02 June 2010

Mavi Marmara dikosongkan, nasib aktivis tidak tentu

18 Jamadil Akhir 1431H.
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 1 Jun: Laporan terakhir mengenai keadaan misi kemanusiaan Freedom Flotilla yang diserang oleh komando rejim Israel menyebut bahawa sejumlah 535 penumpang sudah diturunkan dari kapal Mavi Marmara.

Menurut laman web Haluan Palestin, kapal itu kini dilabuhkan di Ashdod dan dalam keadaan kosong.

Informasi yang diungkapkan oleh Al-Jazeera tersebut diperolehi dari Kementerian Luar Negeri Israel.

Kebanyakan penumpang berasal dari negara yang memiliki hubungan diplomatik dengan Israel, seperti Lubnan, Mesir, Yaman dan yang lainnya sementara bakinya berasal dari negara yang tidak memiliki hubungan diplomatik dengan Israel.

Bagi aktivis yang berasal dari negara yang memiliki hubungan diplomatik, jika mereka tidak membantah arahan pemerintah, maka Israel maka mereka akan dihantar pulang secara langsung dengan menaikkan pesawat yang disediakan di bandar Tel Aviv.

Manakala bagi aktivis yang negaranya tidak memiliki hubungan diplomatik, ditahan oleh Israel hingga ada negara ketiga yang mahu menerima mereka.

Sehingga laporan ini dicatatkan, Al-Jazeera menyatakan ada 48 aktivis yang telah dihantar pulang, salah seorangnya adalah Edward Peck, warga yang berusia 81 tahun yang juga merupakan mantan Duta Amerika Syarikat.

Bakinya sejumlah 480 orang ditahan di penjara Israel di Beersheba. Mereka akan dihantar pulang jika urusan perundangan mereka dengan kerajaan Israel selesai.

Najib rombak kabinet.

18 Jamadil Akhir 1431H.

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sebentar tadi mengumumkan rombakan Kabinet.

Pengumuman tersebut menjawab teka-tek yang bertiup kencang tentang rombakan kabinet yang dikatakan akan berlaku sejak beberapa hari lepas. Rombakan itu ialah :-

1. Datuk Chor Chee Heung - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (sebelum ini Timbalan Menteri Kewangan)

2. Datuk G. Palanivel - Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi

3. Datuk Richard Riot - Timbalan Menteri Luar (Ahli Parlimen Serian)

4. Datuk Donald Lim Siang Chai - Timbalan Menteri Kewangan

5. Datuk Manglin Dennis D'Cruz - Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

6. Datuk Rohani Abdul Karim - Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

7. Datuk Lee Chee Leong - Timbalan Menteri Dalam Negeri (sebelum ini Timbalan Menteri Luar)

8. Gan Ping Sieu - Timbalan Menteri Belia dan Sukan

9. Jelaing anak Mersat - Timbalan Menteri Pengangkutan (sebelum ini Timbalan Menteri Dalam Negeri)

10. Chua Tee Yong - Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (Ahli Parlimen Labis)

11. Heng Seai Kie - Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

UMNO PATUT MALU DENGAN DAP : PAS PERAK

18 Jamadil Akhir 1431H.
Mohd Hafez Sabri

IPOH, 1 JUN, Pesuruhjaya PAS Perak hari ini menegaskan dalam kenyataannya medianya bahawa UMNO patut malu dengan pendiriaan DAP yang turut sama mahukan supaya lessen judi sempena kejohanan piala dunia 2010 diharamkan serta merta bagi mengelakkan gejala tidak bermoral menular di negera ini.

Menurut beliau, UMNO perlu sedar bahawa bukan PAS dan KEADILAN sahaja yang menentang kejahilan UMNO dalam isu pengharaman lesen judi ini, bahkan DAP yang ahli dan pimpinannya yang majoriti dikalangan bukan Islam juga turut menentang kejahilan UMNO dalam isu pemberian lesen judi ini.

Beliau menjelaskan bahawa UMNO juga sepatutnya mencontohi tindakan yang diambil oleh kerajaan pakatan rakyat di Selangor, Kedah dan Pulau Pinang dalam menyekat mudharat judi yang akan merosakkan seluruh rakyat Malaysia dengan cara mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) mengeluarkan surat kepada pengusaha loteri akan pengharaman lessen perjudian sempena kejohanan bolasepak piala dunia ini

Menurut beliau, PAS Perak khususnya akan terus konsisten menentang dan mendesak semua jenis perjudian tidak kira kecil atau besar yang melibatkan umat Islam khususnya diharamkan, perkara ini penting kerana judi adalah satu perkara jelas bertentangan dengan dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh Allah SWT dalam Al Quran dan sunnah.

Beliau menambah lagi, PAS begitu kecewa dengan sikap pimpinan melayu UMNO yang terus mempertahankan kejahilan mereka dalam menentang hukum yang di tetapkan Allah SWT, bagi PAS jika UMNO begitu degil dalam mempertahankan kejahilan mereka dengan membelakangkan perintah Allah SWT, maka sudah tiba masanya seluruh umat Islam di Malaysia memilih PAS sebagai wadah perjuangan mereka agar kesucian agama Islam itu
dapat dipelihara berdasarkan perintah Allah SWT.

Sehubungan dengan itu beliau juga menegaskan bahawa, PAS Perak juga akan terus konsisten bersama Pakatan Rakyat dalam menentang kejahilan UMNO mempertahankan untuk meneruskan lesen judi ini.

PAS PERAK GESA SOLAT HAJAT DAN DOA QUNUT NAZILAH PERLU KONSISTEN

18 jamadil Akhir 1431H.
Mohd Hafez Sabri

IPOH, 1 JUN, Pesuruhjaya PAS Perak hari menyatakan bahawa PAS Perak mengharapkan agar umat Islam terus konsisten dalam melakukan solat hajat serta bacaan qunut nazilah bagi mengharapkan bantuan ALLAH SWT keatas umat Islam Palestin serta menyelamatkan delegasi misi bantuan keamanan ke Palestin yang diserang dengan cara tidak berperikemanusiaan oleh tentera zionis Israel semalam.

Menerut beliau kita sebagai umat Islam perlu menyedari bahawa sekarang segala pintu dan jalan keluar buat saudara-saudara kita di Gaza semakin tertutup, bermula dengan pemotongan bekalan air, elektrik dan komunikasi, disusuli dengan pengeboman keperluan-keperluan awam seperti hospital dan pasaraya, ditambah lagi dengan sekatan ketat yang menghalang bantuan antarabangsa dari aspek perubatan, makanan dan kemanusiaan, apa lagi yang kita boleh harapkan? Dalam kata mudahnya, mereka seolah-olah terkepung, terperangkap dan hanya menunggu masa untuk dibunuh sewenang-wenangnya oleh rejim Israel.

Lantas, adakah kita akan terus-menerus mengalah dengan berada di bawah naungan keegoan Israel yang bongkak ini selama-lamanya? Dengan dominasi mereka yang menguasai politik, ekonomi dan ketenteraan dunia, ini tidak harus jadi sebab kita mati rasa dan mengiyakan semua penguasaan mereka. Ingat, dalam kerendahan, kemiskinan dan serba kekurangannya kita, kita tetap masih mempunyai doa. Sesungguhnya doa itu di sisi Allah S.W.T. amat tinggi nilainya, jelas beliau

Oleh itu umat Islam perlu yakin dengan janji ALLAH SWT di dalam Al Quran, Allah berfirman di dalam Surah As-Saff ayat ke-8 “ Mereka ingin dan berusaha untuk memadamkan cahaya agama Allah, tetapi Allah tetap akan menyempurnakan cahaya agamanya miskipun orang-orang kafir enggan menerimanya, tetap menentang dan menolaknya” Ini adalah janji Allah SWT kepada hambanya dan ayat wajib tersemat di hati setiap umat Islam.

Sehubungan dengan itu beliau meminta agar seluruh ahli PAS di peringkat cawangan, kawasan serta negeri Perak khususnya, agar meneruskan solat hajat dan doa qunut nazilah dengan kosisten serta yakin dengan janji Allah SWT “ Dan ada lagi kurniaan lain yang kamu sukai iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat waktunya. Dan sampaikanlah berita gembira ini kepada orang-orang yang beriman.(As-Saff :13)

PAS serah memo ke Kedutaan Amerika, bantah Israel


18 jamadil Akhir 1431H.
Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 1 Jun: PAS hari ini menyerahkan satu memorandum ke Kedutaan Amerika Syarikat bagi mendesak negara itu menghentikan bantuan askar mereka kepada Israel untuk mencabul hak dan menzalimi rakyat Palestin.

Penyerahan memorandum tersebut diketuai Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa bagi mewakili Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Turut serta pada penyerahan itu termasuk Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub, AJK PAS Pusat, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, Dr. Dzulkefly Ahmad serta Dr. Lo' Lo' Ghazali.

Memorandum serupa turut diserahkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diwakili Naib Presidennya Mustafa Kamil Ayub, R.Sivarasa Rasiah dan disertai Pengarah Strategik Tian Chua, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar serta Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin.

Manakala memorandum dari Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) diserahkan oleh Setiausaha Agungnya, Mohd Azmi Abdul Hamid.

Lebih 200 warga prihatin turut berhimpun menyatakan bantahan di hadapan bangunan kedutaan tersebut dengan membawa sepanduk bantahan dan poster mengecam tindakan biadab rejim Zionis Israel.

Penyerahan hari ini ekoran serangan berdarah tentera rejim Zionis Israel terhadap kapal Konvoi Bantuan Antarabangsa ke Gaza pagi semalam yang mengorbankan sekurang-kurangnya 20 orang sukarelawan yang menyertainya.

Memorandum itu juga turut mendesak Amerika supaya memaksa sekutu kuat mereka Israel meletakkan senjata dari terus meratah nyawa dan darah umat Islam Palestin.

Nasharuddin sewaktu bercakap kepada media mengecam sikap Amerika yang dilihat merestui tindakan Israel apabila hanya diam membisu biarpun askar-askar sekutu mereka itu melakukan pembunuhan kejam terhadap peserta konvoi tersebut.

Selain itu Israel dan Amerika, kerajaan Mesir juga ujar Nasharuddin, perlu dikutuk oleh seluruh negara di dunia ini kerana menjadi penyebab bantuan terpaksa diserah melalui jalan laut setelah negara itu menutup laluan darat di sempadan Rafah.

Sebagai tanda bantahan, Malaysia digesa memutuskan hubungan dengan Mesir serta-merta demi nyawa dan darah rakyat Palestin serta aktivis yang menjadi mangsa serangan tentera Israel.

"Kita mahu kerajaan Malaysia menyatakan sikap dan pendirian dan memberikan tekanan kepada kerajaan Mesir yang merupakan penyebab utama kegagalan masuknya barang-barang bantuan ke Gasa setelah sempadan Rafah ditutup oleh Mesir," katanya.

Selain itu juga kerajaan Malaysia perlu proaktif menggesa Persidangan Negara-negara Islam (OIC) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) agar segera bersidang.

Sementara itu lebih 50 ahli Pemuda Barisan Nasional berkumpul di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Jalan Dungun, Kuala Lumpur menyatakan kemarahan mereka.

Mereka juga memijak sebelum membakar bendera Israel sebelum menyerahkan memorandum yang mengecam tindakan Yahudi itu kepada penyelaras PBB di Malaysia, Kamal Malholtra.

Pada serangan ke atas kapal Mavi Marmara yang turut membawa 12 rakyat Malaysia pagi semalam, sekurang-kurangnya 20 aktivitis pro Palestin dibunuh manakala puluhan lagi cedera.

Kapal itu dan penumpangnya yang ditawan itu kemudiannya dibawa ke Haifa untuk dipenjarakan.

Sementara itu AFP yang memetik laporan radio awam Israel hari ini melaporkan sekurang-kurangnya 480 aktivis pro-palestin ditawan dan dihumban ke penjara Ashdod di selatan Israel. Harakahdaily/-

Mahasiswa Malaysia Di Mesir Mengecam Serangan Terhadap LL4G

18 Jamadil Akhir 1431 H
Oleh : Ibnu Ir fadzil

PMRAM Mengecam Tindakan Kejam Zionis Israel

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) hari ini melahirkan rasa kesal dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan biadab dan kejam regim Zionis Israel yang menyerang armada kapal induk Mavi Marmara yang membawa misi kemanusiaan konvoi bantuan antarabangsa Gaza.

Serangan Israel yang dilancarkan pagi tadi menyebabkan sehingga kini 16 orang syahid dan 30 lagi cedera. Sehingga kini dilaporkan 9 orang warga Turki dan bakinya adalah dari negara Arab yang terkorban di dalam misi kemanusiaan terbesar ini.

Konvoi kemanusiaan Gaza-Freedom Fotilla untuk rakyat Gaza ini yang membawa 7 buah kapal dan membawa sejumlah besar aktivis sukarelawan yang terdiri daripada ulamak, ahli parlimen, ahli akademik, petugas media, aktivis, seorang kanak-kanak berumur kurang daripada satu tahun dan juga seorang warga emas berumur lebih daripada 80 tahun.

Konvoi ini juga diketuai oleh sebuah NGO daripada Turki iaitu Insani Yardim Vakfi (IHH) yang membawa 10,000 tan bantuan kemanusiaan untuk rakyat Gaza. Selain itu, terdapat lebih daripada 50 buah negara menyertai konvoi terbesar ini. Bahkan, tiada sebarang bentuk persenjataan dibawa oleh sukarelawan konvoi walaupun tujuan untuk mempertahankan diri.

PMRAM mendesak dan menggesa Kerajaan Malaysia, anggota PBB, OIC, pemimpin-pemimpin politik, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan semua pihak bangkit mengutuk tindakan kejam Zionis Israel dan menuntut agar misi kemanusiaan terbesar ini dibenarkan masuk serta dapat menghantar bantuan ke bumi Palestin Gaza.

PMRAM juga menyeru kepada semua ahli PMRAM dan mahasiswa Islam di bumi Mesir agar melakukan Solat Hajat dan Qunut Nazilah bagi mendoakan keselamatan aktivis konvoi dan rakyat Palestin.

Mohd Faizzudin Ghazali
Ketua Badan Penerangan Dan Penerbitan
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2010

Sumber : Berita PMRAM
www.pmram.org

Mahasiswa Malaysia Di Mesir Mendirikan Solat Hajat Untuk Konvoi Gaza

18 Jamadil Akhir 1431 H
Oleh : ibnuirfadzil.blogspot.com

Konvoi Gaza : Solat Hajat Dan Qunut Nazilah Benteng Kita - Presiden PMRAM

KAHERAH, 1 Jun – Dunia hari ini sedang menyaksikan kekejaman tentera Zionis Israel. Kekejaman demi kekejaman telah dilakukan oleh pihak Yahudi itu sangat membimbangkan seluruh masyarakat dunia yang cintakan keamanan dan keadilan.

Namun, pada hari ini kebanyakkan pemimpin-pemimpin besar dunia seolah-olah membisu dan meredhai setiap perbuatan yang dilakukan oleh tentera Zionis Israel itu. Pencabulan hak asasi dan kemanusiaan itu wajar dikutuk oleh seluruh negara-negara Islam bahkan seluruh negara-negara yang cintakan kepada keamanan.

Presiden PMRAM, Saudara Shahrizan Mohd Hazime ketika ditemui semalam, menyeru semua pihak agar memainkan peranan masing-masing serta menggesa kuasa besar dunia membuat sebarang tindakan kepada Israel.

“PMRAM juga mengecam Amerika Syarikat sebagai kuasa besar dunia yang hanya membiarkan tindakan zalim yang dilakukan”

“Kita sentiasa bersama-sama dengan umat Islam diseluruh dunia yang inginkan keamanan serta menuntut keadilan, kita tidak akan berdiam dengan isu yang melanda umat Islam pada hari ini, kita optimis dengan kebangkitan Islam suatu hari nanti dan tanah suci Palestin pasti akan dibebaskan. Ini adalah janji Allah SWT kepada kita” ujar Presiden PMRAM.

Presiden PMRAM itu juga menyeru seluruh ahli PMRAM dan mahasiswa Islam yang berada dibumi Mesir agar melakukan Solat Hajat dan Qunut Nazilah sebagai benteng utama dalam menghadapi kezaliman.

Semalam menyaksikan beberapa buah BKAN menganjurkan Solat Hajat dan Qunut Nazilah iaitu Selangor, Johor dan juga Terengganu.

Pelancaran Gotong Royong Rakyat

18 Jamadil Akhir 1431 H
Oleh: safarizal saleh

30 Mei 2010 (IPOH) - Dewan Pemuda PAS Negeri Perak telah mengorak langkah melancarkan program Gotong-Royong Rakyat sebahagian daripada konsep Negeri Bekerbajikan yang bertujuan membantu rakyat telah di lancarkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Manjoi baru-baru ini.

Program ini telah disempurnakan oleh Ustaz Zawawi Hassan, Ketua Pemuda PAS Perak. Hadir sama semua pimpinan Pemuda PAS Perak dan Pemuda PAS Kawasan-kawasan seluruh negeri Perak.

Kelainan program ini di DUN Manjoi ialah dengan mengadakan program kursus menghapuskan Aedes yang semakin membiak luas di sekitar Jalan Juara, Kampung Manjoi.

'Kita akan sama-sama bekerjasama membersihkan dan berusaha menghapuskan Aedes yang amat berbahaya' nyata Zawawi di dalam ucapan perasmiannya

Manakala Zairul Azrun Zainal Abidin yang juga Ketua Pemuda PAS Tambun pula berkata 'kita berharap dengan usaha gotong-royong ini akan menghapuskan Aedes yang mengacam kita sekarang ini'

'Program seumpama ini telah kita rancang dan seluruh kawasan Parlimen akan kita adakan program yang sama' tegas Salman Saleh selaku Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan yang juga Naib Ketua Pemuda PAS Perak.

Gotong-Royong Rakyat ini adalah medium untuk Pemuda PAS bersama dengan rakyat seluruhnya bagi mempertejemahkan konsep bekerbajikan yang selama ini di bawa oleh Pakatan Rakyat.

DUN Manjoi yang di pilih bagi tujuan pelancaran yang akan digerakkan ke seluruh kawasan Parlimen dalam bentuk program yang sama. Ianya juga sebagai usaha Pemuda PAS untuk membuka ruang bersama rakyat.

Pemuda Pakatan Rakyat Ipoh Timur lakar sejarah

18 Jamadil Akhir 1431 H
Oleh: safarizal saleh

28 Mei 2010 (IPOH) - Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur telah berjaya merintis menubuhkan Jawatankuasa Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Kawasan Parlimen Ipoh Timur bersama Pemuda Sosialis DAP dan Angkatan Muda PKR yang pertama di negeri Perak.

Hadir semasa pertemuan bagi menubuhkannya ialah Salman Saleh, Ketua Pemuda PAS Ipoh Timur yang juga Naib Ketua Pemuda PAS Perak; Ray Ng, Timbalan Ketua DAPSY Ipoh Timur dan Megat Muhamad Faizal Megat Yunus, Ketua AMK Ipoh Timur.

Antara yang turut hadir ialah Ahmad Faisal Mohd Puaid, Timbalan Ketua Pemuda PAS; Ahmad Shahril Jalaludin, Naib Ketua Pemuda PAS; Hui Chung Chun, Setiausaha DAPSY dan Safarizal Saleh, Ketua Penerangan yang juga Setiausaha Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Perak.

Kejayaan menubuhkan Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Ipoh Timur ini akan memantapkan lagi kerjasama kompenen di dalam Pakatan Rakyat kelak. Sekretariat ini juga telah merancang untuk mengadakan pelancarannya pertengahan bulan Julai ini nanti.

Sekretariat ini juga merancang untuk mengadakan program-program bersama termasuk dengan YB Lim Kit Siang, Ahli Parlimen Ipoh Timur.

MEREKA ADA GAS DAN GAM, KITA ADA GAB

18 Jamadil Akhir 1431 H
Oleh: WFAUZDIN NS

GAS (Gerakan Anti Samy) semalam baru sahaja menyemburkan `gas'nya walaupun disedut dengan pantas oleh geng-geng Samy. Maka, GAS pun dianggap gagal kerana jauh dari sasarannya untuk mengumpulkan lebih kurang 15 ribu para penyokongnya agar boleh bikin Samy kecut perut. Ternyata yang hadir dikatakan hanya sekitar 3, 500 sahaja yang masih ada `gas' untuk berdepan dengan Samy. Tentu Samy dan juga GAM (Gerakan Anti Mugilan) bersorak besar dengan keaiban yang diterima oleh GAS yang dikatakan `proksi' Umno itu.

Kita yang berada di luar ini hanya menonton drama demi drama oleh parti-parti komponen Bn ini setelah MCA baru selesai menayangkan drama mereka.

Kita penuh yakin bahawa drama-drama ini akan berterusan sehingga Pilihanraya Umum ke 13 nanti kerana kebanyakan pemimpin di dalam parti komponen Bn telah mulai kenal wajah Umno.Jika mereka boleh mempromosikan GAS dan GAM, kita juga akan cuba mempromosikan GAB pula. GAB (Gerakan Anti Bn) sebenarnya telah lama berjalan dan kini telah mula menampakkan hasilnya, cuma jenama GAB sahaja yang belum dipromosikan secara meluas. Mungkin tidak salah jika pimpinan di dalam PR mula memperkenalkan jenama terbaik GAB ini.

Kita jangan peduli samada GAS atau GAM yang berjaya, samada Samy akan berundur atau tidak, yang penting adalah GAB akan beroleh kejayaan. Nampaknya mereka semakin bimbang dengan keutuhan PR apatah lagi melihat kepada kesefahaman di antara PAS dan DAP yang sukar untuk kepala otak pimpinan Umno memikirkannya.

Najib kini dilihat tiada arah di dalam dasar dan prinsipnya yang kejap-kejap berubah. Najib perkenalkan MEB kununnya untuk menandingi dasar PR, tetapi baru berdepan dengan beberapa desakan NGO yang diketuai oleh Ibrahim Al-Kataki, Najib terketar-ketar mengumumkan bahawa sebenarnya MEB belum muktamad. Rupa-rupanya selama ini Najib bercakap benda yang belum muktamad. Inikah PM yang dikatakan Obama Presiden Amerika memujinya dan ingin mencontohi dan belajar dasar ekonomi dari Najib?

Percayalah, apabila Najib berdepan dengan kaum bukan Melayu nanti, Najib akan memaklumkan bahawa MEB sudah dimuktamadkan. Tidak hairanlah jika rakyat bukan Melayu kini semakin tidak mempercayai apa jua yang keluar dari mulut Najib. Di dalam kenyataan beliau berkenaan MEB yang belum muktamad itu, Najib pun menyebut betapa Islam sendiri pun memerintahkan berlaku adil tidak mengira apa jua bangsa dan agama. Mengapa Najib tidak menyebut tentang lesen judi bola yang diluluskannya itu? Tidak berjumpakah Najib tentang ayat Al-Quran berkaitan judi?

Pemimpin yang terlalu banyak berbohong dan retorik akhirnya cepat diketahui rakyat. Tidak seperti pemimpin PR yang konsisten apabila menyebut tentang dasar dan perjuangan kepada rakyat. Bahkan, pemimpin PR sanggup berdebat bila-bila masa sahaja dengan pemimpin Umno berkaitan apa jua dasar agar kesemua rakyat berbilang kaum tahu dan menilai dasar siapakah yang lebih adil. Masalahnya, belum ada sejarah Najib berani untuk berdebat dengan pemimpin PR. Kerana apa? Ini adalah kerana Najib terlalu banyak hipokrit serta terlalu banyak membohongi rakyat.

Najib gagal di dalam semua aspek kerana itu dikatakan bahawa negara ini menuju ke arah bankrap. Tiada siapa pun di kalangan menteri beliau yang mampu membantunya bahkan lebih ramai hanya mendekati Najib untuk mencium tangannya sahaja. Jika dahulu Umno menuduh ekonomi negara terganggu kerana perjuangan reformasi yang dibawa oleh DS Anwar, kini dikatakan pula negara akan bankrap kerana adanya dasar subsidi kerajaan kepada rakyat selama ini. Begitulah lintang pukangnya bacaan ekonomi Najib sehinggakan beliau benar-benar hilang idea untuk membangunkan negara ini. Untuk menguatkuasakan larang penjualan rokok 14 batang pun tidak menjadi dan bertangguh, apa mahu diharapkan dengan dasar yang lebih besar?

Tiada cara lain lagi melainkan GAB perlu diperkuatkan. Bukan sahaja Najib perlu disingkirkan dari memimpin negara ini bahkan Bn juga mesti dinyahkan. Jika mereka sendiri sudah tidak yakin untuk membangunkan negara dengan berbagai dasar yang lintang pukang, rakyat perlu memilih kerajaan baru untuk menyelamatkan negara ini.

IPMM DESAK KERAJAAN MALAYSIA HENTIKAN KHIDMAT APCO DAN KONSISTEN DALAM MENYELESAIKAN ISU HAK KEMANUSIAAN

18 Jamadil Akhir 1431 H

IPOH, 1 JUN, Pengarah Institut Pemikir Muda Malaysia (IPMM) Saudara Mohd Hafez Sabri mendesak agar Kerajaan Malaysia menghentikan serta merta penggunan APCO serta agensi dan konsultan yang berkaitan dengan Israel. APCO yang mula bertapak di Malaysia pada
1 September 2009.

Menurut beliau, Jika benar kerajaan Malaysia mengutuk tindakan Israel merampas dan menyerang kapal 'Mavi Marmara' serta mengakibatkan kematian dan syahidnya 16 orang aktivis dan cederanya lebih 32 orang atas misi untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan bagi penduduk GAZA,

Kerajaan Malaysia perlu buktikan dengan jelas dengan memberhentikan serta merta khidmat APCO yang bernilai bernilai RM20 juta itu. Konvoi kapal Freedom Flotilla dalam perjalanan membawa lebih 10,000 tan bekalan bantuan kemanusiaan ke Gaza. Konvoi ini membawa kira-kira 10,000 tan barangan bantuan. Seramai lebih 540 orang menaiki kapal Mavi Marmara, termasuk ahli parlimen, ahli akademik, petugas media,
ulamak, seorang kanak-kanak berumur kurang daripada satu tahun dan juga seorang warga emas berumur lebih daripada 80 tahun.

IPMM mewakili generasi anak muda mencadangkan beberapa usaha yang mesti digerakkan untuk menunjukkan konsistensi kita dalam berhadapan dengan isu yang membabitkan hak kemanusiaan.

Menurut beliau lagi, pihaknya menggesa agar rakyat Malaysia menyatakan bantahan samada menyertai himpunan untuk menyerahkan memorandum di setiap pejabat konsul Israel dan kedutaan Amerika, Menulis surat kepada Perdana Menteri Malaysia selaku Penaung kepada Tabung Bantuan Kemanusiaan Palestin berhubung dengan tindakan lanun menyerang kapal konvoi supaya memanggil siding trgempar OIC dan mengheret Israel ke
muka pengadilan.

Sehubungan dengan itu Menurut Pengarah Hubungan Luar & Antarabangsa Institut Pemikir Muda Malaysia, Saudara Abdul Rahman Jabir beliau juga turut menggesa agar Anak muda mesti bangkit dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin untuk survival mereka untuk mempertahankan tanah air dan hak mereka. Memetik ucapan beliau “ Ini soal kemanusiaan yang harus kita dokong bersama, Generasi muda perlu meneliti usaha seorang aktivis kemanusiaan daripada Amerika, Rachel Corrie, 23 tahun. pada 6
tahun lepas yang nekad meninggalkan Amerika dalam misi untuk membantu Gaza dan akhirnya mati dibunuh ketika beliau nekad menghalang bulldozer rejim Zionis daripada meroboh rumah-rumah Palestin. Malah, satu yayasan telah ditubuhkan iaitu Rachel Corrie Foundation for Peace & Justice. Corrie tidak pernah kenal patriotisme yang buta. NGO anak muda dan seluruh pertubuhan non partisan mesti menjiwai semangat anak muda ini.”

Selain itu Institut Pemikir Muda Malaysia juga menggesa supaya Parlimen membuat sidang khas berhubung dengan isu serangan tentera rejim Zionis supaya resolusi dapat dikeluarkan. Bagi gerakan anak muda ini sekarang bukan masanya hanya sekadar mengutuk serangan dan mengeluarkan kenyataan yang tipikal dan bosan setiap kali peluru membunuh nyawa rakyat yang tidak berdosa di bumi Palestin.

Pihak IPMM juga menggesa agar rakyat Malaysia teruskan member sumbangan derma dan bantuan kemanusiaan dengan menyokong sebarang usaha yang dibuat oleh Viva Palestin. Penyertaan rakyat dan pelajar Malaysia dalam konvoi Viva Palestin pada Disember 2009 lepas perlu dicontohi walaupun telah digagalkan daripada memasuki Gaza atas maksud
kemanusiaan.

Konvoi Gaza: PAS desak PBB, OIC bertindak segera

18 Jamadil Akhir 1431 H
Wan Nordin Wan Yaacob

KUALA LUMPUR, 31 Mei: PAS mendesak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Negara-negara Persidangan Islam (OIC) segera bertindak terhadap serangan tentera Israel ke atas Konvoi Bantuan Antarabangsa Gaza, pagi ini.

Sehingga kini, dilaporkan 16 aktivis kemanusiaan yang berada di atas kapal berkenaan meninggal dunia yang turut disertai wakil Malaysia.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, akan mengadakan himpunan aman membantah serangan tersebut di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat, selepas solat Jumaat, 4 Jun ini.

Sehubungan itu, PAS mengajak orang ramai juga menyertai himpunan aman tersebut.

Ujarnya lagi, PAS kesal dan mengutuk serangan ke atas aktivis kemanusiaan ini sambil menyifatkan ianya sebagai satu lagi kekejaman Israel.

"Kita mahu Malaysia selaku negara anggota OIC segera mencadangkan sidang tergempar bagi menyatakan pendirian dalam isu ini," ujarnya lagi.

PAS juga, katanya akan menganjurkan persidangan khas mengenai perkara itu.

Dalam pada itu, Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata, kekejaman Zionis ini mesti dikutuk segera oleh masyarakat dunia.

"Mari kita sama-sama bermunajat menyelamatkan Gaza dan Masjid Al-Aqsa," katanya.

Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad pula meminta supaya rakyat dinegara ini melakukan solat hajat dan Qunut Nazilah bagi mendoakan keselamatan anggota konvoi ini dan rakyat Palestine.

Semua masjid dan surau diminta mengadakan majlis solat hajat besar-besaran minggu ini sebelum demontrasi besar bersama NGO dan penyokong soladariti Palestine Jumaat ini di hadapan kedutaan Amerika.

Selain itu, Ketua Dewan Muslimat PAS N.Selangor, Wan Hasrina bt Wan Hassan melahirkan kekesalan terhadap Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) yang dilihat masih berdiam diri dari menyelamatkan Konvoi Kemanusiaan tersebut.

"Kami menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan untuk bangkit menyatakan sokongan kepada Rakyat Palestin dan kita juga mengecam Amerika Syarikat yang membiarkan saja kekejaman yang dilakukan oleh tentera Israel," katanya.

Harakahdaily/-

Dunia jadi saksi kekejaman zionis Yahudi di perairan antarabangsa

18 Jamadil Akhir 1431 H
Haluan Malaysia

PERBUATAN jijik dan amat memalukan yang dilakukan oleh rejim Israel pada hari ini (31Mei) dengan mengarahkan komando tentera lautnya menyerang kapal misi kemanusiaan Lifeline for Gaza (LL4G) “MV Mavi Marmara” sehingga mengakibatkan 20 orang terbunuh dan puluhan lagi penumpang yang tidak bersenjata cedera terkena tembakan telah menzahirkan betapa kejam dan ganasnya rejim Israel yang terkutuk itu.

HALUAN Malaysia selaku ketua NGO delegasi Malaysia ke LL4G dengan ini mengajak seluruh lapisan masyarakat, tidak kira kaum ataupun agama, agar segera mengutuk dan mencela Israel atas sikap kurang ajar mereka ke atas pelayaran damai (Freedom Flotilla) yang membawa barangan keperluan hidup harian kepada penduduk Gaza yang semakin terhimpit dek tekanan ketenteraan, ekonomi dan kemanusiaan oleh rejim Israel di bawah pemimpin-pemimpin mereka yang mendapat dokongan kuat Amerika Syarikat dan Britain.

“Kami ingin menegaskan bahawa penindasan Israel ke atas rakyat Palestin dan kini pembunuhan terbuka di atas kapal penumpang “MV Mavi Marmara” dengan penggunaan peluru hidup ke atas penumpang yang sedang tidur telah menzahirkan sikap ganas Israel yang jelas menyalahi undang-undang antarabangsa dari segi hak asasi kemanusiaan mahupun undang-undang maritim antarabangsa yang menegaskan bahawa tiada suatu negara pun berhak bertindak sewenang-wenangnya di perairan antarabangsa. Jelaslah Israel telah bertindak ala samseng dunia. Kini satu dunia mengutuk Israel dan konco-konconya,” tegas Prof. Madya Dr. Abdullah Sudin Abdul Rahman, Presiden HALUAN Malaysia.

“Kami ingin menegaskan bahawa seluruh penduduk dunia yang diwakili oleh para sukarelawan yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama dari lebih 50 buah negara yang berada di atas kapal tersebut itu, mengutuk sikap Apartheid yang ditunjukkan Israel itu sebagai satu tindakan yang amat kejam. Israel telah sedar bahawa modus operandinya selama ini untuk decimate ataupun meluluhkan bilangan rakyat sah warga Palestin daripada tanah tumpah darah mereka sendiri sebagai suatu tindakan bangsa yang bangkrap adab, akhlak, idea dan tamadun. Israel sudah tahu bahawa sudah ada gerakan antarabangsa yang kini sedang menjadi arus penentangan ke atas polisi luarnya yang amat menindas dan amat tidak berperikemanusiaan. Dakwaan mereka sebagai negara “underdog” yang dikepungi negara-negara Islam sudahpun lapuk dan kini Israel mahu mempamerkan yang ia mampu berlagak samseng di mata dunia untuk melangsungkan agenda kejinya itu. Ketahuilah, bahawa warga dunia tidak akan berpeluk tubuh terhadap sikap Apartheid Israel itu. Dunia TIDAK akan memaafkan Israel,” ujarnya lagi.

Pada bulan April yang lepas, Dr Abdullah Sudin Abd Rahman menegaskan di dalam suatu sidang akhbar bahawa penglibatan HALUAN di dalam misi LL4G ini adalah untuk “expose to the public the crimes which is being inflicted by the Zionist Israel regime and its allies upon the citizens of Gaza and the Palestinian Nation as a whole”. Kini, buktinya telahpun jelas lagi nyata.

Rejim Israel mengisytiharkan bahawa permusuhan mereka bukan hanya kepada orang Islam tetapi semua bangsa dan agama yang menentang agenda zionisnya. Sebab itulah tanpa rasa malu mereka telah memusnahkan masjid, gereja, hospital, sekolah, universiti, kompleks pentadbiran, stesen janakuasa elektrik, tadahan air minuman dan semua yang diperlukan untuk kelangsungan hidup.

Rejim ganas ini PERLU disekat oleh kita semua, rakyat Malaysia.

HALUAN dengan ini menegaskan bahawa kami melalui gabungan semua NGO dan badan-badan lain yang menentang sikap degil dan kejam Zionis Israel akan “Bersatu Untuk Palestin”. Kami menyeru semua lapisan rakyat Malaysia agar menulis surat atau emel kepada Duta Besar Amerika, Britain dan Mesir di Malaysia untuk menyatakan solidariti kita menentang sikap mereka yang menyokong bangsa dan negara Israel yang terang-terangan amat keji itu.

Akhirnya kami memohon dan merayu kepada seluruh rakyat Malaysia supaya berdoa dan bermunajat kepada Allah agar menyelamatkan semua sukarelawan yang menyertai LL4G dan menghancurkan Israel laknatullah.

Harakahdaily/-

Freedom Flotilla Diserang: Malaysia berdengkur dalam dakapan APCO

18 Jamadil Akhir 1431 H
http://cetusan-hati.blogspot.com

Israel - tanpa mempedulikan kutukan dunia - membunuh paling kurang dua puluh sukarelawan kemanusiaan menuju Gaza!

Israel nekad. Jika selama ini hanya rakyat Palestin dibedil sesuka hati, kini, warga dunia dari segala pelusuk, tidak terkecuali. 20 dilaporkan terkorban dan 50 yang lain cedera.

Sekalipun misi dunia menerusi Freedom Flotila adalah kemanusiaan - membawa makanan dan ubatan - untuk ummat Palestin yang telah lama menderita, Israel tidak teragak menumpahkan darah mereka.

Bersama di atas kapal Mavi Marmara yang mengetuai konvoi ini ialah rakyat negara kita. Kita sangat berbangga!

Mungkinkah mereka juga terkorban?

Erdogan, Perdana Menteri Turki, juga harus kita banggakan. Mavi Marmara adalah kapal Turki.

Turki memberikan reaksi pantas. Duta Israel di Ankara diminta berundur. Tiga latihan ketenteraan dengan Israel dibatalkan. Turki meminta Bangsa-Bangsa Bersatu mengadakan sidang tergempar.

Sweden, Sepanyol, Denmark dan Greece juga memberikan reaksi segera dengan memanggil duta Israel. Perancis meminta insiden ini segera disiasat.

Malaysia?

Sehingga jam 9 malam, 31 Mei 2010, semakan menerusi web Bernama, tidak ada satu pun kenyataan dari mana-mana pemimpin Malaysia mengenai serangan durjana Israel ini. Menteri Luar masuk tidur begitu awal?

Kerajaan Malaysia hanya beroperasi mengikut jam pejabat hingga lima petang?

Kita tidak merasa apa-apa dengan serangan Israel ini? Kita tidak risaukan tentang keselamatan rakyat kita? Kita tidak marahkan Israel bertindak kejam dalam perairan antarabangsa menghalang bantuan kemanusiaan untuk ummat manusia yang sedang menunggu dunia membuka jendela mereka?

Malaysia seharusnya membatalkan kontrak dengan syarikat Israel - Apco - sebeberapa segera. Jika Malaysia telah membayar RM 77 juta kepada syarikat Israel itu, kita mesti menyumbang untuk manusia tertindas di Gaza lebih banyak dari itu.

Malaysia perlu menyokong tindakan Turki memanggil sidang khas Bangsa-bangsa Bersatu.

Malaysia perlu menghantar apa jua bantuan yang diperlukan untuk warga kita yang terlibat.

Dalam respon segera, DAP, Pemuda UMNO, PAS dan PKR masing-masing telah mengeluarkan kenyataan.

Kerajaan Malaysia? Lena dalam dakapan Apco.

Bagi rakyat Kelantan, menerusi NGO Cakno Palestin, mereka kini menaja sekitar tiga puluh pelajar anak-anak kelahiran Palestin belajar di negara ini.

Jumlahnya kecil tetapi ia boleh ditambah jika dana sedia ada dapat didokong bersama rakyat Malaysia yang prihatin.

Dengan luka yang dilakukan oleh Israel kini, menjadi kewajipan kita serius dalam keprihatinan kita terhadap penindasan tak kunjung tamat oleh regim Israel terhadap rakyat Palestin.

Datuk Paduka Husam Musa,
Exco Kerajaan Kelantan.

Harakahdaily/-

Gaza: 48 jam untuk Najib adakan sidang khas Parlimen

18 Jamadil Akhir 1431H.

KUALA LUMPUR, 1 Jun: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) memberi tempoh 48 jam kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya segera memanggil sidang khas Parlimen untuk membincang isu serangan pengganas-pengganas Israel ke atas konvoi Freedom Flotilla yang menghantar bantuan ke Semenanjung Gaza.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, dalam tempoh 48 jam itu juga, kerajaan juga hendak membentang pelan menyelamatkan rakyat Malaysia yang sedang ditahan oleh pihak berkuasa Israel pada sidang khas Parlimen tersebut.

"(Selain itu), dalam tempoh tidak lebih dari 48 jam kerajaan hendaklah menamatkan kontrak dengan syarikat perunding antarabangsa yang merupakan proksi kepentingan politik Israel dan Amerika Syarikat," katanya.

Mahfuz juga menuntut kerajaan menghentikan dengan segera sebarang urusan perdagangan yang rasmi atau tidak rasmi dengan negara haram Israel.

Beliau juga sangat kecewa terhadap Perdana Menteri yang hanya mengeluarkan kenyataan mengecam tindakan serangan itu Israel hanya pada tengah malam semalam.

"Kenyataan itu hanya dibuat selepas didesak oleh pelbagai pihak yang mengangap kerajaan terlalu lembab dan takut untuk membuat kenyataan mengecam perbuatan lanun laut rejim Israel," katanya.

Kelembapan Perdana Menteri itu, katanya, dilihat seperti menunggu apa nasihat dari APCO Worlwide untuk kerajaan bertindak tanpa menjejas kerja firma Yahudi zionis itu yang diamanahkan oleh kerajaan untuk memulihkan kepercayaan Amarika terhadap kerajaan Malaysia kini.

"Tindakan rejim Israel tersebut adalah berpunca dari sikap lunak dan pak turut dasar luar kerajaan-kerajaan di dunia termasuk Malaysia yang menyumbang kepada tindakan kejam Israel.

"Perbuatan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Najib yang begitu mesra Amerika dan zionis mesti dikecam oleh seluruh rakyat Malaysia," tegas beliau.

Harakahdaily/-

Sinar Islam untuk semua

18 Jamadil Akhir 1431 H
http://www.blogtokguru.com

Firman Allah SWT (Surah al-Mumtahanah 60:8):

yang bermaksud : Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu Karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil.

Penganjuran ”Seminar Hubungan Muslim – Non Muslim Dalam Konteks Malaysia” pada saya adalah memenuhi dan sangat tepat pada masanya. Ini kerana kita seringkali dihidangkan dengan isu-isu panas yang melibatkan pertikaian antara kaum dan agama yang ditimbulkan oleh piha-kpihak tertentu semata-mata untuk menjaga kepentingan politik.

Perjuangan untuk Allah

Akhir-akhir ini, pertembungan ini dilihat semakin dahsyat ditambah pula oleh peranan media massa yang turut menyimbah minyak ke atas api pertikaian yang marak. Jika dahulu, parti-parti seperti PAS dilabel sebagai parti perkauman, rasis, radikal dan sebagainya, maka hari ini seolaholah label itu telah bertukar arah dan dipakai pula oleh golongan yang dulunya mendakwa liberal.

Perlulah disedari, PAS sendiri tidak pernah bersikap perkauman sejak dari dahulu hinggalah ke hari ini. Label-label yang negatif yang dipakaikan oleh pihak media massa langsung tidak benar dan hari ini ia terbukti merupakan tuduhan yang tidak berasas semata-mata.

Perjuangan PAS sendiri bukanlah mengajak kepada menegakkan idealisme perkauman yang sempit tetapi mengajak manusia untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT selaku pencipta alam semesta.

Dunia yang indah ini tidak mungkin wujud dengan sendirinya tanpa Pencipta. Akal logik tentu sekali tidak dapat menafikan wujudnya kuasa yang mengatur perjalanan alam yang begitu tersusun ini.

Peredaran bulan dan bintang, pergantian malam dan siang yang begitu teratur mustahil wujud kecuali adanya kuasa yang mencipta dan mengurus tadbirnya. Kita tentu sekali boleh menerima bagaimana tubuh badan manusia yang terdiri daripada pelbagai anggota dan beribu-ribu sendi hanya dikawal oleh akal sebagai papan kawalan utama.

Demikianlah juga sebuah kilang yang terdiri daripada pelbagai jentera dan mesin namun kesemuanya hanya digerakkan dengan hanya menekan suis utama. Maka begitu jugalah alam semesta yang begitu hebat ini tentulah ditadbir oleh satu kuasa saja. Kuasa ini esa, tidak ada dua dan tiganya.

Asal manusia dari Nabi Adam

Dalam ajaran Islam, Kuasa Yang Maha Mencipta ini disebut Allah SWT. Dialah Tuhan yang menciptakan alam ini untuk kehidupan manusia. Dialah juga yang menciptakan manusia bermula dari seorang lelaki yang dinamakan Adam dan dijadikan pula dari Adam itu isterinya Hawa. Ini disebut di dalam firmanNya (surah an-Nisa’ 4:1):

yang bermaksud : Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang Telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan dari padanya Allah menciptakan isterinya; dan dari pada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak.

Merujuk kepada firman Allah SWT ini, agama Islam mengajar penganutnya agar meyakini bahawa semua manusia ini berasal dari bapa yang sama iaitu Adam. Walau apapun warna kulit, manusia sebenarnya bersaudara atau adik-beradik kerana datang dari sulbi yang sama atau satu keturunan.

Sebutlah apa nama bangsa sekalipun, ia tetap merupakan anak cucu kepada Nabi Adam. Justeru, langsung tidak timbul soal bangsa dan warna kulit di dalam Islam. Bangsa, bahasa dan warna kulit tidak lain hanyalah merupakan unsur atau ciri untuk membezakan manusia.

Oleh yang demikian, ia tidak patut dijadikan punca manusia bersengketa antara satu sama lain. Sekalipun secara fitrahnya manusia tentulah menyintai bangsanya sendiri lebih daripada bangsa yang lain, namun cinta dan kasih itu tidaklah menghalalkan dirinya untuk melakukan kezaliman dan ketidakadilan kepada bangsa yang lain.

Realiti perjuangan Islam

Menghayati maksud firman Allah SWT ini, maka inilah perjuangan Islam di bawa PAS yang ingin membawa masyarakat mengenali Tuhan Yang Maha Mencipta alam ini iaitu Allah SWT.

Inilah hasrat para ulama Tanah Melayu satu ketika dahulu yang mengambil inisiatif menubuhkan Parti Islam Se-Tanah Melayu dan hari ini dikenali sebagai Parti Islam Se-Malaysia atau singkatnya PAS.

Dari awal penubuhannya hinggalah ke hari ini, matlamatnya tidak pernah lari walau seinci, tidak pernah berganjak walau sejengkal. Misi utamanya ialah memperkenalkan Allah SWT sebagai pencipta dan mengajak manusia mengabdikan diri kepada Allah SWT bukan hanya di tikar sejadah tetapi di medan siasah.

Allah itu yang disembah di dalam sembahyang, Allah itu jugalah yang disembah di dalam pentadbiran. Inilah hakikat yang tidak dibawa oleh UMNO yang menyebabkan para alim ulama yang asalnya berada di dalam UMNO bertindak keluar menubuhkan PAS.

Sejak 50 tahun yang lampau, kita tidak pernah lekang menyebut hakikat ini di hadapan rakyat jelata. Jatuh bangun kita sepanjang melalui jalan politik ini tidak pernah menjauhkan kita walau sedikit dari matlamat utama memperkenalkan Islam yang tulen kepada masyarakat.

Kita mengajak semua lapisan rakyat untuk meyakini bahawa dunia ini diciptakan oleh Allah SWT dengan manusia hanya bertaraf penumpang walau sebesar manapun pangkat dan kuasanya. Kita juga menyeru rakyat agar meyakini bahawa selepas hidup ini akan tiba kehidupan yang lain iaitu alam akhirat. Di alam akhiratlah segala amalan manusia akan dibalas tanpa ditinggalkan sedikitpun oleh Hakim Yang Maha Adil iaitu Allah SWT.

PAS akan terus menongkat cita-cita murni ini walau sehebat manapun gelora yang membadai. Kita penuh yakin bahawa UMNO tidak akan jujur di dalam memperkenalkan Islam kepada rakyat Malaysia khususnya.

Bagi kita, ke hulu atau ke hilir kita berakit, tetap Islam menjadi tali pengikatnya. Jika kita boleh menerima bahawa di rumah ada peraturan yang perlu dipatuhi oleh anak-anak, di sekolah ada peraturan yang perlu dipatuhi oleh para pelajar, di dalam negara ada peraturan yang perlu dipatuhi oleh rakyat, maka sudah tentu di bumi ada peraturan yang perlu dipatuhi.

Peraturan tersebut ialah Islam dan bukan semangat nasionalis yang membawa kepada ideologi perkauman yang sempit. Kesemua enakmen-enakmen peraturan hidup di dunia ini telah termaktub di dalam al-Quran selaku lidah rasmi Allah SWT atau disebut sebagai kalamullah.

Peraturan Islam jamin keamanan semua manusia

Peraturan yang diperkenalkan Islam sama sekali tidak akan menyusahkan manusia. Ia akan mengamankan semua manusia. Lihatlah perkara-perkara yang diharamkan oleh Islam, kesemuanya merupakan perkara-perkara yang memudaratkan.

Menghindarinya bermakna mengamankan hidup kita. Ini kerana mencuri, merompak, berzina, menipu, rasuah, menyeleweng, khianat yang kesemuanya diharamkan oleh Islam turut ditolak oleh kesemua manusia tidak mengira bangsa dan agama.

Demikian juga perkara-perkara yang diwajibkan atau digalakkan oleh Islam seperti mentaati pemimpin, mematuhi ajaran nabi, bercakap benar, menepati janji, tidak menipu, menghormati orang tua, menghormati semua agama, menghubungkan persaudaraan adalah kesemuanya merupakan nilai-nilai yang baik dan diterima secara universal.

Oleh yang demikian, tidak ada sebab untuk kita menolak ajaran Islam. Jika semua kita menerima pakai ajaran Islam dan boleh menepikan seruan kedaulatan bangsa tertentu sehingga mengguris bangsa lain, saya yakin ia akan mengurangkan ketajaman perselisihan antara kaum yang sedang diasah oleh pihak-pihak tertentu dalam negara kita.

Inilah dasar Islam yang cukup adil dan mulia. Maka sesuai dengan maksud al-Quran yang telah dirujuk pada awal di atas, ia jelas menunjukkan bagaimana perintah Allah SWT sendiri supaya melakukan kebaikan kepada orang-orang bukan Islam yang tidak memerangi orang Islam.

Atas perintah Allah inilah bagi pihak kerajaan yang berkuasa adalah menjadi tanggungjawab memberi keadilan dan layanan yang baik bukan sahaja kepada umat Islam tetapi seluruh rakyat tanpa mengira agama, bangsa dan latar belakang sosial mereka.

Menerima pandangan Dr. Yusuf al-Qaradawi

Atas kemuliaan ajaran Islam, maka usaha untuk memperkenalkan Islam yang sebenar turut dilakukan oleh tokoh intelek Islam terkenal, Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradawi melalui bukunya “Golongan Nonmuslim di dalam Masyarakat Islam”.

Buku ini adalah antara hidangan istimewa yang sesuai untuk kita hadam dan diskusikan oleh semua pihak ke arah memahami Islam dan menolak prejudis terhadap Islam. Secara peribadi, saya telah mengikuti pandangan beliau semenjak saya pulang ke tanah air sekitar tahun 1960-an.

Saya mula menggunakan kitab beliau iaitu ”Islam dan Sekular : Satu Pertentangan” di dalam majlis pengajian yang saya kendalikan. Satu demi satu kitab beliau saya habiskan hinggalah ke hari ini, saya menggunakan kitab karangan beliau iaitu Fiqh Daulah di
dalam majlis pengajian saya.

Sepanjang pengkajian saya terhadap pendekatan yang digunakan oleh beliau, nyata sekali beliau merupakan seorang tokoh intelek yang mengamalkan pendekatan sederhana. Beliau tidak ekstrim dalam mengemukakan pandangannya, dan tidak pula menolak mentah-mentah pandangan orang lain.

Sesuai dengan pengalaman yang pernah terlibat dengan usaha dakwah Islamiah menerusi pertubuhan Ikhwanul Muslimin, maka pandangannya dilihat rasional dan berssandarkan pengalaman praktikal serta sesuai untuk direalisasikan dalam masyarakat berbilang kaum dan agama seperti di Malaysia ini.

Justeru, ketokohannya diiktiraf oleh dunia dengan pelbagai anugerah yang diperolehi termasuklah dua anugerah dari Malaysia iaitu anugerah Ijazah Kehormat dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) pada tahun 1996 dan terbaru sebagai Tokoh Maal Hijrah peringkat
kebangsaan pada tahun 2009.

Semoga pandangan-pandangan sederhana beliau seperti yang ditulis di dalam banyak bukunya dapat diterima pakai sebagai asas membina hubungan yang harmoni di antara Muslim dengan Nonmuslim di Malaysia.

Sinar Islam memenuhi harapan

Harapan masyarakat Malaysia adalah untuk mewujud sebuah kehidupan aman, damai, sejahtera dan harmoni berteraskan agama. Besarlah harapan agar kita semua dapat menjernihkan pandangan kita terhadap Islam yang sekian lama disolekkan dengan wajah yang comot oleh pihak-pihak yang tertentu.

Segala prejudis dan salah faham yang sering mengabui mata hendaklah dicuci sama sekali, agar kita semua dapat melihat warna Islam yang sebenar. Sesungguhnya sinar Islam adalah cahaya yang boleh memenuhi harapan kita semua. Sejarah sendiri menyaksikan bagaimana orang Cina dan India lebih dahulu menerima Islam berbanding orang Melayu.

Ia berlaku kerana sinar Islam itu dipancarkan dengan baik kepada mereka. Ia cukup membuktikan bahawa Islam tidak asing di kalangan kedua-dua bangsa ini. Justeru, kepada sahabat sebangsa saya yang masih enggan menerima Islam, ingatlah, sesungguhnya Allah SWT hanya akan memuliakan sesuatu bangsa itu dengan Islam.

Tanpa Islam, Allah SWT pastinya akan menggantikan kaum yang lain untuk menerajui pentadbiran di bumiNya sebagaimana firmanNya (surah Muhammad :38):

yang bermaksud : dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertakwa dan berderma) nescaya Dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain; dan mereka tidak akan seperti kamu ini.

Semoga setiap amalan yang kita lakukan mendapat ganjaran di sisi Allah SWT, maka bersetujulah kita dengan kemuliaan dan kebesaran-Nya yang merahmati umat manusia ini dengan sinar Islam.

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,
Mursyidul AMm PAS.

Harakahdaily/-

Nasib rakyat kita di atas kapal Mavi Marmara belum diketahui

18 Jamadil Akhir 1431 H
Oleh: Salmah Mat Husain

KOTA BHARU, 1 Jun: Nasib 12 rakyat negara ini yang berada di atas kapal Mavi Marmara yang diserang tentera rejim haram zionis Israel awal pagi semalam masih belum diketahui.

Laman web LL4G melaporkan, berikut adalah nama-nama rakyat Malaysia yang menyertai Misi Talian Hayat Untuk Gaza (LL4G) yang berada di atas kapal penumpang “Mavi Marmara” milik IHH, Turki ketika diserang oleh komando laut Israel di perairan antarabangsa itu.

Tn Hj Noorazman bin Mohd Samsuddin, HALUANPalestin
Dr Mohd Arbai’e bin Syawal, HALUANPalestin
Dr Syed Muhammad Haleem bin Syed Hasan al-Haddad, HALUANPalestin
Ust Al-Hami Husain bin Suhaimi, HALUANPalestin
Mohd Nizam bin Mohd Awang, HALUANPalestin
Ust Hasanuddin bin Mohd Yunus, Aqsa Syarif
Tn Hj Jamuliddin bin Elias, Yayasan Amal
Dr Selamat bin Aliman, Jemaah Islah Malaysia (JIM)
Abdul Halim bin Mohd Redzuan, Muslim Care
Mustafa bin Mansur, MAPIM
Ashwat bin Ismail, Wartawan ASTRO
Shamsul Kamal Latif, Juru kamera ASTRO
Mustafa Mansur yang mewakili MAPIM menaiki kapal Mavi Marmara pada 29hb Mei setelah kapal Challenger II yang dinaiki beliau mengalami kerosakan di tengah perjalanan.

Sementara itu, Adun PAS dari Meru, Dr Rani Othman yang selamat bersama 12 anggota keselamatan ke Gaza berada di Turki.

Mereka dijangka sampai ke tanah air kira-kira pukul empat petang esok setelah terpaksa transit di Dubai beberapa jam.

Setiausaha Yayasan Amal Malaysia, Hamid Othman yang baru menghubungi Harakahdaily kira-kira pukul 12.30 tengah malam tadi, memberitahu Dr Rani yang dikatakan terpaksa berlabuh di Haifa, sebenarnya tidak berlaku.

Menurut Hamid, Hifa adalah kawasan Israel dan konvoi mereka tidak pernah sampai di sana.

Beliau bagaimanapun berkata, Timbalan Presiden Yayasan Amal, Jamulidin Elias memang belum diketahui nasibnya.

“Turut bersama saya sekarang dan selamat ialah Presiden kita, Husin Ismail, Dr Rani dan beberapa orang anggota lagi ada bersama saya.

“Saya ingin membetulkan kenyataan dalam Harakahdaily yang mendakwa kami selamat di Haifa, sebenarnya tidak Haifa dalam kawasan Israel,”aujarnya.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua rakyat Malaysia mendoakan seluruh rakyat Palestin di Gaza yang kini sedang meningkat kematiannya akibat diserang tentera Israel.

Tambahnya, doakan juga semua konvoi misi keselamatan di sana selamat.

Harakahdaily/-

Solat Hajat, Qunut Nazilah - moga Allah hancurkan Yahudi

18 Jamadil Akhir 1431 H
http://tuanibrahim.blogspot.com

PAS mengecam keras tindakan regim Israel menyerang konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza. Tindakan biadap ini diharap membuka mata pemimpin dunia khususnya Amerika dan sekutunya di Barat.

PAS melihat tindakan tidak bermoral ini mencerminkan sikap angkuh regim Yahudi kerana adanya Amerika dan negara Barat yang sentiasa melindunginya.

PAS menggesa seluruh negara Islam memutuskan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan rejim tersebut. Tindakan kerajaan menggunakan APCO juga mesti ditentang dan PAS mendesak PM untuk membatalkan segera perjanjian tersebut.

PAS memohon seluruh ahli mengadakan solat hajat seluruh negara dengan membaca qunut nazilah; agar Allah menghancurkan Yahudi laknatullah dan memelihara semua anggota konvoi.

PAS juga ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa kekejaman Yahudi, semoga gugurnya pejuang ini menyemarakkan lagi usaha membebaskan saudara kita di Gaza.

Harakahdaily/-

Serangan Israel, kecaman tiada lagi makna!

18 Jamadil Akhir 1431 H
Oleh: Anak Sengat

Bukan lagi kecaman, jauh sekali kekesalan. Semuanya itu langsung tidak menganggu nyenyak tidur Israel. Apa yang dimahukan kini ialah tindakan ! Tindakan!. 16 nyawa bukan sedikit. Kematian mungkin telah bertambah jika dikira bilangan yang cedera.

Konvoi ini bukan konvoi tentera. Ia konvoi damai. Ia bukan membawa alatan senjata. Ia konvoi menyambung nyawa manusia. Jangan diharap pada Amerika! jangan diharap pada PBB. Umat Islam mesti mengembelingkan tenaga membina kegerunan Yahudi yang bermaharajalela dan membabi buta!

Umat Islam telah jemu mendengar kekesalan dari mulut pemimpin mereka. Telinga ini sudah tidak mampu menndengar kesedihan disebalik wajah hipokrit dan dayus! Mereka yang ditahan mesti dibebaskan. Dengan apa cara sekalipun. Mereka yang dibunuh mesti dituntut bela.!

Masih terlintas ingatan apabila rombongan Rasulullah cuba ditahan dalam perjalanan untu umrah. Rombongan Rasulullah ialah rombongan damai. Tiada senjata atau tujuan membuat serangan selain ibadah kepada Allah. Namun apabila berita Saidina Usman dibunuh, para sahabat lantas berbaiah menuntut bela. Namun akhirnya kuffar itu mengalah setelah mendengar semangat dan daya juang para sahabat.

Sedikit persamaan boleh difahami dari kisah rasulullah, ia tak serupa...hakikat pengajarannya tetap besar nilainya

* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.

Harakahdaily/-

Kapal Umno sudah kena torpedo, bakal karam

18 Jamadil Akhir 1431 H
Oleh: Angkasanuri

Tembakan torpedo tentera Korea Utara dikatakan menjadi punca kapal tentera Laut Korea Selatan Cheonan tenggelam. Puluhan tentera laut Korea Selatan dikatakan turut bersemadi di dalam lautan bersama kapal yang karam akibat tembakan torpedo tersebut.

Umno di Malaysia juga sudah kena tembakan torpedo. Bukan satu torpedo tetapi tembakan yang datang dari pelbagai arah. Krisis yang berlaku dalam MCA, penentangan terbuka pimpinan Gerakan dan konflik dalam MIC menyebabkan kapal Umno hanya menunggu masa sahaja untuk karam.

Selama ini MCA,Gerakan dan MIC dianggap sebagai pelampung penyelamat Umno. Tetapi itu semua tidak boleh diharap lagi. Sabah dan Sarawak juga membawa khabar kurang enak buat nakhoda Umno.

Torpedo yang bakal dilancarkan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim pula tentang YB lompat yang menerima rasuah dari Umno pula dijangka akan mempercepatkan lagi kapal Umno karam dan tenggelam ke dasar.

Apabila diserang bertubi-tubi, Umno cuba menyerang balas. Tetapi sayang Umno cuma tinggal peluru getah! Maka Ibrahim Ali dan Fairus Khairudin menjadi senjata Umno untuk cuba menggambarkan kapal Pakatan Rakyat akan karam dengan tembakan peluru getah Umno.

* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.

Harakahdaily/-

Pegawai PTD meninggal ikuti kurus ala komando

18 Jamadil Akhir 1431 H

Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) yang tidak sedarkan diri selepas mengikuti kurus ala komando di Jugra, Kuala Langat dekat Klang meninggal dunia pagi ini.

Norhashimah Wahid, 31, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang pada jam 6.20 pagi tadi.

Beliau yang berkhidmat dengan Kementerian Kewangan di Putrajaya, difahamkan mengikuti kursus Modul Jati Diri di sebuah kawasan hutan yang dikendalikan oleh Pasukan Khas Tentera Udara (PASKAU).

Bernama yang memetik abang iparnya Zakir Hussain, 41, memberitahu adik iparnya menyertai kursus itu sejak Ahad lalu dan dia dimasukkan ke Hospital Banting pada jam 5 pagi Jumaat pada mulanya kerana sukar bernafas sebelum dipindahkan ke HTAR pada hari yang sama.

"Pada mula Norhashimah disyaki mengidapi denggi tetapi doktor menafikan...dia menunjukkan simptom H1N1 atau jangkitan paru-paru," katanya.

Norhashimah telah menjalani kursus selama tiga bulan daripada tujuh bulan yang perlu dilalui oleh pegawai PTD dan juga telah menjalani latihan sebagai anggota bomba dan polis dalam tempoh tiga bulan itu.

Menurut Zakir beliau difahamkan antara latihan yang ditempuhi oleh Norhashimah dan rakan-rakannya semasa modul jati diri itu ialah meminum air stokin dan direndam di dalam lumpur.

Beliau berkata latihan seperti itu nampak tidak relevan kerana adik iparnya bukan anggota tentera yang hendak dihantar berperang, memadai beliau diberikan latihan asas ketenteraan.

Apa yang dikesalkan kata Zakir ialah pihak INTAN atau Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tidak memberitahu suami Norhashimah, Ahmad Zulkhairi Zainal Abidin, 31
bahawa isterinya sakit seawal yang mungkin.

Beliau mendakwa Ahmad Zulkhairi hanya diberitahu bahawa isterinya berada keadaan kritikal semasa dihantar ke Hospital Banting pada pagi Jumaat lalu.

Norhashimah, yang berasal dari Kampung Londang, Masjid Tanah, Melaka mempunyai seorang anak perempuan Nur Hylda Daenia berusia dua tahun.

Malaysiakini/-

Keputusan cabar AUKU ditunda ke Jumaat

18 Jamadil Akhir 1431 H

Keputusan terhadap kes pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) Soh Sook Hwa, yang mencabar Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) telah ditunda kepada Jumaat ini.

Peguamnya M Lavendran berkata, pejabat peguam negara telah memberitahu mahkamah bahawa Seksyen 15 AUKU - yang mana Soh memohon pengisytiharan tidak mengikut perlembagaan - telah di mansuhkan pada Februari tahun ini.

Pada 2005, Soh menfailkan permohonannya pada mendapatkan pengisytiharan mahkamah bahawa beberapa peruntukan dalam AUKU tidak mengikut perlembagaan.

Malaysiakini/-

Mahasiswa fail injunksi sekat prosiding AUKU

18 Jamadil Akhir 1431 H

Empat mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hari ini menfailkan permohonan injunksi bagi menyekat universiti itu mendakwa mereka di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Empat mahasiswa itu - Muhammad Hilman Idham, Woon King Chai, Muhammad Ismail Aminuddin dan Azlin Shafina Mohamad Adzha - memfailkan permohonan itu di Mahkamah Tinggi Shah Alam, petang tadi.

Pada 2 dan 3 Jun ini UKM dijadual mendakwa empat mahasiswa itu di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) kerana didakwa berkempen di dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor.

Menurut Muhammad Hilman, pihaknya membawa kes tersebut ke mahkamah setelah surat pemakluman mereka ingin mencabar keputusan universiti menggunakan AUKU pada Khamis lalu tidak mendapat balasan.

"Disebabkan pihak universiti tidak memberikan jawapan, kami telah membawa kes ini supaya diberikan jawapan secepatnya," jelasnya.

Keempat-empat mereka diwakili peguam Ashok Kanbiah.

Malaysiakini/-

Penyelidik: Melaka diasaskan pada 1262, bukan 1400

18 Jamadil Akhir 1431 H

Sepasukan penyelidik yang dilantik kerajaan negeri Melaka menemui tarikh baru kerajaan Melayu Melaka diasaskan iaitu pada tahun 1262, kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Beliau berkata, penemuan tarikh baru itu sekaligus menolak tarikh yang diumumkan sebelum ini iaitu 1278 oleh pasukan penyelidik itu pada bulan lalu.

"Dengan penemuan tarikh baru itu (1262) juga menolak pendapat penulis terdahulu yang menyatakan Melaka diasaskan pada tahun 1400,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Tahun Pengasasan Kerajaan Melayu Melaka anjuran Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP) di Melaka, hari ini.

Pasukan penyelidik dengan sembilan anggota termasuk pakar sejarah dari universiti tempatan, dipengerusikan Naib Canselor Kolej Universiti Islam Melaka Prof Emeritus Datuk Wira Dr Mohd Yusoff Hashim manakala ketua penyelidik Prof Dr Abdullah Zakaria Ghazali dari Jabatan Sejarah Universiti Malaya.

Mereka diberi tugas membuat kajian dan penyelidikan bagi mengenal pasti tahun penubuhan kerajaan Melayu Melaka sebagai satu entiti politik di alam Melayu dan memulakan penyelidikan pada Jun tahun lalu.

Mohd Ali berkata, pasukan penyelidik berkenaan memilih tahun 1262 itu berdasarkan kepada sumber daripada Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin versi Raja Bongsu, salah seorang Sultan Johor yang merupakan pemilik naskah tersebut.

Malaysiakini/-

Jual ayam tak halal, Tesco disaman RM1.6 juta

18 Jamadil Akhir 1431 H

Seorang peniaga dan empat anggota keluarganya hari ini memfailkan saman ganti rugi RM1.6 juta terhadap Tesco Stores (M) Sdn Bhd kerana didakwa cuai memastikan produk ayam segar yang siap diproses dan dilabelkan halal, benar-benar halal megikut agama Islam.

Saman itu difailkan oleh Raja Muzaffar Kamar Raja Busu, Lijah Awang Kechik, Raja Kamar Idris Raja Busu, Norhayati Abdullah dan Raja Teh Rahmah Raja Busu.

Writ saman itu difailkan oleh peguam Kamal Razali melalui firma guaman, Badruzzaman & Kamal, Peguambela & Peguamcara, Peguam Syariah di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi, di Pulau Pinang.

Dalam pernyataan tuntutannya, Raja Muzaffar Kamar yang mewakili empat plaintif lain dari Bayan Baru, memohon ganti rugi am RM1 juta, ganti rugi teladan RM500,000 dan ganti rugi teruk RM100,000.

Beliau turut menuntut surat permohonan maaf secara terbuka oleh defendan kepada semua plaintif kerana mengalami trauma dan maruah plaintif tercalar kerana menjual ayam haram.

Raja Muzaffar Kamar berkata beliau mengalami trauma dan berasa berdosa kerana memakan ayam yang haram bersama plaintif lain dan memberi makan produk ayam yang haram kepada pelanggan di restoran miliknya di Astaka Gelugor, di Pulau Pinang.

Katanya pada 12 Mac lalu, beliau membeli tiga ekor ayam yang siap disembelih dan dipek dengan bungkusan berjenama HyFresh tertera logo halal dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Raja Muzaffar Kamar berkata beliau memasak ayam itu dan sebahagiannya dimakan bersama keluarganya manakala bakinya dijual di premis perniagaannya.

Beliau berkata ketika membuang sisa ayam itu mereka mendapati kesan sembelihan pada leher ayam berkenaan mencurigakan kehalalannya di sisi Islam dan membuat laporan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP).

"Pada 16 Mac lepas, JHEAIPP kemudian membuat siasatan dan merampas ayam berjenama HyFresh di pasar raya itu kerana tidak disembelih mengikut kaedah ditetapkan Islam," katanya.

Katanya pada 31 Mac lalu, Jabatan Mufti Pulau Pinang mengeluarkan surat mengesahkan produk ayam berkenaan tidak disembelih mengikut ketetapan syariat Islam dan haram dimakan oleh orang Islam.

Malaysiakini/-

Bom ditemui di ladang sawit Lumut

18 Jamadil Akhir 1431 H

Seorang pekerja ladang menemui sebutir bom lama yang masih aktif di sebuah ladang kelapa sawit milik Nadi Agriculture di Simpang Tiga, Pekan Gurney, dekat Lumut kira-kira 2 petang ini.

Ketua Polis Daerah Manjung ASP Mohd Jamil Osman berkata pekerja itu menemui satu objek logam yang berkarat ketika sedang bekerja dan melaporkan penemuan itu kepada pihak pengurusan ladang yang kemudiannya membuat laporan polis.

Sepasukan anggota kemudian dikejarkan ke tempat kejadian untuk menyiasat dan mengenal pasti objek logam sebagai sebutir bom lama.

"Penemuan itu kemudian dimaklumkan kepada Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Polis Negeri Perak dan bom itu dimusnahkan kira-kira 4 petang ini," katanya kepada pemberita di Seri Manjung, hari ini.

Mohd Jami berkata bom berkenaan yang dipercayai digugurkan dari udara ketika perang dunia pertama atau kedua itu berukuran 30 sentimeter panjang dan berukur lilit 18 sentimeter.

Malaysiakini/-