07 June 2010

Zikir dan doa.

24 Jamadil Akhir 1431H.
ENTAHLER TAH

Terdapat beberapa pertanyaan tentang doa yang khusus bagi kaum wanita samada dewasa dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari terperangkap dalam situasi yang boleh membawa kepada rogol, pencabulan dan lebih dahsyat lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan.

Maka di sini, selain doa dari hadis sohih pelindung setiap kali keluar rumah Iaitu :-

رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ

DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM

Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)

Ingin saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.


اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ


DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA'LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA 'ALA ZAWJI FALA TUSALLIT 'ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM

Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim" ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )

Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersoifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.

Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.

Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri.

Doa ringkas selepas solat

24 jamadil Akhir 1431H.
Esbee Ai




Maksudnya:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

Makna Kesabaran

24 Jamadil Akhir 1431H.
agussyafii

Dan orang-orang yang bersabar karena mencari keridhaan Tuhannya, mendirikan sholat dan menafkahkan sebagian rizki yang Kami berikan kepada mereka secara sembunyi atau terang2an serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang2 itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik (QS. ar-Ra'd : 22).

Dahulu kala ada seorang raja yang pada suatu ketika meletakkan sebongkah batu besar di sebuah jalan raya. Kemudian ia bersembunyi untuk melihat apakah ada orang yang menggeser batu besar yang merintangi keleluasaan lalu lintas itu. Beberapa saudagar terkaya dan bangsawan kerajaan itu, ketika berhadapan dengan batu besar itu lantas membelokkan langkah, mengitarinya agar bisa lewat.

Banyak yang dengan lantang mengecam raja karena tidak memperhatikan keberesan kondisi jalan; tetapi tak seorangpun berbuat sesuatu untuk menyingkirkan batu besar itu. Kemudian lewatlah seorang petani, membawa sayur-sayuran. Ketika langkahnya terhambat sesampainya di perintang jalan itu, ia meletakkan bebannya lalu berusaha menggeser batu besar itu ke pinggir. Dengan susah payah, ia akhirnya berhasil.

Ketika petani itu hendak mengangkat lagi sayur-sayuran bawaannya tadi, dilihatnya ada sebuah dompet tergeletak di tengah jalan, ditempat batu besar tadi berada. Dompet itu berisi uang emas yang tidak sedikit serta sepucuk surat dari raja yang menyatakan bahwa uang emas itu diperuntukkan bagi orang yang menyingkirkan batu besar itu dari tengah jalan.

Dari kejadian itu si petani menarik pelajaran yang takkan pernah dimengerti oleh banyak orang : "setiap rintangan merupakan peluang untuk memperbaiki keadaan". Itulah makna kesabaran.

RM525 juta: Duit halal hasil judi?

24 Jamadil Akhir 1431H.
Angkasanuri

RM 525 juta, Banyak tu !!! Tan Sri Vincent Tan berjanji akan memberi' sedekah' sebagai membersihkan dosa lesen judi yang diberi kepada syarikatnya oleh kerajaan 1Malaysia.

Setelah menghalalkan lesen judi bola, saya tidak nampak kerajaan 1Malaysia melihat jumlah RM 525 juta yang ingin disedekahkan oleh Vincent Tan sebagai duit haram.

Lagipun Vincent Tan kata itu duit untuk kerja-kerja amal kebajikan. Bukan digunakan sebagai 'pelaburan' untuk membeli undi atau pun rasuah kepada mana-mana YB yang hendak menjadi wakil rakyat bebas.

Lagipun nilai RM 525 juta sangat banyak berbanding maruah wakil rakyat bebas yang dikatakan cuma bernilai RM 2 juta je. Saya merasakan tidak akan ada tawaran 'sedekah' dari Vincent Tan kalau beliau tidak mendapat nasihat daripada pihak tertentu.

Bagi pemimpin yang berfikiran sosialis dan kapitalis mereka tak dapat beza antara duit halal dan duit haram. Bagi mereka duit tu sama sahaja, semua peluang yang ada mereka sapu!

Tetapi bagi mereka yang berpegang kepada ajaran agama lebih-lebih lagi penyokong dan pendokong gerakan Islam, walaupun cuma 5 sen kalau sumber haram, ia tetap haram.

Tidak ada kaedah menghalalkan cara seperti program Loteri Kebajikan yang popular zaman pemerintahan Umno-Barisan Nasional satu ketika dahulu.

Tergamakkah pemimpin Umn0-BN yang menyokong judi menerima sedekah RM 525 juta dari Vincent tan untuk digunakan membina surau atau masjid?

Jika tidak pun didermakan melalui Majlis Agama Islam negeri-negeri untuk diagihkan kepada semua masjid dan surau sepanjang bulan Ramadhan nanti untuk digunakan untuk majlis berbuka puasa atau program mengimarahkan bulan Ramadhan?

Jika Umno-BN tetap berkeras ingin menghalalkan lesen judi, maka saya yakin mereka juga tak ragu-ragu untuk menerima duit sedekah dari hasil judi!Lebih-lebih lagi tokoh-tokoh agama dalam Umno pakat-pakat bisu dalam isu judi. Diam tanda setuju!

Pulau Pinang tetap larang judi sukan

24 Jamadil Akhir 1431H.

Kerajaan Pulau Pinang tidak akan berganjak daripada keputusannya melarang judi sukan di negeri itu walaupun terdapat rayuan daripada hartawan Tan Sri Vincent Tan dari Berjaya Corp.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng memberitahu satu sidang akhbar hari ini bahawa keputusan itu urusan kerajaan negeri.

Beliau menolak justifikasi Tan bahawa mengharamkan lesen tersebut akan meningkatkan lagi pertaruhan haram dan Lim menyifatkannya sebagai "pandangan peribadi (Tan). Itu haknya."

"Pendirian kita adalah jelas. Ia (judi) adalah keterlaluan dan harus ada pengurangannya," katanya selepas pelancaran Festival Georgetown di Hotel Berjaya hari ini.

Bagaimanapun, tambah Lim, beliau "terbuka" kepada rayuan.

Semalam, Tan yang memiliki syarikat Ascot Sport yang mendapat lesen terebut, berjanji untuk menderma lebih setengah bilion ringgit untuk tujuan kebajikan.

Tan juga menegaskan bahawa langkah menghalalkan judi pertaruhan sukan, akan membantu menangani kegiatan pertaruhan haram.

Tan dilaporkan berkata, beliau akan "merayu dan terus merayu" kepada kerajaan negeri Pakatan berhubung larangan tersebut.

Sementara itu Lim pula berkata beliau belum sebarang rayuan, tetapi mengesahkan bahawa surat rasmi telah dikeluarkan untuk memaklumkan kepada Ascot mengenai larangan tersebut.

Beliau yakin Ascot akan mematuhi keputusan kerajaan negeri mengenai perkara itu.

Menjawab soalan, Lim berkata kerajaan negeri tidak bercadang untuk memantau aktiviti taruhan haram judi sukan.

"Jika ada pertaruhan haram berlaku, ia menjadi tugas (agensi) penguatkuasaan dan polis," tambahnya.

Beliau menambah, pertaruhan melalui telefon dan internet adalah di bawah dalam bidang tugas Telekoms, dan bukan kerajaan negeri.

"Anda harus bertanya kepada perdana menteri tentang hal ini, bukan saya," katanya. Malaysiakini/-

Wartawan Kecil dalam Taman Ekspo Dunia 2010 di Shanghai

24 Jamadil Akhir 1431H.



Yu Shiyao, seorang gadis berusia 12 tahun belajar di sekolah rendah tahun ke-6. Yu Shiyao kini diberi tugas sebagai wartawan Akhbar Tuan Rumah Kecil Shanghai. Mereka dibawa oleh guru ke Taman Eskpo Dunia 2010 Shanghai untuk membuat wawancara dengan pelancong asing.

--"Belgium is famous for chocolate. What do you think people like them so much?"

--"Black chocolate, Belgium is do it best in the world."

Demikian wawancara yang dibuat oleh Yu Shiyao di Pavilion Belgium

Menurutnya, dia sudah "bekerja" di Akhbar Tuan Rumah Kecil selama tiga tahun. Biasanya, mereka membuat wawancara dalam bahasa Mandarin. Yu Shiyao dan rakan-rakannya membuat persiapan untuk melakukan wawancara dalam bahasa Inggeris dalam Ekspo Dunia Shanghai. Sam Lynn, warga Australia yang bertugas sebagai guru Inggeris Akhbar Tuan Rumah Kecil satu tahun yang lalu. Beliau membantu para wartawan kecil tersebut membuat persiapan. Selari dengan tema Ekspo Dunia kali ini, iaitu "Bandar Berikan Kehidupan yang Lebih Baik", Sam mengemukakan beberapa topik mengenai pembangunan bandar supaya wawancara wartawan kecil itu lebih teratur.



Akhbar Tuan Rumah Kecil merupakan surat khabar yang amat popular di kalangan anak-anak muda. Atas panduan orang dewasa, kanak-kanak yang berusia 15 tahun ke bawah bertugas untuk melakukan wawancara, mengedit dan menerbitkan surat khabar ini. Sejak ditawarkan pada 20 tahun yang lalu, akhbar ini memberikan peluang yang berharga bagi kanak-kanak yang bercita-cita menceburkan diri dalam bidang media pada masa depan.

Tan Tian yang berusia 10 tahun baru sehaja menganggotai pejabat akhbar ini. Dia suka berkomunikasi dengan orang yang berbeza. Tabiatnya yang sebelum ini malu bercakap turut terubah. Dia menanti-nantikan aktiviti wawancara ini untuk mendapatkan pengetahun yang tidak pernah diajar oleh guru dalam bilik darjah.

Zoran Netkovic, seorang pelancong asing dari Serbia berasa amat gembira ketika diwawancara oleh wartawan kecil itu dalam bahasa Inggeris. Menurutnya, aktiviti seumpama ini bukan sahaja membantu memupuk keupayaan kanak-kanak, tetapi juga berfaedah bagi masa depan pembangunan sesebuah negara. CRI/-

Dong Shi Xiao Pin : Seperti Dong Shi Meniru Gaya Jelitawan Mengerut Dahi

24 Jamadil Akhir 1431H.



Peribahasa "Dong Shi Xiao Pin", yang boleh diterjemahkan dalam bahasa Melayu sebagai "seperti Dong Shi meniru gaya jelitawan mengerut dahi", membawa pengertian yang sama dengan "Han Dan Xue Bu". Ceritanya begini:

Pada zaman purba kala, di Negeri Yue, ada seorang wanita yang terkenal kerana kejelitaannya. Namanya ialah Xi Shi. Malangnya si cantik ini menghidap penyakit jantung sejak masih muda. Setiap kali diserang sakit jantung, dia akan mengerut dahinya dan tangannya akan mendakap dadanya dengan kuat.

Dong Shi, seorang wanita yang sangat hodoh ialah seorang jiran Xi Shi. Pada suatu hari, ketika dia bersiar-siar di kawasan sekitar kampung, dia bertemu dengan Xi Shi. Dia berasa amat iri hati terhadap kecantikan Xi Shi. Jadi, selepas balik ke rumahnya, dia memutuskan untuk meniru gaya Xi Shi, sama ada gaya berjalannya mahupun gaya Xi Shi mengerut dahi.

Maka, setiap kali dia keluar bersiar-siar di kawasan sekitar kampung, dia sengaja mengerut dahinya sambil meletakkan tangan pada dadanya.

Malangnya, setiap kali melihat gaya si hodoh itu, penduduk di kampungnya segera mengunci pintu rumah masing-masing dengan ketat, kerana semua mereka takut melihat wajahnya

Dalam cerita ini, si hodoh itu telah menyalahfahamkan gaya mengerut dahi yang dilakukan oleh Xi Shi sebagai sejenis kecantikan yang luar biasa. Namun, dia tidak tahu mengapa perbuatan tersebut boleh menjadikan seseorang kelihatan lebih cantik. Pada hakikatnya, perbuatannya itu pula mengakibatkan wajahnya menjadi bertambah hodoh dan dia semakin dijauhi orang.

Sekarang, kita menggunakan peribahasa ini untuk mempersenda perbuatan meniru kelebihan orang lain secara membuta tuli yang hanya akan mendatangkan hasil yang negatif. CRI/-

PAS bangga keberanian sukarelawan kemanusiaan Gaza

24 Jamadil Akhir 1431H.

PULAU PINANG, 6 Jun: PAS berbangga dengan keberanian dan semangat kental yang ditunjukkan sukarelawan bantuan negara ke Gaza walaupun dikepung dan dipenjarakan di Israel namun semangat mereka tetap kental dan percaya pengalaman tersebut boleh dimanfaatkan kepada rakyat negara ini.

Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa (gambar) semasa ditemui selepas merasmikan Konvensyen PAS Pulau Pinang di Dewan Sunshine Square Bayan Baru pagi tadi menegaskan, apa yang mereka korbankan demi menyelamatkan rakyat Gaza di Palestin amat dihargai walaupun gagal untuk meneruskan perjalanan kerana diserang dan dikepung oleh tentera rejim Israel di laut antarabangsa.

Katanya, kepulangan mereka dianggap satu pengorbanan yang cukup besar dan bakal menambah semangat rakyat Malaysia untuk terus membantu dan menghantar misi bantuan sekerap mungkin.

"PAS ucap tahniah dan berbangga dengan semua aktivis sukarelawan yang telah mewakili berbagai agensi, persatuan dan badan bukan kerajaan (NGO) yang sanggup berhadapan dengan ancaman tentera Yahudi," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bachok.

Menurut beliau lagi, semua pengalaman tersebut akan dipersembahkan kepada rakyat yang cintakan keamanan di samping menerangkan saat-saat genting ketika berhadapan dengan tentera zionis.

Apa pun tambahnya, semasa pertemuan di meja bulat Majlis Pakatan Rakyat, Jumaat lepas beliau mencadangkan supaya misi bantuan ke Gaza dijadikan agenda tahunan bukan setakat melaksanakannya mengikut keperluan.

Ini kerana, ujarnya rakyat Malaysia khususnya amat prihatin apabila menyebut soal Palestin di mana mereka sanggup memberikan apa sahaja demi maruah umat Islam di sana.

"Memandangkan umat Islam di Malaysia prihatin terhadap kesengsaraan penduduk di Palestin, maka menjadi kewajiban kita teruskan usaha murni menghantar bantuan beserta dengan sukarelawan ke sana walaupun diancam keganasan Yahudi laknatullah," ujarnya.

Sementara itu, 12 sukarelawan negara ini yang ditawan oleh tentera rejim Israel pagi Isnin lepas selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 5.45 pagi ini.

Mereka yang berlepas dari Istanbul, Turki adalah aktivis dan wakil media yang menyertai Misi Talian Hayat Untuk Gaza (LL4G) yang berada di kapal Mavi Marmara yang diserang dan ditawan tentera rejim Israel itu.

Mereka terdiri daripada ketua misi daripada HaluanPalestin, Noorazman Mohd Samsuddin bersama empat rakannya, Dr Mohd Arbai’e Syawal, Dr Syed Muhammad Haleem Syed Hasan al-Haddad, Al-Hami Husain Suhaimi dan Mohd Nizam Mohd Awang.

Selain mereka ialah Hasanuddin Mohd Yunus (Aqsa Syarif), Jamuliddin Elias (Yayasan Amal), Dr Selamat Aliman (JIM), Abdul Halim Mohd Redzuan (Muslim Care), Mustafa Mansur (Mapim) serta wartawan dan jurukamera Astro, Ashwad Ismail dan Shamsul Kamal Latif.
Harakahdaily/-

MIC untung 3 kali, Umno pulang tangan kosong!

24 Jamadil Akhir 1431 H
Oleh: Iskandar A Samad

Kemenangan BN di Hulu Selangor dikatakan memberi suntikan semangat kepada Umno di Selangor. Tetapi betulkah begitu?
Umno sebenarnya tidak dapat apa-apa dari kemenangan tersebut. Malah rombakan kabinet minggu lepas menunjukkan bahawa MIC yang untung besar.

Mula-mula calon MIC telah menang dan MIC mendapat seorang ahli Parlimen.
Kemudian bekas calon MIC untuk kerusi itu pada PRU 2008, G. Palanivel, telah dilantik sebagai Senator. Beliau tidak dipilih menjadi calon untuk pilihanraya kecil baru-baru ini kerana dikatakan tidak popular. BN telah memilih P. Kamalanathan walaupun Palanivel adalah pilihan MIC. Saya yakin perlantikan sebagai Senator ini adalah janji BN kepada MIC setelah tidak menurunkan Palanivel sebagai calon. Oleh itu, MIC mendapat seorang Senator.

Kemudian pada rombakan kabinet minggu lepas, MIC dapat lagi durian runtuh. Palanivel telah dilantik Timbalan Menteri.

Jadi MIC mendapat seorang ahli Parlimen, seorang Senator dan seorang Timbalan Menteri. Apa yang UMNO dapat?

Pemimpin UMNO berkokok seluruh negara tentang kemenangan BN tetapi pada hakikatnya UMNO pulang dari Hulu Selangor dengan tangan kosong.

* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.

Harakahdaily/-

MIC untung 3 kali, Umno pulang tangan kosong!

24 Jamadil Akhir 1431 H

Kemenangan BN di Hulu Selangor dikatakan memberi suntikan semangat kepada Umno di Selangor. Tetapi betulkah begitu?
Umno sebenarnya tidak dapat apa-apa dari kemenangan tersebut. Malah rombakan kabinet minggu lepas menunjukkan bahawa MIC yang untung besar.
Mula-mula calon MIC telah menang dan MIC mendapat seorang ahli Parlimen.

Kemudian bekas calon MIC untuk kerusi itu pada PRU 2008, G. Palanivel, telah dilantik sebagai Senator. Beliau tidak dipilih menjadi calon untuk pilihanraya kecil baru-baru ini kerana dikatakan tidak popular. BN telah memilih P. Kamalanathan walaupun Palanivel adalah pilihan MIC. Saya yakin perlantikan sebagai Senator ini adalah janji BN kepada MIC setelah tidak menurunkan Palanivel sebagai calon. Oleh itu, MIC mendapat seorang Senator.

Kemudian pada rombakan kabinet minggu lepas, MIC dapat lagi durian runtuh. Palanivel telah dilantik Timbalan Menteri.

Jadi MIC mendapat seorang ahli Parlimen, seorang Senator dan seorang Timbalan Menteri. Apa yang UMNO dapat?

Pemimpin UMNO berkokok seluruh negara tentang kemenangan BN tetapi pada hakikatnya UMNO pulang dari Hulu Selangor dengan tangan kosong.

* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.

Harakahdaily/-

Pimpinan PR bersama rakyat dari blog Pas Pasir Salak.

23 Jamadil Akhir 1431H.
http://paspasirsalak.blogspot.com/

















Mari pecahkan kepungan gazza

23 Jamadil Akhir 1431H
http://akhisalman.blogspot.com/

Gazza menggemparkan alam lagi. Setelah gazza menggemparkan dunia dengan pejuang-pejuang Islam mencapai kemenangan dalam peperangan gazza (link). Gazza menggemparkan dunia dengan 6 kapal bantuan kemanusian telah datang membawa bantuan kemanusian yang melibatkan 650 aktivis dari seluruh dunia termasuklah penerima Nobel, ahli parlimen dari lebih 40 negara termasuklah Malaysia. Sudah 9 misi kapal bantuan kemanusian yang memecah kepungan gazza ini yang datang untuk memberi bantuan kepada penduduk gaza yang telah disekat oleh Israel sejak 12 julai 2007, limanya berjaya sampai ke gazza.

Apabila kapal-kapal ini sampai lebih kurang 130 batu dari pantai gazza pada pukul 4.30 pagi. Hanin az-Zogbhi Anggota parlimen Arab di Israel yang turut berada diatas kapal Mavi Marmara menceritakan bahwa beliau melihat 14 bot tentera komanda Israel mendekati mereka dimana setiap bot membawa 10 komando dan juga helicopter yang menurunkan komando yang lengkap bersenjata. Hanin berkata tentera-tentera elit ini ini telah melepaskan tembakan sebelum sampai ke dalam kapal. Para aktivis tidak membawa apa-apa senjata tajam atau senjati api. Malahan penganjur telah menyediakan pinggan dan sudu pelastik supaya tidak berlaku apa-apa keganasan. Serangan berlaku semasa mereka masih berada dalam perairan antarabangsa bukannya di perairan Israel atau Gazza dan perbuatan tentera Israel ini adalah perbuatan lanun dan mencabul hak-hak2 kemanusian.

Hanin berkata lagi ada 3 orang yang cedera parah dan perlu dirawat dan beliau telah meminta bantuan dari tentera Israel dengan bahasa ibrani dan bahasa inggris tetapi tidak dilayan dan akhirnya mereka mati.Wakil rakyat Kuwait at-Tabtabai berkata beliau telah ditegah dari masuk tandas (semasa ditahan) selama 24 jam. Juru Gambar al-Jazeera yang meminta kepada tentera Israel supaya tidak merosakkan kamera video dan Cuma mengambil pita rakaman sahaja tetapi tidak dipedulikan oleh komando. Komando itu memusnahkan kamera video itu dan menyuruh al-Jazeera untuk mengantikannya. Tahanan-tahanan diseksa secara mental dan fizikal. Mereka juga disuruh untuk mentanda tangani dokumen yang mengakui mereka sudah melanggar undang-undang.

Khalid Masyal Ketua Politik HAMAS berkata:

قد بدأت عسكريا بشجاعة تقاتل إسرائيل فاختم حياتك بشجاعة بفتح معبر فتح بشكل دائم“


Wahai Husni Mubarak sepertimana engkau mulakan kerjamu sebagai panglima tentera (sebelum jadi prseiden) dengan penuh keberanian dengan menyerang dan mengalahkan tentera Israel hendaklah kamu akhiri hidupmu dengan tindakan keberanian juga iaitu dengan membuka Laluan Rafah secara kekal.”

Kemudian Kerajaan Mesir hanya membuka secara untuk dua tujuan 1. Bantuan kemanusian 2. perjalanan individu.

Khalid Masy’al berterima kasih dalam hal ini tetapi menyatakan masih tidak cukup kerana perlu dibuka secara sepenuhnya.

Syeikh Abdul Majid Zindani seorang Ulama Yaman berkata kepad Mesir


لو فتحتم معبر رفح ولم تستسلموا لضغوطات دوليه لما وقعت هذه المجزرة“


Kalaulah kamu buka laluan rafah dan tidak tunduk kepada tekanan antarabangsa pastilah tidak akan berlaku pembunuhan beramai-ramai ini.”

Perdana Menteri Ordogan berkata dalam parlimen:

“ Kalaulah semua negara-negara dunia hanya senyap dan berpaling ke belakang. Turki tidak sama sekali berpaling kebalakang membiarkan gazza terus dikepung oleh Israel.”

Kepungan Israel yang bermula dari 12 julai 2007 inilah menjadi punca kepada segalanya berlaku. Ada tujuh tempat laluan yang menghubungkan palestin dan dunia luar melalui jalan darat. Salah satunya adalah laluan rafah. Kepungan ini menyebabkan pengangguran meningkat menjadi 65 %, kefakiran meningkat kepada 80% dan telah ditutup 3500 pusat-pusat industri dan perniagaan. Oleh kewajipan yang perlu lakukan tidak kira secara induvidu, persatuan, parti politik, jemaah Islam, kerajaan adalah untuk menekan dan melakukan tindakan sehinggalah Israel tidak mengepung lagi. Adakah kita bersenang lenang sibuk berbalah sesama sendiri tetapi tidak ada usha yang serius dan berperancangan untuk memastikan kepungan ini berakhir? Jangan biarkan isu ini sejuk apabila tawanan telah dilepaskan. Ingatlah bahawa kepungan ini merangkumi daratan, lautan dan Udara.

Setiausha PBB Ban ki mon berkata "Kalau Israel mengikut permintaan Antarabangsa nescaya tidak berlaku peristiwa ini"

Kita Mahu PBB bertindak bukan sahaja berkata2. Kalau polis hanya berkata kepada perompak yang telah membunuh mangsanya yang berada di depannya "Kalau kamu tidak merompak kan tidak berlaku kematian ini." dan tidak membuat apa2 tindakan. Maka perompak itu pasti akan terus merompak dan membunuh lagi kerana polis hanya menasihati dan membiarkannya.

Tindakan kita:

1.Nyatakan kemahuan kita untuk merungkai kepungan Israel ini di dalam blog, face book, my space dan lain-lain.

2.Jika kerajaan berlemah lembut dalam hal ini, hendaklah persatuan, NGO, parti politik menekan kerajaan untuk menekan negara Islam (OIC) , PBB dan negara-negara arab untuk memberi tekanan kepada Israel.

3.Pihak kerajaan cuba menghubungi kerjaaan turki untuk merencana bagi menekan Israel. Kerajaan turki setakat ini yang bersungguh untuk menekan Israel.

4.Satu lagi Amerika juga sangat penting untuk ditekan. Amerikalah yang menghalang dari keputusan PBB dalam perjumpaan tergempar (sejurus selepas kejadian ini berlaku) untuk mengecam Israel. Kalau mengecam pun Amerika tidak bagi, apalagi hendak membuat tindakan.

5.Menekan PBB untuk membuat siasatan dan mengheret Israel ke Mahkamah jenayah antarabangsa.

6.Setiap individu, persatuan dan kerajaan wajib memboikot. Jangan boikot bermusim. Pengerusi Kesatuan Islam Sedunia Bagi Ulama Muslimin menyatakan berdosa besar membeli barangan Amerika dan Yahudi.

7.Kerajaan hendaklah memberi tekanan kepada Mesir supaya membuka laluan Rafah secara kekal.

XPDC Pakatan Rakyat capai matlamat.

23 Jamadil Akhir 1431H.

KUALA KANGSAR, 5 Jun :- XPDC Pakatan rakyat dengan matlamat utamanya untuk menemukan pimpinan pakatan Rakyat negeri Perak dengan rakyat bawahan telah dilakukan dengan jayanya dan mencapai matlamat dan sasaran yang telah ditetapkan. XPDC kali yang kedua itu telah diadakan sepanjang hari bermula dari Bandar Diraja Kuala kangsar dengan melibatkan 2 buah bas. Kedua-dua bas tersebut akhirnya berkhir di Bagan Datoh dan sebuah lagi di Seri manjung.

Jumlah keseluruhan peserta yang mengikuti XPDC ialah seramai 60 orang yang terdiri dari pimpinan Pakatan Rakyat, ADUN PR dan Pimpinan lain. Tidak ketinggalan dari mereka adalah para rakan blogger.

Berikut ini adalah beberapa koleksi gambar yang sempat saya ambil dalam kesibukan mengurus rombongan tersebut.


Bertemu rakyat dan minum petang di Pasti Bt. 14 Lekir.



Gambar semasa bertemu rakyat dan penyampaian sumbangan di Markaz Pemuda Kg. Bahagia Teluk Intan.



















Majlis penerangan di Pejabat Pusat Khidmat Penyelia DUN Sungai manik Pakatan Rakyat








Bertemu Rakyat di Stesen Bas Pekan Kg. Gajah





Bertemu dengan masyarakat di Pekan Bota, Parlimen Parit.





Bertemu dengan rakyat di pekan manong, parlimen Kuala Kangsar.






Rombongan menaiki bas.





XPDC Pakatan Rakyat Perak Siri 2: Langkap

23 jamadil Akhir 1431H.
http://ajijoi.blogspot.com/

LANGKAP 5 JUN: Jam 2.30 petang, kami tiba di Pusat Khidmat Masyarakat PKR Dun Sg Manik, Langkap.

Kelihatan ramai yang telah menantikan ketibaan rombongan xpdc ini di sana.

Teruja bersalaman dengan Dato Seri Haji Nizar

Ustaz Ahmad Awang, YB Drs Khalil Idham Lim,
Tuan Haji Razman Zakaria (YDP Lenggong) dan
YB Zainuddin Yusuf

Pengerusi majlis pada petang ini

Menyampaikan ucapan alu-aluan kepada rombongan
xpdc PR Perak

Berehat di bawah teduhan bendera PKR

YB Yunus Jamhari menyampaikan ucapan daripada
pihak PKR selaku tuan rumah


Dikesan 3 orang SB yang berdiri merakam dan memerhatikan
majlis pada petang ini


Muslimat juga turut sama memeriahkan majlis

Giliran Dato Ngeh Koo Ham pula untuk berucap

Rakaman tetap diteruskan. Untuk menyaksikan rakaman
tersebut, anda terpaksalah mencari di blog mereka


Dato Seri Nizar menyampaikan ucapannya

Mesej yang tetap sama dibawakan kepada masyarakat
bahawa judi itu tetap HARAM.