10 May 2010

Cina Islam : Klik ke 9 Juta mungkin pada hari ini.

25 Jamadil Awal 1431H.



Tanpa disedari rupanya pengunjung blog Cina Islam akan mencapai klik ke 9 juta dalam tenpoh yang terdekat.

Bersyukur kepada Allah SWT yang telah mengizinkan blog ini terus diminiti sebagai media penyalur ilmu dan maklumat. Tidak ada ucapan yang selayaknya melainkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat sehingga kami telah mencapai ketahap yang dicapai sekarang.

Harapan kami semuga blog ini terus mendapat nasihat dan bimbingan dari pelbagai pihak, serta sumbangan berterusan dari pelbagai pihak sebagai bahan paparan untuk kami terbitkan.

Semuga Allah SWT memberkati segala kerja kita

DRS. KHALIL IDHAM LIM.

"Orang Muda Geng Kita" : ADUN Titi Serong tonton bola Liga Inggeris

Drs. Khalil bersalaman dengan pemuda yang hadir sambil bertanya khabar.


TITI SERONG, 10 Mei :- Saya mengalu-alukan dan akan memberi sokongan dan bantuan kepada kegiatan yang sihat dalam DUN Titi Serong, Demikian antara ucapan ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim semasa sesi rehat perlawanan Liga Inggeris antara pasukan Chelsea melawan Wigan disebuah kedai kopi di Parit Hj. Yusuf disini malam tadi.

Drs. Khalil sekali ini bersama dengan golongan pemuda sekitar 50 orang yang memenuhi kedai kopi untuk menyaksikan perlawanan menentukan juara Liga Inggeri tahun ini.

Kehadiran beliau bersama dengan rombongan dari Parit Buntar disambut baik oleh penduduk kampung dan pemuda yang hadir. Mereka duduk bersama ADUN Titi Serong sehingga habis perlawanan yang berkesudahan Chelsea mendahului Wigan dengan kelebihan jaringan 8-0 dan mengesahkan dirinya sebagai Juara Liga Inggeris Tahun 2010.

Dalam ucapan ringkas Drs. Khalil juga mengigatkan kepada warga setempat khususnya kepada golongan pemuda supaya menjaga keselamatan diri masing-masing dan hanya terlibat dengan kegiatan yang sihat dan tidak menyalahi undang-undang negara.

Beliau juga mengharapkan semua yang hadir mendapat maklumat yang sebenar mengenai pelbagai Isu semasa. "Harapan saya supaya kita jangan hanya membaca dan percaya kepada satu maklumat sahaja lalu percaya, bacalah dan ambil dari pelbagai maklumat dari Internet, akhbar dan sebagainya baru membuat keputusan" tegasnya.

"Pejabat saya sentiasa dibuka dari hari Isnin hingga Jumaat, dan dihari sabtu dan ahad boleh datang ke rumah untuk menerima aduan dari rakyat. Sekadar kuasa dan kemampuan yang ada kepada kami , kami akan bantu sekadar yang termampu" Jelas nya.

"Malam ini saya belanja makan dan minum" Ucap Drs. Khalil yang menggembirakan semua yang hadir.

Sementara itu, Setiausaha ADUN berkenaan, Hj. Zakaria Abdullah semasa dihubungi sebentar tadi menjelaskan bahawa program malam tadi ialah "Program Orang Muda Geng Kita" yang melibatkan pos-pos seperti kedai kopi dan sebagainya tempat pemuda berkumpul dalam DUN Titi Serong.

Menurutnya program ini akan berterusn sepanjang tahun dengan bantuan dari PAS Kawasan, Pemuda Kawasan dan Cawangan PAS yang terlibat.

"Harapan saya semuga program ini terus berjalan dengan baik dengan dokongan semua pihak dan yang lebih penting ialah peluang yang digunakan oleh YB untuk menemui golongan muda dan mendengar sendiri permasalahan mereka" Jelas Hj. Zakaria.

"Dalam musim perlawanan piala dunia tidak berapa lama lagi, Drs. Khalil telah mengarahkan kepada saya untuk menyusun jadual untuk menonton bola bersama pemuda dibeberapa tempat yang akan ditentukan kemudian. Selain itu pelbagai program yang berkaitan sedang dirancang oleh Pejbat ADUN " jelasnya lagi.


Kehadiran keseluruhan dianggarkan hampir 50 orang yang hadir untuk menonton bola bersama ADUN Titi Serong

Bertemu dengan semua yang hadir untuk bersalaman.

Drs. Khalil sedang memberikan ucapan ringkasnya.

ADUN Titi Serong memakai baju Kelab Chelsea yang kebetulan menjadi juara Liga Inggeris tahun ini.

Drs. Khalil Ziarah warga Tionghua meninggal dunia.

25 Jamadil Awal 1431H.

Drs. Khalil sempat meluangkan masa untuk bertanya khabar dengan keluarga mendiang.


TANJUNG PIANDANG, 10 Mei :- Aktiviti turun bertemu dengan masyarakat setempat dan DUN Titi Serong terus dilakukan oleh Drs. Khalil Idham Lim dengan menziarahi sebuah keluarga Tionghua yang kematian seorang ibu di Kampung Sungai Labu Bawah di sini.

Kesempatan yang ada digunakan oleh Drs. Khalil dan rombongan sekitar 10 orang yang lain untuk mengenali lebih dekat keluarga mendiang.

ADUN Titi Serong ziarah Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Pekan Baru di Hospital.

25 Jamadil Awal 1431H.

Drs. Khalil bertanya khabar dan berkata sesuatu kepada Ng Mee Hak yang telantar di Hospital dalam lawatanya bersama Isteri.


SUNGAI PETANI , 09 Mei :- Ahli Dewan Undangan Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim bersama dengan isteri telah meluangkan masa untuk menziarahi Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Pekan Baru, Ng Mee Hak yang sedang dirawat di Pusat Perubatan Pantai disini hari ini.

Hadir sama bersama beliau ialah beberapa orang kakitangan pejabat ADUN Titi Serong.

Menuruh Isteri pesakit tersebut, suaminya adalah seorang tukang rumah dan terjatuh dari tangga semasa memasang 'plaster syiling' pada hari Jumaat yang lepas. Kecederaan yang dialami oleh suaminya bertambah serius apabila salah seorang rakan sekerja yang jatuh sama telah menimpa badan dan kepala suaminya.

Kecederaan yang dialami ialah patah tulang hidung dan pembedahan telah berjaya dilakukan .

Dalam kenyataan ringkas Drs. Khalil selapas lawatan itu, beliau mengharapkan Ng Mee Hak cepat sembuh dan kembali berkerja dan bertugas seperti biasa kepada parti.

Menurut Drs. Khalil, Ng Mee Hak yang lebih dikenali dengan panggilan Aahak adalah petugas yang gigih membantu parti sejak pilihanraya pada tahun 2008 sehinggalah sekarang.

Isteri ADUN Titi Serong, Pn. Nor Ainah bertanya sesuatu kepada Isteri pesakit.

Chelsea muncul juara Liga Perdana England

25 Jamadil Awal 1431H.

LONDON, 10 Mei - Chelsea muncul juara Liga Perdana England (EPL) musim ini selepas memenangi perlawanan terakhir 8-0 menewaskan Wigan Athletic di Stamford Bridge awal pagi tadi.

Kejuaraan tersebut merupakan yang keempat buat The Blues selepas kali terakhir mereka muncul juara pada musim 2005/06 di bawah bimbingan Jose Mourinho.

Gol Chelsea disumbang oleh Nicoles Anelka pada minit ke-6, 56, Frank Lampard (32), Salomon Kalou (54) dan Didier Drogba (63, 68,80), Ashley Cole (90).

Pencabar terdekat mereka, Manchester United turut mencatat kemenangan 4-0 ke atas Stoke City tetapi dibezakan dengan satu mata.

Gempa bumi 7.4 landa Acheh

24 Jamadil Awal 1431H.

Gempa bumi pada skala 7.4 ricter menggegar Acheh awal petang ini dan gegarannya turut dirasai di Pulau Pinang dan utara Perak termasuk disekitar Parit Buntar.

Pusat gempa itu adalah 214km dalam laut di selatan Banda Aceh, kata Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat dan berlaku pada kira-kira jam 1 tengahari tadi. Ia berlaku pada kedalaman 61.4km.

Ekoran itu, amaran tsunami telah dikeluarkan untuk daerah berkenaan.

Kawasan gempa ini sangat hampir dengan gempa yang berlaku pada tahun 2004 lalu dengan kekuatan 9.2 ricter. 170,000 maut akibat tsunami yang melanda Aceh ekoran gempa itu.

Ekoran kejadian hari ini, media melaporkan beberapa rumah telah rosak akibat gempa kali ini.

Bagaimanapun, sehingga kini tidak ada kebimbangan tsunami berlaku sebagaimana tahun 2004 lalu.

SPR tolak spekulasi mengenai ADUN Kerdau

24 Jamadil Awal 1431H.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof hari ini menolak spekulasi mengenai keadaan ADUN Kerdau, Datuk Zaharudin Abu Kassim (gambar) yang sedang dirawat di unit rawatan rapi Hospital Sultan Ahmad Shah di Temerloh.

RTM melaporkan awal minggu ini bahawa ADUN BN itu telah menjalani pembedahan ekoran kebocoran usus pada 3 Mei 2010.

Beliau telah dikejarkan ke hospital awal pagi berkenaan, selepas mengadu sakit perut ketika bersarapan di sebuah restoran.

Zaharuddin dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan selama tiga jam.

Exco kerajaan negeri Pahang, Hoh Khai Mun turut mengesahkan bahawa keadaan ADUN Kerdau itu tidak membahayakan.

Menurut Hoh lagi, Zaharudin mengalami masalah komplikasi jantung selepas menjalani pembedahan tersebut.

Katanya, ADUN Kerdau itu akan dipindahkan ke Institut Jantung Negara di Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.

Zaharudin, 63, menang kerusi DUN Kerdau dalam pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 1,615 undi, menewaskan calon PAS, Hassanudin Salim.

Kawasan tersebut mempunyai pengundi yang terdiri daripada 89 peratus Melayu, 6 peratus Cina, 3.7 peratus India dan 2.5 peratus lain-lain kaum.

Keadaan kesihatan Zaharudin yang kritikal minggu ini telah mencetuskan khabar angin pagi in mengenai kemungkinan pilihan raya kecil membabitkan kawasannya.Malatsiakini/-

Wahyu Illahi


Firman Allah Taala "Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Barangsiapa dikeluarkan dari neraka dan dimasukkan kesyurga maka sesungguhnya ia telah berjaya dan (ingatlah) bahawa kehidupan didunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu" (AliImran:185)