg ke 9,10,11 di dalam bulan Muhaaram (Syeikh Abdul Aziz bin Bazz) - berpuasa hari Khamis, Jumaat, Sabtu (HHanafiah - Al-Zuhaily) - Berpuasa pada bulan Rejab tidak sepenuhnya dan Sya'ban tidak sepenuh bulan (Al-Qardhawi) - berpuasa pada hari Assyura' (10 Muharaam) dan Hari Arafah (9 Zulhijjah).

7. Rejab tidak mempunyai kelebihan dari bulan-bulan yg lain, kecuali kelebihan sebagai bulan-bulan Haram.(Syed Sabiq)

8. Tidak boleh HANYA berpuasa dibulan Rejab sahaja, dimana 3 bulan-bulan yg Haram yg lain tidak langsung diberi keutamaan melakukan puasa (MazhabHanbali- Al-Jaziry)

9. Tidak ada dalil yg mengatakan bahawa menziarah kubur didalam bulan Rejab mempunyai kelebihannya.

10. AWASIlah dari terlibat menyebarkan HADIS-HADIS PALSU, kerana ditakuti kita adalah sebahagian dari mereka yg MENDUSTAKAN Rasulullah saw. (Na'uzubillahhu min zalik). Dalam mempertingkat amalan-amalan kita kepada Allah swt, sering kali kita disajikan dengan pelbagai-bagai amalan yg kelihatan banyak fadilatnya. Malah ada juga kedapatan beberapa fadilat-fadilat yg sangat rapuh dalilnya, bahkan ia menjadi pegangan sebahagian umat Islam pada hari ini.

Bagi persoalan-persoalan seperti fadilat Rejab atau bulan-bulan yg lain, kita mesti kembali kepada 'role model' atau contoh kita, iaitu Rasulullah saw sebagaimana firman Allah swt didalam surah Al-Ahzab ayat 21: "Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)" [Al-Ahzab - 21].

Akhir kata, Selamat menyambut kedatangan bulan-bulan Haram sebagaimana yg telah diajarkan oleh Rasulullah saw.