14 June 2010

Muktamar Tahunan PA Ke 56 berakhir

4.25 ptg : Muktamar Tahunan PAS Kali Ke 56 berakhir sebentar tadi selepas Presiden PAS menyampaikan ucapan penggulungan dan Timbalan Mursyidul Am, Dr. Harun Din membaca doa penutup.

Muktamar tahunan PAS yang bermula sejak 9 jun itu dimulai dengan perasmian serentak mesyuarat tahunan dewan-dewan ulama, pemuda dan muslimat. Muktamar penuh bermula pada 11 jun dan berakhir pada hari ini.

Ucapan penggulungan Presiden PAS ; Islam mesti memerintah dan memimpin.

2.45 ptg : Menganggap ada peningkatan mutu perbahasan, menyifatkan kadang-kadang ada guruh dan petir tapi tidak membahayakan. semua perwakilan dari perlis sehingga sabah menyokog penubuhan DHPP.

Mereka yang tidak bersetuju seolah-olah mereka bimbang dengan keputusan ini. Oleh kelompok yang belajar Islam dalam sudut yang sempit.

Menegaskan penubuhan DHPP tidak sama dengan kerjasana antara UMNO dengan orang bukan Islam. Kerana kerjasama mereka yang menggadai prinsip dan akhlak.

Amalan politik berbeza dengan sembahyang, kalau sembahyang imamnya Islam, makmumnya mesti Islam. Dalam politik kalau ketuanya Islam, petugasnya boleh diambil dari golongan bukan Islam seperti yang dibahas oleh Ulamak.

Islam mesti memerintah dan memimpin, atas prinsip itulah tertubuhnya PAS.

Mendedahkan bagaimana semasa pendaftaran PAS oleh bekas Presiden PAS, Dr. Abbas disahkan oleh pengarah Pendaftaran pada masa itu oleh seorang India.

PAS buktikan kerjasa dalam bentuk amalan dalam banyak PRK sebelum dari ini.

Orrang Melayu menjadi layu bila mereka meninggalkan Islam, kita mempunyai tanggung jawab besar untuk membeaskan orang Melayu dari kejahilan. Tidak salah mencintai bangsa, yang salah kalau menjadi kecintaan bangsa sebagai aqidah, apalagi mempertahan kezaliman yang dilakukan oleh bangsanya.

Sebagai mana contoh, bagaimana ketua menteri melaka yang dipenjara kerana membela orang melayu, tidak diberi maaf, tetapi seorang Melayu yang juga salah boleh dimaafkan.

Media juga sangat penting terutamanya media alternatif, mesti bijaksana untuk menyedarkan orang lain. Tidak menyebarkan berita yang bohong dan melagakan orang. Menulis dan bercakap mestilah ada batas.

Orang kata kita bermimpi , katakan kita mimpi yang soleh, bukannya mimpi syaitan.

Akan tibanya Islam menang, bukannya benda mustahil. alhamdulillah kita berada di bahtera perjuangan Islam yang kuat.

Bersyukur dengan sokongan orang bukan islam dan kerjasama dengan parti lain yang sebelum ini menolak PAS.

Teruskan perjuangan kita dengan yakin mendapat pertolongan dari Allah SWT.

Ucapan Penangguhan Mursyidul Am PAS.

2.26 ptg : YAB. Tuan Guru Dato' Abdul Nik Aziz Nik Mat. Menegaskan tidak ada masalah lagi mengenai tahalif siyasi kita dengan kerjasama dengan DAP, yang bimbang adalah UMNO.

Menjelaskan sebelum Muktamar berlangsung satu seminar hubungan orang Islam dengan bukan Islam di Kota Bharu yang dihadiri oleh non muslim.

Mursyidul Am juga meningatkan supaya perwakilan jangan guna perkataan yang cuma menyeronokkan tetapi menyakitkan hati.

Setuju dengan sarana Timbalan Presiden PAS supaya bulan Rajab dijadikan bulan Palestin.

Timbalan Presiden PAS : Cabar Timbalan Presiden UMNO debat isu judi.

1.50 petang : Timbalan Presiden PAS, YB. Ust. Nasaruddin Mat Isa. memberi respon mengenai laporan media yang menyebut yang dinukilkan oleh seorang Profesor dengan tajuk 'PAS perlu tukar nama", ringkasnya orang yang bercakap terlebih dulu kena tukar nama.

Dakwaan PAS hilang dan gadai prinsip dan sebagai nya yang didakwa, yang dikaitkan dengan kebenaran pengunaan lambang oleh calon bukan Islam. Ust. Nasa menegaskan keputusan itu adalah keputusan yang disahkan oleh Syura Ulama PAS.

Atas dasar itulah strategi politik dan uslubul dakwah itu amat dibimbingi oleh musuh-musuh politik dan menjangkakan akan dijaja oleh pimpinan UMNO untuk menjaja isu ini ke kampung-kampung.

Tugas untuk menjawab ini terletak kepada semua perwakilan.

Menjawab Isu debat yang disarankan oleh perwakilan, beliau mencabar untuk berdebat dengan Timbalan Presiden UMNO dalam Isu judi seperti yang disebutkan oleh perwakilan dari Perak, Dr. Khairuddin Abd Malik yang menyampaikan saranan dalam muktamar kelmarin.

Ucapan Setiausaha Agung PAS.

1.30 ptg : Dato Hj. Mustafa Ali. Menjelaskan mengenai peranan SU Agung dalam menjawab isu-isu tertentu, dengan mengenadalikan mesyuarat mengenai isu-isu yang perlu diselesaikan segera,

Berpandangan mengenai ada percangahan kepada soal sokongan pengundi Melayu. hakikat yang diakui ialah kenaikan undi Bukan Melayu yang tinggi . Cuma yang keliru ialah kerana pratus kenaikan undi Melayu tidak sebanyak itu. Tetapi kedua-duannya ada kenaikan , soalnya bagaimana kita hendak tingkatkan.

Mengenai 30 pratus tuntutan Muslimat, dianggap tidak salah, sebagaimana JK PAS Pusat menerima nya sebagai tanda aras bahawa paling tinggi ialah hanya 30 pratus.

Ucapan Naib-Naib Presiden PAS

12.45 ptg : Dato' Mahfuz Omar, beliau mengucapkan tahniah kepada pembahas yang menyampaikan ucapan tetapi masih rindu dengan pembahas seperti almarhum Ust. Suhaimi Hj. Ahmad.

Harapannya supaya jangan takut untuk memberi teguran untuk melihat pemimpin berjalan dilandasan yang benar.

Kemarahan dan kebencian rakyat kepada UMNO cukup tinggi dan ingin melihat dalam tempoh terdekat ada perubahan. Saya percaya kalau ada katak tidak boleh melompat adalah salah UMNO, selorohnya.

Kita tidak boleh membiarkan kemarahan cuma dalam keadaan tidak puas hati sahaja tetapi tidak ada terjemah dalam pilihanraya kepada PAS.

Beliau juga mengucapkan terima kasih dengan tindakan bantahan judi oleh Dewan pemuda PAS.

Cadangkan pergi demo dengan pakai jersi dengan dengan sebiji bola sebagai simbolik bola ya judi tidak.

1.05 petang : YB. Salahuddin Ayob, menjawab mengenai andaian perwakilan menganai pengundi melayu ditinggalkan kerana menumpukan undi bukan melayu. menegaskan apa saja keputusan adalah disyurakan oleh kepimpinan.

Baginya PAS semakin dewasa bersama dengan Pakatan Rakyat dengan majlis Tertinggi pakatan rakyat disertai oleh semua dewan harian PAS Pusat, oleh itu tidak timbul soal ada yang tertinggal kita meninggalkan prinsip.

Mendedahkan beberapa orang ahli parlimen pemuda dari DAP bertemu dengan Tok Guru dalam Parlimen untuk membetulkan ayat Al Quran bagi perbahasan di Parlimen.

"PAS akan menempah satu sejarah politik baru bahawa PAS lebih jauh lebih baik dari UMNO/BN.

1.15 ptg : Dato' tuan Ibrahim Tuan Man. Menyatakan perbahasan ada yang terkeluar dari tajuk.

Kepada golongan non muslim , katanya PAS menjamin keadilan kepada mereka dengan jaminan yang dituntut oleh Islam kepada kita.

Beliau tidak bimbang dengan cabaran sebelum kita menang tetapi selepas kemenangan cabarannya sangat besar.

Kebimbingan yang ada dikalangan perwakilan adalah tidak perlu kerana, jaminan yang ada adalah dari Islam bukannya hanya dari PAS.

Ucap terima kasih kepada para wartawan dan Blogger yang datang dalam muktamar bagi lapuran. Para Blogger perlu ada amanah dan tanggungjawab yang takut akan dosa dan pahala. Pastikan blog yang menyumbang untuk parti dan Islam.

Ucapan Bendahari PAS Pusat.

11.15 pg : Bendahari PAS Pusat, YB. Dr. Mohd Hatta Ramli, menjelaskan usaha pembinaan kompleks PAS yangt baru akan berhasil dengan kerjasama dari semua pihak.

Beliau merayu kepada semua pihak supaya menjayakan usaha PAS untuk mengutip dana walaupun ada persaingan dengan badan-badan lain.

Ucapan Ketua Penerangan PAS Pusat

12. 30 tengahhari : Ketua Penerangan PAS Pusat, Ust. Idris Hj. Ahmad menyatakan Penerangan telah menerbitkan dalam bentuk pdf dalam 4 Isu utama dan telah dihantar kepada Ketua Penerangan PAS Negeri.

Masyarakat sekarang tidak ikut kita kerana mereka tidak ada maklumat, ceramah kena diteruskan. Sekarang isu cukup banyak dan penyampaian maklumat mesti sampai kesetiap rumah.

Ucapan dari Wakil Ketua Dewan Ulamak

11.15 pg : Naib ketua Dewan Ulama, Dato' Dr. Mahfudz mahmud telah mewakili Ketua Dewan bagi menyampaikan ucapan penggulungan.

Dewan ulama menasihatkan supaya tidak ada minta dan persen jawatan itu dan ini kerana PAS adalah PAS For All.

Kerana itu beliau mengesahkan pada masa akan datang, orang bukan Islam boleh bertanding dengan lambang PAS seperti yang disebutkan oleh Presiden PAS beberapa hari lepas..

Mengenai permintaan setiap kali ulamak diminta supaya ulamak untuk turun berdemonstrasi, beliau menyatakan sebetulnya ulamak telah juga turun padang.

Menjawab ucapan Perwakilan Perak, beliau mengatakan dalam Dewan Ulamak ada majlis pendidikan Kebangsaan yang aktif dalam melaksanakan tugas.

Bertuju supaya jawatan urusan ulamak tidak diisi dengan tangkap muat sahaja, dan dinaikkan taraf.

Ucapan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

11.55 pg : Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasaruddin Hassan menegakan pemuda mempunyai peranan penting dalam menggerakan parti seperti harapan dan saranan oleh Ucapan Presiden semasa perasmian muktamar.

Pemuda akan memastikan gerakan pemgundi pemuda mestilah digerakkan seperti yang ditetapkan dalam Muktamar Pemuda. Juga akan bersama dengan pemuda PR untuk mendaftar pengundi pemuda.

Gerakan mendaftar pengundibaru (GEMPA) telah dilancarkan untuk merelisasikan usaha itu, mesti dilakukan secara drasti dan serius.

Mengenai undi isu pengundi melayu dan bukan melayu, sebenarnya tidak ada percangahhan nya untuk mengekalkan undi Melayu dan mengambil undi luas dari bukan melayu. keduanya-duanya mestilah diambil perhatian.

Andaian Perwakilan Kelantan mengenai isteri muda, jangan lupa isteri tua ( ditegur oleh pengerusi jangan guna istilah itu, dicadang isteri no 1 dan no 2). bagi nya realiti itulah kita kena jalan seiring seperti orang ada dua isteri.

Baginya senario yang berlaku dari 2008 sehingga sekarang, perlu diperhatikan seperti isu boneka, kalimah Allah dan lain-lain , kita tidak pandang rendah kerana ada NGO melayu yang resah dan gelisah dengan tindakan kita, jadi parti mestilah ada mekanisme berkesan untuk menjawab isu-isu.

Mengenai isu Judi juga, 3 july dipilih untuk demo besar,Ust. Nasaruddin menjelaskan lesen juga akan diseret sama dengan liga-liga bola lain termasuklah Liga Piala Malaysia. harapannya semua akan dapat hadir.

Beliau juga menafikan laporan akkhbar hari ini yang mengatakan pemuda tidak setuju untuk hapus semua judi. Katanya telah berlaku kekeliruan dalam laporan yang diberikan. Yang betul ialah peringkat-peringkat bantahan, dan pemuda menegaskan pemuda menentang semua jenis judi.

Ust. Nasaruddin juga menjelaskan beliau didatangi oleh wartawan Sin Chew mengatakan kenapa pemuda bantah judi sedangkan orang cina main mahjong. Jawabnya main manjong lain tapi yang salah adalah pertaruhan yang dibuat.

Ucapan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat.

11.45 pg : Ketua Dewan Muslimah PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh, mengatakan pujian yang diberikan kepada kegiatan yang dilakukan oleh Muslimat adalah dorongan untuk gerak kerja yang akan kita lakukan bersama.

Menjawab isu yang dibangkit mengenai kelahiran anak luar nikah adalah disebabkan sukarnya urusan perkahwinan, beliau menafikan kerana dia juga disorong oleh masalah jati diri yang ada pada individu yang terlibat.

Yang bertanggung jawab untuk mendidik anak mestilah diambil oleh kita terutama mereka yang mendokong perjuangan Islam.

Media juga ada peranan dari semua jenis, supaya berperanan dengan lebih baik suapaya memberi satu gera kerja bagi membina masayarakat kearah kesejahteraan.

"Dengan kita melibatkan keluarga kita adalah tanda kasih kita kepada keluarga kita, kita tidak mampu untuk mengurung anak-anak kita tanpa mendedahkan mereka ke dalam masyarakat yang sejahtera, maka kerajakan gerak kerja jemaah dengan keluarga kita sendiri" Katanya.

Beliau juga menyambut seruan supaya muslimat ikut sama dalam demonstrasi termasuk baru-baru ini beliau mengesahkan muslimat ramai yang ikut serta.

Ucapan Dato' Ust. Abdul Halim Abd. Rahman

11.20 pg : Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Ust. Abdul Halim Abdul Rahman semasa menyampaikan ucapannya meminta supaya Pesuruhjaya PAS negeri dan YDP PAS kawasan supaya peka dengan pengundi muda dan gerakan mendaftarnya.

Perkara lain yang disentuh olehnya ialah mengenai usaha pengumpulan dana untuk pilihanraya. Baginya kalau dana seperti yang direncanakan berhasil dikumpul dan mesti dilakukan oleh pihak PAS Kawasan dengan pemantauan negeri bagi memastikan dengan dana itu kita dapat menumbangkan BN.

PAS juga akan melatih petugas PAS mengenai undang-undang pilihanraya.

Beliau juga menegaskan bahawa jumlah kerusi yang akan ditandingi sebanyak 67 dan DUN 233 tidak akan berkurang, kalau bertambah mungkin.

Ingatan yang lain ialah ada kemerosotan pengundi Melayu termasuk di Hulu Selangor dalam PRK yang lepas, sebab itu gerakan mendaftar pengundi muda mesti ditingkatkan.

'Kerajaan yang diperintah oleh PR mesti lah membantu Parti-Parti kerana merekaalah yang bertanding, kerajaan tidak bertanding." jelasnya lagi

Ucapan YB. Dr. Mariah mahmood.

10.37 pagi: Dr. Lo' Lo' Mohd Ghazali mewakilkan Dr. Siti Mariah Mahmood untuk menyampaikan ucapannya kerana beliau tidak sihat.

Lo' Lo' dalam ucapannya menyeru skuad prihatin ditubuhkan di setiap negeri dan menjalankan gerak kerja mendekati rakyat sepanjang masa bukan hanya ketika ada pilihanraya sahaja.

Seterusnya beliau menekankan mengenai tahap kebersihan masjid dan kawasan sekitar.

Katanya, sebagai ahli gerakan Islam seharusnya aspek kebersihan dititikberatkan dalam kehidupan seharian.

Teks Ucapan Perbahasan Ucapan Dasar Presiden oleh Perwakilan Perak pada Muktamar PAS Ke 56

30 Jamadil Akhir 1431H.

Berikut ini diterbitkan teks ucapan penuh Perwakilan PAS Perak, Drs. Khalil Idham Lim semasa membahas Ucapan Dasar Presiden Pas pada Jumaat lepas.

Muktamar Agung PAS Kali ke 56 itu berlangsung sejak Jumaat 11 Jun lepas dan akan berakhir pada tengahhari ini.

Saya Khalil Idham Lim perwakilan dari Perak terlebih dahulu mengucapkan tahniah dan penghargaan serta menyokong ucapan dasar Tuan Guru Presiden PAS pada kali ini dengan Tema “ ISLAM ADIL UNTUK SEMUA”.

Sesungguhnya keadilan Islam itu nampak dan terserlah apabila Muktamar pada tahun ini menyaksikan perwakilan dari dulunya Kelab penyokong PAS telah rasminya menjadi salah satu Dewan dengan nama barunya Dewan Himpunan penyokong PAS(DHPP). Itulah kebehabatan Islam dan sifat Islam yang sesuai untuk semua termasuklah dikalangan mereka yang masih belum memeluk Islam. Hari ini mereka berada dalam dewan yang mulia ini sebagai salah satu organ resmi parti dan akan menguatkan lagi perjuangan yang kita dokong bersama ini.

Kerana itu sebagai salah seorang AHLI PAS dari bukan berbangsa melayu, saya sangat terharu dan bersyukur dengan penghargaan yang diberikan kepada bangsa saya Cina, India dan lain-lain untuk sama sama berjuang dalam wadah kebenaran ini.Harapan saya kepada rakan-rakan dalam Dewan Himpunan Penyokong PAS supaya meneruskan peranan dan agenda yang selama ini melalui kelab penyokong, dengan lebih gigih dan terancang sehingga terhasilnya dan tertegaknya Islam di bumi tercinta ini.

Sesungguhnya lahirnya nya DHPP dan penerimaan orang Bukan Melayu sebagai ahli PAS merupakan satu bukti bahawa Parti PAS Bukan bersifat memperjuangkan bangsa namun ianya adalah wadah yang memperjuangkan Islam dan sifat Islam itu untuk semua bangsa yang sifatnya “rahmatan lil alamin”.

Malapetaka UMNO.

UMNO sesungguhnya membawa membawa malapetaka yang amat dasyat khususnya dalam soal agama . Pengakuan UMNO yang kononya juga memperjuangkan Islam sebenarnya difahami oleh rakyat pelbagai bangsa dan agama di Malaysia adalah satu pembohongan. Realiti yang mereka fahami dan sesungguhnya itulah yang terbentang dihadapan mata kita ialah UMNOlah yang merosakan kehidupan beragama dan berbagsa di Malaysia dulu, kini dan selamanya.

Merekalah yang telah menghapuskan tulisan jawi, membunuh Sekolah Agama Rakyat, merobohkan mesjid dan surau, Bersekongkol dengan Yahudi dengan membawa masuk APCO Ke Malaysia. Terkini meluluskan lesen judi bolasepak.

Dari imbasan dosa UMNO kepada bangsa dan agama itu , sesungguhnya yang sangat tidak kami lupakan khusus untuk Negeri Perak ialah kudeta dan rampasan kuasa yang dilakukan oleh UMNO . Saya yakin peristiwa itu akan terus berada dalam lipatan sejarah Perak yang tidak akan terpadam dan akan sentiasa kami tiupkan keteliga generasi dan anak cucu kami.

Dengan rampasan kuasa itu, rosaklah demokrasi yang selama ini kami dokongi bersama, dengan kita menyaksikan 3 orang ADUN Pakatan Rakyat dibeli oleh UMNO dan BN dan menyebabkan hak rakyat yang telah memilin Pakatan Rakyat dinafikan selepas hampir 11bulan kami menerajui Kerajaan Perak.

PAS yang diamanah sebagai Menteri Besar yang diterajui oleh YAB. DS. Hj. Muhamaad Nizar Jamaluddin tidak akan melupakan malapetaka yang dibawa oleh UMNO itu. Segala gerak kerja PAS Perak dan Pakatan Rakyat Perak selepas rampasan kuasa adalah untuk mengekalkan gelombang kebencian rakyat kepada UMNO dan memastikan kuasa yang dirampas itu kami kembali kan pada PR ke 13 akan datang.

Rampasan Kuasa di Perak sebenarnya telah membawa kepada satu anjakan sokongan dan simpati rakyat kepada PAS dan pakatan Rakyat di Perak dan gelombang itu juga sampai ke seluruh negara. Kerana itu saya menyerahkan kepada semua jentera parti untuk mengambilnya sebagaii cabaran untuk melonjakkan lagi sokongan rakyat kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

Kerana itu pemimpin PAS disemua peringkat jangan syok sendiri dan berasa duduk dizon yang selesa tanpa melakukan sesuatu untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat mengenai dosa-dosa yang dilakukan oleh UMNO kepada bangsa dan agama Islam.

Oleh itu tidak cukup dengan menyatakan kepada rakyat untuk menolak UMNO , ianya tidak akan berhasil tanpa menawarkan alternative kepada mereka. Oleh itu semua pemimpin PAS disemua peringkat,Dewan-Dewan Pemuda, Ulama, Muslimat dan DHPP, Ahli-ahli YB Ahli Parlimen dan ADUN mestilah merancang sesuatu dan sampai kepada rakyat dan pengundi dengan program dan perancangan dengan maksimumkan konsep “memasyarkatkan pas” dan “pas for all”.

Usaha yang gigih dan bersungguh-sungguh mestilah segera digerakan kerana waktu masih belum terlambat. Jangan nanti kita melepaskan peluang kemasan ini untuk memastikan lonjakan undi khusunya dari orang melayu cepat dikembalikan.

Undi Melayu tidak akan berhasil kita perolehi dengan jumlah yang lebih besar tanpa memahamkan mereka kepada dosa-dosa yang UMNO lakukan terhadap agama dan bangsa. Kita mempunyai fakta dan bukti yang jelas untuk dikemukakan secara terancang untuk menjayakan hasrat itu.

Apalagi kita mempunyaial Al Quran dan As Sunah yang perlu disampaikan dalam segala bentuk dan program bagi mengembalikan orang Melayu kepada Islam sehingga mereka merasakan sangat jijik dan berdosa bila menyokong UMNO. Kefahaman mereka kepada Islam hanyalah satu-satunya jalan paling selamat untuk menyelamatkan orang Melayu dari terus berdosa kerana berjuang dalam wadah yang salah itu.

Kalau orang-rang Islam berbondong-bondong datang kepada PAS dan gelombang itu sehingga melahirkan DHPP, kenapakah kita merasa putus asa untuk terus berusaha untuk mengembalikan sokongan orang melayu kepada PAS.

Bagi memastikan hasrat itu terlaksana dan berhasil, Perak menyarankan secara serius supaya Dewan Ulama untuk melebarkan pengaruh dan dakwah dalam konteks lebih luas dan pelbagai.

Antaranya Perak cadangkan supaya Dewan Ulama mengambil peranan untuk menyemarakkan sisitem pendidikan Islam dalam segala bentuk di seluruh negara khususnya di negeri yang telah dikuasai oleh Pakatan Rakyat dan di negeri-negeri lain.

Dewan Ulamak mesti memastikan dengan penyeliaan dan pemantauan yang rapi untuk memastikan urusan ulamak perlu berkerja lebih keras untuk menarik sokongan orang Melayu.

Dicadangkan mereka yang dipilih untuk menggalasa aman ini adalah mereka yang betul-betul layak, bukannya tangkap muat sahaja.sehingga hasrat dan disebutkasn tadi masih kaku dan tidak bermaya

Pakatan Rakyat

PAS Perak bersyukur kerana di Pejabat PAS Perak di IPOH pada awal pagi 9 Mac 2008 disitulah telah tertubuhnya satu gagasann yang dinamakan Barisan rakyar, seterusnya dipersetui dengan nama yang bermain di bibir rakyat Malaysia iaitu Pakaran Rakyat (PR).

Mungkin dengan latarbelakang penubuhan tersebut maka Alhamdulillah Allah telah memberi Taufik dan HidayahNya kepada kepimpinan PAS di Perak untuk menjadikan Pakatan Rakyat sebagai satu wadah yang dominan untuk mengalahkan UMNO dan BN sekali lagi.

Bermula dengan Pesuruhjaya PASPerak pada masa itu, Ust. Ahmad Awang dan dengan serius diteruskan oleh Pesuruhjaya sekarang, Ust. Abu Bakar Hussain. Pakatan Rakyat Perak terus diperkuatkan untuk memastikan Kuasa rakyat dikembalikan dengan wadah ini.

Pakatan Rakyat di Perak diterajui oleh Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat Perak yang bermesyuarat setiap dua minggu sekali dan lebih kerap bila ada keperluan sehingga sekarang. Semasa kita menerajui Kerajaan Perak, Majlis inilah yang menetukan dasar dan hala tuju Kerajaan Negeri selama hamper 11 bulan. Sekaligus merelisasikankan konsep parti menguasai kerajaan.

Kesepaduan ahli Mesyuarat yang dianggotai oleh PAS, DAP dan PKR dengan menggilirkan pengerusi mesyuarat sesungguhnya menguatkan kesefahaman dan kesepaduan antara kami. Masalah dana diselesaikan secara bersama untuk menjayakan program sehingga saya rasakan , InsyaAllah kami akan terus bertambah kuat dari masa kesemasa demi satu hasrat murni untuk menaghancur dan menruntuhkan kezaliman UMNO dan BN di Perak.

Keujudan PR di Perak rasa betul-betul ujud dan bukan satu angan-angan dan omong kosong. Apabila satu Sekretariat PR negeri juga diujudkan. Keangotaannya seramai 6
orang dengan 2 wakil dari satu parti.

Selain itu kami juga telah menyelesaikan penubuhan Sekretariat PR Parlimen di 24 parlimen seluruh Perak. Hasil yang kami dapat lakukan sekretariat ini ialah berhasilnya 2 konvoi Pakatan Rakyat . untuk kali pertama dengan 2 buah bas , sebuah ke utara dan sebuah ke selatan.

Konvoi kali ke 2 pada Sabtu yang lepas iaitu dengan melibatkan dua buah bas dan 60 ahli konvoi dikalangan Pimpinan PAS, DAP dan PKR, Para ADUN dan lainnya dengan laluan konvoi yang melibatkan DUN majority pengundi Melayu berhasil kami laksanakan.

Sebanyak 12,000 risalah mengenai Judi, APCO dan Isu melayu yang lain telah kita habiskan.

Diperingkat Negeri juga telah tertubuhnya Sekretariat Pemuda PR dan Sekretariat Wanita PR. Malah lebih mengukuh bila ke dua sayap penting ini sedang melebar dengan penubuhan Sekretariat Wanita dan Pemuda di peringkat parlimen.

Tujuan saya menggariskan keberadaan PR di Perak adalah dengan satu hasrat supaya ianya mesti diperkasakan dengan segera disemua peringkat di seluruh negara. Pemimpin PAS di semua Peringkat mesti mengambil peranan yang proaktif untuk memastikan gagasan PR terus diperkuatkan .

Tahaluf siyasi yang kita fahami bersama mestilah di teruskan dengan usaha yang bersungguh-sungguh untuk memastikan keperluan dan kepentingan gagasan ini benar-benar menjadi satu keperluan kepada realiti PAS tidak boleh memerintah bersendirian. Kami di Perak sangat memahaminya .

Dengan penegasan bahawa PAS tetap pada pegangan aqidah dan landasan yang asal dan sebenar. Pakatan Rakyat perlu diperkasakan dengan alasan :-

1. Perak sangat yakin PAS ada identity dan kekuatan tersendiri , , ianya terbukti dan diakui oleh kawan dan lawan. Kerana itu PAS mampu menjadi peneraju untuk memperkuatkan PR

2. Perak juga yakin dengan hiasan akhlak Islam itu sentiasa berlapang dada tanpa mengungkit siapakah sebenarnya ada jentera dan sebagainya kerana musuh sebenar PAS adalah UMNO dan BN bukan rakan dalam PR. Semangat kebersamaan dan berkerja untuk PR perlu lebih tekun di tanam kepada penyokong PAS oleh pemimpin disemua peringkat.

3. Pengukuhan negeri yang masih di bawah PR dengan pemantauan oleh PR Pusat dan Peranan JK displin yang mesti diperkasa dan ada peranan, adalah usaha untuk memastikan wajah pakatan Rakyat terus “berseri dan Anggun” dan memastikan sokongan besar rakyat dalam Pilihanraya akan datang. Hasilnya bukan saja kita pertahankan yang telah mempertahankan negeri yang sedia ada dan merampas negeri yang masih berada di tangan UMNO dan BN, seterusnya juga menghasilkan hasrat untuk ke Putera Jaya dengan wadah Pakatan Rakyat.

Peranan PAS di Peringkat Antarabangsa

Di peringkat Antarabangsa Isu yang terpenting adalah Isu pembebasan masjid al-Aqsa seterusnya kemerdekaan negara Palastin dari cengkaman yahudi laknatullah., Isu ini bukan isu bangsa Arab Palastin sahaja tetapi adalah isu umat islam seluruh dunia. Di dalam al-Quran Allah S.W.T mennyebut secara jelas tentang keberkatan al-Aqsa dan sekelilingnya:-

Maha suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), Yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui. (al-Isra : 1)

Bumi Palastin adalah bumi para Anbiya’ yang dipilih oleh Allah taala. Masjid a-Aqsa adalah qiblat pertama umat Islam.

Penubuhan negara haram Israil adalah hasil kejayaan gerakan Zionist yang dikemudi oleh pemimpin-pemimpin Eropah dan Amarika Syarikat , Gerakan Zionist ini mempunyai matlamat yang jelas antaranya ialah :-

1. Penubuhan negara Israil di Palastin merentasi antara sungai Furat di Iraq dan Sungai Nil di Mesir.

2. Saluran utama bagi Kaum Salib Eropah untuk menyentuh dan menguasai jantung dunia Islam iaitu Palastin.

3. Menghapuskan kekuatan Arab dan Islam dan menguasai kekayaan harta dan tanah mereka seterusnya mengekalkan perpecahan dan peperangan antara mereka.
Oleh itu penyelesai dengan nama perdamaian yang diatur oleh barat adalah sia-sia dan hanya menguntungkan pihak yahudi sahaja kerana mereka sudah merancang untuk menjajah palastin dengan apa cara sekalipun. Jalan terakhir untuk membebaskan palastin adalah gerakan jihad yang telah dilaksanakan Hamas dan sahabat-sahabat mereka.

Oleh itu Pas sebagai gerakan Islam perlu terus memainkan peranan lebih Serius untuk memastikan hak rakyat palastin di kembalikan kerana kebanyakan rakyat Malaysia masih kabur dan jahil tentang keadaan sebenar tentang masjid al-Aqsa dan Palastin. Diantara gerak kerja yang perlu dilaksanakan ialah :-

1. Menyediakan seberapa ramai pendakwah yang berkemahiran tentang al-Aqsa dan palastin.
2. Mengadakan Seminar-seminar yang mendedahkan tentang al-Aqsa dan Palastin di semua peringkat.
3. Bekerjasama di peringkat antarabangsa dengan parti-parti Islam dan juga pertubuhan-pertubuhan islam dalam menyebarkan kefahaman yang jelas tentang isu-isu Palastin.
4. Menguruskan bantuan Kewangan untuk rakyat Palastin.
5. Doa secara berterusan dikalangan Rakyat.

Ucapan YB. Dr. Syed Azman

10.00 pagi : Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat, Dr. Syed Azman Syed Nawawi menjelaskan sumbangan Presiden PAS diperingkat Antara bangsa dalam pembebasan Palestin dan Mesjil Aqsa.

Kita juga memandang berat masalah serantau seperti isu umat Islam Moro di Mindanao dan umat Islam di Selatan Thai. Kerana kawasan yang ada konflik ini adalah rakan serantaun kita,khusunya Patani yang bersempadan dengan negara kita.

Kita mengambil pendekatan tanpa mencari publisiti dengan menjaga sensitiviti. Sumbangan juga diberikan melalui yayasan Amal di Mindanao.

Ucapan Sdr. Hanifa Maidin dan Hj. Anuar Tahir

10.28 pagi: Anuar Tahir dalam ucapannya memohon pimpinan semua negeri mengaktifkan kembali Lajnah Pekerja yang dilihat semakin sepi.

Ini kerana ujarnya, PAS bertanggungjawab membela nasib pekerja kerana mereka adalah aset negara.

"Pekerja adalah jantung negara dan pekerja-pekerja inilah yang memberikan sokongan kepada PAS dan Pakatan Rakyat," katanya.

10.11 pagi: Hanipa Maidin mengulas idea yang dikemukakan perwakilan Tambun untuk menyaman perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak atas isu APCO.

Beliau berkata seboleh-bolehnya PAS mengelakkan daripada berbuat demikian kerana mendakwa mahkamah Malaysia 'tidak boleh diharap'.

Menyentuh mengenai isu kezaliman zionis pula, beliau berkata kezaliman itu harus dikaitkan juga dengan Umno.

Ini kerana menurutnya, mengikut pengalaman beliau menyoal jawab pihak polis yang menjalankan tugas menahan pimpinan PAS yang terlibat dengan demonstrasi, mereka mengakui tindakan itu dilakukan atas arahan Umno BN.

Selain itu beliau turut menyeru seluruh perwakilan menjadikan muktamar sebagai medan untuk meluahkan pandangan dan mengaplikasikan prinsip kebebasan bersuara yang diperjuangkan.

Ucapan YB. Dr. Mujahid Yusof Rawa.

9.45 pagi : Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional, Dr. Mujahid Yusof Rawa mengimbau penubuhan Kelab Penyokong PAS yang akhirnya disahkan oleh Majlis Syura Ulama sebagai Dewan Himpunan PAS.

"Dengan sokongan padu dari Mursyidul Am dan Presiden maka berhasilnya penubuhan Dewan Himpunan PAS(DHPP)." katanya.

Bagi tujuan untuk mengawasi DHPP dibimbing dengan tujuan untuk memastikan DHPP tidak menyeleweng dengan dasar perjuangan PAS, maka diadakan Lembaga Penasihat, yang dipengerusikan oleh YB. Salahuddin Ayub. Mereka juga juga mengadakan baih dengan 5 baih yang diikrarkan baru-baru ini semasa pelancaran DHPP.

Dr. Mujahid menegaskan dengan adanya lembaga Penasih itu, ahli PAS tidak perlu bimbang dengan DHPP.

"apa yang kita lakukan tidak akan keluar dari prinsip-prinsip syariah kerana kita dipandu oleh Majlis Syura Ulama " Ucapnya mengakhiri ucapannya.

Ucapan Sdr. Mazlan Aliman.

9.40 pagi : Sdr. Mazlan Aliman yang juga pengerusi Lajnah Peneroka dan Tanah Kita akan mengadakan himpinan peneroka terbesar di Felcra Hulu Perak yang merupakan yang terbesar di Malaysia pada 1 Ogos ini.

"Bagi saya masyarakat Melayu boleh berubah, betul sebelum ini saya juga begitu tetapi bila kita turun ke padang dengan kerja buat kita dan pertolongan Allah, insyaAllah undi mereka akan berubah dengan syarat kita berkerja dengan secara kolektif." tegasnya.

Belolau juga mengatakan Lajnahnya menerbitkan buku-buku, Contohnya Felda sudah saman saya dengan buku "dulu tolong serang jadi along". buku terbaru juga telah dikeluarkan.

Ucapan Hj. Mohd Sabu.

9.30 pagi : AJK PAS Pusat yang juga Pengerusi Lajnah Mobilisasi, Hj. Mohd Sabu menegaskan Kita akan membuat mobilasikan rakyat untuk menolak BN dan akan berjaya bila mendapat sokongan dari semua parti dan Pakatan Rakyat.

"Jangan malukan Presiden PAS yang duduk dalam JK Muasasah Al Quds. Presiden menjajikan untuk bina mesjid dan sekolah di Gaza, Presiden PAS tidak ada duit maka kita mesti mengutip derma dan kita melancarkan kutipan derma."

Ucapan Dr. Dzulkifli Ahmad

9.15 pagi : Pengerusi Lajnah seni dan kebudayaan PAS Pusat, YB. Dr. Dzulkifli Ahmad mengucapkan terimakasih kepada kepimpinan Mursyidul Am, Tok Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Presiden PAS yang mendahului dengan penubuhan Lajnah yang paling bari itu.

Katanya UMNO akan menyerang kita dengan serangan pemikiran menjadikan kita sendiripun keliru. sebenarnya pas adalah siyasat al Dakwah.

Beliau mempersoalkan "apakah kita kehilangan sokongan orang Melayu, adakah dakwah dan siasah perkara yang berada disisi lain. bahawa kita perlu memainkan isu selama ini cantik seperti kalimah Allah kita dahulukan dakwahnya dan selepas itu siasah/politik pula. begitu juga isu judi.

Sehubungan itu beliau menafikan bila kita mengejar undi pengundi bukan Melayu, kita akan kehilangan undi Melayu, maka ini adalah dakyah UMNO dan saya nafikan dakyah ini.

Ucapan penangguhan di hari terakhir Muktamar.

30 Jamadil Akhir 1431H.

8.45 Pagi : Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, DS. Muhammad Nizar Jamluddin ucapan penggulungan setelah Muktamar bersambung semula sebentar tadi.

Katanya Sebelum ini orang cina termasuk pimpinan DAP di Perak dan Sarawakbenci kepada PAS, dan menurutnya apa yang dimaklumkan mereka dapat menerima PAS seplepas 10 bulan setengah memerintah Peak kerana PAS tidak ada sifat perkauman.

"jangan ada pimpinan PAS dan penyokong PAS ada sifat perkauman seperti yang pernah dinyatakan oleh pemimpin DAP.mari kita buangkan sentimen perkauman kerana ia tidak ada tempat dalam perjuangan PAS" ,katanya.

Kita dibekalkan dengan Isu Kalimah Allah, Judi dan APCO ddan gunakan sepenuhnya oleh pimpinan PAS dengan mengadakan ceramah kelompok di kampung-kampung untuk sampaikan kepada rakyat. Katanya lagi.