21 May 2010

Pemuda PAS akan bantah judi sepanjang masa

7 Jamadil Akhir 1431 H
http://episodeperjuangan.blogspot.com/

1. Alhamdulillah , Hari ini [ 21 Mei \ jumaat ] 5 buah negeri akan mengadakan Himpunan Aman membantah Lesen Judi Sukan yang telah diluluskan oleh Kerajaan UMNO dan BN . Negeri tersebut ialah:

Pulau Pinang di Perkarangan Masjid Permatang Janggus selepas solat jumaat .
Terengganu di Perkarangan Masjid Pengadang Baru selepas solat Jumaat
Perak di Perkarangan Masjid Negeri Ipoh selepas solat jumaat .
Negeri Sembilan dan Selangor.

2. Objektif bantahan ini :

a] Mendesak agar Kerajaan Menarik kembali Lesen yang telah diluluskan .

b] Menjelaskan implikasi negatif angkara judi

c] Mendidik masyarakat agar tidak terjebak dalam kancah perjudian .

3. Insyaallah pada 28 hb Mei \ Jumaat minggu depan , Himpunan Aman akan kita langsungkan di Melaka , Pahang , Kedah dan Kelantan . Sementara Wilayah persekutuan dan Johor telah mengadakan Himpunan Aman tersebut pada minggu lepas .

4. 28 hb Mei 2010 \ Jumaat nanti , bagi Negeri Kelantan adalah kemuncak siri Himpunan Aman membantah Lesen Judi Sukan yang diluluskan oleh kerajaan serentak untuk mendesak supaya Yb. Datuk Dr Awang Adek meletakkan jawatan sebagai Timbalan Menteri Kewangan . Himpunan Aman tersebut akan diadakan di Perkarangan Masjid Repek Bachok Kelantan dalam kawasan Dr Awang Adek sendiri .

5. Himpunan Aman di Kelantan adalah diangkat menjadi Himpunan Besar Peringkat Zon Pantai Timur dan insyaallah akan dipimpin oleh :


Yb. Ustaz Nasharudin Mat Isa [ Ahli Parlimen Bachok \ Timbalan Presiden PAS ] ,
Ustaz Azman Syafawi Abd Rani [ Timbalan ketua Dewan Pemuda PAS Pusat ] dan
Yb. Ustaz Abd Latif Abd Rahman [ Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan ] .

6. Awal bulan June sehingga akhirnya , Dewan Pemuda PAS Pusat dengan segala jenteranya akan turun ke negeri - negeri untuk Roadshow bagi memberi penjelasan kepada masyarakat mengenai Judi yang merosakkan tamaddun atau peradaban manusia ini . Jadual roadshow akan di update sepanjang masa dan kepada negeri yang ingin menganjurkannya diluar jadual yang telah diatur oleh penerangan Pemuda PAS Pusat dan Lajnah Dakwah dan Pembelaan Islam , boleh hubungi saudara Suhaizan kayyat dan ustaz Riduan Mohd Nor.

7. Selain roadshow , Dewan Pemuda PAS Pusat akan menyerahkan memorandum kepada Mufti di setiap negeri sebagai satu desakan kepada mufti agar membawa perkara judi ini ke peringkat Majlis Mufti kebangsaan dan mendesak agar kerajaan UMNO dan BN menarik balik Lesen yang telah diluluskan .

8. Walaupun Bolasepak Piala Dunia hanya bermula pada 11 june dan berakhir pada 11 Julai 2010 , kita mula membantah judi sukan ini sejak Perdana Menteri Datuk Seri Najib mencadangkan judi ini diluluskan oleh kerajaan . Hari ini lesen judi tersebut telah diluluskan sebagaimana ia diumumkan oleh Dr Awang Adek tempohari dan telah dianugerahkan kepada Berjaya Group. Oleh kerana lesen telah diluluskan , kita tidak perlu menunggu 11 june tetapi sekarang kita desak supaya lesen judi itu ditarik balik .

9. Kemuncak bantahan keras kita terhadap Judi ini ialah pada 3 Julai 2010 . Saya tidak silap dan salah tulis kerana itu yang telah diputuskan dalam mesyuarat Jawatan kuasa Harian DPPP tempohari. Walaupun Bola sepak Piala Dunia telah bermula malah hampir tamat pada waktu itu [ 3 julai ] , namun perlu difahami bahawa lesen judi sukan yang diluluskan bukan hanya untuk Piala Dunia , tetapi untuk :


English Premier League ,
Spanish Primera Liga ,
Germany’s Bundesliga ,
Italy Series A ,
Uefa Cup
Champion’s League
English FA Cup

10. Tak kena cara , Liga Perdana Malaysia pun mereka angkat sekali . Ini target Berjaya Group nak buat duit hasil judi sukan yang diluluskan dan dianugerahkan kepadanya pada jangka panjang sedang Piala Dunia setakat 11 julai sahaja . Semua siri liga eropah tersebut akan berlangsung selepas tamat Piala Dunia nanti iaitu pada bulan August . Maka saya merasakan tarikh 3 Julai yang dipilih oleh Dewan Pemuda PAS Pusat tidak silap dan lewat tetapi sangat tepat dan sesuai .

Lagi pun , bukanlah kita hanya duduk diam membatu dan hanya banyak mengomel sementara menunggu 3 Julai tersebut , tetapi kita akan turun ke serata negara untuk menggerakkan kesedaran , kefahaman dan menjelaskan bahaya judi serta membangkitkan rasa semangat rakyat menentang kemungkaran . Tempoh sebulan untuk "warm up" adalah sangat bertepatan dan jangan gopoh .

Kita bukan baru nak bermula pada bulan julai tetapi kita telah mula membantah sebelum ia diluluskan dan kini kita sedang menganjurkan siri demontrasi di seluruh negara setelah ia diluluskan agar lesen maksiat ini ditarik balik dan kita akan terus mendidik rakyat agar menjauhkan diri dari bahaya judi serta menentang mereka yang menganjurkan kemungkaran ini sehingga mereka hentikan mungkar ini .

Selepas 3 julai kelak , andai mungkar ini masih diteruskan , Dewan Pemuda PAS berjanji akan terus menggerakkan massa agar bangkit menolak kerajaan UMNO dan BN yang degil dan angkuh ini dalam pilihanraya umum kelak . Anda setuju bersama Dewan Pemuda PAS Pusat ?

Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi,
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

Harakahdaily/-

Nizar : laporan Sinar tidak betul dan mengelirukan

6 Jamadil Akhir 1431H.


laporan muka hadapan Sinar Harian 20 Mei yang menjadi pertikaian.


IPOH, 20 Mei :- Saya menafikan apa yang dilaporkan oleh Sinar Harian dan merasa sangat kesal dengan laporan yang mempunyai unsur fitnah, pembohongan dan perlu diperbetulkan segera oleh pihak yang terbabit. Sinar harian perlu membuat pembetulan secara terbuka dalam akhbarnya atau mengadapi tindakan mahkamah, demikian antara kenyataan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, YB. Dato' Seri Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin semasa dihubungi disini.


Beliau diminta mengulas laporan halaman hadapan sinar harian Edisi Perak bertarikh 20Mei yang menimbulkan kekeliaruan banyak pihak.

"Saya rasa semua pihak yang hadir dalam Dailog Pimpinan PAS Perak dengan Paderi dari Seluruh Gereja di seluruh Daerah Kinta dapat memahami dengan jelas apa yang diucapkan oleh pihak PAS dan pihak Paderi" Jelasnya

Tegasnya lagi "Tidak ada satu pun ucapan dari mana-mana pihak yang boleh dikaitkan dengan tajuk "Kristian Tolak PAS" seperti yang disiarkan Sinar harian. Cuma apa yang disebutkan kalau program tersebut dianjurkan tiga tahun lepas mereka pasti tidak akan hadir".

"Tajuk sinar Harian jelas mengelirukan dan fitnah yang perlu diperbetulkan segera" Tegasnya lagi.

Sementara itu seorang lagi Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Dr. Khairuddin bin Dato' Abd. malik yang menjadi moderator dalam Dailog itu turut melahirkan kekesalan kerana fakta yang tidak tepat dan cara pemberitaan yang tidak profesional oleh Sinar Harian.

"Laporan oleh Sinar Harian adalah tersasar daripada hakikat sebenar pertemuan yang berlaku dan tidak ada kenyataan seperti itu yang dilafazkan oleh DS. Nizar semasa sesi dailog dan sidang media selepas itu" Tegas DR. Khairuddin semasa dihubungi.

Beliau yang ditugaskan sebagai moderator dialog juga menegaskan bahawa tidak ada pimpinan gereja yang hadir mengucapkan dan menyatakan sokong atau tolak PAS. Menurut beliau, mereka rasa berbesar hati dan menyanjung keterbukaan PAS untuk bersemuka dengan mereka.

10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita

6 Jamadil Akhir 1431 H
Oleh: anuarani

"Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" ~Surah Muhammad, ayat 7

"Seandainya engkau menyampaikan keburukan saudaramu, Jika itu benar,maka bererti kamu sudah membuka aib saudaramu, dan jika itu salah, maka engkau sudah melakukan fitnah "

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi
hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa
yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita
dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara
remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa
kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur.
Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang
berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah,
dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.
Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang
dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini
juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Mimpi
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di
pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita?

8G Pada Lelaki Yang Tidak Disukai Wanita

6 Jamadil Akhir 1431 H
Oleh: anuarani

"Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" ~Surah Muhammad, ayat 7

"Seandainya engkau menyampaikan keburukan saudaramu, Jika itu benar,maka bererti kamu sudah membuka aib saudaramu, dan jika itu salah, maka engkau sudah melakukan fitnah "

1. Garang
garang tak bertempat, suka mencarut, suka cari gaduh, cakap kasar, suka marah2 tak bertempat, silap sikit tak boleh… macam ler dia betul semua, dsb) Lelaki perlu menginsafi diri bahawa wanita bukan alat untuk melepaskan kemarahan atau perasaan geram, sebaliknya dihargai dan dilayan dengan lemah-lembut.

2. Ganas
(kaki pukul, dengan perempuan pun nak tunjuk kuat sebab tahu perempuan bukan lawannya) Lelaki bersikap ganas memang perkara utama yg dijauhi wanita sebab tak mahu mata biru atau badan lebam-lebam bila dah kahwin. Tidak kasihankah lelaki pada wanita yang lemah? Wanita bukan lawan lelaki sebaliknya lelakilah yang patut melindungi wanita.

3. Gementar
(takut sangat, tak yakin diri sendiri, tak percaya kebolehan diri, bergantung pada orang lain, dsb) Contohnya, depan perempuan, lidah kelu sampai ayat yg dilafaz kan pun tak jelas isi butir. Lelaki perlu mengatasi rasa gementar.

4. Gabrah
(tak pandai buat keputusan sendiri, ikut pendapat perempuan saja) Perempuan tak suka lelaki yang tiada keyakinan diri atau cepat panik menghadapi sesuatu perkara.

5. Gentleman tiada
(langsung tak gentle, p entingkan diri sendiri, ambik kesempatan, dsb) Kalau masa bercinta tak gentleman, inikan pula kalau dah kahwin nanti. Lelaki perlulah menghormati wanita selayaknya. Sudah pasti wanita itu juga akan menghormati lelaki dengan perasaan hormat lagi.

6. Gerumal
(bahasa kedah -bohong atau tipu. Suka tipu perempuan untuk kepentingan diri sendiri. Sekali dua boleh maaf, tapi ni berkali2.) Lelaki tidak boleh menggunakan alasan bohong sunat utk melepaskan diri sebaliknya belajarlah untuk menjadi jujur dan bercakap benar dengan wanita. Bukankah berani kerana benar, takut kerana salah? Jika asyik membohongi wanita, sudah pasti kepercayaannnya kepada anda akan musnah.

7. Ganggo
(keterlaluan- lembut sangat, pemalu sangat, pendiam sangat, macho sangat, dll)Perempuan pun naik lemas jika lelaki bersikap keterlaluan dalam sesuatu hal. Cubalah bersikap sederhana dan mengimbangi karektor diri anda dengan baik.

8. Gatal
(miang keladi ngan perempuan lain selain dengan isteri)Tak boleh tengok perempuan dahi licin atau anak dara, mulalah pasang niat nak mengorat. Anda perlu ingat, kadangkala perempuan berpura2 melayan anda kerana ada udang sebalik batu. Mungkin dia materialistik dan cintakan duit anda sahaja. Fahamilah perasaan isteri atau pasangan anda yang mencintai anda sepenuh hati! Bukankah lebih baik menggoda isteri sah anda daripada menggoda perempuan lain yang bukan hak anda.

8C Yang Dibenci Suami

6 Jamadil Akhir 1431 H
Oleh: anuarani

"Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" ~Surah Muhammad, ayat 7

"Seandainya engkau menyampaikan keburukan saudaramu, Jika itu benar,maka bererti kamu sudah membuka aib saudaramu, dan jika itu salah, maka engkau sudah melakukan fitnah "

C1. CABAR
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata.Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI, nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata

C2. CABUL
Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua

C3. CELUPAR
Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.

C4. COMOT
Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje.Ada isteri kata - mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.

C5. CEMBURU
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2

C6. CEREWET
Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.

C7. CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak… anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi.

C8 CUAI
Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.
8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai… ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu. Renungkanlah

SOKONG PENDIRIAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO PARIT ( BANTAH LULUS LESEN JUDI BOLA )

6 Jamadil Akhir 1431 H
Oleh: Khairul Effendy

Parit –Dewan Pemuda Pas Parit , hari ini menyokong pendirian pemuda umno parit dalam menyatakan bantahan kepada kerajaan terhadap kelulusan lesen judi sempena piala Dunia 2010.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Parit , Khairul Effendy berkata perkara yang melibatkan hukum-hukum agama islam wajib disokong dan diperjuangkan demi kesucian agama islam itu sendiri malahan bukan sekadar isu kelulusan judi bola patut ditentang , banyak lagi contoh-contoh judi yang terang-terangan wujud sejak sekian lama seperti sport toto , Magnum ,Genting dan lain-lain lagi.

Persoalan yang melibatkan isu ini bukanlah berkaitan politik semata-semata ini adalah melibatkan akidah umat islam keseluruhan nya tanpa mengira kefahaman politik ,walaupun isu ini akan menyebabkan rakyat mencemuh dan menyalahkan kerajaan .Pendirian Pergerakan Pemuda Umno parit amat wajar disokong oleh semua .

Dewan Pemuda Pas Parit percaya keputusan yang dibuat oleh kabinet untuk meluluskan lesen judi ini sudah tentu mendapat perhatian serius daripada Perdana Menteri ,yang seharusnya memikirkan buruk baiknya tindakan tersebut terhadap masyarakat demi untuk mengaut keuntungan segera.Mana mungkin seorang PM itu tidak mengetahui keputusan yang oleh kabinetnya sendiri sesuatu agak ganjil dan melucukan .Akhirnya, Dewan Pemuda Pas Parit mempelawa Pergerakan Pemuda Umno Parit untuk terus bersama dalam menyatakan pendirian menentang sebarang bentuk aktiviti perjudian ……

Khairul Effendy
Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Parit

Sharing is Carring

6 Jamadil Akhir 1431 H
Oleh: anuarani

"Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" ~Surah Muhammad, ayat 7

"Seandainya engkau menyampaikan keburukan saudaramu, Jika itu benar,maka bererti kamu sudah membuka aib saudaramu, dan jika itu salah, maka engkau sudah melakukan fitnah "

" maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan
makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah
yang saya dengar".

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam
dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu
dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya
Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar
seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat
dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan
seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"
Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini
masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"
"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika
hujan turun"
Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca
sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"
Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada
anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah
hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.
Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun
yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan
risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada
pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih
ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari
siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula
mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di
rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar
dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun
sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi,
mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil
keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an.
Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"
Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.
"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat
sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya
hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling
bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.
"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam
memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak
menyatakan sesuatu"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah
perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini
yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk
pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.
Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan
dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi
saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap
anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu
lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba
loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa
pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi
lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini
setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi
ke pintu"
"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu.
Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf
saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan
makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah
yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu
dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang
hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka.
Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi
hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini
dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat
kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada
selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang
berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!
Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya
yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah
yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang
sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada
makhlukNya yang penyayang
Panjangkanlah risalah ini. Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara
kamu!

TAKBIR!! ALLAHUAKBAR!

Meruntuhkan Tembok Penderitaan

6 Jamadil Akhir 1431 H
Oleh: agussyafii

Ditengah hidup bergelimangan materi dan kesuksesan karier seorang teman pernah bertanya kepada saya, 'bagaimana caranya untuk meruntuhkan tembok derita?' saya kemudian menjawabnya, 'Runtuhkan dengan syukur, sabar dan perbanyak shodaqoh.'

Penderitaan tidak mengenal orang muda, tua. Kaya atau miskin. Laki-laki atau perempuan. Begitu manusia terlahir hidup didunia kita merasakan penderitaan. Bahkan terkadang kita merasa diri kitalah yang paling menderita sedunia. Padahal masih ada juga milyaran manusia yang juga merasa hidupnya paling menderita.

Pada dasarnya penderitaan berpangkal dari nafsu duniawi yang tidak pernah terpuaskan. Kebutuhan materi dan ingin memiliki yang tidak pernah mengenal rasa cukup. Kita seolah mengejar bayang-bayang fatamorgana, begitu dikejar, dipegang ternyata semua itu menghilang. Begitu bangun tidur sampai mata terpejam di dalam tubuh kita dipenuhi dengan berbagai hasrat nafsu duniawi yang tak pernah tercukupi.

Sebagai hamba sudah sepatutnya kita merasa ridha dengan apa yang kita dapatkan dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Sikap ridha di dalam kehidupan seharia-hari maka yang ada didalam diri kita adalah syukur dan sabar. Sebagaimana Rasululullah menyebutkan diri kita sebagai orang yang menakjubkan.

Sungguh menakjubkan seorang mukmin. Apabila ia mendapatkan nikmat, ia bersabar dan itu baik baginya. Apabila ia mendapatkan ujian, ia bersabar dan itu baik baginya. (HR. Muslim).

Bila kita bernafsu dan selalu meminta maka virus keserakahan masuk kedalam tubuh kita. Bila nafsu keserakahan telah menyebar keseluruh tubuh kita maka kita akan merasa dengki bila melihat orang lain mendapatkan kemajuan atau kesuksesan dan akhirnya kita merasa cemas dengan apa yang kita peroleh.

Bila kita membentengi diri kita dengan tembok syukur dan sabar maka yang ada di dalam diri kita adalah kata cukup. Seberapapun nikmat dan rizki yang kita terima senantiasa kita syukuri sehingga memunculkan kelapangan dan optimisme dalam hidup. Bahkan semangat hidup kita adalah semangat berbagi kepada sesama sebagai bentuk ekspresi syukur.

Bukan hanya mengucapkan 'Terima kasih Ya Allah,' atau 'Alhamdulillah' namun kita menjadi perpanjangan rahmat Allah bagi orang lain atau kita yang menebarkan kebahagiaan membantu saudara-saudara kita yang tengah membutuhkan pertolongan sebagai wujud sifat Maha Kasih Allah Subhanahu Wa Ta'ala bagi umat manusia.

Tak Tepati Janji, BN Gigit Jari !

6 Jamadil Akhir 1431 H
Oleh: Annuar Kamaruddin

Ingat tak anda nyanyian Norkiah Hanum dalam Masam-Masam Manis yang didendangkan begini : “Apa Guna Berjanji….Kalau Tak Ditepati…Kelak Teracun Hati, Tuan Sendiri… Menggigit Jari....”

Betulkah begitu? Pada saya ada dua kebarangkalian. Sama ada betul atau tidak. Bergantung kepada Siterimajanji. Bagi Sipejanji mudah saja. Janji dulu, tunai kemudian. Kata pepatah “Kerbau dipegang talinya, manusia dipegang janjinya.”

Berapa ramai manusia tertipu dan merana kerana janji. Berapa ramai pula manusia yang bahagia kerana tertunai janji. Antara yang merana dan bahagia, tentulah yang bahagia lebih ramai. Sipenipu janji sebenarnya tidak ramai. Masalahnya siterimajanji yang mudah percaya. Skim cepat kaya. Ramai tertipu kerana janji. Kerana janji nak dijadikan isteri, ikat janji tak rasmi tak ada saksi, ramai yang tergadai bodi. Sijantan cabut lari.

Masa kini, yang paling ramai tertipu dengan siperjanji ialah siterimajanji bersatus Pengundi. Bila ada YB yang mati, pemerintah dan parti datang lagi. Parti-parti yang bertanding mula pasang strategi. Dan yang utama adalah berjanji. Yang paling kuat dan banyak berjanji adalah BN punya parti. Duit dan peruntukkan yang ditabur sana sini itu jangan peduli. Kerana pada mereka Pengundi boleh dibeli. Tapi, janji nak buat itu nak buat ini, lembut lidah dari gusi.

(Lihat Petikan berita Harakahdaily.net)
Setiausaha PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim berkata, BN hanya berjanji untuk menang PRK sahaja kemudian setelah mereka berjaya, sehingga kini janji-janji itu langsung tidak dipedulikan lagi.
Rakyat Kelantan secara umumnya telah 20 tahun berjaya mengenepikan janji-janji BN terutamanya menjelang pilihan raya kerana mereka sudah mengetahui rekod buruk BN selama ini, tambahnya, termasuk kemiskinan rakyat Sarawak meskipun negerinya kaya dengan minyak.

“Sebagai contoh dalam PRK Pengkalan Pasir pada 2005, Najib Razak ketika itu Timbalan Perdana Menteri berjanji atasi masalah banjir di Pasir Mas, sehingga kini tidak dilaksanakan meskipun kini beliau sudah menjadi Perdana Menteri.
"Begitu juga dengan janji ketika PRK Manek Urai pada 2009, pengundi di situ dijanjikan dengan sebuah jambatan menghubungkan Manek Urai Lama dan Manek Urai Baru, namun sampai ke saat ini tiada mana-mana pihak datang melakukan kerja-kerja mengukur untuk menunaikan janji tersebut, bila pimpinan BN balik KL mereka sudah lupa semua janji itu," ujarnya yang juga Timbalan Yang Dipertua Dun Kelantan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas berbagai janji yang dibuat pimpinan BN sekarang ini di Sibu.
Dalam ceramahnya di Seksyen 24 dekat sini malam tadi, Zaki yang menyifatkan Sibu sebagai kawah yang sentiasa sahaja mengalami banjir yang dibiarkan berlarutan puluhan tahun oleh BN yang memerintah sejak sekian lama, meminta pengundi Sibu jangan percaya sama sekali dengan janji BN untuk atasi masalah banjir di kawasan itu.

"Jika mereka berjanji di Pasir Mas pada 2005 untuk atasi masalah banjir, tidak dilaksanakan, janji-janji manis di Manek Urai untuk peneroka Kesedar seperti Felda di Hulu Selangor, menyebabkan pengundi di dua kawasan di situ memberikan undi kepada BN, namun sehingga apa yang dijanjikan BN tidak dilaksanakan, pengundi Sibu janganlah percaya dengan BN kali ini," tegasnya lagi.

Nah! Pengundi Sibu pun sudah bosan dengan BN serta janji-janji. BN tak tepati, Pengundi Sibu buat BN gigit jari. Kepada YB-YB PR yang ada negeri, yang hilang negeri dan yang belum dapat negeri, kalau berjanji, mesti tepati, PRU dah tak lama lagi, kalau tidak GIGIT JARI!

Forum Ekonomi Islam di negara yang halalkan judi

6 Jamadil Akhir 1431 H
Oleh: Herman Samsudeen

Pakar-pakar ekonomi dan wakil Kerajaan beberapa negara Islam berkampung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bermula hari ini untuk membincangkan isu-isu ekonomi negara Islam.

Menariknya, sebelum Forum Ekonomi Islam ini jalankan, minggu lepas Kerajaan Malaysia memperkenalkan satu lagi sumber ekonomi baru negara ini iaitu pengeluaran lesen judi bolasepak piala dunia.

Keputusan yang cukup kontradik dengan mesej Forum Ekonomi hari ini.
Kita menghimpunkan pakar-pakar ekonomi untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman terbaik mereka bagi merancangan aktiviti ekonomi kalangan negara Islam.
Yang pastinya aktiviti itu pastilah atas nama Islam yang halal dan tidak melanggar syariah.

Malaysia jadi tuan rumah bagi Forum tahun ini. Tetapi nama Malaysia membusuk dikarpet merah para VIP bila mana mereka mentertawakan sikap Malaysia yang ghairah untuk merebut duit haram hasil perjudian.

Pastinya mereka juga akan tertanya-tanya, adakah duit Kerajaan yang digunakan bagi menjayakan Forum kali ini adalah dari sumber yang halal atau haram.
Rakyat berharap agar forum ini membukan mata dan telinga pemimpin negara ini dan seluruh dunia khususnya bahawa dalam ekonomi Islam duit judi, arak dan segala macam yang haram sedikit pun tidak mempunyai keberkatan dan merugikan negara dimasa hadapan.

Judi merosakan rakyat, dimana duit yang mereka miliki hasil perahan keringat mereka bakal habis dilaburkan tanpa apa-apa pulangan pun.
Kerajaan tak mampu banteras sindiket judi, tapi jangan fikir mereka akan mohon lesen kalau kerajaan keluarkan kelulusan.

Mereka akan tetap bejudi secara haram kerana kosnya lebih murah dan tak perlu kena cukai.Jadi, kelulusan yang diberikan adalah kelulusan yang sia-sia.
Kerajaan jelas tidak berminat nak hapuskan judi, tapi mahu memperbanyakan aktiviti judi yang dikawal oleh Berjaya Group..
Memang sungguh memalukan, kerana Forum yang berlangsung hari ini tidak mampu memberikan manfaat kepada Kerajaan dan rakyat negara ini.

* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.

Harakahdaily/-

Nasruddin arah pemuda PAS negeri adakan bantahan Jumaat ini

6 Jamadil Akhir 1431 H
Oleh: Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 19 Mei: Bagi menjayakan himpunan membantah lesen judi 21 Mei ini, Dewan Pemuda PAS negeri disaran mendapatkan penyertaan daripada Pemuda Pakatan dan badan-badan bukan kerajaan (NGO).

Ketua DPP Pusat, Nasruddin Hassan memberitahu demikian dalam satu arahan melalui sistem pesanan ringkasnya hari ini.

"Pemuda setiap negeri dikehendaki mengadakan himpunan aman pada Jumaat, 21 Mei ini selepas solat Jumaat.

"Bagi menjayakan himpunan itu, DPP negeri disarankan mendapatkan penyertaan daripada Pemuda Pakatan dan badan-badan bukan kerajaan (NGO)," katanya.

Beliau juga menyeru seluruh pemuda PAS agar mewujudkan gelombang untuk menentang kemungkaran.

Pada 3 Julai depan pula, DPP Pusat akan mengadakan himpunan besar-besaran di ibu negara bagi menyerahkan satu memorandum bantahan berhubung perkara ini kepada Yang di-Pertuan Agong di istana negara.

Kerajaan awal bulan ini meluluskan lesen judi bolasepak Piala Dunia kepada Kumpulan Berjaya yang dimiliki Tan Sri Vincent Tan.
Ekoran itu, ianya mendapat bantahan daripada pelbagai pihak khususnya Pakatan Rakyat.

Harakahdaily/-

Ceramah 22 Mei sekat perang saraf BN

6 Jamadil Akhir 1431 H
Oleh: Ali Hashim

ALOR SETAR, 19 Mei: "Ceramah 22 Mei bukan buli, itu kewajaran untuk memberikan penjelasan isu semasa," kata Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah, Ahmad Kassim (gambar) mengulas ceramah perdana bertajuk 'Dun Kedah bubar' di Markas PAS Kedah, Sabtu ini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Pemuda Gerakan Kedah yang mendakwa PAS membuli rakan-rakannya dalam PKR dan DAP dan memaksa mereka datang ke majlis ceramah perdana itu.

Ceramah itu diadakan untuk merungkaikan salah faham rakyat kononnya kerajaan Pakatan Rakyat Kedah akan tumbang apabila empat Adun yang bukan PAS akan meninggalkannya.

Ekoran itu, bagi menolak keraguan itu, ke empat-empat mereka akan tampil sendiri memberikan penjelasan di majlis yang bakal disertai puluhan ribu itu.
Sehubungan itu, Ahmad Kassim menyelar tindakan sesetengah pihak yang cuba memanipulasikan ceramah bertajuk 'Dun Kedah Bubar' yang akan diadakan pada 22 Mei nanti di Markas PAS, Kota Sarang Semut itu.

Menurut beliau lagi tindakan tersebut perlu dilakukan bagi memberi penjelasan sebenar kepada rakyat mengenai isu yang sedang dimainkan oleh pembangkang khususnya Umno dan Barisan Nasional (BN) di negeri Kedah.

"Adalah menjadi kebiasaan bagi pembangkang seperti Umno dan BN di negeri Kedah untuk membuat tuduhan yang negatif walaupun niat sebenar kita adalah untuk memberi penjelasan supaya rakyat faham mengenai kedudukan sebenar isu yang sedang dimainkan oleh pembangkang.

"Kesediaan ketiga-tiga Exco Kerajaan Negeri Kedah dari PKR dan Adun Kota Darul Aman dari DAP untuk turun padang bersama-sama membuktikan kesepakatan yang ada dikalangan parti komponen dalam Pakatan Rakyat(PR).

"Ianya juga bukanlah satu tindakan tidak wajar sepertimana yang didakwa oleh Umno dan BN Negeri Kedah,"kata Ahmad yang juga anggota Parlimen Kuala Kedah.

Bagi beliau, dakwaan tidak matang yang dilemparkan oleh kepimpinan Umno dan BN ini juga bertujuan untuk memperkecilkan hasrat Kerajaan Negeri yang diterajui oleh Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak untuk memberi penjelasan dan isu sebenar yang berbangkit mengenai pentadbiran negeri kepada rakyat.

Perang saraf Umno

Sementara itu, usaha untuk meragukan antara satu sama lain di kalangan wakil rakyat Pakatan Rakyat di Kedah berterusan sehingga kini selepas berjaya membawa Adun Lunas, Mohd Radhi Salleh, ke pangkuan BN.

Setiausaha Politik MB Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor (gambar) dalam tulisannya berkata, perang saraf BN dan Umno melalui plot Wakil Rakyat melompat meninggalkan PR dan menukar kerajaan di Kedah nampaknya berjaya menimbulkan keresahan di kalangan rakyat yang peduli politik dan penjawat awam.

Ini adalah eksesais baru untuk membina suasana haram yang terpaksa diterima sebagai halal jika ia benar-benar berlaku.

"Ini sebahagian ciptaan APCO yang dilantik sebagai konsultant 1Malaysia BN/UMNO. Kalau nak 1Malaysia, takkan Kedah depa tak mau ambik kot?" tulis Sanusi.

"Saya nampak eksesais ini adalah turutan (flow) yang dikembangbiak daripada isu soalan Dewan Undangan Negeri tempoh hari," tulisnya.

Pergerakan isu ini juga mempunyai carta aliran yang mencakupi banyak skop lain termasuk gerak saraf di kalangan pegawai tadbir, keselamatan, pelabur dan ahli perniagaan.

Ia akan terus dipanaskan dari masa ke semasa, sehingga ada tindak balas yang mereka mahukan, katanya.

Bagi beliau, ceramah pada 22 Mei nanti bukanlah respon yang diingini. Ceramah tersebut boleh menutup plot lompat selama-lamanya, katanya.

Sebab itu, katanya, Ketua Pemuda Gerakan yang kerjanya membuat sidang akhbar dan menulis memorandum 'yang ketinggalan keretapi' menyampuk dan campurtangan dalam parti orang lain.

"Katanya Adun-Adun PKR dibuli oleh PAS. Dia mahu Adun-adun PKR jangan pergi berceramah malam itu. Statement ini serentak dengan kenyatan Chong It Chiew yang berkata pelabur lari dari Kedah," beritahu Sanusi.

Sanusi berkata, seorang rakannya menelefon beliau memaklumkan dia menerima maklumat daripada kawannya seorang anggota keselamatan bahawa pihak BN sedang memasang banner di sekitar Alor Setar mendakwa DUN Kedah akan dibubarkan.

"Saya tidak pelik kerana memang kerja depa untuk mengkucar kacirkan kerajaan. Bila ada penafian dari pimpinan UMNO/BN tentang kerja buat depa menjatuhkan kerajaan melalui usaha pembelian kerusi, ia wajib dibaca sebaliknya. Pengalaman lalu mengajar kita bacaan terbalik ini," tulis Sanusi lagi.

Perangkap Adun

Sanusi turut mencerita plot yang dibuat untuk memerangkap seorang Adun Pakatan Rakyat agar beliau diragui.

"Satu peristiwa baru dalam plot ini ialah perangkap yang dibuat oleh Adun Bayu, Azmi Che Hussein terhadap Adun Kulim (Lim Soo Nee) selepas sidang DUN baru-baru ini. Dia mengajak Adun itu ke Hotel Shamila dengan mendakwa Adun Bukit Selambau juga ikut serta, padahal Adun Bukit Selambau ada bersama saya ketika itu.

"Saya menerima maklumat dari informer tentang perjumpaan itu, dan saya memanggil Adun Kulim balik segera. Dia memaklumkan bahawa dia dimaklumkan Adun Bukit Selambau (S Manikumar) juga ada di sana, sebab itu dia pergi untuk membincangkan hal ehwal portfolionya dan pelancongan di Baling.

"Selepas beberapa ketika, dia pun pulang. Itu adalah perangkap untuk menimbulkan kecurigaan ataupun membuat 'dealing', Wallahu a'lam," tulis Sanusi.

Menurut Sanusi, Adun Bayu adalah bekas Pegawai Tugas-tugas Khas bekas MB Kedah, Datuk Seri Mahathir Khalid. Dia juga kerap mengadakan perjumpaan dengan YB Lunas sebelum Adun itu menjadi katak.

"Pada satu malam sebelum melompat, saya dimaklumkan dia membawa kereta rasmi exco KBN 333 ke rumah Adun Bayu. Apa yang dipersetujui dalam perjumpaan itu saya tak tahu.

"Selepas itu, bila tercetus kes pusat penyembelihan babi dirobohkan di Kampung Berjaya, YB Lunas pun melompat. Dia rebah bersama pusat penyembelihan itu. Masa ni APCO belum timbul, sebab itu beliau melompat kerana babi! Malu la juga kan?" tulis Sanusi.

Peranan Adun Bayu

Baru-baru ini, katanya, Adun Bayu juga membuat kenyataan diakhbar baru-baru ini bahawa kerajaan negeri kerugian RM200 juta dari pembalakan yang dilakukan di 400 hektar kawasan pembalakan yang salah kompartmen.

Katanya pembalakan diluluskan di kompatmen 9, tapi pokok ditebang di kompartmen 8. Oleh kerana itu, kerajaan menanggung kerugian RM200 juta di kawasan seluas 400 hektar itu.

"Saya ingin memaklumkan bahawa, pemberian kawasan pembalakan secara tander terbuka sekarang ini mendatangkan hasil kepada kerajaan sebanyak RM35 juta (harga paling tinggi ialah RM16 ribu sehektar), berbanding RM6 -RM10 juta (RM500-RM1000 sehektar) di zaman bosnya menjadi MB. Kuota penebangan di Kedah ialah 2,340 hektar setahun. Matematik sekolah mana yang dia belajar hingga kiraannya begitu baik, hingga memberi pulangan RM200 juta di kawasan seluas 400 hektar.

"Kalau dengan kiraan Adun Bayu, bermakna sehektar kawasan balak berharga RM50 ribu, bermakna zaman bosnya menjadi MB, kerajaan kerugian RM49 ribu sehektar. Kalau 2,340 hektar, kerajaan kerugian berapa? Minta dia tolong kirakan! Kalau begitu mahal kayu balak, mengapa zaman bosnya jadi MB, kerajaan cuma dapat RM6-RM10 juta?" tulisnya.

Sanusi yakin, ada lagi turutan (flow) dari isu-isu yang dicipta yang akan dimainkan oleh BN/UMNO Kedah untuk menggoncang kerajaan sekarang. Sebab itu, Umno, MCA dan Gerakan menyanyi lagu dan menari dalam rentak gendang yang sama dan serentak!

"Saya tidak percaya BN/Umno yang mendapat nasihat dari APCO yang menasihat regim-regim diktator seluruh dunia akan ketandusan akal untuk melawan PR di Kedah.

"Tapi kalau asyik mendapat nasihat daripada APCO, akal mereka sendiri akan mandul dan tandus. Sebab itu, matematik mudah dalam kes balak gagal diselesaikan dengan baik. Menarilah semua komponen BN dalam irama gendang APCO, kita tengok kaki sapa terpelecok!" tulisnya.

Harakahdaily/-

Sibu buktikan ‘sihir’ perkauman mula ditolak

6 Jamadil Akhir 1431 H
Oleh: Abdul Aziz Mustafa

KUALA LUMPUR, 19 Mei: Peningkatan undi Melayu kepada calon Pakatan Rakyat (PR) daripada DAP dalam pilihan raya kecil Sibu, Ahad lalu membuktikan ‘sihir’ perkauman Umno dan media-medianya sudah ditolak oleh rakyat, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

"Peningkatan undi Melayu kepada calon DAP itu membuktikan tidak semua orang Melayu yang boleh diperbodohkan oleh ‘sihir’ Umno yang mengapi-apikan perkauman," katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu yakin apa yang berlaku di Sibu itu akan meningkatkan lagi keyakinan rakyat yang waras untuk menyelamatkan sebahagian orang Melayu yang masih lagi terpedaya dengan tindakan Umno yang mengapi-apikan perkauman.

"Umno tahu, perkauman adalah satu-satunya modal baginya untuk terus wujud.

"Malah ada tokoh Umno sendiri yang menyatakan bahawa Umno tidak lagi layak bercakap mengenai Islam terutama dengan tindakan kerajaan (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) memohon petunjuk dari Yahudi Zionis dalam APCO Worldwide dan meluluskan lesen judi bola sempena Piala Dunia 2010.

"Hendak bercakap mengenai keadilan, demokrasi, hak rakyat, usaha menentang rasuah, pemimpin yang bersih dari skandal termasuk skandal pembunuhan atau apa jua mengenai kepimpinan yang bersih dan adil, sudah lama Umno tidak layak bercakap mengenai perkara-perkara itu," kata Salahuddin.

Oleh sebab itulah, katanya, hanya perbuatan mengapi-apikan perkauman yang menjadi penyelamat nyawa Umno.

Beliau bagaimanapun yakin Umno tidak akan dapat menipu orang-orang Melayu selama-lamanya dengan sihir perkauman itu.

"Akhirnya orang-orang Melayu akan sedar semua itu adalah propaganda murahan Umno demi kepentingan survivalnya sendiri dan tidak ada kena-mengena dengan kepentingan orang-orang Melayu.

"Tidak dinafikan bahawa sebahagian orang Melayu masih terlupa bahawa Umnolah yang sebenarnya mengkhianati kepentingan orang-orang Melayu contohnya dengan penghakisan tanah rezab Melayu dan penghakisan kerusi majoriti Melayu dalam persempadanan semula kawasan pilihan raya 2003 lalu.

"Tetapi, mereka tidak terlalu bodoh untuk ditipu selama-lamanya oleh Umno," katanya.

Salahuddin juga juga yakin orang-orang Melayu akhirnya akan sedar bahawa masa hadapan mereka tidak akan dapat dijamin dengan mengapi-apikan perkauman.

"Tugas kita ialah untuk meningkatkan kesedaran orang-orang Melayu bahawa Allah tidak mencipta pelbagai kaum untuk bermusuh-musuhan dan saling menyakitkan hati antara satu sama lain.

"Tugas kita ialah untuk meningkatkan kesedaran orang-orang Melayu bahawa orang yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa kepada-Nya dan pertolongan Allah kepada bangsa Melayu hanya datang dengan peningkatan ketaqwaan yang menyeluruh kepada-Nya, termasuk mematuhi perintah-Nya supaya meningkatkan ilmu pengetahuan serta memilih pemimpin yang bersih dan bertaqwa," katanya.

Harakahdaily/-

Lagi banyak BN cakap pasal Islam, judi bertambah

6 Jamadil Akhir 1431 H
Oleh: Mohd Sabri Said

PERMATANG PAUH, 19 Mei: "Lagi banyak Kerajaan Barisan Nasional (BN) membicarakan pasal Islam, lagi banyak perjudian tumbuh. Contoh terbaru 'judi bola' yang bakal mewarnai masyarakat ketika perlawanan bola sepak Piala Dunia bulan depan," kata Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bercakap pada majlis penyampaian sumbangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) tahun 2010 di Madrasah Al-Aminiah, Permatang Nibung pagi tadi, beliau menambah, judi bola akan menjadi trend terkini apabila kerajaan memberi lesen kononnya menghindarkan perjudian haram terutamanya kaki bola ketika perlawanan itu nanti.

Menurutnya, memberi lesen bukan jalan penamat untuk membanteras perjudian di negara ini sebaliknya menambah kemelut sosial yang telah kusut sejak bertahun lamanya.

Katanya, generasi muda terutamanya akan hanyut dilanda arus perjudian setelah kerajaan sendiri memberi kebenaran.

Tambahnya, tokoh agama dalam Umno khususnya kenapa mendiamkan diri sedangkan jika membabitkan pembangkang bukan main lagi mereka ke hadapan.

Sepatutnya, kata beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, mereka bersuara kerana judi merupakan perosak masyarakat yang nyata dan harus dibanteras bukan digalakkan.

"Mana dia tokoh agama yang sanggup bercanggah pendapat dengan tokoh politik pembangkang jika timbul isu agama. Kenapa mereka diam membisu. Sepatutnya mereka malu dengan status Malaysia sebagai Negara Islam tersohor di dunia, " ujarnya.

Beliau berkata, rakyat Negeri Pulau Pinang harus berterima kasih kerana mempunyai seorang Ketua Menteri yang begitu prihatin terhadap Islam dan perkembangan sekolah agama yang berada di bawah penguasaannya.

Katanya, Ketua Menteri banyak membantu dengan memperuntukkan kepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp) dan terbaru kepada SAR semata-mata mahu melihat perkembangan Islam walaupun beliau bukan individu Islam berbanding Ketua Menteri atau Menteri Besar Kerajaan BN.

"Mereka tidak langsung memikirkan bagaimana untuk memartabatkan Islam termasuk SAR yang masih berada di tahap rendah berbanding sekolah agama lain di Malaysia," katanya yang juga Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia.

Harakahdaily/-

Rakyat dan institusi Diraja

6 Jamadil Akhir 1431 H
Oleh: Mohd Rashidi Hasan

Sejarah tidak pernah menafikan bagaimana eratnya hubungan antara orang-orang Melayu dengan institusi Diraja. Sejak zaman dahulu kala, orang-orang Melayu begitu sinonim dengan ketaatan dan kesetiaan kepada Raja.

Di atas ketaatan dan kesetiaan itulah yang memungkin wujudnya sistem beraja di sembilan buah negeri di Semenanjung Malaysia, walaupun penjajah British dan Umno-Barisan Nasional sudah menukarkan fungsi Raja-Raja Melayu daripada pentadbir kepada Raja Berperlembagaan sahaja.

Dalam apa pun keadaan, kedaulatan dan kemuliaan Raja-Raja Melayu tetap dipelihara dan dijunjung rakyat jelata di seluruh pelusuk negara.

Buktinya, Perkara 181, 153, 152 dan lain-lain (dalam Perlembagaan) yang berkaitan dengan kuasa Diraja termasuk Perkara 38 dan 43 di mana Yang di-Pertuan Agong mempunyai kedudukan tertinggi dalam sistem beraja tetap terjamin dalam negara.

Fungsi Raja sebagai payung kepada orang-orang Melayu khususnya, dan juga sebagai Ketua Agama Islam di negeri masing-masing, sehingga kini begitu ditaati dan dipatuhi setiap rakyat.

Namun, dewasa ini wujud di kalangan rakyat yang dilihat semakin berani mempertikaikan titah Sultan dan Raja.

Mengapakah keadaan ini boleh berlaku sekarang? Apakah Sultan atau Raja begitu maksum sehingga tidak boleh menerima nasihat dan disanggah sama sekali?

Ada dua elemen yang boleh mendorong Raja disanggah. Pertamanya, baginda tidak adil. Keduanya, baginda tidak memelihara kesucian agama.

Ketidakadilan seseorang Raja boleh dikaitkan dengan tindakan penguatkuasaan pemerintahannya yang berat sebelah.

Misalnya, apabila Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat hendak berucap di Masjid, ada titah yang melarang beliau berbuat demikian, atas alasan PAS membawa politik dalam masjid. Seharusnya pihak berkuatkuasa agama menyatakan bukti, pada bahagian mana ucapan Tuan Guru bercanggah dengan Islam atau melanggar titah Raja.

Bandingkan pula dengan tindakan Umno-BN, yang menganjurkan solat hajat dan bacaan yassin untuk memenangkan calon BN yang bukan Islam. Jelas, BN menggunakan masjid untuk kempen politik, malah mendoakan kemenangan untuk memuliakan bukan Islam di masjid.

Bukankah tindakan Umno-BN ini mencemar kemuliaan masjid dan melanggar titah Raja? Mengapa tiada institusi agama yang bangkit? Mengapa tiada titah Raja dikeluarkan dalam hal ini?

Barangkali di sini, bukan salah Raja. Tetapi Umno-BN melalui institusi agama yang dikuasainya, memperalatkan Raja untuk kepentingan politik mereka. Ini tidak adil!
Perkara yang kedua terpenting ialah soal kesucian agama. Raja sebagai tonggak negeri, Raja sebagai Ketua Agama Negeri.

Untuk itu golongan Diraja seharusnya mengelakkan wujudnya beberapa insiden yang mencemarkan institusi Diraja. Raja-raja, anak-anak Raja, bakal-bakal Sultan, dilaporkan pernah terbabit dalam insiden yang memalukan, sebagaimana yang dilaporkan media massa sebelum ini.

Ada yang dilaporkan berpeleseran di kelab malam. Ada yang didakwa mabuk sehingga bergaduh sesama sendiri di kelab malam. Ada yang dikatakan kuat berjudi.

Pokoknya, golongan istana harus memahami bahawa di zaman moden ini, tiada aral komunikasi, rakyat boleh melihat dan mengetahui dengan jelas perilaku mereka, tambahan pula jika ada kalangan golongan ini yang sentiasa bergelumang dengan maksiat.

Persoalannya, bagaimanakan golongan ini layak dihormati dan didoakan pada setiap kali solat Jumaat, jika sifat peribadi serta perilaku baginda tidak secocok sebagai Ketua Agama Negeri?

Justeru, jangan salahkan rakyat, jika rakyat bersuara, walaupun ianya kelihatan 'menyanggah titah Raja'.

Raja yang akan dihormati dan didaulatkan, adalah Raja yang adil kepada semua rakyat baginda, tanpa mengira latar belakang bangsa, agama dan pemikiran politik.
'Raja adil Raja disembah, Raja zalim Raja disanggah'.

Harakahdaily/-

Samy Vellu didesak undur sekarang, bukan 2011

6 Jamadil Akhir 1431 H
Oleh: S Pathmawathy & K Pragalath

Rasa tidak puas hati ahli-ahli parti MIC terhadap presiden mereka, Datuk Seri S Samy Vellu terus memuncak, meskipun beliau berjanji untuk melepaskan jawatannya itu pada September 2011.

Pada sidang media hari ini, timbalan ketua pemuda MIC, V Mugilan (kiri, berbaju putih) mendesak Samy Vellu supaya berundur segera.

Menurut Mugilan, jika Samy Vellu, yang telah menerajui MIC hampir 30 tahun gagal berundur, MIC akan terkubur pada pilihan raya umum akan datang.

"Sekiranya Samy Vellu tunggu sehingga September 2011, timbalan presiden (G Palanivel) tidak mempunyai masa yang mencukupi bagi melakukan pembaharuan sebelum pilihan raya umum pada 2012,” kata Mugilan.

"Samy Vellu selalu mempersalahkan (mantan perdana menteri) Mahathir Mohamed atas segala kegagalannya, tetapi dia sebenarnya yang gagal melakukan perubahaan untuk masyarakat India.”

Malaysiakini/-

Cuti bersalin kakitangan Kelantan kini 90 hari

6 Jamadil Akhir 1431 H

Kerajaan Kelantan akan melaksanakan peraturan cuti bersalin bagi kakitangan wanita selama 90 hari, mulai tahun depan berbanding dua bulan yang dikuatkuasakan sekarang.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri, Wan Ubaidah Wan Omar, berkata peraturan baru itu bagi membolehkan kakitangan wanita mengambil masa lebih panjang menjaga anak dan keluarga dalam tempoh pantang bersalin itu.

"Kertas cadangan itu telah diperincikan di peringkat jawatankuasa portfolio saya dan akan diangkat ke mesyuarat Exco minggu depan sebelum diluluskan," katanya selepas mesyuarat Mingguan Exco, di Kota Darulnaim, di Kota Bharu, hari ini.

Menurutnya, pada dasarnya kerajaan negeri sudah lama bersetuju melaksanakan peraturan itu, tetapi mengikut prosedur ia perlu dibentangkan di peringkat mesyuarat Exco untuk mendapat kelulusan.

Ditanya sama ada peraturan baru itu boleh menjejaskan produktiviti kerja penjawat awam, Wan Ubaidah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijang, berkata penjawat awam di jabatan kerajaan negeri ramai dan boleh membantu tugas kakitangan yang cuti bersalin.

"Oleh itu, kita tidak bimbang dengan peraturan melanjutkan tempoh cuti bersalin 60 kepada 90 hari ini boleh menjejaskan produktiviti kerja kakitangan awam," katanya.

Menurutnya, kerajaan negeri terpaksa mengambil masa agak lama untuk meluluskan peraturan itu kerana ia membabitkan banyak implikasi, termasuk pencen kakitangan terbabit.

Beliau berkata, sebelum ini Kerajaan Negeri Selangor dan Kedah memperkenalkan peraturan melanjutkan tempoh cuti bersalin bagi penjawat awamnya.

"Kita memikirkan usaha melanjutkan tempoh cuti bersalin itu perlu bagi menjaga kebajikan dan kepentingan golongan kakitangan yang berkhidmat dengan kerajaan negeri supaya dengan itu mereka dapat menjaga penyusuan anak dan keluarga dalam tempoh pantang itu," katanya.

Langkah yang diambil kerajaan itu selaras dengan jawatankuasa yang dipengerusikannya untuk memartabatkan golongan wanita sebagai salah satu sayap penting dalam pembangunan negara.

Malaysiakini/-

Peruntukan RM9.5 juta baik pulih Masjid Negara

6 Jamadil Akhir 1431 H

Kerajaan mengumumkan peruntukan sebanyak RM9.5 juta bagi membaik pulih Masjid Negara, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor.

Beliau sebelum itu mengadakan lawatan dan tinjuan prasarana di Masjid Negara bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Shaziman berkata kerja membaikpulih itu termasuk membaiki kebocoran bumbung, sistem peparitan, tandas, sistem pembesar suara serta meningkatkan rupa bentuk masjid serta Makam Pahlawan yang terletak di kawasan Masjid Negara.

"Kerja baikpulih itu akan dimulakan Jun ini dan jangka siap sepenuhnya sebelum penghujung tahun ini," katanya.

Beliau berkata peruntukan berkenaan juga akan digunakan bagi menambah papan tanda di Makam Pahlawan termasuk yang memaparkan maklumat mengenai tatacara melawat serta sejarah tokoh yang disemadikan di situ.

Masjid Negara yang siap dibina pada tahun 1965 kini mampu menampung 15,000 jemaah pada satu masa. Selain menjadi tempat beribadah ia juga menjadi tempat tarikan pelancong asing.

Malaysiakini/-

Campurtangan politik, RTM diberi memo protes

6 Jamadil Akhir 1431 H
Oleh: Hazlan Zakaria

Lebih 100 orang yang kebanyakan mereka warga emas dan pelajar hari ini membuat protest terhadap RTM berhubung apa yang mereka dakwa sebagai campur tangan politik dalam media.

Lima perwakilan mereka yang diketuai oleh Penyelaras, Kumpulan Bertindak Media 528, Ng Yp Hwa menyerahkan memo bantahan kepada pegawai khas ketua pengarah, penyiaran, Hafizal Hamad, di pagar utama Angkasapuri.Ia bagaimanapun berjaya diselesaikan dengan rundingan oleh Supt Azri Abd Rahman dari balai polis daerah Brickfields yang ditugaskan memantau keadaan.

Sehelai kain rentang dirampas dan kumpulan berkenaan bersetuju bersurai secara aman pada kira-kira setengah jam kemudian.

Menurut Azri, tugasnya adalah untum memastikan penyerahan memonradum berkenaan dijalankan secara teratur dan aman.

“Tetapi saya tidak akan benarkan demonstrasi di sini, mereka tidak mempunyai permit untuk berbuat demikian,” katanya.

Pada 28 April lalu, menerusi blognya, penerbit dokumentari rancangan "Galeri Mandarin Nasional" di TV2, Chou Z Lam mendakwa rancangan sembilan bahagiannya itu mengenai 'Empangan Bakun' diarah digugurkan.

Rencana itu didakwa diarah tidak disiarkan kerana bimbang akan memberi kesan kepada peluang Barisan Nasional (BN) untuk mengekalkan kerusi parlimen Sibu pada pilihan raya kecil 18 Mei lalu.

Berikutan pendedahan itu pada 13 Mei lalu, khidmat Chou dengan stesen TV kerajaan itu ditamatkan.

Kumpulan itu termasuk ahli daripada Writer's Alliance for Media Independence dan Centre for Independent Journalism.
Mereka tiba dengan bas dan perkhidmatan keretapi Komuter pada jam 11 pagi sambil membawa kain rentang yang antaranya berbunyi “Bebaskan media” dan “Hentikan campurtangan politik”.

Setelah memorandum empat perkara yang antara lain meminta RTM memastikan stesen kerajaan itu mematuhi piawaian profesionalisme dan berlaku adil, berlakunya pertengkaran kecil.

Ia bagaimanapun berjaya diselesaikan dengan rundingan oleh Supt Azri Abd Rahman dari balai polis daerah Brickfields yang ditugaskan memantau keadaan.

Sehelai kain rentang dirampas dan kumpulan berkenaan bersetuju bersurai secara aman pada kira-kira setengah jam kemudian.

Menurut Azri, tugasnya adalah untum memastikan penyerahan memonradum berkenaan dijalankan secara teratur dan aman.
“Tetapi saya tidak akan benarkan demonstrasi di sini, mereka tidak mempunyai permit untuk berbuat demikian,” katanya.

Pada 28 April lalu, menerusi blognya, penerbit dokumentari rancangan "Galeri Mandarin Nasional" di TV2, Chou Z Lam mendakwa rancangan sembilan bahagiannya itu mengenai 'Empangan Bakun' diarah digugurkan.

Rencana itu didakwa diarah tidak disiarkan kerana bimbang akan memberi kesan kepada peluang Barisan Nasional (BN) untuk mengekalkan kerusi parlimen Sibu pada pilihan raya kecil 18 Mei lalu.

Berikutan pendedahan itu pada 13 Mei lalu, khidmat Chou dengan stesen TV kerajaan itu ditamatkan.

Malaysiakini/-

HIMPUNAN AMAN MEMBANTAH KEPUTUSAN KERAJAAN MELULUSKAN LESEN JUDI BOLASEPAK

6 Jamadil Akhir 1431H.

Adalah dimaklumkan bahawa Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) akan mengadakan himpunan tersebut pada maklumat seperti berikut :-

Tarikh : 21 Mei 2010 / 7 Jamadil’ Akhir 1431 (JUMAAT) hari esok
Masa : 2.00 petang (selepas solat Jumaat)
Tempat : Masjid Negeri Sultan Idris Shah 11,

Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,IPOH.
(pintu masuk Masjid Negeri mengadap Medan Selera Dato’ Sagor)

Himpunan akan di ketuai oleh semua pimpinan Pemuda Parti Politik Perak.

Isu pasir: MB galak orang ramai buat laporan polis

6 Jamadil Akhir 1431 H

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini berkata beliau menggalakkan sesiapa sahaja membuat laporan polis demi menjaga harta negeri atau membanteras penyalahgunaan kuasa.

Beliau berkata polis mempunyai kuasa dan keupayaan untuk membuat siasatan termasuk terhadap adiknya Hajiman yang didakwa mungkin terlibat dalam kes simbah cat merah di kediaman dan kenderaan Anggota Parlimen Kapar S. Manikavasagam di Pekan Meru Ahad lalu.

Manikavasagam juga menerima ugutan bunuh selepas membuat laporan polis terhadap dakwaan berlakunya rasuah di kalangan pegawai atasan Kumpulan Semesta Sdn Bhd, syarikat anak negeri yang bertanggungjawab terhadap perniagaan pasir, Rabu lalu.

"Tak apa..dia buatlah (laporan polis). Ini semua perkara boleh sebab polis mempunyai kuasa dan keupayaan untuk buat penyiasatan," kata Khalid (kiri) ketika diminta mengulas laporan polis yang dibuat seorang anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang pernah berkhidmat dengannya di Ijok, di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang tengahari tadi.

Bekas Penyelaras PKR Ijok Azmi Muhammad membuat laporan polis pada jam 12.05 tengahari tadi mengenai kenyataan Abdul Khalid terhadap Manikavasagam yang
didakwanya berbaur ugutan.

Azmi berkata kenyataan Abdul Khalid yang disiarkan di Buletin Utama TV3 malam Ahad lalu menyebut Manikavasagam harus berani dan bersedia menerima risiko tindak balas oleh mereka yang didedahkan olehnya.

Beliau berkata laporan polis ini dibuat supaya polis menyiasat kemungkinan kenyataan berbaur ugutan oleh Abdul Khalid bagi melindungi adiknya sendiri, Hajiman di samping mengesyaki Hajiman mungkin terlibat atau mempunyai pengetahuan di dalam kejadian yang menimpa Manikavasagam.

Sepanjang berkhidmat sebagai penyelaras PKR Ijok dari April hingga Disember 2008, Azmi berkata Hajiman disyaki terlibat dalam aktiviti pengeluaran pasir tanpa permit dari tanah milik anak syarikat kerajaan negeri, Kumpulan Darul Ehsan Bhd di Batang Berjuntai.

Hajiman juga disyaki menerima wang berjumlah ribuan ringgit termasuk pembelian sebuah Toyota Harrier dan beberapa mesyuarat perancangan aktiviti itu didakwa diadakan di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di Shah Alam, katanya.

Malaysiakini/-

Inkues: Pornthip tak hadir, S'gor sedia sidang video

6 Jamadil Akhir 1431 H
Oleh: Jimadie Shah Othman

Kerajaan Selangor telah membuat persediaan untuk membantu pakar patologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand memberi keterangan secara langsung dari Bangkok dalam inkues kematian Teoh Beng Hock.

"Kerajaan negeri telah membuat persediaan tersebut setelah mendapat kelulusan dari kementerian kehakiman Thailand yang membenarkan Dr Pornthip memberi keterangan melalui sidang video secara langsung," kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu akhbar selepas mesyuarat exco hari ini.

Dr Pornthip tidak akan hadir untuk memberi keterangan dalam inkues kematian Teoh esok.
Isnin lalu, katanya, peguam yang mewakil kerajaaan Selangor telah membuat permohonan kepada mahkamah koroner untuk mengadakan sidang video itu di dewan acara di I-City, Seksyen 7 Shah Alam esok.

Bagaimanapun, mahkamah koroner belum lagi memberi keputusan rasmi untuk membenarkan sidang video tersebut diadakan, tambahnya.
Kerajaan negeri, katanya, difahamkan bahawa mahkamah koroner hanya boleh membuat keputusan setelah mendapat maklum balas dari Ketua Hakim Negara Tan Sri Zaki Azmi.

"Kami berharap pihak mahkamah dapat memberi keputusan positif bagi kepentingan semua pihak.
"Jika sidang video ini dapat diteruskan bukan sahaja Dr Pornthip dapat memberi
keterangan, malah isu keselamatan Dr Pornthip tidak perlu timbul lagi.

"Kerajaan Selangor berharap bantuan yang dibuat ini dapat melancarkan prosiding inkues bagi mencari kebenaran dan keadilan dalam kes kematian Teoh," tambahnya.

Malaysiakini/-

Perintah berkurung di Bangkok mulai 8 malam ini

6 Jamadil Akhir 1431 H

Kerajaan Thailand hari ini mengisytiharkan perintah berkurung di ibu kota Bangkok mulai 8 malam ini selepas pihak tentera berjaya menawan semula kubu kuat kumpulan penunjuk perasaan anti kerajaan di pusat bandar itu.

Dalam operasi pasukan keselamatan hari ini, empat orang terbunuh dan 40 lain cedera dalam pertempuran jalanan.

Menurut Pusat Resolusi Situasi Kecemasan (CRES, perintah berkurung itu adalah sehingga 6 pagi esok.

Pemangku jurucakap kerajaan, Dr Panitan Wattanayagorn berkata penumpang yang ingin pergi ke lapangan terbang malam ini dibenarkan dengan menunjukkan pasport dan tiket penerbangan mereka di tempat-tempat pemeriksaan keselamatan.

Daripada empat mangsa korban hari ini, tiga daripadanya adalah warga asing termasuk wartawan bebas Itali berusia 48 tahun, yang dikenali sebagai Fabio Polenghi.

Anggota keselamatan menawan semula kawasan perhimpunan kumpulan 'Baju Merah' di pusat bandar pada pukul 2 petang tadi, tidak lama selepas pemimpin kumpulan itu mengistiyharkan untuk menamatkan perhimpunan itu.

Seramai tujuh pemimpin Baju Merah termasuk Jatuporn Prompan, Natthawut Saikua dan Dr Weng Tojirakarn kemudian menyerah diri di ibu pejabat polis di Bangkok.

"Saya mohon maaf kepada anda semua tetapi tidak mahu lagi banyak kerugian. Saya isytihar tamat perjuangan ini," kata Jatuporn.

Operasi tentera dan polis secara besar-besaran bermula pada pukul 6 pagi tadi dan dua jam kemudian pasukan keselamatan menguasai Taman Lumpini selepas pertempuran sengit dan berbalas tembakan dengan penunjuk perasaan.

Sekurang-kurangnya 10 letupan bom serta berbalas tembakan kedengaran ketika pasukan tentera mula bergerak ke arah pentas utama perhimpunan di Rasprasong.

Kebanyakan penunjuk perasaan menyerah diri selepas pengumuman oleh pemimpin Baju Merah itu tetapi masih ada sebilangan terus mengganas dengan membakar kompleks membeli-belah mewah, Central World, yang terletak empat kilometer persegi dari kawasan perhimpunan.
Ketika ini, kompleks itu masih terbakar.

Kumpulan itu memulakan perhimpunan pada 1 dan 2 Mac lalu dengan menuntut pembubaran Parlimen dan mula tinggal secara berterusan di Jambatan Phan Fa sebelum bergerak ke tapak perhimpunan di pusat bandar pada 3 April lalu.

Apa yang bermula secara perhimpunan aman bertukar menjadi ganas apabila kumpulan penunjuk perasaan bertempur dengan pasukan keselamatan pada 13 Mei apabila mereka gagal meninggalkan kawasan itu.

Antara yang terkorban ialah perancang ketenteraan kumpulan Baju Merah, Mej Jen Khattiya Sawasdipol, yang ditembak di kepala oleh penembak curi pada 13 Mei dan dia meninggal dunia dua hari kemudian.

Jeneral dua bintang itu digantung oleh angkatan tentera kerana berpihak dengan kumpulan Baju Merah.
Pertempuran dan keganasan jalanan itu setakat ini mengorbankan 70 orang dan 1,295 mengalami kecederaan.

Malaysiakini/-

DUN S'wak: Lagi ADUN DAP hadapi hukuman digantung

6 Jamadil Akhir 1431 H

ADUN Maradong Ting Tze Fui telah dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, dewan Undangan Negeri Sarawak berhubung satu kenyataan yang dibuatnya November lalu.

Ting akan dihadapkan ke jawatankuasa itu Jumaat ini berikutan usul yang diluluskan oleh Menteri Kewangan Kedua Sarawak, Datuk Wong Soon Koh pada persidangan DUN hari ini.

Ting adalah ADUN ketiga yang bakal digantung selepas BN semalam mengambil tindakan yang sama ke atas dua rakannya - Chong Jen Jien (DAP-Bandar Kuching) dan Dominique Ng (PKR-Padungan) untuk selama 12 bulan.

Semasa dihubungi, Ting (kiri) berkata dia diheret ke jawatankuasa itu kerana menuduh kerajaan Sarawak menyalah-gunakan dana negeri ketika perdebatan mengenai bajet negeri pada November lalu.

Ketika itu, Wong menuntut Ting supaya membekalkan bukti berhubung dakawaannya itu.

“Hari ini, saya bawa keratan akhbar yang berjudul 'Billions siphoned – Sarawak government stepped in' bagi menyokong hujah saya,” katanya.

“Bagaimanapun, Wong mengheret saya ke jawatankuasa hak dan kebebasan kerana membuat kenyataan itu dan enggan menariknya balik. Saya datang dengan bukti seperti yang dilaporkan akhbar.”

Ting, 29, berkata dia tetap dengan pendiriannya itu dan tidak akan membenarkan tindakan disiplin ke atasnya itu menghalangnya daripada memastikan kerajaan Sarawak tidak menyalah-gunakan kuasa.

“Saya akan terus berjuang dan mendedahkan salah-guna wang rakyat seperti itu. Saya akan terus berkhidmat kepada pengundi di kawasan saya,” katanya.

Balas dendam

DAP mempunyai enam ADUN di Sarawak, manakala PKR memiliki satu kerusi di DUN yang mempunyai 71 anggota itu.

Menurut ahli parlimen Sibu yang baru dilantik, Wong Ho Leng penggantungan ADUN DAP semalam dan cadangan mengheret Ting ke jawatankuasa khas itu sebagai dendam BN atas kekalahan kerusi Sibu, Ahad lalu.

“Mereka menggunakan dewan undangan negeri sebagai pentas menghalau perwakilan Pakatan Rakyat,” katanya.
Malaysiakini/-

Ujub Agen Perosak

6 Jamadil Akhir 1431 H
Oleh: salman maskuri

PENGERTIAN UJUB

Sifat ujub adalah sifat yang melanda umat Islam sekarang. Ia boleh diertikan dengan rasa kagum terhadap diri sendiri atau bahasa yang lebih mudah ialah “perasan”. Ia disebabkan kelebihan-kelebihan yang dimiliki manusia samaada kelebihan dunia seperti baju yang cantik, pandai berpidato, kejayaan ataupun kelebihan akhirat seperti solat jemaah , qiamul lail, dakwah, zikir dan sebagainya. Ujub adalah tergolong dari maksiat hati yang lebih besar dari maksiat zahir.

PERBEZAAN UJUB DAN RIYA

Riya adalah beramal kepada manusia dan mestilah semasa adanya manusia. Adapun ujub adalah perasaan yang ada dalam yang rasa kagum dan terpesona dengan diri sendiri. Ia berlaku samada depan manusia atau bersendirian. Imam ibnu Taymiyah berkata:

الرياء من باب الإشراك بالخلق والعجب من باب الإشراك بالنفس
“ Riya adalah menyengutui tuhan dengan mahkluk dan ujub adalah menyengutui tuhan dengan diri sendiri.”

Maksudnya bila seorang itu rasa kagum dengan blognya atau bacaan qurannya yang sedap maka dia telah menyengutui tuhan dengan dirinya sebab kehebatan blognya atau kesedapan bacaan Qurannya adalah daripada tuhan. Kenapa dia kagum dirinya dan dalam masa mengetahui ia dari tuhan. Sepatutnya dia hanya kagum kepada tuhannya sahaja.

UJUB DENGAN BANYAKNYA PENGIKUT DAN AHLI

Firman Allah swt:

لَقَدْ نَصَرَكُمُ اللّهُ فِي مَوَاطِنَ كَثِيرَةٍ وَيَوْمَ حُنَيْنٍ إِذْ أَعْجَبَتْكُمْ كَثْرَتُكُمْ فَلَمْ تُغْنِ عَنكُمْ شَيْئاً وَضَاقَتْ عَلَيْكُمُ الأَرْضُ بِمَا رَحُبَتْ ثُمَّ وَلَّيْتُم مُّدْبِرِينَ
"Sesungguhnya Allah telah menolong kamu (hai para mu'minin) di medan peperangan yang banyak, dan (ingatlah) peperangan Hunain, yaitu diwaktu kamu menjadi UJUB (kagum) dengan banyaknya jumlah (mu), maka jumlah yang banyak itu tidak memberi manfa'at kepadamu sedikitpun, dan bumi yang luas itu telah terasa sempit olehmu, kemudian kamu lari kebelakang dengan bercerai-berai. (25 : at-Taubah)

Disini menunjukkan ujub dengan banyaknya tentera (10,000) ketika itu menyebabkan mereka telah tewas pada pusingan pertama. Tuhan menegaskan bahawa banyaknya mereka tidak memberi makna sedikit pun pada buat mereka.

Oleh berhati2lah kepada guru yang rasa kagum dengan banyak anak muridnya, penganjur program yang kagum dengan ramai pesertanya, persatuan yang kagum dengan banyak ahlinya, bloger yang ramai yg banyak follower bahwa banyak tidak memberi makna , malahan mendatangkan kemurkaan tuhan seperti dalam tajuk seterusnya.

MORAL:

KITA TEWAS DAN GAGAL BUKAN KERANA SEDIKIT AHLI TETAPI KERANA PENYAKIT HATI YANG MASIH MELANDA TERUTAMA SIFAT UJUB.

KEMURKAAN TUHAN KEPADA YANG KAGUM DENGAN DIRINYA

Nabi saw bersabda:

بينما رجل يمشي في حلة تعجبه نفسه مرجل جمته إذ خسف الله به فمو يتجلجل في الأرض إلى يوم القيامة
“ Apabila seorang lelaki sedang berjalan dengan memakai baju dan rambut yang disikat meneybabkan dia rasa kagum dengan pakain dan dandanan rambutnya (perasan lawa). Lalu Allah menenggelamkan dia ke dalam muka bumi dan dia terus ditenggelamkan sampai hari kiamat.”

Hadis sahih riwayat Bukhari (5789) dan Muslim ( 2088).

Kita digalakkan untuk memakai cantik tetapi dilarang untuk merasa kagum dengan diri kita tetapi kita hendaklah melihat Allah yang memberinya nikmat. Lihat betapa murkanya tuhan dengan manusia sebagini sehingga Allah menenggelamkan dia sehingga hari kiamat.

Ingatlah wahai manusia yang kagum dengan dirinya disebabkan:-

- rupa paras yang cantik.

- Bilik yang cantik.

- Petah berpidato dan berhujjah

- Kenderaan yang mahal

- baju yg branded

- rumah yang cantik

- masakan yang sedap

- blog yang menarik

- skill dalam permainan

- result exam yg bagus

Dengan Azab Allah yang akan berikan didunia dan akhirat. Ingatlah ianya dari tuhan, oleh itu kagumlah hanya kepada tuhan bukan diri sendiri.

UJUB PEROSAK AMALAN

Nabi saw bersabda:

ثلاث مهلكات شح مطاع وهوى متبع وإعجاب المرء بنفسه
“ Tiga perkara yang merosakkan: Sikap kedekut yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti dan rasa kagum dengan diri sendiri.”

Hadis riwayat Bazzar (80) dengan sanad yang hasan.

Imam Nawawi berkata:

“Ketahuilah bahawa keikhlasan akan terdedah dengan penyakit ujub. Sesiapa kagum dengan amalannya akan terbatal amalannya.”

Oleh itu orang yang beramal tidak kira apa amalan tersebut hendaklah menjauhi rasa kagum dengan amalannya seperti mana orang yang qiamullail pada malam hari rasa bahawa dia orang yang baik atau soleh. Berkata Nabi Isa alaihis salam:

يا معشر الحواريين كم من سراج قد أطفأه الريح وكم من عابد قد أفسده العجب
“ Wahai para penolong-penolongku, berapa banyak pelita yang dipadam apinya oleh angin dan berapa ramai orang yang beribadat dirosakkan amalannya oleh sifat ujub.”

Muthrif rahimahullah telah berkata:

لأن أبيت نائما وأصبح نادما أحب إلي من أن أبيت قائما وأصبح معجبا
“ Kalau aku tidur tanpa tahajud dan bangun dalam keadaan menyesal lebih baik dari aku bertahajud tetapi berasa kagum dengan amalan tahajud tadi.”

Ibadah yang sebenar akan menyebabkan hati seorang itu semakin tunduk dan hina dengan tuhannya. Namun ibadah yang menghasilakan rasa kagum dan bangga itu adalah ditolak dan hasil dari tipu daya syaitan. Lihat apa yang berlaku kepada seorang sahabat Nabi Abu Ubaidah al-Jarrah yang menjadi imam. Setelah selesai beliau berkata:

“Syaitan sentiasa menghasut aku supaya merasa aku ini lebih dari orang di belakang ku (bila jadi imam) . Aku tidak mahu jadi imam sampai bila2.”

Hendak buat amal itu pun satu benda yg susah tetapi hendak menjaga amalan dari perosak adalah lebih susah. Orang yang berilmu rasa kagum dengan ilmunya. Orang yang memimpin rasa kagum dengan kepimpinannya. Orang yang bertahajud kagum dengan tahajudnya. Orang yang berdakwah rasa kagum dengan dakwahnya. Semua amalan tadi akan dirosakkan dengan sifat ujub itu. Hai ya Allah jaga lah hati-hati kami dari sifat ujub ini.

Kesimpulan

Ujub ini adalah penyakit yang melanda semua manusia. Manusia terdedah dengan ujub pada setiap ketika. Oleh itu hendaklah dia berusha untuk menidakkan sifat ujub tersebut. Yang lebih penting hendaklah dia belajar dari guru murabbi untuk menghilangkan sifat ujub ini. Rugilah jika amalan kita yang sedikit ini habis ditelan oleh ujub. Saya hanya menyebut sedikit sahaja tentang perihal ujub ini, banyaklah lagi tentang bahaya ujub, syptom2 ujub dan penawar ujub menurut Quran, hadis dan para ulama yang perlu dipelajari. Dr Majdi telah membahaskannya dalam kitab Hattim Sonamak dan menganggap manusia yang ujub ini menyembah dirinya. Saya berhasrat untuk mendiskusikan kitab ini pada cuti musim panas insyaAllah.

Cerita Abdul Rahman, Tokoh Etnik Uygur dengan Kilang Pakaian Dadinya

6 Jamadil Akhir 1431 H

Abdul Rahman, dilahirkan di Kaunti Yecheng, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang. Dalam ingatannya, beliau masih ingat akan kehidupan semasa kanak-kanak yang berada dalam kesusahan kerana pada waktu itu hanya ayahnya seorang sahaja yang berkerja bertungkus lumus untuk menyara 11 orang ahli keluarganya. Abdul Rahman amat menyayangi ayahnya, maka beliau bekerja secara sambilan pada hujung minggu dan hari cuti untuk mendapatkan wang bagi membayar bayaran sekolahnya sendiri ketika beliau belajar di sekolah menengah.

Kehidupannya yang susah tidak menghalang Abdul Rahman daripada mengejar impiannya untuk menjadi seorang pereka bentuk pakaian. Beliau gemar melukis dan menjahit pakaian etnik Uygur sejak kecil lagi. Melalui usaha yang bersungguh-sungguh, beliau berjaya mengikuti jurusan reka bentuk pakaian etnik di Universiti Tekstil China pada awal tahun 1990-an. Abdul Rahman bercita-cita untuk membuka perniagaannya sendiri dengan pengetahuan teknikal yang diperolehinya selepas lulus dari universiti. Namun, beliau menyedari bahawa beliau masih kekurangan pengalaman untuk membuka perniagaan sendiri. Maka, beliau pergi ke Guangzhou seorang diri dan bekerja di sebuah kilang pakaian di Guangzhou.

Bagi beliau yang pertama kali datang ke Guangzhou, manakala beliau tidak mengenali sesiapa pun, tidak faham dan tidak pandai bertutur dialek Guangzhou. Beliau menghadapi banyak cabaran dan masalah sama ada dalam pekerjaan mahupun dalam kehidupan. Katanya,

"Pada masa itu, susah sekali untuk mendapat kerja. Maka saya berkata kepada mereka yang mengambil kakitangan baru bahawa saya boleh bekerja tanpa gaji sekiranya mereka boleh menyediakan saya tempat tidur. Mula-mula, mereka tidak tahu bahawa saya tamat dari universiti dan menguasai teknik membuat pakaian. Mereka menyuruh saya membersihkan pejabat, menyediakan teh dan kerja-kerja lain."

Abdul Rahman tidakpun merungut dan terus bekerja dengan bersungguh-sungguh. Pepatah Melayu menyatakan "permata akan bercahaya walaupun dalam lumpur". Teman-teman Abdul Rahman mula mengesyaki bahawa pemuda Uygur ini bukanlah orang sembarangan kerana jika mesin sesiapa sahaja mengalami kerosakan, beliau boleh membaikinya; jika ada di antara pekerja yang belum menyelesaikan kerja menjahit pakaian, beliau juga boleh memberi bantuan. Teman-temannya amat kagum dengan kebolehan dan sikapnya. Abdul Rahman telah mendapat pujian daripada teman-teman dan ketuanya kerana beliau bukan hanya bersedia memberi bantuan kepada orang lain dengan murah hati, malah menjadi teladan kepada orang lain yang bekerja lebih lama daripadanya serta beliau selalu rendah hati.

Beliau mula menjawat jawatan penting dalam syarikat tersebut. Beliau dibenarkan menyertai proses operasi syarikat tersebut, iaitu membeli kain, memproses pakaian dan menjual pakaian. Abdul Rahman menjadi semakin berpengalaman dalam sektor tersebut melalui pekerjaannya dalam beberapa tahun ini. Selain itu, beliau juga berjaya menguasai kaedah pentadbiran dan pengurusan syarikat. Ketuanya telah memberikan galakan dan sokongan sepenuhnya kepada beliau ketika Abdul Rahman memohon untuk kembali ke Xinjiang untuk menguruskan syarikatnya sendiri.

Abdul Rahman segera membuka sekolah vokasional di bandar Urumqi dan Kuerle secara berasingan selepas beliau kembali ke wilayah Xinjiang. Sekolah vokasionalnya bukan sahaja mendapat keuntungan dari segi ekonomi, tetapi juga menerima reputasi yang baik dari segi sosial kerana ramai orang muda tempatan berpeluang mempelajari teknik praktikal yang bermanfaat bagi mereka mendapatkan peluang kerja.

Selain itu, beliau menguruskan sebuah syarikat pakaian etnik di Urumqi. Pakaian yang dihasilkan syarikat tersebut amat laris jualannya kerana reka bentuk pakaian istimewa serta bahan kain yang digunakan itu bermutu tinggi. Oleh itu, pakaian syarikat tersebut telah dieksport ke negara-negara Asia Tengah dan mendapat sambutan baik.

Lama-kelamanan, kerjaya Abdul Rahman memasuki fasa yang semakin lancar. Tetapi pada ketika itu, kehidupan keluarganya telah ditimpa kerugian yang besar. Pada tahun 2006,lima ahli keluarganya meninggal dunia seorang demi seorang dalam tempoh setahun. Kesedihan yang amat sangat menjadikan Abdul Rahman tidak ambil peduli tentang urus niaga syarikatnya, selama beberapa minggu.

"Ayah, adik dan beberapa orang saudara mara saya meninggal dunia seorang demi seorang hanya dalam sepuluh bulan sahaja. Saya sangat sedih pada masa itu dan saya tidak boleh tahan mengalirkan air mata setiap hari."

Walau bagaimanapun, akhirnya Adbul Rahman menyedari bahawa kehidupan masih perlu diteruskan, tanggungjawab untuk menyara dan menjaga ahli keluarga perlu dipikul. Oleh itu, beliau melepaskan kerjayanya dan kehidupannya yang lebih selesa di bandar, sebaliknya pulang ke kampung halaman, iaitu kaunti Yecheng.

Selepas beliau kembali ke kampung halamannya, beliau terus memikul tanggungjawab untuk menjaga ibunya sambil mencari peluang untuk meneruskan pekerjaan. Setelah menjalankan penyelidikan pasaran, Abdul Rahman dengan gembiranya melihat kaunti Yecheng sudah mengalami perubahan yang begitu besar seiring dengan pelaksanaan dasar penerokaan bahagian barat China. Lebih-lebih lagi, pemikiran penduduk pelbagai etnik tempatan juga telah berubah. Selepas mengetahui keadaan pembangunan ekonomi, pelaburan dan dasar keutamaan untuk menggalakkan golongan muda meneroka kerjaya sendiri, Abdul Rahman menjadi lebih berkeyakinan untuk meneruskan perniagaannya di kaunti Yecheng. Kata beliau,

"Saya telah meninjau ke merata tempat di kaunti Yecheng. Saya mendapat tahu ramai orang yang menganggur di Yecheng sebenarnya pandai menjahit pakaian. Maka, saya membuat keputusan untuk membuka sebuah kilang di kaunti tersebut."

Kilang Pakaian Dadi telah berjaya ditubuhkan oleh Abdul Rahman dengan menggunakan modal lebih 500 ribu yuan RMB pada tahun 2007. Kilang tersebut bukan sahaja sebuah kilang pakaian, tetapi dijadikan "pangkalan latihan dan latihan amali" di Yecheng. Setakat ini, kelas pelajaran menjahit pakaian telah ditawarkan sebanyak 15 kali, kadang kala Abdul Rahman sendiri akan mengajar tekniknya kepada pelajar. Lebih 800 orang pelajar yang tamat daripada kuliah tersebut, selain daripada lebih 180 lulusan terus diambil bekerja di kilang tersebut, manakal 80% pelajar lain pula bekerja di tempat lain. Ini memang memberikan bantuan yang besar kepada kerajaan tempatan untuk mengatasi masalah pengangguran di Yecheng.

Tiga tahun sudah berlalu, jumlah pekerja di kilang Abdul Rahman meningkat dari lapan orang kepada 200 orang. Di samping itu, kilang tersebut juga menyediakan peluang kerja untuk penduduk dengan menikmati jaminan sara hidup minimum dan juga peluang kerja kepada orang kurang upaya. Tindakan Abdul Rahman telah menjadi teladan yang baik kepada syarikat lain di Xinjiang.

Baru-baru ini, Abdul Rahman merancang untuk mengeksport pakaian ke negara Asia Tengah. Katanya,

"Saya merancang menjual pakaian yang berciri etnik kepada negara asing berdasarkan dasar keutamaan kerajaan."

CRI/-