13 May 2010

Tao Yuan Jie Yi : Menjalin Hubungan Persaudaraan di Kebun Pic


Asal Usul:

Pada penghujung zaman Dinasti Han Timur, iaitu tahun 25 hingga tahun 220 Masihi, situasi di seluruh negeri China sangat bergolak. Untuk mengalahkan seterunya, Maharaja pada ketika itu telah mengeluarkan pengumuman, memerintahkan supaya anggota tentera yang baru diambil daripada kalangan rakyat. Apabila pengumuman tersebut sampai ke kaunti Zhuoxian, iaitu di provinsi Hebei pada masa ini, ia telah menarik perhatian tiga orang satria yang akhirnya berjaya menubuhkan negeri Shu untuk menggantikan kerajaan Dinasti Han Timur, yang selama ini membiarkan rakyat jelatanya hidup dalam keadaan yang begitu sengsara.

Liu Bei yang dilahirkan pada tahun 161 Masihi, merupakan keturunan keluarga maharaja Dinasti Han. Namun, ketika Liu Bei dilahirkan, keluarganya sudah tidak mempunyai kedudukan dan pengaruh lagi. Jadi, ketika beliau membaca pengumuman itu, sambil mengeluh panjang, beliau terdengar suara orang dari belakangnya, "Nama saya Zhang Fei. Apa gunanya awak mengeluh di sini? Fikirlah bagaimana boleh mencurah bakti kepada negeri kita."

Liu Bei mengeluh lagi, sambil menjawab, "Saya benar-benar mahu membuat suatu untuk negeri kita. Namun, saya rasa kemampuan saya masih agak terhad. Itulah sebabnya mengapa saya mengeluh tadi."

Zhang Fei berkata dengan penuh yakin, "Apa susahnya? Jika awak benar-benar mempunyai cita-cita sedemikian, saya sanggup mengeluarkan semua harta saya untuk membantu awak."

Apabila mendengar kata-kata Zhang Fei itu, Liu Bei berasa sangat gembira. Maka, kedua-dua mereka itu pun pergilah ke sebuah kedai makan untuk minum sambil membincangkan isu tersebut dengan lebih lanjut. Tiba-tiba, masuklah seorang lelaki yang tampaknya jujur dan hebat sekali. Liu Bei dan Zhang Fei pun menjemput lelaki itu minum bersama-sama dengan mereka. Dalam perbualan dengannya, mereka mendapati bahawa lelaki yang bernama Guan Yu itu, mempunyai cita-cita yang sama dengan mereka.

Pada keesokan harinya, ketiga-tiga mereka itu pun pergi ke sebuah kebun pic, lalu membakar kemenyan, dan meminta dewa langit dan dewa bumi menjadi saksi kepada hubungan persaudaraan yang terjalin antara mereka.

Menurut sejarah China, Liu Bei, Guan Yu dan Zhang Fei sangat memandang penting hubungan persaudaraan sesama mereka itu. Guan Yu dan Zhang Fei juga telah memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk membantu Liu Bei menubuhkan pemerintahan sendiri. Cerita tentang hubungan persahabatan antara ketiga-tiga mereka ini, diminati ramai di China, dan terus tersebar hingga sekarang.

Catatan Keterangan:

Peribahasa "Tao Yuan Jie Yi" ini berasal daripada kisah tentang tiga orang satria dalam sejarah China, iaitu Liu Bei, Guan Yu dan Zhang Fei, yang menjalinkan hubungan persaudaraan di sebuah kebun pic. Peribahasa ini digunakan untuk menggambarkan hubungan persahabatan atau persaudaraan yang akrab, serta semangat setia kawan yang kukuh. CRI/-

Pesawat Libya Terhempas: Kanak-kanak 8 tahun Mangsa Tunggal Terselamat

28 Jamadil Awal 1431H.

TRIPOLI: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun warga Belanda adalah satu-satunya mangsa yang terselamat daripada 104 penumpang Afriqiyah Airways, yang terhempas di lapangan terbang Tripoli di sini, kelmarin.

Menteri Pengangkutan Libya, Mohammed Ali Zidan, berkata kanak-kanak itu berada dalam keadaan baik.

“Nyawanya tidak terancam. Satu-satunya mangsa yang terselamat dan kini berada di Hospital Tripoli,” kata pada sidang media di sini.

Stesen televisyen Libya melaporkan usaha-usaha mencari dan menyelamat sedang dijalankan ke atas pesawat Airbus A330 Syarikat Penerbangan Afriqiyah yang sedang mendarat dari Johannesburg, Afrika Selatan apabila ia terhempas pada kira-kira pukul 6 pagi.

Setakat ini tiada laporan mengenai mangsa-mangsa terselamat atau punca nahas tersebut, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat penerbangan itu melalaui laman webnya.

"Afriqiyah Airways mengumumkan bahawa penerbangan 8U771 kami menemui nahas semasa mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Tripoli," kata kenyataan itu.

"Pada peringkat ini, kami belum mendapat sebarang maklumat mengenai bilangan korban atau mangsa terselamat," katanya.

Menurut maklumat yang kami terima terdapat 93 penumpang dan 11 kru yang mengikuti penerbangan tersebut.

Pihak berkuasa sedang menjalankan misi mencari dan menyelamat.

Ketua Parlimen Eropah, Jerzy Buzek berkata beliau telah dimaklumkan bahawa 100 orang yang menaiki pesawat berkenaan terbunuh dan hanya seorang kanak-kanak berusia 8 tahun yang terselamat disifatkan sebagai satu 'keajaiban'. - AP

Perhimpunan 'Melayu Bangkit' ditangguh

28 Jamadil Awal 1431H.

Perhimpunan 'Melayu Bangkit' bersama Tun Dr Mahathir Mohamad yang dijadual berlangsung di di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu hari ini sempena ulang tahun peristiwa berdarah 13 Mei 1969, akhirnya setelah mendapat bantahan dari pelbagai pihak telah diputuskan untuk ditangguhkan.

Pengerusi Gerakan Kebangkitan Rakyat (GERTAK), Razali Idris berkata penganjur bersamanya, Institut Integriti Terengganu telah meminta supaya perhimpunan itu ditangguhkan selepas nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

PAS Lenggong anjur Program Halalan Toyyiba


28 Jamadil Awal 1431H.
Oleh Mohd Syamil Azhar.

LENGGONG: Program Halalan Toyyiba anjuran Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Kawasan Lenggong bertempat di Markaz PAS Banggol Belimbing baru-baru ini banyak memberi manfaat kepada hadirin.

Program itu benar-benar menginsafkan apabila didedahkan penceramahnya mengenai penggunaan barangan, terutama makanan haram dan syubhah oleh umat Islam, khususnya di negara kita.

Kebanyakan barangan, terutama makanan adalah produk keluaran Israel, di mana bukan setakat tujuan untuk kumpul dana untuk bunuh umat Islam Palestin, tetapi juga bertujuan untuk melemahkan pemikiran umat Islam seluruh dunia.

Justru bagi membangkitkan keinsafan hadirin, Penceramah yang juga salah seorang Pengarah HPA, Saudara Mohd Kamal Busu, memulakan ceramah dengan menayangkan slide mengenai rentetan keganasan tentera Zionis Yahudi terhadap umat Islam Palestin.

Turut ditayangkan bagaimana proses mengeluarkan produk oleh sebuah syarikat luar negara, termasuk lembu hidup-hidup dimasukkan ke dalam mesin pemprosesan.







Mohd Kamal berkata, kita lihat kekejaman Israel terhadap umat Islam, kita mungkin tak rasa apa-apa atau mungkin setakat berkata; kita boikot barangan keluaran Zionis Yahudi itu.

"Kita kata kita nak boikot, tetapi sejauh mana sedangkan kita tidak ada produk-produk sendiri sebagai alternatif untuk seluruh umat Islam khususnya.

"Oleh itu kami dari HPA mengeluarkan banyak produk, terutama makanan yang berkonsepkan Halalan Toyyiba atau halal lagi baik untuk umat Islam," katanya.

Program dimulai selepas solat Maghrib berjamaah itu turut dihadiri Yang DiPertua PAS Lenggong, Haji Razman Haji Zakaria dan Ketua Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Lenggong, Saudara Mohd Hatta Abdul Aziz.

Mohd Kamal berkata, di Malaysia pengguna terbesar adalah umat Islam, manakala 85 peratus produk, terutama produk makanan dikeluarkan oleh bukan Islam.

Katanya, umat Islam perlu sangat-sangat peka mengenai persoalan penting ini kerana makanan memberi kesan kepada pembentukan akhlak dan penerimaan doa oleh Allah SWT.

Anak akan berminda cerdas apabila setiap hari diberi makan dengan makanan yang halal lagi baik, sebaliknya anak-anak akan menderhakai ibu bapa sekiranya makan makanan yang tidak halal.

Beliau seterusnya mengingatkan sebuah hadis Rasulullah SAW yang bermaksud, setiap daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka nerakalah yang lebih utama baginya.

Mengolah Kebencian Menjadi Cinta

28 Jamadil Awal 1431H.
By: agussyafii

Disaat kehidupan penuh kebahagiaan, tiba-tiba dihempas oleh peristiwa yang mengejutkan. Kita kehilangan orang yang kita cintai atau kehilangan kedudukan, mungkin jabatan. Tanpa kita sadari kemudian kita mencari kambing hitam. Mencari seseorang yang patut kita persalahkan. Kebencian menjadi nyata. Kemarahan tak terelakkan. Dendam menjadi menguat dalam hati.

Tapi pernah kita menyadari bahwa peristiwa itu sesungguhnya telah mengantarkan jiwa ke pintu gerbang kemuliaan. Dengan melalui berbagai penderitaan, ujian, kecemasan dan kesedihan sesungguhnya Allah telah meletakkan diri kita sebagai kekasihNya. Kekasih yang memahami makna cinta. Kita sebagi wujud wakil diriNya, penyebar cinta dan kasih sayang. Perwujudan dari sifat Rahman dan RahimNya. Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Kebencian pada dasarnya wujud manusiawi pada diri kita ketika kita sedang ditimpa ujian dan penderitaan karena kita memang merasa perlu mencari orang lain yang dipersalahkan. Membiarkan diri penuh kebencian di dalam hidup justru menambah penderitaan dengan derita. menyiram luka dengan air garam. Menambah perih dengan keperihan yang lebih dalam. Air mata menetes tanpa muara.

Mengolah kebencian menjadi cinta, kita maknai bahwa setiap peristiwa apapun yang terjadi pada diri kita adalah sebagai perwujudan kita sebagai seorang Mukmin. Nabi Muhammad menyebutkan sebagai sesuatu yang menakjubkan pada diri seorang mukmin sebab peristiwa apapun yang terjadi pada dirinya semuanya terasa indah. Mendapatkan nikmat dirinya bersyukur, mendapatkan musibah dirinya bersabar.

Sungguh menakjubkan keadaan seorang mukmin. Bila mendapatkan nikmat, ia bersyukur dan syukur itu baik baginya. Bila mendapatkan cobaan, ia bersabar dan sabar itu baik baginya. (HR. Muslim).

Tidak ada kebencian. Tidak ada kemarahan. Tidak ada dendam karena seorang mukmin menyakini bahwa semua itu wujud kasih sayang Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Bila kita tahu semua itu adalah wujud kasih sayang Allah, lantas kenapa kita harus membenci makhluknya? Itulah cinta kita sebagai wujud kasih sayang Allah kepada diri kita.

Mohon bantuan segera, salurkan dana anda untuk baik pulih surau.

Keadaan bumbung surau Hj. Sya'arie Parit Tok Ngah selepas ditimpa ribut.

Selepas diperbaiki dengan menggunakan atap zink yang sama, keadaan atap berkedut-kedut sehingga keruangan solat dan akan bocor bila hujan turun dan menganggu keselesaan jemaah.

Sumbangan dana keperihatinan anda amat diharap dan dialu-alukan untuk membaik pulih atap surau diatas. Sila salurkan sumbangan ikhlas anda bagi menampung dana baik pulih yang sedang dikumpulkan oleh pihak kami. Tarikh akhir sumbangan untuk tabung ini ialah pada 30 Mei 2010.

Sila salurkan ke Tabung Amal DUN Titi Serong, No akaun : 558417101923, di Maybank, sila maklumkan sumbangan dana tersebut ke email idhamlim@yahoo.com.my atau sms ke no tel 0194759697.

ADUN Titi Serong sumbang bola untuk Pemuda Kuala Bagan Tiang.

9 Mei 2010/Yang DiPertua PAS Kawasan Parit Buntar, Hj. Harun Hj. Hashim Menyempurnakan sumbangan bolasepak yang disumbang oleh ADUN Titi Serong. Sumbangan tersebut merupakan tanda sokongan Drs. Khalil Idham Lim kepada aktiviti sihat yang dianjurkan oleh pemuda di dalam DUN Titi Serong.

Sokong BN artinya sokong dasar halalkan judi di Malaysia.

27 Jamadil Awal 1431H.
Drs. Khalil Idham Lim

Kepelbagai jenis judi di Malaysia dilengkapkan lagi dengan keputusan Kerajaan meneruskan keputusannya untuk mengeluarkan lesen judi semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan.

Keputusan ini bagi saya merupakan satu tragedi malang bagi umat Islam di Malaysia bila bantahan demi bantahan semacam tidak diendahkan oleh Kerajaan BN. Selain itu saya beranggapan bahawa semua Bangsa di Malaysia terpaksa berdepan dengan sejenis judi yang akan mengundang kepada masalah sosial, rumahtangga dan sebagainya.

Akhbar harian Cina, Sin Chew, mengesahkan bahawa Menteri Kewangan yang juga PM 1Malaysia secara rasminya memberi lesen judi berkenaan kepada Kumpulan BERJAYA semalam.

Kenapakah bantahan yang dilakukan oleh pelbagai pihak semacam dipekakkan oleh pihak kerajaan. malah dimanakah peranan mufti yang ada di Malaysia. Adakah mereka tidak dirujuk terlebih dahulu sebelum keputusan ini dikeluarkan.

Sebaliknya kenapakah pihak mufti, apalagi Mufti yang sering lantang bersuara seperti Harussani tidak menasihati kerajaan bahawa tidak ada nas yang boleh mengharuskan judi apalagi untuk dihalalkan dengan pemberian lesen.

Kalau sebelum ini Mufti Perak sangah menampilkan wajahnya sebagai mufti UMNO dan menjadi kuda tunggangan UMNO , sekali ini saya suka untuk melihat apakah pendirian beliau dalam masalah judi ini.

Dengan kelulusan itu pertaruhan secara sah boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak itu bermula pada 11 Jun ini.

BERJAYA akan menjadi syarikat tunggal pertaruhan bolasepak di negara ini yang mempunyai lesen.

Ia dijangka akan menggunakan lebih dua ratus kedai pertaruhan Toto yang dimilikinya itu untuk menerima pertaruhan.

Sesungguhnya judi jelas diharamkan oleh Islam dan tidak boleh dikaitkan dengan budaya mana-mana bangsa. Ia jelas merosakkan malah saya menegaskan kalau berjudi dengan tujuan untuk menjadi kaya, seorang itu sudah silap perkiraan.

Sebenarnya toke judilah yang akan kaya raya dan tahi judi ada papa kedana, malah ada sampai yang sanggup bunuh diri dek kerana kalah judi. Paling sadis saya yakin judilah yang telah mengudang kepada pelbagai permasalahan dalam masyarakat negara kita.

Membenarkan kedai judi beroperasi dengan bebas dan meluluskan lagi lesen baru berarti menteri kewangan hanya mementingkan toke judi dan menafikan bahawa slogan rakyat yang didahulukan. Rakyat akan jadi porak peranda dengan judi yang merosakkan , walaupun sukan bolasepak itu sihat dan pasti menghiburkan.

Meluluskan lesen judi memberi kencenderungan yang lebih luas kepada tahi judi untuk terus berjudi dimusim bolasepak piala dunia nanti, dan memberi peluang yang lebih luas untuk berjudi bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengannya.

Sedarlah umat Islam di Malaysia bahawa sokongan anda kepada BN dan UMNO adalah menyokong lesen judi yang telah dan baru diluluskan, dosanya tertanggung diatas bahu anda. kembalilah kepada Islam yang menganjurkan "amar maaruf nahyi mungkar" dengan menyokong Pakatan Rakyat khususnya PAS yang sikapnya jelas dalam permasalah ini.

Cerita tipu ‘61 PAS masuk Umno’

27 Jamadil Awal 1431H.
Oleh: ZULKIFLI YAHAYA / http://kedahlanie.blogspot.com/

Selaku Ketua Penerangan PAS Kawasan Alor Setar saya dihujani pertanyaan bertalu-talu mengenai berita berikut:

ALOR SETAR 11 Mei – Sebanyak 61 ahli Pas dalam Bahagian Alor Setar bertindak keluar daripada parti itu dan memohon menyertai UMNO selepas hilang keyakinan terhadap kerajaan negeri yang diterajui Pas.

Kumpulan itu yang diketuai Timbalan Ketua Pas Cawangan Akar Penyengat, Abu Bakar Hussain, 62, menyerahkan borang permohonan menyertai UMNO kepada Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md. Hanipah pada satu majlis di Taman Wira, Mergong dekat sini malam tadi.

Abu Bakar berkata, mereka bertindak demikian selepas mendapati sejak dua tahun pemerintahan pakatan pembangkang di negeri itu, Pas gagal menunaikan janji dan tidak turun padang membela rakyat.

Sementara itu, Ahmad Bashah berkata, tindakan ahli-ahli Pas itu di negeri ini hanya satu permulaan kerana beliau mendapat tahu lebih ramai lagi yang akan berbuat demikian tidak lama kerana berasa terpedaya dengan gelagat para pemimpin Pas.

Di samping berita tersebut disiarkan di akhbar-akhbar primitif pro BN, ia juga dilaporkan dalam siaran berita. Cuma sejak akhir-akhir saya agak renggang dengan berita tv sebab pembohongannya berkali ganda dari lalu.

Beberapa fakta tidak betul dalam laporan tersebut. Antara disebut: Pas dalam Bahagian Alor Setar sebenarnya tiada ‘Bahagian’ dalam Pas. Jawatan Timbalan Ketua Pas Cawangan juga tiada dalam Pas. Satu lagi disebut Cawangan Akar Penyengat, tiada kampung dalam kawasan Alor Setar bernama Akar Penyengat. Yang ada Akar Peluru, tapi Akar Peluru tiada cawangan Pas. Laporan oleh media primitif BN itu sangat bercelaru. Maklumlah sebuah laporan bohong, jadi pembohongan pun bertali temali.

Saya terfikir barangkali yang dimaksudkan Akar Penyengat ialah Alor Penyengat, lalu saya menghubungi seorang aktivis PAS di Kampung Alor Penyengat untuk mendapat penjelasan. Rupanya betul Abu Bakar Hussain adalah bekas ahli biasa Pas cawangan tersebut. Dia bukan orang penting, ada pun tak genap, tiada pun tak kurang. Cuma dia seorang sahaja bekas ahli PAS yang sertai Umno di kalangan 61 orang yang dilaporkan itu. Manakala 60 orang lagi tu mungkin depa kira sekali dengan kera, lutong, mengkarong, pokka, merang dan jebon. Sebenarnya ada sebab orang tua tu masuk Umno tapi malaslah nak cerita kat sini, satgi nampak macam dia tu besag sangat. Cukuplah aku kata orang tua ni jenis ‘cari makan’ jugak, aqidah pun longgaq, ada habuan sikit pejam mata pii lah, balaihhh. Cuma kesianlah nak hidup pun tak berapa hari dah, silap haribulan mati dalam parti tong taik tu..lantak pii lah hang yang pi cari.

Media mereka laporkan cuma 61 orang ‘keluar parti’. Sikit sangat. Sepatutnya laporkan 600 orang baru berbaloi nak bohong. Macam di Kulim kelmarin dulu kononnya 1700 orang PKR India masuk MIC, walhal ahli PKR India di cabang (bahagian) tersebut tak sampai pun 500 orang. Sekali lagi depa kira dengan berok, ular, bewak, tenggiling, katak dan menatang gemuk pendek hak dok serondoi tu. Kalau orang yang masuk MIC tak sampai banyak tu. Yang terima borang tu pulak Dato’ Mat Bashah. Bila pulak dia jadi Pengerusi MIC Kedah? Walaupun memang dia layak jadi ahli MIC tapi kenalah keluaq Umno dulu baru boleh masuk MIC.

Sebenarnya ‘bakal MB Kedah’ Dato’ Mat Bashah berada dalam keadaan tertekan sekarang ni apabila ramai ahli Umno Bahagian Alor Setar keluar parti dan masuk PAS. Di Taman Wira hari tu 65 orang masuk PAS (diketuai oleh JKKP Pak Pin) dan berikutnya di Alor Mengkudu 55 orang lagi Umno masuk PAS (diketuai oleh Naib Ketua Umno cawangan Alor Keriang).

InsyaAllah 28 Mei ini bertempat di Taman Wira Mergong akan ada lagi majlis penyerahan borang Umno masuk PAS. Siapa ketuanya..tunggu dan lihat. Pasti mengejutkan! Kita rodak habis-habisan untuk pastikan PRU ke 13 nanti BN tertungging kat Bakar Bata… di samping tertiarap juga kat Pusat.