20 May 2010

Han Dan Xue Bu : Meniru Gaya Berjalan di Handan


6 Jamadil Akhir 1431H.

Pada Zaman Negara-negara Berperang (475-221 sebelum Masihi), di Shouling, Negeri Yan, ada seorang budak lelaki yang mengetahui bahawa orang Handan, ibu Negeri Zhao, berjalan dengan bergaya. Maka, dia pun pergi ke sana untuk mempelajari gaya mereka berjalan

Ketika di Handan, tiap-tiap hari, dia memperhatikan cara orang tempatan itu berjalan, dan mencontohi gaya mereka dengan bersungguh-sungguh. Bagaimanapun, walau dengan apa cara pun dilakukannya, dia bukan sahaja gagal menguasai gaya mereka berjalan, malah ia lupa gaya berjalannya sendiri. Maka, dia terpaksa merangkak untuk balik ke kampungnya.

Episod ini menasihati kita agar jangan meniru kelebihan orang lain secara membuta tuli. Jika membuang kelebihan dan keunikan sendiri begitu saja, kita pasti akan mengalami kerugian. CRI/-

Kenyataan Media : Ucap takziah pengawal Istana Kelantan meninggal dunia.

6 Jamadil Akhir 1431H.

Pengawal Istana Kelantan Ramli Mohamad, 50, meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini kelmarin, 19 hari selepas menerima rawatan akibat ditembak oleh individu tidak dikenali pada 1 mei lepas.

Ramli meninggal dunia kira-kira jam 3.30 pagi ini selepas berada dalam keadaan kritikal sejak semalam apabila organutamanya dijangkiti kuman.

Sebelum itu Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra sempat menghulur sumbangan RM100,000 kepada Ramli sebagai bantuan untuk mengurangkan beban keluarga pengawal istana yang meninggalkan seorang isteri dan lima orang anak.

Sehubungan dengan itu suka saya mengeluarkan beberapa kenyataan berikut :-

1. Saya sebagai anak Kelantan yang sedang berada di perantauan dengan ini mengucapkan takziah dan turut berdukacita dengan pemergian Ramli. Sesungguhnya kehilangannya amat saya rasakan apalagi oleh pihak keluarganya yang terdekat.

2. Sehubungan dengan itu saya mengharapkan pihak polis terus meningkatkan usaha untuk memastikan siapakah yang terlibat dalam kejadian yang telah disahkan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan di mana Polis akan menyiasat kes tersebut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh selepas mangsa meninggal dunia.

3. Segala usaha yang dilakukan oleh pelbagai pihak untuk meringankan bebanan keluarga Allyarham Ramli adalah langkah yang sangat dihargai temasuk sumbangan RM 100,000 oleh Pemangku Raja Kelantan , Tengku Muhammad Faris Petra.

4. Selain itu saya merasakan pelbagai pihak perlu memikirkan dengan serius keselamatan diri masing-masing sebagai iktibar dari kes di Kelantan. Khususnya kepada individu berprofil tinggi, saya merasakan dari beberapa kejadian yang mengejutkan di Malaysia pada akhir-akhir ini menyebabkan perkara keselamatan ini perlu diambil perhatian malah diutamakan.

DRS. KHALIL IDHAM LIM
ADUN TITI SERONG
.

SIDANG MEDIA.

Assalamualaikum / Salam Sejahtera.

Satu Sidang Media akan diadakan seperti berikut :-

Tarikh/Hari : 20 Mei 2010 / Khamis

Jam : 2.30 petang

Tempat : Pejabat SPRM , Ipoh.

Satu laporan akan dilakukan oleh Ahli Majlis Pimpinan pakatan Rakyat Perak, Dr. Khairuddin bin Dato' Abdul Malik berhubung dengan salah laku yang dilakukan oleh pemimpin BN dalam Piliharaya kecil Parlimen Sibu.

Dengan ini saya menjemput semua rakan media dan rakan blogger untuk hadir dalam sidang media tersebut.

DRS. KHALIL IDHAM LIM
SETIAUSAHA SEKRETARIAT
PAKATAN RAKYAT PERAK.

SOLAT SUNAT TAUBAT

5 Jamadil Akhir 1431 H
Oleh: Azharali Zaini

Solat ini dilakukan sebagai tanda kita bertaubat kepada Allah. Tiada waktu yang tertentu ditetapkan, boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja apabila seseoarng itu rasa menyesal dan ingin bertaubat kepada Allah. Seelok-eloknya setelah kita melakukan istighfar, munajat, muhasabah diri...dan bertaubat kepada Allah di tengah malam yang sunyi.. kemudian disusuli dgn solat tahajjud dsb...

Digalakkan utk dilakukan dalam bulan-bulan haram iaitu Muharram, Rejab, Syaaban dan Ramadhan. Boleh dilakukan sebanyak 2 rakaat @ lebih.

Lafaz Niat


Sahaja Aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana Allah SWT

Setelah membaca surah al-Fatihah, bacalah surah al-Kafirun di rakaat pertama dan di rakaat kedua pula Surah al-Ikhlas sebanyak 3 kali.


Doa Sujud terakhir rakaat kedua.

Aku memohon keampunan Allah yang Maha Besar, tiada Tuhan melainkan Allah,
Dialah yang Maha Hidup, Maha berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.


2. Tiada had


Tiada keupayaan (untuk mentaati perintahMu) dan tiada kekuatan (untuk menjauhi laranganMu)
melainkan dengan keizinan Allah yang Maha Besar.


3. Ataupun dengan istighfar dan taubat yang ringkas ini


Ya Allah, ampunilah aku dan terimalah taubatku.

Doa Taubat


Lagi 'mangsa' tembakan lapor polis

5 Jamadil Akhir 1431 H

Seorang lagi lelaki yang ditembak polis pada April tahun lalu, Shahril Azlan Ahmad Kamil hari ini tampil membuat laporan di ibu pejabat polis daerah (IPD) Seksyen 11 di Shah Alam hari ini.

Operator peralatan kontena di Pelabuhan Klang itu mendakwa, beliau ditembak di bahagian lengan ketika cuba mengelak – dengan mengundurkan kereta – daripada satu sekatan jalan raya oleh pihak polis di Seksyen 7.
Tembakan itu didakwa menembusi lengan, rusuk dan seterusnya terlekat di tulang belakangnya.

“Saya duduk hospital kira-kira sebulan,” katanya yang mendakwa tembakan tersebut menyebabkannya mengalami kesan sampingan berterusan seperti tidak boleh melakukan kerja berat dan lenguh-lenguh pada kaki kiri.

Beliau turut membawa salinan X-ray yang menunjukkan kedudukan peluru yang melekat di tulang belakangnya.

Beliau membuat aduan tersebut mulai jam 12 tengahari dengan ditemani oleh dua orang peguam - Puspawati Rosman dan Fadiah Nadwa Fikri. Kedua-dua mereka daripada kumpulan peguam Lawyer for Liberty.

Dalam aduannya, Shahril Azlan menceritan kembali detik-detik cemas ketika beliau ditembak. Ketika itu beliau bersama seorang lagi rakan dalam kereta Proton Wira miliknya.

Katanya, mereka cuba mengelak daripada sekatan jalan raya itu kerana kenderaan yang dipandunya sudah tamat cukai jalan.

Menurut Shahril Azlan (tengah) lagi, beliau mengundurkan kereta kerana panik apabila dihampiri dua lelaki berpakaian biasa – dipercayai polis - yang memegang kayu.

Setelah itu, beliau terdengar dua atau tiga das tembakan dilepaskan terhadapnya, menyebakan satu hinggap di tubuhnya..

Dalam laporannya, Shahril Azlan juga mendakwa polis menuduhnya membawa dadah dan tidak melayan permintaannya supaya memanggil ambulans sehinggalah datang seorang pegawai polis beruniform.

“Saya membuat laporan polis ini kerana saya telah ditembak tanpa sebab dan saya mahu tindakan diambil terhadap pihak yang berntanggungjawab dan saya juga meminta supaya satu pasukan polis selain polis Shah Slam menyiasat kes ini,” laporan polisnya dipetik.

Pada 16 April tahun lalu, bapanya juga telah tampil membuat laporan polis yang sama di Klangberhubung keadaan anaknya itu.

Sementara itu, dalam sidang medianya selepas tamat membuat laporan kira-kira jam 1.30tengah hari tadi, peguamnya Fadiah Nadwa berharap pihak polis menyiasat kes tersebut memandangkan tembakan terhadap anak guamnya tidak dibuat mengikut prosedur operasi standard (SOP)yang sepatutnya.

“(Kes) ini melibatkan kepentingan awam. Saya minta pihak polis dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyiasatnya dengan serius dan bertanggungjawab,” katanya.

Ditanya kenapa selepas setahun ditembak, barulah Shahril Azlan tampil membuat laporan polis, Puspawati pula menjawab:

“Sebagai orang biasa, masih banyak yang tidak tahu hak mereka. Tetapi dengan perkembangan kes lain, seperti Aminulraysid Amzah, barulah mereka tahu. Oleh sebab itu anak guam saya ambil masa setahun untuk buat laporan polis ini.”

Malaysiakini/-

Hati Yang Bahagia

5 Jamadil Akhir 1431 H
Oleh: agussyafii

Hati yang bahagia selalu hadir ketika hati penuh syukur ketika mendapatkan nikmat dan bersabar ketika mendapatkan ujian. Begitulah yang dirasakan seorang Ibu dengan tiga putrinya. Malam itu mereka berkunjung ke Rumah Amalia dengan hati yang penuh kebahagiaan dan wajah dengan senyuman. Sang Ibu bertutur bahwa dalam hidupnya harus melewati ujian kehidupan yang sebelumnya tidak pernah disadarinya.

Setelah pernikahannya dua puluh tahun dikaruniai dengan tiga putri yang sudah beranjak dewasa dikejutkan oleh kenyataan pahit, tiba-tiba suami menggugat cerai. Sampai beliau berpikir, apa yang salah dari dirinya sampai suaminya tega melakukan itu. Beliau sempat depresi, bingung tak tahu apa yang harus dilakukan. Apa lagi sang buah hati mereka sangat mengidolakan ayah dan bundanya. Mesti begitu Sang Ibu tidak membiarkan ketiga putrinya terlihat dalam masalah orang tuanya.

Ketidak mengertian atas sikap suaminya karena selama ini kehidupan rumah tangga sangatlah tenteram dan bahagia, tidak pernah bertengkar dan keributan dan tidak ada alasan yang utama yang bisa dijadikan gugatan cerai oleh suaminya karena selain istri sangat menghormatinya dan tidak ada gelagat atau perilaku yang aneh. Suaminya yang sangat santun dan penuh perhatian pada anak istrinya.

Sampai pernah malam hari beliau datang ke Rumah Amalia untuk membaca Yasin bersama dan berdoa agar suaminya kembali. Keberadaannya dengan berdoa di Rumah Amalia memberikan kesejukan hatinya ditengah kegalauan. 'Syukurlah Allah menjawab doa-doa saya, paling tidak telah membuat saya menerima semuanya dengan lapang dada, hati yang bersih dan ikhlas membuat saya survive menghadapi hidup ini,' tutur beliau.

Ditengah dirinya sudah berserah diri kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Mencoba untuk instropeksi diri atas semua kekurangannya dan menyibukkan dirinya dengan memulai usaha kecil-kecilan yang dicoba untuk merintisnya. Disaat itulah keajaiban datang dan meluluhkan hati suami tercintanya kembali pulang ke rumah dan telah mencabut gugatan cerainya. 'Sungguh Mas Agus Syafii, hati saya sangat bahagia karena Allah begitu Maha Pengasih dan Maha Penyayang mengijabah doa saya dan doa anak-anak Amalia sehingga keluarga kami bisa berkumpul kembali.' tutur Sang Ibu.

Malam itu hatinya penuh kebahagiaan tak henti mengucapkan puji syukur kehadirat Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Subhanallah. .

'Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan duka cita dari kami. Sesungguhnya Tuhan kami benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri.' (QS. Faathir : 34).

GAMIS bantah judi "halal" kerajaan.

5 Jamadil Akhir 1431H.

18 MEI - Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS) mendesak kerajaan menarik balik lesen pertaruhan bola sepak sempena Piala Dunia yang akan bermula bulan hadapan. Menurut Presiden GAMIS, Mohd Idris Bin Mohd Yussoff, mahasiswa Islam membantah pemberian lesen pertaruhan judi ini kepada Kumpulan Berjaya Corporation kerana judi ini secara jelas sesuatu yang haram di sisi Islam.

"Dalam perkara yang sudah qat'ie (diputuskan) haram tanpa khilaf (perbezaan pandangan ulama') ini, tidak perlu lagi melihat kepada maslahah (kebaikan) yang cuba direka-reka unuk menghalalkannya. Hujah Timbalan Menteri Kewangan bahawa tindakan sedemikian untuk mengurangkan masalah pertaruhan haram daripada merebak tidak boleh diterima akal yang waras. Takkan kalau selepas ini kita hendak mengelakkan pelacuran haram secara berleluasa, kita wujudkan pula tempat pelacuran 'halal'?" katanya dalam satu kenyataan hari ini.

GAMIS berpendirian, pertaruhan ini bukan sahaja dibantah oleh mereka yang beragama Islam tetapi juga di kalangan bukan Islam yang bimbangkan hal ini akan menyebabkan masalah sosial di Malaysia semakin parah. Dalam demontrasi di Masjid Kampung Baru pada minggu lepas misalnya, terdapat wakil dari wakil bukan beragama Islam yang berucap untuk menyampaikan bantahan walaupun demontrasi Jumaat lalu dihalang oleh pihak polis.

Sebelum ini, kajian pernah dibuat berkaitan masalah 'along'. Hasil kajian membuktikan, kebanyakan mereka yang terlibat meminjam wang dari 'along' adalah kaki judi.GAMIS memandang, pemberian lesen pertaruhan ini akan menambahkan lagi penyakit sosial di kalangan masyarakat Malaysia.

GAMIS juga memandang, tindakan ini akan mencemarkan nama baik Malaysia di mata dunia terutamanya negara-negara Islam. Malaysia dilihat seolah-olah terlalu terdesak dalam masalah ekonomi sehingga terpaksa berharap kepada perjudian sebagai sumber ekonomi negara. GAMIS juga berharap agar Yang Dipertuan Agong selaku ketua agama Islam untuk campur tangan dalam tindakan tidak bertanggungjawab ini yang telah mencemarkan kesucian agama Islam.

"Dalam perbincangan tidak rasmi bersama Presiden KARISMA, saudara Abdullah Omar sebentar tadi, kita merancang untuk mengajak rakan-rakan gerakan Mahasiswa Islam dan front-front mahasiswa lain untuk bersama dalam bantahan ini. Kemungkinan kita akan membuat kutipan tandatangan mahasiswa bersama dengan memorandum yang akan dihantar kepada Yang Dipertuan Agong untuk menyuarakan isi hati mahasiswa yang cukup kecewa dengan keputusan kerajaan ini," kata Mohd Idris lagi.

GAMIS menyeru para agamawan, mufti-mufti, rakyat Malaysia yang cintakan Islam dan termasuk dikalangan mereka bukan Islam yang cintakan kesejahteraan negara untuk berani bangkit menyatakan bantahan ini agar kerajaan menarik balik pemberian lesen tersebut.

Pelbagai pertubuhan NGO, pertubuhan agama, parti-parti politik serta orang perseorangan membantah selepas Kementeri Kewangan secara rasminya pada 11 Mei lalu memberi lesen judi berkenaan kepada Kumpulan Berjaya yang dimiliki Tan Sri Vincent Tan. Sehubungan keputusan itu, pertaruhan secara sah boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak Piala Dunia bermula pada 11 Jun ini.

PRK SIBU: RAKYAT HUKUM BN

5 Jamadil Akhir 1431 H
Oleh: Safarizal Saleh

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) mengucapkan tahniah kepada Jentera Pakatan Rakyat (PR) Negeri Sarawak amnya dan DAP khasnya di atas kemenangan merampas semula kerusi Parlimen Sibu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sibu hari Ahad yang lalu. Keputusan ini adalah tepat yang telah dibuat oleh rakyat dengan penuh yakin melalui suara demokrasi yang subur.

Bagi DPPN Pk, petanda keputusan PRK Sibu tersebut sebagai pendorong rakyat di Negeri Perak untuk membuat keputusan menolak Barisan Nasional (BN). DPPN Pk menyeru agar rakyat di Negeri Perak lebih yakin membuat keputusan yang sama di dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 13 nanti.

Sudah tentu jumlah penduduk masyarakat kaum Cina dilihat telah membuat satu keputusan bagi menghukum BN di PRK Sibu. Masyarakat kaum Cina di Negeri Perak juga turut dilihat akan bertindak menghukum BN setelah BN melakukan rampasan kuasa secara tidak bermaruah.

Malah masyarakat kaum Cina juga dilihat sudah menerima PAS di dalam PR bagi menghukum BN kelak. Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan tonggak keadilan
rakyat.

ZAWAWI HASSAN
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak
.

Belia perlu berprinsip, dalam memacu kejayaan ummah dan negara

5 Jamadil Akhir 1431 H
Oleh: Nuruddin Muhammad

Belia perlu berprinsip, dalam memacu kejayaan ummah dan negara Belia Kreatif Pemacu Pembangunan Negara, begitulah tema atau moto bagi hari Belia kebangsaan yang disambut pada bulan Mei ini.

Moto ini meletakkan suatu piawaian kepada pembangunan negara iaitu melalui kemampuan belia dan anak muda menjadi kreatif. Kreatif adalah satu sifat yang berasal dari sikap dan pemikiran individu yang mampu meneroka sesuatu yang baru atau alternatif untuk memajukan sesuatu yang diperbuatkan. Dalam aspek kini, belia dikehendaki oleh negara untuk mensasarkan misi negara menjaid sebuah negara berpendapatan tinggi sejajar dengan pembentangan Model Ekonomi Baru bahagian pertama baru –baru ini.

Suatu sorotan penting ialah, apakah bentuk pembangunan negara yang kita kehendaki. Malah adakah pembangunan yag diharapkan adalah daripada aspek madiyyah atau fizikal yang mampu disukat oleh indeks pembangunan insan, KDNK, kadar FDI, KPI dan sebagainya?

Teras berpandangan bahawa golongan pemuda dan anak muda perlu memainkan peranan untuk merealisasikan sebuah pembangunan negara yang menjadikan negara ini taman yang selamat, bebas dari rasuah dan penyelewengan, pembangunan yang mapan, adil dan mampu mengurangkan jurang antara ras dan etnik serta menjadikan negara ini selamat untuk dihuni oleh manusia yang inginkan keselamatan awam yang baik.

Hari ini kita melihat sendiri, anak muda dan belia khususnya kaum muslim yang lahir pada hari ini mengalami krisis jatidiri dan visi hidup. Malah gejala kemelesetan visi hidup ini menyebabkan lunturnya perjuangan sejati manusiawi di muka bumi ini iaitu mempertahnkan yang hak, menolak yang mungkar. Dalam konteks pembangunan dan kejayaan negara, belia memiliki obligasi untuk memastikan keadilan sosial, pembangunan sosial yang beretika, meninggalkan budaya popular yang menyahkan jatidiri ummah yang memperjuangkan kemajuan berlandaskan saranan islam.

Belia yang bervisi serta tegar dengan prinsip moral dan pembangunan yang berlandas moral perlu meneliti semangat anak muda yag diceritakan Surah As Buruj,

“ Demi langit Yang mempunyai tempat-tempat peredaran bintang-bintang; dan hari (pembalasan) Yang dijanjikan; dan makhluk-makhluk Yang hadir menyaksikan hari itu, serta Segala keadaan Yang disaksikan; - Celakalah kaum Yang menggali parit, (Parit) api Yang penuh Dengan bahan bakaran, (Mereka dilaknat) ketika mereka duduk di kelilingnya, sambil mereka melihat apa Yang mereka lakukan kepada orang-orang Yang beriman”.

Kisah pemuda yang menatijahkan kejadian Ashabul Ukhdud dimana golongan beriman yang dibunuh dan dibakar beramai-ramai semata-mata kerana mencontohi seorang anak muda ‘ghulam’ yang beriman dan bervisi dan perjuangan menegak kebenaran.

Malah sikap 7 pemuda Ashabul Kahfi yang sanggup beruzlah dan meninggalkan masyarakat da keluarga semata-mata untuk menjaga iman dan agama menampilkan sikap berprinsip dan bervisi tinggi yang ada pada belia beriman pada zaman dahulu.

Sikap dan minda begini berasal dari asuhan agama dan syariat. Sikap begini mampu menghakiskan golongan belia yang gila dengan budaya ikut-ikutan, gejala budaya popular yang dijual melalui proses Amerikanisasi, sekularisme dan hedonisme tajaan barat.

Malah jika belia yang jauh dari sikap dan perjuangan berprinsip dan bervisi, mereka akan larut dengan bentuk budaya baru yang mementingkan sensasi, maksiat, buaday seronok yang melampau (utopia) yang menerapkan sikap individualisme. Sikap ini menghakiskan nilai kepedulian sosial, budaya berjemaah, bermasyarakat dan berkolaborasi untuk membangunkan negara. Masyarakat yang berpisah antara satu sama lain, chauvisnisme kelas dan struktur sosial berlaku apabila gejala individualisme ini merasuk anak muda dan belia di negara kita. Darihal itu, harapan kita untuk membangunkan negara semata-mata bergantung kepada nilai kreatif belia adalah suatu harapan yang bersifat luaran malah rapuh.

Nilai keutuhan belia yang bersatu atas dasar kebaikan, keadilan dan keinsafan untuk memakmurkan negara ini adalah kontra dengan semangat individualisme yang tersemai di celahan lipatan budaya play station, chatting dan cyber café serta sikap mengenal dunia hanya melalui kaca internet dan televisyen semata-mata.

Kepedulian sosial membayangkan satu semangat dan rasa sanubari yang sensitif terhadap apa jua permasalahan, kemelut dan pergolakan yang berlaku di dalam masyarakat, khususnya masyarakat Islam. Namun rasa kepedulian sosial yang perlu disemai di kalangan belia tidaklah pula terbatas hanya kepada masyarakat Islam kerana ada isu yang berlaku adalah merupakan isu-isu yang turut meliputi masyarakat bukan Islam, termasuklah isu-isu akhlak dan seumpamanya. Kepedulian sosial yang sebenar ialah rasa “empathy” yang lahir setelah berinteraksi dengan kemelut masyarakat dan seterusnya menampilkan penyelesaian yang meyakinkan untuk dilaksanakan. Rasa “emphathy” ini mampu dipunyai oleh mana-mana individu, tanpa mengira latar belakang, kecenderungan politik, agama, kaum dan bangsa mahupun status sosial seseorang. Di atas kemampuan ini, mana-mana individu berhak pula untuk mengetengahkan cadangan penyelesaian. (sumber ABIM)

Masyarakat yang diasuh oleh media hari ini adalah hal engkau kubur engkau, aku tak campur. Ini hanya sekelumit kenyataan dan ungkapan masyarakat hari ini yang terlalu terpisah dari erti berjemaah, berkongsi rasa dan memahami erti bahawa Islam adalah agama bermasyarakat dalam segala aspek.

Menurut Khairul Azhar Bin Idris Fellow IKIM di samping itu, para belia juga harus berperanan sebagai agen yang mampu untuk membimbing masyarakat ke arah kebaikan dan kesejahteraan. Sememangnya mereka amat perlukan bimbingan dari golongan yang lebih dewasa, tetapi pada masa yang sama mereka juga perlu membimbing diri mereka sendiri. Mereka mesti mempunyai inspirasi dalaman diri mereka bahawa mereka adalah sebagai seorang pemimpin yang bertanggungjawab ke atas diri, rakan, keluarga dan bangsa, serta agama dan negara sendiri. Walaupun bukan semua orang itu boleh menjadi pemimpin kerana batasan masa dan peluang, tetapi dengan latihan dan pendidikan, mereka boleh menjadi pemimpin yang baik. Untuk para belia, antaranya mereka boleh menjadi pemimpin kepada rakan-rakan mereka sebagai pembimbing. Bimbinglah rakan sendiri supaya tidak terus dibelenggu oleh masalah ketagihan dadah yang sudah terlalu kronik, supaya meninggalkan perlumbaan motor haram, perjudian, arak, gangsterism, perlakuan sumbang dan pelbagai lagi.

Hari ini lunturnya nilai perjuangan dalam dada anak muda dan belia menyebabkan mereka memilih untuk berjuang mempertahankan black metal, gejala rempit, jenayah remaja dan gejala sosial lain. Perjuangan perlu diterapkan kepada belia betapa mereka perlu dibangunkan untuk berjuang membangunkan diri mereka dahulu, menyedarkan diri betapa pentingnya ilmu dan pengetahuan, sikap berdikari dan anti kebergantungan semata-mata malah belia perlu memiliki nilai kelebihan kompetetif yang menjadikan mereka unik dan bwrdaya saing di peringkat tempatan dan luar negara umumnya.

Pesanan dari As-Syahid Imam Hasan al-Banna:

“Pemudalah yang selamanya menjadi tulang belakang pembangunan sesuatu umat, menjadi rahsia kekuatan sesuatu gerakan dan pemegang panji-panji sesuatu fahaman.“

Menurut Imam Hasan al-Banna lagi, pembaikan suatu umat tidak akan berlaku tanpa pembaikan individu (anak muda) manakala pembaikan individu tidak akan berlaku tanpa pembaikan jiwa. Pembaikan jiwa tidak pula wujud tanpa pendidikan dan pembinaan.

Media elektronik hari ini juga ada mengadakan iklan bahawa Generasi Hebat yang sebenarnya adalah apabila mereka bersama bergembira dan hanyut dengan artis-artis realiti TV. Semakin banyak hiburan dan konsert, bergembira dan menyokong artis-artis, semakin tinggi nilai hebat pada generasi itu pada pandangan belia hari ini selepaas disogok oleh media dogmatik negara ini.

Hari belia adalah hari menginsafi serta bermuhasabah sejauh mana kemampuan dan persediaan belia dalam negara ini untuk memikul tanggungjawab sosial memakmurkan negara ke arah nilai yang lebih baik.

JUDI : Untuk Kalian Para Agamawan

5 Jamadil Akhir 1431 H
Oleh: HASANHUSAINI

"Kami mahu para Mufti menyatakan pendirian terhadap Isu Judi Bola Sepak", Teriak seorang pemimpin demonstran. Lantang suaranya dicorong mikrofon sebelum ala itu dirampas polis.

Di Mana Pendirian Majlis Fatwa? Tajuk artikel terpampang di dada akhbar elektronik.
Para pimpinan NGO pula tampil mendesak para pemimpin institusi agama tampil memberi pandangan dan menyatakan pendirian.

Pimpinan politik pula bermain dengan ayat-ayat mantiq mengajak manusia dan ummat berfikir. "Kalau arak di Hulu Selangor HARAM, kenapa Judi di BACHOK halal..? Sedangkan kalimah judi [maisir] mengekori kalimah arak [khamr] dalam ayat yang sama...?.

Saya seperti selalu, menulis untuk merungkai masalah dan puzzle rumit sebuah penipuan besar ini.

Di mana Majlis Fatwa Kebangsaan dalam isu besar syariat Islam ini....? Mana pula Mufti Kerajaan Negeri Perak yang selalu lantang...? Apakah ini yang menjadi masalah utama...? Muftikah yang bermasalah...? Atau ada otak lain yang lebih besar dan buruk masalahnya dari masalah para mufti dan segelintir ahli agama dewasa ini.
Berfikir. Terus menulis dan membelek sejarah.

Hujung 1990-an

Pada waktu itu, ada seorang mufti ikhlas kerana Allah tampil menegur maksiat dan membaik kerosakan dalam masyarakat dengan menegur kerajaan yang mengHALALkan pertandingan RATU CANTIK di Malaysia. Bayarannya, beliau dibuang dari menjawat jawatan mufti. Al-Fatihah untuk Al-Marhum.

MATANYA BUTA SEBELAH

Dajjal itu, matanya buta sebelah. Para pengikutnya juga dibutakan sebelah matanya. Buta mungkin pada zahir. Namun buta juga lebih dekat pada buta batin. Buta mata hati.

Manusia yang dibutakan mata hatinya akan gagal dari melihat kebenaran meski kebenaran itu berada di atas batang hidung mereka.

Membutakan sebelah mata [daya penglihatan dan pengamatan] manusia adalah kepakaran Dajjal. Melihat segala bentuk nikmat dalam kerangka materialisme. Semua benda dinilai pada satu sudut semata-mata. KEBENDAAN.

KECILKAH JUDI?

JUDI. Tanyakan siapa sahaja yang waras fikirannya, apakah hukum judi...? Pastinya kalimah haram akan keluar dari mulut yang ditanya. Kalaupun tidak haram, pastinya mereka tidak bersetuju untuk mengatak bahawa judi itu adalah satu amalan terpuji.

COMMON SENSE. Itu kata orang putih. Ma'lum min ad-deen bid-dharurah istilah dalam agama Islam. Semudah makan kacang untuk mahu mengetahui baik dan buruk judi. Justeru, kenapakah ianya dihalalkan...?

Matanya Sudah BUTA. Buta dari melihat judi pada sudut buruknya. Kenapa ARAK di Hulu Selangor buruk..? Kerana ada nilai material yang terselindung disebalik kemenangan ISU yang membawa kepada kemenangan KERUSI.

SURAH AL-KAHFI : UBAT JARUM BISA DAJJAL

Sabda Rasulullah sallallahualayhiwasallam :

Sesiapa yang membaca surah Al-kahfi sebagaimana ianya diturunkan, maka orang itu akan terpelihara dari tipu daya Dajjal. [Hadith]
Kenapa Surah Al-Kahfi?

Syeikh An-Nadwi dan Sayyid Qutb berpandangan bahawa, Surah Al-Kahfi membawa mesej yang cukup besar dalam memperbetulkan sistem pemanduan pemikiran manusia. LIHAT, FIKIR dan PERCAYA. Itulah intipati Surah Al-Kahfi.

Andai cara melihat salah, hancurlah cara berfikir, jahanamlah sistem kepercayaan. Iman tidak akan mendiami hati mereka yang salah cara melihatnya.

Apa beza Arak dan Judi...? Cara melihat.

Melihat dengan material akan menemukan perbezaannya. Arak HARAM di Hulu Selangor demi mendapat keuntungan. Judi HALAL juga untuk mendapat keuntungan.

PARA AGAMAWAN DAN ULAMA

Saya tidak berminat untuk mendesak kalian menyatakan pendirian terhadap isu Judi kerana pendirian kalian tidak akan memberi apa-apa makna. Keptusan yang diambil oleh mereka yang sukakan judi itu sudah cukup untuk membuktikan bahwa kalian tidak ada makna dan harga di mata mereka.

Andai kalian bertempik menyatakan judi haram sekalipun, hanya bagaikan anjing menyalak bukit. Tidak memberi apa-apa kesan. Mereka tidak akan melihat meski dengan sebelah mata!

Justeru, saya mengajak para agamawan sekalian untuk menyatakan pendirian terhadap mereka yang sanggup menukar dan mengubah-ubah hukum Allah. apakah masih patut untuk mengangkat mereka sebagai pemimpin kepada negara berbudi, luhur dengan budaya timur semurni Tanah Melayu, Malaysia...?

Itu lebih membuka mata mereka. ayuh para Agamawan, rakyat ramai menanti kalian.

Mantan wakil rakyat Umno desak batal judi bola

5 Jamadil Akhir 1431 H

Pertubuhan Mantan Wakil Rakyat Umno (PAKKU) mendesak kerajaan membatalkan serta merta lesen perjudian bola untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 yang akan berlangsung awal bulan depan.

Keputusan itu dibuat pada mesyuarat dewan tertinggi pertubuhan itu yang dipengerusikan presiden Tan Sri Adam Abdul Kadir dan dihadiri beberapa anggota lain antaranya bekas menteri pertanian Tan Sri Sanusi Junid dan bekas menteri kebudayaan, kesenian dan pelancongan Tan Sri Sabbaruddin Chik, kata naib presiden Tamrin Ghafar dalam kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

Berjaya Corp dilaporan telah menerima kembali lesen perjudian sukan.

Pada 6 Mei, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen berkenaan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Malaysiakini/-

Sibu dorong PAS ke Sabah, Sarawak

5 Jamadil Akhir 1431 H

PAS merancang untuk meluaskan pengaruhnya di Sabah dan Sarawak berikutan reaksi baik yang diterima parti itu sepanjang pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Sibu, kata setiausaha
agungnya Datuk Mustafa Ali.

Beliau berkata PAS yakin masyarakat Sabah dan Sarawak semakin mengenali parti itu selepas melihat kempen yang dijalankannya semasa pilihan raya kecil Sibu yang berakhir pada Ahad lepas.

"Sehubungan itu, kita akan buka lebih banyak cawangan di sana (Sabah dan Sarawak)," katanya kepada pemberita di Kuala Terengganu hari ini.

Beliau berkata kemenangan DAP pada pilihan raya kecil itu juga memberi keyakinan kepada PAS untuk mengukuhkan tapaknya di kedua-dua negeri tersebut.

Diminta mengulas mengenai kedudukan PKR yang dikatakan menjadi liabiliti dalam pakatan pembangkang berikutan ramai pemimpinnya keluar parti, Mustafa berkata masalah itu adalah perkara biasa bagi sebuah parti baru.

"PKR bukan satu liabiliti. Biasalah, ianya parti yang masih belum stabil kerana parti baru. Macam PAS juga, mungkin bila dah lama nanti dan bila wakil rakyat yang jadi duri dalam daging semuanya dah keluar, ianya akan diterima," katanya.

Beliau juga menafikan PAS kini khususnya di Kelantan dan Kedah dilanda krisis dan berkata semua yang berlaku adalah mainan media semata-mata.

Sejak kebelakangan ini desas-desus mengatakan kerajaan Kedah yang diteraju PAS semakin goyah kerana beberapa wakil rakyat PKR didakwa akan bertindak keluar parti, sementara kerajaan PAS di Kelantan pula dilanda kemelut yang menyelubungi Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Malaysiakini/-

Selcat adakan pendengaran awam kes KSSB

5 Jamadil Akhir 1431 H

Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) akan mengadakan pendengaran awam terhadap tuduhan penyelewengan dalam anak syarikat kerajaan Selangor, Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), yang mengendalikan perlombongan pasir di negeri itu.

Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) Isnin lalu.

Menurut kenyataan pejabat Speaker Selangor, Teng Chang Khim, pendengaran awam itu akan diadakan di Bilikan Gerakan, Tingkat 2, Bangunan Annex, Dewan Negeri Selangor pada 2, 3 dan 4 Jun depan, dari jam 10 pagi hingga 1 tengahari.

'Semua pihak yang terlibat secara langsung akan disaman hadir untuk memberi keterangan kepada SELCAT.

'SELCAT berharap semua pihak memberi kerjasama sepenuh dalam pendengaran awam tersebut dengan membentangkan dokumen-dokumen berkaitan untuk melicinkan lagi siasatan melalui pendengaran awam tersebut," kata kenyataan tersebut.

Mesyuarat SELCAT semalam dihadiri oleh semua ahli jawatankuasa SELCAT yang dipengerusikan oleh Chang Khim yang juga pengerusi SELCAT.

Ahli Jawatankuasa SELCAT yang lain ialah Hanizah Talha, Azmin Ali, Saari Sungip, Edward Lee - semuanya dari Pakatan Rakyat - dan dua wakil rakyat dari BN - Ismail Sani dan Sulaiman Abdul Razak.

Pada 12 Mei lalu, Manikavasagam membuat laporan polis yang mengandungi tiga pegawai kanan KSSB yang didakwa terbabit dalam operasi pelombongan pasir secara haram.

Dalam laporan polisnya, ahli parlimen Kapar itu mendakwa, antara lain mereka bertanggungjawab terhadap kerugian RM10 juta kerana salahurus dan mendakwa mereka mengeluarkan permit kepada pengusaha lombong pasir haram.

Malaysiakini/-

Pemangku Raja K'tan sumbang RM100 ribu pada Ramli

5 Jamadil Akhir 1431 H

Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra hari ini menyampaikan sumbangan wang tunai berjumlah RM100,000 kepada pengawal istana Kelantan, Ramli Mohamad yang ditembak oleh individu tidak dikenali pada 1 Mei lalu.

Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad berkata sumbangan peribadi itu bertujuan meringankan bebanan keluarga Ramli, 50, yang mempunyai seorang isteri dan lima orang anak.

"Pemangku Raja Kelantan amat mengambil berat terhadap Ramli yang telah ditembak baru-baru ini dan masih dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di Kota Bharu.

"Para doktor telah mengeluarkan peluru dari badan Ramli melalui pembedahan. Pada masa ini keadaan beliau agak kritikal dan mengikut maklumat yang saya terima terdapat jangkitan kuman kepada beberapa organ penting beliau," katanya kepada pemberita selepas melawat Ramli di HRPZ, di Kota Bharu petang ini.

Ramli parah ditembak oleh individu yang tidak dikenali di Kampung Sungai Nyior, Palekbang, Tumpat pada kira-kira pukul 12.25 pagi 1 Mei lalu ketika mangsa sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Sungai Pinang selepas selesai bertugas di istana, Kubang Kerian.

Halim berkata polis masih menjalankan siasatan terhadap kes berkenaan dan Pemangku Raja berharap kes itu dapat diselesaikan dengan segera.

"Kita berserah kepada pihak berkuasa dan kehendak-kehendak dalam perlembagaan dan undang-undang untuk menyelesaikan sesuatu perkara. Janganlah kita meletakkan undang-undang di tangan kita," katanya.

Malaysiakini/-

Dadah: Dua sahabat ke tali gantung

5 Jamadil Akhir 1431 H

Dua sahabat dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi hari ini selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis kanabis seberat 921 gram, hampir lima tahun lalu.

Hakim Datuk Su Geok Yiam menjatuhkan hukuman ke atas Sharizan Khajis, 32, dan Junaidi Johan, 26, selepas pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah di akhir kes pembelaan..

Dalam penghakimannya, beliau berkata selepas menimbang dan mengambil kira keterangan semua saksi dan hujahan, mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membukti kes terhadap kedua-dua tertuduh tanpa sebarang keraguan.

"Oleh itu, tiada hukuman lain yang saya boleh berikan selain menjatuhkan hukuman gantung sampai mati," katanya.

Sharizan, yang bekerja sebagai penghantar surat, manakala Junaidi sebagai pemandu, didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 9.45 malam, 3 Okt 2005, di hadapan rumah bernombor 11687, Kampung Delek Baru, Klang.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Razali Che Ani manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam, Rosal Azimin dan Ghazali Taib.

Dalam perbicaraan sebelum ini, pihak pendakwaan mengemukakan seramai enam saksi dan dua saksi pembelaan.

Malaysikini/-

Poligami: Bung Moktar dipenjara, Zizie didenda

5 Jamadil Akhir 1431 H
Oleh: Salhan K Ahmad

Ahli parlimen Kinabatangan Bung Moktar Radin hari ini dijatuhi hukuman penjara selama sebulan atas kesalahan poligami tanpa kebenaran.

Beliau juga didenda RM1,000 bagi satu lagi kesalahan bernikah tanpa kebenaran dan berhadapan dengan hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal menjelaskan denda tersebut hari ini.

Isteri keduanya, Zizie Ezette Abd Samad pula didenda RM1,000 bagi setiap dua kesalahan.

Pelakon terkenal itu bersalah atas tuduhan bersubahat bagi kesalahan poligami tersebut dan juga kesalahan pernikahan tanpa kebenaran.

Zizie juga menghadapi hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal menjelaskan denda tersebut hari ini.

Jurunikah bagi perkahwinan itu pula, Ahmad Shahazami, yang juga abang kepada Zizie dihukum denda RM1,000 bagi kesalahan itu.

Dua orang adiknya, Samzy Fuzette dan Shaheizy Sam juga masing-masing didenda RM1,000 kerana bersubahat atas kesalahan itu.

Selain itu, ketiga-tiga adik beradik lelaki itu juga didenda RM1,000 bagi kesalahan bersubahat bagi kesalahan poligami tanpa kebenaran.

Dua yang lain, dipercayai rakan Bung Moktar -- Sahari Ahmad dan Titing Putang, didenda RM1,000 bagi satu kesalahan bersubahat bagi kesalahan tersebut.

Mohon tangguh hukuman

Semua tertuduh memfailkan permohonan untuk menangguhkan hukuman melalui peguam Amli Embong.

Hakim Wan Mahyuddin Wan Muhammad dalam pada itu berkata, penghakiman hari ini dibuat dengan mengambil kira hujah mitigasi daripada peguam dan juga pendakwa.

Bagaimanapun, mahkamah bersetuju dengan pandangan supaya hukuman dibuat dengan mengambil kira kedudukan Bung Moktar dan Zizie sebagai tokoh yang dikenali masyarakat.

Tambahnya, hukuman yang dikenakan kepada wali dan saksi itu juga bertujuan mendidik masyarakat mengenai peraturan perkahwinan.

Katanya, hukuman juga diberikan dengan setimpal dan seadilnya memandangkan perkahwinan itu didaftarkan secara tidak sah.

"Jika wali dan saksi tidak mengikut peraturan, boleh dianggap menjalankan pernikahan sindiket," katanya.

Tambahnya, pembelaan juga gagal membuktikan sama ada perkahwinan kedua Bung Moktar merupakan sesuatu yang patut dan perlu.

Katanya lagi, hukuman di mahkamah syariah perlu dinaikkan, memandangkan had hukuman denda maksimum sebanyak RM1,000 menyebabkab masyarakat tidak menghormati undang-undang syariah.
Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang hadir hari ini turut membuat kecoh apabila mereka tidak dibenarkan masuk sehingga ahli keluarga tertuduh dan wartawan masuk dahulu ke kamar mahkamah berikutan tempat duduk yang terhad.

Pada perbicaraan semalam NGO yang diterajui oleh kumpulan bertindak untuk kesetaraan gender (JAG) mendesak supaya Bung Moktar mengosongkan kerusi parlimennya kerana melanggar undang-undang ekoran berpoligami tanpa kebenaran.

Malaysiakini/-

NGO wanita desak Bung Moktar letak jawatan

5 Jamadil Akhir 1431 H
Oleh: Salhan K Ahmad

Kumpulan bertindak untuk kesetaraan gender (JAG) mendesak supaya Bung Moktar Radin mengosongkan kerusi parlimennya kerana melanggar undang-undang ekoran berpoligami tanpa kebenaran.

Seorang jurucakapnya Maria Chin Abdullah berkata ahli parlimen Kinabatangan itu tidak sepatutnya melanggar undang-undang kerana ia memberi mesej yang tidak baik kepada masyarakat.

"Bung Moktar perlu meletak jawatan, dan tidak sepatutnya mewakili rakyat Malaysia lagi.

"Itu langkah terbaik," katanya ketika bercakap kepada wartawan di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur hari ini.

Katanya lagi, poligami tanpa kebenaran juga merupakan satu bentuk penghinaan kepada golongan wanita.

Tambahnya, Bung Moktar juga mempunyai reputasi tidak baik kerana sering menjadikan golongan wanita sebagai sasaran dalam ucapannya di Dewan Rakyat.

Bung Moktar sebelum ini mengaku bersalah kerana mengahwini isteri keduanya Zizie Ezette A Samad tanpa kebenaran mahkamah pada Disember 2009.

Esok, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur akan menetapkan hukuman kepada kedua-dua mereka dan saksi-saksi.

Sementara itu, JAG menafikan tindakan mereka itu disebabkan dendam mereka terhadap ahli parlimen Kinabatangan itu.

"Tidak. Bukan disebabkan dendam. Kami sudah lama memerhatikan (gelagat beliau). Kami pantau (kenyataan-kenyataan) dia," kata Maria ketika ditanya mengenainya.

Bung Moktar yang memakai sut berwarna perak dan baju berwarna ungu ke mahkamah hari ini bagaimanapun kelihatan tidak endah dengan kehadiran kira-kira 10 orang aktivis JAG di situ.

Beliau juga sekadar ketawa kecil selepas meneliti kenyataan akhbar oleh JAG, yang diedarkan kepada wartawan sebelum itu.

Ketika ditanya Malaysiakini, Bung Muktar berkata beliau tidak melanggar peraturan.

"Saya sememangnya seorang pembuat undang-undang, bukannya (seorang yang) melanggar undang-undang," katanya.

Tambahnya, beliau tidak perlu memberi reaksi kepada kenyataan kumpulan wanita tersebut.

"Jika mereka inginkan jawapan, mereka perlu tanya di Dewan Rakyat. Saya tidak perlu jawab kepada mereka di sini," tegasnya.

Malaysiakini/-

Dr. Mujahid dan Drs. Khalil lawat mangsa banjir kilat.

Ahli Parlimen Parit Buntar dan ADUN Titi Serong sedang bergambar dihadapan rumah seorang penduduk di Taman Semarak Parit Buntar dalam kejadian banjir kilat kelmarin.


PARIT BUNTAR :- Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr. mujahid Yusof Rawa dan ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim telah turun padang untuk meninjau keadaan penduduk disekitar Pekan Parit Buntar yang dilanda dengan banjir kilat kelmarin.

Hujan lebat yang turun tidak sampai sejam itu telah menyebabkan hampir separuh dari bandar Parit Buntar dinaiki air sehingga ada yang terpaksa menanggung kerugian apabila perkakas dan perabur rumah ditenggelami air.

Mereka berdua telah meluangkan masa lebih dari 2 jam untuk meninjau kawasan-kawasan yang teruk digenangi air seperti Taman Semarak, Taman Sri Tenggara, Pusat bandar dan beberapa kawasan lain.
















DUN Sarawak gantung ADUN DAP, PKR

5 Jamadil Awal 1431 H

Dominique Ng (PKR-Padungan) dan Chong Chieng Jien (DAP-Kota Sentosa) hari ini digantung daripada menghadiri persidangan DUN Sarawak selama 12 bulan berkuatkuasa serta merta kerana didakwa menghina dewan.

Hukuman itu bermakna kehadiran kedua-dua ADUN pembangkang itu hari ini adalah yang terakhir bagi mereka bagi sesi persidangan semasa kerana penggalnya akan berakhir secara rasmi pada 24 Julai 2011.

DUN Sarawak bersidang dua kali setahun dengan persidangan pertama bermula pada Mei dan yang kedua pada November, selalunya bagi pembentangan bajet negeri.

Ng dikenakan tindakan itu oleh Speaker Dewan Datuk Seri Mohamad Asfia Awang Nassar selepas 53 ADUN mengundi menyokong tindakan itu, manakala tujuh menentang dan seorang tidak mengundi.

Beliau digantung kerana mengeluarkan perkataan "mahkamah kangaru" ketika persidangan Mei tahun lepas semasa dewan itu membahaskan usul bagi menerima pakai dapatan dan syor Jawatankuasa Hak Istimewa berkaitan Wong Ho Leng (DAP-Bukit Assek).

Ng berkata: "Ini mahkamah kangaru. Mari kita kira jumlah kangarunya. Lompatlah, lompat, lompat."

Bercakap kepada pemberita selepas dikenakan tindakan itu, Ng berkata beliau kecewa dengan keputusan tersebut kerana ia bermakna beliau tidak boleh menyuarakan masalah yang wujud di kawasan yang diwakilinya selama setahun dan perlu menunggu bermulanya penggal baru kerajaan baru untuk berbuat demikian.

Selepas itu, Chong, yang juga setiausaha DAP Sarawak DAP, menerima hukuman serupa apabila 54 ADUN mengundi menyokong tindakan penggantungannya dan enam menentang.

Chong didapati menghina dewan yang mulia itu pada Mei tahun lepas kerana mempertikai dan mencabar keputusannya berhubung tindakan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) menggunakan khidmat pakar dari China bagi menjalankan kajian tentang projek tebatan banjir bagi bandar raya Kuching.

Beliau juga didakwa mempunyai niat tidak baik terhadap Menteri Muda Di Jabatan Ketua Menteri Datuk Daud Abdul Rahman apabila menuduh beliau secara tidak langsung menyebabkan seorang penjaja di Gambier Street membunuh diri.

Malaysiakini/-

Isu perisik: Wartawan Harakah dipanggil polis

5 Jamadil Akhir 1431 H
Oleh: Jimadie Shah Othman

Polis merakamkan kenyataan wartawan akhbar web PAS Harakahdaily ekoran laporannya berhubung pembabitan agen Israel dalam pasukan polis, seperti didakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dzulfikar Mashoor atau nama sebenarnya Zainurfaqar Yaacob dipanggil membantu siasatan ekoran laporannya berjudul 'Asiasoft: Ujian genting bagi Hishammuddin' pada 10 April di laman web parti Islam itu.

Sehingga kini, laporan tersebut masih dimuatkan di Harakahdaily.

Kenyataan Zainurfaqar dirakamkan oleh seorang pegawai berpangkat DSP daripada Jabatan Jenayah Komersial Bukit Aman kira-kira dua jam bermula pada jam 8.10 malam tadi.

Beliau turut ditemani dua peguam Puspawati Rosman dan Murnie Hidayah Anuar ketika sesi tersebut.

Zainurfaqar ketika dihubungi Malaysiakini hari ini mengesahkan perkara tersebut.

Menurutnya, beliau disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana terbabit "penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian".

Katanya lagi, sepanjang dua jam disiasat, beliau hanya menjawab soalan yang berkaitan dengan maklumat peribadinya sahaja "atas nasihat peguam".

Zainurfaqar berkata, beliau dimaklumkan terdapat laporan polis dibuat terhadapnya oleh seorang anggota polis yang namanya disebut dalam laporan panjang dua muka surat itu.

Diminta menceritakan apa yang berlaku sepanjang dua jam proses rakaman tersebut, Zainurfaqar berkata proses tersebut berlangsung seperti biasa, kecuali sedikit ketegangan antara pegawai penyiasat dan seorang peguamnya.

Katanya, perkara tersebut ekoran peguamnya tidak puas hati dengan cara kenyataan Zainulfaqar direkodkan.

Beliau juga tidak pasti sama ada pihak polis akan memanggilnya semula untuk sekali lagi memberikan keterangan selepas ini.

Malaysiakini/-

'1Malaysia belum yakinkan kaum Cina di S'wak'

5 Jamadil Akhir 1431 H
Oleh: Zulaikha Zulkifli

Konsep 1Malaysia masih belum menyakinkan lagi masyarakat Cina di Sarawak, kata penganalisa politik, Prof Dr Mohd Agus Yusoff.

“Sebab itu bila dijanjikan dengan pembangunan di Sibu, ada perkara lain yang masyarakat Cina lihat,' kata pensyarah sains politik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu.

“Konsep 1Malaysia ini masih belum mampu untuk menambat hati dan sokongan masyarakat bukan Melayu dan Cina di Sibu,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Prof Dr Agus menegaskan demikian ketika diminta mengulas kegagalan BN mempertahankan kerusi parlimen Sibu dalam pilihan raya kecil kawasan itu Ahad lalu.

Dalam pilihan raya kecil itu, DAP berjaya merampas kerusi parlimen Sibu dengan majoriti tipis 398 undi.

Calon DAP Wong Ho Leng mendapatkan 18,845 undi untuk menewaskan calon BN Robert Lau Hui Yew yang mendapat 18,447 undi.

Manakala calon Bebas Narawi Haron mendapatkan 232 undi.

Mengulas lanjut, Prof Dr Agus berkata, terdapat beberapa isu yang masih lagi menjadi persoalan di kalangan rakyat di sana.

“Seperti contoh isu keadilan masih lagi belum terjawab," katanya sambil menambah BN perlu memikirkan semula, kemungkinan masyarakat Cina melihat isu ketuanan Melayu dan sosio-kontrak.

"Mereka juga perlu menterjemahkan konsep 1Malaysia ini untuk kebaikan semua kaum,” katanya.

Beliau turut menegaskan pentingnya tingkah laku pemimpin BN diperbaiki.

“Pemimpin ni bila jumpa di sini cakap ini, bila disana cakap lain pula. Ini membuatkan rakyat rasa, pemimpin tidak jujur dengan mereka.

“Antara kemungkinan lain pula ialah mereka berasa tidak puas hati dengan (Ketua Menteri Tan Sri) Taib Mahmud kerana lama sangat (menerajui Sarawak).

"Mungkin orang di Pusat boleh terima beliau, tetapi mungkin (rakyat) negeri (itu) tak boleh terima beliau,” katanya.

Malaysiakini/-

Hayati al-Quran hindari permusuhan

5 Jamadil Akhir 1431 H
Oleh: Mohd Shubihi Zain

SUNGAI PETANI, 18 Mei: Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengajak seluruh umat Islam untuk berusaha dan kembali menghayati al-Quran yang mampu menghindarkan masyarakat daripada perbalahan dan permusuhan sesama sendiri.

Ustaz Azizan berkata demikian ketika merasmikan Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Kedah Darul Aman Tahun 2010M / 1431H di Masjid Sultan Abdul Halim, Taman Ria Jaya, dekat sini, malam tadi.

Menurutnya, umat Islam hendaklah menghayati ajaran di dalam al-Quran dan menjadikannya sebagai budaya di dalam kehidupan yang akan menghindari masyarakat dari sifat-sifat mazmumah.

"Sifat-sifat mazmumah ini adalah di antara faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan perbalahan, kebencian, permusuhan yang akhirnya meragut kesejahteraan masyarakat.

"Al-Quran mengajar kita nilai-nilai murni sebagai seorang insan yang mulia di sisi Allah, al-Quran juga mengajar kita agar saling hormat-menghormati, dan mengajar kita mengingati tentang kehidupan di dunia dan akhirat serta ganjaran-ganjaran Allah, terpulanglah kepada kita untuk memilihnya," katanya.

Beliau turut menggesa umat Islam supaya menggandakan usaha yang berterusan bagi meninggikan syiar Islam serta menarik perhatian ke arah mendekatkan diri dan beramal dengan ajaran al-Quran.

"Al-Quran merupakan mukjizat Allah SWT yang paling agung yang dikurniakan kepada makhluk di muka bumi ini sebagai penyuluh ke jalan yang lurus dan benar, usaha meninggikan syiar Islam dan beramal dengan ajaran al-Quran hendaklah sentiasa berterusan.

"Sebagai umat Islam, usaha memartabatkan al-Quran adalah menjadi tanggungjawab kita kerana dengan membaca pun sudah dikira ibadah yang tidak terhingga nilai di sisi Allah, apatah lagi dengan menjaga dan memelihara al-Quran yang merupakan kemestian dan wajib dilaksanakan," katanya.

Menurutnya lagi, umat Islam juga perlu melengkapi diri dengan sifat mulia dan membentuk peribadi tinggi dengan mengaplikasikan ajaran al-Quran dalam kehidupan seharian.

"Setiap orang perlulah mempraktikkan ajaran al-Quran dalam kehidupan seharian bermula dari membuka mata iaitu ketika bangun dari tidur di waktu pagi sehinggalah menutup mata tidur di waktu malam.

"Ini kerana setiap pergerakan kita yang betul dan teratur akan mendapat ganjaran pahala dan sekiranya berlaku sebaliknya akan mendapat dosa dan balasan dari Allah SWT," katanya.

Harakahdaily/-

Sibu penanda aras PRU 13

5 Jamadil Akhir 1431 H
Oleh: Khairul Azlam Mohamad

KUALA TERENGGANU, 18 Mei: Kemenangan calon DAP yang mewakili Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sibu pada 16 Mei lalu menjadi penanda aras ke arah Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

PAS, katanya meramalkan PRU 13 bakal diadakan paling cepat berlaku pada bulan April 2011 yang disekalikan dengan pilihan raya negeri Sarawak.

“Saya yakin dengan perkembangan yang berlaku ini, pilihan raya Sarawak akan dilewatkan sikit.

“Saya lihat, tidak mustahil PRU ke-13 akan datang pada April 2011 tahun depan dan disekaliguskan dengan pilihan raya di Sarawak. Biasanya, diadakan secara berasingan tetapi barang kali akan disekalikan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada satu sidang media di Pejabat PAS Terengganu, di sini, hari ini.

Menurutnya, pilihan raya umum di negara ini tidak pernah diadakan kurang daripada tiga tahun yang genap pada Mac 2011.

Jelasnya, teori beliau mengenai PRU 13 diramalkan berlaku serentak dengan pilihan raya di Sarawak bagi mengelakkan tekanan kepada Barisan Nasional (BN).

Ini kerana, katanya jika diadakan pilihan raya Sarawak sahaja tekanan cukup hebat kepada BN yang bimbang bakal menerima nasib kekalahan seperti di Sibu.

“Pakatan Rakyat boleh menang jika pilihan raya dibuat di Sarawak sahaja berdasarkan perkembangan di Sibu.

“Jika diadakan (pilihan raya) di Sarawak sahaja tekanan cukup hebat dan akan jadi nasib seperti pilihan raya kecil di Sibu, Barisan Nasional akan kalah,” tegasnya.

Beliau yang juga bekas Pengerusi Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat mendakwa Sabah dan Sarawak merupakan kubu terakhir kekuatan BN.

Sebab itu, katanya satu strategi baru dirangka agar Sarawak tidak dijadikan tumpuan ‘serangan’ Pakatan Rakyat dalam PRU ke-13 akan datang.

“Jika dilihat sekarang ini keseluruhan kekuatan BN yang ada, maka Malaysia Timur iaitu Sabah dan Sarawak dianggap sebagai kubu terakhir bagi Barisan Nasional.

“Jadi, kubur terakhir ini jika Sabah dan Sarawak ‘roboh’ habis pemerintahan BN di negara ini, insya Allah,” ujarnya.

Sehubungan itu, katanya Pakatan Rakyat mula diterima di Sarawak setelah rakyat hilang keyakinan kepada kerajaan BN.

Menurutnya, PAS, DAP dan Parti Keadian Rakyat (PKR) kini menjalinkan kerjasama yang sangat baik dalam satu kumpulan pakatan.

“Pakatan Rakyat kini mula diterima di Sarawak. Sebab dahulunya, masing-masing bertanding sendiri. DAP tanding sendiri, PAS tanding sendiri, PKR tanding sendiri. Tetapi kali ini kita (PAS) bekerjasama dalam satu kumpulan pakatan (Pakatan Rakyat),” ujarnya.

Katanya, PAS bersedia pada bila-bila masa jika PRU 13 bakal diadakan seawal tahun 2011.

Harakahdaily/-

Kemenangan Pakatan di Sibu ubah lanskap politik negara

5 Jamadil Akhir 1431 H

KUALA LUMPUR, 19 Mei: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) amat mengharapkan agar kemenangan Pakatan Rakyat di Sibu akan menjadi pemangkin yang akan merubah lanskap politik tanah air ke arah perubahan yang lebih bermakna kepada seluruh rakyat di negara ini.

Sehubungan itu, beliau bagi pihak PAS merakamkan ucapan tahniah kepada rakyat di Parlimen Sibu, Sarawak yang telah melakukan perubahan dengan memilih Ahli Parlimen baru Pakatan Rakyat dari Democratic Action Party (DAP) dalam Pilihan Raya Kecil P.212 Sibu pada 16 Mei 2010 lalu.

“Perubahan ini menandakan bahawa rakyat Sibu telah berjaya mengekang politik projek dan rasuah yang ditabur oleh parti lawan dalam pilihan raya berkenaan,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Katanya, kemenangan itu juga menunjukkan keberanian suara rakyat yang mempunyai harga diri dan tidak mampu digugat oleh janji serta ugutan dari jentera BN yang terus menerus berselindung di sebalik jentera kerajaan.

Menurutnya, serangan bertalu-talu tanpa henti oleh kepimpinan kerajaan BN, ditambah pula dengan wujudnya keraguan dalam undian pos telah juga berjaya dihadapi oleh seluruh jentera pilihan raya dari Pakatan Rakyat dengan cemerlang.

“Sehubungan dengan kemenangan ini juga saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua para petugas PAS yang datang dari seluruh pelosok negara, rakan-rakan dari PKR dan DAP yang telah mempermudahkan petugas dari PAS dan dalam masa yang sama telah menunjukkan semangat kerjasama yang tulen sehingga menyumbang kepada kemenangan ini,” ujarnya lagi.

Harakahdaily/-

Himpunan besar 3 Julai

5 Jamadil Akhir 1431 H
http://episodeperjuangan.blogspot.com/

1. Membantah Lesen Judi Bola atau sukan yang diluluskan oleh pihak Kerajaan Barisan Nasional membawa kepada tindakan tegas dari pihak Dewan Pemuda PAS Pusat .

Pertama : Himpunan 3 Julai 2010

Himpunan Besaran - besaran pada 3 Julai 2010 akan diadakan di perkarangan Masjid Negara dan kemudian berarak ke Istana negera mengiringi pimpinan Pemuda Pakatan rakyat untuk menyerahkan memorandum bantah Lesen Judi serta merayu campur tangan Raja - Raja Melayu untuk mendesak agar Kerajaan memansukhkan Lesen Judi Bola atau sukan tersebut.

Kedua : Himpunan 21 Mei 2010 [ jumaat ]

Himpunan besar - besaran yang mensasarkan penyertaan 5 ribu rakyat di setiap masjid negeri di seluruh negara pada 21 Mei 2010 untuk tujuan menyuarakan bantahan rakyat terhadap tindakan Kerajaan meluluskan Lesen Judi Bola dan sukan ini .

Ketiga : Memorandum kepada Mufti - Mufti Negeri [ tempoh 21 Mei hingga 30 June ]

Satu rally Dewan Pemuda PAS Pusat dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Negeri - negeri akan menganjurkan satu siri penyerahan Memorandum Bantah Lesen Judi tersebut kepada mufti - mufti di setiap negeri sepanjang tempoh sebulan ini dari 21 Mei hingga 21 June 2010 . Mendesak agar mufti - mufti negeri membawa isu ini ke Majlis Mufti Kebangsaan lalu mendesak kerajaan agar menarik balik kelulusan Lesen Judi Bola yang telah dianugerahkan kepada Berjaya Group .

Keempat : Roadshow Mendidik rakyat [ sepanjang tempoih 21 Mei hingga 30 June ]

Dewan Pemuda PAS Pusat juga akan mengadakan Roadshow ke seluruh negara dalam tempoh sebulan ini bagi menjelaskan kepada rakyat mengenai keburukan dan kesan negatif judi bola yang akan dilaksanakan ini sekaligus mendidik rakyat agar tidak terjebak dalam perangkap judi yang diharamkan oleh semua agama .

Kelima : Edaran Risalah Hindari Judi

Risalah Hindari Judi [ Ya untuk Bola , Tidak untuk Judi ] akan diedarkan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Negeri - negeri kepada semua khasnya peminat sukan bolasepak terutamanya di sepanjang musim FIFA WORLD CUP dan EPL pada musim depan .

2. Dewan Pemuda PAS Pusat juga akan memanafaatkan segala ruang dan peluang yang wujud sepanjang tempoh itu untuk menganjurkan apa jua tindakan berkesan ke arah mendesak Kerajaan menarik balik lesen judi yang telas diluluskan itu . Dalam masa yang sama peranan besar Dewan Pemuda PAS Pusat ialah mendidik rakyat agar menyedari keburukan judi lantas menjauhkan diri daripadanya .

3. Saya selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat mengharapkan penyertaan semua warga prihatin termasuklah badan - badan bukan kerajaan dan juga golongan non muslim agar turut menjayakan hasrat rakyat yang insaf dan sedar tentang implikasi buruk dari angkara judi tersebut .

Keterangan lanjut boleh hubungi sekteriat Dewan Pemuda PAS Pusat di talian : 03 269 25000

Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi,
Ketua Dewan Pemuda PAS PUSAT.

Harakahdaily/-

Gabungan pemimpin tak bermoral

5 Jamadil Akhir 1431 H
http://myzaidibrahim.wordpress.com/

Perdana Menteri kita ini macam cowboy di zaman Wild Wild West. Siri TV tahun 1960-an ini selalunya menunjukkan watak orang yang tak pedulikan undang-undang.

Hukum yang dipakainya ialah pistolnya. Dia sanggup melakukan apa saja kerana orang takut kepadanya; sebab dia digelar “a fast draw”. Bila semua orang dalam ketakutan maka dia lah hero ditempat itu.

PM kita pun sama macam hero kaki tembak orang tanpa peduli undang-undang. Dia rasa dia sudah berjaya setelah “menang” di Hulu Selangor dengan membeli undi, menggunakan media massa termasuk Utusan dan stesen TV untuk memburukkan dan memfitnah lawan dan menyalahgunakan semua agensi penguatkuasa kerajaan tanpa segan silu.

Maka dia ingat dia boleh kitar semula taktik itu di Sibu. Dengan itu PM kita pun bertandang ke Sibu dengan gaya dan taktik yang sama. Dia tawarkan RM18 juta kepada sekolah-sekolah cina, RM1.7 juta untuk geeja-gereja Kristian dan RM5 juta untuk mitigasi banjir. Wang tunai yang tidak kehabisan pula bercurah-curah di rumah panjang di Sibu.

PM Najib dan orang nombor duanya Muhyiddin sebenarnya jenis pemimpin yang tak ada moral kepimpinan. Tidak layak menjadi pemimpin; tidak boleh dijadikan teladan.

Mereka pandai memburukkan peribadi saya tetapi merekalah sebenarnya “promoter” kepimpinan yang rasuah dan ganas. Bangga dengan penyalahgunaan kuasa yang dipamerkan. Bangga bila membelakangkan undang-undang dengan sawenang-wenangnya.

Mereka tak sedikit pun rasa malu dan segan. Tak segan kepada rakyat sendiri dan tak malu kepada kacamata dunia tentang tindakan mereka. Merekalah sebenarnya orang yang takut dengan rakyat.

Mereka tahu kalau rakyat dibenarkan memilih dengan bebas dan pilihanraya diadakan dengan cara yang lazim diadakan di negara lain secara demokrasi tulen, mereka akan kehilangan kuasa. Itu pun, rakyat tetap berani bersuara.

Suara rakyat masih hidup di Sibu. Saya yakin suara ini akan bertambah kuat di dengar di merata pelusuk negara kita.

Memang tak mudah undang-undang yang adil nak dilaksanakan di Malaysia. Ini adalah kerana di negara kita, Peguam Negara, Ketua Hakim Negara, Ketua Polis Negara dan Pengerusi Suruhanjaya dan Pencegahan Rasuah Malaysia adalah orang-orang PM.

Mereka sudah lupa bahawa semasa mereka mengangkat sumpah menerima jawatan masing-masing, sumpah keramat mereka adalah untuk menjaga kepentingan rakyat, mendaulatkan undang-undang negara dan menjalankan tugas dengan berani dan penuh integriti. Tapi sekarang ini mereka hanya menjaga kepentingan PM semata-mata.

Walaupun sukar, InsyaAllah, suatu hari nanti kita rakyat Malaysia akan berjaya mengembalikan maruah dan harga diri rakyat dan negara yang kita cintai.

Bila tiba hari keramat itu, kita sudah tentu tidak memerlukan elit Melayu seperti ini lagi kerana sudah terbukti mereka hanyalah pagar yang makan padi. Golongan ini hanyalah gabungan pemimpin yang tak bermoral.

* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.

Harakahdaily/-

Antara Bung dan Menteri, siapa patut dihukum?

5 Jamadil Akhir 1431 H
Oleh: Ustaz Zolkharnain Abidin

Ada dua isu. Pertama, isu ini tidak salah dari sudut agama tetapi salah dari sudut undang-undang. Kedua, isu ini salah dari sudut agama dan salah juga dari sudut undang-undang. Mereka yang bersalah dalam kedua-dua isu berkenaan wajar dihukum samada dengan undang-undang dunia atau agama.

Berkahwian tanpa kebenaran pihak berkuasa adalah salah dari sudut undang-undang tetapi tidak dikira salah dari sudut agama. Bung dan Zizie bebas bersama dan bersekali semenjak sekian lama. Mereka dihadapkan ke mahkamah bukan kerana kesalahan berkaitan agama tetapi pelanggaran undang-undang dunia.

Meluluskan lesen judi pula adalah bersalah dari sudut agama dan undang-undang dunia. Dari sudut agama mana boleh sesuatu yang haram dilesenkan. Dari sudut undang-undang dunia pula mana boleh sesuatu yang menimbulkan kerosakan dalam kehidupan bermasyarakat dilesenkan.

Lantaran itu tindakan menteri berkenaan yang meluluskan lesen judi bolasepak kepada Berjaya adalah salah dari sudut agama dan undang-undang.

Ironinya, menteri berkaitan bersalah dalam dua undang-undang; undang-undang dunia dan undang-undang agama.

Akhbar melaporkan Bung dan Zizie dihadapkan ke mahkamah kerana kesalahan berpoligami tanpa kebenaran. Bung dan Zizie mungkin dikenakan hukuman. Samada hukuman itu berat atau ringan bukan isunya tetapi tentulah hukuman itu setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.

Dalam masa yang sama pula ada sekumpulan wanita berdemontrasi mendesak Bung meletak jawatan sebagai MP Kinabatangan kerana kesalahan yang dilakukannya itu. Bagi mereka tindakan itu diluar kewajaran seorang penggubal undang-undang di samping dikira menjatuhkan maruah wanita.

Kalau Bung yang melakukan kesalahan kepada satu undang-undang bakal dikenakan hukuman, kenapa menteri berkenaan yang melakukan kesalahan kepada dua undang-undang tidak dikenakan hukuman?

Pada hal, berbanding kesan kesalahan yang dilakukan, kesalahan Bung hanya melibatkan dia dan isterinya sahaja sedangkan kesalahan menteri berkaitan melibatkan 28 juta rakyat Malaysia.

Kalau pihak berkuasa agama berani menghadapkan Bung ke mahkamah, mengapa mereka tidak berani menghadapkan menteri berkenaan ke mahkamah? Kerana menteri itu adalah menteri dan Bung bukan menteri?

Salah Bung tidak sebesar mana berbanding salah menteri berkaitan. Saya tidak berkata Bung tidak perlu dihukum sama seperti saya tidak berkata menteri itu tidak perlu dihukum. Mereka perlu dihukum berdasarkan kesalahan masing-masing.

Mengapa salah Bung berpoligami orang nampak sangat dan salah menteri meluluskan lesen judi bola sepak orang tak berapa nampak sangat? Adakah kerana poligami adalah janggal kepada masyarakat Malaysia dan judi pula bukan janggal? Kalau rakyat Malaysia nampak begitu, memang kes berat.

Walau pun Bung bersalah, saya tetap mendoakan kebahagiaan dia dan isterinya. Mereka melakukan perkara yang baik dan bagus walau pun ada orang yang nampak itu tidak bagus. Itu menjadi tidak bagus hanya kerana dilakukan tanpa kebenaran.

Menteri yang meluluskan lesen judi itu walau pun tidak bersalah, saya mengutuknya habis-habisan. Tiada doa kebaikan untuknya. Jika sejuta orang bakal rosak dengan kebenaran berjudi itu, saya berharap sejuta keburukan juga menimpa menteri itu.

Biar dia dihukum oleh kesalahannya sendiri walau pun dia tidak dihukum oleh manusia yang mampu menghukum.

* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.

Harakahdaily/-

Judi: Ekonomi negara amat terdesak?

5 Jamadil Akhir 1431 H

KUALA LUMPUR, 19 Mei: Malaysia dilihat seolah-olah terlalu terdesak dalam masalah ekonomi sehingga terpaksa berharap kepada perjudian sebagai sumber ekonomi negara, kata Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) Mohd Idris Mohd Yussoff.

Sehubungan itu, tegasnya, Gamis mendesak kerajaan menarik balik lesen pertaruhan bola sepak sempena kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 yang akan bermula bulan hadapan.

Beliau juga berharap agar Yang di-Pertuan Agong selaku ketua agama Islam untuk campur tangan dalam tindakan tidak bertanggungjawab itu yang telah mencemarkan kesucian agama Islam.

"Dalam perbincangan tidak rasmi bersama Presiden Karisma, Abdullah Omar, kita merancang untuk mengajak rakan-rakan gerakan mahasiswa Islam dan front-front mahasiswa lain untuk bersama dalam bantahan ini.

“Kemungkinan kita akan membuat kutipan tandatangan mahasiswa bersama dengan memorandum yang akan dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menyuarakan isi hati mahasiswa yang cukup kecewa dengan keputusan kerajaan ini," katanya lagi.

Gamis juga, katanya menyeru para agamawan, mufti-mufti, rakyat Malaysia yang cintakan Islam dan termasuk di kalangan mereka bukan Islam yang cintakan kesejahteraan negara untuk berani bangkit menyatakan bantahan ini agar kerajaan menarik balik pemberian lesen tersebut.

Bagi mahasiswa Islam, tegasnya membantah pemberian lesen pertaruhan judi itu kepada Kumpulan Berjaya Corporation kerana judi secara jelas sesuatu yang haram di sisi Islam.

"Dalam perkara yang sudah qat'ie (diputuskan) haram tanpa khilaf (perbezaan pandangan ulama) ini, tidak perlu lagi melihat kepada maslahah (kebaikan) yang cuba direka-reka untuk menghalalkannya,” ujarnya.

Menurutnya, hujah Timbalan Menteri Kewangan bahawa tindakan sedemikian untuk mengurangkan masalah pertaruhan haram daripada merebak tidak boleh diterima akal yang waras.

“Takkan kalau selepas ini kerajaan hendak mengelakkan pelacuran haram secara berleluasa, kerajaan wujudkan pula tempat pelacuran 'halal'?" katanya dalam satu kenyataan semalam.

Tegasnya, Gamis berpendirian, pertaruhan itu bukan sahaja dibantah oleh mereka yang beragama Islam tetapi juga di kalangan bukan Islam yang bimbang akan menyebabkan masalah sosial di Malaysia semakin parah.

Menurutnya lagi, dalam demonstrasi aman di Masjid Kampung Baru pada minggu lepas misalnya, terdapat wakil bukan beragama Islam yang berucap untuk menyampaikan bantahan walaupun demonstrasi Jumaat lalu dihalang oleh pihak polis.

Sebelum ini, katanya kajian pernah dibuat berkaitan masalah 'ah long' di mana hasil kajian membuktikan, kebanyakan mereka yang terlibat meminjam wang daripada 'ah long' adalah kaki judi.

“Gamis memandang, pemberian lesen pertaruhan ini akan menambahkan lagi penyakit sosial di kalangan masyarakat Malaysia,’ ujarnya lagi.

Tambahnya, Gamis juga memandang, tindakan itu akan mencemarkan nama baik Malaysia di mata dunia terutamanya negara-negara Islam.

Pelbagai pertubuhan bukan kerajaan, pertubuhan agama, parti-parti politik serta orang perseorangan membantah selepas Menteri Kewangan secara rasminya pada 11 Mei lalu memberi lesen judi berkenaan kepada Kumpulan Berjaya yang dimiliki Tan Sri Vincent Tan.

Sehubungan keputusan itu, pertaruhan secara sah boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak Piala Dunia yang bermula pada 11 Jun ini.

Harakahdaily/-

Budaya lapor melapor

5 Jamadil Akhir 1431 H
http://aziziabdullah.blogspot.com

Sekarang budaya baru sudah muncul. Dulu tak ada. Hari ini cuba kira, teliti dan analisa, siapakah yang paling banyak buat laporan polis dan berapa ratus ribu pula laporan itu dibuat, dibentang, dihantar, diunjuk dan diserah ke balai polis.

Kalau boleh buat statistik, orang Melayulah dan NGO Melayulah yang paling ramai, paling banyak, paling pandai, paling emosional, paling gatal, paling cepat mengambil kesempatan membuat laporan polis ini.

Seman derebar teksi dari Jalan Dang Wangi pernah ikut sekali. Dia tergelak kukkik-kukkik. Esok, lusa dan tulat dan tulatnya lagi dan tulat,tulatnya lagi, habuk pun tak ada.

Apabila ditanya kenapa, Seman yang cepoh itu geleng-geleng kepala. Dia tergelak lagi sampai tersembur air liur.

Memang pun kita tidak ada jumlah tepat mahu pun tidak tepat, sudah berapa ribu laporan polis yang dibuat oleh pertubuhan, NGO, parti politik dan mereka yang kononnya wira membela Melayu, pahlawan membela agama.

Dan dari jumlah yang tidak tahu itu pula, berapa pula yang telah diambil tindakan, yang berkesan?

Tidak tahu! Yang kita tahu, hari ini buat laporan polis, esok keluarlah dalam surat khabar empat lima cangok berdiri tengah panas menjulang sepanduk, kain rentang, kononnya mereka bantah itu ini.

Din Beruang tak pedulipun. Lebih baik dia buka surat khabar yang ada keputusan empat nombor ekur.

Demikianlah kalau kita hendak bercakap tentang laporan polis. Sebenarnya budaya ‘lapor melapor’ ini baru sangat. Tapi sangat jenuh. Dari isu-isu karton Nabi Muhamad hinggalah ke murtad, dari kes yang dianggap rasuah hinggalah kepada politik tikam menikam, dari silap cakap sikit, hinggalah kepada mendakwa bla-bla-bla.

Yang syoknya, paling banyak laporan ialah dari kalangan NGO Melayu, ahli politik Melayu kepada politik Melayu, dari aku Melayu kepada hang Melayu.

Dalam keadaan kita berhati-hati betapa tidak boleh sangat cakap tentang Melayu, tentang Melayulah yang dibuat laporan. Dalam keadaan kita tidak boleh melampau cakap pasal agama, tentang agamalah yang dibuat laporan.

Yang seronoknya mereka yang ingin mertabatkan Melayu lalu dibuat laporan, merekalah sebenarnya yang ‘kongkiak’ Melayu. Yang hebatnya mereka yang buat laporan tentang isu agama, mereka sendiri mencabul kemuliaan agama.

Kini sudah melarat laporan itu tentang raja, tentang sultan. Yang kita naik bengung, laporan apa pun kita tak tahu biji buahnya. Ada semacam main badminton. Silap sikit bagi bola tanggung, nahaslah jawabnya.

Budaya lapor melapor ini sudah jadi semacam berita rogol, buang anak dan rompak kedai emas.

Apa hasilnya?

Ini yang kita tidak tahu. Mungkin kita tidak ada pengetahuan perihal lapor melapor ini. Mungkin ada kelebihan apabila cara mengadu kepada polis ini. Tapi apa yang jelas perihal lapor melapor ini sudah jadi permainan ‘biliard’. Engkau tojoh aku, aku tojoh hang. Ada bola terpelanting ke kiri, ada masuk poket. Tapi semuanya diambil semula, tojoh lagi, dijolok lagi.

Macam main biliard:
Ada orang politik buat laporan terhadap polis :Hua-hua-hua.
Ada SPRM buat laporan terhadap polis: Ehem-ehem-ehemmm.
Ada polis buat laporan terhadap pemimpin politik: Hisss-hhiiisss-hiisss.
Ada golongan politik buat laporan terhadap golongan politik: Kah-kah Ada parti buat laporan polis terhadap kerajaan: Cit-cit-cit.
Ada artis buat laporan sesama artis: Bla-bla-bla.

Yang menjadi mulut kita ternganga dan terus menguap, ada laporan dibuka, ada laporan ditutup dan ada laporan tak buka langsung.

Jangan terkejut, oleh kerana kita telah berbudaya dengan laporan polis, satu hari nanti akan timbul generasi yang bencikan agama, maka akan muncul laporan polis membantah Tuhan kenapa haramkan arak, sedangkan arak minuman antarabangsa. Mungkin akan ada laporan, kenapa judi sedangkan industri judi itu memperkayakan negara. Mungkin akan ada laporan minta Allah tangguhkan kiamat kerana ada agenda belum selesai.
Maka melaunglah Hishamuddin Rais, bloger Tukar Tiub; Woooeeettt!

Saya kira masyarakat politik kita dari mana-mana parti sekalipun, yang galak dan gila isim membuat laporan polis, haruslah ada kotakfikir pada teks-teks politik dan isu yang hendak dibuat laporan. Ia bukan emosional dan fanatik karat. Teks-teks itu mestilah yang ada berkaitan dengan masalah politik.

Bertindak dalam hal ini seseorang atau NGO atau parti itu sendiri mestilah mampu mengikuti terus menerus isu, apa lagi dalam bentuk berita.

Perlu memiliki pengetahuan isu yang hendak dilaporkan, jika tidak orang akan ketawa begitu sahaja. Sebagai contoh ada NGO yang berselindung dibalik parti politik membuat laporan tentang Melayu, sedangkan mereka sendiri menjadi mala`un Melayu.

Cubalah mengidenttifikasi peristiwa, perkara, kejadian dengan cara memeriksa secara teliti dan sumber yang adil.
Kita sebenarnya tidak memusuhi sesuatu laporan tetapi selalunya laporan yang dibuat, bukan Mat Sudin kopral polis saja yang hendak tergelak, tetapi Lebai Karim siak masjid Batu Lima juga tergelak.

Yang sangat menggelikan hati ialah bentuk laporan polis yang nampaknya begitu hebat, pelapornya terdiri dari wakil-wakil berperut buncit, berjawatan Ketua Biro Cawangan. Isi laporan itu bukan main hebat kerana ia melibatkan raja, sultan,perlembagaan, agama. Tanya sana, selidik sini, dia sendiri pun tak tahu.
Patutlah Pak Taha nak tergelak kukkik-kukkik.

Demikian adanya. Alangkah baiknya ada dari kalangan penyelidik boleh buat kiraan, berapa semuanya laporan polis yang telah dibuat. Kalau ada bolehlah hantar satu. Terima kasih!

* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.

Harakahdaily/-

Pusat tidak hormati Umno Terengganu

5 Jamadil Akhir 1431 H
Oleh: Khairul Azlam Mohamad

KUALA TERENGGANU, 19 Mei: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (gambar) menyifatkan kegagalan pemimpin Umno Terengganu adalah kerana mereka tidak dihormati oleh pimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) di peringkat pusat.

“Saya nampaklah, kegagalan pemimpin Umno Terengganu sendiri untuk dihormati oleh pemimpin Umno di peringkat pusat gagal sama sekali.

“Isu royalti sampai sekarang ini tidak selesai. Kita sudah jumpa dahulu sebagai rakyat, sebagai orang yang juga bertanggungjawab kepada negeri, jumpa Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said.

“Kita minta selesaikan masalah royalti untuk kepentingan rakyat. Kami sebagai pembangkang pun tidak mengapa asalkan dapat kembali royalti untuk kepentingan rakyat,” ujarnya pada sidang media di pejabat PAS Terengganu, semalam.

Namun begitu, katanya hingga kini isu royalti tidak selesai yang merupakan kelemahan kepimpinan Umno negeri yang ada sekarang.

Beliau turut menyifatkan mantan Menteri Besar , Datuk Seri Idris Jusoh sebagai mengkhianati kekayaan yang ada di negeri ini.

Katanya, wang royalti telah dikhianati dengan melaksanakan projek-projek yang tidak mendatangkan manfaat kepada rakyat.

“Menteri Besar dulu (Idris) mengkhianati hasil kekayaan yang ada di negeri Terengganu dan buat projek-projek yang tidak beri manfaat yang banyak kepada rakyat.

“Jadi, ‘dua-dua’ (Ahmad dan Idris), pemimpin Umno kena tolak sama ada yang dahulu (Idris) dan yang ada sekarang (Ahmad) dan pilih yang baru (PAS),” ujarnya yang merupakan mantan Pesuruhjaya PAS negeri.

Menurutnya, PAS Terengganu boleh mencapai kemenangan pada pilihan raya umum nanti dengan syarat para petugas perlu bekerja dengan lebih kuat dan gigih.

“Kita kena kerja kuat dan semua bersepadu, kerjasama, tawakkal kepada Allah SWT dan insya Allah, menang,” ujarnya.

Tambahnya, jika tidak bekerja sesiapa pun tidak boleh berjaya kerana yang penting bekerja ke arah mencapai kemenangan.

Harakahdaily/-