16 May 2010

Bodohnya bila MP BN Melayu pertahan lesan judi

2 Jamadil Akhir 1431H.
Drs. Khalil Idham Lim

Saya sangat terkejut dan sangat merasa hairan apabila sorang Ahli parlimen Melayu yang beragama Islam dari Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan (gambar) mempertahankan tindakan kerajaan membenarkan pertaruhan bolasepak Paiala Dunia 2010 ini seperti yang idsiarkan dalan edisi malaysiakini

Rahman mempertahankan tidakan terbaru kementerian kewangan dengan katanya bertujuan untuk memantau pergerakkan pertaruhan sukan itu supaya tidak berlaku penipuan. Satu kenyataan yang saya lihat untuk mempertahankan bosnya, Najib walaupun ternyata Rahman menampakkan kebodohannya bila dia cuba menggadaikan prinsip Islam dengan alasan yang cukup dangkal.

“Kita perlu praktikal. Jangan politikkan isu ini. Kerajaan tidak akan membenarkan permintaan yang baru. Itulah antara kenyataan Rahman sebagaimana yang disiarkan.

Rahman berkata selain tujuan memantau pertaruhan itu agar penipuan tidak berlaku, adalah lebih baik wang pertaruhan tidak disalurkan ke kumpulan kongsi gelap yang terbabit dengan pelbagai aktiviti haram lain.

"Lagipun perjudian haram banyak melibatkan sindiket jenayah, jadi kami cuba untuk mengurangkan jenayah itu berlaku.

“Kenapa mesti berikan duit itu kepada underground yang mempunyai hubung kait dengan jenayah. Lebih baik kerajaan yang pantau agar penipuan tidak berlaku."

Rahman berkata meskipun lesen judi baru itu dikeluarkan, kerajaan tidak pernah mengabaikan pembangunan Islam.

Katanya, pihak pembangkang sengaja mengeksploitasikan isu berkenaan bagi kepentingan politik mereka.

Demikian lah antara kenyataan Rahman yang tidak lain untuk menghalalkan judi yang jelas banyak membawa masalah . Tidakkah dia sedar bahawa tindakan kerajaan yang memberikan lesen judi untuk perjudian bolasepak menggambarkan betapa BN hanya mementingkan hal-hal yang berkaitan dengan pemberian lesen tanpa menrenung ke bawah bahawa orang Melayu dan rakyat malaysia yang terlibat dengan berbagai jenis judi di malaysia sedang membawa masalah sampingan yang lain kepada masayarakat dan negara.

Rahman kena sedar bahawa judi adalah satu masalah kepada masyarakat dan negara bila dia mengundang kepada kes-kes kecurian, rompak, samun, dan berbagai masalah sosial lain. Malah banyak yang bunuh diri kena kalah judi.

11 Mei lalu, Kementeri Kewangan secara rasminya memberi lesen judi berkenaan kepada Kumpulan BERJAYA.

Sehubungan keputusan itu, pertaruhan secara sah boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak Piala Dunia bermula pada 11 Jun ini.

Sejak pengumuman itu dibuat, pelbagai pihak termasuk daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), parti-parti politik, pertubuhan agama dan juga orang perseorangan membidas tindakan kerajaan itu.

Keputsan tidak rasmi, BN masih mendahului.

Menurut keputusan tidak rasmi daripada 15 saluran yang telag ditutup, BN masih di depan dengan majoriti 1,784 undi.

DAP 1,024
BN 2,808
Bebas 18